bercakapdenganjin | Unsorted

Telegram-канал bercakapdenganjin - Kisah Seram t.me/BercakapDenganJin

3650

KISAH SERAM / CERPEN BERCAKAP DENGAN JIN Karya TAMAR JALIS 🤲al fatihah kpd penulis Allahyarham dlm memori (13.9.1940 - 26.8.2018) Menerusi siri buku Bercakap Dengan Jin, Tamar Jalis menulis watak datuknya, Long Piah berusia 50-an & beliau sbg cucu

Subscribe to a channel

Kisah Seram t.me/BercakapDenganJin

Kebun-kebun lain juga mengalami penyakit pokok cengkih yang tidak boleh diubati hingga habis pupus semuanya.

"Memang itu sumpahan Simuncak kerana tuan tanah derhaka pada rezeki yang diberi Allah," tutur Pak Dawin sewaktu melalui kawasan sawah padi di Solok.

Tamat bab 180.

Jom ajak kawan-kawan sekali join telegram @BercakapDenganJin.

Читать полностью…

Kisah Seram t.me/BercakapDenganJin

Sebab itu Simuncak tidak dapat menahan sabar lagi setelah setiap hari dipanggil beruk oleh tuan tanah yang tidak bertimbang rasa langsung. Kalau tidak kenang tanggungannya ramai di rumah memang dia sanggup cekak leher tuan tanah. Biarlah dia dibuang kerja sahaja dari perkebunan cengkih, asal sahaja hatinya puas.

Tetapi bukan Simuncak sahaja yang tersinggung. Rakan-rakan mereka yang kebanyakannya datang dari Jawa juga tidak dapat menahan sabar apabila disamakan dengan beruk oleh tuan tanah. Samakan mereka dengan beruk bermakna tenaga yang mereka curahkan kepada tuan tanah hanya wajar menerima upah setanding dengan seekor beruk sahaja.

"Kurang ajar!" gerutu Simuncak masih menyimpan dendam. Belum pun sempat Simuncak bertindak, tuan tanah sudah mengetahui latar belakangnya. Tentu di kalangan pekerja-pekerja juga memang ada yang menjadi tali barut tuan tanah menyebabkan apa sahaja yang dituturkannya sampai kepada tuan tanah.

Lantas sahaja tuan tanah memanggil Simuncak. Beberapa orang pekerja diarahkan oleh tuan arah pakaikan rantai di leher Simuncak bagaikan seekor beruk. Kemudian Simuncak disuruh memanjat pokok cengkih dengan lehernya diikat rantai.

Pak Dawin yang melihat kejadian itu tidak berani membantah kerana bimbang dia juga akan menerima nasib yang sama dengan Simuncak. Jangan cuba mahu melawan kalau tenaga tidak seberapa tatkala pekerja-pekerja yang setia dengan tuan tanah sanggup melakukan apa sahaja. Bila-bila Simuncak akan dikerenyuk kalau cuba mahu melawan.

"Saya terpaksa berhenti Dawin," tatkala malam kian sepi Simuncak mencurahkan perasaan yang terpendam di hatinya kepada Pak Dawin. Dia sudah nekad untuk meninggalkan perkebunan di situ setelah diperlakukan sama seperti beruk oleh tuan tanah.

"Kamu perlu berani Pak Simuncak!" Pak Dawin bersetuju dengan keputusan Simuncak mahu berhenti dari perkebunan di situ.

"Bumi ini kepunyaan Allah, di mana-mana pun ada rezeki," tuturnya perlahan menahan rasa keharuan yang menusuk. Memang Simuncak tidak peduli lagi apa sahaja yang menimpa nasib masa depannya sekiranya berhenti kerja. Kalau tidak di Solok dia juga boleh berpindah ke Silungkang menenun kain yang sudah lama ditinggalkannya.

Siapa yang tidak tahu mengenai kemahiran tenunan kain dari Silungkang yang menjadi kebanggaan mereka di Minangkabau. Bukan takat tenunan kain di Silungkang menjadi impian sesiapa sahaja yang datang ke Minangkabau, malah tenunan songket di Pandai Sikek juga menjadi sebutan.

Sebab itu tidak rugi apa-apa Simuncak berhenti kerja di perkebunan cengkih yang telah menghiris perasaannya itu. Biarlah dia membawa diri ke Silungkang atau ke Pandai Sikek mengambil upah menenun kain. Takat seribu lima ratus rupiah upahnya sehelai lebih bermakna daripada upah memanjat cengkih di perkebunan.

Terasa juga sedih hati Pak Dawin berpisah dengan kawan-nya itu setelah sama-sama bekerja di situ. Lama juga mereka berkawan dengan menetap di perkebunan tersebut sekalipun terpaksa berpisah dengan keluarga di kampung. Lainlah Pak Dawin yang masih belum berkahwin lagi ketika itu, Memang tidak terasa sangat berjauhan dari keluarga.

Setiap tengah malam memang Pak Dawin menyedari kawannya itu sentiasa bangun tengah malam tunaikan solat tahajud. Sebab itu dia masih dapat bersabar setelah diperlakukan tuan tanah secara menghina berlebihan. Disebabkan kesabaran itulah Simuncak tidak mahu bertindak apa-apa, selain daripada mengambil keputusan berhenti sahaja tidak bertangguh.

"Ke mana lagi beruk mahu cari makan, kalau bukan di sini?" ejek tuan tanah setelah diberitahu mengenai Simuncak yang berhenti kerja dengan meninggalkan perkebunan sewaktu tengah malam.

Beberapa bulan selepas Simuncak meninggalkan perkebunan cengkih di Solok terasa juga kesepian pada Pak Dawin. Asal sahaja malam menjelang Pak Dawin tetap ingat Simuncak apabila rebahkan badan ke tikar. Di situ mereka sama-sama terlangut bincangkan nasib masa depan yang belum tentu hujungnya.

Читать полностью…

Kisah Seram t.me/BercakapDenganJin

#KoleksiTokAwangNgahBab180

SUMPAHAN BERUK DI KEBUN CENGKIH

(Bab 180 bahagian 2)

Nenek saya tidak membantah sebaik sahaja Bidan Sitah membasuh uri tembuni. Sementara nenek membasuh tikar dan kain-kain yang dilumuri darah Bisah semasa bersalin.

Beberapa minit sahaja nenek membasuh tikar dia mendengar namanya dipanggil dari atas tebing sungai. Sewaktu nenek berpaling dia melihat Tok Syeikh berserban kuning berdiri disitu dengan mencemik muka.

Berdebar juga hati nenek kerana Tok Syeikh menjelma dengan tidak dibakar kemenyan. Biasanya dia membakar kemenyan kalau perempuan bersalin tidak dapat lepas akibat anaknya menyongsang. Lantas sahaja Tok Syeikh menjelma setelah dibakar kemenyan yang dibekalkan sejak turun temurun.

Ketika ini Tok Syeikh akan membisikkan jampi serapah supaya digunakan oleh nenek. Sekiranya bayi dalam kandungan sukar sangat keluar, Tok Syeikh membisikkan jampinya: Tulang bodar tulang maliku, tiga tulang lodus, daging berkuak daging beralur, urat mina bersusup, beralur kala, yang beku minta pecahkan, yang kusut minta usaikan, ah bukan aku yang punya tawar, Tok Syeikh yang punya tawar, berkat la-ilahhail-lallah hu...

Setelah diberi perempuan yang sarat mengandung itu minum air yang sudah dijampikan nescaya mudah sahaja dia melahirkan. Sebab itu nenek tahu sangat Tok Syeikh yang mendampingi dia tatkala berbidan akan menjelma kalau dibakar kemenyan. Nenek juga tidak akan membakar kemenyan sekiranya tidak berhadapan dengan masalah yang berat.

Apabila Tok Syeikh tercegat tidak semena-mena tentu bahaya sedang menjerat dirinya. Serba salah juga nenek tatkala melihat Tok Syeikh mencemik muka tercegat di tebing dengan tidak berganjak sedikit pun. Tongkat di tangannya dihentak-hentak bagaikan terlalu marah sangat. Tetapi nenek juga mudah memberang marah kalau Tok Syeikh mahu tunjukkan garang di depannya.

Tok Syeikh tidak boleh menentukan apa yang perlu dia buat, kerana sejak turun temurun Tok Syeikh sekadar berdamping sahaja. Apabila dipanggil Tok Syeikh perlu menjelma, kalau tidak diperlukan Tok Syeikh tidak payah menjengah muka.

"Kawan tak panggil awak Tok Syeikh!" gerutu nenek tidak senang dengan jelmaan Tok Syeikh ketika itu.

"Awak ni lalai sangat, Siti Fatimah," ujar Tok Syeikh yang membahasakan nenek Siti Fatimah asal sahaja dia menjelma.

"Lalai apa pula ni, Tok Syeikh?" terkejut juga nenek seolah-olah diejek oleh Tok Syeikh berjubah dan berserban kuning.

"Awak tengok ke hilir, Siti Fatimah!" ujar Tok Syeikh selanjutnya menghentak-hentak tongkat ke tanah.

Tatkala nenek memerhati ke hilir sungai bertambah menyirap darahnya apabila melihat Bidan Sitah memamah uri tembuni sedang dicuci di tangan. Berlumur. darah mulut Bidan Sitah memamah uri tembuni hingga tidak disedarinya nenek mendekati dia.

Lantas nenek menampar belakang Bidan Sitah sekuat hatinya terus merampas uri tembuni yang sudah dimamah. Setelah menggenggam uri tembuni tersebut, tidak bertangguh nenek menolak Bidan Sitah hingga terhuyung hayang di tengah air.

"Syaitan yang dilaknat!" gerutu nenek menekan ibu jari kakinya ke pasir sungai.

"Awak jangan ikut cakap Tok Syeikh tu, Bidan lbah," marah benar Bidan Sitah dengan sikap nenek berkasar terhadap dirinya.

Kemudian nenek mendengar Tok Syeikh membisikkan ke telinganya supaya membacakan:

Songsang korak songsang tapak songsang hati jantung engkau, patah sendi patah layang patah alih-alih, ambil besi petua akan pemarak hatijantung hempedu rawan engkau, datang terlentang pulang kau tertangkup, jenjang lama engkau balik, aku tau asal engkau jadi, orang berlaki tujuh asal engkau jadi..

Setelah dibacakan oleh nenek, sekaligus tubuh Bidan Sitah berputar Iigat laksana gasing tengah galak uri. Apabila Tok Syeikh menuding jari telunjuk ke arah Bidan Sitah tiba-tiba tubuhnya melambung naik ke tebing sungai. Tidak bertangguh pula Tok Syeikh memukulkan tongkatnya berulang kali ke tubuh Bidan Sitah hingga memercik darah.

Читать полностью…

Kisah Seram t.me/BercakapDenganJin

Dalam saat kepalanya kian berdenyut Bidan Sitah terasa rambutnya disentap kuat. Sekaligus kepala itu tercabut dari tengkuk dengan mengheret tali perut berjurai-jurai. Dia hanya merasakan kepala itu melayang ke udara menghidu bau hanyir yang semakin menggiurkan seleranya. Memang Bidan Sitah tidak menyedari apa-apa pun yang terjadi, selain daripada menikmati air serbat yang dihirup.

Selepas menikmati air serbat itu Bidan Sitah seolah-olah mendengar bisikan Onyang Siayuh supaya masukkan tali perut yang berjurai-jurai ke dalam tempayan berisi air cuka di penjuru dapur. Bidan Sitah tidak membantah apa-apa sekalipun terasa tali perutnya pedih akibat direndam dalam air cuka.

Setelah tali perutnya kecut bisikan Onyang Siayuh sayup-sayup di telinganya supaya masukkan semula tali perut ke dalam tubuhnya macam sarung kelompong. Tatkala ini kepala-nya akan berpusing dengan muka ke belakang. Hanya sampai ayam berkokok dinihari barulah kepalanya berpusing perlahan sampai mukanya beralih semula ke hadapan. Betapa sakitnya leher Bidan Sitah kepala berpusing perlahan, namun dia terpaksa bertahan kerana bimbang melanggar pantang larang yang ditetapkan oleh Onyang Siayuh.

Asal sahaja padi di tengah sawah mula menjulur tangkai, Bidan Sitah akan merasa seluruh badannya seram sejuk. Selagi dia tidak dapat menyusup mencari perempuan baru bersalin nescaya seram sejuk berterusan sampai padi menguning masak. Dia mesti menyatukan dirinya dengan bayangan Onyang Siayuh menjadi kepala yang tersebut membawa tali perut terus ke rumah perempuan baru bersalin.

Ketika ini dia tidak bertangguh menyusup ke bawah rumah menjilat darah dari celah lubang lantai di bawah tikar mengkuang. Onyang Siayuh akan memaksa dia menjilat darah berkenaan sampai kering, kerana Bidan Sitah hanya merasakan dia menghirup air serbat yang terhidang lazat.

Setelah kering darah perempuan baru bersalin itu dijilat, barulah Bidan Sitah merasa segar kembali. Badannya tidak lagi seram sejuk atau lenguh-lenguh sepanjang musim. Hanya setelah dia terbangun dari tidurnya barulah Bidan Sitah mendapat khabar kematian perempuan baru bersalin akibat gangguan polong.

Seisi kampung menjadi gempar disebabkan kematian perempuan baru bersalin akibat diganggu polong. Satu-satunya yang tidak dapat diperangkap oleh Bidan Sitah memang nenek saya Bidan Ibah. Beberapa kali dia memujuk nenek saya supaya benarkan dia membantu bidankan perempuan bersalin, tetapi nenek tetap akan mengelak.

"Kawan nak bantu awak Kak Ibah, apa salahnya?" ujar Bidan Sitah setelah diberitahu anaknya Mat Timin menjemput nenek saya bidankan isterinya tengah sakit merengat-rengat mahu melahirkan anak. Sengaja Mat Timin tidak mahu menjemput emaknya sendiri, kerana sudah beberapa kali perempuan bersalin yang dibidankan oleh emaknya terkejang mati akibat turun darah.

"Tak payah bantulah, bukan-lah kerja susah," sahut nenek saya tidak benarkan Bidan Sitah membantu.

"Pantang larang orang tua-tua bukan boleh ikut sangat," sengaja Bidan Sitah melarang anaknya Mat Timin supaya jangan sangkutkan duri mengkuang di bawah rumah setelah isterinya Bisah selamat melahirkan anak.

"Ah, kalau ikut pun tak rugi apa-apa," Mat Timin tersengih-sengih sahaja dengan larangan emaknya itu. Apa sangat ruginya kalau sangkutkan duri mengkuang di bawah rumah setentang Bisah tidur. Dia patuhi juga pantang larang yang ditetapkan oleh nenek saya itu.

Sebaik sahaja pagi cerah melayah, nenek saya terus ke sungai untuk mencuci uri tembuni. Sudah menjadi syarat berbidan di kampung siapa sahaja yang menyambut kelahiran bayi mesti mencuci uri tembuninya. Bidan itu juga yang mesti tanamkan di bawah rumah biar senang diunggun api setiap petang.

Mereka percaya sekiranya uri tembuni tidak diunggun api, nescaya bayi dalam bedungan akan menanggung kembung perut sepanjang malam. Sebab itu nenek saya sering ingatkan perempuan yang dibidankannya supaya suruh suami masing-masing unggunkan api di tempat uri tembuni ditanam. Duri mengkuang juga disangkut di bawah rumah tempat tidur perempuan baru bersalin.

Читать полностью…

Kisah Seram t.me/BercakapDenganJin

#KoleksiTokAwangNgahBab180

SUMPAHAN BERUK DI KEBUN CENGKIH

(Bab 180 bahagian 1)

JALAN berbelok-belok dari Lubuk Bagulung sampai ke Satinjau Laut melalui Bukit Barisan itu sudah beberapa kali juga saya dibawa oleh Agoes. Tetapi biasanya kalau mahu ke Bukittinggi sebaik sahaja turun kapalterbang di Padang, dia akan membawa ikut jalan Lubuk Alung melalui Lembah Anai. Sekalipun jalan di Lembah Anai berbelok-belok, tetapi tidaklah sama dengan keadaan di Satinjau Laut hingga 17 kilometer mendaki tegak.

Anak saudara saya mengakui tatkala ikut rombongan melawat ke sana sampai termuntah-muntah dia di atas bas apabila melalui Satinjau Laut dari Bukittinggi ikut jalan di Singkarak. Memang perjalanan dari Bukittinggi ikut Singkarak melalui Solok ke Padang lebih jauh, tetapi mereka sengaja mahu melihat keindahan danau di Singkarak.

Tetapi saya tidak terus ke Bukittinggi sebaik sahaja jejak kaki di Padang, kerana diajak menginap dulu di hotel oleh Pak Damin. Setelah beberapa kali ke sana memang kerana urusan keluarga, tetapi tatkala saya dijemput oleh Pak Damin bukanlah untuk menemui keluarga semata-mata.

Pak Damin sudah mengaturkan pertemuan dengan beberapa orang kawannya untuk eratkan persahabatan sahaja. Sebab itu saya tidak memberitahu Mamak Bandaro mengenai kedatangan saya, kerana bimbang dia akan bersusah payah bila menyuruh menantunya Agoes mengambil saya di lapangan terbang.

Sengaja pula Pak Damin tempahkan saya menginap di hotel disebabkan saya tidak rnahu mengganggu dia. Lagi pun hotel di Padang mempunyai musyaralat untuk memudahkan solat. Sebelum menjelang malamnya tatkala saya sampai di Padang, Pak Damin membawa saya melihat bangunan universiti di Limau Manis yang baru dipindahkan.

Malamnya semasa perjumpaan mahu dibuat di dewan yang ditetapkan tiba-tiba sahaja lampu padam tidak semena-mena di kawasan berkenaan. Kelam kabut Pak Dawin kerana tidak menyangka boleh berlaku  kejadian demikian dalam saat perjumpaan mahu dibuat. Terpaksa pula Pak Dawin menghubungi hotel tempat menginap lantas memindahkan perjumpaan dibuat di hotel berkenaan.

Sebab itulah sepanjang perjalanan ke Silungkang mahu melihat tenun kain, Pak Dawin masih tidak dapat melupakan kejadian lampu dewan tiba-tiba sahaja padam. Memang pengawas dewan berkenaan beritahu mengenai kerosakan akibat ribut kencang di sebelah petangnya, tetapi Pak Dawin masih tidak dapat menerima alasan. Kalau kerosakan berlaku di tempat penjana kuasa tentu seluruh bandar Padang menerima padahnya.

Tetapi tempat yang mengalami gangguan elektrik hanya bangunan dewan berkenaan dan beberapa bangunan lain yang berdekatan. Malah bangunan di hadapan di sebarang jalan pun masih mempunyai bekalan elektrik.

"Memang saya masih tertanya-tanya dengan kejadian malam kelmarin, Pak Ustaz," keluh Pak Dawin semasa melalui jalan berbelok-belok di Satinjau Laut itu. Dari puncaknya memang kelihatan Lautan Hindi melebar di bawah dengan kebiruan hingga bertaup ke langit.

Saya sekadar tersengih-sengih sahaja. Manalah saya tahu dengan keadaan di tempat orang, apalagi berlaku kerosakan elektrik sebaik sahaja saya jejak kaki ke dalam dewan. Sewaktu beberapa orang pengawas di dalam dewan sibuk memasang lilin, saya memerhatikan sahaja Pak Dawin merungut-rungut tidak tentu biji butir.

"Setelah kita pindah ke hotel, bekalan elektrik di dewan tu ada semula," jelas Pak Dawin macam kecewa dengan kejadian yang hampir menggagalkan perjumpaan.

Hingga menuruni Setinjau Laut sampai ke Solok Manggis, saya masih mendengar Pak Dawin merungut-rungut mengenai kejadian tersebut. Dia macam tidak percaya bagaimana bekalan elektrik tiba-tiba padam sebaik sahaja perjumpaan mahu dimulakan. Tentu tatkala mahu beranji-ranji mengenai salasilah keturunan silam itu tidak mendapat keizinan nenek moyang sejak bertahun-tahun dulu.

Tetapi saya tidak mahu bercakap apa-apa. Manalah tahu Pak Dawin akan tersinggung sekiranya saya tidak mempercayai sangat mengenai gangguan roh nenek moyang tatkala mahu beranji-ranji itu. Memang dia percaya sangat mengenai gangguan tersebut disebabkan tidak membakar kemenyan terlebih dahulu.

Читать полностью…

Kisah Seram t.me/BercakapDenganJin

"Jangan tanya ilmu apa, sekarang kamu pergi!" bentak Pak Suma menggertap bibir. Tatkala ini gangguan yang merasuk dalam tubuh Misah tidak dapat berselindung lagi, kerana semuanya dapat dilihat dengan jelas oleh Pak Suma.

"Nak pergi ke mana lagi?" terkekeh-kekeh Misah mengejek lantas mengerling ke arah Mat Tera. Pak Suma tidak mahu melayani helah gangguan yang merasuk dalam diri Misah. Dia terus membacakan Ayatul Kursi sampai 71 kali, hingga Misah mengerekot laksana sotong kering diganggang ke bara api. Terjerit-jerit Misah kepanasan sambil melambai-lambai tangan merayu Pak Suma berhenti membacakan.

Tetapi Pak Suma tidak berhenti selagi belum mencukupi 71 kali. Kalau Misah mahu berdalih dia akan terus bacakan doa biar gangguan yang merasuk merasakan padah kalau terus berdegil dengan Pak Suma.

Terketar-ketar Misah meracau mengakui dia pelesit sejak tujuh keturunan menguasai tanah tapak rumah yang didiami Mat Tera, setelah melihat Pak Suma menjelma bagaikan seekor ular sawa berlingkar. Misah merasakan dirinya ditolak ke hadapan oleh perempuan tua rambut mengerbang.

Tetapi ular sawa berkenaan tidak pedulikan Misah terjelepoh di lantai. Sepantas kilat ular berkenaan menghampur dengan kepalanya menumbuk ke dada perempuan tua berkenaan. Belum sempat perempuan tua itu mengelak ular sawa jelmaan Pak Suma sudah membelit pinggang-nya.

"Sudah tujuh keturunan aku yang jaga tanah tapak rumah tu," jelas perempuan tua itu terketar-ketar hingga dapat didengar oleh Misah.

"Kau siapa nak tunjuk pandai?" jerkah Pak Suma terus membelit pinggang perempuan tua yang berkedut-kedut kulit.

"Aku ni pelesit Nenek Kibin," ujarnya mengirai-ngirai rambut yang mengerbang hingga Misah tidak dapat mengawal tangannya lantas merentap-rentap rambut sendiri.

Dia beritahu mengenai Nenek Kibin yang meneroka tanah hutan bersama suaminya. Disebabkan tanah yang diteroka itu di pinggir hutan memang tanamannya diganggu binatang Iiar. Jagung tengah bersusu muda akan digonggong kera tidak bersisa. Apalagi pisang atau keledek nescaya akan dibongkar habis oleh tikus atau babi hutan.

Sebab itu Nenek Kibin marah sangat apabila tanamannya musnah. Ketika inilah dia ditemui perempuan kurus dengan rambut mengerbang sewaktu balik dari sungai tatkala senja meremang tiba. Perempuan tua kurus ini berjanji akan membantu Nenek Kibin asal sahaja dia sanggup makan belalang 44 malam berturut-turut.

Setelah memakan belalang yang ditunjukkan oleh perempuan tua kurus itu, memang tanaman di kebun Nenek Kibin tidak diganggu binatang Iiar lagi. Jiran-jiran juga tidak boleh mengambil tanaman di kebunnya kalau tidak diberitahu terlebih dulu. Asal sahaja mereka mengambil tanaman di kebunnya sudah tentu malamnya jiran itu dihurung belalang beribu-ribu hingga terkejang mati.

"Dah lama aku ni, tujuh keturunan," terbatuk-batuk perempuan tua kurus akibat seluruh tubuhnya dibelit ular sawa. "Baru sekarang aku tengok ilmu macam Pak Suma ni" ujarnya sengaja mahu memujuk agar belitan di pinggangnya dilonggarkan.

Tetapi Misah melihat Pak Suma tidak menyahut apa-apa. Ular sawa jelmaannya terus juga membelit kukuh. Selagi perempuan tua kurus itu tidak menjauhkan diri dari Misah memang belitan ular sawa bertambah kuat mencerut. Dalam masa meronta-ronta itu perempuan tua kurus itu termuntah-muntah hingga terjeluih keluar bangkai belalang berpuluh-puluh ekor.

Ketika inilah Misah juga termuntah-muntah sampai tersembur beberapa ekor bangkai belalang dari mulutnya. Sebaik sahaja Misah habis muntah Pak Suma menghembus ubun-ubun-nya menyebabkan dia tergamang. Terkebil-kebil mata Misah setelah menyedari dia bagaikan dilamun mimpi setelah meneguk air yang didoakan oleh Pak Suma.

"Nanti awak beritahu suami awak, apa yang awak nampak," tersengih-sengih Pak Suma menghantar ke tangga semasa Misah bersama Mat Tera mahu balik.

Читать полностью…

Kisah Seram t.me/BercakapDenganJin

#KoleksiTokAwangNgahBab179

DIGANGGU PELESIT TUJUH KETURUNAN

(Bab 179 bahagian 2)

Tidak pernah pun terniat dalam hati Pak Suma mahu menunjuk-nunjuk kepada penduduk kampung dia boleh menewaskan Tonel. Apa sangatlah tewaskan Tonel kalau takat kebal tidak lut senjata sahaia, kalau bandingkan dengan malu yang ditangguhnya.

Betapa kecewanya dia apabila dituduh Masinah dirinya seekor ular sawa yang akan menelan mangsa. Tentu Masinah takut kepadanya kerana bila-bila masa sahaja akan bertukar menjadi ular sawa. Tidak bertangguh ular sawa yang sudah berlingkar di sisi itu akan membelit mahu menelan isi tembolok.  Saat itu Pak Suma memang jelmaan ular yang tidak berfikiran seperti manusia yang tahu rasa belas kasihan.

"Kalau tidak disebabkan kejadian di Solok Manggis," tegas Pak Suma menahan rasa terharu yang menusuk jiwanya, "Tentu saya tak bertemu dengan Abang Aji," dia mengakui pertemuan dengan Tok Aji banyak mengubah hidupnya apabila jejak kaki ke Tanah Melayu.

Dia tahu Tok Aji mengajar di madrasah di Bukittinggi sebelum berpindah ke Bangkinang. Lama juga Tok Aji di Jambi mengajar di madrasah hingga diburu Belanda ke mana sahaja dia menetap. Setelah tidak dapat mengelakkan diri daripada ancaman Belanda, terpaksa juga Tok Aji menumpang kapal barang menyeberang ke Tanah Melayu.

Tatkala sampai di Singapura, Tok Aji tidak peduli akan kedudukannya menjadi guru madrasah di Bukittinggi. Dia sanggup bekerja di mana-mana pun sekali pun membantu berjualan di pasar. Apabila dia berpindah ke Pontian, Tok Aji juga sanggup mengopek kepala di kebun Haji Derani. Tetapi Haji Derani dapat mengagak memang Tok Aji pernah mengajar di madrasah sekalipun dia sengaja berdalih.

"Abang Aji tak sama dengan saya," jelas Pak Suma setelah saya beritahu mengenai Tok Aji sudah meninggal dunia.

Memang menitik air matanya apabila kenang Tok Aji setelah bertahun-tahun tidak ditemui. Hanya beberapa kali sahaja mereka bertemu di Tangkak, sebelum Tok Aji berpindah ke kampung Nenek Aji. Apabila Pak Suma juga berpindah dari Tangkak terus menetap di perkampungan melalui jalan balak itu, hubungan mereka terus terputus langsung.

Kalau tidak disebabkan Kadir Misai sudah beberapa kali menemui Pak Suma di kampung pedalaman itu, memang saya sendiri tidak dapat menjejaki dia di situ. Lainlah macam Wak Samin di Endau memang Tok Aji sendiri tahu tempat tinggalnya. Mudah sahaja saya menemui kawannya yang sudah terpisah lama sejak bertahun-tahun itu.

Tetapi Pak Suma tidak diketahui di mana dia menetap. Tok Aji sekadar memberitahu mengenai Pak Suma adik angkatnya semasa sama-sama menetap di Pontian. Apabila saya beritahu Kadir Misai mengenai adik angkat Tok Aji yang berpisah selepas beberapa kali mereka bertemu di Tangkak, lantas sahaja dia mengagak Pak Suma yang tinggal di kampung pedalaman Itu.

Lagi pun Kadir Misai percaya Pak Suma itu adik angkat Tok Aji disebabkan dia tahu mengenai Tangkak dan Pontian. Sebaik sahaja Kadir Misai sebut fasal Tok Aji, tiba-tiba sahaja dia tertegun bagaikan terkejut daripada tidur nyenyak. Memang siapa pun tidak mengenali dia disitu kalau tanyakan Sumaleh, kerana mereka di situ memanggilnya Pak Suma sahaja.

Kadir Misai jejak kaki ke situ pun setelah diberitahu oleh sepupunya Mat Tera mengenai isterinya diganggu pelesit. Tetapi Kadir Misai tidak perlu tergesa-gesa ke kampung berkenaan setelah Misah dapat dipulihkan. Semenjak berbulan-bulan Misah menanggung kesakitan kepalanya berdenyut asal sahaja matahari tegak di kepala, puas juga Mat Tera bawa menemui doktor.

Setelah diberi ubat oleh doktor memang penyakit kepala berdenyut Misah itu beransur hilang. Tetapi takat dua tiga hari sahaja penyakitnya sembuh, Misah diganggu sakit kepala berterusan. Disebabkan jiran-jiran menyuruh dia menemui Pak Suma di hujung kampung, Mat Tera tidak bertangguh ke sana.

Dalam saat demikian Mat Tera tetap mematuhi apa sahaja pandangan jiran-jiran, kerana dia sendiri semakin buntu benak setelah penyakit kepala yang dihidapi Misah tidak juga beransur sembuh. Lagi pun apa salahnya mencuba berubat kampung dengan jampi mentera sekiranya serasi.

Читать полностью…

Kisah Seram t.me/BercakapDenganJin

Memang orang-orang kampung tidak melihat toyol di mana-mana dalam saat Tok Mangga gelisah menahan sebak dada. Ketika ini Wak Tobak sekadar tercegat sahaja dengan mata tajam merenung ke arah Tok Mangga. Setiap kali toyol cuba bersembunyi di sebalik tubuh Tok Mangga, semakin kelam kabut dia disebabkan pakaiannya juga hampir terlondeh.

Toyol terus memaut kuat di tengkuk Tok Mangga mahu berIindung daripada tenungan Wak Tobak yang membahang panas.Sebab itu toyol terpaksa berlindung mengelakkan daripada terjahan panas yang membahang laksana mata parang dikilir ke leher.

"Cukuplah Tobak, lepaskan anak aku tu," ujar Tok Mangga mengalah menyebabkan orang-orang kampung hairan dengan tuturnya apabila melihat Wak Tobak sekadar tercegat berdiri sahaja.

"Kalau lepaskan, nanti dia mengganggu lagi!" sahut Wak Tobak mencebek bibir setelah melihat lembaga toyol berpaut kuat di tengkuk Tok Mangga.

"Biarkan anakku pergi, dia tak akan mengganggu lagi," Tok Mangga tidak dapat berdalih setelah diperangkap oleh Wak Tobak.

"Tok Mangga kenalah berjanji dengan orang-orang kampung!" seru Wak Tobak tidak berganjak dari tengah halaman dengan ibu jari kakinya terus menekan ke tanah.

Terpaksa Tok Mangga mengakui dia menyimpan toyol yang mengganggu di dalam kampung. Tiga hari sahaja  selepas Wak Tobak menyerbu ke rumahnya bersama orang-orang kampung, terus sahaja Tok Mangga berpindah meninggalkan kampung tersebut.

Sebab itu orang-orang kampung mendesak supaya Wak Tobak menetap sahaja di situ. Hinggalah kejadian yang berlaku semasa Tok Aji bersama Sumaleh menetap di situ sampai disyaki menyimpan toyol, orang-orang kampung berharap Wak Tobak dapat perlakukan seperti Tok Mangga. Biarlah Tok Aji merayu meminta maaf kepada seisi kampung kerana cuba mengganggu dengan amalan toyol.

Tetapi Wak Tobak mengakui Tok Aji tidak amalkan toyol. Dia juga tidak tergamak mahu menuduh sesiapa setelah jampi serapahnya tidak dapat menghalang gangguan kecurian terus juga berlaku. Sekalipun Wak Tobak sudah mengakui Tok Aji tidak amalkan toyol, tetapi seisi kampung tetap juga mengesyaki.

Setelah kejadian menimpa Itam Suging diketahui orang-orang kampung, Tok Aji merasa dia sudah dapat membersihkan namanya daripada dicemar. Sebab itulah dia meninggalkan kampung berkenaan setelah dapat membersihkan dirinya. Biarlah kenangan pahit sewaktu menetap di kampung itu dibawanya bersama ke mana-mana.

"Semua yang berlaku itu ada hikmahnya dari Allah," bisik Sumaleh perlahan sengaja mahu mengelak supaya saya tidak bertanyakan pengalamannya semenjak di Solok Manggis.

Saya mengangguk-angguk. Sumaleh yang saya panggil Pak Suma itu sengaja mahu melupakan kenangan silamnya. Apalagi kalau ingatkan peristiwa tunangnya Masinah ketakutan asal sahaja disebut namanya. Manalah gadis seperti Masinah dapat bertahan kalau melihat sendiri tunangnya bertukar menjelma menjadi ular sawa besar berlingkar.

Tetapi Pak Suma bukan sengaja mahu menunjuk-nunjuk. Kalau tidak disebabkan terpaksa pertahankan diri akibat ancaman Tonel, memang dia tidak mahu lakukan demikian. Masakan boleh tewaskan Tonel semata-mata dengan tenaga biasa sahaja.

Tentu Tonel tidak bimbang takat ditetak dengan parang tajam mata berkilat. Bila-bila sahaja Tonel akan biarkan dadanya ditetak mata parang hingga terbelengot macam timah disepuh. Disebab dia amalkan kebal tidak lut senjata itulah Tonel berani mencabar sesiapa pun.

Tatkala Tonel bergomol mencekak lehernya hampir juga Pak Suma tidak dapat bernafas. Lantas dia memusatkan fikirannya memerhati ular sawa yang berlingkar di dalam belukar, hingga terasa seluruh badannya ditumbuhi sisik keras. Saat ini Pak Suma tahu dirinya sudah menjelma menjadi seekor ular sawa yang garang mahu menyambar musuh.

Asal sahaja dia memusatkan fikiran melihat binatang lain di depannya nescaya dalam sekelip mata sahaja dirinya bertukar. Segera dia menjadi helang terbang ke udara, apabila Tonel sudah mendapat akal mahu menewaskan ular sawa. Tatkala Tonel semakin nekad mahu membunuhnya, tidak bertangguh Pak Suma ingatkan kerbau jantan yang boleh merempuh kuat.

Bersambung...

Читать полностью…

Kisah Seram t.me/BercakapDenganJin

"Saya pun tak tahu, sama ada amalan macam ni ada atau tidak, Tuan Haji," segera Tok Aji menerangkan disebabkan Haji Derani bertambah hairan. Sukar juga dia mahu menjelaskan kepada Haji Derani mengenai apa yang diberitahunya itu sekadar melihat seperti bayang-bayangan sahaja selepas dia selesai solat tengah malam.

Sebab itu dia enggan bercerita sangat kerana bimbang akan dituduh mahu memfitnah sahaja.

Kalau tidak disebabkan Haji Derani mendesak memang Tok Aji tidak akan beritahu apa-apa pun mengenai bayangan yang melintas di depannya semasa dia terpegun di atas tikar sembahyang tengah malam. Lintasan bayangan itulah yang dilihatnya mengenai lelaki yang sanggup mengorek kubur lama semata-mata amalan yang dituntutnya.

Apabila diberi tahu oleh tok ketua mengenai peti kayu berisi barang kemasnya ditemui berhampiran rumah Itam Suging, macam tidak percaya Haji Derani kerana barang-barang kemasnya berserak sampai ke tangga rumah. Sewaktu dia menjengah mayat memang seluruh tubuh Itam Suging dipenuhi kudis tokak. Sekiranya tidak berbekas calar balar bagai dicakar kuku binatang liar, memang kudis tokak itu macam kelihatan reput tubuh mayat berkenaan.

Mengeluh panjang Haji Derani dengan keadaan mayat Itam Suging. Tetapi dia juga tidak berani menuduh Itam Suging amalkan amalan yang disebut oleh Tok Aji. Siapa yang mahu percaya kalau tidak dapat dibuktikan dengan jelas.

Selepas kematian Itam Suging seisi kampung tidak lagi gelisah dengan kejadian rumah diselongkar toyol. Kalau mahu dituduh Itam Suging amalkan toyol, tidak ada pula tanda-tanda dia amalkan. Tahu sangat Wak Tobak tanda-tanda orang amalkan toyol tentu ada kolam kecil di belakang rumahnya tempat toyol berendam.

Siapa tidak tahu mengenai kemampuan Wak Tobak menewaskan amalan toyol dengan tidak perlu rentangkan jala buruk di pintu bilik. Wak Tobak akan letakkan air yang dijampi dalam geluk dibubuh bunga raya dan jantung pisang sahaja. Bila-bila sahaja toyol akan menyerbu menghirup air yang disediakan sebaik sahaja membolos masuk.

Tatkala toyol menghirup tidak bertangguh nescaya kerengkungnya akan terbakar laksana menelan bara tengah merah menyala. Ketika ini lembaga toyol akan tergolek di lantai hingga boleh dilihat oleh sesiapa pun. Memang siapa pun tidak akan dapat melihat lembaga toyol sewaktu tempat menyimpan duit diselongkar, disebabkan amalan syaitan bukan dapat dinilai dengan mata biasa.

Tetapi lembaga toyol akan menggelepar tidak bertahan sebaik sahaja minum air yang sudah dijampi oleh Wak Tobak. Semenjak seisi kampung gelisah dengan kejadian toyol menceroboh, mereka sudah meminta Wak Tobak membantu. Beberapa kali Wak Tobak jampikan air dalam geluk dibubuh bunga raya dengan jantung pisang, namun gangguan duit hilang itu berterusan juga.

"Allah Maha Mengetahui yang nyata dan yang tersembunyi," tutur Haji Derani perlahan sewaktu memujuk Tok Aji supaya tidak berpindah dari kampungnya. "Apa salahnya adik Aji menetap saja di sini," ujarnya keberatan mahu melepaskan Tok Aji setelah menyedari mudah sangat Tok Aji merajuk.

Bagaimana pun dia tidak dapat menghalang keputusan Tok Aji yang sudah bulat mahu meninggalkan Pontian. Dia sendiri tidak menjelaskan ke mana akan jejak kaki. Disebabkan Tok Aji berpindah, Sumaleh juga mengambil keputusan mencari tempat penghidupan baru.

Ketika itu tidak banyak masalah sekiranya berpindah ke mana-mana. Asal sahaja rajin berusaha mereka mudah mencari tempat menetap. Sewaktu Tok Aji terus ke Kota Tinggi, Sumaleh tidak meneruskan perjalanan ke sana. Dia hanya mengambil keputusan bekerja estet di Kluang sahaja.

"Orang muda macam Sumaleh, di mana-mana pun boleh cari kerja," ujar Tok Aji menjelaskan keputusannya kepada Haji Derani setelah sama-sama berkeras dengan Sumaleh mahu berpindah.

"Tapi bila senang-senang, jengah jugalah kami," Haji Derani ingatkan mereka berdua. Memang Sumaleh juga keberatan mahu berpindah kalau sekadar mahu mencari kerja di estet. Ikut sampan ke laut menjaring ikan juga boleh menampung hidupnya.

Читать полностью…

Kisah Seram t.me/BercakapDenganJin

"Apa bendanya ni, toyol?" bisik lelaki berkudis seiuruh badan itu hairan disebabkan tiba-tiba sahaja mereka terperangkap ke dalam jaring.

"Ini bukan jaring biasa," sahut lembaga seperti bayi itu perlahan dalam keadaan serba salah.

"Kalau jala buruk, kita balik jadi keluang," ujar lembaga hitam kulit berkudis itu memberi arahan.

Apabila mereka kembali menjadi keluang mahu merempuh jaring yang terentang, kepak mereka tersangkut tidak boleh melepaskan diri. Semakin kuat mahu meronta bertambah terjerut mereka di dalam jaring.

Lembaga tersebut terpinga-pinga disebabkan tidak dapat memboloskan diri. Setelah mereka kembali menjelma menjadi lelaki hitam berkulit penuh kudis yang dibantu lembaga seperti bayi, mereka tidak dapat juga menyusup keluar.

"Siapa tuan kamu?" bentak Sumaleh tidak melepaskan mereka dari jaring yang terentang.

"Tuan aku di rumah besar tu," terketar-ketar lembaga hitam Itu ketakutan.

"Sekarang kau serakkan barang-barang kemas ni sampai ke tangga rumah tu!" perintah Sumaleh bagaikan gemuruh suaranya menggegar di udara menyebabkan dua lembaga tetsebut bertambah kecut.

Dua lembaga berkenaan tldak membantah. Mereka serakkan barang-barang kemas yang dicuri dari rumah Haji Derani hingga ke halaman rumah Itam Suging.

Kepalang marahnya Itam Suging setelah melihat dua lembaga suruhan balik ke rumah tidak membawa apa-apa yang berharga. Dua lembaga suruhan itu sekadar menggeleng-geleng kepala apabila didesak Itam Suging menjelaskan sebab-sebab mereka tidak boleh lakukan.

Memang Sumaleh melihat sendiri seluruh tubuh Itam Suging dipenuhi kudis seluruh badan. Merungut-rungut Itam Suging salahkan Tok Aji yang menjadi punca kudis di tubuhnya tidak kunjung sembuh. Tahu sangat dia berturut-turut malam Tok Aji bangun solat sunat tahajud memohon perlindungan Allah supaya orang-orang kampung tidak menuduhnya menyimpan toyol lagi.

"Sekarang kamu pergi ke rumah Tok Aji!" bentak Itam Suging mengisar kain putih reput bersama tanah kubur di tapak tangannya. "Ini kain kapan dengan tanah liang lahad akan bersama kamu," serunya memberi perintah kepada dua lembaga di sisinya.

Tetapi lembaga hitam bersama lembaga bayi itu terketar-ketar tidak mahu berganjak. Mereka memerhati ke arah Sumaleh vang menjadi jaring terentang akan memerangkap mereka. Puas dipuja oleh Itam Suging supaya dua lembaga itu menjadi keluang biar melayang pantas memburu Tok Aji namun mereka tetap menggeleng-geleng kepala.

Sebaik sahaja suara Tok Aji seolah-olah bergema di udara melaungkan azan sampai tujuh kali, tidak bertangguh dua lembaga itu menerkam ke arah Itam Suging. Apabila mereka bertukar menjadi keluang lantas sahaja kukunya mencakar seluruh badan Itam Suging yang dipenuhi kudis.

Saat ini memang Sumaleh seakan-akan mendengar suara Tok Aji bergema di udara membacakan:

Qola haza rahmatam min rabbifa-izaja a-wa'du rabbi ja' alahu dakka- wakana wa' du rabbi hoqqan.

Sekali gus tubuh Itam Suging berguling-guling akibat dicakar dua ekor keluang yang menerpa tidak ketentuan.

Sewaktu Sumaleh balik ke rumah dia melihat Tok Aji masih duduk di atas tikar sembahyang tunaikan solat sunat tahajud. Tok Aji sendiri tidak hiraukan kenapa dia balik jauh tengah malam. Tatkala Sumaleh rebahkan badan memang Tok Aji masih belum selesai solatnya.

Hanya keesokan paginya sebelum matahari naik sepenggalah seisi kampung dikejutkan dengan kematian Itam Suging. Isterinya Incum beritahu mengenai suaminya yang mati dengan kesan calar balar seperti dicakar binatang liar. Di sisi mayat Itam Suging memang ada dapur perasap berbara dengan secarik kain putih reput dan sekepal tanah kubur..                       

Tamat bab 178.

Jom ajak kawan-kawan sekali join telegram @BercakapDenganJin.

Читать полностью…

Kisah Seram t.me/BercakapDenganJin

Tetapi Sumaleh tidak amalkan sangkaguna sama dengan arwah datuk saudaranya Jimin. Dia mampu pulihkan semula dirinya sekalipun tidak dapat mengawal perasaan tatkala menjelma macam amalan sangkaguna arwah Jimin. Sebab itu dia tidak bimbang apa-apa setelah datuknya Malim Bulak tidak senang dengan amalannya.

Apabila tunangnya Masinah takut setiap kali kenangkan dirinya, Sumaleh terasa amat malu mahu menatap wajah gadis berkenaan. Selagi dia masih terconggok di tengah kampung, tentu ketakutan Masinah tidak boleh diubati. Dia diberitahu mengenai Masinah tergamang-gamang asal sahaja mendengar nama Sumaleh disebut di depannya.

Puas ayahnya Deraman meminta Malim Bulak pulihkan semula semangat Masinah, tetapi keadaannya tidak juga berubah. Kadangkala dia akan merapik tidak menentu hingga meracau-racau tatkala tengah nyenyak tidur. Dia gementar asal sahaja termimpi-mimpi tubuh Sumaleh bersisik keras lantas perlahan-lahan bertukar menjadi ular sawa berlingkar.

Disebabkan malu kepada keluarga Masinah, terpaksalah Sumaleh tinggalkan juga kampung halaman. Dia sekadar heritahu datuknya Malim Bulak mahu memulakan penghidupan ke Jambi. Kalau Masinah pulih setelah mereka berjauhan, dia akan balik juga menjengah datuknya di Solok Manggis.

Semasa di Jambi dia merasa lebih seronok menumpang kapal barang menyeberangi Selat Melaka. Biarlah segala kenangan di Solok Manggis di simpan jauh di sudut hatinya. Kalau tidak dapat menatap wajah datuknya Malim Bulak pun dia tidak terkilan apa-apa. Datuknya sendiri sudah ingatkan dia supaya tidak jejak kaki lagi di kampung halaman.

Sampai bila pun ketakutan Masinah tidak akan dapat dipulihkan selagi dia melihat kelibat Sumaleh. Asal sahaja mendengar Sumaleh terconggok di tengah kampung, lantas sahaja terbayang di benak Masinah lelaki itu akan duduk di sisinya. Dalam masa sekelip mata sahaja sisik akan tumbuh laksana tunggul janggut di dagu.

Apabila seluruh tubuhnya dihinggapi sisik keras nescaya Sumaleh akan menjadi ular sawa. Bagaimana dia mahu mengelak sekiranya Sumaleh duduk di sisinya? Tentu ular sawa itu akan membelitnya bagaikan memerangkap induk ayam tengah reban. Sebab itu Masinah tidak mahu menatap muka lelaki yang sama dengan seekor ular sawa berlingkar.

"Saya dengar mengenai Pak Suma boleh menjadi ular," ujar saya mengusiknya setelah beberapa kali bersua di kampung pedalaman melalui jalan kayu balak.

"Ustaz percaya cerita macam tu?" tersengih-sengih dia berdalih sambil menguis-nguis abuk rokok daunnya yang jatuh ke lantai.

"Tok Aji yang banyak beritahu saya mengenai Pak Suma," sengaja saya sebut mengenai hubungan baiknya dengan Tok Aji sewaktu sama-sama jejak kaki datang ke Tanah Melayu.

"Huh, Tok Aji kamu memang begitu," jelasnya tersenyum mengerling ke arah saya. "Dia pun apa kurangnya, Pak Sumi tahu dia!" dia menambah dalam suara perlahan.

Tetapi saya menemui Sumaleh bukan disebabkan dia amalkan sangkaguna yang boleh menukarkan dirinya menjelma menjadi haiwan. Memang Tok Aji beritahu mengenai kawannya yang pernah ditemui tatkala di Pontian sewaktu mula-mula jejak kaki ke Tanah Melayu. Lama juga Sumaleh menumpang di rumah Tok Aji sebelum mereka sama-sama meninggalkan perkampungan di situ.


Apabila Tok Aji berpindah ke Endau, dia mendapat tahu Sumaleh sudah berkahwin di Tangkak. Beberapa kali juga Tok Aji menemui dia di Tangkak hingga masing-masing tidak dapat berhubungan lagi. Sementelahan pula Tok Aji tidak pernah menetap lama di mana sahaja dia singgah. Hanya setelah dia sampai di kampung Nenek Aji baru dia mengambil keputusan terus menetap di situ.

Sebab itu dia beritahu saya mengenai kawan-kawan lamanya yang sama datang ke Tanah Melayu. Bagaimanapun dia tidaklah mendesak sangat supaya mencari Sumaleh. Cuma bila kenangkan masa lalunya Sumaleh memang terkilan apabila tunangnya Masinah enggan menerima dia.

Sumaleh percaya tidak akan mengalami kejadian yang menimpa datuk saudaranya Jimin kerana hampir menjadi mangsa tatkala menjelma menjadi helang. Kalaulah tidak dipulihkan oleh Haji Maasih memang dia akan mati seperti seekor burung helang juga.

Читать полностью…

Kisah Seram t.me/BercakapDenganJin

Tetapi Tonel tidak bimbang sekiranya helang berligar menerkam ke arahnya. Dia tahu yang berligar di udara menjelma menjadi helang itu memang Sumaleh. Biarlah kuku helang mencengkam tubuhnya mahu dikopak macam mengerkah daging belakang induk ayam tengah mengekas! Nescaya kuku sang helang tidak mampu cederakan dia selagi amalan kebalnya tidak lut ditembusi senjata tajam.

Namun helang di udara tidak menerkam langsung. Dia sekadar berligar-ligar sahaja seolah-olah mahu menyambar mangsa. Kemudian dia melayang rendah terus hinggap di atas bumbung rumah.

"Aku takkan mengalah, Sumaleh!" laung Tonel bersemangat mahu terus mencabar. Malu juga dia kepada orang-orang kampung yang berkeliling sekiranya menyerah kepada Sumaleh.

"Cukuplah Tonel, hentikan saja," Deraman memujuk supaya anak muda berdua itu tidak mensia-siakan tenaga semata-mata disebabkan anaknya Masinah.

Tetapi Sumaleh bertahan bukan disebabkan tidak mahu berputih mata. Dia merasa terhina sekiranya membiarkan Tonel mngganggu tunangnya sendiri. Lainlah kalau Masinah bukan tunangnya yang tidak perlu dipertahankan maruah dirinya.

Saat ini dia merasa amalan sangkaguna itu terpaksa juga digunakan sekalipun sudah tersalah tempat. Sepatutnya dia mesti rahsiakan diri pengetahuan orang kampung supaya mereka mereka tidak mengesyaki apa-apa. Tetapi Tonel yang menyebabkan dia terpaksa gunakan juga sampai seisi kampung tahu mengenai dirinya boleh menjelma menjadi ular sawa dan helang dalam sekelip mata.

Disebabkan Tonel terus juga berkeras mahu menunjukkan kebalnya lebih gagah pertahankan diri, lantas sahaja Sumaleh mengepak-ngepak tangan hingga tubuhnya bertukar menjadi kerbau jantan bertubuh sasa. Tidak bertangguh dia menyondol menusukkan tanduk runcing menyinggahi ke dada Tonel. Terhumban Tonel berguling ke tanah laksana batang pisang dicampakkan.

Memang kulit Tonel kebal tidak berbekas apa-apa akibat ditanduk kerbau bertubuh sasa. Tetapi Tonel tergeliat-geliat tidak boleh bangun disebabkan rempuhan yang kuat. Terbatuk-batuk dia sampai termuntah darah beku di mulutnya.

Belum sempat Tonel terkial-kial bangun sekali gus kerbau jantan itu menghayun tanduk menyondol belakang. Terlambung tinggi tubuh Tonel ke udara macam belantan dilontarkan. Ketika ini Tonel bertambah lemah sekalipun kulitnya tidak luka langsung ditusuk tanduk runcing kerbau berkenaan.

Dalam keadaan Tonel tidak mampu lagi bergerak, kerbau berkenaan terus juga mahu menerkam. Tetapi langkahnya tertahan-tahan sebaik melihat Malim Bulak tercegat melindungkan Tonel. Memang Malim Bulak tahu keadaan Sumaleh sudah dirasuk syaitan hingga tidak boleh dileraikan. Kalaulah lambat Deraman berkejar ke rumahnya memberitahu kejadian yang berlaku, tentu Tonel bertambah teruk disondol kerbau jantan tengah memberang.

"Kamu nak membunuh orang ke, Sumaleh!" bentak Malim Bulak mengisar tumitnya ke tanah. Dia tidak boleh biarkan cucunya Sumaleh dirasuk syaitan hingga sanggup membunuh dengan amalan sangkaguna yang diamalkannya. Kemudian dia menghembus perlahan ke arah kerbau jantan yang menghentak-hentak kaki mahu menerkam, lantas membacakan:

Kaf ha ya a'in sad, ha mim a'in sim kaf, innahu min-Sulaiman wa-innahu bismillahhir rahmanir-rahim.

Apabila Malim Bulak hentakkan tumitnya tiga kali ke tanah, kerbau jantan mahu menerkam itu menggeliat-geliat tubuh. Kulitnya luruh ke tanah laksana lilin cair terbakar. Perlahan-lahan Sumaleh mengirai-ngirai rambut bagaikan selepas mandi menyelam di tengah arus sungai.

"Apa yang kamu lakukan ni, Sumaleh?" Malim Bulak mencemik muka kesal dengan kejadian yang berlaku di kampungnya.

Tatkala memerhati ke arah Tonel yang terbaring dengan dipangku kepalanya oleh Mat Kubin, menggeleng-geleng lemah Sumaleh. Memang dia tidak menduga kejadian tersebut sampai ke peringkat mencederakan orang lain. Ketika menukar dirinya menjelma menjadi kerbau jantan bertubuh sasa, Sumaleh sudah tidak dapat mengawal dirinya. Dia melihat Tonel seolah-olah musuh yang mesti diserang berterusan.

Bersambung...

Jom ajak kawan-kawan sekali join telegram @BercakapDenganJin.

Читать полностью…

Kisah Seram t.me/BercakapDenganJin

Allahhumma inni as-alaka bis-mikal ahadal 'aza wada'waka, Allahhumma bis-mikal ahadal somada wada'waka Allahhumma bismikal 'azimil witri wada'waka, Allahhumma bismikal kabiral muta'alallazi mala al-arkana kullaha-an'tak'afa 'inni ma-osbahata wama amsista fihi.

Hanya selepas Haji Maasih mengusap tapak tangan ke muka, baru Malim Bulak menyedari yang terbujur di depannya mayat Jimin. Bukan lagi burung helang yang berlumuran darah. Tetapi memang Malim Bulak melihat dada mayat itu masih bersemburan darah akibat ditembusi peluru.

"Tak ada manfaat amalan sangkaguna tu," ujar Malim Bulak ingatkan cucunya mengenai amalan tersebut.

"Kalau untuk kebaikan apa salahnya," sahut Sumaleh tersengih-sengih macam mengejek datuknya.

"Ilmu Allah lebih berguna di dunia dan di akhirat," jelasnya kesal dengan sikap cucunya yang mencari ilmu kebatinan demikian.

"Semua ilmu berguna kalau tidak untuk kejahatan!" Sumaleh mencebek bibir kerana datuknya tidak bersetuju setelah menyedari dia amalkan amalan sangkaguna.

"Kalau kamu mati semasa menjelma jadi binatang, maka kamu akan mati sama macam bintang," tegas Malim Bulak tersinggung juga dengan sikap cucunya.

Tetapi dia tidak boleh memaksa sekiranya Sumaleh enggan mendengar nasihatnya. Perkara amalan ilmu di masa itu tidak berpandukan sangat kepada ajaran agama. Memang Malim Bulak menyedari hakikat ketika itu, setiap manusia berlumba-lumba mencari amalan ilmu.

Mereka yang kuat dengan amalan kebatinan sahaja dikira mempunyai kelebihan dalam masyarakat. Siapa yang berani mengganggu Sumaleh kalau dia sudah membentak marah. Sebab itu apabila orang-orang kampung mengadu kepada Malim Bulak, dia cuba juga menasihati cucunya supaya surut semula ke belakang.

Memang Sumaleh tidak mengganggu sesiapa pun di tengah kampung. Dia sekadar pertahankan diri apabila orang luar menceroboh. Tatkala seisi kampung diganggu mereka yang  amalkan ilmu pukau hingga seisi rumah nyenyak tidur, tidak bertangguh mereka menyelongkar di dalam rumah. Habis semua harta benda dipunggah tidak bersisa.

Siapa lagi mahu diharap setelah masing-masing cuba menghalang, tetapi pencuri yang amalkan pukau dapat juga memboloskan diri. Terpaksa Sumaleh menjelma menukarkan dirinya menjadi ular tedung selar merayap di tengah belukar. Dia melihat seorang lelaki mara ke tengah halaman rumah di dalam gelap malam.

Setelah menggenggam pasir halaman terus diserakkan ke atas bumbung, lelaki itu cuba balik ke rumah. Tiba-tiba dia terkejut apakala melihat kilauan sisik ular di kepala tangga. Terjerit dia ketakutan sampai jiran-jiran bergegas menyuluh ke tengah halaman.

Ketika ini mereka melihat Mat Kubin termengah-mengah duduk di tengah halaman dengan mata terkebil-kebil. Mat Kubin mengaku dia amalkan ilmu pukau mahu mencuri masuk ke rumah Deraman. Belum pernah dia diganggu ular tedung selar tatkala membolos masuk ke rumah sesiapa pun setelah amalkan pukau.

"Ke mana saja kau pergi akan diekori ular bisa, Mat Kubin!" dalam kegelapan malam itu tiba-tiba sahaja Sumaleh tercegat. "Selagi kau tak berhenti mencuri, ular bisa yang akan mengawasi kamu," jelasnya macam ingatkan lelaki itu supaya tidak mencabar.

"Kamu yang gunakan ular tu?" hairan juga Mat Kubin apabila Sumaleh cuba mengugut dirinya.

"Bukan ular saja, harimau juga akan muncul dalam kampung!" beritahu Sumaleh mengejeknya.

Tetapi Mat Kubin terpaksa juga berjanji tidak akan melakukan lagi setelah rahsianya diketahui. Sudah tentu orang-orang kampung akan menyerbu ke rumahnya kalau berlaku kecurian gunakan pukau. Mereka akan heret dia ke rumah tok ketua sama ada membantah atau pun tidak.

Bukan Mat Kubin sahaja sudah dihalang oleh Sumaleh tatkala amalkan ilmu pukau, malah Tonel yang kebal tidak lut senjata juga mati lagkah apabila cuba melawan. Memang Tonel mudah sahaja menghunus parang kalau sesiapa membantah kemahuannya. Seisi kampung tahu sangat mengenai kekebalan Tonel yang tidak lut senjata apabila ditetak ke tubuhnya.

Читать полностью…

Kisah Seram t.me/BercakapDenganJin

Ketika ini seolah-olah saya melihat Ngah Semidin masih terconggok di dahan pokok petai bersama lelaki bongkok di pangkal dahan.  Lelaki bongkok itu tersengih-sengih berdiri bagaikan sama tinggi dengan pokok petai tersergam.

“Aku yang jaga minyak lintah yang kau tapakan di busut,”  bergerak-gerak bibir lelaki bongkok itu mengerling Ngah Semidin.  “Kenapa kau biarkan minyak lintah tu tak diasap kemenyan?”  marah benar dia disebabkan Ngah Semidin tidak lagi hiraukan minyak lintah yang pernah ditapakannya.

Sudah lama dia tinggalkan amalan mengurut dengan minyak lintah semenjak berpindah ke Chemor.  Kalau didesak orang pun Ngah Semidin tidak sanggup lagi mengurut, hingga minyak lintah yang ditapakan pun tidak digunakan lagi.

Gunakan minyak lintah samalah macam aniaya orang juga.  Tenaga selepas gunakan minyak lintah, bukan disebabkan diurut sahaja. Jampi mentera yang digunakan memang menyeru penunggu minyak lintah semasa ditapakan di busut.

Apabila saya tepuk pinggang Ngah Semidin lantas saya bayangkan menghentak kepala lelaki bongkok di pangkal dahan sampai dia terpenyek disitu. Lelaki bongkok itu terhenyak dengan tidak dapat bergerak apabila saya bacakan:

Laqad ja-akum rasulun min anfusikum 'azizun 'alaihi ma 'anittum harisun 'alaikum bilmukminina ra-ufurrahim, fa-in tawallau faqul hasbi Allahhu lailaha illa huwa 'alaihi tawakkaltu wahuwa rabbul 'arsyil'azim.

Selepas saya doakan terkejut Ngah Semidin apabila saya menyuruhnya buangkan sahaja minyak lintah yang masih disimpannya. Uda Mahijah sendiri tidak tahu mengenai minyak lintah tersebut, menyebabkan Ngah Semidin tersengih-sengih menundukkan kepala. Berkali-kali ditanyakan oleh Saleh Moyok mengenai minyak lintah itu dia sekadar menggelengkan kepala sahaja.

Tamat bab 177.

Jom ajak kawan-kawan sekali join telegram @BercakapDenganJin.

Читать полностью…

Kisah Seram t.me/BercakapDenganJin

Memang dia mengakui tidak ada siapa pun berkunjung ke madrasah. Habis sahaja solat dia terus balik ke rumah. Haji Tahari tidak tahu orang-orang berkedudukan tidak putus-putus mahu mengharapkan pertolongan dia. Kadangkala mereka sendiri sudah pesankan kepada orang-orang kampung akan datang berkunjung ke rumah Haji Tahari.

Apabaila Haji Tahari bersetuju menerima kedatangan mereka, tidak bertangguh mereka akan datang ke Lumut. Belum pun sampai ke Lumut tiba-tiba sahaja tayar kereta pamcit. Terpaksa pula mencari fomen baiki kereta terlebih dahulu. Sampai berjam-jam pula fomen baiki kereta hingga mereka terlambat sampai.

Semasa sampai di rumah Haji Tahari, mereka diberitahu oleh isteri orang tua itu Haji Tahari sudah dijemput orang ke Kulim. Tetapi tatkala ditanyakan kepadanya Haji Tahari tidak ke Kulim disebabkan menunggu tetamu yang mahu datang berkunjung.

"Nasib baik kami dapat jumpa tuan haji," Saleh Moyok menerangkan sebaik sahaja di-beritahu Haji Tahari tidak ke mana-mana sewaktu Lajim dibawa ke situ.

"Apa pula nasib yang baik tu?" sahut Haji Tahari mencebek bibir. "Aku pun tak boleh ubatkan kaki yang patah ni," jelasnya macam memarahi sikap Saleh Moyok yang terlalu bergantung harapan kepadanya.

Terdiam Saleh Moyok. Memang dia bersalah menuturkan kata demikian, kerana dia tahu Haji Tahari akan tersinggung. Kalau mahu minta tengokkan kaki yang patah, cukuplah beritahu sahaja masalahnya. Kalau dia mampu doakan, tentu dia akan mencuba.

Setelah tulang keting Lajim dibetulkan semula, Haji Tahari pupuk dengan daging burung but-but yang dikukus. Dia bacakan doa dengan memegang ibu jari kaki Lajim sahaja:

Ya qadim, ya daim, ya ahad, ya wahid, ya ,samad, Allahumma inni as-alaka bismikal ahadal 'aza wada'waka, allahhumma bismikal ahadal samad wada' waka, allahhumma bismikal 'azimil witri wada’wake, allahhumma bismikal kabiral rnuta'allazi mala-al arkana kullaha an tak'afa 'inni ma asbahata wama amsitafihi.

Tiga hari dia menyuruh Lajim datang berturut-turut supaya dapat dirawat sampai sembuh. Bermakna tiga kali ubat pupuk daging burung but-but dikukus itu diganti. Memang Haji Tahari tidak benarkan Lajim bergerak kuat setelah kakinya dipupuk dan diapit dengan papan di betisnya.

Hampir sebulan juga Lajim tidak dapat berkuat mahu ke mana-mana. Dia terpaksa bertongkat dengan bertupang ke bawah ketiak. Memang lambat sembuh betul, tetapi kaki Lajim tidak berdenyut sakit lagi setelah diubati oleh Haji Tahari. Selepas tiga bulan baru Lajim dapat berkuat hingga terasa tulang ketingnya yang patah pulih seperti sediakala.

"Kalau Naesah setuju, dulu lagi saya dah bawa Ngah Semidin ni ke Lumut," perlahan Saleh Moyok menjelaskan dalam dalam keluhan pendek.

"Memang Naesah yang berkuat nak bawa ayahnya ke hospital," sahut Uda Mahijah lemah, kerana dia tidak 'dapat menghalang kemahuan anak-anak. Kalau dia berkeras mahu berubat cara rawatan kampung, manalah tahu keadaan suaminya bertambah teruk. Tentu anak-anak akan menyalahkan dia kerana percaya sangat dengan rawatan seperti itu.

"Di mana-mana pun sama juga," isteri saya pula menjelaskan sambil mengerling ke arah saya. "Tapi kita mesti yakin yang menyembuhkan hanya ketentuan Allah,": katanya semacam mengingatkan Uda Mahijah supaya tidak kesal apa-apa.

Perkara kecederaan Ngah Semidin lambat sembuh bukan ditentukan oleh hospital. Mereka sudah berusaha mengikut kaedah yang ditetapkan. Kadangkala mudah pula orang lain sembuh apakala dibawa ke hospital. Mungkin malang yang menimpa Ngah Semidin tidak sama dengan mereka yang pernah mengalami kemalangan demikian.

Jiran saya juga dimasukkan ke hospital akibat patah tangan, tetapi cepat sembuhnya selepas dibalut dengan simen. Lama juga simen di tangannya dibiarkan sebelum dibenarkan dibuka. Bagaimana pula kecederaan di kaki Ngah Semidin tidak sembuh sampai terkejang lama di katil.

Читать полностью…

Kisah Seram t.me/BercakapDenganJin

Tetapi Simuncak tetap tabah sekalipun dia satu-satunya yang berani melawan tuan tanah. Sewaktu Pak Dawin mahu rebahkan badan ke tikar dia mendengar dinding rumah tumpangan pekerja bagaikan dicakar kuku keras. Berdebar juga dia akibat bimbang yang bergelora.

Disebabkan Pak Dawin terdesak dia terpaksa juga mencapai lampu picit mahu menyuluh ke tengah kegelapan malam. Biarlah apa pun yang mencakar dinding dia tidak peduli apa-apa. Kalau bertahan di dalam rumah pun belum tentu selamat sekira-nya geruh sudah menunggu.

Tatkala dia menyuluh ke penjuru rumah, terbayang lompatan beruk di atas bendul. Hairan juga Pak Dawin dengan beruk besar mengganggu dinding rumah tumpangannya, seolah-olah mahu berkawan. Tetapi Pak Dawin bimbang kalau beruk besar itu membolos masuk. Manalah tahu beruk berkenaan datang dari tepi hutan mahu mencari makanan.

Sudah tentu beruk liar yang datang dari pinggir hutan. Masakan beruk Iiar boleh dilayan dengan menghulurkan makanan dari tengah rumah. Tentu dia akan menyerbu masuk hingga berbahaya kepada dirinya sendiri. Sebab itu Pak Dawin mengunci pintu kukuh-kukuh supaya beruk liar itu tidak dapat membolos masuk.

"Beruk dari mana pula yang datang ke sini?" gerutu Pak Dawin serba salah mahu memanggil jiran-jiran. Malu juga dia sekiranya meminta bantuan semata-mata disebabkan seekor beruk liar menceroboh.

Tetapi keesokan paginya sewaktu memulakan kerja memetik cengkih di perkebunan, bukan Pak Dawin sahaja diganggu bayangan beruk liar mencakar dinding. Beberapa orang pekerja juga melihat bayangan melintas terlalu cepat laksana beruk liar melompat dan meniti di atas bendul.

Dalam masa mereka memetik cengkih inilah pekerja-pekerja melihat tuan tanah berkelakuan seperti seekor beruk merayau-rayau di kawasan kebun. Terpaksa pula isteri dan keluarganya memujuk supaya balik ke rumah. Tetapi tuan tanah sudah semakin tenat akibat diganggu kenan hingga kelakuannya sama seperti beruk liar di tengah hutan.

Apabila dia memanjat pokok cengkih, tuan tanah juga akan menggoyang-goyang dahan bagaikan beruk tengah galak melompat. Sekali-sekala tuan tanah akan menyeringai sama seperti beruk juga hingga tergaru-garu rusuk akibat gatal terserempak belacan.

"Kalau boleh kamu carikan Simuncak, Dawin," ujar isteri tuan tanah merayu setelah menjelaskan suaminya diganggu kenan. Tiba-tiba sahaja perangai suaminya bertukar menjadi seekor beruk setelah Simuncak meninggalkan perkebunan di Solok.

"Saya fikir Simuncak tak buat apa-apa, Bu," jelas Pak Dawin kerana bimbang isteri tuah tanah akan menuduh kawan-nya gunakan sihir.

"Memang Simuncak tak buat apa-apa," sahut isteri tuan tanah masih berharap Pak Dawin boleh mencari kawannya itu. "Tapi dia perlakukan Simuncak macam beruk, ini akibat sumpahannya," dia menambah penuh kesal dengan perbuatan suami-nya selama ini.

"Tetapi di mana mahu cari Simuncak?" keluh Pak Dawin kerana tidak tahu ke mana kawannya itu membawa diri.

"Kabarnya dia ke Silungkang bekerja tenun kain," lantas sahaja isteri tuan tanah menuduh. Tetapi setelah dicari ke Silungkang tidak juga ditemui oleh Pak Dawin. Bukanlah luas sangat perkampungan di Silungkang hingga sukar sangat mahu menemukan Simuncak. Sebab itu dia percaya Simuncak tidak berpindah ke Silungkang kalau takat mahu bekerja menenun kain.

Disebabkan tidak dapat menemui Simuncak keadaan tuan tanah semakin bertambah buruk. Dia akan melompat-lompat ke sana sini dengan memakan buah pisang atau betik sahaja. Dihulurkan nasi oleh isterinya dia tidak akan menjamah seulas pun.

Memang puas juga berubat dengan pandai dukun, tetapi keadaan tuan tanah tidak pulih lagi. Sampai menemui ajalnya dia tetap berperangai seperti seekor beruk liar. Malah isterinya juga tidak akan dapat mendekatinya kerana dia sentiasa melarikan diri kalau cuba dipujuk.

Semenjak kematian tuan tanah itulah pokok-pokok cengkih di kebunnya banyak mati dimakan ulat. Puas dicuba oleh jabatan pertanian untuk musnahkan ulat perosak itu, namun pokok-pokok cengkih di Solok habis pupus tidak bersisa.

Читать полностью…

Kisah Seram t.me/BercakapDenganJin

Terjerit-jerit Bidan Sitah akibat dipalu berterusan sampai dia terguling di tanah. Tok Syeikh terus juga memukulkan tongkatnya hingga sekali-sekala memancar api bagaikan kilauan besi dipanah matahari. Memang nenek tahu bukan Bidan Sitah yang dipukul oleh Tok Syeikh hingga terjerit-jerit kesakitan, tetapi bayangan polong yang menjelma seolah-olah Bidan Sitah.

"Awak nak bunuh kami ke, Tok Syeikh?" rintih Bidan Sitah terketar-ketar akibat teruk dibelasah dengan tongkat rotan songsang.

"Tongkat rotan songsang ni aje yang boleh ajar kamu!" bentak Tok Syeikh keras tidak menghiraukan rintihan Bidan Sitah.

"Bidan Ibah, awak nak biarkan kami macam ni?" lantas Bidan Sitah melambai-lambai ke arah nenek. Tetapi nenek tidak pedulikan lagi disebabkan dia perlu cuci uri tembuni biar hanyir darahnya hanyut dibawa arus ke hilir. Kalau Bidan Sitah mahu menjilat hanyit darah tersebut tentu terpaksa menghilir sungai sampai ke laut lepas. Sudah menjadi pantang larang polong tidak akan mengikut arus sungai ke hilir. Sekiranya terus menghilir polong tidak boleh mudik lagi ke hulu, sehingga sampai ke laut lepas.

"Sampai hati awak biarkan kami macam ni, Bidan Ibah!" merayu-rayu Bidan Sitah menahan kesakitan dengan belakangnya semakin mem-bekam darah akibat dipukul dengan tongkat rotan songsang.

"Pasal apa Bidan Ibah nak tolong awak?" jerkah Tok Syeikh berdiri di awang-awangan dengan kaki tidak jejak ke bumi.

Kemudian dia mengheret tubuh Bidan Sitah ke udara hilang di tengah gumpalan kabus yang menutupi puncak bukit bukau di hujung kampung. Sebab itu nenek tidak hairan sangat apabila diberitahu mengenai kepala tersangkut duri mengkuang di bawah rumah Mat Timin.

Sekiranya dilihat dengan mata kasar memang siapa pun tidak akan dapat melihat kepala mengheret tali perut berjurai-jurai itu. Tetapi Tok Syeikh sudah membuka hijab mata kasar hingga mereka yang berkerumun dapat melihat Mat Timin menetak kepala tergantung di bawah rumah. Ayam yang mengekas juga ternampak tali perut berjurai-jurai di tanah macam perut kambing dilapah. Tidak bertangguh ayam-ayam di bawah rumah mematuk tali perut berkenaan menyebabkan kepala yang tersangkut terpaksa menghalau perlahan. Semakin galak ayam-ayam mematuk bertambah terseksa kepala yang tertanggal daripada tubuh itu menahan sakit. Memang dia tidak menduga mata kasar boleh melihatnya setelah hijab dibuka oleh Tok Syeikh.

Semenjak kematian Bidan Sitah tidak berkepala itu, Mat Timin terus sahaja berpindah dari kampung disebabkan tidak tertahan menanggung malu. Tidak mahu lagi Mat Timin jejak kaki balik ke kampung sekalipun jiran-jiran memujuk juga. Setelah berpindah jauh dari kampung halaman tidak siapa lagi mendengar berita mengenai Mat Timin bersama isterinya Bisah.

Apalagi ketika itu perhubungan memang sukar disebabkan tidak ada kereta atau jalan raya yang memudahkan mereka bertemu. Lebai Jamat sendiri tidak tahu mengenai menantunya setelah berpindah ke Perak, kerana Mat Timin seolah-olah mahu melupakan segala kejadian yang memalukan hidupnya sekeluarga.

Tetapi Pak Dawin tidak sama dengan Mat Timin yang membawa diri jauh di rantau orang kerana menanggung malu. Pak Dawin lama di Solok kerana bekerja dengan perkebunan cengkih di situ sejak bertahun-tahun sebelum dia menetap di Padang. Memang Pak Dawin juga meninggalkan kampung halamannya di Pangkalan berhampiran Muara Takus dengan pengalaman getir sewaktu di Solok.

Siapa sahaja yang memiliki kebun cengkih yang luas mudah sahaja marah-marah disebabkan angkuh dengan kekayaan. Mereka akan mencemik pekerja-pekerja yang dibayar gaji murah dengan menyamakan bagaikan beruk yang memanjat pokok.

"Saya terkilan Dawin," keluh Simuncak menggertap hibir apabila dijerkah tuan tanah disebabkan lambat memetik cengkih. Tuan tanah memaksa supaya disediakan cepat cengkih yang siap dipetik untuk dihantar ke Pangkalan.


"Kita pekerja terpaksa ikut perintah, Pak," pujuk Dawin supaya kawannya itu bersabar. Memang dia sendiri mendengar tuan tanah memanggiI Simuncak beruk yang tidak boleh membuat kerja cepat. Kalau sudah dasar beruk memang sepatutnya dihina sepanjang masa!

Читать полностью…

Kisah Seram t.me/BercakapDenganJin

Cuma Bidan Sitah yang tidak banyak pantang larang kalau dijemput bidankan orang beranak. Sebab itu tersinggung juga dia apabila Mat Timin tidak menjemput dia bidankan Bisah. Keputusan Mat Timin menjemput nenek saya seolah-olah tidak percayakan dia menjadi bidan di dalam kampung.

Tetapi Bidan Sitah tidaklah tunjukkan sikap marahnya di depan Mat Timin. Dia sekadar menawarkan diri sahaja mahu membantu nenek saya. Tatkala nenek turun mahu ke sungai mencuci uri tembuni, Bidan Sitah tidak bercakap sepatah pun terus sahaja balik ke rumah.

Tatkala Mat Timin bersiap-siap untuk turun ke sawah dia mendengar ayam berketak cemas di bawah rumah. Sekali-sekala dia mendengar riuh orang menghalau ayam supaya jauh mengekas. Disebabkan ayam berketak cemas bagaikan terserempak biawak besar merangkak di tepi lubuk, tidak bertangguh Mat Timin menjengah ke bawah rumah.

"Huh, apa pula bendanya ni?" terkejut Mat Timin setelah melihat kepala tergantung di bawah tempat isterinya terbaring. Tali perut pula berjurai-jurai di bawah hingga dipagut ayam yang banyak berkerumun.

Segera dia memanggil bapa mertuanya Lebai Jamat yang masih terconggok di hujung serambi sebaik sahaja selesai solat dan wirid. Ketika Lebai Jamat menuruni tangga dia sendiri hairan apabila menjengah ke bawah rumah. Kepala yang mengangkut tali perut berjurai-jurai itu tersangkut pada duri mengkuang di situ.

"Hah, kau nak main-main dengan anak Bidan lbah!" gerutu Lebai Jamat setelah menyedari gangguan syaitan mahu merasuk anaknya Bisah.

"Kepala ni macam emak saya," sahut Mat Timin mengamat-amati kepala yang tersangkut itu sama macam emaknya Bidan Sitah.

"Entahlah...!" keluh Lebai Jamat merenung kepala yang tersangkut itu dengan mata terkebil-kebil.

Dalam masa Lebai Jamat terkemamar akibat melihat kepala tersangkut pada duri mengkuang di bawah rumpun itu, Mat Timin sudah menyerbu dengan parang terhunus di tangan. Tidak bertangguh dia menetak kepala tersangkut itu sekalipun bayangnya seperti kepala emaknya sendiri Bidan Sitah.

"Ini bukan emak saya, ini syaitan!" jerit Mat Timin terus menetak kepala itu macam memakuk buah kelapa tergantung di situ.

Dia juga mencencang tali perut berjurai-jurai itu sampai terlambak segala isi bercampur darah pekat. Sewaktu Lebai Jamat cuba meleraikan Mat Timin yang seolah-olah sudah dirasuk itu, nenek saya balik dari sungai membawa uri tembuni yang sudah dicuci.

Tidak terkejut nenek saya apabila diberitahu jiran-jiran yang berkerumun di bawah rumah mengenai kepala Bidan Sitah tergantung dengan tali perutnya berjurai-jurai. Setelah diberitahu kepala Bidan Sitah dicengang anaknya sendiri, segera nenek saya memujuk Mat Timin bertenang.

Lantas nenek meminta sediakan limau langit dengan tepung kunyit bersama daun sepulih. Sebaik sahaja dilangir dengan limau mereka melihat bayangan kepala seperti Badan Sitah itu berasap laksana bara disimbah dengan air. Lama kelamaan kepala yang berbayang-bayang seperti Bidan Sitah itu hilang bersama asap berpusu-pusu.

Hanya kesan darah sahaja melimpah di tanah sebaik bayangan kepala Bidan Sitah hilang tidak kelihatan lagi. Cepat-cepat pula Lebai Jamat mengajak menantunya menjengah ke rumah Bidan Sitah di baruh kampung. Sewaktu mereka berdua naik ke rumah memang terkejut Lebai Jamat apakala melihat mayat Bidan Sitah terbujur dengan tidak berkepala.

"Jangan ambil tahu cerita macam tu," jelas nenek tatkala saya tanyakan kejadian yang berlaku sebelum saya lahir lagi. Sudah bertahun-tahun kejadian itu berlaku tatkala emak saya masih anak-anak lagi, tentulah hampir dilupakan oleh nenek. Dia tidak mahu saya ungkit-ungkit lagi mengenai kejadian yang menimpa Mat Timin.

Tetapi selepas kejadian itu memang nenek mengakui di depan Lebai Jamat, dia melihat Bidan Sitah mengekori dia ke sungai untuk membantunya mencuci uri tembuni. Memang nenek tidak syak apa-apa setelah Bidan Sitah yang mahu balik ke rumah lepaskan ayam di reban tiba-tiba sahaja berpatah ke sungai.

Bersambung...

Jom ajak kawan-kawan sekali join telegram @BercakapDenganJin.

Читать полностью…

Kisah Seram t.me/BercakapDenganJin

Banyak perkara mesti dibuat kalau mahu beranji-ranji mencari salasilah keturunan masa lampau. Setidak-tidaknya mesti sediakan nasi kuning dengan kepala kambing terconggok di dalam pinggan. Mesti dipanggil pandai dukun yang boleh membakar kemenyan dan menyeru nenek moyang yang sudah meninggal dunia bertahun-tahun dulu semata-mata mahu meminta izin.

"Sepatutnya kita perlu jemput pandai dukunnya," gerutu Pak Dawin masih terkilan dengan kejadian itu.

Saya sekadar tersenyum sahaja dengan gerutu Pak Dawin yang berterusan. Apa lagi tatkala melalui Solok yang terkenal dengan berasnya di Sumatera, Pak Dawin sebut juga fasal cengkih yang tidak menjadi. Pak Dawin beritahu mengenai ramai yang kaya di Solok disebabkan perniagaan cengkih, tetapi mengalami kerugian setelah disumpah orang.

Pekebun-pekebun cengkih sengaja mengejek pekerja yang memanjat cengkih itu sama seperti beruk. Disebabkan mereka sering menghina pekerja-pekerjanya disamakan macam beruk, lantas pekerja-pekerja itu menyumpah biar hasil cengkih tidak menjadi.

Semenjak beberapa lama cengkih di Solok habis pupus akibat diserang ulat, pengusahanya baru menyedari kesilapan mereka. Tetapi saat ini gangguan ulat itu sudah tidak dapat dihapuskan sekalipun mereka gunakan racun serangga.

"Mereka terkena sumpah tu, Pak Ustaz," ujar Pak Dawin berulang kali apabila kenang kejadian cengkih habis pupus diganggu ulat.

Tetapi Agoes pernah juga beritahu saya mengenai gangguan ulat yang musnahkan pokok-pokok cengkih itu, bukan takat di Solok sahaja. Di beberapa tempat lain yang mengusahakan tanaman cengkih juga dimusnahkan oleh ulat perosak tersebut. Bagaimanapun sengaja saya terangguk-angguk dengan rungutan Pak Dawin itu.

Percaya sangat Pak Dawin mengenai sumpahan pekerja-pekerja yang disamakan dengan kera memanjat pokok cengkih itu yang menjadi punca tanaman cengkih dimusnahkan ulat. Bukan cengkih sahaja akan dimusnahkan kalau tidak mengikut aturan orang tua-tua dahulu, malah tanaman padi juga tidak bersisa dimusnahkan oleh tikus atau belalang.

Bukan takat Pak Dawin sahaja percaya dengan kejadian demikian, malah penduduk-penduduk di kampung saya juga percaya dengan semangat padi yang mudah merajuk kalau tidak dijaga cukup. Kalau semangat padi merajuk nescaya buah padi akan sambang sepanjang tahun hingga kepuk tidak penuh diisi.

Cubalah perolok-olokkan petua orang tua-tua sewaktu musim turun ke sawah. Semasa bersihkan tapak semaian memang dilarang membakar sampah sarap. Biarkan sahaja rumput ditebas kering sendiri sampai hancur bersama tanah. Kalau berkeras dibakar nescaya tikus akan berkeliaran musnahkan anak padi hingga tidak serumpun pun tumbuh di tengah sawah.

Pantang larang demikian mereka pegang kukuh-kukuh supaya semangat padi tidak merajuk. Apalagi kalau memaki hamun tikus di permatang sawah nescaya tidak sempat anak padi membesar. Mereka percaya semangat padi mudah merajuk sekiranya memaki hamun musuh tanaman semata-mata mahu melepaskan geram.

Sebab itu mereka sanggup amalkan amalan memuja semangat padi sekalipun terpaksa sediakan air cuka satu tempayan di ceruk dapur. Tahu sangat saya apabila nenek beritahu mengenai Bidan Sitah amalkan semangat padi hingga terperangkap dengan amalan syaitan.

Berkali-kali nenek ingatkan dia supaya tidak terjebak dengan amalan memuja semangat padi itu semata-mata harapkan kepuk sentiasa penuh sepanjang tahun. Tetapi sepupunya Bidan Sitah tetap berkeras juga meminta Onyang Siayuh turunkan juga amalan tersebut. Apalagi Onyang Siayuh beritahu fasal amalan semangat padi itu boleh membantu dia tatkala bidankan sesiapa yang sukar bersalin.

Bila-bila sahaja Bidan Sitah sanggup sediakan air cuka satu tempayan di ceruk dapur. Tetapi mudah sahaja kepala Bidan Sitah pening sampai termuntah-muntah asal sahaja tercium bau hanyir orang bersalin. Apabila denyut sakit kepalanya kian menjadi-jadi Bidan Sitah akan berkurung di dalam bilik tidur.

Читать полностью…

Kisah Seram t.me/BercakapDenganJin

Semua yang diberi tahu oleh Misah kepada suaminya itu, diceritakan pula oleh Mat Tera kepada Kadir Misai. Setelah termuntah-muntah bangkai belalang itu, tidak pernah lagi Misah diganggu sakit kepala berdenyut-denyut. Dia sendiri hairan bagaimana bangkai belalang itu boleh memenuhi perutnya kerana tidak pernah pun dia menjamah belalang di mana-mana.

"Mainan syaitan, macam-macam cara!" gerutu Kadir Misai setelah mendengar penjelasan sepupunya Mat Tera.

Disebabkan gangguan itu bimbang juga Mat Tera mahu menetap di tapak rumah berkenaan. Semasa dia membeli tanah tersebut yang dipenuhi belukar senduduk harganya terlalu murah. Tidak siapa pun mahu membelinya sekalipun tidak sampai empat ratus ringgit seekar.

Pak Suhur tidak sanggup mahu bangunkan tanah peninggalan nenek moyangnya sejak bertahun-tahun sekalipun memang banyak pokok buah-buahan di situ. Setelah berpindah di kampung luar Pak Suhur tidak larat mahu menjengah dusun jauh di hulu kampung. Kadang-kala buah rambutan luruh ke perdu pokok tidak ada siapa mahu meranggah.

Bukan buah rambutan sahaja habis luruh tidak berkutip, buah langsat, buah cempedak atau buah manggis juga gugur ke bumi Sebab itu Mat Tera tidak mahu tawar menawar tatkala membeli tanah dusun banyak pokok buah-buahan itu.

Kalau mahu dikira pokok-pokok tersebut bukanlah lama sangat tumbuh di dusun berkenaan. Tanah berkenaan sudah ditebang tebas semula oleh arwah ayah Pak Suhur, kemudian ditanam pokok-pokok baru. Memang tidak rugi apa-apa Mat Tera mengambil keputusan sambil membeli tanah dusun berkenaan.

Setelah menyedari gangguan pelesit itu lantas sahaja Mat Tera menemui Pak Suhur di kampung luar. Memang Pak Suhur mengakui dia keturunan Nenek Kibin, tetapi tidak tahu menahu langsung mengenai gangguan tanah berkenaan. Dia jualkan tanah dusun tersebut disebabkan tidak berupaya mahu menjengahnya tatkala buah-buahan tengah bermusim.

Tetapi Kadir Misai mendesak Mat Tera jangan mengalah dengan gangguan syaitan sampai mahu tinggalkan rumah yang sudah dibina di atas tanah berkenaan. Apa sangat dengan syaitan kerana gangguannya tidak akan berkesan apa-apa selagi Aliah tidak izinkan.

"Pak Suma ni, Pak Sumaleh ke?" segera Kadir Misai mengujinya setelah beberapa kali dia menemui orang tua berkenaan.

Tertegun Pak Suma sambil menghela nafas apabila disebut oleh Kadir Misai mengenai Sumaleh. Sukar dia mahu mengakui kerana jiran-jiran di situ semuanya mengenali dia dengan panggilan Pak Suma. Tidak siapa pun mengenali dia Sumaleh setelah berpindah dari Tangkak sejak berpuluh tahun sebelum itu.

"Kenapa awak tanya macam tu?" perlahan Pak Suma menatap muka Kadir Misai.

"Kalau betul Pak Sumaleh, tentu ustaz saya ingin nak jumpa," lantas sahaja Kadir Misai menjelaskan.

"Siapa ustaz awak tu?" semakin hairan Pak Suma mahu mengetahui rahsia pertanyaan Kadir Misai. 

"Dia tu cucu Tok Aji, katanya Tok Aji pernah beritahu adik angkatnya Pak Sumaleh," ujar Kadir Misai tersengih-sengih apabila kenangkan Pak Suma ditinggalkan tunangnya Masinah disebabkan menjelma menjadi ular sawa tengah garang mahu membelit lawan.

Ketika ini Kadir Misai melihat Pak Suma mengesat pelupuk matanya. Dia mengakui memang dia Sumaleh yang pernah menetap di beberapa tempat sebelum sampai di kampung berhampiran laluan jalan lori balak itu. Sebaik disebut mengenai Tok Aji dia menggeleng-geleng kepala bagaikan terkilan tidak dapat menemui kawannya itu.

Tatkala mula-mula saya jejak kaki di rumahnya, lantas sahaja Pak Sumaleh memeluk erat leher saya. Tidak segan-segan dia mencium pipi saya kerana merasakan saya seolah-olah cucu kandungnya juga. Lama dia tersengguk-sengguk sampai tidak dapat menuturkan apa-apa seolah-olah tidak mahu melepaskan saya dari pelukan-nya.

Tamat bab 179.

Jom ajak kawan-kawan sekali join telegram @BercakapDenganJin.

Читать полностью…

Kisah Seram t.me/BercakapDenganJin

Sewaktu dia membawa Misah ke rumah Pak Suma tiba-tiba sahaja isterinya berkeras tidak mahu naik ke rumah. Puas dipujuk Mat Tera pun Misah tetap tidak mahu jejak anak tangga. Hairan juga Mak Ibah isteri Pak Suma disebabkan Misah tidak mahu naik ke rumah.

Setelah Mat Ibah memujuknya barulah Misah mahu naik ke rumah.Terus sahaja Mat Tera beritahu mengenai penyakit yang dihidapi Misah sebaik sahaja duduk berdepan dengan Pak Suma. Memang Pak Suma juga tidak dapat mengagak penyakit yang mengganggu Misah.

Kalau sudah dibawa berjumpa doktor pun sakit kepala berdenyut-denyut tidak boleh sembuh, macam mana Pak Suma mahu mengubati. Sebab itu dia perlu mencari punca penyakit itu terlebih dahulu sebelum dapat menemui ubatnya.

Lantas Pak Suma meminta isterinya sediakan air sejuk satu gelas. Sebaik sahaja dihulurkan oleh Mak Ibah air segelas di depannya, Pak Suma memusing-musing gelas itu sampai tiga kali. Kemudian dia mengusap-usap tapak tangannya ke muka dengan membacakan:

Alif lam mim sad, kaf ha ya a'in sad, ha mim a'in sim qof, uskun aiyuhal waji' billlazi, in-yasya yuskinir riho fayazlalna rawakida 'ala zohrihi, inna fi zalika la-ayatin likulli sobbaran syakur, walahu masakana fillaili wannhari wahuwas sami'ul 'alim.

Air dalam gelas itu segera dihulurkan kepada Misah. Tidak bertangguh Mat Tera membantu isterinya meneguk air yang sudah didoakan oleh Pak Suma. Sebaik sahaja Misah meneguk air di dalam gelas dia terjerit seolah-olah menghirup air tengah panas menggelegak.

"Nak bunuh aku ke, air ni panas menggelegak!" gerutu Misah mula merentap-rentap rambut.

"Eh, kenapa pula isteri saya ni, Pak Suma?" Mat Tera cemas dengan keadaan isterinya berguling di lantai dengan merentap rambut sendiri.

"Tak apa, kita tengokkan dulu," ujar Pak Suma meminta Mat Tera bertenang.

"Mat Tera, kau campakkan aku depan ular sawa!" bentak Misah bingkas bangun menuding ke arah Pak Suma.

Tersenyum Pak Suma apabila Misah merungut-rungut ketakutan disebabkan dia melihat ular sawa berlingkar di depannya. Sekejap dia melihat Pak Suma seperti seekor ular sawa, sekejap bagaikan kerbau jantan mahu meluru mara, sekejap laksana helang mengembang sayap berligar-ligar di udara.

"Mana ada ular sawa di sini," tersenyum Mak Ibah memujuk Misah yang bertambah gelisah.

"Kamu perempuan bodoh Mak Ibah, bersuamikan ular sawa," tiba-tiba sahaja Misah mengilai ketawa mengejek-ejek Mak Ibah.

Apabila dia mahu melompat, Misah jatuh terduduk semula sambil memegang pinggangnya. Dia menggeliat-geliat cemas seolah-olah melepaskan diri daripada belitan ular sawa yang semakin kukuh. Terkial-kial dia memanggil Mat Tera meminta bantuan melepaskan dari belitan tersebut.

Pak Suma hanya duduk sahaja berpeluk tubuh memerhati kelakuan Misah yang terkial-kial memegang pinggang. Mukanya menjadi merah seolah-olah menahan cerutan yang kuat. Berkali-kali dia memukul bahagian pinggang mahu melepaskan cerutan kuat dengan belitan yang kukuh.

"Mat Tera lepaskan aku dari belitan ular ni," rayu Misah terputus-putus suara akibat sesak nafas yang menusuk ke dada.

"Merepek, mana ada ular di sini?" sahut Mat Tera tersengih-sengih kerana menyangka Misah sekadar bergurau.

"Depan kamu ni ular sawa!" gerutu Misah menuding jari ke muka Pak Suma. Sepatah pun Pak Suma tidak menyahut. Dia mengukuhkan duduknya dengan tidak berkedip mata merenung ke tubuh Misah. Kemudian dia terus membaca tiga kali Fatihah diikuti dengan surah al-Ikhlas dan Ayatul Kursi. Setelah dihembus perlahan ke muka Misah, dia meneruskan membaca doa:

 Bal-naqzifu bil-hoqqi 'alal bathili fayad maghuhu fa-izahuwa za-hiqqun, walakumul wailu mimma tasifun.

Sekali gus Misbah menangis mengongoi sayu dengan merentap-rentap rambut disebabkan terlalu marah. Dia berpaling meminta Pak Suma berhentikan membaca doa, lantas terjerit-jerit kepanasan seolah-olah di kelilingi api marak menyala.

"Ilmu apa yang Pak Suma pakai ni?" rintih Misah terketar-ketar selepas menjerit panjang.

Читать полностью…

Kisah Seram t.me/BercakapDenganJin

Jom ajak kawan-kawan sekali join telegram @BercakapDenganJin.

Читать полностью…

Kisah Seram t.me/BercakapDenganJin

Tetapi hatinya tidak senang mahu terus menetap di situ disebabkan Tok Aji berpindah akibat dituduh menyimpan toyol. Sewaktu dia jejak kaki di situ memang bertumpu di rumah Tok Aji, sebab itu dia merasakan apa yang berlaku ke atas Tok Aji samalah seperti menimpa dirinya juga.

"Sumaleh ni bukan orang muda sebarangan, Tuan Haji," tersengih-sengih Tok Aji mengusik lantas mengerling Sumaleh tengah berkemas-kemas membungkus barang-barangnya.

"Memang saya sudah agak begitu," sahut Haji Derani tersenyum.

Sekali pun Tok Aji tidak berterus terang, tetapi dia dapat mengagak tentu Sumaleh tahu mengenai kejadian yang menimpa Itam Suging. Memang Tok Aji sekadar menjelaskan tentu Sumaleh tahu mengenai keluang yang merobek-robek tubuh Itam Suging. Hingga Sumaleh juga terkejut disebabkan semua pengalaman tatkala menghambat lembaga hitam berkudis seluruh badan dengan lembaga bayi itu diketahui oleh Tok Aji.

Tersengih-sengih Sumaleh apabila diberi tahu oleh Tok Aji dia bermimpi melihat Sumaleh menjadi jaring terentang. Sekali gus pula jaring terentang itu memerangkap lembaga berkenaan yang bertukar menjadi keluang meranduk kegelapan malam.

"Mimpi tu mainan tidur, abang Aji," segera Sumaleh memintas supaya Tok Aji tidak meneruskan. Dia percaya Tok Aji bukan bermimpi tetapi telah melihat semua kejadian dengan jelas. Sebab itu dia tidak mahu Haji Derani mengetahui lebih banyak lagi mengenai kematian Itam Suging.

Tentu Haji Derani seolah-olah diperolokkan sekiranya dikatakan Sumaleh menjelma menjadi jaring terentang. Dua lembaga yang menceroboh masuk ke rumah Haji Derani terkial-kial terperangkap dalam jaring terentang dalam kegelapan malam. Selepas dua lembaga itu ditewaskan akibat jaring yang melemaskan, tidak bertangguh Sumaleh memerintahkan supaya barang-barang kemas diserakkan.

Biarlah barang-barang kemas diserakkan hingga ke kaki tangga Itam Suging menjadi pedoman orang kampung kalau mahu menjejaki siapa amalkan amalan syaitan. Tidak pula diduga oleh Sumaleh dua lembaga yang terperangkap itu tiba-tiba menjadi berang. Lantas sahaja dua lembaga itu menjelma menjadi keluang terus menerpa ke arah Itam Suging.

Dia percaya tentu Tok Aji tahu semua kejadian tersebut. Memang Tok Aji yang berdoa biar Itam Suging tidak menanggung malu berterusan sekiranya orang-orang kampung menuduh dia amalkan toyol. Apalagi Wak Tobak sudah berusaha memerangkap toyol tersebut, tetapi tidak siapa pun yang amalkan toyol.

Haji Derani juga tahu mengenai Wak Tobak tatkala mula-mula dia datang jejak kaki ke situ. Ketika ini memang orang-orang kampung diganggu toyol hingga tidak senang diam simpan duit di dalam gobok. Tidak segan-segan Wak Tobak menawarkan diri mahu memerangkap toyol berkenaan.

Wak Tobak dapat ikatkan karung tepung ke kaki toyol hingga orang-orang kampung boleh melihat karung itu terapung-apung seolah diheret. Sengaja bucu karung itu dibocorkan hingga tepung terburai sepanjang jalan hingga sampai ke kaki tangga Tok Mangga.

Semasa orang-orang kampung menyerbu mengekori tepung, yang berserak di sepanjang jalan, mereka sampai ke kaki tangga rumah Tok Mangga. Apabila orang-orang kampung menuduhnya menyimpan toyol, lantas Tok Mangga memberang marah. Siapa yang melihat toyol kalau sekadar menuduh tidak ketahuan.

Memang orang-orang kampung tidak pernah melihat toyol. Lainlah toyol itu berkeliaran macam anak-anak nakal meranggah buah masak ranum di dusun. Sebab itu Tok Mangga boleh berkeras menafikan tuduhan yang dianggapnya mahu memfitnah.

Tetapi Tok Mangga tidak boleh berbohong di depan Wak Tobak yang menunjukkan ke arah ibu jari kakinya yang kecut seolah-olah dinyonyot semenjak bertahun-tahun. Bukan takat ibu jari kaki Tok Mangga sahaja kecut dinyonyot, tetapi dia semakin gementar apabila menyedari toyol peliharaannya sudah dicekak tengkuk oleh Wak Tobak.

Terkial-kial lembaga kecil macam bayi itu apabila kakinya bersilang dengan kepala tertonggeng ke bawah, semasa Wak Tobak menekan ibu jari kaki ke tanah. Ketika ini Tok Mangga juga merasa sesak nafas hingga tercungap-cungap tidak menentu.

Читать полностью…

Kisah Seram t.me/BercakapDenganJin

#KoleksiTokAwangNgahBab179

DIGANGGU PELESIT TUJUH KETURUNAN

(Bab 179 bahagian 1)

HAMPIR sahaja jiran seisi kampung berebut-rebut melihat barang-barang kemas berserak hingga ke tangga rumah Itam Suging. Tetapi segera dilarang tok ketua setelah menyedari barang-barang kemas berkenaan kepunyaan Haji Derani. Memang sebaik sahaja terjaga bangun solat subuh Haji Derani sudah diberitahu oleh isterinya yang terkejut dengan kehilangan barang-barang kemas di dalam almari.

Sewaktu Hajah Rodimah membuka almari mahu mencapai telekung yang tersimpan, dia mendapati kotak berisi barang-barang kemas tidak ada di dalam laci. Duit yang disimpan bawah lipatan kain juga berbekas diambil orang. Siapa pula yang boleh membolos mencuri masuk kalau semua pintu dan tingkap berkunci kukuh?

Tetapi Haji Derani sudah mengesyaki memang perbuatan mereka yang amalkan ilmu syaitan. Siapa lagi yang boleh melakukan perbuatan demikian kalau bukan mereka yang amalkan ilmu syaitan untuk mencari kesenangan duniawi.

Tatkala seisi kampong menuduh Tok Aji menyimpan toyol, sengaja Haji Derani mengusik disebabkan mereka seringkali bertemu di surau. Manalah tahu sekiranya Tok Aji baru jejak kaki ke kampung tersebut dari tanah seberang memang menyimpan toyol. Apa lagi mereka di kampung berkenaan percaya hanya mereka yang datang dari tanah seberang sahaja ghairah amalkan kebatinan.

“Kalau saya simpan toyol, buat apa teruk-teruk buat kerja kopek kelapa!” tersenyum Tok Aji beritahu Haji Derani sebaik sahaja mereka selesai solat subuh di surau.

Haji Derani mengangguk perlahan.  Dia percaya pengakuan Tok Aji memang ikhlas. Semenjak datang jejak kaki ke situ Tok Aji ambil upah kopek kelapa sahaja di kebun Haji Derani. Lainlah Sumaleh yang masih muda boleh ikut orang bersampan ke laut menjaring ikan.

Tetapi Tok Aji bisikan juga kepada Haji Derani mengenai amalannya bangun solat tahajud tengah malam memohon Allah lindungkan kampung berkenaan dari kejahatan manusia dan syaitan. Dia percaya sesiapa yang amalkan syaitan itu sudah di hinggapi kudis tokak seluruh badan. Memang Tok Aji dapat mengagak keadaan orang yang amalkan sebagai pembalasan di dunia, sekalipun dia tidak cam siapa orang yang mengamalkannya.

Memang dia dapat  meneka dengan tepat.  Lagi pun bukan mudah mahu menuduh seseorang itu dihinggapi kudis tokak seluruh badan, sekiranya orang itu berpakaian litup.  Lainlah kalau orang itu berlenging tidak berbaju hingga boleh nampak kulit belakang atau celah ketiaknya dipenuhi kudis tokak sampai mengangkut nanah!

“Tetapi kejadian duit hilang di kampung ni, bukan perbuatan toyol,”  jelas Tok Aji dalam keluhan pendek.

“Kalau bukan toyol, perbuatan siapa pula?” hairan juga Haji Derani apabila kenangkan cerita orang tua-tua mengenai kepintaran toyol menyusup masuk ke dalam bilik tidur mencuri duit atau barang-barang kemas.

"Mungkin mereka gunakan puja," Tok Aji cuba mengagak kerana dia sendiri bukanlah dapat memastikan cara mana amalan itu dibuat.

Perkara puja memang boleh lakukan dengan berbagai cara amalan seperti diturunkan oleh guru masing-masing. Kalau gunakan puja sudah tentu orang itu amalkan perbuatan yang mungkar sampai sanggup menggali kubur lama. Dia akan mengambil tulang rusuk dari dalam kubur dengan sekepal tanah di bahagian kaki.

Tulang tersebut akan ditumbuk halus ditapa tujuh malam di atas kubur yang telah digali juga. Dia akan ambil kain kapan mayat di dalam kubur sekali pun sudah reput. Kain tersebut digunakan membungkus serbuk tulang dengan kepalan tanah yang diambiI di liang lahad berkenaan.

Memang sesiapa yang berakal tidak sanggup melakukan perbuatan keji demikian. Tetapi orang yang sanggup amalkan amalan demikian disebabkan hati mereka didorong oleh hasutan syaitan yang mahu memusnahkan kehidupan manusia. Mereka bersedia melakukan apa sahaja asalkan sentiasa berdamping dengan syaitan yang menjanjikan indah-indah belaka segala perbuatan yang buruk.

Читать полностью…

Kisah Seram t.me/BercakapDenganJin

Tetapi Jimin lama bertapa di dalam hutan setelah minum air tujuh kuala. Kemudian terpaksa pula berendam tengah air pada tujuh jeram tatkala malam gelap. Selepas itu Jimin akan berlari dari kaki bukit ke puncaknya hingga boleh sampai dalam sekelip mata sahaja.

Tahu sangat Sumaleh amalan datuk saudaranya Jimin terlalu sukar mahu diamalkan. Dia tidak mampu ikut amalan tersebut kalau sekadar mahu menjelmakan dirinya menjadi seperti haiwan. Tetapi Jimin sanggup lakukan semata-mata untuk pertahankan kampung halamannya dari gangguan musuh.

Semua pengalaman di kampung halamannya di Solok Manggis diberitahu kepada Tok Aji sewaktu mereka sama-sama menetap di Pontian. Sebab itu dia mendesak Tok Aji supaya membantunya buangkan sahaja amalan yang menyebabkan dia terpisah dari Masinah. Tentu dia tidak boleh salahkan Masinah apabila gadis itu geli gelemam membayangkan dirinya seekor ular sawa berlingkar.

"Memang saya menyesal, abang Aji," Sumaleh memberi pengakuan disebabkan tidak menyangka akibat amalannya dia terpaksa berpisah dengan Masinah.

"Tapi di Pontian ni, tak sama dengan Solok Manggis," jelas Tok Aji memujuk kawannya yang masih tidak dapat melupakan kejadian di kampung halamannya.

"Di sini memang orang tak ambil peduli sangat amalan tu," terangguk-angguk Sumaleh menghela nafas apabila kenang kawan-kawannya di perkampungan itu tidak bersusah payah mahu amalkan kebatinan. Tidak sama dengan kawan-kawannya di Solok Manggis hingga Mat Kubin pun mahu amalkan pukau atau Tonel dengan kebal tidak lut senjata.

Tetapi gangguan memang ada di mana-mana. Apabila penduduk kampung gelisah disebabkan kelibat toyol menyusup masuk ke dalam rumah hingga mencuri duit tersimpan di bawah lipatan kain, masing-masing tidak tahu bagaimana mahu menghalang.

Memang Tok Aji tidak peduli sangat seisi kampung gelisah dengan kejadian duit hilang dalam simpanan. Lagi pun dia tidak mahu menunjuk-nunjuk pandai di kampung halaman orang, kerana bimbang dituduh mahu mengambil kesempatan. Namun Sumaleh sudah mendengar orang-orang kampung sengaja menuduh Tok Aji yang menyimpan toyol.

Mereka percaya setelah Tok Aji berpindah ke perkampungan itu sahaja kejadian toyol mengganggu itu menjadi-jadi. Sebab itu Sumaleh tidak rela membiarkan orang-orang kampung menuduh Tok Aji. Tetapi Tok Aji tidak bimbang apa-apa kerana perkara toyol itu memang bencana syaitan yang mahukan penduduk kampung tuduh menuduh.

"Orang kampung tuduh abang Aji simpan toyol," beritahu Sumaleh tidak sabar dengan ancaman orang-orang kampung.

"Biar mereka tangkap sendiri toyol tu,” sahut Tok Aji berkeras tidak mahu berpindah setelah didesak oleh Sumaleh.

"Macam mana kalau mereka cederakan abang Aji?" desak Sumaleh disebabkan orang-orang kampung semakin galak menuduh.

"Kita hanya mohon perlindungan dari Allah," jelas Tok Aji memberi keputusan. Sekiranya mereka berdua tinggalkan kampung tersebut tentu seisi kampung percaya memang dia menyimpan toyol. Biarlah mereka dapat buktikan dulu perbuatan siapa gunakan toyol sebelum mereka berpindah dari situ.

Disebabkan Tok Aji tidak mahu berundur itulah Sumaleh terpaksa juga mengendap di tengah kegelapan malam. Sewaktu dia tersergam menjelma menjadi pokok cenerai di hujung halaman, dia melihat lembaga hitam dengan seluruh kulitnya diselaputi kudis membimbing tangan lembaga kecil seperti bayi. Dia melihat sendiri lembaga hitam itu memerintahkan lembaga seperti bayi itu menyusup masuk ke rumah Haji Derani.

Dalam masa beberapa minit sahaja lembaga seperti bayi keluar membawa peti kecil berisi barang-barang kemas. Sebaik sahaja lembaga bayi itu melompat turun ke tengah halaman, Sumaleh melihat dua lembaga itu menjelma menjadi keluang lantas melayang pantas di tengah kegelapan malam.

Sekali gus pula Sumaleh menukar dirinya menjadi jaring terentang memerangkap keluang yang pantas meranduk kegelapan malam. Sebaik sahaja dua ekor keluang itu tersusup ke dalam jaring terentang peti berisi barang kemas juga jatuh ke tanah. Terpinga-pinga lembaga keluang itu bertukar menjadi lelaki dipenuhi kudis seluruh badan mahu melepaskan diri daripada perangkap jaring.

Читать полностью…

Kisah Seram t.me/BercakapDenganJin

#KoleksiTokAwangNgahBab178

TULANG MENJADI ULAR SAWA

(Bab 178 bahagian 2)

Sewaktu jiran-jiran cuba membantu Tonel, mereka yang di atas rumah terkejut disebabkan Masinah pengsan tidak sedarkan diri. Giginya terkancing dengan tubuhnya sejuk laksana batang pisang tergolek. Cemas tidak keruan ibunya memanggil suaminya Deraman yang terkial-kial memapah Tonel ke kaki tangga.

"Hah, apa pula balanya lagi?" gerutu Deraman apabila isterinya memanggil tidak menentu.

Sewaktu mereka naik ke rumah tubuh Masinah lemah longlai tidak bermaya. Bibirnya pucat laksana kulit langsat terkupas habis. Mereka berpandangan sama sendiri kerana tidak semena-mena sahaja Masinah rebah tatkala berdiri di tingkap.

Memang Ibun sendiri tidak menyedari bagaimana anaknya tiba-tiba rebah ke lantai hingga tubuhnya lemah longlai. Setelah dibantu oleh jiran-jiran dibaringkan di tengah serambi, keadaan Masinah masih juga tidak berubah.

"Macam mana ni, Pak Malim?" Ibun tersengguk-sengguk terharu dengan kejadian yang menimpa anaknya.

Malim Bulak tidak menyahut. Dia merenung lama ke mata Masinah dengan membacakan Fatihah tujuh kali. Apabila dia mengetuk jari telunjuknya ke dahi Masinah, gadis itu terkejut hingga bingkas duduk dengan terkebil-kebil mata.

"Kenapa kamu ni, Masinah?" segera Deraman memegang bahu anaknya yang masih terpinga-pinga tidak menentu.

Tetapi Masinah tertunduk dalam ketakutan menyelubungi perasaannya.Dia tidak berani mendongak memandang keliling, sekalipun Malim Bulak menyuruh mereka yang berkerumun undur jauh sedikit. Tentu Masinah kepanasan sekiranya jiran-jiran berasak mahu mendekatinya.

"Bagaimana kamu boleh jadi begini?" perlahan sahaja Malim Bulak menegur setelah menyedari Masinah tidak dirasuk apa-apa, kecuali terlalu ketakutan hingga perasaannya tertekan.

"Aku tak mahu bernikah dengan ular sawa!" Masinah menangis apabila kenang tunangnya Sumaleh berbelit-belit dengan Tonel hingga tubuhnya bersisik dari betis hingga ke pinggang. Dalam masa sekelip mata sahaja seluruh tubuh Sumaleh bersisik sebelum menjelma menjadi ular sawa sebesar betis. Geli geleman Masinah tatkala bayangkan Sumaleh akan menjadi teman di sisinya kalau sudah bernikah kelak.

"His, apa yang kamu cakapkan ni!" serba salah juga Deraman apabila anaknya membuat keputusan di depan Sumaleh. Tentu anak muda itu tersinggung dituduh Masinah demikian. Manalah tahu Sumaleh akan membalas dendam setelah hatinya terluka dengan kata-kata Masinah yang menghiris.

"Semua orang nampak, Sumaleh tu sebetulnya ular sawa," Masinah terus merungut tidak mahu menatap muka Sumaleh.Terbayang sahaja di benaknya kulit Sumaleh bersisik keras hingga berubah menjadi seekor ular sawa berbatik-batik.

Memang semua jiran-jiran melihat ular sawa yang berlingkar di tengah halaman membelit tubuh Tonel jelmaan dari Sumaleh. Bagaimana kalau Sumaleh bertukar menjadi ular sawa berlingkar di atas tempat tidurnya kalau ayahnya memutuskan juga dia mesti berkahwin dengan lelaki itu?

"Sumaleh bukannya ular sawa," pujuk Sumaleh setelah menyedari tunangannya ketakutan akibat dia menjadi ular sawa takala mahu pertahankan diri dari ancaman Tonel.

Tetapi Masinah tidak boleh dipujuk lagi. Dia tidak mahu menerima tunangannya Sumaleh setelah melihat sendiri lelaki itu menjadi ular sawa. Berkali-kali Masinah geli gelemam ketakutan seolah-olah melihat bayangan ular berlingkar di sisinya.

Saat ini Sumaleh berasa kesal disebabkan amalannya menjadi kebencian Masinah, sekalipun dia sekadar mahu selamatkan keluarga tunangnya itu. Jauh di lipatan hatinya dia menyedari kenapa datuknya Malim Bulak ingatkan dia mengenai mudarat amalan sangkaguna tersebut.

Lainlah kalau ajalnya sudah ditentukan seperti berlaku ke atas datuk saudaranya Jimin yang terkorban kerana pertahankan kampung halamannya diganggu musuh. Memang Haji Maasih mampu pulihkan semula supaya Jimin tidak mati menjadi bangkai burung helang yang tidak sempat dimandi dan dikapankan. Sebab itu Sumaleh percaya datuknya Malim Bulak juga mampu pulihkan dirinya sekiranya sudah ditentukan demikian.

Читать полностью…

Kisah Seram t.me/BercakapDenganJin

Sewaktu Ucin Gila mengamuk mengibas parang panjang di tangan, cuma Tonel satu-satunya yang berani mencekik baju. Sekaligus Ucin Gila menetak parang terhunus ke kepala Tonel, tetapi mata parangnya sumbing macam timah lembut singgah ke batu.Tidak bertangguh pula Tonel mengilas tangan Ucin Gila ke belakang terus merampas parang terhunus.

Sebab itu apabila Tonel cekak leher Deraman kerana menolak pinangannya, memang tidak siapa berani membantu. Bukan Deraman tidak mahu menerima Tonel, tetapi anaknya Masinah sudah bertunang. Apa pula tuduhan orang kampung kalau dia memutuskan pertunangan semata-mata menurut kemahuan Tonel.

Tatkala Tonel menceroboh rumah Deraman hingga sanggup mahu mencabul Masinah, lantas sahaja Sumaleh tampil merentap rambutnya turun ke tengah halaman. Marah benar Tonel kerana Sumaleh cuba menunjukkan jantan untuk pertahankan Deraman.

"Sudah penuhkah ilmu di dada kamu?" bentak Tonel mengejek Sumaleh yang tercegat menunggu dia menyerang.

"Oh, kerana ilmu kebal kau, maka kamu mahu tunjuk kurang ajar!" sahut Sumaleh disebabkan Tonel berani mengganggu tunangnya Masinah. Kalau dibiarkan saja tentu Tonel akan tunjuk jantan di dalam kampung tidak mengira sesiapa lagi. Sebab itu dia mesti tundukkan Tonel depan orang-orang kampung.

"Apa lagi, sekarang mara kamu ke depan!" ejek Tonel membuka dada mengajak Sumaleh.

"Tunggu, hentikan pergaduhan," Deraman mendesak kerana bimbang Sumaleh akan kecundang di tangan Tonel. Dia melihat sendiri Tonel bukan lawan Sumaleh kalau bandingkan tubuh sasa dua anak muda bcrkenaan.

"Pak Tua Deraman takut Sumaleh berputih mata!" ketawa Tonel memanjang mengejek lawannya biar segera menerpa.

Tetapi Sumaleh yang berbadan kurus itu tidak menerpa. Dia sekadar mencemik muka sahaja menunggu Tonel sendiri memulakan pencak silatnya. Memang dia tahu tidak siapa pun berani melawan Tonel kalau dia sudah membentak marah. Takat parang terhunus di tangan jangan cuba mahu memangkas kalau tidak disertakan dengan ilmu di dada.

Bila-bila sahaja Tonel boleh kuis dengan kaki sampai tersungkur menyembam bumi. Mata parang juga akan sumbing sekiranya singgah mencecah tubuh Tonel macam golok kayu ditetakkan ke batu tersergam. Sebab itu Deraman cemas kalau Sumaleh terus juga melawan.

Apa salahnya Sumaleh mengalah setelah sama-sama tercegat di tengah halaman. Tentu Tonel bertimbang rasa juga tidak berdendam apabila Sumaleh merentap rambut mengajak turun ke tengah halaman tunjukkan jantan masing-masing.

"Belum tahu siapa berputih mata, Tonel" Sumaleh tetap tidak mengalah sambil matanya meliar memerhati gerak Tonel.

Tatkala Tonel menerkam ke arahnya, Sumaleh tidak mengelak apa-apa. Mereka bergomol di tengah halaman menyebabkan Masinah yang tercegat di tepi jendela memekik kuat. Dalam masa beberapa minit sahaja mereka bergomol, tiba-tiba Tonel segera melompat mengelakkan diri apabila menyedari dia bukan lagi bergomol dengan Sumaleh. Tetapi hampir sahaja dia dibelit ular sawa sebesar betis.

Mereka yang melihat kejadian itu terkejut juga apabila Sumaleh tiba-tiba sahaja bertukar menjadi seekor ular sawa yang hampir membelit Tonel. Tertegun Tonel setelah menyedari Sumaleh juga bukan calang-calang lawan yang mahu ditentang. Selama ini dia menyangka Sumaleh bertubuh kurus itu mudah sahaja ditewaskan kalau takat beradu tenaga. Tetapi Sumaleh bukan bergantung pada tenaga biasa, dia mempunyai amalan yang menggerunkan Tonel sendiri.

Sekiranya dia lambat melompat melepaskan diri nescaya tubuhnya akan dicerut ular sawa sebesar betis. Kelebihan dia sekadar kebal tidak lut senjata. Manalah dia boleh mengelak apabila dicerut belitan ular hingga sukar mahu bernafas.

Sebaik sahaja Tonel sempat menghunus parang, segera dia melompat tangkas mahu menetak kepala ular sawa yang masih berlingkari di tengah halaman.Tatkala dia menetak pantas Tonel sekadar melihat mata parangnya menyinggahi kain hitam berkibar-kibar ditiup angin. Sekaligus pula ular sawa berlingkar melayang ke udara menjadi helang berligar-ligar mahu menyambar.

Читать полностью…

Kisah Seram t.me/BercakapDenganJin

#KoleksiTokAwangNgahBab178

TULANG MENJADI ULAR SAWA

(Bab 178 bahagian 1)

BERKALI-KALI diingat kan oleh datuknya Malim Bulak mengenai amalan sangkaguna yang boleh menukarkan diri menjelma menjadi lain daripada diri sendiri itu, tetapi Sumaleh tetap berkeras amalkan juga. Malim Bulak sudah ingatkan betapa amalan itu memudaratkan diri kalau tidak sempat dipulihkan. Satu-satunya yang boleh memulihkan semula sesiapa yang tersalah bawa, hanya guru yang menurunkan amalan sangkaguna itu.

Tahu sangat Malim Bulak mudaratnya kecuali seseorang itu sanggup bertahan dengan penuh kesabaran. Sewaktu sepupunya Jimin menemui ajal memang Malim Bulak melihat sendiri bagaimana seekor burung helang menjunam jatuh di tengah halaman akibat ditembak orang.

Sudah berkali-kali burung helang itu menyusup masuk ke tempat musuh melarikan senjata. Memang musuh tidak percaya apabila orang-orangnya memberi tahu mengenai Jimin yang menjelma menjadi helang. Tetapi Malim Bulak menyedari Jimin terpaksa melakukan kerana mempertahankan kampung halamannya daripada diceroboh musuh.

Marah sangat dia apabila kenangkan Belanda menceroboh di mana-mana meminta orang kampung serahkan padi kepada mereka. Siapa sahaja menentang akan ditangkap Belanda diheret sampai ke Betawi. Sebab itu Jimin tidak rela kampung halamannya di Solok Manggis diceroboh Belanda.

Ketika ini Belanda diganggu seekor helang yang akan menyambar senjata mereka, atau memusnahkan apa sahaja bekalan makanan. Beberapa kali diperangkap oleh musuh, tetapi helang berkenaan terlalu pintar melepaskan diri. Sebab itulah penduduk-penduduk kampung sendiri beritahu musuh mengenai helang tersebut jelmaan semata-mata.

Setelah dibantu oleh penduduk-penduduk kampung sendiri barulah musuh dapat memerangkap tatkala helang berkenaan hinggap di rumpun buluh. Mereka lepaskan tembakan hingga bulu sang helang bertaburan ke bumi, namun sang helang yang pintar itu tidak juga terhumban ke bawah. Lantas sahaja dia melambung semula ke udara terbang jauh ke awan.

Sewaktu helang itu jatuh ke tengah halaman rumah datuknya, Malim Bulak melihat Haji Maasih menitiskan air mata. Tidak bertangguh dia menyuruh sanak saudara mengangkat burung helang itu naik ke rumah laksana menatang jenazah manusia. Tidak siapa pun tahu mengenai rahsia burung helang yang jatuh ke tengah halaman dengan dadanya berlumurah darah itu.

"Jangan beritahu siapa pun, mengenai helang ini!" lantas Haji Maasih ingatkan sanak saudara supaya rahsiakan mengenai kejadian yang mereka lihat sendiri. "Ingat musuh dalam selimut," ujarnya menyimpan dendam yang membara terhadap orang-orang kampung yang sanggup menjadi penolong kepada musuh sendiri.

Kemudian dia memanggil Malim Bulak masuk ke tengah rumah tempat helang diletakkan bagai mayat sedang terbujur. Setelah diselimutkan dengan kain hijau, Haji Maasih meminta Malim Bulak berdiri di hulu kepala dengan berdiri sebelah kaki sahaja. Dia menyuruh Malim Bulak azan dengan diulangi sampai tujuh kali.

Dalam masa Malim Bulak melaungkan azan perlahan, Haji Maasih menepuk-nepuk kain hijau yang menyelimuti helang tersebut. Perlahan-lahan Haji Maasih menyebut 100 kali hingga bergegar seluruh tubuhnya:

Ya qadim, qa daim, ya ahad, ya wahid, ya samad.

Ketika ini Malim Bulak seolah-olah tidak tahu apa sebenarnya berlaku, kerana dia merasa terapung-apung bersama buih di tengah ombak. Kakinya juga tidak terasa berjejak di lantai, kecuali terapung-apung di dalam air yang bergelombang. Dia terus juga azan hingga mencukupi tujuh kali seperti diperintahkan oleh Haji Maasih.

Memang Haji Maasih tidak benarkan siapa pun masuk menjengah apabila dia mengajak cucunya Malim Bulak masuk ke tengah rumah. Sanak saudara juga tidak peduli sangat tatkala orang tua itu menyuruh membawa bangkai helang yang jatuh ke tengah halaman diusung macam menatang jenazah manusia.

Sewaktu Malim Bulak selesai azan dia mendengar Haji Maasih berdoa hingga tersengguk-sengguk menahan rasa terharu:

Читать полностью…

Kisah Seram t.me/BercakapDenganJin

"Mayah tak sama dengan Naesah," Ngah Semidin menuturkan perlahan sambil mengusap-usap kepala lututnya. Lantas dia menunjukkan pergelangan kakinya yang membengkak disebabkan lama duduk di kerusi. Terpaksa pula dia naik ke katil lunjurkan semula kakinya supaya tidak membengkak buku lali.

"Tak sama macam mana pula, ngah?" terkejut juga isteri saya dengan tanggapan Ngah Semidin itu.

"Mayah mahu ikut cakap mak ayah," ujarnya dalam keluhan memanjang. "Naesah ni lain sikit," katanya macam menyimpan rahsia yang terpendam.

Isteri saya tertunduk dengan penjelasan Ngah Semidin. Dia sendiri tidak memahami sangat maksud yang tersirat di sebalik tuduhan Ngah Semidin mengenai anaknya Naesah. Masakan mendesak dia berubat di hospital mudah sahaja Ngah Semidin menuduh demikian.

Tentu Naesah merasakan ayahnya perlu dibawa segera ke hospital. Saleh Moyok tidak berhak mencampuri urusan keluarga mereka, sekalipun lelaki itu berjasa menyelamatkan ayahnya yang ditimpa kemalangan di hutan.

Siapa yang memapah ayahnya balik ke rumah kalau bukan Saleh Moyok? Tentu ayahnya akan terkejang di perdu pokok petai sampai berhari-hari sekiranya Saleh Moyok tidak sama ke hutan. Tetapi Naesah tetap tidak benarkan Saleh Moyok membuat keputusan ke mana ayahnya perlu dirawat.

Perkara Saleh Moyok keturunan penghulu yang dipancung kepala kemudian bercantum semula tidak penting kepada Naesah. Manalah dia tahu mengenai kejadian yang sudah berlaku lebih 200 tahun dahulu. Lainlah kalau Saleh Moyok sendiri yang mengalami kejadian dipancung kepala, kemudian bercantum semula. Bila-bila dia akan mempercayai Saleh Moyok boleh membantu mengubati ayahnya.

"Dah berubat ke hospital pun, masih juga macam ni," gerutu Uda Mahijah tidak sabar lagi dengan keadaan suaminya masih tidak sembuh.

"Sabarlah Uda, kalau lambat sembuh pun bukannya kuasa kita," pujuk isteri saya mententeramkan perasaan Uda Mahijah yang masih terharu dengan kunjungan kami ke rumahnya.

"His, kalau Uda tak sabar, tak tahulah macam mana jadinya," keluh Uda Mahijah selanjutnya.

Memang sudah jelak dia dengan pujukan jiran-jiran memintanya bersabar. Naesah juga kerapkaii ingatkan dia supaya bersabar sahaja, sedangkan anaknya seminggu sekali sahaja datang menjengah. Siapa yang terconggok sepanjang hari menghadap Ngah Semidin yang terkejang, kalau bukan dia?

Bukan takat makan minum sahaja dia terpaksa uruskan, tetapi buang air dan istinja juga dia mesti lakukan biar suaminya bersih sepanjang masa. Tentu siapa pun tidak akan bertahan dengan kesabaran demikian kalau suaminya terus juga terkejang.

Kemudian isteri saya berbisik minta tengokkan juga bapa saudaranya yang patah pangkal paha akibat jatuh dari pokok petai. Memang Ngah Semidin mengakui besi yang disorongkan ke pangkal paha menggantikan tulangnya akan terasa ngilu apabila bergerak kuat, Ibu jari tangannya yang tercabut tulang juga sudah disendal dengan ikatan dawai supaya tidak renggang.

"Semuanya dah tak ada lagi yang asli," keluh Ngah Semidin apabila kenangkan tulang pahanya diganti dengan besi sampai disorong hingga ke pangkal.

“Syukurlah, awak pun dah selamat,”  cepat sahaja Saleh Moyok memintas untuk memujuk kawannya itu.

Apa sangat dengan tulang paha dipasak dengan besi kalau bandingkan dengan nenek moyangnya terpaksa dipancung leher, sekalipun boleh bercantum semula masih juga tidak dapat menyelamatkan diri.  Kaum kerabat terpaksa membiarkan sahaja dia dipancung kerana tidak berupaya mahu melawan mereka yang menjatuhkan hukuman.

“Biarlah ustaz doakan sikit,”  isteri saya seolah-olah mendesak saya.

“Cubalah, ustaz,”  segera Uda Mahijah meminta saya mendekati Ngah Semidin.

Saya tidak membantah apa-apa, lantas membacakan al-Fatihah tiga kali diikuti surah al-Ikhlas tiga kali juga.  Selepas bersalawat dan beristighfar saya bacakan:

Qul innama ana basyarum mislukum yuho ilaiya innama ilahukum ilahun wahidun famankana yarju ilqo-arabbihi falya’mal ‘amalan solihan wala yusyrik bi’ibadati rabbihi ahadan,  dengan diulangi tujuh kali.

Читать полностью…

Kisah Seram t.me/BercakapDenganJin

"Buat jahat macam mana, tuan haji?" sengaja Saleh Moyok mendesak, sekalipun dia memang sudah lama mendengar mengenai khasiat minyak lintah Pak Lobin. "Awak cubalah cari Pak Lobin di Kuala Kurau," tegas Haji Tahari memegang kepala lutut Lajim.

"Apa gunanya nak buat jahat," keluh Saleh Moyok tersengih-sengih apabila kenangkan mereka yang tidak segan silu minta Pak Lobin urutkan. "Macam mana kalau saudara mara kita, orang buat jahat?" gelisah juga dia kenangkan nasib saudara maranya kalau termasuk perangkap orang-orang berkedudukan yang minta urutkan minyak lintah itu.

Macam mana pula kalau saudara mara orang-orang berkenaan terperangkap sesama sendiri? Tetapi, tentu mereka tidak pernah terfikir mengenai saudara mara sendiri. Di dalam benaknya, mereka masuk memuaskan perasaan sendiri selepas diurut dengan minyak lintah.

Memang Saleh Moyok tahu sangat perbezaan minyak lintah dengan minyak gamat yang di-gunakan untuk berurut. Kadangkala geli geleman dia apabila kenangkan orang tua-tua dulu sanggup menelan gamat hidup-hidup jadikan amalan. Mereka tabahkan hati menelan gamat biar tubuh badan tidak mudah luka sekiranya disinggahi senjata besi.

Macam tidak percaya Saleh Moyok apabila diberitahu mengenai keturunan nenek moyangnya di Negeri Sembilan pernah dipenggal leher, tetapi bercantum balik. Memang terkejut orang-orang kampung apabila nenek moyangnya yang menjadi penghulu dihukum bunuh sampai dipancung leher itu.

Sebaik sahaja kepala penghulu itu dipancung tiba-tiba sahaja besoknya dia balik ke rumah. Kepalanya yang putus terpenggal bercantum semula apabila embun turun di malam hari. Setelah dikebumikan pun kepala penghulu itu boleh bercantum semula.

Setelah dipujuk oleh tukang bunuh, barulah penghulu berkenaan mengaku amalkan menelan gamat hidup-hidup. Di-sebabkan tidak mahu orang-orangnya menerima padah, penghulu itu sanggup memberitahu rahsia untuk lemahkan amalannya itu.

Dia sendiri menyuruh tukang bunuh supaya tanamkan tubuhnya di lereng bukit yang berasingan dengan kepalanya, dan mesti dipisahkan oleh anak air. Setelah dipancung oleh tukang bunuh, mayat penghulu berkenaan di-tanamkan dengan kepalanya dipisahkan daripada badan pada lereng dua buah bukit. Lereng bukit berkenaan dipisahkan pula oleh anak air yang mengalir ke tengah perkampungan mereka.

Selama 44 malam pula orang-orang kampung mendengar laungan dari lereng bukit tempat kepala penghulu itu dikebumikan meminta badannya datang untuk bercantum semula. Laungan yang menggerunkan itu bergema di tengah malam hingga mereka yang lemah semangat terlantar demam beberapa hari.

Memang kejadian yang berlaku lebih 200 tahun dahulu di kampungnya melibatkan nenek moyangnya sendiri, tetapi Saleh Moyok tidak peduli sangat peristiwa itu. Dia sendiri tidak berbangga sangat dengan kemampuan nenek moyangnya yang boleh bangkit semula selepas kepalanya dipenggal.

Apalah yang boleh dibanggakan kalau kebolehan tersebut terpaksa juga menyerah kalah dengan membiarkan kepala di-penggal orang. Alangkah lebih baik kalau nenek moyangnya terus melawan sekalipun beberapa kali kepala dipenggal!

"Amalan menelan gamat hidup-hidup, memang amalan orang tua-tua dulu,": jelas Haji Tahari apabila diberitahu oleh Saleh Moyok mengenai kejadian yang menimpa nenek moyangnya itu.

Tidak hairan sangat Haji Tahari sekiranya kejadian itu berlaku ke atas penghulu berkenaan. Banyak kejadian di masa dahulu yang tidak mudah dipercayai oleh sesiapa pun sekarang. Biarlah mereka memikirkan sendiri sama ada kejadian demikian tahyol atau pun tidak. Haji Tahari tidak perlu beritahu sesiapapun sekiranya mereka tidak mahu mempercayai langsung.

Dia sendiri tahu memang ramai orang menuduhnya sengaja menghilangkan diri apabila menyedari orang datang mahu menemuinya dengan tidak ikhlas. Tetapi Haji Tahari mengakui dia tidak ke mana-mana apabila tunaikan solat di madrasah. Dia sendiri terkejut sekira-nya diberitahu oleh isterinya orang datang mahu menemui dia minta berurut.

Читать полностью…
Subscribe to a channel