tarbiyyahhatiaawok | Unsorted

Telegram-канал tarbiyyahhatiaawok - Tarbiyyah Your Heart's

491

"Bila kita buat maksiat, hati kita akan jadi keras". "Keras untuk menangis, keras untuk menerima teguran. "Bila kita banyak ketawa, gelaplah hati kita.." "So..banyakkan tarbiyyahHATIaawok tu yupp.."

Subscribe to a channel

Tarbiyyah Your Heart's

[VIDEO] LAGU BUAT HAMAS
PEJUANG SEBENAR PALESTIN
🇵🇸

Tajuk: Hamas Buat Seluruh Palestin (حماس لكل فلسطين)
Artis: Wa3edband
Terjemahan: Ibrahim Azran

Hamas pejuang sebenar Palestin.
Hamas hero Palestin.

Sebarkan channel ini kepada semua.
t.me/beritaperangpalestin

#SebarkanKemenangan
#AkhiriPenjajahan

*admin tak dapat nak upload di Facebook, IG, Tiktok kerana dikhuatiri tak lepas. Tuan-tuan boleh cuba sebarkan jika boleh.

Читать полностью…

Tarbiyyah Your Heart's

۞ اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ ۞

Читать полностью…

Tarbiyyah Your Heart's

“Oleh kerana itu, tanah Palestin dan Syam adalah tanah Ribat, telah syahid di dalamnya 5,000 dari kalangan para Sahabat mulia, mereka bersemangat untuk membuka Baitul Maqdis dan membebaskannya daripada penindasan Rom. Para syuhada’ masih berguguran sampai hari ini, inilah tanah para syuhada’ dan tanah ribat.”

3. Anak kita berkata:

“Jadi, pentingnya Masjid al-Aqsa dan bumi Syam seperti pentingnya Haramain, Makkah dan Madinah?

Jawab:

“Ya, anakku. Allah S.W.T mengumpulkan keduanya dalam firman-Nya yang bermaksud, “Demi buah Tin dan buah Zaitun. Dan demi bukit Sinai. Dan demi kota Makkah ini yang aman.” (At-Tin: 1-3)

“Ibnu Abbas berkata: “At-Tin adalah negeri Syam, az-Zaitun negeri Palestin, bukit Sinai adalah gunung di mana Allah berbicara kepada Musa A.S di Mesir, dan al-Balad al-Amin adalah Makkah al-Mukarramah.”

“Allah S.W.T berfirman yang bermaksud: “Dan sungguh Kami telah tetapkan dalam kitab-kitab setelah dicatat di Lauh Mahfuzh bahawa bumi ini akan diwarisi oleh hamba-hambaku yang soleh.” (Al-Anbiya’: 105)

4. Anak kita berkata:

“Sekarang saya faham pentingnya Palestin dan Masjid al-Aqsa, sebagaimana saya faham bahawa solat di dalamnya dilipatgandakan menjadi 500 kali ganda, apakah ini benar?”

Jawab:

“Ya nak, itu benar, dan jangan kamu lupakan anak-anak Palestin dan penduduknya dari doamu. Semoga Allah memberkatimu nak.”

Semoga Allah sentiasa memberkati, merahmati dan melindungi saudara-saudara kita di Palestin. Amin Y.R.A.

Читать полностью…

Tarbiyyah Your Heart's

*🔴[ LIVE ]: TAZKIRAH JUMAAT, KHUTBAH DAN SOLAT JUMAAT*

Tazkirah Jumaat: "Rahsia Selawat" & Imam Jemputan,
Bersama al-Fadhil Ustaz Hj. Dzulkarnain Hamzah

Tajuk Khutbah: "Jauhi Zina, Pelihara Nasab"
Khatib: Ustaz Hj. Mohd Helmi bin Zakaria
Bilal: Kpl Abdul Hadi bin Mohd Tamezer

🗓 Jumaat, 6 Oktober 2023/ 20 Rabiulawal 1445H
Mulai 12.30 Tengah Hari.
Di Dewan Solat Masjid Bukit Aman/ Tonton secara langsung di Facebook & YouTube: Masjid Bukit Aman ⤵️

*Facebook* :
https://www.facebook.com/masjidbukitaman/videos/680870573979872/

*Youtube* :
https://www.youtube.com/live/hLNeH0YKkYg?si=akESVHyPuMl7_YYo

Читать полностью…

Tarbiyyah Your Heart's

Maulidurrasul dengan dalil yang nyata.pdf

Читать полностью…

Tarbiyyah Your Heart's

Jika anakmu nanti dipukul oleh temannya, maka jangan memerintahkan anakmu untuk langsung memaafkannya. Bahkan jika memungkinkan, ajari ia untuk membalasnya.

Agar dengan itu ia tidak tumbuh menjadi anak yang pengecut, dan ia bisa membela dirinya dengan kuat.

Setelahnya, baru ajari dia bahwa ada pilihan yang lebih baik, yakni memaafkan.

Jika sejak awal ia diajarkan untuk langsung memaafkan, tanpa diajari untuk membela diri, maka ia tidak akan tumbuh menjadi pribadi yang pemberani, dan kuat.

Pemaafan yang ia lakukan pun terjadi karena ia lemah, takut, dan terpaksa.

Berbeda halnya jika ia menjadi pemberani, namun pemaaf.

Ia memaafkan karena ia tahu, memaafkan adalah akhlak yang mulia, ketimbang melakukan pembalasan.

Ia yang tumbuh kuat, sangat mampu untuk membalasnya. Namun, ia juga berhati mulia, dan lebih memilih untuk memaafkan.

Читать полностью…

Tarbiyyah Your Heart's

15 MACAM QAUL DALAM FIQIH

Sesuai judul di atas, berikut kami paparkan secara singkat mengenai macam-macam Qaul dalam fiqih Islam. Simak selengkapnya:

1. QAUL QADIM
Qaul Qadim adalah pendapat imam Syafi'i sebelum hijrah ke Mesir, dan pendapat ini dianggap marjuh dan tidak boleh diamalkan kecuali dalam beberapa masalah.

2. QAUL JADID
Qaul Jadid adalah pendapat imam Syafi'i ketika berada di Mesir atau setelah hijrah dari Irak. Pendapat ini boleh diamalkan sebab dianggap Mu’tamad.

3. QAUL MU'TAMAD
Qaul Mu’tamad adalah pendapat yang disepakati oleh Imam An Nawawi dan Imam Rofi'i atau di tarjih (diunggulkan) oleh salah satu dari keduanya. Atau pendapat Imam Nawawi jika berbeda pendapat dengan Imam Rofi'i dan tidak ada murajjih atau tendensi penguat atau sama kuatnya.

4. QAUL MASYHUR
Qaul Masyhur adalah satu dari dua pendapat imam Syafi'i atau lebih yang berbeda, baik dari Qaul Qadim maupun Qaul Jadid, sementara pendapat yang lain dinilai lemah.

5. QAUL AZHAR
Qaul Azhar adalah atu dari dua pendapat imam Syafi'i atau lebih yang berbeda, baik dari Qaul Qodim maupun Qaul Jadid, sementara pendapat yang lain juga dinilai kuat.

6. QAUL MAZHAB
Qaul Mazhab adalah pendapat yang kuat yang mengisyaratkan terjadinya khilaf di kalangan ashab syafi’i dalam menyikapi pernyataan dua Qaul atau dua wajah dalam satu permasalahan. Sebagian masih memper-khilaf-kan apakah keduanya merupakan pendapat Imam Syafi’i atau ashab syafi’i terdahulu dan sebagian yang lain menegaskan salah satu dari keduanya. Sementara lawannya dianggap marjuh dan tidak boleh digunakan.

7. QAUL SAHIB
Qaul Sahib adalah pendapat yang kuat dari dua pendapatnya ashab syafi’i atau lebih, sementara muqabil (lawannya) dinilai kuat dan benar serta boleh digunakan.

8. QAUL ASHAH
Qaul Ashah adalah pendapat yang paling kuat dari dua pendapatnya ashab syafi’i atau lebih, sementara muqabil (lawannya) dinilai kuat dan benar serta boleh digunakan.

9. QAUL RAJIH
Qaul Rajih adalah pendapat yang kuat dalilnya. Ada kalanya lawannya lebih kuat atau tidak lebih dari sisi tidak sesuai dengan ijma', kaidah, nash atau qiyas jali.

10. QAUL MARJUH
Qaul Marjuh adalah muqabil atau lawan dari pada Qaul Rajih.

11. QAUL ARJAH
Qaul Arjah adalah pendapat yang keunggulannya lebih banyak dari yang lain.

12. QAUL AUJAH
Qaul Aujah adalah sinonim dari pada Qaul Azhar.

13. QAUL MUKHTAR
Qaul Mukhtar adalah pendapat yang digali dari dalil-dalil usul melalui ijtihad tanpa menukil dari sahib al-mazhab atau mujtahid dan dianggap keluar dari lingkup mazhab. Pendapat ini tidak bisa dijadikan pegangan kecuali kalau Qaul Mukhtar dalam kitab ar-Raudhah diartikan dengan Qaul Ashah selain masalah makruhnya air musyammas.

14. QAUL DHA'IF
Qaul Dha'if adalah pendapat yang lemah dalilnya.

15. QAUL FASID
Qaul Fasid adalah muqabil atau lawan dari Qaul Sahih.

Читать полностью…

Tarbiyyah Your Heart's

Sejujurnya.

Aku malu nak tulis untuk korang baca.

Ye la.

Kerana aku juga pendosa mungkin lebih teruk dari kalian.

Teruskan berjuang tau.

Ini je nak pesan.

@kisahtaubat

Читать полностью…

Tarbiyyah Your Heart's

PEMBAYARAN ZAKAT FITRAH SECARA ONLINE

Esok dah hari terakhir Ramadan. Jgn berlengah lg utk menunaikan zakat fitrah anda. PPZ-MAIWP telah memudahkan cara bayaran fitrah tahun ini. Click link di bawah 👇👇👇 atau scan QR code di poster.

https://e-fitrah.zakat.com.my/epayment?uid=58

Mohon dimajukan kepada kenalan / sedara mara bagi tujuan pembayaran zakat fitrah secara online. Terima kasih.

Читать полностью…

Tarbiyyah Your Heart's

Pembayaran Zakat Fitrah Secara Online di:

https://e-fitrah.zakat.com.my/epayment?uid=58

Читать полностью…

Tarbiyyah Your Heart's

🔴 *[ LIVE ]: PENGAJIAN KITAB AL-NUR AL-MUBIN (TAUHID), SAFINAH AL-NAJAH (FEQAH) & PENAWAR BAGI HATI (TASAWUF)*

Bersama:
Syeikh Hairul Nizam Mat Hussain al-Azhari
(Persatuan Ulama Malaysia, Cawangan Wilayah Persekutuan)

🗓️ Sabtu, 25 Februari 2023
(Setiap Bulan Hari Sabtu, Minggu Ke-2 & Ke-4)
⏰ 9.30 pagi - 12.30 tengah hari
Di Dewan Solat Masjid Bukit Aman Kuala Lumpur/

💻 Live Di Facebook Masjid Bukit Aman
https://www.facebook.com/masjidbukitaman/videos/5661816857278593/

💻 Live Di YouTube Masjid Bukit Aman:
https://www.youtube.com/live/Ybpg7tVX45k?feature=share

Читать полностью…

Tarbiyyah Your Heart's

‏يتحمّل رأس الرجال من الأعباء ما هو أعظم من الجبال. والأمانة لهم أثقل منها.

Di kepala lelaki ada beban yang lebih besar daripada gunung. Sedangkan amanah bagi mereka lebih berat darinya

Читать полностью…

Tarbiyyah Your Heart's

بالأدب تتفهم العلم، وبالعلم يصح لك العمل، وبالعمل تنال الحكمة، وبالحكمة تفهم الزهد، وبالزهد تترك الدنيا، وترغب في الآخرة، وبذلك تنال رضا الله تعالى.

📚 سير أعلام النبلاء، ج ١١ ، ص ١٥٤ 📚

Dari Syaikh-us Shūfiyyah al-Imām al-'Ārif Yūsuf bin al-Husain Ar-Rāziy rahimahuLlāh, beliau berkata:

"Dengan adab engkau akan memahami ilmu, dengan ilmu amalmu akan sah, dengan amal engkau akan memperoleh hikmah, dengan hikmah engkau bisa memahami zuhud, dengan zuhud engkau tinggalkan dunia dan cinta akhirat, dengan itu engkau akan meraih ridho Allah ta'ala."

Читать полностью…

Tarbiyyah Your Heart's

4 AMALAN RINGKAS YANG MEMBAWA KE SYURGA

1. Sebarkan salam. Ucapkanlah salam kepada sesiapa sahaja saudara muslim yang dikenali atau tidak. Salam adalah doa yang indah dan bermakna, serta membawa rahmat dari Allah.

2. Menyambung silaturrahim. Jalinkan hubungan baik dengan semua orang dengan rasa penuh kasih sayang kerana Allah taala. Menyambung silaturrahim juga meluaskan rezeki insyaAllah.

3. Memberi sedekah makanan. Memberi makan kepada orang lain adalah perbuatan yang amat mulia. Selalulah belanja ahli keluarga, kawan2, jiran2 makan, serta hulurkan bantuan makanan kepada mereka yang memerlukan.

4. Solat malam. Ibadah ini adalah tingkatan tertinggi bagi mukmin kerana ia amat sukar dilakukan secara istiqamah. Ganjaran solat malam sangat hebat hingga Allah juga turun di langit bumi untuk mendengar & mengabulkan doa2 mereka yang solat malam. MasyaAllah.

Dalil amalan2 hebat ini adalah hadis sahih berikut:
Dari ‘Abdullah bin Salâm, dia berkata: “Ketika Rasulullah ﷺ datang ke Madinah, orang-orang segera pergi menuju baginda ﷺ (kerana ingin melihatnya). Ada yang mengatakan: Rasulullah ﷺ telah datang. Lalu aku mendatanginya di tengah kerumunan banyak orang untuk melihatnya.
.
Ketika aku melihat wajah Rasulullah ﷺ, aku mengetahui bahawa wajahnya bukanlah wajah pembohong. Dan yang pertama kali baginda ucapkan adalah:
.
"Wahai sekalian manusia, sebarkanlah salam, berilah makan (kepada yang memerlukan), sambungkanlah silaturrahim, solatlah di waktu malam ketika manusia sedang tidur, nescaya kalian akan MASUK SYURGA DENGAN SELAMAT."
.
(HR Tirmizi. Hasan sahih)

▪️copy-paste
#tarbiahiman

Читать полностью…

Tarbiyyah Your Heart's

ٱللَّٰهُمَّ صَلِّ عَلَىٰ مُحَمَّدٍ وَعَلَىٰ آلِ مُحَمَّدٍ.. ❤️

Читать полностью…

Tarbiyyah Your Heart's

Momen ketika seorang doktor menyedari salah seorang mayat yang tiba di hospital merupakan bapanya

Читать полностью…

Tarbiyyah Your Heart's

Aamiin 🤲..
#taufanalaqsa
#freePalestin
#savePalestin

Читать полностью…

Tarbiyyah Your Heart's

Apabila anak kita bertanya mengenai Palestin, jawablah…

BILA anak bertanya, “Mengapa memberikan perhatian kepada Palestin dan selalu mengikuti isu semasa di Baitul Maqdis?”

Apa jawapan kita? Ceritakan kepada anak kita:

“Wahai anakku, sesungguhnya Palestin adalah…”

Tempat tinggal para Nabi:

Nabi kita Ibrahim A.S hijrah ke Palestin.

Nabi Lut A.S diselamatkan oleh Allah dari azab yang turun pada kaumnya menuju bumi yang diberkati, iaitu bumi Palestin.

Nabi Daud A.S tinggal di Palestin dan membangun mihrabnya.

Dan Nabi Sulaiman A.S memerintah seluruh dunia dari Palestin, kisahnya yang popular berkaitan semut yang berkata, “Hai semut, masuklah ke tempat tinggal kalian.” Tempat yang disebut dengan wadi an-Naml (lembah semut) itu terletak di Palestin dekat (‘Athqalan).

Di Palestin juga, terdapat mihrab Zakaria A.S, sebagaimana Musa A.S meminta kaumnya memasuki Bumi Muqaddasah, beliau menamakan dengan al-Muqaddasah, iaitu (suci) dari syirik, dan dijadikan tempat tinggal para Nabi.

Banyak mukjizat yang terjadi di dalamnya, di antaranya kelahiran Nabi ‘Isa A.S dari ibunya Maryam, seorang gadis tanpa suami, dan Allah mengangkatnya ketika Bani Israil sepakat untuk membunuhnya.

Di Palestin, Maryam menggoyang batang pohon kurma setelah kelahirannya dalam keadaan paling lemahnya wanita.

Termasuk tanda-tanda akhir zaman di Palestin, Nabi ‘Isa A.S akan turun di menara putih Syria, dan akan membunuh Dajal di gerbang Lod Palestin, serta banyak cerita lain yang pernah terjadi di Palestin, di antaranya kisah Talut dan Jalut.

1. Anak kita bertanya:

“Bagaimana dengan Nabi Muhammad S.A.W dan hubungannya dengan Palestin?”

Jawab:

“Dulu kiblat pada awal diperintahkannya solat adalah menghadap ke Palestin, dan ketika Nabi hijrah ke Madinah, Malaikat Jibril turun dan Baginda sedang solat, Jibril memerintahkan untuk mengubah kiblat dari Baitul Maqdis ke Makkah al-Mukarramah lalu masjid tempat Baginda solat dinamakan masjid Dzulqiblatain (dua kiblat).”

Demikian juga ketika Rasulullah S.A.W melakukan Isra’, Baginda pergi ke Baitul Maqdis sebelum Mi’raj ke langit. Inilah terminal pertama Baginda berhenti setelah berangkat dari Makkah sebelum menuju ke langit, dan Baginda menjadi imam solat para Nabi.

Abu Dzar R.A bertanya kepada Rasulullah: “Masjid mana yang pertama kali diletakkan oleh Allah di muka bumi?” Baginda menjawab, “Masjidil Haram.” Aku bertanya lagi, “Kemudian masjid mana?” Baginda menjawab, “Masjidil Aqsa.” Aku bertanya lagi, “Berapa jarak antara keduanya?” Baginda menjawab yang bermaksud, “Empat puluh tahun.” Kemudian Baginda bersabda yang bermaksud, “Di manapun solat menjumpaimu, maka solatlah dan bumi bagi kalian adalah masjid.”

“Wahai anakku, Apakah kamu tahu bahawa Abu Bakar as-Siddiq R.A meskipun sibuk dengan masalah kemurtadan orang-orang Arab di Jazirah Arab dengan menyediakan pasukan untuk memerangi mereka agar kembali kepada Islam yang benar, beliau tidak membatalkan pasukan yang diperintahkan Nabi untuk pergi ke Syam, meskipun memerlukan kekuatan untuk mengembalikan kestabilan Jazirah.

“Apakah kamu tahu masa keemasan penaklukan Islam di masa Umar al-Faruq R.A, beliau tidak pernah keluar dari Madinah untuk merayakan penaklukan (pembukaan) negeri kecuali Palestin, beliau pergi ke sana sendiri dan membukanya dengan damai, solat di dalamnya dan menerima kunci untuk menyelamatkan orang-orang Nasrani dari penindasan orang-orang Rom saat itu.

“Kemudian dibuka lagi oleh Salahuddin al-Ayyubi di hari bersejarah tahun 583 Hijrah hari Jumaat bertepatan dengan tanggal 27 Rajab, tanggal yang sama dengan malam Mi’rajnya Nabi ke langit melalui Baitul Maqdis. Ini merupakan fakta yang ajaib yang mana Allah memudahkan pengembalian al-Quds kepada pemiliknya sama seperti waktu Isra’ dan Mi’raj.”

2. Anak kita bertanya lagi:

“Kenapa dinamakan dengan Baitul Maqdis?”

Jawab:

“Nama ini telah ada sebelum turunnya al-Quran, ketika al-Quran diturunkan, ia disebut Masjid al-Aqsa, dan dinamakan Baitul Maqdis kerana kesuciannya yang istimewa.

Читать полностью…

Tarbiyyah Your Heart's

Minda Presiden PAS

UMAT ISLAM SEDANG DIRATAH

Kini, mereka menggunakan umat Islam yang berpecah kerana kejahilan agama yang masih berlaku. Wujudnya kumpulan tasahul (longgar pegangan agama) sehingga membawa fahaman liberal yang hanyut dan kumpulan tasyaddud (pelampau) yang tidak bertafaqquh (faham) akan cara pelaksanaan yang sebenar sehingga melampau dalam urusan agama.

Keadaan ini sekali gus menyebabkan pertembungan dalam satu umat yang mencetuskan perselisihan dan perang saudara. Bahkan, menjadi proksi peperangan yang sengaja dicetuskan di dalam negara umat Islam, yang berbeza dengan peperangan menentang penceroboh yang menjajah.

Rasulullah SAW juga pernah memberikan amaran dengan sabdanya:

‌لَا ‌تَرْجِعُوا ‌بَعْدِي ‌كُفَّارًا، يَضْرِبُ بَعْضُكُمْ رِقَابَ بَعْضٍ.

“Janganlah kamu kembali menyeleweng kepada kekufuran (jahiliah) selepas aku (wafat).” [Muttafaq ‘Alayh: Al-Bukhari, Sahih al-Bukhari, Kitab al-‘Ilm, No. 121, dan Muslim, Sahih Muslim, Kitab al-Iman, No. 65, daripada Jarir bin ‘Abdillah]

Kita dapat menyaksikan kewujudan parti-parti politik yang menjadi proksi kepada negara penjajah bagi mendapat kuasa dengan bantuan mereka secara terbuka dan tersembunyi.

Almarhum Hamka menyebut dalam Tafsir al-Azhar yang mentafsirkan firman Allah SWT:

﴿إِنَّ ٱلَّذِينَ فَرَّقُواْ دِينَهُمۡ وَكَانُواْ شِيَعٗا لَّسۡتَ مِنۡهُمۡ فِي شَيۡءٍۚ إِنَّمَآ أَمۡرُهُمۡ إِلَى ٱللَّهِ ثُمَّ يُنَبِّئُهُم بِمَا كَانُواْ يَفۡعَلُونَ ١٥٩﴾

“Sesungguhnya, orang-orang yang memecahbelahkan agama mereka dan mereka menjadi bergolongan, tidak ada sedikit pun tanggungjawabmu kepada mereka. Sesungguhnya, urusan mereka hanyalah terserah kepada Allah, kemudian Allah akan memberitahu mereka apa-apa yang telah mereka perbuat.” [Surah al-An‘am: 159]

Oleh kerana semua itu berlaku disebabkan kejahilan agama, maka perjuangan mengatasi kejahilan agama hendaklah diutamakan dengan gigih dan sabar. Khususnya, perjuangan terhadap kumpulan jahil murakab yang tidak sedar diri mereka itu jahil, sebaliknya merasakan diri mereka sangat bijak.

Читать полностью…

Tarbiyyah Your Heart's

Ada orang, dia dah biasa hidup senang, dia tak mahu makan nasi perangat. Dia nak makan nasi panas-panas yang baru dimasak saja. Nasi tak habis makan, dia buang sebab dia tak nak makan nasi perangat. Hidup dia dah biasa senang. Lebihan makanan pun dia buang-buang tanpa sedikit pun rasa sayang. Tanpa rasa bersalah. Nak makan makanan perangat? Tidak sama sekali.

Bagi orang yang dah biasa hidup susah ataupun dia dah pernah melalui kesusahan hidup , dia ada rasa sayang pada makanan. Makanan tu selagi boleh makan, dia makan sampai habis. Dia takkan buang. Sebab dia tahu dia bukan orang senang. Nak masak nasi contohnya, dia akan basuh beras banyak-banyak kali sebelum masak, supaya nasi tu tak cepat basi. Nasi tu walaupun dah 2, 3 hari masak tak basi. Dia perangat nasi tu. Dia makan sampai habis. Lauk pun sama. Lagi tak basi, dia perangat. Makan sampai habis.

Orang tua-tua dulu-dulu pesan jangan buang-buang nasi. Nanti nasi menangis.

Sekarang?

Beras mahal, orang susah yang banyak menangis.

Sedih baca luahan rakyat marhaen yang bersedih dengan kenaikan harga beras dan barang keperluan asas. Ada yang sampai makan bercatu. Anak-anak ramai. Mak ayah termenung depan rak beras tengok harga beras melambung tinggi. Iya hidup sekarang sangat keras. Lebih susah dari zaman PKP. Semua barang mahal. Dengan bil elektrik melambung. Sampai dah tak tahu nak jimat macam mana lagi. Duit yang ada untuk beli barang makan dan bayar bil-bil bulanan. Nak pi berjalan sana sini bercuti bawak family? Ramai yang dah tak mampu. Makan lagi penting dari pergi berjalan-jalan. Nak beli jajan anak pun sekarang berkira-kira. Nak beli beras, minyak masak, telur , ayam ke nak beli jajan?

Ke depan hari, ujian makin berat.
Macam-macam perancangan jahat depa sedang buat dan akan buat. Takpalah, depa merancang. ALLAH juga merancang. Sesungguhnya perancangan ALLAH itu yang terbaik.

Kita sebagai ummat akhir zaman, macam mana pun kita kena hadap jugak ujian-ujian ini selagi kita belum mati.

Jaga aqidah.
Jaga iman.
Jaga hati.
Jaga amalan.
Jaga lisan dan perkataan.
Jaga akhlak.

Istighfar dan Selawat biar banyak-banyak.

Jangan hidup bergantung dengan duit kerana hidupmu akan terasa sempit dan serba tak cukup. Natijahnya, tak habis-habis merungut.

Bergantunglah kepada ALLAH Yang Maha Kaya yang memberikan kecukupan kepadamu dengan cara-NYA. Kau hanya perlu taat pada-NYA, berusaha , dan berdoa. Kemudian serahkan segala urusan hidupmu untuk diuruskan oleh-NYA.

Alhamdulillah 'Ala Kulli Hal.

Wallahu'alam.
Semoga bermanfaat.

سُبْحَانَ اللهِ وَالْحَمْدُ ِللهِ وَ لآ إِلهَ إِلاَّ اللهُ وَاللهُ أَكْبَرُ

لَا حَوْلَ وَلَا قُوَّةَ إِلَّا بِٱللَّٰهِ ٱلْعَلِيِّ ٱلْعَظِيمِ‎

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَىٰ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَىٰ آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ
#yusnizayaziz
2 Rabiul Awwal 1445H
18 September 2023

Читать полностью…

Tarbiyyah Your Heart's

Mengapi-apikan manusia supaya bergaduh adalah perbuatan yang sangat tidak baik.

‎Nabi ﷺ sebut ini adalah golongan orang jahat :

‎المشاءون بالنميمة، المفرقون بين الأحبة، الباغون البراء العنت

‎“orang yang suka mengadu domba, memecahbelahkan orang yang berkasih sayang, orang yang mencacatkan manusia yang suci dengan kata-kata yang jahat. (HR Ahmad : 17998)

‎Ini suatu jejak kotor yang ditinggalkan oleh tokoh besar perosak agama pada zaman Nabi ﷺ, iaitu Abdullah Ibn Saba’. Maka jangan kita ikutinya. Kelak kita akan berpecah belah.

#FawaidHadith

Читать полностью…

Tarbiyyah Your Heart's

Ada yang cakap seks ni kotor.

Sebenarnya seks tak kotor.

Yang kotor adalah seks luar fitrah kejadian manusia. Zina, seks sejenis, seks dengan haiwan, rogol. Semua perbuatan untuk puaskan nafsu secara berlawan dengan Islam adalah salah.

Seks adalah fitrah.

Allah jadikan kita bernafsu sebab memang fitrah kita nak kepada lawan jantina.

Cuma kena ikut syariat yang Allah dah tetapkan.

Kena nikah.

Seks halal

Pahala dapat.

Hidup lebih tenang. Insya-Allah.

Ingat ni,
Ikut nafsu, lesu
Ikut rasa, binasa
Ikut iman, Insya-Allah selamat.

@kisahtaubat

Читать полностью…

Tarbiyyah Your Heart's

Ringgit Jatuh Nak buat apa?

Saya yakin dan percaya, pasti ramai antara kita yang tertanya akan hal ini.

Tipu kalau kita tidak merasa kesan kenaikkan harga barang terutama barang asas makanan akibat, tekanan ekonomi ini.

Kita sedia maklum ada benda yang berlaku di luar kawalan kita contohnya seperti kejatuhan ringgit ini. Kita boleh mengeluh, boleh marah kepada sesiapa sahaja yang kita nak. Masalah akar takkan terjawab dengan membawa emosi dalam tindakan kita.

Namun apa yang kita boleh kawal adalah tindakan kita untuk melindungi diri kita dari terus tertekan dan ditekan sebab akibat masalah ini.

Tidak dapat tidak, kita semua termasuk diri penulis sendiri perlu kembali kepada asas pengurusan kewangan yang sebenarnya.

1) Berbelanja ikut keperluan.
2) Bebelanja dibawah kemampuan. Contohnya: pendapatan RM2,000 berbelanja kurang dari ni.
3) Elakkan berhutang dengan pembiayaan peribadi atau kad kredit
4) menyimpan lebihan dan melabur di tempat yang betul, selamat dan patuh syariah.

Jadi, penulis ingin mengajak semua pembaca yang baca mesej ini untuk sertai link group private khas untuk anda sahaja.

/channel/kisahkewangan

Insya-Allah, ilmu yang akan kongsikan dalam group ini adalah praktikal.

Oh ye. Ada OFFER untuk yang buka akaun pelaburan patuh syariah dengan saya juga tau.

Tengok kat group tau kerana offer tamat 30/06/2023.

Wan Mohd Amir
Financial Consultant
#TSIGroup
#TheWan

Читать полностью…

Tarbiyyah Your Heart's

Di sisa hari-hari terakhir ini, ampunan-Mu yang kami harap

‎Kami tidaklah pandai meminta dan merayu pada-Mu ya Allah, tapi sungguh tidak ada yang kami minta kecuali keberkahan hidup dan pertolongan di hari hisab

‎اللَّهُمَّ إِنَّكَ عُفُوٌّ كَرِيمٌ تُحِبُّ الْعَفْوَ فَاعْفُ عَنِّي

Читать полностью…

Tarbiyyah Your Heart's

Mengapa kita mengusap wajah ketika membaca shalawat untuk Nabi Muhammad dan keluarganya ⁉️
💎💎💎💎💎💎

Rasulullah Saw bersabda :

انفخوا على ثيابكم وامسحوا بأَيديكم وهيَ على أبدانكم وأنتم تُصلّونَ على محمد وآله الطيبين، فإنما تنقى وتطهر وتبيض وتحسن وتزيل عنكم ضيق صدوركم.

"Tiup pakaianmu dan usaplah badanmu dengan tanganmu saat bershalawat untuk (Nabi) Muhammad dan keluarganya yang suci, karena sesungguhnya hal itu akan memperbaiki, mensucikan, dan memutihkan badan, dan menghilangkan kesumpekan dari dada kalian."

🔸 Sesungguhnya shalawat menyucikan hati kalian dari dendam, kesumpekan dan gangguan.

🔸 Menyucikan tubuh kalian dari dosa lebih sulit daripada penyucian pakaian kalian.

🔸Membasuh dosa dari gulungan kitab catatan amal kalian lebih baik dari membasuh kotoran dari pakaianmu.

🔸Dan jika penyinaran itu melipatgandakan catatan amal kebaikan yang ada di dalamnya, maka hal itu lebih baik daripada menerangi pakaian kalian.

📚(بحار الأنوار ج 91 ص 19 باب 28)

Читать полностью…

Tarbiyyah Your Heart's

💜💜💜💜💜💜

*HATI BERSIH HIDUP BAHAGIA*

1 . Jangan cari kesalahan orang. Kesalahan sendiri banyak pun kita tidak sadar .

2 . Jangan hina orang. Allah tidak pernah hina kita .

3 . Jangan buka aib orang. Allah simpan aib kita sampai hari akhirat .

4 . Jangan meremehkan orang. Allah hargai setiap usaha hambaNya.

5 . Jangan menjelek-jelekkan orang. Mana tau orang tersebut, yang akan menolong kita dalam kesusahan.

6 . Jangan sakitkan hati orang. Do'a orang yang teraniaya itu makbul.

7 . Jangan bangga dengan amal ibadah kita. Hanya Allah yang tahu amal tersebut diterima atau tidak.

8 . Jangan sombong dengan apa yang kita punya. Allah bisa mengambilnya kapan saja.

9 . Jangan bandingkan orang lain dengan kita. Allah memberi rezeki setiap orang itu berbeda.

10 . Jangan sedih dengan kekurangan kita. Allah tahu apa yang terbaik untuk hambaNya.

Pesan dari Al Alimul 'Allamah Al' Arifbillah As Syekh Maulana K.H. Muhammad Zaini Bin Abdul Ghani Al Banjari (Abah Guru Sekumpul) :

"Jangan pernah melihat dosa orang lain, lihatlah dosa sendiri."

"BUTAKAN matamu melihat aib orang lain, BUKAKAN mata hatimu melihat aibmu sendiri."

"Jangan pernah merasa lebih baik dari orang lain agar kita sibuk dalam memperbaiki diri sendiri."

Jika hati mencintai kebaikan, maka butalah hati itu jika tidak mencintai Rasulullah Sallallahu'Alaihi Wasallam.

Kerana Bagindalah insan terbaik dan paling banyak menabur kebaikan.

Jika hati mencintai keindahan, maka matilah hati itu jika tidak jatuh cinta kepada keindahan Rasulullah sallallahu'Alaihi Wasallam.

Senyuman, sapaan, teguran, bahkan marahnya sekalipun tetap indah..

يالله بالتوفيق حتى نفيق ونلحق الفريق⁣

Mudah-mudahan kita mendapat taufiq sehingga kita bisa di golongkan dengan orang-orang sholeh. Aamiin

SEMOGA BERMANFAAT

Читать полностью…

Tarbiyyah Your Heart's

“Belajarlah ilmu kerana untuk diamalkan. Bukan kerana untuk mencari duit dan bukan juga kerana mahu agar masyarakat bersalaman denganmu (kerana kemahsyuran dan tinggi kedudukanmu)”.
Habib Hasan Bin Abdullah Asy Syatiri

Читать полностью…

Tarbiyyah Your Heart's

Banyak yang harus di muhasabah..

Tentang solat yang masih belum bisa dikerjakan di awal waktu.

Tentang kurangnya berbakti kepada orang tua.

Tentang hati yang terkadang lalai mengingat-Nya .

Tentang buruknya diri ini dihadapan Rabb. Sedangkan dihadapan manusia kita begitu terkenal baik.

Yang aku takutkan ketika manusia mengenalku sebagai orang baik.

Namun dihadapan Rabb ku, itu semua tidak ada ertinya.

😭😢

#tarbiahiman

Читать полностью…

Tarbiyyah Your Heart's

ٱللَّٰهُمَّ صَلِّ عَلَىٰ مُحَمَّدٍ وَعَلَىٰ آلِ مُحَمَّدٍ.. ❤️

Читать полностью…

Tarbiyyah Your Heart's

Rupanya taubatku hanyalah sebatas lisan. Aku masih saja bermaksiat setelah memohon keampunan.

Terkadang aku termenung, agaknya bukan aku yang gagal, melainkan iman yang tak kunjung datang.

Allah.. Aku tak tahu apa jadi dengan diri ini andai Engkau berpaling? Solatku tak sekhusyuk dulu.

Zikirku juga tak sebanyak dulu. Tapi hatiku masih setia mengingikan rahmat dari-Mu.

▪️Copynpaste

#tarbihiman

Читать полностью…
Subscribe to a channel