1537
Tulislah perkara-perkara yang baik. Menulislah kerana Allah. InsyaAllah, dapat pahala. Boleh hubungi saya pada: @HijauHijau_Bot
Empat perkara apabila dijaga oleh seorang perempuan, maka ia telah mendapatkan bahagian dari meneladani Sayyidah Fatimah Az-Zahra:
1. Menolak segala sesuatu yang bertentangan dengan kesopanan, dan rasa malu.
2. Memiliki sifat qanaah (merasa cukup dan menerima) terhadap apa yang tersedia dalam urusan kehidupan.
3. Menjaga tasbih Fatimiyah sebelum tidur (Subhanallah 33x Alhamdulillah 33x Allahu Akbar 34x)
4. Mendidik anak dengan baik serta memberikan perhatian dan kasih sayang kepada mereka.
Doa yang ditulis oleh Sayyidil Habib Umar bin Hafidz):
โYa Allah, dekatkanlah kami kepada-Mu sedekat-dekatnya. Jadikanlah kami termasuk golongan orang-orang yang jujur dan setia. Berikanlah taufik kepada kami dalam setiap detik dan hembusan nafas serta kuatkanlah ikatan kami dengan kekasih-Mu Al-Musthafa, puteri beliau Sayyidah Az-Zahra dan Sayyidah Khodijah Alkubro secara dzohir dan batin. Kabulkanlah wahai Dzat Yang Maha Penyayang.โ
@PenaHijauDakwah
Allah menciptakan manusia ni dengan pelbagai gaya pembelajaran. Antara gaya pembelajaran:
1. Visual - baca buku.
2. Audio - dengar podcast.
3. Kinestetik - belajar sambil berjalan seperti lawatan sambil belajar, pergi ke muzium.
Bila kita tahu gaya pembelajaran kita, kita akan belajar dgn rasa seronok. Org tua mcm sy ni pun kena belajar juga supaya sentiasa upgrade diri. Masih banyak kekurangan diri ini. Jadi, cara saya, upgrade ilmu pengetahuan, upgrade cara bercakap, upgrade cara mengurus emosi.
Bila makin tua, kita selesa untuk mencari jalan penyelesaian. Elakkanlah belajar menunding kesalahan orang itu ini. Belajar hidup menjadi orang yang tenang. InsyaAllah.
@PenaHijauDakwah
Drama Suami Anak Mak
Zara terima pendapat kakak ipar berbanding kawan.
Perkara ni saya pernah tulis. Menjadi orang yang bersikap terbuka atau tertutup?
Kalau kita menjadi orang yang terbuka, sudah pasti kita akan terima semua pendapat orang.
Boleh jadi juga kita tapis pendapat yang sesuai dengan kita.
Boleh jadi juga kita menggunakan teknik mix and match, iaitu menggabungkan pelbagai pendapat dan kita sesuaikan dengan diri kita.
Belajarlah juga menghargai orang yang menghargai kita. Jika anda tidak mempunyai suami yang baik tapi anda masih ada kawan yang baik tapi silapnya, suka memandang dekat orang yang tak menghargai anda.
@PenaHijauDakwah
Saya teringat pesanan ustazah saya, solatlah walaupun ketika itu kamu sedang meneran bayi. Kena solat walaupun tak cukup syarat sah wuduk dan solat. Dikira sebagai solat hormat waktu.
Walaupun kita solat sama ada dalam keadaan tidak berwuduk atau tak menghadap kiblat atau pakaian tak menutup aurat, tetap kena solat. Ia dikira solat hormat waktu. Bila sihat nanti, kena qada solat tapi bezanya tak berdosa. Kalau tinggal terus, berdosa dan kena qada solat.
Walaupun kedua-dua cara kena qada solat tapi solatlah. Sebab nak qada solat ni pula terbahagi kepada dua, ada solat yang kena qada segera, ada yang tak perlu qada segera. Nak qada solat yang banyak ni bukan mudah.
Sekurang-kurangnya andai kita meninggal dunia walaupun tak sempat habiskan qada solat, kita meninggal dalam keadaan yg baik. InsyaAllah.
Doakan saya. Moga saya istiqamah menunaikan solat. Aamiin.
@PenaHijauDakwah
ุงูููู
ุตู ุนูู ุณูุฏูุง ู
ุญู
ุฏ ูุนูู ุขู ุณูุฏูุง ู
ุญู
ุฏ
Keturunan Bani Hasyim dan Bani Abi Talib:
1. Boleh menerima hadiah.
2. Boleh menerima 1/5 harta rampasan perang.
3. Tidak boleh terima zakat.
4. Tidak boleh terima sedekah.
@PenaHijauDakwah
ุงูููู
ุตู ุนูู ุณูุฏูุง ู
ุญู
ุฏ ูุนูู ุขู ุณูุฏูุง ู
ุญู
ุฏ
Kalau kita melihat seseorang melakukan dosa, andai kata tak mampu nak tegur, maka bencilah dengan hati.
@PenaHijauDakwah
ุงูููู
ุตู ุนูู ุณูุฏูุง ู
ุญู
ุฏ ูุนูู ุขู ุณูุฏูุง ู
ุญู
ุฏ
Kalau nak jual rumah, kena tanya jiran dulu, "nak tak beli rumah ini?"
Ada ulama kata wajib bertanya, ada ulama kata sunat bertanya.
@PenaHijauDakwah
ุงูููู
ุตู ุนูู ุณูุฏูุง ู
ุญู
ุฏ ูุนูู ุขู ุณูุฏูุง ู
ุญู
ุฏ
Nak hati yang suci:
1. Jadilah orang yang berilmu dan mengamalkannya.
2. Banyakkan berzikir.
@PenaHijauDakwah
ุงูููู
ุตู ุนูู ุณูุฏูุง ู
ุญู
ุฏ ูุนูู ุขู ุณูุฏูุง ู
ุญู
ุฏ
Islam mengajar kita untuk sentiasa memilih yang baik dalam tutur kata, dalam perbuatan dan dalam cara kita menyentuh hati manusia.
Menjaga perasaan bukan bermakna kita lemah tetapi itu tanda hati yang hidup. Melembutkan tindakan bukan bermakna kita kalah tetapi itulah sebaik-baik akhlak orang yang kuat.
Jadilah manusia yang apabila hadirnya memberi ketenangan dan perginya dirindui kerana kebaikannya.
Hiduplah dengan jiwa yang bersih kerana di situlah terletaknya keindahan sebenar.
@PenaHijauDakwah
ุงูููู
ุตู ุนูู ุณูุฏูุง ู
ุญู
ุฏ ูุนูู ุขู ุณูุฏูุง ู
ุญู
ุฏ
Kalau kita penat, orang lain pun ada penatnya juga. Kalau rasa tak mampu nak beri layanan terbaik, rehatlah (jarakkan waktu) dan cari tempat atau sesuatu yang dapat tenangkan diri. Cuba perbaiki.
@PenaHijauDakwah
ุงูููู
ุตู ุนูู ุณูุฏูุง ู
ุญู
ุฏ ูุนูู ุขู ุณูุฏูุง ู
ุญู
ุฏ
Kalau lapar, usahakanlah sendiri untuk makan. Sudah tua, kena pandailah kawal emosi. Jangan lepaskan beban dekat orang lain.
@PenaHijauDakwah
ุงูููู
ุตู ุนูู ุณูุฏูุง ู
ุญู
ุฏ ูุนูู ุขู ุณูุฏูุง ู
ุญู
ุฏ
Kalau sebelum ni, asyik keluar dating, pegang2 tangan, bila nak kahwin ni, berhentilah buat benda tu. Nak masuk alam perkahwinan, bnykkan solat taubat, moga2 perkahwinan menjadi berkat.
Kalau nak gi beli brg, naiklah kereta berasingan dan bawalah mahram.
@PenaHijauDakwah
ุงูููู
ุตู ุนูู ุณูุฏูุง ู
ุญู
ุฏ ูุนูู ุขู ุณูุฏูุง ู
ุญู
ุฏ
Jangan sesekali hina dkt org. Apabila kamu ada masalah, kamu pergi cerita dkt org yg prnh kamu hina. Jgn haraplah org tu nak memberikan kamu tisu lebih2 lg jika dihina sebab tak kahwin je pun.
Apabila kita memberi pendapat, org tak terima pendapat kita. Apabila org dah kahwin memberi pendapat, awak blh terima pula ye walhal pendapat yang sama.
@PenaHijauDakwah
ุงูููู
ุตู ุนูู ุณูุฏูุง ู
ุญู
ุฏ ูุนูู ุขู ุณูุฏูุง ู
ุญู
ุฏ
Apa agaknya amalan yang boleh dibawa masuk ke syurga jika sukarnya untuk istiqamah melakukan kebaikan.
@PenaHijauDakwah
ุงูููู
ุตู ุนูู ุณูุฏูุง ู
ุญู
ุฏ ูุนูู ุขู ุณูุฏูุง ู
ุญู
ุฏ
Banyakkan berselawat kerana ia dapat memberikan ketenangan hati.
@PenaHijauDakwah
Drama suami anak mak
Zara cakap dia tidak ada sesiapa walhal dia ada kawan, ayah mentua dan adik ipar yg baik.
Dalam hidup kita ni, kita terlalu fokus apa yang kita tiada sedangkan ramai lagi orang yang menghargai kita.
Saya mula belajar, hargailah setiap orang yang menghargai saya.
Kalau orang tu sudi balas mesej kita, syukur. Kalau orang tu sudi berkawan dengan kita, syukur.
Andai orang itu menjatuhkan atau menghina kita, usahlah kita berkawan. Kita pun ada harga diri.
Islam pun ada ajar, kita boleh merendah diri tapi bukan sampai kena pijak.
Kesilapan yang saya pernah buat, sehingga setahun org hina saya, memang saya tak akan ulang dah. Jangan sesekali bertahan dah dengan orang yang masih menghina kita.
Seorang je menghina tapi ramai lagi Allah kurniakan kawan yang baik dan kawan yang baik ni datang pelbagai cara. Ada yang bertanyakan khabar. Ada yang sukarela membantu.
Saya belajar untuk menunduk. Rugi kalau mendongak. Sebab banyak ilmu yang kita peroleh bila kita menunduk. Sekecil-kecil perkara seperti cara menampal kertas di dinding dan tahan lama pun kita boleh belajar.
Banyak sebenarnya nikmat yang Allah bagi. Kita yang kena banyak bersyukur.
Nikmat Islam. Nikmat Iman. Nikmat bernafas dengan baik tanpa guna tangki oksigen. Nikmat berjalan dengan baik. Nikmat ada otak yang tak mudah lupa.
Terlalu banyak nikmat yang diperoleh tapi ada kalanya bila diuji, pasti kita akan sedih. Nabi pun sedih bila kehilangan isteri yang tersayang. Dan moga2 ujian yang kita hadap menjadi kita lebih dekat kepada Allah.
Ada benda juga saya belajar. Hati-hati bila berkongsi hal peribadi kita dekat orang. Sebab orang boleh jadikan benda tu senjata kelemahan kita tapi hidup kita memang tak lari orang tahu hal peribadi kita.
Karakter kita introvert atau ekstrovert, orang tahu. Manusia yang jahat menjadikan karakter introvert tu sebagai senjata untuk menjatuhkan kita.
Ada guru yang cemerlang pernah nasihatkan walaupun sesibuk mana pun kita, RPH jangan lupa buat. Tip2 mcm ni kita jarang dapat tau melainkan kita borak2 dengan dia. Sebab tu saya suka borak asalkan jangan orang tu menjatuhkan kita dah la.
Kita tahu bahawa tak buat RPH tu suatu jenayah tapi kita tak tahu bagaimana pengurusan masa yang baik bila banyak kerja. Jadi tip mcm ni la kita dapat bila kita borak dengan seseorang.
Jadi hargailah orang yang menghargai diri kita. Orang sudi borak dengan kita pun merupakan nikmat.
@PenaHijauDakwah
Tak semua orang kita boleh hadap perangai dia. Kita tak perlu pun jadi seperti orang lain. Kalau kita selesa bergaul dua orang saja, silakan. Ada sesetengah orang, dia suka bergaul ramai orang.
Ia bukan kekurangan tapi perbezaan karakter. Jangan paksa diri kita untuk cuba bergaul dengan ramai orang. Kena kenal diri dan tahu macam mana nak jadi orang yang gembira. Tak perlu nak terikut cara orang.
@PenaHijauDakwah
Saya ada tengok 1 ceramah ustazah ni tapi saya pelik dengan cara dia. Terlalu kerap mengulang perkataan ni:
1. Solat anda batal.
2. Jahil.
3. Berdosa.
Dia tak de pun sebut, kalau anda buat mcm ni, solat anda sah. Tapi yang dia ulang2 solat anda batal. Ustazah ni terlalu menggunakan kaedah takut semasa mengajar sdgkan Islam ajar takut dan harap kena seimbang.
Kenapa ustazah tersebut terlalu menggunakan kaedah takut? Bila saya kaji, rupanya ustazah ni menjual buku. Jadi, sebab tu dia berlebihan menggunakan kaedah takut.
Bila jadi pengajar ni, kena tahu juga kaedah2 pengajaran yang selari dengan ajaran Islam, bukan hanya sekadar menyampaikan ilmu.
Bila seorang guru menggunakan kaedah harap dan takut seimbang, ia juga sunnah dan dapat pahala.
@PenaHijauDakwah
ุงูููู
ุตู ุนูู ุณูุฏูุง ู
ุญู
ุฏ ูุนูู ุขู ุณูุฏูุง ู
ุญู
ุฏ
Berzikirlah kerana ia dapat menenangkan hati.
@PenaHijauDakwah
ุงูููู
ุตู ุนูู ุณูุฏูุง ู
ุญู
ุฏ ูุนูู ุขู ุณูุฏูุง ู
ุญู
ุฏ
Ada beberapa adab ketika makan:
1. Sunat baca Bismillah.
2. Sunat makan dengan tangan kanan.
3. Sunat mengambil makanan yang terdekat.
@PenaHijauDakwah
ุงูููู
ุตู ุนูู ุณูุฏูุง ู
ุญู
ุฏ ูุนูู ุขู ุณูุฏูุง ู
ุญู
ุฏ
Apabila belajar hak jiran ini, ada perkara yang saya belajar. Hidup ini tak boleh bersendirian. Walaupun awak jenis tak suka bergaul, awak kena juga bergaul sebab ada hak jiran yang awak perlu penuhi.
@PenaHijauDakwah
ุงูููู
ุตู ุนูู ุณูุฏูุง ู
ุญู
ุฏ ูุนูู ุขู ุณูุฏูุง ู
ุญู
ุฏ
Antara hak jiran:
1. Jiran
2. Islam
3. Ahli keluarga
@PenaHijauDakwah
ุงูููู
ุตู ุนูู ุณูุฏูุง ู
ุญู
ุฏ ูุนูู ุขู ุณูุฏูุง ู
ุญู
ุฏ
Ada orang boleh fokus 10 minit di dalam kelas.
Ada orang boleh fokus 30 minit di dalam kelas.
Ada orang boleh fokus sepanjang masa di dalam kelas.
Ni semua kurniaan Allah.
Andai kita bukan orang yg blh fokus sepenuhnya di dalam kelas, usahakanlah datang ke kelas walaupun tidak faham.
@PenaHijauDakwah
ุงูููู
ุตู ุนูู ุณูุฏูุง ู
ุญู
ุฏ ูุนูู ุขู ุณูุฏูุง ู
ุญู
ุฏ
Malam2 suami bangun solat Tahajud. Isteri pula bangun pada waktu malam untuk menyusu anak. Kedua-duanya mendapat pahala.
@PenaHijauDakwah
ุงูููู
ุตู ุนูู ุณูุฏูุง ู
ุญู
ุฏ ูุนูู ุขู ุณูุฏูุง ู
ุญู
ุฏ
Hadirnya seseorg boleh jadi dia nak memenuhi sesuatu keperluan pada diri kita dan boleh jadi juga hadirnya kita untuk memenuhi sesuatu keperluan bagi orang lain.
Apabila dah cukup memenuhi keperluan itu, dia atau kita pun akan menghilang. Sebab tu hadirnya seseorang boleh jadi nikmat, boleh jadi ujian.
@PenaHijauDakwah
ุงูููู
ุตู ุนูู ุณูุฏูุง ู
ุญู
ุฏ ูุนูู ุขู ุณูุฏูุง ู
ุญู
ุฏ
Apabila jadi anak atau isteri, kena banyakkan beramal. Apabila nak masak nasi, jangan bagi orang lain buat. Sebab masa masak nasi, ada amalan yang boleh dibuat. Masa basuh beras, amalkan Ya Latif sambil niatkan orang makan nasi ni akan lembut hatinya.
@PenaHijauDakwah
ุงูููู
ุตู ุนูู ุณูุฏูุง ู
ุญู
ุฏ ูุนูู ุขู ุณูุฏูุง ู
ุญู
ุฏ
Kalau kita pernah melakukan kekhilafan, biarkan benda dah lepas. Apa yang perlu kita buat ialah taubat.
@PenaHijauDakwah
ุงูููู
ุตู ุนูู ุณูุฏูุง ู
ุญู
ุฏ ูุนูู ุขู ุณูุฏูุง ู
ุญู
ุฏ
Dengan siapa kita berkawan, jagalah diri. Kalau kita tengok orang tu mengarut sangat, usahlah berkawan. Dah tua pun masih tak nak pakai tudung dan agak bersosial antara lelaki dan perempuan.
Bukanlah nak ckp diri ini baik. Tapi bahaya berkawan dengan orang mcm ni sebab nanti kita segan nak tutup aurat dengan baik. Sebab tarikan untuk buat dosa lebih tinggi daripada nak buat pahala. Sahabat merupakan cerminan kepada sahabat.
@PenaHijauDakwah
ุงูููู
ุตู ุนูู ุณูุฏูุง ู
ุญู
ุฏ ูุนูู ุขู ุณูุฏูุง ู
ุญู
ุฏ
Apabila borak dengan seseorang dan saya baru tahu banyaknya ujian dia. Beruntungnya dia diuji dengan ujian yang banyak.
@PenaHijauDakwah
ุงูููู
ุตู ุนูู ุณูุฏูุง ู
ุญู
ุฏ ูุนูู ุขู ุณูุฏูุง ู
ุญู
ุฏ
Kalau kawan jenis up status ws berdua-duaan dengan lelaki bukan mahram, siap pegang2 lagi, lebih baik padam saja nombor tersebut. Usah menambahkan dosa sedia ada.
@PenaHijauDakwah