umnoonline | Unsorted

Telegram-канал umnoonline - UMNO Online

2180

Layari UMNO Online

Subscribe to a channel

UMNO Online

Ahli UMNO Perlu Ambil Tahu Perkembangan Politik, Elak Terpengaruh Diayah Negatif
https://umno-online.my/2024/05/23/ahli-umno-perlu-ambil-tahu-perkembangan-politik-elak-terpengaruh-diayah-negatif/

PUTRAJAYA, 23 Mei – Ahli-ahli UMNO perlu mengambil tahu dan mengikuti pelbagai perkembangan politik semasa supaya tidak mudah terpengaruh dengan diayah yang dilemparkan kepada parti. Demikian penekanan yang diberikan oleh Senator Dewan Negara merangkap Naib Ketua UMNO Bahagian Putrajaya, Datuk Hisamudin Yahaya kepada anggota akar umbi parti menerusi mesyuarat cawangan UMNO yang sedang berlangsung sekarang ini. Katanya, anggota parti perlu [...]

Читать полностью…

UMNO Online

Jelajah Penerangan UMNO: Ishsam Rakam Terima Kasih, Akui Peroleh Banyak Manfaat
https://umno-online.my/2024/05/23/jelajah-penerangan-umno-ishsam-rakam-terima-kasih-akui-peroleh-banyak-manfaat/

TAPAH, 22 Mei – Ketua UMNO Bahagian Tapah, Ishsam Shahruddin berkata, banyak manfaat telah diperoleh oleh para pemimpin dan akar umbi khususnya di bahagian tersebut sempena penganjuran Jelajah Penerangan UMNO Malaysia yang dianjurkan pada Rabu. Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Kuning merakamkan ucapan terima kasih kepada Penerangan UMNO Malaysia yang diketuai oleh Datuk Seri Azalina Othman [...]

Читать полностью…

UMNO Online

Noraini Ziarah Waris Dua Anggota Polis Terkorban Serangan Balai Polis Ulu Tiram
https://umno-online.my/2024/05/23/noraini-ziarah-waris-dua-anggota-polis-terkorban-serangan-balai-polis-ulu-tiram/

KUALA LUMPUR, 23 Mei – Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Dr Noraini Ahmad berbesar hati menziarahi waris dua anggota polis yang terkorban dalam serangan dilakukan oleh seorang lelaki yang menceroboh masuk ke Balai Polis Ulu Tiram. Beliau yang juga Ketua Wanita UMNO Malaysia terlebih dahulu ke Gambang, Kuantan untuk menyantuni ibu bapa kepada Allahyarham Konstabel Muhamad [...]

Читать полностью…

UMNO Online

Tahniah!! Malaysia Juara Berganda Piala Dunia Sepak Takraw 2024
https://umno-online.my/2024/05/23/tahniah-malaysia-juara-berganda-piala-dunia-sepak-takraw-2024/

KUALA LUMPUR:, 22 Mei – Tahniah Malaysia juara berganda…. Stadium Titiwangsa menjadi saksi kejayaan luar biasa skuad sepak takraw negara apabila meraih gelaran berganda pada saingan Piala Dunia 2024, malam tadi. Selepas mengungguli acara double, skuad negara melengkapkan malam gemilang mereka dengan turut menjuarai saingan regu menerusi kemenangan ke atas Thailand pada aksi final. Trio negara yang dibarisi Farhan Adam, [...]

Читать полностью…

UMNO Online

Ada Parti Mahu Ganti UMNO? Mustahil… Asas Perjuangan, Khidmat Jasa Tidak Sama
https://umno-online.my/2024/05/22/ada-parti-mahu-ganti-umno-mustahil-kerana-asas-perjuangan-khidmat-jasa-tidak-sama/

KUALA LUMPUR, 22 Mei – Ketua UMNO Bahagian Bukit Bintang, Datuk Tengku Azman Tengku Zainol Abidin berkata adalah mustahil jika ada parti yang bercita-cita mahu mengganti dan mengambil alih peranan yang selama ini dibawa oleh UMNO. Tegasnya, selama ini mereka yang meniru tidak mampu untuk menandingi jasa dan khidmat UMNO kepada rakyat sejak 78 tahun penubuhannya walaupun pernah diberi peluang [...]

Читать полностью…

UMNO Online

Berhentilah Berteriak Salahkan Sana Sini, Fokus Utamakan Kepentingan Rakyat – Awang Aslee
https://umno-online.my/2024/05/22/berhentilah-berteriak-salahkan-sana-sini-fokus-utamakan-kepentingan-rakyat-awang-aslee/

KOTA KINABALU, 22 Mei – Semua pihak digesa untuk fokus kepada kepentingan rakyat dan menolak agenda peribadi khususnya menggunakan politik semata-mata. Ketua UMNO Bahagian Beaufort, Datuk Awang Aslee Lakat berkata, sekarang rakyat Sabah perlukan pembelaan malah menagih pembangunan dengan pelbagai infrastruktur khususnya bekalan air, elektrik dan jaringan jalan raya. Lantaran itu katanya, dengan adanya pewujudan Jawatankuasa Komuniti Desa Madani (JKDM) [...]

Читать полностью…

UMNO Online

PRN Sabah: BN Sedia Kerjasama Dengan Mana-Mana Parti, Tapi Keutamaan Dengan PH
https://umno-online.my/2024/05/22/prn-sabah-bn-sedia-kerjasama-dengan-mana-mana-parti-tapi-keutamaan-dengan-ph/

PUTRAJAYA, 22 Mei – Barisan Nasional (BN) bersedia menjalinkan kerjasama dengan mana-mana parti bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah yang akan datang, tetapi keutamaan mereka ialah memperkukuhkan kerjasama dengan Pakatan Harapan (PH). Pengerusinya Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata memperkukuhkan kerjasama dengan PH itu penting, bagi memastikan persefahaman di antara dua parti itu dapat diterjemahkan di Sabah. “Yang pentingnya [...]

Читать полностью…

UMNO Online

Peranan Jentera Penerangan Penting Bantu Naikkan Darjat UMNO, Raih Sokongan Rakyat – Suhaimi
https://umno-online.my/2024/05/21/peranan-jentera-penerangan-penting-bantu-naikkan-darjat-umno-raih-sokongan-rakyat-suhaimi/

KOTA KINABALU, 21 Mei – Jentera perangan UMNO mempunyai peranan yang sangat besar dalam usaha menaikkan kembali darjat UMNO lantas meraih sokongan rakyat, kata Ketua Penerangan UMNO Negeri Sabah, Datuk Suhaimi Nasir. Katanya yang juga Ahli Parlimen Libaran, ketua-ketua penerangan empat peringkat perlu melihat dari sudut pandang yang cukup jauh ke depan. “Pendekatan untuk golongan muda sudah ada tapi bagaimana [...]

Читать полностью…

UMNO Online

Semangat Perjuangan Terus Bergema, UMNO Labuan Semarak Perjuangan Demi Masa Depan
https://umno-online.my/2024/05/21/semangat-perjuangan-terus-bergema-umno-labuan-semarak-perjuangan-demi-masa-depan/

LABUAN, 21 Mei – Persidangan UMNO peringkat cawangan yang sedang berlangsung sekarang ini menjadi bukti bahawa gerakan ke arah pengukuhan dan kebangkitannya sememangnya nyata dan sedang berlaku. Hal ini diakui oleh Ketua UMNO Bahagian Labuan, Datuk Mohd Rafi Alli Hassan yang kagum dengan semangat dilaksanakan anggota akar umbi dalam menjayakan mesyuarat peringkat cawangan di sini. Katanya, semua mesyuarat cawangan yang [...]

Читать полностью…

UMNO Online

Isu Kupang PD: Kerajaan Negeri Mula Rangka Pelan Galakan Pengambilan Hasil Dwicangkerang
https://umno-online.my/2024/05/21/isu-kupang-pd-kerajaan-negeri-mula-rangka-pelan-galakan-pengambilan-hasil-dwicangkerang/

KUALA LUMPUR, 21 Mei – Exco Kanan Kerajaan Negeri Sembilan, Datuk Seri Jalaluddin Alias berkata isu pencemaran kupang di perairan pantai Port Dickson sejak April 2024 masih dalam pemantauan rapi Jabatan Perikanan Malaysia (DOF). Menurut beliau sampel kupang diperoleh dari semasa ke semasa untuk dijalankan ujian klinikal, sehingga yang terkini keputusannya telah diperoleh pada hari ini. “Hasil ujian makmal terkini yang [...]

Читать полностью…

UMNO Online

Aplikasi Komunikasi Dengan Kaedah Terbaik Untuk Teruskan Perjuangan UMNO – Suraya
https://umno-online.my/2024/05/21/aplikasi-komunikasi-dengan-kaedah-terbaik-untuk-teruskan-perjuangan-umno-suraya/

KOTA KINABALU, 21 Mei – Komunikasi adalah amat penting dalam usaha untuk memperkuatkan lagi UMNO khususnya mengolah maklumat, mesej dan segala isu yang timbul agar disampaikan dengan jelas kepada khalayak. Ketua UMNO Bahagian Pendang, Datuk Suraya Yaakob berkata, melalui usaha memperkukuh komunikasi diharapkan agar jentera-jentera Penerangan UMNO pelbagai peringkat dapat mengaplikasikannya hingga ke peringkat akar umbi. Katanya, semua jentera memainkan [...]

Читать полностью…

UMNO Online

Tiada Siapa Akan Dipinggirkan Daripada Sertai Kursus TVET – Ahmad Zahid
https://umno-online.my/2024/05/20/tiada-siapa-akan-dipinggirkan-daripada-sertai-kursus-tvet-ahmad-zahid/

PUTRAJAYA, 20 Mei – Tiada sesiapa pun akan dipinggirkan daripada menyertai program Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) yang ditawarkan di 1,345 institusi TVET dalam negara, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Majlis Pendidikan dan Latihan Vokasional Negara (MTVET) dalam memberikan jaminan itu berkata setakat ini lebih 30,000 tempat ditawarkan kepada pemohon [...]

Читать полностью…

UMNO Online

Pelbagai Medium Penerangan Serlahkan Keupayaan Azalina – UMNO Kedah
https://umno-online.my/2024/05/20/pelbagai-medium-penerangan-serlahkan-keupayaan-azalina-umno-kedah/

KUALA LUMPUR, 20 Mei – Pelbagai langkah dan medium penerangan UMNO Malaysia hari ini di bawah kepimpinan Datuk Seri Azalina Othman Said dilihat seiring dengan langkah parti yang berdepan dengan pelbagai cabaran. Apatah lagi dengan kemampuan beliau sebagai seorang Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) yang berkebolehan dan telah menunjukkan keupayaan sekaligus memberi nilai tambah kepada UMNO. [...]

Читать полностью…

UMNO Online

Nahas Helikopter Presiden Iran: Pimpinan UMNO Ucap Takziah, Satu Kehilangan Besar Dunia Kepimpinan Islam
https://umno-online.my/2024/05/20/nahas-helikopter-presiden-iran-pimpinan-umno-ucap-takziah-satu-kehilangan-besar-dunia-kepimpinan-islam/

KUALA LUMPUR, 20 Mei – Pimpinan UMNO mengucapkan takziah di atas pemergian Presiden, TYT Seyyed Ebrahim Raisi dan Menteri Luar Negeri Republik Islam Iran, TYT Dr Hossein Amirabdollahian bersama anak-anak kapal lain yang disahkan meninggal dunia dalam nahas helikopter, sebentar tadi. Timbalan Presiden UMNO merangkap Menteri Luar Negeri, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, ini merupakan satu kehilangan besar dalam dunia [...]

Читать полностью…

UMNO Online

Penerangan UMNO Sabah Rakam Penghargaan Kepada Azalina, Kursus Dianjur Semarak Perjuangan
https://umno-online.my/2024/05/20/penerangan-umno-sabah-rakam-penghargaan-kepada-azalina-kursus-dianjur-semarak-perjuangan/

KOTA KINABALU, 20 Mei – Penerangan UMNO Negeri Sabah merakamkan ucapan terima kasih kepada Ketua Penerangan UMNO Malaysia yang diketuai oleh Datuk Seri Azalina Othman Said berikutan kejayaan pelaksanaan Kursus Pengukuhan Komunikasi selama tiga hari berakhir semalam. Ketua Penerangan UMNO Kalabakan, Qamarurijal Saad berkata pelaksanaan program tersebut memberi impak yang sangat bermakna malah diakui oleh lebih 100 peserta penerangan empat [...]

Читать полностью…

UMNO Online

Gelar UiTM Sebagai ‘Akademi Apartheid’ Tindakan Celupar – Dr Akmal
https://umno-online.my/2024/05/23/gelar-uitm-sebagai-akademi-apartheid-tindakan-celupar-dr-akmal/

KUALA LUMPUR, 23 Mei – Mengelar UiTM sebagai ‘Akademi Apartheid’ merupakan tindakan celupar oleh penulis bernama Andrew Sia dalam pandangan kolumnis yang disiarkan MalaysiaKini, tegas Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Dr Muhamad Akmal Saleh. Menurut beliau, legasi warisan benteng terakhir Melayu pada ketika ini dihina kerana digambarkan sebagai sebuah legasi sifat perkauman Melayu yang benci dan zalim kepada kaum lain. [...]

Читать полностью…

UMNO Online

Pemuda UMNO Sokong Pelaksanaan Subsidi Diesel Bersasar, Seperti Dicadang BN 10 Tahun Lalu
https://umno-online.my/2024/05/23/pemuda-umno-sokong-pelaksanaan-subsidi-diesel-bersasar-seperti-dicadang-bn-10-tahun-lalu/

KUALA LUMPUR, 23 Mei – Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia menyokong hasrat kerajaan berkenaan pelaksanaan subsidi diesel bersasar. Ketuanya, Dr Muhamad Akmal Saleh berkata ia bagi membolehkan bantuan disalurkan kepada mereka yang lebih memerlukan, iaitu seperti mana dicadangkan ketika Barisan Nasional (BN) mentadbir kerajaan sebelum ini. “Kami menyokong penuh tindakan kerajaan untuk menyasarkan subsidi diesel yang mana subsidi bersasar kepada golongan [...]

Читать полностью…

UMNO Online

Ahmad Zahid Selamat Tiba Di China, Kukuhkan Hubungan Diplomatik 50 Tahun
https://umno-online.my/2024/05/23/ahmad-zahid-selamat-tiba-di-china-kukuhkan-hubungan-diplomatik-50-tahun/

KUALA LUMPUR, 23 Mei – Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengadakan lawatan rasmi ke China dari semalam hingga 1 Jun ini atas jemputan Naib Perdana Menteri China Ding Xuexiang. Bersempena dengan 50 tahun sambutan hubungan diplomatik yang erat antara Malaysia dan China pada tahun ini, semalam beliau berlepas ke Negara Tembok Besar China dalam usaha memperkukuhkan lagi [...]

Читать полностью…

UMNO Online

UMNO Tapah Tekad Pertahan Kemenangan, Bekerja Keras Menangi Hati Pengundi
https://umno-online.my/2024/05/22/umno-tapah-tekad-pertahan-kemenangan-bekerja-keras-menangi-hati-pengundi/

TAPAH, 22 Mei – UMNO Bahagian Tapah bertekad untuk mempertahankan kemenangan yang diperoleh pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15 yang lalu dan akan terus bekerja keras bagi mendapat tempat di hati pengundi. Ketua Penerangan UMNO Bahagian Tapah, Meor Haris Meor Hakim berkata, UMNO Bahagian Tapah giat melaksanakan pelbagai aktiviti seusai PRU lalu dan menggerakkan seluruh jentera dari semua sayap. “UMNO [...]

Читать полностью…

UMNO Online

Ahmad Zahid Ucap Selamat Menyambut Hari Wesak Kepada Penganut Buddha, Keharmonian Pelbagai Kaum
https://umno-online.my/2024/05/22/ahmad-zahid-ucap-selamat-menyambut-hari-wesak-kepada-penganut-buddha-keharmonian-pelbagai-kaum/

KUALA LUMPUR, 22 Mei – Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengucapkan selamat menyambut Hari Wesak kepada seluruh penganut beragama Buddha di Malaysia. Katanya yang juga Presiden UMNO, Malaysia terkenal dengan keharmonian pelbagai kaum, budaya dan agama. “Seperti yang kita sedia maklum, negara Malaysia terkenal dengan keharmonian pelbagai kaum, budaya dan agama. Keunikan ini adalah aset penting [...]

Читать полностью…

UMNO Online

Jelajah Penerangan UMNO: Tapah Bahagian Kedua, Tumpu Pencerahan Isu Semasa
https://umno-online.my/2024/05/22/jelajah-penerangan-umno-tapah-bahagian-kedua-tumpu-pencerahan-isu-semasa/

TAPAH, 22 Mei – Penerangan UMNO Malaysia yang diketuai Datuk Seri Azalina Othman Said meneruskan siri jelajahnya dengan Bahagian Tapah menjadi lokasi kedua bagi memberi tumpuan untuk pencerahan isu-isu semasa kepada akar umbi. Diadakan di Bangunan UMNO Tapah, program ini dimulakan seawal jam 9.00 pagi dengan ucapan aluan Ketua Penerangan UMNO Bahagian Tapah, Meor Haris Meor Hakim disusuli dengan pelbagai [...]

Читать полностью…

UMNO Online

Gunakan Saluran Betul Untuk Bertukar Pandangan Bagi Terus Perkukuh UMNO – Fadzli
https://umno-online.my/2024/05/21/gunakan-saluran-betul-untuk-bertukar-pandangan-bagi-terus-perkukuh-umno-fadzli/

KLANG, 21 Mei – Ketua Penerangan UMNO Pahang, Fadzli Mohamad Kamal berharap akar umbi parti menggunakan saluran yang betul dalam bertukar pandangan bagi terus memperkukuh parti keramat. Menurut beliau, tiada masalah untuk menyuarakan pandangan yang berbeza namun ia perlu dilakukan secara berhemah dalam mengekalkan rukun sesama penjawat parti. “Dalam parti kita menerima teguran dan cadangan, cuma kadang-kadang saluran bersuara itulah [...]

Читать полностью…

UMNO Online

Ahmad Zahid Lawat China Dari 22 Mei – 1 Jun
https://umno-online.my/2024/05/21/ahmad-zahid-lawat-china-dari-22-mei-1-jun/

PUTRAJAYA, 21 Mei – Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi akan mengadakan lawatan rasmi ke China dari 22 Mei hingga 1 Jun atas jemputan Naib Perdana Menteri China Ding Xuexiang. Dalam satu kenyataan pada Selasa, Kementerian Luar (Wisma Putra) mengumumkan bahawa ini adalah lawatan rasmi pertama Ahmad Zahid ke China sejak beliau [...]

Читать полностью…

UMNO Online

Noraini Ahmad Terus Turun Padang Santuni Rakyat Melalui Program Kemasyarakatan
https://umno-online.my/2024/05/21/noraini-ahmad-terus-turun-padang-santuni-rakyat-melalui-program-kemasyarakatan/

KUALA LUMPUR, 21 Mei – Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Dr Noraini Ahmad terus turun padang menyantuni rakyat melalui program-program berbentuk kemasyarakatan. Beliau yang juga Ketua Wanita UMNO Malaysia pada minggu lalu berkesempatan ke Batu Pahat bagi menghadirkan diri pada perasmian Kursus Kemahiran Jangka Pendek (KKJP) Dandanan Diri anjuran KEMAS Parlimen Parit Sulong dan Yayasan Makmur [...]

Читать полностью…

UMNO Online

Dalam Usaha Perkukuh Parti… Jangan Tuding Jari, Uar-Uar Masalah Dalaman
https://umno-online.my/2024/05/21/dalam-usaha-perkukuh-parti-jangan-tuding-jari-uar-uar-masalah-dalaman/

KUALA LUMPUR, 21 Mei – Dalam usaha untuk memperkukuhkan parti, ahli dan akar umbi disarankan untuk tidak menuding jari dan menguar-uarkan masalah dalaman sehingga diketahui oleh pihak musuh. Ketua Penerangan UMNO Wilayah Persekutuan, Gulam Muszaffar Gulam Mustakim berkata, musuh utama parti adalah Perikatan Nasional (PN), bukannya para pemimpin sendiri. “Kita sebagai pemimpin tidak kiralah di peringkat cawangan mahupun bahagian tidak [...]

Читать полностью…

UMNO Online

Isu JKDM: Jika Hendak Serang Kerajaan Lebih Baik Letak Jawatan
https://umno-online.my/2024/05/21/isu-jkdm-jika-hendak-serang-kerajaan-lebih-baik-letak-jawatan/

KOTA KINABALU, 21 Mei – Ketua Penerangan UMNO Bahagian Papar, Mohd Hairul Hisyam membidas pihak yang berada dalam kerajaan namun masih mempertikaikan apa-apa keputusan yang dilaksanakan oleh kerajaan khususnya Kerajaan Pusat. Katanya, berbeza pendapat itu patut diraikan namun apabila menyatakan pendapat itu secara terbuka dengan menentang keputusan kabinet sementara masih ahli kabinet maka itu mencabuli ‘collective ministerial responsibility’. “Tentangan seorang [...]

Читать полностью…

UMNO Online

Ab Rauf Tegaskan Kecekapan, Ketelusan Tadbir Urus Jadi Tanda Aras Pengurusan Organisasi
https://umno-online.my/2024/05/20/ab-rauf-tegaskan-kecekapan-ketelusan-tadbir-urus-jadi-tanda-aras-pengurusan-organisasi/

KUALA LUMPUR, 20 Mei – Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Ab Rauf Yusoh menegaskan beberapa perkara penting yang perlu diberi perhatian oleh agensi di bawah kerajaan negeri bagi meningkatkan prestasi dan kecekapan. Ujar Ab Rauf yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Melaka, ini sekaligus menjadikan kecekapan dan ketelusan tadbir urus sebagai ‘bench mark’ atau tanda aras kepada pengurusan organisasi. [...]

Читать полностью…

UMNO Online

GiatMARA: Semua Program Kemahiran Bakal Dikaji Semula, Lahir Bumiputera Mahir Teknologi Terkini
https://umno-online.my/2024/05/20/giatmara-semua-program-kemahiran-bakal-dikaji-semula-lahir-bumiputera-mahir-teknologi-terkini/

KUALA LUMPUR, 20 Mei – Demi melahirkan bumiputera yang mahir teknologi terkini, semua program kemahiran di GiatMARA akan dikaji semula. Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (MARA) merangkap Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki memaklumkan perkara berkenaan menerusi hantaran di laman Facebooknya dan mendapat maklum balas positif daripada rata-rata pelayar media sosial. “Apa yang terlintas dalam fikiran anda bila sebut [...]

Читать полностью…

UMNO Online

Pahang Hantar Bantuan Kemanusiaan Bernilai RM1.602 Juta Ke Gaza
https://umno-online.my/2024/05/20/pahang-hantar-bantuan-kemanusiaan-bernilai-rm1-602-juta-ke-gaza/

KLANG, 20 Mei – Kerajaan Negeri Pahang menerusi Sekretariat Pahang4Palestine dengan kerjasama Ops Ihsan hari ini melancarkan Misi Bantuan Kemanusiaan Dari Pahang ke Gaza. Menteri Besar Pahang yang juga Naib Presiden, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail memaklumkan bahawa misi penghantaran barangan bantuan ini adalah hasil kutipan derma awam menerusi tabung Pahang4Palestine. Menurut beliau tabung tersebut mula digerakkan setelah penganjuran [...]

Читать полностью…

UMNO Online

Penstrukturan MAHB: Harap Kerajaan Beri Penjelasan, Elak Kekeliruan Dan Salah Tanggapan
https://umno-online.my/2024/05/20/penstrukturan-mahb-harap-kerajaan-beri-penjelasan-elak-kekeliruan-dan-salah-tanggapan/

KUALA LUMPUR, 20 Mei – Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Seri Mohd Sharkar Shamsudin berharap agar kerajaan memberikan penjelasan sebaiknya berhubung penyusunan semula Malaysia Airports Holding Berhad (MAHB). Menurut beliau langkah berkenaan perlu bagi mengelakkan sebarang kekeliruan yang akhirnya boleh menimbulkan pelbagai tanggapan dan pelbagai persepsi terhadap kerajaan. “Kerajaan perlu menjelaskan kedudukan sebenar penyusunan semula MAHB supaya rakyat [...]

Читать полностью…
Subscribe to a channel