bercakapdenganjin | Unsorted

Telegram-канал bercakapdenganjin - Kisah Seram t.me/BercakapDenganJin

3650

KISAH SERAM / CERPEN BERCAKAP DENGAN JIN Karya TAMAR JALIS 🤲al fatihah kpd penulis Allahyarham dlm memori (13.9.1940 - 26.8.2018) Menerusi siri buku Bercakap Dengan Jin, Tamar Jalis menulis watak datuknya, Long Piah berusia 50-an & beliau sbg cucu

Subscribe to a channel

Kisah Seram t.me/BercakapDenganJin

Marah benar Onyang Jami disebabkan dua orang anaknya Munah dan Simat leka bermain dengan anak-anak jiran yang sebaya di tengah halaman setelah masuk waktu senja. Segera dia menjengah di tingkap lantas melaung anaknya Munah dan Simat. Anak kecil yang baru berumur dua belas tahun dan sepuluh tahun itu tidak pedulikan laungan emaknya di tingkap.

Mereka asyik bermain lompat gagak hingga hiruk pikuk di tengah halaman. Dalam keadaan marah itulah Onyang Jami turun ke tengah halaman lantas memiat telinga Munah memaksanya segera naik ke rumah. Sebaik melihat telinga kakaknya dipiat, Simat juga segera naik ke rumah. Teresak-esak Munah menangis disebabkan telinganya dipiat kuat. Ketika ini anak jiran-jiran juga bertempiaran lari balik ke rumah setelah Onyang Jami becok memarahi Munah.

Tetapi tangisan Munah berbaur-baur bagaikan riuh sangat sama seperti hiruk pikuk tatkala bermain di tengah halaman. Puas dia menjerit memaksa Munah diamkan diri, tetapi tangisan anak kecilnya masih berbaur-baur dengan keriuhan yang tidak menentu.

Dalam suasana riuh berbaur-baur ini Onyang Jami mendengar namanya dipanggil dari tengah halaman. Sebaik sahaja dia membuka pintu suaminya Tok Biran tercegat di situ mengajak dia segera ke rumah ayahnya tengah sakit tenat.

“Macam mana budak-budak?” Onyang Jami bimbang juga mahu tinggalkan anak-anaknya.

“Ajaklah mereka sama,” desak Tok Biran tergesa-gesa mahu cepat ke rumah ayahnya tengah sakit tenat.

Tetapi Munah bersama adiknya Simat tidak mahu ikut sama disebabkan menahan rasa mendongkol di hati akibat dipiat telinga oleh emaknya. Kalau ditinggalkan pun Tok Biran tidak bimbang apa disebabkan rumah ayahnya bukanlah jauh sangat jaraknya.

Dalam keadaan tergesa-gesa itu tok Biran terpaksa tinggalkan juga Munah bersama Simat di rumahnya. Selepas keadaan ayahnya pulih semula dia boleh jengah anak-anaknya, boleh pujuk ikut sama ziarah datuk mereka terkejang sakit.

Sewaktu melintasi halaman rumah Aki Kiman dia nampak lelaki itu duduk berjuntai kaki pada anak tangga. Hairan juga dia melihat orang tua itu duduk di tangga dalam keadaan senja samar-samar.

“Aki buat apa tu?” Tok Biran menegur sebaik sahaja melalui halamn rumah Aki Kiman.

“Ah , panas di dalam tu,” sahutnya mengipas-ngipas badan dengan kain hitam ikat kepala. “Kamu nak kemana pula senja macam ni?” Aki Kiman tidak berganjak duduk di tangga juntai kaki ke bawah.

“Ayah saya sakit,” beritahu Tok Biran sugul.

“Kalau ia pun lepaskan dulu senja,” ujar Aki Kiman ingatkan Tok Biran yang tergesa-gesa suami isteri tinggalkan rumah menjengah ayah terkejang sakit.

“Kami nak cepat, budak-budak pun tinggal di rumah.” lantas Onyang Jami pula mencelah. “Tolonglah Aki tengok-tengokkan Munah dengan Simat,” dia harapkan orang tua itu boleh jengah anak-anaknya semasa mereka tiada di rumah.

Aki Kiman mengangguk. Apa sangat jengahkan kanak-kanak berkenaan semasa Tok Biran suami isteri tiada di rumah? Lagi pun dia jiran terdekat yang perlu ambil tahu perkara susah senang Tok Biran anak beranak. Kalau tidak di sebabkan ayahnya sakit tenat tentu lelaki itu tidak harapkan dia menjengah kanak-kanak tersebut.

Apabila Tok Biran dan Onyang Jami tinggalkan halaman rumah tidak bertangguh Aki Kiman masuk ke rumah. Tatkala senja masuk waktu memang tidak baik dia terconggok di tangga juntai kaki ke bawah. Tetapi dia terconggok di situ sementara menunggu masuk waktu maghrib. Kalau tidak disebabkan Tok Biran suami isteri berhenti menegur, memang dia sudah bercadang mahu naik ke rumah juga.

Ketika inilah Munah yang menangis teresak-esak dipujuk oleh adiknya Simat setelah emak mereka tinggalkan rumah. Apabila menyedari emak dan ayahnya tiada di rumah, mula perasaan takut menyusup dalam jiwanya. Kalau tidak disebabkan hatinya mendongkol dipiat telinga oleh emaknya, memang Munah tidak berani tinggal dua beradik sahaja di rumah.

Читать полностью…

Kisah Seram t.me/BercakapDenganJin

Sebab itu Mat Tuman berkejar ke rumah Pawang Sikin merayu-rayu supaya membantunya. Tersinggung juga Pawang Sikin disebabkan adiknya sudah berjanji di depannya tidak akan lakukan perbuatan keji. Kalau tidak disebabkan Mat Tuman merayu-rayu, memang Pawang Sikin juga tidak akan campur urusan orang lain.

“Ini bukan urusan kamu, Sikin!” sahut Tok Meguk di muka pintu mencebek bibir.

“Bukan urusan aku, tapi urusan masyarakat,” ujar Pawang Sikin bercekak pinggang di tengah halaman.

“Aku tak mahu lawan kau Sikin,” Tok Meguk tersengih-sengih mengerling Lisah teresak-esak menangis dengan berkemban di pintu tengah. “Tapi kalau terpaksa, aku lawan juga!” dia berkeras tidak mahu mengalah sekali pun abangnya cuba menghalang.

“Terpulang pada kau, Meguk,” sahut Pawang Sikin tenang tetapi terharu dengan nasib yang menimpa Lisah terjelepoh di pintu tengah.

Sewaktu Tok Meguk menuruni tangga, Pawang Sikin mengisar tumitnya ke tanah dengan makrifatkan menghentak anak tangga hingga patah. Sebaik sahaja kaki Tok Meguk jejak anak tangga sekali gus patah menyebabkan dia terbolos terkangkang. Ketika telurnya terhanyak pada anak tangga Tok Meguk menggelupur dengan kangkang tersangkut di tangga.

Memang dia terkial-kial menahan kesakitan tersangkut pada anak tangga dengan kaki terkangkang tidak jejak ke tanah. Ketika inilah Pawang Sikin memberi isyarat kepada Mat Tumin supaya simbah badan Tok Meguk dengan air yang ditampung dalam daun keladi. Sebaik sahaja disimbah oleh Mat Tumin kulit tubuh Tok Meguk bagaikan melecur tidak bertahan.

Di atas tangga itu juga Tok Meguk menemui ajalnya setelah disimbah oleh Mat Tumin dengan air yang ditampung dengan daun keladi. Selepas kematian Tok Meguk itulah Pawang Sikin memberi tahu adiknya amalkan kebal tahi.

“Tapi, aku tak nampak kesan melecur pada mayat tu,” jelas Ulung Lihun beri tahu mengenai mayat yang diemuinya tidak hancur tatkala menggali pindahkan kubur lama.

“Sama juga macam cerita Tok Semilih,” ujar saya apabila kenangkan kejadian yang belaku ke atas Tok Semilih yang mati ditembak oleh keluarganya sendiri.

“Sama macam mana, Angah?” hairan juga Ulung Lihun disebabkan saya memberi tahu ada persamaan.

“Mereka sama-sama kebal, tapi mati di tangan keluarga sendiri,” memang saya mudah terharu dengan kejadian seperti ini.

“Hanya keluarga sendiri boleh lemahkan kebal tu,” Ulung Lihun mengakui seperti dijelaskan oleh Puyang Malim.

Siapa sahaja yang amalkan kebal akan menerima ajalnya di tangan keluarga sendiri, disebabkan pantang larangnya sudah disuratkan demikian. Memang Tok Semilih yang tidak boleh ditewaskan oleh sesiapa pun itu ditembak oleh sepupunya Resart Tempang dengan berdiri di atas tempurung supaya kaki tidak jejak ke bumi.

Tok Meguk juga menerima nasib yang sama apabila anak tangga patah hingga telurnya tersangkut di situ semata-mata mahu menyerbu abangnya Pawang Sikin. Jauh di sudut hati saya bagaimana pula nasib yang akan menimpa Aki Alang dengan amalan kebalnya?
Sewaktu saya menziarahinya dia memang sudah bertambah uzur. Keadaannya bertambah teruk setelah beberapa bulan sahaja selepas dirempuh kereta.

Tamat di bab 166 & 167..

Jom ajak kawan-kawan sekali join telegram @BercakapDenganJin.

Читать полностью…

Kisah Seram t.me/BercakapDenganJin

Macam-macam bentuk tulang mayat yang ditemuinya apabila kubur lama digali semula.  Kadangkala berserakan tidak menentu seolah-olah dikuis orang di tengah padang lapang.  Terpaksa Ulung Lihun kaut semula ke dalam pungkis supaya tidak ada tulang temulang yang tercicir.

Ulung Lihun temui juga tulang yang tersusun baik langsung terikat kukuh.  Apabila dimasukkan ke dalam pungkis pun tidak satu pun tulang temulang itu tertanggal.  Tetapi terkejut juga Ulung Lihun tatkala menemui tulang siku yang panjang sampai lebih dua hasta.

Lantas sahaja dia mengagak tentu tubuh badan mayat itu besar bagaikan gergasi semasa hayatnya kalau bandingkan tulang siku lebih dua hasta.  Tetapi yang berdebar Ulung Lihun menggali apabila melihat tulang temulang yang digali dihurung semut hitam.  Dari mana pula semut hitam boleh masuk jauh ke dalam liang kubur menghurung tulang temulang berkenaan.

Terpaksa dia kikis semula tulang temulang berkenaan buangkan semut hitam yang bersarang di situ.  Semuanya Ulung Lihun lakukan setelah dia memberi pangakuan kepada ketua kampung sanggup melakukan kerja menggali semula kubur lama supaya dipindahkan ke kawasan tunah perkuburan baru.

“Memang aku jumpa mayat tak hancur,”  keluh Ulung Lihun menghela nafas kesal.  Beberapa kali dia beristighfar apabila kenangkan kejadian menemui mayat bertahun-tahun dikebumikan tidak hancur dimamah masa.

Tetapi Ulung Lihun melihat keadaan mayat berkenaan mengecut dengan kukunya memanjang melilit seluruh tubuh laksana akar ara menyalut pokok tempat tumbuhnya.  Bukan kuku tangannya sahaja yang tumbuh memanjang malah kuku kaki juga menusuk ke dalam tebing kubur.

Menggeleng kepala Ulung Lihun apabila diberi tahu oleh Puyang Malim mayat tidak hancur dililit kuku itu memang amalkan amalan kebal tahi.  Siapa pun tidak boleh tewaskan dia selagi tubuhnya tidak berendam mandi di sungai berarus deras.  Kalau ditembak dengan kaki berjejak di atas tepurung pun amalan kebalnya tidak boleh ditewaskan.  Sebab itu tubuhnhya juga tidak hancur apabila dikebumikan setelah mati.

“Puyang Malim kata kubur tu, kubur Tok Meguk,”  jelas Ulung Lihun setiap kali kenangkan menggali kubur berkenaan.
Siapa pun tidak tahu kubur Tok Meguk sebenarnya disebabkan batu nisan kubur lama tidak ada dituliskan nama.  Tetapi seisi kampung tahu mengenai Tok Meguk yang dikatakan menjelma menjadi harimau selepas matinya.  Beberapa kali penduduk kampung terserempak harimau jelmaan Tok Meguk tercangkung di kawasan tanah kubur.

Semenjak bertahun-tahun pula penduduk kampung tidak pernah lagi melihat jelmaan harimau Tok Meguk, tetapi sekadar melihat bekas tanah di sondol babi liar.  Hanya sekali sekala penduduk kampung terserempak babi liar di kawasan tanah perkuburan.
Babi liar itu tidak diketahui menghilang ke mana kerana di sekelilingnya perkampungan yang terputus dari kawasan hutan.  Kalau mahu dikatakan babi hutan itu bersembunyi di tanah kubur, tidak ada belukar boleh babi berkenaan menyusup.

“Begitulah amalan yang tak baik,”  jelas Puyang Malim ingatkan Ulung Lihun mengenai Tok Meguk yang diketahuinya sejak turun temurun amalkan amalan kebal tahi.  “Mula-mula memang nampak jelmaan harimau, lepas itu jelmaan babi, tak tahu selepas ini boleh jadi jelmaan biawak pula!” dia menelan keluhan pendek disebabkan Tok Meguk itu ada hubungan keluarga dengan keturunannya.

Asal sahaja bangun pagi sebelum basuh muka, Tok Meguk akan buang air besar terlebih dahulu.  Dia akan sapukan najis ke seluruh badannya dengan merenung matahari tengah naik sepenggalah.  Sehingga matahari memancarkan kilauan cahaya keras baru dia habiskan amalannya.

Sepanjang hari pula dia tidak akan sentuh air disebabkan pantang larangnya tidak boleh mandi.  Selagi dia beramal memang Tok Meguk tidak akan mandi sampai bila-bila, sekali pun tubuhnya berbau busuk.  Sekiranya mahu mandi nescaya dia akan mencari jeram menggolekkan badannya dari atas hingga terhumban ke bawah.

Читать полностью…

Kisah Seram t.me/BercakapDenganJin

Memang sudah diingatkan oleh Wak Rengit mengenai amalan kebal itu sekadar mudahkan dia buat kerja. Kalau kaki terjelantus pada tunggu kayu sewaktu meranduk belukar tidak akan luka memercik darah. Apa lagi kepala mudah terantuk pada besi palang tatkala kendalikan kapal korek, tentulah terbengah hingga berdarah sekiranya tidak amalkan malan kebal.

Kalau turun ke laut pun dia tidak perlu bimbang disengat duri semilang atau dipatuk ular bias. Duri semilang atau taring ular tidak akan tembus menusuk kulit akibat amalan kebalnya. Tentu taring ular akan terkopak kalau singgah ke kulit Aki Alang hingga menggelepar tidak menentu menghempas tubuh ke tengah rumput memanjang.

“Kalau ditekan hidung dengan bantal, kebal pun tak guna!” jelas Aki Alang kenangkan Wak Rengit selalu ingatkan dia supaya tidak menunjuk-nunjuk sangat dengan amalan kebal demikian.

Apa sangat dengan kebal yang tidak boleh ditembusi senjata besi tajam, kerana musuh boleh gunakan helah lain. Bagaimana kalau kepala ditumuskan ke dalam air hingga lemas tidak dapat bernafas? Tidak boleh ditusuk dengan senjata besi tajam, musuh boleh himpit muka dengan bantal sampai termengah-mengah tidak dapat bernafas.

Bersambung...

Jom ajak kawan-kawan sekali join telegram @BercakapDenganJin.

Читать полностью…

Kisah Seram t.me/BercakapDenganJin

Besi berintung besi berani, guli-guli guyur-guyur, air mengkunung muta, air unung-air unung sari, air beku kuzat, asal mu jadi air muta titis nama wali, lintuk air mengkunung, batu guruli lawan batu batu putih, air mengkunung anah nur putih, beraja mendak hati sekalian yang bernyawa, tidak berisi kehendak lawan diriku.

Bukan takat jampi mentera sahaja, tetapi Aki Alang juga dimandikan dengan air apung yang dicedok dari tujuh kuala, tujuh jeram dan tujuh telaga. Semua rahsia kebal Aki Alang memang diketahui oleh Uda Maesah.

“Memang Aki Alang amalkan ilmu kebal,” jelas Uda Maesah sebaik sahaja saya menjengah ke hospital setelah diberi tahu mengenai Aki Alang di langgar kereta hingga terpelanting ke seberang jalan.

Saya melihat bahagian siku Aki Alang calar sedikit, tetapi badannya tidak mengalami cedera apa-apa. Bagaimana pun Aki Alang tidak dapat mahu duduk hingga dia termengah-mengah akibat susah bernafas. Disebabkan pihak hospital mahu lakukan x-ray, berkeras sangat dia mendesak supaya dibawa saja balik ke rumah.

“Aku tak mahu lama di hospital!” Aki Alang ingatkan anak-anaknya supaya segera bawa dia balik ke rumah. Kalaulah dia boleh bangun melompat tentu dia tinggalkan katil hospital tidak bertangguh. Marah sangat dia disebabkan dimasukkan ke hospital sebaik sahaja dilanggar kereta hingga terpelanting ke seberang jalan.

“Nasib baik dia pengsan semasa kena langgar,” ujar Ulung Lihun merungut perlahan disebabkan ayahnya berdegil sangat mahu balik ke rumah.

Tahu sangat Ulung Lihun sekiranya Aki Alang tidak pengsan nescaya dia membantah dibawa ke hospital. Biarlah dia terkejang di rumah berhari-hari Aki Alang tidak terkilan apa-apa. Anak-anak tidak datang menjengah pun dia tidak peduli, asal sahaja tidak diganggu tatkala dia terkejang.

Kalau di hospital Aki Alang tidak mahu tubuhnya diperiksa sampai pakaian juga dibuang habis. Perkara dia dilanggar kereta tidak penting sangat kerana tidak ada satu pun bekas cedera parah di kulitnya. Dia tidak mengalami luka-luka selain dari pengsan sebaik sahaja terpelanting ke seberang jalan.

Disebabkan Aki Alang berkeras mahu balik ke rumah, siapa pun tidak dapat menghalang. Dia sekadar tidak dapat bangun sahaja akibat dilanggar kereta merempuh kuat, tetapi tubuhnya tidak cedera langsung. Sebab itu doktor mahu x-ray untuk sahkan sama ada bahagian dalam mengalami cedera teruk atau pun tidak.

Memang Aki Alang bertambah lemah sekiranya dibiarkan dia terkejang di katil hospital. Lantas ayah saya bisikkan pada Ulung Lihun supaya Aki Alang dibawa balik sahaja ke rumah. Tahu sangat ayah saya tidak pernah seumur hidup pun Aki Alang mahu ke hospital sekalipun mengidap sakit teruk. Kadangkala sengaja ayah saya menyindir sekiranya Aki Alang enggan berubat ke hospital, tetapi dia tersengih-sengih sahaja. Tatkala belakangnya membengkak tumbuh bisul sebesar kepala tempurung nyiur, Aki Alang tetap tidak mahu ke hospital. Dia suruh Uda Maesah pupuk sahaja dengan daun inai ditumbuk lumat.

Puas dipujuk ke hospital namun Aki Alang lebih rela bisul besar di tengah belakangnya membengkak hingga mengangkut nanah. Seelah diberi tahu kepada Tok Aji, dia juga tidak dapat mendesak Aki Alang supaya ubati bisul besar di belakangnya itu ke hospital. Terpaksa Tok Aji gunakan kepala tempurung nyiur pula dijentiknya tiga kali dengan membacakan:

Nun, wal qolami wama yasthurun, ma-anta bini’mati rabbika majnun, wa-innsa laka la-ajran ghaira mimnun, wa-innaka la’ala khulqin ‘azim, fasatubsiru wayubsirun,bi-aiyakumul maftun, inna rabbaka huwa a’lamu biman dhalla ‘an-sabilihi wahuwa a’lamu bilmuhtadin.

Sebaik sahaja jari Tok Aji mengetuk kepala tempurung nyiur itu, saya melihat nanah bercampur darah memancut keluar dari bisul berpunat tiga di tengah belakang Aki Alang.

Tiga pagi berturut-turut Aki Alang menemui Tok Aji di madrasahnya minta doakan barulah bengkak di tengah belakang itu kempis. Kalau tidak minta doa dari Tok Aji pun memang Aki Alang tidak akan jejak kaki ke hospital semata-mata minta diubati.

Читать полностью…

Kisah Seram t.me/BercakapDenganJin

#KoleksiTokAwangNgahBab167

BAHANA KEBAL MAKAN DIRI

(
Bab 167 bahagian 1)

KEJADIAN yang berlaku bertahun-tahun lampau hanya sekadar mendengar cerita sahaja, kerana tidak siapa pun melihatnya ketika itu. Sudah tentu kisah yang berlaku ke atas Tok Semilih itu sekadar diketahui oleh anak cucunya sahaja.

Perkara kebal yang dimiliki oleh Tok Semilih bukanlah sengaja diada-adakan, tetapi bertahun-tahun dulu pun masih ada orang yang amalkan. Seisi kampung tahu mengenai Aki Alang datuk saudara saya yang tidak lut kalau diradak senjata besi.

Tatkala dia diburu tentera Jepun seisi kampung melihat dia terjun ke tengah arus sungai. Tiga hari tentera Jepun menunggu di tebing sungai namun Aki Alang tidak timbul ke permukaan air. Sebab itu tentera Jepun percaya dia sudah mati lemas di tengah arus sungai. Bukan tentera Jepun sahaja menuduh dia sudah mati lemas akibat terjun ke sungai, malah isterinya Uda Maesah juga tidak percaya Aki Alang akan balik juga ke rumah. Terpaksa berbulan-bulan pula dia bersembunyi di hutan, biar tentera Jepun tidak dapat menjejaknya.

Tahu sangat Aki Alang fasal tentera Jepun juga dapat mengesan sesiapa yang kebal tidak lut oleh senjata besi. Dia lihat sendiri kawannya Andak Katib diikat tentera Jepun ke tiang rumah ditetak beberapa kali dengan pedang tetapi tidak memberi bekas.

Lama Aki Alang meniarap di tengah belukar nenas mengendap kejadian yang menimpa kawannya Andak Katib. Kalau dia berkeras menyerbu mahu selamatkan kawannya itu nescaya dia juga akan diikat sama ke tiang rumah. Sebab itu Aki Alang hanya bersembunyi sahaja di tengah belukar nenas di keliling rumah Andak Katib, setelah diberi tahu mengenai kawannya itu ditangkap tentera Jepun.

Puas ditetak dengan pedang tidak juga memberi bekas, lantas Andak Katib ditembak berulang kali. Baju Andak Katib sahaja ditembusi peluru hingga berlubang-lubang laksana sarang lebah terpokah, namun tubuhnya tidak lut langsung.

Ketika inilah Aki Alang melihat Mat Tugin jiran kawannya itu berbisik ke telinga tentera Jepun. Terangguk-angguk ketua tentera Jepun itu sebaik sahaja Mat Tugin bisikkan kepadanya mengenai Andak Katib tidak lut senjata besi. Lantas sahaja dia menyuruh orang-orangnya tonggengkan Andak Katib disebabkan terlalu marah tidak dapat tewaskan lelaki berkenaan.

Kemudian dia tusukkan hujung benet ke dubur Andak Katib menyebabkan jerit kesakitan melangsing kuat. Menggeletek tubuh Andak Katib akibat mata benet ditusuk kedubur yang tidak dapat menahan lut kebalnya.

Marah benar Aki Alang dengan kejadian yang menimpa kawannya itu, hingga dendamnya terlalu membakar apabila Mat Tugin ditemui mati terselit kepala di celah rekahan buluh pering, tidak semena-mena Aki Alang dituduh disebabkan dia memang kawan rapat dengan Andak Katib.

Sepanjang hari tentera Jepun menggeledah keliling kampong mahu menangkap Aki Alang. Tetapi Aki Alang mengaku dia tidak tahu langsung bagaimana Mat Tugin ditemui mati dengan kepala terselit dicelah rekahan buluh pering.

“Memang Aki Alang amalkan ilmu kebal,” beri tahu Pak Tua Mahat apabila kenang Aki Alang tidak lut tatkala ditetak dengan parang oleh Juki Gila di depan surau.

Siapa pun tidak berani menyerbu sebaik sahaja Juki Gila menerpa neneknya dengan antan pengemping. Terduduk Uda Libah menahan kepala memercik darah apabila diketuk oleh Juki Gila dengan antan pengemping yang dicapainya di bawah gelegar.

Tiba-tiba sahaja Juki Gila tinggalkan neneknya lantas mencapai parang di pelantar menghambat emaknya Saenah. Terpaksa Saenah berlari menuju ke surau meminta bantuan kerana bimbang gila anaknya bertambah pasang.

Sewaktu Saenah termengah-mengah di tengah halaman, Juki Gila sudah semakin hampir. Tidak bertangguh Aki Alang terjun ke tengah halaman surau menahan tangannya sebaik sahaja ditetak oleh Juki Gila.

Beberapa kali ditetak dengan parang tetapi tangan Aki Alang tidak berbekas apa-apa. Lantas Pak Tua Mahat pula menerpa terus mengilas tangan Juki Gila hingga parang di tangannya terlucut dari genggaman. Tiga kali ditepuk kepalanya oleh Pak Tua Mahat, barulah Juki Gila dapat ditenangkan semula.

Читать полностью…

Kisah Seram t.me/BercakapDenganJin

Sebaik sahaja mayatnya dibujurkan, tiba-tiba saja mayat itu berpusing menelungkup. Belum sempat dibujurkan semula, kulit belakangnya ditumbuhi bulu belang kuning laksana harimau di tengah hutan. Terpaksa pula diberi tahu Uda Sahun dan Resat Tempang mengenai perubahan mayat tersebut. Setelah dibacakan Yasin oleh Uda Sahun, mereka terbalikkan semula mayat Tok Semilih biar terbujur menelentang.

Sebaik sahaja diterlentangkan mayatnya, mereka mendengar kerengkungnya berbunyi seperti harimau menderam. Pelupuk matanya juga tiba-tiba terbeliak hingga terjegil bagaikan terlalu marah. Puas dibacakan al-Fatihah oleh Uda Sahun dan diusapkan tangan, namun mata mayat tidak juga tertutup.

Memang mengerunkan mereka mahu uruskan mayat untuk dimandi disebabkan tidak boleh dibujurkan terlentang. Asal sahaja diterlentang mayat nescaya kerengkungnya berbunyi seperti deram harimau. Kemudian perlahan-lahan mayat berpusing tertangkup hingga deram harimau dikerengkungnya hilang. Tetapi bulu di belakangnya meremang tegak sama seperti harimau mati ditembak.

“Tentu kamu yang tahu rahsianya, Resat,” Tok Penghulu lantas mendesak menantunya. Disebabkan Resat Tempang yang tahu rahsia kelemahan kebal Tok Semilih, tentulah dia juga yang tahu kenapa mayat berkenaan menggerunkan.

Selagi mayat itu tidak dipulihkan tentu mereka tidak boleh mandi dan kapankan. Bunyi deram harimau di kerengkung mayat pun sudah cukup menggerunkan, apa lagi mahu mandi dan kapankan mayat. Cuma Resat Tempang dan Uda Sahun sahaja yang berani menyentuh mayat apabila berpusing menelungkup.

Terpaksa Resat Tempang mengakui dia berpindah ke Pahang setelah meninggalkan kampung halaman. Di situ dia menemui Itam Bawar yang sama seguru dengan Tok Semilih. Kalau tidak disebabkan Itam Bawar memberi petua mahu menewaskan Tok Semilih, memang Resat Tempang tidak berani mencabar sepupunya itu.

Setelah Tok Semilih mati ditembak manalah Resat Tempang tahu mahu pulihkan semula mayatnya. Sebab itu dia terpaksa juga balik ke Pahang menjemput Itam Bawar. Tidak bertangguh malam itu juga dia balik ke Pahang semata-mata mahu memberi tahu Itam Bawar mengenai perubahan mayat berkenaan.

Sepanjang malam itu pula mereka biarkan sahaja mayat Tok Semilih tertangkup kerana berasa gerun dengan kerengkungnya menderam bagaikan harimau di tengah hutan. Biarlah mayat itu tertangkup asal sahaja tidak berbunyi kerengkung.

Lagi pun mayat Tok Semilih akan berpusing sendiri dengan mengereng perlahan hingga tertangkup sekiranya dibujurkan terlentang. Tidak pernah mereka mengalami kejadian demikian menyebabkan terasa gerun dengan keadaan mayat tersebut. Apa lagi dengan mata terbeliak laksana harimau merenung mangsa.

Hampir matahari tegak di kepala baru Resat Tempang balik semula ke kampung dari Pahang. Sebaik sahaja Itam Bawar dibawa menatap mayat Tok Semilih perlahan-lahan dia mengesat pelupuk matanya. Hiba benar dia melihat keadaan kawan baiknya yang menerima nasib mati akibat dibunuh disebabkan kekejamannya.

“Awak salah bawa ilmu tok guru, Semilih,” keluh Itam bawar setelah membujurkan mayat terlentang.

Ketika ini kerengkung mayat berbunyi kuat mendehem laksana harimau tengah hutan. Lantas Itam Bawar meminta peluru emas yang ditembakkan ke pusat Tok Semilih. Memang peluru emas yang ditembakkan oleh resat Tempang hanya butang baju diperbuat daripada emas sahaja.

Setelah dimasukkan peluru emas itu ke mulut mayat barulah kerengkungnya tidak menderam lagi. Kemudian dia memanggil isteri Tok Semilih sapukan hujung teteknya ke mata mayat yang terbeliak menggerunkan. Tujuh kali disapukan barulah mata berkenaan tertutup rapat semula.

Sewaktu Itam Bawar memulihkan semula mayat Tok Semilih beristighfar panjang Uda Sahun kerana semuanya memilukan perasaan. Itam Bawar juga meminta isteri Tok Semilih meniarap ke atas mayat semasa dia membacakan jampi menteranya sehingga bulu belang kuning yang tumbuh di badan mayat luruh ke lantai.

Apabila mayat dapat dipulihkan, barulah Itam Bawar memegang bahagian bahu mayat dengan membacakan:

Читать полностью…

Kisah Seram t.me/BercakapDenganJin

#KoleksiTokAwangNgahBab166

MAYAT MELAWAN KALAU DI BUJUR

(Bab 166 bahagian 2)

Berbulan-bulan Resat Tempang meninggalkan kampung halaman, dia balik juga membawa isterinya tatkala hariraya disambut oleh penduduk-penduduk kampung. Tentulah tidak manis jika dia tidak berkunjung ke rumah ibu bapa di pagi hari raya demikian.

Sempat juga Resat Tempang menemui guru agamanya Uda Sahun apabila diberi tahu oleh orang-orang kampung mengenai Tok Semilih yahng masih tidak boleh melihat perempuan cantik. Dia akan merayau ke mana-mana kampung mahu memastikan perempuan cantik ditemui di situ.

“Hari baik bulan baik ni, saya nak bunuh Tok Semilih,” jelas Resat Tempang sebaik sahaja menemui guru agamnya Uda Sahun.

“Perkara membunuh ni, tidak diredzai Allah,” Uda Sahun memujuknya supaya Resat Tempang tidak ikutkan perasaan sangat.

“Insya Allah, niat saya untuk selamatkan orang kampung,” Resat Tempang sudah nekad membuat keputusan sekali pun Uda Sahun bimbang dia sendiri akan menjadi mangsa.

Menggeleng lemah Uda Sahun disebabkan Resat Tempang juga sudah tidak dapat mengawal perasaan disebabkan terlalu marah dengan perbuatan sepupunya Tok Semilih. Dia balik menyambut hari raya tidak disambut dengan rasa gembira, tetapi seisi kampung diselubungi ketakutan sekiranya Tok Semilih datang jejak kaki ke rumah.

Keputusan Resat Tempang mahu membunuh Tok Semilih bukan sekadar mahu selamatkan seisi kampung. Dia sendiri malu dengan perbuatan sepupunya hingga keluarganya menjadi buah mulut di mana-mana. Sebab itu Resat Tempang tetap mencuba. Biarlah dia sendiri menjadi mangsa Tok Semilih sekiranya gagal membunuhnya.

Sewaktu sampai di tengah halaman rumah Tok Semilih menggalas senapang ayah mentuanya Tok Penghulu, dia menyeru sepupunya supaya turun ke tengah halaman. Ketika ini dia nampak Tok Semilih memangku cucu di serambi rumah menunggu tetamu dataang berhari raya.

“Naiklah Resat, mana isteri awak?” pelawa Tok Semilih menjengah dari tingkap.

“Kawan bukan nak beraya, kawan nak bunuh awak!” sahut Resat Tempang menunjukkan senapang yang digalasnya.

“Jangan awak cari nahas, Resat,” terkekeh-kekeh Tok Semilih ketawa mengejek sepupunya. “Kalau Tok Kumbah kawan kalahkan apa sangat dengan awak?” semakin angkuh dia apabila ungkit fasal kemampuannya menewaskan Tok Kumbah.

Memang tidak siapa pun berani berdepan dengan Tok Kumbah tatkala Suri dilarikan. Setelah Suri menjadi isterinya kenapa pula Resat Tempang berani mencabarnya? Lagi pun tentu Resat Tempang tahu sepanjang malam santak subuh di bertikam dengan Mat Kasan sampai sumbing mata keris lawan apabila ditusuk ke tubuhnya.

Masakan Resat Tempang tidak tahu tubuhnya tidak lut senjata besi. Kenapa tiba-tiba sahaja Resat Tempang berani menentangnya tatkala balik ke kampung menyambut hari raya? Dia satu-satunya yang dapat menewaskan Tok Kumbah yang digeruni di seluruh pelusuk daerah.
Siapa sahaja cuba menentangnnya nescaya akan diserbu tebuan sakti beribu-ribu hingga lawannya menggelepar tidak sampai sepuluh minit. Jumbang tunang Suri sendiri menemui ajal akibat diserbu tebuan sakti yang boleh dikerah oleh Tok Kumbah.

Bukan takat tebuan sakti sahaja menjelma, tetapi Tok Kumbah juga boleh menerpa dengan menjelmakan dirinya menjadi harimau belang. Kesaktian Tok Kumbah itulah yang ditakuti oleh sesiapa sahaja di seluruh pelusuk daerah. Sebab itu anaknya Mat Kasan berani larikan anak Tok Penghulu sekali pun sudah bertunang dengan Jumbang.

Tetapi kesaktian Tok Kumbah tidak juga bertahan lama apabila dia dapat ditewaskan oleh Tok Semilih. Mat Kasan yang mewarisi kesaktian ayahnya juga menerima nasih yang sama, setelah tulang ketingnya ditetak oleh Tok Semilih. Dapat juga Tok Semilih mencari kelemahan Mat Kasan yang tidak dapat ditewaskan selagi tulang ketingnya tidak ditetak.

“Kalau kebal Tok Kumbah tak kekal, maknanya kebal awak pun tak kekal, Tok Semilih,” laung Resat Tempang dari tengah halaman terus mencabar sepupunya itu.

Читать полностью…

Kisah Seram t.me/BercakapDenganJin

Sebelum Suri dinikahkan dengan Resat Tempang sepupu Tok Semilih, memang dia sudah ingatkan Tok Penghulu jangan cuba menghalang. Bila-bila dia akan melarikan Suri kalau Tok Penghulu berkeras mahu memecatkan semata-mata disebabkan dia memaksa perempuan yang diingininya ikut balik ke rumah.

Tahu sangat Tok Penghulu ke atas Tok Semilih boleh memaksa siapa sahaja perempuan yang diingininya. Tok Semilih tidak perlu bersusah payah menyerbu masuk ke rumah. Cukup dia ikatkan benang pada jari manisnya kemudian disentap-sentap beberapa kali. Apabila diserbu perempuan itu nescaya tidak bertangguh perempuan berkenaan bingkas bangun kalau tengah nyenyak tidur sekali pun.

Ketika ini perempuan tersebut hanya mendengar namanya diseru oleh Tok Semilih. Siapa pun tidak dapat menahan langkah perempuan itu terus menapak kerumah Tok Semilih hingga dia dikejutkan dari tidur nyenyak. Saat ini perempuan tersebut rela mengikut sahaja kemahuan Tok Semilih dengan tidak hiraukan lagi suaminya di rumah.

Siapa lagi mahu disalahkan kalau perempuan itu sendiri datang menyerah ke rumah Tok Semilih? Tentu Tok Penghulu menerima aib sekirannya menuduh Tok Semilih melakukan perbuatan jahat sumbang mata memandang! Tidak ada bukti Tok Semilih melakukan perbuatan sumbang kerana perempuan itu sendiri rela menyerahkan diri kepadanya.

Cubalah Tok Penghulu berkeras mahu salahkan Tok Semilih! Bila-bila Suri akan tinggalkan rumah Tok Penghulu jejak kaki ke rumahnya. Suri juga rela diperlakukan apa sahaja oleh Tok Semilih dengan tidak menbantah apa-apa. Disebabkan tidak mahu Suri menjadi mangsalah Tok Penghulu menerima Resat Tempang menjadi menantunya. Apa lagi Resat Tempang murid yang banyak habiskan masanya di madrasah Uda Sahun.

“Datuk tidak patut biarkan Tok Semilih merosakkan perempuan di kampung ni,” Uda Sahun kecewa dengan sikap abangnya yang tunduk dengan kemahuan Tok Semilih.

“Dia tinggi ilmu kebatinannya, bukan mudah nak paksa,” barulah Tok Penghulu dedahkan rahsia kebimbangannya kepada Uda Sahun. Bagaimana kalau dia menjadi sasaran kemarahan Tok Semilih sekiranya cuba selamatkan orang-orang kampung?

“Datuk jadi penghulu, tergamakkah tengok orang kampung dianiaya?” Uda Sahun terus mendesak abangnya supaya bertanggung jawab kepada keselamatan orang-orang kampung.

“Kalau kamu berani menegur, cubalah,” Tok Penghulu memang tidak sanggup mahu berdepan dengan Tok Semilih.
Disebabkan Tok Penghulu sudah bersetuju mahu menghalang perbuatan Tok Semilih, lantas Uda Sahun menemui lelaki itu. Tersengih-sengih Tok Semilih apabila diingatkan oleh Uda Sahun mengenai mereka yang takbur dengan ilmu di dada.

Berkali-kali Tok Semilih mengejek Uda Sahun supaya mengajar baik-baik di madrasah. Marah benar dia disebabkan Uda Sahun cuba mengajar dia mengenai hukum hakam, sedangkan dia wakil Tok Penghulu di kampung berkenaan.

“Uda jaga urusan di madrasah, biar saya jaga urusan kampung,” Tok Semilih mencebek bibir mengejek Uda Sahun.

“Urusan madrasah ada kait mengait dengan urusan kampung juga,” sahut Uda Sahun tenang berdepan dengan lelaki yang digeruni di kampung berkenaan. Tidak siapa pun berani menegur Tok Semilih selain dari Tok Penghulu sendiri. Kalau Tok Penghulu sudah tidak sanggup menegur siapa lagi yang berani berdepan dengan Tok Semilih?

Satu-satunya yang berani mencuba memang Uda Sahun. Berkali-kali dia ingatkan orang kampung yang perlu ditakuti hanya Allah. Kalau dia tidak sanggup menegur kelakuan Tok Semilih, mahu harapkan siapa lagi? Semenjak belajar agama di Padang Panjang dia sudah di ingatkan supaya berani menegur siapa sahaja melakukan kezaliman sesama makhluk.

“Cukuplah, Uda!” ujar Tok Semilih menggoyang-goyang kepala lutut dalam ketawa memanjang. “Belajar agama di Padang Panjang, tak sama dengan belajar ilmu kebatinan!” sengaja dia mahu mengugut supaya Uda Sahun tidak berterusan mahu mengujinya.

Tetapi Uda Sahun tidak berputus asa. Tiga malam berturut-turut dia solat sunat hajat memohon Tok Semilih mengubah sikapnya. Kalau sudah tidak boleh ditegur dengan lidah, dia wajib menegur melalui doa di dalam hati sanubari.

Читать полностью…

Kisah Seram t.me/BercakapDenganJin

Apabila dia terjun semula ke tanah, tiba-tiba batu sebesar reban ayam menimpa harimau belang yang mendongak menunggu mangsa. Tatkala batu sebesar reban ayam itu bergolek, Mat Kasan yang tercegat di kepala tangga melihat kepala harimau remuk hancur. Ekor harimau itu menggeletek melibas ke kiri ke kanan dengan kaki terkinjal-kinjal menendang angin.

Segera Mat Kasan terjun memangku kepala ayahnya yang masih menyerupai harimau belang. Setelah dijampi oleh Mat Kasan dengan mengusap-usap tapak tangannya ke muka harimau berkenaan, Tok Kumbah menjelma semula dalam keadaan termengah-mengah menahan sesak nafas.

Beberapa orang anak buah Tok Kumbah segera datang membantu sebaik sahaja diberi tahu kedatangan Tok Semilih menyebabkan kematian ketua mereka. Siapa pun tidak berani menghalang apabila Tok Semilih membawa balik Suri ke kampungnya, disebabkan mereka menyedari sedangkan Tok Kumbah yang sakti boleh ditewaskan apa sangat dengan kebolehan mereka.

“Kampung kita diceroboh!” Mat Kasan ingatkan penduduk-penduduk kampungnya supaya bangkit menentang Tok Semilih.

Mat Kasan tidak puas hati dengan kematian ayahnya Tok Kumbah. Sebab itu kampung Tok Semilih mesti dimusnahkan. Dia akan membakar semua rumah di kampung berkenaan biar mereka semuanya porak peranda. Tetapi sebelum mereka sampai di kampung Tok Semilih, orang-orang Mat Kasan sudah diserbu tatkala bertahan di sebuah bukit tengah makan durian.

Serbuan orang-orang Tok Semilih ini menyebabkan ramai orang-orang Mat Kasan mati di atas bukit berkenaan dengan meninggalkan biji durian bertaburan di situ. Tetapi Mat Kasan dapat melarikan diri balik ke kampungnya setelah beberapa kali ditetak dengan parang panjang, namun tubuhnya tidak lut oleh senjata besi.

Setelah diberitahu kepada Tok Semilih mengenai Mat Kasan yang kebal itu, tidak bertangguh dia mencari lelaki berkenaan. Kalau dibiarkan nescaya lambat laun Mat Kasan akan datang lagi mahu menuntut bela keatas kematian ayahnya Tok Kumbah. Tentu Mat Kasan juga tidak puas hati disebabkan Suri yang sudah diperisterinya dilarikan semula oleh Tok Semilih.

Tatkala senja mula samar-samar, Tok Semilih sampai di tengah halaman Mat Kasan lantas diserunya supaya turun dari rumah. Beberapa orang penyokong Mat Kasan menegahnya supaya tidak menentang Tok Semilih, tetapi dia berasa malu setelah dicabar demikian.

“Dengar ceritanya mereka berdua bertikam sampai ke subuh,” ujar Ali Dengkot memberitahu kejadian di kampungnya bertahun-tahun dulu tatkala saya bersama Cikgu Limin di ajak mengujungi kubur lama dengan batu nesan tumbuh ketinggi berdiri.

“Saya tertarik dengan cerita macam ni, ustaz,” jelas Cikgu Limin yang gemar bertanyakan kisah-kisah lama semenjak dia datang mengajar di kampung tersebut.

“Saya pun dengar cerita ni dari mulut orang tua-tua dulu,” Ali Dengkot menambah tetapi terbayang rasa bangga di wajahnya mengenai kehebatan Tok Semilih bertikam sepanjang malam dengan Mat Kasan.

Orang-orang kampung yang melihat pertikaman Tok Semilih dengan Mat Kasan itu sekadar melihat kilat keris di tangannya sahaja. Dalam kegelapan malam itu mereka hanya mendengar suara Tok Semilih dan Mat Kasan menangkis dan bertempik.

Tidak siapa pun melihat bagaimana mereka memencak di tengah kegelapan malam itu. Hingga santak subuh barulah mereka mendengar erangan kesakitan merintih. Apabila di suluh orang-orang kampung melihat Mat Kasan terbaring berlumuran darah. Ketika ini Tok Semilih sudah meninggalkan kawasan halaman rumah sebaik sahaja dia dapat menikam dada Mat Kasan.

Semenjak Mat Kasan mati dibunuh oleh Tok Semilih tidak ada siapa pun dari kampung Tok Kumbah berani mengganggu kampung Tok Penghulu. Sebab itu Tok Penghulu berasa terhutang budi pada Tok Semilih yang dapat pertahankan aibnya.

Tetapi Ali Dengkot diberi tahu oleh arwah datuknya, bukanlah mudah Tok Semilih mahu menewaskan Mat Kasan. Setiap kali mata kerisnya terbenam di dada Mat Kasan, tidak bertangguh dia bingkas bangun sebaik sahaja badanya rebah ke tanah.

Читать полностью…

Kisah Seram t.me/BercakapDenganJin

👆 full version bab 165 sempena malam raya.

Читать полностью…

Kisah Seram t.me/BercakapDenganJin

Memang tok guru marah apabila diperolok-olokkan oleh Haji Mat Lohim. Segera dia memberi isyarat kepada tiga lelaki bertanduk itu menyerbu Haji Mat Lohim yang mencabarnya. Belum sempat tiga lelaki bertanduk itu mara menyerbu, lantas Haji Mat Lohim membacakan tujuh kali:

Wa-ja’alna min baini aidihim saddan wamin kholfihim saddan fa-aghsyainahum fahum layubsirun.

Apabila Haji Mat Lohim mengisar tapak tengannya, sekaligus rantai besi mengikat tubuh tiga lembaga bertanduk itu. Setiap kali mereka meronta rantai besi itu akan memancarkan kilauan api yang menyambar tubuh, Terjerit kuat tiga lembaga bertanduk itu meminta tok guru melepaskannya.

Segera tok guru mencapai tangkal azimat yang terkalung di lehernya lantas diramas-ramas macam mengira buah tasbih. Ketika ini seluruh tubuhnya berasap sambil dia terkekeh-kekeh ketawa mengejek Haji Mat Lohim apabila bumi bergegar kuat hingga merekah. Tetapi rekahan bumi itu terhenti sebaik sahaja sampai di hadapan Haji Mat Lohim tercegat berdiri.

Tersenyum Haji Mat Lohim diuji oleh tok guru berkenaan. Kemudian dia membaca al-Fatihah tiga kali, surah al-Ikhlas tiga kali diikuti dengan membacakan :

Alamyarau kam ahlakna qoblahum minal quruna annahum ilaihim la-yarji’uun.

Ketika dihembuskan oleh Haji Mat Lohim kearahnya angin berpusar kuat bagaikan membelit seluruh tubuh tok guru. Laungan tok guru tenggelam dalam pusaran angin menyebabkan Samsiar bersama Raonah ketakutan tidak terperi. Mereka bertempiaran lari mencari tempat berlindung akibat pusaran angin memburu kemana sahaja mereka bertahan.

“Istighfarullahhul azim…” keluh Kossim mengesat pelupuk matanya digenangi air. “Bersyukur saya dapat bertemu dengan Tuan Haji,” bisiknya lantas menggenggam tangan Haji Mat Lohim erat-erat.

“Apa yang kamu lihat hanya untuk panduan sahaja,” beritahu Haji Mat Lohim ingatkan dia supaya tidak terpengaruh dengan apa yang dilihat dalam lintasan bayangan tatkala dia terkejang tidak sedarkan diri. “Boleh jadi gangguan syaitan yang mahu buat fitnah,” ujar Haji Mat Lohim selanjutnya.

Kossim mengangguk perlahan. Dia memahami apa yang tersirat jauh di sanubari Haji Mat Lohim. Lama juga dia belajar pondok di Padang Panjang, memang Kossim mudah mentafsirkan penjelasan Haji Mat Lohim itu. Tidak ada siapa pun boleh mendahului ketentuan yang ditetapkan Allah selain daripada menyerahkan segalanya kepadaNya.

Tatkala Kossim balik ke kampungnya bersama Tusip dia sekadar beristighfar sahaja melihat keadaan rumahnya tersembam ke bumi setelah runtuh tidak bersisa. Seisi kampung menjadi hairan kerana rumah besar tersergam itu runtuh bagaikan timbunan pasir, di sebabkan tidak pernah berlaku rebut kencang atau apa-apa.

Bagaimana rumah yang kukuh tersergam itu boleh runtuh dengan tidak bersebab? Dalam masa mereka kehairanan melihat keadaan rumah tersergam itu runtuh, mereka seisi kampung gempar melihat Raonah meracau-racau tidak menentu memaki hamun dirinya sendiri.

Terpaksa pula Kossim memujuknya dalam keadaan Raonah semakin galak merentap-rentap rambutnya sekuat tenaga. Tidak ada pula Samsiar di sisinya ketika itu. Hanya seminggu selepas itu mereka menemui mayat Samsiar merengkok di bawah perdu pokok dengan keadaan tubuhnya sebahagian lelaki dan sebahagian lagi wanita.

Sewaktu saya berkunjung bersama Mamak Bandaro menemui Haji Mat Lohim di Payakumbuh, memang Kossim jejak kaki ke situ membawa isterinya Raonah. Tersengih-sengih sahaja Raonah dalam keadaan masih belum sembuh akibat mengalami gangguan fikiran semenjak kejadian yang menimpanya setelah terpengaruh dengan pujukan Samsiar.

“Kossim ni, memang suami yang sabar,” ujar Haji Mat Lohim perkenalkan Kossim kepada saya dan Mamak Bandaro.

“Syukurlah, tuan haji,” sahut Kossim tersenyum mengerling Haji Mat Lohim. “Kalau tuan haji tak bantu, belum tahu saya sabar atau tidak,” tuturnya perlahan macam menelan keluhan yang pahit.

“Ustaz ni juga, keponakan Haji Solim di Batusangkar,” lantas Haji Mat Lohim beri tahu kepada Kossim.

Читать полностью…

Kisah Seram t.me/BercakapDenganJin

#KoleksiTokAwangNgahBab165

LELAKI BERTUKAR JADI WANITA

(Bab 165 bahagian 2)

Bukan Raonah seorang sahaja yang mematuhi pantang larang demikian. Beberapa orang wanita yang mengharapkan bantuan tok guru juga mematuhi pantang larang tersebut, setelah mereka bersetuju mengikut kemahuan Samsiar. Memang Samsiar yang memujuk mereka setelah menyedari wanita-wanita itu memerlukan bantuan.

Tatkala Kossim memerhatikan tok guru di bilik lain bersama wanita yang baru ditemuinya, memang tok guru menukar dirinya menjelma sebagai suami wanita berkenaan. Dia melayani wanita berkenaan bagaikan isterinya sendiri sebelum membakar kemenyan menyeru tiga lelaki bertanduk itu menjelma di depannya.

Apabila wanita itu memilih emas yang banyak di dalam peti kayu berkenaan, tahulah Kossim tok guru menjanjikan apa saja yang dipilih oleh wanita-wanita berkenaan. Sekiranya mahu kelihatan jelita sepanjang hayat maka diberikan susuk emas yang diganti setiap kali masuk malam Jumaat. Kalau memilih emas mereka tidak dibenarkan menjual emas berkenaan, tetapi sekadar dijadikan perhiasan.

Dia dapat mengagak tentu Samsiar mematuhi kemahuan tok guru memujuk isteri sesiapa sahaja asal sahaja kejelitaannya sepanjang hayat berterusan. Sekiranya dia tidak mematuhi perintah tok guru, nescaya susuk berlian yang dipakainya akan musnah asal sahaja menjelang malam Jumaat.

Sebab itu dia mesti dapatkan wanita yang masih isteri orang untuk dipersembahkan kepada tok guru. Memang tok guru sudah jadikan pantang larang kepada Samsiar supaya tidak memujuk wanita yang janda atau masih belum berkahwin. Tentulah Samsiar terpaksa menanggung banyak rintangan apabila mahu memujuk isteri-isteri orang mengikut kemahuannya, kalau tidak dijanjikan dengan kekayaaan.

Asal sahaja tok guru boleh memenuhi kemahuan semikian, Samsiar sanggup memujuk siapa sahaja wanita yang masih bersuami menyertai amalan bersama tok guru. Dia boleh kemana pun sekiranya wanita-wanita di Pariaman tidak dapat dipujuknya.

“Kamu nak awet muda, sanggup musnahkan rumah tangga orang!” gerutu Kossim menggertap bibir dalam rungutan yang memanjang.

“Sudah dapat kamu lihat puncanya, Abang Kossim?” segera Tusip menepuk-nepuk pipi abangnya biar lelaki itu bingkas bangun.

“Ilmu syaitan tak akan kekal!” Kossim terus merungut-rungut dengan tidak pedulikan Tusip di sisinya.

“Kenapa kamu tewas Abang Kossim?” Tusip mengusiknya kerana tahu sangat dia Kossim lama berguru di Bonjol. Kalau takat mahu menguji bila-bila Kossim sanggup berdepan.

Tetapi Kossim tidak mampu menegur isterinya Raonah setelah diberi makan kotoran melalui ubat guna-guna Samsiar. Tusip sendiri melihat kotoran seperti air pelimbahan dimuntahkan oleh Kossim setelah didoakan oleh Haji Mat Lohim.
Selagi Kossim tidak diubati memang dia tidak sedar apa-apa pun dilakukan oleh isterinya. Dia melihat segala perbuatan Raonah adalah benar belaka disebabkan fikirannya sudah dikuasai oleh ubat guna-guna berkenaan.

“Kamu diperdaya ilmu syaitan, Raonah!” tiba-tiba sahaja keluh Kossim memanjang setelah melihat bayangan isterinya melayani tok guru tidak berbaju dengan raumbutnya terurai sampai ke bahu. Tangkal di leher tok guru juga bergerak-gerak laksana ular berlingkar di situ.

Apabila Haji Mat Lohim menepuk dahi Kossim dengan membacakan surah al-Ikhlas tujuh kali, perlahan-lahan Kossim membuka matanya. Dia bangun lantas duduk sambil menggeliat-geliat malas. Beberapa kali dia beristighfar dengan pandangan meliar di sekeliling ruang rumah.

“Betulkah apa yang saya lihat?” Kossim mengeluh pendek sambil menatap wajah Haji Mat Lohim.

“Apa yang kamu lihat, abang Kossim?” segera Tusip mendekati abangnya yang masih terpingga-pinga tidak menentu.
Kossim menggeleng kepala dengan beristighfar. Macam tidak percaya dia melihat bayangan Raonah melayani tok guru yang tiba-tiba menjelma menjadi dirinya. Tentu Tusip tidak menyedari apa sebenarnya berlaku tatkala dia terkejang dalam keadaan lemah.

Читать полностью…

Kisah Seram t.me/BercakapDenganJin

Haji Mat Lohim terus membacakan :
Wasyamsu tajri limustaqoril laha zalika taqdirul ‘azizil ‘alim, sebanyak enam belas kali, dan diikuti sebanyak empat belas kali membacakan : Salamun qaulan min rabbir Rahim.

Sekaligus Kossim termuntah tidak bertahan bagaikan air pelimbahan yang bertakung di tengah lopak.

Tetapi Haji Mat Lohim tidak berhenti menepuk-nepuk belakang Kossim sekali pun lelaki itu termuntah-muntah bersemburan. Muka Kossim menjadi pucat akibat banyak sangat terjeluih muntah bagaikan air pelimbahan yang bertakung di tengah lopak itu.
Apabila dia membacakan tujuh kali:

Innama amruhu iza aro da syai-an an-yaqula lahu kun fayakun,

keadaan Kossim semakin lemah. Badannya lembik hingga tersungkur di lantai tidak bermaya langsung akibat muntah yang banyak tersembur di mulut.
Hampir satu jam pula Kossim tidak dapat bergerak setelah terlentang dengan disendal bantal ke kepala.

Setelah keadaannya segar sedikit, segera di suruh minum air suam oleh Haji Mat Lohim. Sebaik sahaja Kossim meneguk air suam, dia termuntah-muntah lagi dengan cecair kekuningan bersemburan.

Tersengih-sengih Haji Mat Lohim memerhatikan keadaan Kossim yang termengah-mengah menahan senak perut akibat banyak termuntah-muntah. Kalau tidak kenang adiknya mendesak dia menemui Haji Mat Lohim, memang Kossim tidak akan jejak kaki ke Payakumbuh. Bukan kepalang terseksanya dia apabila termuntah-muntah demikian bagaikan usus ikut sama berpintal-pintal.

Sampai santak subuh Haji Mat Lohim demah perut Kossim dengan air suam biar senak perutnya beransur hilang. Berpeluh-peluh Kossim hingga dia tidak menyedari apa sebenarnya di lakukan oleh Haji Mat Lohim bersama Tusip. Sepanjang malam Kossim terkejang dengan merungut-rungut tidak menentu tatkala perutnya didemah air panas suam.

Tetapi Haji Mat Lohim tahu memang Kossim merungut-rungut tatkala melihat bayangan isterinya Raonah terconggok di dalam bilik gelap bersama Samsiar. Mereka membacakan mentera sampai pintu bilik terkuak apabila seorang lelaki berkulit hitam tidak berbaju menjengah muka. Rambutnya terurai sampai ke bahu dengan kepala diikat dengan kain merah.

Sebaik sahaja lelaki berkenaan masuk ke bilik tidak bertangguh Samsiar keluar meninggalkan mereka. Saat ini Samsiar tidak perlu lagi terconggok di situ setelah tok guru melangkah masuk. Lantas sahaja tok guru memberi isyarat supaya Samsiar menunggu di luar bersama wanita-wanita yang lain.

Ketika ini tok guru membakar kemenyan dengan mengusap-usap mukanya beberapa kali hingga tubuh Raonah menjadi lemah. Tatkala Raonah merebahkan badan tok guru menjelma menjadi Kossim lantas mendekati Raonah. Tidak ada apa-apa lagi yang dibimbangkan oleh Raonah kerana di depannya bukan lagi tok guru berkulit hitam, tetapi Kossim suaminya sendiri.

Berdebar Kossim apabila melihat isterinya diperdaya oleh tok guru. Sebab itu dia merungut-rungut marah dalam keadaan terkejang di rumah Haji Mat Lohim. Kalau tidak disebabkan badannya lemah tidak bermaya, memang dia bingkas bangun menerkam tok guru berkenaan. Tetapi bayangan yang dilihatnya terlalu jauh jaraknya bagaikan dalam mimpi tatkala nyenyak tidur.

Ketika ini sayup-sayup Kossim mendengar Haji Mat Lohim membacakan al-Fatihah tiga kali, menyebabkan dia berasa tenteram. Gelora hatinya yang berkocak marah dapat di kawal sehingga dia beristighfar beberapa kali melihat kajadian yang terjelma dalam bayangan di depannya.
Tok guru berkulit hitam duduk bersila rapat setelah melayani Raonah bagaikan isterinya sendiri. Kemudian dia mencapai tangkal yang terkalung di leher diasapkan pada kemenyan yang dibakar. Kemudian dia menyeru dengan membacakan tujuh kali:

Hai insanu jurbatuha wabillahi, hai nanar putih, engkau bersifat aku, aku bersifat engkau.

Sekaligus tiga lelaki bertanduk menjelma bagaikan asap membawakan peti kayu di depannya. Sebaik sahaja di buka peti kayu itu Raonah bangun perlahan lantas membelek-belek isinya. Dia melihat banyak barang-barang emas di samping duit kertas siap diikat secekak-secekak.

Читать полностью…

Kisah Seram t.me/BercakapDenganJin

“Setiap malam Jumaat saya kena ikut Samsiar bertapa di gua,” jelas Raonah bangga dengan jumlah wang yang diperolehinya itu. Bukan mudah mahu dapatkan wang beribu-ribu dalam tangan kalau takat kerjakan bendang saja.

Kalau Raonah tidak meminta kebenaran pun memang Kossim tidak akan melarang. Seisi kampung menyedari Kossim sudah ditundukkan dengan ubat guna-guna oleh isterinya menyebabkan dia patuh sepatuh-patuhnya pada kemahuan Raonah. Apa lagi Samsiar yang sentiasa mendampingi Raonah itu akan menasihatnya.

Setelah rumah besarnya tersergam di tengah kampung, Raonah tidak benarkan lagi Kossim bekerja di tengah bendang. Biarlah Kossim awasi pekerja-pekerja di bendang sahaja. Raonah tidak mahu suaminya bersusah payah lagi berjemur di bawah panas matahari setelah kehidupan mereka berubah menjadi senang lenang.

Tetapi Kossim tidak boleh melarang asal sahaja isterinya tinggalkan rumah setiap malam Jumaat. Tahu sangat dia Raonah bertapa di gua tengah hutan bersama Samsiar supaya kekayaan mereka tidak lupus akibat melanggar pantang larang. Sudah menjadi pantang larang amalan petuanya Raonah mesti bertapa di gua tengah hutan setiap malam Jumaat.

“Kalau amalan ini tidak dibuat, dalam sekelip mata kekayaan Abang Kossim hilang!” Samsiar ingatkan dia sewaktu meninggalkan rumah bersama Raonah.
Bimbang juga Kossim sekiranya kekayaan yang dinikmati itu hilang tidak semena-mena. Dia akan kembali berjemur tengah panas matahari mengerjakan bendang bermandi lumpur selut. Alangkah selesanya dia terconggok di tepi bendang memerhati anak-anak muda kampung mengambil upah dengan Raonah yang memiliki kekayaan itu!.

Cukuplah dia menumpang kekayaan Raonah. Apalah salahnya dia menumpang kekayaan Raonah isterinya sendiri. Siapa pun tidak akan melarang, kalau Raonah tetap menjadi isterinya sampai bila-bila. Kekayaan Raonah samalah macam kekayaan dirinya juga.
Tetapi Tusip adik Kossim tersinggung juga dengan sikap abangnya yang berubah selepas menikmati kekayaan yang di miliki oleh Raonah. Sudah lama Kossim tidak jejak kaki ke masollah semenjak dilarang oleh isterinya Raonah.

Tahu sangat Tusip memang abangnya tidak dibenarkan dirikan solat kalau mahu menikmati kekayaan. Raonah akan membentak sekiranya Kossim berkeras mahu berjemaah di masollah. Memang Kossim tidak akan angkat muka apabila isterinya mula membebel membentaknya.

Terkejut juga Tusip apakala melihat abangnya tidak akan membantah apabila kepalanya dihentak oleh Raonah dengan pangkal penyapu. Malah Samsiar juga berani menunjal jari ke muka Kossim kalau ungkit mengenai kekayaan yang dimiliki oleh Raonah.

Disebabkan tidak tertahan dengan sikap Raonah dan Samsiar itulah Tusip sanggup ke Payakumbuh menemui Haji Mat Lohim. Manalah tahu orang tua itu boleh tunjukkan ikhtiar bagaimana mahu selamatkan abangnya Kossim yang tidak berupaya melepaskan diri daripada ubat guna-guna.

Memang Tusip percaya abangnya sudah dikenakan ubat guna-guna oleh Raonah yang dibantu oleh Samsiar. Kalau Samsiar boleh membantu Raonah dapatkan kekayaan dengan bertapa di gua tengah hutan, kenapa Samsiar sendiri tidak lakukan sendiri. Alangkah baiknya dia menikmati wang beribut-ribu dengan bertapa sahaja setiap malam Jumaat.

Tersenyum Haji Mat Lohim apabila diberi tahu oleh Tusip mengenai kejadian yang menimpa abangnya Kossim. Kalau tidak dibawa Kossim menemuinya masakan dia boleh luruhkan apa sahaja yang sudah diberi makan oleh Raonah kepada Kossim. Tentu ubat guna-guna itu sudah meresap dalam tubuh Kossim setelah diberi makan kotoran yang berlebihan. Kalau takat jampi mentera sahaja bila-bila pun Kossim tidak boleh melepaskan dirinya dari belenggu ubat guna-guna itu.

Semasa di Bangkinang pun Haji Mat Lohim sudah mengalami kejadian si suami termakan kotoran yang sengaja diberi oleh isterinya. Seisi kampung tahu mengenai Nobin yang tidak pernah membantah kemahuan isterinya Semiah, hingga telinga di pial pun dia tidak melawan apa-apa.

Читать полностью…

Kisah Seram t.me/BercakapDenganJin

#KoleksiTokAwangNgahBab168

SEBAHAGIAN BADAN JADI HARIMAU

(Bab 168 bahagian 1)

SEBAIK sahaja senja mula samar-samar tidak bertangguh Ngah Sirah melaung anak-anaknya bermain di tengah halaman segera naik ke rumah. Tingkap dan pintu mesti ditutup rapat. Dia tidak benarkan anak-anaknya bermain tengah halaman tatkala senja masuk waktu. Terjerit-jerit dia melaung dari tingkap dengan menjengah muka memerhatikan anaknya Leha terlompat-lompat main galah adang bersama kawan-kawannya.

Leha yang baru berusia sepuluh tahun tidak membantah apabila suara emaknya meninggi menyuruh dia segera naik ke rumah. Dia tidak mahu emaknya marah sampai terjun ke tanah menghambat dia dengan rotan lilin panjang sehasta.

Memang Ngah Sirah risau kalau Leha bermain di tengah halaman tatkala senja masuk waktu. Sudah menjadi pantang larang orang tua-tua ketika senja inilah syaitan berkeliaran mencari mangsa. Manalah tahu anaknya Leha yang menjadi mangsa disebabkan leka bermain tatkala senja demikian.

Harapkan suaminya Mat Jani memang tidak pernah lekat di rumah. Asal sahaja turun ke pekan kecil melalui jalan estet santak malam baru Mat Jani balik ke rumah. Puas Ngah Sirah berleter sepanjang malam pun Mat Jani tidak peduli apa-apa.

Tahu sangat Ngah Sirah memang Mat Jani terconggok main mahjong di kedai kopi Ah Seng apabila dia turun ke pekan kecil. Tetapi Mat Jani tetap akan habiskan masa di situ asal sahaja sudah sediakan semua keperluan dapur setelah dapat duit gajinya.

Mat Jani berkeras mengakui dia tidak main mahjong ikut gila berjudi sampai lupa rumah tangga. Kalau terconggok di kedai kopi Ah Seng pun hanya hujung minggu sahaja apabila berkumpul dengan kawan-kawan Cina yang sama ambil kontrak menebang pokok di hutan. Setelah penat memikul mesen gergaji menebang pokok, apa salahnya dia habiskan masa bermain mahjong.

Kalau kalah dua tiga puluh ringgit pun Mat Jani tidak peduli. Memang dia tidak akan habiskan wang di saku kerana ikutkan perasaan mahu berjudi sampai santak pagi. Dia sekadar mahu berseronok dengan kawan-kawan sahaja setelah penat bekerja menebang pokok sampai seminggu dua di tengah hutan.

“Tak baik kamu terjerit-jerit senja macam ni, Sirah!” emak saudaranya Andak Miyah ingatkan supaya tidak melaung anak dari atas rumah dengan menjengah muka di tingkap.

“Kalau tak buat macam tu, Leha tu degil,” beritahu Ngah Sirah tidak sabar dengan sikap anaknya yang asyik bermain di tengah halaman sekali pun senja sudah masuk waktu.

“Pantang orang tua-tua melaung waktu senja!” ujar Andak Miyah yang masih berpegang kuat pada petua dan pantang larang turun temurun.

Tertunduk Ngah Sirah apabila disebut mengenai petua dan pantang larang sejak turun temurun. Seisi kampung memang mematuhi Andak Miyah dengan petua dan pantang larangnya. Dia satu-satunya bidan yang diharapkan oleh penduduk-penduduk kampung. Siapa lagi boleh diharapkan di tengah kampung kalau bukan bidan yang memelihara petua dan pantang larang turun temurun.

Bidan seperti Andak Miyah sama juga macam bomoh yang tahu mengenai petua dan pantang larang. Siapa yang melanggar petua dan pantang larang nescaya menerima musibah. Sebab itu Ngah Sirah tidak membantah apa-apa setelah diingatkan oleh emak saudaranya supaya tidak melaung memanggil anak dengan menjengah muka pada tingkap tatkala senja masuk waktu.

Memang Andak Miyah marah benar sekiranya sesiapa melaung anak dari tingkap sebaik sahaja senja masuk waktu. Dia akan memarahi sesiapa sahaja kalau melanggar petua dan pantang larang demikian. Andak Miyah akan merungut panjang kalau sesiapa berdegil melanggar pantang larang yang sudah di ingatkan sejak turun termurun itu.

Setiap kali marah apabila dilanggar pantang larang melaung dari tingkap tatkala senja itu, Andak Miyah akan ungkit fasal Onyang Jami degil sangat hingga tidak pedulikan pantang larang tersebut. Biar pun Onyang Jami sudah bertahun-tahun berlalu, tetapi Andak Miyah tahu neneknya memang keturunan Onyang Jami.

Читать полностью…

Kisah Seram t.me/BercakapDenganJin

Tok Meguk akan tersenyum apabila melihat batu-batu jeram yang ditimpa tubuhnya berderai laksana dihempap batu besar dari atas.  Tahu sangat seisi kampung mengenai Tok Meguk amalkan ilmu kebal, disebabkan jatuh dari pokok tidak memberi kesan apa-apa kepadanya. Tatkala mereka melihat Tok Meguk jatuh dari pokok kelapa, hanya tanah di perdu pokok itu sahaja berlubang hingga retak ditimpa tubuhnya.

Berkali-kali dia diingatkan oleh abangnya mengenai amalan demikian tidak dierima oleh bumi, namun Tok Meguk tetap berkeras amalkan juga.  Dia sanggup tidak mahu jejak kaki ke rumah abangnya Pawang Sikin disebabkan berani menegur kemahuannya.

“Pawang Sikin tu nenek moyang aku,”  ujar Puyang Malim menunduk menahan rasa terharu dengan kejadian yang menimpa Tok Meguk.

Menyedari tenaganya gagah itulah Tok Meguk tidak peduli apa.  Asal sahaja kemahuannya dihalang dia akan serbu mencabar lawan.  Tetapi siapa yang boleh berdepan dengan Tok Meguk kalau diradak dengan golok nescaya mata golok akan terlipat macam timah tidak berguna.

Bukan takat mata golok sahaja berlipat, harimau ganas tengah hutan juga jangan cuba menerkam dari belakang.  Mudah sahaja dia berpusing lantas menyekah mulut sampai ternganga tidak boleh dikatupkan lagi.  Kuku harimau yang mencakar akan luruh laksana serpih kayu reput.

Sebab itu Tok Meguk berani merampas isteri orang apabila hatinya mula berkenan. Siapa sahaja mengejek bau badannya busuk bagaikan bau najis, nescaya akan diheret dibawa balik ke rumah. Biarlah isteri orang sekalipun Tok Meguk akan paksa juga mengikutnya balik. Suami yang membantah akan ditampar saja sampai menggelupar tidak boleh bergerak.

Apa sangat dengan menampar muka suami yang cuba melawan, kalau dia menampar perdu pokok kelapa pun nescaya buahnya akan berguguran jatuh. Tiga hari sahaja daun kelapa itu akan layu hingga luruh tidak bertampan. Tentulah suami yang menjadi mangsa akan terkejang tidak bernyawa setelah ditamparnya kuat.

Satu-satunya yang ditakuti oleh Tok Meguk memang abangnya, Pawang Sikin. Sebab itu penduduk-penduduk kampung harapkan Pawang Sikin lindungkan mereka daripada ancaman Tok Meguk. Selagi Tok Meguk tidak dihalau dari kampung halaman, tentu mereka terpaksa menyerah dengan segala kemahuan lelaki itu.

Dalam keadaan serba salah itulah Pawang Sikin terpaksa juga menemui adiknya Tok Meguk supaya surut semula ke belakang. Perbuatan Tok Meguk yang sudah melebihi batas itu memang takbur. Memang Pawang Sikin tahu bukan mudah mahu menewaskan amalan kebal tahi Tok Meguk, kecuali dia juga sanggup lakukan amalan yang sama.

Memang loya tekak Pawang Sikin apabila kenang mahu lumakkan najis ke seluruh badan dengan merenung matahari di tebing sungai. Kemudian dia akan menunggu sehingga seluruh badannya memercik peluh. Sekali gus pula percikan peluh itu dilurut dengan tangan dan dipercikkan pula ketengah arus sungai.

Kalau seluruh tubuh sudah dilumakkan dengan najis hingga berpantang mandi berminggu-minggu, masakan boleh tunaikan solat. Apalah ertinya amal yang tidak disertakan dengan solat kalau semata-mata mahukan kebal tubuh badan?

Ketika Pawang Sikin menyeru dia dari tengah halaman disebabkan melarikan isteri Mat Tuman, marah benar Tok Meguk. Tidak patut abangnya mencampuri urusan dia, selagi dia tidak mengganggu Pawang Sikin. Kenapa abangnya mahu menjadi pembela Mat Tuman, setelah Lisah isteri Mat Tuman sendiri menghina dirinya.

Tentu Tok Meguk tidak dapat menahan sabar apabila Lisah tidak menyahut tatkala di tegur semasa berselisih bahu. Tiba-tiba sahaja Lisah meludah ke tanah akibat bau busuk badanya menusuk ke hidung. Loya sangat tekaknya tercium bau najis semasa berselisih bahu dengan Tok Meguk yang menegurnya ramah mesra.

Tidak bertangguh Tok Meguk mengheretnya balik ke rumah sekali pun Lisah terjerit-jerit memint pertolongan. Siapa lagi berani memberikan pertolongan kalau Mat Tumin sendiri terkebil-kebil mata melihat isterinya dilarikan oleh Tok Meguk.

Читать полностью…

Kisah Seram t.me/BercakapDenganJin

#KoleksiTokAwangNgahBab167

BAHANA KEBAL MAKAN DIRI

(Bab 167 bahagian 2)

Sebab itu Aki Alang amalkan juga amalan boleh bernafas di dalam air.  Berjam-jam dia menyelam di dalam air Aki Alang tidak bimbang apa, setelah lama menuntut dengan Kiyai Maasur di Kukup. Terpaksa pula dia mematuhi semua pantang larang orang tua itu sehingga amalan tersebut diturunkan kepadanya.

Memang Wak Rengit sendiri tidak tahu mengenai Aki Alang lama di Kukup menemui Kiyai Maasur.  Berdebar juga hati Wak Rengit sebaik sahaja diberi tahu Aki Alang terjun ke sungai apabila diburu tentera Jepun.  Arus sungai yang deras memang tidak siapa pun menyangka Aki Alang balik semula ke rumah selepas tiga malam ditunggu tentera Jepun di tebing sungai.

Beberapa bulan selepas dia dirempuh kereta di selekoh jalan itulah Ulung Lihun memberi tahu saya, ayahnya beberapa kali terbatuk mengeluarkan darah.  Aki Alang juga mengadu sering diganggu sakit dada hingga sukar mahu bernafas.  Tetapi dia tetap berkeras tidak mahu dibawa ke hospital, sekali pun ayah saya sendiri mendesaknya.

“Kalau boleh Angah doakan, Aki ni,”  tersengih-sengih Aki Alang apabila saya kunjungi setelah diberi tahu mengenai dirinya semakin uzur.

“Termakan bisa agaknya,”  lantas sahaja Uda Maesah menuduh disebabkan Aki Alang terbatuk sampai muntahkan darah.

“Tak mungkin, kalau termakan bisa batuknya lain,”  sahut Ulung Lihun tidak percaya ayahnya termakan bisa sampai terbatuk-batuk sepanjang malam.

“Batuk ayah kamu memang bercampur darah,”  beri tahu Uda Maesah bimbang dengan keadaan Aki Alang bertambah lemah semenjak berhari-hari tidak mahu menjamah nasi.

“Tentu kesan kena rempuh kereta dulu,”  segera Ulung Lihun ingatkan emaknya mengenai kecederaan yang dialami oleh ayahnya mungkin di sebelah dalam tubuhnya.  Manalah tahu tulang atau paru-parunya cedera tatkala dirempuh kuat oleh kereta yang melucur di selekoh jalan, tetapi kulit badannya tidak luka apa-apa akibat amalan kebalnya.

“Betul juga cakap Lihun tu,”  Aki Alang mengangguk lemah setelah Ulung Lihun menjelaskan demikian.

Tahu sangat dia mengenai Ulung Lihun yang dapat mengesan amalan kebalnya tidak akan dapat melindungi bahagian dalam tubuh daripada cedera parah.  Rempuhan kuat kerea yang meluncur laju bukan macam ditusuk keris musuh yang datang meluru.  Tentu tulang dadanya retak juga akibat di rempuh terlalu kuat.

Tetapi kecederaan yang di alaminya tidak terasa sebaik sahaja tenaganya pulih semula selepas diubati dengan air embun.  Lama kelamaan retak di bahagian tulang tidak dapat bertahan disebabkan gerakan tubuh sentiasa berterusan apabila membuat kerja di sawah.

Bukan takat Aki Alang sahaja tidak mampu bertahan dirempuh kereta, kalau Tok Semilih pun akan terhumban jauh.  Amalan kebalnya tidak mampu lindungkan dia sekiranya dirempuh tenaga yang terlalu kuat seperti kereta meluru kencang.  Tok Kumbah juga tidak sempat menjelmakan dirinya menjadi harimau mengaum garang sekiranya rempuhan kereta menyerbu sekali gus.

Memang masa Tok Semilih hidup jauh bertahun-tahun lebih dulu dari Aki Alang, tetapi amalan kebal mereka tetap seakan-akan sama.  Disebabkan dalam masa Tok Semilih belum ada kereta meluru laju, namun dia tewas juga setelah petua mengalahkannya diketahui oleh Resat Tempang.

Apabila kenangkan Tok Semilih bimbang juga saya sekiranya Aki Alang akan mengalami kejadian yang sama sekiranya sampai ajal.  Manalah tahu Aki Alang akan bertukar menjadi seperti harimau tertiarap dengan kemaluannya mencodak tidak boleh diturunkan.

“Amalan kebal macam ni tak apa,”  bisik Ulung Lihun semasa mengajak saya ke hujung serambi rumah.

Perlahan-lahan dia beri tahu saya mengenai pengalamannya memindahkan kubur lama ke kawasan baru.  Memang Ulung Lihun satu-satunya yang berpengalaman menggali kubur lama untuk dipindahkan ketempat lain.  Kadangkala sampai santak tengah malam dia terpaksa mengorek kubur kumpulkan semua tulang temulang sebelum dipindahkan.

Читать полностью…

Kisah Seram t.me/BercakapDenganJin

Sebab itu dia berkeras juga mahu balik ke rumah setelah tidak berdaya bangun akibat dirempuh kereta di selekoh jalan. Sampai bila pun Aki Alang tidak rela dia terkejang di hospital dengan dihadap jururawat atau atendan.

Setelah balik ke rumah, tiga pagi pula Uda Maesah terpaksa mencari embun di daun biar Aki Alang usapkan ke seluruh badannya. Apabila disapukan embun ke seluruh tubuhnya barulah Aki Alang segar semula. Dia boleh duduk bersila tatkala menjamah sarapan yang dihidangkan.

“Kebal hanya kulit aje,” ayah saya ingatkan Aki Alang setelah dia boleh bergerak kuat. “Tapi, di dalam badan tak kebal apa-apa,” tegasnya supaya Aki Alang dapatkan juga bantuan hospital biar di x-ray seluruh badan.

Manalah tahu terdapat darah beku di mana-mana semasa dirempuh kuat oleh kereta yang melalui selekoh jalan. Tetapi berturut-turut hari juga Cina pemandu kereta menjengah Aki Alang bawakan ubat-ubatan Cina biar dia segera sembuh.

Tapi apa sangat dengan dirempuh kereta kalau bandingkan dia ditimbus runtuhan batu yang diletupkan di kuari. Hampir tiga jam pekerja-pekerja datang membantu mahu keluarkan dia dari runtuhan batu kuari selepas diletupkan. Ketika dikeluarkan hanya dia lemah sahaja tidak bermaya, tetapi tubuhnya tidak cedera apa-apa.

“Macam mana pun dia tak mahu ke hospital,” ujar Uda Maesah seolah-olah pertahankan Aki Alang. Lagi pun setelah dapat mandi embun tiga pagi berturut-turut dia sudah semakin segar. Apalah guna lagi jejak kaki ke hospital kalau tenaganya sudah pulih seperti sedia kala?

Memang Aki Alang juga mengaku di depan saya dia amalkan amalan kebal dengan mandi apung. Ketika ikut sesiapa sahaja perlu amalkan amalan yang boleh pertahankan diri, kerana musuh tidak tahu di mana. Lainlah masa sekarang amalan kebal tidak penting lagi, disebabkan musuh tidak boleh melakukan sesuka hati.

Cubalah cederakan orang dengan tidak bersebab, nescaya akan diheret polis ke balai! Semasa Aki Alang masih muda musuh boleh lakukan apa sahaja dengan tidak dihalang. Manalah polis mahu mengheret ke balai kerana kampung mereka jauh di pendalaman. Kalau musuh cederakan mereka, siapa pun tidak akan membantu. Tok Penghulu sendiri tidak berani angkat muka sekiranya diancam oleh musuh yang perkasa. Sebab itu masing-masing perlu amalkan amalan kebal semata-mata mahu pertahankan diri.

Kejadian yang berlaku semasa Tok Semilih digeruni oleh orang-orang kampung juga, memang tidak siapa sanggup menentangnya disebabkan amalan kebalnya. Sia-sia sahaja berhadapan dengan Tok Semilih kalau tidak cukup amalan di dada. Salangkah Tok Kumbah yang boleh menjelmakan dirinya menjadi harimau garang pun boleh ditewaskan oleh Tok Samilih, apa sangat kalau sekadar menghunus golok mahu menentangnya.

Tetapi saya tidak beri tahu pun Aki Alang mengenai Tok Semilih di kampung tempat saya bertugas. Tentu amalan mereka berbeza kerana pada masa Tok Semilih keadaan negeri belum terbuka sangat. Sebab itu amalan kebal ketika itu semata-mata mahu mengejar kuasa yang boleh menundukkan orang lain dengan kekuatan sahaja.

Disebabkan siapa pun tidak berani menentang Tok Semilih, dia bertambah berani merampas perempuan cantik hatta sudah menjadi isteri orang lain. Asal sahaja cuba melawan nescaya akan menjadi korban tidak bersisa.

Kalau Resat Tempang tidak lari meninggalkan kampung halaman sampai jauh di perantauan di Pahang, tentu dia tidak bertemu Itam Bawar.
Hanya Itam Bawar satu-satunya yang mengetahui rahsia kebal Tok Semilih disebabkan mereka sama seguru. Tetapi Aki Alang tidak ada apa-apa rahsia yang mahu disembunyikan. Tahu sangat isterinya Uda Maesah memang amalan kebal Aki Alang diturunkan oleh ayahnya Wak Rengit di Pontian.

Tidak pernah pula Aki Alang mencekak leher sesiapa pun semata-mata mahu tunjukkan dia tidak lut senjata besi, kalau tidak diserbu kerbau jantan tengah naik minyak tatkala tercegat di lopak sawah memang siapa pun tidak tahu dia amalkan amalan kebal.

“Kebal ni bukannya nak tunjuk kuat,” beri tahu Aki Alang apabila saya desak mahu mengetahui mengenai amalan kebalnya.

Читать полностью…

Kisah Seram t.me/BercakapDenganJin

Tetapi Aki Alang tidak mengaku dia tidak lut senjata disebabkan amalan kebalnya. Dia sekadar memberi tahu mata parang yang ditetak Juki Gila tidak menyinggahi tangannya, hanya debus melayang ke udara. Sekalipun Aki Alang berdalih, memang orang-orang kampung melihat Juki Gila menetak tanganya dengan parang terhunus.

Kalau Saenah tidak melarikan diri ke surau nescaya dia menerima nahas tatkala gila anaknya semakin pasang. Ketika ini siapa pun tidak dapat menghalang. Uda Libah yang selalunya mampu menghalang Juki Gila sekiranya lelaki itu hilang akal pun dihentak kepalanya dengan antan pengemping. Setelah Juki Gila dapat di tenangkan, tidak bertangguh mereka dapatkan Uda Libah yang tersandar di kaki tangga rumahnya. Darah banyak meleleh di kepalanya hingga baju yang dipakai basah boleh diperah. Terpaksa pula Pak Tua Mahat gunakan tasak biar luka di kepala Uda Libah dapat ditahan darah daripada memercik berterusan.

“Kalau kepala Aki Alang kena pukul, memang tak berdarah!” sengaja Pak Tua Mahat mengusik setelah Uda Libah dibawa ke hospital.

“Kepala aku kena pukul, tentu kepala Uda Libah tak berdarah,” terkekeh-kekeh Aki Alang ketawa mengerling Pak Tua Mahat. “Tetapi kepala akulah yang berdarah,” ujarnya merendah diri sekali pun dalam nada mengusik.

“Hah, siapa tak kenal Aki Alang?” sahut Pak Tua Mahat menyindir kerana Aki Alang sengaja mahu berdalih sekalipun seisi kampung tahu mengenai amalan kebalnya.

“Hai, orang ada nama macam aku, memang semua orang kenal,” Aki Alang tetap juga bergurau untuk mengelakkan diri dari mengakui memiliki amalan kebal itu.

“Kalau tak ada nama, macam mana pula orang nak panggil Aki Alang,” tegas Pak Tua Mahat tidak mahu melayani lagi orang tua itu. Biarlah Aki Alang berdalih, namun seisi kampung tahu mengenai amalan kebalnya.

Lama Aki Alang tinggalkan kampung halaman sampai ke Pontian dan Rengit, semasa bekerja ikut kapal korek. Apabila balik ke kampong Aki Alang membawa isterinya tinggal menetap di kampung halaman sendiri. Sekali sekala dia balik juga menziarah keluarga isterinya di Pontian.

Sekiranya dia tidak ditanduk kerbau semasa tengah mencebak permatang sawah, memang tidak siapa pun tahu mengenai amalan kebalnya. Terkejut juga mereka yang berceratuk di tengah sawah apabila kerbau jantan turun minyak hingga menyerbu ke mana sahaja.

Dalam saat cemas demikian terpaksa juga Aki Alang selamatkan isterinya Uda Maesah tengah membersihkan rumput di tengah sawah. Disebabkan kerbau tengah naik minyak semakin hampir menerpa, tidak bertangguh dia tahankan dada supaya tidak bahayakan Uda Maesah.

Sebaik sahaja kerbau menanduknya terhumban Aki Alang ke tengah lopak sawah. Cepat-cepat dia bingkas bangun menunggu serbuan kerbau berkenaan, lantas menyuruh isterinya segera berundur. Tetapi Uda Maesah tidak berundur ke mana. Biarlah dia sama menjadi mangsa bersama suaminya kalau kerbau tersebut masih berdegil mahu menyerbu.

Apabila kerbau ganas tengah naik minyak itu menerkam kali kedua, tidak bertangguh Aki Alang menumbuk kepala binatang berkenaan. Sekali gus pula kerbau itu tersungkur di tengah selut lumpur. Tidak bertangguh Aki Alang menghunus parang menyembelih kerbau itu sebelum terkejang mati.

Mereka di tengah sawah menyangka tentu Aki Alang cedera parah akibat tanduk runcing menyodok ke bawah perutnya. Tetapi Aki Alang tidak cedera apa-apa. Setelah kerbau itu dilapah baru mereka menyedari tengkorak kepala kerbau itu remuk bagaikan dihentak kayu balak lima enam pemeluk.

Satu-satunya yang tahu mengenai amalan Aki Alang, memang Uda Maesah sendiri. Masakan Aki Alang boleh berbohong, kerana lama dia mengikut ayah Uda Maesah minta turunkan amalan sebelum menjadi menantu orang tua itu. Tahu sangat Uda Maesah mengenai amalan yang diturunkan oleh ayahnya kepada Aki Alang dengan jampi mentera.

Читать полностью…

Kisah Seram t.me/BercakapDenganJin

Qola haza rahmatum min-rabbi fa-izaja-a wa’du rabbi ja’alahu dukka-a wakana wa’du rabbi haqqo.

Kemudian perlahan-lahan dia mencabut dari bahu berkenaan benang kasar tujuh helai laksana misai harimau, Setelah benang itu dicabut oleh Itam Bawar seluruh tubuh mayat berubah menjadi lebam. Tidak bertangguh Itam Bawar menyuruh mandi dan kapankan sahaja mayat sebelum berbau busuk.

“Tidak ada yang mustahil kalau Allah mahu lakukan,” keluh Uda Sahun setelah urusan mandi dan kapankan mayat Tok Semilih selamat disempurnakan. Selepas kematian Tok Semilih penduduk-penduduk kampung tidak bimbang apa-apa lagi. Tetapi Resat Tempang berpindah juga ke Pahang mengikut Itam Bawar. Dia tidak mahu menetap di kampung halamannya setelah melalui kejadian yang mengaibkan itu.

Sebelum balik ke Pahang memang Itam Bawar mengakui di depan Tok Penghulu dia sama seguru dengan Tok Semilih. Mereka berdua sama-sama belajar ilmu kebatinan di tengah pulau bertapa dengan berdiri di atas tempurung kelapa biar kaki tidak jejak ke bumi. Susuk raja seolah-olah benang kasar laksana misai harimau itu ditusukkan sendiri oleh tok guru ke tubuh Tok Semilih biar menjadi kebal tidak lut oleh senjata besi.

Siapa pun tidak tahu rahsia kelemahan Tok Semilih kecuali Itam Bawar satu-satunya kawan karib dia. Tetapi Itam Bawar ingatkan dia supaya tidak menganiaya orang lain. Sekiranya Tok Semilih lakukan perbuatan aniaya nescaya Itam Bawar akan bukakan juga rahsia kekebalannya.

Semasa balik berperahu dari tengah pulau nasib mereka berdua ditimpa malang. Ribut kencang yang turun menyebabkan kebal mereka diuji oleh Allah Subhanahu Wataala. Apalah maknanya kebal tidak lut oleh senjata sekiranya mereka tenggelam di tengah ombak laut bergelora.

Apabila terdampar di pantai, Itam Bawar mula menyedari kebal yang dimiliknya tidak bermakna apa-apa kalau tenggelam di tengah air. Ketika ini mereka berdua sudah dipisahkan oleh kejadian perahu dilambung ombak. Tok Semilih sudah dapat mengagak kawannya itu mati ditenggelamkan ombak tatkala perahu mereka diserbu rebut kencang. Dia balik ke kampung halaman dengan tidak pernah mendengar lagi kemana hilangnya Itam Bawar.

Kalaulah Resat Tempang tidak beri tahu Itam Bawar sebab-sebab dia berpindah ke Pahang, memang Itam Bawar juga menyangka kawannya hilang di laut. Tetapi dia mengambil keputusan tidak mahu menemui Tok Semilih disebabkan kekejamannya sudah melampaui batas.

“Saya memang tertarik cerita macam ni, abang Ali,” berulang kali Cikgu Limin memberi tahu disebabkan dia gemar kisah-kisah di masa lampau. “Ustaz ni bukan minat sangat perkara kesaktian macam ni,” tersengih-sengih dia mengerling saya.

Tahu sangat saya Cikgu Limin akan bertanya kepada orang tua-tua mengenai kisah di masa lalu. Sengaja dia mengajak saya menemui Ali Dengkot semata-mata mahu mengetahi kisah kekebalan Tok Semilih. Tetapi saya tetap menyedari padah yang ditanggung oleh Tok Semilih, sekali pun dia dipercayai mempunyai ilmu kebal yang digeruni oleh orang-orang kampung.

Bersambung di bab 167.

Jom ajak kawan-kawan sekali join telegram @BercakapDenganJin.

Читать полностью…

Kisah Seram t.me/BercakapDenganJin

“Fikir baik-baik Resat, tak sayang ke, tinggalkan isteri awak yang cantik?” sengaja Tok Semilih mengejeknya biar Resat Tempang sedar nasib Suri sekiranya tewas. Dia tahu tentu Resat Tempang membuat kerja sia-sia mahu menewaskan.

Tentu Resat Tampang sekadar mendengar acuman orang lain mengenai kebalnya boleh dilemahkan oleh senjata emas. Tetapi Tok Semilih dapat mengagak Resat Tempang akan terperangkap. Kebal yang diamalkan ada bermacam-macam hingga tidak mudah ditewaskan oleh lawan.

Lainlah kalau kebal disebabkan mandi apung, mudah sahaja tewaskan atau dihembat dengan batang keladi. Kalau kebal susuk besi, Tok Semilih tahu mencari lemahnya dengan menetak tulang keting seperti dialami oleh Mat Kasan. Kebal susuk emas memang boleh ditewaskan dengan tembakan peluru emas di bahagian pusat sahaja.

Tetapi kebal yang dimilikinya memang raja susuk yang tidak akan lut sekali pun peluru emas ditembakkan ke pusat. Cubalah, Resat Tempang tembakkan peluru emas itu ke pusatnya sudah tentu akan melantun bagaikan bola getah dihantuk ke dinding.

“Kalau awak fikir kebal awak tu kekal, jauhkan budak di riba awak,” sambut Resat Tempang nekad mahu menembak Tok Semilih dengan senapang gunakan peluru emas.

Setelah dicabar oleh Resat Tempang memang marah benar Tok Semilih. Segera dia jauhkan cucunya lantas mara ke kepala tangga di pintu serambi. Ketika ini sanak saudara bersembunyi di sebalik pokok-pokok dan di balik pintu rumah masing-masing, sebaik sahaja Resat Tempang menggalas senapang ke rumah Tok Semilih.

Sewaktu menjengah ke tengah halaman dia melihat Resat Tempang berdiri di atas tempurung dengan kaki tidak jejak ke bumi. Belum sempat Tok Semilih menuruni tangga, Resat Tempang melepaskan tembakan peluru emas ke pusat Tok Semilih yang hanya memakai kain sarung tidak berbaju.

Tembakan Resat Tempang yang tepat mengenai sasaran menyebabkan Tok Semilih jatuh terlentang berlumuran darah di kepala tangga. Dia sedar Resat Tempang tahu kelemahan susuk raja yang dipakainya apabila berdiri di atas tempurung kelapa dengan kaki tidak jejak ke tanah. Saat ini kebal yang dimilikinya juga tidak kekal dapat bertahan. Siapa lagi yang membocorkan rahsia kebalnya kalau bukan kawan yang sama seguru?

“Tok Semilih mati juga di tangan Resat Tempang, cikgu,” Ali Dengkot bersemangat menceritakan pada Cikgu Limin setelah menziarahi kubur lama yang dikatakan milik Tok Semilih.

“Ustaz ni bukan percaya sangat dengan ilmu kebal, abang Ali,” sengaja Cikgu Limin mengusik spabila mengerling kearah saya.

“Saya hanya dengar cerita orang tua-tua, ustaz,” jelas Ali Dengkot kerana bimbang saya akan menuduhnya berdusta mengenai kebal susuk raja yang digunakan oleh Tok Semilih.
Saya menunduk tersengih-sengih disebabkan Cikgu Limin mengusik demikian. Tidak pernah pula saya beri tahu tidak percaya mengenai ilmu kebal yang diamalkan oleh Tok Semilih. Tetapi Cikgu Limin sendiri menyedari ilmu kebal berkenaan tidak juga mampu pertahankan diri Tok Semilih atau Tok Kumbah.

Mereka tewas juga di tangan lawan setelah Allah izinkan. Tidak siapa pun yang boleh menandingi ilmu Allah, hatta amalkan kebal susuk raja yang tidak boleh ditewaskan oleh lawan. Tentu Resat Tempang tidak berupaya mahu mewaskan Tok Semilih, tetapi Allah izinkan tembakan peluru emasnya melemahkan lawan.

“Saya hanya bergurau, abang Ali,” segera Cikgu Limin memintas setelah menyedari Ali Dengkot tersinggung juga apabila diberi tahu saya tidak pecaya dengan amalan kebal nenek moyangnya. Memang dia keturunan Tok Semilih juga.
Sekali pun kematian Tok Semilih disebabkan aib keluarga, namun Ali Dengkot bangga juga dengan kehebatan Tok Semilih. Dia tidak bimbang mengakui dirinya keturunan Tok Semilih yang menyebabkan seisi keluarga aib. Perkara Tok Semilih yang melakukan kesalahan, tidak ada kena mengena dengan keturunannya sekiranya mereka tidak melakukan perbuatan mengaibkan keluarga.

“Mayat Tok Semilih pun menggerunkan orang,” jelas Ali Dengkot kenangkan cerita arwah datuknya mengenai Tok Semilih selepas mati ditembak oleh Resat Tempang.

Читать полностью…

Kisah Seram t.me/BercakapDenganJin

Perkara doanya dimakbulkan atau tidak adalah urusan Allah yang tidak siapa pun mengetahuinya. Dia sudah mencuba menegur perbuatan Tok Semilih yang zalim, tetapi lelaki itu berkeras tidak pedulikan. Seisi kampung sudah tidak tertahan lagi dengan perbuatan Tok Semilih, menyebabkan ramai yang lari meninggalkan kampung halaman.

Memang hiba juga Tok Penghulu dengan keputusan menantunya meninggalkan kampung halaman semata-mata mahu elakkan diri daripada menjadi mangsa Tok Semilih. Manalah tahu Tok Semilih masih inginkan Suri sekali pun sudah menjadi isteri sepupu sendiri. Kalau dia sudah lepaskan cakap didepan Tok Penghulu, masakan dia tidak tergamak merampas dari tangan Resat Tempang.

Bersambung...

Jom ajak kawan-kawan sekali join telegram @BercakapDenganJin.

Читать полностью…

Kisah Seram t.me/BercakapDenganJin

Beberapa kali Mat Kasan rebah akibat ditikam keris Tok Semilih, tetapi dia bingkas semula apabila tubuhnya cecah ke tanah hingga bergelumang pasir.

Beberapa kali juga Mat Kasan dapat menikam dada Tok Semilih, tetapi mata kerisnya sumbing disebabkan tidak lut. Selepas Mat Kasan mati memang orang-orang kampung melihat mata kerisnya banyak yang sumbing laksana tertusuk ke besi keras.

“Kawan tahu awak kebal, Tok Semilih!” tempek Mat Kasan tatkala sama-sama memencak di tengah kegelapan malam. “Tapi, belum tentu awak dapat kalahkan kawan,” dia mengejek dengan ketawa berdekah-dekah.

“Mata keris awak dah banyak sumbing!” sahut Tok Semilih mendengus marah disebabkan lawannya terus juga bingkas bangun setelah ditikam sampai mata keris tercacak di rusuk. “Biar sampai tiga hari tiga malam, kawan takkan mengalah,” tegasnya memberi amaran mahu membunuh Mat Kasan.

“Kalau ajal kawan memang di tangan awak, apa nak buat,” Mat Kasan juga tidak mahu mengalah setelah berdepan dengan Tok Semilih. “Tapi, macam mana kalau ajal awak di tangan kawan?” sengaja dia mahu menyakiti hati lawannya itu.

Hingga santak subuh baru Tok Semilih dapat mencari petua mahu mengalahkan lawannya. Tidak bertangguh dia menetak tulang kering Mat Kasan menyebabkan lawannya terjengket-jengket. Ketika inilah dia menikam pada bahagian ari-ari hingga Mat Kasan tersandar di perdu pokok kelapa. Tidak sempat lagi Mat Kasan rebahkan badannya ke tanah berpasir. Dia menggelepar di perdu pokok kelapa dengan kerisnya masih tergenggam di tangan.

Empat puluh empat malam pula orang-orang kampung mendengar erangan kesakitan dari kubur Mat Kasan asal sahaja menjelang subuh. Mereka mendengar erangan kesakitan menahan pedih tulang keringnya yang ditetak oleh Tok Semilih.

Selepas kematian Tok Kumbah dan Mat Kasan, berulang kali Tok Semilih masuk ke kampung berkenaan. Asal sahaja dia berkenan perempuan cantik akan dipaksanya ikut balik ke rumah, sekali pun perempuan itu mempunyai suami. Kalau suami perempuan itu cuba menghalang nescaya akan dibunuh oleh Tok Semilih tidak mengira belas kasihan.

Bukan takat perempuan di kampung Tok Kumbah sahaja di paksa oleh Tok Semilih, malah perempuan di kampungnya juga dipaksa. Tok Semilih sanggup lakukan apa sahaja tidak mengira saudara sendiri. Dia manjadi bertambah angkuh setelah dapat membunuh Tok Kumbah dan Mat Kasan.

Apa lagi Tok Penghulu sendiri tunduk dengan kemahuanya disebabkan Tok Semilih satu-satunya yang dapat selamatkan keluarganya dari aib. Siapa sahaja orang-orang kampung datang mengadu mengenai perangai Tok Semilih lantas sahaja Tok Penghulu menutup pintu rumah. Dia tidak akan benarkan siapa pun naik ke rumah kalau mahu buruk-burukkan Tok Semilih.

“Tok Semilih menjadi wakil datuk!” seru Uda Sahun dari tengah halaman apabila Tok Penghulu menutup pintu rumah tidak benarkan dia naik..”Orang tak salahkan Tok Semilih, tapi salahkan datuk,” tersinggung benar Uda Sahun dengan sikap abangnya yang mahu pertahankan Tok Semilih.

“Kenapa sekarang kamu semua nampak kesalahan Tok Semilih?” Tok Penghulu masih tidak membuka pintunya sekali pun adiknya tercegat di tengah halaman.

“Saya hanya bawa aduan orang kampung,” ujar Uda Sahun kecewa dengan sikap abangnya tidak hiraukan bantahan penduduk-penduduk kampung mengenai kelakuan Tok Semilih.

Disebabkan Tok Penghulu tidak mahu menghalang, orang-orang kampung terpaksa menemui Uda Sahun. Satu-satunya yang disegani oleh Tok Penghulu memang adiknya Uda Sahun. Semenjak adiknya balik belajar agama di Padang Panjang, memang seisi kampung harapkan Uda Sahun tempat bertanyakan hukum hakam. Setelah didesak oleh Uda Sahun terpaksa juga Tok Penghulu benarkan adiknya naik ke rumah.

Mengeluh panjang dia apabila diberi tahu oleh Uda Sahun mengenai Tok Semilih melakukan perbuatan sumbang dengan isteri orang. Memang Tok Penghulu menyedari perbuatan wakilnya mengganggu perempuan muda di kampung, tetapi siapa yang berani menghalangnya? Kalau Tok Penghulu berani memecat sudah tentu Tok Semilih akan larikan Suri balik ke rumahnya.

Читать полностью…

Kisah Seram t.me/BercakapDenganJin

#KoleksiTokAwangNgahBab166

MAYAT MELAWAN KALAU DI BUJUR

(Bab 166 bahagian 1)

MALU yang ditanggung seisi keluarga semakin menyebak dalam dada Resat Tempang akibat perbuatan bapa saudaranya Tok Semilih. Keluarganya menjadi sasaran sekali pun Tok Semilih menjadi wakil Tok Penghulu di kampung mereka. Bukan takat orang-orang kampung sahaja tidak sanggup mencegah perbuatan Tok Semilih malah Tok Penghulu sendiri sudah berputus asa untuk menasihatinya.

Masakan Tok Penghulu sanggup gantikan orang lain menjadi wakilnya setelah Tok Semilih satu-satunya yang selamatkan dia daripada menanggung aib. Siapa yang sanggup menyerbu ke kampung Tok Kumbah apabila anak gadis Tok Penghulu dilarikan oleh anak datuk tersebut, kalau bukan Tok Semilih.

Apabila pinangannya di tolak, Mat Kasan menjadi marah bukan kepalang. Lantas Mat Kasan menyerbu masuk ke kampung Tok Penghulu melarikan anak gadisnya Suri. Gelisah sangat Tok Penghulu dengan kejadian anak gadisnya dilarikan Mat Kasan dalam masa Suri sudah ditunangkan dengan Jumbang.

Sebaik sahaja Suri dilarikan oleh Mat Kasan, tidak bertangguh Jumbang menyongsong ke kampung Tok Kumbah. Siapa lagi yang boleh selamatkan dia daripada aib kalau tunang sendiri dilarikan orang. Tatkala Jumbang sampai di halaman rumah Tok Kumbah tiba-tiba sahaja dia di serang tebuan beribu-ribu ekor.

Tidak sampai sepuluh minit Jumbang menggelupur di tengah halaman akibat diserbu tebuan. Apabila mayat Jumbang diusung balik, memang terkejut benar Tok Penghulu bagaimana tebuan tiba-tiba menyerang Jumbang. Perkara Jumbang mati diserang tebuan di tengah halaman sewaktu mahu selamatkan Suri menimbulkan rasa tidak puas hati di kalangan keluarganya.

Tetapi siapa lagi boleh di harapkan oleh Tok Penghulu melindungkan keluarganya dari aib disebabkan perbuatan Tok Kumbah? Setelah diberi tahu pada Tok Semilih, marah benar dia apabila Tok Kumbah bersama anaknya Mat Kasan berani tunjuk keras kepala di kampungnya.

Sewaktu Tok Semilih menyerbu masuk ke kampung Tok Kumbah memang dia berdepan dengan tebuan beribu-ribu ekor. Sebaik sahaja Tok Semilih mengisar tumitnya ke tanah, sekali gus api marak menyala di keliling Tok Semilih.

Belum sempat tebuan beribu-ribu itu menyerbu Tok Semilih, lantas saja api yang marak menyala menyambar ke udara. Semua tebuan yang berterbangan jatuh bergolek ke tanah. Seekor pun tidak bersisa akibat disambar api marak menyala. Setelah tebuan yang beribu-ribu itu bergelimpangan mati di sambar api marak menyala, segera Tok Kumbah keluar ke serambi rumah. Terkejut juga dia disebabkan tebuan yang diserunya datang membantu habis di sambar api Tok Semilih. Saat ini Tok Kumbah menyedari kesaktiannya sudah boleh dikalahkan orang dari kampung Tok Penghulu.

Apa lagi yang datang berdepan dengannya wakil Tok Penghulu yang terkenal kerana batang tubuhnya yang kebal. Tok Kumbah sekadar mendengar dari mulut ke mulut mengenai kekebalan Tok Semilih, tetapi belum pernah menguji kehebatan lelaki itu.

Setelah melihat sendiri tebuan-tebuan sakti yang diserunya mati bergelimpangan, Tok Kumbah merasakan dirinya sudah dicabar. Tidak siapa pun di kampung itu berani membantah kerana takutkan kesaktiannya. Apabila Tok Semilih mampu melepasi halangan tebuan-tebuan sakti itu, sudah tentu dirinya mula dicabar.

“Tok Kumbah, serahkan Suri!” bentak Tok Semilih bercekak pinggang di tengah halaman rumah Tok Kumbah.

“Tok Semilih, sebenarnya Suri yang ikut anak aku ke sini,” segera Tok Kumbah berdalih seolah-olah mengejek Tok Semilih sendiri.

“Aku tak peduli, sekarang mahu serahkan cara baik atau aku serbu naik ke rumah?” Tok Semilih tidak berganjak dari tengah halaman.

Tidak bertangguh Tok Kumbah melompat ke tengah halaman. Belum pun tubuhnya cecah ke tanah, Tok Kumbah menjelma menjadi seekor harimau belang sebesar lembu tengah naik badan. Sekaligus Tok Semilih melompat hingga sampai ke pucuk kelapa tersergam.

Читать полностью…

Kisah Seram t.me/BercakapDenganJin

“Oh, begitu,” Kossim terangguk-angguk gembira. Dia juga mengakui sudah beberapa kali menemui Haji Solim, tetapi tidaklah kenal rapat sangat. Memang Kossim juga tahu Haji Solim sering singgah di Padang Panjang kalau mengajar di madrasah.

Kalau tidak diberi tahu oleh Haji Mat Lohim pun memang Kossim pernah mendengar mengenai Haji Solim kerapkali ditemui orang yang tunaikan umrah, tengah solat di Masjidil Haram. Tetapi seisi kampung tahu Haji Solim tidak ke mana-mana sepanjang minggu. Mereka yang menetap di kampung melihat Haji Solim mengajar di madrasahnya.

Kadangkala kawan-kawannya mengakui melihat Haji Solim solat Jumaat di Padang Panjang, tetapi isterinya Hajah Patomah tahu suaminya solat Jumaat di Batusangkar. Sebab itu apabila disebut sahaja nama Haji Solim di depannya mudah sangat air mata Kossim mengalir akibat menahan rasa terharu yuang menusuk perasaan.

Kalau tidak Haji Solim yang menyuruh singgah di Payakumbuh menemui Haji Mat Lohim memang Mamak Bandaro sudah berpatah balik ke Bukittinggi sewaktu sampai di Baso. Tetapi Haji Solim mendesak juga sekadar untuk sampaikan salam sahaja kepada Haji Mat Lohim.

“Haji Solim memang begitu,” tersenyum Haji Mat Lohim apabila diberi tahu Mamak Bandaro kami singgah di Payakumbuh semata-mata mahu sampaikan salam Haji Solim.

Apa sangat dengan salam yang hendak disampaikan kalau Haji Solim boleh terjongol tatkala sepupu Mamak Bandaro terkejang di Bukittinggi. Dalam masa Agoes baru menelefon adiknya Sarifuddin di Batusangkar bertanyakan Haji Solim, orang tua itu sudah terjongol tiba. Belum sempat subuh menjelang dia sudah sampai semula di Batusangkar dari Bukittinggi.

“Macam mana pandangan ustaz, penyakit isteri saya ni?” tiba-tiba saja Kossim berpaling memandang saya.

Tersentak saya dengan pertanyaan Kossim sampai tidak dapat tahu menyahut. Tetapi Haji Mat Lohim lantas menepuk bahu saya memberi isyarat tentu Kossim mengharapkan saya ketika itu. Mamak Bandaro juga tersengih-sengih ingatkan tentu Haji Solim sudah tahu Kossim akan jejak kaki ke Payakumbuh. Sebab itu berkuat sangat Haji Solim menyuruh singgah juga di rumah Haji Mat Lohim minta sampaikan salamnya.

“Tuan Haji ni tentu lebih tahu,” sahut saya perlahan dalam keadaan serba salah.

“Tidak ada siapa yang lebih tahu selain Allah,” ujar Haji Mat Lohim mengisar duduk.

“Allah juga lebih tahu mengenai ustaz dari kami,” segera Kossim mencelah sambil mengerling isterinya Raonah tersengih-sengih.

Terpaksa pula Kossim memujuk isterinya apabila Raonah cuba merentap-rentap rambutnya setiap kali dia memaki hamun diri sendiri. Apabila dipujuk oleh Kossim dia berhenti sekejap, tetapi akan memulakan lagi. Puas juga Kossim memujuknya supaya tidak mencederakan diri sendiri tatkala merungut-rungut tidak menentu memaki hamun.

Disebabkan Kossim dan Haji Mat Lohim mendesak, terpaksa juga saya mendekati Raonah. Matanya merenung tajam kearah saya sebaik sahaja saya bacakan:

Fabtaghu ‘indallahhir rizqo wa’buduhu wasykuru lahu, ilaihi turna’un, wa-imma yanzaghanakka minasy syaitoni nazghun fas-ta’iz billahhi, innahu huwas sami’ul ‘alim.

Apabila kenangkan kejadian tatkala singgah di Payakumbuh itu serba salah juga saya mahu memberi tahu Haji Maasar mengenai kawannya Lamidah itu. Manalah saya tahu apa yang dialami oleh Lamidah bersama suaminya Haji Derahim sehingga dia cuba memujuk Haji Maasar mengikuti amalan mereka.

Tamat bab 165.

Jom ajak kawan-kawan sekali join telegram @BercakapDenganJin.

Читать полностью…

Kisah Seram t.me/BercakapDenganJin

Tetapi Haji Mat Lohim tidak beri tahu apa-apa pun kepada Kossim atau Tusip mengenai kejadian yang menimpa Samsiar. Masakan Kossim tahu apabila lelaki dari Pariaman menemui tok guru mahu bertapa hingga dapat menyusup masuk ke dalam gedung duit yang disembunyikan jin. Dia sekadar mengetahui gedung duit itu tempat menyembunyikan wang mereka yang tidak membayar zakat setelah dicuri oleh jin berkenaan.

Setelah lelaki itu amalkan amalan bertapa dengan berpuasa seminggu, tok guru menyuruhnya bakarkan kemenyan Arab tatkala tengah malam di kubur lama. Ketika inilah dia didatangi tiga lelaki bertanduk lantas mengajaknya menyusup masuk ke dalam kubur.
Gementar hati lelaki itu apakala dipaksa menyusup ke dalam kubur berkenaan setelah permukaan tanah merekah. Di sebabkan ketakutan tidak bertangguh lelaki itu malarikan diri meranduk kegelapan malam. Tetapi tiga lelaki bertanduk itu terus juga mengekorinya.

“Kamu penakut macam perempuan!” dia mendengar laungan tiga lelaki bertanduk di belakangnya dalam suara marah membentak.

Lelaki itu terus juga berlari tidak menoleh ke belakang, sekalipun tiga lelaki bertanduk itu ingatkan dia supaya tidak melanggar pantang larang tok guru. Tetapi dia membantah tidak mahu menyusup masuk ke dalam kubur setelah tok guru sekadar menjelaskan dia akan diuji bertarung dengan tiga lelaki bertanduk itu.

Sekiranya lelaki bertanduk itu dapat ditewaskan nescaya akan menjelma lelaki yang menyerupai dirinya. Tatkala ini apa sahaja yang terlintas di kepalanya akan berlaku dalam sekelip mata. Sebab itu lelaki itu melarikan diri supaya dapat diuji oleh tiga lelaki bertanduk itu.

“Memang kamu ni perempuan agaknya!” dia mendengar tiga lelaki bertanduk itu melepaskan geram jauh di belakangnya.
Dalam keadaan tercungap-cungap belari di sekeliling kampung, dia mendapati tenaganya menjadi lemah. Langkahnya juga tidak segagah mana hingga jatuh tersepuh di kaki tangga rumahnya.

Terkejut keluarganya melihat dia tertiarap di kaki tangga tengah malam masih di selubungi kesepian.
Keesokan harinya apabila dia mulai tersedar, didapati perubahan pada dirinya apabila tubuhnya bertukar menjadi wanita. Hairan juga dia dengan keadaannya, sekali pun hatinya masih bersifat lelaki. Disebabkan malu kepada keluarganya lantas dia meninggalkan kampung halaman.

Tok guru itu menukarkan namanya menjadi Samsiar. Selagi dia tidak dapat mencari 44 orang wanita yang sudah bersuami diserahkan kepada tok guru nescaya keadaannya tidak akan dapat dipulihkan. Sebab itu Samsiar terpaksa mematuhi kemahuan tok guru asal sahaja dirinya kembali menjadi lelaki. Memang dia malu mahu menemui keluarganya di Pariaman selagi dirinya masih kekal menjadi wanita.

“Tuan Haji nak musnahkan hidup saya!” gerutu Samsiar apabila dihalang oleh Haji Mat Lohim sebaik sahaja meninggalkan rumah tok guru dengan Raonah.

“Bagaimana pula dengan kamu yang musnahkan hidup orang lain?” lantas Haji Mat Lohim menyindirnya.

“Saya mahu pulihkan semula keadaan diri saya,” jelasnya jujur dalam keadaan gementar berdepan dengan Haji Mat Lohim.

“Jadi, kamu tak peduli orang lain musnah?” semakin keras Haji Mat Lohim ingatkan dia.

“Suami wanita ini tak tahu hidup mereka takkan musnah,” Samsiar memujuk disebabkan dia merasa kelilingnya panas membahang sebaik sahaja Haji Mat Lohim terjongol di situ.

Dalam keadaan terkial-kial ini, tok guru tiba-tiba menyerbu bersama tiga lelaki bertanduk di sisinya. Marah benar tok guru apabila Haji Mat Lohim menghalang Samsiar mahu menghantar Raonah balik ke rumah suaminya.

“Dia mahu hantar Raonah balik, nanti terlambat pula!” tok guru memberi isyarat supaya Haji Mat Lohim berundur.

“Apa salahnya lambat?” sengaja Haji Mat Lohim perolok-olokan tok guru.

“Nanti suami Raonah sedar apa yang berlaku!” ujar tok guru itu keras membentak.

“Biarkan suami Raonah tahu!” ujar Haji Mat Lohim menyakiti hati tok guru tengah marah memberang.

Читать полностью…

Kisah Seram t.me/BercakapDenganJin

Setelah Raonah memilih wang kertas diikat secekak-secekak barulah dia dibenarkan keluar meninggalkan bilik berkenaan. Tok guru bingkas bangun masuk ke bilik lain pula yang sudah menunggu Samsiar dengan perempuan lain. Sebaik sahaja tok guru melangkah masuk ke dalam bilik berkenaan segera Samsiar meninggalkan bilik mendapatkan Raonah semula.

“Kamu tak boleh berhenti amalkan,” bisik Samsiar ingatkan Raonah setelah tok guru benarkan dia meninggalkan bilik. “Kalau berhenti, maknanya semua wang yang kamu miliki akan bertukar menjadi kain putih dan kemenyan,” jelasnya mengenai amalan yang mesti di patuhi setiap kali menemui tok guru asal sahaja malam Jumaat.

Bersambung...

Jom ajak kawan-kawan sekali join telegram @BercakapDenganJin.

Читать полностью…

Kisah Seram t.me/BercakapDenganJin

Kadangkala Nobin terpaksa meminta wang dari kawan-kawan kalau mahu minum di warung, disebabkan wang di tangannya akan diambil oleh Semiah. Asal sahaja menerima gaji dari kantor, Nobin akan serahkan semuanya kepada isterinya. Dia sekadar menerima tambang menaiki bas untuk ke tempat kerja sahaja dari Semiah.

Siapa pun tidak berani mencampuri urusan keluarga berkenaan, disebabkan Nobin tidak menanggung kesakitan apa-apa. Tidak ada apa-apa perubahan pada dirinya selain dari tunduk dengan kemahuan isterinya sahaja. Tahu sangat orang-orang kampung Semiah memang kenakan ubat guna-guna kerana bimbang Nobin akan mencari perempuan lain.

Tentu Semiah bimbang sekiranya Nobin memilih wanita yang lain disebabkan suaminya memang kacak. Apa lagi bandingkan dengan dirinya yang berkulit hitam dan sudah berumur. Sebab itu dia sanggup kenakan ubat guna-guna biar Nobin terus kekal menjadi suaminya.
Hingga Nobin meninggal dunia dalam usianya baru mencapai umur 40 tahun sahaja akibat seluruh badannya tiba-tiba menjadi kuning, barulah Haji Mat Lohim menyedari nasib yang menimpa lelaki berkenaan. Tatkala dia dijemput sembahyangkan jenazah, sempat juga Haji Mat Lohim menjengah mayat dimandikan.

Beristighfar panjang Haji Mat Lohim apabila melihat air yang keluar dari tubuh mayat bagaikan pelimbahan. Memang mereka menuduh Nobin amalkan ilmu hitam menyebabkan mayatnya mengeluarkan air seperti pelimbahan tatkala dimandikan. Tetapi Haji Mat Lohim tahu Nobin diberi makan kotoran yang berlebihan semata-mata mahu tundukkan dia.

Masakan Semiah boleh berbohong apabila Haji Mat Lohim dapat bayangkan bagaimana perempuan itu sengaja memakan julap biar cacing gelang-gelang dari perut ikut keluar sama sewaktu buang air besar. Cacing gelang-gelang itu dikeringkan sampai mersik terjemur di bawah cahaya matahari.

Cacing sudah kering terjemur itu digoreng garing oleh Semiah sebelum ditumbuk di jadikan serbuk. Dia akan kikis hujung kuku kaki dan tangannya dicampurkan bersama serbuk cacing gelang-gelang yang sudah ditumbuk. Ramuan itu dibancuh lagi ke dalam air yang memercik dari tubuhnya selepas mandi setiap pagi.

“Cuba bawa Kossim ke sini,” ujar Haji Mat Lohim menghela nafas perlahan apabila kenangkan kejadian yang menimpa Nobin di Bangkinang.

“Macam mana Tuan Haji, bukannya dia mahu?” keluh Tusip disebabkan mustahil boleh mengajak abangnya tinggalkan rumah selagi Raonah dan Samsiar idak berganjak.

“Kamu mahu, kamu kena ikhtiar,” jelas Haji Mat Lohim ingatkan lelaki itu sekiranya mahu selamatkan Kossim. Kalau harapkan orang lain membantu sampai bila pun tidak akan berhasil sekiranya diri sendiri tidak mahu berusaha.

Serba salah juga Tusip mahu mengajak abangnya menemui Haji Mat Lohim di Payakumbuh semata-mata mahu ubati dirinya. Tentu Kossim tidak berani tinggalkan rumah kalau tidak di benarkan oleh Raonah. Apa lagi Samsiar yang sentiasa ingatkan Raonah supaya tidak terpengaruh dengan orang-orang kampung yang iri hati dengan kekayaaan yang dimilikinya.
Setelah nekad membuat keputusan, Tusip paksa juga abangnya mengikut dia ke Payakumbuh tatkala Raonah bertapa malam Jumaat di gua tengah hutan bersama Samsiar. Dia sendiri akan berdepan dengan dua orang perempuan itu kalau cuba menghalang keputusannya.

Sebaik sahaja Kossim dibawa menemjui Haji Mat Lohim dia disuruh meniarap dengan perutnya tidak cecah ke lantai. Ketika ini Haji Mat Lohim menepuk-nepuk belakangnya dengan membacakan:

Ya Sin, diulangi tujuh kali dan:
Waja’alna min baini aidihim saddan wamin kholfihim saddan fa-aghsyai-nahum fahum la yub-sirun,
diulangi sampai sepuluh kali.

Ketika ini Kossim mula tersedak kuat hingga hampir dia termuntah. Tetapi Haji Mat Lohim menyuruhnya bertahan supaya tidak muntah sekali pun besen disediakan di hadapannya. Tusip juga membantu abangnya memegang besen berkenaan. Biarlah abangnya muntah di dalam besen tersebut hingga habis melambak.

Читать полностью…

Kisah Seram t.me/BercakapDenganJin

#KoleksiTokAwangNgahBab165

LELAKI BERTUKAR JADI WANITA

(Bab 165 bahagian 1)

BIARLAH seisi kampung tertanya-tanya bagaimana rumah kecil di pinggir sawah sudah diganti menjadi rumah besar tersergam. Dinding papan juga diganti dengan batu hingga Kossim satu-satunya yang mampu dirikan rumah batu di kampung mereka.

Tahu sangat mereka Kossim sekadar petani biasa yang habiskan masanya di tengah bendang sawah. Tetapi semenjak isterinya ditemui Samsiar yang datang dari Pariaman ke kampung mereka Kossim tidak menyoal apa-apa bagaimana isterinya dapat kumpulkan wang yang banyak.

Kossim tidak melarang isterinya Raonah mematuhi apa sahaja petua Samsiar yang mengakui bomoh dari Pariaman. Memang dia datang ke kampung berkenaan mahu membantu Raonah amalkan petua, biar gedung wang tempat mereka yang tidak membayar zakat di sembunyikan oleh jin-jin dipunggah ke sisi mereka.

Siapa pun tidak percaya apabila Samsiar beritahu mengenai wang mereka yang tidak membayar zakat disembunyikan oleh jin tatkala mereka tidak menyedari apa-apa. Cubalah mengelak diri tidak mahu membayar zakat yang diwajibkan, nescaya jin-jin akan berkeliaran mengambilnya lantas di sembunyikan dalam gedung yang tidak diketahui oleh manusia.

Petua amalan yang diamalkan oleh Samsiar satu-satunya yang dapat menyusup masuk ke dalam gedung menyembunyikan wang itu lantas dipunggah habis. Memang Samsiar yang bantu Raonah dapatkan wang tersebut sampai dia dapat membina rumah besar tersergam di dalam kampung.

“Tak salah kita ambil duit orang yang tak bayar zakat,” beritahu Raonah apabila suaminya meragui amalan yang diamalkannya dari tunjuk ajar Samsiar.

“Siapa kata tak salah?” Kossim menjadi resah setelah orang-orang kampung mula ingatkan dia mengenai Samsiar wanita muda yang datang dari Pariaman itu.

“Mereka mengelak bayar zakat, jadi kita ambil duit mereka,” tegas Raonah seperti dituturkan kepadanya oleh Samsiar.

“Itu urusan mereka dengan Allah,” sahut Kossim cuba mendesak isterinya lupakan sahaja usaha mahu bertapa setiap malam Jumaat jauh di gua tengah hutan. “Cara itu sama juga macam mencuri, siapa kata mencuri tidak salah?” dia ingatkan isterinya supaya tidak terjerumus dengan amalan demikian.

Disebabkan Kossim berkeras melarang Raonah mematuhi kemahuan Samsiar yang mengakui menjadi saudara angkatnya setelah menetap di kampung berkenaan, terpaksa juga Raonah mengalah. Tetapi Samsiar tetap juga membantu dia menguruskan rumah dengan memasak dan membasuh pakaian, sementara Kossim bertungkus lumus di bendang.

Tidak sampai sebulan Samsiar di rumah Raonah, tiba-tiba sahaja perubahaan pada diri Kossim hingga dia tidak berani lagi menasihati isterinya. Dia tidak akan membantah sekiranya Raonah bangun tengah malam beramal di bilik Samsiar.
Kalau Raonah dan Samsiar tidak sempat memasak untuk makan tengah hari, Kossim sendiri akan memasak sebaik sahaja balik dari bendang. Kossim juga akan membasuh pakaian sekiranya Raonah tidak ke telaga membasuh. Raonah tetap mematuhi amalan Samsiar mahu mendampingi jin yang mengawal gedung wang mereka yang tidak membayar zakat seperti diberi tahu oleh Samsiar.

Sebab itu mudah sahaja Raonah tinggalkan rumah mengikut Samsiar sampai seminggu amalkan bertapa di gua tengah hutan. Kossim tidak perlu bimbang sebaik sahaja Raonah turun dari rumah malam Jumaat sehingga sampai santak malam Jumaat seminggu kemudian dia baru balik ke rumah.

Tatkala balik ke rumah itulah Raonah tunjukkan di depan Kossim satu gendong duit yang dikatakan diambil dari gedung jin sembunyikan wang mereka yang tidak membayar zakat.

“Abang Kossim jangan bimbang,” pujuk Samsiar setelah satu gendong duit itu ditunjukkan di depannya. “Kalau kita tak berusaha sampai bila pun hidup kita tak berubah,” ujarnya ingatkan lelaki itu mengenai amalan yang mereka amalkan.

Kossim sekadar menggeleng-geleng lemah. Dia tidak berdaya membantah apa-apa, kerana pandangannya terhadap Raonah terlalu melemahkan hatinya. Bimbang benar dia Raonah akan tersinggung hingga meninggalkan dirinya sekiranya berkeras sangat membantah.

Читать полностью…
Subscribe to a channel