💥JOM CUCI MATA DEKAT KEDAI ONLINE KAMI💥 👇
https://msha.ke/hailarazak
https://msha.ke/hailarazak
⭐️KANAK-KANAK 1-10 Tahun:
✅Tshirt Lengan Panjang
✅Palazo Cotton
✅Seluar Tidur Cotton
✅Legging / Jegging
✅Pyjamas / Set Baju Tidur
✅Tudung
🔥 HOT ITEM: Tudung Souk ByCheFiza (BCF). Kami Open Dropship tau. Berminat klik je👇
wasap.my/601116874609/nakjoindropshipBCF
Atau boleh masuk terus ke channel telegram tudung BCF kami
/channel/+KKzBctPQYTthYTg1
❤️ JEMPUT SINGGAH, TERIMA KASIH 😊
Milkshake Website Builder
@hailarazak • Milkshake Website Builder
Assalamualaikum, selamat sejahtera
“Lengkapkanlah anak-anak kamu dengan tiga perkara: Cinta kepada Nabi kamu, cinta terhadap ahli rumahtangganya, dan selalu membaca Al Quran.” (Riwayat Thabrani)
“Humaira, Khadijah, apa lagi yang ditunggu, ambik Quran dan Iqra’ sekarang, dan duduk sini cepat.” Begitu lebih kurang pesan saya dan isteri kepada anak-anak setiap kali saya pulang dari menunaikan solat Maghrib di masjid.
Setiap kali selepas solat Maghrib, jika tidak ke mana-mana, saya akan pastikan anak-anak berada bersama dengan Al Quran. Televisyen wajib ditutup pada waktu ini dan sememangnya saya tidak membenarkan anak-anak menonton televisyen pada waktu malam, kecuali jika ada siaran-siaran tertentu sahaja.
Mendidik anak dengan Al Quran adalah antara amanah terpenting seorang ayah yang perlu dilaksanakan dengan jayanya terhadap anak-anak. Namun, jika rasa tidak mampu, atau ingin anak-anak mendapat guru yang lebih baik, lakukanlah.
Walaupun telah dihantar kepada guru, sedaya upaya, cubalah untuk mendidik anak-anak membaca Al Quran melalui usaha kita sendiri.
“Seandainya seorang lelaki itu dapat mengajar anaknya, adalah lebih utama daripada dia bersedekah dengan satu sha’” (Riwayat Tirmidzi)
Jika kita ikhlas mendidik anak-anak membaca Al Quran, dan anak-anak itu membesar dan dapat membaca Al Quran dengan baik asbab dari ajaran dari ayahnya sendiri, maka pahala anak itu setiap kali dia membaca Al Quran akan terus masuk ke dalam akaun ayahnya sehingga bila-bila, walaupun bila kita telah meninggal dunia. Apatah lagi jika kita bukan sahaja mengajar membaca Al Quran, tapi memahamkan anak akan isi-isi Al Quran dan mendorong mereka untuk mengamalkannya di sepanjang kehidupan.
“Barangsiapa yang menunjukkan jalan ke arah kebaikan, maka pahala baginya adalah seperti orang yang melakukannya.” (Riwayat Muslim)
Tidak mahukah kita, setelah kita mati nanti, kubur kita disinari oleh pahala anak-anak kita yang membaca Al Quran di dalam solat dan di rumah-rumah mereka, asbab dari kita yang tidak pernah jemu mendidik mereka membaca Al Quran.
Bila anak itu mengajarkan anak-anaknya pula membaca Al Quran dengan baik, maka pahalanya juga akan sampai kepada kita. Allahuakbar; Inilah simpanan tetap yang paling baik buat kita nanti di alam barzakh.
Mendidik anak-anak membaca Al Quran memang sukar, terutamanya jika kita bukan ahlinya, tapi belajarlah, belajarlah demi redha Allah agar nanti cerah masa depan kita di alam baqa’.
Mari wahai ayah, mulai hari ini, didiklah anak-anak membaca Al Quran dari tangan kita sendiri.
Percayalah keberkatan dan kemanisannya adalah amat luarbiasa.
@islamicdailyposts
TARBIYAH TIDAK PERNAH BERHENTI. KAMU SAJA YANG BERHENTI.
Mentarbiyah itu hak murabbi. Bukan hak mad;u atau mutarabbi. Tidak perlu konsensus.
Terkadang tarbiyah itu melawan arus. Ada orang suka dan tidak suka. Ada yang taat dan ada yang degil. Itu perkara biasa. Tetapi tarbiyah wajib berjalan dalam apa keadaan sekali pun. Susah atau senang. Sukar atau mudah.
Tarbiyah tidak pernah berhenti. Samaada maju atau mundur. Itu fitrah.
Siapa yang taat dan patuh akan dapat meneruskan perjalanan. Siapa yang lemah dan banyak soal akan berlabuh dalam kefuturan.
Siapa yang bermujahadah. Allah akan tunjuk banyak jalan. Allah akan buka barakah jalan.
Siapa yang tiada inisiatif untuk bermujahadah tiada jalan untuknya.
Dalam bermujahadah, kita perlu buka langkah dahulu, barulah datang bantuan Allah.
Allah berfirman : ;Jika hamba-Ku mendekati-Ku satu jengkal maka Aku akan mendekatinya satu
hasta, dan jika dia mendekati-Ku satu hasta Aku akan mendekatinya satu depa. Jika dia datang pada-Ku dengan berjalan maka Aku akan
mendatanginya dengan berlari
(HR. Bukhari - Hadits Qudsi)
Kalau begitu. Kenapa kita perlu berhenti;
@islamicdailyposts
Terkadang kita harus bersyukur terhadap musibah. Kerana turunnya, merupakan bagian dari rencana Allah SWT Yang Maha Indah.
Kerana datangnya, banyak membawa hikmah. Baik hikmah yang datangnya dengan tamparan, maupun dengan kelembutan. Baik hikmah yang datangnya di jemput sendiri, mahupun dengan perantara lingkungan sekitar kita. Sebab dengan hikmah, Allah SWT turunkan kebaikan yang melipah.
@islamicdailyposts
Bila seseorang itu terlanjur buat dosa, Allah terus murka dia ?
Tidak. Tapi tanda sayangnya Allah pada hambanya , bila seseorang tu terlanjur buat dosa, dia terus bertaubat, Allah ampunkan terus dosanya seolah olah dia tak ada buat apa apa dosa pun.
@islamicdailyposts
Lahirnya Kekasih Allah, iaitu Muhammad bin Abdullah. Kami rindu padamu.😘
;Sesungguhnya orang yang paling dekat denganku pada hari kiamat adalah orang yang paling banyak berselawat kepadaku;
Salam Maulidur Rasul
اللهم صلی علی سيدنا محمد وعلی آل سيدنا محمد♥️🍃
“Jangan bawa kesibukan dunia dalam solat. Tapi bawalah solat di tengah-tengah kesibukan dunia. Bagaimana solatmu, begitulah hidupmu.”
- Ustaz Wadi Annuar Ayub
@islamicdailyposts
Ajarkan hati untuk selalu ingat Allah.
Bila sudah terbiasa, hati kita pula yang akan ingatkan kita untuk sentiasa mengingati Allah.
@islamicdailyposts
Kenapa kena jaga mulut ?
Sebab setiap perkataan yang keluar dari mulut kita itu akan dipertanggungjawabkan di akhirat kelak.
@islamicdailyposts
12 Tips / Cara Mudah Bangun Malam Untuk Solat Tahajud.
1. Hal yang paling utama agar boleh bangun malam adalah minta tolong kepada Allah SWT dengan berdoa sebelum tidur. Jika sudah terjaga daripada tidur maka cepat-cepat bangun.
2. Biasakan tidur siang, 30 minit sebelum zuhur atau tidur selepas solat zuhur. Sabda Rasullah SAW “Lakukanlah Qailulah, kerana sesungguhnya syaitan itu tidak berani Qailulah” (Hadis Riwayat ai-Tabrani)
Apa itu Qailulah ? Qailulah ialah tidur sebentar pada siang hari.
Bila waktu paling sesuai untuk amalkan Qailulah ?
Mengikut pengalaman mereka yang istiqamah mengamalkan Qailulah, waktu paling baik ialah antara pukul 12 tengahari sehingga sebelum Zuhur. Namun boleh juga dilakukan selepas Zuhur.
3. Tidur lebih awal, jangan biasakan tidur lewat yang menyebabkan sukar nak bangun tahajud. Selewat-lewatnya jam 11 malam.
4. Ketahui jadual tidur anda setiap malam, dengan begitu anda boleh menentukan jam malam anda untuk tidur sesuai dengan keinginan anda mau bangun jam berapa pun. Untuk mengetahuinya cubalah uji dengan tidur lebih awal, kemudian pasang jam locing dengan waktu 4 pagi jika terjaga cuba bangun dan mulakan solat 2 rakaat dulu.
5. Mintalah isteri anda untuk membangunkan anda pada sepertiga malam kerana biasanya wanita akan lebih mudah terjaga.
6. Anda juga boleh minta bantuan pada teman-teman untuk saling membangunkan baik melalui telefon mahupun sms, dengan begitu anda juga sudah menerapkan tolong menolong dalam kebaikan.
7. Banyak-banyak minum sebelum tidur, dengan begitu kita akan sering buang air kecil. Setiap kita buang air kecil maka minumlah kembali air putih yang banyak, dengan begitu kita akan mudah terjaga sampai pada waktu sepertiga malam.
8. Sebagai latihan, anda boleh mulakan bangun malam anda setengah jam sebelum subuh dan solat yang ringan, jika sudah terbiasa maka dipercepat lagi menjadi 1 jam sebelum subuh dengan jumlah rakaatnya ditambah, begitu seterusnya.
9. Berwuduk, membaca Al Quran sebelum tidur dan gunakan adab-adab dan cara tidur yang diajarkan Rasulullah SAW.
10. Jangan Makan terlalu banyak sebelum tidur, kerana akan membuat kita menjadi malas untuk bangun tahajud.
11. Jangan tidur dalam keadaan berhadas besar kerana juga akan membuat kita malas untuk bangun tahajud.
12. Jangan berbuat maksiat, kerana setiap dosa yang kita lakukan akan membuat kita sukar bangun malam. Seterbiasa apapun anda bangun malam jika pada siang harinya anda berbuat maksiat maka insya Allah pada malam harinya anda akan akan untuk bangun malam.
Ini adalah beberapa cara yang boleh anda cuba lakukan agar mudah bangun malam. Semoga Tips Cara Mudah Bangun Malam Untuk Solat Tahajud di atas boleh bermanfaat bagi anda semua.
@islamicdailyposts
Antara penyebab lambatnya permintaan dikabulkan kerana :
1. Kurangnya berdoa.
2. Takda niat yang betul
3. Berdoa hanya sekadar perlu
4. Bersangka buruk pada Allah
@islamicdailyposts
Kemiskinan penarik sahabatmu dan kekayaan merupakan penolaknya.
Kerana yang datang semasa kamu miskin itu ialah yang tidak berhajat. Yang datang semasa kamu kaya itu berhajat.
Ramai pula kawan yang berubah semasa kamu menjadi kaya.
@islamicdailyposts
Faedah dari Ulama; untuk memelihara barang daripada hilang atau dicuri
Tuliskan pada kertas kemudian diletakkan pada barang tersebut
اَللهُ حَفِيظ اللهُ لَطِيف قديمٌ أزليٌ حيٌ قيومٌ لاينام
InshAllah boleh dipelihara barang tersebut dengan Izin Allah
@islamicdailyposts
Hai, saya ada jual preloved blouse muslimah, tudung, skirt (mostly size L dan XL)
❌ item sold akan di delete❌
Berminat boleh join /channel/+bFpf7ECdnyRhNWNl
Telegram
Preloved by Alisa
Blouse muslimah, tudung prelove untuk diletgo (Blouse mostly size L, XL)
;Berhati-hati dengan musuhmu iblis yang tiada mudah melepaskan dirimu. Jika dengan jalan kejahatan dia tidak dapat menggodamu, maka dia akan mendorongmu pada jalan kebaikkan dan dengannya dia akan bawa dirimu pada perasaan kemuliaan diri, riak dan kemegahan diri dengan amal-amalmu.;
- Walid Al Malik -
@islamicdailyposts
;Kita perlu belajar menerima bahawa hakikat dunia ini tidak pernah menjanjikan apa-apa, dan juga mengharapkan segala impian kita untuk tertunai. Kerana dunia ini hanyalah bersifat sementara. Yang kekal hanyalah DIA;
[Ibn Al-Muari]
@islamicdailyposts
Hidup ini ada susah dan senangnya.
Kehidupan ini akan menjadi indah, bilamana kita redha. Tetapi ianya akan menjadi pahit dan lebih susah, bila kita tidak redha.
Al Imam Abdullah ibn Alawi Al Haddad dalam syairnya,
;Jika engkau redha dengan takdir, nescaya engkau akan hidup bahagia. Jika engkau tidak redha dengannya, nescaya engkau hidup dalam kesedihan.;
- Sayyid Habib Najmuddin Bin Syed Othman Al Khered حفظه الله -
@islamicdailyposts
Jangan Pernah Merasa Lebih Baik, Lebih Suci dari Orang Lain
Suatu hari di tepi sungai Dajlah, Hasan al-Bashri seorang sufi besar melihat seorang pemuda duduk berdua-duaan dengan seorang perempuan. Di sisi mereka terletak sebotol arak.
Kemudian Hasan berbisik dalam hati, “Alangkah buruk akhlak orang itu dan baiknya kalau dia seperti aku;”.
Tiba-tiba Hasan melihat sebuah perahu di tepi sungai yang sedang tenggelam. Lelaki yang duduk di tepi sungai tadi terus terjun untuk menolong penumpang perahu yang hampir lemas. Enam dari tujuh penumpang itu berhasil diselamatkan.
Kemudian dia berpaling ke arah Hasan al-Bashri dan berkata, “Jika engkau memang lebih mulia daripada saya, maka dengan nama Allah selamatkan seorang lagi yang belum sempat saya tolong. Engkau diminta untuk menyelamatkan satu orang saja, sedang saya telah menyelamatkan enam orang”.
Bagaimanapun Hasan al-Bashri telah berusaha, namun ia gagal menyelamatkan yang seorang itu.
Maka lelaki itu berkata padanya, “Tuan, sebenarnya perempuan yang duduk di samping saya ini adalah ibu saya sendiri, sedangkan botol itu hanya berisi air biasa, bukan anggur atau arak”.
Hasan al-Bashri tertegun lalu berkata, “Kalau begitu, sebagaimana engkau telah menyelamatkan enam orang tadi dari bahaya tenggelam ke dalam sungai, maka selamatkanlah saya dari tenggelam dalam kebanggaan dan kesombongan”
Lelaki itu menjawab, “Mudah-mudahan Allah mengabulkan permohonan tuan”
Semenjak itu, Hasan al-Bashri semakin dan selalu merendahkan hati bahkan ia menganggap dirinya sebagai makhluk yang tidak lebih daripada orang lain.
Jika Allah membukakan pintu sholat tahajud untuk kita, menguatkan kita berpuasa sunnah, janganlah lantas kita memandang rendah saudara seiman yang sedang tertidur nyenyak atau mereka yang tidak berpuasa sunnah.
Boleh jadi orang yang gemar tidur dan jarang melakukan puasa sunat itu lebih dekat dengan Allah, daripada diri kita.
Ilmu Allah sangat amatlah luas.
Jangan pernah kagum atau takjub ; sombong pada amalanmu.
Saudara ; sahabatku indahnya cerita ini semoga menjadi Pengubat Jiwa agar kita terhindar dari sifat madzmumah (tercela), yakni merasa paling baik, paling suci daripada orang lain.
Walau sehebat mana diri kita jangan pernah brkata “Aku lebih baik daripada kalian” (Imam Al Ghazali)
@islamicdailyposts
Kalau nak pilih yang cantik ; tampan sampai bila-bila pun tidak akan pernah habis.
Bukanlah yang sempurna yang memilih yang paling cantik, tetapi yang sempurna ialah kamu memilih untuk saling melengkapi hidup kamu, menyempurnakan agama kamu, memimpin tanganmu ke syurga Allah.
@islamicdailyposts
Dah tertulis di Luh Mahfuz akan langkah perjalanan hidup kita.
Dengan siapa kita kenal
Dengan siapa kita berkawan
Bila kita jumpa jodoh
Bila ajal akan tiba.
Jadi jangan risau dengan perjalanan hidup mu. Kita hanya merancang, tapi Allah Swt sebaik baik perancang.
Alhamdulillah.
@islamicdailyposts
Dalam hidup ini gunakan dua cermin :
1. Untuk melihat kekuranganmu.
2. Untuk melihat kelebihan orang lain.
Supaya kau dapat belajar sesuatu.
@islamicdailyposts
Dalam hidup ini adakalanya kita perlu menangis, agar kita sedar hidup ini bukan hanya untuk bergembira dan ketawa.
Adakalanya kita perlu ketawa agar kita tahu menghargai nilai setitis air mata.
Kalau kita tidak merasa kesulitan hari ini, kita tidak akan rasai kemanisan kemudian hari.
Tidak salah untuk sesekali kita perlu derita untuk mengenal erti bahagia.
Sesekali kita perlu kecewa untuk kita kenal erti kejayaan.
Sesekali kita perlu menangis untuk kita syukuri nikmatNya yang diberi.
Sesekali kita perlu terhiris untuk kita kenal diri sendiri.
@islamicdailyposts
A woman;s true beauty is in her heart, her Iman, her Taqwa ; her love for the Deen. So few men understand this, but even fewer women do..
@islamicdailyposts
Pahala itu umpama WANG yang akan digunakan untuk kita berbelanja di akhirat. Hakikatnya setiap kebaikan itu pahalanya akan dibalas sekecil 10 kali ganda hingga 700 kecuali pahala orang yang berpuasa dan berjihad yg akan dibalas lebih dari itu.
Sehinggakan SEKECIL kebaikan iaitu hanya dgn membaca SATU HURUF dari Al-Quran pun di balas dengan 10 pahala.
Justeru tamaklah kita untuk merebut pahala agar kita mewah berbelanja di akhirat, Insyaa Allah. Maka amat rugilah bagi orang2 yg meremehkan sekecil2 kebaikan.
@islamicdailyposts
Dunia adalah penjara, sesiapa yang mengejar dunia akan sengsara, siapa yang memiliki dunia dia terpenjara. Sesiapa yang menjadi hamba dunia, dia terhina. Sesiapa yang mengadaikan dunia untuk akhirat, dia beroleh untung dan laba.
@islamicdailyposts
Amalan Buang Penyakit WAS-WAS
Disebut dalam kitab Hasyiah i;anatul Tolibin
Daripada Imam Abu Hassan As syazali
سُبَحَانَ المَلِكِ القُدّوسِ الخَلّاَقِ الفَعَّالِ
Baca 7 kali
Kemudian baca
إِنْ يَشَأْ يُذْهِبْكُمْ وَيَأْتِ بِخَلْقٍ جَدِيدٍ وَمَا ذَلِكَ عَلَى اللَّهِ بِعَزِيزٍ
@islamicdailyposts