umnoonline | Unsorted

Telegram-канал umnoonline - UMNO Online

2180

Layari UMNO Online

Subscribe to a channel

UMNO Online

Perjuangan BN Kelantan Tidak Pernah Jemu, Terus Berjuang Demi Kepentingan Rakyat – Ahmad Jazlan
https://umno-online.my/2024/06/09/perjuangan-bn-kelantan-tidak-pernah-jemu-terus-berjuang-demi-kepentingan-rakyat-ahmad-jazlan/

KUALA LUMPUR, 9 Jun – Konvensyen Barisan Nasional (BN) Negeri Kelantan yang diadakan pada Sabtu membuktikan  parti tersebut tidak pernah jemu memperjuangkan nasib rakyat negeri berkenaan. Pengerusi BN Kelantan, Datuk Ahmad Jazlan Yaakob menerusi perkongsian di Facebooknya melahirkan rasa syukur atas kejayaan konvensyen berkenaan ya g dihadiri seluruh pimpinan dan pendokong parti terbabit. Menurut beliau  konvensyen tersebut diadakan sempena sambutan 50 [...]

Читать полностью…

UMNO Online

Bantahan Bahasa Melayu Sebagai Bahasa Penghantar Pembelajaran Di Pulau Pinang Tidak Seharusnya Berlaku – Norliza
https://umno-online.my/2024/06/08/bantahan-bahasa-melayu-sebagai-bahasa-penghantar-pembelajaran-di-sekolah-pulau-pinang-tidak-seharusnya-berlaku-norliza/

KUALA LUMPUR, 8 Jun – Tindakan Lembaga Sekolah dan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) daripada 11 Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan (SMJK) dan Sekolah Menengah Cina SM (C) di Pulau Pinang membantah pelaksanaan sekurang-kurangnya satu kelas menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar amat dikesali. Naib Ketua Wanita UMNO Malaysia, Datuk Norliza Abdul Rahim berkta tindakan tersebut tidak sepatutnya berlaku dalam [...]

Читать полностью…

UMNO Online

Agenda Parti Tetap Jadi Keutamaan, Terus Bela Nasib Rakyat – Rais
https://umno-online.my/2024/06/08/agenda-parti-tetap-jadi-keutamaan-terus-bela-nasib-rakyat-rais/

KUALA LUMPUR, 8 Jun – Ketua UMNO Tangga Batu Datuk Rais Yasin berkata agenda parti terus menjadi keutamaan dalam apa jua keadaan. Justeru katanya menjadi rutin UMNO bahagian berkenaan mengadakan perbincangan serta mesyuarat dalam usaha memastikan parti itu terus menjadi payung kepada masyarakat setempat. “Sesibuk mana pun, agenda parti tetap menjadi keutamaan. Malam tadi saya bersama AJK UMNO Bahagian Tangga [...]

Читать полностью…

UMNO Online

‘Pas Berterusan Manipulasi, Tunggang Agama Demi Kepentingan Politik’ – Jailani
https://umno-online.my/2024/06/08/pas-berterusan-manipulasi-tunggang-agama-demi-kepentingan-politik-jailani/

KUALA LUMPUR, 8 Jun – Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Seri Jailani Johari meluahkan kekesalan beliau dengan sikap pemimpin Pas yang berterusan menggunakan agama demi kepentingan politik. Jelas beliau, ia dapat dilihat dengan kenyataan terbaharu daripada Timbalan Presiden Pas, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man yang berkata ‘kemenangan Islam dalam pilihan raya akan menyebabkan dosa-dosa golongan terdahulu diampunkan’. Menurut [...]

Читать полностью…

UMNO Online

Jelajah Penerangan UMNO: Kaedah Konvensional Tetap Relevan – Busiau
https://umno-online.my/2024/06/07/jelajah-penerangan-umno-kaedah-konvensional-tetap-relevan-busiau/

NABAWAN, 7 Jun – Penggunaan medium media sosial yang meluas pada ketika ini tidak bermakna kaedah konvensional dalam menerangkan sesuatu isu semasa tidak lagi praktikal, ujar Ketua UMNO Bahagian Pensiangan Busiau Ampirak. Oleh kerana itu katanya, UMNO Bahagian mengambil peluang mengadakan siri Jelajah Penerangan UMNO yang tetap relevan terutama di kawasan pedalaman seperti di Pensiangan ini yang bersempadanan dengan Kalimantan [...]

Читать полностью…

UMNO Online

Perkukuh Parti, UMNO/BN Perlu Kuasa Untuk Teruskan Agenda Bantu Rakyat – Iqbal Jamal
https://umno-online.my/2024/06/07/perkukuh-parti-umno-bn-perlu-kuasa-untuk-teruskan-agenda-bantu-rakyat-iqbal-jamal/

KUALA LUMPUR, 7 Jun – UMNO/Barisan Nasional (BN) memerlukan kuasa untuk mentadbir negara bagi meneruskan agenda membantu rakyat, kata Timbalan Ketua UMNO Bahagian Ipoh Barat, Iqbal Jamal Jamaluddin. Menurutnya, motif parti-parti politik menyertai pilihan raya adalah untuk menang dan sekaligus menubuhkan kerajaan secara majoriti. “Apa motif kita berpolitik hari ini? Parti politik berpolitik masuk pilihan raya untuk kuasa… sebab apa [...]

Читать полностью…

UMNO Online

Penubuhan JKDM Bukan Isu Politik, Beri Manfaat Kepada Rakyat – Awang Aslee
https://umno-online.my/2024/06/07/penubuhan-jkdm-bukan-isu-politik-beri-manfaat-kepada-rakyat-awang-aslee/

KUALA PENYU, 7 Jun – Ketua UMNO Bahagian Beaufort, Datuk Awang Aslee Lakat menegaskan bahawa penubuhan Jawatankuasa Kemajuan Desa Madani (JKDM) di Sabah bukanlah isu politik kerana ia akan memberi manfaat secara langsung kepada rakyat. Katanya, JKDM yang diumumkan oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi akan dapat menjadi saluran kepada masyarakat khususnya di luar bandar untuk [...]

Читать полностью…

UMNO Online

Penaja Persatuan, Acara Sukan Wajar Diberi Potongan Cukai – Ahmad Zahid
https://umno-online.my/2024/06/07/penaja-persatuan-acara-sukan-wajar-diberi-potongan-cukai-ahmad-zahid/

KUALA LUMPUR, 7 Jun – Syarikat yang menaja persatuan serta acara sukan wajar diberi pemotongan cukai atas sumbangan mereka kepada pembangunan sukan negara, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi. Ahmad Zahid yang juga Pengerusi Jawatankuasa Kabinet Pembangunan Sukan berkata oleh itu, beliau akan meminta Kementerian Kewangan untuk mempertimbangkan perkara tersebut dalam merangka Belanjawan 2025 yang akan dibentangkan [...]

Читать полностью…

UMNO Online

Pelaksanaan JKDM: Jangan Tunggang Isu, Rakyat Sabah Perlukan Kemajuan
https://umno-online.my/2024/06/06/pelaksanaan-jkdm-jangan-tunggang-isu-rakyat-sabah-perlukan-kemajuan/

KUALA LUMPUR, 6 Jun – Ketua Penerangan Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Ranau, Suhendro Hardiansyah Sairun mengingatkan pihak lawan untuk tidak menunggang isu pelaksanaan Jawatankuasa Kemajuan Desa Madani (JDKM) kerana rakyat Sabah memerlukan kemajuan. Menerusi hantaran video yang dimuatnaik menerusi laman TikTok beliau berkata, JKDM ini diperkenalkan oleh Kerajaan Persekutuan untuk menoktahkan kemiskinan yang melanda ‘negeri di bawah bayu’ tersebut. “Apabila [...]

Читать полностью…

UMNO Online

Pas Jangan Gunakan Agama Sebagai Senjata Untuk Burukkan Orang Lain – Azhari
https://umno-online.my/2024/06/06/pas-jangan-gunakan-agama-sebagai-senjata-untuk-burukkan-orang-lain-azhari/

KUALA LUMPUR, 6 Jun – Ketua UMNO Bahagian Shah Alam, Datuk Azhari Shaari menempelak Pas yang berterusan memainkan sentimen dosa dan pahala untuk mendapatkan sokongan rakyat. Katanya sebagai respon dengan tindakan Timbalan Presiden Pas, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man yang berkata ‘kemenangan Islam dalam pilihan raya akan menyebabkan dosa-dosa golongan terdahulu diampunkan’. “Jadi, saya rasa Tuan Ibrahim ni gunalah [...]

Читать полностью…

UMNO Online

Ulang Tahun BN Ke-50: Keluar Dari Zon Selesa, Lakukan Sesuatu Yang Bukan Biasa – Shah Zanuriman
https://umno-online.my/2024/06/06/ulang-tahun-bn-ke-50-keluar-dari-zon-selesa-lakukan-sesuatu-yang-bukan-biasa-shah-zanuriman/

KUALA LUMPUR, 6 Jun – 50 Tahun tertubuhnya Barisan Nasional (BN) menyaksikan sejarah yang panjang dan penuh liku dalam membangunkan Malaysia, kata Ketua Pemuda BN Selayang, Shah Zanuriman Nuar Paras Khan. Beliau yang juga Exco Pergerakan Pemuda UMNO berkata terdapat tiga tonggak utama parti politik dalam BN iaitu UMNO, MCA dan MIC pada peringkat awal, di sertai oleh Friends of [...]

Читать полностью…

UMNO Online

Uruguay Berhasrat Teruskan Kerjasama Dalam Pasaran Daging Halal, Produk Tenusu – TPM
https://umno-online.my/2024/06/06/uruguay-berhasrat-teruskan-kerjasama-dalam-pasaran-daging-halal-produk-tenusu-tpm/

KUALA LUMPUR, 6 Jun – Kerajaan Uruguay melalui Institut Daging Nasional Uruguay (INAC) menyatakan hasrat untuk meneruskan kerjasama dengan Malaysia dalam pasaran daging halal dan produk tenusu dengan memfokus kepada usaha mengeksport daging lembu ke negara lain khususnya bagi menembusi pasaran Asia Tenggara. Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata hasrat itu disampaikan semasa perjumpaan beliau dengan [...]

Читать полностью…

UMNO Online

Penerangan UMNO Sabah Gerakkan Wadah Komunikasi Progresif, Tolak Persepsi Negatif – Samasuddin
https://umno-online.my/2024/06/05/penerangan-umno-sabah-gerakkan-wadah-komunikasi-progresif-tolak-persepsi-negatif-samasudin/

KOTA KINABALU, 5 Mei – Timbalan Ketua Penerangan UMNO Sabah, Samasuddin Yusop menekankan bahawa asas penerangan menyampaikan maklumat kepada khalayak adalah dengan memahami bahawa siapa yang menguasi penerangan maka akan dapat menguasai rakyat. Katanya yang juga Pengerusi Majlis Penerangan dan Media Baharu UMNO Sabah, suasana hari ini berbeza dengan suatu ketika lalu kerana mahu tidak mahu bahawa politik semasa perlu [...]

Читать полностью…

UMNO Online

Mohd Shahar Terus Turun Padang Santuni Rakyat, Fokus Pendidikan Anak Muda
https://umno-online.my/2024/06/05/mohd-shahar-terus-turun-padang-santuni-rakyat-fokus-pendidikan-anak-muda/

KUALA LUMPUR, 5 Jun – Ahli Parlimen Paya Besar, Datuk Mohd Shahar Abdullah meneruskan agenda membantu rakyat dengan menyantuni penduduk di kawasan melalui program-program berbentuk kemasyarakatan, ini termasuk golongan muda. Beliau pada semalam berbesar hati ke Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Pandan dan SMK Bukit Sagu bagi menyantuni para pelajar dan guru-guru bersempena dengan Program Mentor Hot Seats. Program ini disusun [...]

Читать полностью…

UMNO Online

Johor Rebut Peluang Program Halal On Track, Wadah Terbaik Perkasa Pensijilan Halal Pelbagai Industri
https://umno-online.my/2024/06/05/johor-rebut-peluang-program-halal-on-track-wadah-terbaik-perkasa-pensijilan-halal-pelbagai-industri/

KUALA LUMPUR, 5 Jun – Program Halal On Track (HOT) merupakan wadah terbaik dalam memperkasa pensijilan halal untuk memenuhi keperluan industri, ujar Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi. Kata Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Johor itu, ia juga memberi pendedahan kepada para usahawan untuk mempromosikan produk-produk halal mereka di peringkat global, khususnya produk negeri. “Selain itu, saya juga mohon [...]

Читать полностью…

UMNO Online

Dasar TVET Negara 2030 Buat Semua – Ahmad Zahid
https://umno-online.my/2024/06/08/dasar-tvet-negara-2030-buat-semua-ahmad-zahid/

KUALA LUMPUR, 8 Jun – Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata  program Pendidikan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET)  memainkan peranan penting dalam menyediakan tenaga kerja berkemahiran tinggi yang mampu memenuhi keperluan industri dan mengurangkan kebergantungan kepada tenaga kerja asing. Menurut beliau TVET bukan lagi pilihan kedua, tetapi aliran terpenting yang membuka peluang luas kepada generasi muda [...]

Читать полностью…

UMNO Online

Jelajah Penerangan UMNO Kongsi Maklumat Kepada Jentera Parti
https://umno-online.my/2024/06/08/jelajah-penerangan-umno-kongsi-maklumat-kepada-jentera-parti/

TANJONG KARANG, 8 Jun – Jelajah Penerangan UMNO Malaysia yang dicetuskan Ketua Penerangan UMNO, Datuk Seri Azalina Othman Said diteruskan lagi pada hari ini dan Tanjong Karang menjadi destinasi pilihan. Bertempat di Dewan Mini, Bangunan UMNO Tanjong Karang, Jelajah Penerangan UMNO itu dihadiri lebih 250 ahli akar umbi dan pimpinan parti yang masih setia menjunjung perjuangan parti. Program yang bermula [...]

Читать полностью…

UMNO Online

Pandang Ke Depan, Kita Akan Lebih Progresif – Hafiz Ariffin
https://umno-online.my/2024/06/08/pandang-ke-depan-kita-akan-lebih-progresif-hafiz-ariffin/

KUALA LUMPUR, 8 JUN- Setiausaha Pemuda Barisan Nasional (BN) Hafiz Ariffin melihat masing-masing perlu memandang ke depan apatah lagi berada bersama-sama di dalam kerajaan hari ini. Bagi beliau negara akan lebih progresif jika tidak bercakap soal-soal yang timbul sehari dua ini termasuklah apa yang diperkatakan oleh Lim Guan Eng. “Kita akan lebih progresif jika tidak bercakap, menyentuh hal-hal sensitif seperti [...]

Читать полностью…

UMNO Online

UMNO Teruskan Pelbagai Pendekatan Dekati Pengundi Muda Dan Automatik – Abdul Rahman
https://umno-online.my/2024/06/07/umno-teruskan-pelbagai-pendekatan-dekati-pengundi-muda-dan-automatik-abdul-rahman/

KUALA LUMPUR, 8 Jun – Kepelbagaian demografi kalangan pengundi muda akan terus diberikan tumpuan oleh UMNO dalam usaha mendekati pelbagai kelompok pengundi terutama kalangan pengundi muda dan undi automatik 18 tahun bagi memastikan kelompok berkenaan terus bersama dengan parti berkenaan. Ketua Sekretariat Undi Muda & 18 War Room UMNO Malaysia, Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan berkata tumpuan utama sudah pasti [...]

Читать полностью…

UMNO Online

UMNO/BN Perlu Terus Jadi Tunggak Kesatuan Bangsa – Tengku Adnan
https://umno-online.my/2024/06/07/umno-bn-perlu-terus-jadi-tunggak-kesatuan-bangsa-tengku-adnan/

KUALA LUMPUR, 7 Jun – Para pemimpin dan akar umbi perlu merancang bermula hari ini agar UMNO/Barisan Nasional (BN) terus menjadi tunggak kesatuan bangsa kerana perjuangannya ‘tidak lapuk dek hujan, tidak lekang dek panas’ dan tidak luntur ditelan zaman. Bendahari UMNO, Datuk Seri Dr Tengku Adnan Tengku Mansor menerusi hantaran di laman Facebooknya berkata bahawa usia UMNO lebih tua dari [...]

Читать полностью…

UMNO Online

Noraini Hadir Rasmi Cawangan Drop&Wash, Harap Bantu Ramai Golongan B40
https://umno-online.my/2024/06/07/noraini-hadir-rasmi-cawangan-dropwash-harap-bantu-ramai-golongan-b40/

KUALA LUMPUR, 7 Jun – Ketua Wanita UMNO, Datuk Seri Dr Noraini Ahmad telah hadir merasmikan pembukaan cawangan Drop&Wash dan berharap agar perniagaan tersebut terus berkembang serta dapat membantu lebih ramai golongan B40. Beliau yang juga Timbalan Menteri Pembangunan Wanita dan Masyarakat menerusi hantaran di laman Facebooknya mengucapkan tahniah kepada Pengurus Besar Drop&Wash, Zarina Tom Ismail di atas pembukaan cawangannya [...]

Читать полностью…

UMNO Online

Malang Orang Kedah ‘BerMB’ Sanusi Sekadar Jadi Tukang Umum, Tapi Lepas Tangan – Jamil Khir
https://umno-online.my/2024/06/07/malang-orang-kedah-bermb-sanusi-sekadar-jadi-tukang-umum-tapi-lepas-tangan-jamil-khir/

KUALA LUMPUR, 7 Jun – “Pentadbiran Kerajaan Pas Kedah diketuai Sanusi seumpama orang mengigau dalam tidur lalu menganggap segala mimpi dan mengigaunya sebagai benar dan betul.” Demikian bidas Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Seri Jamil Khir Baharom susulan pengumuman oleh Menteri Besar (MB), Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor membabitkan pembangunan dan pelaburan di negeri itu yang disifatkan [...]

Читать полностью…

UMNO Online

Kegagalan Pelbagai Projek Kerajaan Kedah… Sanusi Bersikap Sambil Lewa, Sekadar Cari Alasan
https://umno-online.my/2024/06/06/kegagalan-pelbagai-projek-kerajaan-kedah-sanusi-bersikap-sambil-lewa-sekadar-cari-alasan/

KUALA LUMPUR, 6 Jun – Isu kegagalan beberapa projek di Kedah memperlihatkan Menteri Besar, Datuk Seri Sanusi Md Noor seolah-olah mengambil sikap lepas tangan serta sambil lewa dan tidak memperlihatkan keseriusan dalam melaksanakan pembangunan sewajarnya untuk rakyat negeri berkenaan. Ketua Penerangan UMNO Kedah, Datuk Shaiful Hazizy Zainol Abidin berkata jawapan sekadar ‘ini projek swasta, bukan projek kerajaan’ menyerlahkan hakikat yang [...]

Читать полностью…

UMNO Online

Modul Latihan Kenegaraan Malaysia Madani Mampu Lahir Graduan Keupayaan Tinggi – Zambry
https://umno-online.my/2024/06/06/modul-latihan-kenegaraan-malaysia-madani-mampu-lahir-graduan-keupayaan-tinggi-zambry/

KUALA LUMPUR, 6 Jun – Modul Latihan Kenegaraan Malaysia Madani oleh Akademi Kenegaraan Malaysia (AKM) sudah semestinya dapat membantu membentuk mahasiswa yang bukan sahaja bijak dalam akademik malah melahirkan graduan berkeupayaan tinggi dalam segala perkara. Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata, modul tersebut telah diolah dengan menitikberatkan pelbagai aspek seiring dengan agenda dan matlamat gagasan Madani. [...]

Читать полностью…

UMNO Online

PRK DUN Sungai Bakap 6 Julai, Penamaan Calon 22 Jun – SPR
https://umno-online.my/2024/06/06/prk-dun-sungai-bakap-6-julai-penamaan-calon-22-jun-spr/

PUTRAJAYA, 6 Jun – Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan hari pengundian bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Bakap pada 6 Julai ini. Timbalan Pengerusi SPR, Dr Azmi Sharom, berkata tarikh penamaan calon dan pengundian awal pula masing-masing ditetapkan pada 22 Jun dan 2 Julai. Katanya, tempoh berkempen akan ditetapkan selama 14 hari bermula pengisytiharan calon yang [...]

Читать полностью…

UMNO Online

Pemuda UMNO Anjur Program ‘Kau Nak Belajar, Abang Bantu Ko Dik’… Buka Peluang Pendidikan
https://umno-online.my/2024/06/06/pemuda-umno-anjur-program-kau-nak-belajar-abang-bantu-ko-dik-buka-peluang-pendidikan/

KUALA LUMPUR, 6 Jun – Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia berbesar hati menganjurkan program ‘Kau nak belajar, abang bantu ko dik’ yang bertujuan memberi peluang kepada para pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) untuk menyambung pelajaran dalam bidang yang diminati. Ketuanya, Dr Muhamad Akmal Saleh berkata peluang itu juga dibuka kepada mereka yang tidak mengambil SPM. “Kepada adik-adik lepasan SPM tahun [...]

Читать полностью…

UMNO Online

JPU: Pencerahan Isu Semasa Secara Dua Hala Kaedah Paling Berkesan, Mujarab – Ahmad Maslan
https://umno-online.my/2024/06/05/jpu-pencerahan-isu-semasa-secara-dua-hala-kaedah-paling-berkesan-mujarab-ahmad-maslan/

KOTA KINABALU, 5 Jun – Siri Jelajah Penerangan UMNO (JPU) yang diadakan oleh Penerangan UMNO Malaysia sekarang ini merupakan satu langkah yang sangat baik supaya rakyat mendapat input yang tepat, ujar Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO Datuk Seri Ahmad Maslan. Ujar Timbalan Menteri Kerja Raya itu, penjelasan secara dua hala mengenai isu-isu terkini dan semasa mengenai hal ehwal politik [...]

Читать полностью…

UMNO Online

PRK Sungai Bakap: Misi UMNO Hanya Untuk Mengalahkan PN – Mustapha
https://umno-online.my/2024/06/05/prk-sungai-bakap-misi-umno-hanya-untuk-mengalahkan-pn-mustapha/

KUALA LUMPUR, 5 Jun – Setiausaha Veteran UMNO, Datuk Mustapha Yaakub berpandangan bahawa sesiapa sahaja yang bertanding di Pilihan Raya Kecil (PRK) kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Bakap dari Kerajaan Perpaduan tidak menjadi masalah kerana misi utama UMNO hanyalah untuk mengalahkan Perikatan Nasional (PN). Menerusi hantaran di laman Facebooknya, beliau memaklumkan bahawa keputusan UMNO/Barisan Nasional (BN) menyerahkan kerusi tersebut [...]

Читать полностью…

UMNO Online

LCS Pertama Dibina Telah Berjaya Diluncurkan Ke Permukaan Air – Mohamed Khaled
https://umno-online.my/2024/06/05/lcs-pertama-dibina-telah-berjaya-diluncurkan-ke-permukaan-air-mohamed-khaled/

KUALA LUMPUR, 5 Jun – Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin melahirkan rasa syukur kerana Kapal Tempur Pesisir (LCS) pertama yang dibina telah berjaya diluncurkan ke permukaan air pada 23 Mei lalu dan menepati ‘milestone’ ditetapkan. Beliau yang juga Naib Presiden UMNO telah ke Lumut Naval Shipyard (LUNAS) bagi mendengar taklimat dan meninjau kemajuan pembinaan Kapal Tempur Pesisir (LCS) [...]

Читать полностью…

UMNO Online

“Sebolehnya Saya Tidak Mahu Ada Anak Bangsa Yang Tercicir” – Dr Asyraf
https://umno-online.my/2024/06/05/sebolehnya-saya-tidak-mahu-ada-anak-bangsa-yang-tercicir-dr-asyraf/

KUALA LUMPUR, 5 Jun – “Sebolehnya saya tidak mahu ada anak bangsa yang tercicir.” Demikian tekad Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (MARA) Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki dalam satu komen di hantaran Facebooknya. Dr Asyraf yang juga Setiausaha Agung UMNO dalam laman sosialnya itu berkongsi satu video mengenai peluang lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) untuk menyambung pengajian di pelbagai institusi pendidikan [...]

Читать полностью…
Subscribe to a channel