🎉SELAMAT DATANG SEMUA.. Pelbagai ✓Tips, ✓Petua, ✓Kesihatan, ✓Diet, ✓Senaman, ✓Kecantikn, Info2 menarik Di kongsikan kpd anda semua. https://t.me/+RYcY5K7TfvsGgphQ t.me/CdBundleMurah t.me/Resepidanpetua 📝💖 Since: 13.04.2016
@petuadankesihatan
.
.
Selama nie tahu makan jer kan.. 😂😂😂
Jom belajar cara potong ayam yg terbaik utk segala jenis masakan.
@petuadankesihatan
.
.
PETUA UNTUK SEMBUHKAN BATUK
La ni pi mana² ramainya orang batuk . Dah pi klinik ubat batuk dah berbotol antibiotikpun dah habis mkn masih x baik² sakit urat perut kerana batuk.
Sis nak kongsi petua utk pulih dari batuk.
Daun sireh dgn sedikit gula seperti dlm gambar. Lipat sireh selawat kunyah telan airnya selepas 10minit baru minum ulang 2,3 kali.... Inshaallah dgn izin Allah.
Selamat mencuba.
Sumber : Zariah Sham
Sendiri kena fikir lah....buka hati bukan fikiran
Читать полностью…@petuadankesihatan
.
.
Petua Hilangkan Lenguh-Lenguh Badan, Buang Angin & Kempiskan Perut.
Bahan-Bahan:
Beberapa Helai Daun pandan
2 inci halia ( diketuk)
1 ketul gula batu
2 gelas air
Cara Membuat:
1.Rebus air dari 2 gelas jadikan 1 gelas. Minum suam-suam sedap. Dapur pun wangi je sebab bau pandan.
Fungsi air rebusan daun pandan ini bagus untuk:
1.Buang angin dalam badan, kurangkan lenguh badan dan boleh bantu kempiskan perut. (Al maklum lah dah 6 bulan bersalin. Nak hilangkan perut gendut).
Ikutkan elok buat 2x sehari tapi tak dan nak buat siang hari. Buat malam je 2 jam sebelum tidur.
Errmm hasil dia, bedebus-debus angin sesat keluar dari badan. Cuba lah..
Semoga bermanafaat🌸
Kredit to Azurah Ahmad
@petuadankesihatan
.
.
Bismillahirrahmanirrahim
PETUA MELEMBUTKAN DAGING.
Berikut beberapa PETUA DAN TIPS supaya daging yang dimasak lembut dan tidak liat BAGI PENGGUNA DAPUR GAS.
1.GUNA BAHAN BERASID
Rendam/perap daging dalam jus LEMON, LIMAU, CUKA, BUTTERMILK atau YOGURT. Rendam 30 minit sebelum dimasak, jangan perap terlalu lama kecuali anda ingin buat perapan BBQ yg dicampur dgn bahan lain yg memerlukan masa perapan 4 jam keatas kerana asid boleh melemahkn struktur daging menyebabkn daging terlalu lembut dan lembik bila dimasak. PASTIKAN basuh bersih2 daging sebelum masak.
2.BUAH NENAS
Caranya, kisar nenas. Kemudian, tambahkan sedikit bahan perapan bersama puri buah sebelum digaul bersama daging. Secara jujurnya sy suka gunakn nenas selain melembutkn daging ia juga mmberi rasa yg sedap pd daging. Cuma jgn terlalu lama diperap takut daging terlebih lembut.
3.SERBUK PENAIK.
Daging perlu dipotong terlebih dahulu mengikut citarasa. Kemudian taburkn serbuk penaik ( baking soda ) dan gaul sebati. Perap selama 30 - 40 minit. Bilas bersih dengan air biasa sebelum dimasak.
4.KETULAN AIS
Caranya daging mesti direbus antara 20 - 30 minit, masukkn ketulan ais semasa air sedang menggelegak. Kemudian boleh masak dan campur bahan perasa spt biasa.
5.DAUN BETIK ATAUPUN BETIK MUDA.
Ambil beberapa tangkai daun betik dan masukkan ke dalam masakan. Biarkan sehingga daging menjadi lembut dan empuk lalu tutup api. Jika tiada daun betik, anda boleh gantikan dengan buah betik muda.
Sebelum menggunakannya, anda perlu kupaskan kulitnya terlebih dahulu dan buang biji serta bersihkan lalu dimasukkan ke dalam masakan berasaskan daging.
6.GULA BATU
Satu lagi cara yang didapati berkesan untuk melembutkan daging adalah dengan menggunakan gula batu. Masukkan beberapa ketul gula batu ke dalam rebusan daging, ia menjimatkan masa untuk lembutkan daging.
7.DAUN NANGKA
Jika boleh mendapatkan daun nangka, keringkan getahnya. Kemudian ambil anggaran 4 - 6 helai daun dan masukkan ke dalam masakan. Ia dapat membantu melembutkan daging.
8.BUAH KURMA
Masukkan buah kurma dalam rebusan daging. Sekilo daging 2 - 3 biji kurma. Daging akan menjadi lebih lembut dan manis. In Shaa Allah
9. POTONG DAGING DENGAN CARA YANG BETUL.
Caranya Potong daging secara melintang urat/lawan urat.
Potong daging nipis-nipis. ELAKKAN memotong dlm ketulan yg tebal dan besar.
Ketuk daging sampai jadi lembut/lumat pakai tukul besi masak. Baru masuk dalam periuk. (cara Barat dan Arab)
Petua tambahan :
* Rebus sambil menutup periuk dan api perlahan. Kecuali guna teknik dibawah :
* Gunakan teknik rebusan 5 : 30 : 7
* PEMILIHAN Bahagian dan jenis daging juga main peranan contoh daging lama, daging tua, daging muda, daging sejuk beku, daging segar dan bahagian2 daging antaranya sirloin, chuck, shank, round, brisket, flat dll.
Semoga mmberi manfaat. Selamat mencuba. In Shaa Allah.
Anak-anak ketagih dengan Gajet❓
‼️Ketagihan gajet boleh terjadi seawal usia 3 tahun.
⛔Elakkan membeli atau memberi gajet kepada anak kecil anda.
✅Dikongsikan tanda amaran dan tindakan yang boleh dilakukan untuk mengelakkan ketagihan gajet pada anak-anak.
Ayuh! Jadi ibu bapa bertanggungjawab dengan memastikan anak-anak mengamalkan gaya hidup dan tabiat yang sihat.
T.me/PetuaDanKesihatan
Diabetes adalah satu keadaan di mana tahap gula di dalam darah adalah tinggi dari normal.
Ia adalah masalah kronik yang boleh mengakibatkan kerosakan banyak organ penting tubuh bergantung kepada tahap kawalan gula dalam darah.
Tanpa pengurusan yang betul ianya boleh mendatangkan berbagai komplikasi seperti penyakit kardiovaskular, kegagalan buah pinggang, buta dan kerosakan saraf seperti dikongsikan.
Sekiranya anda atau ahli keluarga anda menghidapkan diabetes, pastikan kepatuhan kepada perawatan serta jadual pemeriksaan berkala yang diberikan.
@petuadankesihatan
.
.
Petua Sakit Kepala
Tak sempat nak makan Panadol, kalau boleh dielakkan elakkan dari makan pain killer/Panadol bila sakit kepala.
Ubat-ubatan ni bukan tak elok memang boleh ilangkan sakit kepala tapi boleh gak buat kita ketagih, ketagih maksudnya bila sakit mesti kena ambil, so tak elok sebenarnya, cuba kita kawal.
Sebab sakit kepala:-
1-Stress
2-Lambat makan
3-Kurang tidur
Ubat/perawatan:-
1-Air sejuk/air yg ada Ais-buat basuh kepala/basuh umbul-umbul anak rambut
2-minum air suam
3-tidur sebentar, 30minit je dah cukup
Cuba dulu baru tahu...
_________
Mungkin ramai yang tidak tahu sistem penghadaman yang sihat adalah asas kepada tubuh yang sihat 👍🏻
Ini kerana kesihatan usus berkait rapat dengan sistem penghadaman, pencernaan, imun, endokrin, peredaran dan sistem saraf pusat. Jika terganggu, ia boleh menjejaskan kesihatan sama ada mental dan fizikal.
Justeru, amalkan pemakanan yang seimbang 🥗 bagi mengelakkan masalah penghadaman.
Shablock Sandal Women Shoes Woman Slip-Ons Shoe Sandals ks20452
Product Informations:
- Product Code: ks20452
- Material: PU
Size & Feet Length:
(If you have larger feet, select a size that is one size bigger)
• Size 36/37 = Feet Length 23 CM
• Size 38/39 = Feet Length 24 CM
• Size 40/41 = Feet Length 25 CM
Heel Height: 2 CM (Approx.)
HARGA RM 13
Postage rm8sm/ rm12ss
PM @Cikdaa811
Keluar dengan BARE FACE?
NO PROBLEM bestie...
Yes, sekarang dah tak risau pun keluar rumah tanpa make up. Kulit lebih sihat & glowing.
Rahsianya?
Guna 1 set Cinderella Special Box ni, dah lengkap dengan
😍Gel moisturizer untuk baiki lapisan perlindungan kulit & kulit lebih sihat
😍Cream moisturizer untuk cerahkan & anjalkan kulit
🎁 FREE Cleanser
🎁 FREE 1 pouch glo12 beauty shot
🎁🎁🎁 SPECIAL GIFT SERUM 10ML bernilai RM31 untuk 3 orang terawal
Dijamin HALAL, selamat & lulus KKM.
Hanya RM94 satu set!
Grab yours, stok tak banyak dah.
Wasap.my/60139322524/NakCinderellaBox!
🩺 Tekanan darah tinggi merujuk kepada kenaikan berterusan bacaan sistolik sama dengan atau melebihi 140mmHg dan/atau bacaan diastolik sama dengan atau melebihi 90mmHg.
Tekanan darah tinggi yang tidak dikawal boleh mengakibatkan komplikasi seperti serangan jantung, strok dan kerosakan buah pinggang.
Oleh itu, orang ramai disarankan untuk mengamalkan tip bagi mencegah tekanan darah tinggi agar tubuh dapat berfungsi dengan efisien.
۞اللهم صل على سيدنا محمد وعلى آل سيدنا محمد۞
Tetap bersyukur..
cikda811" rel="nofollow">http://tiktok.com/@cikda811
T.me/PetuaDankesihatan
Video 72
@petuadankesihatan
.
Cara mudah menjaga mesin basuh untuk jangkahayat lebih lama
1. Jangan bebankan mesin dgn terlalu banyak pakaian setiap kali mbasuh. Ikut rekemen pngeluar mesin.
2. Ssekali matikan suis soket lepas guna. Sbb trlalu lama dlm keadaan stanby computer board akan mnjadi smakin panas. Lepas kluarkan baju offlah suis soket.
3. Dalam sebulan sekali masukan airpanas kira2 lepas 5minit dijerang kedalam tub mesin. On kan mesin dalam jumlah mode basuhan minima bagi mencuci tub dan saluran buang air. Elak tersumbat yg boleh merosakkan injap buang.
4. Andaikata putaran mesin smakin lemah dr sbelumnya brmakna belting telah longgar. Kalau pandai amik spanar tegangkan dibagian bawah mesin. Jika tidak upahlah sesiapa. Kos upah biasenya sekitar rm10-20 je.
5. Andaikata air masuk smakin slow buke bahagian paip air masuk kat situ ade filter mungkin trsumbat.
6. Jika air masuk ok tp air kluar xboleh brmakna valve buang air 'stuck' mungkin trsangkut duit siling,objek keras atau sbagainye.
Semakin lama dibiarkan boleh merosakkan computer board.
Cermat menggunakan peralatan elektrik memanjangkan jangkahayat peralatan2 tersebut tinggal dalam rumah kite.
Sebab kita bukan banyak duit nak tukar mesin 2taun skali kan
Kredit : Ridzuan Alfattani
Food digestion time 👌🏻
T.me/PetuaDanKesihatan
Masalah pendengaran atau kehilangan pendengaran ialah keadaan kesihatan yang menyebabkan anda kehilangan keupayaan mendengar bunyi dengan baik.
Jika anda menggunakan peralatan yang mengeluarkan bunyi yang kuat, pakailah pelindung telinga. Semakin lama dan semakin kuat bunyi yang anda dengar, semakin rosak pendengaran anda‼️
⚠️ Pelihara pendengaran anda dan ahli keluarga. Pastikan anda mendengar dengan selamat‼️Kami kongsikan tanda-tanda masalah pendengaran sebagai panduan bersama.
@petuadankesihatan
.
.
CARA HILANGKAN SEMUT & LIPAS DI RUMAH SELAMANYA DENGAN UBAT GIGI
Paling Berkesan & Mudah
BAHAN-BAHAN:
3 sudu besar gula
4 sudu besar tepung gandum
3 sudu besar ubat gigi
3 sudu besar air
CARA-CARA:
1. Sediakan Campuran: Dalam mangkuk, campurkan gula, tepung gandum, ubat gigi, dan air.
Gaul sehingga menjadi adunan yang sebati dan halus.
2. Bentuk Bola: Ambil sedikit campuran dan bentukkan menjadi bola-bola kecil.
Bola ini akan menjadi umpan untuk lipas dan semut.
3. Letak Secara Strategik: Letakkan bola-bola ini di kawasan strategik di rumah anda yang sering didatangi semut dan lipas.
Fokus di kawasan seperti dapur, stor makanan, dan belakang peralatan dapur.
4. Menarik dan Menghapuskan: Semut dan lipas akan tertarik kepada gula dalam campuran ini dan akan memakannya.
Ubat gigi bertindak sebagai bahan toksik yang berkesan untuk menghapuskan perosak ini.
5. Ulang Secara Berkala: Ulangi proses ini dua hingga tiga kali seminggu sehingga anda tidak lagi melihat kehadiran semut dan lipas.
Konsisten adalah kunci untuk memastikan perosak ini dapat dihapuskan sepenuhnya. Silakan mencuba!
@petuadankesihatan
.
.
Cara-cara dan petua merebus jantung pisang :
1. Didihkan air ( pastikan air mendidih baru masukkn jantung pisang )
2. Masukkan jantung pisang ( jangan belah )
3. Tabur garam dan sedikit minyak masak.
4. Tutup periuk
5. Rebus selama 10 minit
6. Toskan dan boleh belah.
Hasilnya jantung pisang elok putih bahagian dalam dan tidak bengkak hitam.
Petua terbaik hilangkan segala bengkak pada anggota badan termasuk bengkak kelenjar, ketumbuhan, bengkak gusi, kaki, mata dan sebagainya.
Perkongsian seorang sahabat yang pernah menderita kanser stage 3. Sepanjang dalam proses rawatan inilah doa yang di amalkan sehingga kini beliau sembuh sepenuhnya.
Cara-caranya, sebelum memulakan bacaan:
1. Istighfar 3x.
2. Shalawat Nabi 10x.
3. Al-Fatihah 1x.
4. Ayatul Kursi 1x
Kemudian diikuti dengan doa surut bengkak. Semasa baca doa ini pejam mata dan bayangkan Allah mengecutkan bengkak, mematikan akar dan menyembuhkan segala luka.
Setap usaha yang kita lakukan sandarkan pada Allah. Dapatkan nasihat Doktor kemudian susuli dengan doa-doa syifa' agar kita sentiasa tenang dan hampir dengan Allah SWT.
Semoga Bermanfaat...Aamiin
Sumber petua: Aminah Mat Yusoff
@petuadankesihatan
.
.
▶️ Petua Hilangkan Sakit Badan & Kebas Kaki Tangan
Air rebusan serai, halia, halba, dan kayu manis adalah gabungan herba yang kaya dengan manfaat kesihatan. Air rebusan ini dapat menghilangkan sakit-sakit badan, angin, kebas-kebas kaki dan tangan, sukar buang air besar serta mencuci darah beku.
Berikut adalah kebaikan setiap bahan dalam air rebusan ini:
1️⃣ Serai
Detoksifikasi badan: Membantu membersihkan toksin dalam badan.
Melancarkan pencernaan: Mengurangkan masalah kembung perut dan angin.
Mengawal tekanan darah: Mengandungi kalium yang membantu mengawal tekanan darah.
Melegakan stres: Aromanya membantu menenangkan minda.
2️⃣ Halia
Mengurangkan angin: Baik untuk membuang angin dalam badan.
Anti-radang: Membantu mengurangkan sakit sendi dan otot.
Meningkatkan imuniti: Kaya dengan antioksidan yang meningkatkan sistem imun.
Membantu pencernaan: Merangsang penghasilan enzim pencernaan.
3️⃣ Halba
Mengawal paras gula darah: Sesuai untuk pesakit diabetes.
Melancarkan susu ibu: Membantu ibu menyusu menghasilkan susu dengan lebih baik.
Meningkatkan tenaga: Memberi tenaga tambahan dan mengurangkan keletihan.
Baik untuk kulit: Mengurangkan jerawat dan memberikan seri pada kulit.
➡️ Kombinasi Ketiga-tiga Bahan
Menghangatkan badan: Sesuai untuk mereka yang kerap sejuk.
Melancarkan peredaran darah: Membantu menjaga kesihatan kardiovaskular.
Mengurangkan tekanan: Baik untuk kesihatan mental dan fizikal.
Detoks semulajadi: Membersihkan tubuh daripada toksin.
➡️ Bahan-Bahan:
2-3 Sudu Besar Halba
3 inci Halia
2 Batang Serai
3 Biji Gula Batu
1 Sudu Asam Jawa/ Madu/Lemon
1 Liter Air
➡️ Cara Membuat:
1. Halba, halia dan serai diketuk atau dihiris pun boleh. Kemudian rebus semua tu sampai mendidih.
2. Angkat dan campur dengan asam jawa satu besar kacau sebati, minum air rebusan ini ketika suam sewaktu nak tidur.
Baki air rebusan boleh disimpan dalam peti sejuk. Bila nak minum cuma tinggal panaskan.
Minumlah 2 atau 3 kali seminggu sudah memadai.
Tidak digalakkan untuk:
1. Wanita hamil atau sedang period.
2. Wanita yg sedang menyusu bayi.
Jus terbaik untuk kesihatan badan anda 😋
Читать полностью…@petuadankesihatan
.
.
Berhenti minum air manis antara cara paling cepat turun berat badan masa mula diet.
Sebabnya :
1️⃣ Jika anda minum 3 gelas air manis sehari, anda terus boleh kurangkan 500 kalori bila berhenti air manis.
2️⃣ Anda akan cepat berhenti craving makanan dan air manis.
3️⃣ Anda tak cepat rasa lapar dan tak Ada rasa nak makan setiap 2 jam.
4️⃣ Insulin resistan makin berkurang dan badan lebih efektif guna lemak sebagai tenaga. Jadi perut buncit lebih cepat turun.
5️⃣ Lebihan air akan keluar bila bacaan gula darah menurun. Setiap 1 gram simpanan glikogen dari lebihan air manis akan buat badan simpan 3 gram air.
Patutlah tengok kawan yang berhenti air manis cepat sangat turun berat badan kan?
Ada yang turun 2-3 kg seminggu bila terus berhenti air manis.
Cuma saya lebih galakkan anda kurangkan air manis sedikit demi sedikit untuk elakkan "sugar withdrawal symptoms" macam pening kepala, rasa letih terlampau, nak pitam dan mengigil.
#nutritionistraf
@petuadankesihatan.
.
.
Masalah ASID REFLUK dan GERD
1. MINUM AIR KELAPA
Menurut kajian yang diterbitkan dalam Journal of Clinical Biochemistry and Nutrition, asid refluk dan penyakit gastroesophageal reflux disease (GERD) mungkin disebabkan oleh keradangan pada sistem penghadaman.
Air kelapa TANPA GULA boleh menjadi satu pilihan yang baik untuk orang yang mempunyai asid refluk dan GERD.
Ini kerana minuman ini kaya potassium.
Bahan ini menggalakkan keseimbangan pH dalam badan dan seterusnya mengawal asid refluks.
Potasium juga tinggi dalam kelapa muda berbanding kelapa tua.
2. MINUM AIR TEBU
Kajian telah dilakukan di Australia melibatkan 43 orang menunjukkan air tebu bantu atasi masalah GERD.
Kajian ini diterbitkan dalam Journal Nutrients pada tahun 2020.
Hasil kajian menunjukkan 22 orang yang minum air tebu setiap hari menunjukkan pengurangan ketara pedih ulu hati dan pengurangan gejala GERD.
3. MINUM AIR KUNYIT
Menurut kajian pada tahun 2007, penyakit GERD mungkin disebabkan oleh keradangan. Kunyit dikatakan mempunyai sifat antioksidan dan anti-radang dan boleh melegakan GERD.
4. KURANGKAN MINUM KOPI
Beberapa kajian menunjukkan meminum kopi berlebihan boleh menyebabkan pelepasan asid gastrik. Rembesan asid gastrik selanjutnya boleh menyebabkan berlakunya refluks, pedih ulu hati dan GERD
Dr Suri Roowi Ph.D KMN
Principal Scientist
Foto: herzindagi
Kredit : Dr Suri Roowi
CLEARANCE SEMUA ITEM MURAH SAJA ‼️
Setiap pembelian ada free gift
Jemput join tekan link biru ye
http://t.me/CdBundleMurah
𝐊𝐎𝐋𝐄𝐊𝐒𝐈 𝐑𝐀𝐘𝐀 𝐒𝐄𝐃𝐎𝐍𝐃𝐎𝐍 𝟐𝟎𝟐𝟓
𝐊𝐄𝐁𝐀𝐘𝐀 𝐊𝐄𝐍𝐂𝐇𝐀𝐍𝐀 𝐏𝐔𝐓𝐑𝐈 & 𝐊𝐔𝐑𝐔𝐍𝐆 𝐀𝐃𝐄𝐋𝐈𝐀
𝐏𝐑𝐎𝐌𝐎 : 𝐑𝐌𝟕𝟗.𝟗𝟎
𝐒𝐈𝐙𝐄 : 𝐒 , 𝐌 , 𝐋 , 𝐗𝐋 , 𝟐𝐗𝐋
𝐊𝐄𝐁𝐀𝐘𝐀 𝐊𝐄𝐍𝐂𝐇𝐀𝐍𝐀 𝐏𝐔𝐓𝐑𝐈 𝐊𝐈𝐃𝐒 & 𝐊𝐔𝐑𝐔𝐍𝐆 𝐀𝐃𝐄𝐋𝐈𝐀 𝐊𝐈𝐃𝐒
𝐏𝐑𝐈𝐂𝐄 : 𝐑𝐌 𝟔𝟗.𝟗𝟎
𝐒𝐈𝐙𝐄 : 𝟐 - 𝟏𝟐
𝐌𝐀𝐓𝐄𝐑𝐈𝐀𝐋:
𝐃𝐎𝐁𝐁𝐘 𝐃𝐔𝐁𝐀𝐈 𝐒𝐈𝐋𝐊
Berminat wasap ye. Stok terhad.
www.wasap.my/60127255338/KebayaKenchanaPutri&KurungAdelia
💞 ADA YANG NAK PROMOTE @ IKLAN BISNES ANDA ? BOLEH PM SY SEKARANG !! 🎊
-PROMOTE OPEN JAM 8-9mlm sahaja
-ikut noted yang di beri
-Admin promote ke 5 group
-Admin open promote bila ada permintaan sahaja
'Jom kembangkan bisnes anda'...
🤲Semoga anda semua dimurahkan rezeki dan permudahkan segala urusan, aminn..
T.me/PetuaDankesihatan
PM🧕 ( @Cikdaa811 )TQ🤝
BERHATI-HATI DENGAN 4 MAKANAN INI
Mee Segera
Tahu tak kenapa mee segera boleh tahan lama dalam keadaan keras dan akan menjadi lembut apabila direndam dengan air panas? Ini disebabkan oleh kandungan wax(lilin) dalam mee tersebut yang membolehkannya tahan lama. Katakanlah, hari ini anda makan mee segera , dan esoknya korang terasa nak makan mee segera lagi, jangan makan ok. Pastikan anda makan 3 hari berikutnya kerana wax mengambil masa selama 3 hari untuk dihadam. Bayangkanlah kalau anda makan mee segera setiap hari, berapa banyak kandungan wax yang terkumpul dalam perut anda. Dan ini sebenarnya boleh menyebabkan kanser yang boleh membawa maut.
Sardin
Pemerhatian pertama atau kes pertama yang digunakan sebagai bahan bukti betapa buruknya amalan makan sardin ialah ketumbuhan fibroid di dalam rahim. Fibroid sebenarnya adalah sejenis kanser benign yang tidak merebak ke bahagian lain tubuh. Sebenarnya berdasarkan pemerhatian- pemerhatian lalu ini boleh dirumuskan seolah-olah di dalam tin ikan sardin terdapat sejenis bahan kimia yang bersifat karsinogen (bahan kimia penyebab kanser). Apabila kerap dan sudah cukup tempuhnya, ia akan menyebabkan tumor atau kanser sama ada benign atau malignan.
Minuman 3 in 1
Persatuan Pengguna Pulau Pinang(CAP) mendakwa seorang yang minum sebanyak 20 gelas 3 in 1 dalam masa sebulan berpotensi untuk menghidap lebih dari 60 jenis penyakit kronik. Berdasarkan kajian yang telah dibuat sejak 10 tahun lalu ke atas satu pek minuman coklat 3 in 1 seberat 28 gram,terdapat 55.6 % kandungan gula di dalamnya yang bersamaan 3 sudu teh manakala kopi (20 gram) ialah sebanyak 51.5 % kandungan gula bersamaan dengan dua sudu teh gula. Besar kemungkinan kadar kandungan gula yang dimasukkan dalam pek itu kini ditambah sebanyak dua kali ganda selain krimmer.
Panadol
Panadol adalah ubat yang bertoksik kepada tubuh manusia. Ia akan merosakkan organ hati dan Panadol akan tinggal di dalam tubuh manusia selama sekurang-kurangnya 5 tahun. Panadol ni sebenarnya adalah sejenis “painkiller”, semakin banyak kita consumed, semakin lama semakin kurang kesannya pada badan kita. Bererti kita perlukan dos yang lebih lagi bila ia kurang berkesan Untuk wanita, mereka akan melalui pengalaman melahirkan zuriat. Bayangkan mereka yang terpaksa melahirkan anak secara bedah, ubat tahan sakit yang diberi mestilah tinggi dosnya. Tapi kalau terlalu banyak mengambil Panadol atau Paracetamol sepanjang hidup dos ubat tahan sakit yang diberi tadi akan memberikan kesan sifar terhadap kesakitan yang kita alami dan kita perlukan ubat yang lebih kuat lagi untuk mengurangkan rasa sakit.
Seboleh bolehnya elakkan la 4 jenis makanan kat atas. Cari makanan alternatif lain macam roti(terutama roti serat), biskut, dan lain lain yang bukan makanan segera. Sayangi diri kita, kalau dah sakit nanti lagi banyak duit yang kita kena keluarkan.... ;)
T.me/PetuaDanKesihatan
@petuadankesihatan
.
Dah seminggu sakit kepala teruk hari2 kena makan panadol. Tu pun kdg x hilang.
Call mak.. Dia cakap try minum air asam keping ni.
Rendam je sekeping dalam air suam biasa...tunggu 10 minit.
Lepas minum separuh gelas tu... Terus hilang pening migrain. Mcm magik je. Terkezut gigirl.. Ni x yah makan ubat dah. Minum je air ni..
Ni utk sakit kepala yg blh cure dgn panadol lah. Kalau teruk guna pain killer morfin apa tu x pasti menjadi ke tak.
*minum lps makan ya.. Bukan perut kosong.
Kredit: Emma Wan Noordin
📌Seharian di tempat kerja kadang kala menyebabkan pekerja berasa mudah stress dan kepenatan.
💪😍 Jom kita lakukan bersama tip seperti yang dikongsikan ini sebagai panduan untuk kita meningkatkan flesibiliti diri terutamanya dalam melakukan aktiviti yang boleh menyumbang kepada produktiviti ketika bekerja.
Dikongsikan jenis-jenis kanser yang utama dalam kalangan kanak-kanak.
Ibu bapa perlu memantau tahap kesihatan anak-anak supaya intervensi dan rawatan awal dapat diberikan.
Melalui rawatan awal, kanak-kanak yang mengalami penyakit kanser boleh dirawat dan membesar seperti kanak-kanak sihat yang lain.