1745
Halal copy, share, screenshot✨
Salam Jumaat yang penuh dengan keberkatan 🤍
Terdapat pintu syurga yang hanya akan dapat dimasuki oleh orang yang suka dan rajin bersedekah.
Hadis daripada Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah SAW bersabda:
ومن كان من أهل الصدقة دُعي من باب الصدقة
Yang bermaksud: “Jika dari golongan yang gemar bersedekah akan dipanggil dari pintu sedekah.”
(Riwayat al-Bukhari)
@sharedakwahhh
Ramadan mengajarkan kita, bukan tentang siapa yang paling semangat di awal, tapi tentang siapa yang tidak pernah bosan dan berjuang hingga akhir.
@sharedakwahhh
Sedangkan setiap butir delima ni pun Allah susun cantik kedudukannya..
Ni kan pula kehidupan kita.
Sangat mudah bagi Allah untuk aturkan semuanya..
وَأُفَوِّضُ أَمْرِىٓ إِلَى ٱللَّهِ ۚ إِنَّ ٱللَّهَ بَصِيرٌۢ بِٱلْعِبَادِ
dan aku sentiasa menyerahkan urusanku bulat-bulat kepada Allah (untuk memeliharaku); sesungguhnya Allah Maha Melihat akan keadaan hamba-hambaNya".
@sharedakwahhh
اللَّهُمَّ بَارِك لَنَا فِي رَمَضَانِ، وَبَلَّغْنَا لَيْلَةُ الْقَدْرِ
"Ya Allah, berkatilah kami pada bulan Ramadhan dan sampaikanlah kami pada malam Lailatul Qadar."🤍
@sharedakwahhh
Syaaban membuka pintu persediaan, Ramadan mendidik jiwa dengan kesabaran, dan Syawal menghadiahkan kemenangan bagi hati yang kembali kepada Tuhan. 🌙✨
Jangan biarkan bulan-bulan mulia ini berlalu tanpa perubahan. Dari taubat, kepada ibadah, hingga istiqamah selepas Ramadan, itulah perjalanan sebenar seorang hamba.
- ustaz wadi annuar -
@sharedakwahhh
Istiqamah yang paling berat bukan pada pakaian yang sudah syar‘i, atau rutin menghadiri majlis ilmu.
Yang paling sukar adalah menjaga hati, agar tidak merasa diri lebih baik daripada sesiapa. Kerana di hadapan Allah, yang dinilai bukanlah penampilan, tetapi keikhlasan yang tidak terlihat oleh manusia.
@sharedakwahhh
Salam Jumaat yang penuh dengan keberkatan 🤍
Terdapat pintu syurga yang hanya akan dapat dimasuki oleh orang yang suka dan rajin bersedekah.
Hadis daripada Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah SAW bersabda:
ومن كان من أهل الصدقة دُعي من باب الصدقة
Yang bermaksud: “Jika dari golongan yang gemar bersedekah akan dipanggil dari pintu sedekah.”
(Riwayat al-Bukhari)
@sharedakwahhh
اللهم صل على سيدنا محمد وعلى آل سيدنا محمد
"Tidak memerlukan dalil untuk mencintai Rasulullah ﷺ, sebagaimana Rasulullah ﷺ tidak perlu syarat untuk mencintai umatnya."
[Habib Abu Bakar Al-Adni bin Ali Al-Masyhur]
@sharedakwahhh
Salam Jumaat yang penuh dengan keberkatan 🤍
Terdapat pintu syurga yang hanya akan dapat dimasuki oleh orang yang suka dan rajin bersedekah.
Hadis daripada Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah SAW bersabda:
ومن كان من أهل الصدقة دُعي من باب الصدقة
Yang bermaksud: “Jika dari golongan yang gemar bersedekah akan dipanggil dari pintu sedekah.”
(Riwayat al-Bukhari)
@sharedakwahhh
“Yang buat amal tapi istiqamah, dapat cinta Allah. Yang buat amal banyak tanpa istiqamah dapat pahala tanpa ada anugerah khas (dicintai oleh Allah).”
-Habib Ali Zaenal Abidin Al-Hamid
@sharedakwahhh
Apa yang kita miliki sekarang itulah HADIAH TERBAIK,
dan apa yang kita tidak miliki sekarang itulah TAKDIR TERBAIK..
Sebab Allah selalu memberi yang terbaik kepada hambaNya..
@sharedakwahhh
إِنَّا لِلَّهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ
Dengan penuh rasa dukacita dimaklumkan, Profesor Diraja Tan Sri Dr. Syed Muhammad Naquib al-Attas, telah kembali ke rahmatullah pada petang tadi, 18 Ramadan 1447H.
Dunia hari ini kehilangan seorang tokoh pemikir ulung dan sarjana besar yang sangat dihormati di peringkat antarabangsa.
Beliau berjaya mengangkat khazanah falsafah Islam, tasawuf dan adab sebagai tunjang pendidikan dan pembentukan insan yang sejati.
Semoga Allah SWT mengampuni segala dosa beliau, melimpahkan rahmat-Nya, serta menempatkan Allahyarham di Syurga Firdaus bersama para Nabi, Siddiqin, Syuhada dan Solihin.
Marilah kita bersama-sama menghadiahkan Al-Fatihah dan mendoakan agar roh beliau dicucuri rahmat serta ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman.
@sharedakwahhh
Antara Sebab Puasa Menjadi Sia-Sia:
1. Tidak meninggalkan perkataan dan perbuatan yang keji atau dusta.
2. Tidak meninggalkan perkataan yang melalaikan dan lucah.
Sah puasanya tetapi tidak diberi padanya pahala.
@sharedakwahhh
Kalau kita tak lahir dari keturunan yang mencintai Al Quran,
Lahirkanlah keturunan yang mencintai dan hidup dengan Al Quran..
@sharedakwahhh
ﺍَﻟﻠﻬُﻢَّ ﺻَﻞِّ ﻋَﻠَﻰ ﺳَﻴِّﺪِﻧَﺎ ﻣُﺤَﻤَّﺪٍ ﻭَﻋَﻠَﻰ ﺁﻝِ ﺳَﻴِّﺪِﻧَﺎ ﻣُﺤَﻤَّﺪٍ
Malam Nisfu Sya'ban merupakan salah satu malam yang mustajab doa. Umat Islam digalakkan agar banyak berdoa memohon keampunan dari Allah SWT.
Disunatkan menghidupkan malam Nisfu Sya’ban dengan memperbanyakkan ibadah dengan membaca al-Quran, berzikir, berdoa, bertasbih, berselawat, istighfar, hadir majlis ilmu dan amalan yang lain.
@sharedakwahhh
Januari bakal melabuhkan tirainya, namun setiap detik yang berlalu adalah bukti kasih sayang Allah yang tak pernah putus.
Terima kasih Ya Allah, kerana memberi kekuatan untuk melalui bulan pertama ini dengan sejuta hikmah.
Semoga Februari nanti membawa lebih banyak sinar ketenangan.🤍
@sharedakwahhh
Selamat Memperingati Peristiwa Israk dan Mikraj - 2026/1447H
Marilah kita sama-sama menghayati pengajaran di sebalik perjalanan agung Baginda Rasulullah ﷺ dalam menerima kefarduan solat.
Semoga ibadah solat kita bukan sekadar rutin wajib, tetapi jambatan yang mendekatkan jiwa kepada Sang Pencipta.
- Ustaz Wadi Annuar -
@sharedakwahhh
Cantik betul ayat ni;
Setiap langkah ada tujuan, setiap nafas ada kehidupan, setiap harapan ada kepastian, dan setiap doa ada jawapan. Dan setiap orang mempunyai perjuangan hidup mereka yang tersendiri.
Selesaikanlah ia satu demi satu dengan tenang, tanpa perlu membandingkan diri dengan orang lain.
Teruslah melangkah di atas jalan takdirmu sendiri.
“Tidaklah mungkin bagi matahari mengejar bulan dan malam pun tidak dapat mendahului siang. Masing-masing beredar pada garis edarnya."
(QS Yasin : 40)
@sharedakwahhh
Seringkali, seorang ahli maksiat itu menjerit dalam hatinya bahwa dirinya ingin sekali berhenti akan maksiatnya.
Maka, diajarkan doa Syaikh Mutawalli Sya'rawi Rahimahullah.
اللَّهُمَّ حَرّمْنِي لَذَّةَ مَعْصِيَتِكَ، وَارْزُقْنِي لَذَّةَ طَاعَتِكَ.
"Ya Allah, Haramkan atasku merasa lazat akan melakukan maksiat kepadaMu dan karuniakan aku rasa lazat akan melakukan ketaatan kepadaMu."
@sharedakwahhh
“Diantara rahsia tenangnya hidup adalah, engkau tidak membandingkan hidupmu dengan hidup orang lain, kerana hidupmu adalah sebuah perjalanan bukan pertandingan.”
-Habib Ali Zaenal Abidin al Hamid
@sharedakwahhh
"Orang yang berilmu tetapi menyalahgunakan ilmunya untuk menyesatkan, hakikatnya jauh lebih berbahaya dibandingkan dajjal. Dajjal jelas musuh umat Islam, sedangkan mereka ini berselindung di sebalik nama agama."
-Habib Ali Zaenal Abidin Al-Hamid
@sharedakwahhh
Moga Allah matikan kita bersama al Quran, "Fi dunya wal akhirah"
@sharedakwahhh
Salam Jumaat yang penuh dengan keberkatan 🤍
Terdapat pintu syurga yang hanya akan dapat dimasuki oleh orang yang suka dan rajin bersedekah.
Hadis daripada Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah SAW bersabda:
ومن كان من أهل الصدقة دُعي من باب الصدقة
Yang bermaksud: “Jika dari golongan yang gemar bersedekah akan dipanggil dari pintu sedekah.”
(Riwayat al-Bukhari)
@sharedakwahhh
نَوَيْتُ لِلَّهِ تَعَالَى
“Ya Allah, ketika semakin menghampiri akhir tahun ini, jadikanlah apa yang direncanakan dapat terwujud, apa yang diharapkan menjadi kenyataan, apa yang didoa dimakbulkan, apa yang diinginkan tercapai, dan segala usaha yang dilakukan berjaya. Jauhkanlah aku daripada rasa gelisah dan khuatir yang berlebihan, serta kurniakanlah ketenangan hati dan fikiran, aamiin ya Rabb.” 🤲🏼
@sharedakwahhh