Bersama ukhwah adanya iman dan taqwa. Dalam memilih sahabat kita hendaklah memilih sahabat yang baik agar segala matlamat dan hasrat untuk memperjuangkan Islam dapat dilaksanakan bersama-sama sahabat yang mulia. #salamUkhuwahFillahAbadanAbada
Saya pesan ini,
Untuk berjuta kali.
Khusus buat kalian wanita yang sunyi, sepi dan diuji.
Buat wanita yang terseksa hidup dengan seorang Lelaki.
1. Hiduplah bukan dengan pesan dan janji. Selagi kita hidup dengan 2 perkara ini, kita akan sakit setengah mati setiap hari. Hiduplah dengan bekal yang masih berbaki. Hiduplah demi anak-anak dan keluarga yang masih ada ini. Bukan hidup dengan acah-acah saya selalu disini, walau jauh tetap merindui, awak tiada rasa sunyi. Mohon meninggal dengan lelaki yang berjanji macam ni.
2. Biarpun tiada lagi lelaki disisi, fahamilah dalam hidup ini, Allah nak beritahu kita juga mampu sendiri. Asalkan Allah itu kita jadikan kekuatan setiap hari. Belajarlah dan bacalah kisah wanita zaman Rasulullah yang di uji, bagaimana mereka menguatkan hati. Cukuplah disakiti, jangan disakiti lagi perasaan dengan mengingati segala memori.
3. Seterdaya dan semampu, jika nak mengharap dan menunggu, biarlah ia bersama usaha dan doa yang berkali dan beribu. Usaha dengan membaikkan diri menjadi seindah isteri, dan berdoa agar hati lelaki itu di pulangkan kembali. Hamba itu, dia selalu berbaik sangka, dan berusaha untuk menjadikan apa yang disangka baik terjadi dengan izinnya.
4. Dalam waktu yang sakit ini, biarlah lelaki yang kita sayangi pergi. Biarlah dia mencari yang lebih baik lagi. Biarlah dia mencari hidup sendiri. Biarlah hidup kita yang kosong itu tidak terisi, tetapi ada Allah dan anak-anak yang menemani. Berilah ruang untuk kita dan dia memahami, apa erti cinta dan perkahwinan selama ini. Dia akan kembali, kerana tiada wanita sebaik isteri, iaitu diri anda sendiri.
5. Jangan cerita atau berkongsi soal hati dengan lelaki. Siapa pun lelaki itu, Ustaz ke,P.U ke, imam muda ke, atau Mufti kerana mereka semua lelaki. Lelaki yang selalu goyah saat di uji dengan wanita-wanita hari ini. Cerita dan kongsilah dengan rakan baik sebagai kekuatan, atau jika malu dengan keluarga dan sesiapa, Luahkanlah pada Allah yang Maha Mendengar setiap hari. Sekali lelaki mengetahui, kita akan di kejar setiap hari, konon mengubati tetapi hati itu akan diseksa lagi sampai setengah mati dengan tipu dan janji.
Saya cerita sebab saya Lelaki.
Lelaki realiti.
Lelaki yang diuji dan diuji berkali-kali dengan perkara yang paling diuji, iaitu WANITA YANG SUNYI.
Tolonglah jangan percayakan lelaki dalam hal hati, kecuali lelaki itu adalah suami anda sendiri.
Hati anda itu Milik Allah. Jika disakiti, pulangkan semula pada Allah kembali, bukan dikongsi dengan lelaki yang penuh dengan janji.
Maaf lelaki, kita perlu jadi baik, kerana dunia memerlukan lelaki yang baik hari ini.
Penulis asal: Abu Hurairah
#tarbiahimanSharing
Kegembiraan jelas terpancar pada muka Rami Sherida yang merupakan editor, memeluk anak perempuannya setelah dibebaskan dari penjara Zionis. Allahu Akbar! Allah masih memberinya peluang setelah empat tahun setengah dalam penjara.
#TerkiniPalestin #aqsasyarif
Sumber: Agensi Shehab
Kadang puas sikit fikir, celah mana lagi kita silap sampai rezeki kita susah nak lekat. Sembahyang jaga dah, sedekah pun dah buat, tolong kawan pun selalu.
Asyik sahaja rasa tak cukup. Rezeki tu nampak dah tapi tak sampai.
Rupanya selama ni kita selalu membazir makanan. Masak banyak makannya sikit, lebihnya buang. Beli terlebih, terbiar sampai basi. Buang juga akhirnya.
Hal yang kecil, kita pandang remeh kadang boleh jadi faktor besar dalam soal rezeki dan berkat.
Tuhan pesan dalam al-Quran membazir itu saudara kepada syaitan kan?
Maka, berpadalah masa ambil makanan. Punyalah banyak makan terbuang daripada kita ni.
Moga selepas ini, urusan rezeki kita dimudahkan. Amin.
Itulah.
Jadi bermula ramadan tahun ini berhati hati ya masa membeli makanan. Biasalah bila puasa ni rasa mampu je nak makan 10 juadah sekali harung.
Bila dah azan maghrib, berbuka sikit dah kenyang. Berkat ramadan kan begitu.
Sudahnya makanan banyak terbuang. Membazir. Dekat situ nanti takut rezeki kita tersekat.
— The Solusi
🚨 BANTUAN KECEMASAN AQSA
bit.ly/kecemasanaqsa2023
Perdana Menteri Malaysia, Anwar Ibrahim menentang kekejaman Israel berikutan serangan kejam mereka ke atas Masjid Al-Aqsa Baitulmaqdis dan jemaah Palestin.
Sumber : Al Quds
Mata yang selalu melihat maksiat adakah mampu melihat syurga saat nyawa berada di kerongkongnya?
Lisan yang selalu mengumpat dan mencaci maki, adakah mampu menyebut nama Allah di akhir usianya nanti?
Sungguh, kita akan mati dengan cara yang kita pilih untuk hidup. Maka, pilihlah jalan kehidupan yang baik, jalan mentaati syariat dan jalan melazimi taubat.
Semoga dengan azam dan mujahadah, kita akan beroleh husnul khatimah.
#BondaNor
#tarbiahimanSharing
Jika rasa putus harapan nak berdoa itu kerana sangkaan bahawa Allah tidak memaqbulkan doa, maka janganlah merasakan begitu.
Allah maqbulkan dan kurniakan atas apa yang kita perlu, bukan apa yang kita mahu semata, kerana Dia Yang Maha Mengetahui.
Allah Maha Tahu bilakah sesuai untuk kita mendapat sesuatu pada waktu yang tertentu.
Jika tidak dimaqbulkan doa kita itu di dunia, ketahuilah bahawa doa kita diganti dengan suatu yang kita tidak sangkakan di akhirat.
ٱللَّٰهُمَّ صَلِّ عَلَىٰ مُحَمَّدٍ وَعَلَىٰ آلِ مُحَمَّدٍ.. ❤️
Читать полностью…Sendiri itu lebih baik dari berteman.
-Fl22
#tarbiahiman
⏰ Jadual Waktu Solat Hari Ini ⏰
📍 Gombak, Petaling, Sepang, Hulu Langat, Hulu Selangor, Rawang, S.Alam (Selangor)
🗓 Ahad, 25/12/2022
🌟 1 Jamadil Akhir 1444H
🌥 Imsak : 05:53
⛅️ Subuh : 06:03
🌤 Syuruk : 07:15
🌞 Zohor : 13:16
☀️ Asar : 16:38
🌙 Maghrib : 19:13
⭐️ Isyak : 20:28
ٱللَّٰهُمَّ صَلِّ عَلَىٰ مُحَمَّدٍ وَعَلَىٰ آلِ مُحَمَّدٍ.. ❤️
Читать полностью…assalamualaikum dan selamat pagi semoga para pejuang palestine dilindungi ALLH S.W.T
Читать полностью…Di sisa hari-hari terakhir ini, ampunan-Mu yang kami harap
Kami tidaklah pandai meminta dan merayu pada-Mu ya Allah, tapi sungguh tidak ada yang kami minta kecuali keberkahan hidup dan pertolongan di hari hisab
اللَّهُمَّ إِنَّكَ عُفُوٌّ كَرِيمٌ تُحِبُّ الْعَفْوَ فَاعْفُ عَنِّي
"Tunggu seru nanti saya tutup aurat."
"Biasalah iman naik dan turun, takpelah nanti saya berubah."
Iman ni bukan tunggu tiba-tiba nanti Iman kuat lah,
Tak...
Nak tingkat kan Iman perlu kepada usaha, paksa untuk beribadah sampai 'rasa' dalam hati. Paksa diri tutup aurat sampai 'rasa' dalam hati.
Nak charge phone pon kena ada charger, inikan pula nak tingkatkan Iman mestilah kena ada USAHA.
Teruskan USAHA okey🤍
RAMADHAN
✨Separuh darinya telah lewat dan separuh sisanya adalah emas✨
Rahsia kita dengan Allah
Jika boleh, kita cuba usahakan untuk buat amal soleh yang hanya Allah dan kita sahaja yang tahu.
al-Zubair bin Awwam menyatakan :
من استطاع منكم أن يكون له خبء من عمل صالح فليفعل
"Sesiapa yang mampu melakukan amal soleh secara sembunyi, maka lakukanlah"
Biarlah ada kerja baik yang tidak ditunjukkan kepada orang lain, jadikannya istimewa dan tulus kepada Allah.
Inilah galakan para sahabat, tabi'in dan para ulama'.
#tarbiahimanSharing
“Semuanya demi Al-Aqsa.”
Pemuda Palestin, Maher Hijazi, bercerita tentang kejadian yang berlaku semasa dia sedang I’tikaf di musolla Al-Qibli di Masjid Al-Aqsa.
Sedih tengok kepala dia berbalut 😢
Sumber: Shehab News
ٱللَّٰهُمَّ صَلِّ عَلَىٰ مُحَمَّدٍ وَعَلَىٰ آلِ مُحَمَّدٍ.. ❤️
Читать полностью…Tiada istilah terlambat untuk kita berubah. Sungguh.
Siapapun kita pada masa lalu, itu sudah jadi sejarah untuk dikenang bukan diulang. Pengalaman masa lalu untuk kita ambil pengajaran bukan semata untuk dikesalkan.
Berapa pun umur kita sekarang bukan alasan, kita tidak terlalu muda untuk berubah kerana mati itu tidak kenal usia, kita juga tidak terlalu tua untuk 'kembali' kerana syurga itu memasukinya tidak ada had umur tapi amalan yang diukur.
Berubah itu pilihan. Kita yang memilih untuk terus berjuang atau terus mencipta alasan.
Pesan dia.
"Tiada siapa yang boleh ubah kita, melainkan kita yang memilih untuk berubah."
Berilah peluang kepada diri sendiri berubah untuk Rabbi.(Tuhan kita)
Afifah Alwi
#tarbiahimanSharing
ٱللَّٰهُمَّ صَلِّ عَلَىٰ مُحَمَّدٍ وَعَلَىٰ آلِ مُحَمَّدٍ.. ❤️
Читать полностью…ٱللَّٰهُمَّ صَلِّ عَلَىٰ مُحَمَّدٍ وَعَلَىٰ آلِ مُحَمَّدٍ.. ❤️
Читать полностью…Penjajah Zionis membunuh seorang pemain bola sepak Palestin, Ahmad Daraghmeh, dengan peluru hidup senapang tepat.
Allahu Akbar. Semoga roh arwah diberikan rahmat dan diletakkan dalam kalangan orang yang soleh.
Lihat gambar sebenar beliau di komen.
#aqsasyarif
ٱللَّٰهُمَّ صَلِّ عَلَىٰ مُحَمَّدٍ وَعَلَىٰ آلِ مُحَمَّدٍ.. ❤️
Читать полностью…Banyak yang harus di muhasabah..
Tentang solat yang masih belum bisa dikerjakan di awal waktu.
Tentang kurangnya berbakti kepada orang tua.
Tentang hati yang terkadang lalai mengingat-Nya .
Tentang buruknya diri ini dihadapan Rabb. Sedangkan dihadapan manusia kita begitu terkenal baik.
Yang aku takutkan ketika manusia mengenalku sebagai orang baik.
Namun dihadapan Rabb ku, itu semua tidak ada ertinya.
😭😢
#tarbiahiman
Ma qaddarallah khair.. Apa yg Allah takdirkan itu baik belaka.. 🥹🤍
-Fl22
#tarbiahiman