umnoonline | Unsorted

Telegram-канал umnoonline - UMNO Online

2180

Layari UMNO Online

Subscribe to a channel

UMNO Online

TVET Jadi Fokus Kerajaan, Sebagaimana FELDA Terbukti Berjaya Majukan Anak Bangsa
https://umno-online.my/2024/06/12/tvet-jadi-fokus-kerajaan-sebagaimana-felda-terbukti-berjaya-majukan-anak-bangsa/

KUALA LIPIS, 12 Jun – Timbalan Menteri Sumber Manusia (KESUMA) Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad berkata kerajaan kini fokus kepada bidang Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) bagi melahirkan anak bangsa yang berkemahiran tinggi. Kata Abdul Rahman yang juga Ahli Parlimen Lipis, ini juga rentetan kejayaan Kerajaan Barisan Nasional (BN) terdahulu yang berjaya menubuhkan Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) [...]

Читать полностью…

UMNO Online

Bantu Kemenangan Parti Dengan Praktikkan Formula ABCDE
https://umno-online.my/2024/06/12/bantu-kemenangan-parti-dengan-praktikkan-formula-abcde/

KUALA KRAU, 12 Jun – Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO Datuk Seri Ahmad Maslan berkongsi formula untuk membantu parti menang dalam pilihan raya iaitu ABCDE dan ia mesti dipraktikkan. Berucap di Jelajah Penerangan UMNO Bahagian Kuala Krau, Ahli Parlimen Pontian yang juga Timbalan Menteri Kerja Raya itu berkata, A merujuk kepada Aktiviti; (B) Berpadu; (C) Calon; (D) Data; dan [...]

Читать полностью…

UMNO Online

TPM Ahmad Zahid Ziarah Wan Rosdy Di IJN
https://umno-online.my/2024/06/12/tpm-ahmad-zahid-ziarah-wan-rosdy-di-ijn/

KUALA LUMPUR, 12 Jun – Timbalan Perdana Menteri (TPM) Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menziarahi Menteri Besar Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail yang menerima rawatan di Institut Jantung Negara (IJN) petang semalam. Menerusi catatan di Facebook semalam, Ahmad Zahid berkata keadaan Wan Rosdy semakin pulih selepas menjalani pembedahan. “Alhamdulillah, prosedur pembedahan beliau telah berjalan dengan baik dan keadaan [...]

Читать полностью…

UMNO Online

Pemuda UMNO Ikrar Konsisten Bawa Suara Perubahan Demi Masa Depan Agama, Bangsa
https://umno-online.my/2024/06/11/pemuda-umno-ikrar-konsisten-bawa-suara-perubahan-demi-masa-depan-agama-bangsa/

KUALA LUMPUR, 11 Mei – Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia berikrar untuk terus komited membawa parti ini ke arah perubahan bagi memastikan agenda perjuangan kepada agama, bangsa dan negara dapat dilaksanakan seperti mana tujuan asal penubuhan parti ini. Ketuanya, Dr Muhamad Akmal Saleh berkata perubahan tersebut penting untuk dilaksanakan bagi memastikan parti keramat ini terus kekal relevan dalam mendepani arus dinamika [...]

Читать полностью…

UMNO Online

Pembangunan Infrstruktur Untuk Masyarakat Sentiasa Jadi Keutamaan – Jalaluddin
https://umno-online.my/2024/06/11/pembangunan-infrstruktur-untuk-masyarakat-sentiasa-jadi-keutamaan-jalaluddin/

KUALA LUMPUR, 11 Jun – Pembangunan Infrastruktur untuk masyarakat setempat sentiasa menjadi tumpuan Kerajaan Negeri Sembilan dan ianya akan terus ditingkatkan dari semasa ke semasa demi keselesaan penduduk apatah lagi melibatkan kemudahan asas yang perlu dinikmati oleh mereka. Itu antara tumpuan Exco Kanan Kerajaan Negeri Sembilan yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pertang, Datuk Seri Jalaluddin Alias untuk penduduk [...]

Читать полностью…

UMNO Online

PRK Sungai Bakap: Reezal Merican Teruja Dengan Semangat Jentera Kerajaan Perpaduan
https://umno-online.my/2024/06/11/prk-sungai-bakap-reezal-merican-teruja-dengan-semangat-jentera-kerajaan-perpaduan/

KUALA LUMPUR, 11 Jun – Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican teruja dengan semangat yang dipamerkan oleh jentera Kerajaan Perpaduan untuk menempuhi Pilihan Raya Kecil (PRK) kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Bakap pada Julai ini. Beliau yang juga ADUN Bertam memaklumkan bahawa telah turun ke pusat daerah mengundi (PDM) Sungai Duri, Nibong Tebal [...]

Читать полностью…

UMNO Online

Puteri UMNO Setiu Terus Dekati Wanita Muda, Anjurkan Kejohanan Bola Jaring
https://umno-online.my/2024/06/11/puteri-umno-setiu-terus-dekati-wanita-muda-anjurkan-kejohanan-bola-jaring/

KUALA LUMPUR, 11 Jun – Puteri UMNO Bahagian Setiu terus menyantuni rakyat melalui program-program berbentuk kemasyarakatan. Pelbagai pendekatan yang dilakukan mereka terutama untuk fokus mendekati wanita muda di kawasan agar bersama-sama dengan Puteri UMNO bagi menyampaikan aspirasi parti keramat ini. Terbaharu Ketua Puterinya, Che Hafizah Che Mud memaklumkan mereka menganjurkan Kejohanan Bola Jaring Piala Ketua Puteri Bahagian Setiu yang diadakan [...]

Читать полностью…

UMNO Online

Program Jom Masuk Kampung Aplikasi Kebersamaan Santuni Masyarakat Setempat
https://umno-online.my/2024/06/11/program-jom-masuk-kampung-aplikasi-kebersamaan-santuni-masyarakat-setempat/

JEMPOL, 11 Jun – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jeram Padang, Datuk Mohd Zaidy Abdul Kadir menzahirkan rasa syukur atas kejayaan Program Jom Masuk Kampung KEMAS Peringkat Negeri Sembilan 2024 yang telah berlangsung pada Jumaat-Sabtu baru-baru ini. Katanya, aplikasi yang dilaksana menerusi program tersebut dapat memudahkan masyarakat berkaitan pelbagai info dan maklumat tepat khususnya isu-isu semasa yang berlegar dan tular [...]

Читать полностью…

UMNO Online

Kerajaan Tubuh Pasukan Petugas Selaras Pembangunan Taman Perindustrian Halal
https://umno-online.my/2024/06/11/kerajaan-tubuh-pasukan-petugas-selaras-pembangunan-taman-perindustrian-halal/

SEPANG, 11 Jun – Kerajaan telah menubuhkan satu pasukan petugas bagi menyelaras pembangunan Taman Perindustrian Halal serta mengenal pasti kekangan yang dihadapi kerajaan negeri dalam membangunkan kawasan berkenaan di negeri masing-masing, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. Beliau yang juga Pengerusi Majlis Pembangunan Industri Halal berkata daripada 13,000 ekar (5260.91 hektar) tanah yang diperuntukkan kerajaan-kerajaan negeri [...]

Читать полностью…

UMNO Online

Selesaikan Dahulu Masalah Air Di Kedah Sebelum Tawar Pembelian Untuk Pulau Pinang – Shaiful Hazizy
https://umno-online.my/2024/06/10/selesaikan-dahulu-masalah-air-di-kedah-sebelum-tawar-pembelian-untuk-pulau-pinang-shaiful-hazizy/

KUALA LUMPUR, 10 Jun – Ketua Penerangan UMNO Kedah, Datuk Shaiful Hazizy Zainol Abidin berkata Menteri Besar negeri itu, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor tidak seharusnya melakukan tindakan yang boleh ditertawakan pelbagai pihak. Menurut beliau tindakan Sanusi yang mengajak Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow untuk berunding berhubung pembelian air daripada Negeri Kedah menimbulkan pelbagai persoalan. “Menteri Besar [...]

Читать полностью…

UMNO Online

Noraini Santuni Ibu Bapa, Guru… Rasmikan PIBG SK Sri Medan
https://umno-online.my/2024/06/10/noraini-santuni-ibu-bapa-guru-rasmikan-pibg-sk-sri-medan/

KUALA LUMPUR, 10 Jun – Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Dr Noraini Ahmad terus turun padang menyantuni rakyat melalui program-program berbentuk kemasyarakatan. Terbaharu, beliau yang juga Ketua Wanita UMNO Malaysia berbesar hati menghadiri Mesyuarat Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Kebangsaan Sri Medan di Batu Pahat, sekaligus merasmikan program berkenaan. Noraini menyifatkan PIBG sebagai medium [...]

Читать полностью…

UMNO Online

Mesyuarat Tergempar D-8 Bukti Komitmen Jitu Malaysia Perjuang Isu Palestin
https://umno-online.my/2024/06/10/mesyuarat-tergempar-d-8-bukti-komitmen-jitu-malaysia-perjuang-isu-palestin/

KUALA LUMPUR, 10 Jun – Penyertaan Malaysia dalam Mesyuarat Tergempar Majlis Menteri-Menteri Luar Negeri Kumpulan Lapan Negara Membangun (D-8) merupakan bukti kepada komitmen jitu Malaysia dalam memperjuangkan isu Palestin di pelbagai platform antarabangsa. Menteri Luar Negeri, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, beliau telah menyampaikan kenyataan Malaysia di mesyuarat tersebut antaranya menyeru agar negara-negara yang menganggotai D-8 menyokong gencatan senjata kekal. [...]

Читать полностью…

UMNO Online

Kerjasama Bersama PH Demi Negara… Namun UMNO Terus Ditohmah ‘Ratib Songsang’ – Abdul Rahman
https://umno-online.my/2024/06/10/kerjasama-bersama-ph-demi-negara-namun-umno-terus-ditohmah-ratib-songsang-abdul-rahman/

KUALA LUMPUR, 10 Jun – Tindakan sesetengah pihak yang melemparkan pelbagai tohmahan dan sehingga ke hari ini masih ‘meratib’ keputusan UMNO untuk bekerjasama dalam Kerajaan Perpaduan pasca Pilihan raya Umum (PRU) yang lalu bukan sahaja menimbulkan seribu satu persoalan malah memperlihatkan sikap hipokrit masing-masing. Pelbagai gelaran yang dilontarkan menyerlahkan sikap mereka kerana bukan sahaja UMNO yang telah bekerjasama dengan Pakatan [...]

Читать полностью…

UMNO Online

Kepelbagaian Pendekatan Cukup Penting Untuk Berdepan Pilihan Raya Akan Datang – Sulaiman
https://umno-online.my/2024/06/09/kepelbagaian-pendekatan-cukup-penting-untuk-berdepan-pilihan-raya-akan-datang-sulaiman/

TANJONG KARANG, 9 Jun – Media memainkan peranan besar dalam usaha membantu parti pada pilihan raya umum (PRU) akan datang, demikian tegas Ketua UMNO Bahagian Tanjong Karang, Datuk Sulaiman Abdul Razak. Menurut beliau, pendekatan terkini yang digariskan Ketua Penerangan UMNO Malaysia, Datuk Seri Azalina Othman Said merupakan ‘blueprint’ kepada parti untuk langkah seterusnya. “Pendekatan serta hala tuju ini cukup penting [...]

Читать полностью…

UMNO Online

Usaha Penuh Semangat…Rampas Kembali Parlimen Dan DUN Di Tanjong Karang – Azalina
https://umno-online.my/2024/06/09/usaha-penuh-semangatrampas-kembali-parlimen-dan-dun-di-tanjong-karang-azalina/

TANJONG KARANG, 9 Jun – UMNO Tanjong Karang perlu bangkit dan menebus semula maruah pada Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU1) dengan merampas kembali kerusi yang hilang kepada pembangkang, kata Ketua Penerangan UMNO Malaysia, Datuk Seri Azalina Othman Said. Azalina yang juga Ketua UMNO Bahagian Pengerang berkata meskipun berlaku bermacam-macam situasi berliku pada masa itu, namun keyakinan merampas kembali Parlimen dan [...]

Читать полностью…

UMNO Online

Pertemuan Malaysia-Sepanyol Bincang Isu Dua Hala, Situasi Di Gaza – Mohamad Hasan
https://umno-online.my/2024/06/12/pertemuan-malaysia-sepanyol-bincang-isu-dua-hala-situasi-di-gaza-mohamad-hasan/

KUALA LUMPUR, 12 Jun – Malaysia dan Sepanyol telah bertemu dan berbincang mengenai pelbagai isu dua hala, serantau dan antarabangsa serta pergolakan di Gaza, kata Menteri Luar Negeri, Datuk Seri Mohamad Hasan. Menerusi hantaran di laman Facebooknya, beliau yang juga Timbalan Presiden UMNO memaklumkan bahawa lawatan kerja hari kedua di Jordan dimulakan dengan pertemuan dua hala bersama Menteri Luar Negeri, [...]

Читать полностью…

UMNO Online

Kerajaan Perpaduan Umum Calon PRK DUN Sungai Bakap Hari Ini
https://umno-online.my/2024/06/12/kerajaan-perpaduan-umum-calon-prk-dun-sungai-bakap-hari-ini/

KUALA LUMPUR, 12 Jun – Sekretariat Kerajaan Perpaduan Malaysia Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) akan mengumumkan calon bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Bakap hari ini. Ketua Sekretariat, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata demikian selepas Mesyuarat Sekretariat Kerajaan Perpaduan Malaysia BN-PH yang melibatkan pimpinan tertinggi kedua-dua parti gabungan tersebut yang berlangsung semalam di [...]

Читать полностью…

UMNO Online

‘Pau’ Sehingga Rosakkan kelulusan Projek: Shaiful Cabar MB Kedah Lapor SPRM
https://umno-online.my/2024/06/11/pau-sehingga-rosakkan-kelulusan-projek-shaiful-cabar-mb-kedah-lapor-sprm/

KUALA LUMPUR, 11 JUN – Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Sanusi Md Noor disaran agar melaporkan kepada pihak berkaitan khususnya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung dakwaannya mengenai rasuah sehingga merosakkan kelulusan projek di negeri tersebut. Ketua Penerangan UMNO Kedah, Datuk Shaiful Hazizy Zainol Abidin dalam satu kenyataan kepada UMNO-Online menegaskan perkara berkenaan adalah satu dakwaan yang amat serius dan [...]

Читать полностью…

UMNO Online

Keutamaan Beri Rawatan Penagihan Dadah Akan Dibawa Ke Mesyuarat Jemaah Menteri – Ahmad Zahid
https://umno-online.my/2024/06/11/keutamaan-beri-rawatan-penagihan-dadah-akan-dibawa-ke-mesyuarat-jemaah-menteri-ahmad-zahid/

KUALA LUMPUR, 11 Jun – Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi memaklumkan keutamaan untuk rawatan dan pemulihan kepada penyalahgunaan dadah bagi mendapatkan rawatan akan dibawa ke mesyuarat Jemaah Menteri. Beliau yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah berkata selepas mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Khas Bagi Membincangkan Cadangan Pindaan Akta Penagih Dadah (Rawatan dan Pemulihan) 1983. “Terdapat beberapa perkara [...]

Читать полностью…

UMNO Online

Syarikat Asing Bekal Aset Ketenteraan Perlu Bantu Negara Bangunkan Sektor Tertentu
https://umno-online.my/2024/06/11/syarikat-asing-bekal-aset-ketenteraan-perlu-bantu-negara-bangunkan-sektor-tertentu/

KUALA LUMPUR, 11 Jun – Syarikat asing yang berhasrat untuk membekalkan aset ketenteraan kepada Malaysia perlu bersedia membantu negara membangunkan sektor tertentu bagi menyumbang kepada industri pertahanan tempatan. Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, beliau telah mengadakan lawatan industri ke syarikat-syarikat di bawah ekosistem pertahanan Republik Turkiye pada Selasa. “Sebahagian daripada lawatan kerja saya ke Republik Turkiye, saya [...]

Читать полностью…

UMNO Online

Penuhi Keperluan… Beberapa Universiti, Pusat Pengajian Tinggi Tawar Kursus Industri Halal – Zambry
https://umno-online.my/2024/06/11/penuhi-keperluan-beberapa-universiti-pusat-pengajian-tinggi-tawar-kursus-industri-halal-zambry/

KUALA LUMPUR, 11 Jun – Terdapat beberapa universiti tempatan dan pusat pengajian tinggi sedang menawarkan kursus dalam bidang industri halal yang akan melahirkan tenaga kerja profesional diperlukan, kata Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Zambry Abd Kadir. Beliau yang juga Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO berkata, industri halal merupakan antara pemangkin ekonomi negara dan berpotensi besar untuk terus berkembang. “Industri [...]

Читать полностью…

UMNO Online

Malaysia Komited Kerjasama Dengan JHCO Dan KCC Dalam Usaha Bantu Rakyat Palestin
https://umno-online.my/2024/06/11/malaysia-komited-kerjasama-dengan-jhco-dan-kcc-dalam-usaha-bantu-rakyat-palestin/

KUALA LUMPUR, 11 Jun – Malaysia komited untuk bekerjasama dengan Pertubuhan Kebajikan Hashemite Jordan (JHCO) dan Pusat Kanser Raja Hussein (KHCC) dalam usaha membantu rakyat Palestin pada masa kini dan akan datang. Demikian tegas Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkenaan pendirian Malaysia yang terkesan terhadap kesengsaraan dihadapi oleh umat Islam Gaza yang pada ini masih lagi berhadapan dengan penindasan [...]

Читать полностью…

UMNO Online

Kerajaan Akan Laksana Kajian, Anjur Persidangan Mengenai Dasar Keselamatan Dalam Talian – Azalina
https://umno-online.my/2024/06/11/kerajaan-akan-laksana-kajian-anjur-persidangan-mengenai-dasar-keselamatan-dalam-talian-azalina/

KUALA LUMPUR, 11 Jun – Kerajaan akan melaksanakan kajian di seluruh negara dan mengadakan perbincangan kumpulan fokus mengenai keselamatan dalam talian serta menganjurkan Persidangan Undang-Undang Keselamatan Dalam Talian Malaysia. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said, berkata kerajaan merancang untuk membangunkan hala tuju dasar perundangan yang komprehensif bagi menangani subjek rumit ini dalam [...]

Читать полностью…

UMNO Online

Kekalkan Keindukan UMNO, Kesepaduan Formula Kemenangan – Reezal Merican
https://umno-online.my/2024/06/10/kekalkan-keindukan-umno-kesepaduan-formula-kemenangan-reezal-merican/

KUALA LIPIS, 10 Jun – Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican menyeru semua ahli dan akar umbi parti di Bahagian Lipis agar mengekalkan keindukan UMNO di kawasan tersebut. Berucap di Jelajah Penerangan UMNO Bahagian Lipis pada Ahad, Reezal Merican berkata kemenangan UMNO/Barisan Nasional (BN) di kawasan Parlimen dan dua Dewan Undangan Negeri (DUN) iaitu [...]

Читать полностью…

UMNO Online

Seharusnya Tiada Alasan Dalam Usaha Pelajari Bahasa Kebangsaan – Syauqi Ibnihajar
https://umno-online.my/2024/06/10/seharusnya-tiada-alasan-dalam-usaha-pelajari-bahasa-kebangsaan-syauqi-ibnihajar/

KUALA LUMPUR, 10 Jun – Exco Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Mohd Syauqi Ibnihajar Ahmad menyeru kepada seluruh pimpinan dan rakyat Malaysia tidak kira apa pun fahaman politik atau parti supaya terus memartabatkan bahasa Kebangsaan. Menurut beliau, masih banyak perbezaan ideologi dan jurang budaya di kalangan masyarakat tetapi dengan satu bahasa yang dituturkan oleh seluruh lapisan masyarakat boleh memupuk keharmonian masyarakat [...]

Читать полностью…

UMNO Online

Subsidi Diesel: Pemuda UMNO Saran Penarikan Dilakukan Secara Berkala
https://umno-online.my/2024/06/10/subsidi-diesel-pemuda-umno-saran-penarikan-dilakukan-secara-berkala/

KUALA LUMPUR, 10 Jun – Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia (PPUM) menyarankan agar penarikan subsidi diesel dilakukan secara berkala dan bukanlah secara penuh seperti yang diumumkan. Ketuanya, Dr Muhamad Akmal Saleh menerusi satu kenyataan berkata, pengumuman penarikan penuh subsidi diesel yang bermula pada hari ini telah mendatangkan pelbagai reaksi daripada rakyat. “Pengumuman penarikan secara penuh subsidi diesel bermula hari ini telah [...]

Читать полностью…

UMNO Online

Mantapkan Gabungan Kuasa Dalam UMNO, Utamakan Survival Parti Depani PRN Sabah – Jeffery Nor
https://umno-online.my/2024/06/10/mantapkan-gabungan-kuasa-dalam-umno-utamakan-survival-parti-depani-prn-sabah-jeffery-nor/

PUTATAN, 10 Jun – Pengarah Jabatan Pilihan Raya UMNO Sabah, Jeffery Nor Mohamed berkata ahli-ahli UMNO perlu memantapkan gabungan kuasa dalam parti sendiri iaitu antara bahagian dengan gabungan sayap-sayapnya, Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO. Dalam hal ini beliau menegaskan bahawa dalaman parti perlu diperkukuh dengan menolak budaya cantas mencantas dan sabotaj di semua peringkat khususnya menjelangnya Pilihan Raya Negeri (PRN) [...]

Читать полностью…

UMNO Online

Jelajah Penerangan UMNO Bahagian Kuala Krau, Ahmad Maslan Tampil Jelaskan Isu Semasa
https://umno-online.my/2024/06/09/jelajah-penerangan-umno-bahagian-kuala-krau-ahmad-maslan-tampil-jelaskan-isu-semasa/

KUALA KRAU, 9 Jun – Penerangan UMNO Malaysia di bawah Ketuanya Datuk Seri Azalina Othman Said kini giat mengadakan Jelajah Penerangan UMNO (JPU) di seluruh negara. Bermula di Bahagian Jerantut pada bulan lalu untuk Negeri Pahang, petang tadi Penerangan UMNO Malaysia meneruskan siri jelajah ketiganya bagi negeri itu di Kuala Krau. Bertempat di Dewan Dato’ Zaharuddin Abu Kassim, di sini, [...]

Читать полностью…

UMNO Online

Penerangan UMNO Teruskan Siri Jelajah Ke Bahagian Lipis
https://umno-online.my/2024/06/09/penerangan-umno-teruskan-siri-jelajah-ke-bahagian-lipis/

KUALA LIPIS, 9 Jun – Selepas UMNO Bahagian Jerantut pada bulan lalu, Penerangan UMNO Malaysia meneruskan siri jelajah keduanya bagi Negeri Pahang di Lipis. Bermula jam 9.30 pagi, majlis dimulakan nyanyian lagu Negaraku, lagu rasmi Negeri Pahang dan lagu UMNO Bersatu Bersetia Berkhidmat serta bacaan doa. Majlis yang dirasmikan oleh Ketua UMNO Bahagian merangkap Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Datuk [...]

Читать полностью…

UMNO Online

Konvensyen Bermula Di Dua Negeri Sempena Sambutan Jubli Emas BN
https://umno-online.my/2024/06/09/konvensyen-bermula-di-dua-negeri-sempena-sambutan-jubli-emas-bn/

KUALA LUMPUR, 9 Jun –  Konvensyen Barisan Nasional (BN) yang dirancang sebelum ini  sempena sambutan Jubli Emas parti berkenaan memulakan tirainya pada Sabtu. Selain Kelantan, BN negeri Johor juga tidak ketinggalan apabila mengadakan konvensyen mereka selama sehari selain turut meraikan    sambutan Jubli Emas 50 Tahun BN yang bertemakan ‘Melayari Bahtera Perjuangan, Menakhoda Negara Bangsa’ Pengerusi Wanita BN yang juga [...]

Читать полностью…
Subscribe to a channel