665
Bila hati terasa "kosong", Dekatilah Allah, Bukan manusia. Manusia hanya boleh memberi harapan, Tapi Allah, mengabulkan harapan.
https://youtube.com/shorts/9UlCoEKf5U4?si=NIGVrmMxlLpjMZQF
Читать полностью…
7 pesanan Syeikh Ahmad Yassin buat anak muda yang ingin berjaya dunia dan akhirat.
✨❤️✨
DENGARKAN | Pencinta Al-Aqsa sekalian.
Pasukan penterjemah pembina telah selesai menterjemahkan Ucapan Jurucakap Briged Al Qassam, Abu Ubaidah.
"Maka bermula dari saat ini, kami isytiharkan bahawa setiap sasaran ketenteraan terhadap anak bangsa kami yang aman di rumah2 mereka, tanpa sebarang amaran awal, akan kami balas tanpa segan dengan membunuh tawanan penduduk haram israel"
Mari kita dengar sama-sama. Moga ianya menjadi penguat semangat untuk kita.
Kredit Sarikata: Ibrahim Allam
#israelcuak
#taufanalaqsa
#kamibersamapalestin
1) Hamas say they have targeted Ben Gurion airport in Israel, Al Jazeera Arabic reported
2) Spokesman for Hamas’ Izzideen al-Qassam Brigades, announced that even more Israelis have been captured today and are being held hostage
3) Hamas said that the US’ plan to provide increased military aid to Israel amounts to “aggression” against Palestinians, after Washington ordered navy ships and warplanes closer to Israel
4) The UAE condemned the Hamas movement for its “serious and grave escalation”
5) Major US airline, United Airlines, said Tel Aviv flights will remain suspended until conditions allow them to resume, according to Reuters
6) Israeli forces killed a fourth Palestinian in the occupied West Bank, according to the Palestinian ministry of health
7) The Palestinian Authority’s UN envoy warned the international community against reiterations underlining Israel’s “right to self-defence”, as such messaging “will be interpreted by Israel as [a] licence to kill”
8) A spokesperson for the military wing of the Palestinian Jihad appeared on a televised speech, saying that Palestinians are “closer than ever to freedom than we have ever been before”
9) The British government has asked that all UK government buildings fly the Israeli flag and use “appropriate” coloured lighting to show solidarity to Israeli victims
10) Israel dropped 100 tons of munitions on Shujaiya neighbourhood in Gaza City, an army spokesperson said
11) Israeli PM Netanyahu and Benny Gantz have scheduled for their respective representatives to meet tomorrow, in order to discuss the inclusion of Gantz’s National Unity party in the emergency government
12) The Union of European Football Associations (UEFA) announced that it will be postponing the Israel and Switzerland Euro 2024 qualifier set for next week
13) Palestinians have carried out at least 48 shooting attacks against Israeli targets in the occupied West Bank since the start of the Gaza attack on Saturday morning, according to Palestinian information centre, Moota
14) The Islamic Jihad commander said that his group alone has 30 captives
15) Israeli aircraft targeted homes with families in them in the Sheikh Ajilin area, south of Gaza City, according to Palestine’s Ministry of Information
16) Israeli fighter jets have committed 8 “massacres”, wiping out entire Palestinian families at once in its continued bombardment of residential homes in Gaza, the Palestinian health ministry said
17) A least 421 Palestinians and 700 Israelis have been killed, with thousands injured on both sides. The death toll is expected to increase on both sides
18) Israel’s National Security Minister instructed the Firearms Licensing Division to launch an “emergency operation”, which will pave the way to allow as many eligible citizens as possible to arm themselves
19) US President Biden told Netanyahu that additional US aid for the Israeli army “is now on its way to Israel, with more to follow over the coming days,” according to the White House.
20) The US said it was sending the USS Gerald R Ford aircraft carrier strike group to the Eastern Mediterranean
21) A rocket launched from Gaza hit an apartment building in the southern Israeli city of Netivot, according to Israeli media
"بَريد يوم الجُمعة".
- تذكير | ركعتي الضحى
-تذكير | الصَلاة على رسُول الله محمد ﷺ.
-تذكير | قِراءة سُورة الكهَف.
-تذكير | توجَد ساعة اسِتجابة؛ فاغتنمها.
#للنشر
عسى الله أن يجعلها صدقة جارية 🌹
❁ ❁
▫️العقيدة الصحيحة
https://shorturl.at/mnrzE
▫️كيفيَّة الصلاة ﷺ
https://shorturl.at/btST2
المُخْتار من كتاب الأذكار:
https://shorturl.at/axzTY
▫️جوامع الأدعية
https://shorturl.at/eouXZ
▫️أدعية النبيِّ ﷺ
https://shorturl.at/kuGH7
{ أُو۟لَـٰۤىِٕكَ یُجۡزَوۡنَ ٱلۡغُرۡفَةَ بِمَا صَبَرُوا۟ وَیُلَقَّوۡنَ فِیهَا تَحِیَّةࣰ وَسَلَـٰمًا }
Mereka itu semuanya akan dibalas dengan mendapat tempat yang tinggi di Syurga disebabkan kesabaran mereka, dan mereka pula akan menerima penghormatan dan ucapan selamat di dalamnya.
@tarbiah_hatii
✨❤️✨
Ungku Hamidah telah berpesan:
Umat islam hanya mulia kerana Islam, tidak kiralah bangsa apa pun jua.
Panji hijau jadi pilihan,
Biar berkibar penuh megah;
Akidah Islam jadi pegangan,
Pelosok dunia di bawah perintah.
—Novel Surat-surat Perempuan Johor, hlm 87.
@tarbiah_hatii
✨❤️✨
Dan sesiapa yang menghendaki akhirat dan berusaha mengerjakan amal-amal yang baik untuk akhirat dengan usaha yang layak baginya, sedang ia beriman, maka mereka yang demikian keadaannya, diberi pahala akan amal usahanya.
✨❤️✨
@tarbiah_hatii
"Mar. tau tak, pada waktu begini, 1/3 malam, Allah itu mengundang hambaNya untuk mengadu, merintih dan berdoa kepadaNya." kata bik Ita.
"dan kalau kita tak bangun solat, maka kita tidak penuhi undangannya Allah. rugi kan?" sambungnya.
"saya malu bik. saya masih muda tetapi saya telah kalah. kalah dgn org seperti bibik. saya muda, sepatutnya saya lebih kuat berusaha dalam hidup ini. kudrat saya lebih banyak. ilmu saya segar. kesihatan saya baik. saya malu, baru tahun ini saya cuba untuk solat fardhu lima watu penuh. itupun dikeranakan saya mendengar bahawa sebaik2 hamba yang meminta pertolongan atau berhadapan dgn masalah adalah melalui solatnya kepada Allah". tambah Amar.
"Alhamdulillah. indah melihat seorang hamba berusaha untuk menjadi yg terbaik di hadapan tuhannya. "
''Mar, syukur Allah masih beri peluang. benar, muda adalah waktu emas. Islam ini terbangun kerana golongan-golongan muda seperti Anas bin Malik, Zaid bit thabit dan Afraq. bibik skrg menyesal dulu2 tidak berusaha sehabis baik dgn kebaikan. tapi, biasalah jiwa muda, nakal2 sedikit itu biasa. tapi kalau dia baik, itu luar biasa. skrg bibik sudah tua. orang tua itu umpama tanaman yang semakin hampir waktu penuaiannya." kata bibik.
"maksudnya?" balas Amar. "senang cakap, hei orang tua, cukuplah waktu jatuh bangunmu di dunia, sekarang berusahalah untuk akhiratmu." balasnya.
"ohh. saya faham. saya yg muda ni pun akan tua kan bik? tak tua pun boleh meninggal. hmm. moga Allah ambil nyawa saya saat saya gembira dgn kebaikan dan amal soleh. saat saya benar2 bersedia." tambah Amar.
"Inshaa Allah. siapapun belum kalah selagi dia bernyawa. yg penting kita berusaha menyemai di dunia ini. berlumba2 menjadi hamba yg disayangi Allah. Allah, kalau sudah sayang kepada seorang hamba, Dia akan berkata : "wahai Jibril, Aku sayangkan dia, maka sayangilah dia". kemudian Jibril memanggil malaikat dan penduduk langit lainnya yakni bulan, bintang, dll untuk turut menyayangi hamba tersebut. maka apabila hamba itu disayangi oleh penduduk langit, apa sahaja yang dia minta, Allah akan makbulkan." Masyaa Allah!!!!
Seketika, azan berkumandang menandakan waktu subuh telah bermula. "Mar, sudah azan. mari solat. Kamu imam ! " Ajak bik ita.
" Err , boleh bik, tapi saya mampu baca surah ringkas saja, " balasnya.
" Bagus! Tak pe Mar, Mungkin solat Amar tu lebih tinggi nilainya di sisi Allah berbanding orang lain "
" Bibik tunggu ya, saya wuduk, dan cuba panggil abah, mama dan adik untuk solat sama "
-Tamat- 🍃
Rap Outlandish-try not to cry bisu seketika, apabila butang pause pada my music ditekan. Bait lirik terhenti pada noyores, nofeardas, lafey, lasey yang entah apa maknanya. Earphone ditarik melepasi lubang telinga. Badan dengan six pack yang hilang five pack seberat 62 kilo dipaksa bangkit dari empuk tilam. Sesekali bunyi aneh muncul dari dapur, ditambah bunyi laga air dan lantai mengganggu halwa telinga yang sedang khusyuk menghayati lagu, mengacau roh yang hampir mahu lepas dari jasad.
" Aku nak tido lah! "
Raket tennis di sisi kanan kepala katil dicapai malas. Dengan tangan gaya mahu smash bola felt versi vita lores, bersedia membidas kepala penyamun yang berani masuk kerumahnya. Anak tangga ke dapur dituruni dengan berhati-hati tanpa bunyi.
" Penyamun!! "
Teriaknya dari belakang.
Tubuh montel yang agak rendang itu segera berpaling kebelakang. Belum sempat sepatah bersuara, dahinya selamat merasa kayu tennis seberat 396 gram. Padu libasannya, ibarat sedang digelanggang memukul bola felt kuning bergaris putih membalas pukulan lawan. Sudu yang sedari tadi mengacau air terlepas dari genggaman.
" sakit ! "
Tangan pantas menggosok dahi yang kesakitan, darah mula keluar, lajunya sama seperti laju manusia membatch kak ma kembong bila bukak tudung. eh!
" Tuan Ahmar "
Sepatah si montel rendang bersuara.
" Siapa kau? "
Panggilan berbalas soalan.
" saya bibik ita "
Jawabnya ringkas. sambil hujung tudung dibawa kedahi menggelap darah yang hampir menapak ke lantai.
" Oh bibik."
"Bibik?"
Kali ini dengan nada terkejut, baru sedar siapa yang dibelasah dengan kayu tenis tadi.
Mama ni, sejak bila ada bibik baru? Dengusnya sendirian.
Suis lampu utama dapur ditekan. Baru kelihatan raut wajah si montel rendang itu. Penuh kedutan namun bercahaya.
" Maaf bik. saya ingat pencuri. buat apa pukul empat pagi di dapur. risau saya. dahla saya spesis susah tidur. "
Sambil tisu dari atas meja dicapai. membersihkan titisan kecil darah yang jatuh ke lantai.
" Sini bik saya ubatkan lukanya. duduk." lembut.
" Tak pe tuan Ahmar, sikit je ni. lagipun bik ita nak solat kemudian bersahur. takut tak sempat. minta maaf kalau bibik ganggu tidur tuan "
Tambah bik ita.
" Oh yeke bik, kalau macam tu, saya tak mau ganggu, jangan lupa doakan saya "
Balasnya.
" Terima kasih "
Langkah kembali menapak ke bilik tidurnya, kaki lambat lambat berjalan, hatinya sedikit terganggu.
https://youtube.com/shorts/qbu_pTSD880?feature=share
Читать полностью…
https://youtu.be/TZUnW8OzvnM
ʿafāf, chastity, bermaruah.
𝑹𝑬𝑴𝑨𝑱𝑨 𝑯𝑨𝑹𝑰 𝑰𝑵𝑰
أسفي على شبابٍ ضائعين
لا يسألون عن دين، ولا يهمهم أدب
وليس عندهم هدف
يعرفون الشوارعَ والأزقةَ جيدًا
وساحاتِ اللعبِ ومقاهي العبثِ ونوادي اللهو
وقليلًا ما يأوون إلى مساجد
أو يَسألون عن عالم
أو يفكرون بحالِ إخوةٍ لهم في الدين
هؤلاء لم يتلقَّوا تربيةً أو متابعةً من آبائهم
ولم يتخذوا صديقًا ناصحًا
ولا صحبوا شيخًا حكيمًا
حياتهم تكادُ تكونُ همجًا
فوضى ولعبًا
كما يريدهُ أعداؤنا ويخططون له
Rasa kesalku terhadap para remaja yang telah hilang arah,
Mereka tidak bertanya tentang agama,
Adab tidak penting bagi mereka,
Mereka tidak punya matlamat,
Mereka sangat mengenal jalanan dan persimpangan,
Begitu juga padang permainan, kedai kopi yang mensia-siakan dan pusat-pusat yang melalaikan,
Sangat sedikit yang menuju ke masjid,
Atau mencari seseorang yang berilmu,
Atau memikirkan keadaan saudara mereka seagama,
Mereka ini tidak mendapat tarbiah atau perhatian daripada bapa mereka,
Tidak mengambil seseorang sebagai sahabat yang memberi nasihat,
Tidak berdamping dengan guru yang bijak,
Kehidupan mereka hampir menjadi tidak teratur,
Kucar-kacir dan penuh hiburan,
Sebagaimana dimahukan dan dirancang oleh musuh.
— Shaykh Muhammad Khayr Ramadhan Yusuf
[KUNCI-KUNCI INTERAKSI BERSAMA AL-QURAN]
🔐KUNCI 3
Memberi perhatian kepada ciri al-Quran yang praktikal dan dinamik.
Sewaktu kita membaca al-Quran apakah tujuan akhir kita?
Jika tujuan kita hanya penghujung surah, maka kita telah kehilangan kunci pertama dan yang kedua yang menjadi pembuka utama interaksi kita bersama al-Quran.
Apabila kita membaca al-Quran, perhatian kita pada setiap hentian ayat adalah apakah tuntutan Allah terhadap kita untuk bertindak, sama ada bertindak melakukan sesuatu amal atau bertindak meninggalkan sesuatu amal.
Setelah itu, perhatian yang perlu kita berikan adalah bagaimana tuntutan ini dapat dipraktikkan dalam kehidupan seharian kita.
Kita perlu yakini bahawa al-Quran ini bersifat dinamik. Apakah itu dinamik? Dinamik bermaksud bertenaga dan berkekuatan serta mampu membuat penyesuaian serta menerbitkan pembaharuan dan kemajuan.
Setiap ayat al-Quran adalah dinamo yang memancarkan cahaya hanya jika kita menggerakkan hukum-hukumnya secara praktikal.
Hakikatnya, hanya mereka yang berinteraksi bersama al-Quran dengan kaca mata praktikal (haraki) sahaja mampu merasai kenikmatan al-Quran seperti mana Rasulullah dan para sahabat rasai kerana mereka menghabiskan umur berinteraksi bersama al-Quran dengan kaca mata tersebut.
/channel/GuakhalilKhair
𝐏𝐫𝐚𝐧𝐤 𝐆𝐚𝐝𝐮𝐡 𝐅𝐚𝐬𝐢𝐥𝐢𝐭𝐚𝐭𝐨𝐫 𝐝𝐢 𝐃𝐞𝐩𝐚𝐧 𝐏𝐞𝐥𝐚𝐣𝐚𝐫: 𝐇𝐢𝐛𝐮𝐫𝐚𝐧 𝐚𝐭𝐚𝐮 𝐓𝐢𝐝𝐚𝐤 𝐏𝐫𝐨𝐟𝐞𝐬𝐢𝐨𝐧𝐚𝐥?
Prank hari lahir semasa minggu orientasi? Adakah ini satu persembahan yang sewajarnya dipertontonkan kepada pelajar-pelajar baharu?
“Prank member sendiri, pelajar pula terpinga-pinga apa abang akak fasi buat ni”
“Orang ramai gesa fasi hentikan prank mengarut begini waktu orientasi. Takde sape suruh korbankan cuti pun”
“Udah udah lah tu anggap student baru macam budak-budak. Asyik duk macamni je macam mana nak matangkan freshies baru habis sekolah”
Berikut antara luahan daripada wargamaya berkenaan isu yang tular semalam. Rasa agak kecewa melihat persembahan yang tidak matang ini semasa minggu orientasi. Kesian juga pada pelajar baharu yang dah ada ‘expectation’ yang tinggi kat universiti tetapi dimulai dengan persembahan yang kurang menyenangkan.
Mahasiswa sekalian, alam universiti sepatutnya dipenuhi dengan pencarian ilmu, penambahan kemahiran, pemantapan sahsiah dan pembinaan jati diri di samping ‘explore’ lebih banyak lagi pengetahuan tentang bidang yang diceburi. Persembahan ‘prank’ seperti ini sedikit sebanyak mengurangkan sifat kewibawaan pada fasilitator yang seharusnya menjadi ‘qudwah’ kepada pelajar-pelajar baharu.
Baru masuk univesiti dah kena marah, dah kena caci maki dengan perkataan yang tidak sopan. Adakah ini budaya kita? Tepuk dada tanya iman. Sekiranya ingin membuat persembahan, buatlah persembahan yang bermanfaat. Tak salah untuk kita berhibur tetapi perlu ada garisnya.
Saidina Ali R.A pernah berkata “Jika kamu mahu melihat masa depan sesebuah negara, maka lihatlah pemuda-pemudinya pada hari ini”. Jika sekarang ini kita masih lagi mengamalkan budaya yang tidak membina, bagaimana agaknya dengan generasi akan datang? Oleh itu, mahasiswa seharusnya pasakkan kefahaman agama dalam diri. Dengan adanya kefahaman dan ilmu agama, mahasiswa akan terpandu dan tahu apa yang perlu dilakukan berdasarkan tuntutan agama.
Mahasiswa adalah aset penting bagi sesebuah negara. Tanpa kita sedari, masyarakat luar sedang menantikan apakah yang akan dilakukan mahasiswa kerana mahasiswa adalah harapan masyarakat untuk menggantikan pelapis kepimpinan negara. Oleh itu, masa yang ada ini gunalah sebaiknya dan jangan sesekali dibazirkan dengan perkara yang tidak mendatangkan apa-apa faedah.
Akhir kata, semoga mahasiswa lebih bijak dalam mengambil keputusan dan mendapat taufik serta hidayah agar sentiasa ditunjukkan ke jalan yang diredhai. Nampak sukar tapi tak mustahil. Moga Allah bimbing kita semua.
Disediakan oleh:
SITI FATIMAH BINTI MUHAMAD TUAH
JKC PEMBINA BANGI
#orientasi #tradisilapuk #banteras #intakebaru #freshies
#membinakepimpinannasional
Tatkala umat Islam yang berjuang sebagai benteng terakhir kepada Masjid al Aqsa diserang habis-habisan oleh regim zionis, marikan kita berdoa kepadaNya.
Tingkatkan munajat agar kita juga terpilih di kalangan mereka yang berjuang untuk Masjid al Aqsa, kiblat pertama umat dan juga pembebasan bumi Palestin yang diberkati Allah.
Kita juga adalah pejuang al Aqsa melalui,
1- Doa
2- Sumbangan dana
3- Bantuan kemanusiaan
4- Mempelajari sejarah
5- Sebaran media
6- Pendidikan
7- Tekanan politik
8- Penguasaan teknologi
9- Hubungan antarabangsa
10- Membangunkan ekonomi umat
11- Usaha menyatukan umat
12- Membangunkan generasi umat yang berjuang
Supplications for The Ummah
اللَّهُمَ أنْصُرْ الْمُسْلِمِينَ فِي فِلَسْطينَ وَ فِي كُلِّ مَكانٍ
Allāhummansur al-Muslimīna fil falastīn, wa fi kulli makān.
O Allāh! Help the Muslims in Palestine, and in all places [around the world].
اللهُمَّ مَنْ آذَاهُمْ فَآذِهِ وَمَنْ عَادَاهُمْ فَعَادِهِ
Allahumma man adhahum fa adhihi, wa man adahum fa adihi.
"O Allah! Whoever has harmed them, then harm him, and whoever has shown enmity to them, then show enmity to them."
اللَّهُمَ أنْصُرْهُمْ على عَدُوِّكَ وَ عَدُوِّهِمْ
Allāhummansur ‘ala ‘aduwwika wa ‘aduwwihim.
O Allāh! Help [and support] them [the Muslims] to gain victory over Your enemy and theirs.
اللَّهُمَّ مُنْزِلَ الْكِتَابِ، سَرِيعَ الْحِسَابِ، الاَحْزَابَ اللَّهُمَّ اهْزِمْهُمْ وَ زَلْزِلْهُمْ
Allāhumma munzilal kitābi, sarī`a ‘l-Hisāb, ihzimil-ahzāba. Allāhumma-hzimhum wa zalzilhum.
O Allāh! Revealer of the book, Swift to account, defeat the groups [of those who reject faith]. O Allāh! defeat them and shake them.
اللّـهُمَّ واحْفظهُمْ من كُلِّ شرٍّ وسُوءْ اللّـهُمَّ أُنْصرْهم في كُلِّ مكانْ
Allāhumma wahf-dhahum Min Kulli Sharrin Wasu›. Allāhumma unsurrhum Fi Kulli Makkān.
O Allāh! Protect them from all that is evil and bad. O Allāh! Grant victory to the Muslims all over your Land.
#Palestine
Follow @doamuslims
Sampai bila nak duduk di tempat yang sama? Ayuhlah berubah ke arah yang lebih baik. Hidup di dunia hanya sekejap. You can do it! Bismillah!
@tarbiah_hatii
✨❤️✨
"Hari Arafah esok tak tahu nak doa apa, banyak sangat nak minta!"
Silakan, jambakan doa Nabi ﷺ yang sahih. Apabila baginda berdoa meminta sesuatu, sesuatu itulah yang kita paling perlukan.
Doa-doa Nabi ﷺ adalah lafaz doa yang paling berkemungkinan untuk dikabulkan, apatah lagi jika dibaca pada waktu-waktu mustajab seperti hari Arafah.
Semoga bermanfaat!
Hadith Project
Paderi Zwemer telah berkata:
Kejayaan misionari tidak terletak kepada berapa ramai umat Islam yang murtad. Memadailah jika umat Islam secara besar-besaran meragui agama mereka sendiri. Atau sebetulnya melupakan sejarah bangsa mereka yang berakarkan Islam.
—Novel Surat-surat Perempuan Johor, hlm 80.
@tarbiah_hatii
✨❤️✨
🐯 PEMBUKAAN TEMPAHAN JERSI PALAPES UM MARKSMAN SASARANKU (BATCH KE-4) 🐯
Assalamualaikum & Salam Sejahtera.
Sukacita dimaklumkan bahawa tempahan jersi Palapes UM Marksman Sasaranku Batch ke-4 kini dibuka kepada semua!
Anda berpeluang untuk mendapatkan potongan harga untuk setiap pembelian jersi Palapes UM Marksman Sasaranku dengan menjadi 50 pembeli terawal. Anda juga berpeluang untuk menebus potongan harga tambahan jika anda seorang warga Palapes UM.
Tekan pautan dibawah untuk menempah serta berpeluang menebus potongan harga sekarang!!
https://forms.gle/xsStR4D2u7KfcPnY7
Sebarang pertanyaan boleh berhubung dengan :
📱 Azmin : www.wasap.my/+601131887520/JersiPalapesUMMSB4
Setiap gerakkan Bik Ita diperhati dari ruang kecil balik pintu. Niatnya yang tadi mahu kembali tidur terbatal, langkahnya menapak ke bilik Bik Ita. takbir, rukuk, sujud hinggalah salam terakhir. Hatinya sedikit tersentuh, jarang sekali melihat situasi begini di rumah ini.
Manusia sukar sekali berdiri pada waktu begini, tetapi yang mampu, pasti dapat berdiri dengan bantuan iman dan taqwa. Melihat Bik Ita, dia sedar, betapa dirinya yang masih muda ini kalah dgn org yg lebih berusia begini dalam soal perjuangan iman dan amal. Walau jelas, kudrat yg muda lebih kuat berbanding yg tua. seharusnya mereka lebih gigih lagi dalam pengabdian kepada Tuhan.
Sesekali tangannya menampar nyamuk yang bebas mencuri darahnya untuk hidup. Mustahil nyamuk meminta keizinannya,
" Hai nyamuk, aku baru nak feeling sedih. tau la sekarang ni zaman kebebasan, kau pun nak jadi macam manusia ke, hidup bebas yang terbabas. eh! "
Melihat bik ita mengusap muka, segera langkahnya masuk menghampiri jasad tua itu.
" Sudah bik?" soalnya.
" Ramli!! Ramli!! " latah bik ita terkejut dengan sapaan itu.
Terbawa doa untuk arwah ayahnya tadi. sambil tasbih dibaling mengenai muka yang menegur. pecah ketawanya.
Menghiburkanlah si montel ni.
" Ya Allah. Ahmar! buat apa kat sini? " tanya bibik sambil mengusap dada.
Lelaki itu mengambil tempat di hadapan bik ita lalu membuka medical kit. Sambil tangan kanan menghulurkan secawan milo dan roti bakar.
" Nah! buat sahur. ubat ini nnti sapu di dahi." arahnya.
Bibik hanya menuruti tanpa kata.
" Bik. saya bukan Ahmar. dah gaya penyakit bunyinya." senyum diukir segaris.
" Amar Husain. saya Amar Husain " jelasnya lagi.
" Tenang saya tengok bibik solat pada waktu begini. membuktikan mama mempunyai pembantu rumah yg baik" katanya.
bik ita ter senyum.
"1/3 malam. waktu terindah berdating dengan Allah. meluah rasa, menangisi dosa, hajat dipinta, keampunan didamba." jelasnya.
"benar. tetapi saya dan orang di dalam rumah ini jarang sekali melakukannya. yang fardhu pun masih tunggang langgang." balas Amar.
bik ita khusyuk menikmati milo suam diselangi dengan kunyahan roti bakar.
"5 minit lagi, Tuan Amar dah nak mati ke?" tanya bibik.
"Hahh?" keningnya terangkat sebelah. kasarnya bik!
Bik ita ketawa menampakkan geraham.
" Kalau belum tau bila kita nak mati, selagi ada angin yang keluar dari hidung tu, selagi dada turun naik mengawal udara, selagi itu Amar ada kesempatan menambah ibadah. Sikit-sikit Mar, sebulan sekali pun jadilah "
Semangat bik ita menuturkan, sambil tangan digerakkan dari hidung ke udara mengikut pergerakkan udara yang keluar masuk dari tubuhnya.
" Siapa tau kan bik, boleh jadi sesaat lagi saya mati " Sayu lantunan suasana.
Bik ita risau dia tersalah bicara.
" Tuan, baik tuan mengucap sekarang ! " Tiba tiba, bik ita lantang bersuara.
Tangannya kuat menampar belakang lelaki itu, seiring talkin dibacakan ke telinganya.
Pandangan aneh dia lemparkan pada bik ita. Lantas kedua duanya pecah dengan ketawa.
" Bibik ni, luar jangkauan betul "
" Oh ya bik, jangan bertuan dengan saya, panggil Amar je, saya bukan bos di pejabat, saya bukan ketua, bukan menteri "
Jelas Amar, kekok dan segan dengan panggilan itu..
Checklist Harian pada Bulan Ramadan
• Konsisten melakukan amalan fardu
• Menjaga solat sunah rawatib
• Solat tarawih
• Menghubungkan silaturahim, bersedekah dan memberi makan kepada orang lain
• Memperbanyakkan tilawah al-Qur’an
• Memperbanyakkan zikir lain, di samping zikir pagi dan petang serta zikir selepas solat
• Memperbanyakkan doa
• Menambahkan amalan sunat
• Menjawab azan dan berusaha agar sempat berdoa selepasnya
• Berusaha mencari waktu mustajab berdoa setiap malam
https://youtube.com/shorts/oVS-fRwc1Zo?feature=share
Читать полностью…
الدنيا سهلٌ يا شيخ عطاء
Itu titipan seorang shaykh sebelum berpisah pulang ke Kuwait. Malam itu beliau belanja beberapa orang penuntut ilmu makan, hampir RM1k, di Restoran Qasar Balqis. Saya kata, "Banyak ni shaykh."
Beliau kata, "Ini semua sedikit saja. Bukan sebab aku kaya. Tetapi kerana hakikat dunia yang memang tidak ada apa-apa nilai."
Dalam keadaan biasa, saya selalu skeptikal orang yang menyebut perkataan begini. Saya akan mengaitkannya dengan malas bekerja atau berusaha. Selalunya memang begitu.
Cuma ucapan shaykh itu diucapkan tatkala RM1k dihabiskan untuk makan-makan dengan beberapa pelajar Malaysia yang dia tidak pernah kenal pun sebelum petang itu. Saya pun, itu kali pertama bertemunya. Sebelum ini hanya menerusi WhatsApp.
Barangkali itu gayanya orang yang dunia hanya digenggam di tangan, tidak masuk ke dalam hatinya. Dunia ini, jika difikir-fikirkan, memang tidak berbaloi untuk dirisaukan, untuk disedihkan.