umnoonline | Unsorted

Telegram-канал umnoonline - UMNO Online

2180

Layari UMNO Online

Subscribe to a channel

UMNO Online

Syed Hussien Hargai Dukungan Jentera BN, Fokus Khidmat Terbaik
https://umno-online.my/2024/09/14/syed-hussien-hargai-dukungan-jentera-bn-fokus-khidmat-terbaik/

KLUANG, 14 Sept – Calon Barisan Nasional (BN) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota, Syed Hussien Syed Abdullah merakamkan penghargaan kepada jentera Barisan Nasional (BN) yang memberikan dukungan kepadanya pada proses penamaan calon yang berlangsung hari ini. Jelas beliau, ia memberikan suntikan semangat kepada dirinya untuk melaksanakan gerak kerja terbaik bagi menghadapi tempoh dua minggu berkempen. [...]

Читать полностью…

UMNO Online

PRK Mahkota: Pertembungan BN Dan PN
https://umno-online.my/2024/09/14/prk-mahkota-pertembungan-bn-dan-pn/

KLUANG, 14 Sept – Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota pada 28 Sept ini, menyaksikan pertembungan antara calon Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN). BN mempertaruhkan Ketua Pemuda UMNO Bahagian Kluang Syed Hussien Syed Abdullah, 40, bagi mempertahankan kemenangan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) yang lepas, manakala PN meletakkan bekas pemain bola sepak Johor Mohamad Haizan [...]

Читать полностью…

UMNO Online

PRK DUN Mahkota Buka Tirai Pagi Ini
https://umno-online.my/2024/09/14/prk-dun-mahkota-buka-tirai-pagi-ini/

KLUANG, 14 Sept – Gelanggang Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (Dun) Mahkota membuka tirainya hari ini, dengan berlangsungnya proses penamaan calon di Dewan Tunku Ibrahim Ismail di sini. Proses penamaan calon bermula pada 9 pagi dengan mereka yang berhasrat bertanding mempunyai masa sejam untuk mengemukakan borang pencalonan, sebelum nama calon yang layak bertanding diumumkan Pegawai Pengurus Pilihan Raya [...]

Читать полностью…

UMNO Online

PRK Mahkota Penting Untuk UMNO/BN Kekalkan Momentum Kemenangan – Jailani
https://umno-online.my/2024/09/13/prk-mahkota-penting-untuk-umno-bn-kekalkan-momentum-kemenangan-jailani/

KUALA LUMPUR, 13 Sept – Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Seri Jailani Johari menyifatkan kemenangan UMNO/Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota sebagai penting dalam mengekalkan momentum sokongan rakyat dan perpaduan akar umbi parti, pasca PRK Nenggiri dan Perhimpunan Agung UMNO 2024. Malah kata beliau, DUN Mahkota juga perlu untuk berada di bawah [...]

Читать полностью…

UMNO Online

DUN Mahkota Bukan Sekadar PRK Tapi Maruah UMNO Johor
https://umno-online.my/2024/09/13/dun-mahkota-bukan-sekadar-prk-tapi-maruah-umno-johor/

PENGUNDI di Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota harus menyedari bahawa UMNO bukan sekadar sebuah parti politik, tetapi simbol perjuangan orang Melayu yang telah berjaya memerdekakan negara ini daripada belenggu penjajahan. Sejarah UMNO yang bermula di Istana Besar Johor pada tahun 1946 bukanlah sesuatu yang boleh dipandang ringan. Ia mencerminkan betapa pentingnya Johor sebagai nadi kepada gerakan nasionalisme Melayu yang akhirnya [...]

Читать полностью…

UMNO Online

Lawatan Kerja: MINDEF Akan Terus Berusaha Memodenkan Aset Pertahanan
https://umno-online.my/2024/09/13/lawatan-kerja-mindef-akan-terus-berusaha-memodenkan-aset-pertahanan/

KUALA LUMPUR, 13 Sept – Kementerian Pertahanan Malaysia (MINDEF) akan terus berusaha untuk memodenkan aset pertahanan negara di samping mengembangkan industri pertahanan tempatan. Naib Presiden UMNO merangkap Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin memaklumkan beliau mengakhiri lawatan kerja selama lima hari ke Republik Korea dengan kunjungan industri. “Mengakhiri lawatan kerja lima hari ke Republik Korea dengan mengadakan kunjungan industri [...]

Читать полностью…

UMNO Online

Kerajaan Perlu Lebih Tegas Tangani Isu 3R – Mohd Yussof
https://umno-online.my/2024/09/13/kerajaan-perlu-lebih-tegas-tangani-isu-3r-mohd-yussof/

KUALA LUMPUR, 13 Sept – Kerajaan digesa untuk mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana pihak yang menggunakan isu 3R (agama, bangsa, raja) untuk memperoleh sokongan rakyat. Veteran UMNO, Tan Sri Datuk Seri Dr Mohd Yussof Latiff berkata, semua pihak perlu menyedari akan kesan yang akan berlaku sekiranya mereka memainkan isu-isu sensitif. “Kerajaan digesa untuk mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana pihak termasuk [...]

Читать полностью…

UMNO Online

Isu GISBH: Puteri UMNO Gesa Hukuman Setimpal Dijatuhkan Terhadap Pelaku
https://umno-online.my/2024/09/13/isu-gisbh-puteri-umno-gesa-hukuman-setimpal-dijatuhkan-terhadap-pelaku/

KUALA LUMPUR, 13 Sept – Ketua Pergerakan Puteri UMNO Malaysia, Datuk Nurul Amal Mohd Fauzi menggesa agar hukuman setimpal dijatuhkan kepada pelaku sekiranya kontroversi yang terpalit ke atas Global Ikhwan Service and Business Holding (GISBH) adalah benar. Tegasnya, Pergerakan Puteri UMNO Malaysia memandang serius isu tersebut dah berharap agar satu siasatan terperinci dapat dijalankan untuk mengumpul bukti-bukti kukuh. “Siasatan pihak [...]

Читать полностью…

UMNO Online

Mahkota Perlu Kekal Benteng Kekuatan Dan Kemakmuran – Fariz Hazurin
https://umno-online.my/2024/09/13/mahkota-perlu-kekal-benteng-kekuatan-dan-kemakmuran-fariz-hazurin/

KUALA LUMPUR, 13 Sept – Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota merupakan satu agenda penting yang akan menentukan hala tuju politik dan pembangunan di kawasan ini untuk tahun-tahun mendatang. Exco Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Seri Fariz Hazurin Ismail berkata ia bukan sahaja mengenai pemilihan seorang wakil rakyat, tetapi juga mengenai memilih masa depan yang lebih baik untuk [...]

Читать полностью…

UMNO Online

Ibu Pejabat Nafi Akaun Palsu UMNO Online
https://umno-online.my/2024/09/12/ibu-pejabat-nafi-akaun-palsu-umno-online/

KUALA LUMPUR, 12 Sept – Ibu Pejabat UMNO hari ini menafikan sebuah akaun Facebook yang menggunakan nama UMNO Online. Ini kerana adanya akaun palsu yang menyamar menggunakan logo akaun rasmi UMNO. Hantaran yang dikongsi juga dilihat cuba mengelirukan orang ramai melalui berita tidak benar. Ditegaskan Facebook rasmi UMNO Online adalah melalui link ini. Untuk itu, ibu pejabat berharap orang ramai [...]

Читать полностью…

UMNO Online

Jaga Batas Yang Dipersetuju… Sama-Sama Kukuhkan Kerajaan Perpaduan – ABATA
https://umno-online.my/2024/09/12/jaga-batas-yang-dipersetuju-sama-sama-kukuhkan-kerajaan-perpaduan-abata/

KUALA LUMPUR, 12 Sept – Setiausaha Agung Pertubuhan Aktivis Belia Tanah Air (ABATA), Sarfarizmal Saad melihat selepas pembentukan kerjasama antara Barisan Nasional (BN), Pakatan Harapan dan beberapa parti lain yang membentuk Kerajaan Perpaduan, kegelisahan dalam kestabilan politik tanah air makin surut. Menurut beliau tahun pertama kerjasama menerusi Kerajaan Perpaduan menampakkan masih ada penolakan yang berpaksikan kepada ideologi politik Dap dan [...]

Читать полностью…

UMNO Online

PRN Sabah: UMNO Akan Kerjasama Dengan PH, Kaedah Terbaik Kekalkan Kerajaan Perpaduan
https://umno-online.my/2024/09/12/prn-sabah-umno-akan-kerjasama-dengan-ph-kaedah-terbaik-kekalkan-kerajaan-perpaduan/

SHANGHAI, 12 Sept – UMNO memutuskan untuk bekerjasama dengan Pakatan Harapan (PH) bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah akan datang, kata Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. Beliau berkata, langkah itu dilihat kaedah terbaik untuk mengukuhkan pentadbiran Kerajaan Perpaduan, dan keputusan itu dimuktamadkan secara bersama oleh UMNO Pusat dan Sabah. Ahmad Zahid yang juga Pengerusi Barisan Nasional [...]

Читать полностью…

UMNO Online

Sijil Halal: Keputusan Kajian Tertakluk Pada Majlis Raja-Raja – Ahmad Zahid
https://umno-online.my/2024/09/12/sijil-halal-keputusan-kajian-tertakluk-pada-majlis-raja-raja-ahmad-zahid/

SHANGHAI, 12 Sept – Sebarang keputusan mengenai hasil kajian untuk mewajibkan pensijilan halal kepada semua restoran dan syarikat pengendali makanan adalah tertakluk di bawah kuasa Majlis Raja-Raja, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. Tegasnya, isu berkenaan tidak wajar dijadikan polemik kerana ia masih di peringkat kajian dan belum menjadi dasar yang tetap. Justeru katanya, dalam isu [...]

Читать полностью…

UMNO Online

PRK Mahkota: Nak Menang Kena Ada Strategi… Teruskan Momentum Nenggiri – Md Israk
https://umno-online.my/2024/09/12/prk-mahkota-nak-menang-kena-ada-strategi-teruskan-momentum-nenggiri-md-israk/

JOHOR BAHRU, 12 Sept – Ketua UMNO Bahagian Tanjung Piai, Md Israk Abdullah berkata UMNO/Barisan Nasional (BN) perlu mengatur strategi terbaik untuk menang pada Pilihan Raya Kecil (PRK) kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota. Menurutnya, situasi di Mahkota sedikit berbeza dengan DUN Simpang Jeram dan Parlimen Pulai yang telah menghadapi PRK pada tahun lalu. “Saya ucapkan tahniah kepada Penerangan UMNO [...]

Читать полностью…

UMNO Online

Diplomasi Pertahanan, Perbincangan Peringkat Global Penting Untuk Kekalkan Keamanan
https://umno-online.my/2024/09/11/diplomasi-pertahanan-perbincangan-peringkat-global-penting-untuk-kekalkan-keamanan/

SEOUL, 11 Sept – Diplomasi pertahanan seperti perbincangan peringkat global dan rundingan meja bulat semasa Dialog Pertahanan Seoul (SDD) 2024, menjadi kunci untuk memastikan keamanan dan keselamatan berterusan, kata Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin. Beliau berkata SDD menyediakan platform untuk berkongsi cabaran ancaman keselamatan dan bertukar-tukar maklumat pertahanan antara satu sama lain. “Sebagai contoh, penganjuran sesi SDD 2024 [...]

Читать полностью…

UMNO Online

Syed Hussien Calon Terbaik BN, Ada Kelebihan Tarik Sokongan Pengundi Mahkota – Ahmad Zahid
https://umno-online.my/2024/09/14/syed-hussien-calon-terbaik-bn-ada-kelebihan-tarik-sokongan-pengundi-mahkota-ahmad-zahid/

KLUANG, 14 Sept – Calon Barisan Nasional (BN), Syed Hussien Syed Abdullah yang diketengahkan pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota mempunyai kelebihan tersendiri dalam meraih sokongan pengundi, kata Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. Menurut Pengerusi BN itu, selain sebagai pemimpin muda, Syed Hussien juga mempunyai latar belakang pendidikan di sekolah Cina yang turut [...]

Читать полностью…

UMNO Online

#MahkotaKita: Lautan Biru… Lebih 15 Ribu Penyokong Parti Iringi Calon BN
https://umno-online.my/2024/09/14/mahkotakita-lautan-biru-lebih-15-ribu-penyokong-parti-iringi-calon-bn/

KLUANG, 14 Sept – Gelanggang Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota bermula hari ini dengan proses penamaan calon berlangsung di Dewan Tunku Ibrahim Ismail, di sini. Seawal jam 7 pagi, penyokong dan jentera Barisan Nasional (BN) dan parti Kerajaan Perpaduan mula berhimpun di sepanjang Jalan Hashim – Jalan Mengkibol, sebagaimana yang ditetapkan oleh pihak berkuasa dan keselamatan. [...]

Читать полностью…

UMNO Online

Sudah Tiba Masa Pemuda Pas Minta Kemudi PN Letak Jawatan – Mohd Razlan
https://umno-online.my/2024/09/13/sudah-tiba-masa-pemuda-pas-minta-kemudi-pn-letak-jawatan-mohd-razlan/

KUALA LUMPUR, 13 Sept – Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Mohd Razlan Rafii berpandangan bahawa sudah tiba masanya untuk Pemuda Pas meminta Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin meletakkan jawatan. Jelasnya, Pemuda Pas diibaratkan seperti ‘jantan tidak cukup sifat’ kerana hanya mampu ‘mengacau’ apabila kerajaan sedang sibuk untuk mencari jalan tuntas bagi menyelesaikan masalah rakyat. “Jika [...]

Читать полностью…

UMNO Online

Ahli Akar Umbi Perlukan Maklumat Terkini Tangkis Tohmahan Parti Lawan – Hasan
https://umno-online.my/2024/09/13/ahli-akar-umbi-perlukan-maklumat-terkini-tangkis-tohmahan-parti-lawan-hasan/

ROMPIN, 13 Sept – Ketua UMNO Bahagian Rompin Datuk Seri Hasan Arifin berpandangan Jelajah Penerangan UMNO Malaysia adalah satu pendekatan yang cukup baik bagi menjelaskan kepada akar umbi mengenai isu-isu semasa. Ini supaya katanya, ahli di cawangan mampu mendapat pelbagai info dan maklumat yang tepat daripada kepimpinan atasan parti serta hujah bagi menangkis segala serangan dan mainan persepsi parti lawan. [...]

Читать полностью…

UMNO Online

Isu Eksploitasi Kanak-Kanak Perlu Diambil Tindakan Tegas – Bibi Sharliza
https://umno-online.my/2024/09/13/isu-eksploitasi-kanak-kanak-perlu-diambil-tindakan-tegas-bibi-sharliza/

KUALA LUMPUR, 13 Sept – Presiden Pertubuhan Generasi Aspirasi Pemimpin Wanita Malaysia (GAP.MY), Puan Sri Bibi Sharliza Mohd Khalid melihat pendedahan mengenai eksploitasi kanak-kanak dan remaja yang dikaitkan dengan Global Ikhwan Sdn Bhd (GISB), suatu kejadian yang benar-benar menimbulkan kebimbangan mendalam terhadap hak dan kesejahteraan kanak-kanak dan remaja pada masa ini. Menurut beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) [...]

Читать полностью…

UMNO Online

Wanita USIA Perlu Pelbagaikan Program, Terutama Bidang Ekonomi – Siti Aminah
https://umno-online.my/2024/09/13/wanita-usia-perlu-pelbagaikan-program-terutama-bidang-ekonomi-siti-aminah/

SEMPORNA, 13 Sept – Wanita Pertubuhan Islam Seluruh Sabah (USIA) digesa agar mempelbagai program selain program-program dakwah dan keagamaan yang menjadi keutamaan pertubuhan tersebut. Ketua Wanita (USIA) Sabah Datuk Hajah Siti Aminah Aching berkata, dalam perkembangan dunia yang semakin mencabar terutamanya dalam bidang ekonomi golongan wanita perlu lebih proaktif melaksanakan pelbagai program bukan sahaja anjuran agensi kerajaan, tetapi melibatkan program [...]

Читать полностью…

UMNO Online

Agenda TVET Menarik Minat Golongan Muda
https://umno-online.my/2024/09/13/agenda-tvet-menarik-minat-golongan-muda/

GELOMBANG sokongan generasi muda nampaknya terarah untuk memilih kestabilan dan kemakmuran yang sedia ada di negara ini. Ini dibuktikan dalam keputusan Pilihan Raya Kecil (PRK) Nenggiri, daripada 20 pusat daerah mengundi (PDM), 85 peratus dimenangi oleh calon muda daripada Barisan Nasional. Calon yang terpilih dan menang di Nenggiri dipilih berdasarkan merit oleh pengundi di sana. Pengundi nampaknya mulai cerdik dalam [...]

Читать полностью…

UMNO Online

Bung Gesa Jentera UMNO/BN Pertingkatkan Tahap Kesiapsiagaan Hadapi PRN Sabah Ke-17
https://umno-online.my/2024/09/13/bung-gesa-jentera-umno-bn-pertingkatkan-tahap-kesiapsiagaan-hadapi-prn-sabah-ke-17/

KOTA KINABALU, 13 Sept – Jentera UMNO dan Barisan Nasional (BN) diingatkan agar mempertingkatkan lagi tahap Kesiapsiagaan bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) ke-17 akan datang. Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin berkata, PRN ke-17 kini berada diambang pintu, walaupun tempoh DUN Sabah berakhir penghujung Disember tahun depan. “Walaupun laporan hasil dari pemeriksaan disetiap bahagian menunjukkan kesiapsiagaan diperingkat [...]

Читать полностью…

UMNO Online

‘Tun M Tak Bersama Pas/PN, Tapi Kenapa Dilantik Penasihat SG4?’ – Jailani
https://umno-online.my/2024/09/12/tun-m-tak-bersama-pas-pn-tapi-kenapa-dilantik-penasihat-sg4-jailani/

KUALA LUMPUR, 12 Sept – Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Seri Jailani Johari mempersoal peranan Tun Mahathir Mohamad yang dilantik sebagai penasihat SG4 Group Sdn Bhd, sebuah syarikat yang dianggotai empat buah negeri pembangkang iaitu Kelantan, Terengganu, Kedah dan Perlis. Jelas beliau, ini kerana Tun Mahathir tidak menganggotai parti-parti di bawah Perikatan Nasional (PN). “Saya sendiri tertanya-tanya apakah [...]

Читать полностью…

UMNO Online

Peranan Kerajaan Dalam Isu Halal Dan Syubahah – Shah Zanuriman
https://umno-online.my/2024/09/12/peranan-kerajaan-dalam-isu-halal-dan-syubahah-shah-zanuriman/

KUALA LUMPUR, 12 Sept – Exco Pemuda UMNO Malaysia, Shah Zanuriman Nuar Paras Khan menegaskan bahawa umat Islam di Malaysia merupakan 68 peratus dari populasi penduduk negara maka ini menjadi tanggungjawab kerajaan untuk memastikan umat Islam di negara ini tidak terkeliru dengan premis dan makanan yang meragukan (syubahah) Menerusi satu hantaran di Facebooknya, beliau memaklumkan bahawa mencari yang halal itu fardu bagi setiap [...]

Читать полностью…

UMNO Online

Noraini Hadir Ke Kluang, Santuni Masyarakat
https://umno-online.my/2024/09/12/noraini-hadir-ke-kluang-santuni-masyarakat/

KUALA LUMPUR, 12 Sept – Ketua Wanita UMNO Malaysia, Datuk Seri Dr Noraini Ahmad telah hadir ke Kluang untuk menyantuni masyarakat pada Rabu. Menerusi hantaran di laman Facebooknya, beliau telah memulakan sesi lawatan di pusat daerah mengundi (PDM) Dorsett ke beberapa buah rumah klien Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM). “Pagi ini saya mulakan sesi lawatan ke beberapa rumah klien JKM yang [...]

Читать полностью…

UMNO Online

Kepentingan Rakyat Jadi Keutamaan, UMNO Lahad Datu Fokus Laksana Gerak Kerja
https://umno-online.my/2024/09/12/kepentingan-rakyat-jadi-keutamaan-umno-lahad-datu-fokus-laksana-gerak-kerja/

LAHAD DATU, 12 Sept – Kepentingan rakyat sentiasa menjadi keutamaan kepada UMNO sebagaimana dilaksana oleh UMNO Bahagian Lahad Datu yang melakukan gerak kerja dalam pelbagai aplikasi demi kesejahteraan secara holistik. Ketuanya, Sharif Musa Sharif Mabul berkata, dalam agenda memastikan fokus rakyat mendapat keutamaan maka beliau telah melakukan jalinan kerjasama dengan kepimpinan parti dan juga menteri-menteri bertanggungjawab bagi hal-hal yang perlu [...]

Читать полностью…

UMNO Online

GISBH: Dr Akmal Gesa Kerajaan Haramkan Pertubuhan, Beri Hukuman Berat
https://umno-online.my/2024/09/12/gisbh-dr-akmal-gesa-kerajaan-haramkan-pertubuhan-beri-hukuman-berat/

KUALA LUMPUR, 12 Sept – Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh menggesa kerajaan untuk mengharamkan Global Ikhwan Service and Business Holding (GISBH) sekiranya kontroversi mengenai pertubuhan tersebut adalah benar. Tegasnya, kerajaan juga perlu memberikan hukuman yang berat kepada si pelaku sekiranya didapati bersalah. “Jika benar ini berlaku maka kerajaan dah boleh haramkan pertubuhan ini dan hukuman [...]

Читать полностью…

UMNO Online

Perak Nafi Lulus RM30 Juta Untuk Pembangunan Kampung Baru Cina
https://umno-online.my/2024/09/12/perak-nafi-lulus-rm30-juta-untuk-pembangunan-kampung-baru-cina/

IPOH, 12 Sept – Kerajaan Negeri Perak tidak pernah meluluskan peruntukan berjumlah RM30 juta bagi tujuan pembangunan Kampung Baru Cina seperti didakwa seorang aktivis badan bukan kerajaan (NG0). Tegas Menteri Besarnya, Datuk Seri Saarani Mohamad, ia adalah inisiatif Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) yang bertanggungjawab menjaga hal ehwal Kampung Baru Cina, termasuk menaik taraf kemudahan seperti jalan dan longkang. [...]

Читать полностью…

UMNO Online

UMNO Teguh Pejuang Agama, Isu Halal Bukti Nyata
https://umno-online.my/2024/09/11/umno-teguh-pejuang-agama-isu-halal-bukti-nyata/

SEJAK kebelakangan ini, pelbagai insiden berlaku yang menyaksikan batang tubuh Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Datuk Dr. Akmal Saleh diserang hanya kerana beliau begitu lantang bersuara, menegur kepada sesuatu yang dilihat tidak tepat. Jika kita lihat dari sudut sejarah, sejak Ketua Pemuda UMNO yang pertama iaitu Tun Hussein Dato’ Onn, mereka yang menjawat jawatan ini sememangnya lantang dalam bersuara. Walaupun ketua [...]

Читать полностью…
Subscribe to a channel