umnoonline | Unsorted

Telegram-канал umnoonline - UMNO Online

2180

Layari UMNO Online

Subscribe to a channel

UMNO Online

#PuteriPrihatin: Puteri UMNO Gerakkan Kempen Bantuan Pasca Banjir
https://umno-online.my/2021/01/21/puteriprihatin-puteri-umno-gerakkan-kempen-bantuan-pasca-banjir/

KUALA LUMPUR, 21 Jan – Bersimpati dengan semua mangsa banjir yang diuji seawal tahun ini, Pergerakan Puteri UMNO Malaysia menggerakkan kempen bantuan mangsa pasca banjir. “Ramai yang tinggal sehelai sepinggang bila rumah dinaiki air, barang tak sempat dipindahkan. “Jadi, sama-sama lah kita menyumbang bagi membantu saudara-saudara yang dalam kesulitan ketika fasa Pasca banjir sekarang,” kata Ketuanya Datuk Zahida Zarik Khan [...]

Читать полностью…

UMNO Online

Lanjutkan Waktu Operasi Perniagaan Makanan Sehingga Jam 10 Malam – Mahdzir
https://umno-online.my/2021/01/21/lanjutkan-waktu-operasi-perniagaan-makanan-sehingga-jam-10-malam-mahdzir/

KUALA LUMPUR, 21 Januari 2021 – Kerajaan digesa supaya melanjutkan waktu operasi restoran dan kedai makan yang tertakluk di bawah Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sehingga jam 10 malam. Menurut Naib Presiden UMNO, Dato’ Seri Mahdzir Khalid, kelonggaran waktu operasi sektor ekonomi itu akan memberi pelbagai kesan positif kepada pelbagai pihak. Kerajaan katanya, wajar mempertimbangkan cadangan itu kerana syarat penutupan operasi [...]

Читать полностью…

UMNO Online

Rasuah Rosak Integriti… Perlu Vaksin Ampuh – Exco Pemuda UMNO
https://umno-online.my/2021/01/21/rasuah-rosak-integriti-perlu-vaksin-ampuh-exco-pemuda-umno/

KUALA LUMPUR, 21 Jan – Kes rasuah di negara ini dilihat semakin kritikal serta memerlukan pendekatan baharu dan vaksin yang ampuh untuk dipulihkan sepenuhnya, kata Exco Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Fairuz Jamaludin. Katanya, gejala ini telah menjadi barah dalam struktur pentadbiran dan perniagaan namun sekiranya tindakan seperti ini dibiarkan berlarutan ianya akan merosakkan akar integriti dan meruntuhkan moral bangsa. Jelasnya [...]

Читать полностью…

UMNO Online

UMNO Sentiasa Peka Membantu Rakyat – Rizam Ismail
https://umno-online.my/2021/01/21/umno-sentiasa-peka-membantu-rakyat-rizam-ismail/

KUALA LUMPUR, 21 Jan – Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Rizam Ismail menekan bahawa UMNO sememangnya sudah sebati dalam khidmat membantu rakyat malahan ia sudah sebati dalam diri ahli-ahlinya sebagaimana parti ini yang mempunyai rekod pencapaian selama mentadbir negara. Jelas beliau, UMNO sentiasa peka dalam membantu rakyat walaupun dalam masa pandemik COVID-19 mahupun bencana alam yang dialami baru-baru ini. “Ini [...]

Читать полностью…

UMNO Online

Apa Jua Fitnah, Akar Umbi Benteng Kekuatan UMNO – Ahmad Zahid
https://umno-online.my/2021/01/20/apa-jua-fitnah-akar-umbi-benteng-kekuatan-umno-ahmad-zahid/

KUALA LUMPUR, 20 Jan – Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengambil pendirian tetap istiqamah walaupun pelbagai tohmahan dan fitnah dilontarkan terhadapnya. Menerusi catatannya di Facebook, Pengerusi Barisan Nasional (BN) itu menegaskan biarpun daripada pelbagai sudut lontaran berkenaan baik dalaman mahupun luaran kekuatan sebenar UMNO daripada akar umbi. “Saya tetap istiqamah biarpun peluru-peluru fitnah dan roket-roket penjahanam UMNO [...]

Читать полностью…

UMNO Online

Jangan Lagi ‘Flip-Flop’, Fikirkan Rakyat Yang Sedang Berdepan Cabaran – Puteri UMNO
https://umno-online.my/2021/01/20/jangan-lagi-flip-flop-fikirkan-rakyat-yang-sedang-berdepan-cabaran-puteri-umno/

KUALA LUMPUR, 20 Jan – Puteri UMNO hari ini melahirkan kekecewaan terhadap beberapa keputusan Kementerian Pendidikan yang dianggap menimbulkan kesukaran terutama melibatkan sesi pembukaan sekolah. Ketuanya Datuk Zahida Zarik Khan berkata berdasarkan kepada apa yang berlaku sebelum ini umumnya masing-masing telah membeli keperluan sekolah dan sebagainya berasaskan keputusan yang dikeluarkan oleh pihak kementerian. “Pada 11 Januari 2021 kerajaan mengumumkan bahawa [...]

Читать полностью…

UMNO Online

Isu Cabaran Proklamasi Dan Ordinan Darurat Ke Mahkamah
https://umno-online.my/2021/01/20/isu-cabaran-proklamasi-dan-ordinan-darurat-ke-mahkamah/

BARU-BARU ini telahpun dilaporkan di dalam media massa bahawa terdapat pihak-pihak tertentu yang ingin mencabar Proklamasi Darurat yang diisytiharkan oleh Yang di-Pertuan Agong (YDPA) pada 11.1.2021 (‘proklamasi darurat tersebut’) di Mahkamah. Semalam, terdapat juga laporan media yang melaporkan berkenaan tindakan undang-undang yang telah difailkan bagi tujuan mencabar nasihat Perdana Menteri kepada YDPA untuk mengisytiharkan darurat tersebut. Pada asasnya, sekiranya kita [...]

Читать полностью…

UMNO Online

Biarlah Ribut Reda, Parti Mesti Diperkasa – Mohamad Hasan
https://umno-online.my/2021/01/19/biarlah-ribut-reda-parti-mesti-diperkasa-mohamad-hasan/

Ramai orang tertanya tanya… Mengapa saya membisu seribu bahasa… Bagi saya, biarlah ribut ni reda… Saya tak mau menambah duka… Yang penting parti mesti di perkasa… PRU 15 kita nak jadi juara…. Jika kita berpecah ramai yang seronok… Kita berkecamuk ramai yang gembira… Ayuh kita cari mana yang elok… Elakkan yang cela hilangkan lah lara…. Susunlah langkah menuju hala… Pakat [...]

Читать полностью…

UMNO Online

Agong Titah Semua Pihak Ketepi Perbezaan Perangi COVID-19
https://umno-online.my/2021/01/19/agong-titah-semua-pihak-ketepi-perbezaan-perangi-covid-19/

KUALA LUMPUR, 19 Jan – Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menitahkan, supaya rakyat mengetepikan perbezaan politik, bangsa dan agama, bagi memerangi COVID-19 yang berterusan mencatatkan kes positif harian empat angka, sejak hujung tahun lepas. Datuk Pengelola Bijaya Diraja Datuk Ahmad Fadil Shamsuddin berkata Seri Paduka Baginda yakin, dengan sokongan dan kerjasama semua pihak, negara mampu untuk [...]

Читать полностью…

UMNO Online

Melaka Harap Kerajaan Pusat Timbang Bantuan Permai Kepada Pengayuh Beca
https://umno-online.my/2021/01/19/melaka-harap-kerajaan-pusat-timbang-bantuan-permai-kepada-pengayuh-beca/

MELAKA, 19 Jan – Kerajaan negeri Melaka berharap agar Kerajaan Persekutuan mempertimbang untuk memberi bantuan sekali bayar kepada pengayuh beca di negeri itu di bawah pakej bantuan Perlindungan Ekonomi dan Rakyat Malaysia (PERMAI). Ketua Menterinya Datuk Seri Sulaiman Md Ali berkata sebagai negeri pelancongan, bantuan sekali bayar kepada golongan rakyat termasuk yang terlibat secara langsung dengan sektor pelancongan amat dialu-alukan [...]

Читать полностью…

UMNO Online

Fokus Bantu Rakyat, Henti Sengketa Politik – UMNO Setiawangsa
https://umno-online.my/2021/01/19/fokus-bantu-rakyat-henti-sengketa-politik-umno-setiawangsa/

KUALA LUMPUR, 19 Jan – Persengketaan dalam politik seharusnya segera dihentikan agar pembelaan kepada rakyat dapat diberikan perhatian sewajarnya. Bagi Timbalan Ketua UMNO Bahagian Setiawangsa, Datuk Mohd Irwan Rizal pemimpin perlu fokus dengan keadaan semasa rakyat apatah lagi ketika ini pandemik COVID-19 masih belum menunjukkan tanda-tanda akan pulih. “Sekarang ini bukan masanya bercakap tentang politik, fokus kita adalah membantu rakyat. [...]

Читать полностью…

UMNO Online

PKP Hari Ke-7: Rakyat Tiada Pilihan, Tertunggu-tunggu Impak Positif
https://umno-online.my/2021/01/19/pkp-hari-ke-7-rakyat-tiada-pilihan-tertunggu-tunggu-impak-positif/

KUALA LUMPUR, 19 Jan – Hari ini telah masuk hari ke-7 pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2.0 dan rakyat masih tertunggu-tunggu impak positif PKP kali ini bagi mengurangkan kadar jangkitan yang sangat tinggi. Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yakin bahawa rakyat sememangnya bersabar dan kerana itu rakyat kekal tenang namun tentunya dalam hati rakyat kian resah kerana [...]

Читать полностью…

UMNO Online

Rakyat Perlu Berganding Bahu Perangi Wabak COVID-19 – Raja Muda Perlis
https://umno-online.my/2021/01/19/rakyat-perlu-berganding-bahu-perangi-wabak-covid-19-raja-muda-perlis/

KANGAR, 19 Jan – Rakyat perlu berganding bahu memerangi wabak COVID-19 serta menghargai jasa petugas barisan hadapan kerana pengorbanan mereka tidak mampu untuk dibalas, titah Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail. Baginda bertitah usaha memerangi COVID-19 adalah tanggungjawab bersama. “Kita semua sedar dan maklum bahawa bukan sesuatu perkara mudah untuk petugas barisan hadapan mengenakan peralatan perlindungan diri (PPE) [...]

Читать полностью…

UMNO Online

PM Umum Pakej PERMAI RM15 Bilion, Lindungi Ekonomi Dan Rakyat Ketika COVID-19
https://umno-online.my/2021/01/18/pm-umum-pakej-permai-rm15-bilion-lindungi-ekonomi-dan-rakyat-ketika-covid-19/

KUALA LUMPUR, 18 Jan – Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini mengumumkan pakej bantuan Perlindungan Ekonomi dan Rakyat Malaysia (PERMAI) bagi mengurangkan beban dihadapi rakyat dan ketahanan ekonomi ketika negara sedang berdepan penularan pandemik COVID-19. Muhyiddin berkata pakej bantuan PERMAI yang memperuntukkan sejumlah RM15 bilion, antara lain mempunyai 22 inisiatif bermatlamat untuk memerangi wabak COVID-19, memelihara kebajikan rakyat [...]

Читать полностью…

UMNO Online

PAU 2020 Ditangguhkan, Pemilihan UMNO Tetap Diadakan Tahun Ini – SUA UMNO
https://umno-online.my/2021/01/18/pau-2020-ditangguhkan-pemilihan-umno-tetap-diadakan-tahun-ini-sua-umno/

KUALA LUMPUR, 18 Jan – Selaras dengan Proklamasi Darurat dan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), Perhimpunan Agung UMNO 2020 yang dijadualkan pada 30 dan 31 Januari 2021 adalah ditangguhkan. Demikian kata Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan dalam satu kenyataan hari ini, di sini. “Tarikh baru akan dimaklumkan kelak. “Adalah diingatkan agar ahli-ahli UMNO sentiasa mematuhi SOP (prosedur operasi standard) [...]

Читать полностью…

UMNO Online

PdP: Kerajaan Perlu Dengar Rintihan Ibu Bapa – Ahmad Zahid
https://umno-online.my/2021/01/21/pdp-kerajaan-perlu-dengar-rintihan-ibu-bapa-ahmad-zahid/

KUALA LUMPUR, 21 Jan – UMNO menggesa kerajaan cakna dengan permasalahan yang dihadapi oleh ibu bapa terutamanya berkenaan sesi Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) secara atas talian di rumah. Presidennya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata banyak rungutan yang diterima beliau semalam iaitu hanya selepas sehari PdP mula dilaksanakan di seluruh negara. “Ramai mengadu di Facebook saya tentang kekangan dihadapi [...]

Читать полностью…

UMNO Online

Saarani Terharu Kesungguhan Dan Ketabahan ‘Frontliners’, Bersama Patuhi SOP
https://umno-online.my/2021/01/21/saarani-terharu-kesungguhan-dan-ketabahan-frontliners-bersama-patuhi-sop/

KUALA LUMPUR, 21 Jan – Menteri Besar Perak, Datuk Saarani Mohamad terharu dengan kesungguhan para petugas ‘frontliners’ (barisan hadapan) yang tetap tabah memberi bantuan sewajarnya kepada para pesakit yang amat memerlukan perhatian walaupun dalam suasana serba tidak menentu sekarang. Ujarnya, dalam keadaan angka kes COVID-19 yang terus meningkat, tugas mereka pastinya akan lebih mencabar dan tentunya menuntut kesabaran dan kecekalan. [...]

Читать полностью…

UMNO Online

Sahut Agenda Jihad Perangi Rasuah, Seru Terapkan Politik Berintegriti – Pemuda UMNO Johor
https://umno-online.my/2021/01/21/sahut-agenda-jihad-perangi-rasuah-seru-terapkan-politik-berintegriti-pemuda-umno-johor/

KUALA LUMPUR, 21 Jan – Pergerakan Pemuda UMNO Negeri Johor menegaskan agenda jihad perangi rasuah bukan sahaja sekadar perlu disahut atau disokong malah akan merangka dan merencanakan program susulan untuk bersama dengan pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) meneliti sebarang bentuk kerjasama bagi membolehkan ia terlaksana dan memberi kesan kepada akar umbi. Selaras itu, ketuanya, Mohd Hairi Mad Shah menyeru [...]

Читать полностью…

UMNO Online

Pengusaha Dan Pemandu Bot Pelancong Dapat Perhatian Kerajaan Negeri – Sharkar
https://umno-online.my/2021/01/21/pengusaha-dan-pemandu-bot-pelancong-dapat-perhatian-kerajaan-negeri-sharkar/

KUALA LUMPUR, 21 Jan – Kerajaan Negeri Pahang menerusi Tourism Pahang menyampaikan sumbangan yang keseluruhannya berjumlah RM270,000 kepada pemandu pelancong dan pengusaha bot pelancongan di negeri tersebut. Sumbangan Prihatin COVID -19 itu disampaikan oleh Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail di Wisma Sri Pahang, Rabu. Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Alam Sekitar, Perladangan dan Komoditi negeri, Datuk Seri [...]

Читать полностью…

UMNO Online

PdPR: Timbul Beberapa Persoalan… – Dr Asyraf
https://umno-online.my/2021/01/20/pdpr-timbul-beberapa-persoalan-dr-asyraf/

KUALA LUMPUR, 20 Jan – Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata timbul beberapa persoalan yang kuat bermain di pemikirannya berkaitan kaedah pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR) yang diperkenalkan oleh Kementerian Pendidikan. “Macam manalah keadaan ibu bapa di luar sana menangani masalah menyediakan kelengkapan dari segi peralatan pembelajaran seperti pemilikan gajet (telefon pintar atau laptop) [...]

Читать полностью…

UMNO Online

Pemuda UMNO Suarakan Nasib Pekerja APAD, Kerajaan Perlu Bela Kebajikan Mereka
https://umno-online.my/2021/01/20/pemuda-umno-suarakan-nasib-pekerja-apad-kerajaan-perlu-bela-kebajikan-mereka/

KUALA LUMPUR, 20 Jan – Pergerakan Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan (PPUWP) menghargai keprihatinan Perdana Menteri dalam Pakej Bantuan Perlindungan Ekonomi dan Rakyat Malaysia (PERMAI) terhadap sektor pengangkutan awam negara yang juga menjadi nadi ekonomi bandar seperti Bandaraya Kuala Lumpur berjumlah RM66 juta terutamanya di dalam membantu pemandu-pemandu pengangkutan awam darat seperti teksi, bas sekolah, bas persiaran, kereta sewa dan e-hailing [...]

Читать полностью…

UMNO Online

Bagaimana Kita Boleh Mengekang Wabak COVID-19 Ini? Dr Akmal Cadangkan Solusi
https://umno-online.my/2021/01/20/bagaimana-kita-boleh-mengekang-wabak-covid-19-ini-dr-akmal-cadangkan-solusi/

KUALA LUMPUR, 20 Jan – Naib Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Negeri Melaka, Dr Muhamad Akmal Saleh berkata trend terkini peningkatan kes COVID-19 berada di tahap membimbangkan di mana kebanyakan daripada fasiliti kesihatan milik kerajaan hampir tidak mampu untuk menampung jumlah pesakit yang semakin ramai. Kata Ketua Pemuda UMNO Bahagian Jasin itu, sesuatu mesti perlu dilakukan untuk mengawal keadaan tersebut dan [...]

Читать полностью…

UMNO Online

Seluruh Negara Di Bawah PKP Kecuali Sarawak – Ismail Sabri
https://umno-online.my/2021/01/19/seluruh-negara-di-bawah-pkp-kecuali-sarawak-ismail-sabri/

KUALA LUMPUR, 19 Jan – Seluruh negara, kecuali Sarawak, akan berada di bawah Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) selepas kerajaan turut menguatkuasakan perintah itu di Perak, Kedah, Perlis, Negeri Sembilan, Pahang dan Terengganu mulai 22 Jan ini hingga 4 Feb depan. Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata keputusan itu dibuat setelah terdapat peningkatan taburan kes positif COVID-19 [...]

Читать полностью…

UMNO Online

Sokong Penuh Agenda Jihad Perangi Rasuah – Dr Asyraf Wajdi
https://umno-online.my/2021/01/19/sokong-penuh-agenda-jihad-perangi-rasuah-dr-asyraf-wajdi/

KUALA LUMPUR, 19 Jan – Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia menyambut baik gerakan yang dipelopori pihak Sinar Harian untuk mempromosi agenda jihad memulihkan moral bangsa khususnya dalam memerangi rasuah yang masih mengakar dan membelenggui negara ketika ini. Ketuanya, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki percaya bahawa usaha membanteras rasuah perlu dilakukan bersama agar ia dapat memastikan budaya bobrok ini tidak terus merebak [...]

Читать полностью…

UMNO Online

PERMAI Masih Kurang Aspirasi Bantu Rakyat, Tidak Bersifat ‘Contingency’ – Zahid
https://umno-online.my/2021/01/19/permai-masih-kurang-aspirasi-bantu-rakyat-tidak-bersifat-contingency-zahid/

KUALA LUMPUR, 19 Jan – Semalam, kerajaan telah mengumumkan Pakej Bantuan Perlindungan Ekonomi dan Rakyat Malaysia (PERMAI) bagi mengurangkan beban dihadapi rakyat dan ketahanan ekonomi ketika negara sedang berdepan penularan pandemik COVID-19. Dalam hal ini, Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menzahirkan kesyukuran kerana pengumuman yang dibuat selepas enam hari pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2.0. tidak terlalu [...]

Читать полностью…

UMNO Online

PENJANA, PRIHATIN, PERMAI… Pelan Bantuan Pelbagai Nama, Tapi Retorik Rakyat – Hairi
https://umno-online.my/2021/01/19/penjana-prihatin-permai-pelan-bantuan-pelbagai-nama-tapi-retorik-rakyat-hairi/

KUALA LUMPUR, 19 Jan – Ketua Pemuda UMNO Johor, Mohd Hairi Mad Shah kurang bersetuju dengan pelan kerajaan yang terlampau banyak sangat nama bantuan tapi mengelirukan. Katanya, pengumuman Pakej Bantuan Perlindungan Ekonomi dan Rakyat Malaysia (PERMAI) bernilai RM15 bilion yang diumumkan oleh Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin atau lebih dikenali sebagai ‘Abah’ seolah-olah satu bentuk bantuan baru yang retoriknya [...]

Читать полностью…

UMNO Online

COVID-19: Rakyat Jangan Panik… Terus Patuh SOP – Azlan Man
https://umno-online.my/2021/01/19/covid-19-rakyat-jangan-panik-terus-patuh-sop-azlan-man/

KUALA LUMPUR, 19 Jan – Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Azlan Man menyarankan agar rakyat tidak panik dan terus patuh kepada prosedur operasi standard (SOP) bagi mengekang penularan wabak pandemik COVID-19 yang dijangka semakin meningkat. Katanya beliau sedar bahawa rakyat di negeri Perlis semakin bimbang dengan situasi semasa ekoran peningkatan kes positif COVID-19 namun beliau meminta rakyat percaya dengan keupayaan [...]

Читать полностью…

UMNO Online

KWSP… Oh KWSP: Kasihanilah Rakyat, Hulurkanlah Bantuan
https://umno-online.my/2021/01/19/kwsp-oh-kwsp-kasihanilah-rakyat-hulurkanlah-bantuan/

KUALA LUMPUR, 19 – Pergerakan Puteri UMNO Malaysia merayu agar kerajaan kasihanilah rakyat sekarang ini, dan hulurkanlah apa-apa bantuan yang munasabah. Ketuanya, Datuk Zahida Zarik Khan berkata, sekarang telah jelas selepas golongan 1 dan golongan 2 membuat permohonan pengeluaran simpanan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) masing-masing, masih ramai diantara permohonan mereka tidak diluluskan. “Kita telah membuat pelbagai rayuan kepada kerajaan [...]

Читать полностью…

UMNO Online

Fokus Bela Rakyat, Utamakan Solidariti Dan Hormati Institusi – Dr Asyraf
https://umno-online.my/2021/01/18/fokus-bela-rakyat-utamakan-solidariti-dan-hormati-institusi-dr-asyraf/

KUALA LUMPUR, 18 Jan – Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia mendokong ketetapan Presiden, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi untuk meneruskan proses pemilihan bagi semua jawatan dalam parti pada tahun ini, sebagaimana yang diperuntukkan dalam Perlembagaan UMNO. Kata Ketuanya, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki, sebagai sebuah parti yang berperaturan dan menjunjung tradisi demokrasi, suara akar umbi mengenai kedudukan semua posisi kepimpinan [...]

Читать полностью…

UMNO Online

Kerajaan Negeri Arah Aktiviti Di Kawasan Air Terjun Batu Di Segari Dihentikan – Saarani
https://umno-online.my/2021/01/18/kerajaan-negeri-arah-aktiviti-di-kawasan-air-terjun-batu-di-segari-dihentikan-saarani/

IPOH, 18 Jan – Kerajaan negeri mengarahkan sebarang kerja-kerja termasuk aktiviti kuari di kawasan Air Terjun Tanjung Batu Teluk Sera, Segari di Pantai Remis, Beruas dihentikan sementara. Menteri Besar Datuk Saarani Mohamad berkata arahan itu dikeluarkan sementara menunggu hasil siasatan terhadap dakwaan berlaku kerosakan di kawasan air terjun terletak di Hutan Simpan Segari Melintang, Pantai Remis yang berstatus Hutan Simpanan [...]

Читать полностью…
Subscribe to a channel