petuadankesihatan | Unsorted

Telegram-канал petuadankesihatan - °P€tua Daπ Kesihataπ°

11633

🎉SELAMAT DATANG SEMUA.. Pelbagai ‌✓Tips, ✓Petua, ✓Kesihatan, ✓Diet, ✓Senaman, ✓Kecantikn, Info2 menarik Di kongsikan kpd anda semua. Jemput join= https://t.me/joinchat/AAAAAEWHGOSu0377BoKYUA DROPSHIP DIPERLUKAN🎉 📝💖 Since: 13.04.2016

Subscribe to a channel

°P€tua Daπ Kesihataπ°

𝗞𝗛𝗔𝗦 𝗨𝗡𝗧𝗨𝗞 𝗬𝗔𝗡𝗚 𝗡𝗔𝗞 𝗖𝗔𝗥𝗜 𝗣𝗘𝗡𝗗𝗔𝗣𝗔𝗧𝗔𝗡 𝗖𝗔𝗥𝗔 𝗠𝗨𝗗𝗔𝗛!!!
JOIN PERCUMA‼️JOIN PERCUMA‼️

KUALITI BARANGAN TIPTOP‼️HARGA MURAH‼️GAYA MEWAH💃🏻

DAN UTK YG NK CANTIK,MENAWAN,BERGAYA TAPI ADA BUDGET YG KURANG UTK SHOPPING KE BUTIK, JOM JOIN CHANNEL SHOPPING ONLINE KAKAK. HARGA BORONG DAN SANGAT BERBALOI😍

Fast reply click wasap:

Www.wasap.my/601110755360/empiremurahonline

Follow telegram shopping online :

T.me/empiremurahonline

Читать полностью…

°P€tua Daπ Kesihataπ°

Kenapa awak tak cakap dari mula yang sunscreen HAUS ni....

✅ Terpaling senang absorb
✅ Terpaling mudah blend
✅ Tak bercapuk
✅ Tak berminyak
✅ Tak ada white cast!!

Waktu bila kena pakai sunscreen ni? Banyaknya benda nak pakai kat muka.

🙅🏻‍♀No no no sisturr, HAUS Super Moisturizing Sunscreen already 3 in 1 formula:

✅ Sunscreen SPF50/PA++++
✅ Moisturizer
✅ Primer

Emmm malas cakap banyak, let's watch the video till the end. Music please!! 💅🏻💅🏻💅🏻

HAUS,
Cantik Luar Cantik Dalam.

Читать полностью…

°P€tua Daπ Kesihataπ°

T.me/PetuaDankesihatan

👁️‍🗨️Rabun tua atau presbiopia adalah Masalah ini terjadi kerana kanta dan otot mata menjadi kurang anjal hingga menyebabkan penurunan daya memfokus pada objek dekat.
Keadaan ini berlaku kerana perubahan umur atau penuaan.

Dikongsikan simptom dan tanda-tanda rabun tua.
Rabun tua yang tidak dibetulkan boleh menjejaskan tugasan harian seseorang.

✔️Jom! bawa insan tersayang untuk melakukan pemeriksaan mata secara berkala.

Читать полностью…

°P€tua Daπ Kesihataπ°

Bagaimana mencegah obesiti semudah ABC?

★ Ambil tahu status berat badan anda. Tentukan ia melalui Indeks Jisim Tubuh samada anda kurang berat badan, normal atau pun berlebihan berat badan.

★ Bahagikan makanan anda mengikut keperluan kalori dan waktu makan. Pastikan ambil 3 hidangan utama dengan anggaran 400-500 kalori bagi setiap hidangan. Amalkan pengambilan hidangan makan malam selewat-lewatnya 3-4 jam sebelum tidur.

★ Cuba capai sekurang-kurangnya 10,000 langkah sehari. Tidak perlu sehingga berlari tanpa henti, yang penting mulakan langkah anda hari ini.

Tidak ada cara mudah untuk berjaya, cara terbukti adalah melalui usaha. Selamat mencuba! Anda mampu mencegahnya.

@PetuaDankesihatan
#kawalberatbadan
#infopemakanansihat

Читать полностью…

°P€tua Daπ Kesihataπ°

Cara nak sukat kiraan air dlm sehari

@PetuaDankesihatan

Читать полностью…

°P€tua Daπ Kesihataπ°

Telegram.me/PetuaDankesihatan

🍁🪷Petua-petua Yang Memberi Kebaikan

🌸Petua ketika makan

Makanlah apa saja di kala sihat. Tapi biarlah berpada-pada. Makan bila perlu. Kalau makan pun tiada sistem itu yang kerap mengganggu kesihatan perut. Menu makan tu dimestikan hidang sekali sayuran atau ulaman. Tak kiralah, timun, kangkong, bendi atau terung yang dicelur, ‘lettuce’dan bermacam-macam lagi ulaman yang kaya dan banyak khasiat.

Kita semua maklum yang sayur-sayuran ini amat bagus untuk pencernaan. Sayuran juga sangat elok bagi kulit kita untuk kelihatan licin dan tidak kering. Sewaktu makan juga kurangkan minum air untuk elak perut buncit. Lebih baik kalau kita amalkan minum air suam sahaja.

🌸Petua untuk kempis perut

Perut ni susah sikit nak jaga. Kena tengok juga cara pemakanan. Saya sendiri pun kadang-kadang perut ni buncit jugak. Tapi sebelum tidur saya akan cuba buat senaman ringan dalam 10 minit. Cara saya dengan buat senaman sit up sambil tahan nafas, tegakkan kaki ke atas dengan kedua belah tangan memegang kiri dan kanan pinggang dan membongkok badan sambil meluruskan kaki.

Bukan perut saja tapi punggung kita juga lebih mantap. Senaman begini kena rajin buat. Nak sihat nak cantik kenalah buat senaman.

🌸Petua air minuman

Saya memang kurang minum air. Minuman kopi memang kesukaan. Tapi dah beberapa minggu saya amalkan kalau bersarapan pagi mesti minum air limau. Kadang-kadang tu kat rumah buat teh ‘O’ limau.

Memang sedap. Badan rasa segar. Lagi satu rahsia, saya memang tidak suka memakan benda yang masam. Alergi betul lidah… tak tahan masam. Masa mengandung pun tak suka makan asam. Tapi kali ini sebab nak sihat saya minum.

Selain dari itu saya suka minum air halia dan serai. Halia dan serai diketuk dan direbus. Buatlah untuk minuman harian. Selepas minum air rebusan tu badan akan rasa ringan. Halia dan serai kan elok untuk pembuangan angin dalam badan dan juga untuk pencernaan. Malahan kedua-dua bahan ini juga amat elok untuk pernafasan mulut.

🌸Petua untuk kulit muka dan badan

Kalau nak muka dan tubuh badan bersih mesti rajin layan diri sendiri. Tak payah pergi spa. Wanita dah memang sinonim dengan kebersihan dan kecantikan. Mana ada wanita yang tak suka dipuji. Tapi kalau dah malas itu terpulang pada diri sendiri.

Malah ada segelintir kaum Adam yang melebihi tabiat seorang Hawa. Saya amalkan ini bukan untuk cantik tapi saya mahu kulit yang original lembut dan bersih. Tomato dan timun saya blender dan jadikan kiub ais.

Setiap hari selepas balik dari kerja saya akan mencuci muka dan badan dengan kiub ais tomato atau timun. Memang sejuk, tapi gosokkan perlahan-lahan di muka serta badan dan jangan terlalu kasar. Biarkan kering sedikit seketika dan cuci dengan air bersih atau air suam.

Kita dapat merasakan kelembutan kulit muka hingga keesokkan hari. Kulit pun tidak berminyak. Air limau nipis dan ‘lemonade’ juga elok disapu pada muka. Kulit muka akan kemerahan dan terasa lembut.

Saya juga selalu menggosok badan dengan kiub ais tomato, timun, limau nipis dan ‘lemonade’. Badan rasa segar dan wangi.Follow petua saya yang ni, bukan main-main tau. Really bagus.

🌸Petua untuk kebersihan jari

Banyak jasa jari-jemari kepada kita. Dengan jari kita dapat makan, merasa dan menyentuh sesuatu benda. Jari perlu dijaga dengan rapi. Ketika bersalam dan menyuap makanan ke dalam mulut, orang sekeliling akan melihat anggota jari kita.

Amalan yang paling mudah dan cepat, guna losyen atau pun minyak baby. Jenis jari yang kering dan kasar akan kelihatan lembab dan lembut.

🌸Petua untuk kuku cantik

Orang perempuan suka berkuku pendek atau panjang. Itu terpulang kepada cara penampilan masing-masing. Paling penting kuku mesti bersih. Kuku juga ada kaitan dengan kesihatan tubuh badan.

Pilih pengetip kuku yang sesuai digunakan. Selepas mengetip kuku, agar kuku sentiasa kuat dan cantik adalah dengan penggunaan losyen. Kalau rajin dan ada masa lapang sapu dan belai kuku dengan limau nipis. Kuku akan kelihatan bersih dan berkilat.

🌸Petua untuk tumit kaki

Читать полностью…

°P€tua Daπ Kesihataπ°

Perasan tak dalam rumahtangga ada ketika serba tak kena, kadang rasa nak marah tak tentu pasal, kerap prasangka buruk pada pasangan, isu kecil pun boleh jadi isu besar.Tengok muka pasangan pun rasa meluat, tapi dalam hati rasa sayang dan bila berjauhan rasa rindu! Hah, bila keadaan ini berlaku, salah satunya adalah berpunca daripada jin/ syaitan penghasut yang bernama “Dasim”.
Perlu Tahu Mengenai “Dasim”
1.Dasim adalah iblis yang tak suka suami isteri & keluarga aman dan bahagia. Dasim ini tugasnya adalah menyebarkan sifat emosi yang keterlaluan, mudah marah dan permusuhan pada suami isteri.
2.Selalunya kes rumahtangga Dasim akan cuba meruntuhkan institusi kekeluargaan.Dasim akan cuba mengapi-apikan lagi suami isteri sampai bermusuhan dan buat suami isteri rasa tak tak sefahaman tanpa sebab!
3.Si Dasim ni, kerja dia suka buat pasangan terasa hati, dia akan buat orang tu takkan diam diri, bila terasa hati sikit je terus akan turut berperang mulut, keluarkan kata-kata yang menyakitkan hati tanpa berfikir secara waras.Kesannya rumah tangga yang dibina tu akan jadi suram, tawar dan ianya akan tak tenteram.
4.Dasim suka menghasut terutama pada wanita yang datang bulan, baru lepas bersalin atau sedang mengandung, yang sering alami emosi tidak menentu.
5. Dasim ni terlalu jahat hingga dia akan buat kita sanggup lakukan apa sahaja untuk puaskan hati kita yang marah, sampai rumah tangga kita hancur lebur tanpa sebab.
Pergaduhan dan perselisihan didalam rumahtangga memang hasutan dan kerja syaitan, namun kita suami isteri juga perlu kuat dengan mendekatkan diri pada Allah, buat perkara-perkara baik yang mana boleh menjernihkan kembali rumah tangga. Jangan mudah terpedaya dan terperangkap dengan hasutan ini.
6 TIP ELAKKAN HASUTAN DASIM
1. Bila tengah marah pada pasangan MENGUCAP DAN BERISTIFAR banyak-banyak, tarik nafas dan cari tempat yang menenangkan dalam rumah. Marah bagaikan api, redakan ia dengan air, mengambil wuduk dan tunaikan solat sunat dua rakaat.
2. Bila salah faham cepat-cepat MOHON MAAF pada pasangan dan jangan tunggu lama-lama. Ia akan menghilangkan prasangka dan rasa marah dalan diri.
3. Amalkan makan dan solat jemaah bersama-sama, BACA DOA SAMA- SAMA.
4. Ramai tak sedar benda ni. Bilik kosong yang dibiar lama, tambah-tambah yang ada katil & selimut akan buatkan iblis menumpang dalam selimut. Sebab tu Rasullah juga pernah berpesan “ketuk/libas” selimut bantal sebelum naik atas katil/tempat tidur & kerapkan juga solat & berzikir di dalam bilik-bilik yang tak berpenghuni tu. Buka pintu.. biar bila azan/ zikir/ mengaji Quran pun suara kita boleh didengar sampai ke bilik bilik kosong tu.
5. Jangan lupa memberi salam setiap kali masuk ke rumah, walaupun tiada orang didalam rumah.Rumah yang tidak diberikan salam, memudahkan ‘Dasim’ melakukan kerja dan hasutannya didalam rumahtangga.
6. Kerap baca yassin dalam rumah, bacalah setiap malam jumaat dan kalau nak lagi baik BACA AL-QURAN. Kalau suami tak sempat, isteri buat, kalau dua-dua tak sempat, galakkan anak-anak buat, kalau memang semua tak sempat, pasang MP3 pun ok. Biar ayat-ayat suci berkumandang dalam rumah kita!
Iblis dan syaitan laknatullah ni tak akan tenang selagi rumahtangga yang dibina tu hancur! Dari hari pertama kita nikah sahaja dia sudah menangis terpekek lolong! kalau kita bercerai-berai dia akan berpesta gembira!
Selamatkanlah rumahtangga kita, semoga dijauhkan daripada godaan syaitan dan iblis. Moga rumahtangga yang dibina berkekalan hingga ke Jannah! Amin.
Kredit : Pusat Rawatan Islam Al Maliki Syifa Group

Читать полностью…

°P€tua Daπ Kesihataπ°

CARA BUANG KAHAK & LENDIR BAYI TANPA UBAT
1. Ketuk beberapa ulas bawang putih
2. Masukkan bawang putih tersebut ke dalam sebesen air panas yang masih berwap
3. Baringkan bayi anda menghadap besen berwap seperti dalam gambar. Pastikan kepala lebih rendah dari kaki
4. Serkup kepala bayi dengan kain lampin supaya wap tak terbebas atau menyejuk dengan cepat dan bayi dapat menyedut wap bawang putih sepenuhnya
5. Hati-hati dan pastikan tangan bayi tak menggapai besen
7. Tepuk bahagian belakang badan bayi di sebelah kiri dan kanan dengan tangan dibentukkan "cupping" untuk melonggarkan kahak dalam paru-paru
8. Jangan tepuk di bahagian tulang belakang bayi
9. Jangan panik jika bayi anda menangis dengan kuat. Itu lebih bagus kerana paru-paru akan mengembang dan memudahkan lendir untuk keluar.
10. Lakukan selama 10-15 minit, 2 atau 3 kali sehari. Ulang sehingga simptom-simptom berkurang.
Kredit : Tip Untuk Ibu Hamil

Читать полностью…

°P€tua Daπ Kesihataπ°

Kenapa kena dengar nasihat isteri lebih dari orang lain?
.
Kerana nasihat seorang isteri adalah satu-satunya nasihat yang tepat, betul dan sesuai dengan kita (suami). Tiada yang lebih mengenali suami melainkan isterinya.
Bahkan lebih kenal daripada mak sendiri !
.
Buruk baik diri kita ni isteri sahaja yang tahu. Dia hadap setiap hari 1001 kelakuan kita tanpa mengeluh. Walaupun dia nampak kelemahan kita tapi masih tetap setia dengan kita.
.
Patah perkataan yang keluar dari mulut isteri tak lain tak bukan hanya untuk kebaikan keluarga sendiri. Ini comfirm!
.
Dengarlah kawan-kawan bila isteri masih ada hati memberi nasihat. Di saat isteri dah tak ada hati nak bagi nasihat, nescaya kita dah tersangat rugi.
.
Kita baru kehilangan "Penasihat" terbaik yang telah di cipta untuk kita !
.
Tiada yang lebih baik memberi nasihat daripada isteri bahkan lebih baik dari nasihat mak ayah kerana ada mak ayah tak berapa kenal pun anak dia yang dah dewasa.
Tiada yang lebih jujur memberi nasihat daripada isteri bahkan adik beradik sekalipun ada masa tak sampai hati nak tegur takut kita berkecil hati.
.
Tiada yang lebih tepat memberi nasihat berbanding isteri bahkan kawan-kawan sekalipun akan berat sebelah sebab mereka pasti utamakan keluarga mereka dahulu.
Dengan orang lain kita boleh berlakon tapi dengan isteri tidak. Dia tahu semuanya. Dari busuknya bau kentut kita sampai la ke busuknya perangai kita, semua dia dah hadap!
.
Tak usah bangga sangat kalau ada kawan-kawan duk puji kita baik, rajin, dan puji kita ni calon suami mithali kononnya.
.
Selagi kata pujian ni tak keluar dari mulut isteri sendiri, maknanya pujian tu tak 100 peratus benar!
.
Tiada yang lebih ikhlas puji suami sendiri melainkan isterinya.
Oleh itu, nasihat saya kalau nak dapatkan nasihat yang paling ikhlas dan paling berniat baik orang pertama yang anda kena cari ialah isteri sendiri.
.
Wallahu A'lam..

Читать полностью…

°P€tua Daπ Kesihataπ°

Petua untuk hilangkan sakit kaki bila bangun tidur
.
Dah 3 hari saya amalkan mkn 3 biji bawang putih bakar ni setiap pagi seblum sarapan. Masalah sakit kaki bila bangun tido yang saya hidapi dah ok sekarang. Kalau ta sblm ni nak pijak lantai bila bangun tido memang sakit. Kena jalan slow2 dulu baru ok..
.
Tapi skg bangun je.. terus boleh jalan laju. Petua ni ada sorang kakak bgtau saya.. Dah dkat 1 tahun dia amalkan. Badannya pun saya tengok cantik. perut pun kempis je..
.
Segala angin dalam badan dapat diatasi. Kebaikannya utk seluruh badan. Apa yang saya tau.. bwg putih ni dapat mencegah sel2 kanser.. Kalau nk tau boleh google apa lagi khasiatnya.. 😊😊😊😊
.
Cara-caranya:
Ambil 3 ulas bwg putih dan bakar dengan kulit sekali dalam 3 minit dengan api yang kecil. Lepas tu makan terus isinya saja. Makan lah hari2 untuk kesihatan kita..
#JomSihatBersamaHakakBawang...
.
Kredit: Siti Raudzah via MAHN

Читать полностью…

°P€tua Daπ Kesihataπ°

Tips murah rezeki
Dengan mak ayah, jangan kita lokek, jangan kedekut. Bukan maksud kat sini kita bagi lebih dari kemampuan. Tapi jangan sekali kali cakap kat mak ayah yang kita “Tak ada duit”. Walau hakikatnya kita je yang tau struggle kita, but dont ever say it to your mom especially.
Tau sebab apa?
Mak ni manusia keramat yang secara azali sayang dan kesiankan anak dia. Contohlah kau cakap camni.
“Mak, sorry tak dapat bagi duit kat mak. Saya sesakk, saya takde duit mak. Tak cukup duit.”
Dan mak akan cakap apa?
“Tak apa.. mak faham.”
Dan kau tau apa yang berlaku selepas tu? Mak akan amplify kan “Tak ada duit” kau tu setiap masa seperti..
“Kesian kat abang kau tu. Dia SUSAH, dia TAK ADA duit.. dia SESAK.. dia MISKIN.”
Mak dok ulanglah benda tu sebab betul-betul kesian kat kau. Melalui pemerhatian dan pengalaman. Sungguh eh jadi miskin hidup kau. Mungkin sebab mak amplify ayat tu dan indirectly jadi doa.
Korang kena ingat, bukan amount yang penting untuk mak ayah kita ni. Sebab sedar tak kita sebenarnya dorang yang bela kita dari kita kecik sampai kita tua? Makanya, tanpa duit kau pun mak ayah kita lebih dulu boleh manage hidup dorang. Tak adanya sebab kau tak bg duit, dorang mati tercekik.
Bagi duit tanda ingatan, saya ingat pesan mak;
“Orang pemurah ni, gaji dia RM10, 0.50 sen dia bagi kat orang. Tapi kalau orang kedekut, gaji dia RM20,000 pun akan kata tak cukup.”
Saya pegang kata-kata tu dan sentiasa berprinsip. Bukan amount yang paling penting, yang penting ingatan. Walaupun dari gaji 3.50 sejam saya dah bagi duit kat mak, duit elaun biasiswa waktu belajar pun bagi sikit kat mak RM50. Penah je tak cukup duit, tapi beli barang makan + RM30. Tapi tak pernah saya sebut yang saya tak ada duit depan mak ye. Tak pernah..
Saya sentiasa pura pura ada duit, sentiasa cakap ala-ala poyo.
“Ala tak apa mak, saya ada banyak lagi duit 😂”
“Ala jangan risaulah mak, duit gaji tahun lepas tak habis lagi.” (Padahal time tu credit kad 5 keping dok guna 😂)
Akibatnya, mantra mak saya kat famili kitorang apa tau. “Adik takpaaa.. Adik banyak duit..”, “Adik takpaaa, adik kaya”. Walaupun time tu gaji saya RM3.50 sejam pun tetaplah meniti di bibir mak yang saya ni kaya. 😂😂😂
So korang, pandai-pandailah. Memang adakalanya kita short sikit nak bagi mak ayah. Tapi jangan disebut di depan dia, "Mak, saya tak ada duit".
Instead cakaplah, "Nah mak, bulan ni bagi banyak ni dulu eh. Nanti orang bagi lagi. Doalah banyak rezeki lebih."
Tak pun belikanlah beras sekampit, telur satu tray dari asyik dok ratib mak orang miskin, orang sesak, orang tak ada duit, mak orang tak cukup duit. Mulut mak masin tau tak.
Sekian tips dari saya yang sentiasa berlagak kaya di depan mak walaupun....😂😂
P/S : Korang tengok? Setiap kali saya bagi duit,setiap kali itu mak doa Allah ganti 10 x ganda. Mungkin saya akan jadi jutawan bila saya umoq 40 esok. Hahaha!
.
Sumber: Pak Cik Bakar Baharom

Читать полностью…

°P€tua Daπ Kesihataπ°

Para ayah tahu ke tak?. Ada ibu terdetik cemburu tatkala wajah si anak yang dikandungnya selama 9 bulan lebih menyamai ayahnya berbanding ibu. Percayalah..
.
Para ayah tahu ke tak?. Anak-anak juga lebih cenderung mengikut perilaku ayahnya berbanding ibunya. Inilah hakikat. Rapatlah mana pun dengan ibu, ayah juga yang akan dicontohinya. Maka...
.
+ Ayah perlihatkan, ajarkan, dedahkan.. Nak beri duit pada isteri, beri depan anak, puji masakan isteri, puji depan anak, bila isteri minta tolong kemas rumah, ajak anak sekali. Menunjuk-nunjuklah perilaku baik bila dihadapan anak walaupun anda terpaksa berpura-pura.
.
+ Sorokkan, elakkan, jangan sesekali membiarkan anak-anak melihat perilaku negatif anda. Nak merokok, merokoklah diluar. Marahkan sesuatu, jangan bagi anak nampak. Soroklah selagi boleh sorok, tahanlah selagi boleh tahan, lepaskan yang negatif jauh daripada pengetahuan si anak.
.
Semoga bermanfaat 😊
Kredit : Nurul Aqilah

Читать полностью…

°P€tua Daπ Kesihataπ°

@petuadankesihatan

Tips mendidik IQ anak mengikut umur 🙂 semoga bermanfaat!

Читать полностью…

°P€tua Daπ Kesihataπ°

Petua Turunkan Kolestrol :-

Balik kampung baru ni w sedara. Tua dah. 93 tahun umur. Tapi sihat lagi. Telinga dengar, mata nampak. Boleh solat dan puasa lagi.

Ceritanya dia dari muda tak pernah sakit kencing manis, darah tinggi atau jantung.

Saya tanya apa petua dia amalkan. Dia pun bagitau ambil asam gelugur tiga keping rendam dalam air panas segelas. Bila dah suam boleh minum. Amalkanlah minum selalu.

Saya tanya kalau orang yang dah sakit boleh ke minum. Dia kata boleh insya Allah badan akan semakin sihat.

@PetuaDankesihatan
Jom kita cuba petua ni 😊

Читать полностью…

°P€tua Daπ Kesihataπ°

PETUA KEMPISKAN PERUT DENGAN BAHAN DI DAPUR.

Air detoks ni paling best dan sedap sangat tau. Setiap pagi memang Kekna akan minum air detok ni. Sebab bila lepas minum ni memang mudah nak membuang.

Sebenarnya setiap pagi wajib kita membuang selepas 8 jam kita makan. Jika tak membuang tu yang akan jadi toksin dan perut kita automatik akan membuncit.

Cara dia mudah sangat nak buat.

Bahan bahan:

Sebiji Lemon
Sekeping asam keping
Sebiji asam masin
Seinci halia

Cara cara nak buat:

1. Korang rebuskan air dalam 1 liter macam tu la ye.
2. Bahan bahan tadi basuh dan potong la ikut suka macam pun korang kan.
3. Rebus semua bahan bahan tu dalam air yang mendidih tadi.
4. Sejukkan macam tu baru korang minum k.

Mudahkan nak kempiskan perut dengan cara ni. In shaa ALLAH jika korang konsisten akan nampak result.

Yang nak #SHARE Kekna izinkan semoga ia sama sama memberi manfaat untuk geng geng mak ni nak cantik cara selamat.

Selamat mencuba. 😍

Читать полностью…

°P€tua Daπ Kesihataπ°

Akak-akak, Abang dan adik2 yg tercari-cari losyen yg paling best abad ni boleh laaa cuba Losyen Nurraysa ni. Sekali cuba pasti jatuh cinta 🥰🥰🥰

Kelebihan Lotion Nurraysa baru😍

🌹 Putih sepantas 5 saat.
🌹 Formula baru.
🌹 Spf 50.
🌹 Tidak berminyak.
🌹 Tekstur lebih ringan dan tidak melekit.
🌹 Boleh digunakan pada tangan dan badan.
🌹 Membantu Mengekalkan kelembapan kulit.
🌹 Kulit tampil lebih cerah sekata dengan penggunaan konsisten.
🌹 Sesuai untuk lelaki dan wanita gitewww🤩

Pm saya sekarang
📲Wasap.my/60196085300/TeleLosyenPencerah

Читать полностью…

°P€tua Daπ Kesihataπ°

💞 ADA YANG NAK PROMOTE/IKLAN BISNES ANDA ? BOLEH PM SY SEKARANG YER 🎊

-PROMOTE OPEN JAM 8-9mlm sahaja
-IKUT NOTED YG DI BERI YA
-Admin promote ke 5 group

PM🧕 ( @Cikdaa811 )TQ🤝

@PetuaDankesihatan

Читать полностью…

°P€tua Daπ Kesihataπ°

T.me/PetuaDankesihatan

Bagaimana emosi anda hari ini ❓Positif atau sebaliknya❓🤔

Keadaan emosi mampu memberi kesan kepada kesihatan fizikal dan mental.

Jadi, urus emosi dengan baik❤️

Dikongsikan tip urus emosi menerusi strategi kendurkan emosi. Kekal positif.

Читать полностью…

°P€tua Daπ Kesihataπ°

Waktu terbaik utk makan.
@Petuadankesihatan

Читать полностью…

°P€tua Daπ Kesihataπ°

Kalau dah perempuan tak kira anak dara atau pun mak orang, orang lelaki suka perhati dari kepala sampai ke tumit kaki.

Pada hemat orang lelaki kalau kaki dan tumit tu bersih maka bersihlah seseorang perempuan tu.

Tapi kalau sebaliknya banyak tohmahannya.Setiap hari saya akan menggosok tumit kaki yang basah di simen. Pada saya tumit kaki wajib bersih. Kebersihan pada tumit kaki adalah kunci penampilan seseorang.

Saya nak kelihatan bersih dan cantik di mata suami. Sebelum tidur saya akan menyapu losen di keseluruhan kaki. Banyak pilihan losyen yang sesuai dengan kulit wanita Asia. Selain daripada itu, cara tradisional sesekali saya akan menggosok keseluruhan kaki dan celah-celah jari dengan limau nipis. Kulit kaki akan kelihatan cukup bersih.

🌸Petua berkasih dan sayang

Dalam melayari bahtera rumah tangga apa yang dicari? Sudah tentu kasih sayang dan kebahagiaan bersama. Bohong kalau pasangan yang sudah berkahwin tidak menetapkan kasih dan sayang itu sebagai penjamin dan pengikat kerukunan dalam rumahtangga.

Bahkan wang ringgit juga tidak boleh melawan betapa perkasanya kasih dan sayang itu. Setiap pasangan perlu ada sikap bertolak ansur, tolong menolong, saling memahami, tidak meninggi diri di hadapan pasangan, tak usah terlalu berkira dalam perbelanjaan harian dan sering cuba menjaga hati, emosi dan perasaan pasangan.

Paling utama jangan kedekut dengan isteri atau suami sendiri. Oooh… tidak patut sama sekali. Dalam rumahtangga biarlah sentiasa bersederhana. Apa sahaja kemahuan biar bersandar kepada kelebihan dan kekurangan pada diri pasangan masing-masing.

Bukan ikut kata hati dan telunjuk jari. Senyuman juga penting. Sedangkan hilai ketawa itu juga sebagai positif diri dalam kehidupan.

🌸Petua masuk rumah baru

Orang Melayu memang ambil berat dalam mengamalkan petua. Kalau nak masuk rumah baru sekalipun ada juga petua. Bukan kepercayaan tapi sebagai orang luar wajib bagi salam dulu sebelum masuk rumah baru.

Betul tak? Kata orang ‘feel’ tu kena ada, serasi ke tidak. Menurut orang-orang lama kalau nak pindah rumah baru, sebelum kita pindah segala perabot seelok-eloknya letakkan barang-barang asas atas dulang sebagai pembawa rezeki.

Contohnya seperti minyak, garam, gula, kacang hijau dan macam-macam lagi. Tapi sebelum tu rumah baru dah sempurna dibersihkan. Ni hanya petua aje dan tidak pula dimestikan. Wallahu’alam. Selebihnya kita wajib berdoa kepada Allah. Dia Maha Mengetahui dan Pemberi rezeki.

🌸Petua kalau ada ‘new born baby’datang rumah

Ha… petua yang ni pun ada. Anak adalah penyeri dan rezeki dalam rumahtangga. Kalau baby baru lahir nak masuk rumah biasanya orang-orang tua akan meletakkan senduk ke mulut baby tu agar dia serasi dan tidak mudah menangis.

Selain daripada itu, mulut baby juga disapu air zam-zam, kalau ada disimpan dan diseletkan juga mulut baby dengan benda-benda manis sebagai tanda selamat datang dan semoga dimurahkan rezeki.

**
Ki
ta semua maklum yang masyarakat moden kini masih ada lagi mengamalkan petua-petua yang sudah sebati dan dirasakan tidak melanggar hukum syarak. Saya hanya mengamalkan petua-petua yang berkaitan untuk kesihatan dalaman dan kecantikan diri sahaja.

Cuba curi masa untuk ‘pedicure’ dan ‘medicure’ badan sendiri kerana kita akan rasa lebih bebas. Mudah dan senang. Paling penting rajin.
- kredit i luv islam

Читать полностью…

°P€tua Daπ Kesihataπ°

"Belajarlah untuk sentiasa merendahkan diri di hadapan hamba Allah yang lain & sentiasalah mengaku & menyedari bahawa diri kita ini hanyalah seorang hamba yang sangatlah lemah, hina dan banyak dosa dihadapan Allah SWT Yang Maha Pengampun Lagi Maha Penerima Taubat.

Oleh itu sentiasalah bertaubat kepada Allah setiap hari hingga tiba ajal kematian kita.
Janganlah pernah merasa diri kita lebih mulia daripada sesiapa pun.
Sungguh perasaan merasa diri lebih baik daripada orang lain itu dapat membinasakan diri & menghapuskan amalan ibadah kita di sisi Allah SWT.

أستغفر الله العظيم وأتوب إليه 🤧

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ النَّبِيِّ الأُمِّيِّ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلِّمْ 🤍

Читать полностью…

°P€tua Daπ Kesihataπ°

Doa Untuk Sakit Tumit, Urat & Kaki..

Surah Al-Fatihah 1X
Ayat Kursi 3X
Selawat 3X
Surah At-Taubah Ayat: 14
Surah Al-Hashr Ayat: 21
Sapu & Urut Dengan Minyak Zaitun

Ustaz Sharhan Safie..

Share untuk dimanfaatkan bersama..😊😊

Читать полностью…

°P€tua Daπ Kesihataπ°

Yang sedang hamil semoga dapat baby secomel ini. Aminn 😍🥰😚
TIP DAPAT BABY COMEL & PIPI GEBU MACAM PAU
.
Setiap ibu mengandung pasti mempunyai amalan tertentu demi kesejahteraan dan kesihatan bayi yang dikandung.Menjadi impian dan harapan seorang ibu agar anak yang dilahirkan nanti sihat, comel dan gebu.
.
Geram tengok gambar baby ni kan!
Ibu kepada bayi comel yang dinamakan Sharifah Aisya Sofea Shahabudin ini telah berkongsi amalan-amalan yang beliau telah lakukan sewaktu mengandungkan anaknya ini.
.
Antara amalannya:
1.Amalkan memakan sebiji buah delima dan 7 biji buah kurma setiap hari semenjak usia kandungan 6 minggu.
2.Minum jus Pati Delima Gulsan 1 sudu waktu pagi setiap hari.
3.Minum 1 gelas susu kambing segar yang dikisar bersama bersama tujuh biji kurma.
4.Minum air kelapa muda daripada usia kandungan tujuh bulan sehingga kelahiran.
5.Amalkan membaca Surah Yusuf dan Surah Maryam selalu.
.
Namun ini hanyalah tip yang dia amalkan, perkara yang baik tak salah untuk dicuba. Namun, jika tidak menepati seperti yang kita harapkan janganlah pula kecewa. Yang paling penting anak sihat dan kelahirannya sempurna.

Читать полностью…

°P€tua Daπ Kesihataπ°

Petua turunkan kadar gula dalam darah
Ni yang saya buat untuk mak saya. . Sebelum ni belas2 bacaan kencing manisnya. Penah sampai tak ada bacaan. Sekarang alhamdulillah. Bawah2 sepuluh dah. Kadang lepas jgk atas sepuluh. Bergantung cara pemakanan. Makan kena jaga taw. Makan la ubat mcm mana sekalipon. Kalau tak jaga makan. Allahu.. Mak saya makan saraf dah. Skrg mula nak stabil.
.
Cara-caranya:
> peria katak sebiji (buang biji) + epal hijau separuh + kentang kecik separuh (buang kulit)
> blend guna blend buah. (kalau tak ada..blend biase pastu tapis)
# buat 3 hari sekali . . Saya buat waktu lepas makan petang. .
Yang kat bawah ni..saya buat untuk 2 org. . Ayah nak tumpang sekaki. .😍
.
Kredit resepi ini kepada nur hidayah via masak apa hari ni

Читать полностью…

°P€tua Daπ Kesihataπ°

Encik suami… jika susah hati ….

Читать полностью…

°P€tua Daπ Kesihataπ°

Petua buang angin dalam badan
Macam-macam cara nak buang angin dalam badan. Petua ini elok untuk lelaki dan wanita dan semua peringkat umur termasuk ibu mengandung, tapi kurangkan halia untuk ibu mengandung ya.
Bahan-bahannya:
1. Susu kotak ( brand apa pun boleh )
2. halia ( besar ibu jari ) lebih kurang 3-4cm
halia ni ikut ketahanan tekak , kalau nk kaw dan pedas masuk banyak sikit . kalau setakat 3-4cm tak rasa apa-apa pun tapi tetap berkesan.
Cara-caranya:
Hiris halia nipis-nipis reneh dengan susu hingga mendidih (api perlahan) Sedia untuk minum.
Seelok-eloknya minum ketika susu masih suam, kesannya akan serta merta. Biasa nye memang lega sangatt 😁
Minum bila-bila masa sahaja jika perlu, atau 2-3 kali seminggu.

Читать полностью…

°P€tua Daπ Kesihataπ°

@petuadankesihatan

7 koleksi doa-doa harian untuk membesarkan anak menjadi anak2 soleh solehah.
Kredit penuh : khalish

Читать полностью…

°P€tua Daπ Kesihataπ°

Cara mudah buat air untuk penawar :-

@petudankesihatan

-Baby nangis malam,
-Baby kembung perut,
-Susah tidur malam,
-Kerap mimpi tidak elok,
-Kerap gelisah tanpa sebab,
-Kerap sakit kepala.
.
Boleh amalkan cara ini. Cara ini juga jika di amalkan dapat mengelakkan gangguan makhluk halus.
.
Ambil Air Suam segelas, Kemudian ambil Secubit Garam letakkan di dalam air suam tersebut ;
-Baca Al Fatihah 1x.
-Selawat Syifa 3x
-Al ikhlas 3x
.
-Kemudian baca :-
"Laa Haula Walaa Quwwata illa Billaah"
Selesai membaca di atas lalu minumlah air tersebut.
amalkan minum air tersebut sebelum tidur.
.
Jika baby demam berbalik-balik dan nangis malam, selesai baca di atas sapukan air suam tersebut di seluruh badan, terutama sapu di muka baby dan belakang baby. Dengan Izin Allah inshaaAllah baby anda akan berhenti tangisannya.
Jika demam, dengan izin Allah akan kebah demamnya.
.
Manakala jika kita ada gangguan dalam badan, selesai minum air tersebut, kita akan rasa sedawa selepas minum, kita akan rasa loya nak muntah, perut kembung tak selesa, tengkuk belakang belikat rasa lenguh dan berat.
.
Jika di amalkan berterusan setiap hari buat dengan yakin, InshaaAllah dengan izin Allah gangguan di dalam badan kita akan hilang.
.
Jika tak sembuh, carilah perawat islam berhampiran anda, InShaaAllah mereka akan membantu anda. Ibu yang sedang hamil elok amalkan juga minum setiap kali sebelum tidur.
Moga cara mudah ini bermanfaat untuk kalian semua In Sha Allah Amin.

Kredit : Pusat Perubatan Islam Al-Mujahidin

Читать полностью…

°P€tua Daπ Kesihataπ°

Ubat Batuk Minum Sekali Sahaja - The Thailand Way

3 ulas bawang putih
3-4 ulas bawang merah
1/2 biji limau nipis

Caranya:
3 ulas bawang putih dan 3-4 ulas bawang merah ditumbuk halus. Letak kedlm sudu makan dan perah limau nipis. Minum sblum tudur bersama segelas air. Rasa tak sedap!
Buat sekali sahaja. In shaa Allah baik dgn izinNya.

(Kredit sara saad)

Читать полностью…

°P€tua Daπ Kesihataπ°

📌Beberapa minit kemudian, bby akan keluarkan gas ( kentut ) / mengeluarkan kahak yang terkandung dalam kerongkong melalui berapa cara :
1) Muntahkan segala susu yang telah diminum dan sekaligus dengan lendir kahak sekali yang keluar

Tips untuk baby yang mengalami masalah selsema / batuk. 👇
📌 mandi dengan air suam + daun sirih & buah lemon ( boleh mengurangkan suhu badan bby ) + setitik minyak kayu putih )

Semua tips / cara² yang sis nyatakan diatas, memang sis dah amalkan dari anak pertama sis sehingga anak kedua sis kalau mereka mengalami masalah² yang dinyatakan td.

Syukur 🙏 lepas sis amalkan kesemua tips, semuanya kembali seperti biasa & bebas daripada masalah² yang sangat dihiraukan. Anak sis akan kembali sihat selepas 3 hari.

Ini sahaja perkongsian sis bagi baby² yang mempunyai masalah seperti yang dinyatakan.

Semoga bermanfaat bagi mommy².

Kredit: Mitcheline Christerin

Читать полностью…
Subscribe to a channel