umnoonline | Unsorted

Telegram-канал umnoonline - UMNO Online

2180

Layari UMNO Online

Subscribe to a channel

UMNO Online

Kehadiran Mohamad Hasan Pembakar Semangat Pelajar Hadapi SPM
https://umno-online.my/2024/01/05/kehadiran-mohamad-hasan-pembakar-semangat-pelajar-hadapi-spm/

KUALA LUMPUR, 5 Jan – Kehadiran Timbalan Presiden UMNO yang juga Ahli Parlimen Rembau, Datuk Seri Mohamad Hasan ke Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bandar Baru Sri Sendayan memberikan pembakar semangat kepada para pelajar untuk menghadapi peperiksaan tersebut. Majlis tersebut diadakan bagi meraikan para pelajar yang akan berhadapan dengan peperiksaan SPM bermula pada minggu hadapan. Mengambil kesepatan pada pertemuan tersebut, Mohamad [...]

Читать полностью…

UMNO Online

HAWA: Kita Mesti Berada Dalam Satu Pasukan, Terjemah Tanggungjawab Penuh Komitmen – Ahmad Zahid
https://umno-online.my/2024/01/04/hawa-kita-mesti-berada-dalam-satu-pasukan-terjemah-tanggungjawab-penuh-komitmen-ahmad-zahid/

KUALA LUMPUR, 4 Jan – Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengingatkan HAWA untuk sentiasa berada di dalam satu pasukan Barisan Nasional (BN) dan menterjemahkan tanggungjawab yang diamanahkan dengan penuh komitmen. Jelasnya, satu perubahan drastik perlu di bawa oleh parti khususnya untuk menarik minat rakyat yang ‘atas pagar’.   “Apabila parti mendepani masalah, kita tidak boleh statik, jumud… [...]

Читать полностью…

UMNO Online

HAWA ‘Game Changer’ Politik UMNO/BN… Guna Pendekatan ‘Multi-Racial’, Bawa Golongan Profesional
https://umno-online.my/2024/01/04/hawa-game-changer-politik-umno-bn-guna-pendekatan-multi-racial-bawa-golongan-profesional/

KUALA LUMPUR, 4 Jan – Majlis Hal Ehwal Wanita dan Keluarga UMNO Malaysia (HAWA) merupakan ‘game changer’ kepada politik UMNO/Barisan Nasional (BN) dengan menggunakan pendekatan ‘multi racial’ dan golongan profesional. Pengerusi HAWA, Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil berkata, terdapat kelompongan kepada usaha untuk mendekati golongan profesional dan badan bukan kerajaan (NGO) menjadi asbab utama kepada penubuhan HAWA. “Presiden pada bulan [...]

Читать полностью…

UMNO Online

Sanusi Kaki Propa, Takut Bayang-bayang Sendiri – Shaiful Hazizy
https://umno-online.my/2024/01/04/sanusi-kaki-propa-takut-bayang-bayang-sendiri-shaiful-hazizy/

KUALA LUMPUR, 4 Jan – Ketua Penerangan UMNO Negeri Kedah, Datuk Shaiful Hazizy Zainol Abidin membidas Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor yang berterusan memainkan sentimen pertukaran kerajaan. Katanya, tindakan Sanusi itu diibarat seperti takut dengan bayang-bayang apabila menyedari sokongan terhadap Perikatan Nasional (PN) semakin rapuh. “Sanusi seperti biasa cubaan mencapai indeks prestasi utama (KPI) bulanan dengan [...]

Читать полностью…

UMNO Online

Komitmen Kerajaan Perpaduan Beri Penekanan Usaha Tangani Kos Sara Hidup, Hala Tuju Ekonomi – Ahmad Zahid
https://umno-online.my/2024/01/04/komitmen-kerajaan-perpaduan-beri-penekanan-usaha-tangani-kos-sara-hidup-hala-tuju-ekonomi-ahmad-zahid/

KUALA LUMPUR, 4 Jan – Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi memaklumkan bahawa Kerajaan Perpaduan melaksanakan inisiatif-inisiatif merentasi kementerian dalam menunjukkan komitmen memberi penekanan kepada usaha menangani dan mengimbangi kos sara hidup serta hala tuju ekonomi negara. Beliau yang juga Presiden UMNO merangkap Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) berkata demikian menerusi hantaran dalam laman Facebooknya malam [...]

Читать полностью…

UMNO Online

Perkukuh Parti, Semarakkan Perjuangan Jadi Azam UMNO Bahagian Lahad Datu
https://umno-online.my/2024/01/03/perkukuh-parti-semarakkan-perjuangan-jadi-azam-umno-bahagian-lahad-datu/

LAHAD DATU, 3 Jan – Suasana tahun baharu meletakkan pelbagai azam yang pastinya akan menyemarakkan kembali perjuangan UMNO agar kembali kukuh dan terus ampuh. Ketua UMNO Bahagian Lahad Datu, Sharif Musa Sharif Mabul memaklumkan bahawa program di UMNO bahagian terbabit telah dirancang dengan memanfaatkan kepelbagaian kaum dan budaya khusus dalam memastikan UMNO terus kukuh. Katanya, sudah tiba masanya rakyat Sabah [...]

Читать полностью…

UMNO Online

PADU Mampu Tingkat Kecekapan Pengurusan Kumpul, Simpan Dan Urus Data Pelbagai Sumber – Wan Rosdy
https://umno-online.my/2024/01/03/padu-mampu-tingkat-kecekapan-pengurusan-kumpul-simpan-dan-urus-data-pelbagai-sumber-wan-rosdy/

PUTRAJAYA, 3 Jan – Pangkalan Data Utama (PADU) dilancarkan adalah untuk meningkatkan kecekapan pengurusan yang memudahkan pengumpulan, penyimpanan dan pengurusan data pelbagai sumber. Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, aplikasi tersebut mampu untuk membolehkan kerajaan menyampaikan perkhidmatan kepada rakyat dengan cekap. “Saya menghadiri Majlis Peluncuran Pangkalan Data Utama (PADU) yang dirasmikan oleh Perdana Menteri Malaysia, Datuk [...]

Читать полностью…

UMNO Online

PADU ‘Game Changer’ Pengurusan Data, Digitalisasi Penghasilan Analitik Berkala – Abdul Razak
https://umno-online.my/2024/01/03/padu-game-changer-pengurusan-data-digitalisasi-penghasilan-analitik-berkala-abdul-razak/

KUALA LUMPUR, 3 Jan – Pangkalan Data Utama (PADU) merupakan ‘game changer’ kepada pengurusan data di Malaysia, kata Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Abdul Razak Abdul Rahman. Jelasnya, ianya merupakan sebuah pangkalan data utama yang selamat dan komprehensif untuk negara. “PADU merupakan pangkalan data utama negara yang selamat dan komprehensif komprehensif serta ‘near real time’ bagi digitalisasi penghasilan [...]

Читать полностью…

UMNO Online

Lebih 300 Orang Sertai Larian Solidariti Kepada Rakyat Palestin Di Lahad Datu
https://umno-online.my/2024/01/02/lebih-300-orang-sertai-larian-solidariti-kepada-rakyat-palestin-di-lahad-datu/

LAHAD DATU, 2 Jan – Cuaca panas tidak menghalang orang ramai untuk berhimpun bagi menzahirkan sokongan kepada rakyat Palestin dalam program Larian Solidariti Palestin. Lebih 300 orang menyertai larian tersebut yang dianjurkan oleh Kelab Komuniti Prihatin Lahad Datu dengan kerjasama Wanita UMNO, Pergerakan Pemuda dan Pergerakan Puteri UMNO Lahad Datu baru-baru ini. Majlis perasmian program tersebut telah disempurnakan oleh Bendahari [...]

Читать полностью…

UMNO Online

Banjir: 4,893 Hektar Kawasan Pertanian Terjejas, Kerugian Lebih RM22 Juta – Ahmad Zahid
https://umno-online.my/2024/01/02/banjir-4893-hektar-kawasan-pertanian-terjejas-kerugian-lebih-rm22-juta-ahmad-zahid/

PUTRAJAYA, 2 Jan – Sebanyak 4,893.73 hektar kawasan pertanian terjejas akibat bencana banjir melibatkan 2,269 petani terkesan serta kerugian kira-kira RM22,823,601, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi. “Antara kawasan pertanian yang teruk terjejas akibat banjir adalah di Kelantan,“ katanya yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Pusat Bercakap dalam sidang media selepas mempengerusikan Taklimat dan Penyelarasan Situasi Bencana [...]

Читать полностью…

UMNO Online

Mohamad Hasan Santuni Masjid Kariah Gadong Sertai Majlis Kesyukuran Tahun Baharu
https://umno-online.my/2024/01/02/mohamad-hasan-santuni-masjid-kariah-gadong-sertai-majlis-kesyukuran-tahun-baharu/

KUALA LUMPUR, 2 Jan – Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan berbesar hati menghadiri Majlis Malam Silaturahim di Masjid Kariah Gadong, Rembau. Beliau yang juga Ketua UMNO Bahagian dan Ahli Parlimen Rembau berkata masjid ini saban tahun mengadakan majlis tersebut ketika tahun baharu. Katanya ia sebagai simbolik kesyukuran dan medan merapatkan silaturahim dalam kalangan penduduk setempat di kawasan ini. [...]

Читать полностью…

UMNO Online

Lembaran Baharu 2024, UMNO Negeri Sembilan Terus Mengorak Langkah – Jalaluddin
https://umno-online.my/2024/01/02/lembaran-baharu-2024-umno-negeri-sembilan-terus-mengorak-langkah-jalaluddin/

SEREMBAN, 2 Jan – UMNO Negeri Sembilan akan terus bergerak memperkukuhkan solidariti antara jentera parti dalam usaha mempertahankan Kerajaan Perpaduan dan membawa dimensi kestabilan politik di negara ini. Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Sembilan, Datuk Seri Jalaluddin Alias berkata, untuk merealisasikan tujuan tersebut, semua pihak pelbagai peringkat termasuklah Wanita dan Puteri UMNO harus memainkan peranan penting bermula hari pertama tahun [...]

Читать полностью…

UMNO Online

Dakwa Sekongkol Jatuhkan Kerajaan Perpaduan… Ini Adalah Tohmahan Dan Fitnah Jahat – Rahman Mohamad
https://umno-online.my/2024/01/01/dakwa-sekongkol-jatuhkan-kerajaan-perpaduan-ini-adalah-tohmahan-dan-fitnah-jahat-rahman-mohamad/

KUALA LUMPUR, 1 Jan – Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad menafikan bahawa beliau adalah salah seorang yang terlibat dalam percubaan untuk menjatuhkan Kerajaan Perpaduan. Tegasnya, ini adalah tuduhan jahat yang sengaja diadakan untuk menimbulkan polemik dan ingin mencetuskan kegelisahan dalam kalangan rakyat Malaysia. “Tohmahan dan fitnah jahat terhadap pemimpin Barisan Nasional (BN) ini tidak [...]

Читать полностью…

UMNO Online

UMNO Kekal Falsafah Perjuangannya Walaupun Berbeza Politik Dalam Kerajaan Madani – Mohmed Puzi
https://umno-online.my/2024/01/01/umno-kekal-falsafah-perjuangannya-walaupun-berbeza-politik-dalam-kerajaan-madani-mohmed-puzi/

KUALA LUMPUR, 1 Jan – Ahli Parlimen Pekan Datuk Seri Sh Mohmed Puzi Sh Ali menegaskan bahawa UMNO terus mempertahankan falsafah perjuangannya demi agama, bangsa dan negara. Beliau berkata menerusi falsafah tersebut kesemua cetusan idea diterjemah oleh pemimpin UMNO yang sedang dan akan dilaksanakan untuk kepentingan rakyat secara holistik.  “UMNO adalah parti keramat yang memanifestasikan perjuangan bangsa Melayu dan Islam, [...]

Читать полностью…

UMNO Online

Perjuangan UMNO Kekal Dalam Asas Tujuannya, Sentiasa Angkat Suara Rakyat – Zuhir Ghazali
https://umno-online.my/2023/12/31/perjuangan-umno-kekal-dalam-asas-tujuannya-sentiasa-angkat-suara-rakyat-zuhir-ghazali/

KUALA LUMPUR, 31 Dis – Presiden UMNO Siswa, Wan Muhammad Zuhir Ghazali berkata UMNO masih kekal dalam asas dan tujuan perjuangannya iaitu demi berjuang mendukung cita-cita mengekalkan maruah dan martabat agama, bangsa dan negara. Katanya, sehingga kini UMNO terus melihatkan daripada beberapa faktor dan sudut pandang tertentu yang mungkin jarang didendangkan. Jelasnya, sepanjang penubuhan UMNO, parti ini tidak pernah berpaling [...]

Читать полностью…

UMNO Online

PADU Langkah Terbaik Sistem Penyampaian Kerajaan Untuk Rakyat – Dr Shamsul Anuar
https://umno-online.my/2024/01/05/padu-langkah-terbaik-sistem-penyampaian-kerajaan-untuk-rakyat-dr-shamsul-anuar/

KUALA LUMPUR, 5 Jan – Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Shamsul Anuar Nasarah melihat Pangkalan Data Utama (PADU) yang telah dilancarkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim merupakan langkah terbaik kerajaan bagi memastikan sistem penyampaian kerajaan dilaksanakan dengan sempurna. Menurut beliau PADU merupakan antara inisiatif di bawah Anjakan Besar Kajian Separuh Penggal, Rancangan Malaysia Kedua Belas 2021-2025 [...]

Читать полностью…

UMNO Online

Tiada Rakyat Malaysia Terjejas Dalam Dua Insiden Di Jepun
https://umno-online.my/2024/01/04/tiada-rakyat-malaysia-terjejas-dalam-dua-insiden-di-jepun/

PUTRAJAYA, 4 Jan – Tiada rakyat Malaysia di Jepun yang terjejas dalam kejadian bencana gempa bumi dan kemalangan pesawat di lapangan terbang yang berlaku minggu ini, kata Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan. Mohamad berkata beliau sentiasa berhubung rapat dengan Kedutaan Jepun di sini dan rakan sejawatnya di negara berkenaan bagi memantau perkembangan terkini kedua-dua insiden itu. “Tidak ada rakyat [...]

Читать полностью…

UMNO Online

Amaran Hujan Lebat Berterusan Di Johor, MB Mohon Rakyat Peka Keselamatan
https://umno-online.my/2024/01/04/amaran-hujan-lebat-berterusan-di-johor-mb-mohon-rakyat-peka-keselamatan/

KUALA LUMPUR, 4 Jan – Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi menyeru rakyat negeri itu untuk berhati-hati ekoran amaran hujan lebat berterusan tahap buruk di beberapa kawasan di Johor bermula hari ini hingga Ahad. Beliau berharap rakyat sentiasa memantau keselamatan diri dan keluarga serta mematuhi arahan pihak berkuasa. “Buat seluruh Bangsa Johor yang saya kasihi sekalian. Saya telah menerima [...]

Читать полностью…

UMNO Online

Wanita UMNO Terus Prihatin, Noraini Ziarah Keluarga Kanak-kanak Mati Lemas
https://umno-online.my/2024/01/04/wanita-umno-terus-prihatin-noraini-ziarah-keluarga-kanak-kanak-mati-lemas/

KUALA LUMPUR, 4 Jan – Ketua Wanita UMNO Malaysia, Datuk Seri Dr Noraini Ahmad menziarahi waris kanak-kanak yang meninggal akibat lemas di Rantau Panjang. Beliau yang juga Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat bertemu dengan keluarga Allahyarham Nor Damia Qaisara Mohd Sabre dan Allahyarham Siti Aisyah Mahzi yang meninggal dunia ketika bermain banjir di sungai Kampung Petai Dusun. “Malang [...]

Читать полностью…

UMNO Online

Zahid Terharu Komitmen Puteri UMNO Bantu Mangsa Banjir, Tanpa Kira Ideologi Politik
https://umno-online.my/2024/01/03/zahid-terharu-komitmen-puteri-umno-bantu-mangsa-banjir-tanpa-kira-ideologi-politik/

KUALA LUMPUR, 3 Jan – Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi meluahkan kesyukuran dengan komitmen ditunjukkan Pergerakan Puteri UMNO dalam membantu mangsa banjir di negeri Pantai Timur. Katanya, pelbagai bantuan dilakukan oleh Puteri UMNO seperti memberikan keperluan asas dan membersihkan kawasan terjejas adalah gerak kerja sinonim yang dilakukan oleh UMNO demi kepentingan rakyat tanpa mengambil kira ideologi politik. [...]

Читать полностью…

UMNO Online

Aplikasi PADU Bantu Kerajaan Susun, Belanja Subsidi Kepada Golongan Sasar Secara Tepat – Johari
https://umno-online.my/2024/01/03/aplikasi-padu-bantu-kerajaan-susun-belanja-subsidi-kepada-golongan-sasar-secara-tepat-johari/

KUALA LUMPUR, 3 Jan – Pangkalan Data Utama (PADU) yang dilancarkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam membolehkan kerajaan menyusun dan membelanjakan subsidi kepada golongan sasar dengan lebih tepat. Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Johari Abdul Ghani berkata, aplikasi tersebut dibuat untuk mendapatkan maklumat sebenar mengenai sosio ekonomi rakyat. “Hadir di Majlis Peluncuran Pangkalan Data Utama (PADU) yang [...]

Читать полностью…

UMNO Online

Bung Moktar Ajak Ahli UMNO Tingkatkan Iltizam, Teruskan Perjuangan cipta Kecemerlangan
https://umno-online.my/2024/01/03/bung-moktar-ajak-ahli-umno-tingkatkan-iltizam-teruskan-perjuangan-cipta-kecemerlangan/

KOTA KINABALU, 3 Jan – Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin mengajak semua ahli UMNO agar mengambil kesempatan pada tahun baharu ini untuk menanam azam bagi meneruskan perjuangan dan mencipta kecemerlangan. Katanya UMNO khususnya di Sabah telah melalui pelbagai cabaran, ditinggalkan oleh rakan-rakan seperjuangan dalam parti, namun dengan adanya pemimpin dan ahli parti yang masih berprinsip [...]

Читать полностью…

UMNO Online

Kerajaan Perpaduan ‘Buta Warna’ Dalam Membantu Mangsa Banjir – Ahmad Zahid
https://umno-online.my/2024/01/02/kerajaan-perpaduan-buta-warna-dalam-membantu-mangsa-banjir-ahmad-zahid/

KUALA LUMPUR, 2 Jan – Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyifatkan Kerajaan Perpaduan sebagai ‘buta warna’ dalam membantu mangsa banjir di beberapa buah negeri yang terlibat dengan bencana alam tersebut. “Kerajaan Perpaduan dengan tuntasnya menterjemahkan sikap ‘buta warna’ khususnya dalam situasi menghadapi krisis bencana seumpama ini,” katanya. Beliau juga merakamkan penghargaan kepada agensi-agensi kerajaan dan badan [...]

Читать полностью…

UMNO Online

PADU Pastikan Kemudahan Kerajaan Dinikmati Penerima Berhak – PM
https://umno-online.my/2024/01/02/padu-pastikan-kemudahan-kerajaan-dinikmati-penerima-berhak-pm/

PUTRAJAYA, 2 Jan – Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini berkata pengenalan Pangkalan Data Utama (PADU) adalah selaras dengan pendekatan transformasi digital negara dengan jaminan bahawa setiap kemudahan kerajaan akan dinikmati penerima yang berhak. Berucap melancarkan PADU di sini hari ini, Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata melalui sistem berkenaan, setiap ketirisan dalam penyaluran bantuan dan subsidi kerajaan [...]

Читать полностью…

UMNO Online

Noraini Santuni Veteran UMNO, Hargai Khidmat Mereka Bersama Parti
https://umno-online.my/2024/01/02/noraini-santuni-veteran-umno-hargai-khidmat-mereka-bersama-parti/

KUALA LUMPUR, 2 Jan – Ketua Wanita UMNO Malaysia, Datuk Seri Dr Noraini Ahmad, meneruskan politik khidmat bakti beliau dengan menyantuni rakyat setempat di Parit Sulong. Beliau yang juga ahli Parlimen kawasan itu berkesempatan menyantuni veteran UMNO sebagai perhargaan kepada mereka yang suatu seketika dahulu memainkan peranan penting melaksana perjalanan parti di bahagian ini. Ketika kunjungan tersebut beliau turut sama [...]

Читать полностью…

UMNO Online

Banjir: Pergerakan Puteri UMNO Giat Turun Padang, Bantu Rakyat Terjejas Di Kelantan
https://umno-online.my/2024/01/02/banjir-pergerakan-puteri-umno-giat-turun-padang-bantu-rakyat-terjejas-di-kelantan/

JELI, 2 Jan – Pergerakan Puteri UMNO Malaysia giat turun padang untuk menghulurkan bantuan kepada mangsa yang terjejas akibat banjir di Jeli, Kelantan. Menerusi hantaran di laman Facebook Pergerakan Puteri UMNO Malaysia, mereka telah menjalankan gotong-royong dan turut mendoakan agar segala urusan mangsa dipermudahkan. “Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikulnya. Tahun baru 2024, Ketua Puteri UMNO Malaysia, Datuk [...]

Читать полностью…

UMNO Online

Isu Tun Daim: Biar SPRM Lakukan Siasatan – Mohd Puad
https://umno-online.my/2024/01/01/isu-tun-daim-biar-sprm-lakukan-siasatan-mohd-puad/

KUALA LUMPUR, 1 Jan – Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi beranggapan bahawa biarlah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk melakukan siasatan ke atas kes bekas Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin. Jelasnya, sememangnya rakyat telah sekian lama menunggu giliran untuk Tun Mahathir dan Tun Daim disiasat oleh badan yang sama. “Kalau betul Tun Daim akan [...]

Читать полностью…

UMNO Online

UMNO Penggalas Utama Dalam Kerajaan Perpaduan, Mendaulat Kedudukan Melayu-Islam – Norshida
https://umno-online.my/2024/01/01/umno-penggalas-utama-dalam-kerajaan-perpaduan-mendaulat-kedudukan-melayu-islam-norshida/

SEGAMAT, 1 Jan – UMNO adalah penentu dan penggalas utama dalam Kerajaan Perpaduan untuk mendaulatkan kedudukan Melayu-Islam seperti termaktub di dalam Perlembagaan, kata Ketua Wanita UMNO Segamat, Datuk Norshida Ibrahim. Jelasnya, Kerajaan Perpaduan yang dibentuk selepas Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15 lalu telah berjaya membawa dimensi kestabilan politik yang kukuh kepada negara. “Setelah setahun Kerajaan Perpaduan dibentuk menerusi gabungan UMNO/Barisan [...]

Читать полностью…

UMNO Online

https://umno-online.my/2023/12/31/214212/

KUALA LUMPUR, 31 Dis – Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyeru rakyat supaya membawa tekad baharu sempena menuju ke tahun 2024. Jelasnya, pelbagai pencapaian dan perkembangan positif negara ketika di bawah pemerintahan Kerajaan Perpaduan. “Alhamdulillah, tahun 2023 telah melabuhkan tirainya dengan menyaksikan pelbagai pencapaian dan perkembangan positif negara di bawah Kerajaan Perpaduan pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri [...]

Читать полностью…

UMNO Online

PN Cukup-Cukuplah Bermain Politik, Keluarkan Kenyataan Kucar-Kacirkan Kestabilan Politik – Zawawi
https://umno-online.my/2023/12/31/pn-cukup-cukuplah-bermain-politik-keluarkan-kenyataan-kucar-kacirkan-kestabilan-politik-zawawi/

PASIR PUTEH, 31 Dis – Ketua Penerangan UMNO Negeri Kelantan, Datuk Zawawi Othman mengingatkan Perikatan Nasional (PN) untuk tidak bermain politik dan mengeluarkan kenyataan yang boleh mengkucar-kacirkan kestabilan negara. Jelasnya, rakyat telah mempunyai pengalaman ditadbir oleh segala bentuk gabungan dan sudah semestinya mereka dapat menilai dengan baik. “Sekarang ini, UMNO/Barisan Nasional (BN) sedang membuat satu gerakan supaya rakyat menilai ketika [...]

Читать полностью…
Subscribe to a channel