🎉SELAMAT DATANG SEMUA.. Pelbagai ✓Tips, ✓Petua, ✓Kesihatan, ✓Diet, ✓Senaman, ✓Kecantikn, Info2 menarik Di kongsikan kpd anda semua. https://t.me/+RYcY5K7TfvsGgphQ t.me/CdBundleMurah t.me/Resepidanpetua 📝💖 Since: 13.04.2016
Nama : Daun Sukun
T.me/PetuaDanKesihatan
Khasiat : Membantu Melegakan Penyakit ASMA
✅ Bahan-bahan:
1 helai daun sukun tua
3 cawan air bersih
✅ Langkah Penyediaan:
Ambil 1 helai daun sukun kering.
Gunakan daun yang betul-betul kering dan rapuh, sebab kandungan ubatannya lebih kuat bila dah kering.
Cuci daun tersebut dengan bersih untuk buang habuk dan kotoran.
Masukkan daun ke dalam periuk bersama 3 cawan air.
Rebus hingga air tinggal 1 cawan sahaja (lebih kurang 10–15 minit, api sederhana).
Tutup api, tapis air rebusan, dan biarkan suam sebelum diminum.
Cara Minum:
Minum 1 cawan sehari, sama ada pagi atau malam.
Amalkan selama 7 hari berturut-turut, kemudian berhenti seminggu dan sambung semula
#Asma
#DaunSukun
@petuadankesihatan
.
.
Petua Mengubati Bisul
Bolehlah cuba mana-mana petua di bawah:
1) Ambil segumpal kapas dan celupkan seketika ke dalam cuka makan sehingga meresap. Sapu sekeliling bisul tersebut setiap malam. Lakukan sehingga sembuh.
2) Tumbuk beberapa ulas bawang putih hingga hancur. Tepek pada bisul dan balut dengan kain supaya tidak jatuh. Biarkan kering. Lakukan beberapa kali sehingga bisul hilang.
3) Rendam segenggam beras bersama beberapa ketul kunyit hidup di dalam air selama sejam. Toskan air dan tumbuk beras dan kunyit hingga lumat. Tepek pada bisul hingga kering. Ulang beberapa kali sehingga sembuh.
4) Kunyah daun sirih dan tepekkan pada bisul hingga kering. Ulang beberapa kali sehingga sembuh.
@petusdankesihatan
.
.
Petua “Tongkat Lidah di Lelangit” adalah satu teknik rahsia dalam amalan pernafasan dan tenaga dalaman, terutama dalam kebatinan Melayu dan juga diamalkan dalam beberapa tarekat serta seni pernafasan Islamik. Ia melibatkan meletakkan hujung lidah ke lelangit lembut (bahagian atas mulut, sedikit ke belakang dari gigi hadapan) dalam keadaan mulut tertutup.
Tujuan dan Kelebihan Petua Ini:
1. Mengaktifkan Lintasan Tenaga Ruhani:
Dalam ilmu tenaga dalam, posisi ini dipercayai menyambungkan dua saluran tenaga utama — saluran depan (Ren Mai) dan saluran belakang (Du Mai).
Membolehkan aliran tenaga suci atau "nafas batin" berjalan lancar.
2. Menguatkan Fokus dan Zikir:
Membantu dalam tumpuan zikir, terutamanya bila diamalkan dalam keadaan duduk tafakur, wirid, atau khalwat.
Memperkuat hati rohani dan rasa kesedaran batin.
3. Meningkatkan Kekuatan Pernafasan Batin:
Lidah di lelangit secara senyap menahan pengeluaran nafas mulut, melatih pernafasan hidung yang lebih dalam dan tenang.
Sesuai digabungkan dengan zikir seperti "Allah… Hu…" secara perlahan dan batiniah.
4. Mengelakkan Pembaziran Tenaga:
Petua ini menutup ‘kebocoran’ tenaga dari mulut yang terbuka atau lidah yang tidak terkawal semasa latihan batin.
Ini sangat penting ketika melakukan pengisian tenaga, rawatan, atau pagar ghaib.
5. Memberi Isyarat Kepatuhan Diri Kepada Allah:
Dalam tasawuf, diam dan terkunci lidah adalah simbol muraqabah (kesedaran penuh kepada Allah).
"Lidah digantung di langit" melambangkan penguasaan diri dan penyerahan total.
---
Cara Mengamalkan:
1. Duduk dalam keadaan tenang (bersila atau bersandar).
2. Pejamkan mata, tarik nafas dalam-dalam melalui hidung.
3. Letakkan hujung lidah ke lelangit lembut, dan biarkan ia berada di situ sepanjang latihan.
4. Amalkan zikir batin (contoh: "Lā ilāha illaLlāh", atau "Hu") sambil terus bernafas tenang.
5. Rasakan getaran tenaga mengalir dari belakang kepala, turun ke tulang belakang, naik ke hadapan tubuh.
Dari sudut rahsia batin dan rohaniah, Petua Tongkat Lidah di Lelangit menyimpan beberapa makna dan fungsi yang sangat mendalam, khususnya dalam ilmu tenaga dalam, kebatinan, dan tasawuf tinggi.
---
1. Pengaktifan Lintasan Nur (Cahaya Ilahi)
Dalam tasawuf, lidah diangkat ke lelangit sebagai simbol penyatuan batin antara langit (arasy ruhani) dan bumi (jasad).
Ia menghidupkan lintasan nurani dari titik bawah tulang sulbi hingga ke ubun-ubun, kemudian menyambung ke pusat ruhani di antara kening (maqam mata batin).
Ini juga disebut sebagai lintasan sirr (rahsia batin).
---
2. Simbol Pengawalan Nafsu dan Bicara
Menahan lidah bermaksud menahan bicara yang sia-sia, selari dengan ajaran para wali agar “lidah dikunci melainkan untuk zikrullah.”
Lidah yang ditongkatkan ke langit dalam keadaan sunyi menunjukkan ketaatan dan kesediaan menerima ilham ilahi, seperti nabi menerima wahyu.
---
3. Rahsia Penarik Karomah dan Tenaga Ghaib
Dalam ilmu hikmah, petua ini menjadi pembuka pintu tenaga ghaib, termasuk tarikan karomah dari alam malakut.
Ia juga membuka pintu kepada penyatuan batin dengan asma Allah, seperti dalam zikir “Hu” atau “Ahad”.
---
4. Penyambung Lintasan Ruhani 7 Titik (7 Maqam Jiwa)
Letak lidah di lelangit menyambungkan tenaga dari qalb (hati) ke lisan (lidah) dan seterusnya ke ‘arasy batin (ubun-ubun).
Dalam latihan batin tinggi, ini dipadankan dengan:
Maqam Dada – Nur Muhammad
Maqam Lidah – Kalimah Ilahi
Maqam Kepala – Ilham & Hikmah
---
5. Rahsia Pagar Ghaib dan Pertahanan Energi
Dalam peperangan batin, petua ini digunakan untuk menutup jalur-jalur tenaga agar tidak bocor.
Bila diamalkan ketika membaca doa, hizib, atau selawat agung, ia menjadikan tenaga ruhani itu terkumpul padat dan terfokus.
---
Zikir Pendamping (Pilihan Rahsia)
Amalan sambil lidah dilelangitkan:
> "Yā Hayyu Yā Qayyūm bi Raḥmatika Astaghīts"
(Hidupkan diriku dengan rahmat-Mu, wahai Yang Maha Hidup dan Maha Berdiri Sendiri)
Atau zikir batin:
> "Allāh... Hu..." (dilafaz secara dalam hati serentak dengan pernafasan)
21 PETUA CUKA
1. Masalah singki atau tombol paip ‘chrome’ yang diseliputi daki putih seperti kapur.
Sental menggunakan bahan campuran 2 sudu besar ‘garam’ dan 1 sudu kecil ‘cuka’.
2. Membersihkan meja atau ‘Counter Top’ dan membuatkannya berbau harum semula.
Lapkan dengan kain yang telah direndam dalam cuka pekat.
3. Membersihkan dan mewangikan saluran paip singki dan lubang paip lantai.
Tuangkan 1 cawan baking soda, kemudian 1 cawan cuka panas. Biarkan selama 5 minit dan akhir sekali tuangkan air panas.
4. Menghilangkan bau pada tong sampah atau tempat pengumpulan sampah
Tuangkan sehingga rata ½ cawan Serbuk-penaik (baking soda) dan ½ cawan cuka. Biarkan selama 5 minit dan bilas menggunakan air panas.
5. Cuci Microwave oven.
Campurkan ½ cawan cuka dengan ½ cawan air dalam mangkuk mesra microwave. Didihkan campuran itu di dalam microwave oven sehingga mendidih selama beberapa ketika. Bahan-bahan makanan yang terlekat akan tertanggal dan bau busuk akan hilang. Lap dengan kain sehingga bersih.
6. Bersihkan rak dan dinding dalam peti ais
Lap menggunakan kain yang di celupkan ke dalam campuran cuka dan air biasa.
7. Bersihkan daki dan kotoran di atas peti ais.
Gunakan cuka pekat dan lap menggunakan kertas tisu atau kain.
8. Bersihkan pintu oven daripada selaput minyak.
Sapukannya dengan cuka pekat. Biarkan pintu oven terbuka selama 10 ke 15 minit sebelum mencuci dengan span.
9. Mengembalikan semula seri pada gelas yang telah pudar.
Rendamkan kain atau kertas tisu tebal ke dalam cuka pekat dan bungkus peralatan gelas tersebut menggunakannya. Biarkan seketika dan akhirnya bilas.
10. Tanggalkan daki yang melekat pada cawan.
Sental dengan perlahan menggunakan garam atau serbuk-penaik.
11. Menghilangkan daki dan bau hapak pada bekas plastik.
Lap menggunakan kain yang telah dibasahkan dengan cuka.
12. Menghilangkan kesan bau pada bekas makanan.
Masukkan sekeping roti yang telah direndam dalam cuka dan biarkan semalaman.
13. Menghilangkan kesan daki dalam ruang sempit pada balang kaca, pasu bunga kaca, botol dan lain-lain.
Rendamkan dalam cuka untuk beberapa ketika dan bersihkan menggunakan beras atau pasir bagi menanggalkan daki. Ulangi beberapa kali jika perlu.
14. Menghilangkan bau cebisan kuah atau makanan yang telah basi dari dalam peti sejuk.
Bersihkan kawasan yang terkena dengan air dan sabun. Sembur atau renjiskan kawasan tersebut dengan cuka pekat dan keringkan menggunakan kain lembap. Isikan satu bekas kecil dengan ‘serbuk penaik’ dan letakkan di dalam peti sejuk selama beberapa hari.
15. Untuk menanggalkan tanda harga, decal atau label pada bekas.
Bungkus atau tutup dengan kain yang telah direndam dalam cuka. Biarkan semalaman dan tanda harga akan tanggal.
16. Membersihkan bahagian roda pada alat pembuka tin.
Cuci dengan menggunakan cuka pekat dan berus gigi terpakai.
17. Membersihkan minyak pada ‘exhaust fan’ atau cooker hood atau oven.
Celupkan sponge ke dalam cuka pekat dan sapu bahagian berminyak sehingga bersih.
18. Untuk menyegarkan bilik air.
Campurkan 1 sudu kecil soda bikarbonat, 1 sudu kecil cuka dan 1 cawan air. Masukkan ke dalam penyembur dan semburkan campuran tersebut di sekitar bilik air.
19. Membersihkan tompokan kotoran pada karpet.
Campurkan 2 sudu kecil ‘cuka’, ¼ garam atau soda bikarbonat. Gunakannya untuk menyental kesan kotoran pada karpet dan biarkan kering. ‘Vacum’ karpet tersebut pada keesokkan harinya.
20. Membersihkan gunting yang melekat (selepas menggunting cellotape etc.).
Lapkan dengan kain yang telah direndam dalam cuka pekat.
21. Membersih serta menghilangkan bau air kencing di atas tilam.
Campurkan sedikit cuka dan air dan gunakan kain untuk lapkan tompokan air kencing di atas tilam. Kemudian, renjiskan kawasan tersebut dengan ‘baking soda’. Biarkan kering buat seketika. Berus atau vakum selepas kering
T.me/PetuaDanKesihatan
Sarapan yang salah boleh cetuskan pedih ulu hati sepanjang hari.
Mulakan pagi dengan pilihan yang mesra perut 9 makanan ini bantu kawal GERD dan elakkan simptom berulang.
Lemak rendah, tiada asid tinggi, dan mudah dihadam.
Sayangi perut, sayangi diri.
Biar makan jadi penawar, bukan punca derita.
T.me/PetuaDanKesihatan
Kawal kandungan gula dalam darah anda
Tahukah anda? Kandungan gula yang tinggi dalam darah boleh merosakkan mata, otak, jantung, buah pinggang, dan saraf.
Cegah komplikasi jangka masa panjang dengan gaya hidup sihat.
Bertindak sekarang!
Sambal ayam gepuk yang terlalu pedas boleh merangsang pengeluaran asid perut berlebihan. Akibatnya? Pedih ulu hati, rasa perut terbakar, cirit-birit atau memulas
Selain itu, walaupun kobis adalah sayur, bila digoreng dengan minyak yang banyak dan tidak cukup masak, ia boleh menyebabkan Kembung dan angin kerana kobis mengandungi gula kompleks yang mudah ditapai dalam usus
Perut kita mungkin tak cukup ‘kebal’ untuk menangani makanan pedas, berminyak, dan berserat keras sekaligus.
Tak hairan kalau lepas makan, anda rasa perut meragam, berangin atau nak ulang-alik ke tandas.
Ayam gepuk memang padu, tapi perut pun ada batasnya. Lain kali, kurangkan pedas, minta kobis rebus atau tumis sikit je
T.me/PetuaDanKesihatan
Ramai yang hairan dan pelik, garam tu boleh meningkatkan tekanan darah! Bagaimana mekanisme?:
1. Makan Makanan Tinggi Garam
Makanan seperti kentang goreng, burger, dan makanan bergaram lain boleh meningkatkan tahap natrium dalam tubuh kita.
2. Natrium (bahan asas dalam garam - masin) Dalam Salur Darah Meningkat. Apabila kita makan terlalu banyak garam, natrium dalam darah akan meningkat.
3. Natrium Mengikat dan menarik lebih banyak cecair ke dalam salur darah.
4. Buah pinggang akan bekerja keras untuk mengeluarkan cecair berlebihan akan mula kehilangan fungsi.
5. Isipadu salur darah lebih banyak cecair, salur darah akan berkembang
6. Tekanan Darah Meningkat. Akhirnya, peningkatan isipadu cecair menyebabkan tekanan darah kita meningkat.
Kita dah tahu semuanya ini.
- Tahu adalah maklumat untuk OTAK!
- Mahu adalah gerakan HATI untuk bertindak!
Walaupun kita tahu segala maklumat yang sampai kat OTAK, tetapi HATI kita masih lagi liar dan tidak mahu berubah! Sama sahaja...
Jaga Pemakanan, Jaga Kesihatan
MAKAN BUAH TIDAK MENJADIKAN ANDA GEMUK DAN DIABETES
Kita banyak dengar mereka yang menggelarkan diri mereka sebagai pakar kesihatan memberitahu anda bahawa buah itu tidak elok dan berbahaya.
Kononnya buah ini berbahaya kerana :
1️⃣ Ia sarat dengan gula.
2️⃣ Buah-buahan akan merosakkan kelenjar adrenal dan pankreas anda.
3️⃣ Buah akan menyebabkan penyakit hati berlemak.
Buah-buahan bukanlah faktor penyumbang kegemukan dan diabetes. Kecualilah jika mengambil buah yang tinggi karbohidrat dengan kuantiti yang banyak, dan mengambilnya setiap hari.
Mengambil buah-buahan juga bukan bermakna kita mengambil jus buah-buahan yang kita pisahkan seratnya. Kita mengambil keseluruhan buah tanpa memisahkan seratnya. Memisahkan jus buah-buahan dari serat akan menyebabkan nilai Index Glisemik menjadi tinggi.
Buah juga mengandungi vitamin, mineral dan phytonutrien, di samping serat yang menjadi prebiotik dalam usus.
#HealthDrZubaidi
T.me/PetuaDanKesihatan
Semakin banyak penyakit rare muncul….
Batuk tak berhenti. Nafas makin sempit. Umur baru 20-an, tapi dada rasa ketat macam orang tua…
Ramai tak tahu, cecair vape berperisa mengandungi diacetyl sejenis bahan kimia untuk rasa mentega, karamel atau butterscotch.
Diacetyl bukan sekadar “perasa”. Bila masuk ke paru-paru, ia perlahan-lahan menyebabkan tisu paru-paru mula membentuk parut (fibrosis). Ini menyempitkan saluran udara kecil dan menyebabkan udara sukar keluar masuk.
Yang paling menakutkan tiada rawatan untuk pulihkan kerosakan paru-paru ini.
Ia kekal, dan boleh makin teruk jika masih terus menghisap vape.
T.me/PetuaDanKesihatan
Sumpah nak cakap terima kasih dekat warga tt yang bagi tips nak lembutkan dagin guna kurma dengan biji dia. Berjaya weh, 30 minit je atas api, lembut macam masuk pressure cooker
+Guna 4 biji kurma (2biji termasuk isi&2biji tanpa isi)
+Masukkan kurma waktu rebus awal daging
T.me/PetuaDanKesihatan
Kenapa AIR KOSONG perlu menjadi pilihan?
Apakah kebaikan minum AIR KOSONG yang mencukupi?
1) MEMBANTU DALAM MENGAWAL SUHU BADAN
Air membantu menyejukkan badan melalui peluh, terutama semasa aktiviti fizikal atau cuaca panas
2) MEMBANTU DALAM SISTEM PENCERNAAN
Air membantu melancarkan pencernaan dan mengurangkan masalah sembelit. Ia juga membantu dalam penyerapan nutrien/zat yang lebih baik
3) MENGAWAL BERAT BADAN
Minum air kosong secukupnya (6 hingga 8 gelas sehari) dapat membantu proses penurunan berat badan kerana air kosong tidak mengandungi kalori
4) UNTUK KESIHATAN KULIT
Air menjaga kelembapan kulit dan membantu mengurangkan masalah kulit kering serta menjadikan kulit lebih berseri
T.me/PetuaDanKesihatan
#pilihairkosong
Inilah Bunga burung hijau MasyaAllah yg suka dgn ini smoga rezeki melimpah 7 turunan
Читать полностью…KERJA KUAT TAK CUKUP KALAU BERKAT TAK ADA
Ramai orang kerja pagi sampai malam.
Gaji masuk, tapi tak pernah cukup.
Bayar itu ini, habis. Sakit datang tiba-tiba.
Rezeki ada, tapi tak tenang.
Mungkin yang kurang bukan jumlah, tapi berkat.
Allah berfirman:
"Barang siapa bertakwa kepada Allah, nescaya Dia akan memberi jalan keluar baginya, dan memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka-sangka." (Surah At-Talaq, 65:2-3)
Rezeki bukan hanya datang dari usaha.
Ia juga datang dari taubat, doa, zikir, dan amal-amal hati yang Allah suka.
Kerja kuat itu perlu, tapi jangan lupa usaha yang tak nampak — iaitu usaha hati.
اللهم وسع لنا في أرزاقنا وبارك لنا فيها "Ya Allah, luaskanlah rezeki kami dan berkatilah ia."
---
Kredit: Kuliah Agama
T.me/PetuaDanKesihatan
@petuadankesihatan
.
.
Satu demi satu amalan baik, insyaAllah hidup akan terasa lebih tenang dan terarah 🫶🏽
@petuadankesihatan
.
.
RESEPI PETUA MAK SAYA
Untuk :
Hilangkan sakit-sakit badan.
Angin kebas-kebas kaki tangan.
Susah buang air besar.
Cuci darah beku (lancarkan aliran darah).
Bahan :
1) Halba sepeket, guna 2-3 sudu besar
2) Halia dlm 3 inci
3) Serai 2 batang
4) Asam Jawa 1sudu
5) Air dlm 1000 ml
Cara :
Bahan halba, halia dan serai diketuk atau dihiris pun boleh. Kemudian rebus semua tu sampai mendidih.
Angkat campur dengan asam jawa satu sudu, kacau2 minum masa nak tidur.
Minum masa air tu suam-suam.
Esok pagi bangun badan jadi segar.. Insha Allah. Semoga dipermudahkan petua ni..cuba jangan tak cuba
Kredit : Normala Md Ismail
(MASIH BANYAK LAGI RAHSIA TONGKAT LIDAH DI LELANGIT INI HANYA YANG FAHAM SAHAJA MENGETAHUI)
Читать полностью…Ramai keliru antara GASTRIK dan GERD walaupun sama-sama melibatkan perut, tapi sebenarnya sangat berbeza!
Berikut perbezaan gejala utama antara Gastrik dan GERD dalam bentuk ringkas dan mudah faham:
🟢 GASTRIK
(Pedih di bahagian perut)
✅ Sakit perut bila perut kosong
✅ Rasa perit/pedih di bahagian atas perut
✅ Mual atau muntah
✅ Kembung perut
✅ Hilang selera makan
✅ Kadang disertai rasa pening atau lemah
🔴 GERD
(Pedih naik ke dada / tekak)
✅ Rasa pedih seperti terbakar dari perut ke dada (heartburn)
✅ Rasa masam atau pahit di tekak / mulut
✅ Sendawa berlebihan
✅ Rasa makanan naik semula ke kerongkong
✅ Batuk kronik, sakit tekak, suara serak (terutama pagi)
✅ Gejala bertambah teruk bila baring selepas makan
Kedua-duanya boleh dirawat tapi ubat dan cara penjagaannya tak sama. Jangan terus andaikan, lebih baik jumpa doktor untuk kepastian 🙏🏻
T.me/PetuaDanKesihatan
FAHAMI JENIS-JENIS BATUK – Jangan Pandang Ringan!
Batuk bukan sekadar bunyi. Ia bahasa tubuh yang sedang memberitahu ada sesuatu yang tak kena. Tapi bukan semua batuk sama. Mari kita kenali 3 jenis batuk yang paling biasa berlaku – dan mana satu yang perlu kita ambil serius.
.
1. Batuk Kering & Gatal Tekak
Biasanya terasa di kerongkong – tekak gatal, perit dan kita asyik terbatuk-batuk. Tak keluar kahak pun. Selalunya berpunca dari jangkitan virus atau alahan. Jangan risau, kebanyakannya sembuh sendiri dalam seminggu.
2. Batuk Basah & Berkahak
Batuk jenis ini datang dari dada – dan ia menghasilkan kahak berwarna putih, kuning, hijau, bahkan kadang ada darah! Ini petanda kuman dah masuk ke paru-paru, seperti dalam kes bronchitis atau pneumonia. Perlu rawatan segera ya.
3. Batuk dari Dada Tapi Tiada Kahak
Yang ini paling kita risau. Bila paru-paru dah mula berubah struktur, batuk pun jadi dalam dan berat – tapi tak ada kahak. Mungkin ada rasa sesak nafas. Jangan tunggu. Ini mungkin tanda masalah paru-paru yang lebih serius.
Bila perlu ke klinik?
– Kalau batuk lebih 2 minggu
– Kalau sesak nafas makin teruk
– Kalau ada demam, kahak berdarah atau batuk makin berat
.
X-ray dada penting untuk pastikan punca sebenar.
.
Kadang-kadang batuk itu bukan sekadar batuk. Ia mungkin jeritan senyap paru-paru yang memerlukan perhatian kita.
Jaga paru-paru, jaga nyawa.
Dr Zubaidi Hj Ahmad
Doktor. Motivator. Coach Wellness A'aFIYAT
#HealthDrZubaidi
#batuk
T.me/PetuaDanKesihatan
Ingatkan Sakit Pinggang Biasa, Rupanya Buah Pinggang Dah Rosak
Seorang lelaki berusia 34 tahun mula rasa sakit pinggang yang datang dan pergi. Katanya mungkin tersalah angkat barang. Tak lama lepas tu, dia mula muntah, rasa nak kencing tapi sikit saja yang keluar.
Air kencing jadi keruh dan berbau kuat. Dia fikir hanya jangkitan kuman. Tapi bila demam tinggi tak surut, dia ke hospital. Imbasan menunjukkan batu karang sebesar 1.2 cm tersekat di saluran kencing, menyebabkan jangkitan serius pada buah pinggang kanan.
Akhirnya, buah pinggang tersebut gagal berfungsi dan terpaksa dibuang.
.
Batu karang bukan sekadar “angin” atau sakit biasa. Ia boleh menyebabkan
‼️Jangkitan buah pinggang (pyelonephritis)
‼️Kerosakan buah pinggang kekal
‼️Urosepsis jangkitan merebak ke seluruh badan
‼️Pembedahan kecemasan atau kehilangan buah pinggang
Periksa sebelum terlambat.
Jika ada gejala-gejala ini, buat ujian air kencing dan ujian darah
🍭 Berapa banyak gula yang anda ambil setiap hari?
Kadang-kadang kita tak sedar, 1 gelas minuman atau 1 potong kek sudah melebihi had pengambilan gula yang disarankan!
😱 Teh susu boba = 20 sudu teh gula
🥤 Minuman berkoko = 9 sudu teh gula
🍰 Kek keju = 4 sudu teh gula
👉 Had pengambilan gula tambahan disarankan: tidak lebih 7.5 sudu teh* sehari! (*Saranan berdasarkan 10% daripada keperluan kalori individu dewasa sedentari 1500 kcal sehari)
Gula berlebihan boleh membawa kepada obesiti, diabetes & penyakit jantung! Jom semak semula pilihan makanan dan minuman harian kita. ❤️
GULA: 1 Sudu Teh Dah Cukup, Kurang Lebih Baik, Tiada Terbaik!
#KurangkanGula
T.me/PetuaDanKesihatan
_ASSALAMUALAIKUM WBT_
💚 MUTIARA PAGI 💚
Rasa bersyukur itu hanya timbul dari hati apabila melihat apa yang telah ada, bukan pada yang tiada. Namun sikap manusia biasanya apa yang ada jarang disyukuri, apa yang tiada sering dirisaukan. Kita sering menghitung kesukaran bukan kesyukuran.
*_”Ya الله, ampunilah dosa-dosa kami, kedua ibubapa kami, ahli keluarga kami serta murahkan rezeki kami, berilah kesihatan yang baik kepada kami, lanjutkan usia kami, kuatkanlah iman kami dan berilah keredhaanMu kepada kami.”_*
_Aamiin Ya Rabbal ‘Alamin._
Berbuat baiklah dengan semua orang tanpa syarat kerana...
Читать полностью…Petua Masak Di Dapur Anti Gagal.
Belajar petua ini untuk korang mahir beraksi di dapur. Solusi untuk kita tak cepat gelabah kalau apa-apa terjadi pada masakan kita nanti.
T.me/PetuaDanKesihatan #petuamasakdidapur
1. Minum Air Halia Panas
T.me/PetuaDanKesihatan
Cara:
* Hiris nipis 1 inci halia segar
* Rebus bersama 1 cawan air selama 5–10 minit
* Tambah sedikit madu jika suka, minum ketika suam
Kelebihan:
* Halia membantu merangsang pencernaan dan mengurangkan angin dalam perut
2. Air Limau Nipis + Garam
Cara:
* Perah jus dari 1 biji limau nipis
* Campur dengan secubit garam dan sedikit air suam
* Minum perlahan-lahan
Kelebihan:
* Mengurangkan rasa kembung, bantu singkirkan gas dari sistem penghadaman
3. Daun Pudina / Teh Pudina
Cara:
* Rendam 1 sudu teh daun pudina kering atau beberapa helai daun segar dalam air panas
* Minum sebagai teh 2 kali sehari
Kelebihan:
* Pudina mengendurkan otot salur penghadaman dan bantu hilangkan rasa perut tegang
4. Urutan Minyak Angin / Minyak Telon
Cara:
* Sapukan minyak seperti minyak angin, minyak telon atau minyak herba
* Urut perlahan-lahan bahagian perut mengikut arah jam
Kelebihan:
* Merangsang pengeluaran angin, bantu melegakan rasa sebu
5. Rendaman Air Suam / Mandian Suam
Cara:
* Rendam badan atau tuam perut dengan tuala suam
Kelebihan:
* Memberi rasa lega dan melegakan ketegangan otot perut
Tips Tambahan:
* Elakkan makan terlalu cepat atau bercakap ketika makan
* Kurangkan minuman berkarbonat dan makanan bergas (kubis, brokoli, kekacang)
* Amalkan senaman ringan seperti berjalan untuk bantu penghadaman
🌹🌹🌹🌹🌹🌹
*Selamat Hari Guru* kepada semua insan bergelar pendidik...
Dalam diam, kalian memikul amanah yang besar. Di sebalik senyuman, ada lelah yang disembunyikan. Di sebalik tegas, ada kasih yang mendalam. Ramai anak murid mungkin tak sempat ucap terima kasih... tapi percayalah, *setiap ilmu yang kalian curahkan menjadi cahaya sepanjang hayat kami.*
Terima kasih, cikgu. Jasamu tak mungkin terbalas. Al Fatihah juga buat semua guru² yg pernah didik kita satu masa dulu..
*Selamat Hari Guru. Kau sentiasa dalam doa dan ingatan kami.*
T.me/PetuaDanKesihatan
🌹🌹🌹🌹🌹🌹
5 Perkara Yang Buat Anxiety Makin Teruk
1. Scroll tanpa henti sebelum tidur
Maklumat bertubi-tubi, cahaya biru menyilau. Bila otak tak sempat rehat, tidur terganggu. Dan bila tidur terganggu… anxiety pun mula serang.
2. Simptom fizikal yang dibiar begitu saja
Jantung berdebar, dada ketat, nafas pendek. Tapi tak mahu periksa. Akhirnya otak cipta pelbagai kemungkinan, yang seringkali lebih menakutkan dari realiti.
3. Pendam rasa, buat-buat kuat
Kita senyum, tapi dalam diam sedang sesak. Bila semuanya dikumpul diam-diam, akhirnya meletup, di saat kita paling tak bersedia.
4. Dikelilingi aura negatif
Sindiran halus, bandingan tanpa henti, kata-kata yang menjatuhkan. Semuanya bagaikan racun senyap yang mencuri ketenangan diri.
5. Cuba jadi terlalu sempurna
Nak semua ikut perancangan. Tak boleh silap walau sedikit. Tapi hidup bukan matematik. Bila semua mesti perfect, diri jadi terlalu letih.
Kenal pasti, bukan salahkan diri.
Dan kalau dah lama rasa sesak, mungkin ini masa untuk jaga diri, bukan hanya bertahan.
#PublicHealthMalaysia
T.me/PetuaDanKesihatan
_ASSALAMUALAIKUM WBT_
☘️ MUTIARA KATA ☘️
Jika kamu tidak mengejar apa yang kamu inginkan, maka kamu tidak akan memilikinya.
Jika kamu tidak melangkah ke hadapan, maka kamu akan tetap berada di tempat yang sama.
Jika kamu tidak mahu mengubah hidupmu, maka tiada siapa yang mampu mengubahnya.
*_”Ya الله, ampunilah dosa-dosa kami, kedua ibubapa kami, ahli keluarga kami serta murahkan rezeki kami, berilah kesihatan yang baik kepada kami, lanjutkan usia kami, kuatkanlah iman kami dan berilah keredhaanMu kepada kami.”_*
_Aamiin Ya Rabbal ‘Alamin._
@petuadankesihatan
.
.
Semoga kita sentiasa berada dalam lindungan Allah dan semoga kita terhindar dari hasad dengki, sihir, dan segala bentuk kejahatan 🤲🏻💖