361
•Tegur tanda sayang •Sebarkan kebaikan dan manfaat
"Siapalah kita untuk menghakimi kotor jernihnya seseorang. Kita semua ada dosa yang Allah sembunyikan daripada pengetahuan umum. Bersederhanalah, dan kenanglah dosa kita sendiri".
Dalam perjalanan melangkah ke hari esok, jangan lupa selitkan rasa syukur untuk hari semalam.
"Saya tak pernah menyesal mempercayai Allah. Sebab saya yakin, mesti ada kebaikan bersamanya".
- Irdina | Kleptokrasi 1 -
@dakwahonz
Setiap kali hati menghala kepada perbuatan maksiat, berpalinglah semula kepada Dia.
Jalan pulang cuma satu, melangkahlah lebih jauh dalam memaksa diri menjauhi bisikan hawa nafsu.
Kadang, hawa nafsu lebih besar dari bisikan syaitan. Maka, perbaiki itu.
".. Sesungguhnya nafsu itu selalu menyuruh kepada kejahatan kecuali orang yang telah diberi rahmat oleh Tuhanku..".
(Surah Yusuf: 53)
@dakwahonz
Percaya itu bersifat suci dan tulus. Jangan kotorkan dengan kata dusta yang menjanjikan bahagia.
@dakwahonz
"Ketika Allah mencintaimu, maka jangan tolak cinta itu dengan perbuatan maksiat".
[Ustaz Adi Hidayat]
@dakwahonz
Kalau nak aura hati kita kuat pada kebaikan, maka perbanyakkanlah tanam & rawat hati kita dengan kalimah tauhid,
لا إله إلا الله 🍀
[Ustazah Norhafizah Musa]
@dakwahonz
Apa Khabar Hatimu?
Apa khabar hatimu,
Masihkah ia boleh merasa suapan nikmat dalam rahmat?
Apa khabar hatimu,
Masihkah ia boleh melihat pandangan Allah yang sangat dekat?
Apa khabar hatimu,
Masihkah ia boleh mendengar sapaan Ilahi mengajak merapat?
Apa khabar hatimu,
Masihkah ia boleh tenang menetap?
Tenang, damai dengan janji Rabb?
Apa khabar hatimu,
Apa yang sedang diburu dan ke mana arah yang sedang dituju?
Apa khabar hatimu,
Bisakah ia melihat tempatmu nanti di liang lahad?
Apa khabar hatimu,
Apakah sedang kelam dengan silauan dunia?
Apakah sedang merana kerana harapan dunia?
Apakah sedang lemah tunduk diperbudak nafsu?
Apa khabar hatimu,
Masihkah ia sihat untuk menjadi wadi indah, tadahan cinta Rabbul 'Izzati. Untuk menjadi Raudah yang mekar, menanam akar iman yang takkan pudar.
Hatimu, hatimu, hatimu.
يَوْمَ لَا يَنفَعُ مَالٌۭ وَلَا بَنُونَ
"Hari yang padanya harta benda dan anak-pinak tidak dapat memberikan pertolongan sesuatu apapun".
(Asy-Syu'araa' : 88)
[Ustazah Norhafizah Musa]
In a world where honesty is rare and sincerity is scarced, it is far better to be someone who walks with truth, someone whose presence is trusted, whose words are firm, and whose character does not change like the weather.
Because in the end, truth stands firm, while betrayal always crumbles.
- A Journey Through Betrayal and Back | Sharifah Nadirah
@dakwahonz
Kata hamba Tuhan, tapi selalu lawan takdir Tuhan 🍃
[Syeikh Nik Bakri Nik Mat]
Bahasa mudahnya, keras hati untuk paksa diri tunduk kepada suruhan agama.
Sekadar tahu & faham, tanpa ada rasa untuk beramal.
Terlalu fokus 'mengajak', tanpa 'menjadi'.
حسبنا الله ونعم الوكيل 🌱
@dakwahonz
Redha itu menerima pada hatinya, tapi berusaha pada zahirnya.
[Syeikh Nik Bakri Nik Mat]
@dakwahonz
Manusia itu aneh.
Ingin syurga, tapi banyak mengerjakan amalan neraka.
Tak ingin ke neraka, tapi banyak terjerumus pada sifat-sifat ahli neraka.
Ingin masuk syurga, tapi jauh dari Allah.
Ingin pintar, tapi tidak kenal Allah.
Ingin bahagia dalam kehidupan rumah tangganya, tapi tak pernah ada sujud dalam kehidupan rumahnya.
Sampai saat ini, berapa di antara kita yang ada kesedaran untuk punya hubungan yang kuat dengan Allah? 🍃
[Ustaz Adi Hidayat]
@dakwahonz
Mana-mana manusia pun akan rasa goyah atau terkejut apabila diuji, itu namanya reaksi.
Tapi, apapun yang berlaku, kembali pada Allah. Itu yang akan membuatkan kita kembali tenang untuk jalani hari seterusnya.
Biasakan jaga muka dan nada suara apabila berurusan dengan manusia.
Emosi dan perasaan penat yang datang, bukan untuk dilempiaskan kepada orang.
Sendiri punya emosi, jaga.
Dosa dengan manusia ni, hati-hati. Jangan pandang remeh akan kesannya.
Besar, sehingga boleh jadi muflis di akhirat.
Naudzubillah.
@dakwahonz
Didik hati untuk sentiasa kawal emosi,
Agar ketika berdepan dengan manusia dan ragamnya, kita kedepankan hati, bukan emosi 🍀.
@dakwahonz
Sering sahaja mulut kita ringan membicarakan kesalahan orang lain, sehingga lupa terhadap aib sendiri.
Berpadalah, dalam lisan dan tindakan.
Setiap manusia, punya perasaan.
@dakwahonz
3 perkara yang mencelakakan manusia:
1. Merasa besar
2. Merasa terpuji
3. Merasa suci
Maka, kesemua ni perlu dibersihkan ketika solat.
[Ustaz Abdul Somad]
@dakwahonz
Jika menjauhkan diri adalah jalan hijrah yang kau pilih, esok hari kalau dia perlukan pertolongan, tak ada siapa yang dia boleh harapkan, memandangkan kawan sendiri dah berputus asa dalam berdakwah.
Sejauh manapun sahabat kau, jangan pernah tinggalkan dia terkapai-kapai cari kebenaran.
Hakikatnya, hati dia tetap milik Allah. Lembutnya hati dia atas izin Allah.
Bencilah perbuatannya, namun bukan pada pelakunya. Manusia boleh berubah.
- Pulang Sebelum Hijrah
@dakwahonz
Kita tak tanamkan dalam hati dengan kalimah tauhid,Читать полностью…
لا إله إلا الله.
Lalu, apa yang berlaku?
Hati ni menuhankan selain Allah. Tak sedikit kita menuhankan nafsu. Tak kurang kita menuhankan emosi dan perasaan. Semua jadi Tuhan.
Tak habis-habis bercerita tentang kelukaan, sakit hati, tak puas hati kita.
Tapi tak tambah pun bacaan Al-Quran, tak istiqomah pun tahajud, tak tambah pun kualiti sedekah.
Yang kita tambah apa? Emosi saya, hati saya, perasaan saya, jiwa saya.
Sebenarnya kita sudah ketandusan menghayati kalimah لا إله إلا الله .
Tak ada sembahan kecuali Allah.
Emosi dan perasaan ni penting, tapi jangan dituhankan.
Jangan semua benda nak rujuk perasaan.
[Ustazah Norhafizah Musa]
@dakwahonz
Sebagaimana kita tak boleh berjalan dengan baju yang comot, kotor & busuk,
Macam mana kita boleh menjalani kehidupan dengan hati yang busuk?
[Ustazah Norhafizah Musa]
@dakwahonz
Kecantikan itu tidak berdiri sendiri. Ia perlu disokong oleh nilai agama dan budi pekerti.
[Ustazah Norhafizah Musa]
@dakwahonz
Choose to have time with God, instead of being too busy for God.
Choose to exercise your mind and soul, instead of your thumbs.
- Nearness to You | Nur Fadhilah Wahid
@dakwahonz
Ketika bertemu dengan orang yang tanpa segan silu mengaku tidak solat, claim diri sendiri kafir dan ahli neraka..jaga hati dan teguhkan iman.
Mesti ada sebab di sebalik ucapan, perbuatan & sikap ketidakbergantungan mereka kepada Allah.
Jangan menghakimi dan menjauh. Tunjuk contoh yang baik saja dulu sebagai teguran.
Setiap orang ada sisi baik dan buruk. Jika bukan pada zahirnya, mungkin pada hatinya.
Malang sekali, ada sebahagian daripada kita yang rasa diri mulia..sedangkan apabila bersendirian entah apa yang menjamu mata 🍂.
@dakwahonz
Apa tipu daya paling bahaya dalam kalangan penuntut ilmu agama?@dakwahonz Читать полностью…
Aktif sebarkan mesej dakwah & mengajak kepada kebaikan di media sosial,
Tapi tiada usaha untuk perbaiki diri juga. Hanya mengajak orang lain beramal, tanpa amalan 💔.
Kadangkala perkara dan orang yang baik mendatangi kita tanpa dicari. Mensia-siakan orang baik adalah satu kerugian dalam hidup.
Semua orang layak disayangi dengan apa-apa jua cara, melalui sesiapa sahaja. Itu namanya kasih sayang Tuhan melalui manusia ❣️.
- Matahari Pun Terluka | Ainul Farihah
@dakwahonz
Hargai setiap yang terjadi, dan hargai setiap orang yang berada di sekeliling.
Hargai mereka dengan cara mereka mahu dihargai, bukan dengan cara kita mahu menghargai. Itu akan membantu kamu.
- Penulis Yang Disayangi Tuhan
@dakwahonz
Andai terlalu membandingkan, hati itu susah untuk rasa syukur.
Andai terlalu takut akan ketidakpastian, hati itu akan susah untuk percaya diri.
Tapi andai hati, jiwa, jasad & rohani itu tahu bagaimana untuk kiblatkan urusan hati, maka hidup akan terasa mudah ☺️.
Setiap yang berusaha, pasti Allah mudahkan langkah 🤍.
@dakwahonz