umnoonline | Unsorted

Telegram-канал umnoonline - UMNO Online

2180

Layari UMNO Online

Subscribe to a channel

UMNO Online

PRK Kuala Kubu Baharu: Wanita UMNO Malaysia Siap Siaga Bantu Calon Kerajaan Perpaduan
https://umno-online.my/2024/04/25/prk-kuala-kubu-baharu-wanita-umno-malaysia-siap-siaga-bantu-calon-kerajaan-perpaduan/

KUALA LUMPUR, 25 April – Wanita UMNO Malaysia bersiap siaga membantu calon Kerajaan Perpaduan pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu. Susulan itu pelbagai perbincangan dilakukan bagi merangka strategi terbaik sebagai persiapan menghadapi hari pengundian pada 11 Mei depan. Ketua Wanita UMNO Malaysia, Datuk Seri Dr Noraini Ahmad menerusi hantaran di Facebooknya berkongsi pertemuannya bersama [...]

Читать полностью…

UMNO Online

Mesyuarat UMNO Cawangan Peluang Beri Pencerahan Kepada Akar Umbi – Ismail Lasim
https://umno-online.my/2024/04/25/mesyuarat-umno-cawangan-peluang-beri-pencerahan-kepada-akar-umbi-ismail-lasim/

REMBAU, 25 April – Ini adalah kali pertama diadakan mesyuarat UMNO Cawangan setelah parti berada di dalam Kerajaan Perpaduan, kata Ketua Penerangan UMNO Negeri Sembilan, Datuk Ismail Lasim. Selaras dengan itu beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Senaling mengharapkan pemimpin-pemimpin cawangan dapat memberikan penerangan kepada akar umbi mengenai isu-isu semasa. “Tahun ini khususnya di Negeri Sembilan merupakan kali [...]

Читать полностью…

UMNO Online

PRK Kuala Kubu Bharu: Calon Kerajaan Perpaduan Tepat Dan Berkebolehan – Megat Zulkarnain
https://umno-online.my/2024/04/25/prk-kuala-kubu-bharu-calon-kerajaan-perpaduan-tepat-dan-berkebolehan-megat-zulkarnain/

HULU SELANGOR, 25 April – Pengerusi Barisan Nasional (BN) Selangor, Datuk Megat Zulkarnain Omardin melihat calon Kerajaan Perpaduan bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Bharu, Pang Sock Tao amat bertepatan serta berkebolehan untuk mengisi kekosongan wakil rakyat di kawasan berkenaan. Bagi beliau dengan pengalaman yang ada dan seorang anak muda yang ditonjolkan, Pang mampu menggalas [...]

Читать полностью…

UMNO Online

MARA Perkenalkan Usahawan Locca Café Di Seluruh Malaysia
https://umno-online.my/2024/04/25/mara-perkenalkan-usahawan-locca-cafe-di-seluruh-malaysia/

KUALA LUMPUR, 25 April – Majlis Amanah Rakyat (MARA) memperkenalkan satu lagi program usahawan di bawah Program Pro-Retail (Sektor Peruncitan) iaitu restoran Locca Café. Menurut Pengerusinya Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki, dengan kesibukan gaya hidup masa kini masyarakat lebih memilih restoran yang berkonsep suasana moden, santai, ringkas dan Locca Café menjadi produk MARA yang membuka peluang proaktif bagi usahawan-usahawan di [...]

Читать полностью…

UMNO Online

Setia Dalam Perjuangan, Musliati Seru Anggota UMNO Berpadu Perkukuh Parti
https://umno-online.my/2024/04/25/setia-dalam-perjuangan-musliati-seru-anggota-umno-berpadu-perkukuh-parti/

KOTA KINABALU, 25 April – Ruang dan peluang dalam mesyuarat Cawangan UMNO yang berlangsung bermula 22 April hingga 2 Jun depan adalah masa terbaik bagi membuktikan kesepaduan UMNO. Bagi Ketua UMNO Bahagian Kota Kinabalu, Musliati Moslimin kejayaan melaksanakan persidangan di peringkat akar umbi ini adalah bukti kesetiaan dalam perjuangan. “UMNO mempunyai sejarah perjuangan yang panjang dan ia adalah legasi yang [...]

Читать полностью…

UMNO Online

UMNO Konsisten Terus Pertahan Islam, Perjuangkan Bangsa Dan Kedaulatan Tanah Air – Mohd Rafi
https://umno-online.my/2024/04/24/umno-konsisten-terus-pertahan-islam-perjuangkan-bangsa-dan-kedaulatan-tanah-air-mohd-rafi/

KUALA LUMPUR, 24 April – Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Mohd Rafi Alli Hassan menegaskan bahawa UMNO adalah satu-satunya parti yang konsisten dalam perjuangan demi mengekalkan maruah agama, bangsa dan negara. Katanya, sejak penubuhannya dan sehingga ke hari ini UMNO terus dalam perjuangan parti serta lantang mempertahankan hal berkaitan kepentingan agama, bangsa dan tanah air. “Kita lihat baru-baru [...]

Читать полностью…

UMNO Online

KPK Beri Komitmen Bantu FELDA, Atasi Masalah Kekurangan Pekerja – Johari
https://umno-online.my/2024/04/24/kpk-beri-komitmen-bantu-felda-atasi-masalah-kekurangan-pekerja-johari/

KUALA LUMPUR, 24 April – Kementerian Perladangan dan Komoditi (KPK) telah menyatakan komitmen untuk membantu FELDA mendapatkan tenaga kerja bagi mengatasi masalah kekurangan pekerja yang membelenggu mereka. Menerusi hantaran di laman Facebook, Menteri Perladangan dan Komoditi, Datuk Seri Johari Abdul Ghani berkata, beliau telah berkesempatan untuk bertemu dengan Pengerusi FELDA, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek pada Selasa. “Saya telah bertemu [...]

Читать полностью…

UMNO Online

Manfaatkan Mesyuarat Cawangan Sebaiknya, Martabatkan Parti Demi Perjuangan – Azhari
https://umno-online.my/2024/04/24/manfaatkan-mesyuarat-cawangan-sebaiknya-martabatkan-parti-demi-perjuangan-azhari/

KUALA LUMPUR, 24 April – Ketua UMNO Bahagian Shah Alam, Datuk Azhari Shaari berharap mesyuarat di peringkat cawangan dimanfaatkan sebaiknya ke arah memartabatkan parti keramat ini. Katanya, ini kerana mesyuarat ini sebagai simbolik kepada suntikan semangat baharu ke arah memperkukuh perjuangan parti yang telah dimeterai sejak awal penubuhannya. “Saya harapkan persidangan ini memberikan satu suntikan semangat kepada semua perwakilan di [...]

Читать полностью…

UMNO Online

Warga BHEUU Perlu Seiring Jayakan Agenda Reformasi Institusi – Azalina
https://umno-online.my/2024/04/24/warga-bheuu-perlu-seiring-jayakan-agenda-reformasi-institusi-azalina/

KUALA LUMPUR, 24 April – Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said menyeru seluruh warga Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang (BHEUU) untuk bergerak seiring bagi menjayakan agenda reformasi institusi yang diusahakan oleh Kerajaan Madani. Menerusi hantaran di laman Facebooknya, beliau yang juga Ketua Penerangan UMNO Malaysia turut menzahirkan harapan agar setiap pegawai di BHEUU [...]

Читать полностью…

UMNO Online

Nahas Helikopter: Khaled Seru Rakyat Malaysia Bersatu Hati, Titip Doa Buat Mereka
https://umno-online.my/2024/04/24/nahas-helikopter-khaled-seru-rakyat-malaysia-bersatu-hati-titip-doa-buat-mereka/

KUALA LUMPUR, 24 April – Naib Presiden UMNO merangkap Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin menyeru seluruh rakyat Malaysia untuk bersama-sama bersatu hati, menitipkan doa dan ingatan buat kesemua mereka yang terkorban dalam nahas helikopter semalam. Beliau berkata, kehilangan mereka cukup besar buat negara. “Kehilangan mereka cukup besar buat negara. Mereka telah mengabdikan diri hingga ke akhir hayat, semata-mata [...]

Читать полностью…

UMNO Online

Mesyuarat Cawangan UMNO Platform Terbaik Jelaskan Pelbagai Isu – Faizal Ramli
https://umno-online.my/2024/04/24/mesyuarat-cawangan-umno-platform-terbaik-jelaskan-pelbagai-isu-faizal-ramli/

REMBAU, 24 April – Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Mohd Faizal Ramli menyeru semua cawangan UMNO seluruh negara mengadakan mesyuarat masing-masing seperti yang telah ditetapkan oleh pucuk pimpinan tertinggi parti. Ini kerana katanya ahli akar umbi perlu menjadikan platform mesyuarat cawangan UMNO sebagai usaha mengukuhkan muafakat parti serta memperjelaskan segala isu. “Kita tahu ini adalah tanggungjawab sebagai ahli parti [...]

Читать полностью…

UMNO Online

Nahas Helikopter TUDM: Ahmad Zahid Zahir Dukacita, Ucap Takziah
https://umno-online.my/2024/04/23/nahas-helikopter-tudm-ahmad-zahid-zahir-dukacita-ucap-takziah/

KUALA LUMPUR, 23 April – Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menzahirkan dukacita dan mengucapkan takziah kepada semua ahli keluarga mangsa nahas helikopter Tentera Udara Diraja Malaysia yang berlaku pada pagi tadi. Jelasnya, sebuah Helikopter Operasi Maritim (HOM-AW139) Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dan sebuah helikopter FENNEC TLDM itu terhempas ketika upacara raptai Perbarisan Hari TLDM ke-90 di [...]

Читать полностью…

UMNO Online

Anak Kelahiran Jerai Antara Mangsa Nahas Helikopter, Jamil Khir Rakam Takziah
https://umno-online.my/2024/04/23/anak-kelahiran-jerai-antara-mangsa-nahas-helikopter-jamil-khir-rakam-takziah/

KUALA LUMPUR, 23 April – Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Seri Jamil Khir Baharom mengucapkan takziah buat keluarga semua mangsa korban tragedi nahas helikopter di bumi Lumut. Beliau yang juga Ketua UMNO Bahagian Jerai turut merakamkan kedukacitaan serta kesedihan buat semua keluarga dan handai taulan khusus buat keluarga Allahyarhamah Nur Rahiza Anuar yang berbetulan anak kelahiran Jerai. “Buat [...]

Читать полностью…

UMNO Online

Persidangan UMNO Cawangan Suntik Nilai Kebersamaan, Kesatuan Dalam Kalangan Ahli
https://umno-online.my/2024/04/23/persidangan-umno-cawangan-suntik-nilai-kebersamaan-kesatuan-dalam-kalangan-ahli/

KUALA LUMPUR, 23 April – Persidangan UMNO Cawangan platform terbaik bagi menyuntik nilai kebersamaan dan kesatuan dalam kalangan ahli parti, kata Setiausaha Wanita UMNO, Datuk Rosni Sohar. Beliau yang juga Ketua Wanita UMNO Bahagian Hulu Selangor berkata ia penting sebagai usaha memperkasa agenda parti keramat ini dalam meneruskan perjuangan membela agama, bangsa dan negara. “Maka, bermulalah Persidangan UMNO Cawangan-Cawangan di [...]

Читать полностью…

UMNO Online

UMNO Rakam Takziah, Tragedi Helikopter Bertembung Di Lumut
https://umno-online.my/2024/04/23/umno-rakam-takziah-tragedi-helikopter-bertembung-di-lumut/

KUALA LUMPUR, 23 April – Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi bersama kepimpinan dan ahli-ahli UMNO mengucapkan takziah kepada keluarga dan waris mangsa nahas yang dilaporkan terkorban selepas dua helikopter milik Angkatan Tentera Malaysia (ATM) bertembung dalam kejadian di Kem Tenteral Laut Diraja Malaysia (TLDM) Lumut, Perak, hari ini. Nahas itu mengkorbankan 10 mangsa terdiri daripada tujuh kru [...]

Читать полностью…

UMNO Online

Nahas Helikopter TLDM: KPT Salur Bantuan Pendidikan Dan Kewangan Kepada Waris
https://umno-online.my/2024/04/25/nahas-helikopter-tldm-kpt-salur-bantuan-pendidikan-dan-kewangan-kepada-waris/

KUALA LUMPUR, 25 April – Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) akan meyalurkan beberapa bantuan pendidikan dan kewangan kepada waris-waris mangsa yang terlibat dalam nahas helikopter Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM). Menterinya, Datuk Dr Zambry Abd Kadir berkata, KPT menzahirkan dukacita dan mengucapkan takziah kepada keluarga sepuluh pegawai dan anggota TLDM yang terkorban pada Selasa. “KPT menzahirkan rasa dukacita dan mengucapkan salam [...]

Читать полностью…

UMNO Online

Terpalit Isu Rasuah, Perikatan Nasional Terus Legasi Kepimpinan Ke Peringkat Negeri
https://umno-online.my/2024/04/25/terpalit-isu-rasuah-perikatan-nasional-terus-legasi-kepimpinan-ke-peringkat-negeri/

SEMALAM negara digemparkan dengan penahanan anak Menteri Besar Perlis yang juga menantu kepada Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi membantu siasatan pemalsuan dokumen tuntutan palsu berjumlah RM600,000. Dilaporkan turut ditahan ialah dua penjawat awam, masing-masing pegawai kanan Pejabat Menteri Besar serta Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri, manakala tiga lagi adalah kontraktor syarikat. Berita [...]

Читать полностью…

UMNO Online

UMNO Aktifkan ‘War Room’ Bantu Calon Kerajaan Perpaduan – Ahmad Maslan
https://umno-online.my/2024/04/25/umno-aktifkan-war-room-bantu-calon-kerajaan-perpaduan-ahmad-maslan/

KUALA LUMPUR, 25 April – UMNO mengaktifkan ‘war room’ bagi membantu dan menyokong calon Kerajaan Perpaduan pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu. Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, UMNO juga akan melaksanakan kempen bagi membantu calon berkenaan dengan bersungguh-sungguh. “Saya sendiri telah menemui Ketua UMNO Bahagian, Ahli Jawatankuasa UMNO Bahagian [...]

Читать полностью…

UMNO Online

Ahmad Zahid Harap Lebih Ramai Libatkan Diri Bersama APM
https://umno-online.my/2024/04/25/ahmad-zahid-harap-lebih-ramai-libatkan-diri-bersama-apm/

KUALA LUMPUR, 25 April – Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berharap agar lebih ramai rakyat melibatkan diri bersama Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM). Beliau yang juga Presiden UMNO berkata, ini bagi memastikan anggota agensi APM diperluas dan mempunyai lebih ramai perwakilan untuk berkhidmat di seluruh negara. “Selepas selesai Mesyuarat Pengurusan Tertinggi (MPT), saya telah menyempurnakan penyampaian [...]

Читать полностью…

UMNO Online

PRK Kuala Kubu Baharu: Pang Sock Tao Calon Kerajaan Perpaduan
https://umno-online.my/2024/04/24/prk-kuala-kubu-baharu-pang-sock-tao-calon-kerajaan-perpaduan/

HULU SELANGOR, 24 April – Setiausaha Akhbar kepada Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming, Pang Sock Tao, 31, diumumkan sebagai calon yang akan mewakili parti Kerajaan Perpaduan pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu 11 Mei depan. Setiausaha Agung Dap, Anthony Loke mengumumkan perkara berkenaan pada Majlis Pengumuman Calon Perpaduan PRK DUN Kuala [...]

Читать полностью…

UMNO Online

Persidangan Cawangan UMNO: Perkukuhkan Parti, Berikan Keyakinan Pada Rakyat – Jalaluddin
https://umno-online.my/2024/04/24/persidangan-cawangan-umno-perkukuhkan-parti-berikan-keyakinan-pada-rakyat-jalaluddin/

REMBAU, 24 April – Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Sembilan Datuk Seri Jalaluddin Alias mengutuskan selamat bersidang kepada seluruh ahli UMNO yang bermesyuarat cawangan bermula pada 22 April. Jelasnya, dalam kesempatan bersidang ini ahli UMNO diharapkan dapat memperkukuhkan parti dan berikan keyakinan semula pada rakyat. “Saya juga mengucapkan selamat bersidang kepada seluruh akar umbi parti yang akan bermesyuarat di peringkat [...]

Читать полностью…

UMNO Online

Tolak Dakwaan UMNO Parti Malaya, Perjuang Nasib Rakyat Termasuk Sabah – Jeffery Nor
https://umno-online.my/2024/04/24/tolak-dakwaan-umno-parti-malaya-perjuang-nasib-rakyat-termasuk-sabah-jeffery-nor/

PUTATAN, 24 April – Pengarah Jabatan Pilihan Raya UMNO Sabah, Jeffery Nor Mohamed menegaskan bahawa UMNO adalah parti bersifat kebangsaan yang mendukung perjuangan demi agama, bangsa dan negara di seluruh negara. Beliau yang juga Ketua UMNO Bahagian Putatan berkata demikian sebagai menolak keyataan segelintir pihak yang masih memainkan sentimen kenegerian bagi meraih sokongan politik di Sabah. Dalam hal ini, Jeffery [...]

Читать полностью…

UMNO Online

UMNO Pulau Pinang Zahir Dukacita Nahas Udara TLDM
https://umno-online.my/2024/04/24/umno-pulau-pinang-zahir-dukacita-nahas-udara-tldm/

KUALA LUMPUR, 24 April – Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Pulau Pinang, Datuk Musa Sheikh Fadzir menzahirkan rasa sedih dan dukacita di atas tragedi yang melibatkan pertembungan dua buah helikopter milik Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM). Menerusi catatan di Facebooknya beliau berkata, dukacita dengan insiden yang telah mengorbankan 10 kru yang juga anggota TLDM tersebut. “Turut berdukacita dari pihak saya [...]

Читать полностью…

UMNO Online

Persidangan Cawangan Wanita Dan Aidilfitri Eatkan Lagi Ukhuwwah Antara Satu Sama Lain – Norshida
https://umno-online.my/2024/04/24/persidangan-cawangan-wanita-dan-aidilfitri-eatkan-lagi-ukhuwwah-antara-satu-sama-lain-norshida/

KUALA LUMPUR, 24 Mac – Persidangan Cawangan UMNO seluruh negara yang bermula Isnin sememangnya menjadi tumpuan saban tahun buat ahli UMNO seluruh negara dan sudah pasti itulah yang dinanti-nantikan oleh ahli di akar umbi. Bagi Ketua Wanita UMNO Segamat, Datuk Norshida Ibrahim akar umbi adalah nadi dalam sesebuah parti politik dan hakikat itulah yang sememangnya tidak boleh dinafikan sama sekali [...]

Читать полностью…

UMNO Online

Ruzaini Bidas Dakwaan PN Ganti UMNO… Kenyataan Jauh Panggang Dari Api
https://umno-online.my/2024/04/24/ruzaini-bidas-dakwaan-pn-ganti-umno-kenyataan-jauh-panggang-dari-api/

KUALA LUMPUR, 24 April – Tiada keperluan untuk Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Perlis, Mohd Shukri Ramli untuk membuat kenyataan seolah-olah PN adalah kerajaan terbaik, bidas Ketua UMNO Bahagian Padang Besar, Ruzaini Rais. Menurut beliau, ini kerana banyak isu-isu rakyat yang masih membelenggu bukan sahaja di negeri ini tetapi juga negeri-negeri lain di bawah pentadbiran PN. “Ini adalah salah satu kenyataan [...]

Читать полностью…

UMNO Online

Mesyuarat UMNO Cawangan, Bekerjalah Seperti Orang Mahu Menang – Bung Mokhtar
https://umno-online.my/2024/04/23/mesyuarat-umno-cawangan-bekerjalah-seperti-orang-mahu-menang-bung-mokhtar/

KUALA LUMPUR, 23 April – Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin mengingatkan semua pemimpin dan ahli parti supaya bekerja dengan tujuan untuk mencapai kemenangan. Tegasnya, setiap langkah dan pendekatan juga haruslah dizahirkan dengan semangat yang jitu agar UMNO/Barisan Nasional (BN) mampu bangkit semula. “Kalau mahu menang, bekerjalah seperti orang yang mahu menang. Pertama, pasangkan niat [...]

Читать полностью…

UMNO Online

Khaled Yakin Jentera UMNO Hulu Selangor Bersedia Hadapi PRK Kuala Kubu Baharu
https://umno-online.my/2024/04/23/khaled-yakin-jentera-umno-hulu-selangor-bersedia-hadapi-prk-kuala-kubu-baharu/

KUALA LUMPUR, 23 April – Naib Presiden UMNO Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin yakin jentera UMNO Bahagian Hulu Selangor sudah bersedia bagi menghadapi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu. Dalam satu hantaran di laman X, pada petang Isnin selepas lawatan kerja kementerian, Khaled berpeluang ke Pejabat UMNO Bahagian Hulu Selangor mengadakan pertemuan bersama pimpinan Bahagian [...]

Читать полностью…

UMNO Online

KL20 Medan Jadikan Malaysia Pusat Industri Terkemuka – Zambry
https://umno-online.my/2024/04/23/kl20-medan-jadikan-malaysia-pusat-industri-terkemuka-zambry/

KUALA LUMPUR, 23 April – Sidang Kemuncak KL20 (KL20) 2024 merupakan sebuah medan menjadikan Malaysia sebagai pusat kepada industri terkemuka dunia seperti semikonduktor, tenaga, pertanian dan kewangan Islam yang mempunyai kepakaran domain serta peluang besar untuk inovasi. Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata, beliau telah hadir dan memberi sokongan kepada KL20 yang merupakan inisiatif Kerajaan Perpaduan [...]

Читать полностью…

UMNO Online

Helikopter TLDM Jalani Tiga Kali Raptai Sebelum Insiden – Khaled
https://umno-online.my/2024/04/23/helikopter-tldm-jalani-tiga-kali-raptai-sebelum-insiden-khaled/

KUALA LUMPUR – Dua helikopter yang dilaporkan bertembung dan terhempas di Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) sedang menjalani raptai untuk kali ketiga bersempena dengan sambutan Hari Terbuka Armada TLDM yang dijangka berlangsung Sabtu ini. Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, kejadian terbabit menyebabkan 10 anggota TLDM yang berpangkalan di Lumut, Perak dan Kota Kinabalu, Sabah maut. Menurutnya, [...]

Читать полностью…

UMNO Online

Kerajaan Negeri Johor Komited Lahirkan Dan Pupuk Bakat Kepimpinan Generasi Muda
https://umno-online.my/2024/04/23/kerajaan-negeri-johor-komited-lahirkan-dan-pupuk-bakat-kepimpinan-generasi-muda/

KUALA LUMPUR, 23 April – Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata kerajaan negeri sentiasa komited untuk memupuk bakat kepimpinan serta melahirkan lebih ramai pemimpin muda yang mampu menyumbang kepada pembangunan dan kemajuan negeri. Dalam satu perkongsian di laman sosialnya, Onn Hafiz berkata ia juga selari dengan Teras Keenam Orang Muda Johor di bawah Agenda Maju Johor. “Syukur Alhamdulillah. [...]

Читать полностью…
Subscribe to a channel