medan_tarbiahilmiah | Unsorted

Telegram-канал medan_tarbiahilmiah - Medan Tarbiah

124

Dengan Nama Allah. Selawat dan salam atas Nabi Muhammad s.a.w 🔰🔰Pelajar yang sentiasa belajar📔📔🌍🌏

Subscribe to a channel

Medan Tarbiah

Makluman

Chanel bagi medan tarbiah ini akan ditutup di atas sebab sebab tertentu, jadi admin telah membuat satu chanel yang lain untuk terus memberikan perkongsian ilmiah kepada semua.

Kepada yang ingin menyertai chanel baru medan tarbiah boleh ke link.
/channel/medantarbiahilmiah

Читать полностью…

Medan Tarbiah

Persahabatan adalah satu-satunya pintu kemerdekaan kita. Banyak perkara yang tak dapat kita nyatakan kepada isteri kita sendiri sekalipun, tetapi dapat dinyatakan kepada sahabat. Sebab itu persahabatan yang jujur itu adalah salah satu dari tangga kejujuran.

*Buya Hamka

Читать полностью…

Medan Tarbiah

Curi Hati dengan akhlak mulia

Rasulullah memperlakukan setiap orang dengan istimewa. Termasuk kepada orang yang dahulu sangat kuat memusuhinya. Begitu istimewa perlakukan baginda sehingga orang itu terkadang merasa ia adalah manusia yang paling mulia di sisi Nabi.
'Amr bin al-As berkata:

كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يُقْبِلُ بِوَجْهِهِ وَحَدِيثِهِ عَلَى أَشَرِّ الْقَوْمِ يَتَأَلَّفُهُمْ بِذَلِكَ فَكَانَ يُقْبِلُ بِوَجْهِهِ وَحَدِيثِهِ عَلَيَّ ، حَتَّى ظَنَنْتُ أَنِّي خَيْرُ الْقَوْمِ ، فَقُلْتُ : يَا رَسُولَ اللَّهِ ، أَنَا خَيْرٌ أَوْ أَبُو بَكْرٍ ؟ قَالَ : أَبُو بَكْرٍ فَقُلْتُ : يَا رَسُولَ اللَّهِ ، أَنَا خَيْرٌ أَوْ عُمَرُ ؟ فَقَالَ : عُمَرُ ، فَقُلْتُ : يَا رَسُولَ اللَّهِ ، أَنَا خَيْرٌ أَوْ عُثْمَانُ ؟ قَالَ : عُثْمَانُ ، فَلَمَّا سَأَلْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَصَدَقَنِي فَلَوَدِدْتُ أَنِّي لَمْ أَكُنْ سَأَلْتُهُ.
"Rasulullah selalu menghadapkan wajah dan ucapannya kepada orang-orang yang jahat untuk mencuri hati mereka. Baginda selalu menghadapkan wajah dan ucapannya kepadaku sehingga aku menyangka aku adalah manusia yang paling mulia. Satu hari aku berkata: "Wahai Rasulullah, aku lebih mulia ataukah Abu Bakar?" Baginda menjawab: "Abu Bakar." Aku berkata: "Aku lebih mulia ataukah Umar?" Baginda menjawab: "Umar." Aku berkata lagi: "aku lebih mulia ataukah Usman?" Baginda menjawab: "Usman."
'Amr berkata: "Apabila aku bertanya dan baginda menjawab dengan jujur, aku menjadi sangat menyesal mengajukan soalan tersebut." (Al-Tirmidhi dalam Syamail)

ps: 'Amr bin al-'As antara orang yang paling lewat masuk Islam selepas bertahun-tahun memusuhi Islam.

Читать полностью…

Medan Tarbiah

RENDAHKANLAH DIRIMU KETIKA MENUNTUT ILMU

Dalam kitab al-Jami' Li Akhlaq al-Rawi Wa Adab al-Sami', al-Khatib al-Baghdadi رحمه الله meriwayatkan dengan sanadnya bahawa Abdullah Ibn al-Mu'tazz (wafat 296H) berkata:

الْمُتَوَاضِعُ فِي طِلابِ الْعِلْمِ أَكْثَرُهُمْ عِلْمًا ، كَمَا أَنَّ الْمَكَانَ الْمُنْخَفِضَ أَكْثَرُ الْبِقَاعِ مَاءً

"Orang yang merendah diri ketika menuntut ilmu ialah orang yang paling banyak mendapat ilmu, sebagaimana tempat yang rendah ialah tanah yang paling banyak mendapat air".

-Ustaz Abdul Rahman

@medan_tarbiahilmiah

Читать полностью…

Medan Tarbiah

Bersedekah Menyelesaikan Masalah

Al-Allamah al-Arif Billah as-Shaykh Abdul Qadir Iwadh as-Shazili r.a, merupakan wali besar di Mesir yang berumur panjang dan sangat memberi kesan pada jiwa saya. Walaupun saya sempat berjumpa beliau sekali sahaja pada hari-hari terakhir beliau, seminggu sebelum beliau wafat pada tahun 2014 (umur 91 tahun). Saya sempat meminta ijazah di maqam al-Qutub Imam as-Shazili r.a.

Beliau mempunyai sanad yang tinggi dalam tariqat syaziliyah. Memandang wajahnya saja sudah mengubat jiwa dan batin. Diamnya saja boleh mendidik dan membersihkan hati. Saya teringat pesanan beliau:

"Setiap kali saya menghadapi kesempitan atau masalah kewangan, saya akan bersedekah walaupun sedikit yang saya mampu. Ini kerana saya yakin dengan firman Allah,

"Sesungguhnya Tuhanku meluaskan rezeki bagi sesiapa yang dikehendakiNya di antara hamba-hambaNya, dan Allah juga yang menyempitkan baginya; dan apa sahaja yang kamu dermakan(infak), maka Allah akan menggantikannya; dan Dia lah jua sebaik-baik Pemberi rezeki".(QS Saba':39)

Dan " Siapakah orangnya yang (mahu) memberikan pinjaman kepada Allah sebagai pinjaman yang baik (yang ikhlas) supaya Allah melipatgandakan ganjarannya dengan berganda-ganda banyaknya?.." (QS al Baqarah:245)

Kata Shaykh, setiap kali saya amalkan perkara ini, lantas Allah lapangkan dan mudahkan segala urusanku dengan cepat, dan murahkan rezekiku berlipat ganda tanpa disangka-sangka. Dan perkara ini berlaku berkali-kali dan sangat mujarrab. Semoga Allah merahmati beliau.

Ya, begitulah juga pesanan yang sama oleh guru kami Shaykh Dr Yusuf Bakhour al-Hasani hafizahullah.

#BanyakkanSedekah

-Ustaz Azam Azhary

Читать полностью…

Medan Tarbiah

Yakinlah hanya kepada Allah. Terkadang ada perkara yang tidak kita fahami & hanya dapat ditangani dengan keimanan yang tinggi & penyerahan yang tidak berbelah bahagi kepadaNya.

اللهم صل على سيدنا محمد عبدك ورسولك النبي الأمي وعلى اله وصحبه وبارك وسلم تسليما كثيرا

Читать полностью…

Medan Tarbiah

Tasbih Imam Badi`u'z-Zaman al-Nursi

بسم الله الرحمن الرحيم

ﺳُﺒْﺤَﺎﻧَﻚَ ﻳَﺎ ﻣَﻦْ ﺗُﺴﺒِّﺢُ ﺑِﺤَﻤْﺪِﻙَ ﻫَﺬِﻩِ ﺍﻟﻜَﺎِﺋﻨَﺎﺕُ ﺍﻟﺴَﻴَّﺎﻟَﺔُ ﺑِﺘَﺴْﺒِﻴﺤَﺎﺕِ ﻟِﺴَﺎﻥِ ﻣُﺤَﻤَّﺪٍ ﻋَﻠَﻴْﻪِ ﺍﻟﺼَﻼَﺓُ ﻭَﺍﻟﺴَّﻼَ‌ﻡُ؛ ﺇِﺫْ ﻫُﻮَ ﺍﻟﺬِﻱ ﺗَﺘَﻤَﻮَّﺝُ ﺃَﺻْﺪِﻳﺔُ ﺗَﺴْﺒِﻴﺤَﺎﺗِﻪِ ﻟَﻚَ، ﻋَﻠَﻰ ﺃَﻣْﻮَﺍﺝِ ﺍلأ‌َﺟْﻴَﺎﻝِ، ﻭَﺃَﻓْﻮَﺍﺝِ ﺍﻷَ‌ﻋْﺼَﺎﺭِ، ﺑِﻤَﺮِّ ﺍﻟﻔُﺼُﻮﻝِ ﻭَﺍﻟﻌُﺼُﻮﺭِ ﻭَﺍﻷَ‌ﺩْﻭَﺍﺭِ.

Maha suci Engkau, Wahai Tuhan yang sentiasa bertasbih serta memujimu oleh makhluk-makhluk yang mengalir ini dengan tasbihan-tasbihan lisan Muhammad ﷺ, kerana dialah yang bergelombang gema-gema tasbihnya buatMu, atas setiap gelombang generasi, dan setiap ombak zaman, dengan berlalunya musim-musim, masa-masa, dan tahun-tahun.

ﺍَﻟﻠَّﻬُﻢَّ ﻓَﺄﺑِّﺪْ ﻋَﻠَﻰ ﺻَﻔَﺤَﺎﺕِ ﺍﻟﻜَﺎﺋِﻨَﺎﺕِ ﻭَﻋَﻠَﻰ ﺃَﻭْﺭَﺍﻕِ ﺍﻷ‌َﻭْﻗَﺎﺕِ، ﺃَﺻْﺪِﻳَﺔَ ﺗَﺴْﺒِﻴﺤَﺎﺗِﻪِ ﻋَﻠَﻴْﻪِ ﺍﻟﺼَّﻼَ‌ﺓُ ﻭَﺍﻟﺴَّﻼَ‌ﻡُ ﺇِﻟَﻰ ﻳَﻮْﻡِ ﺍﻟﻘِﻴَﺎﻣَﺔِ ﻭَﺍﻟﻌﺮَﺻَﺎﺕِ.
Ya Allah, kekalkanlah atas lembaran-lembaran makhluk-makhluk, dan atas kertas-kertas masa, gema tasbih-tasbihnya ﷺ sehingga hari kiamat dan kebangkitan.

ﺳُﺒْﺤَﺎﻧَﻚ ﻳَﺎ ﻣَﻦْ ﺗُﺴﺒِّﺢُ ﺑِﺤَﻤْﺪِﻙَ ﺍﻷ‌ﺭﺽُ، ﺳَﺎﺟِﺪَﺓً ﺗَﺤْﺖَ ﻋَﺮْﺵِ ﻋَﻈَﻤَﺔِ ﻗُﺪْﺭَﺗِﻚَ ﺑِﻠِﺴَﺎﻥِ ﻣُﺤَﻤﺪِﻫَﺎ ﻋَﻠَﻴْﻪِ ﺃَﻓْﻀَﻞُ ﺻَﻠَﻮَﺍﺗِﻚَ ﻭَﺃَﺟْﻤَﻞُ ﺗَﺴْﻠِﻴﻤَﺎﺗِﻚَ؛ ﺇِﺫْ ﻫُﻮَ ﺍﻟﻨَﺎﻃِﻖُ ﻭَﺍﻟﻤُﺘَﺮْﺟِﻢُ ﻟِﺘَﺴْﺒِﻴﺤَﺎﺕِ ﺍﻷَ‌ﺭْﺽِ ﻟَﻚَ ﺑِﺄَﻟْﺴِﻨَﺔِ ﺃَﺣْﻮَﺍﻟِﻬَﺎ ﻭَﺑِﺮِﺳَﺎﻟَﺘِﻪِ ﺍﺳْﺘَﻘَﺮَّﺕْ ﺍﻷَ‌َﺭْﺽُ ﻓِﻲ ﻣُﺴْﺘَﻘَﺮِّﻫَﺎ ﻓِﻲ ﻣَﺪَﺍﺭِﻫَﺎ.
Maha suci Engkau, wahai Tuhan yang bertasbih serta memujiMu oleh bumi, hal keadaannya sujud di bawah arash keagungan kudratMu, dengan lisan Muhammadnya – atasnya semulia-mulia selawatMu dan seindah-indah salamMu – kerana dialah yang bertutur dan yang menterjemahkan tasbihan-tasbihan bumi buatMu dengan lisan halnya, dan dengan risalahnyalah tetap bumi ditempatnya dan paksinya.

ﺍَﻟﻠَّﻬُﻢَّ ﻓَﺄَﻧْﻄِﻖِ ﺍﻷ‌َﺭْﺽَ ﺑِﺄَﻗْﻄَﺎﺭِﻫَﺎ ﺇِﻟَﻰ ﻧِﻬَﺎﻳَﺔِ ﻋُﻤْﺮِﻫَﺎ ﺑِﺘَﺴْﺒِﻴﺤَﺎﺕِ ﻟِﺴَﺎﻧِﻪِ ﻋَﻠَﻴْﻪِ ﺍﻟﺼَﻼَ‌ﺓُ ﻭَﺍﻟﺴَﻼَ‌ﻡُ
Ya Allah, tuturkanlah bumi dengan sekalian benuanya hingga ke akhir umurnya dengan tasbihan-tasbihan lisan baginda ﷺ.

ﺳُﺒْﺤَﺎﻧَﻚَ ﻳَﺎ ﻣَﻦ ﻳُﺴﺒِّﺢُ ﺑِﺤَﻤْﺪِﻙَ ﺟَﻤِﻴﻊُ ﺍﻟﻤُﺆْﻣِﻨِﻴﻦَ ﻭَﺍﻟﻤُﺆْﻣِﻨَﺎﺕِ، ﻓِﻲ ﺟَﻤِﻴﻊِ ﺍﻷ‌َﻣْﻜِﻨَﺔِ ﻭَﺍﻷَ‌ﻭْﻗَﺎﺕِ، ﺑِﻠﺴَﺎﻥِ ﻣُﺤَﻤَّﺪِﻫِﻢْ ﻋَﻠَﻴْﻪِ ﺃَﻛْﻤَﻞُ ﺍﻟﺼَﻠَﻮﺍﺕِ ﻭَﺃَﺗَﻢُّ ﺍﻟﺘَﺴْﻠِﻴﻤَﺎﺕِ؛ ﺇِﺫْ ﻫُﻮَ ﺍﻟﺬِﻱ ﺗَﺘَﻈَﺎﻫَﺮُ ﺃَﻧْﻮَﺍﺭُ ﺗَﺴْﺒِﻴﺤَﺎﺗِﻪِ ﻟَﻚَ ﻣِﻦْ ﺃَﻓْﻮَﺍﻩِ ﺃَﻫْﻞِ ﺍﻹ‌ِﻳْﻤَﺎﻥِ.
Maha suci Engkau, wahai Tuhan yang bertasbih serta memujiMu oleh sekalian kaum mukminin dan mukminat di sekalian tempat dan masa dengan lisan Muhammad mereka – atasnya sesempurna selawat dan salam – kerana bagindalah yang terpapar cahaya tasbihan-tasbihannya buatMu dari mulut orang-orang yang beriman.

ﺍَﻟﻠَّﻬُﻢَّ ﻓَﺄَﻧْﻄِﻖْ ﺑَﻨِﻲ ﺁﺩَﻡَ ﺇِﻟَﻰ ﺁﺧِﺮِ ﻋُﻤْﺮِ ﺍﻟﺒَﺸَﺮِ ﺑِﺘَﺴْﺒِﻴﺤَﺎﺕِ ﻣُﺤَﻤَّﺪِﻙَ ﻟَﻚَ، ﻋَﻠَﻴْﻪِ ﺻَﻼَ‌ﺗُﻚَ ﻭَﺳَﻼَ‌ﻣُﻚَ ﻛَﻤَﺎ ﻳَﻠِﻴﻖُ ﺑِﺤُﺮْﻣَﺘِﻪِ ﻭَﺑِﺮَﺣْﻤَﺘِﻚَ، ﻭَﺍﺭْﺣَﻤْﻨَﺎ ﻭَﺍﺭْﺣَﻢْ ﺃُﻣَّﺘَﻪُ. ﺁﻣِﻴﻦ.
Ya Allah, tuturkanlah bani Adam hingga akhir umur manusia dengan tasbihan-tasbihan MuhammadMu buatMu – atasnya selawatMu dan salamMu – seperti yang layak dengan kehormatannya dan kerahmatanMu, dan kasihilah kami dan kasihanilah umatnya. Amin

Terjemahan: Akademi Pemikiran Turath

Читать полностью…

Medan Tarbiah

n Dengan Tuhan itu, sesiapa Yang Dengan memberi petunjuk kepada kebenaran? "Katakanlah: "Allah jualah Yang memberi hidayah petunjuk kepada kebenaran; (kalau sudah demikian) maka Adakah Yang dapat memberi hidayah petunjuk kepada kebenaran itu, lebih berhak diturut, ataupun Yang tidak dapat memberi sebarang petunjuk melainkan sesudah ia diberi hidayah petunjuk? maka apakah alasan sikap kamu itu ? Bagaimana kamu sanggup mengambil keputusan (dengan perkara yang salah, yang tidak dapat diterima oleh akal)?"

( Surah Yunus, ayat 35 )

Juga, di dalam doa yang ma’thur :

اللهم أرنا الحقّ حقّا و ارزقنا إتّباعه, و أرنا الباطل باطلا و ارزقنا اجتنابه.

Maksudnya : Wahai Tuhan kami, tunjukkanlah yang benar itu benar dan rezekikan kami untuk mengikutinya, tunjukkan kami yang batil itu batil, jauhkan kami darinya.

Maka, dianjurkan kepada kita untuk mengamalkan doa ini pada tiap-tiap akhir solat, dan pada setiap keadaan.

WaALLAHu a’lam.

Credit: Ustaz Naqiuddin Ansarullah al-Azhari

Читать полностью…

Medan Tarbiah

Berkata al-Hafiz Ibn Nasiriddin al-Dimasyqi (842H) rahimahullah dalam Maurid al-Sodi Fi Maulid al-Hadi:

إذَا كَانَ هَذَا كَافِرًا جَاءَ ذَمُّهُ * وَتَبَّتْ يَدَاهُ فِي الْجَحِيمِ مُخَلَّدَا

أَتَى أَنَّهُ فِي يَوْمِ الِاثْنَيْنِ دَائِمًا *
يُخَفَّفُ عَنْهُ لِلسُّرُورِ بِأَحْمَدَا

فَمَا الظَّنُّ بِالْعَبْدِ الَّذِي كَانَ عُمْرُهُ *** بِأَحْمَدَ مَسْرُورًا وَمَاتَ مُوَحِّدَا

“Jika orang ini (Abu Lahab) yang kafir, datang celaan ke atasnya, celaka dua tangannya dan di dalam neraka dia kekal,

bahawasanya pada setiap hari Isnin dikurangkan azab daripadanya kerana dia gembira dengan (kelahiran) Ahmad,

Maka apakah sangkaanmu terhadap seorang hamba yang mana seluruh umurnya dia dalam keadaan gembira dengan Ahmad dan mati sebagai orang yang mentauhidkan (Allah)?” 😭

-Ustaz Abdul Rahman

@medan_tarbiahilmiah

Читать полностью…

Medan Tarbiah

Imam Ibnu Ishaq meriwayatkan (dengan sanadnya) daripada Hassan Ibn Thabit رضي الله عنه bahawa beliau berkata:

والله، إني لغلام يفعةٌ، ابن سبع سنين أو ثمان، أعقل كلَّ ما سمعت، إذ سمعت يهوديًّا يصرخ بأعلى صوته على أطمةً بيثرب: يا معشر يهود! حتى إذا اجتمعوا إليه قالوا له: ويلك ما لك؟، قال: طلع الليلة نجم أحمد الذي وُلِدَ به

"Demi Allah, sesungguhnya aku (pada malam kelahiran Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم) adalah seorang kanak-kanak yang belum baligh. Umurku tujuh atau lapan tahun. Aku memahami segala apa yang aku dengar. Ketika mana aku mendengar seorang Yahudi menjerit dengan suaranya yang paling tinggi di atas sebuah kubu di Yathrib (Madinah) (dengan mengatakan) : Wahai sekalian Yahudi! Sehingga apabila mereka berkumpul kepadanya mereka berkata kepadanya: Celaka kamu. Apa hal kamu? Yahudi itu berkata: Telah muncul bintang Ahmad yang mana Dia (Nabi Muhammad) dilahirkan dengannya".

[Berkata al-Albani dalam Sahih al-Sirah al-Nabawiyyah: sanadnya hasan (baik)].

Imam Abu Nu'aim meriwayatkan (dengan sanadnya) daripada Usamah Ibn Zaid رضي الله عنه beliau berkata: Zaid Ibn 'Amru Ibn Nufail berkata:

قال لي حَبْرٌ من أحبار الشام: "قد خرج في بلدك نبي، أو هو خارج قد خرج نجمه، فارجع فصدقه واتبعه

"Seorang pendeta daripada pendeta-pendeta Syam telah berkata kepadaku: Sesungguhnya telah muncul di negeri kamu seorang nabi atau seseorang yang lahir dalam keadaan bintangnya muncul (di langit). Maka pulanglah kamu ke (Madinah), hendaklah kamu membenarkannya dan ikutilah Dia"

[Berkata al-Albani dalam Sahih al-Sirah al-Nabawiyyah: sanadnya juga hasan (baik)].

صلى عليك الله يا رسول الله...

#maulid


-Ustaz Abdul Rahman

@medan_tarbiahilmiah

Читать полностью…

Medan Tarbiah

Hanya satu yang kita harapkan...mati sebagai orang yang baik atau dalam perjalanan menjadi orang yang baik.

Ustaz Pahrol Mohamad Juoi

Читать полностью…

Medan Tarbiah

Penzahiran Cinta Nabi cara ahli hadith

Umat Islam sangat mencintai Nabinya. Pelbagai cara mereka lakukan untuk menzahirkan cinta tersebut. Ahli Hadith menzahirkan kecintaan mereka dengan menghafal, memelihara dan menjaga hadith Nabi. Kesungguhan mereka dalam memelihara hadith adalah bukti bahawa Muhammad adalah utusan Allah dan agama Islam benar berasal daripada Allah.

1. Abu Zur'ah al-Razi bercerita: "Apabila Imam Ahmad meninggal dunia, buku-buku beliau dihitung. Ternyata buku-buku itu mencapai 12 tanggungan unta. Semuanya beliau hafal di luar kepala."

2. Imam al-Syafii menghafal kitab Muwatta dalam tiga hari. Beliau menghafal al-Quran dalam tujuh hari.

3. Ishaq bin Rahuyah pernah mengimlakkan 70 ribu hadith daripada hafalannya.

4. Imam al-Bukhari berkata: "Aku menghafal 100 ribu hadith sahih, dan 200 ribu hadith tidak sahih."

5. Abu Dawud berkata: "Aku telah menulis 500 ribu hadith Nabi. Aku memilih sebahagiannya untuk dimasukkan dalam kitab ini (Sunan Abu Dawud), iaitu 4800 hadith."

6. Abu Zur'ah berkata: "Aku menghafal 200 ribu hadith sebagaimana seseorang manusia menghafal surah qul huwallahu ahad."

[Dirumuskan daripada mukadimah al-Badr al-Munir, Ibn Mulaqqin]

Dr Umar Muhammad Noor

Читать полностью…

Medan Tarbiah

Kesembuhan dari Kesakitan

Dipetik dari Ibn Taymiyyah; "Ramai daripada orang yang sakit memperolehi kesembuhan tanpa berubat dengan (a) doa yang diterima Allah (da'wah mustajabah; (b) bacaaan ruqiyyah yang berguna (ruqiyyah nafi'ah) ; dan (c) kekuatan hati dan ketinggian tawakal.

(Petikan ini tidak sekali-sekali bermakna bahawa perubatan tidak penting. Ada beberapa perkara yang boleh dilakukan oleh orang yang sakit untuk mencari kesembuhan)

MDB

Читать полностью…

Medan Tarbiah

Semua kisah cinta bermula dari pandangan mata, melainkan kisah cinta ku kepada RASULULLAH Saw, kerana ianya adalah fitrah.

@medan_tarbiahilmiah

Читать полностью…

Medan Tarbiah

Terlalu Sibuk Dengan Ilmu

Di dalam tazkirah Huffaz, pada biodata Imam Syu'bah Bin Hajaj Al Wāsitīy Al Basrīy, kata Abū Qatan, murid kepadanya: " pakaian Syu'bah itu warnanya seperti tanah!". Demikian kerana terlalu sibuk dengan ilmu, dan tidak membersihkanya dengan sebab terlalu sibuk dengan ilmu untuk membasuhnya!.

Safhā' Min Sabr Ulamā' 'alā shadāid Al 'Ilm Wa Tahsīl, Sh Abd Fattah Abu Ghuddah.

@medan_tarbiahilmiah

Читать полностью…

Medan Tarbiah

Dipakai cinta akan luntur, dimakan nasi akan basi, pergaulan lelaki isteri yang diikat cinta nafsu itu enaknya tidak lama. Tetapi kalau diikatkan oleh rasa pikulan kewajipan dan tanggungan hidup, kian lama tentu kian berpilin, bagai lilin dengan embalau, bagai aur dengan tebing, hanya tembilang penggali kubur yang memisahkan nanti.

*Buya Hamka

Читать полностью…

Medan Tarbiah

Jika ada orang melakukan dosa, bimbinglah ia supaya bertaubat. Ingkarilah kemungkaran, tetapi jangan buka aib yang ditutup. Kerana, ia tidak menutup aib melainkan kerana malu, ia tidak malu melainkan kerana masih beriman, dan orang yang masih mempunyai iman pasti ada niat untuk menjadi baik.

Apabila sudah bertaubat, jangan hukum dia lebih daripada yang telah ditetapkan oleh Allah SWT. Jangan ungkit kesilapannya kerana barangkali dia ketika itu lebih mulia di sisi Allah daripada kita. Yang sudah itu sudahlah, sesiapa pun tidak mampu mengubah perkara yang telah terjadi.

Seorang perempuan yang mengandung luar nikah datang menyerah diri kepada Nabi SAW supaya dihukum. Rasulullah SAW memanggil walinya dan berkata, “berbuat baiklah kepadanya. Apabila dia sudah bersalin, bawalah dia kepadaku.”

Selepas merejamnya, Rasulullah SAW mendirikan solat ke atas jenazahnya. ‘Umar berasa hairan lantas bertanya, “engkau mendirikan solat jenazah kepada dia, padahal dia telah berzina?” Rasulullah SAW menjawab:

لَقَدْ تَابَتْ تَوْبَةً لَوْ قُسِمَتْ بَيْنَ سَبْعِينَ مِنْ أهْلِ المَدِينَةِ لَوَسِعَتْهُمْ، وَهَلْ وَجَدْتَ أَفضَلَ مِنْ أَنْ جَادَتْ بنفْسِها لله - عز وجل.
“Dia telah bertaubat dengan taubat yang kalau dibahagikan kepada 70 orang penduduk Madinah, pasti cukup. Adakah engkau menemui sesuatu yang lebih baik daripada ia menyerahkan kepada Allah ‘azza wa-jalla?”

-Muhammad Izzat Al Kutawi

Читать полностью…

Medan Tarbiah

HATI IALAH RAJA

Kata Imam Ghazali dalam Minhajul Abidin (m/s 239):

“Hati ialah raja bagi segala anggota tubuh yang lain. Jika rajanya baik, maka rakyatnya akan turut baik. Jika rajanya rosak, maka rakyatnya juga turut rosak “.

Abu Hurairah RA berkata:

القلب ملك والأعضاء جنوده، فإذا طاب الملك طابت جنوده، وإذا خبث الملك خبثت جنوده.

“Hati adalah raja dan anggota badan yang lain adalah tenteranya. Maka apabila rajanya baik maka baiklah seluruh tenteranya. Apabila buruk rajanya maka buruklah seluruh tenteranya”.

Dalam sebuah hadith yang sahih menyebutkan:

أَلَا وَإِنَّ فِي الْجَسَدِ مُضْغَةً إذَا صَلَحَتْ صَلَحَ الْجَسَدُ كُلُّهُ، وَإذَا فَسَدَتْ فَسَدَ الْجَسَدُ كُلُّهُ، أَلَا وَهِيَ الْقَلْبُ

“Dan ketahuilah bahawasanya dalam jasad manusia ada seketul daging. Jika baik, maka baiklah seluruh jasadnya. Jika rosak, maka rosaklah seluruh jasadnya. Dan ketahuilah bahawa daging itulah hati”. (Bukhari dan Muslim, Hadith ke-6 dalam Hadith 40).

Dalam hadith yang lain disebutkan:

لا يستقيم إيمان عبد حتى يستقيم لسانه، ولا يستقيم لسانه حتى يستقيم قلبه

“Tidak akan lurus iman seseorang hamba sehinggalah lurus lidahnya dan tidak akan lurus lidahnya sehingga lurus hatinya” (Musnad Ahmad).

ALLAH MELIHAT HATI

إنَّ الله لا ينْظُرُ إِلى أجْسَامِكُمْ ، ولا إِلى صُوَرِكمْ ، وَلَكن ينْظُرُ إلى قُلُوبِكمْ وأعمالكم

“Sesungguhnya Allah tidak melihat kepada jasad kamu dan tidak pula rupa kamu, tetapi Allah melihat kepada hati kamu dan amalan kamu” (Sahih Muslim).

JAGA HATI - MUDAH MASUK SYURGA

Ibnu ‘Asakir menyebutkan dalam Tarikh Dimasyq bahawa Al-Akfani berkata:

أقصر طرق الجنَّة سَلَامة الصَّدر

“Jalan paling pendek untuk ke syurga ialah dada (hati) yang sejahtera”.

JAGA HATI ITU SUKAR

Imam Ghazali menukilkan dalam Minhajul Abidin (m/s 240) bahawa Abu Yazid Al-Bustami, berkata:

“Aku mengubati dan membaiki hati selama 10 tahun. Aku juga membaiki lisan dan nafsuku selama 10 tahun. Di antara ketiga-tiga perkara tersebut, hatilah yang paling sukar untuk diperbaiki. Oleh kerana itu, ambillah dan amalkanlah ilmu ini”.

Syahr Ibnu Hausyab pernah bertanya kepada Ummu Salamah RA tentang doa yang paling kerap dibaca oleh Nabi SAW. Jawab Ummu Salamah:

كَانَ أَكْثَرُ دُعَائِهِ يَا مُقَلِّبَ الْقُلُوبِ ثَبِّتْ قَلْبِي عَلَى دِينِكَ.

“Doa yang paling banyak dibaca oleh Rasulullah SAW ialah: Wahai Allah yang membolak-balikkan hati, tetapkanlah hatiku di atas agama-Mu”.

Kemudian kata Ummu Salamah lagi:

فَقُلْتُ يَا رَسُولَ اللَّهِ مَا أَكْثَرَ دُعَاءَكَ يَا مُقَلِّبَ الْقُلُوبِ ثَبِّتْ قَلْبِي عَلَى دِينِكَ قَالَ يَا أُمَّ سَلَمَةَ إِنَّهُ لَيْسَ آدَمِيٌّ إِلَّا وَقَلْبُهُ بَيْنَ أُصْبُعَيْنِ مِنْ أَصَابِعِ اللَّهِ فَمَنْ شَاءَ أَقَامَ وَمَنْ شَاءَ أَزَاغَ.

“Maka aku bertanya: Wahai Rasulullah (SAW), sungguh kerap kamu berdoa ‘Wahai Allah yang membolak-balikkan hati, tetapkanlah hatiku di atas agama-Mu’ (apakah sebabnya?). Sabda Rasulullah SAW: Sesungguhnya tiada seorang manusia melainkan hatinya berada di antara ‘usbu’’ Allah. Maka sesiapa yang Allah kehendaki, Allah luruskannya dan sesiapa yang Allah kehendaki, Allah pesongkannya”. (Sunan Tirmizi – beliau menilainya sebagai hasan).

-Ustaz Abdul Rahman

@medan_tarbiahilmiah

Читать полностью…

Medan Tarbiah

HASIL KERJA YANG IKHLAS AKAN KEKAL

Ada orang berkata kepada Imam Malik: "Buat apa kamu sibuk mengarang Al-Muwatta'? Sedangkan Imam Ibnu Abi Zi'b (ulama yang sezaman dengan Imam Malik) sudah pun mengarang Muwatta' yang lebih besar dari Muwatta' kamu". Lalu Imam Malik menjawab:

ما كان لله بقي
"Apa yang dilakukan (semata-mata) untuk Allah, maka itulah yang akan kekal".

Pada hari ini, jelas, hasil kerja yang kekal lagi masyhur ialah Muwatta' Imam Malik rahimahullah. Manakala muwatta'-muwatta' yang lain tenggelam dimakan zaman atau mungkin masih ada tetapi tidak masyhur, tidak disyarahkan dan tidak dibincangkan dalam dunia ilmu.

Bukanlah bermakna ulama lain yang mengarang muwatta' tidak ikhlas. Tidak. Mereka semua ikhlas, tetapi dalam ramai-ramai para mukhlisin itu, pastinya ada seorang yang paling ikhlas (seperti dalam sebuah kelas yang pandai, pasti ada seorang yang paling pandai). Kemungkinan Imam Malik-lah yang paling tinggi ikhlasnya. Maka sebab itu hasil kerjanya mendapat 'qabuliyyah' (penerimaan Allah) dan diabadikan sehingga ke hari ini.

Begitulah juga dengan kerja kita, sekiranya kerja kita itu kita lakukan dengan penuh ikhlas, maka insyaAllah hasil kerja tersebut akan diabadikan sehingga dapat ditatap oleh generasi akan datang. Tapi jangan la pula mengharapkan generasi akan datang puji hasil kerja kita.. tu dah salah tu..

-Ustaz Abdul Rahman

@medan_tarbiahilmiah

Читать полностью…

Medan Tarbiah

.: T A N D A C I N T A :.

Dinukilkan oleh Al-Qadhi 'Iyadh dalam kitabnya Asy-Syifa (باب علامات محبته صلى الله عليه وآله وسلم) dan Al-Imam Al-Qurtubi dalam tafsirnya ketika menafsirkan ayat (قل إن كنتم تحبون الله فاتبعوني), bahawa seorang ulama sufi yang masyhur, Sahl At-Tustari (wafat 283H) rahimahullah berkata:

"Tanda mencintai ALLAH ialah mencintai Al-Quran,
tanda mencintai AL-QURAN ialah mencintai Nabi صلى الله عليه وآله وسلم ,
tanda mencintai NABI صلى الله عليه وآله وسلم ialah mencintai Sunnah,
tanda mencintai SUNNAH ialah mencintai Akhirat,
tanda mencintai AKHIRAT ialah membenci dunia dan
tanda MEMBENCI DUNIA ialah tidak menyimpan daripada dunia melainkan sebagai bekalan dan keperluan untuk akhirat".

-Ustaz Abdul Rahman

@medan_tarbiahilmiah

Читать полностью…

Medan Tarbiah

Kerja dan Sumbangan Yang Banyak

Jangan tertipu dengan kerja yang padat dan sumbangan yang banyak. Jangan tenguk apa yang telah disumbangkan. Jangan biarkan ia melekat di kotak minda anda. Tenguklah apa yang boleh dikerjakan dan disumbang tetapi belum dikerja dan disumbangkan lagi.

MDB

Читать полностью…

Medan Tarbiah

Syukur dan sabar seperti sayap, jika patah salah satunya, maka jatuhlah kita.

*Buya Hamka

Читать полностью…

Medan Tarbiah

[Tinta Azhari]

|| Cara Keluar Dari Belenggu Maksiat Oleh Asy-Syeikh Ali Jum`ah h.a ||

Fadhilatus Syaikh Nuruddin Ali Jum’ah Hafizahullah ta’ala, dalam kitab ringkasnya, ‘ Langkah-langkah keluar daripada maksiat’, menyebut pada pendahuluan bahagian kedua :

“ Ramai dalam kalangan orang Islam saling bertanya, dan berkata ‘sesungguhnya syahwat itu membelenggu diri kami. Maka kami beristighfar kepada ALLAH dan meninggalkan maksiat, namun kemudian kami melupakan tentang perjanjian diantara kami dengan ALLAH. Kami kembali menuruti hawa nafsu dan maksiat. Lalu apakah jalan keluar dari pada semua ini.? “

Oleh kerana banyak kali berlaku pengulangan keadaan sedemikian, hampir sahaja manusia berputus asa.. “

Maka, As-Syeikh membentang 3 langkah mudah yang praktikal dan berkesan untuk dilakukan oleh setiap manusia yang ingin mencabut ikatan-ikatan nafsu dan maksiat pada diri mereka, langkah tersebut ialah :

1) MENJADIKAN RASULULLAH S.A.W SEBAGAI AYAH.

=> Ini merupakan satu teknik berinteraksi dengan fitrah insani yang wujud dalam diri setiap manusia. Secara kebiasaannya, fitrah seorang anak mahu ayahnya menyayangi, diberi perhatian dan tidak mahu diabaikan. Lalu si anak akan membuat apa yang disukai oleh ayahnya dan meninggalkan apa yang dilarang untuk mendapat kasih sayang tersebut.

Apa perasaan kamu apabila kamu meninggal satu-satu maksiat, dan kamu berkata,
“ Saya tidak akan lakukan sedemikian kerana ayah saya melarangnya.!”.

Jika ditanya, “ Siapa ayah kamu.? “.

Lantas kita menyebut “ Rasulullah s.a.w.. “ . Perasan apa yang menyelubungi kamu ketika itu.?

As-Syeikh berkata di dalam kitabnya, “ Sekiranya seseorang muslim menjadikan RasuluLLAH s.a.w ayah kepada dirinya, sesungguhnya telah merealisasikan apa yang telah dikhabarkan kepada kita oleh Rasulullah s.a.w,

“ Hanyasanya aku kepada kamu semua ( umat-umat manusia ) seperti seorang ayah kepada anaknya.. “

( Sebahagian daripada hadis daripada Ad-Darimi daripada Abi Hurairah, jilid 1/182 no. 673 )

2) BERZIKIR KEPADA ALLAH SEBANYAK-BANYAKNYA.

=> As-Syeikh berkata, “ Sesungguhnya ALLAH s.w.t telah mengikat antara berzikir kepada ALLAH s.w.t dengan langkah yang pertama, iaitu ‘menjadikan Rasulullah s.a.w sebagai ayah’, dalam firmah ALLAH s.w.t,

Maksudnya : Telah ada pada diri Rasulullah s.a.w itu contoh teladan yang terbaik untuk siapa yang mengharapkan ALLAH dan hari akhirat dan berzikirlah kepada ALLAH sebanyak-banyaknya..

( Surah Al-Ahzab, ayat 21 )

Begitu banyak ayat Al-Quran dan hadis yang menggesa kita untuk memperbanyakkan zikir kepada Allah, dan menyatakan tentang kelebihan orang-orang yang sentiasa membasahi lidahnya dengan zikir.

Habib Umar Bin Hafiz hafizahullah ta’ala, menyebut ketika syarahan kitab Qobas Nur Al-Mubin, ringkasan Ihya’ Ulumuddin, secara mafhumnya :

“ Tidak berlaku maksiat ketika seseorang itu sedang berzikir (ingat kepada Allah). Maksiat itu menimpa orang yang lalai dan meninggalkan zikir kepada Allah s.w.t.. “

Asy-Syeikh menyebut lagi, “ Dan yang diharuskan daripada zikir atau kalimah yang paling afdhal untuk dizikirkan oleh muslim ialah apa yang dipanggil oleh ‘Ahlu ALLAH’ dengan الكلمات العشر المباركات dan kalimah yang diajarkan kepada kita oleh Rasulullah s.a.w. iaitu,

سبحان الله , و الحمدلله , و لا إله إلا الله , و الله أكبر, و لا حول و لا قوّة إلاّ بالله.

أستغفر الله , ما شاء الله , حسبنا الله و نعم الوكيل, إنّا لله و إنّا إليه راجعون , توكلت على الله.

3) MEMBEZAKAN ANTARA KEBENARAN DAN KEBATILAN.

=> Asy-Syeikh berkata, “ Ini adalah langkah diatas kedua-dua langkah tadi. Sesungguhnya menghadirkan gambaran RasuluLLAH s.a.w dan seseorang menjadikan RasuluLLAH s.a.w sebagai ‘ayah’ kepadanya dengan memperbanyakkan zikir lahir daripada dalam diri dan hati yang celik, dikukuhkan dengan pembezaan. Tetapi pembezaan tidak dapat didatangkan melainkan dengan bergantung kepada ALLAH s.w.t dan memohon perkara tersebut daripada-NYA, kerana DIA-lah yang Haq, Maha Suci ALLAH. DIA-lah yang memberi hidayah kepadanya.

ALLAH ta’ala berfirman,

Maksudnya :- Bertanyalah (Wahai Muhammad): "Adakah di antara makhluk-makhluk: Yang kamu sekutuka

Читать полностью…

Medan Tarbiah

Imam Syafie menyatakan dalam syairnya bahawa antara ciri-ciri penuntut ilmu sejati adalah suhbah(berdamping) guru. Suhbah ni bukan jumpa beberapa kali, pergi majlis beberapa kali. Kemudian dakwa berguru. Tapi kita diiktibar sebagai berguru dgn sebenar-benarnya, hanya setelah guru itu mengiktibar kita sebagai muridnya. Guru mengenal dan memberi perhatian kepada kita. Sehingga tahap kita menemani guru kita kemana-mana(suhbah) ibarat seperti bersahabat. Kita hidup dengan guru kita dan sentiasa bersama guru kita. Khidmat dan iqtida'(teladani) guru kita.

Penuntut ilmu yang bersuhbah sahajalah yg bakal mewarisi manhaj, adab, cara fikir dan ilmu gurunya itu yang diwarisi juga daripada guru-guru sebelumnya hingga kepada Rasulullah Shallallahu'alaihi wasallam. Terutamanya apabila kita berhadapan dgn khilaf/perbezaan dikalangan para ulama dan nas-nas yang saling bercanggah antara para ulama dlm menilai dan menghukum suatu masalah atau seseorang/individu. Maka panduan dan manhaj guru itu akan diwarisi dan pewarisan inilah yg harus dijaga dan dikekalkan agar tidak timbulnya fitnah dan perpecahan. Berbeza dengan golongan yang tiada suhbah, mereka akan terikat dengan nukilan dan nas-nas kitab sahaja secara terputus dari silsilah dan rantaian para ulama dalam memahaminya secara manhaji dan mengaplikasikannya terutamanya dalam menyelesaikan isu-isu semasa. Semoga Allah merahmati dan meredhai Imam as Syafiie atas nasihat beliau yang sgt berkesan sehingga ke hari ini.

#tinta_azhari

Читать полностью…

Medan Tarbiah

NABI MUHAMMAD SAW

Dunia dan alam semesta serta alam malakut bertuah dengan kehadiran mu...wahai Rasulullah SAW

Kamu bukan sahaja penyambung tali dan rantaian kenabian sebelum kamu, kamu juga penyudah segala misi kenabian. Risalah penyudah pastinya mempersonakan dan bijak untuk meneborosi pelbagai zaman dan era.

Agama Islam yang dibawamu rahmah kepaada semua orang dan kepada semua organisma yang hidup dan objek yang pejal.

Keperibadian mu semakin digali semakin bersinar...semakin ditinggal oleh masyarakat semakin bejat dan kotor masyarakat

Ajaranmu adalah sentiasa holistik dan koheran dan tidak terpisah2....walaupun kami kadang2 gagal melihat ajaranmu secara terangkum dan kami mungkin lebih suka melihat ajaranmu secara terpisah dan lebih cenderung kepada minat, ilmu dan pysche kami sendiri

Doa dan impian kami ajaranmu dapat digilapkan dan diinstitusikan semula dalam kehidupan masyarakat moden

Doa kami yang paling tinggi, dibangunkan dari kubur2 kami bersamamu, berjalan ke telaga Kauthar bersamamu dan bergerompolan memasuki syurga bersamamu dengan rahmat Allah dan juga shafaatmu.

Salam dan selawat kami kepadamu sepanjang masa dan waktu....semoga kami juga mendapat 'selawat' dari Allah Tuhan Semesta Alam seperti yang dijanjikan olehmu.

MDB

Читать полностью…

Medan Tarbiah

Jika bukan kerana Rasulullah, kita tak akan kenal Allah. Justeru, kita patut menzahirkan kesyukuran kepada baginda dengan memperbanyak selawat, mempelajari Sunnah baginda, dan meniru akhlaknya. Mencintai baginda adalah salah satu ciri terpenting yang terdapat pada setiap orang yang mencintai Allah.
Zun Nun al-Misri (m. 245) berkata:

من علامات المحبِّ لله عزَّ وجلَّ: متابعة حبيب الله، صلى الله عليه وسلم، في أخلاقه، وأفعاله، وأوامره، وسننه.

"Salah satu ciri orang yang mencintai Allah adalah mengikuti jejak langkah kekasih Allah (Rasulullah) dalam akhlak, perilaku, perintah dan sunnahnya." (Risalah al-Qusyairiyyah h. 7)

#sempenabulanmawlid

Читать полностью…

Medan Tarbiah

Syukur dan sabar seperti sayap, jika patah salah satunya, maka jatuhlah kita.

*Buya Hamka

Читать полностью…

Medan Tarbiah

Always pray to have EYES that sees the best in people, a HEART that forgives the worst, a MIND that forgets the worst, and a SOUL that never loses faith in Allah.

-Dr Afifi Al 'Akiti

Читать полностью…

Medan Tarbiah

[Perihal kemasyhuran yang dikejar sesetengah orang termasuk ilmuwan dan penuntut ilmu khususnya pada zaman media sosial ini]

Ilmuwan ensiklopedik dan sasterawan terkenal iaitu Sheikh 'Ali al-Tantawi rahimahullah berkata:

"Keinginan kepada kemasyhuran sudah mati dalam diriku tatkala aku memperolehinya lantas mendapati bahawa kemasyhuran hanyalah suatu fatamorgana. Demi Allah, ia hanyalah fatamorgana. Tahukah kalian apa itu fatamorgana? Seseorang yang melalui padang pasir melihat dari jauh fatamorgana seperti mata air yang suci, apabila dia mendekatinya, dia tidak mendapati apa-apa."

Dipetik daripada kitab 'Hadith al-Nafs' karya Ali Tantawi.

-Marwan Bukhari

Читать полностью…

Medan Tarbiah

PENYAKIT SUKA GLAMOUR

Hati-hati wahai teman. Jangan sampai penyakit sukakan glamour, gilakan likes, obsess menjadi jaguh dan sebagainya bersarang dalam hati.

Diriwayatkan oleh al-Imam Ibn Abi al-Dunia dalam kitabnya al-Tawadhu' Wa al-Khumul, daripada al-Hasan Ibn 'Abd al-Rahman bahawa Bisyr al-Hafi (wafat 227H) رحمهم الله berkata:

لا أَعْلَمُ رَجُلا أَحَبَّ أَنْ يُعْرَفَ إِلا ذَهَبَ دِينُهُ وَافْتَضَح

"Aku tidak mengetahui seorang lelaki yang suka dikenali melainkan hilang agamanya dan terbongkar keaibannya"

Bisyr al-Hafi juga berkata:

لا يَجِدُ حَلاوَةَ الآخِرَةِ رَجُلٌ يُحِبُّ أَنْ يَعْرِفَهُ النَّاسُ

"Orang yang suka dikenali ramai tidak mendapat kemanisan akhirat".َ

-Ustaz Abdul Rahman

@medan_tarbiahilmiah

Читать полностью…
Subscribe to a channel