tarbiyyahhatiaawok | Unsorted

Telegram-канал tarbiyyahhatiaawok - Tarbiyyah Your Heart's

491

"Bila kita buat maksiat, hati kita akan jadi keras". "Keras untuk menangis, keras untuk menerima teguran. "Bila kita banyak ketawa, gelaplah hati kita.." "So..banyakkan tarbiyyahHATIaawok tu yupp.."

Subscribe to a channel

Tarbiyyah Your Heart's

Sungai itu banyak, tapi akhirnya mengalir ke satu lautan yang sama. "Asyiknya sama di lautan Ahadiah, bukan?"...

Begitulah jalan tarekah, kelak di akhirat Allah tidak akan bertanya "kamu dari tarekah mana, tetapi makrifatmu pada Allah bagaimana..." - Buya ArRazi...

Apapun jalan tarekahmu, tujuannya hanya satu... makrifatulLah makrifatuRrasul...

#gulagulajiwa

Читать полностью…

Tarbiyyah Your Heart's

Sollu Ala Nabi

YA ALLAH, Jika benar ada kesalahan saudara ku dalam GISB, engkau ampuni mereka, kasihani mereka, perbetulkan kesalahan mereka dan angkatlah musibah yang melanda mereka dan jadi mereka golongan yang benar bertaubat.

Jika segala tuduhan yang dilemparkan tidak benar atau separa benar pada saudara ku di GISB,damaikan jiwa mereka dengan sifat Kelembutan MU. Angkat darjat mereka di sisi mu. Semoga segala usaha untuk hilangkan kekuatan mereka akan lemah dan gagal.
Al Haq pasti akan menang.

Hanya kepada MU kami mengadu lantaran kami kebingungan, zaman yg haq dilihat batil, Yang batil dianggap Haq.

Tiada kegembiraan hati seorang pencinta melihat saudara mereka diperlakukan dan dipermalukan secara umum seolah sudah dihukum bersalah sedangkan masih dalam dakwaan. Jika benar bersalah sekalipun kita tetap cintai dan kasihani mereka, tidak gembira mereka dipermalu dan dihancurkan semua nilai kebaikan yang mereka ada lantaran mereka tetap ahli Kiblat yang hanya perlu diperbetulkan penyelewengannya.

Jangan layani mereka seperti Kafir Harbi dan Teroris tetapi layani mereka sebagai saudara Islam yang dalam peringkat dakwaan tuduhan yang belum pasti mereka benar bersalah.

Kita bersetuju jika mereka masih meneruskan ajaran Al Arqam dlm GISB adalah sesat sebagaimana yang telah difatwakan, ia adalah jalan yang penuh syubhat dan gelincir lantaran meletakkan Kepimpinan, Syeikh@ Guru dalam Wilayah Nubuwwah yakni memaksumkan segala mimpi, kasyaf ilham, firasat dan kedatangan rijalul ghaib.

Hanya Nabi dan Rasul yang bersifat maksum hal tersebut. Adapun para Aulia walaupun Sultan Aulia tetap tiada maksum hal tersebut. Ada syubhat yakni antara benar dan batil. Maka tiada boleh dijadikan ia akidah dan satu taraf dgn keadaan Para Nabi yg bersifat Maksum hal tersebut.

Dari benih yang cacat akan melahirkan pohon yg cacat.

Sesat bukannya kafir hanya terkeliru dalam berapa aspek fahaman sebagaimana sesat golongan Wahabi, Muktazillah, Qadariah dalam aspek Ketuhanan dan Syiah dalam aspek kefahaman terhadap para sahabat Nabi.

Semoga pihak GISB perlu Muhasabah khusus para pemimpin kenapa الله izin ini berlaku? adakah benar berlaku kezaliman pada ahli bawahan sebagaimana dakwaan yg mana doa² mereka didengar الله atau sememang dugaan الله utk angkat martabat mereka. Hanya الله jua yg mengetahui hal ini.

Kita semua bermuhasabah kerana kita semua juga melakukan kesilapan namun kita masih ditutup aib oleh ALLAH dan kita bimbang akn dibuka diakhirat nanti.

Wallahualam.
WIAM
23.9.2024

Читать полностью…

Tarbiyyah Your Heart's

Nak Cakap...

Jangan tertawakan rumahtangga orang lain kerana kita tidak tahu apa ujian yang sedang menanti rumahtangga kita.

Jangan ketawakan suami orang kerana suami kita juga hatinya milik Tuhan.  Jangan ketawakan isteri orang, isteri kita sendiri kita belum tahu berapa lama akan terus setia berada di sisi.

Jangan ketawakan anak dara tua, anak dara kita sendiri belum tentu jodohnya nanti.  Jangan ketawakan janda, suami yang ada Allah hanya pinjamkan sekejap sahaja.  Boleh jadi esok atau lusa kita juga akan berpisah dengannya.

.
Jangan ketawakan wanita yang dimadukan, sedang mereka semua sangatlah bersabar dalam berkongsi rasa dalam menempuh banyak ujian hidup serta tempat mereka mungkin lebih baik di Syurga nanti.

Tidak ada yang mahu perkara yang tidak baik dalam hidup.  Semua orang mahukan kesempurnaan.  Tetapi tidak ada manusia yang terlepas dari ujian dari Tuhan juga. 

Oleh itu, ketawa biar berpada.  Harus ingat di setiap bahagia itu akan ada tangisan.
Menangis pula, janganlah seolah kita tidak akan bahagia semula nanti.

.
Orang kaya boleh jadi miskin.
Orang miskin boleh jadi kaya.

Saya sudah melihat dengan mata saya sendiri semuanya.  Yang kekayaannya bukan setakat rumah besar sahaja atau sekadar wang berjuta, bahkan lebih dari itu...  Tetapi mudah bagi Allah untuk mengambil semuanya hanya dalam sekelip mata.

Kita ini, jika Allah jadikan kita sakit gigi sahaja pun, sudah hilang nikmat hidup.  Sudah tidak dapat senyum, tidak dapat makan, tidak dapat minum dengan baik.  Apa lagi jika Allah tarik lebih dari itu.

Jika benar-benar cukup bahagia, kita tidak perlu mempamerkan kebahagiaan kita kerana happiness doesn't need any approval.

Jika benar-benar cukup kaya, diam diam sahaja kerana orang yang benar-benar kaya hidup mereka penuh dengan kecukupan yang tidak seorang pun orang yang cukup kaya pamerkan harta mereka.

.
Dunia ini hanyalah persinggahan sementara untuk kita semua.
Hiduplah bagaikan seorang musafir.

Apakah nikmat yang terbaik bagi kita hari ini?
Bukan wang.
Bukan rumah besar.
Bukan kereta yang banyak.
Bukan glamour.
Bukan wajah yang cantik.

Nikmat yang paling besar buat kita semua hari ini adalah kehidupan ini sendiri.

Kerana orang yang sudah mati sangat ingin kembali ke dunia (walaupun sekejap) hanya untuk berbuat amal dan kebaikan yang tidak sempat mereka lakukan selama hidup mereka.

Untuk itu...
Ucapkanlah Alhamdulillah.
Kerana kita semua masih bernyawa.
Dan selagi kita masih bernyawa,  selagi itulah ada harapan yang lebih baik untuk kita.

La Tahzan
Jangan menangis, Allah sayang.

Kredit : Penulis

Читать полностью…

Tarbiyyah Your Heart's

Tiada siapa pun nak stay kekal mcm diri dia sekarang. Semua nak jadi makin baik dan makin baik. Nak kepada Allah. Nak makin dekat dengan Allah. Nak buat semua perintah Allah. Nak ikut ajaran dan sunnah Rasulullah.

Yang dah berkelubong litup pon, nak perbaiki akhlak dan peribadi. Yang free hair nak pakai tudung. Yang buka aurat nak tutup aurat. Yang x solat nak solat. Yang solat lewat2 nak solat awal waktu. Yang jarang selawat nak perbanyak selawat. Semua nak hijrah ke arah lebih baik.

Fitrah, ini fitrah manusia. Suka sangat kepada kebaikan walaupun diri masih kekurangan.

Niat dan keinginan dah ada kat situ. Selalu terbit menjelma dalam hati sanubari. Itu tanda panggilan daripada Allah. Dengan seberapa daya sambutlah. Peluang dan ruang bukan selalunya terbuka. Jangan biar berlalu sia-sia.

Jalan mujahadah ni sangatlah berat. Lebih berat drpd besi berjuta tan metrik. Mintalah Allah bantu. Kita kan ada Allah. Sentiasalah bersama Allah. Sentiasa bersama Rasulullah. Kita tak akan mampu menjalaninya sendiri.

Wallahualam.

صلوا على النبي ,
اللهم صل على سيدنا محمد وعلى آل سيدنا محمد ﷺ

#tarbiahiman
#freegaza
#frrepalestine
#prayforrafah
#cnp

Читать полностью…

Tarbiyyah Your Heart's

https://youtu.be/hdpqUL8dGvY?si=ftCr3ODihn5WwO3F

Aku sangat terkejut tengok kisah ni.

Mereka secara terbuka bermaksiat demi mencari keduniaan.

Moga Allah lindungi kita dan keluarga kita dari maksiat seperti ini.

Moga Allah beri mereka hidayah untuk bertaubat.

@kisahtaubat

Читать полностью…

Tarbiyyah Your Heart's

Syeikh Izzuddin Al-Qassam Rahimahullah:

"Aku mempelajari ilmu aqidah selama 20 tahun dan mengajar ilmu aqidah selama 20 tahun pula. Ketika datang panggilan jihad aku terus menyertainya. Tapi baru mendengar bunyi-bunyi tembakan dan dentuman bom akulah orang pertama yang lari ke belakang.

Aku sedih dengan diriku sendiri! Aku adalah seorang yang dikenali alim tapi akulah yang pertama lari dari medan perang! Hilang semua apa yang aku ajarkan kepada manusia tentang aqidah, keyakinan dan keteguhan di jalan Allah!

Hinggalah suatu hari, aku dirikan solat sepanjang malam dan memohon kepada Allah agar dikurniakan keikhlasan dan keteguhan. Aku meminta keampunan atas apa yang telah aku lakukan ketika aku lari dari menghadapi musuh.

Akhirnya, aku berpeluang lagi menghadapi musuh dan melawan mereka seorang diri. Aku dapati ketika itu mereka pula lari, mereka tidak mampu berhadapan denganku!

Sejak itulah aku sedar bahawa; antara aku dengan Allah hanyalah iman dan takwa. Bukannya buku-buku atau pengajian-pengajian atau ilmu-ilmu agama yang aku miliki.

Sumber: Said Mokhtaar

======================

Nota: Tiada istilah terlambat, semua kita bermula dari zero.

Syeikh Izzuddin al-Qassam bermula dari ketakutannya menghadapi musuh. Hari ini delegasi mujahidin beliau sudah sekuat tentera negara.

t.me/gsppmalaysia

Читать полностью…

Tarbiyyah Your Heart's

KELEBIHAN SURAH AL MULK

1. Ada suatu surah dalam Al Quran yang terdiri dari tiga puluh ayat dan dapat memberi syafa’at bagi yang membacanya, sehingga dia diampuni, yaitu: surah Al Mulk. (HR. Tirmidzi, Abu Daud, Ibnu Majah dan Ahmad)

2. Surah Al Mulk adalah penghalang dan penyelamat yang menyelamatkan pembacanya dari seksa kubur. (HR. Tirmidzi)

3. Dahulu Nabi tidak tidur malam sebelum baginda SAW membaca surah As Sajdah dan surah Al Mulk. (HR. Tirmidzi)

4. Barangsiapa membaca surah Al Mulk setiap malam, maka Allah akan menghalanginya dari seksa kubur. Para sahabat di masa Rasulullah SAW menamakan surat tersebut “Al Mani’ah” (penghalang dari siksa kubur). (HR. An Nasai)

#tarbiahiman
#share

Читать полностью…

Tarbiyyah Your Heart's

DOA QUNUT NAZILAH MASYARAKAT ISLAM PALESTIN

اللَّهُمَّ اهْدِنَا فِيْمَنْ هَدَيْتَ، وَعَافِنَا فِيْمَنْ عَافَيْتَ، وَتَوَلَّنَا فِيْمَنْ تَوَلَّيْتَ، وَبَارِكْ لِي فِيْمَا أَعْطَيْتَ، وَقِنَا بِرَحْمَتِكَ شَرَّ مَا قَضَيْتَ، فَإِنَّكَ تَقْضِي وَلَا يُقْضَى عَلَيْكَ، وَإِنَّهُ لَا يَذِلُّ مَنْ وَالَيْتَ، وَلَا يَعِزُّ مَنْ عَادَيْتَ، تَبَارَكْتَ رَبَّنَا وَتَعَالَيْتَ، فَلَكَ الْحَمْدُ عَلَى مَا قَضَيْتَ، وَنَسْتَغْفِرُكَ وَنَتُوْبُ إِلَيْكَ،

اَللَّهُمَّ أَعِزَّ الْإسْلَامَ وَالْمُسْلِمِينَ، وَأَذِلَّ الشِّرْكَ وَالْمُشْرِكِيْنَ، وَدَمِّرْ أَعْدَاءَكَ أَعْدَاءَ الدِّيْنَ،

اَللَّهُمَّ انْصُرِ الْإسْلَامَ وَالْمُسْلِمِينَ وَالْمُسْتَضْعَفِينَ في فِلَسْطِين،
اَللَّهُمَّ انْصُرْ إخْوَانَنَا وَالْمُجَاهِدِيْنَ في فِلَسْطِين،
اَللَّهُمَّ انْصُرْ إخْوَانَنَا وَالْمُجَاهِدِيْنَ فِيْ كُلِّ مَكَانِ وَفِيْ كُلِّ زَمَانِ،

اَللَّهُمَّ اِنَّا نَجْعَلُكَ فى نُحُورِ أَعْدَاءِنَا و‌َ نَعُوذُ بِكَ مِنْ شُرُورِهِمْ، اَللَّهُمَّ بَدِّدْ شَمْلَهُمْ وَ فَرِّقْ جَمْعَهُمْ وَشَتِّتْ كَلِمَتَهُمْ وَزَلْزِلْ أَقْدَامَهُمْ وَسَلِّطْ عَلَيْهِمْ كَلْبًا مِنْ كِلاَبِك،َ يَا قَهَّار، يَا جَبَّار، يَا مُنْتَقِمْ، يَا الله، يَا الله، يَا الله.

اللهُمَّ يَا مُنْزِلَ الْكِتَابِ، وَيَا مُجْرِيَ السَّحَابِ، وَيَا هَازِمَ الْأَحْزَابِ، اِهْزِمْهُمْ وَاْنصُرْنَا عَلَيْهِمْ، يَا رَبَّ الْعَالَمِيْنَ,

وَصَلَّى اللَّه ُ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ النَبِيِّ الْاُمِّيِّىْ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ وَبَارَكَ وَسَلَّمَ.

Читать полностью…

Tarbiyyah Your Heart's

Moga tenang di sana anak2 syurga ❤️

Читать полностью…

Tarbiyyah Your Heart's

#Semoga bermanfaat semua ❤️
#Kdit kpd penulis asal.

@tarbiyahiman

Читать полностью…

Tarbiyyah Your Heart's

BERJASA mengecam keras pemimpin DAP, MCA dan GERAKAN yang biadap cuba menghalang program Minggu Solidariti Palestin anjuran Kementerian Pendidikan (KPM)

Ketua Penerangan BERJASA, Mohd Hamdan Mohd Sharif berkata, jika kalian tidak mampu untuk membantu atau sekurang-kurangnya bersimpati terhadap nasib rakyat Palestin yang dizalimi dan dinafikan hak asasi mereka, jangan cuba menjadi anjing-anjing yang menyokong Zionis Israel atau menghalang usaha untuk solidariti bersama Palestin.

Sumber: TV Pertiwi
t.me/hadispalestin

Читать полностью…

Tarbiyyah Your Heart's

Jom sumbang hari ini! Tak kisah berapa pun amaunnya. Yang penting ada sumbangan kita kepada tanah Palestin dan rakyatnya.

Jom!

bit.ly/save-alquds
bit.ly/save-alquds
bit.ly/save-alquds

Sumbangan ke akaun Maybank Save Al-Quds
550511620621

#YourHelpTheirFuture

Читать полностью…

Tarbiyyah Your Heart's

Genocide! 2913 kanak-kanak dibom oleh rejim teroris Israel setakat 27 Oktober.

Sumber: Kementerian Kesihatan Gaza

#taufanalaqsa #israhellcuak

Читать полностью…

Tarbiyyah Your Heart's

*AMAN PALESTIN SENTIASA KOMPETEN MENYALURKAN SUMBANGAN UNTUK PALESTIN, SYRIA & YAMAN* 🇵🇸🇲🇾

🔸 Selama 19 tahun Aman Palestin telah menabur bakti dalam mengumpulkan dana & menyalurkan dana untuk pembebasan Palestin dan bantuan kepada Syria & Yaman.

🔸 Kini, kami ingin membawa kepada anda kembali untuk melihat kejayaan projek sumbangan dalam skala kecil & besar yang telah dilaksanakan Aman Palestin dengan dana dari amanah para penyumbang Aman Palestin.

1. Pembinaan Sekolah Quran (Tahfiz) di Gaza (2018)
https://youtu.be/Rr1_aziofY4

2. Pembinaan Semula Sekolah Anak Yatim Dar el-Fadeelah (2018)
https://www.youtube.com/watch?v=KlYzwj_IU0w

3. Pembinaan Masjid terbesar di Gaza, Masjid as-Syafie (2019)
https://youtu.be/4NCc2njs8eQ

4. Pembinaan Telaga & Tangki air Syria (2021)
https://youtu.be/blpa_wJT6cM

5. Bantuan Kotak Makanan Ramadan Bersama (2022)
https://www.youtube.com/watch?v=mlGneHnm6GM

6. Perkembangan Pembinaan Hospital Aman Palestin, Gaza (Februari 2023)
https://www.youtube.com/watch?v=lZlcuJO4ODc

7. Bantuan Gempa Bumi Turki-Syria (2023)
https://www.youtube.com/watch?v=FBKKMpGAOZk

8. Bantuan Bread For Love (2023)
https://www.youtube.com/watch?v=-jC1_LWEMXk

9. Ibadah Korban di Palestin (2023)
https://www.youtube.com/watch?v=OnDrG_FuQag

10. Ibadah Korban di Yaman (2023)
https://www.youtube.com/watch?v=3aIRL1wL99g

11. Ibadah Korban di Syria (2023)
https://www.youtube.com/watch?v=tx1ED3-Y4-4

12. Sumbangan Awal Tabung Kecemasan Aqsa (2023)
https://www.youtube.com/watch?v=Vr_Nt2C-emE

❤️ *Kami mengucapkan Jutaan Terima Kasih kepada para penyumbang Aman Palestin yang tetap terus mempercayai Aman Palestin sebagai saluran sumbangan anda kepada saudara di Palestin, Syria & Yaman.*

❤️ Kami akan tetap teguh menyampaikan amanah sumbangan anda untuk membela nasib saudara kita yang dijajah & dizalimi di Palestin. Tidak dilupakan bantuan untuk saudara kita yang sangat memerlukan di Syria & Yaman.

Semoga amal kita diterima Allah SWT. Semoga kita menjadi pejuang yang membebaskan bumi Palestin. Aamiin Ya Rabbilamin🤲🏻

Boleh sebarkan kepada semua kenalan, rakan, group dan keluarga anda.

============================

🚨 BANTU SEGERA BEBASKAN BUMI PALESTIN MELALUI *TABUNG KECEMASAN AQSA RM10* melalui cara berikut:

1️⃣ Salurkan sumbangan ke akaun *Aman Palestin Berhad*:

🔸Bank Islam: 12029010047880
🔸Maybank: 562263010787
🔸CIMB: 8600460353
🔸Billplz: www.billplz.com/apsarawak
(Rujukan: Tabung Kecemasan Aqsa)

2️⃣ Hantar *resit transaksi* anda ke *whatsapp Pengurus Aman Palestin, En Azlan*:
+60194991610
+60194991610

3️⃣ *Sertakan maklumat berikut*:
Nama:
Emel:
Sumbangan: Tabung Kecemasan Aqsa

#AmanPalestin
#TaufanAlAqsa
#TaufanBangkitMenghancurkan

Читать полностью…

Tarbiyyah Your Heart's

Allahuakbar!! Semangat ini yg kita mahukan.. Berjuang di jalan Allah..

#taufanalaqsa #israelcuak

Читать полностью…

Tarbiyyah Your Heart's

Follow the Jubah Hitam Koyak channel on WhatsApp: https://whatsapp.com/channel/0029VaLmilcKAwEjDqXE2Y3i

Читать полностью…

Tarbiyyah Your Heart's

قال الشمس التبريزي:

حيثما وجدت سكينة روحك أقم، فذاك موطنك

"𝘋𝘪𝘮𝘢𝘯𝘢𝘱𝘶𝘯 𝘦𝘯𝘨𝘬𝘢𝘶 𝘮𝘦𝘯𝘦𝘮𝘶𝘬𝘢𝘯 𝘬𝘦𝘵𝘦𝘯𝘢𝘯𝘨𝘢𝘯 𝘫𝘪𝘸𝘢𝘮𝘶, 𝘔𝘦𝘯𝘦𝘵𝘢𝘱𝘭𝘢𝘩... 𝘒𝘢𝘳𝘦𝘯𝘢 𝘪𝘵𝘶 𝘢𝘥𝘢𝘭𝘢𝘩 𝘳𝘶𝘮𝘢𝘩𝘮𝘶."

Читать полностью…

Tarbiyyah Your Heart's

JAGA ASET KITA SATU-SATUNYA…

يجب أن نعلم أبناءنا ونحببهم في العلم وأن يعملوا بما تعلموا وأن يقدروا معلمهم ويحترموه ويحفظوا له مكانته لما يقدم لهم من علم. الإمام أبوحامد الغزالي رضي الله عنه

Al Imam Ghozali Ra berkata ;
Wajib bagi kita semua untuk mengajarkan ilmu kepada anak anak kita, menjadikan agar mereka menyenangi ilmu agama, membimbing mereka agara selalu mengamalkan ilmu yang diketahui, mengajarkan agar mereka meninggikan derajat, menghormati,
serta menjaga kehomatan mereka dari para pengajar ilmu agama,
karena para pengajar ilmu agama ini yang telah mengajarkan warisan Nabi SaW berupa ilmu agama.

Читать полностью…

Tarbiyyah Your Heart's

Mungkin ada yang lupa, semua perempuan adalah pejuang. Berjuang menjadi terbaik daripada kisah silam sendiri.

1. Ada yang berjuang memperelok akhlaknya, imannya dan juga rasa malu dalam dirinya. Hari-hari dia mencari ilmu untuk dijadikan panduan dalam hidup dia. Sungguh-sungguh dia mencari dan beramal.

2. Ada yang berjuang menjadi terbaik disisi orang tersayang. Setiap pagi dia berazam menjadi sesempurna mungkin pada mata yang dia sayang, ada ketika dia juga tercundang, sebab dia juga manusia yang ada kekurangan.

3. Ada yang sedang berjuang menjadi wanita yang digariskan Islam. Tutur katanya sopan, bicaranya kurang. Dia tak kejar apa itu FYP tapi yang dia kejar itu kedudukan dia disisi Ilahi.

4. Ada yang sedang berjuang memujuk hati yang dilukai. Putus cinta itu tak sakit wak, yang sakit itu putus tapi masih cinta. Erm.

Akhirnya kita akan faham,semua wanita adalah pejuang, jangan diremehkan ataupun direndahkan. Didiklah dia dengan agama, kerana dia akan terdidik dengan kelembutan.

Juga berjuang dengan 'cerita sendiri'.

#tarbiahiman
#copypaste

Читать полностью…

Tarbiyyah Your Heart's

Semuanya tersedia dengan ganjaran. Nabi ﷺ bersabda:

مَا يُصِيبُ الْمُسْلِمَ مِنْ نَصَبٍ وَلاَ وَصَبٍ وَلاَ هَمٍّ وَلاَ حُزْنٍ وَلاَ أَذًى وَلاَ غَمٍّ حَتَّى الشَّوْكَةِ يُشَاكُهَا ، إِلاَّ كَفَّرَ اللَّهُ بِهَا مِنْ خَطَايَاهُ

"Tidaklah ditimpa seseorang muslim itu sesuatu penyakit dan keletihan kegusaran dan kesedihan gangguan dan kesukaran, sekalipun duri yang melukainya melainkan dihapuskan Allah SWT akan kesalahan-kesalahannya." (HR Bukhari)

Bayangkan, duri yang kecil menembusi kulit kita pun adalah kebaikan, maka apatah lagi ujian kekeluargaan, ujian hubungan dengan kenalan, ujian rugi dalam perniagaan, ujian merasa sempit dengan dunia sekarang, mustahil itu semua tidak menjadi kebaikan buat kita.

#FawaidHadith

Читать полностью…

Tarbiyyah Your Heart's

Semoga bermanfaat 🕊

Читать полностью…

Tarbiyyah Your Heart's

Rugi lambat daftar. Apps Food Delivery diasaskan anak Malaysia 👍👍👍

Daftar je dulu, kemudian download apps Misi di playstore atau App Store (untuk iPhone)

Bila sudah daftar dan ada apps Misi dalam henfon, nanti nak order makanan kita akan nampak apps Misi, boleh terus order makanan Harga Kedai 👍

Klik link berikut untuk mendaftar sebagai pengguna Misi, daftar PERCUMA SAHAJA
https://misirakyat.com/?reg=qgt95d

Читать полностью…

Tarbiyyah Your Heart's

Palestine tetap selamanya ❤️

Читать полностью…

Tarbiyyah Your Heart's

SALAM JUMAAT!
Letss comment " 🍉❤️"

Tembikai digunakan sebagai simbol 🍉perlawanan bagi Palestine, kerana sejak tahun 1967 bendera Palestin di larang oleh isra*I. maka digunakanlah tembikai sebagai simbol, Kerana perpaduan dari warna yang ada di buah tembikai seperti Bendera Palestina, Merah, Hijau, Putih, Hitam. dan emoji diqunakan untuk menghindari shadow ban sosmed (mungkin ini hanya Al but...It is truly visible how happy they are, and cry remembering the suffering they feel every day)

#freepalestine #stopgenocide #palestinewillbefree #savepalestine

Читать полностью…

Tarbiyyah Your Heart's

“Kami juga ingin hidup seperti kanak-kanak lain… Kami hanya nampak kemusnahan, kami hanya nampak anggota badan ditimpa bawah runtuhan”

Ini antara mesej yang mahu disampaikan oleh seorang kanak-kanak Palestin kepada seluruh dunia.

Benarlah, mereka ini terlampau muda untuk mengalami trauma. Mereka tidak sama seperti kanak-kanak sebaya mereka. Semoga Allah sentiasa melindungi kanak-kanak di sana yang sentiasa menjadi mangsa pembunuhan rejim Zionis.

Читать полностью…

Tarbiyyah Your Heart's

Jika kalian tidak mampu untuk mengakhiri segala ketidakadilan yang berlaku, sekurang-kurangnya sebarkanlah kepada dunia tentang apa yang sedang berlaku.

Sumber: MEO

#IsraelCuak #TaufanalAqsa

Читать полностью…

Tarbiyyah Your Heart's

Teruskan berdoa utk saudara kita di sana.. Jgn lupakan mereka.. 

#taufanalaqsa #israhellcuak

Читать полностью…

Tarbiyyah Your Heart's

Nekad BOIKOT semaksima dan selama yang boleh. Yakin usaha ini pasti beri impak kepada kekuatan utama mereka. Saudara kita korban nyawa tiap saat disana, berdarah makin parah, kita hanya perlu korban rasa.

- Ustazah Asma' Harun

Читать полностью…

Tarbiyyah Your Heart's

Video yang menyentuh hati

Seorang bapa membacakan ayat suci Al-Quran surah Al-Fatihah demi menenangkan bayinya yang sedang dalam kesakitan disebabkan serangan rejim Zionis Laknatullah.

Allah… sayu rasa hati ni

#TerkiniPalestin

Читать полностью…

Tarbiyyah Your Heart's

Duhai anak Palestin
Kami berdosa pada mu
Kami hanya mampu berdoa
Kami hanya mampu membantu mu dari jauh
Wang,makanan dan pakaian.

Namun kami
tak mampu hilangkan kesejukan mu
tak mampu hilangkan kelaparan mu
tak mampu hilangkan kesedihan mu
tak mampu hilangkan kurungan mu
tak mampu membebaskan mu

Moga saatnya akan tiba
Kami yakin dgn janji Rasulullahﷺ


Ya الله Ampuni kami

•walid ibrahim Al malik

#taufanalaqsa #israelcuak

Читать полностью…
Subscribe to a channel