petuadankesihatan | Unsorted

Telegram-канал petuadankesihatan - °P€tua Daπ Kesihataπ°

11633

🎉SELAMAT DATANG SEMUA.. Pelbagai ‌✓Tips, ✓Petua, ✓Kesihatan, ✓Diet, ✓Senaman, ✓Kecantikn, Info2 menarik Di kongsikan kpd anda semua. Jemput join= https://t.me/joinchat/AAAAAEWHGOSu0377BoKYUA DROPSHIP DIPERLUKAN🎉 📝💖 Since: 13.04.2016

Subscribe to a channel

°P€tua Daπ Kesihataπ°

■PETUA UNTUK ANAK........
..........BATUK DAN SELSEMA........

●Batuk dan selesema memang penyakit biasa yang kerap menyerang anak-anak kecil. Biasanya kanak-kanak mudah mendapat jangkitan penyakit ini tanpa mengira masa.

Bila dengar sahaja si kecil sudah mula batuk-batuk dan hidung meleleh dengan hingus, ibu dan ayah sudah susah hati. Mulalah terbayang kesukaran untuk menberi anak minum ubat atau lebih teruk
perlu mengambil nebulizer di klinik bagi melegakan lendir dan kahak yang tersekat dalam paru-parunya.

Bagaimanapun doktor pakar kanak-kanak tidak membenarkan pengambilan sirap ubat batuk di kalangan kanak-kanak dan bayi berusia bawah dua tahun.

Batuk dan selesema yang dialami oleh kanak-kanak sukar untuk sembuh. Biasanya ia mengambil masa yang lama. Ramai ibu bapa takut untuk menggunakan cara rawatan moden terlalu kerap kerana bimbang kesan sampingan kepada anak mereka.

Lepas ini kalau anak anda batuk dan selesema, anda tak perlu risau kerana ada kaedah merawat batuk dan selesema anak tanpa menggunakan ubat. Hanya menggunakan bahan semula jadi yang murah dan mudah diperolehi.

Bahkan ia boleh menyembuhkan batuk dan selesema anak dalam masa satu malam selepas mencubanya!

Rawatan ini berkesan memulihkan penyakit berkaitan saluran pernafasan pada kanak-kanak disebabkan kesan melegakannya yang sangat luar biasa.

Rawatan ini menggunakan balutan yang diperbuat daripada madu. Kehadiran madu sangat penting dalam cara rawatan ini kerana ia mempunyai aktiviti bio yang tinggi dan membantu
menghapuskan mukus/lendir dengan cekap.

Bagi melegakan batuk dan menyembuhkan selesema, rawatan ini berguna untuk kanak-kanak serta orang dewasa.

Bahan yang diperlukan:

2 sudu besar madu
1 sudu kecil minyak sayuran
3 - 4 sudu besar tepung
1 helai napkin
1 Pelekat (Band-Aid)
Pembalut luka

Cara membuatnya:

1. Campurkan tepung dan madu sehingga sebati.Pastikan ia tidak terlalu melekit.

2. Tambahkan minyak sayuran ke dalam adunan dan gaul rata. Buat adunan berbentuk gulung.

3. Letak adunan ke dalam napkin dan bungkus ia dengan cheesecloth.

4. Bungkusan madu telah siap! Letakkan pada dada atau belakang badan menggunakan pelekat (band-aid).

5. Bungkusan ini tidak boleh menutup bahagian jantung.

6. Kanak-kanak hanya perlu memakai rawatan bungkusan madu ni selama tiga jam sementara orang dewasa boleh memakainya semalaman.

Jangan panik, sekiranya anak anda berasa hangat dan mula berpeluh apabila menggunakan rawatan ini. Ia sememangnya kesan yang dijangkakan apabila melakukan rawatan ini dan ia bukanlah satu kesan sampingan.

Bila rawatan bungkusan madu ini sesuai digunakan?

* Ia sesuai untuk bayi berusia enam bulan ke atas.

* Bungkusan madu ini selamat digunakan.

* Ia boleh digunakan untuk merawat batuk, selesema dan kegatalan kerongkong.

* Jangan sapu bungkusan ini pada kulit yang alahan, luka dan kecederaan.

* Gunakan rawatan mudah dan menakjubkan ini untuk merawatan selesema anak anda di rumah...........

Sumber : razali hamid.....

■Anak anda mengalami masalah demam + batuk biasa / berkahak + berhingus (selsema) + sakit perut + angin dalam badan ??........

Sis nak share sedikit Tips untuk merawat masalah² di atas sebab baby Kan belom boleh makan ubat terutama yang baru lahir - 6 bulan.

Bagi baby yang ada angin dalam badan / sakit perut disebabkan angin boleh guna tips ni 👇
✅Urut guna minyak bawang putih ( homemade )
📌Bakar bawang putih ( 1 ulas ) hingga kekuningan, then, letak sedikit minyak ( apa² minyak )boleh guna minyak biasa ( minyak masak / minyak kelapa / minyak Johnson ) ke dalam bawang putih TD...
📌Then urut bahagian depan & belakang bby, tapak kaki, tgan bby ( seluruh badan ) ...

Tips untuk mengeluarkan kahak bby / buang angin dalam badan yang boleh menyebabkan bby sakit perut 👇
✅guna daun sirih
📌Mula² cuci dahulu daun sirih ( 2 keping ) then panaskan kdua² daun sirih depan belakang... Lepas tu, letak daun sirih ( pastikan tidak terlalu panas ) pada bhgian dada depan & dada belakang.

Читать полностью…

°P€tua Daπ Kesihataπ°

Cara pilih ketam segar
~~~~~
.
Nak masak lemak cili padi. Atau masak lemak nanas.
.
Mestilah kena guna ketam gemuk berisi. Kalau ada telur lagi padu. Jangan cengkerang je sado, isi dalam lohong.
.
Ketam ni sumber protein tanpa lemak. Kaya vitamin B12 untuk sel darah merah dan sel saraf. Sumber fosforus untuk tulang kuat.
.
Macam mana tips pilih ketam berisi?
.
1. Pilih ketam betina berat. Ketam betina ni bulat. Sepit pendek.
2. Elak beli yang ringan. Bila tekan macam berlohong.
3. Ketam betina punyai segi tiga besar pada bawah perut.
4. Ketam jantan ada segi tiga kecil dan runcing.
.
Ini juga petua untuk tahu sama ada ketam ni fresh atau tak.
.
Tengok warna cengkerang. Kalau ketam bunga, pastikan warna kebiruan. Segi tiga bawah perut ketam mesti melekap. Bukan terkopek.
.
Ketam pula kena cukup sifat. Tak angkat lagi sepit dah tercabut. Itu tandanya ketam lama. Bau pun kenalah bau air laut. Bukan hanyir semacam.
.
Sumber: DrRizal Abu Bakar

Читать полностью…

°P€tua Daπ Kesihataπ°

Petua ini untuk ibu2 mengandung bagi mudah melahirkan bayi, InsyaAllah.

Kak Lynn nak share petua utk ibu2 mengandung yang bakal melahirkan. Yang tak mengandung boleh share dgn adik, kakak, sedara, kawan2, jiran2, sesiapa sajalah. Dan kalau lelaki boleh share dgn isteri tersayang.

Petua ni berkaitan dgn laksa. Ya...laksa.
Laksa utara, laksa lain x pasti.

Pengalaman kak lynn masa melahirkan anak ke4, sakitnya cuma +- 15minit sahaja dgn jarak kelahiran bayi.

Masa kandungan masuk 8 bln, masa tu balik kampung. Jumpa dgn anak sepupu mak. Dia bg petua...

"dekat2 nak bersalin nanti hang makan kerap sikit sayoq keladi takpun laksa. Hari2 pun takpa...InsyaAllah mudah hang bersalin"

Mmg kak lynn amal sebab anak sulung kak lynn lahir cara pembedahan. Anak kedua dan ketiga kak lynn ambil epidural sebab masa anak pertama tu tak buka jln wlpun dah seharian pecah ketuban.

Lepas diberi petua tu, mmg kak lynn makan laksa dan sayur keladi sekerap mungkin. Dan bila hampir 2 minggu nak bersalin tu hari2 beli laksa. Alhamdulillah, hari melahirkan tu sebenarnya nak pergi check up je, pagi. Tak sakit apa pun. Tiba2 doktor ckp dah boleh bersalin hari ni. Terus kna tahan hsp. Relax borak2 dgn suami sambil check jantung baby, tgh hari doktor tgk semula terus suruh masuk labour room. Tak sampai 15minit pun rasa kak lynn...sakit yg betul2 sakit melahirkan tu, terus baby keluar tanpa ubat induce, tanpa epidural.. Alhamdulillah 100% normal. Jarak antara anak no.3 dan no.4 saya 5 tahun.

Petua kak lynn utk yg bakal melahirkan tu, makanlah laksa sekerap mungkin. Sayur keladi susah skit nak cari kat bandar2 ni. Takut dpt yg gatal plak nnt, masalah lain pulak dtg 😅.
Jadi, makan laksa je.

AMARAN, yg 7 bulan kebawah jgn makan kerap pula laksa. Takut terbesalin awal pula nanti. Maklum lah laksa ni susah skit nak jemu. Yg tak mengandung pun boleh je makan hari2 sbb sedap 😁
@petuadankesihatan

Edited : saya kongsi petua. Alhamdulillah, saya amal diizin Allah, jadi saya kongsi. Dan yg terbaru ni adik ipar pun amalkan, dia pun cakap...kali ni mudah sgt dia bersalin (baru minggu lepas). Dan apa pun, semuanya dgn izin Allah sahaja.

#petuamudahbersalin
#petuamudahmelahirkan
#petuaibumengandung
#laksa
#laksautara
#petua

Читать полностью…

°P€tua Daπ Kesihataπ°

*PETUA UNTUK MENJADI WANITA CANTIK*
.
1. Amalkan bangun pagi dan mandi sebelum masuk Azan Subuh.
.
2. Sebaik bangun tidur, sebelum menggosok gigi, minumlah 1 gelas air putih bersuhu bilik. Kulum air tegukan pertama di dalam mulut untuk seketika dan bacakan dalam hati Selawat Nabi 3 x, barulah disusuli dengan menghabiskan segelas air tersebut
.
3.Sewaktu membasuh muka di awal pagi atau setiap kali membasuh muka,tadah air ditapak tangan sambil bacakan Selawat Nabi 3x, hembuskan pada air dan usapkan air tersebut ke wajah bermula dari dagu menaik ke atas hingga ke dahi, ulang usapan ini sebanyak 3 x. Jangan basuh muka bermula dari dahi turun ke dagu kerana ini menyebabkan muka cepat berkedut.
.
4. Selepas solat Subuh, bacalah Surah Yusuf, kemudian teguk sebanyak 3 kali sahaja air suam, InsyaAllah ia membuatkan wajah awet muda dari usia sebenar.
.
5. Selepas solat Isya', amalkan baca Al-Fatihah 1 x, Ayatul Qursi 1 x dan surah Al-Waqiah dari ayat 35 hingga 38 sebanyak 7 x, ditiupkan pada segelas air dan niatkan
.
"Ya Allah perindahkanlah tubuh dan rohku dan perbaikilah hubungan dengan suamiku"
.
6. Surah Al-Waqiah ayat 35-38 juga elok dibaca di dalam hati sebanyak 3 x sebelum jirusan pertama air ke badan sewaktu mandi
.
7. Jangan makan bersulam air, sebaiknya minum air kosong 1 gelas 30 minit sebelum makan, dan 30 minit selepas makan
.
8. Amalkan membaca Al-Quran dengan niat ikhlas kerana Allah SWT
.
9. Perbanyakkan Selawat Nabi, sentiasa sedekah senyuman, perbanyakkan solat Tahajud
.
Amalkan hari-hari....in sha Allah kelihatan 'cantik'.

Aamiin...
@petuadankesihatan

Читать полностью…

°P€tua Daπ Kesihataπ°

@PetuaDankesihatan

‼️Diabetes adalah satu keadaan di mana tahap gula di dalam darah adalah tinggi dari normal.

Ia adalah masalah kronik yang boleh mengakibatkan kerosakan banyak organ penting tubuh bergantung kepada tahap kawalan gula dalam darah.

Tanpa pengurusan yang betul ianya boleh mendatangkan berbagai komplikasi seperti penyakit kardiovaskular, kegagalan buah pinggang, buta dan kerosakan saraf seperti dikongsikan.

✔️Amalan gaya hidup sihat dan pengambilan rawatan yang teratur adalah penting bagi membolehkan anda mengawal tahap gula dalam darah ke arah tahap normal.

Sekiranya anda atau ahli keluarga anda menghidapkan diabetes, pastikan kepatuhan kepada perawatan serta jadual pemeriksaan berkala yang diberikan.

Читать полностью…

°P€tua Daπ Kesihataπ°

BERHENTI dan fikir sejenak– berapa banyak gula tersembunyi yang telah diambil dari minuman atau makanan anda hari ini?

Kebanyakan gula yang kita minum dan makan adalah 'tersembunyi'. Jadi, tanpa disedari kita sering mengambil gula baik daripada makanan mahupun minuman. Pengambilan makanan dan minuman yang tinggi kandungan gula secara kerap juga akan mengakibatkan pengambilan kalori berlebihan dan boleh meningkatkan risiko penyakit diabetes.

Jom elakkan dan hadkan gula tersembunyi dalam pengambilan makanan harian anda demi kesihatan yang lebih terjamin.

@PetuaDankesihatan
#kencingmanis
#tippemakanandiabetes
#infopemakanansihat

Читать полностью…

°P€tua Daπ Kesihataπ°

*_ASSALAMUALAIKUM WBT

*🔰 MUTIARA PAGI 🔰

بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ

Ingin terbang bagaikan burung di awan, namun terlupa tiada sayap dibadan, ingin hidup bagaikan di kayangan, terlupa dikejar kematian. Jadilah orang yang sentiasa ditempat sejuk, walaupun tempat itu panas.

*_”Ya الله, ampunilah dosa-dosa kami, kedua ibubapa kami, ahli keluarga kami serta murahkan rezeki kami, berilah kesihatan yang baik kepada kami, lanjutkan usia kami, kuatkanlah iman kami dan berilah keredhaanMu kepada kami.

_Aamiin Ya Rabbal ‘Alamin

Читать полностью…

°P€tua Daπ Kesihataπ°

Teknik Memasak dan Kesannya Terhadap Purine (Penyebab Gout)

Bagi pesakit gout, kandungan purine yang tinggi dalam makanan boleh sebabkan gout. Bahan ini hadir dalam makanan dan kuantitinya bergantung kepada teknik memasak. Contohnya;

a. Teknik Memotong Daging

Daging yang dipotong kecil-kecil @ daging hancur (minced meat) lebih rendah kandungan purine berbanding daging yang dipotong besar-besar.

b. Membilas
Teknik membilas diikuti dengan memasak makanan akan kurangkan jumlah purine.

Kajian menunjukkan membilas daging lembu menggunakan air dan daging pada nisbah 5 : 1 selama 5 minit diikuti dengan alirkan dengan air mengalir akan turunkan kandungan purine sebanyak 25%.

Kajian lain juga menunjukkan jumlah kandungan purin daging lembu menurun dengan ketara dari 8.6 kepada 5.2 mg/g protein selepas dibilas. Selepas membilas dan memasak penurunan yang lebih besar dilihat antara 4.6 mg/g protein.

Sampel ayam belanda tanah tidak menunjukkan perubahan ketara selepas dibilas, tetapi penurunan ketara dilihat selepas dibilas dan dimasak. Secara keseluruhannya, kajian ini menunjukkan bahawa membilas makanan di dalam air berkesan mengurangkan jumlah kandungan purin dan memasak seterusnya selepas membilas menghasilkan pengurangan jumlah kandungan purin yang lebih besar.

c. Teknik Memasak
Merebus makanan lebih baik berbanding kukus dan memasak gelombang mikro.

Kajian menunjukkan bahan purine dalam ikan tilapia menurun daripada 46% kepada 25% setelah direbus dan dikukus selama lebih 30 min. Sebaliknya, hanya 17% purine telah hilang jika dimasak dengan microwave selama 7 minit. Bahan purine dalam ikan yang digoreng pula didapati lebih tinggi. Walau bagaimanapun, mendidih ikan yang sama akan mengurangkan tahap purine.

d. Masa memasak
Masa memasak juga mempengaruhi kandungan bahan purine.

Kajian memunjukkan memasak sup cendawan pada masa lama akan hasilkan bahan purine lebih banyak.

@PetuaDankesihatan
#DrSuriRoowi Ph.D KMN
Principal Scientist

Читать полностью…

°P€tua Daπ Kesihataπ°

Rupanya 4 Jenis Tepung Beras Ini Berbeza ‘Fungsi’. Jangan Salah Guna, Nanti Kuih Tak Menjadi!
@PetuaDankesihatan

Untuk pengetahuan anda, ada banyak jenis tepung beras yang dijual di pasaraya dan setiap satu itu berbeza kegunaannya mengikut jenis makanan yang mahu dibuat.

Pasti ramai juga yang tidak perasan, ada 3 tepung beras yang berlambangkan gajah dan satu tepung beras cap teratai. Kalau salah guna tepung untuk buat kuih atau masakan lain, nanti hasinya tidak akan menjadi.

Kalau nak tahu perbezaan diantara 4 tepung beras tersebut dan apa fungsinya, jom ikuti perkongsian di bawah sehingga habis.

BEZA 4 JENIS TEPUNG BERAS WAJIB TAHU

1. TEPUNG BERAS CAP 1 GAJAH
Sangat sesuai untuk menggoreng seperti untuk membuat adunan untuk pisang goreng, keledek, keladi, cempedak, adunan gorengan ikan, goreng mamak, goreng berempah. Tepung ini sangat rangup dan sesuai juga untuk membuat rempeyek dan tumpi kacang hijau atau dal.

2. TEPUNG BERAS CAP 3 GAJAH
Sangat sesuai untuk membuat kuih-kuih tradisional seperti kuih koci, apam beras eno dan pelbagai jenis kuih lagi. Tepung jenis ini akan menghasilkan kuih yang lembut dan berkilat.

3. TEPUNG BERAS CAP 5 GAJAH
Tepung beras cap gajah 5 ini pula sesuai untuk membuat mee laksa dan pelbagai jenis mee kerana tepung beras jenis ini lebih kental.

4. TEPUNG BERAS CAP TERATAI
Tepung beras cap teratai ini sangat sesuai untuk membuat rempeyek dan apam. Jika digunakan untuk membuat apam rasa tepungnya akan kurang. Jika buat rempeyek dan tumpi, hasilnya akan menjadi sangat rangup.

Credit : Ruhana Zalina

Читать полностью…

°P€tua Daπ Kesihataπ°

TERINGIN NAK JADI MANUSIA TAHAN SABAR

Kita sedang berada difasa tidak keruan kerana sedang berjuang dengan isi kepala. Kita cuba berdamai dengan diri sendiri, sejujurnya kita lelah namun tidak mahu menyerah. Kita teringin nak jadi manusia yang tahan sabar, tapi itulah kita di uji dengan banyak perkara yang menyakitkan hati. Tapi, diri ini tak sempurna tertewas juga bila di uji tanpa henti. Kita berjalan berdampingan dengan yang namanya kecewa, ia wujud tetiba dari orang yang kita tak sangka. Dan dibuat kita hancur olehnya.

Kadang orang toksik itu mungkin dari kawan yang menikam belakang, mungkin kawan sekerja yang busuk hati, mungkin pasangan yang curang. Dan mungkin orang sekeliling yang mengumpat dan pelbagai lagi yang mengecewakan hingga membuat kita terluka begitu dalam. Menjadi orang baik memang sering terluka, kerana kita menyangka  orang lain sama baiknya. Sedangkan hidup tidak berjalan seperti yang kita sangka, ada duri yang kita terpijak tanpa diduga. Ada orang membenci tanpa kita tahu salahnya apa.

Tidak ada kebetulan di Dunia ini. Semua yang datang telah ditakdirkan. Setiap orang ada bahagian untuk membentuk keperibadian kita. Yang baik melatih untuk bersyukur dan yang buruk memaksa kita untuk bersabar. Puncak kesabaran itu adalah ketika kita diam namun didalam hati kita ada luka yang dapat berbicara. Sedangkan puncak kekuatan itu adalah ketika kita dapat tersenyum padahal ada ribuan airmata yang tertahankan.

@PetuaDankesihatan
Credit to rohanasaad

Читать полностью…

°P€tua Daπ Kesihataπ°

✅ 11 RINGGIT DEAL

FACE MASK
BROOCH 3 PCS
TUDUNG MOANA
OFFER RM11 exc post

✅ Mini Tote Bag RM49 EXC POS

Valid until 13/11/2022 11.59PM

http://www.wasap.my/60127255338/RM11Deal&MiniToteBag

Читать полностью…

°P€tua Daπ Kesihataπ°

✅ SATURDATE SPECIAL

Telekung Premium RM79 exc pos
Telekung Collection RM69 exc pos

Valid Until Ahad 13/11/2022 11.59 PM

http://www.wasap.my/60127255338/SaturdateSpecial

Читать полностью…

°P€tua Daπ Kesihataπ°

Gaissss!
Haus Cosmetics ada buat sale happy hour gila² hujung minggu ni.

📌 *MAGIC PINKY RM49 JEEE* 😳😳😳😳

Ada baaaaaanyak lagi promo harga RUNTUHHH!

Cepat sape nak terus tekan link ni https://forms.gle/Pfp8axfpEwnBGrXp7

Lagi info kat sini t.me/bykakhana

Читать полностью…

°P€tua Daπ Kesihataπ°

@PetuaDankesihatan

🫁 Secara amnya, jangkitan kuman di tisu paru-paru dikenali sebagai pneumonia. Tanda-tanda pneumonia adalah batuk, demam dan susah bernafas. Namun demikian, pesakit yang mempunyai pneumonia, boleh menjadi lebih teruk sehingga tekanan darah jatuh yang dikenali sebagai 'septic shock' dan membahayakan nyawa.

Pneumonia adalah jangkitan kuman yang selalunya berlaku dalam kalangan kanak-kanak dan warga emas.
Jangkitan ini berpunca dari virus, bakteria, kulat (fungus), tibi dan lain-lain.

Dikongsikan tanda-tanda sekiranya anda atau ahli keluarga mengalami pneumonia.

🏥 Berjumpalah dengan pakar kesihatan supaya proses penyiasatan dan rawatan dapat dilakukan.

Читать полностью…

°P€tua Daπ Kesihataπ°

Jika engkau ingin mengetahui KESALEHAN seseorang, lihatlah saat ia berurusan wang dengan orang lain.

Jika engkau ingin mengetahui KEMATANGAN AKAL seseorang, lihatlah bagaimana ia berdebat dengan lawan dan bagaimana saat ia emosi.

Jika engkau ingin mengetahui AKHLAK seseorang, lihatlah bagaimana ia berinteraksi dengan bawahan, pembantu, dan orang miskin di sebalik lensa

Читать полностью…

°P€tua Daπ Kesihataπ°

Assalamualaikum warahmatullahi wabarahkatuh
Penawar Segala Penyakit Berkaitan Kulit 👇👇👇

Sekiranya anda mengalami kegatalan pd kulit terkena kayap, Gatal, kurap dan sebagainya blh amalkn cara di bawah:

Ambilkan Air Panas suam di masukkan 3 sudu garam halus kacau sampai larut dan masukkan lada hitam 1 biji dalam air tersebut lalu di baca:

Al Fatihah 7x
dan baca Zikir "Yaa Saalam sebanyak 70x"
Di akhiri selawat 7x

Selesai membaca di atas sapukan air garam tersebut tempat pertama yg terkena gatal selepas itu baru sapu tempat lain..

Inshaa Allah siapa yg terkena kayap kebiasaanya 3 Hari kering sembuh dan termasuk sakit gatal yg lain bt dgn yakin dan ikhlas inshaAllah di permudahkn

Semoga dpt mafaat untuk kita bersama..

Kredit: Pusat Perubatan Islam Al-Mujahidin

Join Channel Perkongsian Ilmu

Читать полностью…

°P€tua Daπ Kesihataπ°

■PENAWAR PARU-PARU BERAIR......
@petuadankesihatan

Inilah penawar penyakit paru2 berair.

Campur sdikit air dengan gula batu.
Kacau atas api yg kecil.
Bila dah pekat masukkn kismis.

Kacau sampai kering bersira macam dalam gambar.
Pastu makan macam biasa.
Tak kisah banyak mana nak sekali makan.

Tiada had. Ia akan serapcuci paru2 sebaiknya.

Ikhtir itu penting untuk kesembuhan.

🅰️💎🅰️

Читать полностью…

°P€tua Daπ Kesihataπ°

Terima kasih admin approve 🤲🤲
@petuadankesihatan

HABIS IKHTIAR UBAT HOSPITAL.. CUBA PETUA ORANG TUA²

ASBAB baiknya batuk adrian hakeem(4tahun)yang demam on off almost 4minggu.

Mula² dah baik berulang kembali. Baik lusa jadi semula demam panas + batuk sesak nafas.
Ubat batuk,ubat kahak dah dekat 3botol..sedut gas semua dah buat..
Sentiasa mengantuk...lesu tak larat makan pun tak nak.

Saya bertawakal jelah..cuba
PETUA MADU(7SUDU BESAR)+3ULAS BAWANG PUTIH+ ½bawang merah kecik.racik halus.

Rendam/perap 1jam baru guna(saya buat lebih masuk peti ais )

dengan izin TUHAN..beransur pulih..sekali makan jer terus tak demam..kurangnya batuk..dah 4hari amal 3ml sekali makan pagi n malam sudah memadai.

Ibu mana xrisau anak demam 2 klinik pakar pergi tak baik²..g hospital..ubat punggung ubat makan semua bagi..antibiotik pun makan...tetap tak jadi apa...

Hanya berserah kepada Tuhan yang Satu.

Читать полностью…

°P€tua Daπ Kesihataπ°

Mitos & Fakta Diabetes

Macam-macam saranan yang kita dengar berkaitan pemakanan untuk pesakit kencing manis sama ada fakta atau mitos. Kami kongsikan 5 kunci utama tentang diabetes serta mitos dan fakta berkenaan pemakanan yang dikaitkan dengan penyakit DIABETES.

@PetuaDankesihatan
#mitosvsfaktadiabetes
#pemakananuntukdiabetes
#infopemakanansihat

Читать полностью…

°P€tua Daπ Kesihataπ°

Sehancur apapun kamu, bersyukurlah.

Tuhan sedang membentukmu, bukan semata menghancurkan.

Tuhan sedang memberi ruang untuk kamu pulang, melalui ujian yang dibentang.

Tuhan tidak mahu kamu menjadi yang terlalu ingin memiliki dunia, dengan mengajarmu apa itu ertinya kecewa.

Bersyukurlah.

Tuhan masih mahu menegurmu, masih menyayangimu, masih mahu mendidikmu dengan banyak cara.

*Assalamualaikum selamat pagi..🤲🤲🤲🤲💕🕌🕌🤲🥰🥰

Читать полностью…

°P€tua Daπ Kesihataπ°

Tips lunch, kurus dengan makan nasi.

@PetuaDankesihatan

Читать полностью…

°P€tua Daπ Kesihataπ°

@PetuaDankesihatan

Kenapa perlu minum air limau kasturi?
.
Limau kasturi kecil. Khasiatnya besar. Mudah tumbuh.
.
Banyak guna di Asia tenggara untuk cerahkan kulit.
.
Di Vietnam. Masa nak sambut Lunar New Year limau kasturi digantung di sekeliling rumah.
.
Mereka percaya ia akan bawa nasib baik sepanjang tahun tersebut.
.
Harganya murah. Yang tanam belakang rumah dapat free jer.
.
Mudah disediakan. Selain detoks yang baik limau kasturi ada:
.
1. Phloretin.
Lebih tinggi dari epal. Lebih tinggi dari teh hijau.
.
Bekal kuasa anti oksida luar biasa. Nikmatnya nanti ialah awet muda
.
2. Vitexsin.
Bahan power untuk darah tinggi dan jantung. Turunkan tekanan darah.
.
Kikis lemak kolesterol jahat.
.
3. Asid Ferulik.
Untuk hilangkan kedut pada kulit.
.
4. Vitamin C.
Bantu serap iron. Kuatkan sistem imun. Percepat penyembuhan luka.
.
5. Vitamin A.
Beta carotene. Baiki penglihatan. Anti-aging.
.
6. Fiber.
Bantu bakar lemak untuk turunkan berat.
.
Campur dengan daun pudina. Letakkan madu.
.
Nikmat dan khasiat diraih selalu.
.
Boleh begitu?

-Dr.rizal

Читать полностью…

°P€tua Daπ Kesihataπ°

@PetuaDankesihatan

AMALAN SEBELUM TIDUR

"Amalan saya biasa-biasa saja, cuma satu amalan yang saya buat setiap kali sebelum tidur ialah berdoa: Ya Allah, orang yang maki saya, saya maafkan. Orang yang mengumpat saya, saya maafkan. Orang yang menzalimi saya, saya maafkan. Saya bersedekah dengan maruah diri saya."

Demikian jawapan Sahabat tersebut apabila ditanya oleh Abdullah ibnu 'Amru RA yang ingin menyiasat amalan istimewanya sehingga dijamin Syurga oleh Rasulullah ﷺ. Beliau tidak mahu tidur dengan membawa dendam, tidak mahu tidur dengan membawa benci, tidak mahu tidur dengan membawa penyakit hati.

Читать полностью…

°P€tua Daπ Kesihataπ°

Makan DURIAN dengan PETAI boleh sebabkan CIRIT-BIRIT?

Badan kita memerlukan makanan yang mengandungi komponen sulfur untuk melindungi sel daripada kerosakan yang boleh membawa kepada penyakit serius seperti kanser.

Walaubagaimanapun, menurut Dr Dan Brennan, pengambilan makanan bersulfur yang tinggi boleh menyebabkan masalah usus. Memandangkan durian dan petai adalah 2 sumber yang tinggi kandungan sulfur, elakkan makan durian bersekali dengan petai pada kadar tinggi untuk mengelakkan masalah seperti cirit-birit dan penyakit radang usus.

Pengambilan durian pada kadar tinggi juga boleh meningkatkan kadar denyutan jantung. Kajian yang dilakukan oleh UKM pada 2015 mendapati peningkatan ketara dalam kadar denyutan jantung diperhatikan pada kumpulan yang diberi 500g isi durian. Pengambilan durian yang sederhana tidak menjejaskan tekanan darah dan kadar denyutan jantung individu yang sihat

Elakkan juga makan durian bersama paracetamol. Ini kerana ia mungkin boleh sebabkan kesan toksik. Ujian ke atas tikus mendapati kombinasi durian dan paracetamol boleh menyebabkan suhu badan turun mendadak.

Durian juga tidak boleh diambil bersama-sama minuman beralkohol. Kajian klinikal mendapati seorang wanita di India mati selepas makan durian bersama minuman beralkohol. Kombinasi alkohol dan durian boleh menyebabkan kembung perut. Memandangkan tapai juga mengandungi alkohol walaupun pada kadar yang rendah, pengambilan durian bersama tapai sebaiknya dielakkan.

#DrSuriRoowi Ph.D KMN Principal Scientist
@PetuaDankesihatan

Читать полностью…

°P€tua Daπ Kesihataπ°

TIELELE COVER SHOES WOMEN'S

Specifications:
- Product Code: ks12146
- Size
36 = 23 CM
37 = 23.5 CM
38 = 24 CM
39 = 24.5 CM
40 = 25 CM

Harga RM 15
Postage rm9sm/ rm12ss

PM @Cikdaa811

Читать полностью…

°P€tua Daπ Kesihataπ°

✅ NEW ARRIVAL

- Jubah Marsya RM79 FREE POS
- Kurung Sofee RM59 FREE POS
- Kurung Nur Elina RM69 FREE POS
- Suit Ayani RM79 FREE POS

Valid until Ahad 13/11/2022 11.59PM

Dapat offer cepat..nanti habis.
www.wasap.my/60127255338/OfferNewArrival

Читать полностью…

°P€tua Daπ Kesihataπ°

💕Best DDMC baru Nurraysa ni💕

🌸Rasa ringan kat muka, macam tak pakai bedak langsung
🌸Extra glowing
🌸Extra ploles
🌸Tak berminyak
🌸Tak bercapuk
🌸Senang nak pakai, senang nak ratakan
🌸Spf tinggi dan high coverage
🌸Boleh siap mekap dengan sepantas kilat ⚡⚡

📲 Wasap.my/60196085300/TeleBedakGlowingDdmc

Читать полностью…

°P€tua Daπ Kesihataπ°

💞 ADA YANG NAK PROMOTE/IKLAN BISNES ANDA ? BOLEH PM SY SEKARANG YER 🎊

-PROMOTE OPEN JAM 8-9mlm sahaja
-IKUT NOTED YG DI BERI YA
-Admin promote ke 5 group

PM🧕 ( @Cikdaa811 )TQ🤝

@PetuaDankesihatan

Читать полностью…

°P€tua Daπ Kesihataπ°

Info sihat.. Semoga bermanfaat..

@PetuaDankesihatan

Читать полностью…

°P€tua Daπ Kesihataπ°

Ada peminat buah betik tak di sini? 🍑

Buah betik yang terkenal dengan rasa manis ini bukan sahaja kaya dengan vitamin A dan C malah mengandungi pelbagai nutrien yang memberi kebaikan kepada kesihatan kita..

Jom ambil buah yang pelbagai untuk kesihatan kita!

@PetuaDankesihatan
#vitaminA
#jommakanbuah
#infopemakanansihat

Читать полностью…
Subscribe to a channel