petuadankesihatan | Unsorted

Telegram-канал petuadankesihatan - °P€tua Daπ Kesihataπ°

9759

🎉SELAMAT DATANG SEMUA.. Pelbagai ‌✓Tips, ✓Petua, ✓Kesihatan, ✓Diet, ✓Senaman, ✓Kecantikn, Info2 menarik Di kongsikan kpd anda semua. https://t.me/+RYcY5K7TfvsGgphQ t.me/CdBundleMurah t.me/Resepidanpetua 📝💖 Since: 13.04.2016

Subscribe to a channel

°P€tua Daπ Kesihataπ°

@petuadankesihatan
.
.
Petua dari arwah mak kalau goreng ikan sungai.
Kelar rapat2, goreng sedikit garing.
Tak payah nk pikir tercekik tulang dah. Rangup je bila kunyah.

Читать полностью…

°P€tua Daπ Kesihataπ°

@petuadankesihatan
.
.
Dulu pernah jumpa sorang pakar herba kat Singapore. Dia cadangkan untuk sapa sapa yang ada #kanser, amalkan makan halba.

Ya. Dia suro makan. Bukan rendam air panas macam yang ramai orang buat tu. Ikut perubatan Ibnu Sina, halba ni bagus untuk penyakit penyakit yang berkaitan ngan ketumbuhan.

Omputeh panggil Fenugreek. Halba ni khasiat dia memang banyak sangat sangat tau.

Selain dari boleh kecutkan ketumbuhan, halba boleh digunakan untuk turunkan gula dalam darah, kawal kolesterol, banyakkan susu ibu, buang angin dalam badan, kuatkan jantung, turunkan berat badan,

Cuma tu la. Kalau makan banyak halba, peluh kita tu bau dia agak ‘special’ sikit. Kene rajin rajin bersihkan diri 🤣

Halba tu sebaiknya kita kisar halus, masukkan dalam kapsul. Kalau nak kunyah gitu pun ok. Anggaran 1/2 sudu teh.

Nak senang, boleh pegi farmasi, beli yang dah siap masuk kapsul. Tapi mahal sikit la.

Читать полностью…

°P€tua Daπ Kesihataπ°

RAYA 2025 KURUNG MALEEKA KIDS. HOT SELLING KEBAYAS KIDS COLLECTION READY STOCK Clothing Baju Kanak Kanak untuk RM24.50. https://s.shopee.com.my/qTwPZjxMO

Читать полностью…

°P€tua Daπ Kesihataπ°

🌳Kesedaran rakyat mengenai penjagaan kebersihan persekitaran perlu dipupuk dan diamalkan secara berterusan bagi mewujudkan rasa kebertanggungjawaban bersama terhadap alam sekitar (shared responsibility).

Selari dengan Teras 4, Agenda Nasional Malaysia Sihat (ANMS) penjagaan kebersihan persekitaran merupakan tanggungjawab bersama yang harus dibudayakan dalam kalangan masyarakat bagi menyokong kesejahteraan kesihatan persekitaran.

Jaga kebersihan persekitaran demi kelestarian kesihatan rakyat masa hadapan! 🫶🏻

Читать полностью…

°P€tua Daπ Kesihataπ°

Weavin Sneaker Women's Shoes Outdoor Sneaker Shoe Casual Sneakers Travel ks20303

Product Informations:
- Product Code: ks20303
- Material: Fabric

Size & Feet Length:
(If you have larger feet, select a size that is one size bigger)

• Size 36 = Feet Length 23 CM
• Size 37 = Feet Length 23.5 CM
• Size 38 = Feet Length 24 CM
• Size 39 = Feet Length 24.5 CM
• Size 40 = Feet Length 25 CM
• Size 41 = Feet Length 25.5 CM

Heel Height: 3 CM (Approx.)

HARGA RM25
Postage rm8sm/ rm12ss
PM @Cikdaa811

Читать полностью…

°P€tua Daπ Kesihataπ°

𝐊𝐎𝐋𝐄𝐊𝐒𝐈 𝐑𝐀𝐘𝐀 𝐒𝐄𝐃𝐎𝐍𝐃𝐎𝐍 𝟐𝟎𝟐𝟓

✨𝐊𝐔𝐑𝐔𝐍𝐆 𝐀𝐋𝐔𝐍𝐀 & KURUNG DIAN TEMASYA

𝐏𝐑𝐈𝐂𝐄 : 𝐑𝐌𝟕𝟗.𝟗𝟎
[ 𝐏𝐋𝐔𝐒𝐈𝐙𝐄 𝐔𝐏 𝐑𝐌𝟓 ]
𝐒𝐈𝐙𝐄 : 𝐒 , 𝐌 , 𝐋 , 𝐗𝐋 , 𝟐𝐗𝐋 , 𝟑𝐗𝐋 , 𝟒𝐗𝐋 , 𝟓𝐗𝐋


✨𝐊𝐔𝐑𝐔𝐍𝐆 𝐀𝐋𝐔𝐍𝐀 & KURUNG DIAN TEMASYA 𝐊𝐈𝐃𝐒
𝐏𝐑𝐈𝐂𝐄 : 𝐑𝐌 𝟔𝟗.𝟗𝟎
𝐒𝐈𝐙𝐄 :  𝟐 - 𝟏𝟐

𝐌𝐚𝐭𝐞𝐫𝐢𝐚𝐥 : 𝐃𝐨𝐛𝐛𝐲 𝐃𝐮𝐛𝐚𝐢 𝐒𝐢𝐥𝐤

Nak order wasap
www.wasap.my/60127255338/SedondonRayaAluna&DianTemasya

Читать полностью…

°P€tua Daπ Kesihataπ°

💞 ADA YANG NAK PROMOTE @ IKLAN BISNES ANDA ? BOLEH PM SY SEKARANG !! 🎊

-PROMOTE OPEN JAM 8-9mlm sahaja
-ikut noted yang di beri 
-Admin promote ke 5 group
-Admin open promote bila ada permintaan sahaja

'Jom kembangkan bisnes anda'...
🤲Semoga anda semua dimurahkan rezeki dan permudahkan segala urusan, aminn..

T.me/PetuaDankesihatan
PM🧕 ( @Cikdaa811 )TQ🤝

Читать полностью…

°P€tua Daπ Kesihataπ°

KHASIAT EPAL HIJAU 🍏
T.me/PetuaDanKesihatan

Amalan memakan buah-buahan sememangnya digalakkan kerana ia mempunyai banyak khasiat untuk tubuh anda, namun tahukah anda kebaikan memakan epal hijau? Lebih-lebih lagi bagi mereka yang ingin menurunkan berat badan. Ini kerana ia bukan sekadar mempunyai pelbagai khasiat malahan ia juga mampu mengurangkan kadar kolesterol dalam badan.
Epal hijau mengandungi zat besi, magnesium, potassium, kalsium, soldium, vitamin C, vitamin A dan vitamin B serta merupakan sumber serat yang mudah larut. Anda digalakkan memakan epal bersama dengan kulitnya kerana sebahagian kandungan vitamin C terletak di bawah kulitnya.

Epal hijau juga boleh membantu mencegah :-
• Pembinaan kolesterol dalam dinding salur darah.
• Mengurangkan risiko penyakit jantung.
• Membantu kesihatan membran paru-paru.
• Membantu kesihatan tulang dengan menambah bahan kimia (boron) pada mineral tulang.
• Membantu kesihatan sistem kardiovaskular dengan mengekalkan tahap kolesterol darah.
• Membantu mengekalkan berat badan.
• Mengurangkan tekanan penyakit asma.
• Mengurangkan risiko barah.

Bagi mereka yang mempunyai masalah sembelit atau penghadaman, kisarkan epal hijau dengan saleri dan diminum setiap pagi sebelum sarapan. Ia dapat membersihkan saluran usus serta membuang toksid dengan pantas menerusi sistem pencernaan. Zat masam epal hijau merupakan pembersih tubuh yang sangat baik.
Epal hijau juga bertindak sebagai penyegar kulit wajah. Potong epal hijau dan rendamkan seketika di dalam air batu selama 5 minit. Kemudian letakkan di muka, biarkan selama 15 minit. Anda akan dapat rasakan kesegarannya. Jika diamalkan selalu ia boleh melicinkan kulit.

KHASIAT LIMAU KASTURI

Perahan jus limau kasturi (Citrus Microcarpa) memang diakui mampu menambahkan keenakan rasa sesetengah minuman dan masakan. Namun keistimewaannya tidak terhenti setakat itu sahaja. Sebenarnya banyak lagi khasiat limau kasturi yang mungkin belum anda ketahui.
Ini kerana bukan hanya jusnya, malah kulit limau kasturi ni pun boleh anda gunakan untuk mengurangkan sesetengah penyakit seperti lelah, sakit tekak dan juga pening kepala. Ia juga dikatakan dapat mengatasi masalah badan berbau.

LIMA KEBAIKKAN LIMAU KASTURI :

1. Mengurangkan Lelah
Ambil sesudu madu. Kalau boleh madu asli. Kemudian, campurkan dengan 5 titik jus limau kasturi. Minumlah campuran madu dan jus limau kasturi tadi. Anda boleh meminumnya pada bila-bila masa walaupun ketika tidak mengalami lelah. Cukup anda mengamalkan cara ini seminggu sekali.

2. Melegakan Pening Kepala
Ambil sebiji limau kasturi dan potong sedikit di bahagian atasnya. Kemudian, picit kulit limau kasturi tadi sehingga cecairnya keluar. Pastikan anda menghalakan cecair tu ke arah hidung semasa ia terpancut. Sebagai tambahan, anda juga boleh memakan kulitnya secara mentah.

3. Mengatasi Masalah Badan Berbau
Amalkan memakan kulit limau kasturi yang mentah.

4. Menyembuhkan Sakit Tekak
Biasanya ia digunakan bagi menyembuhkan sakit tekak akibat lendir dan kahak. Bagi orang dewasa, anda campurkan jus limau kasturi dengan sedikit lada hitam. Kacau campuran hingga rata dan minum. Jika kanak-kanak pula, anda boleh campurkan jus limau kasturi dengan sedikit madu lebah. Tujuan menggantikan lada hitam dengan madu adalah untuk mengelakkan daripada kanak-kanak mengalami kepanasan.

5. Menghilangkan Kesan Minyak pada Pakaian
Perahkan sebiji limau kasturi ke dalam piring. Campurkan perahan limau kasturi tadi dengan sedikit garam. Kemudian, gosokkan campuran pada bahagian pakaian yang terkena minyak. Lepas dah gosok, biarkannya selama 5 hingga 10 minit. Kesan minyak akan hilang. Barulah anda basuh pakaian tadi bersama dengan pakaian lain macam biasa.

APPLE CALAMANSI
Hidangan untuk 1 gelas

Bahan-bahan :
1 biji epal hijau - Buang biji, kulit jangan buang.
3 biji limau kasturi
1 biji asam boi
1 gelas air sejuk
2 sudu besar gula
Ais secukupnya

Cara-caranya :-
Masukkan epal, limau kasturi, gula dan air sejuk
ke dalam pengisar dan kisar hingga halus. Kemudian ditapis. Masukkan ke dalam gelas, letakkan asam boi dan ais. Sedia dinikmati

Читать полностью…

°P€tua Daπ Kesihataπ°

@petuadankesihatan
.
.
Balik kampung aritu sembang dengan kawan atuk, umur dh 86thn tp masih kuat lagi..bela lembu kambing..tanam nenas dan cili 5 ekar..

Tiada penyakit seperti adik beradik dia yg lain..tekanan darah ok, gula dlm darah ok, kencing manis xde, kolestrol rendah

Bila aku tanya apa rahsia dia...

Dia kata dia cuma amalkan minum air rendaman bendi setiap hari sejak dia msk umur 30thn

Aku pn dh msk 4 series ni, cuba la buat..arini dh lal ari ke tiga.. InshaAllah semoga aku istiqomah amalkan sampai bila2

Caranya mudah dan murah sj :

1. Beli 1 ikat kacang bendi Rm1 jer
2. Potong halus
3. Rendamkan 8-12jam di dalam air mineral supaya lendir bendi td keluar
4. Minum secukup rasa
5. Bila air dah abis, rendam skali lg (boleh buat sampai 2-3x, sampai likat lendir dia abis)
6. Bendi td tu boleh la goreng kicap ke, rebus buat ulam ke atau letak dlm kari...x membazir 😬

Selamat mencuba

16 Khasiat Kacang Bendi Yang Ramai Belum Tahu..
✔Buah bendi dikatakan elok untuk perkembangan otak iaitu menguatkan daya memori otak dan kecergasan.

✔Dalam bidang perubatan traditional, biji, akar dan bunga bendi direbus dan diminum, mampu untuk melawaskan pembungan air kecil, mengurangkan bengkak atau radang, mengurangkan masalah susah bersalin, mengubati penyakit gornea dan sifilis.

✔Air rebusannya juga sesuai untuk disapu pada pelbagai jenis kudis dan bisul. Air rebusan yang dicampur gula boleh dibuat sirap ubat dan rawatan sakit kerongkong.

✔Manakala lendir ia boleh digunakan sebagai ubat untuk tujuan menyejukkan dan melembutkan kulit.

✔Biji bendi yang matang juga mempunyai potensi untuk di proses bagi mendapatkan minyak sayuran yang bermutu tinggi dan juga boleh diproses goreng untuk dijadikan bahan minuman sebagai kopi.

✔Daun muda bendi boleh dimakan sebagai sayuran ulaman manakala daun yang tua boleh diproses sebagai bahan kraftangan yang cantik.

✔Mencuci hati.

✔Menstabilkan kandungan gula dalam darah.

✔Membantu melicinkan bahagian dalam usus besar.

✔Membantu mengelakkan sembelit atau mengurangkan masalah sembelit terutama di kalangan warga tua.

✔Ia membantu pertumbuhan bakteria baik dalam saluran usus.

✔Sejenis sayuran yang amat baik untuk mereka yang murung, keletihan dan rasa tidak selesa.

✔Membantu merawat ulser dan mengurangkan kekejangan pada sendi.

✔Sifat yang beralkali membantu menutralkan asid dalam badan sekaligus membantu mengurangkan masalah penghadaman.

✔Juga ianya dapat membantu mengurangkan radang paru-paru, sakit kerongkong serta kesakitan pada dubur.

✔Air rebusan bendi boleh menyahkan toksik dan disamping itu juga boleh menstabilkan paras gula dan anti diabetes. Rendam 2 batang bendi yang dihiris besar-besar ke dalam segelas air semalaman. Pastikan gelas ditutup. Amal minum selama 2 minggu sebelum sarapan, dikatakan memberi hasil yang

Sumber : dara anggun

Читать полностью…

°P€tua Daπ Kesihataπ°

@petuadankesihatan
.
.
Petua hilangkan Gout..

Amalkan 3 bulan sekali...insyaAllah baik untuk merawat sakit sendi dan Gout

Bahan-bahan..

sebiji Nenas
sebatang lobak putih 250 gram
3 biji buah keras

Blend semuanya..

Awal2 minum 3 bulan sekali..

Selamat mencuba, yang pasti selamat sebab semua bahan mempunyai khasiat..

Kredit: Kak Zizie

Читать полностью…

°P€tua Daπ Kesihataπ°

Sebelum tidur jom minum air halba. Walaupun halba ni murah. Tapi kelebihannya mengalahkan EMAS....

KELEBIHAN HALBA

Rasulullah saw bersabda:

Sekiranya umatku tahu akan kelebihan Halba nescaya mereka sanggup tukarkannya dengan sebanyak timbangan emas.

Pada suatu hari Rasulullah saw menziarahi sahabat Saad Bin Abi Waqqas yang sedang sakit. Rasulullah saw menyuruh dipanggil tabib. Al Harith Ibn Qaldah datang merawat Saad Bin ABu Waqqas. Beliau mengesyorkan agar Saad makan Halba dan Korma Ajwa'. Dengan izin Allah Saad pun sembuh dari sakitnya. Rasulullah saw kemudiannya bersabda:

'Gunakanlah Halba sebagai ubat' (Qamus Al-Tibb)

Kegunaan Halba:

1. Diminum sebagai teh untuk:
- Melancarkan haid
- Menghilangkan kembung, sebu dan senak
- Pencuci perut
- Menguatkan jantung
- Menghilangkan lendir tekak
- Melegakan sakit kepala/migraine
- Membuang angin
- Menyembuhkan buasir
- Sengugut
- Meransang rahim
- Kegemukan
- Kurang berat badan
- Mengawal kencing manis
- Radang kulit dan bisul

2. Teh Halba + Madu
- Kurangkan ketagihan merokok dan dadah
- Anemia

3. Untuk anak2 yg baliqh
- Kecergasan
- Kekuatan badan
- Tumbesaran

4. Untuk ibu menyusu🍼🍼🍼
- Banyakkan air

5. Halba juga adalah ramuan tradisi menambah nafsu 👨 & 👩

6. Memanaskan buah pinggang dan organ pembiakan.

7. Menjadi amalan kuno tabib China untuk rawatan mati pucuk.

Halba merupakan antara ubatan yg tertua di dunia dan digunakan oleh Al-Abqirad iaitu bapa perubatan Yunani.

#istiqamah
#didapurkitaadapenawardanadaracun
#jomsihatsecaranatural

1sudu teh halba
1gelas air panas

Tunggu suam baru minum... amalkan tiap tiap mlm sblum tidur☺️

'BIJI HALBA' JA TAU,,, BUKAN HALBA CAMPUR

Sumber : Nur Shahanim

Читать полностью…

°P€tua Daπ Kesihataπ°

📌Berikut dikongsikan tip keselamatan makanan untuk ibu bapa dalam penyediaan bekal makanan ke sekolah.

🫰🏻 Didik anak-anak anda untuk mengamalkan konsep lihat, hidu dan rasa di sekolah sebelum makan.
T.me/PetuaDanKesihatan

Читать полностью…

°P€tua Daπ Kesihataπ°

Khasiat sayur 🍃☘️🥬 dan Buah 🍎🍊🍋🍉

Читать полностью…

°P€tua Daπ Kesihataπ°

Anak-anak ketagih dengan Gajet❓

‼️Ketagihan gajet boleh terjadi seawal usia 3 tahun.

⛔Elakkan membeli atau memberi gajet kepada anak kecil anda.

✅Dikongsikan tanda amaran dan tindakan yang boleh dilakukan untuk mengelakkan ketagihan gajet pada anak-anak.

Ayuh! Jadi ibu bapa bertanggungjawab dengan memastikan anak-anak mengamalkan gaya hidup dan tabiat yang sihat.

Читать полностью…

°P€tua Daπ Kesihataπ°

Plainkino Sling Bag Women's Crossbody Shoulder Bags Travel fb15579

Specifications:
- Product Code: fb15579
- Materials: PU
- Dimension: 19cm(L) x 6cm(W) x 15cm(H) (Approx)

Product Description:
The sling bag is a must-have accessory for women. It's the perfect size to carry essentials such as your cell phone, wallet and lipstick.

HARGA RM 17
Postage rm8sm/ rm12ss
PM @Cikdaa811

Читать полностью…

°P€tua Daπ Kesihataπ°

@petuadankesihatan
.
.
Ni petua untuk orang yang dah senam, dah jaga makan, tapi berat tak turun turun

Atau berat dah turun, tapi sampai satu level, dia statik. Sebelum ni elok jek turun cantik.

Tu mungkin sebab metabolisme yang rendah.

Sebab tu bagus minum air rebusan gini. Ada banyak bahan yang boleh naikkan metabolisme badan.

Bahan bahan dia senang nak carik. Takde yang pelik pelik. Semua ada khasiat tersendiri. Yang penting, guna kayu manis ceylon, kayu manis yang ori. Sihat untuk badan, selamat untuk hati.

RESEPI QURROS PERUT KEMPIS

1 liter air
2 batang serai
7 biji cengkih
1 batang Kayu Manis Ceylon
3 hiris halia di ketuk
1 biji lemon
Madu

Cara-cara
Rebus semua bahan kecuali madu dan lemon selama 15-20min. Tutup api, ambik setengah gelas air rebusan, tambah setengah gelas air biasa, perah satu hirisan lemon dan tambah 1 sudu madu. Minum ketika masih suam sebelum makan.

Balance air rebusan, boleh disimpan dalam peti sejuk. Bila nak minum, ambik setengah gelas dan campur setengah gelas air panas. perah lemon dan tambah madu. Kena minum suam suam ok!

Hasilnya? Power Rangers!! Dah la berat turun, perut kempis, pastu badan rasa bertenaga dan ringan. Boleh jadi detox gak! Memang berbaloi la siapa yang nak selim cepat tapi sihat.

Eh jangan lupa guna Kayu Manis Ceylon tau. Jangan nak guna kayu manis yang korang beli kat pasar lak. Yang tu keturunan Cassia, sesuai untuk masak masak jek sebab kita guna sikit.

Untuk perubatan memang kena guna kayu manis asli. Bentuk dia bergulung nipis. Memang lain bebenor ghupe nya tu. Bau pun lembut lembut, ala ala perfume mahal gittew.

Madu pun cari yang asli. Mahal tapi berkhasiat. Takde gula.

Jom tengok khasiat bahan bahan yang kita guna

SERAI
- menurunkan berat badan
- mengurangkan kolesterol & gula dlm darah
- menurunkan tekanan darah tinggi
- membuang toksin dari badan
- membantu pencernaan
- mengandungi citral yg boleh merawat kanser

HALIA
- membuang angin dalam badan
- mengurangkan bau hamis darah ketika haid
- membuang angin dalam badan
- meningkatkan tenaga batin
- merawat pengaliran darah yg bermasalah
- memanaskan tubuh

CENGKIH
- merawat masalah pernafasan
- membantu sistem pencernaan
- memanaskan tubuh
- mengandungi euganol yg berfungsi mencegah pembekuan darah yg mencegah penyakit jantung & stroke
- sumber antioksidan yg menjaga kesihatan kulit & wajah

KAYU MANIS CEYLON (TRUE CONNAMON)
- satu satu nya kayu manis sebenar
- mengandungi kandungan coumarin yg amat rendah (0.017gm/kg) berbanding kayu manis cassia (0.31-6.97gm/kg)
- mengurangkan kolesterol
- membantu melambatkan proses penuaan
- merawat nafas berbau
- mengurangkan kadar gula dalam darah
- mampu turunkan berat badan

MADU
- meningkatkan antibodi badan
- manambah stamina
- cantik kan kulit
- memerangi bakteria dalam badan
- mencegah penuaan
- meningkatkan penyerapan nutrisi dalam badan

LEMON
- melancarkan pencernaan
- membersihkan darah
- memecahkan lemak di tubuh
- membantu meningkatkan stamina
- pecah kan lemak

Cuba ok. Save sesiap resepi ni.

Читать полностью…

°P€tua Daπ Kesihataπ°

@petuadankesihatan
.
.
PETUA UNTUK KENCING MANIS DAN DARAH TINGGI AKAN TURUN DAN MELEGAKAN SAKIT TAPAK KAKI/TUMIT dan sakit urat pun insyaallah akan berkurangan.
.
Untuk petua kencing manis

Cara buat:
buat jus sebiji mentimun iaitu kisar timun dengan 1 gelas air. Tapis ambil airnya sahaja. pastu masukkan cincau tanpa gula (400-500gram) ke dalam air timun tadi dan mesin halus kesemuanya sekali. Kuantiti jus tersebut untuk pagi dan malam sahaja. Habiskan.

Minum pagi dan malam selama 1-2 minggu.
.
Kemudian untuk seterusnya minumlah 2-3 hari sekali.
Insyaallah akan mujarab dan benar benar mujarab.

“jika anda termakan banyak atau terlebih makan makanan’ cepat cepat minum jus ini 2x sehari.
.
Org darah tinggi pun boleh minum. Elok sangat sangat. Darah tinggi pun turun dan kalau ada kencing manis pun akan turun juga. Insyaallah. Sakit urat pun lega. Sakit tapak kaki/tumit pun akan lega. Cubalah.
.
Sebenarnya TIMUN dan CINCAU Berperanan penting melancarkan perjananan darah dan sistem body kita. ANUGERAH ALLAH.
.

Kredit: Fitri Firly

Читать полностью…

°P€tua Daπ Kesihataπ°

[Nayla.z]Size S,M,L,XL,XXL Baju Kurung Budak Design Flower(TX37062) untuk RM33.94. https://s.shopee.com.my/3q7Xyx72Pr

Читать полностью…

°P€tua Daπ Kesihataπ°

CLEARANCE SEMUA ITEM ‼️
Setiap pembelian ada free gift

Jemput join tekan link biru ye

http://t.me/CdBundleMurah

Читать полностью…

°P€tua Daπ Kesihataπ°

Mommies dah mula prepare barang sekolah anak-anak ke belum? 🥰

Kalau belum ada tudung sekolah, TudungSiComel boleh bantu 😍

Kita ada lebih 8 jenis tudung sekolah. Mommies sebut je..

Dua lapis ke, dagu bergetah ke, berlapik dagu ke, tudung pendek untuk pra sekolah masuk dalam baju ke, semua ada 😍

Yang penting selesa, berkualiti dan affordable. Mommies boleh hubungi Wakil Sah kita untuk dapatkan yaa ☺️

www.wasap.my/60127255338/TudungSekolah2lapis&sarung

Читать полностью…

°P€tua Daπ Kesihataπ°

Keluar dengan BARE FACE?
NO PROBLEM bestie...


Yes, sekarang dah tak risau pun keluar rumah tanpa make up. Kulit lebih sihat & glowing.

Rahsianya?
Guna 1 set Cinderella Special Box ni, dah lengkap dengan

😍Gel moisturizer untuk baiki lapisan perlindungan kulit & kulit lebih sihat
😍Cream moisturizer untuk cerahkan & anjalkan kulit
🎁 FREE Cleanser
🎁 FREE 1 pouch glo12 beauty shot
🎁🎁🎁 SPECIAL GIFT SERUM 10ML bernilai RM31 untuk 3 orang terawal

Dijamin HALAL, selamat & lulus KKM.

Hanya RM94 satu set!
Grab yours, stok tak banyak dah.
Wasap.my/60139322524/NakCinderellaBox!

Читать полностью…

°P€tua Daπ Kesihataπ°

🫁 Jangkitan kuman di paru-paru boleh melibatkan saluran pernafasan (bronchitis) dan pundi-pundi udara (pneumonia).

Tanda-tanda pneumonia adalah batuk, demam dan susah bernafas. Namun demikian, pesakit yang mempunyai pneumonia, boleh menjadi lebih teruk sehingga tekanan darah jatuh yang dikenali sebagai ‘septic shock’ dan membahayakan nyawa.

Dikongsikan tanda-tanda dan langkah untuk mencegah sekiranya anda atau ahli keluarga mengalami jangkitan kuman di paru-paru.

🏥 Berjumpalah dengan pakar kesihatan supaya proses penyiasatan dan rawatan dapat dilakukan.

T.me/PetuaDanKesihatan

Читать полностью…

°P€tua Daπ Kesihataπ°

@petuadankesihatan
.
.
AIR SIHAT CANTIK

Tunggu suam, perah lemon n minum..
Alhamdulillah, baru beberapa hari minum badan rasa segar dan ringan..

Khasiat lain antaranya :
-mencantikkan kulit
-membuang lemak
-melancarkan perjalanan darah
-baik utk sistem penghadaman dan byk lg.

BAHAN-BAHAN :

Halba 1 sudu
Halia 2 inci
Serai 2 batang
Lemon 2 hiris

CARA-CARA :

Rebus halba, halia, serai dgn 3cwn air sehingga mendidih.
Tunggu suam baru perah lemon.

TIPS :

Untuk kesan yg optimum rebus halba sehingga pecah biji. Lagi kuning warna air lg bagus.
Saya amalkan sehari segelas sebelum tidur.
Nak sihat n cantik kena konsisten.. selamat mencuba😉

Kredit : lily rose

Читать полностью…

°P€tua Daπ Kesihataπ°

𝗔𝗪𝗔𝗦𝗜 𝗚𝗨𝗟𝗔 𝗧𝗘𝗥𝗦𝗘𝗠𝗕𝗨𝗡𝗬𝗜‼️

BERHENTI ⛔ dan fikir, berapa banyak gula yang telah anda ambil dari minuman ☕🧃 atau makanan 🍪🍜 hari ini❓

⚠️ Tanpa disedari kita sering mengambil gula berlebihan setiap hari. Pengambilan makanan dan minuman yang tinggi kandungan gula secara kerap akan menyebabkan pengambilan kalori berlebihan dan meningkatkan risiko penyakit diabetes.

Jom ambil tahu‼️
T.me/PetuaDanKesihatan

Читать полностью…

°P€tua Daπ Kesihataπ°

@petuadankesihatan
.
.
Kene simpan ilmu ni baik-baik.

1) Angin dalam badan, sakit - sakit sendi
Surah - fussilat, ayat 44

2) - Disengat ikan sembilang atau ikan keli, penawar ada pada otak ikan tersebut.
- Ketuk kepala ikan, ambil kecik seperti gel
- Ambil & sapu pada bahagian yang disengat

3) - Terkena duri kelapa sawit. Penawarnya ada pada buah kelapa sawit.
- Ambil buah, diketuk/ dipecahkan dan diambil minyaknya
- Jangan ambil menggunakan tangan, sapu menggunakan sabut kelapa sawit itu sekali
- InsyaAllah hilang rasa sakit & cepat sembuh

4) Terkena sihir untuk menceraikan suami isteri
Surah Al - Baqarah, ayat 102

5 ) Resdung
- Ambil 7 botol air kolah dari 7 buah masjid yg berlainan
- Mestilah masjid yang aktif (masjid yang ada org dtg bersolat)
- Setiap kolah masjid, 1 botol.
- Ambil air, letak atas sejadah, buat solat hajat untuk sembuhkan penyakit resdung
- Letak air pada tangan kanan, Baca surah Al- Anbya' , ayat 83.
- Sebelum masukkan air ke dalam hidung, baca selawat syifa'
- Masukkan air ke dalam hidung & buang semula
- Ulang sebanyak 7 kali
Surah Al - Anbya', ayat 83

6) Masalah sakit tumit / sakit2 sendi (rheumatism)
- Gunakan minyak zaitun
- Baca Al - Fatihah & Ayat kursi
- Sapu minyak tersebut atau urut sambil membaca doa di bawah ini :
Surah At- Taubah ayat 14
&
surah Al - Hashr ayat 21

7) Fibroid, atau masalah yang melibatkan wanita
- Menggunakan madu asli
- Baca Al- Fatihah & Ayat kursi
- Baca Surah An - Nahl, ayt 69, jampi ayat tersebut pada madu
- Makan 1 sudu sehari
Surah An -Nahl, ayat 69

😎 Angin pasang
- Menggunakan madu
- Amalkan ayat- ayat di bawah ini
-Surah Al - Isra', ayat 82
Surah Al - Hashr, ayat 21
Surah Ash - Shua'ra' ayat 70

9) Penyakit darah tinggi, kencing manis, & masalah jantung
Bahan - bahan :
- Ambil serai 3 batang ( titikkan supaya pecah)
- Halba (yang selalu diletakkan dalam nasi dagang)
- Buah kelapa (yang berhingus)
Cara - cara :
- Serai apabila sudah dititikkan, letak dalam buah kelapa,1 buah kelapa, 3 btg serai.
- Ambil 7 halba, letak sekali dlm buah kelapa.
- Ambil buah kelapa, letak atas api gas & pnaskan.
- Jadikan serai sebagai sudu, ambil isi guna serai.
- Minum air kelapa yang telah suam.
*Satu bji kelapa, selang 2 hari.

10) Susah tidur malam
Surah Al - kahf, ayat 11

11) Merawat histeria
- Genggam tangan kanan, baca Bismillah, MasyaAllah..
- Baca 3 kali, tiup dalam penumbuk, muncungkan mulut, tiup dengan tiupan yg halus, Tepuk atas tulang belikat pesakit yang terkena histeria.
*Pagar diri dahulu sebelum mengubati orang lain
- As saffat , ayat 7

[Almarhum Tuan Guru Dato Dr Haron Din]

Читать полностью…

°P€tua Daπ Kesihataπ°

Kesabaran dan Ketabahan

Disaat kau berkata:
"Aku tak tahu lagi bagaimana harus bertahan"

Allah pun berkata:
"Ketahuilah, Aku tidak menguji hamba-Ku melebihi batas kekuatannya. Aku tahu kekuatanmu lebih dari yang kau sadari. Biarlah ujian ini mengajarimu erti ketabahan dan kesabaran, kerana dalam setiap kesulitan, ada kemudahan yang mengiringi."

Disaat kau berkata:
"Aku lelah, aku tidak mampu lagi"

Allah pun berkata:
"Jangan berhenti berharap, kerana Aku selalu ada untukmu. Pintu rahmat-Ku selalu terbuka. Berdoalah, dan Aku akan mendengar doamu. Ingatlah, kesabaran itu indah dan pahalanya adalah surga."

Disaat kau berkata:
"Aku merasa sendiri dalam perjuangan ini"

Allah pun berkata:
"Kamu tidak pernah sendirian. Aku selalu bersamamu, menemanimu di setiap langkah. Percayalah, Aku lebih dekat daripada urat lehermu. Serahkanlah semua kepadaku, dan lihat bagaimana Aku membantumu melalui cara yang tak pernah kamu bayangkan."

Disaat kau berkata:
"Aku takut akan apa yang akan terjadi"

Allah pun berkata:
"Serahkan ketakutanmu kepada-Ku, dan gantikan dengan kepercayaan. Ingatlah bahwa Aku adalah sebaik-baik perencana, dan rencana-Ku adalah yang terbaik untukmu. Percayalah, apa yang telah Aku takdirkan untukmu akan membawa kebaikan, meski kini kau belum dapat melihatnya."

Disaat kau berkata:
"Aku tidak tahu apakah aku dapat melewati ini"

Allah pun berkata:
"Yakinlah bahwa dengan setiap kesulitan, Aku telah menyediakan jalan keluar. Minta bantuan-Ku, dan bersabarlah. Aku tidak akan meninggalkanmu, dan Aku akan memudahkan langkah-langkahmu selanjutnya."

Disaat kau berkata:
"Saya merasa kekuatan saya sudah habis"

Allah pun berkata:
"Kekuatanmu dari-Ku, dan Aku akan memperbaharui kekuatan itu selama kau tetap bertawakal kepada-Ku. Ingatlah, setiap malam yang gelap pasti diikuti fajar yang cerah. Jangan putus asa, sebab bantuan-Ku selalu tepat pada waktunya."

Kesabaran itu seindah janji Allah yang selalu terpenuhi bagi mereka yang terus berdoa dan tidak pernah berhenti berharap pada rahmat-Nya.

Semoga Allah merahmati sahabat dunia dan akhirat. Amin ya Allah 😊

Читать полностью…

°P€tua Daπ Kesihataπ°

Pengambilan sayur 🥬🥒🥦🫑 sangat penting untuk membekalkan mikronutrien yang diperlukan oleh tubuh badan kita agar kesihatan berada pada tahap optimum.

Oleh itu, KKM kongsikan tip sayur kekal segar.

Anda perlu mengambil sekurang-kurangnya 3 sajian sayur-sayuran setiap hari.

🫰🏻JOM MAKAN SAYUR!
T.me/PetuaDanKesihatan

Читать полностью…

°P€tua Daπ Kesihataπ°

Fakta menarik!

Sayur-sayuran hijau seperti bayam, sawi dan ulam-ulaman 🥬🥒 mampu membantu meningkatkan daya tumpuan dan memberi nutrien penting untuk mengoptimumkan kesihatan anda.

🫶🏻 Mari tambahkan lebih banyak sayuran dalam hidangan!

T.me/PetuaDanKesihatan

Читать полностью…

°P€tua Daπ Kesihataπ°

CLEARANCE SEMUA ITEM ‼️
Setiap pembelian ada free gift

Jemput join tekan link biru ye

http://t.me/CdBundleMurah

Читать полностью…

°P€tua Daπ Kesihataπ°

Keluar dengan BARE FACE?
NO PROBLEM bestie...


Yes, sekarang dah tak risau pun keluar rumah tanpa make up. Kulit lebih sihat & glowing.

Rahsianya?
Guna 1 set Cinderella Special Box ni, dah lengkap dengan

😍Gel moisturizer untuk baiki lapisan perlindungan kulit & kulit lebih sihat
😍Cream moisturizer untuk cerahkan & anjalkan kulit
🎁 FREE Cleanser
🎁 FREE 1 pouch glo12 beauty shot
🎁🎁🎁 SPECIAL GIFT SERUM 10ML bernilai RM31 untuk 3 orang terawal

Dijamin HALAL, selamat & lulus KKM.

Hanya RM94 satu set!
Grab yours, stok tak banyak dah.
Wasap.my/60139322524/NakCinderellaBox!

Читать полностью…
Subscribe to a channel