-
Tulislah perkara-perkara yang baik. Menulislah kerana Allah. InsyaAllah, dapat pahala. Boleh hubungi saya pada: @HijauHijau_Bot
ุงูููู
ุตู ุนูู ุณูุฏูุง ู
ุญู
ุฏ ูุนูู ุขู ุณูุฏูุง ู
ุญู
ุฏ
1. Dosa tak belajar Fardhu Ain.
2. Dosa jahil (salah buat ibadah kerana tak belajar).
3. Dosa menangguhkan bertaubat dari dosa tak mahu belajar.
Setiap hari dan setiap masa bergelumang dengan 3 dosa ni.
@PenaHijauDakwah
ุงูููู
ุตู ุนูู ุณูุฏูุง ู
ุญู
ุฏ ูุนูู ุขู ุณูุฏูุง ู
ุญู
ุฏ
Apabila kita menegur, tutuplah aurat tangan dengan sempurna kita bersenam. Kemudian, ada yang menegur pula. Macam mana awak tak tutup aurat tangan ketika di pejabat?
Orang menegur, kita terima dan tak perlu mencari kesalahan dia. Kalau dia buka aurat ketika di pejabat, tegurlah dia.
Semua orang melakukan kesilapan. Masa dia buat silap, kita tegur dia. Masa kita buat silap, orang lain pula menegur kita.
@PenaHijauDakwah
ุงูููู
ุตู ุนูู ุณูุฏูุง ู
ุญู
ุฏ ูุนูู ุขู ุณูุฏูุง ู
ุญู
ุฏ
Apabila post berkenaan kebahagiaan, hati-hati. Jangan kita fikir mudarat pada orang lain tapi fikirlah mudarat pada diri sendiri.
1. Boleh terkena penyakit ain.
2. Kita kena jadi perempuan yang tinggi malunya. Hal perkahwinan, pertunangan, simpan je. Bukan cemburu tapi malu melihat orang yang belajar ilmu agama tapi tunjuk kebahagiaan. Kalau nak tunjuk, cukup post gambar saja. Tak perlu nak bercerita hal-hal gedik bersama pasangan atau bakal pasangan.
Kalau bahagia tu, tak perlu tunjuk dekat orang. Nak post tu, boleh je tapi jangan fikir kita seorang je berkahwin atau kita seorang je bertunang. Kita baca pun malu.
Jangan fikir mudarat pada kawan kita, bimbang kawan kita sedih sebab kawan kita belum kahwin tapi fikirlah mudarat pada diri sndiri. Kita ni kena jadi perempuan yang tinggi malu.
Perempuan memang suka bercerita tapi hal perkahwinan pun nak cerita dekat orang. Cuba belajar kurangkan bercakap. Bercakap ni pun nafsu. Tidur banyak pun nafsu. Makan banyak pun nafsu.
Apabila banyak bercakap, banyak mudaratnya. Dalam kepala, asyik fikir je nak bercakap apa, nak tulis apa dalam media sosial.
Kalau post perkara bermanfaat, molek juga tapi ni post perkara yang tak bermanfaat.
Ada sahabat yang solehah, jarang post di media sosial. Sebab khidmat untuk suami, khidmat untuk anak.
Tahu seronok berkahwin tapi hal-hal mesra dengan suami, tak perlu post. Kalau nak tulis juga, beli buku. Tulis dalam buku saja. Kita kena jadi perempuan yang tinggi malu.
Jadi, jangan fikir kawan kita akan sedih sebab tak berkahwin lagi tapi fikirlah diri sendiri. Jadilah perempuan yang ada maruah.
Contoh:
"Suamiku menyentuh tudungku buat kali pertama, malu sungguh diriku ini."
"Aku tampar manja dengan suamiku."
Kita baca pun malu. Kita ni orang belajar ilmu agama. Kita sepatutnya lebih tahu, jangan post perkara ni di media sosial. Malu. Kalau nak post gambar dengan suami, post je. Post gambar yang elok bukan gambar sedang bermanja dengan suami.
Ramai je yang post berkenaan suami isteri tapi tak perlu gedik.
Contoh:
โ
Masakan untuk suami kita hari ini. (Gambar makanan).
โ Masakan untuk suami kita. (Gambar isteri sedang memasak sambil dipeluk oleh suaminya).
Walaupun yang berpeluk dan bercium tu dilakukan oleh seorang ustaz dan ustazah, kita sebagai anak murid ada akal fikiran dan kita pun belajar berkenaan hukum. Dalam kitab Pelita Penuntut diajarkan berkenaan cara pemilihan guru.
Tak boleh seorang suami isteri berpeluk dan bercium depan org ramai. Tak boleh memuat naik gambar atau video suami isteri yang sedang bermanja. Haram. Kalau nak memuat naik, memuat naik je gambar sedang berdiri. Tak perlu video bercium.
Memuat naik gambar berdua atau tak memuat naik gambar berdua tapi tulis perkataan gedik, memang tak patut. Contohnya, "suamiku menyentuh tudungku buat kali pertama, malu sungguh diriku ini." Walaupun tak memuat naik gambar tapi tulisan macam ni tak patut ditulis.
Apabila ada yang menasihati, dengar dan berubahlah menjadi yang lebih baik. Ada perkara yang kita tak tahu bahawa perkara tersebut menyebabkan dosa. Allah hadirkan sahabat untuk menegur kita. Syukur sebab ada yang menegur.
@PenaHijauDakwah
ุงูููู
ุตู ุนูู ุณูุฏูุง ู
ุญู
ุฏ ูุนูู ุขู ุณูุฏูุง ู
ุญู
ุฏ
Seorang perempuan yang punya rasa malu yang tinggi ini sampai dia tak tunjuk pun dia malu tapi orang tahu dia seorang wanita pemalu dan orang yang bersahabat dengannya pun akan turut merasa malu. Maruah agamanya itu lebih tinggi daripada mengharapkan sebuah perhatian atau pujian. Apa yang tersirat di hati sering terbias di wajah atau sikapnya.
@PenaHijauDakwah
ุงูููู
ุตู ุนูู ุณูุฏูุง ู
ุญู
ุฏ ูุนูู ุขู ุณูุฏูุง ู
ุญู
ุฏ
Jika saya dan awak menghadapi perkara yang sama tapi tindakan saya berbeza dengan awak.
Contoh, apabila barang rosak, saya akan baiki sendiri manakala awak akan meminta orang lain untuk baiki barang tersebut.
Maka, awak tak boleh anggap kisah seseorang tu sama macam awak. Sebab tindakan seseorang tu berbeza.
@PenaHijauDakwah
ุงูููู
ุตู ุนูู ุณูุฏูุง ู
ุญู
ุฏ ูุนูู ุขู ุณูุฏูุง ู
ุญู
ุฏ
Hati tidak boleh terasa pun dengan orang. Apabila hati mudah terasa, tanda iman lemah. Orang yang tinggi iman tidak akan mudah terasa.
@PenaHijauDakwah
ุงูููู
ุตู ุนูู ุณูุฏูุง ู
ุญู
ุฏ ูุนูู ุขู ุณูุฏูุง ู
ุญู
ุฏ
Apabila seorang ibu menasihati anaknya, "belajarlah bersungguh-sungguh." Nasihat ini tak bermaksud anak dia malas belajar. Anak dia rajin belajar tapi manusia ni perlukan kata-kata semangat untuk terus rajin belajar.
@PenaHijauDakwah
ุงูููู
ุตู ุนูู ุณูุฏูุง ู
ุญู
ุฏ ูุนูู ุขู ุณูุฏูุง ู
ุญู
ุฏ
Perkara harus memang tidak berdosa tetapi orang alim tidak melakukan perkara harus.
Orang alim melakukan perkara harus tetapi dijadikan perkara harus itu menjadi sunat ataupun wajib seperti jika dia nak tidur, maka diniatkan tidur untuk ibadat, makan untuk menguatkan badan agar dapat melakukan ibadat, jadi sunat.
Dia mewajibkan sesuatu yang harus seperti duduk dalam masjid harus, dia niat iktikaf nazar, maka jadi wajib dia duduk dalam masjid. Dia dapat pahala wajib.
@PenaHijauDakwah
ุงูููู
ุตู ุนูู ุณูุฏูุง ู
ุญู
ุฏ ูุนูู ุขู ุณูุฏูุง ู
ุญู
ุฏ
Ramai yang bertanya berkenaan haid tapi saya suka yang bertanya tu dia ada ilmu.
Contoh, dia bertanya, dia beritahu jumlah hari dia keluar darah dan disertakan sifat-sifat darah.
Kalau perempuan yang bertanya tanpa disertakan sifat-sifat darah, yang ni susah nak jawab. Jangan letih untuk jawab soalan. Bantu orang berkenaan haid ni banyak dapat pahala sebab membantu urusan seseorang untuk beribadah. Kalau geram, jangan balas mesej. Bertenang. Dah tenang, baru balas mesej.
@PenaHijauDakwah
ุงูููู
ุตู ุนูู ุณูุฏูุง ู
ุญู
ุฏ ูุนูู ุขู ุณูุฏูุง ู
ุญู
ุฏ
Kitab Misbah Al-Munir
Ustaz Wan Junaidi
Siri 4
Ustaz cerita apabila belajar ilmu agama, ada perkara yang kita tak sempat dhobit. Contohnya, perkataan nya. Maka, kita pun bertanya pada kawan. Kalau kawan tak tahu, kita tanya pada kawan lain pula.
Huraian daripada saya:
1๏ธโฃ Daripada kisah yang ustaz ceritakan ni, kita perlu banyak bertanya pada orang. Belajar ni ada banyak cara, iaitu berpusatkan guru dan berpusatkan murid.
2๏ธโฃ Apabila kawan kita tidak mampu menjawab soalan kita, janganlah kita marah dia. Jangan anggap kawan kita ni mahir dengan semua ilmu. Kita bertanya pada kawan lain pula.
3๏ธโฃ Jangan kita kata pada seseorang bahawa dia kedekut ilmu. Boleh jadi seseorang faham berkenaan sesuatu ilmu tetapi dia tak mampu nak menerangkan pada orang lain. Kalau tengok dalam Taksonomi Bloom, faham ni berada pada aras kedua. Jika seseorang pandai menerangkan sesuatu ilmu kepada orang lain, maksudnya dia berada pada aras yang lebih tinggi.
@PenaHijauDakwah
ุงูููู
ุตู ุนูู ุณูุฏูุง ู
ุญู
ุฏ ูุนูู ุขู ุณูุฏูุง ู
ุญู
ุฏ
Pada malam dan hari Jumaat, perlu banyakkan selawat. Selawat lebih afdal berbanding mengaji Al-Quran kecuali Surah Al-Kahfi dan Surah Ad-Dukhan. Surah ini perlu dibaca pada hari Jumaat.
@PenaHijauDakwah
ุงูููู
ุตู ุนูู ุณูุฏูุง ู
ุญู
ุฏ ูุนูู ุขู ุณูุฏูุง ู
ุญู
ุฏ
Bulan Ramadan, banyakkan melakukan ibadah wajib. Jika ada wuduk, boleh solat qada. Jika tidak ada wuduk, boleh mendengar pengajian ilmu fardhu ain.
@PenaHijauDakwah
ุงูููู
ุตู ุนูู ุณูุฏูุง ู
ุญู
ุฏ ูุนูู ุขู ุณูุฏูุง ู
ุญู
ุฏ
Solat sunat selepas Isyak lebih afdal daripada solat sunat Tarawih.
@PenaHijauDakwah
ุงูููู
ุตู ุนูู ุณูุฏูุง ู
ุญู
ุฏ ูุนูู ุขู ุณูุฏูุง ู
ุญู
ุฏ
Jika seseorang yang tidak mampu berpuasa seperti orang tua yang sakit tetapi dia nak berpuasa dan dia meninggal dunia. Dia meninggal dalam keadaan berdosa.
@PenaHijauDakwah
ุงูููู
ุตู ุนูู ุณูุฏูุง ู
ุญู
ุฏ ูุนูู ุขู ุณูุฏูุง ู
ุญู
ุฏ
Pilihlah sahabat yang mengingatkan kita kepada Allah.
Sahabat yang banyak mengajak kita berbuat kebaikan.
Sahabat yang selalu menegur jika kita tersalah langkah.
Sahabat yang sentiasa ada apabila kita mahu menumpang bahu.
Sahabat sebagai pendengar yang setia.
Sahabat apabila kita salah, dia betulkan.
Bukan diam membisu apabila kita melakukan kesalahan.
@PenaHijauDakwah
ุงูููู
ุตู ุนูู ุณูุฏูุง ู
ุญู
ุฏ ูุนูู ุขู ุณูุฏูุง ู
ุญู
ุฏ
Apabila kita berdoa untuk diri kita dan zuriat kita supaya dikurniakan akhlak seperti Rasulullah, pasti kita akan diuji atau menguji orang lain agar diketahui kita ini benar-benar ingin menggenggam kurniaan akhlak mulia.
Perkara seperti ibadah solat, zikir, selawat, bangun malam, membaca Al-Quran, sedekah merupakan hubungan kita dengan Allah.
Manusia yang paling baik dan mulia akhlaknya, itulah manusia yang paling dekat dengan Baginda.
Tak cakap ke orang tapi cakap ke diri sendiri. Mujahadah mencuci sifat mazmumah dalam hati ini perlukan proses yang panjang, suhbah dengan orang soleh tapi bagaimana mereka react dengan kejahatan, keburukan. Mereka ucap syukur kerana dikata dan dicemuh orang, mungkin diberi nampak kelemahan diri. Syukurlah kerana ada orang menegur kita dalam apa bentuk pun kerana semuanya datang dari Allah. Supaya nampak diri kita merupakan insan yang lemah.
@PenaHijauDakwah
ุงูููู
ุตู ุนูู ุณูุฏูุง ู
ุญู
ุฏ ูุนูู ุขู ุณูุฏูุง ู
ุญู
ุฏ
"Ditinggalkan, diceraikan" pasti sakit tapi setiap yang berlaku pasti ada hikmah. Kita tak tahu apa yang berlaku. Mungkin seseorg tu tak sesuai untuk kita ke. Mungkin dia panas baran ke. Mungkin dia malas memasak ke.
Ditinggalkan itu lebih baik berbanding meneruskan. Kita kena redha dengan setiap apa yg berlaku. Kalau ada halangan, maksudnya dia bukan jodoh kita.
@PenaHijauDakwah
ุงูููู
ุตู ุนูู ุณูุฏูุง ู
ุญู
ุฏ ูุนูู ุขู ุณูุฏูุง ู
ุญู
ุฏ
Kalau kita nak post sesuatu perkara, tidak perlu kita fikir hal orang lain. Contoh, post berkenaan kereta, kita pun fikirlah macam mana kalau orang tidak ada kereta, melihat gambar kita. Kenapa nak fikir hal org? Kalau dia dengki, orang itu mempunyai penyakit hati. Kalau seseorang tidak ada penyakit hati, dia tak akan dengki dengan orang.
Kita ni sebenarnya kena banyak fikir mudarat pada diri kita, bukan orang lain.
Orang dengki? Pasti ada. Tak usah kita fikir nak elak post sebab kita risau orang lain sedih melihat tentang diri kita. Kita tak mampu pun nak puaskan hati semua orang.
Namun, kita kena ingat penyakit ain tu ada. Jadi, kita elak post bukan sebab kita fikir orang akan sedih sebab dia tak dapat macam yang kita dapat tapi kita takut orang akan dengki dengan kita dan berlakunya penyakit ain.
Jadi, kita perlu fikir diri sendiri, mudarat pada diri sendiri. Tak perlu fikir orang akan sedih tapi fikirlah berkenaan penyakit ain.
@PenaHijauDakwah
ุงูููู
ุตู ุนูู ุณูุฏูุง ู
ุญู
ุฏ ูุนูู ุขู ุณูุฏูุง ู
ุญู
ุฏ
Apabila seorang isteri tak boleh turun tangga, suami pun berdiri di bawah tangga lalu memimpin tangan isterinya. Perbuatan ni tak elok sebab boleh menyebabkan isteri ego.
Jadi, kalau isteri tak boleh turun tangga, turunlah tangga bersama-sama isteri.
Punca isteri tak boleh turun tangga sebab faktor pakai kain yang sempit dan kasut tumit tinggi. Jadi, pakailah pakaian yang menutup aurat dan tak perlu pakai kasut tumit tinggi.
Masa belajar Kitab Penawar bagi Hati, ustazah beritahu, di universiti, guru duduk di bawah, murid duduk di atas sebab kerusi bertingkat. Hal ini menyebabkan kurangnya zuhud.
@PenaHijauDakwah
ุงูููู
ุตู ุนูู ุณูุฏูุง ู
ุญู
ุฏ ูุนูู ุขู ุณูุฏูุง ู
ุญู
ุฏ
Cikgu beritahu kalau orang yang berbadan besar mudah lenguh. Cuba tengok murid yang berbadan besar. Dia tak boleh duduk bersila dalam tempoh yang lama sebab lenguh.
Apabila ada yang berkongsi ilmu pengetahuan macam ni dekat saya, saya pun faham macam mana seorang boleh belajar dalam tempoh yang lama tanpa bergerak. Apabila seorang murid bergerak, ia menunjukkan murid kurang beradab.
Macam mana nak duduk dalam tempoh yang lama? Kena kurus.
Dalam kitab Penawar bagi Hati, untuk menjaga perut, ada 3 cara:
1. Jangan makan makanan yang haram.
2. Jangan makan makanan yang syubhah.
3. Jangan makan terlalu kenyang.
Dalam kitab ni, tak diajarkan kena elak makan sampai 3 hari, sebulan. Kitab ni sesuai untuk dipelajari oleh orang awam. Apabila kita belajar, kita nak ilmu dan beramal. Kalau nak menahan diri sampai sebulan tak makan, kita tak mampu tapi 3 perkara yang diajarkan dalam kitab Penawar bagi Hati, insyaAllah, kita boleh beramal.
Namun, ada yang menjaga makanan tapi masih berbadan besar sebabnya kurang waktu tidur. Ada ulama yang berbadan besar sebab ulama ni banyak belajar.
Jadi, nak kurus ni ada 2 sebab, iaitu jaga makan dan jaga tidur.
Apabila kita kurus, banyak manfaatnya. Antaranya, boleh belajar dalam keadaan duduk dalam tempoh yang lama.
Wallahu a'lam.
@PenaHijauDakwah
ุงูููู
ุตู ุนูู ุณูุฏูุง ู
ุญู
ุฏ ูุนูู ุขู ุณูุฏูุง ู
ุญู
ุฏ
Antara ciri anak soleh dan anak solehah ialah apabila ibu bapanya memanggil namanya ketika dia sedang solat sunat, dia kena berhenti solat.
@PenaHijauDakwah
ุงูููู
ุตู ุนูู ุณูุฏูุง ู
ุญู
ุฏ ูุนูู ุขู ุณูุฏูุง ู
ุญู
ุฏ
Ulama-ulama yang terdahulu, mereka tidak berlebihan dalam memuji anak-anak mereka, ditakuti akan menimbulkan perasaan ujub dari dalam diri mereka, maka jikalau mereka memuji anaknya, mereka akan berkata: "Engkau adalah anak yang diberkati."
(Habib Umar bin Hafidz)
@PenaHijauDakwah
ุงูููู
ุตู ุนูู ุณูุฏูุง ู
ุญู
ุฏ ูุนูู ุขู ุณูุฏูุง ู
ุญู
ุฏ
Ada sebahagian orang berpendapat bahawa tak penting pun dapat suami yang baik ni sebab tak semestinya seorang isteri akan berubah. Sebab nak berubah ni dari diri sendiri. Maaf saya tak setuju. Sebab kalau dapat suami yang kurang baik, dia akan memuat naik gambar isteri yang tidak menutup aurat ketika isterinya berada di dalam rumah.
@PenaHijauDakwah
ุงูููู
ุตู ุนูู ุณูุฏูุง ู
ุญู
ุฏ ูุนูู ุขู ุณูุฏูุง ู
ุญู
ุฏ
Saya melihat sebuah video berkenaan rumah cantik sebab ada lampu. Dalam video berkenaan dijelaskan bahawa pemilik video berfikir bahawa rumahnya akan menjadi juara tetapi rumah sebelah yang menjadi juara.
Saya tengok video tersebut, saya tengok lampu saja tetapi apabila saya baca komen, saya dapati ada yang menulis, sebenarnya dia nak tunjuk rumah dia bukannya nak tunjuk lampu pun.
Apabila kita belajar berkenaan tasawuf, kita tidak akan menghakimi dalam hati seseorang tapi apa yang kita lihat hanyalah luaran pada seseorang.
Jika kita melihat rumah seseorang itu besar, cukuplah kita melihat rumah itu besar. Kita melihat luaran sahaja. Tidak perlu kita melihat dalaman seseorang. Usah kita kata dia riak sebab mempunyai rumah yang besar. Riak ni berkenaan hati. Hanya Allah saja yang mengetahui seseorang itu riak mahupun tidak. Riak ni berkenaan ibadah. Jika berkenaan rumah besar dan kereta mewah, ia bukan riak.
@PenaHijauDakwah
ุงูููู
ุตู ุนูู ุณูุฏูุง ู
ุญู
ุฏ ูุนูู ุขู ุณูุฏูุง ู
ุญู
ุฏ
Takwa permulaan:
Tidak menyekutukan Allah.
Takwa sederhana:
Orang yang mengerjakan segala suruhan-Nya dan meninggalkan larangan-Nya.
Takwa tinggi:
Orang yang mengerjakan ibadah yang wajib dan sunat dan meninggalkan makruh, haram, harus, khilaf aula.
@PenaHijauDakwah
ุงูููู
ุตู ุนูู ุณูุฏูุง ู
ุญู
ุฏ ูุนูู ุขู ุณูุฏูุง ู
ุญู
ุฏ
Kelebihan orang yang banyak berselawat:
1๏ธโฃ Allah memerintah sekalian makhluk Allah supaya istighfar padanya selepas kematian orang yang banyak berselawat.
2๏ธโฃ Penyakit hati (hasad) membatalkan pahala kebajikan tetapi jika selawat, kita dapat pahala selawat kerana memuliakan Nabi.
@PenaHijauDakwah
ุงูููู
ุตู ุนูู ุณูุฏูุง ู
ุญู
ุฏ ูุนูู ุขู ุณูุฏูุง ู
ุญู
ุฏ
1. Tidak boleh melakukan solat sunat Tarawih jika belum menunaikan solat fardhu Isyak.
2. Jika seseorang solat secara jamak takdim, dia boleh melakukan solat sunat tarawih selepas melakukan solat fardhu Isyak walaupun dalam waktu Maghrib.
@PenaHijauDakwah
ุงูููู
ุตู ุนูู ุณูุฏูุง ู
ุญู
ุฏ ูุนูู ุขู ุณูุฏูุง ู
ุญู
ุฏ
Mengumpat semasa berpuasa dan selepas berbuka puasa akan menyebabkan pahala berkurang.
@PenaHijauDakwah
ุงูููู
ุตู ุนูู ุณูุฏูุง ู
ุญู
ุฏ ูุนูู ุขู ุณูุฏูุง ู
ุญู
ุฏ
Bukan semua orang mampu menjadi orang tengah dalam menyelesaikan apaยฒ masalah. Kalau tidak mampu menjadi orang tengah, lebih baik diam. Bimbang sekiranya tidak mampu menjadi orang tengah yang baik menyebabkan makin teruk bergaduh.
@PenaHijauDakwah
ุงูููู
ุตู ุนูู ุณูุฏูุง ู
ุญู
ุฏ ูุนูู ุขู ุณูุฏูุง ู
ุญู
ุฏ
"Engkau harus tetap menghadiri majlis taโalim, meskipun masih melakukan maksiat. Jika hari ini engkau tidak mendapat manfaat, mungkin esok engkau akan mendapatkannya. Ketahuilah, satu kali duduk di majlis taโalim seorang ulama yang tulus, akan dapat membuatmu berubah dari seorang pelaku maksiat, menjadi hamba yang taat dan takut kepada Allah."
(Imam Ibnu Atโthoillah As-Sakandari)
@PenaHijauDakwah