KISAH SERAM / CERPEN BERCAKAP DENGAN JIN Karya TAMAR JALIS 🤲al fatihah kpd penulis Allahyarham dlm memori (13.9.1940 - 26.8.2018) Menerusi siri buku Bercakap Dengan Jin, Tamar Jalis menulis watak datuknya, Long Piah berusia 50-an & beliau sbg cucu
Tetapi ke mana dia mahu gunakan wang sebanyak itu kalau boleh mencurigakan masyarakat? Kalau dia tidak berusaha kuat tentu masyarakat akan syak juga bagaimana dia boleh mendapat wang demikian banyak? Tentulah sia-sia sahaja amalannya kalau diamalkan berterusan.
“Amalan demikian bukan untuk bermegah-megah,” ujar Haji Mat Lohim semasa Mamak Bandaro temukan saya dengannya setelah jejak kaki di Payakumbuh.
“Ustaz ni keponakan saya,” beri tahu Mamak Bandaro apabila Haji Mat Lohim bertanya disebabkan saya mendiamkan diri sahaja sepanjang bertemu di madrasahnya.
“Tentu datang dari jauh?” tersenyum Haji Mat Lohim menatap muka saya tidak berkedip mata.
Saya mengangguk perlahan. Kalau saya tidak beri tahu mengenai kedatangan saya dari Semenanjung pun, Haji Mat Lohim sudah dapat mengagak. Sebab itu lantas dia menyebut saya datang dari jauh.
“Asalnya orang sini, ramai sanak saudaranya di sini,” sahut Mamak Bandaro tersenyum riang.
“Tentu kerabatnya Haji Solim di Batusangkar,” Haji Mat Lohim lantas sahaja menuduh.
Saya mengangguk juga. Sengaja Mamak Bandaro temukan saya dengan Haji Mat Lohim setelah Haji Salim sendiri bisikkan kepadanya semasa menemui orang tua itu di Batusangkar. Saya sendiri kepingin juga mahu menemui Haji Mat Lohim apabila diberi tahu oleh Haji Salim mengenai kawannya di Payakumbuh itu.
Tidak ada yang menghairankan pada Haji Mat Lohim kalau disebut sesiapa pun boleh menjelmakan dirinya kepada rupa yang berbeza. Dia sendiri mengakui boleh mengubah dirinya sampai tujuh jelmaan, sekiranya untuk memberi manfaat kepada masyarakat.
Sewaktu di Bangkinang seisi kampung melihat Haji Mat Lohim ada pada tujuh masjid, apabila Belanda mahu menangkapnya. Hairan juga orang Belanda apakala diberi tahu mereka menemui Haji Mat Lohim pada tujuh tempat dalam satu masa. Mereka tidak cam Haji Mat Lohim sebenarnya di sebabkan tujuh lelaki yang ditangkap itu menyerupai Haji Mat Lohim.
Marah sangat pegawai Belanda apabila dilaporkan Haji Mat Lohim boleh menyusup masuk mengambil wang beribu-ribu dari simpanan kerajaan. Haji Mat Lohim dituduh menyusup masuk menggunakan amalan kebatinan, setelah orang kampung sendiri mengadu kepada Belanda. Tetapi Haji Mat Lohim tidak dapat ditangkap setelah Belanda tidak dapat cam yang mana di antara tujuh lelaki berkenaan menyerupai Haji Mat Lohim.
“Semuanya boleh dilakukan dengan izin Allah,” ujar Haji Mat Lohim tersengih-sengih merenung saya. “Tentu ustaz pun tahu, saya dapat agak banyak yang ustaz tahu,” jelasnya lembut tidak lepas menatap muka saya.
Mamak Bandaro tersengih-sengih sahaja apabila Haji Mat Lohim menuturkan demikian. Tahu sangat dia mengenai kejadian di Bangkinangn tatkala Haji Mat Lohim ditangkap Belanda hingga tujuh lelaki pada tujuh masjid yang ditangkap menyerupai dirinya.
“Belanda tidak pernah tangkap saya,” jelas Haji Mat Lohim tersenyum apabila Mamak Bandaro ungkit kejadian di masa lalu yang dialaminya. “Boleh jadi mereka tangkap orang lain, masa itu saya berada di Jambi,” dia menambah sambil menghela nafas panjang.
Memang saya tidak mahu beri tahu Haji Maasar mengenai amalan Haji Mat Lohim itu. Manalah tahu tok guru yang di temui itu juga mempelajari amalan demikian, manalah tahu Haji Maasar akan becok pula menyindir Lamidah mengenai amalan Haji Mat Lohim.
Kadangkala sukar mahu ingatkan Haji Maasar supaya tidak heboh sangat dengan amalan yang hanya Allah sahaja mengetahui. Tetapi Haji Masar mudah sangat mahu menyindir seolah-olah dia tahu sangat mengenai amalan orang lain. Dia tidak tahu amalan seseorang itu tidak sama, sekali pun jalan yang diamalkan mempunyai persamaan.
Tamat bab 164.
Jom ajak kawan-kawan sekali join telegram @BercakapDenganJin.
Tiga minggu Lamidah tinggalkan rumahnya, memang dia balik membawa wang yang banyak. Haji Derahim tidak syak apa-apa lagi disebabkan wang tersebut boleh digunakan membayar apa sahaja hutang yang ditanggung. Masukkan ke bank pun tidak bertukar menjadi kain putih atau kemenyan. Dia percaya amalan isterinya mampu selamatkan dirinya daripada mengalami keruntuhan perniagaan yang memalukan.
Tahu sangat Hajah Selibah semenjak Lamidah amalkan amalan tok guru memang banyak perubahan pada dirinya. Lamidah suami isteri sudah bertukar kereta baru yang lebih mewah, sudah membeli rumah bungalow mewah lebih besar, sudah banyak wang simpanan di dalam bank.
Lamidah sendiri tunjukkan kepadanya mengenai wang simpanan, hingga boleh serahkan secekak kepada Hajah Selibah. Seminggu duit secekak yang diberi oleh Lamidah itu di simpannya baik-baik dengan tidak memberi tahu suaminya Haji Maasar. Kalau tidak di sebabkan mereka suami isteri bertengkar kecil, memang duit secekak yang diberi oleh Lamidah itu Hajah Selibah akan belanjakan.
Disebabkan mereka tidak bertegur akibat bertengkar kecil, duit secekak itu disimpan sahaja. Seminggu kemudian Lamidah datang berkunjung, cepat-cepat Hajah Selibah pulangkan semula wang berkenaan. Bimbang juga dia mahu belanjakan wang secekak yang di pinjamkan oleh Lamidah itu. Manalah tahu setelah dibelanjakan dia akan menurut sahaja kemahuan Lamidah hingga menemui tok guru berkenaan.
Perlahan-lahan saya mengesat air yng tergenang di pelupuk mata apabila kenang lintasan yang terbayang pada saya selepas tunaikan solat tahajud. Saya mula dapat mengagak tentu kejadian yang dialaminya itu mahu di sampaikan oleh Haji Maasar kepada saya.
Paginya, tatkala saya selesai solat sunat dhuha sebelum masuk ke bilik membaca buku, isteri saya memberi tahu Haji Maasar sudah sampai di tengah halaman dari Segamat. Cepat sangat dia sampai hingga tidak sempat menunggu dua tiga hari. Sebaik sahaja saya keluar mendapatkannya tidak bertangguh Haji Masar memeluk saya.
Setelah mempersilakan duduk, memang serba salah juga Haji Maasar mahu memberi tahu saya. Tetapi apabila saya bertanyakan mengenai tok guru dan wang yang diperolehi oleh Lamidah, terkejut juga Haji Maasar. Lantas sahaja dia menuduh isterinya Hajah Selibah yang menelefon saya memberi tahu mengenai kejadian yang menimpa dirinya.
Segera saya ingatkan dia bahawa isterinya tidak pernah menelefon. Saya sekadar agakkan sahaja berdasarkan kegelisahan Haji Maasar sendiri setelah bepandukan kepada lintasan bayangan seolah-olah saya mengalami mimpi itu. Setelah Haji Maasar menjelaskan kejadian yang dialami oleh isterinya, memang saya sendiri terkejut kerana mempunyai persamaan seperti yang saya lihat dalam lintasan bayangan selepas solat sunat tahajud.
“Macam mana nak buat sekarang, ustaz?” keluh Haji Maasar perlahan. Kalau tidak ada pilihan lain memang dia akan buat laporan polis sahaja di sebabkan Lamidah kerap kali sangat mengganggu isterinya melalui telefon. Lamidah berterusan memujuk isterinya supaya menemui tok guru berkenaan dengan tidak hiraukan sama ada Haji Maasar bersetuju atau tidak.
Apabila kenangkan isterinya hampir jatuh tertumus tatkala mengampai kain basuhan Haji Maasar menjadi semakin bimbang. Semenjak berturut-turut tiga pagi, dia menemui kulit limau dipotong berselerak di kelililing rumah. Apabila dikutip untuk dibakar, dia terkejut di sebabkan kulit limau itu melompat-lompat bagaikan mengelak dari dicampakkan keapi. Terpaksa Haji Maasar gunakan penyapu buruk mengaut kulit limau dipotong itu ditolak ke tengah api marak menyala.
Memang Hajah Selibah mengaku dia hampir jatuh tertumus setelah merasakan dirinya ditolak oleh rempuhan tiga lelaki bertanduk. Sebaik sahaja dia menjerit memanggil Haji Maasar, tiga lelaki bertanduk itu menghambur keudara hilang bersama elusan angin.
Sebaik sahaja mendengar jeritan isterinya Haji Maasar bingkas bangun menerpa ke jendela. Dia melompat ke udara menyepak dagu lelaki bertanduk itu. Tahu sangat dia di dalam karung guni itu isterinya tengah meronta-ronta minta dilepaskan.
Masakan dia boleh membiarkan tiga lelaki bertanduk itu melarikan Hajah Selibah didepan matanya. Dia sanggup melakukan apa sahaja kalau lelaki bertanduk itu bersikap biadap hingga tidak mengenali isteri orang. Apabila lelaki bertanduk itu berkeras mahu bertahan, segera Haji Maasar membacakan:
Laqod ja-akumrasulum min-anfusakum ‘azizun ‘alaihi ma-‘anittum harisun ‘alaikum bilmukminina ra-ufurrahim, fa-in tawallau faqul hasbiyal-lahhu la-ilaha illa huwa ‘alaihi tawak-kaltu wahuwa rabbul ‘arsyil ‘azim
Bersambung...
Jom ajak kawan-kawan sekali join telegram @BercakapDenganJin.
Di sebabkan Haji Maasar sudah memberi tahu dia akan datang dari Segamat, memang saya tidak bercadang mahu ke mana-mana. Lama juga sudah lama tidak bertemu Haji Maasar setelah saya kerapkali ke Sumatera sampai tidak sempat mahu berkunjung ke rumah kawan-kawan.
Bukan ke rumah Haji Maarit di Segamat saja lama saya tidak berkunjung ke rumah Kadir Misai juga tidak sempat mahu berhari raya pun. Hanya Kadir Misai menelefon memberi tahu Mat Jubin selalu uzur, hingga sudah dimasukkan ke hospital beberapa kali.
Memang saya berasa hairan juga apabila Haji Maasar tidak mahu memberi tahu apa-apa hasratnya apabila mahu menemui saya. Masakan perkara rahsia sangat hingga tidak boleh dijelaskan langsung kepada saya. Salangkan pahanya dihimpit lelaki bertubuh besar di tengah Masjidil-Haram pun dia beri tahu juga kepada saya. Sudah tentu bukannya manusia biasa yang menghimpit paha Haji Maasar disebabkan duduknya sama tinggi dengan Haji Maasar berdiri.
Siapa pun tidak peduli Haji Maasar merintih meminta pertolongan kerana masing-masing khusyuk berdiri dengan tidak menghiraukan Jemaah lain. Tentulah mereka juga tidak menyedari kehadiran lelaki bertubuh besar hingga duduknya pun sama tinggi Haji Maasar berdiri. Manalah wujud manusia biasa sebesar yang dilihat oleh Haji Maasar itu.
Disebabkan Haji Maasar memberi tahu dia akan datang berkunjung dalam masa sehari dua, saya sendiri dapat mengagak tentulah bukan perkara penting sangat. Kalau tidak penting kenapa dia terpaksa berpesan di telefon mahu sangat berjumpa dengan saya?
Sewaktu tunaikan solat tahajud tengah malamnya, saya seolah-olah melihat keliling rumah Haji Maasar dipenuhi kulit limau yang sudah dihiris. Kulit limau yang kering itu berlonggok di dalam longkang di sekeliling rumah hingga baunya terasa tengik menusuk hidung. Keadaan rumah lenggang tidak diganggu bunyi apa-apa pun, kecuali desir angin memukul daun-daun pokok berhampiran.
Ketika ini isterinya Hajah Selibah tercengang-cengang ketakutan apabila melihat seorang wanita muda duduk bertimpuh di udara. Bimbang sangat Hajah Seliah sebaik sahaja melihat wanita muda itu terjongol di tengah kesamaran malam.
Lantas dia bangun menerpa ke jendela sambil menyelak langsir. Hajah Selibah tidak peduli lagi suaminya Haji Maasar nyenyak tidur apabila melihat wanita muda itu terjongol muka di udara.
“Aku dah cakap, ikut aku kalau mahu kekayaan!” ujar wanita muda itu tidak berkedip mata merenung Hajah Selibah.
“Macam mana aku nak pergi, kalau suami aku tak ikut sama?” sahut Hajah Selibah gementar menahan sebak suara yang menusuk ke dada.
“Kita jumpa dulu tok guru,” jelas wanita muda itu perlahan. “Bila dalam bilik awak akan lihat tok guru itu sama dengan suami awak juga,” dia terus memujuk untuk menpengaruhi Hajah Selibah.
“Ah, biarlah aku susah di dunia, jangan terseksa di akhirat!” lantas Hajah Selibah meluahkan rasa geram dengan desakan wanita muda itu berterusan.
Haji Maasar yang terlina tidur merungut-rungut halus bagaikan mengigau tidak menentu. Marah sangat dia dengan jelmaan wanita muda itu mendesak isterinya menemui tok guru, biar cepat mendapat wang berlonggok di depan mata. Wanita muda itu sendiri mengakui dia sudah mendapatkan wang beribu-ribu ringgit setelah suaminya menanggung kerugian dalam perniagaan.
“Aku tahu kamu!” gerutu Haji Maasar meracau dalajm igauannya.
“Apa yang awak tahu, Haji Maasar?” sengaja jelmaan wanita muda itu mengejeknya menyebabkan Hajah Selibah terkejut.
“Awak nak ajak Selibah jumpa tok guru kau!” semakin galak Haji Maasar meracau.
“Selibah yang pujuk aku,” sahut wanita muda itu tersengih-sengih mengerling Hajah Selibah.
“Tak guna awak ke Mekah naik haji, tapi tunduk pada tok guru!” sengaja Haji maasar mengejek.
Terlalu marah wanita muda itu diejek demikian oleh Haji Maasar. Dia mengisar tangannya hingga memancar kilat di udara. Di tengah kilat itu tiba-tiba menjelma lelaki berkulit hitam tidak berbaju dengan rambutnya panjang sampai ke bahu. Kepalanya dililit kain warna kuning dengan di lehernya tergantung tangkal yang memancar-mancar cahaya hitam.
#KoleksiTokAwangNgahBab164
MELAWAN TIGA LELAKI BERTANDUK
(Bab 164 bahagian 1)
MEMANG terasa malas mahu bangun mengangkat telefon tatkala sedang membaca buku di bilik. Terpaksa isteri saya berkejar dari ruang dapur mencapai telefon, sebaik sahaja ianya berdering berulang kali. Tahu sangat isteri saya dia tidak akan mengganggu sekiranya saya leka membaca buku di tingkat atas.
Tetapi terpaksa juga dia memanggil saya setelah diberi tahu Haji Maasar di Segamat yang menelefon. Sudah beberapakali dia menelefon semasa saya ke Sumatera menemui Haji Salim di Batu Sangkar. Balik dari madrasah Haji Salim sengaja Mamak Bandaro mengajak ikut jalan ke Baso sebelum ke Payakumbuh.
Mamak Bandaro mahu mengajak saya berhenti makan tengah hari di restoran tengah sawah menikmati belut goreng garing. Memang saya tidak gemar sangat belut goring garing itu, tetapi disebabkan Mamak Bandaro mendesak terpaksa juga saya menjamah sedikit.
Bagaimana pun menjamah belut goreng garing tidak sama dengan daging dab buat sup yang disogok oleh Haji Maasar sewaktu saya menemui dia di Segamat. Entah kenapa tidak teringin langsung saya mahu menjamahnya sekali pun Haji Maasar mengakui banyak khasiatnya.
Bukan daging dab sahaja tidak menyelerakan saya, malah daging arnab pun saya tidak pernah menjamah. Kalau balik ke kampung emak saya akan sembelih juga arnab peliharaannya yang banyak penuh sekandang disebabkan isteri dan anak-anak saya gemar masak rendang. Tetapi saya tidak teringin mahu menjamahnya walau pun secubit.
“Ini rezeki dari Allah, apa salahnya nikmati,” sengaja Mamak Bandaro mendesak tatkala menghulurkan goreng belut garing itu.
Terpaksa juga saya jamah belut goreng garing itu. Memang terasa kelazatan setelah dihidang dengan masakan demikian. Tetapi Mamak Bandaro mengakui amalan memakan daging belut itu boleh menghidarkan sakit pinggang. Bagaimana pun saya tidak tahu apakah hubungan sakit pinggang dengan khasiat memakan daging belut ini.
Emak saya juga ingatkan fasal amalan memakan daging arnab boleh hindarkan penyakit lelah. Sebab itu emak saya gemar memakan daging arnab hingga penuh sekandang dipeliharanya.
Perkara menghindarkan penyakit itu tidak penting sangat pada saya. Sebenarnya saya tidak gemar menikmati daging belut, daging arnab atau daging dab. Memang Haji Maasar beri tahu mengenai khasiat daging dab ini, tetapi selera saya tidak mahu menerima hidangan daging dab yang disajikan oleh Haji Maasar.
“Ini bukan fasal daging dab, ustaz!” saya mendengar Haji Maasar ketawa memanjang melalui telefon.
Saya juga ketawa dengan usikan Haji Maasar. Tahu sangat dia asal sahaja menelefon nescaya saya akan tanyakan mengenai daging dab. Hingga kadangkala sengaja saya memanggilnya Haji Dab sahaja.
Lama juga dia terdiam di sebabkan serba salah mahu memberi tahu sebab dia menelefon beberapa kali sewaktu saya masih lagi di Bukittinggi menziarahi Mamak Bandaro. Memang tidak lama saya ke Bukittinggi, tetapi Haji Maasar berasa hampa sangat setelah mendapat tahu saya tidak ada di rumah.
Sebab itu dia terus sahaja menelefon setelah diberi tahu oleh isteri saya mengenai kunjungan ke Bukittinggi Cuma dua tiga hari sahaja. Sebaik sampai di Bukittinggi terus sahaja ke Batusangkar menemui Haji Salim tengah uzur. Ketika saya jejak kaki ke rumahnya Haji Salim sudah segar sampai berdekah-dekah ketawa mengusik isterinya Hajah Patomah.
“Saya nak kerumah ustaz, sehari dua ni,” jelas Haji Maasar kerana bimbang saya keluar ke mana-mana pula.
Tetapi Haji Maasar sengaja menelefon sebelum dia datang berkunjung. Kalau dia tidak menelefon pun, saya memang tidak ke mana-mana. Hanya kebetulan sahaja saya ke Bukittinggi semasa Haji Maasar bertanyakan melalui telefon sama ada saya ada di rumah atau pun tidak.
Sudah lama saya berkawan dengan Haji Maasar, hingga dia tunaikan umrah ke Mekah pun mengajak saya ikut sama. Sewaktu perniagaan jatuh merosot dia menemui saya mengharapkan saya boleh membantunya. Tetapi saya ingatkan Haji Maasar hanya kepada Allah sahaja memohon pertolonan, kerana saya tidak berupaya apa-apa.
Sebab itulah dia bimbang mahu berkeras sangat melanggar pantang larang Pak Mulung. Tatkala Uda Siah turun ke sawah pun, Malim Bilin akan dilayani perempuan muda berpakaian sutera nipis itu sepanjang hari sekali pun jelmaan Pak Mulung memerhatikan sahaja dari pangkal serambi.
Dia tidak perlu bersusah payah bekerja keras di tengah sawah atau mencari rotan di hutan. Asal sahaja kesempitan wang bila-bila jelmaan Pak Mulung akan membantu. Siapa sahaja berani berkasar dengannya sudah tentu jelmaan Pak Mulung akan kelirukan mereka. Asal sahaja disentuh tubuh Malim Bilin nescaya semuanya akan tertanggal luruh macam kayu reput di tengah belukar.
“Kalau boleh saya nak buangkan amalan ni, Pak Utih,” Malim Bidin merayu dengan penuh harapan. “Cubalah ustaz bantu saya,” dia menambah meluahkan rasa kesal yang terpendam lama di hati.
“Kalau kau dah tak mahu amalkan, mudah saja,” sahut Haji Maarit tersenyum penuh makna.
“Tak boleh nak buang begitu aje,” Malim Bilin memberi tahu penuh jujur. Bila-bila jelmaan Pak Mulung akan memerangkapnya kalau cuba melanggar pantang larang yang mesti dipatuhi.
“Tak ada jalan lain, kecuali kembali kepada jalan Allah!” ujar Haji Maarit ingatkan dia, kemudian berpaling kearah saya. “Macam mana ustaz, tentu ustaz lebih maklum?” dia menepuk bahu saya dengan senyum lebar.
Perlahan-lahan saya menghela nafas. Serba salah juga saya apabila Haji Maarit sengaja mengalihkan pandangan kepada saya. Manalah saya tahu bagaimana mahu memberi tahu Malim Bilin mengenai amalan tersebut.
Memang saya sendiri tidak pernah mengetahui amalan Malim Bilin itu dengan membacakan jampi pemanis yang di turunkan Pak Mulung.
Perkara jampi mentera ini memang di luar pengetahuan saya. Apa lagi amalannya hingga Malim Bilin dikongkong oleh pantang larang. Sekiranya saya tidak tahu bagaimana pula mahu membangunkan amalan tersebut dari jiwa Malim Bilin? Tetapi Haji Maarit terus juga mendesak seolah-olah saya berpengalaman sangat.
Di sebabkan Haji Maarit mendesak saya sekadar ingatkan Malim Bilin supaya amalkan sahaja solat tahajud tengah malam diikuti dengan membaca Ayatul Kursi hingga 313 kali. Biarlah amalkan berturut-turut sampai 100 malam sekiranya gangguan jelmaan Pak Mulung itu terus juga mengancam.
Setelah Malim Bilin bersetuju mengikuti nasihat saya, segera saya menyuruh dia duduk berhadapan dengan meletakkan tangan kanannya ke dada sebelah kiri. Kemudian saya duduk di atas dua tumit dengan tangan ke kepala lutut sambil membacakan al-Fatihah diikuti lima ayat terawal surah al-baqarah dan ayat 163 serta 164.
Apabila saya membaca Ayatul Kursi diulangi 100 kali bacaan :
Wala ya uduhu hafzuhuma wahuwal ‘alilyul ‘azim.
Tiba-tiba sahaja tangan kiri Malim Bilin merentap-rentap rambutnya. Beberapa kali dia sendawa hingga tersedu macam mahu terjeluih muntah. Tapi saya teruskan juga membaca ayat 284, 285 dan 286 surah al-Baqarah diikuti dengan ayat 18,19 dan 20 surah Ali Imran.
Semakin diteruskan membaca bertambah kuat Malim Bilin merentap-rentap rambutnya. Tubuhnya juga menggeletar hingga memercik peluh merenik-renik, tetapi dia tahu apa yang berlaku ke atas dirinya ketika itu.
Setelah membacakan pula ayat 54, 55 dan 56 surah al-Araaf saya terus bacakan ayat 117 dan 118 surah al-Mukminun dan 11ayat terawal surah as-Saffa. Kemudian saya ulangi hingga 11 kali bacaan:
Wahifzam min kulli syaitonim marid, menyebabkan beberapa kali Malim Bilin menjerit sekuat hati.
Tetapi saya teruskan juga membaca ayat 33, 34 dan 35 surah ar-Rahman diikuti dengan ayat 21, 22, 23 dan 24 surah as-Saffa. Semasa saya bacakan 4 ayat terawal surah al-Jin, sekali gus Malim Bilin termuntah lumut bercampur lumpur selut di atas lantai. Tidak sempat Haji Maarit mahu hulurkan baldi supaya muntah Malim Bilin tidak melambak di atas lantai.
#KoleksiTokAwangNgahBab163
HARUAN KELUAR DARI BETIS
(Bab 163 bahagian 2)
Tok Syeikh berjubah kuning itu melayang ke udara sebaik sahaja saya laungkan azan tujuh kali. Dia kemudian hilang bersama gumpalan awan seolah-olah menyedutnya dari udara sebaik sahaja laungan azan bergema.
Menggeleng-geleng kepala anak muda itu hingga tubuhnya menjadi retak akibat gema azan yang menggegar kuat. Termengah-mengah dia menggapai tangan memberi isyarat supaya saya tidak meneruskan azan. Tetapi gema azan itu berterusan setelah saya ulangi tujuh kali dan diikuti denan al-Fatihah tiga kali, surah al-Ikhlas tiga kali dan Ayatul Kursi 17 kali.
“Minta ampun ustaz!” laung anak muda itu menggeletar di sebabkan tubuhnya yang retak bagaikan tanah liat kering akibat kemarau panjang. Di celah rekahan retak tubuhnya itu memercik darah bersama nanah yang diikuti ulat berenga merayap-rayap.
Saya tdak peduli apa pun rayuannya, tetapi terus membacakan 11 ayat terawal surah as-Saff, ayat 22, 23 dan 24 surah al-Hasyr dan surah at-Tariq. Serentak dengan itu guruh berdentam kuat diikuti kilat menyambar dari udara. Ditengah api kilat memancar menyambar tubuh anak muda itu, dia mengerekot laksana udang dibakar rentong. Apabila tubuhnya mendap ke dalam lumpur selut menggelepar menjadi ikan haruan sebesar lengan, tidak bertangguh dicekak kepalanya oleh Haji Maarit.
Ketika inilah Embah Soyah dan Malim Bilin melihat ikan haruan melompat ke dalam besen air setelah membolos dari celah betis Uda Siah yang membengkak. Mengeluh pendek Malim Bilin melihat kejadian tersebut hingga menyedari, kebolehannya selama ini amat kecil kalau di bandingkan dengan ilmu Allah.
Lantas sahaja Malim Bilin tersengguk-sengguk menahan rasa terharu dengan kejadian yang menimpa isterinya. Dia merasa bersalah kerana memperdayakan isterinya dengan amalan bunian semata-mata mahu mengelakkan daripada turun ke sawah. Memang siapa pun boleh berpura-pura sakit, tetapi Malim Bilin bukan takat menukar suhu badannya hingga panas bahang malah kulitnya boleh pecah-pecah memercik darah.
Hati isteri mana yang dapat menahan kesedihan kalau keadaan suami terlantar sakit tenat? Setelah Uda Siah membengkak betis, Malim Bilin menyedari amalan ilmunya tidak mampu memulihkan isterinya. Dia tidak dapat menggunakan amalan ilmunya untuk mengubati penyakit yang dideritai oleh Uda Siah.
Apalah gunanya dia amalkan ilmu demikian kalau isteri sendiri mengidap penyakit bengkak betis tidak dapat diubati? Dia sendiri gementar tatkala melihat ikan haruan seolah-olah membolos keluar dari betis Uda Siah yang membengkak. Bagaimana ikan haruan berkenaan boleh bersarang di dalam betis isterinya?
Setelah diberi tahu oleh Uda Siah ikan haruan di dalam besen itu sama dengan ikan haruan yang dicekak kepalanya di tengah lopak sawah, lantas sahaja Malim Bilin mahu menghempaskan ke lantai. Tetapi Haji Maarit ingatkan dia perkara zahir tidak sama dengan yang tidak zahir. Sebab itu Haji Maarit sendiri mahu lepaskan ikan haruan yang masih hidup di dalam besen tersebut ke lubuk di hujung sawah.
Semenjak kejadian yang menimpa isterinya Malim Bilin tidak lagi mahu berpura-pura dengan Uda Siah. Dia akan bantu Uda Siah turun ke sawah bila-bila masa pun. Selagi Uda Siah tidak balik ke rumah, dia tetap sama-sama tidak berganjak dari tengah lopak sawah.
“Dah lama kahwin, tapi kami tak juga dapat anak,” keluh Malim Bilin tatkala menemui saya di rumah Haji Maarit tidak lama selepas kejadian menimpa isterinya itu.
“Buat apa anak, kalau amalan ilmu kau tu tak berguna?” sengaja Haji Maarit menyindir.
“Memang amalan saya ni tak berguna, Pak Utih,” tutur Malim Bilin penuh kesal.
“Jadi, kenapa kau amalkan?” tersengih-sengih Haji Maarit merenung muka menantu sepupunya itu.
Malim Bilin menggeleng lemah. Tidak patut Haji Maarit ungkit lagi perkara dia amalkan ilmu demikian, setelah hatinya menyesali segala kejadian sebelum itu. Dia sendiri sudah mula mengubah sikap sekali pun terasa tubuhnya sakit-sakit setiap kali turun ke sawah membantu isterinya.
Tentu Embah Soyak tidak memahami Haji Maarit hanya bergurau apabila dia mengusik saya dengan menuduh saya tahu punca ikan haruan itu menjelma. Tetapi Embah Soyah terus mendesak kerana percaya sangat dengan usikan Haji Maarit itu.
“Beritahulah kami, ustaz,” Embah Soyah tidak berpuas hati selagi saya tidak mahu menjelaskan.
“Uda Siah tentu tahu,” sahut saya perlahan kerana tidak mahu menyinggung perasaan Embah Soyah.
“Macam ikan haruan yang saya tangkap tengah lopak sawah,” ujar Uda Siah kenangkan kejadian dia cekak kepala ikan haruan yang menyerbu ke celah kangkangnya sewaktu dia mencabut rumput di celah baris rumpun anak padi.
Memang saya tidak beri tahu apa-apa kepada Embah Soyah, kerana tidak ada apa-apa manfaatnya. Ketika Haji Maarit melurut betis Uda Siah beberapa kali dia mengerling kearah saya. Serba salah juga dia apabila saya memerhatikan dia tercegat di tengah lopak sawah menghambat ikan haruan sebesar lengan yang menyusup di lumpur selut bawah rumpun padi.
Dia menyedari saya cam ke mana saja kakinya berjejak. Disebabkan saya terus juga mengekorinya, Haji Maarit tidak dapat berselindung apa-apa lagi. Lantas dia menggamit saya supaya ikut sama ke tengah lopak sawah tempat ikan haruan menyusup.
Setelah menghentakkan tumitnya tiga kali kebumi Haji Maarit mengisar tapak tangannya lantas membacakan:
Summum bukmum umyun fahum layar-ji’un, summum bukmum umyun fahum laya’qilun, summum bukmum umyun fahum layatakallamun, summum bukmum umyun fahum layubsirun.
Sebaik sahaja dipusar oleh Haji Maarit tumitnya ke bumi, tiba-tiba sahaja air di tengah lopak sawah menjadi keruh pekat berkeladak. Lama dia memerhatikan ikan haruan sebesar lengan itu menerjah ke tengah ke tepi mencari ruang mahu melepaskan diri.
“Saya tahu ustaz ikut sama, mari jangan tangguh!” Haji Maarit memberi isyarat apabila berpaling kearah saya tunduk dengan berzikir menhadap Uda Siah merendam kaki ke dalam besen air di depannya.
Saya mengangguk perlahan bersetuju menerima pelawaan Haji Maarit. Memang Embah Soyah dan Malim Bilin yang terconggok di tengah serambi tidak menyedari saya bersama Haji Maarit tercegat di atas permatang di tepi lopak sawah. Setiap kali tangan Haji melurut betis Uda Siah memang tangannya mengocak lopak sawah menghambat ikan haruan yang cuba bersembunyi.
Di sebabkan puas Haji Maarit mengocak lumpur selut di tengah lopak sawah, masih juga tidak dapat mencekak kepala ikan haruan berkenaan lantas saya pula membacakan:
Innahu minas-Sulaimani wa-innahu bismillahhir rahmannir Rahim, inna fikh tilafil laili wannahari wama kholaqollahhu fis-samawati wal-ardthi la-ayatinliqaumi yattaqun.
Apabila saya meramas-ramas tangan sekali gus ikan haruan itu melompat tinggi, kemudian jatuh semula ke lumpur selut menggelepar berpusing-pusing. Tersenyum Haji Maarit mengerling kearah saya, lantas memberi isyarat supaya saya meneruskan sahaja usaha mencekak kepala ikan haruan berkenaan.
Tetapi saat ini ikan haruan itu sekadar menjelma di depan Uda Siah menyusup di celah rumpun anak padi. Memang Uda Siah tidak menyedari jelmaan ikan haruan berkenaan tercegat seorang anak muda berambut pirang dengan kulitnya lembut bagaikan gadis ayu. Terkebil-kebil mata dia merenung kearah saya dengan pandangan liar. Apabila dia mahu melarikan diri tiba-tiba sahaja tembok batu berkeliling mengepungnya menyebabkan dia terkurung tidak lepas ke mana.
“Siapa ni Haji Maarit?” gerutu pemuda yang terkurung di keliling tembok batu itu.
“Awak tanyalah sendiri!” sahut Haji Maarit sengaja mahu menyakiti hati anak muda itu.
“Tak pernah aku tengok dia di sini,” beri tahu anak muda itu cemas sebaik sahaja berhadapan dengan saya.
“Kalau tak pernah tengok, awak takut ke?” semakin galak Haji Maarit menyindirnya setelah menyedari pemuda itu terkurung di situ.
“Kawan awak ni nak menyusahkan aku, Haji Maarit,” bertambah resah anak muda terkial-kial mencari ruang mahu melepaskan diri.
“Sekarang beri tahu kami, siapa awak?” bentak Haji Maarit masih juga melurut betis Uda Siah hingga semakin banyak lumpur selut masuk ke dalam besen air.
#KoleksiTokAwangNgahBab163
HARUAN KELUAR DARI BETIS
(Bab 163 bahagian 1)
SELESAI sahaja membaca al-Quran selepas solat Asar, sengaja saya keluar ke belakang rumah melihat batas petola dua tiga baris, batas kacang panjang dan terung. Cukuplah dua tiga baris sahaja kerana kawasan di belakang rumah bukanlah luas sangat.
Setidak-tidaknya dapat juga buat rencah sayur-sayur lain dengan hasil sayur di batas belakang rumah dua tiga baris itu.
Bukan batas petola, kacang panjang dan terung sahaja malah di hadapan rumah pun saya tanam cili dua tiga pokok di dalam pasu. Tiga empat rumpun serai di penjuru pagar. Apabila petang di situlah saya leka memupuk perdunya biar keluar juga peluh di seluruh badan.
Sewaktu menyiram batas terung di belakang rumah inilah isteri saya memanggil dari dalam rumah. Dia beri tahu mengenai Kadir Misai yang menelefon dari Temerloh. Apabila saya masuk ke rumah mencapai telefon kadir Misai memberi tahu mengenai anak saudaranya dari Jerantut akan datang menemui saya.
Disebabkan saya tidak bercadang ke mana-mana apalah salahnya anak saudara Kadir Misai itu datang menjengah. Sengaja Kadir Misai menelefon terlebih dahulu kerana bimbang saya akan terkejut dengan kunjungan anak saudaranya yang tidak pernah saya temui sebelum itu. Malah anak saudara Kadir Misai itu mendesak bapa saudaranya memberi tahu saya terlebih dahulu.
Memang dia serba salah juga mahu mengunjungi ke rumah saya kerana tidak mengenali langsung saya. Kalaulah tidak disebabkan ayahnya mendesak memang dia bimbang mahu menemui saya, maklumlah dia tidak pernah bertemu. Bimbang benar dia sekiranya saya tidak mahu menemui sesiapa yang belum dikenali.
Sebab itu dia meminta Kadir Misai perkenalkan dirinya terlebih dahulu sebelum dia jejak kaki ke rumah saya. Memang saya tidak peduli sangat dengan anak saudara Kadir Misai di Jerantut, disebabkan sesiapa sahaja dari Pahang mahu menemui saya akan mengaku dirinya anak saudara Kadir Misai. Mereka tahu kalau sebut sahaja nama Kadir Misai di depan saya mudah sangat cam bahawa mereka memang dari Pahang.
Kadangkala mereka yang datang dari Chenor pun mengakui saudara Kadir Misai, sedangkan Kadir Misai sendiri tidak mengenalinya. Tetapi apa sangat mereka mahu sebut nama Kadir Misai kalau sekadar mahu menemui saya. Bila-bila pun mereka boleh datang berkunjung asal sahaja bertujuan ikhlas untuk pereratkan silatul-rahim.
Hingga maghrib saya menunggu tidak juga anak saudara Kadir Misai itu menjengah datang.Sebab itu saya tidak peduli sangat sama ada dia mahu datang atau pun tidak. Tetapi selepas isya Kadir Misai menelefon lagi bertanyakan sama ada anak saudaranya sudah sampai atau belum ke rumah saya.
Sebaik sahaja saya beri tahu anak saudaranya belum menjengah tiba, gelisah juga Kadir Misai disebabkan anak saudaranya sudah meninggalkan Temerloh sejak selepas asar. Sebab itu dia meminta saya tunggu juga sekali pun terlewat, kerana anak saudaranya itu tidak ada tempat mahu bertumpu.
“Dia tak dapat cari rumah saya agaknya,” ujar saya mendengar Kadir Misai mengeluh melalui telefon.
“Midin ada sama, tak mungkin mereka sesat!” sahut Kadir Misai memberi tahu mengenai Midin sepupunya ikut sama menemani anak saudaranya itu. Masakan Midin tidak dapat mencari rumah saya di sebabkan sudah beberapa kali dia jejak kaki mengunjungi saya.
“Kalau Midin ada, tak apalah,” saya ingatkan Kadir Misai supaya tidak bimbang apa-apa. Tentu Midin boleh tunjukkan jalan apabila dia ikut sama dengan anak saudara Kadir Misai itu.
“Heh, ke mana pula Deraman ni?” rungut Kadir Misai semacam kesal seolah-olah mengganggu saya disebabkan anak saudaranya tidak juga menjengah datang setelah habis isya.
Hampir jam sebelas malam baru saya mendengar kereta berhenti di hadapan rumah. Kemudian saya mendengar Midin memberi salam. Tatkala saya membuka pintu memang Midin segera bersalaman dengan saya sambil meminta maaf kerana terlambat dalam perjalanan.
“Kau jangan nak main-mainkan aku, Malim.” Gerutu Embah Soyah tidak percaya anaknya menanggung kesakitan akibat betis membengkak sebesar paha. Dia tetap menuduh Malim Bilin sengaja persendakan dirinya dengan menukar betis Uda Siahseolah-olah bengkak membesar.
“Saya betul-betul sakit mak,” beri tahu Uda Siah meyakinkan emaknya kejadian yang menimpa dirinya bukan permainan Malim Bilin.
“Kau pun sama dengan suami kau,” sahut Embah Soyah tidak percaya langsung dengan helah menantunya. Tentu ada yang diperlukan oleh Malim Bilin darinya hingga sanggup gunakan ilmu kebatinannya biar betis uda Siah kelihatan bengkak sebesar peha.
“Saya tak buat apa-apa pada Siah, mak,” Malim Bilin menjelaskan dalam tersengih-sengih bagaikan tidak bimbang apa-apa. Sebab itu Embah Soyah tidak percaya langsung Uda Siah mengidap penyakit demikian.
Apa sangat dengan betis Uda Siah membengkak kalau bandingkan tangan Malim Bilin tercabut di pangkal bahu semasa dia merentapnya. Disebabkan Embah Soyah marah benar dia diperolok-olokkan oleh menantunya lantas direntapnya tangan Malim Bilin. Tiba-tiba saja tangannya tercabut hingga ke pangkal bahu menyebabkan Malim Bilin terjerit-jerit kesakitan dengan darah membuah-buak keluar.
Sebaik melihat tangan menantunya tercabut dalam genggamannya Embah Soyah tergamam. Pandangannya berputar akibat pitam tidak dapat menahan ketakutan. Dia terhuyung hayang lantas jatuh terjelepoh di lantai tidak sedarkan diri. Semasa Uda Siah memangku kepala emaknya dia melihat hanya bantal guling sahaja yang didakap oleh Embah Soyah. Ketika ini Malim Bilin sekadar tersengih-sengih dengan tangannya tidak pun tercabut sampai ke pangkal bahu.
Setelah dijampi oleh Malim Bilin barulah Embah Soyah pulih semula. Puas direnungnya lengan Malim Bilin, tetapi menantunya tidak cacat apa-apa. Tangannya yang tercabut di pangkal bahu itu masih kukuh tidak berganjak sedikit pun.
“Apa kau mahu cakap aje, jangan buat helah macam ni,” rungut Embah Soyah mengalah. Dia tidak mahu berkeras sangat dengan Malim Bilin yang boleh mengelirukan dirinya dengan kebolehan luar biasa. Sampaikan Dukun Maskun yang disegani di dalam kampung pun boleh di perolok-olokkannya.
Saat ini terbayang juga kesal di dalam hati Malim Bilin, apabila Uda Siah benar-benar menanggung kesakitan tetapi siapa pun tidak mempercayainya. Embah Soyah sendiri tidak percaya anaknya mengidap bengkak betis sekali pun dia melihat sendiri keadaan kaki Uda Siah. Tentu Malim Bilin sengaja gunakan kepandaiannya memyebabkan siapa sahaja melihat kaki isterinya mengidap bengkak betis sampai sebesar paha.
Memang Malim Bilin tidak dapat bercakap apa-apa setelah Embah Soyah tidak percaya Uda Siah benar-benar sakit. Embah Soyah tetap menuduh hanya sekadar helah Malim Bilin sahaja. Tentu Malim Bilin tengah tidak berduit hingga memerlukan dia membantu. Sebab itulah sengaja dia gunakan kepandaiannya biar kaki Uda Siah kelihatan bengkak betis hingga tidak dapat diangkat.
“Siapa pun tak percayakan saya lagi, Pak Utih,” tertunduk Malim Bilin memberi tahu Haji Maarit mengenai kejadian yang menimpa isterinya.
“Hah, sebab itu jangan salah gunakan kepandaian!” lantas Haji Maarit ingatkan dia mengenai perbuatannya yang boleh memperdayakan emak mertuanya selama ini.
“Memang salah saya, Pak Utih,” ujar Malim Bilin kesal dengan perbuatannya selama ini.
“Malim Bilin ni banyak kepandaiannya, ustaz,” tersengih-sengih Haji Maarit memandang saya yang kebetulan menjengah dia di kampungnya. “Tapi, terkena pada isterinya tak dapat dia ubatkan,” dia menambah dengan menyindir lelaki itu.
Malim Bilin tunduk tidak menyahut sepatah pun. Dia tahu dirinya telah membuat kesilapan hingga emak mertuanya sendiri tidak mempercayai Uda Siah mengidap sakit bengkak betis. Bagaimana kalau dia sendiri benar-benar terkejang sakit, tentu siapa pun tidak akan percaya lagi?
#KoleksiTokAwangNgahBab162
TANGAN TERCABUT DI PANGKAL BAHU
(Bab 162 bahagian 2)
Pencuri akan tergamam apabila harimau berkenaan menunggu di tengah halaman sebaik sahaja dia turun mahu larikan barang-barang kemas. Tahu sangat Dukun Maskun pencuri yang galak menceroboh memang gunakan pukau sampaikan mangsa seisi rumah terkapar tidur tidak sedar apa-apa lagi. Tatkala inilah pencuri akan menyelongkar habis semua barang-barang kemas yang di simpan di dalam almari.
Bukan takat pencuri gunakan pukau sahaja mengganggu kampung mereka, malah toyol juga kerapkali menyusup masuk. Hantu raya juga akan membolos ikut bilik air rumah terus meragut apa sahaja harta benda. Dipasang perangkap pun mereka akan membolosi juga. Sebab itu mereka meminta Dukun Maskun membakar kemenyan menyeru jin pendampingnya menjelma menjaga kampung halaman.
Ketika inilah harimau pendamping Dukun Maskun akan berkeliaran mengawal setiap penjuru kampong. Jin yang di seru oleh Dukun Maskun akan menjelma seperti harimau garang tersergam sebesar bapak lembu tengah galak mengawan. Cubalah hantu raya atau toyol menyusup masuk mencuri, tentu jin pendamping Dukun Maskun yang menjelma menjadi harimau akan menghambat ke mana sahaja.
Bila-bila hantu raya akan dicekak leher apabila terserempak jin pendamping Dukun Maskun sampai terkial-kial mahu lepaskan diri. Siapa lagi yang boleh berdepan dengan hantu raya yang tidak boleh dilihat dengan mata, kalau bukan jin pendamping demikian? Tentu hantu raya akan dikerenyuk tidak bersisa sekiranya tengkuk dicekak oleh jin pendamping Dukun Maskun.
Kadangkala jin pendamping Dukun Maskun akan menjelma bagaikan seekor harimau belang sebesar bapak lembu. Sekali sekala bagaikan asap hitam berbentuk lembaga besar hingga kepala cecah ke awan. Sebab itu Embah Soyah tahu sangat mengenai Dukun Maskun boleh mengubati penyakit ganjil seperti dialami oleh menantunya Malim Bilin.
Tetapi Dukun Maskun tidak akan jejak kaki menjengah ke rumah Malim Bilin kalau takat dipelawa mengubati lelaki itu. Marah benar dia pada sikap Malim Bilin seolah-olah mahu perolokkan jin pendampingnya hingga sanggup melanggar pantang larang.
Satu-satunya yang boleh memujuk tentu Haji Maarit. Asal sahaja Haji Maarit yang mendesak serba salah juga Dukun Maskun mahu mengelak. Bagimana pun belum pernah Haji Maarit mendesak Dukun Maskun, kerana dia sendiri akan doakan sahaja sesiapa yang menemuinya. Cuma Dukun Maskun yang serba salah apabila berhadapan dengan Haji Maarit.
Sewaktu Dukun Maskun mengalami demam panas sampai terasa sesak nafas memang dia sendiri merasa bimbang. Lantas sahaja Dukun Maskun menuduh jin pendampingnya menuntut sediakan ancak diisi dengan ayam panggang mentah dihantar ke kaki bukit letakkan atas batu tiga kepala. Meracau-racau Dukun Maskun seolah-olah dirasuk jin pendampingnya yang marah kerana tidak menunaikan janjinya hantarkan ancak dengan ayam panggangn mentah itu ke kaki bukit. Di situ tersergam batu tiga kepala yang mencodak macam anak merbah lapar. Dukun Maskun mesti letakkan ancak tersebut di atas batu tiga kepala.
Tatkala Haji Maarit datang menjengah dia ingatkan Dukun Maskun supaya tidak hantarkan ancak dengan ayam panggang mentah itu. Setelah dimintanya air satu jag dengan dibubuh beras dua tiga butir, Haji Maarit berdoa perlahan:
Bismillahhil kabirhu na’uzubillahhil azim minni syarrikulli’ rannahari wamin syarri hassarannar.
Tiga pagi dia meneguk air yang didoakan oleh Haji Maarit dengan disapukan ke badan bagaikan mengambil wuduk, suhu panas badan Dukun Maarit berubah serta merta. Dia tidak menggelepar lagi meracau-racau tidak menentu.
Bukan Dukun Maskun sahaja terhutang budi pada Haji Maarit, malah isterinya Itam Nah juga berbulan-bulan mengidap batu karang hingga tidak tus buang air. Sebaik sahaja di beri tahu oleh pihak hospital mahu dibedah, lantas sahaja Itam Nah mengambil keputusan tidak mahu jejak kaki ke hospital.
“Nak buat macam mana ni, mak?” tidak sabar lagi Uda Siah dengan keadaan penyakit suaminya yang semakin mencemaskan.
“Biar aku beri tahu Haji Maarit,” lantas Embah Soyah membuat keputusan.
“Buat apa Haji Maarit, bukankah lebih baik panggil Dukun Maskun,” hairan juga Uda Siah dengan keputusan emaknya mahu memanggil guru agama di kampung itu. Seisi kampung tahu sekiranya diganggu penyakit demikian mereka akan serbu ke rumah Dukun Maskun sahaja, kenapa pula emaknya ambil keputusan menjemput Haji Maarit.
“Biar dia buat keputusan,” sahut Embah Soyah tercegat di muka pintu serambi. Tahu sangat dia sekiranya menghadapi masalah memang bertumpu pada sepupunya Haji Maarit. Kalau Haji Maarit benarkan menjemput Dukun Maskun, dia sendiri akan ke rumah dukun itu menjemputnya supaya mengubati penyakit Malim Bilin.
Lagi pun Dukun Maskun tidak akan datang menjengah sekiranya tidak dibenarkan oleh Haji Maarit. Sudah beberapa kali Malim Bilin menyinggung perasaan Dukun Maskun dengan mempermainkan pantang larangnya. Masakan dukun Maskun mahu datang menjengah sekiranya tidak dipujuk oleh Haji Maarit.
Tatkala Dukun Maskun ingatkan orang-orang kampung supaya tidak menyentuh puntung kayu yang dihanyutkan ke sungai apabila dia membuang penyakit, Malim Bilin satu-satunya yang mencapai puntung kayu itu lantas dicacakkan ke tebing. Tidak ada apa-apa geruh menimpa Malim Bilin setelah dia cacakkan puntung hanyut yang dibuang oleh Dukun Maskun itu.
Sekiranya Dukun Maskun mahu berubat besar dengan menyeru jin atau apa-apa pun, dia tidak benarkan siapa pun tercegat di tengah halaman dalam gelap malam. Tetapi Malim Bilin satu-satunya yang sanggup tercangkung di bawah rumah menunggu Dukun Maskun membakar kemenyan.
Memang Dukun Maskun tahu Malim Bilin mengganggunya sampai jin yang diseru tidak datang menjelma. Tahu sangat Dukun Maskun sampai bila pun jin pendampingnya tidak akan datang menjelma apakala di halang oleh Malim Bilin. Sebab itu marah benar dia dengan sikap Malim Bilin seolah-olah mahu menguji dirinya.
Beberapa kali Dukun Maskun ingatkan Embah Soyah dia tidak akan datang menjengah sekiranya Malim Bilin ditimpa geruh jin pendampingnya selama ini. Dukun Maskun tidak akan dapat mengawal jin pendampingnya kalau tengah marah apabila diganggu. Kalau Malim Bilin berani mengganggu biarlah dia sendiri menanggung geruh setelah jin pendamping itu memberang marah.
Embah Soyah sudah dapat mengagak tentu Malim Bilin ditimpa geruh akibat kemarahan jin pendamping Dukun Maskun. Bukan seorang berdua pernah melihat Dukun Maskun tertunggang di atas tengkuk harimau apabila dia menyeru jin pendampingnya, malah Embah Soyah sendiri melihatnya apabila terserempak Dukun Maskun melintas di hadapan halaman rumahnya.
Berdebar benar hati Embah Soyah apabila mendengar bunyi lembu mengibas-ngibas ekor di halaman rumahnya. Cepat-cepat dia mencapai pelita ayan lantas membuka tingkap serambi. Sebaik sahaja menyuluh ke tengah halaman dia melihat Dukun Maskun bertunggang di atas tengkuk harimau belang sebesar bapak lembu.
Terkaku Embah Soyah apabila melihat Dukun Maskun di atas tengkuk harimau berkenaan. Setelah harimau berkenaan hilang di dalam gelap malam bersama Dukun Maskun, baru dia teringatkan pantang larang dukun itu yang tidak benarkan orang-orang kampung menjengah keluar pada waktu malam sekiranya mendengar bunyi ganjil di mana-mana.
Tetapi Embah Soyah sengaja mahu memastikan bunyi lembu mengibas-ngibas ekor di tengah halaman rumahnya. Lembu siapa pula terlepas dari kandang tengah kegelapan malam hingga menyerbu ke tengah halamannya. Bimbang juga sekiranya lembu berkenaan meninggalkan tahi bertepek-tepek di sekeliling halaman rumah.
Sebab itu dia jengah juga keluar dengan menyuluh kearah halaman. Kalau dia kenangkan pantang larang Dukun Maskun, kerat sepuluh pun Embah Soyah tidak akan membuka tingkap. Seminggu juga dia demam akibat ketakutan setelah melihat Dukun Maskun bertunggang di atas tengkuk harimau.
Tetapi Malim Bilin ingatkan juga isterinya supaya tidak asyik sangat bekerja di tengah sawah tatkala matahari tegak di kepala. Sudah menjadi pantang larang nenek moyang Malim Bilin sewaktu matahari tegak di kepala itulah puaka jembalang akan melintas. Siapa pun tidak melihat puaka jembalang berkenaan hingga kadangkala terpijak kepala. Tentulah puaka jembalang berkenaan marah apabila mereka diganggu tatkala bermain di tengah rembang matahari.
Manalah Uda Siah mahu pendulikan sangat pantang larang suaminya. Tahu sangat dia Malim Bilin memang malas bekerja, sebab itu hanya sangat dalihnya. Sengaja Malim Bilin sebut mengenai puaka jembalang biar mereka cepat-cepat tinggalkan lopak sawah balik ke rumah.
Bukan takat di tengah sawah sahaja Malim Bilin berdalih, kalau ke hutan mencari rotan pun dia tersandar pada banir pokok apabila matahari tegak di kapala. Rimbun pokok-pokok di tengah hutan tidak ditembusi cahaya matahari itu pujn Malim Bilin tidak larat mahu gagahkan tenaga.
Apa sangat mahu mencari rezeki sebanyak-banyaknya, kalau dia sekadar dua suami isteri sahaja. Sudah bertahun-tahun berkahwin pun masih belum menimang anak. Kadang kala merungut juga Malim Bilin kerana teringinkan anak, tetapi dia terpaksa menelan keluhan sahaja apabila kenangkan tidak memperolehi anak setelah bertahun-tahun berkahwin.
Semasa terbongkok-bongkok mencabut rumput itu, Uda Siah dikejutkan oleh lompatan haruan sebesar lengan di tepi permatang. Sebaik sahaja melihat kelibat ikan haruan di tepi permatang mendap kelumpur, segera Uda Siah menutup saliran air biar ikan haruan itu tidak lepas lari dari tengah lopak.
Kemudian dia segera mengendap mahu mencekak kepala ikan berkenaan. Tetapi ikan haruan itu menyusup pantas ke perdu rumpun anak padi di dalam selut lumpur. Marah juga Uda Siah disebabkan ikan haruan itu cuba melarikan diri di celah rumpun anak padi dengan air tidak seberapa. Kalau ikan haruan itu berligar di tengah lopak tentu akan tersekat juga pada selut lumpur.
Bila-bila dia akan cekak kepala ikan haruan itu kalau sudah terasak di selut lumpur pada perdu rumpun anak padi. Biarlah lambat dia percaya nescaya ikan haruan itu tidak dapat lari ke mana. Puas Uda Siah menghambat sampai beberapa kali ikan haruan itu menyerbu ke bawah kangkangnya, lama-lama terdampar juga ke tengah selut lumpur. Tidak bertangguh Uda Siah mencekak kepala ikan haruan sampai tidak dapat melepaskan diri.
Sewaktu dia menggenggam kepala ikan itu berdebar hati Uda Siah apakala melihat mata ikan haruan tersebut berkedip. Di sebabkan dia terkejut tidak disedarinya ikan itu menggelepar hingga terlepas melompat semula ke tengah lopak sawah. Setelah mengamat-amati di tengah selut lumpur, Uda Siah tidak nampak lagi kelibat ikan haruan itu.
Dalam kehampaan tidak dapat menangkap ikan itu semula. Uda Siah mengambil keputusan balik sahaja ke rumah. Kalau tidak ada aral memang dia akan turun juga ke sawah di sebelah petang. Sampai santak maghrib dia habiskan masa di tengah sawah tentu rumpun anak padinya bersih tidak diganggu rumput.
Siapa lagi diharapkan buat kerja di sawah kalau tidak dirinya sendiri? Kalau harapkan Malim Bilin sampai orang lain habis menuai pun, sawahnya akan terbiar tidak dicebak langsung. Sebab itu Uda Siah sanggup menggalas rimbas turun ke sawah sekali pun suaminya habiskan masa di kedai kopi Ah Hong sampai santak tengah hari. Uda Siah akan menabur benih, menanam anak padi, merumput lopak sawah, menjaga burung tatkala padi berbuah muda, menuai itu memungah balik ke kepuk.
Sudah bertahun-tahun memang Uda Siah yang lakukan. Kadang kala marah juga emaknya Embah Soyah di sebabkan dia bersusah payah sangat ke sawah, sedangkan suaminya Malim Bilin tidak ambil peduli apa-apa. Memang merungut Embah Soyah di depan Malim Bilin apabila ungkit fasal Uda Siah teruk buat kerja di tengah sawah.
Ketika Joyah Lintuk isteri Kasim Togok datang isteri saya baru sahaja selesai berkemas di dapur. Terkejut juga isteri saya disebabkan Joyah Lintuk datang dalam keadaan cemas.
"Kenapa Kak Joyah? tegur isteri saya sebaik sahaja Joyah Lintuk berdiri di pintu dapur.
"Tolong panggilkan ustaz, entah apa pula kenanya Kasim di rumah tu," beritahu Joyah Lintuk tidak dapat menahan kegelisahan di hatinya.
"Dia tak sedar diri ke?" cepat sahaja isteri saya menuduh. Manalah tahu kubur Lamijah itu berbadi hingga Kasim Togok menerima geruh. Sebab itulah seisi kampung tidak pedulikan sangat kubur Lamijah yang terbiar sejak berpuluh tahun lagi.
Kesal pula suaminya mahu sahaja terpengaruh dengan pujukan saya untuk membersihkan kubur Lamijah. Tentu orang luar seperti saya tidak berhak mencampuri urusan mereka di kampung berkenaan. Tetapi kenapa Kasim Togok berkeras sangat mahu meneruskan hasrat saya, sedangkan dia tahu bencana yang akan menimpa.?
“Biarlah ustaz sendiri tengok,” gerutu Joyah Lintuk bercampur geram seolah-olah saya yang mendorongkan suaminya terjerumus ke dalam bahaya.
Cepat-cepat isteri saya ke hujung serambi menggerakkan saya. Apabila saya bangun terkuap-kuap, Joyah Lintuk sudah menunggu di kaki tangga serambi.
‘Kubur Lamijah tu memang berpuaka!” gerutunya sebaik sahaja nampak saya bingkas bangun di hujung serambi. “Agaknya Kasim tu dah kena puaka kubur tu,” ujarnya tercegat tidak mahu lagi naik ke rumah sekalipun isteri saya mempelawanya berulang kali.
“Kak Joyah balik dulu, kejap lagi saya datang,” tutur saya untuk meredakan kegelisahan dihati Joyah Lintuk. Disebabkan perasaannya gelisah itulah dia kelihatan seperti orang hilang pertimbangan. Kalau tidak kenangkan saya kenalan rapat dengan Kasim Togok tentu akan diserbunya tidak bertangguh.
Ketika saya sampai di rumahnya Kasim Togok meracau disebabkan seluruh badannya berwap panas. Kakinya juga membengkak hingga ke betis macam karung berisi penuh.
"Kenapa ni Abang Kasim?" tegur saya sebaik sahaja naik ke rumah bersama isteri saya.
Kasim Togok tidak menjawab. Dia hanya mengibas-ngibas baju ke badan disebabkan terlalu panas. Apabila saya memegang betisnya yang membengkak terasa sejuk bagaikan ketul ais. Lantas saya menyuruh Joyah Lintuk ambilkan pucuk pisang kelat yang bergulung bulat. Tidak bertangguh Joyah Lintuk turun ke belakang rumah menetak pucuk pisang kelat bergulung bulat itu. Sebaik sahaja dihulurkan kepada saya pucuk pisang tersebut, segera saya rentangkan dan menyuruh Kasim Togok pijak kan kaki di situ.
Apabila saya menepuk kepala lutut Kasim Togok dengan membacakan tiga kali surah al-Quraisy, dia tergamam seolah-olah dikejutkan daripada tidur lena. Kemudian saya lurut betisnya dengan rnembacakan:
Fat-tahazat, min dinihim hijaban fa-arsalna ilaiha rohana fatamassala laha basyaran sawiya
dan di ulangi sepuluh kali.
Ketika ini di atas daun pisang yang dipijaknya berlonggok serbuk hitam seakan-akan sengat tebuan hampir segenggam. Terkejut benar Joyah Lintuk melihat longgokan serbuk hitam itu. Masakan bulu betis suaminya yang luruh di situ kerana sehelai pun bulu betis Kasim Togok tidak gugur langsung. Selepas itu saya menyuruhnya minum air sejuk segelas yang sudah didoakan dengan Fatihah tujuh kali. Barulah Kasim Togok tersenyum kerana terkejut dengan kunjungan saya bersama isteri saya ke rumahnya. Setelah diberitahu apa yang berlaku ke atas dirinya, dia semacam tidak percaya.
Tamat bab 161.
Jom ajak kawan-kawan sekali join telegram @BercakapDenganJin.
Tetapi segalanya ditentukan oleh Allah Yang Maha Mengetahui segala yang nyata dan yang tersembunyi. Lebih lima tahun mereka kekal menjadi suami isteri, Fakeh Sibin meninggal dunia. Memang gelisah juga Lamijah apabila suaminya yang kekal lama bersamanya itu menutup mata rapat-rapat.
Tidak sampai sebulan selepas Fakeh Sibin meninggal dunia, orang-orang kampung melihat perubahan diri Lamijah. Dia kelihatan muda semula hingga sentiasa berhias. Anak-anak muda juga kembali terpikat untuk mendampingi dirinya. Hinggalah Lamijah terlantar sakit, dia masih juga mahu berdandan dan berhias.
"Kejadian itu berlaku lebih seratus tahun dulu, ustaz," beritahu Kasim Togok tatkala orang-orang kampung bergotong royong membersihkan tanah perkuburan sebaik sahaja berdiri tidak jauh dari kubur Lamijah. "Memang saya ni keturunan daripada Simek Bacar tu," jelasnya lemah apabila kenangkan kejadian tersebut.
Saya memerhatikan belukar senduduk padat di atas kubur Lamijah. Siapa pun tidak berani menebas setiap kali bergotong royong menebas kawasan tanah perkuburan.
"Ada sarang tebuan, ustaz," ujar Kasim Togok apabila saya terhangak-hangak memerhati di balik belukar. Memang mereka tidak bersihkan kubur Lamijah disebabkan tebuan bersarang sebesar tempayan di atas kubur berkenaan hingga seolah-olah tertanam sampai ke dasar.
"Kenapa tak dibakar saja sarang tebuan tu?" tutur saya sambil beristighfar berulang kali.
"Tak ada siapa pun yang berani," beritahu Kasim Togok mengeluh pendek.
"Apa salahnya kalau kita cuba bersihkan kubur ni," lantas saya memujuk orang-orang kampung. Serba salah juga mereka mahu menerima keputusan saya disebabkan bimbang akan ditimpa bencana semasa membersihkan kubur Lamijah.
Sudah beberapa kali juga orang-orang kampung sebelum mereka membersihkan kubur berkenaan. Sebaik sahaja dibersihkan lebah bersarang di atas tanah hingga menjadi busut. Tidak pernah pula mereka melihat lebah bersarang di atas tanah hingga kawasan kubur hitam bagaikan sisa terbakar.
Kadangkala belum sempat mereka mahu menebas belukar yang tumbuh di atas kubur Lamijah, tiba-tiba sahaja terjongol kepala ular tedung senduk menyembur. Ular berkenaan tidak beganjak pun sekali pun dihalau dengan buluh.
Apabila mereka memanggil Ali Mejong menangkap ular tedung senduk di atas kubur, cepat sahaja ular berkenaan menyemburkan liurnya hingga menyinggahi muka Ali Mejong. Tiga hari Ali Mejong tidak dapat melihat akibat semburan yang memedihkan itu.
Belum pernah lagi ular yang di tengah belukar tidak tunduk kepada Ali Mejong. Dia satu-satunya di kampung itu yang dikenali menjadi pawang ular yang mahir. Bukan sahaja fasal menangkap ular bisa, malah dengan siulnya sahaja beratus-ratus ekor ular akan datang mendapatkan dia.
Hairan juga orang-orang kampung kemahiran luar biasa Ali Mejong itu. Entah dari mana datangnya beratus-ratus ekor luar akan terjongol sekiranya dia bersiul. Sewaktu Jubir anak Mak Ribah dipatuk ular cepat-cepat dia menjemput Ali Mejong.
Lantas sahaja Ali Mejong bersiul menyebabkan berpuluh-puluh ekor ular menjalar naik ke rumah Mak Ribah. Setiap ekor ular yang datang akan dipangkah kepalanya oleh Ali Mejong dengan kapur, kemudian ular berkenaan akan menghilang semula selepas menuruni tangga. Hinggalah seekor ular tedung senduk berwarna hitam terlangah-langah naik.
Setelah dipangkah kepalanya ular tersebut menunduk tidak mahu berundur. Tahulah Ali Mejong memang ular itulah yang mematuk Jubir. Apabila dihembuskan tiga kali kepala ular berkenaan lantas disuruhnya menghisap semula bisa di kaki Jubir.
Dalam keadaan berdegil ular tersebut seolah-olah terpaksa memagut semula betis Jubir yang dipagutnya. Lama taringnya melekat pada betis Jubir, mereka yang melihat keadaan itu nampak sisik ular berkenaan bertukar menjadi kelabu. Apabila lekang sahaja taringnya pada betis Jubir belum pun sempat turun ke tanah ular tersebut menggelepar di pangkal serambi. Di kepala tangga itulah ular berkenaan terkulai menjadi bangkai.
Beberapa kali juga Hajah Selibah bermimpi melihat lelaki berkulit hitam tidak berbaju tercegat di pintu pagar rumahnya. Rambut lelaki itu mengurai panjang hingga ke paras bahu dengan diikat kain lilit merah. Dia memakai tiga kalung bagaikan tangkal bersama azimat. Tetapi lelaki berkenaan tidak mampu membolos masuk ke kawasan berpagar.
“Tak tahu saya nak buat apa-apa, Tuan Haji,” sahut saya secara ikhlas setelah dijelaskan oleh Haji Maasar. Memang saya sendiri tidak tahu bagaimana mahu menghalang selagi Hajah Selibah sendiri rela berhubungan dengan Lamidah yang menjadi perataraan tok guru. Lainlah kalau Hajah Selibah sendiri tidak mahu melayani langsung panggilan telefonnya.
Kalau mahu dikira celupar, tahu sangat saya perangai Haji Maasar mudah sangat lepas cakap tidak peduli apa-apa. Sewaktu saya ke Bukittinggi memang dia tanyakan juga kepada isteri saya, kalau duit dalam simpanan hilang tidak bersebab. Terkekeh-kekeh dia ketawa apabila isteri saya beritahu kalau tidak perbuatan toyol boleh jadi juga perbuatan hantu raya.
Jenis syaitan demikian memang digunakan oleh mereka yang amalkannya untuk dapatkan wang. Sama ada percaya atau tidak amalan demikian memang sanggup diamalkan oleh mereka yang tidak takut kepada laknat Allah dengan menjadikan syaitan karibnya.
Selepas diberi tahu demikian, Haji Maasar tidak henti-henti menyebut fasal hantu raya. Kalau Lamidah menelefon isterinya beri tahu mengenai wang yang diperolehinya, tidak teragak-agak dia menuduh Lamidah gunakan hantu raya. Sikap Haji Maasar ini memang tidak saya senangi kerana perkara yang tidak boleh dilihat ini bukan untuk celoteh sesuka hati.
Memang Haji Maasar tidak tahu menutup mulut kalau menyebut perkara demikian. Sebab itu saya malas sangat mahu bercakap mengenai amalan-amalan demikian kerana Haji Maasar bermegah-megah sangat. Kadangkala di depan kawan-kawan pun dia tergamak beri tahu mengenai diri saya boleh melawan amalan syaitan dan ilmu hitam, sekali pun berkali-kali saya ingatkan dia bahawa yang Maha Berilmu hanya Allah Subhanahu Wataala.
Kalau tidak kenangkan sudah lama berkawan, memang saya tidak sanggup melayani kerenah Haji Maasar. Memang dia tidak berahsia mengenai amalan yang sukar dilihat dengan pandangan biasa. Dia tidak menyedari perbuatan demikian boleh disalah tafsirkan oleh mereka yang tidak memahami hingga boleh dituduh sebagai memfitnah.
Sebab itu Haji Mat Lohim yang saya temui di Payakumbuh tidak mahu beri tahu apa-apa kalau didesak mengenai mereka yang boleh menjelmakan diri untuk tujuan yang tidak bermanfaat. Perkara mendapatkan duit beribu-ribu itu Haji Mat Lohim sendiri mengakui pernah melakukannya setelah berpuasa sampai 44 hari, berselang seli dalam tempoh tujuh hari.
Dia sanggup lakukan semasa lama menetap di Bangkinang berhampiran dengan Pekan Baru. Tujuh hari pertama berpuasa Haji Mat Lohim diserbu tiga lelaki bertanduk dengan matanya berlubang besar mengeluarkan asap hitam berkepul berbau kemenyan.
Setelah tiga lelaki bertanduk itu mengaku sanggup lakukan apa sahaja perintah Haji Mat Lohim, segera kepalanya di pangkah dengan kapur. Selepas itu Haji Mat Lohim mulakan puasa tujuh hari kedua pula, hingga dia melihat di kelilingnya batu nesan tercancang saujana mata memandang. Apabila tanah kubur merekah segala macam mayat keluar di celah batu nesan itu dengan erangan kesakitan.
Semua mayat yang keluar dari rekahan tanah kubur itu di pangkah kepalanya oleh Haji Mat Lohim dengan kapur. Setelah menemui ujian tersebut baru dia mulakan puasa tujuh hari ketiga pula. Tetapi Haji Mat Lohim tidak mahu lagi memberi tahu mengenai ujian pada puasa tujuh harinya yang ketiga, keempat, kelima dan keenam.
Hanya dia beri tahu saya selepas cukup 44 hari dia berpuasa, dia melihat jelmaan dirinya tercegat tidak bercakap apa-apa. Apabila dia bersatu dengan lembaga yang menyerupai dirinya itu Haji Mat Lohimn boleh masuk ke dalam tembok keras sekali pun menjadi penghalang. Apabila dia masuk menyusup ke dalam peti besi di dalam bank,memang berapa banyak pun duit tersimpan di situ boleh dipunggah keluar.
#KoleksiTokAwangNgahBab164
MELAWAN TIGA LELAKI BERTANDUK
(Bab 164 bahagian 2)
Tujuh kali diulangi oleh Haji Maasar lantas dia memusingkan dirinya hingga berputar seperti gasing tengah naik uri. Putaran tubuh Haji Maasr itu menyebabkan tiga lelaki bertanduk itu menjadi cair laksana lilin terbakar. Sebaik sahaja melihat tiga lelaki bertanduk itu cair segera tok guru melompat melepaskan Lamidah dari pelukannya.
Lama tok guru itu merenung muka Haji Maasar yang masih berputar ligat seperti gasing tengah naik uri. Libasan angin akibat putaran tubuh Haji Maasar memancar memercikkan api menyebabkan tubuh tok guru melecur akibat diterjah percikan api itu. Disebabkan tidak bertahan dengan percikan api yang memancar dari putaran tubuh Haji maasar, lantas tok guru melayang ke udara hilang bersama kegelapan malam. Haji Maasar juga segera memberhentikan putaran tubuhnya. Tidak bertangguh dia membuka karung guni yang ditinggalkan mengeluarkan semula isterinya.
Tatkala terbangun dari tidurnya, Haji Maasar berasa kepalanya pening akibat berputar ligat. Tetapi dia terkejut apabila menyedari isterinya Hajah Selibah menangis teresak-esak. Hajah Selibah beri tahu dia mengenai tok guru akan ganggu mereka suami isteri setelah Lamidah bersetuju serahkan dia kepada tok guru berkenaan.
“Siapa tok guru tu?” hairan juga Haji Maasar apabila diberi tahu oleh isterinya mengenai tok guru berkenaan. Dia sendiri tidak cam sangat mengenai tok guru yang dilihat di dalam mimpinya tidak berbaju dengan rambut terurai sampai ke bahu diikat kepala kain merah.
Hajah Selibah menggeleng lemah. Bimbang juga dia mahu perjelaskan mengenai kawannya Lamidah sudah berjanji dengan tok guru mahu serahkan dirinya. Sama ada dia bersetuju atau tidak tok guru akan seru namanya sampai dia datang melutut. Cubalah bertahan kalau mahu menghina tok guru!.
Memang Lamidah terpaksa memujuk Hajah Selibah supaya dia dapat melepaskan diri dari tok guru. Selagi tidak dapat mencari ganti nescaya tok guru tidak akan lepaskan dirinya.Tentu Haji Derahim syak juga apabila dia berterusan meninggalkan rumah asal sahaja menjelang hari Jumaat. Kalau takat berdalih balik ke kampung tentu Haji Derahim tidak akan percaya sekiranya terlalu kerap.
Lagi pun tok guru sendiri sudah desak dia supaya carikan wanita lain kalau mahu kekalkan duit yang dimilikinya. Kalau tidak dicarikan gantinya nescaya duit di tangan akan bertukar mendadi kain putih dengan kemenyan. Haji Derahim sendiri sudah mengalaminya semasa membawa wang berkenaan ke bank apabila bertukar tidak semena-mena menjadi kain putih bersama kemenyan sudah ditumbuk hancur.
Tatkala Haji Derahim memerlukan wang beribu ringgit dia terkejut apabila Lamidah sanggup pinjamkan dia duit berapa banyak pun. Lamidah berjanjji dapatkan duit dari tok guru dalam tempoh seminggu, sementara menunggu hari Jumaat.
Setelah wang tersebut di perolehi tidak sabar lagi Haji Derahim mahu masukkan ke bank, sebelum mendapat restu tok guru. Memang terkejut Haji Derahim tatkala membuka beg dompetnya, wang di dalamnbya bertukar menjadi kain putih bercampur kemenyan. Marah benar dia disebabkan tertipu demikian. Sebaik sahaja sampai di rumah Haji Derahim menjadi lemah tenaga apabila berdepan dengan isterinya Lamidah. Hatinya menjadi lemah selemahnya hingga tidak berani menuturkan apa-apa lagi. Dia melihat Lamidah terlalu jelita hingga terpesona menyebabkan dia terpegun merenungnya.
Perkara wang di tangannya bertukar menjadi kain putih dengan kemenyan tidak penting lagi. Biarlah duit di dalam dompetnya habis tidak tinggal sehelai pun asalkan Lamidah sentiasa di sampingnya. Dia rela Lamidah ke mana sahaja beberapa hari hatta masuk ke gua bertapa untuk pelajari apa pun amalan.
Haji Derahim tidak peduli siapa pun tok guru tempat Lamidah amalkan amalan, setelah diberi syarat demikian. Dia tidak boleh mengenali siapa tok guru sehingga semua hutang perniagaan yang ditanggungnya dapat dibayar habis.
Lelaki itu berjalan di udara diiringi oleh tiga lelaki bertanduk dengan matanya memancar merah. Apabila dia mengisar-ngisar tangkal di leher tiga lelaki bertanduk yang mengiringinya terus mendamping wanita muda itu. Tahu sangat Hajah Selibah wanita muda itu memang kawan baiknya sejak bertahun-tahun.
Sebaik sahaja lelaki bertanduk itu mengusung wanita muda berkenaan ke sisi lelaki berkulit hitam tidak berbaju itu, Hajah Selibah melihat mereka berdua bercumbu bagaikan suami isteri. Berdebar benar hati Hajah Selibah kerana kawannya itu sanggup melayani lelaki tidak bebaju yang dipanggilnya tok guru.
Memang dia serba salah melihat kejadian tersebut di sebabkan kawannya itu masih lagi bersuami. Tahu sangat dia suami wanita muda itu yang mengalami kemerosotan perniagaan. Hampir sahaja suami kawannya itu hilang akal di sebabkan masalah yang menimpanya.
Di sebabkan masalah yang dihadapi oleh suaminya itulah wanita muda itu terjerumus menemui tok guru. Setelah bertemu tok guru itulah perniagaan suaminya kembali pulih. Tetapi wanita muda itu disyaratkan menemui tok guru itu asal sahaja malam Jumaat hingga santak sampai ke subuh dengan tidak diketahui oleh suaminya.
“Lamidah, tak baik awak buat macam tu!? Saya mendengar Hajah Selibah melaung dari jendela mendongak ke udara.
“Kamu jangan nak berpura-pura Selibah,” sahut Lamidah membiarkan dirinya dipeluk erat oleh tok guru. Apabila dia mengusap-usap dada tok guru Hajah Selibah melihat lelaki tidak berbaju itu menjelma bagaikan Haji Derahim suami wanita muda itu.
Tersengih-sengih Lamidah mengejek Hajah Selibah di sebabkan kawannya itu berasa hairan apabila tok guru menjelma menjadi Haji Derahim dalam masa sekelip mata. Apa salahnya dia bermesra dengan suami sendiri sekali pun Hajah Selibah tahu di depannya memang tok guru yang menjelma menukarkan dirinya demikian.
“Tapi, lelaki itu bukan Haji Derahim!” ujar Hajah Selibah mencebek bibir.
“Kamu pun sama macam aku, Selibah,” Lamidah mencemik muka mengejek kawannya.”Kita ni isteri ketiga, kalau tak berikhtiar kita akan terbuang nanti,” dia terus mencemuh disebabkan Hajah Selibah enggan diajak menemui tok guru yang menjanjikan bantuan untuk membantu.
Lamidah sendiri beri tahu mengenai tok guru yang boleh menjelmakan wang berpuluh ribu ringgit asal sahaja sanggup bersamanya setiap malam Jumaat. Lamidah juga dikehendaki mencarikan wanita lain yang masih bersuami untuk menggantikannya, sekiranya dia tidak mahu lagi menemui tok guru. Sekiranya Lamidah tidak dapat mencarikan ganti dia akan menerima padah kalau sengaja meninggalkan tok guru.
Sebab itu Hajah Selibah sudah dapat menangkap tujuan Lamidah mahu membawa dia menemui tok guru. Sudah tentu Lamidah juga mulai bosan untuk melayani tok guru berterusan. Manalah tahu rahsianya akan diketahui juga oleh Haji Derahim setelah dia carikan wang untuk menutup kerugian yang dialami dalam perniagaan.
Biarlah dia carikan gantinya untuk tok guru dengan serahkan Hajah Selibah. Sekiranya Hajah Selibah sudah bosan dengan Tok Guru dia boleh carikan gantinya di mana-mana. Siapa sahaja isteri orang boleh diperdayakan kalau mereka perlukan wang. Apa lagi mereka yang berniaga tengah menghadapi kesulitan berterusan.
“Aku akan beri tahu suami kamu, Haji Derahim!” lantas Hajah Selibah ingatkan setelah melihat Lamidah di dalam pelukan tok guru itu.
Terlalu marah Lamidah apabila diugut Hajah Selibah demikian. Dia mendongak meminta pertolongan tok guru setelah merasa dihina olah Hajah Selibah. Dia tidak peduli lagi sama ada Hajah Selibah kawan baiknya atau tidak. Asal sahaja menghina perbuatannya dia tetap akan bertindak.
Segera tok guru memberi isyarat kepada tiga lelaki bertanduk yang tercegat berpeluk tubuh di sisinya, supaya menyerbu kearah Hajah Selibah. Mereka bertiga serentak menyerbu lantas menyerkup Hajah Selibah dengan karung guni. Meronta-ronta Hajah Selibah di dalam karung guni menjerit-jerit memanggil Haji Maasar.
Selepas dia menemui saya itulah perniagaannya naik semula. Sebab itulah Haji Maasar bersungguh-sungguh sangat mengajak saya temankan dia tunaikan umrah ke Mekah. Dia percaya perniagaannya naik semula disebabkan doa saya. Terpaksa pula saya ingatkan dia mengenai Allah Subhanahu Wataala sahaja yang mengurniakan kepada hamba-Nya rezeki atau menyempitkan.
Memang saya penuhi juga hasrat Haji Maasar yang mahu menunaikan umrah bersama saya. Apa salahnya saya turuti dia ke Mekah Mukarammah sekiranya dia ikhlas. Perkara perniagaannya pulih semula tidak penting sangat disebabkan semuanya ditentukan oleh Allah.
Tatkala di Mekah sepanjang malam Haji Maasar mengeluh disebabkan kepalanya sakit berdenyut-denyut. Asal sahaja duduk menghadap kaabah dia semakin terganggu dengan sakit kepala yang menusuk-nusuk itu. Apabila balik ke tempat penginapan sakit kepalanya beransur reda, setelah saya doakan dengan membaca:
A’uzu bi’izzatillahhi waqo-dratihi min sarrima yajidu wayuhaziru, wa-imma yanza ghanna ka minsy syaitoni nazghun fasta’iz billahhi, innahu huwas sami’ul ‘alim.
Tetapi Haji Maasar berkeras juga bangun tengah malam jam 3.00 pagi jejak kaki ke tengah Masjidil-Haram. Dia tetap terconggok menghadap kaabah sekali pun kepalanya berdenyut-denyut sakit. Tiga malam berturut-turut Haji Maasar melawan sakit kepalanya semata-mata mahu duduk menghadap kaabah, tiba-tiba dia merasa pahanya dihimpit paha lelaki bertubuh besar.
Semasa dia berpaling Haji Maasar melihat kulit lelaki itu hitam dengan tubuhnya duduk sama tinggi dengan Haji Maasar berdiri. Berdebar benar hati Haji Maasar apabila didampingi oleh lelaki berkenaan. Asal sahaja dia cuba melepaskan pahanya yang terhimpit, lelaki berkenaan terus juga mengasak.
Kalau tidak kenang sedang menghadap kaabah, memang mahu sahaja Haji Maasar jerkah lelaki berkenaan. Biarlah lelaki itu tidak memahami bahasa yang dituturkan, tetapi setidak-tidaknya lelaki bertubuh besar itu sedar Haji Maasar tidak senang diperlakukan demikian.
“Kalau kepala awak sakit boleh dilawan, takkan paha kena himpit tak boleh sabar!” terkejut juga Haji Masar apabila lelaki bertubuh besar itu boleh bertutur dalam bahasa Melayu.
“Awak ni siapa, rupanya macam orang Habsyah tapi tahu cakap melayu?” gerutu Haji Maasar melepaskan geram yang mendongkol di hati.
Lelaki hitam bertubuh besar itu tidak menyahut apa-apa Dia terus menunduk dengan kepala meliuk ke kiri ke kanan. Pahanya masih menghimpit paha Haji Maasar. Saat ini Haji maasar dapat menuduh lelaki bertubuh besar di sisinya tentu syaitan yang mahu mengganggu, sekali pun ketika itu sakit kepala yang berdenyut-denyut tidak terasa langsung.
Segera Haji Maasar membacakan Ayatul Kursi, tetapi diikuti sama oleh lelaki itu. Hingga masuk waktu subuh barulah lelaki bertubuh besar itu meninggalkan Haji Maasar hilang ditengah orang ramai yang berombak-ombak melakukan tawaf tujuh keliling.
Apabila Haji Maasar memberi tahu saya setelah balik ke tempat penginapan mengenai kejadian yang menimpanya, saya sendiri tidak dapat mengagak apa-apa. Lagi pun setelah meninggalkan Mekah al-Mukarammah menuju ke Madinah al-Munawarrah Haji Maasar tidak lagi diganggu sakit kepala. Sewaktu dia bangun jam 3.00 pagi duduk di tengah masjid Nabawi, tidak pula menemui lelaki bertubuh besar dengan kulitnya hitam itu.
Memang Haji Maasar tetap kenang kejadian yang dialaminya semasa menunaikan umrah bersama saya bertahun-tahun dulu. Selepas itu apabila dia ke Mekah, memang Haji Maasar sentiasa membeli dab. Gemar sangat dia menjamah daging dab dimasak sup.
“Bukan fasal daging dab, ustaz,” terkekeh-kekeh dia ketawa di telefon apabila kenang daging dab.
“Kalau haji nak datang, tak fasal daging dab pun ada salahnya,” lantas saya mengusiknya. Bertambah terkekeh-kekeh dia ketawa disebabkan dia tahu saya mengusiknya mengenai kemampuannya berkahwin tiga orang.
“Kahwin tiga orang, bukan fasal daging dab, ustaz!” ujarnya masih lagi ketawa memanjang. Memang dia suka bergurau hingga bercakap pun sentiasa terkekeh-kekeh ketawa dengan tidak bersebab.
Disebabkan muntah yang banyak Malim Bilin tergolek di lantai dalam kedaan letih tidak bermaya. Apabila saya menepuk-nepuk bahunya dia mengakui masih sedar apa pun berlaku, tetapi tidak dapat mengawal dirinya. Lama dia terbaring akibat terlalu letih barulah Malim Bilin dapat duduk sandarkan belakang ke dinding.
Ketika ini isteri Haji Maarit sudah simbahkan muntah di lantai biar bersih semula. Hairan juga dia melihat lumut dan lumpur selut yang dimuntahkan oleh Malim Bilin.
“Saya sedar apa yang berlaku, ustaz,” beri tahu Malim Bilin masih dalam keadaan lemah semasa isteri Haji Maarit hidangkan kopi o bersama rebus keladi tengah panas. “Tapi, saya tak dapat kawal tangan kiri saya mahu merentap-rentap rambut,” serba salah dia mahu menerangkan kejadian yang menimpa dirinya itu.
“Cukuplah yang sudah-sudah tu,” lantas Haji Maarit ingatkan dia mengenai amalan jampi mentera yang diturunkan oleh Pak Mulung. Apalah gunanya mahu kelihatan sentiasa muda kalau sanggup minum air basuh tangan sendiri di dalam pinggan setiap kali habis makan.
“Benda tu kotor sama macam lumpur selut,” geli geleman Haji Maarit apabila kenang minum air basuh tangan di dalam pinggan habis makan yang dicurahkan air.
Malim Bilin menunduk. Dia dapat merasakan usia tidak boleh disembunyikan sekali pun wajah kelihatan sentiasa muda. Tenaga yang lemah akan tetap perlihatkan usia semakin tua, sekali pun boleh disembunyikan dengan rupa paras yang muda.
Tetapi saya ingatkan juga Malim Bilin supaya amalkan juga solat tahajud tengah malam berterusan. Perkara bangun tengah malam tatkala nyenyak tidur memang sukar mahu dilakukan. Apa sangat dengan bangun solat tahajud tengah malam, kalau bandingkan dengan minum basuh tangan di dalam pinggan yang dicurahkan air setelah habis makan? Sekiranya Malim Bilin sanggup minum air basuh tangan demikian, apa salahnya bangun tengah malam amalkan solat sunat tahajud?
Beberapa bulan selepas kejadian itu, saya ke Jerantut semula menemui Haji Maarit sebelum sambung belajar lagi. Ketika ini Malim Bilin datang menjengah sebaik sahaja mendapat tahu saya ke rumah Haji Maarit. Kulitnya bertambah hitam akibat terjemur di sawah tetapi tubuhnya gemuk sedikit.
Tersengih-sengih dia memberi tahu mengenai Uda Siah sudah mengandung dalam usia sudah meningkat. Tetapi apalah salahnya mengandung sebelum usia empat puluh, sekali pun anak yang sulung. Memang Malim Bilin mengakui dia gagahi juga bangun tengah malam untuk amalkan solat tahajud. Seluruh badannya sakit-sakit apabila membaca Ayatul Kursi hinga 313 kali setiap malam.
Dalam keadaan demam hingga terasa sengal-sengal seluruh badan, Malim Bilin tetap teruskan juga bangun tengah malam. Biarlah hidungnya tersumbat akibat selsema dia tetap berkeras. Hingga 44 malam dia teruskan solat tahajud, beberapa kali dia termuntah dengan lumut dan selut lumpur melambak ditadah dalam baldi.
Sampai tidak ada lagi gangguan yang ditanggungnya. Malim Bilin teruskan juga hingga sampai 100 malam. Dia merasa tenang dan lapang setiap kali bangun di pagi hari. Apabila mendapat tahu saya berkunjung ke rumah Haji Maarit tidak bertangguh dia menyerbu kesitu. Dia mahu sampaikan segala perubahan pada dirinya untuk luahkan perasaan gembira yang memuncak dalam jiwanya.
“Semua itu urusan Allah,” bisik saya ingatkan Malim Bilin disebabkan dia berulang kali berterima kasih kepada saya. Apa sangat yang saya bantu dia, selain daripada menyuruhnya melakukan solat tahajud berterusan.
Mungkin disebabkan kenangan lama itulah, dia desak juga anaknya Deraman menemui saya setelah bertahun-tahun berlalu. Itu pun Kadir Misai yang memberi tahu dia mengenai diri saya setelah kami berkawan rapat. Memang Deraman itulah anaknya yang sulung apabila dia memberi tahu Uda Siah mengandung ketika bertemu di rumah arwah Haji Maarit.
“Ayah saya sekarang ni sakit lumpuh, ustaz,” jelas Deraman memberi tahu khabar mengenai ayahnya Malim Bilin.
Tamat bab 162 dan 163.
Jom ajak kawan-kawan sekali join telegram @BercakapDenganJin.
Dia tahu bahana yang ditanggungnya setelah mendampingi bunian semata-mata mahu kelihatan sentiasa berperawakan muda.
Apabila kenangkan pantang larang yang diturunkan oleh Pak Mulung di kampungnya sebelum berpindah ke Jerantut, memang kecut juga perasaan Malim Bilin. Dia beri tahu mengenai Pak Mulung yang sentiasa kelihatan muda sekali pun sudah berusia tujuh puluh tahun, hingga ramai anak gadis terpikat.
Bila-bila Pak Mulung sedia turunkan amalannya asal sahaja Malim Bilin sanggup amalkan jampi pemanis. Kalau amalkan jampi pemanis mesti sanggup pula menerima pantang larang yang perlu dipatuhi. Tatkala usia muda belasan tahun apa sangat Malim Bilin hiraukan dengan pantang larang.
Dia tidak peduli apa pun mengenai pantang larang sekiranya boleh mengikuti jejak Pak Mulung. Tentu dia mudah memikat gadis cantik sekiranya sentiasa kelihatan segak. Apabila Pak Mulung meminta dia minum air yang dicurahkan ke dalam pinggan selepas habis makan, Malim Bilin pun sanggup lakukan.
Asal sahaja habis makan dia akan curahkan air ke dalam pinggan lantas membasuh tangan di situ. Kemudian dia akan hirup air tersebut dengan membacakan jampi pemanis yang diturunkan oleh Pak Mulung. Selepas di turunkan amalan itu Pak Mulung dia tidak dibenarkan membuat kerja-kerja berat.
Sebab itu Pak Mulung turunkan pula amalan hingga boleh menukarkan dirinya menjadi terkejang sakit, biar emak atau ayahnya tidak memaksa dia bekerja kuat. Setelah emak dan ayahnya meninggal dunia, adik beradik Malim Bilin tidak benarkan lagi dia menetap di kampung halaman disebabkan sikap pemalasnya.
Dia terpaksa tinggalkan kampung halamannya di Pariaman menumpang kapal barang menyeberangi Selat Melaka sebelum sampai ke Jerantut. Memang sudah nekad dalam hatinya tidak akan jejak lagi kampung halamannya setelah di halau oleh kaum keluarga sendiri.
Tetapi setiap kali dia mahu tinggalkan amalannya Malim Bilin akan diganggu bayangan Pak Mulung yang menjelma di depannya. Sebelum sampai ke Jerantut dia menetap juga di Singapura hingga banyak berhutang di kedai makan. Apabila dipaksa membayar hutang lantas sahaja Malim Bilin merayu meminta tangguh. Disebabkan taukeh kedai tidak dapat menahan sabar tidak bertangguh ditariknya tangan Malim Bilin mahu diheret ke balai polis.
Tiba-tiba sahaja tangan Malim Bilin yang ditarik tercabut di pangkal bahu menyebabkan taukeh kedai ketakutan. Semenjak itu pula Malim Bilin menyedari amalan Pak Mulung itu boleh menyelamatkan dirinya.
Hinggalah berpindah ke Jerantut dia tetap amalkan juga sekali pun terpaksa menempuh pantang larangnya. Setelah berkahwin dengan Uda Siah dia menyedari mereka tidak akan mempunyai anak. Beberapa kali Malim Bilin terserempak jelmaan Pak Mulung yang membawakan dia perempuan cantik dengan pakaian sutera jarang mendampinginya asal sahaja malam bulan mengambang penuh.
Tatkala ini Pak Mulung tidak benarkan dia mendampingi Uda Siah, tetapi mesti tidur berasingan di hujung serambi dengan pelita dipadamkan. Sebaik sahaja rumah menjadi gelap gelita jelmaan Pak Mulung akan terconggok di depannya bersama perempuan cantik di sisinya. Perempuan itu akan mematuhi apa sahaja perintah Pak Mulung sekali pun terpaksa melayani Malim Bilin di depannya.
“Aku tak mahu lagi amalan ni, Pak Mulung,” bisik Malim Bilin apabila dipaksa melayani perempuan cantik itu di depan Pak Mulung. Malu benar dia diperlakukan demikian olah Pak Mulung seolah-olah barang mainan tidak berguna.
“Kau akan menanggung padahnya!” gerutu bayangan Pak Mujlung ingatkan dia supaya tidak membantah.
Malim Bidin dapat mengagak tentu tenaganya akan menjadi sia-sia kalau berdegil mahu membantah. Dia akan kecewa seumur hidup kerana tidak boleh menjadi suami sesiapapun sekiranya berkeras tidak mematuhi kemahuan jelmaan Pak Mulung. Tentu Uda Siah sendiri hampa menjadi isterinya apabila dia menerima padah demikian.
“Aku ni Putera Ali, aku nak kahwin dengan Siah,” lantas sahaja dia membukakan rahsianya.
Tahulah Haji Maarit di depannya memang bunian yang menjelma seperti ikan haruan. Apabila jelmaan bunian mengganggu sama juga dengan golongan syaitan yang mahu mengelirukan manusia. Sebab itu Haji Maarit mencebek bibir memberi amaran tidak akan membiarkan bunian mengganggu sesiapa pun keluarganya.
Tetapi bunian itu merayu mahu mengambil Uda Siah disebabkan kesihan dengan perempuan itu terpaksa bersusah payah di tengah sawah, dalam masa suaminya bersenang-senang di rumah. Tahu sangat dia mengenai amalan Malim Bilin yang gunakan bunian hingga boleh menukarkan dirinya seolah-olah terkejang sakit tenat.
Tatkala Malim Bilin terketar-ketar sakit dengan kulit mukanya ditumbuhi roma berbintat-bintat merah, memang amalan bunian itu yang menyebabkan orang terpedaya. Siapa sahaja yang melihat Malim Bilin tentu menyangka lelaki itu terkejang sakit memerlukan rawatan dan belas kasihan.
Namun Haji Maarit satu-satunya yang tahu mengenai muslihat amalan Malim Bilin setiap kali dia terkejang sakit. Sengaja Malim Bilin menjelmakan dirinya dalam keadaan sakit tenat biar isterinya tidak mendesak sangat dia membuat kerja berlebihan. Memang Haji Maarit tidak senang juga dengan sikap Malim Bilin menperdayakan Uda Siah, tetapi dia tidak boleh campur tangan sangat dengan urusan keluarga berkenaan.
“Kau tahu Siah ada suami, kenapa nak goda?” jerkah Haji Maarit mengisar tumit ke bumi menyebabkan anak muda itu membongkok menahan perutnya tiba-tiba senak hingga sukar bernafas.
“Aku nak tolong Siah,” sahut anak muda itu terkial-kial apabila Haji Maarit terus mengisar tumit ke bumi.
“Kau nak pecah belahkan rumah tangga orang!” Haji Maarit bersuara keras terus menghentakkan tumitnya kebumi.
Anak muda itu terguling ke tengah lumpur selut menggelupur menahan kesakitan akibat perut senak dihentak Haji Maarit. Kemudian dia bingkas melompat bangun dengan tubuhnya memanjang laksana ular tedung selar berdiri dengan ekor cecah ke tanah.
Tersenyum Haji Maarit dengan ancaman anak muda itu, lantas dia membacakan surah al-Ikhlas tiga kali dihembuskan kearah ular tedung selar melenggok-lenggok kepala. Sekali gus pula jelmaan ular tedung selar berdepap jatuh ke tengah selut laksana tali tidak bertahan.
Apabila anak muda itu melompat dengan marah lantas dia memegang busar panah mahu melepaskan anak panah kearah Haji Maarit. Belum pun sempat dia melepaskan anak panahnya, segera Haji Maarit membacakan tujuh kali:
Lanar jumannakum walayamassannakum minna ‘azabun alim.
Sebaik sahaja Haji Maarit menampar tangannya, bertalu-talu anak panah berapi menerjah ke dada anak muda itu menyebabkan dia terpelanting. Menggelepar anak muda itu di dalam selut lumpur dengan dadanya tercacak anak-anak panah bercerancang.
Ketika ini angin bertiup kencang hingga air di dalam lopak sawah berpusar kuat. Sebaik sahaja angin kencang berhenti di tengah pusaran air selut itu tercegat lelaki tua berjubah kuning memegang tongkat akar bengkang bengkok. Marah benar lelaki tua itu sambil mengurut-urut janggut putihnya merenung kearah anak muda yang terkial-kial di tengah lopak sawah.
“Maaflah Haji Maarit, budak-budak tak tahu dia membezakan yang batil dengan yang tak batil,” lembut sahaja suara lelaki berjubah kuning tiu lantas memukulkan tongkatnya ke belakang anak muda berkenaan.
“Aku nak kahwin dengan Siah, Tok Syeikh!” rintih anak muda itu setiap kali lelaki tua berjubah kuning itu membelasahnya dengan tongkat akar bengkang bengkok.
“Siapa yang kamu nak uji ni?” bentak Tok Syeikh berterusan memukul anak muda itu menyebabkan lopak sawah bertambah keruh airnya.
“Aku kesihankan Siah!” ujar anak muda itu berkeras tidak mahu mengalah.
“Kamu jangan malukan aku pada Haji Maarit dengan ustaz ni!” Tok Syeikh keraskan suara lantas sendiri di awang-awangan memerhati anak muda itu terkial-kial menahan kesakitan.
Bersambung...
Jom ajak kawan-kawan sekali join telegram @BercakapDenganJin.
Sebaik melihat saya terus sahaja Deraman mencium tangan lantas memberi tahu mengenai ayahnya Malim Bilin di Jerantut yang mendesak supaya menemui saya. Berkali-kali Malim Bilin ingatkan anaknya Deraman menemui saya apabila terluang masa.
“Ayah juga ingin berjumpa dengan ustaz,” jelas Deraman sebaik sahaja duduk.
“Saya yang beri tahu Pak Malim fasal ustaz,” Midin pula menambah dengan mengusap-usap muka.
Hampir juga saya terlupa mengenai Malim Bilin yang sudah bertahun-tahun tidak bersua. Semenjak saya belajar lagi lama juga tidak menemui kawan-kawan. Apa lagi Haji Maarit di Jerantut yang sudah meninggal dunia tidak sempat saya ziarahi. Hanya Kadir Misai yang beri tahu mengenai Haji Maarit meninggal dunia lebih tiga tahun sebelum saya habis belajar.
Manalah saya ingat sangat dengan Malim Bilin disebabkan hanya beberapa kali sahaja bersua tatkala saya mengunjungi Haji Maarit bertahun-tahun dulu sebelum saya lanjutkan belajar. Apabila sebut namanya lantas dapat saya ingatkan kejadian isterinya Uda Siah menanggung bengkak betis hingga sakit berdenyut-denyut.
Sebaik sahaja dilurut oleh Haji Maarit betisnya, saya melihat lumpur selut berlonggok di dalam besen. Tiga kali Haji Maarit melurut beits Uda Siah yang membengkak itulah tiba-tiba melompat seekor haruan seolah-olah keluar dari betisnya yang membengkak.
Tersenyum Haji Maarit apabila melihat ikan haruan berkenaan menggelepar di dalam besen. Serta merta pula bengkak di betis Uda Siah susut macam tidak mengalami apa-apa perubahan. Menghela nafas panjang Malim Bilin melihat kejadian yang menimpa isterinya. Dia sendiri hampir berputus asa setelah tidak dapat memulihkan penyakit isterinya yang bengkak betis tidak bersebab.
Puas juga dipupuk dengan daun inai, tetapi bengkak di betis Uda Siah tidak juga seruh. Harapkan Embah Soyah membantu memang emak mertuanya tidak percaya Uda Siah mengidap sakit demikian. Dia tetap menuduh Malim Bilin sengaja mahu memperdayakan dia.
Saat ini Malim Bilin merasakan kebolehannya selama ini sia-sia tidak berguna apa-apa. Takat boleh kelirukan orang dengan berpura-pura menanggung sakit tenat, tentulah menghadapi kesukaran apabila benar-benar terkejang sakit setelah tembelang dapat diketahui. Berkali-kali dia ingatkan emak mertuanya mengenai Uda Siah benar-benar sakit, tetapi Embah Soyah tidak mempercayainya lagi.
Kalaulah Haji Maarit tidak datang menjengah sudah tentu Uda Siah akan terus menanggung kesakitan berterusan. Setelah di ubati oleh Haji Maaarit barulah Embah Soyah menyedari penyakit yang dideritai oleh anaknya bukan lagi permainan ilmu amalan Malim Bilin.
“Apa bendanya tu, Abang Aji?” Embah Soyah mula gelisah tatkala melihat lumpur selut keluar dari betis Uda Siah yang membengkak.
“Kau tengoklah sendiri,” ujar Haji Maarit sebaik sahaja ikan haruan menggelepar di dalam besen. Memang Malim Bilin juga melihat ikan haruan sebesar lengan itu bagaikan keluar dari betis isterinya.
“Takkan lumpur selut dalam betis Siah!” mengeluh panjang Embah Soyah memerhati ke dalam besen yang terendam kaki Uda Siah.
“Mana aku tahu,” sahut Haji Maarit memberi isyarat menyuruh Uda Siah keluarkan kakinya dari besen.
“Macam mana rasa kaki, awak?” segera Malim Bilin mengusap betis isterinya.
“Tak sakit lagi, Cuma lutut aje sengal-sengal,” beritahu Uda Siah dapat mengagak ikan haruan yang menggelepar di dalam besen bagaikan sama dengan ikan haruan yang dicekak tengkuknya tengah lopak sawah.
“Kalau nak tahu dari mana ikan haruan ni, tanyalah ustaz,” lantas Haji Maarit memuncung bibir kearah saya dengan tersengih-sengih.
“Dari mana datangnya ikan haruan tu, ustaz?” tidak bertangguh Embah Soyah mendesak saya supaya menjelaskannya.
Saya menggeleng kepala. Manalah saya tahu dari mana ikan haruan tersebut melompat ke tengah besen dipenuhi selut lumpur yang luruh dari betis Uda Siah. Siapa sahaja yang terconggok di situ melihat ikan haruan berkenaan seolah-olah keluar dari betis Uda Siah yang membengkak sampai sebesar paha.
Memang Haji Maarit sendiri mengakui Malim Bilin boleh menukarkan dirinya menjelma bagaikan terlantar sakit semata-mata mahu memperdayakan isterinya. Disebabkan Malim Bilin mengelak tidak mahu turun ke sawah, dia akan berpura-pura demam hingga terkejang di hujung serambi. Apabila Uda Siah menjengah, lantas dilihat seluruh tubuh Malim Bilin terbintat-bintat meruam merah bagaikan dihinggapi demam cecair.
Apabila Uda Siah turun ke sawah dia akan bingkas bangun terus ke kedai kopi Ah Heng. Sebaik sahaja matahari tegak di kepala cepat-cepat dia balik ke rumah sebelum isterinya jejak kaki di tangga. Dia akan terkejang semula dengan seluruh badannya berbintat-bintat meruam merah.
Tetapi semenjak emak mertuanya merentap tangan dia hingga tercabut sampai ke pangkal bahu, Uda Siah sudah dapat menangkap suaminya gunakan ilmu penggelap menyebabkan orang melihatnya seperti benar-benar sakit terlantar. Kalaulah tidak disebabkan Embah Soyah pitam tidak sedarkan diri selepas melihat tangan menantunya tercabut, memang Uda Siah sendiri tidak tahu mengenai helah suaminya selama ini.
“Cuba amalkan ilmu yang diredhai Allah,” Haji Maarit ingatkan dia setelah mengajak saya ikut sama ke rumah Malim Bilin. “Ilmu yang bermanfaat di dunia dan di akhirat!” ujarnya tidak bersetuju dengan sikap Malim Bilin memperdayakan isteri dan emak mertua sendiri.
“Saya berjanji tak buat lagi, Pak Utih,” sahut Malim Bilin tersengih-sengih disebabkan malu tembelangnya diberi tahu oleh Haji Maarit kepada saya.
Sewaktu saya bersama Haji Maarit jejak kaki ke rumahnya. Uda Siah mengerang-ngerang kesakitan. Embah Soyah tetap tidak datang menjengah sekali pun erangan Uda Siah boleh di dengar dari dapur rumahnya. Setelah kami naik ke rumah barulah Embah Soyah datang menjengah muka.
“Jangan percaya Abang Aji,” lantas sahaja Embah Soyah mencebek bibir sebaik naik ke rumah. “Malim ni tengah tak berduit, fasal nak minta duit dia buat helah,” dia menambah melepaskan rasa geram yang mendongkol di hati.
“Usah terburu-buru, Soyah!” segera Haji Maarit memujuk lantas memuncungkan bibir kearah saya. “Tak malukah dengan ustaz ni, dia tetamu kita,” tuturnya perlahan meminta Embah Soyah bertenang.
Tersipu-sipu Embah Soyah memandang saya setelah menyedari belum pernah terserempak saya sebelum itu. Tentulah tidak manis menuduh anak menantu di depan tetamu yang belum pernah datang berkunjung. Tetapi saya tidak ambil hati sangat dengan sikap Embah Soyah yang sudah sekian lama memendam perasaan marah dengan perbuatan Malim Bilin.
Kemudian Haji Maarit menyuruh Embah Soyah ambilkan air di bubuh di dalam besen. Setelah besen berisi air itu dibawa ke hadapannya dia menyuruh Uda Siah masukkan kaki ke dalam besen. Haji Maarit meletakkan telunjuk pada betis Uda Siah yang membengkak lantas menepuk kepala lututnya sendiri tiga kali. Haji Maarit perlahan membacakan doa:
“Nun, walqolami wama yasthurun, ma-anta bini’mati rabbika majunun, wa-innalaka la-ajran ghaira mimnun, wa-innaka la’ala khulqin ‘azim, fasatub siru wayubsirun, bi aiyakumul maftan, inna rabbaka huwa a’lamu biman dhalla ‘an-sabilihi wahuwa a’lamu bilmuhtadin.
Bersambung pada bab 163...
Jom ajak kawan-kawan sekali join telegram @BercakapDenganJin.
Puas pula Dukun Maskun menyeru jin pendampingnya biar buangkan batu karang yang menyendal ari-ari isterinya hingga sukar mahu buang air. Kadangkala terjerit-jerit dia menahan sakit disebabkan kencing tidak boleh tus.
Tatkala Haji Maarit datang menjengah segera dia menuyuiruh Dukun Maskun carikan buah betik tengah masak ranum. Haji Maarit doakan pada buah betik itu:
Rabbanallahhul lazi fis sama-I taqaddo man-ismaka amwata fis-sama-i wal-arsi kamarahmatuka fis-sama-I faj’ala rahmataka fil-ardhi waghfirlana haubana wak-hothayana anta rabbat thaiyibina fa-u-nazil syafa-an min-syifa-ika birahmatan min rahmatika alaiya hazal-waji’.
Sengaja Haji Maarit mendesak Itam Nah habiskan sebiji betik itu sekali makan sahaja. Tiga hari berturut-turut Itam Nah terasa lawas buang air, hingga dia dapat melihat ketul halus sebesar garam kasar keluar bersama kencingnya.
Semenjak didoakan oleh Haji Maarit memang Itam Nah tidak pernah lagi mengalami gangguan batu karang yang menyeksakan itu. Sebab itu dukun Maskun tidak tergamak mahu menyinggung perasaan Haji Maarit. Kalau didesak juga menjengah Malim Bilin yang terkejang mengidap penyakit ganjil, dia tetap mematuhi kemahuan guru mengaji al-Quran itu.
“Tak payah diubati.” Beri tahu Haji Maarit sebaik sahaja Embah Soyah menemui dia fasal penyakit yang dihidapi oleh Malim Bilin sampai seluruh badan pecah kulit hingga memercik darah.
“Teruk sakitnya Abang Aji,” Embah Soyah terus mendesak dalam leadaan cemas.
“Sakit apa pula, Malim Bilin tu tahu jaga dirinya,” tersengih-sengih Haji Maarit kerana dia dapat mengagak Malim Bilin sekadar mahu permainkan mertuanya.
“Dia betul-betul sakit, Abang Aji,” sayu sangat hati Embah Soyah apabila kenangkan penyakit yang dideritai oleh menantunya. Cepat sahaja dia menuduh tentu penyakit Malim Bilin disebabkan melanggar pantang larang Dukun Maskun.
“Kau balik dulu, nanti aku datang,” lantas Haji Maarit memujuk adik sepupunya supaya bertenang kalau pun Malim Bilin terkejang sakit.
“Biar aku panggil Dukun Maskun, Abang Aji,” ujar Embah Soyahg masih cemas tidak keruan.
“Kau ni cepat gelabah, nak buat apa panggil Dukun Maskun?” marah juga Haji Maarit apabila kenangkan Embah Soyah terlalu mengharapkan orang membantunya. Kalau belum tentu lagi Malim Bilin dapat diselamatkan.
Tatkala Embah Soyah balik semula ke rumah dia mendengar Malim Bilin berdekah-dekah ketawa. Sekali gus pula Uda Siah memarahinya kerana memperolok-olokkan dia hingga Embah Soyah juga ikut cemas. Sebaik sahaja Embah Soyah terjongol di muka pintu, memang Malim Bilin tidak sakit apa-apa. Bibirnya yang pecah-pecah memercik darah itu bersih tidak ada kesan apa-apa.
Menghela nafas panjang Embah Soyah disebabkan Malim Bilin boleh menukar dirinya bagaikan terkejang sakit. Siapa tidak cemas apabila melihat menantu dalam keadaan menderita hingga seluruh badan kulitnya merekah memercik darah? Manalah dia tahu Malim Bilin boleh melakukan demikian menyebabkan dia terpedaya.
Lantas dia dapat mengagak kenapa Haji Maarit tidak cemas pun sebaik sahaja diberi tahu mengenai keadaan penyakit Malim Bilin. Sampai santak asar pun Haji Maarit tidak jengah ke situ. Tahu sangat dia kebolehan Malim Bilin menperdayakan sesiapa pun hingga menyangka dia benar-benar terkejang sakit tenat.
Disebabkan Malim Bilin selalu mencari helah di depan emak mertuanya dengan menukarkan dirinya dalam keadaan sakit tenat, Embah Soyah langsung tidak percaya apabila diberi tahu betis Uda Siah membengkak sampai sebesar paha.
Sewaktu ikan haruan yang ditangkapnya di tengah lopak sawah itu terlepas dari tapak tangan, memang Uda Siah terasa pangkal pahanya sengal apabila terdorong hingga lutut tertumpu ke permatang. Dia terus sahaja balik ke rumah setelah kecewa tidak dapat menangkap ikan haruan tersebut.
Sakit di pangkal paha itu berlarutan hingga ke malam menyebabkan Uda Siah tidak dapat melelapkan mata. Ketika inilah dia melihat perubahan pada betisnya kian membesar. Cepat-cepat dia memberi tahu suaminya Malim Bilin mengenai kakinya sakit hingga betis membengkak sebesar paha.
Memang Dukun Maskun dijemput oleh Uda Siah fasal emaknya demam terkejut harimau belang terconggok di tengah halaman. Tiga petang pula Dukun Maskun terpaksa datang memulihkan semula semangat Embah Soyah akibat terkejut. Memang Embah Soyah mengaku di depan Dukun Maskun telah melanggar pantang larang.
“Orang tua tu, nak jaga kampung halaman kita,” beri tahu Dukun Maskun mengenai jelmaan harimau yang dilihat oleh Embah Soyah. “Sebab itu saya tak benarkan menjengah keluar kalau terdengar bunyi ganjil,” katanya ingatkan sesiapa sahaja setelah Embah Soyah mengalami geruh akibat terkejut itu.
“Kalau kuat semangat tak apa,” tersengih-sengih Malim Bilin mencelah mengerling emak mertuanya yang masih terkejang hingga lemah tenaga.
“Hah, orang tua tu jangan buat main,” Dukun Maskun tetap tidak benarkan siapa pun menjengah keluar apabila tersengar bunyi ganjil demikian.
Dia ingatkan orang-orang kampung harimau berkenaan tidak akan menjelma sekiranya kampung mereka tidak diganggu sesiapa. Tetapi apabila pencuri galak menyusup masuk ke dalam rumah menyelongkar barang-barang kemas di dalam almari, memang harimau pendamping Dukun Maskun akan berkeliaran.
Bersambung...
Jom ajak kawan-kawan sekali join telegram @BercakapDenganJin.
Tetapi takat dua tiga hari sahaja Malim Bilin akan bantu isterinya. Selepas itu dia akan terkejang di hujung serambi menarik selimut terketar-ketar demam sekali pun tatkala matahari tengah rembang. Tahu sangat Embah Soyah menantunya sengaja berpura-pura demam disebabkan mahu mengelak tidak mahu turun ke sawah.
“Kamu tu memang pemalas, Bilin!” rungut Embah Soyah dari tengah halaman apabila menyedari Malim Bilin menarik selimut terkejang di hujung serambi. “Tergamak kamu makan titik peluh isteri, sampai pura-pura demam!” sengaja Embah Soyah melepaskan geram dengan sikap menantunya.
Masakan dia tidak tahu perangai Malim Bilin disebabkan rumah mereka sempadan halaman. Lagi pun rumah Malim Bilin ditegakkan di atas tanahnya juga, disebabkan dia tidak mahu Uda Siah ikut suaminya ke mana-mana. Biarlah susah senang Uda Siah tetap bersama dengannya di atas tapak tanah peninggalan nenek moyangnnya.
Semakin berterusan Embah Soyah merungut, kian galak Malim Bilin terketar-ketar kesejukan di hujung serambi. Terpaksa pula Uda Siah menjengah suaminya yang lingkup berselimut sekali pun matahari tengah rembang. Sebaik dia letakkan tapak tangan ke dahi Malim Bilin terasa panas membahang macam pisang muda dibembam ke dalam api bara.
Berdebar juga Uda Siah dengan keadaan demam suaminya yang panas membahang. Tidak patut emaknya Embah Soyah meleteri suaminya tengah demam terketar-ketar. Tentu Malim Bilin diserang demam kepialu menyebabkan seluruh tubuhnya panas membahang sampai berwap-wap.
Tidak bertangguh Uda Siah ambil daun pulasan di hujung halaman diramas ke dalam air. Dia mesti jaramkan air pulasan itu ke kepala suaminya biar suhu panas di kepala sejuk semula. Tetapi Embah Soyah tidak percaya dengan tipu helah menantunya yang sengaja mahu bimbangkan Uda Siah dengan demam yang dibuat-buatnya.
“Panas badan Malim ni, mak,” beri tahu Uda Siah tatkala mengambil daun pulasan untuk dijaram ke kepala Malim Bilin.
“Dia baru balik dari kedai kopi Ah Heng, tak kan tiba-tiba demam,” sahut Embah Soyah mencebek bibir macam mengejek.
“Cuba mak tengok ni!” lantas Uda Siah memanggilnya setelah melihat bibir Malim Bilin juga pecah-pecah mengeluarkan darah.
Tatkala Embah Soyah menjengah naik keserambi, memang terkejut juga dia melihalt bintik-bintik merah di seluruh muka Malim Bilin. Lantas dia menuduh Malim Bilin bukan diganggu demam kepialu tetapi demam cecair yang lebih buruk. Cepat-cepat dia melarang Uda Siah supaya tidak jaramkan kepala Malim Bilin dengan air daun pulasan.
“Hah, ni bukannya demam kepialu, Siah,” segera Embah Soyah buangkan selimut Malim Bilin. Dia menyuruh Uda Siah tetak pucuk pisang masih bulat buat alas tidur menantunya.
Tidak bertangguh Uda Siah tetak pucuk pisang yang masih bulat, terus di bentangkan di atas lantai. Malim Bilin disuruh tidur di atas pucuk pisang itu biar suhu badan tidak panas membahang sangat. Apabila dia baring di atas pucuk pisang bertambah cemas Embah Soyah apakala melihat kulit Malim Bilin merekah hingga memercik darah.
Kesal juga dia kerana meleteri menantunya dengan menuduh malas membantu Uda Siah turun ke sawah. Kalau dia tahu Malim Bilin demam hingga kulitnya merkah memercik darah, memang Embah Soyah tidak akan berleter panjang. Masakan dia mahu mendesak menantunya turun ke sawah tatkala tengah terkejang sakit memerlukan rawatan.
“Sakit apa pula kamu ni, Malim?” sayu suara Embak Soyah melihat keadaan menantunya mengerang-erang tidak menentu.
Malim Bilin tidak menyahut, hanya bibirnya yang pecah-pecah itu bergerak terketar-ketar. Cepat-cepat Uda Siah mengelap darah yang memercik di bibir suaminya yang pecah-pecah itu. Bau hanyir meruap-ruap dari bibir pecah-pecah yang memercik darah hingga terasa meloyakan Uda Siah.
Tetapi dia terpaksa juga merawat suaminya yang terkejang dengan mengerang-erang berterusan. Seluruh badannya juga kulit merekah menyebabkan darah memercik. Sekalipun berbau hanyir meloyakan terpaksa juga Uda Siah lap supaya tidak meleleh sampai ke pucuk pisang alas tidurnya.
#KoleksiTokAwangNgahBab162
TANGAN TERCABUT DI PANGKAL BAHU
(Bab 162 bahagian 1)
PENAT menarah permatang sawah biar anak padi tumbuh subur, Malim Bilin duduk berihat di bawah pohon dedali berteduh dari silau panas matahari. Dia tanggalkan kain ikat kepala lantas menyapu peluh yang banyak meleleh di tengkuk dan pipi. Tetapi isterinya Uda Siah masih juga terbongkok-bongkok di tengah lopak sawah mencabut rumput yang tumbuh di celah anak padi.
Memang Uda Siah tidak senang diam sekiranya rumput memanjang tengah lopak sawah hingga tenggelam anak padi. Dia sanggup berjemur di bawah terik silau matahari mencabut rumput, asal sahaja anak padi tumbuh subur menghijau.
Tatkala dia mencabut rumput di celah anak padi, Malim Bilin akan menarah tepi permatang supaya rumput tidak menjulur tumbuh. Kalau rumput tumbuh keliling permatang tentu terganggu juga anak padi tengah mengembang rumpun. Tetapi terasa benar penatnya Malim Bilin sampai dia tidak mampu lagi menarah permatang akibat silau matahari yang memancar kuat.
“Berhentilah dulu, matahari tegak di kepala,” Malim Bilin memanggil isterinya berteduh sahaja di bawah pokok dedali. Selepas kering peluh di badan dia mengajak isterinya balik sahaja ke rumah disebabkan matahari sudah tegak di kepala.
“Sikit aje lagi,” sahut Uda Siah terbongkok-bongkok di tengah lopak sawah. Biarlah dia habiskan juga satu lopak itu mencabut rumput. Kalau ditangguh-tangguh tentu banyak lagi lopak sawah yang tidak dikerjakan.
Perkara mencabut rumput bukan mudah laksana mengirik atau menumbuk padi. Habis mencabut rumput sampai ke hujung sawah, rumput di pangkal sawah pula tumbuh meliar. Anak padi tengah mengembang rumpun akan terbantut kalau dibiarkan rumput memancang tidak dicabut.
Sebab itu dia mesti teruskan juga mencabut rumput. Lainlah suaminya Malim Bilin, kadangkala setelah turun ke sawah sebelah pagi dia tidak akan jejak kaki lagi pada sebelah petangnya. Kadangkala sampai berhari-hari pula Malim Bilin tidak turun ke sawah. Kalau tidak ke hutan mencari manau atau damar pun, dia akan terconggok di kedai kopi Ah Heng hingga santak tengah hari.
Sekali sekala turun ke sawah memanglah Malim Bilin cepat terasa penat. Dia tidak dapat bertahan dari silau panas matahari sama seperti isterinya Uda Siah.
“Kalau macam tu, biar aku balik dulu,” ujar Malim Bilin terus bingkas bangun meninggalkan isterinya terbongkok-bongkok di tengah lopak sawah. Dia tidak peduli sama ada Uda Siah mahu ikut sama balik atau tidak. Sekiranya Uda Siah mahu bertahan sampai santak petang pun dia tidak peduli apa-apa.
Tatkala Malim Bilin meninggalkan kawasan sawah singgah mandi di sungai sebelum menyeberang balik ke rumah, Uda Siah masih juga mencabut rumput. Marah benar hatinya di sebabkan rumput tumbuh memanjang di tengah lopak.
Kalau harapkan Malim Bilin memang sawahnya ditumbuhi rumput hingga tenggelam anak padi. Puas didesak turun ke sawah hanya sekali sekala sahaja Malim Bilin akan terbaring berhari-hari di rumah disebabkan demam sampai sakit-sakit seluruh badan.
Tahu sangat Uda Siah perangai suaminya yang sengaja mengelak tidak mahu turun ke sawah. Setiap kali musim ke sawah nescaya Malim Bilin akan terkejang demam berhari-hari. Tetapi habis sahaja menuai dia akan segar bugar tidak diganggu demam langsung.
Memang Uda Siah tahu suaminya sengaja berbohong dengan berpura-pura demam asal sahaja musim turun ke sawah. Sekiranya Malim Bilin tidak mahu membantu ditengah sawah pun, Uda Siah tidak harapkan apa-apa. Dia sendiri mampu kendalikan kerja-kerja di sawah yang tidak seluas mana itu.
Dia tidak akan merungut apa-apa sekalipun Malim Bilin tidak membantunya di sawah. Sejak menjadi isteri Malim Bilin pun jarang suaminya membantu dia di sawah. Sebab itu tidak hairan sangat pada Uda Siah kalau suaminya balik cepat ke rumah sebaik sahaja jejak kaki ke tengah lopak sawah setelah matahari tegak di kepala.
Memang siapa pun tidak menduga Ali Mejong juga tewas disembur ular yang berlingkar di atas kubur Lamijah. Kalau Ali Mejong sendiri mengalah, siapa lagi di kampung itu yang boleh diharap menangkap ular berkenaan.
Sebab itulah tidak pedulikan sangat kubur Lamijah. Kalau tidak dibersihkan tidak ada pula bencana menunggu mereka. Semenjak itu mereka biarkan sahaja kubur Lamijah ditumbuhi belukar hingga pokok asam tumbuh sebesar tong. Akar pokok asam itu memecahkan batu galang dan nesan di kubur.
Lama kubur itu terbiar mereka dapati tebuan pula bersarang di pangkal pokok asam itu hingga sebesar tempayan. Setelah diamat-amati memang sarang tebuan itu terbenam ke tanah. Kalau dibakar pun di sebelah atasnya nescaya yang terbenam di dalam tanah masih tidak musnah.
"Kita cubalah ikhtiarkan," saya mendesak untuk memberi semangat kepada mereka. Apalah salahnya bersihkan juga kubur Lamijah setelah seisi kampung bergotong royong membersihkan tanah perkuburan di situ.
Memang siapa pun tidak mahu membantu tatkala saya bersama Kasim Togok menebas belukar di bahagian luar galang kubur. Tetapi saya tetap berhati-hati supaya tebuan yang bersarang itu tidak mengganggu. Kemudian saya mengepal tanah lantas membacakan:
In-nallahha lahu-mulkus samawatiwal-ardh, yuhyi wayumitu warnalakum min-dunillahhi min-waliyin wala-nasir,
sebanyak tujuh kali.
Setelah tanah yang saya kepal itu dilimparkan ke arah sarang tebuan di atas kubur, saya nampak tebuan naik ke atas menyebabkan orang-orang kampung yang membersihkan tanah perkuburan berundur jauh. Hanya saya dan Kasim Togok sahaja bertahan sisi kubur Lamijah. Bagaimana pun tebuan tersebut tidaklah menyerang kami, hanya sekadar merayap sahaja di atas sarangnya.
"Kita tak payah bakar sarang tebuan ni Kasim," saya menepuk bahu Kasim togok dan mengajaknya meninggalkan kubur ter-sebut. "Besok saja kita bersihkan kubur nenek Lamijah ni," ujar saya selanjutnya.
Ketika balik dari bergotong royong membersihkan kubur saya meminta Kasim Togok buatkan tahlil untuk arwah Lamijah. Tidak perlu adakan kenduri doa selamat untuk membuat tahlil, memadai sahaja lakukan selepas solat maghrib. Tetapi masuk sahaja solat maghrib Kasim Togok datang ke rumah saya. Dia sendiri mendesak saya supaya buatkan tahlil bersama selepas solat maghrib. Masa saya bertahlil bersama Kasim Togok, kebetulan pula hujan turun lebat sepanjang malam.
Tidak sempat Kasim Togok balik ke rumahnya disebabkan hujan berterusan dengan angin kencang. Dia tidur di serambi rumah setelah hujan tidak juga berhenti sehingga ajam 1.00 pagi. Tengah malamnya saya mendengar Kasim Togok merungut-rungut kerana mengigau.
Saya menyangka Kasim Togok mengigau disebabkan keletihan bergotong royong membersihkan tanah perkuburan di siang harinya. Tetapi apabila saya usap mukanya dengan membacakan Ayatul Kursi tiga kali, dia terpinga-pinga bangun.
Ketakutan Kasim Togok memberitahu saya fasal dia bermimpi bertemu Lamijah tenggelam di dalam api yang bergejolak. Tangan Lamijah melambai-lambai ke arah nya meminta pertolongan hingga hujan turun dengan lebat pun api yang bergejolak itu tidak juga mahu padam
"Banyakkan istighfar, Kasim," saya ingatkan dia. Tersengih-sengih Kasim apabila melihat isteri saya juga keluar disebabkan dia. Tetapi perkara mengigau bukanlah sengaja dibuat-buat.
Esoknya saya berdua dengan Kasim Togok sahaja ke kubur Lamijah untuk . membersihkan. Ketika saya sampai di kuburnya sarang tebuan itu tidak kelihatan lagi hanya kubur itu sahaja kelihatan berlubang sebesar tempayan. Setelah kubur Lamijah saya bersihkan bersama Kasim Togok kami timbus pula tanah yang berlubang itu sampai padat.
Balik dari membersihkan kubur Lamijah itulah isteri Kasim Todok datang ke rumah tatkala saya tidur merihatkan badan selepas solat zohor. Memang menjadi kebiasaan saya akan menjamah nasi terlebih dahulu sebelum solat. Disebabkan badan terasa terlalu letih saya terlelap dihujung serambi dengan berbantalkan lengan sahaja..
Semakin lama Fakeh Sibin membacanya bertambah lemah puteri susuk emas itu hingga dia tidak berdaya mahu berdiri.
Terpaksa dia berpaut ke dinding supaya tidak tergolek rebah. Tangannya terketar-ketar untuk mengumpulkan tenaga, tetapi segalanya menjadi sia-sia. Nafasnya juga bertambah semput sukar mahu menghela panjang, hanya termengah-mengah dengan ombak dada yang kencang turun naik.
Kedut muka puteri susuk emas semakin hodoh, malah rambut juga mengerbang kusut memutih dipenuhi uban. Perlahan-lahan dia menekup mukanya disebabkan malu terserempak dengan Fakeh Sibin. Lama kelamaan jelmaan puteri susuk emas hilang juga di dalam bayang api pelita yang meliuk-liuk ditiup angin malam.
Kain kasa yang membungkus semua bisa dan debu kotoran yang keluar dari pernafasan Lamijah dimasukkan oleh Fakeh Sibin ke dalam botol. Setelah semuanya selesai barulah dia merebahkan badannya di sisi Lamijah. Tatkala dia bangun untuk solat subuh, Lamijah masih lena tidak sedarkan apa-apa.
Paginya, sementara menunggu sarapan pagi sengaja Fakeh Sibin menarah rumput di hujung halaman. Berdebar juga hati Simek Bacar yang datang menjengah, kerana disangkanya Fakeh Sibin juga sudah tunduk menurut perintah Lamijah emak saudaranya itu.
"Pagi lagi dah menarah rumput paksu," usik Simek Bacar.
"Biar badan berpeluh," sahut Fakeh Sibin girang tidak sama dengan suami Lamijah yang lalu semuanya moyok laksana ayam terkena sampar.
Lama mereka berbual di hujung halaman, barulah Fakeh Sibin mengajak Simek Bacar naik ke rumah. Sebaik sahaja mereka naik, berdebar hati Fakeh Sibin apakala mendengar tangisan di bilik tidur. Rupa-rupanya Lamijah tidak keluar dari biliknya selepas Fakeh Sibin turun ke tengah halaman.
Lantas dia mengajak Simek Bacar ke bilik dengan berhati-hati untuk melihat apa sebenarnya berlaku. Dari bilik pintu mereka berdua melihat imbasan bayang putih tercegat di sisi Lamijah memukul belakang Larnijah dengan rotan di tangan.
Apabila Simek Bacar mahu menerkam ke arah imbasan bayang putih itu segera dihalang oleh Fakeh Sibin. Dia tahu memang jelmaan puteri susuk emas yang terlalu marah terhadap Lamijah. Setelah membacakan surah al-Ikhlas 17 kali, Fakeh Sibin menghernbuskan perlahan ke arah puteri susuk emas itu. Terpelanting imbasan bayang putih itu ke dinding hingga berdegam kuat.
"Suami Lamijah dulu boleh kau perdaya!" bentak Fakeh Sibin tercegat di muka pintu bercekak pinggang. "Tapi Fakeh Sibin takkan merantau dari Lubuk Sakaping, kalau kosong dada," dia mencemik muka lantas menepuk-nepuk dadanya.
"Wah, takbur nampaknya kau, Fakeh Sibin," sahut imbasan bayang putih itu terketar-ketar hingga suaranya tenggelam timbul.
"Apa salahnya takbur dengan kau, syaitan yang memperdayakan manusia!" Fakeh Sibin mengejek jelmaan puteri susuk emas yang tidak berani lagi rnenunjukkan wajahnya. "Kenapa kau tak tunjukkan muka kau yang hodoh tu?" sengaja dia menyakiti hati puteri susuk emas yang tidak dapat menjelma menjadi gadis cantik lagi. Kemudian Fakeh Sibin membacakan:
Wa-imma yanza ghannaka minasy syaitani nazghun fasta'iz billahhi in-nahu sami'un lalim,
lantas dia menepukkan tangan tiga kali menyebabkan bayangan putih itu terhuyung hayang seperti asap ditolak angin.
Lama terkial-kial di tepi dinding dengan nafas tercungap-cungap mengah barulah bayang putih itu hilang seolah-olah menyusup di celah dinding itu. Selepas itu barulah mereka berdua mendekati Lamijah yang tertangkup di tempat tidur. Belakangnya birat berbekas seperti dicemat dengan rotan yang keras.
"Amalan yang salah memang memakan diri," bisik Fakeh Sibin mernbantu isterinya bangun dalam keadaan lemah. Semenjak itulah pula orang-orang kampung melihat keadaan Lamijah yang semakin dimamah usia. Memang Fakeh Sibin satu-satunya kekal menjadi suaminya hingga lebih lima tahun.
Tahulah Simek Bacar lelaki yang merantau bertukang rumah itu lama belajar agama di kampung halamannya di Lubuk Sakaping sebelum jejak kaki ke Tanah Melayu. Tatkala Fakeh Sibin mula datang ke kampungnya, dia sudah tahu rahsia Lamijah sebenarnya. Sebab itulah dia bertekad untuk membantunya.