hafizkhalifachannel | Unsorted

Telegram-канал hafizkhalifachannel - Hafiz Khalifa

563

"Aku bukanlah sebaik yang disangka" Tetapi aku rasa aku perlu sampaikan. pada mereka yang pura-pura tahu semua.

Subscribe to a channel

Hafiz Khalifa

Bangun pagi, dada rasa sempit
Nafas pendek, fikiran makin rumit
Senyum palsu jadi topeng wajib
Dalam kepala, perang tak habis-habis

Malam panjang, siang pun sama
Depression bisik, “kau tak ke mana”
Anxiety jerut tanpa suara
Jantung laju, tangan bergetar tiba-tiba

Aku tanya cermin, “siapa aku ini?”
Bayang sendiri pun nampak asing
Dunia jalan laju, aku statik,
Rasa tertinggal, rasa tak cukup baik


Kalau jatuh lagi, aku bangun perlahan,
Kalau gelap datang, aku lawan perlahan,
Tak semua kuat, tapi aku bertahan
Walau lutut berdarah, aku tetap berjalan,


Aku bangkit dari sunyi, dari luka sendiri,
Walau kepala ni penjara, aku cari kunci,
Hari ini aku hidup, walau semalam aku mati,
Ini kisah aku bangkit, bukan kisah aku lari.....


@Hafizkhalifachannel

Читать полностью…

Hafiz Khalifa

Intro – AAAA]
Dulu ku ukur hidup dengan kertas nilai tinggi,
Straight A bagai kunci pintu syurga duniawi,
Harapan ku bina tembok menjulang tinggi,
Tapi akhirnya tembok itu runtuh menimpa diri sendiri.

[Verse 1 – AABB]
Serban panjang ku anggap lambang iman warisan,
Anak soleh pasti ikut jejak tanpa sebarang kesan,
Tudung labuh bagai perisai dari godaan syaitan,
Aku cipta cerita dongeng, akhirnya aku yang terperangkap dalam bayangan.

Iman bukan harta yang boleh diwariskan begitu saja,
Bagaikan api unggun, kena nyalakan sendiri di dada,
Aku hakim orang dari luar, lupa diri sendiri pesalahnya,
Perangkap harapan ku bina, aku sendiri yang terjatuh di dalamnya.

[Hook – ABAB]
Berjaya bukan di lembaran kertas laporan yang terpampang,
Bukan gunung emas atau kereta yang meluncur kencang,
Berjaya ialah ombak reda di lautan hati yang tenang,
Walau dunia bergelora, jiwa tetap damai sepanjang,

Berjaya ialah langkah menuju taman abadi nan suci,
Merentasi padang pasir panas mengejar cahaya ilahi,
Dunia hanyalah bayang sekejap yang pudar perlahan,
Moga kita capai iman kerna akhirat tujuan yang hakiki,

[Verse 2 – AABB]
Hidup ini jalan berliku, bukan garis lurus di peta,
Kau pegang kompas hati, kau tentukan arah meta,
Kekayaan bagai awan hujan, datang lalu pergi tanpa salam,
Ketenangan bagai mata air, mengalir walau kemarau panjang.

Degree membuka pintu dunia, tapi tak buka pintu kalbu,
Harta membeli katil empuk, tapi tak beli mimpi indah malam itu,
Jangan ukur manusia dari kulit luaran yang berkilat menggoda,
Dalam dada mungkin ada badai, atau damai yang tersembunyi di minda

[Hook – ABAB]
Berjaya bukan nombor di lembaran kertas laporan,
Bukan gunung emas atau kereta yang meluncur kencang,
Berjaya ialah ombak reda di lautan hati yang tenang,
Walau dunia bergelora, jiwa tetap damai sepanjang.

Berjaya ialah langkah menuju taman abadi nan suci,
Merentasi padang pasir panas mengejar cahaya ilahi,
Dunia hanyalah bayang sekejap yang pudar perlahan,
Akhirat tujuan hakiki, moga kita sampai dengan iman.

[Outro – AAAA]
Angkat pandang ke langit malam yang penuh bintang gemerlap,
Bisik doa dalam sunyi, minta petunjuk yang tak pernah pudar,
Perjalanan masih panjang, tapi tujuan sudah terang benderang,
Berjaya dunia dan akhirat, sama-sama kita usaha hingga akhir.

Читать полностью…

Hafiz Khalifa

"Bukan senang-senang bagi senang-senang pergi"

😌😌😌😌

Yang mana paham tu paham lah 😂😂😂

Читать полностью…

Hafiz Khalifa

Kau nak tahu tak kenapa hati kau cepat berubah-ubah?
Sebab cinta kau terlalu murah ,
Hati kau cepat sangat goyah ,
Hanya disebabkan perhatian manusia membuatkan kau kalah.

Perasaan itu datang tak salah ,
Tapi ....
Yang salah bila kau terlalu ikutkan perasaan pada manusia yang salah.
Kau yang pilih bahagia yang sementara itu untuk singgah ,
Sedangkan bahagia itu layaknya untuk dia sampai jannah .
Tapi kau terlalu ingat pada dia sampai lupa pada hidayah.
Kau layan dia macam bidadari bidadara akhirnya kau buang dia macam sampah.

Cinta tak salah ,
Tolong jangan salahkan cinta kerana cinta itu anugerah ,
Orang yang percaya cinta takkan pernah kenal erti mengalah.
Dan orang yang menghargai cinta pengorbanannya sangat indah.
Hanya orang yang buta mata buta hati saja yang jadi bodoh tanpa noktah.

"Bahagia itu kadangnya kita boleh rasa pada manusia yang salah , jangan persalahkan rasa cinta yang sementara , kerana setiap perasaan yang hadir akan buat kita lebih tabah"

📝- HafizKhalifa
By : @HafizkhalifaChannel

Читать полностью…

Hafiz Khalifa

HATERS

Buat Mereka yang ingin lihat jatuhnya manusia mahupun manusia yang suka bermuka-muka.
Izinkan aku pesan satu perkara.
Kebiasaannya perasaan hasad dan dengki itu adalah punca utama,

Kau takkan dapat rasa kerana kau telah memilikinya,
Perasaan itu hanya pada mereka yang telah mati hatinya.

Sampai bila kau nak melakukan dosa?
Sampai suatu masa kau akan penat dan ingin berbalik pada Maha Pencipta.
Waktu itu kau kena sedar akan ada kifarah yang bakal menimpa.
Jalan cerita kau telah pilih sebelumnya.

Hari ini kau buat orang esok lusa kau akan kena perkara yang sama atau mungkin kau akan kena yang setimpal dengannya.

Jadi , jika kau suka melihat manusia lain berduka,
Lihatlah kau juga sedang menumpang di dunia yang bukan kau punya.

Tak usah riak dengan apa yang kau ada , kerana apa yang kau ada belum tentu menjaminkan apa-apa. Semuanya boleh ditarik bila-bila masa jika dikehendaki oleh-Nya.
Hanya masa yang akan menentukan segalanya.

"Jika hasad dengki berada di dalam darah takkan hilang perasaan dendam dan amarah"

📝 - Hafizkhalifa

By - @Hafizkhalifachannel

Читать полностью…

Hafiz Khalifa

"Penulis Yang Hilang"

(Puisi Moden)


Aku bagaikan penulis yang hilang.
Hari ini aku datang ,
Esok lusa aku menghilang,
Jiwa aku bagaikan terbang,
Melihat cacian dan makian kian terbentang.

Mungkin hati aku telah mati,
Menulis dengan jiwa yang telah pergi,
Perasaannya tidak sama seperti menulis dengan jiwa yang satu lagi.
Segala yang aku tulis bagai sebuah puisi yang tidak punya isi.

Kadang aku jadi malu pada keterangan aku..
Menulis dengan harapan menyampaikan sesuatu,
Aku menyeru agar jangan jadi macam aku,
Dan jangan pernah hidup dengan kesilapan lalu,
Perasaan itu hanya membuatkan hati kau hilang bagaikan debu.

Aku akan kembali,
Mungkin pada suatu hari nanti,
Kerana rinduku terhadap bangkitan kalian tidak pernah terhenti,
Ketahuilah jika aku benar-benar tidak kembali,
Tandanya aku benar-benar pergi,
Dan doa ku sentiasa buat kalian agar terus bangkit demi ilahi.
Kerna esok belum tentu aku dapat menulis seperti hari ini.


📝-Hafizkhalifa
By
- @Hafizkhalifachannel

Читать полностью…

Hafiz Khalifa

Dalam dunia ni kan , akan ada 3 jenis kategori yang mana aku tak pasti sama ada orang akan setuju atau tidak.

Orang yang pertama , Dia sudah berpunya tapi hati dia single , orang macam ni kadang selalu terpinjam jodoh orang sebab tu wujudnya mencintai tak semestinya memiliki.

Orang yang kedua , Dia single tapi hati dia telah dimiliki. Hati dia ni akan terlepas bila melihat orang yang dia sayang tu pergi dengan sebenar-benar pergi. Mengharap sesuatu yang tak pasti. Dalam harapan terselit sebuah impian.

Dan orang yang ketiga ini , dia sudah berpunya dan hatinya juga sudah berpunya pada insan yang sama.
Bila dua hati menjadi satu , takkan terlerai walau berjuta batu.

By : @Hafizkhalifachannel

Читать полностью…

Hafiz Khalifa

"Ikhlas Yang Hilang"


Kalau kau buat sesuatu perkara untuk sesuatu perkara , kau hanya akan dapat sesuatu perkara yang kau inginkan sahaja.

Ikhlas ini tak nampak dengan mata tetapi boleh dirasa di dalam jiwa.

Aku ibaratkan ikhlas ini seperti sebutir pasir putih yang di campakkan ke dalam lautan yang sangat dalam.. Kau takkan nampak dengan mata tetapi kau boleh rasa.

Mungkin ada orang menyuarakan ikhlas yang dilakukan. Kononnya dilakukan untuk bermacam-macam tentang ikhlasnya itu.

Pada aku ikhlasnya itu hilang bagai debu yang berterbangan , hilang walau cuba dicapai dengan tangan ia tetap hilang.Semakin banyak disebut-sebut akan ungkitan semakin banyak keikhlasan itu berlalu pergi.

Ikhlas itu satu.

Seperti Surah Al-Ikhlas
Ayat yang Pertama.

"Sesungguhnya Tuhan Itu Satu"

Maka niat itu tidak lain tidak bukan hanya satu , "kerana Allah" tidak ada dua tidak ada tiga mahupun selebihnya..


"Kau mungkin mampu lari dari penipuan dunia tetapi kau takkan mampu lari dari keikhlasan dalam diri..."


📝By- @Hafizkhalifachannel

Читать полностью…

Hafiz Khalifa

"Aku Bukan Malaikat"

Baru kena tegur sikit pasal aurat dah melenting cakap kat kita ni menghukum acah-acah malaikat.

"Kau tu malaikat eh , boleh tentukan syurga neraka , pahala dosa.."

Berdesing telinga aku dengar.

"Weh kira baik Tuhan hantar manusia untuk tegur kau taw.

Apa nk tunggu malaikat turun dari langit tegur semata-mata nak cakap benda yg sama. Kau ingt kau nabi nk suruh Malaikat turun tegur kau.

Nabi Ibrahim jumpa Izrail boleh pengsan bila Izrail berubah.
Nabi Musa ditumbuknya Izrail , buta mata Izrail. Kembalinya Izrail , Allah pulihkan kembali mata izrail.


Jumpa setan yg berubah jadi hantu pun lari ada hati nak jumpa Malaikat.

Aku manusia.
Aku Bukan Malaikat.
Kalau aku jadi malaikat , aku nak jadi Malaikat Maut, manusia tak reti bersyukur ni tarik je nyawa biar tak sempat taubat.

Duduk kat atas dunia bangga buat maksiat.Cakap sikit meroyan macam orang tak cukup sifat.

Jarang mahluk yang sombong ni dapat hidayah. Kalau lah mahluk sombong ni senang dapat hidayah, iblis pun masuk syurga.


Manusia boleh berubah.
Iman manusia turun naik.

"Jangan pandang kata-kata ini sebagai satu penghinaan , tetapi pandanglah kata-kata ini sebagai suatu jalan untuk penghijrahan"

Doaku buat diri dan kalian semoga diperlimpahkan hidayah Tuhan.

📝 By - @HafizKhalifaChannel

Читать полностью…

Hafiz Khalifa

"Apa guna Tuhan bagi kau followers tetapi kau gunakan untuk menempah neraka?"

Dunia ni bukanlah pentas perlumbaan media social semata-mata.

Kau usaha sehabis baik untuk kau dapatkan perhatian manusia lalu kau sampaikan sesuatu kononnya nak menyampaikan hak bersuara kepada sang manusia yang kau anggap durjana.

Indah bukan dapat melepaskan geram apatah lagi dendam yang tersimpan.

Dosa sebarkan aib dan fitnah tak sama dengan dosa sembarangan.Dosa itu akan mengalir bagaikan air di lautan.

Semakin kau cuba buang air itu semakin bertambah dan akhirnya kau akan kepenatan sehingga lemas di dalam lautan.

Al-Mizan tidak pernah menipu.Neraca Timbangan itu sedang menunggu , diciptakan khas buat kita yang bergelar hamba.

Dosa dengan Allah , kita boleh taubat Allah terima.Dosa dengan manusia kita tak boleh buat apa-apa.

Hanya kemaafan dari hamba pencipta itu yang boleh mengeringkan dosa di lautan.


📝- Hafiz Khalifa
By :@Hafizkhalifachannel

Читать полностью…

Hafiz Khalifa

"Mereka tak tahu cerita sebenar , sebab tu kau berani pusing cerita satu dunia"

Sebenarnya Aku susah nk percaya orang , sebab aku hidup dalam prinsip bahawa aku takkan dengar sebelah pihak sahaja.

Mungkin kerana pengalaman hidup yang telah menjadikan aku manusia yang hari ini.

Apa yang aku belajar dalam hidup tak sama dengan apa yang orang lain belajar dalam hidup.

Kalau orang lain nak percaya dengan apa orang kata , itu terserah tapi bukan untuk manusia macam aku.

Aku seorang yg spesifik , tanpa sebuah fakta yang betul maka susah untuk aku percaya sebuah cerita.

Jadi kalau kau mahu bercerita pastikan kau bercerita tentang perkara yg ada logik akal yg boleh diterima manusia.

Bukannya membabi buta melayankan perasan tak suka kau pada seseorang manusia.

Tanpa logik sebuah cerita orang akan anggap kau gila.

Mereka akan dengar tetapi mereka tidak akan percaya kerana mereka juga sama tidak akan percaya pada sebelah pihak sahaja.

Dan bila kepercayaan sesebuah cerita itu hilang kau akan hidup dalam kesunyian sampai bila-bila.

HK

@AbangAkakPayung

Читать полностью…

Hafiz Khalifa

Hampir setiap hari aku akan mengalirkan air mata.

"Aku dah cakap berubah - BERUBAH LAH !"

Setiap hari aku tak mampu nak tipu diri aku , perasaan bersalah pada diri , perasaan bersalah pada mak , abang , akak yang sama-sama membesarkan aku dari kecik sampailah sekarang.

"Fiz dah besar nanti tolong tengok-tengok kan akak-akak ye , abang akak hafiz dah penat susah untuk besarkan adik beradik semua."-Pesan Mak 😢

Bila teringatkan pesanan ni buat aku rasa sebak bukan sebab tak boleh tengokkan akak-akak tapi diri sendiri pun aku tak mampu , diri sendiri pun masih terumbang ambing.


Aku rasa seolah-olah aku macam buat satu kesalahan yang besar yang buatkan aku malu nk berhadapan , malu tengok keadaan diri sendiri yg tidak punya apa-apa matlamat dalam hidup.

Aku dah buat kesalahan yg besar dalam hidup. Aku tak gunakan masa yang ada untuk aku ubah hidup ke arah lebih baik.

Dan sebenarnya , aku malu. Aku malu dengan diri sendiri. Aku malu dengan kehidupan aku.

Aku takkan pernah berhenti berjuang untuk ubah hidup, bukan untuk diri sendiri tetapi untuk semua. Walaupun berjuta kata-kata sumbang yg buat aku tumbang tetapi aku yakin itu bukan penghalang.

Aku rela hidup kalah daripada mati menyerah.

Sebab aku seorang manusia yang hidup dengan sebuah impian.

Biarpun impian itu hanya angan-angan dan mimpi , tetapi impian tidak akan muncul jika kita tidak bermimpi untuk berimpian.


📝-@Hafizkhalifachannel

Читать полностью…

Hafiz Khalifa

Kadang dalam hidup ni bukan semua orang akan suka kat kita.

Tuhan cipta kucing yang comel tu pun ada orang tak suka lagikan pula kita ni manusia.

Manusia macam ni hidup dia takkan tenang. Dia akan sentiasa cari kesilapan orang lain walau sebesar zarah sekalipun dan akan perbesarkan sehingga sebesar bintang.

Kadang orang lain takde salah pape pun tapi disebabkan hasad dalam hati membuatkan dia tak senang dengan apa yang orang lain ada , sedangkan apa yang dia ada depan mata dia tak nampak tetapi sibuk dengan apa yang orang lain ada.

Tak pelik , Manusia macam ni memang wujud cuma dalam hidup kita ni kita yang menentukan nak jadi manusia yang macam mana rupa.

Tuhan sebut jelas dalam Quran :

"Kalau kamu syukur nescaya Tuhan akan tambah , tetapi kalau kamu kufur terimalah azab yang paling perit"

Tuhan ingatkan kita jelas dan nyata dalam ayat tu "azab yang paling perit"

Bukan azab yang paling cikai punya Tuhan berikan tetapi azab yang paling perit Tuhan bagi kat manusia yang kufur .

Maka beruntunglah pada manusia yang sentiasa sabar dan bersyukur terhadap Maha Pencipta.


📝By- @Hafizkhalifachannel

Читать полностью…

Hafiz Khalifa

"Cemburu"


Cemburu itu biasa pada manusia yang normal tetapi perasaan cemburu itu perlu dikawal supaya tidak terlalu ikutkan perasaan dan hawa nafsu.

Kadang apa yang buat aku tak faham kenapa ada manusia yang terlalu cemburu kerana melebihkan orang lain.

Kalau dia nak lebihkan orang lain itu lantak dia lah, terpulanglah kat dia nak buat apa pun.

Ni sibuk ungkit pernah buat itu ini pada manusia. Orang dah tak nak tu blah je. Tak payah nak terhegeh-hegeh jadi stalker.

Apa yang kau dapat stalker pada manusia ? Tak dapat apa ? Lepas tu sakit hati dan rasa tak dihargai. Wujud pula dendam yang membara dan perasaan iri hati.

Buat baik biar ikhlas kepada Maha Pencipta. Kalau kau buat baik kerana manusia maka kau perlu sedia untuk terima rasa kecewa.

Kadang aku pun rasa cemburu dengan apa yang manusia ada , tapi itu rezeki dia.

Tuhan pilih dia untuk terima apa yang dia perlu terima. Rezeki aku akan ada dan aku yakin Tuhan telah susun untuk aku sebuah rezeki tanpa aku duga.

Walau apa pun yang manusia ada , jika dia ada pada tempat yang sedia ada , kalau Tuhan kata jadi , maka jadi lah dan takkan ada siapa yang mampu menghalang walau bukan sebab kau pun tetapi takdir dia tetap sama cuma jalan ceritanya akan berbeza.


📝By - @HafizkhalifaChannel

Читать полностью…

Hafiz Khalifa

"Aku Tak Lari, Aku Hanya Memerhati"

#PuisiModen

Aku tak lari,
Aku hanya memerhati,
Dari jauh hari berganti hari,
Tak siapa yang tahu kerana ikhlas dari hati.

Aku,
sentiasa mendoakan kau sihat.
Walau salam genggam tangan tak erat.
Tapi ,
Sifat sahabat sentiasa melekat,
Semoga kau dalam perlindungan rahmat.

Dunia kita berbeza,
Perjalanan tak sama,
Masing-masing punya cerita,
Saling tak sabar berkongsi apa sahaja,
Nanti lepak kita duduk semeja.
Kau sembang lah apa sahaja yang kau suka.
Sungguh aku akan tadah telinga.

Sahabat,
Dunia sudah semakin tenat,
Aku mohon maaf kalau aku tak sempat.
Aku harap kau kuat.
Hadapi dunia dengan penuh semangat.
kerana aku tahu kau insan yang hebat.
Tauhidkan Tuhan kita pasti akan jumpa di akhirat.

Semoga Tuhan Ampunkan Kau Insan Yang Bergelar Sahabat.


#PuisiModen
📝By - @HafizKhalifaChannel

Читать полностью…

Hafiz Khalifa

Terima kasih yang masih ingat 😊

@Hafizkhalifa

Читать полностью…

Hafiz Khalifa

"Surat Untuk Layla"

Mungkin dunia ini kadangnya ketidakadilan tu datang pada setiap manusia.

Perasaan suka , cinta , sayang datangnya pada manusia tanpa perlu kita minta. Aku tahu tentang tu.

Aku akan rasa berdosa meluahkan rasa suka dan cinta di saat aku benar-benar tidak bersedia.

Ibn Qayyim pernah kata:-
"Sehina-hina manusia(lelaki) adalah apabila dia meluahkan rasa cinta pada wanita sedangkan Dia tidak berusaha untuk menikahi wanita tersebut"

Aku pun manusia biasa yang tak lari dari perasaan. Kadang ada benda yang kita perlu luahkan dan ada benda yang perlu kita simpan.


Bila dah meningkat dewasa ada perkara yang perlu kau utamakan.Mungkin aku akan kehilangan kerana aku tidak bersedia.

Aku mungkin tak menyesal kalau tertulis kau ditakdirkan dengan orang yang lebih baik dari aku tapi aku mungkin akan menyesal kalau kau ditakdirkan dengan orang kurang baik dari aku.

Aku harap kau faham kenapa aku tidak pernah meluah. Cukuplah aku simpan supaya aku tidak rasa bersalah .


📝-Hafizkhalifa
By :-
@Hafizkhalifachannel

Читать полностью…

Hafiz Khalifa

SAYANG

Orang selalu sebut perkataan "sayang" tapi tak ramai orang menghargai perkataan "sayang" sebab perkataan tu TAK sampai pada orangnya.

Kalau kita faham betul-betul makna sayang tu kita takkan sebut melainkan kita betul-betul maksudkan.

Cuba awak bayangkan ada seseorang tu dah nak pergi dari dunia . Waktu tu awak cakap "jangan lah pergi , aku sayang kau weh"

Kalau kita kat tempat orang yang nak pergi tu kita akan rasa "sayang" yang dia nak sampaikan .

Sayang tu kita sebut bila kita takut kehilangan seseorang . Bila kita takut kehilangan sesuatu .

Sebab tu perkataan "sayang" tu terlalu mahal untuk diugkapkan . Bukan senang-senang bagi senang-senang pergi 😌

📝-Hafizkhalifa
By :
@HafizkhalifaChannel

Читать полностью…

Hafiz Khalifa

Weh apa sudah jadi dekat komen-komen ini 😭

Baru ingat nak baca balik untuk naikkan semangat 😌

Lama betul dah tak menulis ni .. Ntah orang masih ingat lagi ke tak agaknya 😅

Читать полностью…

Hafiz Khalifa

"Move On Tak Mudah Tapi Tak Susah"

Nak move on ni bukan mudah sebenarnya, lain orang lain caranya tetapi percayalah kalau kau kembali kepada Maha Pemberi segala perasaan ini . Hati kau akan tenang .
Hati kau akan perlahan-lahan merelakan Dia pergi.

Mungkin pada kau dia seorang yang sempurna di mata tanpa ada cacat celanya.

Segalanya sempurna kerana apabila dua hati menjadi satu , perasaan bahagia akan mula tercipta walaupun kau rasa diri kau tidak sempurna.

Tetapi apabila salah satu hati mula berubah arah. Perjalanan mula berubah.

Apa yang paling menyedihkan adalah terlalu banyak kenangan tercipta dan kenangan ini tidak akan boleh dipadamkan sampai bila-bila..

Jadi apa yang kau boleh lakukan ketika itu adalah meletakkan satu halangan supaya kau tidak melihat pada kenangan yang telah tercipta..

Buanglah segala gambar bersama dan padamlah segala conversation yang ada , jika perlu block segala media social yang ada dan cekal hati untuk tidak melihat kebahagiaan yang dia sedang bina.

Block bukan tanda benci , block tandanya adalah untuk kau merelakan dia pergi untuk dia bahagia , bukankah selama ini kau mengharapkan dia bahagia ? maka itulah pengorbanan yang perlu kau lakukan demi kebahagiaan dia.

Kerana kau perlu tahu kau juga layak bahagia untuk insan yang benar-benar layak menerima. Insan yang layak itu akan tiba bila sampai waktunya.

"Bahagia itu perlukan pengorbanan bukan paksaan"


📝- Hafizkhalifa
By -
@HafizkhalifaChannel

Читать полностью…

Hafiz Khalifa

Kau tahu tak nak move on tu bukan mudah.

Mungkin kau boleh cakap buat macam tu , buat macam ni sedangkan kau tak rasa macam apa yang aku rasa.

Hidup kau tak sama macam hidup aku, menolak si dia dengan nada terpaksa inikan pula ingin melupakan.

Yaa , hidup perlu diteruskan , walau bukan dengan si dia , namun jalan cerita telah tertulis bahawa aku dan dia pernah bersama untuk seketika.

Walau kau cuba memadamkan memori sedaya upaya . Kau takkan mampu .


@HafizkhalifaChannel

Читать полностью…

Hafiz Khalifa

"Penat Dengan Drama"

Aku dah penat , aku terlalu penat melayan drama manusia.

Perkara lepas sepatutnya adalah pengalaman untuk mematangkan bukan membudakkan perangai lampau.

Kau tak penat ke hari-hari buat benda yang sama , tipu manusia sini sana , hidup dengan perasaan sendiri yang ntah kemana akhirnya lemas dalam dusta.

Aku pernah cakap:

'kepercayaan ibarat pistol berisi peluru , sekali kau tembak kau bakal hilang aku selamanya'

Aku hidup dengan prinsip. Sekali kau tembak aku dengan pistol kepercayaan yang aku beri kau takkan jumpa aku lagi.

Berkawan tetap berkawan sebab itu tali persaudaraan tapi kalau kau nak jumpa aku yang dulu . Maaf aku yang dulu dah lama mati. Aku yang percayakan kau sungguh-sungguh tu takkan kembali yang ada hanya aku yang sekarang dan hidup dengan penuh hati-hati.

Kalau kau tak boleh terima aku yang dulu dah lama mati janganlah kau tembak aku yang sekarang berkali-kali.

"Kau hanya menyeksa sebuah perasaan kecewa hakikatnya perasaan tu perlahan-lahan membunuh dalam diam."

Jangan seksa hati tu lagi, kalau nak berubah, berubah demi ilahi bukan untuk mengharapkan manusia yang telah mati tu kembali , kita ni hidup atas dunia cuma sekali dan hidup kita hari ini adalah untuk menempuhi mati.

Tak perlu menunggu sesuatu yang tak pasti , yang mati biarkan mati dan yang pergi biarkan pergi , apa yang ada depan mata kau perlu hargai supaya kau tak membunuh orang yang percayakan kau lagi.

📝 - HafizKhalifa
by @Hafizkhalifachannel

Читать полностью…

Hafiz Khalifa

"PENJARA"

Hidup ini kadang-kadang bagaikan satu penjara , apabila kita melakukan sesuatu perkara tanpa sedar kita telah memaksa diri untuk mencipta sebuah penjara.

Kata-kata menjadi saksi,
Ada yang menolak dan timbul rasa iri hati dan dengki.

Dendam tercipta tanpa rela hati. Ibarat api yang membakar diri.

Siapa suka tinggal dalam penjara?

Lagikan pula itu adalah penjara dosa yang kita bina. Bila meluah tak siapa yang dengar, terasa seperti tinggal di dalam neraka dunia.

Nak cuba lari tapi tak terdaya.
Apakan daya , ini mungkin ilusi dunia yang membuatkan kita bangga dengan apa yang kita ada.

Biarpun melihat dengan mata , mendengar dengan telinga tetapi buta melihat dengan mata hati dan jiwa.

Tak salah jika kau cuba lari dari penjara yang kau bina , tapi yang salah bila kau tak ingin untuk mencubanya.

"Jika penjara sebesar lautan , kau masih ada daratan untuk cipta hidup yang kau inginkan"


📝By - @HafizKhalifaChannel

Читать полностью…

Hafiz Khalifa

"Sesudu Teh Dan Gula Sudah Mencukupi"


Aku lihat warna Teh itu hitam , bukankah warna teh sepatutnya coklat pekat sedikit merah . Susah untuk aku gambarkan warna teh di dalam penulisan.

Tapi aku yakin semua orang pernah melihat warna air teh o.

Perlahan-lahan aku cuba menghirup air teh-O itu.Rasanya tanpa gula boleh buat muka sedikit pelik dahi berkerut , itu semestinya.

Berapa bnyak gula yang perlu aku letakkan supaya menepati citarasa?


Dalam hidup ini adakala rasanya seperti minum teh tanpa gula.

Mungkin rasanya seakan-akan tidak boleh menerima dan ada sedikit tekanan jika hati tidak tenteram.

Dan waktu itu kau perlu tambahkan gula dalam kehidupan supaya kau dapat rasa kemanisan dalam hidup.

Hidup ini sukar untuk aku gambarkan. Kali pertama mungkin akan ada banyak pertikaian , kenapa rasanya begitu , tapi lama kelamaan bila kau mula sedar kewujudan gula dalam kehidupan.

Kau akan tahu , setiap dalam hidup saling memerlukan untuk memenuhi citarasa setiap orang dengan cara yang tersendiri.

Pada aku sesudu teh dan gula sudah memadai kerana tidak terlalu manis dan tidak terlalu pekat.

Kerana itulah hidup yang aku dahagakan. Di dalam keseherdanaan ada kebahagiaan.


Terima Kasih Tuhan😊

📝-By @HafizKhalifaChannel

Читать полностью…

Hafiz Khalifa

"Biar orang ketawakan kau sekarang tapi jangan biarkan orang ketawakan kau pada masa akan datang"

Tadi aku agak terkejut bila ada orang mempertikaikan soal rezeki .

Kalau aku ada peluang untuk bertanya , boleh tak kau beritahu sampai bila REZEKI KAU AKAN KEKAL ?

Pada aku biar bodoh 5 saat jangan jadi bangang sehingga tua bertongkat.

Dalam hidup ni ada beberapa perkara yang mana kau perlu usaha tanpa perlu pertikaikan sesuatu perkara.

Soal jodoh , rezeki dan mati adalah rahsia Tuhan yang tidak pernah manusia ketahui.

Tak mungkin kau tahu , Gila hebat kau boleh tahu rezeki kau akan kekal sampai bila-bila.

Langit tak sentiasa cerah , adakala mendung , adakala hujan .

Manusia harungi perjalanan berbeza-beza. Ada orang dilahirkan kaya , ada orang dilahirkan miskin dan ada orang dilahirkan seherdana.

Apa guna Tuhan bagi semua kalau kita tetap pertikaikan apa yang orang lain ada ?

Kita bukan Tuhan nak atur rezeki orang lain.Usaha dalam hidup itu perlu , rezeki kita akan ada jika tertulis untuk kita.
Semua telah tertulis mengikut jalan yg kita pilih.

Perjalanan kita berbeza.
Kau tak rasa apa yang manusia lain rasa jadi jangan terlalu menilai membabi buta.

Pilihan dalam hidup tu tetap ada.Bersyukurlah dengan apa yg ada jangan Kufur.

Hari ni kau gelakkan orang tak mustahil esok orang gelakkan kau.Sebab kita ni hamba bukan Pencipta.

HK

@AbangAkakPayung

Читать полностью…

Hafiz Khalifa


"Kerana dia terlalu baik kau tinggalkan dia"


Ini bukan alasan yang kau perlu berikan pada dia. Alasan ni terlalu "cliche" sampaikan orang lain tak boleh terima.

Kadang sampaikan orang lain juga terlintas adakah kau sayang orang yang berperangai acah-acah baik yang layak dijadikan teman sehidup semati kau , baru kau akan terima ?

Kalau hati sudah berubah arah , terus terang daripada terus membuat hati terseksa rasa bersalah.

Manusia berubah hati , itu fitrah yang manusia tak boleh lari kerana diri tidak pandai menghargai.

Kalau kau pandai menghargai , hati kau tidak akan berubah , percayalah.

Dia sanggup korbankan masa tenaga sepenuh hatinya tetapi sayangnya dia berikan pada manusia yang salah.

Kalau kau tak bersedia , usah beri harapan ingin bahagia bersama .

Kau hanya memberikan dia sebuah tin kosong yang berisi batu.

Kata-kata kau jelas menampakkan dia sebuah harapan yang nyata tetapi dalamnya semuanya hanya palsu.

📝- @HafizkhalifaChannel

Читать полностью…

Hafiz Khalifa

Nak buka aib orang?

Hayati hadith nabi ni:

"Janganlah kalian mencela dan membuka aurat-aurat(aib-aib) mereka. Maka sesungguhnya barangsiapa mencari-cari aurat(aib) saudaranya yang muslim, pasti Allah mencari-cari auratnya. Dan barangsiapa yang Allah cari-cari auratnya maka pasti Dia akan membuka(memperlihatkan) kesalahan-kesalahannya walaupun itu di dalam rumahnya.."

(HR At-Tirmizi)

Once kita buka aib orang, percayalah, Allah akan buka aib kita walaupun kita hanya duduk sorang-sorang dalam rumah.

Bukan tu je wahai teman!

"Apabila ada seorang mukmin menghina saudara mukminnya atas suatu dosa, maka ia tidak akan mati, kecuali Allah akan menimpakan dosa/kesalahan yang serupa...”

(Dari Imam Ahmad bin Hambal dalam kitab Az zuhd)

Means, bila kita selalu buka aib orang dan hina serta jaja aib orang, Allah akan pastikan sebelum kita mati, kita akan buat aib yang kita jaja tersebut.

نعوذ بالله من ذلك

Doalah pada Allah agar Allah ampunkan kita dan pelihara kita dari sering menjaja buruk orang.

@PenjaraDakwah

Читать полностью…

Hafiz Khalifa

"Barbie Doll"


Hidup ni kalau boleh perangai jangan lah macam "barbie doll" sangat konon macam dia je yang betul.

Kesalahan orang lain dia nampak besar tapi kesalahan diri sendiri ditutup seperti manusia suci.

Jika aku lihat sesebuah penceritaan patung boneka.

Hidup seperti boneka penuh dalam penipuan , perasan cantik , dahagakan perhatian dan lucunya pengakhiran semuanya bahagia, kahwin anak raja , aman sejahtera dan orang jahat masuk penjara.

Boneka itu hanya mampu hidup di dalam dunianya sendiri.

"I'm barbie doll in the barbie world"

Itulah plot sesebuah penceritaan barbie doll.

Hidup dalam dunia sendiri indahnya tak banyak, peritnya kian nampak.

Kau akan rasa seolah-olah kau hidup senang sehingga kau rasa Tuhan kau mampu pegang.

Tak takut bala mendatang , manusia kau berani sepak terajang hakikatnya kuasa Tuhan kau mula tentang.

Kalau tak tahu buat cara tak tahu, tak perlu menilai melulu ,dan pura-pura seperti semua benda dah tahu.

Harimau takkan mengeluarkan kuku tanpa sebab. Kalau berlaku sesuatu pasti ada asbab.

Jika kau bertemu manusia seperti barbie doll dan boneka, yang membaca jangan terlalu mudah percaya , yang mendengar jangan terlalu awal tersedar , dan yang bercerita jangan terlalu cepat menjaja , kelak kau bakal terhumban ke dalam dunia boneka tanpa sedar.


📝By - @HafizkhalifaChannel

Читать полностью…

Hafiz Khalifa

Zaman sekarang kalau tak buat salah pun boleh kena maki malah kena fitnah.

Itu belum lagi bilamana sudah jaja fitnah lepas tu blah.

Takdelah , Aku tak cakap siapa-siapa ,cuba tengok kes budak sekolah kena fitnah pasal beg dan hadiah.

Lepas tu netizen ignore macam tak salah.Kalau dah jaja fitnah , dah tahu salah minta maaf jelah.Takpun ada kuasa pada tangan , padam lah.

Dalam hidup semua orang buat salah.

Tanggungjawab lah perbetulkan mana yang salah, minta maaf orang takkan marah.

Orang lain sibuk pasal Tragedi Darul Ittifaqiyah , dia sibuk jugak nak buat cerita "tragedi macam-macam lah".

Tahfiz tu hilang 23 nyawa mak ayah redha. Ini baru hilang satu ke dua benda dah meroyan jaja cerita fitnah merata.


Benda yang aku tak faham makin lama dunia ni makin ramai yang pilih hidup dalam penjara dosa.

Semuanya bermula dari tangan yang DAHAGAKAN PERHATIAN MANUSIA.

Kadang aku rasa aku ni dah hidup pada zaman kiamat di hujung tanduk.
Tak payah nak tunggu Dajjal keluar untuk Tuhan tunjuk.

Ni anak-anak angkat Dajjal ni pun dah bersepah dah kat luar sana yang menunjuk-nunjuk.

Baca lah Surah Al-Kahfi banyak-banyak.
Tak payah nak tunggu Dajjal keluar baru terkial-kial nak hafal.

Ntah-ntah sekarang ni dia dah keluar pun kita tak perasan. Habis sekarang ni tengok gaya macam dah banyak je tentera dia manusia bertopeng setan.


Ini sekadar pandangan peribadi.
#PeringatanUntukDiriSendiri

By : @Hafizkhalifachannel

Читать полностью…

Hafiz Khalifa

Lelaki ego ?

Kadang memang benar lelaki itu ego , aku tak nafikan lelaki ada tahap keegoan yang sukar untuk diungkapkan tetapi ketahuilah semakin tinggi tahap ego lelaki semakin tinggi rasa sayang terhadap perempuan.Mungkin bukan semua tapi adalah segelintir.

Jangan sampai bila tiba masanya lelaki cakap "lantak awak lah nak buat apa pun , saya dah malas nak fikir pasal awak". Masa tu sorry to say apa yang keluar dari mulut perempuan dah tak guna dah.

Hati lelaki telah mati umpama "kaca pecah berderai kalau dicantum takkan sama".

Semua manusia ada hati dan perasaan baik lelaki baik perempuan. Kadang dalam hidup ni tak perlu nak buat perbandingan antara satu sama lain. Tuhan cipta kita cantik berpasang-pasangan.


Hargai lah apa yang ada depan mata sebelum dia pergi tanpa kata.


📝By - @HafizkhalifaChannel

Читать полностью…
Subscribe to a channel