resepiiviral | Unsorted

Telegram-ΠΊΠ°Π½Π°Π» resepiiviral - β™₯οΈŽβ€’π‘π„π’π„ππˆ π•πˆπ‘π€π‹β€’β™₯︎

7192

𝖯𝖾𝗅𝖻𝖺𝗀𝖺𝗂 π—‹π–Ύπ—Œπ–Ύπ—‰π—‚ 𝗏𝗂𝗋𝖺𝗅 π—Žπ—‡π—π—Žπ—„ π—Œπ–Ύπ—†π—Žπ–Ί. π–²π–Ύπ—†π—ˆπ—€π–Ί 𝗂𝖺𝗇𝗒𝖺 𝖻𝖾𝗋𝗆𝖺𝗇𝖿𝖺𝖺𝗍 π—Žπ—‡π—π—Žπ—„ 𝖺𝗇𝖽𝖺 π—Œπ–Ύπ—†π—Žπ–Ί.β™₯️ [ 16 α΄α΄€Κ€α΄„Κœ 2020 ]

Subscribe to a channel

β™₯οΈŽβ€’π‘π„π’π„ππˆ π•πˆπ‘π€π‹β€’β™₯︎

πŸ‘©β€πŸ³@ResepiiViral

Π§ΠΈΡ‚Π°Ρ‚ΡŒ ΠΏΠΎΠ»Π½ΠΎΡΡ‚ΡŒΡŽ…

β™₯οΈŽβ€’π‘π„π’π„ππˆ π•πˆπ‘π€π‹β€’β™₯︎

πŸ‘©β€πŸ³@ResepiiViral

Π§ΠΈΡ‚Π°Ρ‚ΡŒ ΠΏΠΎΠ»Π½ΠΎΡΡ‚ΡŒΡŽ…

β™₯οΈŽβ€’π‘π„π’π„ππˆ π•πˆπ‘π€π‹β€’β™₯︎

π—£π—’π—£π—œπ—” π—π—˜π—π—”π—₯π—œ π—žπ—˜π—§π—”π—  π—–π—›π—˜π—˜π—¦π—˜

Bahan-bahan :

Isi ketam atau crabstick
Cheese
Kulit popia
Sedikit air

Cara Memasak :

1) Potong kepingan cheese menjadi 3 bahagian
2) Ambil kulit popia letakkan crab stick dan cheese kemudian gulung dan lekatkan hujung popia dengan air
3) Ulang step hingga habis
4) Goreng hingga kekuningan
5) Sedia untuk dihidang

https://whatsapp.com/channel/0029Vb7NgkD2f3EBqbyvIt0e

πŸ‘©β€πŸ³@ResepiiViral

Π§ΠΈΡ‚Π°Ρ‚ΡŒ ΠΏΠΎΠ»Π½ΠΎΡΡ‚ΡŒΡŽ…

β™₯οΈŽβ€’π‘π„π’π„ππˆ π•πˆπ‘π€π‹β€’β™₯︎

π—£π—’π—£π—œπ—” π—šπ—’π—₯π—˜π—‘π—š π—•π—˜π—₯π—¦π—œπ—₯𝗔 π—£π—˜π——π—”π—¦

Bahan-bahan:
Kulit popia secukupnya
Bahan untuk lekatkan kulit popia:
2 sudu besar tepung gandum
sedikit air

Bahan untuk inti popia:
2 ulas bawang putih, cincang halus
1 biji sengkuang, potong memanjang
1 batang karot, parut kasar
sedikit biji kobis, cincang kasar
sedikit taugeh
1 biji bawang besar, hiris halus
1 sudu besar sos tiram
2 sudu besar udang kering, tumbuk halus
gula dan garam secukup rasa

Bahan untuk sos sira pedas:
2-3 sudu besar minyak masak
1 ulas bawang putih, tumbuk halus
1 ulas bawang merah, tumbuk halus
2 sudu besar cili kisar
3 sudu besar sos cili
2 sudu besar gula
1 sudu besar cuka makan
sedikit garam
bijan, disangai atau goreng tanpa minyak

Cara Penyediaan:

Cara-cara untuk tepung gam:
Bancuh tepung bersama air sedikit demi sedikit sehingga menjadi pes yang pekat.
Cara-cara untuk popia:
Ambil sekeping kulit popia. Sudukan inti popia dan balut dengan kemas.
Gamkan bahagian hujung lipatan dengan bancuhan tepung/gam.
Goreng sehingga kekuningan dan rangup. Angkat dan ketepikan.

Cara-cara untuk popia sos sira pedas:
Panaskan minyak dan tumis bawang putih dan bawang merah yang ditumbuk halus sehingga kekuningan.
Masukkan cili kisar dan masak seketika sehingga pecah minyak.
Masukkan sos cili, gula dan cuka makan. Masak sehingga kuah pekat dan perasakan dengan garam secukupnya.
Apabila sos sudah masak, tuang popia goreng di dalam kuali dan kacau sos sehingga menyaluti semua permukaan popia. Pastikan popia digaul dengan cepat.
Angkat dan susun di atas pinggan. Taburkan dengan bijan untuk hiasan.

Tip:
Popia harus digoreng dengan minyak panas di api sederhana supaya kulitnya masak sekata, kekuningan dan rangup.
Pastikan juga sos sira masak dengan sempurna dan pekat sebelum digaul kerana jika sos sira cair, popia akan mudah menjadi lembik apabila digaul kemudian nanti. Kalau tak ada cuka makan, boleh gunakan air asam jawa sebagai ganti.

cc yt Che Nom

https://whatsapp.com/channel/0029Vb7NgkD2f3EBqbyvIt0e

πŸ‘©β€πŸ³@ResepiiViral

Π§ΠΈΡ‚Π°Ρ‚ΡŒ ΠΏΠΎΠ»Π½ΠΎΡΡ‚ΡŒΡŽ…

β™₯οΈŽβ€’π‘π„π’π„ππˆ π•πˆπ‘π€π‹β€’β™₯︎

π—Ÿπ—”π—žπ—¦π—”π—  (sukatan utk 4 org mkn)



3 cawan tepung beras

1/2 cawan tepung gandum

6 cawan air (3 air panas + 3 air biasa)

2 sudu besar minyak

.

1. Satukan semua bahan di atas kacau sampai tak berketul.

2. Kukus dengan pinggan ikea, saya letak 2 senduk adunan.

3. Kukus sampai gelembung (3 minit). Bila angkat dah suam2 baru gulung.

**guna pinggan plastik dan sapu sikit minyak supaya cantik serta tidak melekat.

Bahan kuah :

1 biji kelapa - ambil santan

*7 ekor ikan sardin rebus

*2 ulas bawang merah

1 inci lengkuas (ketuk)

Gula

Garam

1 keping asam keping

1 sudu teh lada hitam

1. Blend bahan yg bertanda *. Masukkan dlm periuk bersama santan.

2. Masukkan bahan2 lain yg di atas, kacau sampai mendidih..jgn tinggal nanti berketul.

3. Kemudian perasakan dgn gula dan garam.


Bahan hiasan (hiris) :

Kacang panjang

Timun

Kobis

Taugeh

Bunga kantan

Sambal cili

Kredit resepi & foto : Nor aida

https://whatsapp.com/channel/0029Vb7NgkD2f3EBqbyvIt0e

πŸ‘©β€πŸ³@ResepiiViral

Π§ΠΈΡ‚Π°Ρ‚ΡŒ ΠΏΠΎΠ»Π½ΠΎΡΡ‚ΡŒΡŽ…

β™₯οΈŽβ€’π‘π„π’π„ππˆ π•πˆπ‘π€π‹β€’β™₯︎

π—žπ—¨π—œπ—› 𝗣𝗨𝗧π—₯π—œ π—¦π—”π—Ÿπ—π—¨

Bahan-bahan:

- 250 gram marjerin
- 50 gram mentega
- 75 gram gula aising
- 1 kuning telur
- 350 gram tepung gandum protein rendah
- 50 gram tepung jagung
- 50 gram keju edam parut (pilihan)
- Gula aising untuk taburan

Cara membuat:

1. Pukul marjerin, mentega, dan gula aising hingga lembut dan sebati.
2. Masukkan kuning telur, pukul hingga sebati.
3. Masukkan tepung gandum dan tepung jagung yang sudah diayak, gaul rata dengan spatula.
4. Tambahkan keju edam parut (jika menggunakan), gaul rata.
5. Ambil sedikit adunan, bentuk menjadi bulan sabit kecil.
6. Susun kuih di atas loyang yang sudah disapu marjerin.
7. Bakar dalam ketuhar dengan suhu 150 darjah Celsius selama 20-25 minit, atau hingga kuih masak.
8. Angkat kuih dari ketuhar, biarkan sejuk.
9. Tabur kuih dengan gula aising hingga seluruh permukaan tertutup rata.
10. Simpan kuih putri salju dalam bekas kedap udara.

Tips:

- Gunakan marjerin dan mentega dengan kualiti yang baik untuk hasil yang lebih enak.
- Ayak tepung gandum dan tepung jagung agar tidak ada gumpalan.
- Jangan terlalu lama memukul adunan selepas menambah tepung, agar kuih tidak keras.
- Bakar kuih dengan suhu rendah agar tidak hangus.
- Biarkan kuih sejuk sebelum ditabur gula aising agar gula tidak cair.

https://whatsapp.com/channel/0029Vb7NgkD2f3EBqbyvIt0e

πŸ‘©β€πŸ³@ResepiiViral

Π§ΠΈΡ‚Π°Ρ‚ΡŒ ΠΏΠΎΠ»Π½ΠΎΡΡ‚ΡŒΡŽ…

β™₯οΈŽβ€’π‘π„π’π„ππˆ π•πˆπ‘π€π‹β€’β™₯︎

πŸ‘©πŸ»β€πŸ³π—žπ—¨π—œπ—› π—¦π—œπ—£π—¨π—§πŸ‘©πŸ»β€πŸ³

1. 1kg tpg gandum xkisah cap apaΒ² (sy guna bakers choice)
2. 1 peket serbuk kari babas daging spicy (25g)
3. 1 cawan majerin (sy guna cap pelangi)
4. 1 biji telor
5. Β½ cawan gula
6. 1 sudu teh garam halus
7. Jintan manis & jintan putih (tiada sukatan agakΒ² je blend)
8. Daun kari (gunting halusΒ²)
9. 1 Β½cawan santan..
------
Satukan semua bahanΒ² gaul hingga sebati, masukkn sedikit air dan uli..doh jgn trlalu lembik jgn trlalu keras,sedangΒ² je .. dh siap bleh terus terap kt papan acuan golekΒ² je siput korg atas dulang , masa grg nt tabur je daun kari dlm myk tu bg wangi...selamat mencuba

KREDIT :: SuiSan Aliezsha

https://whatsapp.com/channel/0029Vb7NgkD2f3EBqbyvIt0e

πŸ‘©β€πŸ³@ResepiiViral

Π§ΠΈΡ‚Π°Ρ‚ΡŒ ΠΏΠΎΠ»Π½ΠΎΡΡ‚ΡŒΡŽ…

β™₯οΈŽβ€’π‘π„π’π„ππˆ π•πˆπ‘π€π‹β€’β™₯︎

πŸ½π—‘π—”π—¦π—œ π—”π—¬π—”π— πŸ½

RESEPI AYAM PERAP UNTUK NASI AYAM :

BahanΒ² :
Ayam 1 ekor
Bawang besar 2 labu*
Bawang putih 5 ulas*
Halia 1 inci (besar ibu jari)*
Serbuk jintan manis & jintan putih
Serbuk ketumbar
Kicap pekat manis (sy guna mudim)
Gula perang (xda guna ja gula pasir)
Garam dan serbuk hilal

.
Cara2:

1) Rebus separa masak ayam. Jangan sampai masak terus takut nanti isi hancur.

2) Blend bahan bertanda *

3) Dah separa masak, toskan. (air rebusan jangan buang boleh masuk dalam sup. Dalam mangkuk asing, campur bahan kisar dengan 1 sudu kecil jintan manis, 1 sudu kecil jintan putih, 1 sudu kecil serbuk ketumbar.

4) Kacau dan masukkan gula perang/gula pasir 3-4 sudu besar, kicap manis 4-5sudu besar. Sedikit serbuk hilal dan garam agak2 ja saya letak dlm separuh sudu kecil jaa sebab kicap dah masin.

5) Lepas bahan perapan dah siap campur, tuang dalam ayam tadi.. gaul perlahan ja sebab ayam tu dh lembut.

Lepas sejam boleh goreng, goreng xperlu lama sgt sbb ayam dah masak dalam just nak bagi bahagian luar tu garing2 crispy rasa berempah manis2 karamel gitu.

Selamat mencuba.

Kredit : Fatyn Zamry

https://whatsapp.com/channel/0029Vb7NgkD2f3EBqbyvIt0e

πŸ‘©β€πŸ³@ResepiiViral

Π§ΠΈΡ‚Π°Ρ‚ΡŒ ΠΏΠΎΠ»Π½ΠΎΡΡ‚ΡŒΡŽ…

β™₯οΈŽβ€’π‘π„π’π„ππˆ π•πˆπ‘π€π‹β€’β™₯︎

πŸ‘©πŸ»β€πŸ³π—£π—¨π—Ÿπ—¨π—§ π—£π—”π—‘π—šπ—šπ—”π—‘π—šπŸ‘©πŸ»β€πŸ³

BAHAN PULUT
1 kg beras pulut
1 cawan santan
Garam secukup rasa

.
CARA MEMBUAT PULUT
1. Cuci beras bulut bersih-bersih. Rendam selama 30 minit. Kemudian kukus sehingga masak.
2. Keluarkan pulut yang sudah dikukus tadi. Gaul dengan sedikit santan dan garam. Kukus lagi beberapa minit.
3. Matikan api dan biarkan sejuk.

.
BAHAN INTI
7 tangkai cili kering
3 cm kunyit hidup
1 sudu besar udang kering
1 sudu kecil jintan manis
1 sudu kecil jintan putih
2 inci halia
2 batang serai
3 ulas bawang merah kecil
2 ulas bawang putih
1 biji kelapa (diparut)
1 cawan air
Gula perang secukup rasa
Garam secukup rasa

.
CARA MEMBUAT INTI

1. Kisar cili kering, kunyit hidup, udang kering, jintan manis, jintan putih, halia, serai, bawang merah dan bawang putih.
2. Panaskan kuali dan masukkan kelapa parut. Kemudian masukkan bahan yang dikisar tadi.
3. Masukkan air. Masak inti dengan api sederhana. Selalu kacau.
4. Masukkan gula perang dan garam. Kacau sehingga inti kering. Matikan api, ketepikan.

CARA PENYEDIAAN
1. Ambil pulut. Kepal-kepalkan. Letak inti. Kemaskan.
2. Gulung dalam daun pisang. Kemaskan. Kemudian klip dengan lidi atau dawai kokot (stapler)
3. Panggang atas api atau guna air fryer pun boleh. Siap.
.
Nota: Mana yang belum mahu dipanggang, masukkan dalam bekas plastik. Boleh simpan dalam peti sejuk untuk disejukbekukan.

https://whatsapp.com/channel/0029Vb7NgkD2f3EBqbyvIt0e

πŸ‘©β€πŸ³@ResepiiViral

Π§ΠΈΡ‚Π°Ρ‚ΡŒ ΠΏΠΎΠ»Π½ΠΎΡΡ‚ΡŒΡŽ…

β™₯οΈŽβ€’π‘π„π’π„ππˆ π•πˆπ‘π€π‹β€’β™₯︎

π—₯π—’π—§π—œ π—π—”π—Ÿπ—”

Bahan-bahan

Tepung gandum 3 cawan

2 cawan air

1 cawan santan/ susu cair

Telur 1 biji

Minyak masak 1/4 cawan

Garam 1 sudu kecil

Sedikit serbuk kunyit

.

Cara- cara

1.Blend kan sampai bancuhan betul2 halus , selepas itu tapis supaya mudah untuk menjala nanti.

2. Masukkan dalam acuan roti jala.

3. Panaskan kuali leper. Sapu sedikit minyak. Kirai roti secara membulat pada kuali.Masak dgn api sederhana.

4. Pastikan gulung cepat,jgn terlalu dedahkan roti jala kpd udara nanti kering.

5. Slps gulung ltk dlm bekas bertutup.

6. Hidangkan dgn kuah kari.

Selamat mencuba.

https://whatsapp.com/channel/0029Vb7NgkD2f3EBqbyvIt0e

Kredit: Nur Masri

πŸ‘©β€πŸ³@ResepiiViral

Π§ΠΈΡ‚Π°Ρ‚ΡŒ ΠΏΠΎΠ»Π½ΠΎΡΡ‚ΡŒΡŽ…

β™₯οΈŽβ€’π‘π„π’π„ππˆ π•πˆπ‘π€π‹β€’β™₯︎

https://whatsapp.com/channel/0029Vb7NgkD2f3EBqbyvIt0e

Π§ΠΈΡ‚Π°Ρ‚ΡŒ ΠΏΠΎΠ»Π½ΠΎΡΡ‚ΡŒΡŽ…

β™₯οΈŽβ€’π‘π„π’π„ππˆ π•πˆπ‘π€π‹β€’β™₯︎

π——π—”π—šπ—œπ—‘π—š π—•π—˜π—₯π—¦π—”π— π—•π—”π—Ÿ

πŸ‘©β€πŸ³@ResepiiViral

Π§ΠΈΡ‚Π°Ρ‚ΡŒ ΠΏΠΎΠ»Π½ΠΎΡΡ‚ΡŒΡŽ…

β™₯οΈŽβ€’π‘π„π’π„ππˆ π•πˆπ‘π€π‹β€’β™₯︎

𝗦𝗔π—₯π——π—œπ—‘ π— π—”π—¦π—”π—ž π—Ÿπ—˜π— π—”π—ž

πŸ‘©β€πŸ³@ResepiiViral

Π§ΠΈΡ‚Π°Ρ‚ΡŒ ΠΏΠΎΠ»Π½ΠΎΡΡ‚ΡŒΡŽ…

β™₯οΈŽβ€’π‘π„π’π„ππˆ π•πˆπ‘π€π‹β€’β™₯︎

𝗗𝗒𝗑𝗨𝗧 π—šπ—˜π— π—’π—ž 𝗧𝗔𝗑𝗣𝗔 π—¨π—Ÿπ—œ

πŸ‘©β€πŸ³@ResepiiViral

Π§ΠΈΡ‚Π°Ρ‚ΡŒ ΠΏΠΎΠ»Π½ΠΎΡΡ‚ΡŒΡŽ…

β™₯οΈŽβ€’π‘π„π’π„ππˆ π•πˆπ‘π€π‹β€’β™₯︎

π—•π—¨π—žπ—’ 𝗣𝗔𝗑𝗗𝗔𝗑

πŸ‘©β€πŸ³@ResepiiViral

Π§ΠΈΡ‚Π°Ρ‚ΡŒ ΠΏΠΎΠ»Π½ΠΎΡΡ‚ΡŒΡŽ…

β™₯οΈŽβ€’π‘π„π’π„ππˆ π•πˆπ‘π€π‹β€’β™₯︎

"SERIMUKA DURIAN"
(Jika tiada durian, boleh gantikan dengan cempedak)

RESIPI DAN BAHAN-BAHAN:
BAHAGIAN BAWAH:(resipi ni guna sukatan cawan kopi teh )

βœ”οΈ1 1/2 cawan beras pulut(rendam 30minit hingga 1jam)
❀️Kalau beras pulut susu tak perlu rendam..basuh dan toskan terus jer guna❀️
βœ”οΈ2 cawan santan sederhana cair
βœ”οΈ1/2 sudu teh garam
βœ”οΈ1-2 helai daun pandan(disimpul)

Cara..
Panaskan kukusan hingga air mendidih(guna api besar)..sapu minyak pada loyang saiz 9x9 dan lapik plastik..masukan semua bahan bahagian bawah dalam loyang..kukus selama 25 minit guna api besar...
Buang daun pandan..kacau dan tekan-tekan pulut dan mampat2kan dalam loyang guna senduk..

BAHAGIAN ATAS:

βœ”οΈ1 biji telur gred A @ B
βœ”οΈ1 cawan gula(saya suka kurang manis saya letak 3/4 cawan sahaja)
βœ”οΈ1/2 cawan tepung gandum
βœ”οΈ1/2 cawan tepung kastard
βœ”οΈ1 sudu besar membukit tepung beras cap bunga teratai
βœ”οΈ1/2 sudu teh garam
βœ”οΈ1 cawan durian
βœ”οΈ2 cawan santan daripada 1/2 biji kelapa parut(kisar,perah,sukat)
βœ”οΈSedikit pewarna kuning lemon

CARA-CARA:

Satukan semua bahagian atas..kisar kemudian tapis ke dalam periuk..masak seketika guna api perlahan sambil kacau hingga naik wap(jangan lama tau..kalau likat sure tak jadi..sekadar sentuh periuk terasa panas dah cukup yer)
Tuang bahagian atas kat atas pulut tadi..kukus semula selama 30 minit api perlahan(bukan api paling kecik yer)Jangan guna api besar atau sederhana nanti permukaan atas akan berombak..

Setiap 7 minit buka dan lap bawah tudung kukusan..ulang hingga cukup masa..
Dah cukup masa.. buka tudung kukusan..kukus lagi 5 minit tanpa tudung kukusan untuk keringkan air atas permukaan kuih serimuka..siap..
Bahagian atas jika tak nak masak sekejap pun boleh..lepas kisar semua bahan terus tuang atas pulut dan kukus..
Biarkan serimuka betul-betul sejuk baru potong guna pisau plastik yer....

Selamat mencuba...πŸ˜ƒ

https://whatsapp.com/channel/0029Vb7NgkD2f3EBqbyvIt0e

πŸ‘©β€πŸ³@ResepiiViral

Π§ΠΈΡ‚Π°Ρ‚ΡŒ ΠΏΠΎΠ»Π½ΠΎΡΡ‚ΡŒΡŽ…

β™₯οΈŽβ€’π‘π„π’π„ππˆ π•πˆπ‘π€π‹β€’β™₯︎

π—£π—’π—£π—œπ—” 𝗖𝗔π—₯𝗕𝗒𝗑𝗔π—₯𝗔 π—–π—›π—˜π—˜π—¦π—˜

Bahan-bahan:

Kulit popia
2 tin sos prego carbonara
1 tin campbell mushroom
1 tin cendawan butang
1 bungkus daging kisar
1 bungkus sosej
Cheese
2 bawang besar
1 cili bangla

Cara Memasak:

1) potong semua bahan seperti cendawan, sosej dan cili bengala.

2) hancurkan daging kisar ke dalam bekas.

3) tumis bawang besar yang dipotong tadi

4) masukkan daging kisar

5) masukkan sos prego dan sos campbell

6) masukkan sosej dan cili

7) kacau hingga sebati

😎 masukkan sos carbonara cheese tadi ke dalam kulit popia dan bungkus. Ulang proses yang sama sehingga habis

9) goreng popia ke dalam minyak yang panas. Popia sedia untuk dihidangkan!

Cc : Abdullah Kadir

https://whatsapp.com/channel/0029Vb7NgkD2f3EBqbyvIt0e

πŸ‘©β€πŸ³@ResepiiViral

Π§ΠΈΡ‚Π°Ρ‚ΡŒ ΠΏΠΎΠ»Π½ΠΎΡΡ‚ΡŒΡŽ…

β™₯οΈŽβ€’π‘π„π’π„ππˆ π•πˆπ‘π€π‹β€’β™₯︎

π—£π—’π—£π—œπ—” π—‘π—˜π—¦π—§π—¨π— 

Bahan untuk popia nestum :

1 bungkus kulit popia
1/2 cawan nestum (Che Nom lebihkan Nestum kepada satu cawan), kisar halus
1/2 cawan horlicks
1/2 cawan gula halus

Bahan untuk gam :
2 sudu besar tepung
1/4 cawan air

CARA-CARA:

Bancuh tepung bersama air dan ketepikan.

Gulung kulit popia menggunakan sebilah lidi satay atau chopstick. Pastikan ada sedikit ruang di tengah-tengah gulungan.

Sapukan bancuhan tepung di bahagian hujung supaya gulungan kulit popia melekat. Ulang proses sehingga habis kulit popia. Tutup dengan kain supaya tidak kering.

Gunting gulungan kulit popia secara menyerong dalam jarak 1.5cm.

Goreng sehingga kekuningan.

Taburkan dengan nestum, gula dan horlicks. Gaul sebati dan letakkan di dalam bekas kedap udara.

TIPS
Semasa proses menggulung dan menggunting kulit popia, anda haruslah sentiasa tutup kulit popia dengan kain supaya kulitnya tidak kering dan keras. Jika kering, susah untuk digulung kerana ia mudah pecah.

Cc : Che Nom

https://whatsapp.com/channel/0029Vb7NgkD2f3EBqbyvIt0e

πŸ‘©β€πŸ³@ResepiiViral

Π§ΠΈΡ‚Π°Ρ‚ΡŒ ΠΏΠΎΠ»Π½ΠΎΡΡ‚ΡŒΡŽ…

β™₯οΈŽβ€’π‘π„π’π„ππˆ π•πˆπ‘π€π‹β€’β™₯︎

π—žπ—¨π—”π—› π— π—˜π—˜ π—₯π—˜π—•π—¨π—¦ π—§π—¨π—Ÿπ—”π—‘π—š

Bahan-bahan
Rebus tulang hingga empuk (ambil air rebusan utk kuah)
Cili blend( cilikering rebus dan tos bwg bsr 1 bj bwg putih 3 ulas blcn sikit blend)x suka xyah ltk ye
2 sd rempah kari daging
2 sdb sos cili
Keledek merah yg direbus (blend)
Serbuk perasa ( saya guna knorr)
Grm dan gula
Sedikit kicap lemak manis utk rasa dan color kuah gelap sikit

Cara masak kuah:

Tumis bwg merah dab putih hingga naik bau masukkn cili blend dan serbuk kari sedikit masak hingga pecah mnyak..kemudian masukkn air rebusan tulang dan tulang sekali tadi agak2 la utk kuah ya masuk juga ubi keledek yg dh di blend.. masak hingga mendidih perasa kan sos cili kicap grm gula serbuk perasa.. rasa dulu ye.. dah agak pekat dan mendidih siap la boleh la masukkn mee dan bhn2 hiasan lain.. selamat mencuba ye.
.
Kredit: Intan Syahira

https://whatsapp.com/channel/0029Vb7NgkD2f3EBqbyvIt0e

πŸ‘©β€πŸ³@ResepiiViral

Π§ΠΈΡ‚Π°Ρ‚ΡŒ ΠΏΠΎΠ»Π½ΠΎΡΡ‚ΡŒΡŽ…

β™₯οΈŽβ€’π‘π„π’π„ππˆ π•πˆπ‘π€π‹β€’β™₯︎

π—œπ—žπ—”π—‘ π—žπ—¨π—žπ—¨π—¦ π—¦π—”π— π—•π—”π—Ÿ π—£π—œπ—–π—œπ—§

Bahan-bahan :
2 ekor ikan kembung
Sawi (sayur sesuai selera)
2 buah terong ungu

Bahan sambal picit :
1 sdm asam Jawa (larutkan) dengan 50 ml air
30 buah cabe rawit
2 keping terasi bakar
1 sdt garam
1 sdt gula
2 buah jeruk kunci/kasturi (ambil air perasannya)

Cara membuat :
1. Bakar terong, kukus sawi pahit dan ikan kembung sampai matang.
2. Masukan semua bahan sambal picit ke dalam piring kemudian picit2 dengan tangan sampai cabai pecah/hancur dan semua bahan sambal tercampur rata.
3. Sajikan sambal picit dengan terong bakar, sawi rebus dan ikan kembung kukus yang sudah di buang durinya, sajikan di dalam piring.

Credit kt owner lupa dh.. up sini balik..

https://whatsapp.com/channel/0029Vb7NgkD2f3EBqbyvIt0e

πŸ‘©β€πŸ³@ResepiiViral

Π§ΠΈΡ‚Π°Ρ‚ΡŒ ΠΏΠΎΠ»Π½ΠΎΡΡ‚ΡŒΡŽ…

β™₯οΈŽβ€’π‘π„π’π„ππˆ π•πˆπ‘π€π‹β€’β™₯︎

RESEPI NASI GORENG KAMPUNG

πŸ₯˜ Bahan-bahan
β€’ 2 pinggan nasi putih (sejuk lebih sedap)
β€’ 2 ulas bawang putih
β€’ 3–5 biji cili padi (ikut tahap pedas)
β€’ 1 biji bawang merah
β€’ 1 genggam ikan bilis (goreng garing)
β€’ 1 biji telur
β€’ 1 genggam kangkung (atau sawi)
β€’ 1–2 sudu besar minyak masak
β€’ Garam secukup rasa
β€’ Serbuk perasa / ajinomoto (optional)
β€’ Sedikit belacan (optional tapi menaikkan aroma)

βΈ»

πŸ”ͺ Cara-cara
1. Tumbuk kasar bawang putih, bawang merah dan cili padi.
2. Panaskan minyak dalam kuali, goreng ikan bilis sampai garing. Angkat dan ketepikan.
3. Guna minyak yang sama, tumis bahan tumbuk (+ belacan jika guna) sampai naik bau & garing sikit.
4. Masukkan telur, kacau cepat sampai telur hancur.
5. Masukkan nasi putih, gaul rata dengan api sederhana–besar.
6. Perasakan dengan garam & serbuk perasa.
7. Masukkan kangkung dan ikan bilis goreng tadi.
8. Kacau sekejap hingga sayur layu. Siap!

βΈ»

🍽️ Tips Sedap
β€’ Guna nasi sejuk semalaman β†’ nasi tak lembik
β€’ Api kena besar sikit untuk rasa β€œwok hei”
β€’ Boleh tambah ikan masin atau udang kering untuk rasa lebih kampung

https://whatsapp.com/channel/0029Vb7NgkD2f3EBqbyvIt0e

πŸ‘©β€πŸ³@ResepiiViral

Π§ΠΈΡ‚Π°Ρ‚ΡŒ ΠΏΠΎΠ»Π½ΠΎΡΡ‚ΡŒΡŽ…

β™₯οΈŽβ€’π‘π„π’π„ππˆ π•πˆπ‘π€π‹β€’β™₯︎

𝗔𝗣𝗔𝗠 π—£π—’π—Ÿπ—žπ—”π——π—’π—§

Bahan-bahan :
4 biji telur
1 cawan gula
280g tepung gandum
1 sdb baking powder
150 susu cair
1 sdk esen vanila
1 sdb overlet
Pes manggo untuk inti (atau apa2 inti)
.
Cara Memasak

1. Putar gula,telur dan ovelet sehingga putih gebu,kemudian bahagikan kepada 3 warna

2. Sediakan paper cup kecil,masukkan separuh adunan,masukkan pes manggo dan penuhkan adunan lagi

3. Kukus adunan selama 15 minit sehingga masak

Sumber : Tinie Halim

https://whatsapp.com/channel/0029Vb7NgkD2f3EBqbyvIt0e

πŸ‘©β€πŸ³@ResepiiViral

Π§ΠΈΡ‚Π°Ρ‚ΡŒ ΠΏΠΎΠ»Π½ΠΎΡΡ‚ΡŒΡŽ…

β™₯οΈŽβ€’π‘π„π’π„ππˆ π•πˆπ‘π€π‹β€’β™₯︎

π—žπ—¨π—œπ—› π—¦π—˜π—₯π—”π—•π—”π—œ (Gebu & Berongga)

Bahan-bahan

1. Bahan Kuih (Adunan)

* 2 cawan tepung beras

* 1/2 cawan nasi sejuk (nasi putih biasa)

* 1/2 cawan air

* 1 cawan santan pekat

* 1 sudu teh yis segera (mauripan)

* 2 sudu besar gula

* 1/2 sudu teh garam

* 1 cawan air suam (untuk mengisar)

2. Bahan Kuah (Kuah Pengat)

* 2 cawan santan (sederhana pekat)

* 1/2 cawan gula melaka atau gula merah (ikut kemanisan)

* 1 sudu besar gula pasir

* 1 helai daun pandan (disimpul)

* 1 sudu besar tepung jagung (dibancuh dengan sedikit air untuk memekatkan kuah)

* Sedikit garam

.

Cara Menyediakan

1. Membuat Adunan Kuih

* Kisar: Masukkan nasi sejuk dan air ke dalam pengisar (blender). Kisar sehingga betul-betul halus.

* Campur: Dalam mangkuk besar, satukan tepung beras, gula, garam, dan yis.

* Adun: Masukkan nasi yang telah dikisar tadi ke dalam mangkuk tepung. Tuangkan santan dan air suam sedikit demi sedikit sambil dikacau rata sehingga tidak berketul.

* Perap: Tutup mangkuk dengan kain bersih atau plastik dan biarkan adunan berehat (perap) selama 1 hingga 2 jam sehingga adunan berbuih dan naik sekali ganda. Ini rahsia untuk dapatkan tekstur berongga.

2. Memasak Kuih

* Panaskan acuan serabai (atau kuali non-stick kecil jika tiada acuan). Sapukan sedikit minyak.

* Kacau sedikit adunan yang telah naik tadi. Tuangkan sesenduk adunan ke dalam acuan.

* Tutup acuan dengan penutup kuali supaya bahagian atas kuih masak dengan wap. Gunakan api paling kecil.

* Apabila permukaan kuih kering dan berlubang-lubang kecil (berongga), angkat kuih. Tidak perlu diterbalikkan.

3. Membuat Kuah

* Masukkan santan, gula melaka, gula pasir, garam, dan daun pandan ke dalam periuk.

* Masak dengan api sederhana sambil sentiasa dikacau supaya santan tidak pecah.

* Apabila mendidih, masukkan bancuhan tepung jagung untuk memekatkan kuah. Kacau sehingga kuah nampak berkilat. Tutup api.

Cara Menghidang

Susun kuih serabai di dalam pinggan dan tuangkan kuah pengat di atasnya. Kuih ini sangat sedap dinikmati ketika masih suam

.

Tips

* Jika anda suka kuih yang lebih "lembut", lebihkan sedikit kuantiti nasi sejuk semasa mengisar.

* Pastikan yis anda masih aktif (masih baru) supaya kuih naik dengan cantik.

https://whatsapp.com/channel/0029Vb7NgkD2f3EBqbyvIt0e

πŸ‘©β€πŸ³@ResepiiViral

Π§ΠΈΡ‚Π°Ρ‚ΡŒ ΠΏΠΎΠ»Π½ΠΎΡΡ‚ΡŒΡŽ…

β™₯οΈŽβ€’π‘π„π’π„ππˆ π•πˆπ‘π€π‹β€’β™₯︎

π— π—˜π—˜ 𝗛𝗒𝗒𝗑 𝗦𝗒𝗧𝗒

Bahan-bahan:
500gm mee Hoon - direndam dan dicelur
100 gm/50 sen taugeh -dibersihkan (kalau ada masa lerr!) dan dicelur
1 ekor ayam (kira-kira 1.5 kg)- dibelah dua atau empat
3-4 liter air
3 sudu makan ketumbar }
3 sudu makan jintan kasar }
2 sudu makan jintan halus } --- disangai & dikisar halus
1 sudu teh serbuk lada putih
1 batang kayu manis
4 biji buah pelaga
4 biji bunga cengkih
garam secukup rasa
200 ml minyak untuk menumis
1 biji bawang besar hiris
1 kuib ayam dan 1 sup punjut adabi

Bahan kisar:
3 biji bawang besar
8 ulas bawang putih
5 cm halia

Bahan sampingan:
secukup daun sup & daun bawang
bawang goreng
bagedil
sambal kicap cili padi
isi ayam (disiat-siat)
Sambal Kicap Cili Padi:
25 biji cili padi merah/cili api
4 ulas bawang putih
125 ml (dalam 1/2 cawan) kicap lemak manis
jus dari perahan 2 biji limau kasturi

Cara:
1. Goreng cili padi dan bawang putih bersama sedikit minyak ..lepas tu meletup tau..cepat-cepat tutup dengan penutup periuk dan padam api.
2. Toskan dan kisar/tumbuk dan perahkan jus limau)

Cara Membuat Kuah Soto:
1. Panaskan minyak di dalam periuk.
2. Tumis bawang besar tadi hingga kuning sedikit. Masukkan rempah tumis (kayu manis, cengkih & pelaga) yang telah dititik.
3. Kemudian, masukkan rempah yang telah dikisar. Kacau hingga garing dan naik baunya.
4. Masukkan serbuk ketumbar, jintan halus, jintan kasar dan lada putih. Kacau hingga rata.
5. Masukkan ayam, air, kiub ayam, rempah sop punjot dan garam. Kacau sekali-sekala dan biarkan hingga mendidih. Kemudian, keluarkan
ayam yang telah empuk dari periuk.

Cara Menghidangkan Mee Soto:
Ambil mee/bee hoon lalu bubuhkan dalam mangkuk. Bubuhkan juga taugeh celur.
Tuangkan kuah soto dan taruklah isi ayam yg telah disiat ke atas mee tadi.
Taburkan daun sup/bawang dan bawang goreng.
Bubuh sebiji bagedil dan sedikit sambal cili padi.

BAGEDIL (PEGEDIL)

Bahan-bahannya:
1 kilo kentang (dikupas kulitnya,dipotong bulat)
250 gram daging cincang (goreng dgn sedikit garam hingga kering)
2 biji putih telur (utk mencelup bagedil, bubuh siket garam)
1/2 cawan bawang goreng
secukup daun sup/daun bawang (dihiris)
2 sudu teh serbuk lada putih
garam secukup rasa
secukup minyak utk menggoreng bagedil

Cara:
1. Panaskan minyak dalam kuali. Goreng kentang yang telah dipotong bulat dan angkat setelah kentang masak. Toskan. Kemudian tumbuk sehingga lumat.
2. Masukkan daging cincang, serbuk lada putih, daun sup/bawang, bawang goreng, dan garam.
3. Gaul hingga rata dan sebati.
4. Bentukkan bulat-bulat dan celupkan dgn putih telur sebelum digoreng dalam minyak panas.

Selamat mencuba

https://whatsapp.com/channel/0029Vb7NgkD2f3EBqbyvIt0e

Kredit empunya resepi

πŸ‘©β€πŸ³@ResepiiViral

Π§ΠΈΡ‚Π°Ρ‚ΡŒ ΠΏΠΎΠ»Π½ΠΎΡΡ‚ΡŒΡŽ…

β™₯οΈŽβ€’π‘π„π’π„ππˆ π•πˆπ‘π€π‹β€’β™₯︎

π–ͺ𝖾𝗉𝖺𝖽𝖺 𝗆𝗒 π—Œπ—Žπ–»π—Œπ–Όπ—‹π—‚π–»π–Ύπ—‹π—Œ, π—Œπ—’π–Ί 𝖽𝖺𝗁 π—Œπ–Ύπ–½π—‚π–Ίπ—„π–Ίπ—‡ 𝖼𝗁𝖺𝗇𝗇𝖾𝗅 π—‹π–Ύπ—Œπ–Ύπ—‰π—‚ 𝗏𝗂𝗋𝖺𝗅 𝗂𝗇 π–Άπ—π–Ίπ—π—Œπ– π—‰π—‰.

π–―π—…π–Ύπ–Ίπ—Œπ–Ύ π—Œπ—Žπ—‰π—‰π—ˆπ—‹π— 𝗆𝗒 𝖼𝗁𝖺𝗇𝗇𝖾𝗅 𝗂𝗇 π–Άπ—π–Ίπ—π—Œπ– π—‰π—‰.

π–³π—π–Ίπ—‡π—„π—Œβ™₯️

Π§ΠΈΡ‚Π°Ρ‚ΡŒ ΠΏΠΎΠ»Π½ΠΎΡΡ‚ΡŒΡŽ…

β™₯οΈŽβ€’π‘π„π’π„ππˆ π•πˆπ‘π€π‹β€’β™₯︎

π—‘π—”π—¦π—œ π——π—”π—šπ—”π—‘π—š π—§π—˜π—₯π—˜π—‘π—šπ—šπ—”π—‘π—¨

Bahan-bahan:
1 pot beras dagang (kalau guna Basmathi: ΒΎ pot Basmathi + ΒΌ pot beras pulut)
3 cawan santan cair
1 cawan santan pekat
1 sudu makan halba
1 inci halia, hiris nipis
10 ulas bawang merah, hiris
Garam secukup rasa

Cara memasak:

1. Basuh beras dan tos. Rendam 3–4 jam.
2. Kukus beras 30 minit.
3. Angkat beras, gaul dengan santan cair untuk lembutkan beras.
4. Kukus sekejap 30 minit (Pastikan dahulu sudah masak keseluruhannya)
5. Masukkan santan pekat(campuran garam dan gula) + halba + halia + bawang merah, gaul rata. Tidak perlu kukus lagi.
6. Padatkan nasi dalam dulang atau bekas. Nasi berkilat, berderai dan wangi.

Tip:
Kalau guna Basmathi, campur ΒΌ pot beras pulut supaya nasi lebih melekat tapi tetap berderai.
Rendam beras untuk hasil lebih lembut dan wangi.
---
GULAI IKAN TONGKOL / AYA

Bahan-bahan:

Ikan:
1 kg ikan tongkol atau ikan aya, potong
3 keping asam keping
Garam secukup rasa

Bahan kisar:
10 biji cili kering
10 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
1 inci halia
1 inci lengkuas
1 inci kunyit hidup

Bahan lain:
3 cawan santan cair
2 cawan santan pekat
1 batang serai, ketuk
1 sudu makan rempah gulai nasi dagang

.
Cara memasak:

1. Rebus ikan bersama asam keping dan garam. Simpan air rebusan.

2. Tumis bahan kisar hingga pecah minyak.
3. Masukkan santan cair dan sedikit air rebusan ikan.
4. Masukkan serai dan rempah gulai.
5. Masukkan santan pekat dan ikan rebus.
6. Perasakan dengan garam, gula dan asam keping.
7. Reneh perlahan hingga kuah pekat dan berkilat.
---
ACAR TIMUN (VERSI TERENGGANU – TAK MASAK)

Bahan-bahan:
2 biji timun, buang biji dan hiris nipis
1 batang carrot, hiris panjang
1 biji bawang merah, hiris nipis
1 biji cili merah, hiris serong
3 sudu makan cuka
2 sudu makan gula
Garam secukup rasa

,
Cara buat:
1. Hiris semua bahan.
2. Masukkan dalam satu bekas besar.
3. Tambah cuka, gula dan garam.
4. Gaul rata hingga sebati.
5. Biarkan 10–15 minit supaya rasa masuk dan sayur keluar air sedikit.
6. Siap untuk dihidang bersama nasi dagang dan gulai.

πŸ‘©β€πŸ³@ResepiiViral

Π§ΠΈΡ‚Π°Ρ‚ΡŒ ΠΏΠΎΠ»Π½ΠΎΡΡ‚ΡŒΡŽ…

β™₯οΈŽβ€’π‘π„π’π„ππˆ π•πˆπ‘π€π‹β€’β™₯︎

𝗔𝗬𝗔𝗠 π— π—”π—¦π—”π—ž π— π—˜π—₯𝗔𝗛 𝗣𝗔𝗑𝗗𝗔𝗑

πŸ‘©β€πŸ³@ResepiiViral

Π§ΠΈΡ‚Π°Ρ‚ΡŒ ΠΏΠΎΠ»Π½ΠΎΡΡ‚ΡŒΡŽ…

β™₯οΈŽβ€’π‘π„π’π„ππˆ π•πˆπ‘π€π‹β€’β™₯︎

π—¦π—œπ—­π—­π—Ÿπ—œπ—‘π—š π—¬π—˜π—˜ π— π—˜π—˜ π——π—šπ—‘ 𝗧𝗔𝗨𝗙𝗒

πŸ‘©β€πŸ³@ResepiiViral

Π§ΠΈΡ‚Π°Ρ‚ΡŒ ΠΏΠΎΠ»Π½ΠΎΡΡ‚ΡŒΡŽ…

β™₯οΈŽβ€’π‘π„π’π„ππˆ π•πˆπ‘π€π‹β€’β™₯︎

π—₯π—’π—§π—œ π—¦π—”π—‘π—šπ—žπ—”π—¬π—”

πŸ‘©β€πŸ³@ResepiiViral

Π§ΠΈΡ‚Π°Ρ‚ΡŒ ΠΏΠΎΠ»Π½ΠΎΡΡ‚ΡŒΡŽ…

β™₯οΈŽβ€’π‘π„π’π„ππˆ π•πˆπ‘π€π‹β€’β™₯︎

π— π—”π—‘π—šπ—’ π—¦π—”π—šπ—’

πŸ‘©β€πŸ³@ResepiiViral

Π§ΠΈΡ‚Π°Ρ‚ΡŒ ΠΏΠΎΠ»Π½ΠΎΡΡ‚ΡŒΡŽ…
Subscribe to a channel