ahmadharischannel | Unsorted

Telegram-канал ahmadharischannel - Ahʍɑժ Hɑɾís Offícíɑl 🇵🇸

2260

Jemput follow di Thread/Tiktok/IG/Fb/Telegram @ahmadhaaris1435 🇵🇸 Palestin 🇵🇸 🎙 Audio Al-Qur'an 30juz & surah pilihan 🎶 Nasyid Selawat 💿 Video Ceramah & Motivasi 💿 Movie Islamik & kartun 📖 lmu Tajwid ✊ Tazkirah Al-Qur'an & Hadis 📌 Tips & Doa

Subscribe to a channel

Ahʍɑժ Hɑɾís Offícíɑl 🇵🇸

🇵🇸💔 5 warga Palestin— termasuk 4 kanak-kanak dan seorang wanita, terkorban selepas runtuhan pasir menimpa khemah-khemah yang menempatkan keluarga-keluarga pelarian di Deir al-Balah, di bahagian tengah Semenanjung Gaza, lapor wartawan Al Mayadeen

💔💔💔🙏

#Palestin

Читать полностью…

Ahʍɑժ Hɑɾís Offícíɑl 🇵🇸

Lagu : Rindu Madinah (cover)
Artis : Umar Razeeq ft Mujib

Rindunya daku kepada bumi Madinah
Takkan terubat walau sudah ziarah
Sekalipun menangis berair mata darah
Hati kan tetap rindukan Rasulullah

Allahu Allahu Allahu Allah
Allahu Allah
Habibi Rosulullah..

Terimalah hadiah imbalan ziarah
Insan yang lemah ingin berqasidah
Diilhamkan Allah Syamail Muhammadiyah
Berkat menangis di Raudhatul Jannah

Allahu Allahu Allahu Allah
Allahu Allah
Habibi Rosulullah..

Di suatu malam, bulan yang penuh cerah
Baginda mengenakan pakaian serba merah
Lalu bersumpah Jabir bin Samurah
Jika dibezakan, Nabi terlebih indah

Allahu Allahu Allahu Allah
Allahu Allah
Habibi Rosulullah..

Matanya yang terang, sangat suka bercelak
Nampak yang di belakang, dan depan serentak
Jinjang tengkuk Nabi, sangat putih melepak
Tiada berdaki, umpama pantulan perak

Allahu Allahu Allahu Allah
Allahu Allah
Habibi Rosulullah..

Dahinya yang luas, anak matanya hitam
Cahaya berhias, menatap kan tenteram
Tulang Baginda kemas, saling kuat menggenggam
Rukanah tertewas, lalu memeluk Islam

Allahu Allahu Allahu Allah
Allahu Allah
Habibi Rosulullah..

Rambutnya ikal mayang, tidak terlalu panjang
Tingginya yang sedang, dada luas berbidang
Ketika berjalan, condongnya ke hadapan
Lajunya seperti, turun tempat yang tinggi

Allahu Allahu Allahu Allah
Allahu Allah
Habibi Rosulullah..

Helaian bulunya tetapkan terus wujud
Hanya belasan uban
Memikirkan surah Hud
Umpama pedang jaguh,
Hidung Baginda mancung
Dipandang dari jauh, kening seakan bersambung

Allahu Allahu Allahu Allah
Allahu Allah
Habibi Rosulullah..

Nafas berbau wangi, semerbak kasturi
Sukakan bersugi, yang busuk dihindari
Tak pernah menguap, berkat cucian hati
Takkan pernah dihinggap, lalat walau sekali

Allahu Allahu Allahu Allah
Allahu Allah
Habibi Rosulullah..

Berjarak gigi hadapan, cahaya kelihatan
Segala pertuturan, adalah wahyu Tuhan
Lebar bibirnya, menandakan pemurah
Membaca Al-Qur'an, dengan penuh fasoohah

Allahu Allahu Allahu Allah
Allahu Allah
Habibi Rosulullah..

Baginda memilih, hidup dalam berzuhud
Sekalipun maksum, sangat banyak bersujud
Menipis isi tumit, lamanya bertahajjud
Banyak mendaki bukit, sangat sayangkan Uhud

Allahu Allahu Allahu Allah
Allahu Allah
Habibi Rosulullah..

#Sebarkan

Link YouTube https://youtu.be/kt-1ss_stuo?si=KgrhPYtmHqojnH7Y

@AhmadHarisChannel 🇵🇸🏳🏴

Читать полностью…

Ahʍɑժ Hɑɾís Offícíɑl 🇵🇸

Ini panduan cuaca di Mekah & Madinah untuk sahabat semua yg berhajat nak tunaikan umrah.

@AhmadHarisChannel 🇵🇸🏳🏴

Читать полностью…

Ahʍɑժ Hɑɾís Offícíɑl 🇵🇸

Lagu : Qalbi Fil Madinah
Artis : Maher Zain & Harris J

‎سَالَ دَمعِي شَوْقًا
Air mataku mengalir kerana rindu,
‎يَا حَبِيبِي إِلَيْك
Wahai kekasihku untukmu,
‎فَاضَ قَلْبِي عِشْقًا
Hatiku meluap dengan cinta,
‎بِالصَّلاةِ عَلَيك
Dengan selawat kepadamu. 
‎طارتْ رُوحِي حُبًّا
Jiwaku terbang kerana cinta,
‎في المَنَامِ إليك
Dalam mimpi menuju kepadamu.
‎رَامَ كُلِّي قُرْبًا
Seluruh ragaku merindukan mendekat,
‎سَيِّدِي لبَّيْك
Wahai Tuanku, aku datang menjawab panggilanmu.  

*====CHORUS====*
قَلْبِي في المدينة
Hatiku di Madinah,
‎وَجَدَ السَّكِينَة
Menemukan ketenangan.
‎قال يا نَبِينا
Berkata, "Wahai Nabi kami,
‎السلامُ عليك
Salam sejahtera atasmu."  

‎قَلْبِي في المدينة
Hatiku di Madinah,
‎وَجَدَ السَّكِينَة
Menemukan ketenangan.
‎محمد نَبِينا
Muhammad Nabi kami,
‎السلامُ عليك
Salam sejahtera atasmu.
*=================*

*==POST-CHORUS ====*
‎صَلَوَاتُ اللهِ وسَلامُه
Solawat dan salam Allah
عليك يا رسولَ الله
Atasmu, wahai Rasulullah.
صَلَوَاتُ اللهِ وسَلامُه
Solawat dan salam Allah
‎عليك يا حبيبَ الله
Atasmu, wahai kekasih Allah.

‎صَلَوَاتُ اللهِ وسَلامُه
Solawat dan salam Allah
عليك يا رسولَ الله
Atasmu, wahai Rasulullah.
صَلَوَاتُ اللهِ وسَلامُه
Solawat dan salam Allah
‎عليك يا حبيبَ الله
Atasmu, wahai kekasih Allah

Ulang 2 kali
*========*
‎رسولَ الله - Rasulallah
‎حبيبَ الله - Habiballah
*========*
يا أبا الزَّهراء
Wahai ayah Az-Zahra (Fatimah)
‎كَم أحِنُّ إليك
Betapa aku merindukanmu
‎لِلقُبَّةِ الخَضْرَاء
Ke Kubah Hijau
‎جِئتُ أُصَلّي عَليْك
Aku datang berselawat kepadamu.

‎يا جَدَّ الحَسَنيْن
Wahai datuk Hasan dan Husain
‎مُحمّد يا زين
Muhammad, engkau sebaik-baiknya manusia
‎يا مَن جِئتَنا بُشْرَى
Wahai yang datang membawa khabar gembira
‎طَهَ نُورَ العَين
Tha-ha, cahaya mata

*=Ulang Chorus=*
*=Ulang Post-Chorus=*

Ulang 4 kali
*========*
‎رسولَ الله - Rasulallah
‎حبيبَ الله - Habiballah
*========*
قَلْبِي في المدينة
Hatiku di Madinah,
‎وَجَدَ السَّكِينَة
Menemukan ketenangan.
‎محمد نَبِينا
Muhammad Nabi kami,
‎السلامُ عليك
Salam sejahtera atasmu.
*=================*

Lyrics: Bara Kherigi
Melody: Maher Zain & Harris J
Arrangement: Maher Zain
Mixing: Ronny Lahti
Mastering: Svante Forsbäck
*=================*
Connect with Maher Zain:
TikTok:    / maherzainofficial  ​
Instagram:    / maherzainofficial  ​
Official YouTube:     / maherzain  ​
Twitter:    / maherzain  ​
Facebook:    / maherzain  ​
*=================*
Connect with Harris J:
TikTok:    / officialharrisj  ​
Instagram:    / harrisjofficial  ​
Official YouTube:     / harrisjofficial  ​
Facebook:    / harrisjofficial  ​
*=================*
Connect with Awakening Music:
YouTube: https://youtu.be/2VLqZtded_0?si=chJCV_XlY0qO3TWa
TikTok:    / awakeningmusic_official  ​
Instagram:    / awakeningrecords  ​
Facebook:    / awakeningrecords  ​
Twitter:    / awakeningrec  ​
Official website: http://www.awakening.org
*=================*

🇵🇸 @AhmadHarisChannel
Jemput follow di
X | IG | TIKTOK | FB : @ahmadhaaris1435

Читать полностью…

Ahʍɑժ Hɑɾís Offícíɑl 🇵🇸

Episod 10 : Peristiwa Epik Hijrah ke Yathrib (subtitle Bahasa Melayu)

Sila klik 👉 #TheOmarSeries untuk melihat semua episod yang sudah di-upload

Читать полностью…

Ahʍɑժ Hɑɾís Offícíɑl 🇵🇸

Ketika Madinah Berlaku Gempa Bumi

Kata-kata Ustaz Azhar Idrus dalam video di atas persis dengan kata-kata Amirul Mukminin Saidina Umar Ibnu Khattab r.a ketika berlaku gempa bumi di Madinah semasa pemerintahan beliau.

 زُلْزِلَتِ الأَرْضُ عَلَى عَهْدِ عُمَرَ حَتَّى اصْطَفَقَتِ السُّرُرُ فَوَافَقَ ذَلِكَ عَبْدَ اللهِ بْنَ عُمَرَ وَهُوَ يُصَلِّي فَلَمْ يَدْرِ ، قَالَت : فَخَطَبَ عُمَرُ لِلنَّاسِ فَقَالَ : أَحدَثْتُم لَقَدْ عَجِلْتُمْ ، قَالَت : وَلاَ أَعْلَمُهُ إِلاَّ قَالَ : لَئِنْ عَادَتْ لأَخْرُجَنَّ مِنْ بَيْنِ ظَهْرَانِيكُمْ


Maksudnya :
"Bumi bergegar pada zaman pemerintahan Umar sehingga katil-katil turut bergegar. Gegaran itu turut berlaku pada Abdullah Bin Umar yang mana pada ketika itu beliau sedang menunaikan solat. Beliau tidak perasan tentang keadaan tersebut. Kata Safiah, Umar berkhutbah kepada orang ramai : "Apa yang telah kalian lakukan. Sesungguhnya kalian telah bersegera (melakukan maksiat). Kata Safiah, aku tidak tahu melainkan Umar berkata: "Jika gempa ini berlaku lagi, aku akan keluar dari hadapan kalian (segera keluar).”

Kisah ini diriwayatkan di dalam beberapa buah kitab. Antaranya al-Baihaqi di dalam al-Sunan al-Kubra nombor 6604, Ibn Abu Syaibah di dalam al-Musannaf nombor 8335, Ibnu Munzir di dalam kitabnya al-Awsat nombor 2825 dan Nuaim Bin Hammad di dalam kitabnya al-Fitan nombor 1731.

Penjelasan lengkap hadis ini sila rujuk https://muftiwp.gov.my/ms/artikel/irsyad-al-hadith/2830-irsyad-al-hadith-siri-ke-308-gempa-bumi-di-zaman-saidina-umar

Saya baiki terjemahan matan hadis tersebut kerana terjemahan hadis dalam artikel website tersebut kurang lengkap.

@AhmadHarisChannel 🇵🇸🏳🏴

Читать полностью…

Ahʍɑժ Hɑɾís Offícíɑl 🇵🇸

Jangan Putus Asa, Allah tidak pernah meninggalkan kita!


@AhmadHarisChannel 🇵🇸🏳🏴

Читать полностью…

Ahʍɑժ Hɑɾís Offícíɑl 🇵🇸

Episod 7 : Penghijrahan ke Habsyah (subtitle Bahasa Melayu)

Sila klik 👉 #TheOmarSeries untuk melihat semua episod yang sudah di-upload

Читать полностью…

Ahʍɑժ Hɑɾís Offícíɑl 🇵🇸

Pesanan hari ini..

@AhmadHarisChannel 🇵🇸🏳️🏴

Читать полностью…

Ahʍɑժ Hɑɾís Offícíɑl 🇵🇸

Episod 5 : Penyeksaan Umat Islam Bermula (subtitle Bahasa Melayu)

Sila klik 👉 #TheOmarSeries untuk melihat semua episod yang sudah di-upload

Читать полностью…

Ahʍɑժ Hɑɾís Offícíɑl 🇵🇸

DOA YANG DIBACA RASULULLAH ﷺ SAAT MENGHADAPI KESUSAHAN YANG BERAT

@AhmadHarisChannel 🇵🇸🏳️🏴

Читать полностью…

Ahʍɑժ Hɑɾís Offícíɑl 🇵🇸

الصَّبْرُ خَيْرُ صَاحِبٍ،
وَالدُّعَاءُ خَيْرُ مَا يُسْتَعَانُ بِهِ

Sabar adalah sebaik baik teman dan doa adalah sebaik baik cara meminta pertolongan.

@AhmadHarisChannel 🇵🇸🏳️🏴

Читать полностью…

Ahʍɑժ Hɑɾís Offícíɑl 🇵🇸

KITA PERLU TAMAK

Kadang-kadang kita senyum, tapi sebenarnya kita penat.

Ada yang sedang diuji dengan suami, dan ada yang sedang diuji dengan isteri.

Ada juga yang sedang diuji belum diberi rezeki jodoh yang telah lama dinanti.

Ada yang rezeki hartanya berada, tapi rumah tangga tak tenang.

Ada yang kerja stabil, tapi hati masih rasa kosong.

Ada yang cukup semua pasangan dan kerjaya, tapi anak menjadi ujian.

Ada yang setiap malam tidur, tapi kepala tak pernah berhenti berfikir apa akan berlaku esok?

Dan kadang-kadang, bukan sebab Allah tak dengar doa kita, tapi mungkin Allah mahu kita betul-betul meminta.

Sebab itu pada hari Arafah dan hari-hari seterusnya, jadilah orang yang tamak.

Tamak dalam berdoa.

Minta sungguh-sungguh. Minta sampai hati kita rasa, “Ya Allah, aku dah tak ada tempat bergantung selain pada Engkau.”

Jadi jangan malu meminta.

Mintalah ketenangan bila hati sedang resah.

Minta rezeki kaya dan berkat bila hidup terasa berat.

Minta hidup diperbaiki.

Minta dosa diampunkan.

Kerana boleh jadi yang mengubah hidup kita bukan usaha kita yang besar, tetapi doa yang keluar dari hati yang benar-benar berharap kepada Allah.

Kredit TikTok gengmkn
@AhmadHarisChannel 🇵🇸🏳🏴

Читать полностью…

Ahʍɑժ Hɑɾís Offícíɑl 🇵🇸

Baginda bukan calang-calang wanita. Baginda nampak apa yang berlaku.

"Ini tanah nenek moyang aku. Kenapa orang asing yang tentukan nasib bangsa aku?"

Baginda cuba buat satu perlembagaan baru untuk kembalikan kuasa kepada rakyat asal. Slogan baginda: "Hawaii for Hawaiians".

Saudagar gula jadi panik.

Kalau Ratu berjaya, bisnes mereka rugi. Mereka tak boleh kaut untung juta-juta lagi.

Maka, pada Januari 1893, saudagar-saudagar ini menubuhkan satu kumpulan.

Nama kumpulan itu sangat sedap didengar: "Committee of Safety" (Jawatankuasa Keselamatan).

Kononnya nak jaga keselamatan awam. Padahal, ia adalah kumpulan perampas kuasa yang diketuai oleh orang seperti Lorrin Thurston dan Sanford B. Dole (keluarga tokey nanas Dole tu).

Mereka tak ada tentera yang ramai. Rakyat Hawaii lebih ramai.

Jadi apa mereka buat?

Mereka main taktik kotor. Mereka minta bantuan Duta Amerika, John L. Stevens.

Duta tu arahkan kapal perang USS Boston yang berlabuh di pelabuhan untuk mendaratkan askar Marin.

Alasannya? "Nak melindungi nyawa dan harta benda rakyat Amerika."

Askar Marin berbaris depan istana Iolani, lengkap dengan mesingan Gatling dan meriam.

Ratu Liliʻuokalani memandang dari tingkap istana sambil memikirkan jauh ke masa hadapan.

Di kiri kanan baginda adalah rakyat setia yang bersedia mati untuk Ratu.

Tapi Ratu tahu, kalau baginda lawan, darah rakyatnya akan tumpah membasahi bumi Hawaii.
Mereka takkan menang lawan mesingan Amerika.

Dengan hati yang hancur luluh, Ratu Liliʻuokalani membuat keputusan paling berat dalam hidup seorang pemerintah.

Baginda menyerah diri.

Ayat baginda sangat meruntun jiwa:
"Aku, Liliʻuokalani... menyerahkan kuasaku... demi mengelakkan pertumpahan darah rakyatku... sehingga masa di mana kerajaan Amerika Syarikat membetulkan kesilapan besar yang dilakukan terhadap kami."

Baginda ingat Amerika akan berlaku adil. Baginda ingat Amerika akan pulangkan balik takhta bila tahu cerita sebenar.

Tapi baginda silap.

Saudagar gula itu, Sanford B. Dole, isytiharkan dirinya sebagai Presiden.

Ratu dikurung dalam bilik tidur di istananya sendiri.

Di dalam bilik kurungan itulah, Ratu banyak menghabiskan masa menulis lagu dan syair kesedihan.

Lagu ciptaan baginda yang paling masyhur, "Aloha 'Oe" (Farewell to Thee), mula dinyanyikan oleh rakyat sambil menangis.

Orang ingat itu lagu cinta biasa.

Rupa-rupanya, pada saat itu, ia menjadi lagu selamat tinggal Ratu kepada negaranya yang telah dicuri.

Akhirnya pada tahun 1898, Amerika secara rasmi mengambil Hawaii ("Annexation") sebagai wilayah mereka.

Hilanglah sebuah kerajaan yang berdaulat.

Bendera diraja diturunkan dan bendera Stars and Stripes dinaikkan.

Orang asal Hawaii menangis di tepi jalan.

Mereka melihat tanah pusaka mereka, ladang mereka, pantai mereka, kini menjadi milik mutlak syarikat gergasi.

Apa yang tinggal untuk mereka? Cuma tarian hula untuk hiburkan pelancong di hotel-hotel mewah milik orang putih.

Tuan-puan, kisah Hawaii ini adalah amaran paling keras untuk mana-mana negara kecil.

Bahaya terbesar bukan datang dari armada perang musuh.

Bahaya terbesar datang apabila kita memberi "muka" yang terlalu luas kepada pelabur asing atau saudagar kaya yang tamak.

Mula-mula mereka minta tanah untuk berniaga.
Kita bagi.

Lepas tu mereka minta hak sama rata. Kita bagi.

Lepas tu mereka minta ubah undang-undang ikut selera bisnes mereka. Kita bagi.

Akhirnya, bila mereka sudah pegang urat nadi ekonomi, mereka takkan teragak-agak untuk buang Raja dan "beli" kerajaan.

Masa itu, barulah kita nak menyesal.

Tapi malangnya, ucapan "Aloha" masa itu bukan lagi bermaksud selamat datang.

Ia bermaksud selamat tinggal kepada tanah air sendiri.

Jangan biarkan pisang berbuah dua kali.

Belajarlah dari Ratu Liliʻuokalani yang terkurung di istana sendiri, memandang sayu ke arah laut yang bukan lagi miliknya.

Kredit The Patriots
@AhmadHarisChannel 🇵🇸🏳🏴

Читать полностью…

Ahʍɑժ Hɑɾís Offícíɑl 🇵🇸

Pengajaran Hari Arafah
~ Jadilah Orang Yang Tamak

Kadang-kadang kita senyum, tapi sebenarnya kita penat.

Ada yang sedang diuji dengan suami, dan ada yang sedang diuji dengan isteri.

Ada juga yang sedang diuji belum diberi rezeki jodoh yang telah lama dinanti.

Ada yang rezeki hartanya berada, tapi rumah tangga tak tenang.

Ada yang kerja stabil, tapi hati masih rasa kosong.

Ada yang cukup semua pasangan dan kerjaya, tapi anak menjadi ujian.

Ada yang setiap malam tidur, tapi kepala tak pernah berhenti berfikir apa akan berlaku esok?

Dan kadang-kadang, bukan sebab Allah tak dengar doa kita, tapi mungkin Allah mahu kita betul-betul meminta.

Sebab itu pada hari Arafah dan hari-hari seterusnya, jadilah orang yang tamak.

Tamak dalam berdoa.

Minta sungguh-sungguh. Minta sampai hati kita rasa, “Ya Allah, aku dah tak ada tempat bergantung selain pada Engkau.”

Jadi jangan malu meminta. Mintalah ketenangan kalau hati sedang sempit. Minta rezeki kalau hidup terasa berat. Minta rumah tangga diperbaiki, minta dosa diampunkan.

Kerana boleh jadi yang mengubah hidup kita bukan usaha kita yang besar, tetapi doa yang keluar dari hati yang benar-benar berharap kepada Allah.

Kredit Tiktok Gengmkn
@AhmadHarisChannel 🇵🇸🏳🏴

Читать полностью…

Ahʍɑժ Hɑɾís Offícíɑl 🇵🇸

Lebih daripada satu juta rakyat Palestin yang kehilangan tempat tinggal di Gaza menghadapi musim sejuk yang teruk dan kekurangan bekalan khemah, peralatan pemanas, serta bahan binaan sementara.

Pada hari Sabtu, 7 November, sebuah ribut musim sejuk yang kuat melanda Gaza, menyebabkan sekitar 70,000 khemah yang menjadi tempat perlindungan bagi rakyat Palestin yang kehilangan tempat tinggal, dibanjiri dalam tempoh hanya 12 jam.

Читать полностью…

Ahʍɑժ Hɑɾís Offícíɑl 🇵🇸

rindu-madinah-cover.mp3

Читать полностью…

Ahʍɑժ Hɑɾís Offícíɑl 🇵🇸

Jemput download lagu Qalbi Fil Madinah ni.

Semoga dapat menambah kecintaan dan kerinduan kita kepada baginda Nabi ﷺ.

Susah nak susun translate ni dah lama tak buat 😅

Читать полностью…

Ahʍɑժ Hɑɾís Offícíɑl 🇵🇸

Episod 11 : Perang Badar, Perang Pertama Rasulullah ﷺ (subtitle Bahasa Melayu)

Sila klik 👉 #TheOmarSeries untuk melihat semua episod yang sudah di-upload.

Di YouTube belum ada lagi #TheOmarSeries subtitle Bahasa Melayu.

Hanya di @AhmadHarisChannel
🇵🇸🏳🏴

Читать полностью…

Ahʍɑժ Hɑɾís Offícíɑl 🇵🇸

Episod 9 : Musyrikin Mekah Memboikot Nabi Muhammad ﷺ dan semua pengikut & penyokong Nabi (subtitle Bahasa Melayu)

Sila klik 👉 #TheOmarSeries untuk melihat semua episod yang sudah di-upload

Читать полностью…

Ahʍɑժ Hɑɾís Offícíɑl 🇵🇸

Episod 8 : Plot twist Umar memeluk Islam (subtitle Bahasa Melayu)

Sila klik 👉 #TheOmarSeries untuk melihat semua episod yang sudah di-upload

Читать полностью…

Ahʍɑժ Hɑɾís Offícíɑl 🇵🇸

Drama arab #TheOmarSeries ni kt YouTube hanya ada video subtitle Bahasa Indonesia.

Читать полностью…

Ahʍɑժ Hɑɾís Offícíɑl 🇵🇸

Korang pernah tak buat baik tapi orang pandang buruk?

Atau korang beriya buat baik tapi orang tak peduli pun?

Orang tak hargai usaha kita takde hal. Kita blah je, ramai manusia lagi kat dunia ni boleh kita buat kawan yang akan hargai kebaikan kita.

Jangan buang masa dengan orang yang salah.

Jangan paksa orang lain untuk terima kita.

M O V E O N !

@AhmadHarisChannel 🇵🇸🏳️🏴

Читать полностью…

Ahʍɑժ Hɑɾís Offícíɑl 🇵🇸

Episod 6: Kemerdekaan Bilal bin Rabah (subtitle Bahasa Melayu)

Sila klik 👉 #TheOmarSeries untuk melihat semua episod yang sudah di-upload

Читать полностью…

Ahʍɑժ Hɑɾís Offícíɑl 🇵🇸

Ketiga-tiganya lagu yg sama,

Pertama video ada subtitle.
Kedua lagu mp3.
Ketiga video Masjidil Aqsa background lagu Saufa Nabqa Huna..

Saya dpt lagu ni masa tahun 2021 kt twitter ada seorang aktivis Palestin post video Masjidil Aqsa tu.. menangis terus walaupun tak faham semua lirik tu sebab lagu ni merdu, sedih dan mendayu sangat.. 😭😭😭

@AhmadHarisChannel 🇵🇸🇵🇸🇵🇸

Читать полностью…

Ahʍɑժ Hɑɾís Offícíɑl 🇵🇸

Dalil puasa hari Tasu'a dan hari Asyura. Sebarkan.


@AhmadHarisChannel 🇵🇸🏳️🏴

Читать полностью…

Ahʍɑժ Hɑɾís Offícíɑl 🇵🇸

CIRI-CIRI LELAKI DAN WANITA YANG MAKRUH DI JADIKAN SUAMI/ISTERI

#sebarkan

@AhmadHarisChannel 🇵🇸🏳️🏴

Читать полностью…

Ahʍɑժ Hɑɾís Offícíɑl 🇵🇸

Pengajaran penting buat umat Islam khususnya bangsa Melayu di Malaysia.

Sempena Hari Raya Aidiladha ini jangan sampai kita mudah-mudah korbankan hak kita kepada pihak yang tidak kenal erti syukur mahupun cukup sehingga akhirnya nanti kita yang terkorban. Nauzubillahi min zalik.

Walaupun Haris agak penat drive lebih 6jam hari ni tapi bila dapat info dari artikel ni rasa tak tenang selagi belum share di channel ini.

Terima kasih kepada sahabat semua kerana terus setia ikuti channel Haris. Jemputlah sebarkan ya.

Rupanya Utusan ada keluarkan artikel yang hampir sama pada 2023.
https://www.utusan.com.my/rencana/forum/2023/09/elak-terima-nasib-sama-belajar-daripada-sejarah-kingdom-of-hawaii/

@AhmadHarisChannel 🇵🇸🏳🏴

Читать полностью…

Ahʍɑժ Hɑɾís Offícíɑl 🇵🇸

"Awalnya Datang Cari Makan, Akhirnya Makan Tuan : Tragedi Jatuhnya Kerajaan Hawaii Di Tangan Saudagar Gula"

Oleh: Mazlan Syafie

Tuan-puan, bila sebut Hawaii, apa yang terlintas di fikiran?

Mungkin tuan-puan nampak dalam fikiran gadis hula menari, pantai Waikiki yang indah atau kemeja bunga-bunga yang dipakai pelancong.

Perkataan "Aloha" itu sendiri bermaksud cinta, kasih sayang dan kedamaian.

Tapi, tahukah tuan-puan, di sebalik senyuman manis dan kalungan bunga orkid itu, tersimpan satu tragedi hitam tentang kehilangan sebuah negara yang berdaulat.

Hari ini, Hawaii adalah negeri ke-50 Amerika Syarikat.

Tapi suatu masa dahulu, Hawaii adalah sebuah kerajaan beraja yang merdeka, diiktiraf dunia dan mempunyai bendera serta lagu kebangsaan sendiri.

Macam mana sebuah kerajaan boleh lenyap dan menjadi milik orang lain tanpa perang besar-besaran?

Jawapannya mudah: Kerana Raja terlalu baik hati memberi muka kepada "saudagar kaya".

Kisahnya bermula pada pertengahan abad ke-19.

Raja-raja Hawaii dari keturunan Kamehameha sangat mesra tetamu. Mereka menyambut kedatangan mubaligh Kristian dan peladang dari Amerika dengan tangan terbuka.

"Masuklah, duduklah di tanah kami. Berniagalah," kata Raja.

Orang putih yang datang ini nampak peluang emas. Tanah Hawaii sangat subur. Ia syurga untuk tanaman tebu.

Maka bermulalah era "Raja Gula" (Sugar Kings).

Saudagar-saudagar Amerika ini membuka ladang tebu yang luas. Mereka menjadi kaya-raya.

Bila duit dah banyak, mereka mula beli pengaruh.

Mula-mula mereka tak nak bayar cukai tinggi. Kemudiannya, mereka nak kawal undang-undang tanah pula.

Lama-kelamaan, mereka bukan setakat berniaga, mereka mula menyusup masuk ke dalam kabinet Raja.

Tuan-puan nampak sesuatu? Ok, sambung.

Mereka nasihatkan Raja, "Tuanku, bagilah hak mengundi kepada pemilik tanah (orang putih). Kami kan banyak menyumbang pada ekonomi."

Raja yang naif, ikutkan saja demi kemajuan.

Tapi, saudagar-saudagar ni tak puas hati setakat berniaga. Mereka mula cari jalan untuk jatuhkan imej Raja.

Mereka menuduh Raja Kalākaua boros sebab baginda membina Istana Iolani yang moden (ada elektrik sebelum White House lagi!).

Mereka jaja cerita kononnya Raja ni "tak bertamadun" sebab cuba hidupkan semula budaya Hula yang dianggap syirik oleh orang putih.

​Senjata paling licik mereka gunakan adalah skandal rasuah. Pada masa itu, ada isu lesen penjualan candu (opium).

Saudagar-saudagar ini memanipulasi situasi, menuduh Raja mengambil rasuah daripada tokey candu Cina.

Walaupun benda ni tak jelas, mereka gunakan media akhbar yang mereka miliki untuk "membunuh" karakter Raja di mata rakyat dan dunia luar.

​Bila reputasi Raja dah calar, mereka mula main kasar. Mereka tidak menyerang guna tentera asing terus.

Sebaliknya, mereka menyusup masuk ke dalam pasukan keselamatan sukarela yang dipanggil "Honolulu Rifles".

​Asalnya, pasukan Honolulu Rifles ni ditubuhkan untuk jaga keamanan. Tapi secara senyap-senyap, ia dikuasai oleh orang putih pro-saudagar.

Tanpa Raja sedar, askar yang sepatutnya melindungi baginda, kini telah berpaling tadah menjadi tentera peribadi musuh dalam selimut.

​Raja Kalākaua akhirnya terperangkap.

Imej baginda hancur difitnah media dan di luar pagar istana, pasukan Honolulu Rifles yang lengkap bersenjata sedang berkawad menunggu arahan saudagar untuk serbu masuk.

Baginda tiada pilihan lain. Baginda keseorangan.

Puncaknya adalah pada tahun 1887.

Sekumpulan saudagar gula ini, yang menggelar diri mereka "Hawaiian League", memaksa Raja Kalākaua (abang kepada Ratu Liliʻuokalani) menandatangani satu perlembagaan baru.

Perlembagaan itu dipanggil "Bayonet Constitution" (Perlembagaan Bayonet).

Kenapa nama dia macam tu? Sebab Raja dipaksa tandatangan di hujung mata pisau tentera upahan saudagar tu.

Dalam perlembagaan haram tu, kuasa Raja dilucutkan.

Paling sadis, hak mengundi orang asal Hawaii ditarik balik (sebab mereka miskin tak ada tanah), manakala orang putih kaya diberi kuasa mutlak.

Raja Kalākaua mangkat dalam kesedihan.

Maka naiklah adindanya, Ratu Liliʻuokalani ke takhta pada tahun 1891.

Читать полностью…

Ahʍɑժ Hɑɾís Offícíɑl 🇵🇸

ADAKAH BENAR TUJUAN BINA LADANG TERNAKAN BABI SEBAB NAK HALAU PENDUDUK MELAYU SEKITARNYA ?????

Kes seperti ini pernah berlaku pada tahun 70-an di Pulau Pinang, didokumentasikan dengan lengkap di dalam buku Masalah Melayu Pulau Pinang tulisan Yahaya Ismail.

Sebarkan supaya semua rakyat buka mata dan Sultan semua negeri tegas seperti Sultan Selangor. Jangan harapkan ahli politik!!

Kebetulan ada video AI yang storyline-nya hampir sama.
Kredit kepada owner video.

@AhmadHarisChannel 🇵🇸🏳🏴

Читать полностью…
Subscribe to a channel