umnoonline | Unsorted

Telegram-канал umnoonline - UMNO Online

2180

Layari UMNO Online

Subscribe to a channel

UMNO Online

Umur Had 40 Tahun: Puteri UMNO Kedah Sambut Baik Keputusan Presiden – Nuraini
https://umno-online.my/2024/09/02/umur-had-40-tahun-puteri-umno-kedah-sambut-baik-keputusan-presiden-nuraini/

KUALA LUMPUR, 2 Sept – Ketua Pergerakan Puteri UMNO Negeri Kedah, Nuraini Yusoff menyambut baik keputusan Presiden, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang mahu membawa usul had umur sayap tersebut dinaikkan ke 40 tahun ke mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT). Ujarnya, Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2024 yang telah melabuhkan tirainya pada 24 Ogos lalu banyak membincangkan mengenai usul-usul untuk [...]

Читать полностью…

UMNO Online

Pasca-PAU 2024: Pembelaan Melayu-Islam Terus Jadi Inti Misi UMNO – Mu’izz
https://umno-online.my/2024/09/02/pasca-pau-2024-pembelaan-melayu-islam-terus-jadi-inti-misi-umno-muizz/

KUALA LUMPUR, 2 Sept – UMNO sentiasa komited terhadap prinsip pembelaan Melayu-Islam yang terus menjadi inti daripada misi parti, kata Ketua Penerangan UMNO Bahagian Segambut, Mu’izz Nasruddin. Jelasnya, Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2024 menjadi titik tolak kepada para pemimpin dan ahli parti untuk memperbaharui strategi dalam usaha merelevankan UMNO. “PAU 2024 bukan sekadar persidangan tahunan biasa, tetapi ia adalah titik [...]

Читать полностью…

UMNO Online

Pembelaan Najib: UMNO Akan Terus Mara Bersandarkan Solidariti, Setiakawan
https://umno-online.my/2024/09/01/pembelaan-najib-umno-akan-terus-mara-bersandarkan-solidariti-setiakawan/

KUALA LUMPUR, 1 Sept – UMNO akan terus mara dan berusaha untuk memastikan agar mantan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mendapatkan pembelaan sewajarnya bersandarkan solidariti dan setiakawan. Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi berkata, pihak lawan bimbang sekiranya rakyat dan ahli kembali memberi kepercayaan kepada UMNO dan para pemimpin parti. “Satu perkara yang dibimbangi [...]

Читать полностью…

UMNO Online

Sambutan Kemerdekaan: UMNO Jadi Tunggak Pastikan Perpaduan Nasional Kekal Utuh – Nurul Aslina
https://umno-online.my/2024/09/01/sambutan-kemerdekaan-umno-jadi-tunggak-pastikan-perpaduan-nasional-kekal-utuh-nurul-aslina/

KUALA LUMPUR, 1 Sept – Dalam meraikan sambutan kemerdekaan yang ke-67, UMNO terus menjadi tunggak memastikan perpaduan nasional kekal utuh, kata Ketua Pergerakan Puteri UMNO Negeri Pahang, Nurul Aslina Saman. Ujarnya, para pemimpin dan ahli perlu terlibat aktif dalam sambutan Hari Kemerdekaan dan melibatkan generasi muda dalam aktiviti bagi menarik minat mereka terhadap semangat patriotik serta parti. “Pemimpin dan ahli [...]

Читать полностью…

UMNO Online

Pasca-PAU 2024: Misi ‘Merdekakan’ UMNO Dari Kekalahan – Tengku Haphiz
https://umno-online.my/2024/08/31/pasca-pau-2024-misi-merdekakan-umno-dari-kekalahan-tengku-haphiz/

KUALA LUMPUR, 31 Ogos – Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Negeri Terengganu, Tengku Haphiz Tengku Putera beranggapan bahawa Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2024 yang melabuhkan tirainya pada Sabtu lalu membawa misi untuk ‘memerdekakan’ UMNO dari belenggu kekalahan. Ini kerana katanya, kemenangan UMNO/Barisan Nasional (BN) di Pilihan Raya Kecil (PRK) kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri menjadi semangat untuk ahli dan akar [...]

Читать полностью…

UMNO Online

Jangan Lupa Sejarah, UMNO Pelopor Perjuangan Kemerdekaan – Haryaty Hamdzah
https://umno-online.my/2024/08/31/jangan-lupa-sejarah-umno-pelopor-perjuangan-kemerdekaan-haryaty-hamdzah/

KUALA LUMPUR, 31 Ogos – 67 tahun Malaysia merdeka dan ini adalah satu perjalanan yang panjang dalam proses kemerdekaan yang telah dituntut oleh pejuang-pejuang terdahulu. Exco Wanita UMNO, Datuk Haryaty Hamdzah menasihati pada generasi muda agar jangan lupa pada sejarah bahawa negara ini mendapat kemerdekaan hasil dari pejuang-pejuang UMNO terdahulu. “Perjuangan kemerdekaan yang dilaksanakan oleh UMNO ini haruslah sentiasa diingati [...]

Читать полностью…

UMNO Online

Hayati Perjuangan Kemerdekaan Negara Dipelopori UMNO – Tengku Adnan
https://umno-online.my/2024/08/30/hayati-perjuangan-kemerdekaan-negara-dipelopori-umno-tengku-adnan/

KUALA LUMPUR, 30 Ogos – Bendahari UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor mengajak semua pihak untuk sama-sama menghayati nilai dan perjuangan kepimpinan terdahulu sehingga negara merdeka yang dipelopori oleh UMNO. Ujarnya, kemerdekaan adalah jasa terbesar UMNO yang mempelopori semangat nasionalisme, memupuk kesatuan dikalangan bangsa Melayu dan membawa iltizam untuk patriotisme ke seluruh negara. “Tarikh 31 Ogos adalah Hari Kebangsaan. [...]

Читать полностью…

UMNO Online

PRK Mahkota: Pemilihan Calon BN Di Peringkat Akhir
https://umno-online.my/2024/08/30/prk-mahkota-pemilihan-calon-bn-di-peringkat-akhir/

KLUANG, 30 Ogos – Pemilihan calon Barisan Nasional (BN) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota kini di peringkat akhir, kata Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin. Beliau yang juga Naib Presiden UMNO dan koordinator BN untuk PRK DUN Mahkota berkata, banyak nama calon telah dipertimbangkan dan calon yang dipilih akan diumumkan selepas negara menyambut Hari [...]

Читать полностью…

UMNO Online

Pasca-PAU 2024: UMNO Tidak Pernah Meninggalkan Perjuangan Bela Melayu-Islam – Dr Azmi
https://umno-online.my/2024/08/30/pasca-pau-2024-umno-tidak-pernah-meninggalkan-perjuangan-bela-melayu-islam-dr-azmi/

KUALA LUMPUR, 30 Ogos – Penganalisis politik dari Akademi Penyelidikan Strategik Nusantara, Profesor Dr Azmi Hassan berpendapat bahawa UMNO tidak pernah meninggalkan perjuangan mereka untuk membela bangsa Melayu dan agama Islam. Ini kerana katanya, ucapan dasar Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi ketika Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2024 adalah menarik kerana ia menetapkan hala tuju bagaimana untuk parti [...]

Читать полностью…

UMNO Online

Rasional Bersama Kerajaan Perpaduan
https://umno-online.my/2024/08/30/rasional-bersama-kerajaan-perpaduan/

1. UMNO Bersama Kerajaan Perpaduan UMNO/Barisan Nasional (BN) yang hanya menang 30 kerusi itu sudah menerima hakikat kekalahan yang berkenaan sebaik sahaja keputusan Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) itu diumumkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) pada pagi 19 November 2022. UMNO/BN juga sudah bersedia untuk berada di barisan pembangkang di Parlimen nanti. Tetapi takdir Allah Yang Maha Berkuasa tidak demikian [...]

Читать полностью…

UMNO Online

Ambil Pelajaran Dari PAU 2024… Pertajam Fokus Terhadap Aspirasi Rakyat – Mu’izz
https://umno-online.my/2024/08/30/ambil-pelajaran-dari-pau-2024-pertajam-fokus-terhadap-aspirasi-rakyat-muizz/

KUALA LUMPUR, 30 Ogos – Para pemimpin dan perwakilan Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2024 diseru untuk mengambil pelajaran dari persidangan dengan memberi fokus terhadap aspirasi rakyat. Ketua Penerangan UMNO Bahagian Segambut, Mu’izz Nasruddin berkata, beliau yakin dan optimis bahawa UMNO akan terus memainkan peranan utama dalam membentuk masa depan negara. “Saya sangat optimis tentang masa depan UMNO. Kita harus mengambil [...]

Читать полностью…

UMNO Online

Malaysia, Timor-Leste Setuju Tingkat Kerjasama Pendidikan Dan Perancangan Bandar
https://umno-online.my/2024/08/29/malaysia-timor-leste-setuju-tingkat-kerjasama-pendidikan-dan-perancangan-bandar/

KUALA LUMPUR, 29 Ogos – Malaysia dan Timor-Leste bersetuju untuk meneroka bidang kerjasama baharu terutama pendidikan termasuk Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET), industri halal, pembangunan luar bandar serta perancangan bandar. Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamid berkata menerusi aspek pemerkasaaan pendidikan tinggi, Universiti Teknikal Mara (UniKL) akan menganugerahkan 50 biasiswa kepada pelajar Timor-Leste bagi menarik minat [...]

Читать полностью…

UMNO Online

Anak Muda Dipelawa Sertai Skuad Sabil Malaysia – Fazly Zainudin
https://umno-online.my/2024/08/29/anak-muda-dipelawa-sertai-skuad-sabil-malaysia-fazly-zainudin/

KUALA LUMPUR, 29 Ogos – Pesuruhjaya Skuad Sabil Malaysia, Datuk Mohamad Fazly Zainudin mempelawa anak muda yang berminat dengan aktiviti kesukarelawan untuk menyertai Skuad Sabil Pergerakan Pemuda UMNO. Katanya, Skuad Sabil diberi latihan secukupnya bagi menyemai semangat sukarelawan dan pengorbanan dalam menghayati perjuangan UMNO memartabatkan Islam, bangsa dan negara. “Syabas dan terbaik Skuad Sabil Malaysia, teruskan usaha membantu rakyat tidak [...]

Читать полностью…

UMNO Online

PPBM Dakwa Perjuangkan Melayu/Islam? Ketika Berkuasa Isu Sensitif, ICERD Bisu Seribu Bahasa
https://umno-online.my/2024/08/28/ppbm-dakwa-perjuangkan-melayu-islam-ketika-berkuasa-isu-sensitif-icerd-bisu-seribu-bahasa/

KUALA LUMPUR, 28 Ogos – Ketua UMNO Bahagian Pandan Datuk Jamaluddin Ropa membidas Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM/Bersatu) yang kononnya mendakwa mereka memperjuangkan agenda Melayu dan Islam. Imbaunya, ketika mememang tampuk pemerintahan negara pasca Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14), pelbagai isu sensitif yang menyentuh kepentingan agama Islam dan orang Melayu tetapi parti tersebut yang berada di dalam kerajaan hanya diam [...]

Читать полностью…

UMNO Online

Tolak Momokan Parti Malaya, UMNO Terbukti Parti Kebangsaan – Royani
https://umno-online.my/2024/08/28/tolak-momokan-parti-malaya-umno-terbukti-parti-kebangsaan-royani/

LAHAD DATU, 28 Ogos – Ketua Wanita UMNO Bahagian Lahad Datu, Royani Rafael membidas pihak yang memomokkan rakyat dengan dakwaan bahawa UMNO Parti Malaya dan dakwaan ini perlu ditolak. Tegasnya, pihak yang bercakap sedemikian adalah mereka yang cuba menutup kegagalan sendiri dan cuba memburuk-burukkan UMNO. “Mereka meratib ‘UMNO Malaya’ sedangkan mereka juga lahir dari rahim UMNO. Yang pelik apabila yang [...]

Читать полностью…

UMNO Online

BN Tunai Janji Di Nenggiri, Kemudahan Rakyat Dilaksanakan – Azmawi Fikri
https://umno-online.my/2024/09/02/bn-tunai-janji-di-nenggiri-kemudahan-rakyat-dilaksanakan-azmawi-fikri/

KUALA LUMPUR, 2 Sept – Rakyat di Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri mampu menarik nafas lega apabila mesin juruwang automatik (ATM) yang telah dicadangkan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Nenggiri, Mohd Azmawi Fikri Abdul Ghani pada Pilihan Raya Kecil (PRK) lalu telah direalisasikan untuk kemudahan mereka. Azmawi yang juga Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Negeri Kelantan berkata hasrat Barisan Nasional [...]

Читать полностью…

UMNO Online

Bung Moktar Minta Rakyat Ingati, Insafi Perjuangan UMNO Raih Kemerdekaan, Tolak Sentimen Negatif
https://umno-online.my/2024/09/02/bung-moktar-minta-rakyat-ingati-insafi-perjuangan-umno-raih-kemerdekaan-tolak-sentimen-negatif/

KOTA KINABALU, 2 Sept – Setiap tahun tarikh 31 Ogos akan ada sambutan Hari Kemerdekaan yang diraikan secara besar-besaran di seluruh negara maka ia sewajarnya menjadi ruang untuk rakyat dan ahli-ahli UMNO mengingati malah juga menginsafi sejarah perjuangan bagi mendapatkan kemerdekaan. Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin berkata, sejarah kemerdekaan Malaysia adalah sebuah kisah kejayaan hasil daripada perjuangan [...]

Читать полностью…

UMNO Online

BN Pertimbang Rayuan MyPPP Untuk Kembali Sebagai Komponen Teras – Ahmad Zahid
https://umno-online.my/2024/09/01/bn-pertimbang-rayuan-myppp-untuk-kembali-sebagai-komponen-teras-ahmad-zahid/

KUALA LUMPUR, 1 Sept –Barisan Nasional (BN) dijangka akan membincangkan permohonan Parti Progresif Rakyat (MyPPP) untuk kembali sebagai salah satu komponen teras gabungan itu dalam politik tersebut. Pengerusi BN, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata langkah ini dijangka akan dibincangkan dalam mesyuarat kepimpinan BN yang akan datang maka nasib dan masa depan MyPPP dalam gabungan politik tersebut akan ditentukan. Beliau [...]

Читать полностью…

UMNO Online

31 Ogos… Hargai Sejarah UMNO Perjuangkan Kemerdekaan – Nuraini
https://umno-online.my/2024/08/31/31-ogos-hargai-sejarah-umno-perjuangkan-kemerdekaan-nuraini/

KUALA LUMPUR, 31 Ogos – Ogos merupakan bulan yang tepat untuk seluruh ahli dan akar umbi menginsafi kembali sejarah perjuangan UMNO bagi mendapatkan kemerdekaan. Ketua Pergerakan Puteri UMNO Negeri Kedah, Nuraini Yusoff berkata, ucapan dasar Presiden ketika Perhimpunan Agung (PAU) 2024 lalu ada menyentuh mengenai sejarah perjuangan parti yang ditubuhkan sebelum kemerdekaan ini. “Dalam ucapan dasar Presiden turut menyentuh mengenai [...]

Читать полностью…

UMNO Online

Wanita UMNO Sabah Diminta Perkukuh Kedudukan, Tunjang Utama Hadapi PRN Ke-17 – Noraini Idris
https://umno-online.my/2024/08/31/wanita-umno-sabah-diminta-perkukuh-kedudukan-tunjang-utama-hadapi-prn-ke-17-noraini-idris/

KOTA KINABALU, 31 Ogos – Wanita UMNO khususnya di Sabah perlu memperkukuhkan kedudukan sebagai tunjang parti dalam menghadapi cabaran dunia politik terutama menjelang Pilihan Negeri (PRN) ke-17 akan datang. Ketua Wanita UMNO Sabah, Senator Datuk Noraini Idris berkata, sebagaimana amanat Presiden, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi semasa Perhimpunan Agung UMNO (PAU) baru-baru ini dan selepas kejayaan UMNO/Barisan Nasional (BN) [...]

Читать полностью…

UMNO Online

Hari Kemerdekaan: Ahmad Zahid Seru Rakyat Kukuhkan Perpaduan, Jati Diri Negara Berdaulat
https://umno-online.my/2024/08/31/hari-kemerdekaan-ahmad-zahid-seru-rakyat-kukuhkan-perpaduan-jati-diri-negara-berdaulat/

KUALA LUMPUR, 31 Ogos – Timbalan Perdana Menteri merangkap Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyeru seluruh rakyat Malaysia untuk mengukuhkan perpaduan dan jati diri sebagai sebuah negara berdaulat. Menerusi hantaran video di laman Facebooknya, hari kebangsaan yang bertemakan ‘Malaysia Madani: Jiwa Merdeka’ ini amat bermakna untuk seluruh rakyat hayati. “Sambutan Bulan Kebangsaan dan Hari Malaysia Tahun ini [...]

Читать полностью…

UMNO Online

Semai ‘Jiwa Merdeka’, Terapkan Semangat Patriotik Dari Peringkat Awal – Awang Aslee
https://umno-online.my/2024/08/30/semai-jiwa-merdeka-terapkan-semangat-patriotik-dari-peringkat-awal-awang-aslee/

BEAUFORT, 30 Ogos – Sekolah termasuk tadika turut memainkan peranan penting dalam menerapkan penghayatan terhadap sambutan hari kemerdekaan negara khususnya bagi menghargai perbezaan dan keunikan tersendiri setiap negeri di negara ini. Ketua UMNO Bahagian Beaufort, Datuk Awang Aslee Lakat berkata, usaha untuk mendedahkan kepada kanak-kanak tentang erti sebuah kemerdekaan perlu ditekankan pada peringkat awal lagi agar mereka lebih memahami mengenai [...]

Читать полностью…

UMNO Online

Lawatan Ke Timor-Leste Buahkan Hasil, Kerjasama Teroka Bidang Baharu – Ahmad Zahid
https://umno-online.my/2024/08/30/lawatan-ke-timor-leste-buahkan-hasil-kerjasama-teroka-bidang-baharu-ahmad-zahid/

KUALA LUMPUR, 30 Ogos – Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi memaklumkan bahawa lawatan rasmi ke Republik Demokratik Timor-Leste telah membuahkan hasil sepertimana yang diharapkan. Beliau yang juga Presiden UMNO berkata, pertemuan dengan Presiden José Ramos-Horta, Perdana Menteri Kay Rala Xanana Gusmão dan beberapa lagi pemimpin lain telah memberikan peluang kepada Malaysia dan Timor-Leste untuk mengembangkan potensi [...]

Читать полностью…

UMNO Online

Allahyarham Arman San Wira Kebanggaan Lahad Datu – Sharif Musa
https://umno-online.my/2024/08/30/allahyarham-arman-san-wira-kebanggaan-lahad-datu-sharif-musa/

LAHAD DATU, 30 Ogos – UMNO Bahagian Lahad Datu turut sama berdukacita dan merakamkan ucapan takziah kepada ahli keluarga Laskar Kelas (LK) I PLM Arman San Hermansa yang meninggal dunia dalam operasi salvaj KD Pendekar di perairan Tanjung Penyusop, Johor. Ketuanya, Sharif Musa Sharif Mabul memaklumkan bahawa beliau bersama anggota jawatankuasa UMNO bahagian terbabit telah menziarahi keluarga allahyarham di kediamannya, [...]

Читать полностью…

UMNO Online

Artikel Berbaur Fitnah: Penerangan Pemuda UMNO WP Buat Laporan Polis Ke Atas Tun Faisal
https://umno-online.my/2024/08/30/artikel-berbaur-fitnah-penerangan-pemuda-umno-wp-buat-laporan-polis-ke-atas-tun-faisal/

KUALA LUMPUR, 30 Ogos – Penerangan Pergerakan Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan (WP) telah membuat laporan polis ke atas Datuk Tun Faisal Ismail Aziz kerana memuat naik artikel berbaur fitnah di laman Facebooknya. Ketua Penerangan Pergerakan Pemuda UMNO WP, Nasrun Nasaruddin berkata, hantaran yang dibuat pada 27 Ogos lalu itu berbaur fitnah dan mencabar kredibiliti Yang di-Pertuan Agong ke-16 dalam urusan [...]

Читать полностью…

UMNO Online

Akta Kebebasan Maklumat: Rakyat Perlu Diberi Hak Cari, Terima Dan Beri Maklumat – Azalina
https://umno-online.my/2024/08/30/akta-kebebasan-maklumat-rakyat-perlu-diberi-hak-cari-terima-dan-beri-maklumat-azalina/

PUTRAJAYA, 30 Ogos – Keputusan berhubung penggubalan Akta Kebebasan Maklumat (FOI) mencerminkan ketelusan Kerajaan Perpaduan yang berpegang kepada asas bahawa setiap rakyat harus diberikan hak untuk mencari, menerima dan memberikan maklumat melalui apa jua medium atau platform. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said, berkata dalam konteks Malaysia, matlamat utama kerajaan ialah memastikan [...]

Читать полностью…

UMNO Online

Lawatan Zahid Ke Timor-Leste Perkukuh Kerjasama Pendidikan Dua Hala
https://umno-online.my/2024/08/29/lawatan-zahid-ke-timor-leste-perkukuh-kerjasama-pendidikan-dua-hala/

KUALA LUMPUR, 29 Ogos – Lawatan rasmi Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi ke Timor-Leste merekodkan beberapa pencapaian penting khususnya dalam memperkukuh sektor pendidikan tinggi. Beliau yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah berkata, antaranya termasuk mempertingkatkan kerjasama dua hala dalam bidang pendidikan tinggi melalui Universiti Teknikal MARA (UniKL) dan Kementerian Pendidikan Tinggi, Sains, dan Kebudayaan Timor-Leste. [...]

Читать полностью…

UMNO Online

Ahmad Zahid Tiba Di Timor-Leste Untuk Lawatan Rasmi Tiga Hari
https://umno-online.my/2024/08/29/ahmad-zahid-tiba-di-timor-leste-untuk-lawatan-rasmi-tiga-hari/

KUALA LUMPUR, 29 Ogos – Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, tiba di Timor-Leste bagi lawatan rasmi selama tiga hari bermula semalam dalam usaha memperkukuh hubungan diplomatik kedua-dua negara. Ketibaan beliau di Lapangan Terbang Presidente Nicolau Lobato disambut oleh rakan sejawatnya yang juga Timbalan Perdana Menteri I Francisco Kalbualdi Lay dan Timbalan Perdana Menteri II Mariano Assanami [...]

Читать полностью…

UMNO Online

Kerajaan Negeri Kedah Dilihat Tidak Bersedia Laksana TMK 2025 – Syed Mohd Johan
https://umno-online.my/2024/08/28/kerajaan-negeri-kedah-dilihat-tidak-bersedia-laksana-tmk-2025-syed-mohd-johan/

KUALA LUMPUR, 28 Ogos – Kerajaan Negeri Kedah dilihat tidak bersedia untuk melaksanakan Tahun Melawat Kedah (TMK) 2025, kata Pengarah Komunikasi Barisan Nasional (BN) Kedah, Syed Mohd Johan Rizal Syed Unan Mashri. Menurutnya, untuk melaksanakan program mega dalam tempoh setahun itu agak mustahil meskipun Kerajaan Negeri Kedah mengatakan mereka telah bersedia. “Saya ada menyaksikan sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) baru-baru [...]

Читать полностью…

UMNO Online

Tengku Azman Hargai Keprihatinan UMNO, Jalan TAR Bakal Jadi Zon Kebudayaan, Kesenian Dan Warisan Bumiputera
https://umno-online.my/2024/08/28/tengku-azman-hargai-keprihatinan-umno-jalan-tar-bakal-jadi-zon-kebudayaan-kesenian-dan-warisan-bumiputera/

KUALA LUMPUR, 28 Ogos – Cadangan untuk menjadikan Jalan Tuanku Abdul Rahman (TAR) sebagai zon khas ekonomi kebudayaan, kesenian dan warisan Bumiputera yang diusulkan dalam sesi Perbahasan Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2024) telah disambut baik kepimpinan parti. Dalam hal ini, Ketua UMNO Bahagian Bukit Bintang, Datuk Tengku Azman Tengku Zainol Abidin melahirkan penghargaan kepada Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad [...]

Читать полностью…
Subscribe to a channel