umnoonline | Unsorted

Telegram-канал umnoonline - UMNO Online

2180

Layari UMNO Online

Subscribe to a channel

UMNO Online

Perdagangan Malaysia, Arab Saudi Diperkukuh Menerusi Kerjasama – Tengku Zafrul
https://umno-online.my/2024/04/29/perdagangan-malaysia-arab-saudi-diperkukuh-menerusi-kerjasama-tengku-zafrul/

KUALA LUMPUR, 29 April – Kerjasama antara Malaysia dan Arab Saudi dengan saling memanfaatkan kekuatan antara satu sama lain dalam industri tertentu akan dapat menyokong pertumbuhan perdagangan dan pelaburan antara kedua-dua negara, kata Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz. Beliau berkata demikian menerusi hantaran di laman X hari ini sempena mesyuarat khas Forum Ekonomi Sedunia [...]

Читать полностью…

UMNO Online

UMNO Dalam Kerajaan Perpaduan Bukan Isi Kelompongan, Pertahan Prinsip Perjuangan – Rais Yasin
https://umno-online.my/2024/04/29/umno-dalam-kerajaan-perpaduan-bukan-isi-kelompongan-pertahan-prinsip-perjuangan-rais-yasin/

TANGGA BATU, 29 April – Ketua UMNO Bahagian Tangga Batu, Datuk Rais Yasin menegaskan bahawa keberadaan UMNO dalam Kerajaan Perpaduan sekarang bukan sekadar mengisi kekosongan dan memenuhi kelompongan. Jelas beliau yang juga Timbalan Pengerusi UMNO Negeri Melaka merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Paya Rumput, UMNO menjunjung titah Baginda Yang di-Pertuan Agong yang inginkan parti ini memainkan peranan penting dalam [...]

Читать полностью…

UMNO Online

Malaysia-Pakistan Perkukuh Hubungan Dua Hala, Kerjasama Sedia Ada Dan Bidang Berpotensi
https://umno-online.my/2024/04/29/malaysia-pakistan-perkukuh-hubungan-dua-hala-kerjasama-sedia-ada-dan-bidang-berpotensi/

KUALA LUMPUR, 29 April – Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan mengadakan pertemuan dengan Menteri Luar Negeri Pakistan, Ishaq Dar dalam rangka kerja sempena Mesyuarat Khas Forum Ekonomi Khas Sedunia (WEF) yang akan berakhir hari ini. Beliau yang juga Timbalan Presiden UMNO, menerusi satu hantaran Facebook berkata pertemuan empat mata tersebut bagi perbincangan dua hala di antara kedua-dua negara. “Dalam [...]

Читать полностью…

UMNO Online

Rumah Terbuka Pengerang Meriah, Pengunjung Teruja Sajian Juadah Syawal
https://umno-online.my/2024/04/26/rumah-terbuka-pengerang-meriah-pengunjung-teruja-sajian-juadah-syawal/

PENGERANG, 26 April – Dataran Tasik Bandar Penawar hari ini dibanjiri orang ramai yang menghadiri Sambutan Rumah Terbuka Aidilfitri 2024 Parlimen Pengerang. Pada awal pembukaan majlis Ahli Parlimen Pengerang yang juga Ketua Penerangan UMNO Malaysia, Datuk Seri Azalina Othman Said sebagai tuan rumah berbesar hati menemui orang ramai dan berkunjung ke gerai-gerai yang menjamukan juadah tradisional bagi meraikan Syawal. Antara [...]

Читать полностью…

UMNO Online

Tidak Boleh Bertutur Bahasa Kebangsaan Untuk Perbaharui Pasport Perlu Jadi ‘Wake Up Call’ – Shah Zanuriman
https://umno-online.my/2024/04/26/tidak-boleh-bertutur-bahasa-kebangsaan-untuk-perbaharui-pasport-perlu-jadi-wake-up-call-shah-zanuriman/

KUALA LUMPUR, 26 April – Pandangan Ketua Pemuda UMNO, Dr Akmal Saleh berhubung tindakan seorang pegawai Imigresen yang tidak memperbaharui pasport seorang warga emas yang tidak boleh bertutur bahasa kebangsaan yang tular baru-baru ini amat bertepatan. Exco Pemuda UMNO Malaysia, Shah Zanuriman Nuar Paras Khan berkata Malaysia adalah sebuah negara yang mempunyai bahasa kebangsaan dan ianya termaktub dalam Perkara 152 Perlembagaan [...]

Читать полностью…

UMNO Online

Jemput Profesor Pro-Zionis: Pihak Universiti Wajib Beri Penjelasan – Dr Akmal
https://umno-online.my/2024/04/26/jemput-profesor-pro-zionis-pihak-universiti-wajib-beri-penjelasan-dr-akmal/

KUALA LUMPUR, 26 April – Pihak Universiti Malaya(UM) wajib memberi penjelasan kepada rakyat Malaysia di atas tindakan mereka menjemput Profesor Pro-Zionis, Bruce Gilley untuk memberikan syarahan. Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Dr Muhamad Akmal Saleh berkata, insiden tersebut amat memalukan dan tidak sepatutnya berlaku. “Insiden di Universiti Malaya yang menjemput Profesor Pro-Zionis, Bruce Gilley adalah amat memalukan dan tidak sepatut [...]

Читать полностью…

UMNO Online

Azalina Jemput Seluruh Warga Pengerang Meriahkan Majlis Rumah Terbuka Malam Ini
https://umno-online.my/2024/04/26/azalina-jemput-seluruh-warga-pengerang-meriahkan-majlis-rumah-terbuka-malam-ini/

KUALA LUMPUR, 26 April – Ahli Parlimen Pengerang, Datuk Seri Azalina Othman Said menjemput seluruh warga di kawasan tersebut untuk hadir bagi memeriahkan Majlis Rumah Terbuka Ahli Parlimen Pengerang 2024 yang akan diadakan pada malam ini. Menerusi hantaran di laman Facebooknya, beliau yang juga Ketua Penerangan UMNO telah membuat tinjauan bagi persiapan majlis tersebut, semalam. “Saya telah membuat tinjauan bagi [...]

Читать полностью…

UMNO Online

Kerjasama PRK Sebelum Ini Berterusan Di Kuala Kubu Baharu – Ahmad Maslan
https://umno-online.my/2024/04/25/kerjasama-prk-sebelum-ini-berterusan-di-kuala-kubu-baharu-ahmad-maslan/

HULU SELANGOR, 25 April – Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata parti itu akan berusaha sebaik mungkin membantu kemenangan calon Kerajaan Perpaduan pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Bharu 11 Mei depan. Beliau percaya kerjasama serta permuafakatan yang dipupuk sejak beberapa PRK yang lalu akan berterusan di Kuala Kubu Bharu [...]

Читать полностью…

UMNO Online

Benarkah Tahanan Dalam Rumah Tiada Dalam Undang-Undang?
https://umno-online.my/2024/04/25/benarkah-tahanan-dalam-rumah-tiada-dalam-undang-undang/

1. Saya memetik laporan Sinar Harian bertarikh 22 April 2024 bertajuk ‘Kerajaan bertanggungjawab bukan raja’ – Latheefa Koya” yang memetik kata-kata bekas Ketua Pesuruhjaya SPRM, Latheefa Koya bahawa hukuman tahanan di rumah tidak pernah wujud dalam sistem perundangan kerana ia tiada dalam Perkara 42 Perlembagaan Persekutuan atau Akta Penjara. 2. Malah beliau turut menyatakan bahawa ianya bertentangan dengan kedaulatan undang-undang. [...]

Читать полностью…

UMNO Online

Nahas Helikopter TLDM: KPT Salur Bantuan Pendidikan Dan Kewangan Kepada Waris
https://umno-online.my/2024/04/25/nahas-helikopter-tldm-kpt-salur-bantuan-pendidikan-dan-kewangan-kepada-waris/

KUALA LUMPUR, 25 April – Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) akan meyalurkan beberapa bantuan pendidikan dan kewangan kepada waris-waris mangsa yang terlibat dalam nahas helikopter Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM). Menterinya, Datuk Dr Zambry Abd Kadir berkata, KPT menzahirkan dukacita dan mengucapkan takziah kepada keluarga sepuluh pegawai dan anggota TLDM yang terkorban pada Selasa. “KPT menzahirkan rasa dukacita dan mengucapkan salam [...]

Читать полностью…

UMNO Online

Terpalit Isu Rasuah, Perikatan Nasional Terus Legasi Kepimpinan Ke Peringkat Negeri
https://umno-online.my/2024/04/25/terpalit-isu-rasuah-perikatan-nasional-terus-legasi-kepimpinan-ke-peringkat-negeri/

SEMALAM negara digemparkan dengan penahanan anak Menteri Besar Perlis yang juga menantu kepada Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi membantu siasatan pemalsuan dokumen tuntutan palsu berjumlah RM600,000. Dilaporkan turut ditahan ialah dua penjawat awam, masing-masing pegawai kanan Pejabat Menteri Besar serta Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri, manakala tiga lagi adalah kontraktor syarikat. Berita [...]

Читать полностью…

UMNO Online

UMNO Aktifkan ‘War Room’ Bantu Calon Kerajaan Perpaduan – Ahmad Maslan
https://umno-online.my/2024/04/25/umno-aktifkan-war-room-bantu-calon-kerajaan-perpaduan-ahmad-maslan/

KUALA LUMPUR, 25 April – UMNO mengaktifkan ‘war room’ bagi membantu dan menyokong calon Kerajaan Perpaduan pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu. Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, UMNO juga akan melaksanakan kempen bagi membantu calon berkenaan dengan bersungguh-sungguh. “Saya sendiri telah menemui Ketua UMNO Bahagian, Ahli Jawatankuasa UMNO Bahagian [...]

Читать полностью…

UMNO Online

Ahmad Zahid Harap Lebih Ramai Libatkan Diri Bersama APM
https://umno-online.my/2024/04/25/ahmad-zahid-harap-lebih-ramai-libatkan-diri-bersama-apm/

KUALA LUMPUR, 25 April – Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berharap agar lebih ramai rakyat melibatkan diri bersama Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM). Beliau yang juga Presiden UMNO berkata, ini bagi memastikan anggota agensi APM diperluas dan mempunyai lebih ramai perwakilan untuk berkhidmat di seluruh negara. “Selepas selesai Mesyuarat Pengurusan Tertinggi (MPT), saya telah menyempurnakan penyampaian [...]

Читать полностью…

UMNO Online

PRK Kuala Kubu Baharu: Pang Sock Tao Calon Kerajaan Perpaduan
https://umno-online.my/2024/04/24/prk-kuala-kubu-baharu-pang-sock-tao-calon-kerajaan-perpaduan/

HULU SELANGOR, 24 April – Setiausaha Akhbar kepada Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming, Pang Sock Tao, 31, diumumkan sebagai calon yang akan mewakili parti Kerajaan Perpaduan pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu 11 Mei depan. Setiausaha Agung Dap, Anthony Loke mengumumkan perkara berkenaan pada Majlis Pengumuman Calon Perpaduan PRK DUN Kuala [...]

Читать полностью…

UMNO Online

Persidangan Cawangan UMNO: Perkukuhkan Parti, Berikan Keyakinan Pada Rakyat – Jalaluddin
https://umno-online.my/2024/04/24/persidangan-cawangan-umno-perkukuhkan-parti-berikan-keyakinan-pada-rakyat-jalaluddin/

REMBAU, 24 April – Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Sembilan Datuk Seri Jalaluddin Alias mengutuskan selamat bersidang kepada seluruh ahli UMNO yang bermesyuarat cawangan bermula pada 22 April. Jelasnya, dalam kesempatan bersidang ini ahli UMNO diharapkan dapat memperkukuhkan parti dan berikan keyakinan semula pada rakyat. “Saya juga mengucapkan selamat bersidang kepada seluruh akar umbi parti yang akan bermesyuarat di peringkat [...]

Читать полностью…

UMNO Online

PRK KKB: Bantu, Bekerjasama Dengan Dap Bukan Bererti UMNO Gadaikan Prinsip – Gulam
https://umno-online.my/2024/04/29/prk-kkb-bantu-bekerjasama-dengan-dap-bukan-bererti-umno-gadaikan-prinsip-gulam/

KUALA LUMPUR, 29 April – Ketua Penerangan UMNO Wilayah Persekutuan, Gulam Muszaffar menegaskan bahawa membantu dan bekerjasama dengan Dap di Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Bharu (KKB) bukannya bererti UMNO mengadaikan prinsip-prinsip politiknya. Jelasnya yang juga Ketua UMNO Bahagian Batu, Dap adalah rakan UMNO di dalam Kerajaan Perpaduan di Negeri Selangor dengan ada seorang Exco [...]

Читать полностью…

UMNO Online

PRK KKB: Yakin Anak Muda Mampu Kekalkan Calon Kerajaan Perpaduan
https://umno-online.my/2024/04/29/prk-kkb-yakin-anak-muda-mampu-kekalkan-calon-kerajaan-perpaduan-untuk-kestabilan/

KUALA KUBU BHARU, 29 April – Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Hulu Selangor, Omar Al Khattab Kasim berkata calon Kerajaan Perpaduan daripada Dap, Pang Sock Tao diyakini mampu menawan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu pada Pilihan Raya Kecil (PRK) 11 Mei nanti. Menurutnya, golongan belia mampu membawa perubahan yang progresif bagi meraih kemenangan kepada Kerajaan Perpaduan. “Kita [...]

Читать полностью…

UMNO Online

UMNO Tidak Apologetik, Prinsip Perjuangan Tidak Pernah Berubah – Dr Asyraf Wajdi
https://umno-online.my/2024/04/29/umno-tidak-apologetik-prinsip-perjuangan-tidak-pernah-berubah-dr-asyraf-wajdi/

TANGGA BATU, 29 April – Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki menegaskan bahawa UMNO tidak pernah apologetik dalam soal perjuangan khususnya berkaitan agama Islam, bangsa Melayu dan Bumiputera serta Raja-raja Melayu. Katanya, sekalipun UMNO berada dalam Kerajaan Perpaduan yang turut dianggotai oleh Dap namun prinsip perjuangan UMNO tidak pernah berubah. “Jangan rasa bersalah, jangan apologetik bercakap soal Islam. [...]

Читать полностью…

UMNO Online

Tiada Kasino Dibuka Di Johor, Khabar Angin Berunsur Sabotaj Dan Berniat Jahat – MB
https://umno-online.my/2024/04/26/tiada-kasino-dibuka-di-johor-khabar-angin-berunsur-sabotaj-dan-berniat-jahat-mb/

ISKANDAR PUTERI, 26 April – Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi tegas mengatakan bahawa tiada kasino akan dibuka atau beroperasi di negeri ini sebagaimana tular berita kononnya kasino bakal dibuka di Forest City, Johor Bahru. Kata Onn Hafiz, khabar angin yang tular itu dilihat mempunyai unsur sabotaj dan berniat jahat mencemar imej Forest City dan Johor secara keseluruhannya. “Untuk [...]

Читать полностью…

UMNO Online

Malaysia, China Sekata Mengenai Isu Konflik Di Gaza
https://umno-online.my/2024/04/26/malaysia-china-sekata-mengenai-isu-konflik-di-gaza/

KUALA LUMPUR, 26 April – Malaysia dan China sekata mengenai isu konflik di Gaza serta beranggapan bahawa segala usaha perlu dilakukan segera agar gencatan senjata seterusnya bantuan kemanusiaan dapat disampaikan kepada rakyat Palestin. Menerusi hantaran di laman Facebooknya, Menteri Luar Negeri, Datuk Seri Mohamad Hasan memaklumkan bahawa beliau telah mengadakan pertemuan bersama Menteri Luar Negeri Republik China pada Jumaat. “Pertemuan [...]

Читать полностью…

UMNO Online

Mesyuarat UMNO Cawangan Penting Pastikan Kesinambungan Perjuangan, Kembalikan Kekuatan Parti
https://umno-online.my/2024/04/26/mesyuarat-umno-cawangan-penting-pastikan-kesinambungan-perjuangan-kembalikan-kekuatan-parti/

PUTRAJAYA, 26 April –Tempoh mesyuarat Cawangan UMNO yang berlangsung bermula 22 April hingga 2 Jun depan adalah adalah ruang terbaik kepada ahli-ahli UMNO untuk mengembalikan tekad perjuangan parti. Senator Dewan Negara merangkap Naib Ketua UMNO Bahagian Putrajaya, Datuk Hisamudin Yahaya berkata persidangan yang berlangsung melibatkan ahli-ahli UMNO di peringkat akar umbi amat penting bagi meneruskan perjuangan parti. “Biarpun mesyuarat UMNO [...]

Читать полностью…

UMNO Online

Mesyuarat Cawangan Bukti Keterbukaan UMNO, Terima Pandangan Akar Umbi Ke Arah Pengukuhan
https://umno-online.my/2024/04/26/mesyuarat-cawangan-bukti-keterbukaan-umno-terima-pandangan-akar-umbi-ke-arah-pengukuhan/

KUALA LUMPUR, 26 April – UMNO sebagai sebuah parti yang berstruktur dan berteraskan kekuatan akar umbi terbuka dalam menerima pandangan daripada ahli parti ke arah pengukuhan parti keramat ini, kata Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Negeri Pulau Pinang, Mohd Hilmi Elias. Katanya ia terbukti melalui persidangan cawangan UMNO yang diadakan pada ketika ini bagi kepimpinan memperolehi idea baharu dalam usaha memastikan [...]

Читать полностью…

UMNO Online

Pemimpin PN Setahun Jadi MB Apa Pun Tak Buat, Tapi Timbul Isu Integriti Libatkan Keluarga – Pemuda Perlis
https://umno-online.my/2024/04/25/pemimpin-pn-setahun-jadi-mb-apa-pun-tak-buat-tapi-timbul-isu-integriti-libatkan-keluarga-pemuda-perlis/

KUALA LUMPUR, 25 April – ‘Macam mana mereka nak tadbir negeri dan negara dengan baik kalau dalam masa setahun mereka tadbir negeri pun timbul isu integriti dan pecah amanah terutama sekali melibatkan ahli keluarga Menteri Besar Perlis sendiri. Demikian bidas Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Negeri Perlis, Saiful Fariddil Jasmi terhadap Menteri Besar Perlis yang juga Pengerusi Perikatan Nasional (PN) negeri, [...]

Читать полностью…

UMNO Online

PRK Kuala Kubu Baharu: Wanita UMNO Malaysia Siap Siaga Bantu Calon Kerajaan Perpaduan
https://umno-online.my/2024/04/25/prk-kuala-kubu-baharu-wanita-umno-malaysia-siap-siaga-bantu-calon-kerajaan-perpaduan/

KUALA LUMPUR, 25 April – Wanita UMNO Malaysia bersiap siaga membantu calon Kerajaan Perpaduan pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu. Susulan itu pelbagai perbincangan dilakukan bagi merangka strategi terbaik sebagai persiapan menghadapi hari pengundian pada 11 Mei depan. Ketua Wanita UMNO Malaysia, Datuk Seri Dr Noraini Ahmad menerusi hantaran di Facebooknya berkongsi pertemuannya bersama [...]

Читать полностью…

UMNO Online

Mesyuarat UMNO Cawangan Peluang Beri Pencerahan Kepada Akar Umbi – Ismail Lasim
https://umno-online.my/2024/04/25/mesyuarat-umno-cawangan-peluang-beri-pencerahan-kepada-akar-umbi-ismail-lasim/

REMBAU, 25 April – Ini adalah kali pertama diadakan mesyuarat UMNO Cawangan setelah parti berada di dalam Kerajaan Perpaduan, kata Ketua Penerangan UMNO Negeri Sembilan, Datuk Ismail Lasim. Selaras dengan itu beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Senaling mengharapkan pemimpin-pemimpin cawangan dapat memberikan penerangan kepada akar umbi mengenai isu-isu semasa. “Tahun ini khususnya di Negeri Sembilan merupakan kali [...]

Читать полностью…

UMNO Online

PRK Kuala Kubu Bharu: Calon Kerajaan Perpaduan Tepat Dan Berkebolehan – Megat Zulkarnain
https://umno-online.my/2024/04/25/prk-kuala-kubu-bharu-calon-kerajaan-perpaduan-tepat-dan-berkebolehan-megat-zulkarnain/

HULU SELANGOR, 25 April – Pengerusi Barisan Nasional (BN) Selangor, Datuk Megat Zulkarnain Omardin melihat calon Kerajaan Perpaduan bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Bharu, Pang Sock Tao amat bertepatan serta berkebolehan untuk mengisi kekosongan wakil rakyat di kawasan berkenaan. Bagi beliau dengan pengalaman yang ada dan seorang anak muda yang ditonjolkan, Pang mampu menggalas [...]

Читать полностью…

UMNO Online

MARA Perkenalkan Usahawan Locca Café Di Seluruh Malaysia
https://umno-online.my/2024/04/25/mara-perkenalkan-usahawan-locca-cafe-di-seluruh-malaysia/

KUALA LUMPUR, 25 April – Majlis Amanah Rakyat (MARA) memperkenalkan satu lagi program usahawan di bawah Program Pro-Retail (Sektor Peruncitan) iaitu restoran Locca Café. Menurut Pengerusinya Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki, dengan kesibukan gaya hidup masa kini masyarakat lebih memilih restoran yang berkonsep suasana moden, santai, ringkas dan Locca Café menjadi produk MARA yang membuka peluang proaktif bagi usahawan-usahawan di [...]

Читать полностью…

UMNO Online

Setia Dalam Perjuangan, Musliati Seru Anggota UMNO Berpadu Perkukuh Parti
https://umno-online.my/2024/04/25/setia-dalam-perjuangan-musliati-seru-anggota-umno-berpadu-perkukuh-parti/

KOTA KINABALU, 25 April – Ruang dan peluang dalam mesyuarat Cawangan UMNO yang berlangsung bermula 22 April hingga 2 Jun depan adalah masa terbaik bagi membuktikan kesepaduan UMNO. Bagi Ketua UMNO Bahagian Kota Kinabalu, Musliati Moslimin kejayaan melaksanakan persidangan di peringkat akar umbi ini adalah bukti kesetiaan dalam perjuangan. “UMNO mempunyai sejarah perjuangan yang panjang dan ia adalah legasi yang [...]

Читать полностью…

UMNO Online

UMNO Konsisten Terus Pertahan Islam, Perjuangkan Bangsa Dan Kedaulatan Tanah Air – Mohd Rafi
https://umno-online.my/2024/04/24/umno-konsisten-terus-pertahan-islam-perjuangkan-bangsa-dan-kedaulatan-tanah-air-mohd-rafi/

KUALA LUMPUR, 24 April – Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Mohd Rafi Alli Hassan menegaskan bahawa UMNO adalah satu-satunya parti yang konsisten dalam perjuangan demi mengekalkan maruah agama, bangsa dan negara. Katanya, sejak penubuhannya dan sehingga ke hari ini UMNO terus dalam perjuangan parti serta lantang mempertahankan hal berkaitan kepentingan agama, bangsa dan tanah air. “Kita lihat baru-baru [...]

Читать полностью…

UMNO Online

KPK Beri Komitmen Bantu FELDA, Atasi Masalah Kekurangan Pekerja – Johari
https://umno-online.my/2024/04/24/kpk-beri-komitmen-bantu-felda-atasi-masalah-kekurangan-pekerja-johari/

KUALA LUMPUR, 24 April – Kementerian Perladangan dan Komoditi (KPK) telah menyatakan komitmen untuk membantu FELDA mendapatkan tenaga kerja bagi mengatasi masalah kekurangan pekerja yang membelenggu mereka. Menerusi hantaran di laman Facebook, Menteri Perladangan dan Komoditi, Datuk Seri Johari Abdul Ghani berkata, beliau telah berkesempatan untuk bertemu dengan Pengerusi FELDA, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek pada Selasa. “Saya telah bertemu [...]

Читать полностью…
Subscribe to a channel