11
🍃"Islam akan berjaya di tangan mereka yang mentarbiah hati, mendidik jiwa dan membersihkan diri" 🍃
Anugerah ini lebih besar bahkan tidak akan boleh tandingi nikmat sihat atau nikmat harta dan lain-lain bahkan anugerah ini lebih besar segala apa yang mempunyai kemahuan manusia
Anugerah paling besar adalah cinta kepada Allah SWT, dan ada perkara iaitu :-
Cinta الطابعي : Cinta semula jadi pada diri
seseorang contohnya cinta pada pasangan , cinta kepada anak, cinta hal-hal mempunyai sifat memberikan manfaat
Cinta تكلفي : Cinta yang diperintah untuk melakukan
kalau tidak ada , kita kena adakan , kalau tak boleh juga kita kena bolehkan ,
Anugerah ini merupakan Cinta kepada Allah SWT dan Cinta kepada Rasullah SAW , kalau kita tidak cinta dua perkara ini maka ini adalah Dosa besar .
💕Al-Habib Ali Zainal Abidin Al-Hamid 💕
@DakwahSteady
📖 Al-Quran Ibarat Air Green Tea Kosong 🍵
Al-Quran itu ibarat Green Tea yang kosong — warnanya cantik, kelihatan menyegarkan, tetapi tiada rasa manis yang menghidupkan jiwa.
🌿 Bagaimana ingin menjadikan rasanya lebih sedap?
Tambahkan gula — seperti mana kita perlu menambahkan ilmu Tajwid untuk merasai kemanisan dalam hafalan Al-Quran.
📚 Tetapi jika ingin menjadikan rasanya lebih kaya dan lebih lembut, gantikan gula dengan susu — begitulah perlunya kita belajar makhraj huruf dan sifat huruf agar bacaan menjadi lebih halus dan tepat.
🧠 Bezanya jelas.
Air Green Tea dengan gula itu sedap — tetapi Air Green Tea dengan susu itu lebih istimewa.
Demikianlah, hafalan yang hanya berbekalkan ilmu Tajwid sahaja belum cukup dibanding dengan yang menguasai makhraj huruf dan sifatnya.
🔄 Pilihan di tangan kita.
Gula atau susu?
Tajwid sahaja atau bersama makhraj dan sifat huruf?
Manusia boleh membimbing, tapi yang mampu berubah — hanyalah diri kita sendiri.
⏳ Jika ingin lebih hebat, kuasailah kedua-duanya perlahan-lahan, satu langkah demi satu langkah, hingga akhirnya:
☕ Air Green Tea Gula + Susu = Sedia Ditarik.
Ingin lebih istimewa lagi? Jadikan ia Green Tea Tarik.
🎶 Bagaimana caranya?
Dengan berlagu ketika menghafal – agar suara mantap, bacaan merdu, jiwa pun jadi lembut.
💛 Dan di situlah, Allah SWT akan menurunkan madu ke dalam hati —
madu yang menjadikan kita istiqamah, tidak jemu mengulang, dan sentiasa merindui Kalam-Nya.
@DakwahSteady
Kalau baju pun menggunakan tangan untuk memasukkan dalam pakaian tersebut dalam keadaan sempurna .
Apatah lagi apabila kita ingin membaca ayat suci Al-Quran untuk memasukkan ke hati dalam keadaan sempurna .
@DakwahSteady
“We succeed not because of having a lot of money, but because of a mother’s prayers for her child.”
“The reward that spreads from every act we do when we make our mother smile.”
@DakwahSteady 🌷
Majlis Ilmu bukan untuk orang yang soleh dan bukan untuk orang yang sering beribadah kepada Allah SWT
Akan tetapi majlis ilmu itu adalah untuk membersihkan diri kita daripada dosa-dosa yang kita pernah lakukan pada masa lalu
Al-Habib Ali Zaenal Abidin Al-Hamid
@DakwahSteady
"Jangan libatkan hatimu dalam kesedihan atas masalalu atau kamu tidak akan siap untuk apa yang akan datang."
Saidina Ali bin Abi Thalib
@DakwahSteady
إذا أردت أن تعيش سعيدا
فأرض بما قسمه الله لك
ولا نتظر إلى مافي أيدي الناس
Jika kamu ingin hidup dalam kebahagiaan ,
Teruskanlah dengan apa yang Allah SWT memberikan kepada diri kamu ,
Dan janganlah terlalu melihat apa yang ada pada tangan orang lain .
@DakwahSteady
الصادق في طلب القرب من الله
يدمن التفتيش عن عيوب نفسه
Seseorang yang benar-benar jujur dalam pencarian mendekati allah
Dia akan terus menerus meneliti dari kekurangan dirinya sendiri.
@DakwahSteady
Tidak semua yang engkau
cintai akan membahagiakanmu,
tidak semua yang engkau
benci akan menyedihkanmu.
Seperti pisau yang bagus
tetapi dapat melukaimu,
dan ubat yang pahit tetapi
dapat menyembuhkanmu.
Al-Allamah Habib Abdullah bin
Muhammad bin Syihab (Ainun Tareem)
@DakwahSteady
Hendaklah kita memahami maksud kehadiran kita ke majlis-majlis ilmu , adakan perubahan dalam diri kita setelah itu .
Maka suasana kita juga berubah menjadi lebih baik agar kita layak menerima keredhaan Allah SWT
📿Al-Munsib Al-Habib Muhammad Bin Soleh Al-Atthas📿
@DakwahSteady
3 perkara paling penting apabila diwasiat oleh Rasullah ﷺ
1.Harta tidak akan kurang apabila kita banyak bersedekah dan hadith lain mengatakan bahkan akan ditambah apabila kita bersedekah.
2.Tidak dizalimi seorang hamba itu tanpa sebab melainkan akan ditambah kemuliaan disisi allah swt.
3.Tidak membuka kepada seorang hamba apabila dia ada masalah kepada orang lain melainkan allah swt membuka pintu kemiskinan.
📿Al-Habib Mahdi Al-Hamid📿
@DakwahSteady
لو ذقتم حلاوة الوصالة # لعرفتم مرارة القطيعة.
Pahitnya perpisahan yang boleh dirasakan oleh mereka yang boleh merasakan manisnya pertemuan
@DakwahSteady
Orang yang beriman tiada waktu untuk mengsia-siakan amal ibadahnya , dia akan cari manfaat untuk dirinya untuk bertambah amal kebaikan.
📿Al Habib Mahdi Al-Hamid📿
@DakwahSteady
Kenapa Tidak Datang Kepada-Ku ?
Kamu boleh baca Al-Quran tetapi kamu tidak mahu membaca Al-Quran
Telah Berkata Ulama’ Sufi : bukan kerana kamu malas bukan kerana tak mahu membaca
Akan tetapi Allah SWT tidak mahu mendengar suara kamu lagi
Kalau Allah SWT dah tidak mahu mendengar suara kita macam mana allah swt nak dengar doa daripada kita
Sama macam ketika kita boleh datang ke masjid akan tetapi kita sendiri yang tidak mahu datang ke masjid dengan penuh alasan ,
Dan sebenarnya kita boleh datang ke tempat yang lain kerana kita tidak mahu datang ke masjid , itu tanda allah swt sudah jauh daripada kita
Wal’ilyazubillah , dan kerana itulah allah tidak menerima kita sebagai tetamunya
Bagaimanakah tetang kematian kita nanti ?
AllahuAkhbar 🥹
@DawahSteady
Kadang-kadang kita lupa untuk bersedekah
Maka allah swt menghadirkan orang untuk meminta kepada kita supaya kita bersedekah kepadanya.
Orang miskin datang meminta itu , kadang-kadang tanda Allah SWT peringatkan kita
Engkau sudah lama tidak bersedekah
📿Ustaz Muhammad Moqti📿
@DakwahSteady
Al-Quran itu ibarat Green Tea Yang Kosong 🍵
Bagaimana Ingin Menambah Sedap Didalam Air Green Tea Perlukan Gula
Begitu juga apabila kita menghafal Al-Quran perlukan ilmu iaitu Ilmu Tajwid dan baru akan dapat kemanisan tersebut untuk menghafal Al-Quran sepertimana kamu minum air Green Tea yang ada Gula .
Jika ingin bertambah baik lagi apabila kita menghafal Al-Quran seperti Air Green Tea gantikan Gula kepada Susu
Supaya kita bukan sekadar ingin menghasil Air Green Yang Ada Gula sahaja yang kita kena diperolehi .
Bahkan kita kena belajar Bagaimana ingin Berubah ke arah Gula kepada Susu
Bagaimana kita ingin mendapatkan Susu ?
Maka perlulah kita memperbetulkan Makhruj Huruf Dan Sifat-Sifat Huruf seperti mana kita ingin membuat Air Green Tea yang ada Susu .
Bagaimana ingin tahu perbezaan antara Gula dan Susu ?
kita sendiri yang akan dapat membezakan Air Green Tea yang ada Gula dan Air Green Tea yang Ada Susu .
1.Begitu juga dengan Al-Quran yang kita hafal sekadar ilmu tajwid tapi tidak mahir segi makhruj huruf ini adalah ibarat kita sedang minum Air Green Tea bersama Gula Sahaja .
2.Berbanding seperti orang yang menghafal Al-Quran bersama Ilmu Tawjid dan mengetahui Makhruj Huruf dan Sifat-Sifat Huruf yang dia miliki ini adalah ibarat kita sedang minum Air Green Tea bersama Susu
Manakah yang lebih baik Gula atau Susu ?
Pilihan ditangan kita , manusia hanya boleh membantu akan tetapi yang boleh berubah adalah diri kita sendiri bukan orang lain .
Jika ingin memiliki kedua-duanya maka belajarlah sikit demi sedikit supaya mendatangkan hasil berikut
Jikalau kita dah berjaya membuatkan hasil Air Green Yang Ada Gula dan Susu Maka Perlulah kita Mencari Air Green Tea Tarik untuk menambah baik .
Bagaimana ingin mendapatkan hasil Tarik Dari Air Green Tea Susu yang ada Tarik ?
Maka kita kena belajar untuk Cara Menghafal Al-Quran dalam keadaan Berlagu untuk menambahkan suara yang mantap dan dapat melembutkan jiwa , itulah ibarat kita sedang minum Air Green Tea Tarik
Maka disitulah Apabila kita merasa nikmat kesemua-Nya itu maka Allah SWT akan letakkan madu didalam hati kita supaya hati kita tidak berubah dan tidak malas untuk mengulang Al-Quran .
Kesimpulannya ialah : Jangan cepat putus asa setiap apa yang kita hafal kerana didalam Ayat Suci Al-Quran penuh dengan nikmat-Nya .
Al-Quran : Air Green Tea Kosong 🍵
Ilmu Tajwid : Gula
Mahruj Huruf : Susu
Berlagu : Tarik
Nikmat : Madu
@DakwahSteady
Orang kafir yang ada peraturan senang-ii dikalahkan orang islam yang tiada peraturan
Orang islam yang ada peraturan senang-ii dikalahkan orang kafir yang tiada peraturan
Syeikh Ishak Bin Abd Rahim
@DakwahSteady
Adab Penuntut Ilmu📚
🕊️Adab tertinggi seseorang penuntut ilmu adalah dia tetap mendengar nasihat atau ilmu dari seseorang itu dan bersikap seolah-olah baru mendengar
Walaupun sebenarnya dia sudah tahu dan berkali-kali mendengarnya ilmu tersebut 🕊️
🌷Imam Al-Ghazali 🌷
@DakwahSteady
Cinta terbaik adalah disaat kau mencintai seseorang yang membuat akhlakmu semakin baik, jiwamu semakin damai, dan hatimu semakin bijak.
Al-Allamah Habib Umar Bin Muhammad Bin Salim Ben Hafidz
@DakwahSteady
لا تحزن على الدنيا ومافيها
فكلنا ضيوف على اراضيها
Janganlah kamu bersedih hati diatas dunia dan seisinya,
Kerana sebenarnya diri kita semua hanya tetamu ditanahnya .
@DakwahSteady
Pakaian itu tidak memberi kesolehan dalam diri kita
Tetapi yang memberi kesolehan itu adalah apabila kita berbicara dengan penuh adab kepada orang lain .
@DakwahSteady
Ketenangan tubuh terletaknya dalam sedikitnya makanan
Ketenangan jiwa terletaknya dalam sedikitnya dosa
Ketenangan hati terletaknya dalam pemikiran
Ketenangan lidah terletaknya dalam sedikitnya bicara
- Saidina Ali R.A -
@DakwahSteady
Tidak perlu beremosi dan marah-marah untuk menerangkan sesuatu kepada manusia jahil kerana menghadap orang yang jahil itu bukanlah dengan sikap yang jahil juga .
📿Al-Habib Ali Zaenal Abidin Al-Hamid📿
@DakwahSteady
Orang yang bijak dia akan sentiasa focus untuk menjaga amal kebaikan sehingga hari yang dia tunggu iaitu adalah hari kematiannya
📿Imam Al-Haddad📿
@DakwahSteady
Apabila diri kita solat diawal waktu maka kita sudah mencapai keredhaan Allah SWT
📿Al-Munsib Al-Habib Muhammad Bin Soleh Al-Atthas📿
@DakwahSteady
Hijrah itu bukanlah mudah , perlukan perjuangan tetapi perjuangan juga itu tidak mudah kalau tanpa cinta
Hijrah itu bermula dengan susah payah tetapi susah payah itu semuanya akan semua menjadi ringan bila adanya cinta.
Inilah cinta yang sebenar
Cinta Kepada Allah
Cinta Kepada Rasullah ﷺ
📿Ustaz Muhammad Moqti📿
@DakwahSteady
Sebagaimana kejernihan fikiran untuk menambah ilmu dan ma’rifah untuk mengenal Allah SWT
Begitu juga kita memperbanyakkan berdzikir kepada Allah SWT untuk menambah keamanan & ketenangan didalam hati
📿Al-A’rifbillah Al-Habib Umar Bin Muhammad Bin Salim Bin Hafidz📿
@DakwahSteady
Berhati-hati dengan ilmu. Kerana ilmu itu mewarisikan kesombongan, kecuali orang yang merasakan bahawa ilmu itu milik Allah. Mereka akan mewarisi rendah diri.
Ingatlah bahawa Allah memberikan ilmu-ilmu di dunia ini adalah untuk kita mengenali-Nya (kehebatan dan keagungan-Nya).
@DakwahSteady
Rasulullah SAW bersabda:
“Bersegeralah untuk beramal, jangan menundanya hingga datang tujuh perkara. Apakah akan terus kamu tunda untuk beramal kecuali jika sudah datang:
1. Kemiskinan yang membuatmu lupa.
2. Kekayaan yang membuatmu berbuat melebihi batas.
3. Sakit yang merosakmu.
4. Usia yang lanjut yang membuatmu beban.
5. Kematian yang tiba-tiba menjemputmu
6. Dajjal, suatu perkara ghaib terburuk yang ditunggu
7. Saat kiamat, saat musibah yang lebih dahsyat dan seksanye yang amat pedih.”
(HR. Tirmidzi) 📚
@DakwahSteady