kalam_ulama | Unsorted

Telegram-канал kalam_ulama - Kalam Ulama’

11987

Cintai Para Ulama’, Pewaris Para Anbiya’ instagram.com/kalam_ulama #KalamUlama

Subscribe to a channel

Kalam Ulama’

۞ اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ ۞

“Ketika kalian duduk termenung sendirian, tutup mata kalian dan bayangkan Baginda Muhammad ﷺ berada di samping kalian, maka kebahagiaan akan menyelimuti.”

[Abuya Sayyid Ahmad bin Muhammad Al-Maliki Al-Hasani]

Sumber : IG @alie.karomah & IG @muhibbin.almaliki

Cintailah Para Ulama’, Pewaris Para Anbiya’
instagram | telegram : @kalam_ulama

t.me/kalam_ulama

#kalamulama

Читать полностью…

Kalam Ulama’

۞ اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ ۞

“Jika kamu menginginkan redha ALLAH, maka ikutilah RASULULLAH. Dan jika kamu menginginkan dunia, maka ikutilah RASULULLAH. Dan jika kamu menginginkan akhirat, maka ikutilah RASULULLAH. Dan jika kamu menginginkan keduanya, maka ikutilah RASULULLAH. Maka dengan (mengikuti RASULULLAH) terdapat kemuliaan di dunia dan masuk syurga di akhirat.”

[Syeikh Prof. Dr. Ali Jum’ah]

Sumber : IG @annahda.education

Cintailah Para Ulama’, Pewaris Para Anbiya’
instagram | telegram : @kalam_ulama

t.me/kalam_ulama

#kalamulama

Читать полностью…

Kalam Ulama’

۞ اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ ۞

“Merayakan peringatan junjungan kita, RASULULLAH ﷺ adalah perkara yang disyariatkan. Dan termasuk pendekatan yang agung kepada ALLAH ﷻ.”

[Syeikh Muhammad Said Ramadhan Al-Buthi]

Sumber : IG @ibn.abdollah_

Cintailah Para Ulama’, Pewaris Para Anbiya’
instagram | telegram : @kalam_ulama

t.me/kalam_ulama

#kalamulama

Читать полностью…

Kalam Ulama’

SALAM MAULIDUR RASUL 1448H. ❤️

۞ اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ ۞

“Jika ada di atas muka bumi ini seseorang yang melakukan perayaan, pujian, atau pengagungan kepada siapa pun dengan alasan apa pun, maka demi Allah Sang Pencipta langit dan bumi, tidak ada yang lebih berhak di atas langit atau bumi ini dari seluruh ciptaan-Nya untuk dirayakan dan diagungkan, ataupun disebutkan sifat-sifatnya, dan dipuji seperti Nabi Muhammad bin Abdullah bin Abdul Muthalib bin Hasyim bin Abdi Manaf.”

[Habib Umar bin Hafidz]

Cintailah Para Ulama’, Pewaris Para Anbiya’
instagram | telegram : @kalam_ulama

t.me/kalam_ulama

#kalamulama

Читать полностью…

Kalam Ulama’

SALAM RABI’UL AWWAL 1448H.

۞ اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ ۞

“Orang yang benar-benar mencintai RASULULLAH ﷺ hatinya akan dipenuhi kasih sayang, sehingga ia tidak akan mudah menyakiti orang lain.

Semakin sering seseorang membawa Selawat dan mendalami Sirah Nabawiyyah, maka perlahan-lahan Akhlak Kenabian akan meresap ke dalam dirinya.”

[Maulana Syeikh Dr. Yusri Rusydi Al-Hasani]

Cintailah Para Ulama’, Pewaris Para Anbiya’
instagram | telegram : @kalam_ulama

t.me/kalam_ulama

#kalamulama

Читать полностью…

Kalam Ulama’

21 JULAI

Selamat Hari Lahir Wahai Tuan Guru Ummah, Ustaz Muhadir Haji Joll.

Akhlak dan adabmu menjadi ikutan,
Kasih sayang terhadap umat dan RASUL menjadi seruan,
Hanya daripada RASULULLAH ﷺ sahaja engkau pamerkan,
Sungguh wahai guru, engkaulah tauladan.

Semoga الله سبحانه وتعالى memanjangkan umur beliau, menambah ilmu beliau, menjauhkan segala penyakit daripada beliau, moga-moga dengan adab, akhlak serta dakwah beliau menjadi asbab tersebarnya risalah Islam yang dibawa RASULULLAH ﷺ.

امين اللهم امين.

۞ اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ ۞

“Siapa yang jaga lidah, ALLAH akan jaga hatinya. Siapa yang jaga hatinya, ALLAH akan jaga imannya. Iman itulah menjadi paksi dan asas dalam istiqamah dalam kehidupan seseorang.”

[Ustaz Muhadir Haji Joll]

Sumber : IG @ikimfm.my & FB Galeri Ilmu Media Group

Cintailah Para Ulama’, Pewaris Para Anbiya’
instagram | telegram : @kalam_ulama

t.me/kalam_ulama

#kalamulama

Читать полностью…

Kalam Ulama’

26 APRIL

Selamat Hari Lahir Wahai Tuan Guru Ummah, Ustaz Mohamad Moqti bin Ahmad.

Akhlak dan adabmu menjadi ikutan,
Kasih sayang terhadap umat dan RASUL menjadi seruan,
Hanya daripada RASULULLAH ﷺ sahaja engkau pamerkan,
Sungguh wahai guru, engkaulah tauladan.

Semoga الله سبحانه وتعالى memanjangkan umur beliau, menambah ilmu beliau, menjauhkan segala penyakit daripada beliau, moga-moga dengan adab, akhlak serta dakwah beliau menjadi asbab tersebarnya risalah Islam yang dibawa RASULULLAH ﷺ.

امين اللهم امين.

۞ اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ ۞

“Sengsara itu bukan kehidupan ini dan bukanlah dunia, yang diciptakan oleh ALLAH ini kepada kita. Tetapi sengsara itu ialah bagi orang yang dia ini tak betul hubungannya dengan Tuan Dunia ini iaitu ALLAH.”

[Ustaz Mohamad Moqti bin Ahmad]

Sumber : FB Qalbun Salim TV

Cintailah Para Ulama’, Pewaris Para Anbiya’
instagram | telegram : @kalam_ulama

t.me/kalam_ulama

#kalamulama

Читать полностью…

Kalam Ulama’

16 APRIL 1971

Selamat Hari Lahir Wahai Tuan Guru Ummah, Al-Habib Ali Zainal Abidin bin Abdurrahman Al-Jufri.

Akhlak dan adabmu menjadi ikutan,
Kasih sayang terhadap umat dan RASUL menjadi seruan,
Hanya daripada RASULULLAH ﷺ sahaja engkau pamerkan,
Sungguh wahai guru, engkaulah tauladan.

Semoga الله سبحانه وتعالى memanjangkan umur beliau, menambah ilmu beliau, menjauhkan segala penyakit daripada beliau, moga-moga dengan adab, akhlak serta dakwah beliau menjadi asbab tersebarnya risalah Islam yang dibawa RASULULLAH ﷺ.

امين اللهم امين.

۞ اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ ۞

“Kamu merasakan keseorangan saat bersama komuniti, kerabat dan temanmu, kamu merasa asing.

“Bila ALLAH membuatmu rasa asing dari ciptaan-Nya, ketahuilah itu kerana ALLAH ingin membuka bagimu pintu bermesra dengan-Nya.”

Maka janganlah kamu jadi rasa terasing ini memakan dirimu dari dalaman. Jangan! Bergembiralah dengan Tuhanmu.

Dengan mempunyai sangkaan baik terhadap ALLAH سبحانه وتعالى. Dengan suatu harapan yang indah pada Tuhan yang tak mengecewakan.”

[Habib Ali Zainal Abidin bin Abdurrahman Al-Jufri]

Sumber : IG @nu3aiman

Cintailah Para Ulama’, Pewaris Para Anbiya’
instagram | telegram : @kalam_ulama

t.me/kalam_ulama

#kalamulama

Читать полностью…

Kalam Ulama’

12 APRIL 1974

Selamat Hari Lahir Wahai Tuan Guru Ummah, Al-Habib Ali Zaenal Abidin bin Abu Bakar Al-Hamid.

Akhlak dan adabmu menjadi ikutan,
Kasih sayang terhadap umat dan RASUL menjadi seruan,
Hanya daripada RASULULLAH ﷺ sahaja engkau pamerkan,
Sungguh wahai guru, engkaulah tauladan.

Semoga الله سبحانه وتعالى memanjangkan umur beliau, menambah ilmu beliau, menjauhkan segala penyakit daripada beliau, moga-moga dengan adab, akhlak serta dakwah beliau menjadi asbab tersebarnya risalah Islam yang dibawa RASULULLAH ﷺ.

امين اللهم امين.

۞ اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ ۞

“Bukan bahagia yang menjadikan kita orang yang bersyukur, tapi bersyukur itu yang menjadikan kita orang yang bahagia.”

[Habib Ali Zaenal Abidin bin Abu Bakar Al-Hamid]

Sumber : FB Kost Ordinary & FB Muhammad Rizuan

Cintailah Para Ulama’, Pewaris Para Anbiya’
instagram | telegram : @kalam_ulama

t.me/kalam_ulama

#kalamulama

Читать полностью…

Kalam Ulama’

إِنَّا لِلّٰهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ

اَللّٰهُمَّ اغْفِرْ لَهُ وَارْحَمْهُ وَعَافِهِ وَاعْفُ عَنْهُ، وَأَكْرِمْ نُزُلَهُ، وَوَسِّعْ مَدْخَلَهُ، وَاغْسِلْهُ بِالْمَاءِ وَالثَّلْجِ وَالْبَرَدِ، وَنَقِّهِ مِنَ الْخَطَايَا كَمَا يُنَقَّى الثَّوْبُ الْأَبْيَضُ مِنَ الدَّنَسِ، وَأَبْدِلْهُ دَارًا خَيْرًا مِنْ دَارِهِ، وَأَهْلًا خَيْرًا مِنْ أَهْلِهِ، وَزَوْجًا خَيْرًا مِنْ زَوْجِهِ، وَأَدْخِلْهُ الْجَنَّةَ، وَأَعِذْهُ مِنْ عَذَابِ الْقَبْرِ وَفِتْنَتِهِ، وَمِنْ عَذَابِ النَّارِ.

Kelantan, Malaysia - Dengan penuh rasa dukacita dan hati yang sarat dengan kesedihan, dimaklumkan bahawa Tuan Guru Haji Daud bin Haji Yusof telah kembali ke rahmatullah sekitar sebelum waktu Maghrib pada 20 Ramadhan 1447H bersamaan 10 Mac 2026. Pemergian beliau pada bulan yang penuh keberkatan ini seakan menjadi tanda kemuliaan seorang hamba yang sepanjang hidupnya dipenuhi dengan pengabdian kepada Allah dan khidmat kepada umat.

Sesungguhnya pemergian seorang ulama bukanlah kehilangan yang kecil. Ia adalah satu kehilangan besar bagi umat, kerana ulama merupakan pelita yang menerangi jalan manusia dengan cahaya ilmu dan hikmah. Apabila seorang alim pergi menghadap Ilahi, maka seolah-olah padamlah satu pelita yang selama ini menerangi masyarakat dengan bimbingan agama dan nasihat yang tulus.

اللهم اجعل قبره روضةً من رياض الجنة
اللهم ارفع درجته في عليين
اللهم جازه عنا خير ما جازيت به عبدًا من عبادك الصالحين

Semoga Allah melapangkan kuburnya, menjadikannya taman daripada taman-taman syurga, mengangkat darjatnya bersama para ulama, para siddiqin dan para solihin. Mudah-mudahan segala jasa dan pengorbanannya dalam menegakkan agama Allah menjadi saksi yang membawanya kepada keredaan Ilahi.

Al-Fatihah buat almarhum Tuan Guru Haji Daud bin Haji Yusof.

Sumber : FB Ustaz (Tengku Yusuff)

Cintailah Para Ulama’, Pewaris Para Anbiya’
instagram | telegram : @kalam_ulama

t.me/kalam_ulama

#kalamulama

Читать полностью…

Kalam Ulama’

۞ اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ ۞

“Sebagaimana hubungan antara hamba dengan ALLAH adalah solat, demikian juga hubungan antara ummat dengan Nabinya yang teristimewa adalah selawat kepada RASULULLAH ﷺ.”

[KH. Mufty Ahmad Nasihin]

Sumber : IG @darusshofamedan & IG KH. @muftyahmadnsh

Cintailah Para Ulama’, Pewaris Para Anbiya’
instagram | telegram : @kalam_ulama

t.me/kalam_ulama

#kalamulama

Читать полностью…

Kalam Ulama’

۞ اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ ۞

“Di sisi Islam maka ilmu, jikalau tidak bersabit dengan mengenal diri, mematuhi ajaran agama, menyempurnakan masharakat, membimbing negara, menyatakan hikmah, menegakkan keadilan, mengukuhkan akhlak dan budipekerti - hanyalah sia-sia belaka; di sisi Islam seseorang itu tiada dapat dikatakan berilmu, atau alim, jikalau tiada ia membayangkan dalam dirinya kesan ilmu itu pada seluruh segi kehidupannya sebagaimana dijelaskan di atas.”

[Profesor Diraja Terpuji Tan Sri Dr. Syed Muhammad Naquib Al-Attas]

Sumber : IG ustazsukriomar & FB R Zarith Sofiah Centre for Advanced Studies on Islam, Science & Civilisation

Cintailah Para Ulama’, Pewaris Para Anbiya’
instagram | telegram : @kalam_ulama

t.me/kalam_ulama

#kalamulama

Читать полностью…

Kalam Ulama’

۞ اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ ۞

SALAM NUZUL QURAN 1447H.

“Jika kalian sungguh-sungguh belajar Al-Quran, demi ALLAH, ALLAH tidak akan meninggalkan kalian. Tapi jangan lupa untuk bersungguh-sungguh yakni belajar Al-Quran untuk menyebarkan Al-Quran. Bukan memanfaatkan Al-Quran agar kalian bisa mendapatkan sesuatu. Jika kalian agungkan Al-Quran, ALLAH akan agungkan kalian. Namun jika ada yang menjadikan Al-Quran sebagai batu loncatan untuk meraih dunia, maka ini adalah seburuk-buruknya niat.”

[Syeikh Dr. Ayman Swaid]

Sumber : FB SYIFA Munsyafahah

Cintailah Para Ulama’, Pewaris Para Anbiya’
instagram | telegram : @kalam_ulama

t.me/kalam_ulama

#kalamulama

Читать полностью…

Kalam Ulama’

إِنَّا لِلّٰهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ

Kuwait - Belungkawa Umat Islam di atas pemergian Faqih Usuli Terkemuka. Telah kembali ke rahmatullah al-‘Allamah al-Faqih, Prof. Dr. Muhammad Hasan Hitu al-Syafie al-Azhari رحمه الله تعالى. Dunia Islam kehilangan beliau hari ini pada waktu Maghrib 25 Februari 2026 bersamaan 6 Ramadhan 1447H (Rabu) di bandar Kuwait.

Semoga Allah merahmatinya, mengampuninya, menempatkannya dalam keredaan-Nya, mengangkat darjatnya di tempat yang tinggi (di ‘Illiyyin), serta mengurniakan kesabaran dan ganjaran kepada keluarga, para pelajar dan para pencintanya.

Semoga Allah membesarkan pahala umat Islam atas pemergian ulama besar, faqih, pakar usul, pendakwah dan penulis ini. Milik Allah apa yang Dia ambil dan milik-Nya apa yang Dia beri. Semoga Allah menggantikan buat umat Islam sesuatu yang lebih baik.

Sumber : FB Pencinta Ulama Akhirat

Cintailah Para Ulama’, Pewaris Para Anbiya’
instagram | telegram : @kalam_ulama

t.me/kalam_ulama

#kalamulama

Читать полностью…

Kalam Ulama’

۞ اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ ۞

“Makna istiqamah ialah seseorang mengamalkan agama dengan sempurna dalam seluruh aspek kehidupannya hingga akhir hayatnya. Bukannya seseorang yang kuat beramal dipermulaan tapi kemudiannya berhenti di tengah jalan.”

[Maulana Shamim Sahib]

Sumber : FB Maulana Helmi

Cintailah Para Ulama’, Pewaris Para Anbiya’
instagram | telegram : @kalam_ulama

t.me/kalam_ulama

#kalamulama

Читать полностью…

Kalam Ulama’

۞ اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ ۞

“Dunia ini tempatnya sengsara, sakit, kecewa, dan semua jenis susah. Maka, hiduplah dengan cintanya, cinta kepada RASULULLAH ﷺ, supaya engkau tahu makna bahagia sesungguhnya. Selawat adalah gudang rasa bahagia yang nyata.”

[Habib Umar bin Hafidz]

Sumber : IG @mutiara_habib

Cintailah Para Ulama’, Pewaris Para Anbiya’
instagram | telegram : @kalam_ulama

t.me/kalam_ulama

#kalamulama

Читать полностью…

Kalam Ulama’

۞ اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ ۞

“Selawat adalah sebuah ibadah yang tidak terbatas alam, jarak ataupun waktu. Ertinya, bila diucapkan maka akan menembus alam langit yang sangat jauh, didengar para Malaikat, lalu turut menyampaikan doa bagi manusia yang mengucapkannya, dan menembus alam kubur menyampaikan salam yang diucapkan manusia kepada NABI MUHAMMAD ﷺ.”

[Shaykh Muhammad Zahid Sultani An-Naqshbandi]

Sumber : FB Kost Ordinary

Cintailah Para Ulama’, Pewaris Para Anbiya’
instagram | telegram : @kalam_ulama

t.me/kalam_ulama

#kalamulama

Читать полностью…

Kalam Ulama’

۞ اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ ۞

“RASULULLAH ﷺ adalah Rasul terakhir dan tidak ada lagi Rasul yang datang membawa ajaran dari langit. Maka kita mengenang hari diutusnya Beliau, hari hijrahnya dan hari kemenangan dalam berbagai peperangan yang Beliau jalani. Namun, semua hari yang kita kenang itu pada hakikatnya adalah cabang dari hari kelahiran Beliau. Jadi, hari kelahiran RASULULLAH ﷺ adalah asal mula dari seluruh hari yang kita kenang.”

[Syeikh Muhammad Mutawalli Asy-Sya’rawi]

Sumber : IG @tawazun_id

Cintailah Para Ulama’, Pewaris Para Anbiya’
instagram | telegram : @kalam_ulama

t.me/kalam_ulama

#kalamulama

Читать полностью…

Kalam Ulama’

۞ اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ ۞

“Selawat adalah salah satu hak RASULULLAH ﷺ yang mesti kita penuhi sebagai ungkapan rasa terima kasih kita atas nikmat agung yang ALLAH سبحانه وتعالى beri melalui BAGINDA kepada kita.”

[Abuya Sayyid Muhammad bin Alawi Al-Maliki]

Sumber : FB Jabatan Mufti Kerajaan Negeri, Negeri Sembilan

Cintailah Para Ulama’, Pewaris Para Anbiya’
instagram | telegram : @kalam_ulama

t.me/kalam_ulama

#kalamulama

Читать полностью…

Kalam Ulama’

۞ اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ ۞

"Segala yang indah mengingatkan kami kepada RASULULLAH ﷺ. Di bumi Syam, menjadi kebiasaan kami bahawa setiap kali memandang sekuntum mawar, kami memperbanyakkan selawat ke atas BAGINDA ﷺ, kerana keindahan mawar itu mengingatkan kami kepada keindahan KEKASIH ALLAH, NABI MUHAMMAD ﷺ.”

[Syeikh Muhammad Al-Yaqoubi]

Sumber : FB Ustaz (Mat Razali) & FB Shaykh Muhammad al-Yaqoubi
الشيخ محمد اليعقوبي


t.me/kalam_ulama

Cintailah Para Ulama’, Pewaris Para Anbiya’
instagram | telegram : @kalam_ulama

#kalamulama

Читать полностью…

Kalam Ulama’

۞ اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ ۞

“Di antara musim terbesar menuai pahala adalah tanggal 1-10 Zulhijjah. Perhatikan kekuatan iman dan amal soleh di hari-hari tersebut. Tidak ada hari yang paling disukai ALLAH untuk kita beramal soleh menandingi 10 hari pertama Zulhijjah. Semua bentuk tasbih, tahmid, takbir, zikir, selawat dan bacaan al-Quran di hari-hari tersebut. Sedekah juga pahalanya lebih besar berbanding seluruh hari dunia selain hari-hari tersebut.”

[Habib Umar bin Hafidz]

Sumber : IG @_ben.ahmad_ & IG @habibomarcom

Cintailah Para Ulama’, Pewaris Para Anbiya’
instagram | telegram : @kalam_ulama

t.me/kalam_ulama

#kalamulama

Читать полностью…

Kalam Ulama’

17 APRIL

Selamat Hari Lahir Wahai Tuan Guru Ummah, Syeikh Mohd Nazrul bin Abd Nasir Al-Azhari.

Akhlak dan adabmu menjadi ikutan,
Kasih sayang terhadap umat dan RASUL menjadi seruan,
Hanya daripada RASULULLAH ﷺ sahaja engkau pamerkan,
Sungguh wahai guru, engkaulah tauladan.

Semoga الله سبحانه وتعالى memanjangkan umur beliau, menambah ilmu beliau, menjauhkan segala penyakit daripada beliau, moga-moga dengan adab, akhlak serta dakwah beliau menjadi asbab tersebarnya risalah Islam yang dibawa RASULULLAH ﷺ.

امين اللهم امين.

۞ اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ ۞

“Agama ini mudah. Mudah untuk apa? Untuk diamalkan. Bukan untuk mudah dibahaskan kerana bukan kamu ahlinya. Kalau bukan kamu ahlinya, maka jangan dibahaskan agama ini.”

[Syeikh Mohd Nazrul bin Abd Nasir Al-Azhari]

Cintailah Para Ulama’, Pewaris Para Anbiya’
instagram | telegram : @kalam_ulama

t.me/kalam_ulama

#kalamulama

Читать полностью…

Kalam Ulama’

۞ اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ ۞

“Jangan berputus asa walau dosa dan kesalahanmu bertimbun sekalipun. ALLAH tidak menyediakan taubat dan keampunan melainkan hanya untuk pendosa. Dia tidak Menamakan Zat-Nya sebagai Maha Pengampun serta Maha Penerima Taubat melainkan hanya kerana dosa kamu yang Dia akan ampuninya.”

[Syeikh Dr. Said El-Kamali]

Sumber : FB Kun Anta & FB Datuk Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri

Cintailah Para Ulama’, Pewaris Para Anbiya’
instagram | telegram : @kalam_ulama

t.me/kalam_ulama

#kalamulama

Читать полностью…

Kalam Ulama’

‎إِنَّا لِلّٰهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ

Shah Alam, Malaysia - Dukacita bekas bilal Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam, Ustaz Haji Abu Bakar Bin Sairi telah kembali ke rahmatullah semalam, Khamis 26hb Mac 2026.

Allahyarham berusia 72 tahun dan berkhidmat menjadi bilal masjid selama 50 tahun. Allahyarham telah berkhidmat sebagai bilal di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah selama 27 tahun bermula 1987 hingga 2014 sebelum meneruskan khidmat di Masjid Tengku Ampuan Jemaah, Bukit Jelutong.

Suara Allahyarham memang tidak asing bagi rakyat Malaysia. Azan yang dilaungkan Allahyarham sering berkumandang di radio, televisyen dan juga di telefon bimbit. Salam takziah diucapkan kepada keluarga Allahyarham.

Semoga Allah Taala mengampuni segala dosanya, menerima segala amalan dan jasa baktinya buat ummah, dan menempatkannya di Syurga Firdaus bersama para Nabi dan Salihin.

‎إِنَّا للهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعونَ‌‎
‎اللهُمَّ اغفِرْ لَهُ، وَارْحَمْهُ، وَعافِهِ وَاعْفُ عَنْهُ وَأكرِمْ نُزُلَهُ وَوَسِّعْ مُدْخلَهُ وَاغْسِلْهُ بِالمَاءِ وَالثَّلْجِ وَالبَرَدِ، وَنَقِّهِ مِنَ الخَطَايَا كَمَا نَقَّيْتَ الثَّوْبَ الأبْيَضَ مِنَ الدَّنَسِ، وَأَبْدِلْهُ دَارًا خَيْرًا مِن دَارِهِ، وَأَهْلًا خَيْرًا مِن أَهْلِهِ، وَزَوْجًا خَيْرًا مِن زَوْجِهِ وَأَدْخِلْهُ الجَنَّةَ، وَنَجِّهِ مِنَ النّارِ، وَقِهِ عَذابَ القَبْرِ

Cintailah Para Ulama’, Pewaris Para Anbiya’
instagram | telegram : @kalam_ulama

#kalamulama

Читать полностью…

Kalam Ulama’

إِنَّا لِلّٰهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ

Kelantan, Malaysia - Dengan penuh rasa dukacita dan hati yang sarat dengan kesedihan, dimaklumkan bahawa Tuan Guru Haji Daud bin Haji Yusof telah kembali ke rahmatullah sekitar sebelum waktu Maghrib pada 20 Ramadhan 1447H bersamaan 10 Mac 2026. Pemergian beliau pada bulan yang penuh keberkatan ini seakan menjadi tanda kemuliaan seorang hamba yang sepanjang hidupnya dipenuhi dengan pengabdian kepada Allah dan khidmat kepada umat.

Semoga Allah melapangkan kuburnya, menjadikannya taman daripada taman-taman syurga, mengangkat darjatnya bersama para ulama, para siddiqin dan para solihin. Mudah-mudahan segala jasa dan pengorbanannya dalam menegakkan agama Allah menjadi saksi yang membawanya kepada keredaan Ilahi.

Al-Fatihah buat almarhum Tuan Guru Haji Daud bin Haji Yusof.

Sumber : FB Ustaz (Tengku Yusuff)

Cintailah Para Ulama’, Pewaris Para Anbiya’
instagram | telegram : @kalam_ulama

t.me/kalam_ulama

#kalamulama

Читать полностью…

Kalam Ulama’

إنا لله وإنا إليه راجعون

Medan, Indonesia - Menerima khabar duka, telah kembali ke RahmatULLAH, KH. Muhammad Mufti Hakim bin Ahmad Nashihin bin Muhammad Nur, Pimpinan Majelis Ta’lim Darusshofa Medan, pada 10 Mac 2026 (Selasa) bersamaan 20 Ramadan 1447H.

Semoga segala amal ibadah yang telah beliau lakukan selama hidup diterima oleh ALLAH سبحانه وتعالى.

Semoga ALLAH سبحانه وتعالى tempatkan beliau di dalam taman-taman syurga, dan menjadikan makamnya sebagai salah satu dari Riyadhul Jannah. Dan dikumpulkan bersama BAGINDA RASULULLAH ﷺ. Aamiin.

Sumber : IG darusshofamedan

Cintailah Para Ulama’, Pewaris Para Anbiya’
instagram | telegram : @kalam_ulama

t.me/kalam_ulama

#kalamulama

Читать полностью…

Kalam Ulama’

إِنَّا لِلّٰهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ

Kuala Lumpur, Malaysia - Dukacita dimaklumkam bahawa Prof. Diraja Terpuji Syed Muhammad Naquib al-Attas telah wafat petang tadi, 18 Ramadan 1447 bersamaan 8 Mac 2026 (Ahad) pada pukul 6:47 petang. Semoga Allah Taala mengampuni segala dosanya, menerima segala amalan dan jasa baktinya buat ummah, dan menempatkannya di Syurga Firdaus bersama para Nabi dan Salihin.

Allahyarham akan disolatkan esok pagi di Masjid al-Taqwa TTDI, Kuala Lumpur dan dikebumikan di Perkuburan Muslim Kiara.

Sumber : FB Pencinta Ulama Akhirat

Cintailah Para Ulama’, Pewaris Para Anbiya’
instagram | telegram : @kalam_ulama

t.me/kalam_ulama

#kalamulama

Читать полностью…

Kalam Ulama’

۞ اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ ۞

“Nasihatku untuk seluruh pencari ilmu baik yang sudah memulai atau yang akan memulai, agar senantiasa mencari ilmu hingga ajal menjemput. Dan jangan sampai terbuai kemudian menganggap dirinya sudah ‘alim. Ilmu itu saling melengkapi satu sama lain. Orang ‘alim yang sesungguhnya adalah seseorang yang mengetahui semua ilmu syariat agar ia tidak menyampaikan fatwa yang tidak sesuai dengan aturan ALLAH.”

[Syeikh Dr. Muhammad Hasan Hitou]

Sumber : YT Imamsyafii TV & IG @rizalmubarok.id

Cintailah Para Ulama’, Pewaris Para Anbiya’
instagram | telegram : @kalam_ulama

t.me/kalam_ulama

#kalamulama

Читать полностью…

Kalam Ulama’

SALAM RAMADAN KAREEM 1447H.

Ya ALLAH, sampaikanlah kami kepada Ramadan yang penuh berkah.
Dan terimalah amal ibadah kami.
Ya ALLAH, Tuhan Semesta Alam.
Ya ALLAH, ampunilah kami dan ayah serta ibu kami.
Dan suami (isteri) kami serta putra dan putri kami.
Dan ampunilah setiap Muslim dan Muslimat yang hidup sampai hingga bulan ini.
Dan ampunilah kami beserta mereka.
Ya ALLAH, Tuhan Semesta Alam.
Ya ALLAH, Tuhan Yang Maha Agung dan Maha Pemberi Karunia.

#kalamulama

Читать полностью…

Kalam Ulama’

إنا لله وإنا إليه راجعون
​
Min Akabir Masyayikh Nizamuddin, Sahib Al-Fikr Wal-Gham, Ad-Daie al-Kabir, al-Murabbi Maulana Syamim Sahab.

Dukacita yang meruntun jiwa, luluh hati seluruh alam Daie. Telah kembali menemui Penciptanya, Pada hari Jumaat yang mulia dan penuh keberkatan ini ,seorang Murabbi yang sangat dikasihi, salah seorang Pembesar Masyayikh Nizamuddin, Pemilik Fikir dan Risau, serta Pendakwah Agung: Maulana Syamim Sahab.

Kalam Hadratji Maulana Ilyas Rah :
​“Kehidupan seorang Daie adalah ‘Waqaf’ untuk Allah, dan kematiannya adalah ‘Rehat’ dari kepenatan dunia. Namun, ketiadaannya adalah satu kerugian dan rekahan besar bagi bumi yang ditinggalkan.”

​Dengan hati yang redha dan pasrah atas ketentuan Ilahi, kami menadah tangan memohon doa:

بسم الله الرحمن الرحيم، والصلاة والسلام على رسول الله

​إنا لله وإنا إليه راجعون، رضينا بالله ربا، وبالقضاء حقا وعدلا
​اللهم اغفر لعبدك الداعية "مولانا شميم" وارحمه. اللهم إنه قد وفد عليك بعد طول تعب في إحياء دينك، اللهم فاجعل تعبه راحة، وسهره أنسا، وقلقه على الأمة أمنا له يوم الفزع الأكبر. اللهم تقبل جهده بقبول حسن، وارفعه مقاما عليا مع النبيين والصديقين

​اللهم لا تطو صحيفة جهده بموته، بل بث روحه في العالمين، وأنبت من بركات إخلاصه جيلا من الدعاة الربانيين، يرثون حرقته، ويحملون هم نبيك كما حمله، ولا تجعل المصيبة في ديننا ولا في جهدنا

​وصلى الله على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه وسلم
آمين يا رب العالمين.

Sumber : Hafiz AbdulWaliy Mohd Zain

Cintailah Para Ulama’, Pewaris Para Anbiya’
instagram | telegram : @kalam_ulama

t.me/kalam_ulama

#kalamulama

Читать полностью…
Subscribe to a channel