umnoonline | Unsorted

Telegram-канал umnoonline - UMNO Online

2180

Layari UMNO Online

Subscribe to a channel

UMNO Online

Jangan Sombong, Jangan Lupa Nilai Perjuangan UMNO Bina Negara – Tengku Adnan
https://umno-online.my/2024/07/22/jangan-sombong-jangan-lupa-nilai-perjuangan-umno-bina-negara-tengku-adnan/

PUTRAJAYA, 22 Julai – Bendahari UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor mengingatkan ahli-ahli UMNO agar jangan sombong dan lupa dengan matlamat perjuangan parti iaitu berteraskan kepada kepentingan masyarakat demi agama, bangsa dan negara. Ini kerana katanya, keutamaan dalam perjuangan adalah memahami bahawa UMNO adalah wadah bagi berkhidmat kepada rakyat dan bukan untuk kepentingan diri sendiri. “Kita mesti tahu peranan [...]

Читать полностью…

UMNO Online

Baca Qunut Nazilah Di Parlimen: Fathul Bari Gesa Henti Melampau-lampau, Berpolitiklah Dengan Matang
https://umno-online.my/2024/07/22/baca-qunut-nazilah-di-parlimen-fathul-bari-gesa-henti-melampau-lampau-berpolitiklah-dengan-matang/

KUALA LUMPUR, 22 Julai – Baru-baru ini Ahli Parlimen pembangkang membaca Qunut Nazilah di Parlimen selepas Ahli Parlimen Machang Wan Ahmad Fayshal Wan Ahmad Kamal digantung daripada menghadiri sidang Dewan Rakyat selama enam bulan. Justeru Ketua UMNO Bahagian Kangar, Datuk Mohd Fathul Bari Mat Jahya berkata, hentikan berpolitik sedemikian dan berpolitiklah dengan cara yang matang. Jelas beliau, doa sedemikian ini [...]

Читать полностью…

UMNO Online

BN Sabah Mara Kehadapan, Tekad Tawan Hati Rakyat – Bung
https://umno-online.my/2024/07/21/bn-sabah-mara-kehadapan-tekad-tawan-hati-rakyat-bung/

SANDAKAN, 21 Julai – Barisan Nasional (BN) Sabah berikrar untuk terus melaksanakan gerak kerja bersepadu dalam memenuhi kehendak rakyat negeri ini, kata Pengerusinya Datuk Seri Bung Moktar Radin. Beliau yang juga Ketua UMNO Sabah berkata, perkara itu menjadi fokus utama pihaknya dalam mendepani Pilihan Raya Negeri (PRN), sama ada melalui kerjasama dengan parti lain ataupun tidak. “BN Sabah sama ada [...]

Читать полностью…

UMNO Online

UMNO Melaka, ADUN Rembia Masing-masing Ada Hak Prerogatif – Azalina
https://umno-online.my/2024/07/21/umno-melaka-adun-rembia-masing-masing-ada-hak-prerogatif-azalina/

BUTTERWORTH, 21 Julai – Badan Perhubungan UMNO Negeri Melaka dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rembia Datuk Muhammad Jailani Khamis mempunyai hak prerogatif masing-masing dalam isu lompat parti yang berlaku di negeri itu. Ketua Penerangan UMNO Datuk Seri Azalina Othman Said berkata, perkara demikian kini dalam tindakan UMNO Negeri Melaka dari sudut perundangan. “Seperti disebutkan oleh Ketua Menteri (Melaka-Datuk Seri [...]

Читать полностью…

UMNO Online

Pembinaan Semula Jambatan Gantung Dan Usaha Tangani Kemarau Di Laksana Di Sabah
https://umno-online.my/2024/07/21/pembinaan-semula-jambatan-gantung-dan-usaha-tangani-kemarau-di-laksana-di-sabah/

KOTA KINABALU, 21 Julai – Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata Kerajaan Persekutuan menyedari keperluan mendesak kepentingan laluan perhubungan bagi masyarakat maka bersetuju membina semula jambatan gantung di daerah Penampang dan Tuaran yang rosak akibat banjir dengan peruntukan sebanyak RM1 juta melalui Tabung Kumpulan Wang Amanah Bantuan Bencana Negara (KWABBN). Ujarnya, langkah segera ini merupakan tindakan [...]

Читать полностью…

UMNO Online

Dakwaan MCA Dapat Tekanan Keluar BN Dicipta Kalangan Tertentu – Zambry
https://umno-online.my/2024/07/21/dakwaan-mca-dapat-tekanan-keluar-bn-dicipta-kalangan-tertentu-zambry/

KUALA LUMPUR, 21 Julai – Dakwaan bahawa kepimpinan tertinggi MCA mendapat tekanan untuk meninggalkan gabungan Barisan Nasional (BN) selepas 72 tahun bersama hanya khabar angin sengaja dicipta oleh kalangan tertentu. Setiausaha Agung BN Datuk Seri Zambry Abdul Kadir berkata Presiden MCA Datuk Seri Wee Ka Siong dan Setiausaha Agungnya Datuk Chong Sin Woon telah memaklumkan perkara itu tidak berlaku. “MCA [...]

Читать полностью…

UMNO Online

UMNO Konsisten Kekalkan Dasar… Pendidikan Anak Bangsa, Hal Ehwal Islam Diutamakan
https://umno-online.my/2024/07/20/umno-konsisten-kekalkan-dasar-pendidikan-anak-bangsa-hal-ehwal-islam-diutamakan/

BALIK PULAU, 20 Julai – UMNO sejak awal penubuhan menerajui kerajaan, pengalaman 22 bulan menjadi pembangkang hinggalah sekarang berada dalam Kerajaan Perpaduan tetap konsisten mengekalkan dasarnya selaras dengan prinsip dan asas perjuangan parti. Setiausaha Agung UMNO Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, pelbagai agenda Islam dan orang Melayu menjadi keutamaan dalam setiap usaha dan tindakan contohnya dalam bidang pendidikan. “Dasar [...]

Читать полностью…

UMNO Online

Kampung Angkat Madani Rapatkan Jurang Kemudahan Asas Di Antara Desa Dan Bandar – Azalina
https://umno-online.my/2024/06/13/kampung-angkat-madani-rapatkan-jurang-kemudahan-asas-di-antara-desa-dan-bandar-azalina/

KUALA LUMPUR, 13 Jun – Ketua Penerangan UMNO Malaysia yang juga Ahli Parlimen Pengerang, Datuk Seri Azalina Othman Said hari ini berbesar hati turun padang menyantuni penduduk tempatan dengan merasmikan program Kampung Angkat Madani di Kampung Bukit Buloh, Pengerang. Meskipun kesibukan menggalas tanggungjawab kepada negara sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi), beliau tetap bersama-sama meluangkan masa [...]

Читать полностью…

UMNO Online

Manfaatkan Sistem PADU Elak Kekeliruan Berkenaan Penarikan Subsidi – Shamellya
https://umno-online.my/2024/06/13/manfaatkan-sistem-padu-elak-kekeliruan-berkenaan-penarikan-subsidi-shamellya/

KUALA LUMPUR, 13 Jun – Ketua Penerangan Puteri UMNO Malaysia, Shamellya Norazizi berharap agar kerajaan menggerak dan mengaktifkan sistem Pangkalan Data Utama (PADU) supaya maklumat pengelasan golongan seperti B40, M40 dan T20 dapat diselaraskan bagi mengelakkan sebarang kekeliruan berkenaan penarikan subsidi. Menurut beliau ini kerana penarikan subsidi penuh yang bermula 10 Jun 2024 ini telah menimbulkan pelbagai respon rakyat Malaysia. [...]

Читать полностью…

UMNO Online

Jangan Anggap TVET Bidang ‘Kelas Kedua’ – Zambry
https://umno-online.my/2024/06/13/jangan-anggap-tvet-bidang-kelas-kedua-zambry/

KUALA LUMPUR, 13 Jun – Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir menyeru seluruh masyarakat untuk tidak mengklasifikasikan bidang bidang Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) sebagai bidang ‘kelas kedua’. Beliau yang juga Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO berkata, persepsi tersebut sudah tidak relevan kerana kerajaan sedang berusaha menyediakan peluang untuk TVET berada pada tahap yang [...]

Читать полностью…

UMNO Online

Mohamad Hasan Seru Masyarakat Antarabangsa Ganda Usaha Salur Bantuan Kemanusiaan Ke Gaza
https://umno-online.my/2024/06/13/mohamad-hasan-seru-masyarakat-antarabangsa-ganda-usaha-salur-bantuan-kemanusiaan-ke-gaza/

KUALA LUMPUR, 13 Jun – Menteri Luar Negeri, Datuk Seri Mohamad Hasan menyeru masyarakat antarabangsa untuk menggembleng dan menggandakan usaha bagi menyalurkan bantuan kemanusiaan ke Gaza, berikutan situasi rakyat Palestin yang semakin meruncing. Katanya ini termasuk dalam konteks pemulihan dan pembangunan semula Gaza yang memerlukan sokongan semua pihak memandangkan ia akan memakan kos tinggi dan mengambil masa yang panjang. “Pada masa [...]

Читать полностью…

UMNO Online

Bekas Pendidik Dr Joohari Diumum Calon Perpaduan PRK Sungai Bakap
https://umno-online.my/2024/06/13/bekas-pendidik-dr-joohari-diumum-calon-perpaduan-prk-sungai-bakap/

NIBONG TEBAL, 13 Jun – Bekas Pengarah Institut Aminuddin Baki Cawangan Utara, Dr Joohari Ariffin, 60, dari PKR diumum sebagai calon mewakili Kerajaan Perpaduan pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Bakap, pada 6 Julai ini. Pengumuman dibuat Pengarah Pilihan Raya Perpaduan yang juga Timbalan Presiden PKR, Rafizi Ramli, pada majlis pengumuman calon Perpaduan di Simpang Ampat, [...]

Читать полностью…

UMNO Online

BN Parti Terbaik, Pilihan Raya Bukan Tiket Untuk Mencuba-cuba Kerajaan – Busiau
https://umno-online.my/2024/06/12/bn-parti-terbaik-pilihan-raya-bukan-tiket-untuk-mencuba-cuba-kerajaan-busiau/

PENSIANGAN, 12 Jun – Ketua UMNO Bahagian Pensiangan Busiau Ampirak berkata Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah yang akan menjelang tidak lama lagi bukan menjadi tiket untuk bertindak mencuba-cuba kerajaan kerana pada akhirnya rakyat akan menjadi mangsa. Katanya, PRN sebelum ini telah memperlihatkan parti-parti baharu yang menjadi kerajaan negeri tidak mampu melaksanakan tugas dengan baik sebagaimana sebelumnya di bawah Barisan Nasional [...]

Читать полностью…

UMNO Online

Penerangan UMNO Pahang Susun Atur Gerak Kerja Bersama Penggiat Media Sosial
https://umno-online.my/2024/06/12/penerangan-umno-pahang-susun-atur-gerak-kerja-bersama-penggiat-media-sosial/

KUALA KRAU, 12 Jun – Penerangan UMNO Negeri Pahang telah mengatur gerak kerja bersama penggerak atau penggiat media sosial melibatkan seluruh negeri, ujar Ketuanya Fadzli Mohamad Kamal. Kata Fadzli yang juga Exco Kerajaan Negeri, kesepaduan pasukan dengan penglibatan daripada seluruh Bahagian di Negeri Pahang amat penting agar ia memberi kesan yang maksima. “Penerangan UMNO Pahang sudah lakukan ‘retreat’ media sosial [...]

Читать полностью…

UMNO Online

Lawatan Kerja: Mohamed Khaled Kunjungi Menteri Pertahanan Republik Turkiye
https://umno-online.my/2024/06/12/lawatan-kerja-mohamed-khaled-kunjungi-menteri-pertahanan-republik-turkiye/

KUALA LUMPUR, 12 Jun – Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin telah mengunjungi Menteri Pertahanan Republik Turkiye, TYT Yasar Guler sempena lawatan kerjanya ke republik berkenaan. Beliau yang juga Naib Presiden UMNO menerusi hantaran di laman Facebooknya memaklumkan bahawa Malaysia telah mempengerusikan Mesyuarat Pertama Malaysia – Türkiye High Level Committee on Defence Cooperation (HLC). “Saya telah berada di Ministry [...]

Читать полностью…

UMNO Online

Khidmat Bakti UMNO Tanpa Henti, Mohd Rafi Hargai Kebersamaan Dalam Kerajaan Perpaduan Bantu Rakyat
https://umno-online.my/2024/07/22/khidmat-bakti-umno-tanpa-henti-mohd-rafi-hargai-kebersamaan-dalam-kerajaan-perpaduan-bantu-rakyat/

LABUAN, 22 Julai – Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Mohd Rafi Alli Hassan, menyatakan bahawa UMNO sentiasa berdampingan dengan rakyat dan tidak mengira dalam keadaan apa sekalipun kerana yang utama adalah khidmat kepada masyarakat. Beliau yang juga Ketua UMNO Bahagian Labuan telah meluangkan masa untuk turun padang dan meninjau pelbagai projek yang telah diusahakan untuk rakyat di sekitar [...]

Читать полностью…

UMNO Online

‘Tiada Campur Tangan Pemimpin Malaya, Sabah Hanya Untuk Anak Sabah’ – Ahmad Zahid
https://umno-online.my/2024/07/21/tiada-campur-tangan-pemimpin-malaya-sabah-hanya-untuk-anak-sabah-ahmad-zahid/

SANDAKAN, 21 Julai – Presiden UMNO yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi meluahkan keyakinan beliau bahawa hanya anak Sabah sahaja boleh mentadbir negeri ini dengan sebaiknya. Menurut Timbalan Perdana Menteri, tiada campur tangan daripada kepimpinan di Semenanjung kerana pentadbiran Sabah sepenuhnya diberikan kepada rakyat di negeri ini. “Kita amat yakin anak-anak Sabah boleh mentadbir [...]

Читать полностью…

UMNO Online

Tiada Parti Komponen, Friends Of BN Dipinggirkan – Ahmad Zahid
https://umno-online.my/2024/07/21/tiada-parti-komponen-friends-of-bn-dipinggirkan-ahmad-zahid/

SANDAKAN, 21 Julai – Tiada parti komponen Barisan Nasional (BN) dan Friends of BN dipinggirkan, malah semua disantuni dengan baik, kata Pengerusi BN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. Timbalan Perdana Menteri berkata, semua parti komponen BN dan Friends of BN sentiasa melakukan sesi keterlibatan dan perbincangan bersama, mengenai pelbagai isu. Malah beliau berkata, Presiden MCA, Datuk Seri Dr Wee [...]

Читать полностью…

UMNO Online

Pasukan Khas Gabung 4 Kementerian Ditubuh Kaji Undang-Undang Banteras Buli Siber – Azalina
https://umno-online.my/2024/07/21/pasukan-khas-gabung-4-kementerian-ditubuh-kaji-undang-undang-banteras-buli-siber-azalina/

BUTTERWORTH, 21 Julai – Pasukan khas menggabungkan empat kementerian ditubuhkan bagi membincangkan cadangan meminda Kanun Keseksaan (Akta 574), khusus untuk membanteras buli siber. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said, berkata pasukan khas itu melibatkan pihaknya bersama Kementerian Komunikasi, Kementerian Digital dan Kementerian Dalam Negeri (KDN). Katanya, pasukan khas berkenaan akan memperhalusi perkara [...]

Читать полностью…

UMNO Online

Ahli UMNO Jangan Percaya Bulat-bulat Dakwaan Negatif, Tolak Rosakkan Parti Sendiri
https://umno-online.my/2024/07/21/ahli-umno-jangan-percaya-bulat-bulat-dakwaan-negatif-tolak-rosakkan-parti-sendiri/

PADANG TERAP, 21 Julai – Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri, Datuk Seri Mahdzir Khalid mengingatkan ahli-ahli UMNO agar tidak merosakkan parti sendiri dengan menerima dan percaya bulat-bulat dakwaan negatif pembangkang yang bertujuan memburukkan kepimpinan UMNO di semua peringkat. Katanya, setiap ahli UMNO perlu mengawal emosi dan perasaan marah serta menilai setiap khabar disampaikan terlebih dahulu supaya tidak tersilap langkah dalam [...]

Читать полностью…

UMNO Online

Pulihkan Kekuatan UMNO, Tolak Dakwaan Pesongkan Perjuangan Parti – Tengku Adnan
https://umno-online.my/2024/07/21/pulihkan-kekuatan-umno-tolak-dakwaan-pesongkan-perjuangan-parti-tengku-adnan/

  KOTA BHARU, 21 Julai – Bendahari UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, menggesa perwakilan UMNO Bahagian Kota Bharu untuk menjadi pencetus perubahan di Negeri Kelantan. Beliau menekankan bahawa dengan keanggotaan seramai 13,736 orang, UMNO Bahagian Kota Bharu harus memainkan peranan penting dalam memulihkan kekuatan parti di negeri ini lantas menolak pihak yang sentiasa memburukkan parti. “Saya harap para [...]

Читать полностью…

UMNO Online

Jelajah Penerangan UMNO Gerak Kerja Penting, Jangan Pernah Berada Dalam Zon Selesa
https://umno-online.my/2024/06/13/jelajah-penerangan-umno-gerak-kerja-penting-jangan-pernah-berada-dalam-zon-selesa/

KUALA LIPIS, 13 Jun – Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad berkata gerak kerja Penerangan UMNO khususnya melalui Siri Jelajah ke Bahagian-bahagian merupakan satu usaha yang amat penting. Ujar Ketua UMNO Bahagian Lipis itu, tindakan proaktif yang dilaksanakan oleh Penerangan UMNO Malaysia di bawah kelolaan Datuk Seri Azalina Othman Said itu wajar diteruskan ke seluruh [...]

Читать полностью…

UMNO Online

Mohd Shahar Fokus Santuni Orang Muda Dan Rakyat, Mahu Kongsi Idea Kukuhkan Pengetahuan
https://umno-online.my/2024/06/13/mohd-shahar-fokus-santuni-orang-muda-dan-rakyat-mahu-kongsi-idea-kukuhkan-pengetahuan/

KUALA LUMPUR, 13 Jun – Ahli Parlimen Paya Besar, Datuk Mohd Shahar Abdullah terus menyantuni penduduk di kawasan melalui program-program berbentuk kemasyarakatan, ziarah kasih serta menyantuni golongan muda. Melalui perkongsian terbaharu Facebook, beliau yang juga Ketua UMNO Bahagian Paya Besar berbesar hati merasmikan Program Debat Perdana UMPSA di Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah, Kampus Gambang. Beliau pada ucapannya berkata program [...]

Читать полностью…

UMNO Online

UMNO Bersama Rakyat… Suraya Turun Padang Santuni Warga Pendang
https://umno-online.my/2024/06/13/umno-bersama-rakyat-suraya-turun-padang-santuni-warga-pendang/

KUALA LUMPUR, 13 Jun – Ketua UMNO Bahagian Pendang, Datuk Suraya Yaakob meneruskan tradisi parti mendekati rakyat dengan cara turun padang dan menyantuni warga Pendang, Kedah. Menerusi hantaran di laman Facebooknya, beliau telah memenuhi ruang dan masa dengan bersama-sama masyarakat dalam pelbagai program termasuk menziarahi mereka yang telah kehilangan ahli keluarga. “Kami menziarahi balu kepada Pak Lang Lazim yang telah [...]

Читать полностью…

UMNO Online

PRK Sungai Bakap: Peluang Rakyat Bersama Kerajaan Perpaduan – Sulaiman
https://umno-online.my/2024/06/13/prk-sungai-bakap-peluang-rakyat-bersama-kerajaan-perpaduan-sulaiman/

TANJONG KARANG, 13 Jun – Ketua UMNO Bahagian Tanjong Karang, Datuk Sulaiman Abdul Razak menasihati rakyat Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Bakap agar memilih calon Kerajaan Perpaduan pada Pilihan Raya Kecil (PRK) nanti supaya dapat selari dengan kerajaan. Menurutnya, sejumlah besar pemimpin parti pembangkang yang telah menang dan dipilih pada pilihan raya mempunyai kewajipan dan tanggungjawab membantu rakyat tetapi mereka [...]

Читать полностью…

UMNO Online

Kukuhkan Perjuangan, Kekalkan Kesatuan… Wanita UMNO Terus Jadi Benteng Parti – Norshida
https://umno-online.my/2024/06/13/kukuhkan-perjuangan-kekalkan-kesatuan-wanita-umno-terus-jadi-benteng-parti-norshida/

KUALA LUMPUR, 12 Jun – Wanita UMNO bukan sahaja akan terus berperanan sebagai benteng utama parti malah akan memperkukuhkan lagi perjuangan hari ini dalam usaha memastikan kebangkitan UMNO/Barisan Nasional (BN) terus menyinar. Ketua Wanita UMNO Segamat, Datuk Norshida Ibrahim berkata, menyorot kembali bagaimana UMNO pasca Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 yang lalu, situasi berkenaan tidak sepertimana hari ini. Menurut beliau, [...]

Читать полностью…

UMNO Online

Lima Guru Terlibat Kemalangan Bas Beransur Pulih – Ahmad Zahid
https://umno-online.my/2024/06/13/lima-guru-terlibat-kemalangan-bas-beransur-pulih-ahmad-zahid/

KUALA LUMPUR, 13 Jun – Lima orang guru yang masih menerima rawatan selepas terlibat dalam kemalangan bas persiaran di Jalan Kuantan-Segamat, Rompin, Pahang Ahad lepas berada dalam keadaan stabil dan beransur pulih, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. Menerusi hantaran di laman Facebook, beliau berkata pegawainya Datuk Fadzlette Othman Merican dan Seriwani Sabtu mewakilinya untuk menziarahi [...]

Читать полностью…

UMNO Online

Pemimpin UMNO Main Peranan Besar Dalam Kerajaan Perpaduan, Salurkan Suara Rakyat – Armand Azha
https://umno-online.my/2024/06/12/pemimpin-umno-main-peranan-besar-dalam-kerajaan-perpaduan-salurkan-suara-rakyat-armand-azha/

KUALA LUMPUR, 12 Jun – Ahli Dewan Negara, Senator Datuk Dr Armand Azha Abu Hanifah berpandangan pemimpin-pemimpin UMNO dalam Kerajaan Perpaduan memainkan peranan yang besar dalam mewujudkan ‘check and balance’ bagi memastikan rintihan suara dan aspirasi rakyat benar-benar terbela. Beliau berkata, UMNO kini berada dalam Kerajaan Perpaduan mampu memberi manfaat hingga ke peringkat akar umbi dan sentiasa menghormati sistem demokrasi [...]

Читать полностью…

UMNO Online

UMNO Lahad Datu Simpati Nasib Rakyat Kg Pancuran, Mohon Kerajaan Negeri Sabah Tangani Permasalahan
https://umno-online.my/2024/06/12/umno-lahad-datu-simpati-nasib-rakyat-kg-pancuran-mohon-kerajaan-negeri-sabah-tangani-permasalahan/

LAHAD DATU, 12 Jun – UMNO Bahagian Lahad Datu melahirkan rasa simpati dengan nasib seramai 41 keluarga di Kampung Pancuran ekoran kediaman dirobohkan yang menyebabkan keluarga terbabit menumpang teduh di Dewan Masyarakat Tun Mustafa, di sini. Dalam hal ini, ketuanya, Sharif Musa Sharif Mabul meminta Kerajaan Negeri Sabah untuk tampil menyiasat dan memberi pembelaan kepada mereka yang terbabit selaku mangsa [...]

Читать полностью…

UMNO Online

Dira Terus Santuni Pelajar, Ziarah Kasih Penduduk Rim
https://umno-online.my/2024/06/12/dira-terus-santuni-pelajar-ziarah-kasih-penduduk-rim/

KUALA LUMPUR, 12 Jun – Ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) Rim, Datuk Khaidhirah Abu Zahar terus menyantuni penduduk di kawasan melalui program-program berbentuk kemasyarakatan serta ziarah kasih yang dilakukan beliau. Beliau yang juga Naib Ketua UMNO Bahagian Jasin menerusi perkongsiannya di Facebook ke Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Padang Temu untuk bersama dalam program Program BUDI@SENI, Inspirasi Generasi (i-Gen). “Saya ke [...]

Читать полностью…
Subscribe to a channel