289
Jangan berkecil hati ❤️ dengan kekuranganmu. Dan jangan pula kamu sombong dengan kelebihanmu. Kerana itu semua milik Allah Subhanahu wa Taala.
Jika ini landasan yang kita pilih,
Maka jangan bersungut dengan halangan & rintangan yang datang,
Teruskan dengan rasa syukur dan sabar,
Kerana di hadapan ada impian yang harus kita akhiri.
Mari kita memperbanyakan Selawat Ke atas Junjungan Baginda Nabi Muhammad Sallahu'alaihiwassalam pada hari yang mulia ini.
اللهم صل على سيدنا محمد وعلى.
١٧ safar ١٤٤٣ Hijrah
وعن أبي هريرة رضي الله عنه عن النبي صلى الله عليه وسلم قال : " من القرآن سورة ثلاثون آية شفعت لرجل حتى غفرت له ،وهي: تبارك الذي بيده الملك ". ((رواه أبو داود والترمذي وقال : " حديث حسن ، وفي رواية أبي داود: "تشفع ")).
Abu Hurairah (May Allah be pleased with him) reported: I heard the Messenger of Allah (ﷺ) saying, "There is a Surah in the Qur'an which contains thirty Ayat which kept interceding for a man until his sins are forgiven. This Surah is 'Blessed is He in Whose Hand is the dominion.' (Surat Al-Mulk 67)." [At-Tirmidhi and Abu Dawud].
Riyad as-Salihin 1016
https://sunnah.com/riyadussalihin:1016
Puasa Tasu’a (puasa 9hb Muharram)
عَبْدَ اللَّهِ بْنَ عَبَّاسٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا يَقُولُا حِينَ صَامَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَوْمَ عَاشُورَاءَ وَأَمَرَ بِصِيَامِهِ قَالُوا يَا رَسُولَ اللَّهِ إِنَّهُ يَوْمٌ تُعَظِّمُهُ الْيَهُودُ وَالنَّصَارَى فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَإِذَا كَانَ الْعَامُ الْمُقْبِلُ إِنْ شَاءَ اللَّهُ صُمْنَا الْيَوْمَ التَّاسِعَ قَالَ فَلَمْ يَأْتِ الْعَامُ الْمُقْبِلُ حَتَّى تُوُفِّيَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
Abdullah bin Abbas RA, beliau menceritakan: Ketika Nabi SAW melaksanakan puasa Asyura dan memerintahkan para sahabat untuk puasa. Kemudian ada sahabat yang berkata: "Ya Rasulullah, sesungguhnya hari Asyura adalah hari yang diagungkan orang yahudi dan nasrani." Kemudian Nabi SAW bersabda: “Tahun depan, Insha Allah kita akan berpuasa pada hari ke sembilan.” Namun, belum sampai tahun depan, Nabi SAW diwafatkan. (HR. Muslim No: 1916) Status: Hadis Sahih
Pengajaran:
1. Antara hari yang digalakan berpuasa pada bulan Muharam ialah puasa hari Tasu'a (9hb Muharam) iaitu sehari sebelum hari Asyura (10hb Muharam).
2. Puasa dua hari iaitu puasa sunat Tasu'a (9hb Muharam) dan puasa sunat Asyura (10hb Muharam) adalah untuk membezakan amalan berpuasa seorang Muslim dengan puasa orang Yahudi dan Kristian.
Marilah kita tunaikan puasa Sunat Tasu'a (9hb Muharam) yang jatuh pada 18hb Ogos hari Rabu dan puasa Sunat Asyura (10hb Muharam) pada 19hb Ogos hari Khamis. Moga Allah akan mengampukan dosa-dosa kita setahun yang lalu.
Mungkinkah Muharam ini tidak akan kita temui pada tahun hadapan?
16hb Ogos 2021
07hb Muharam 1443H
"Moga الله redha, Nabi cinta."
-Nasihat Ringkas-
•Jadilah hamba yang sentiasa bersyukur, kerana Allah masih memberi nikmat dan masih menutup Aib kamu walaupun kamu tidak pernah mensyukuri nikmatnya.
•Bersegeralah bertaubat, kerana kamu masih diberi nyawa dan kesempatan untuk bertaubat walaupun kamu insan yang berdosa.
Allahumma Ya Bariq Ya Razzaq
( Allah Maha pemberi rezeki)
Inna haza larizquna ma lahu min nafad
( Sesungguhnya ini adalah pemberian Kami kepada mu, pemberian yang takkan habis)
Always recite these ❤️
Syubhah diibaratkan sebuah jalan 🛣 lurus dan kiri kanannya kaca-kaca adapun api-api🔥 yang boleh membakar diri.
Jika penuh kealpaan, dikuatiri akan terjatuh dan terjerumus kepada kedalam haram.
Kita hidup ni hanya menumpang. Kita tidak punya apa apa pun melainkan rahmat dan kasih sayang Allah ke atas kita. Memberilah, kecil atau besar bukan penilaian Allah. Tanpa 5 sen takkan ada 10 sen. Tanpa 10 sen takkan ada 1 ringgit. Begitulah seterusnya. Tidaklah akan berkurang harta dengan sedekah melainkan Allah akan melipatgandakan.
Ingat, apa yang kita 'miliki' adalah bukan milik kita, bahkan apa yang kita 'hulurkan' itulah milik kita yang sebenarnya. Sekecil kecil pengorbanan adalah sangat besar nilainya kepada orang yang memerlukan. Jika tidak dapat membantu, jangan pula menghina.
Kita senang kata pada orang macam-macam,
Sedang kita jauh sekali untuk faham.
Tidak dia pinta banyak,
Cuma cukup bagi masa dia berfikir sejenak.
Ini tidak, kata bukan-bukan,
Sedang situasinya kita sendiri tak tergambarkan.
Tanya dirinya pun tidak,
Kita sewenangnya melepaskan apa yang di benak.
Jika kita tidak mampu berbicara yang baik,
Cukup saja diam dari berkata buruk.
Cuba saja kita letakkan diri pada situasi itu,
Pasti, bukan seperti itu yang kita mahu.
Namun inilah sikap kita,
Bila amarah di depan, kita lempiaskan semua,
Harap diri kita puas.
Tapi tak kita sedar, dalam bicara itu,
Sudah banyak hati yang terguris.
Jika tak mampu beri banyak, cuba walaupun sikit, mungkin dengan cara diam dari terus berkata-kata.
Buat lah sebanyak banyak kebaikan walaupun ia kecil sebab kita tak tahu kebaikan mana yang Allah terima. 🥺
Читать полностью…
Sesukar manapun perjalanan hidup kita pada hari ini, ketahuilah ada kemudahan yang diselitkan bersamanya.
Kita mungkin belum nampak, tetapi teruskan saja menapak.
Jangan berputus asa saat kau terasa getirnya ujian. Bagi mencapai kesenangan dan kebahagian, memang kita lalui macam-macam cobaan.
Tapi kita kena sedar. Hidup kita ada Allah yang Maha Menolong.
Segala apa yang payah, minta pada Dia agar memberi mudah.
Setiap yang kita rasa tak boleh, minta Allah beri kita rasa tabah.
Teruskan berjuang demi kesenangan yang kita cari.
Masanya mungkin bukan sekarang, tetapi saat Allah kata ia menjadi rezeki bahgia dan tenangmu.
Ulama berpesan, sesiapa yang menjaga solat. Maka, ALLAH Subhanahu Wa Ta'ala akan memberinya 5 keistimewaan kepadanya iaitu:
1. Akan diangkat kesempitan hidup di dunia daripadanya.
2. Akan dihindarkan daripada azab kubur.
3. Akan mendapat buku catatannya daripada tangan kanan.
4. Akan melintas titian sirat dengan pantas
5. Akan memasuki syurga tanpa hisab.
- Tazkirah Iman -
Patah semangat? Putus asa? Hilang arah tuju?
Fikir semula apa tujuan kau hidup dan mulakan semua benda ni. Kadang kala setiap apa yang kita lakukan tidak akan memberikan hasil terbaik 100%.
Kekurangan yang kita ada, perlu dibaiki. Usah risau usah gentar. Kerana dari kekurangan tersebut, kita dapat tahu apa kesalahannya.
Cuba cuba dan cuba lagi. Don't give up easily. Everything that happen have their own reasons. Just follow the flow.
Orang yang di depan kamu tertawa dan senyum penuh mesra itu, sejujurnya penuh hiba dan duka di dalamnya.
Dia cuma berpura-pura di sebalik tawa yang dihadiahkan, hakikatnya di sebenarnya dalam kepedihan.
Cuma belum tiba masanya dia luahkan apa yang terbuku. Asal saja suatu saat nanti, dia sudah tidak mampu, pasti dia luahkan segalanya.
Dan waktu itu, sokong dan pautlah dia sepertimana kau inginkan seseorang saat kau lelah.
Dia juga seperti kamu, tidak kuat dihujani dengan ujian.
Ada saat memang rebah ke dasarnya.
Dan untuk kembali bangun, perlukan semangat dan sokongan orang-orang sekeliling juga.
Bantulah dia,
Suatu saat kau memerlukan, akan ada mereka yang lain turut sama membantu.
Adakalanya kita perlu menjadi lilin, membakar diri untuk menerangi.
Adakalanya kita perlu menjadi pohon, untuk menjadi tempat berteduh bagi yang perlu.
Adakalanya kita perlu menjadi tisu, dikoyak rapuh namun teguh menyapu air mata yang mengalir.
Dan setiap masa kita adalah Hamba.
Hamba yang bermusafir di dunia yang fana, tanpa mengetahui bilakah bakal dijemput olehNya.
@LoveURasulullah
Daripada Aisyah R.A Berkata, Rasulullah SAW Bersabda:
"Amalan yang paling dicintai oleh Allah ta'ala adalah amalan yang berterusan walaupun jumlahnya sedikit"
H.R Bukhor: 6465. SAHIH
Puasa Asyura
عَنْ ابْنِ عَبَّاسٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا قَالَ مَا رَأَيْتُ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَتَحَرَّى صِيَامَ يَوْمٍ فَضَّلَهُ عَلَى غَيْرِهِ إِلَّا هَذَا الْيَوْمَ يَوْمَ عَاشُورَاءَ وَهَذَا الشَّهْرَ يَعْنِي شَهْرَ رَمَضَانَ
Daripada Ibnu Abbas RA, beliau mengatakan: “Saya tidak pernah melihat Nabi SAW memilih satu hari untuk puasa yang lebih baginda utamakan dari pada yang lainnya kecuali puasa hari Asyura, dan puasa bulan Ramadan.” (HR Bukhari No: 1867) Status: Hadis Sahih
Pengajaran:
1. Antara ibadat puasa yang menjadi keutamaan kepada Rasulullah SAW untuk kita contohi selain puasa dibulan Ramadan ialah puasa pada hari Asyura (10hb Muharam).
2. Puasa Asyura ganjarannya dapat menghapuskan segala dosa (Imam Nawawi kata segala dosa kecil) setahun yang lalu. Dari Abu Qatadah Al-Anshari RA, beliau mengatakan:
سئل عن صوم يوم عاشوراء فقال كفارة سنة
Nabi SAW ditanya tentang puasa Asyura, Baginda menjawab: “Puasa Asyura menjadi penebus dosa setahun yang telah lalu.” (HR. Muslim No: 1976). Status: Hadis Sahih
3. Bagi yang tidak berkesempatan puasa Tasu'a (9hb Muharam atau 18hb Ogos), masih lagi berpeluang melaksanakan puasa Asyura pada keesokan hari (10hb Muharam bersamaan 19hb Ogos).
Ibnul Qayim dalam Zadul Ma’ad, 2/72 menjelaskan puasa yang berkait hari Asyura ada tiga kategori:
a) Kategori paling sempurna, puasa tiga hari. Sehari sebelum Asyura, hari Asyura, dan sehari selepas Asyura (9hb, 10hb dan 11hb Muharam).
b) Kategori kedua, puasa pada 9hb dan 10hb Muharam berdasarkan banyak hadis.
c) Kategori ketiga, puasa pada 10hb Muharam saja.
Rebutlah peluang melakukan puasa sunat sempena Asyura, jika berkemampuan, berpuasa tiga hari atau dua hari atau paling tidak sehari iaitu pada 10hb Muharam. Semoga ia menjadi penebus dosa-dosa kita setahun yang lalu.
17hb Ogos 2021
08hb Muharam 1443H
"Moga الله redha, Nabi cinta."
Belajarlah ilmu Allah walaupun sedikit, Mana tahu yang sedikit itulah menjadi asbab keatas kita dimasukkan kedalam syurga Allah S.W.T.
Читать полностью…
Jadikan Nasihat Ulama sebagai pedoman,
Untuk Selamat daripada Fitnah Akhir Zaman,
Untuk diri yg sentiasa dalam Kegelapan,
Nasihat Ulama umpama Cahaya,
Menyuluh jalan menjadi Hamba,
Bukan Hamba kepada Dunia,
Namun Hamba kepada Pencipta
.
.
.
#kalamulama #kalamsufi #kalammurabbi
-Bersegeralah Bertaubat & Setiasalah berwudhuk-
(إِنَّ ٱللَّهَ یُحِبُّ ٱلتَّوَّ ٰبِینَ وَیُحِبُّ ٱلۡمُتَطَهِّرِینَ)
[Surah Al-Baqarah 222]
SesungguhNya Allah mengasihi orang-orang yang banyak bertaubat, dan mengasihi orang-orang yang sentiasa mensucikan diri.
Nabi Muhammad SAW mendirikan Solat Sunat Istisqa', lalu Allah SWT menggerakkan awan-awannya dan menurunkan hujan dari langitnya.
Di sini menunjukkan segala yang tetap di atas muka bumi ini gunung-ganang, bukit-bukau, awan-awan dan segala benda yang tetap boleh berubah dengan satu solat sunat kepada Allah SWT yang mampu mengubah segalanya yang tetap di muka bumi ini.
Apakah mungkin Allah SWT tidak boleh mengubah hati manusia yang dikenali sebagai "Qalbun (قلبٌ)" yakni berbolak-balik dengan menunaikan Solat sunat untuk mengubah hati-hati manusia yang dulunya berhutang dengan kita dan tidak melangsaikan hutangnya lalu tergerak hatinya untuk melangsaikannya adapun yang dulunya merupakan seorang yang pemarah lalu menjadi seorang yang lemah-lembut,penyayang, baik hati dan sebagainya.
#FikirFikirkan
#SelamatMalam🌃
#SelamatBertahajjud
#Muhasabah
t.me/LoveURasulullah
Mungkin Allah melambatkan rezeki bagi kita kerana memperolehi rezeki dari (syubhah) suatu jalan yang tak pasti.
t.me/LoveURasulullah
Teringat kata-kata dari Imam Al-Ghazali,
.
“Kata-kata hikmah boleh melembutkan hati yang sekeras batu. Kata-kata kesat boleh mengeraskan hati selembut sutera.”
.
Sampaikanlah apa kebaikan yang kamu tahu, usah fikir pandangan orang terhadap kita. Mereka mungkin sekarang hanya lihat dan tertawa tapi nanti mereka akan follow tanpa kita sedar.
.
Mungkin itu berkat dari kesabaran dan doa yang kita minta. In sha Allah ☺️
Ada harapan yang kau impikan, belum tertunaikan. Ada impian yang kau inginkan, belum tercapai. Dalam kau menghitung setiap yang tiada, cuba tengok sudah banyak mana kau dapat nikmati pemberian dari Dia. Tanpa pernah jemu dan lesu, Tuhan beri apa yang kau perlu. Lalu bersyukurlah dengan apa yang kau ada, yang lain-lain nanti, Tuhan kabulkan saat tiba masanya. Bersabarlah.
Karna Tuhan itu lebih mengetahui dari apa yang Dia kehendaki. ❤️🌻
Kadang-kadang, kita tak sedar kata-kata kita menghiris telinga yang mendengar.
Mungkin dalam hati kita, alah, dia isteri, dia kawan, dia sahabat. Takkan tegur pun tak boleh. Lagi-lagi lah bergurau.
Atau, dia ni kawan rapat, siap kongsi bantal lagi, takkan sentap punyalah dengan aku.
Adik beradik, lagi lah tak payah terasa. Dah kenal daripada dalam perut kot.
Kerana kata-kata lah sebenarnya ramai antara kita yang berhadapan tekanan perasaan.
Terluka dengan kata-kata, tapi tak dapat luahkan. Tak dapat buat apa-apa. Kena terima, terima dan terima.
Kalau tak setiap hari pun, banyak kali diperdengar perkataan seperti yang tidak elok, nakal, tak guna, serabutlah kau ni, merimaskan lah kau ni, atau wei gemok, wei kerempeng.
Bila yang mendengar tidak mampu membalas atau berbuat apa-apa, tekanan akan mula terbentuk tanpa disedari.
Lama kelamaan, dia akan mula memberi reaksi seperti, lekas marah, cepat melenting, kurang sabar dan mungkin juga terus berdiam tanpa komunikasi.
Ini semua hasil ‘unfinish business’ yang telah terbentuk sejak dari awal emosinya telah terganggu namun tak dapat diluahkan.
Iya, faktor unfinish business ini lah yang sebabkan anak-anak kecik tantrum. Bukan mereka sahaja, kita yang dewasa pun sama.
Bila banyak perasaan negatif kita tidak dihadiri atau diiktiraf dengan baik, maka akan terbentuklah satu gumpalan masalah atau tekanan.
Natijahnya, kita sukar untuk berkasih sayang, kita sukar untuk berlapang dada, kita sukar untuk segera berdamai dengan hati kita.
Asbabnya hanya kerana kata-kata, namun natijah negatifnya sangat besar dan memberikan impak yang nyata masalahnya.
Kawan-kawan, marilah kita sama-sama muhasabah semula diri kita. Setiap kali ingin melontarkan kata-kata, belajarlah untuk berfikir dahulu.
Bukan sahaja kita perlu bercakap dengan baik dan menyantuni orang yang kita ada kepentingan sahaja dengan baik, tetapi sesiapa sahaja yang Allah hadirkan dalam hidup kita.
Baik keluarga, kawan-kawan mahupun orang yang tidak kita kenali. Tiada beza walau dengan siapa yang perlu kita santuni.
Berfikirlah sebelum berkata-kata. Kalau perlu diam, diam itu lebih baik daripada kemungkinan kita melukakan sesiapa.
Aisyah ra. meriwayatkan:
Rasulullah SAW pernah makan bersama enam orang sahabat beliau. Tiba-tiba seorang Badui datang dan ikut makan bersama mereka sebanyak dua suapan. Melihat hal itu, Rasulullah SAW berkata:
Seandainya ia menyebut nama Allah, niscaya makanan ini cukup untuk kalian.
(HR. al-Tirmizi, Ibn Majah dan Ahmad)
Dari Anas ibn Malik ra. Rasulullah SAW bersabda:
Sungguh, Allah benar-benar ridha kepada orang yang makan atau minum kemudian memuji dan bersyukur kepada-Nya atas makanan atau minuman itu.
(HR. Muslim, al-Tirmizi dan Ahmad)
Sunan al-Tirmizi, hadis no. 1781; Sunan Ibn Majah, hadis no. 3255; Musnad Ahmad, hadis no. 24895.
Sahih Muslim, hadis no. 4915; Sunan al-Tirmizi, hadis no. 1738; Musnad Ahmad, hadis no. 11535 dan 11724.
Checklist Jumaat Mubarakah 🕌
Kalau tak boleh buat semua, jangan tinggal semua ✨
• Al-Kahfi
• Potong kuku
• Memakai wangian
• Berpakaian bersih/putih
• Selawat kepada Nabi Muhammad SAW
• Bersugi/siwak
• Mandi sunat
• Hadir awal ke masjid
Sekadar ingatan bersama 💐
اللهم صل وسلم وبارك على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه وسلم
Hari ini berpijak di atas tanah,
Boleh jadi esok sudah jadi penghuni dalam tanah.
Hari ini banyakkan doa dan harap pada Allah,
Semoga esok hidup dalam redha Allah.
Hari ini andai datang ketentuan Allah,
Esok terimalah ia dengan tabah.
Hari ini andai ada silap dan salah,
Jangan tunggu esok untuk istighfar dan taubah.
Hari ini kita dalam takdir Allah,
Besok hari hanya dalam ilmu Allah.
Saat kamu merasa lemah dengan perkara dunia,
Ubatilah dengan ingatan pada akhirat,
Kerana dunia tempat mencari bekalan,
Akhirat untuk mu beristirehat.
Tiap ujian yang kamu lalui,
Tersembunyi hikmah yang tersendiri,
Diriku dirimu dan diri kalian merasai nikmat yang berbeza,
Yang tak pernah insan lain rasa.
Sentuh hatimu dengan kata-kata ini : "Redha Allah yang dicari, Bukan redha manusia ."