Oleh Ustaz Muhamad Naim Haji Hashim
*SEDEKAH JUMAAT: WAQAF KARPET BARU SURAU AL-FIRDAUS, KG KOLAM, ATAS TOL, KUALA TERENGGANU*
Klik dan sumbang :
https://toyyibpay.com/WAQAF-KARPET-SURAU-ALFIRDAUS
Assalamualaikum wbt para penyumbang budiman sekalian.
Surau al-Firdaus telah dibina sejak tahun 1958 dan sebuah surau yang berdaftar dengan Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu dengan (No. Pendaftaran JHEAT 02-016/1/174) dan menjadi pusat utama ibadah serta aktiviti bagi penduduk setempat.
Sehubungan itu, pihak Jawatankuasa Surau bercadang untuk melakukan penambahbaikan luaran dan dalaman surau agar dapat memberi keselesaan kepada para jemaah ketika menunaikan solat berjemaah dan mengimarahkan majlis-majlis kerohanian di Surau al-Firdaus.
Antara penambahbaikan yang akan dilaksanakan untuk keselesaan para jemaah di bahagian dalaman surau ialah menukar karpet lama yang agak usang. Karpet yang digunakan sekarang telah berusia lebih 15 tahun dan sudah nipis serta tidak lagi selesa digunakan. Maka karpet lama tersebut perlu diganti dengan pemasangan karpet baru yang lebih selesa dan kondusif. Keluasan karpet Surau al-Firdaus ialah 1,203 kaki persegi.
*KOS DIPERLUKAN: RM8048.00*
*Untuk info, kos keseluruhan karpet sekitar RM19,248.00. Alhamdulillah pihak surau telah berjaya mengumpul RM11,200 dan diperlukan lagi RM8048.00*
Pihak pengurusan Surau al-Firdaus memohon jasa baik Geng Talaqqi untuk bersama-sama dalam projek kebajikan ini agar penambahbaikan dalaman Surau al-Firdaus ini terlaksana dengan jayanya.
*Bersempena berada dihari yang penuh barakah serta menjanjikan ganjaran pahala yang luar biasa lumayan, maka Geng Talaqqi membuka ruang dan peluang untuk kita semua merebut pahala lumayan waqaf karpet Surau al-Firdaus, Kg Kolam, Atas Tol, Kuala Terengganu*
Jom kita sama-sama membantu menyumbang untuk penyediaan karpet baru agar lebih selesa untuk kegunaan para ahli jemaah surau tersebut.
Jazakumullahu khairan kathira. Semoga dimurahkan rezeki dan diselamatkan kita daripada azab neraka. Aamiiin.
*Wakaf karpet ruang solat mampu mengalirkan pahala pada sesiapa yang berniat untuk kebajikan, yakni hanya kerana mencari keredhaan Allah. InsyaAllah setiap hari dan setiap waktu para jemaah akan menggunakan karpet yang kita wakafkan ini.. Pahala terus mengalir dalam akaun kita setiap hari meskipun kita berada jauh ratusan kilometer dari surau tersebut. Allahuakbar!!*
____
*JOM REBUT PELUANG KEEMASAN INI. SUMBANGAN BOLEH DISALURKAN KE AKAUN TOYYIP PAY:*
https://toyyibpay.com/WAQAF-KARPET-SURAU-ALFIRDAUS
*Atau terus ke akaun:*
*Pertubuhan Kebajikan Ilmu dan Amal Selangor
*Maybank_5629_9101_9074
*Cimb_8604_7707_81
*Remark: Waqaf Karpet Surau Al-Firdaus
*SMS/Whatsapp slip/bukti sumbangan kepada:*
📲Ust Naim: http://www.wasap.my/60196023803/WaqafKarpetSurauAlFirdaus
📲Tn Abu Umar: http://www.wasap.my/60193113501/WaqafKarpetSurauAlFirdaus
📲Tn Akmalizan: http://www.wasap.my/60172722696/WaqafKarpetSurauAlFirdaus
📲Puan Zarina: http://www.wasap.my/60193223501/WaqafKarpetSurauAlFirdaus
*ANDA HULUR, KAMI SALUR*
☆Tadabbur Kalamullah 14 Muharram 1447H☆
وَلِكُلِّ أُمَّةٍ أَجَلٌ ۖ فَإِذَا جَاءَ أَجَلُهُمْ لَا يَسْتَأْخِرُونَ سَاعَةً ۖ وَلَا يَسْتَقْدِمُونَ
"Dan bagi tiap-tiap umat ada tempoh (yang telah ditetapkan). Maka apabila datang tempohnya, tidak dapat mereka kemudiankan dan tidak pula dapat mereka dahulukan walau sesaat pun" [Surah al-A’raf 34]
#Mati merupakan satu perkara yang pasti terjadi bagi setiap makhluk yang bernyawa. Ini sebagaimana yang telah dinyatakan oleh Allah swt dalam ayat diatas secara jelas bahawa kematian itu akan datang kepada manusia dan ia tidak akan cepat atau lambat walau sesaat. Sampai ajal, pasti mati.
#Syeikh az-Zuhaili rahimahullah ketika menafsirkan ayat ini mengatakan setiap umat daripada umat-umat yang ada dan begitu juga setiap generasi daripada generasi-generasi yang ada mempunyai ketetapan umur yang tertentu sebagaimana yang ada di dalam ilmu Allah swt. Apabila ketetapan umur tersebut telah sampai ke penghujungnya, maka akan terputuslah kehidupannya dan dia akan mula berpisah dengan dunia tanpa cepat atau lambat walau sesaat pun. (Lihat: Tafsir al-Wasit)
#Daripada Sayidina Anas bin Malik r.a, bahawa Nabi saw bersabda:
إِنَّ مِنْ أَمَارَاتِ السَّاعَةِ ... وَأَنْ يَظْهَرَ مَوْتُ الْفَجْأَةِ
"Sesungguhnya di antara tanda Kiamat… akan banyak berlakunya kematian secara mengejut" (HR at-Tabrani)
#Menurut Syeikh Yusuf al-Wabil di dalam kitabnya, kejadian ini sudah dapat disaksikan pada waktu ini di mana banyak terjadi kematian yang mendadak kepada manusia. Seakan-akan kita menyaksikan seseorang yang dilihat sihat atau segar, tiba-tiba dia mati secara mendadak (atau tanpa disangka-sangka) yang sekarang boleh ditafsirkan seperti seseorang yang terkena serangan jantung. (Lihat: Ashrat as-Sa’ah)
#Imam Khatib al-Baghdadi ada menukilkan satu kata-kata yang pernah diucapkan oleh Abu Abdullah Ahmad bin Ayyub:
اغْتَنِمْ فِي الْفَرَاغِ فَضْلَ رُكُوعٍ ... فَعَسَى أَنْ يَكُونَ مَوْتُكَ بَغْتَةْ
كَمْ صَحِيحٌ رَأَيْتُ مِنَ غَيْرِ سُقْمٍ ... ذَهَبَتْ نَفْسُهُ الصَّحِيحَةُ فَلْتَةْ
"Peliharalah keutamaan ruku’mu pada waktu lapang, disebabkan kematian boleh datang kepada kamu secara tiba-tiba, betapa ramai orang yang sihat dan tidak sakit, dirinya boleh pergi dalam keadaan yang sihat secara tiba-tiba" (Lihat: Iqtidha’ al-‘Ilm al-‘Amal)
#Saban hari kita dikejutkan dengan berita kematian mengejut samada dikalangan adik beradik kita, atau rakan-rakan atau jiran tetangga. Sesungguhnya kematian itu datang tanpa disangka-sangka.
#Bersabarlah wahai insan yang kehilangan insan yang tercinta. Rasulullah saw pernah bersabda:
إِنَّ لِلَّهِ مَا أَخَذَ، وَلَهُ مَا أَعْطَى، وَكُلٌّ إِلَى أَجَلٍ مُسَمًّى، فَلْتَصْبِرْ وَلْتَحْتَسِبْ
"Sesungguhnya milik Allahlah apa yang Dia ambil, milikNya jualah apa yang Dia beri. Setiap perkara itu sehingga tempoh waktu yang ditetapkan. Bersabar dan mengharaplah pahala Allah" (Sahih al-Bukhari)
♡Maka menjadi kewajipan ke atas kita semua untuk sentiasa bersedia pada bila-bila masa untuk bertemu dengan Allah swt dengan cara meningkatkan serta mempersiapkan sebanyak-banyaknya amal soleh dan amal kebaikan. Moga kita semua beroleh husnul khatimah. Aamiiin♡
🐊Ust Naim
*Telegram Channel*
Klik link ini untuk join:
http://bit.ly/tadabburkalamullah
*Facebook Page:*
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah
☆Tadabbur Kalamullah 12 Muharram 1447H☆
إِنَّا نَحۡنُ نُحۡیِ ٱلۡمَوۡتَىٰ وَنَكۡتُبُ مَا قَدَّمُوا۟ وَءَاثَـٰرَهُمۡۚ وَكُلَّ شَیۡءٍ أَحۡصَیۡنَـٰهُ فِیۤ إِمَامࣲ مُّبِینࣲ
"Sesungguhnya Kami menghidupkan orang-orang yang mati, dan Kami tuliskan segala yang mereka telah kerjakan serta segala kesan perkataan dan perbuatan yang mereka tinggalkan. Dan (ingatlah) tiap-tiap sesuatu kami catitkan satu persatu dalam Kitab (ibu Suratan) yang jelas nyata" [Surah Yā-Sīn 12]
#Dari segi bahasa, tiga kali ayat ini sebut perkataan ‘Kami’. إِنَّا – نَحْنُ – نُحْيِي – ketiga-tiganya bermakna ‘Kami’. Ini menunjukkan tiga kali Allah swt beri penekanan bahawa Allah swt sahaja yang menghidupkan yang mati. Tidak ada entiti yang lain yang boleh menghidupkan makhluk. Allah swt hendak menegaskan kuasaNya di dalam ayat ini.
#Ayat ini hendak menegaskan bahawa akan ada kehidupan dan pembalasan selepas mati. Allah swt akan menghidupkan kembali mereka yang telah mati. Ini ditegaskan kerana Musyirikin Mekah tidak dapat menerima bahawa akan ada kehidupan selepas mati. Mereka tidak dapat menerima bahawa mereka akan dihidupkan kembali selepas mereka sudah menjadi tulang belulang. Itu adalah ketidakpercayaan mereka yang utama.
#Perkara kedua yang golongan Musyrikin Mekah tidak dapat terima ialah bagaimana Allah swt hendak balas perbuatan manusia itu? Banyak sangat benda yang mereka telah lakukan, semenjak kecil sampailah ke tua; kemudian ada ramai orang dalam dunia ini? Bagaimana Allah swt boleh tahu apa yang mereka lakukan? Mereka menggunakan akal mereka yang sempit dan pemikiran mereka tidak dapat menerima bahawa perkara itu bakal berlaku.
#Maka Allah swt jawab dalam ayat ini. Allah swt akan menulis perbuatan manusia itu dan kesannya sekali. Ini kerana setiap perbuatan kita ada kesannya, sama ada baik ataupun tidak. Contohnya, apabila seseorang menderma untuk membina sebuah masjid, ada kesan yang ditinggalkan. Kesan baik itu pun Allah swt akan tulis juga.
#Perkara yang nampak kecil seperti kesan tapak kaki ke masjid juga akan ditulis. Sentiasa dihantar pahala kepadanya apabila dia tiada lagi. Akan tetapi seandainya dibina sebuah pusat judi, disko, pusat pelacuran maka dosa pulalah yang sentiasa dihantar kepadanya setiap kali ada orang berhibur dan bermaksiat di situ.
#Oleh itu, lakukanlah kebaikan dan amal ketaatan. Ini kerana apabila seseorang itu melakukan kebaikan, segala perkara yang berkaitan dengannya akan ditulis juga. Contohnya, wang dibelanjakan untuk melakukan kebaikan itu, masa yang diluangkan, semuanya akan ditulis. Termasuk dengan kesan perbuatan itu. Contohnya, apabila seseorang itu meluangkan masa untuk belajar pada malam hari dan esoknya dia akan kepenatan dan mengantuk, itu pun akan ditulis juga, kalau dia menaiki kereta, duit minyak kenderaan pun akan dikira sebagai pahala juga, sekiranya dia dimarahi kerana menyampaikan kebenaran dan dia bersabar, kesabaran itu juga menjadi pahala untuknya.
#Daripada Sayidina Jabir bin Abdullah r.huma berkata: “Di sekitar masjid ada beberapa bidang tanah yang masih kosong, maka Bani Salamah berhasrat untuk pindah berdekatan masjid. Ketika berita ini sampai ke telinga Rasulullah saw, baginda bersabda: “Telah sampai berita kepadaku bahawa kalian ingin pindah berdekatan masjid”. Mereka menjawab: “Benar wahai Rasulullah, kami memang ingin seperti itu”. Baginda lalu bersabda: “Wahai Bani Salamah, pertahankanlah rumah kalian, sebab setiap langkah kalian akan dicatat, pertahankanlah rumah kalian, sebab setiap langkah kalian akan dicatat" (HR Muslim)
♡Lakukan segala kebaikan didunia ini, kerana semuanya akan dicatat oleh malaikat dan akan dipersoal dlserta diminta pertanggungjawapan di Akhirat kelak♡
🐊Ust Naim
*Telegram Channel*
Klik link ini untuk join:
http://bit.ly/tadabburkalamullah
*Facebook Page:*
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah
☆Tadabbur Kalamullah 10 Muharram 1447H☆
وَٱلسَّـٰبِقُونَ ٱلۡأَوَّلُونَ مِنَ ٱلۡمُهَـٰجِرِینَ وَٱلۡأَنصَارِ وَٱلَّذِینَ ٱتَّبَعُوهُم بِإِحۡسَـٰنࣲ رَّضِیَ ٱللَّهُ عَنۡهُمۡ وَرَضُوا۟ عَنۡهُ وَأَعَدَّ لَهُمۡ جَنَّـٰتࣲ تَجۡرِی تَحۡتَهَا ٱلۡأَنۡهَـٰرُ خَـٰلِدِینَ فِیهَاۤ أَبَدࣰاۚ ذَ ٰلِكَ ٱلۡفَوۡزُ ٱلۡعَظِیمُ
"Dan orang-orang yang terdahulu - yang mula-mula (berhijrah dan memberi bantuan) dari orang-orang "Muhajirin" dan "Ansar", dan orang-orang yang menurut (jejak langkah) mereka dengan kebaikan (iman dan taat), Allah reda akan mereka dan mereka pula reda akan Dia, serta Ia menyediakan untuk mereka Syurga-syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, mereka kekal di dalamnya selama-lamanya; itulah kemenangan yang besar" [Surah at-Tawbah 100]
#Dalam ayat ini, Allah swt memperkatakan tentang 3 golongan di kalangan orang Mukmin. Mereka adalah insan yang paling hebat yang tidak dipertikaikan lagi, iaitu golongan yang mula-mula menjadi anak murid Nabi saw (السّابِقونَ).
#Golongan pertama adalah dari Mekah dan golongan kedua adalah dari Madinah. Merekalah yang mula-mula masuk Islam dalam kalangan Muhajirin dan mula-mula masuk Islam daripada kalangan Ansar. Waktu itu belum ada orang lain yang masuk Islam, merekalah yang mula-mula memeluk Islam. Merekalah orang terawal yang benar-benar mendekatkan diri kepada Allah swt. Merekalah yang mula belajar al-Quran, tauhid, beriman dengan Nabi, sebelum orang lain lagi.
#Allah swt tidak sebut ‘orang Mekah’ dan ‘orang Madinah’ sebaliknya menggunakan gelaran Muhajirin dan Ansar. Ini adalah kerana kelebihan mereka itu bukan terletak pada tempat asal mereka. Memang bukan tempat yang penting, tetapi hebatnya mereka adalah kerana sifat mereka. Kerana sifat mereka itulah yang meninggikan kedudukan mereka di sisi Allah swt.
#Satu pihak (iaitu Muhajirin) mereka sanggup berhijrah ke Madinah demi menjaga agama mereka dan satu pihak pula (Ansar) sanggup menerima dan membantu golongan yang berhijrah itu. Mereka tegakkan tauhid supaya orang lain pun kenal Allah swt juga. Mereka adalah orang yang terawal dalam kalangan masyarakat mereka. Mereka mengambil langkah untuk beriman dan tidak takut dengan kesan daripada tindakan mereka itu.
#Maka jika mengikut susunan ini, 3 golongan ini mengikut keutamaan mereka adalah: 1. Muhajirin 2. Ansar 3. Yang selain mereka dan mengikuti mereka.
#Salah seorang sahabat dikalangan Sabiqul al-Awwalun ialah Sayidina Zubair bin al-‘Awwam. Beliau merupakan pengikut setia (hawari) Rasulullah saw. Beliau juga ialah salah seorang daripada 6 ahli syura dan salah seorang daripada 10 yang diberikan perkhabaran gembira dengan syurga. (Lihat: Siyar A‘lam al-Nubala’).
#Sayidina Zubair termasuk daripada kalangan mereka yang turut serta dalam dua hijrah, iaitu hijrah ke Habsyah dan hijrah ke Madinah.
#Terdapat riwayat daripada Mansur bin ‘Abd al-Rahman: Aku mendengar al-Sya‘bi berkata: Aku mengetahui 500 orang atau lebih daripada kalangan sahabat yang menyebutkan bahawa Sayidina Ali, Sayidina Uthman, Sayidina Talhah dan Sayidina Zubair di dalam syurga.
#Kemudian, Imam az-Zahabi mengulas dengan menyatakan, hal ini kerana mereka termasuk dalam kalangan sepuluh orang yang dijanjikan syurga, termasuk dalam ahli Bai‘ah al-Ridhwan, termasuk dalam kalangan al-Sabiqun al-Awwalun (mereka yang terdahulu — yang mula-mula berhijrah dan memberi bantuan) yang mana Allah swt mengkhabarkan bahawasanya Dia redha akan mereka dan mereka pula redha akan Dia, dan begitu juga kerana mereka berempat telah dibunuh dan direzekikan sebagai syahid. Maka, kita mencintai mereka dan membenci orang yang telah membunuh mereka. (Lihat: Siyar A‘lam al-Nubala’)
#Sayidina Ali r.a berkata: Aku mendengar dengan telingaku sendiri daripada mulut Rasulullah saw dan Baginda bersabda: "Talhah dan az-Zubair adalah jiranku di dalam syurga".
♡Cintailah para sahabat Nabi saw dan ikutilah sunnah kehidupan dan perjuangan mereka agar kita juga boroleh kedudukan seumpama mereka di akhirat kelak♡
🐊Ust Naim
*Telegram Channel*
Klik link ini untuk join:
http://bit.ly/tadabburkalamullah
*SEDEKAH JUMAAT: INFAQ BAIKI RUMAH MAK TAM JUNA YANG SEMAKIN USANG DIMAMAH USIA*
Klik dan sumbang:
https://toyyibpay.com/BAIKI-RUMAH-MAKTAMJUNA
Rumah Mak Tam Juna, seorang ibu tunggal berusia 67 tahun di Kuala Ketil, Baling Kedah didiami bersama seorang anak lelakinya, semakin hari semakin usang dan dibimbangi roboh menyembah bumi. Mak Tam Juna telah mendiami rumah pusaka peninggalan arwah ayahnya ini yang berusia lebih 70 tahun. Atap yang bocor, dinding berlubang dan uzur, lantai berlopak disana sini dan keseluruhannya serba dhaif. Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul.
Tinggal di tanah pusaka yang tidak diubah nama menyebabkan kesukaran untuk memperolehi bantuan membaiki rumah dari pihak berwajib. Telah berusaha untuk memohon geran tetapi masalah kewangan menjadi penghalang.
Rumah usang ini hanya menunggu masa untuk roboh jika tiada tindakan segera. Insya Allah Geng Talaqqi akan cuba membantu untuk membaiki struktur-struktur yang reput, menukar dinding dan tiang yang rosak dimamah usia dan membaiki lantai, bumbung dan semua yang memerlukan pembaikan.
*KOS DIPERLUKAN SEKITAR: RM15 RIBU*
Dengan ini, Geng Talaqqi melancarkan tabung infaq Baik Pulih Rumah Mak Tam Juna. Semoga menjadi jariah yang berpanjangan pahalanya serta menjadi saham terbesar kita di mahsyar kelak.
Untuk makluman semua, Maktam Juna setiap bulan menerima bantuan bulanan daripada Lembaga Zakat Kedah.
Jazakumullahu khairan kathira diucapkan kepada semua penyumbang.. Moga Allah mengganjari tuan puan sekeluarga dengan balasan syurgaNya yang tertinggi. Aamiiin
Sabda Nabi saw: *Sesiapa yang meringankan daripada seorang mukmin satu kesusahan daripada kesusahan-kesusahan dunia, Allah SWT akan meringankan daripadanya satu kesusahan daripada kesusahan di Hari Kiamat. Sesiapa yang memudahkan kepada orang yang kesempitan, Allah akan memudahkan kepadanya di dunia dan akhirat. Sesiapa yang menutup (aurat atau keaiban) seorang muslim, Allah akan menutup (aurat atau keaiban) nya di dunia dan akhirat. Allah sentiasa menolong seseorang hamba selama mana hamba itu menolong saudaranya.* - Riwayat Muslim
...........................
*SUMBANGAN BOLEH DISALURKAN KE AKAUN TOYYIB PAY:*
https://toyyibpay.com/BAIKI-RUMAH-MAKTAMJUNA
*Atau terus ke akaun:*
*Pertubuhan Kebajikan Ilmu dan Amal Selangor
*Maybank_5629_9101_9074
*Cimb_8604_7707_81
*Remark: BAIKI RUMAH MAK TAM JUNA
.....................
*SMS/Whatsapp slip/bukti sumbangan kepada:*
📲Ust Naim: http://www.wasap.my/60196023803/BaikiRumahMakTamJuna
📲Tn Abu Umar: http://www.wasap.my/60193113501/BaikiRumahMakTamJuna
📲Tn Akmalizan: http://www.wasap.my/60172722696/BaikiRumahMakTamJuna
📲Puan Zarina: http://www.wasap.my/60193223501/BaikiRumahMakTamJuna
*ANDA HULUR, KAMI SALUR*
☆Tadabbur Kalamullah 8 Muharram 1447H☆
قُلْ إِن كُنتُمْ تُحِبُّونَ اللَّهَ فَاتَّبِعُونِي يُحْبِبْكُمُ اللَّهُ وَيَغْفِرْ لَكُمْ ذُنُوبَكُمْ ۗ وَاللَّهُ غَفُورٌ رَّحِيمٌ
Katakanlah (wahai Muhammad): "Jika benar kamu mengasihi Allah maka ikutilah daku, nescaya Allah mengasihi kamu serta mengampunkan dosa-dosa kamu. Dan (ingatlah), Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani" [Surah Aali Imran 31]
#Berkata Imam Ibn Kathir rahimahullah: "Ayat pemutus bagi setiap orang yang mengaku mencintai Allah swt tetapi tidak menempuhi jalan nabi Muhammad saw, bahawa dia ialah pembohong dalam pengakuan cintanya itu sehinggalah dia mengikuti syariat dan agama yang dibawa oleh Nabi Muhammad saw dalam semua ucapan dan perbuatannya" (Lihat: Tafsir al-Quran al-’Azim)
#Maka, untuk diiktiraf benar-benar mencintai Allah swt, hendaklah mengikuti syariat yang di bawa oleh baginda saw, mengikuti segala yang dilakukan oleh Rasulullah saw.
#Rasulullah saw berkata kepada Sayidina Umar r.a:
لاَ يؤمِنُ أَحَدَكُم حَتّى أَكُونَ أَحَبّ إِلَيهِ مِن وَلَدِهِ وَوَالِدِهِ وَالنّاسِ أَجمَعِينَ
"Tidak sempurna iman kamu sehingga menjadikan aku orang yang paling disayanginya, lebih daripada anak, ibu bapa mereka serta seluruh manusia" (HR Muslim)
#Disepanjang hidup kita, berusahalah untuk mencintai Allah dan Rasul dan lakukanlah segala ketaatan sehingga kita dicintai oleh Allah dan Rasul.
#Dalam riwayat menyebut bahawa Sayidina Ali bin Abi Talib r.a diiktiraf oleh Baginda saw sebagai manusia yang mencintai Allah dan Rasul dan Allah dan Rasul juga mencintainya. Hal ini disebutkan ketika peperangan Khaibar.
#Nabi saw pernah bersabda ketika Perang Khaibar:
لأُعْطِيَنَّ الرَّايَةَ رَجُلاً يُحِبُّ اللَّهَ وَرَسُولَهُ، وَيُحِبُّهُ اللَّهُ وَرَسُولُهُ
"Aku akan menyerahkan panji kepada seorang lelaki yang mencintai Allah dan RasulNya dan dicintai oleh Allah dan RasulNya"
Maka para sahabat kesemuanya mengharapkannya, namun Nabi saw bersabda: "Panggilkan Ali untukku". Lalu Sayidina Ali yang sedang sakit mata dibawa ke hadapan Nabi saw, kemudian Baginda saw meludah pada kedua matanya dan menyerahkan panji kepadanya sehingga Allah menurunkan kemenangan melalui kedua tangannya" (HR Muslim dan at-Tirmizi)
#Selain itu, Baginda saw juga bersabda dengan menyatakan:
إِنَّ الْجَنَّةَ تَشْتَاقُ إِلَى ثَلاَثَةٍ عَلِيٍّ وَعَمَّارٍ وَسَلْمَانَ
"Sesungguhnya syurga benar-benar merasa rindu kepada tiga orang iaitu Ali, ‘Ammar dan Salman" (HR at-Tirmizi)
#Orang yang mencintai Allah dan RasulNya akan dihimpunkan di hari kiamat bersama sesiapa yang dicintainya.
عَنْ أَبِي وَائِلٍ عَنْ عَبْدِ اللَّهِ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَنَّهُ قَالَ الْمَرْءُ مَعَ مَنْ أَحَبَّ
Daripada Abu Wa`il Daripada Sayidina Abdullah r.a, Nabi saw bersabda: "Seseorang itu akan bersama dengan orang yang dicintainya" (HR Bukhari)
♡Ikutilah sunnah dan syariat yang dibawa oleh Rasulullah saw sebagai tanda kita mencintai Allah swt. Moga Allah dan Rasul mencintai dan merahmati kita semua. Aamiiin♡
🐊Ust Naim
*Telegram Channel*
Klik link ini untuk join:
http://bit.ly/tadabburkalamullah
*Facebook Page:*
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah
☆Tadabbur Kalamullah 6 Muharram 1447H☆
إِن تَتُوبَاۤ إِلَى ٱللَّهِ فَقَدۡ صَغَتۡ قُلُوبُكُمَاۖ وَإِن تَظَـٰهَرَا عَلَیۡهِ فَإِنَّ ٱللَّهَ هُوَ مَوۡلَىٰهُ وَجِبۡرِیلُ وَصَـٰلِحُ ٱلۡمُؤۡمِنِینَۖ وَٱلۡمَلَـٰۤىِٕكَةُ بَعۡدَ ذَ ٰلِكَ ظَهِیرٌ
"Jika kamu berdua bertaubat kepada Allah (wahai isteri-isteri Nabi, maka itulah yang sewajibnya), kerana sesungguhnya hati kamu berdua telah cenderung (kepada perkara yang menyusahkan Nabi); dan jika kamu berdua saling membantu untuk (melakukan sesuatu yang) menyusahkannya, (maka yang demikian itu tidak akan berjaya) kerana sesungguhnya Allah adalah Pembelanya; dan selain dari itu Jibril serta orang-orang yang soleh dari kalangan orang-orang yang beriman dan malaikat-malaikat - juga menjadi penolongnya" [Surah at-Taḥrim 4]
#Menurut Imam Sa‘id bin Jubair rahimahullah, ayat 4 daripada Surah at-Tahrim diturunkan mengenai Sayidina Umar secara khusus iaitu pada firman Allah swt:
وَصَٰلِحُ ٱلۡمُؤۡمِنِينَ
"Serta orang-orang yang soleh daripada kalangan orang-orang yang beriman" (Lihat: Siyar A‘lam al-Nubala')
#Sayidina Umar Ibnul Khattab bin Nufail bin ‘Abd al-‘Uzza bin Riyah bin Qurt bin Razah bin ‘Adi bin Ka‘ab bin Lu’ai. Nasab Sayidina Umar berhimpun dengan nasab Nabi saw pada Ka‘ab. Nama julukan (kunyah) beliau ialah Abu Hafs. Gelaran ini diberikan kepada beliau oleh Nabi saw ketika peperangan Badar. Selain itu, beliau juga digelar sebagai al-Faruq yang bermaksud Allah swt telah membezakan antara perkara yang benar dan perkara yang batil untuknya. Gelaran ini juga telah diberikan kepada beliau oleh Nabi saw. Beliau masuk Islam pada tahun keenam kenabian pada umur 27 tahun. Sayidina Umar bin al-Khattab adalah seorang yang cerdas daripada kalangan kaumnya.
#Imam az-Zahabi telah menukilkan riwayat daripada Ibn Umar r.huma bahawa Rasulullah saw bersabda:
إنّ اللهَ وضَعَ الحقَّ على لسانِ عُمَرَ وقَلبِه
"Sesungguhnya Allah swt telah meletakkan (menjadikan) kebenaran pada lidah Umar dan begitu juga pada hatinya"
#Terdapat begitu banyak jasa yang telah dilakukan oleh Sayidina Umar bin al-Khattab kepada agama dan umat ini. Antara jasa yang besar ialah apabila Sayidina Umar bin al-Khattab mencadangkan kepada Sayidina Abu Bakar al-Siddiq agar dihimpunkan al-Quran. Cadangan ini muncul apabila Umar khuatir akan hilangnya al-Quran apabila melihat angka para penghafal al-Quran yang terkorban di dalam perang al-Yamamah. Selain itu, Umar juga merupakan penutup kepada fitnah, sehingga beliau digelar sebagai pintu (penghalang fitnah masuk).
#Semasa zaman pemerintahannya, empayar Islam telah berkembang dengan pesat. Pada zaman pemerintahannya juga dibuka Syam, Iraq, Baitul Maqdis, Madain, Mesir dan Jazirah sehingga empayar Islam tersebar begitu luas.
#Terdapat beberapa kelebihan dan keistimewaan Sayidina Umar sebagaimana yang diceritakan oleh Rasulullah saw dalam sabdanya: "Tenanglah wahai putera al-Khattab, demi Dia Yang jiwaku berada di tanganNya, tidaklah syaitan mendapatimu melalui suatu jalan melainkan ia akan melalui jalan yang lain (kerana takutkanmu)" (HR al-Bukhari)
#Rasulullah saw bersabda lagi: "Sesungguhnya pada umat-umat sebelum kamu terdapat manusia yang diberi ilham (walaupun tidak menjadi nabi). Jika ada yang seperti itu di antara umatku maka dia adalah Umar" (HR al-Bukhari)
#Lagi sabda Baginda saw mengenai Sayidina Umar r.a: "Ketika aku sedang tidur, aku melihat (di dalam mimpiku) diriku berada di dalam syurga. Tiba-tiba aku melihat seorang perempuan sedang berwuduk di tepi sebuah istana. Aku bertanya: ‘Milik siapakah istana ini?’ Mereka menjawab: ‘Milik Umar.’ Aku lalu teringat akan kecemburuannya maka aku pun beransur pergi. Umar menangis dan berkata: ‘Adakah wajar aku cemburu kepadamu wahai Rasulullah?" (HR al-Bukhari)
#Sayidina Umar beroleh jaminan Syurga oleh Nabi saw dan beroleh kemuliaan mati syahid.
♡Contohilah kesolehan dan ketaqwaan Sayidina Umar agar kita juga dikurniakan kemuliaan sepertinya. Aamiiin♡
🐊Ust Naim
*Telegram Channel*
Klik link ini untuk join:
http://bit.ly/tadabburkalamullah
*Facebook Page:*
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah
☆Tadabbur Kalamullah 4 Muharram 1447H☆
الَّذِي خَلَقَ الْمَوْتَ وَالْحَيَاةَ لِيَبْلُوَكُمْ أَيُّكُمْ أَحْسَنُ عَمَلًا وَهُوَ الْعَزِيزُ الْغَفُورُ
"Dialah yang telah mentakdirkan adanya mati dan hidup (kamu) - untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu: siapakah di antara kamu yang lebih baik amalnya; dan Ia Maha Kuasa (membalas amal kamu), lagi Maha Pengampun, (bagi orang-orang yang bertaubat)" [Surah al-Mulk 2]
#Terdapat banyak hadis menyebutkan tentang tanda-tanda seseorang itu meninggal dunia dalam keadaan husnul khatimah yakni mati yang baik. Antara syarat paling penting bagi seseorang itu mendapat kematian yang baik ialah mati dalam keadaan menganut agama Islam, beriman kepada Allah swt dan melafazkan syahadah sebelum dia meninggalkan dunia.
#Diriwayatkan kisah kematian yang indah seorang sahabat Nabi saw yang bernama Sayidina Sa‘ad bin Muaz r.a. Beliau wafat pada tahun kelima hijrah dan ketika itu ‘Arasy bergegar disebabkan kematiannya. Sayidina Jabir bin Abdullah r.a menceritakan beliau mendengar Rasulullah saw bersabda:
اهْتَزَّ العَرْشُ لِمَوْتِ سَعْدِ بْنِ مُعَاذٍ
"Arasy bergegar kerana kematian Sa‘ad bin Muaz" (HR al-Bukhari dan Muslim)
#Sayidina Anas bin Malik r.a berkata: "Apabila diusung jenazah Sayidina Sa‘ad bin Muaz r.a maka orang munafiq berkata: "Alangkah ringannya jenazahnya ini, dan ini adalah akibat penghakimannya terhadap Bani Quraizah". Maka perkara ini sampai kepada Nabi saw. Lalu Rasulullah saw bersabda:
إِنَّ الـمَلَائِكَةَ كَانَتْ تَحْمِلُهُ
"Sesungguhnya para malaikat yang mengusung jenazahnya" (HR at-Tirmizi)
#Berkata pula Sayidina Abu Sa’id al-Khudri r.a: "Aku adalah salah seorang yang menggali makam untuk Saad, dan setiap kami menggali satu lapisan tanah, tercium oleh kami wangian kasturi".
#Inilah Sayidina Saad bin Muaz, tokoh sahabat Ansar memeluk Islam saat beliau berusia 31 tahun dan wafat saat berusia 37 tahun. Dalam 6 tahun masa keislamannya, wafatnya membuat Arsy Allah swt bergegar dan harum kuburannya.
#Berkata Yahya bin Abbad r.a daripada ayahnya, daripada datuknya r.hum menceritakan: "Aku dengar Rasullullah saw menyebut semasa gugur syahidnya Sayidina Hanzalah bin Abi Amir r.a selepas dia berlawan dengan Abu Sufian bin al-Harith kemudian ditikam dengan pedang oleh Syaddad bin al-Aswad. Rasullullah saw bersabda:
إِنَّ صَاحِبَكُمْ تُغَسِّلُهُ الْمَلائِكَةُ
"Temanmu dimandikan oleh Malaikat"
Mereka bertanya kepada isterinya. Dia menyebut: "Dia keluar apabila mendengar seruan berperang dan dia dalam keadaan junub"
Rasullullah saw bersabda:
لِذَلِكَ غَسَّلَتْهُ الْمَلائِكَةُ
"Sebab itu dia dimandikan malaikat" (HR al-Hakim)
#Oleh itu, jika di dalam masyarakat kita, apabila kita melihat kebaikan si mati seperti bercahaya mukanya, wangi baunya maka bolehlah kita ceritakan kepada orang ramai. Berkata Syeikh Dr Muhammad az-Zuhaily dalam al-Mu'tamad juz 1:
ويستحب للغاسل اذا رأى أمرا حسنا أن يتحدث به كاستنارة الوجه وطيب ريحه الخ
#Disebut dalam Hasyiyah Imam al-Bajuri:
فإن رأى خيرا كاستنارة وجه وطيب رائحة، سنّ ذكره
"Maka jika melihat ia akan perkara yang baik seperti berseri-seri wajah dan harumnya bau (jenazah) nescaya disunatkan menyebutnya (menyebarkannya)"
#Dalam Nihayatul Muhtaj serta Matan Minhaj menyebut:
فإن رأى خيرا كاستنارة وجهه وطيب رائحته ذكره ندبا ليكون أدعى إلى كثرة المصلين عليه والدعاء له
"Maka jika melihat ia akan kebaikan (jenazah) seperti berseri-seri wajahnya dan harum baunya, nescaya menyebutnya akan sebagai sebut yang sunat supaya lebih menyeru kepada ramai orang yang sembahyang jenazah ke atasnya dan lebih ramai berdoa baginya"
#Maka menceritakan tanda-tanda kebaikan simati dihukum sunat oleh para fuqaha'.
♡Kematian yang indah lagi diredhai menjadi dambaan semua insan beriman. Moga kita tergolong dalam senarai hambaNya yang mati dalam keadaan yang mulia dan baik. Aamiiin♡
🐊Ust Naim
*Telegram Channel*
Klik link ini untuk join:
http://bit.ly/tadabburkalamullah
*Facebook Page:*
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah
☆Tadabbur Kalamullah 2 Muharram 1447H☆
وَالَّذِينَ هَاجَرُوا فِي سَبِيلِ اللَّهِ ثُمَّ قُتِلُوا أَوْ مَاتُوا لَيَرْزُقَنَّهُمُ اللَّهُ رِزْقًا حَسَنًا ۚ وَإِنَّ اللَّهَ لَهُوَ خَيْرُ الرَّازِقِينَ
"Dan orang-orang yang berhijrah pada jalan Allah, kemudian mereka terbunuh atau mati, sudah tentu Allah akan mengurniakan kepada mereka limpah kurnia yang baik. Dan (ingatlah) sesungguhnya Allah adalah sebaik-baik pemberi limpah kurniaan" [Surah al-Hajj 58]
#Berkata Imam Ibn Jarir rahimahullah: "Mereka yang berhijrah meninggalkan tanah watan dan keluarga semata-mata mencari keredhaan Allah, mentaatiNya dan menentang musuhNya. Kemudian mati terbunuh nescaya Allah rezekikan mereka pada hari kiamat dengan syurga dan rezeki yang baik atau pahala yang banyak" (Lihat: Tafsir at-Tabari)
#Sabda Rasulullah saw kepada Sayidina Abi Fatimah al-Dhumari r.a:
عَلَيْكَ بِالْهِجْرَةِ فَإِنَّهُ لاَ مِثْلَ لَهَا
"Hendaklah kamu berhijrah kerana ia tiada tandingannya"
(HR an-Nasaie)
#Ini menunjukkan betapa kedudukan hijrah diangkat oleh Baginda saw seolah-olah tiada tandingannya. Hal ini dengan jelas membuktikan pengorbanan yang terpaksa dilalui oleh golongan yang melakukan hijrah"
#Antara perkara yang perlu kita lakukan dalam kehidupan kita sebagai langkah berhijrah agar kehidupan kita lebih baik daripada tahun sebelumnya ialah:
1. Berusaha memastikan kaki kita sentiasa berkeinginan untuk melangkah ke masjid atau surau untuk solat berjemaah dan menuntut ilmu.
2. Berusaha untuk setiap hari menginfaqkan harta untuk tabung masjid dan tabung-tabung kebajikan.
3. Berusaha memastikan setiap hari membaca al-Quran dengan tadabbur.
4. Berusaha untuk setiap hari menyebar dakwah, memberi nasihat, peringatan atau apa sahaja info berkaitan Islam kepada orang lain.
5. Berusaha untuk memastikan lidah sentiasa dibasahi dengan zikrullah, istighfar, selawat ke atas baginda Nabi saw.
6. Berusaha untuk membaiki diri dengan bertaubat, bermuhasabah, beristighfar dan meninggalkan sifat-sifat mazmumah (keji), di samping menghiasi diri dengan sifat-sifat Mahmud ah (terpuji).
7. Berusaha memastikan setiap hari ada satu sunnah baginda saw untuk dilaksanakan.
8. Berusaha untuk setiap hari mentarbiah anak-anak dengan agama dan akhlak yang luhur. Daripada Sayidina ‘Amru bin Sa’id al-As, sabda Baginda saw:
مَا نَحَلَ وَالِدٌ وَلَدًا مِنْ نَحْلٍ أَفْضَلَ مِنْ أَدَبٍ حَسَنٍ
"Tiada pemberian seorang bapa terhadap anak-anaknya yang lebih baik daripada (didikan) yang baik dan adab yang mulia"
(HR al-Tirmizi, Ahmad dan al-Baihaqi)
♡Hijrah pasti membawa kecemerlangan, kejayaan, kedamaian, kebahagiaan dan lebih penting mencapai keredhaan Allah swt apabila kita berhijrah semata-mata diniatkan keranaNya. Berhijrahlah!!♡
🐊Ust Naim
*Telegram Channel*
Klik link ini untuk join:
http://bit.ly/tadabburkalamullah
*Facebook Page:*
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah
☆Tadabbur Kalamullah 1 Muharram 1447H☆
وَمَن يُهَاجِرْ فِي سَبِيلِ اللَّـهِ يَجِدْ فِي الْأَرْضِ مُرَاغَمًا كَثِيرًا وَسَعَةً
"Dan sesiapa yang berhijrah pada jalan Allah (untuk membela dan menegakkan Islam), nescaya ia akan dapati di muka bumi ini tempat berhijrah yang banyak dan rezeki yang makmur" [Surah an-Nisa’ 100]
#Imam Ibn Kathir rahimahullah berkata: "Ini merupakan galakan dan saranan supaya berhijrah di samping menjarakkan dari musuh Allah dari kalangan musyrikin. Orang yang beriman di mana sahaja dia berada sudah pasti memperolehi tempat perlindungan" (Lihat: Tafsir al-Quran al-‘Azim)
#Berkata Syeikh al-Maraghi rahimahullah: "Barangsiapa berhijrah di jalan Allah swt, iaitu dengan tujuan mencari keredhaanNya dan untuk menegakkan agamanya sesuai dengan kewajipan bagi dirinya selaras dengan jalan yang dicintai oleh Allah swt, nescaya akan memperoleh tempat yang memberinya kelepasan di muka bumi ini. Jika mereka yang tadinya berasa tertindas, mereka akan mendapat tempat perlindungan sehingga mereka memperoleh kebaikan dan rezeki yang banyak di samping terselamat daripada penindasan dan kehinaan. Ayat ini mengandungi janji kepada orang yang berhijrah di jalan Allah swt bahawa mereka akan memperoleh kemudahan-kemudahan kehidupan yang lebih baik, terlepas daripada penindasan musuh dan mengalahkan musuh" (Lihat: Tafsir al-Maraghi)
#Berdasarkan kepada nas di atas, jelas menunjukkan hijrah mempunyai kedudukan yang mulia dan istimewa di dalam Islam. Meneliti sejarah hijrah, terlalu ramai para Rasul melakukan hijrah seperti Nabi Ibrahim Alaihissalam, Nabi Musa Alaihissalam, Nabi Luth Alaihissalam, Nabi Muhammad saw dan lain-lain. Betapa hebatnya hijrah sehingga Allah menjanjikan dengan syurga berdasarkan nas yang banyak sama ada daripada al-Quran dan Sunnah.
فَالَّذِينَ هَاجَرُوا وَأُخْرِجُوا مِن دِيَارِهِمْ وَأُوذُوا فِي سَبِيلِي وَقَاتَلُوا وَقُتِلُوا لَأُكَفِّرَنَّ عَنْهُمْ سَيِّئَاتِهِمْ وَلَأُدْخِلَنَّهُمْ جَنَّاتٍ تَجْرِي مِن تَحْتِهَا الْأَنْهَارُ ثَوَابًا مِّنْ عِندِ اللَّهِ ۗ وَاللَّهُ عِندَهُ حُسْنُ الثَّوَابِ
"Maka orang-orang yang berhijrah (kerana menyelamatkan ugamanya), dan yang diusir ke luar dari tempat tinggalnya, dan juga yang disakiti (dengan berbagai-bagai gangguan) kerana menjalankan ugamaKu, dan yang berperang (untuk mempertahankan Islam), dan yang terbunuh (gugur Syahid dalam perang Sabil) - sesungguhnya Aku akan hapuskan kesalahan-kesalahan mereka, dan sesungguhnya Aku akan masukkan mereka ke dalam Syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, sebagai pahala dari sisi Allah. Dan di sisi Allah jualah pahala yang sebaik-baiknya (bagi mereka yang beramal soleh)" [Surah Ali Imran 195]
#Selain itu juga, Ia menggambarkan kehebatan dan kekuatan umat Islam yang melaksanakan hijrah. Justeru sewajarnya umat Islam memahami erti dan makna hijrah. Mudah-mudahan dengan itu kita dapat menghijrahkan diri kita dalam usaha untuk menggapai mardhatillah (keredhaan Allah swt). (Lihat: Fiqh al-Hijrah)
#Berkata Dr. Muhammad Abu Faris: "Sesungguhnya hijrah adalah sepenting-penting peristiwa dalam tarikh dakwah islamiyah, Ini kerana dengannya terbentuk kuasa politik bagi umat Islam dalam menyebarkan agamanya serta mempertahankan kemuliaannya"
#Sewajarnya kita berhijrah daripada baik kepada yang lebih baik dan menggunakan hijrah untuk membaiki kehidupan kita. Sejarah telah membuktikan bermulanya kejayaan Rasulullah saw dan para sahabat selepas berhijrah.
♡Marilah kita bina kehidupan kita dengan amalan yang ikhlas dan juga sentiasa membaiki diri, keluarga dan kehidupan kita ini ke arah yang lebih baik. Selamat Tahun Baru Hijrah 1447H. Semoga keberkatan dalam hidup menjadi milik kita semua. Aamiiin♡
🐊Ust Naim
*Telegram Channel*
Klik link ini untuk join:
http://bit.ly/tadabburkalamullah
*Facebook Page:*
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah
☆Tadabbur Kalamullah 28 Zulhijjah 1446H☆
ثُمَّ لَتُسۡـَٔلُنَّ یَوۡمَىِٕذٍ عَنِ ٱلنَّعِیمِ
"Selain dari itu, sesungguhnya kamu akan ditanya pada hari itu, tentang segala nikmat (yang kamu telah menikmatinya)!" [Surah at-Takāthur 8]
#Ayat ini tersangat sering kita baca atau kita dengar. Terdapat 1001 keinsafan dan pengajaran yang boleh kita hayati dan jadikan pedoman hidup jika benar-benar ditelusuri dan difahami.
#Berkaitan ayat ini, terdapat sebuah riwayat, disebutkan bahawa Baginda Rasulullah saw sering dilanda rasa lapar kerana sering kali baginda tidak mendapati makanan di rumahnya. Ketika tidak ada makanan di rumah baginda, maka baginda pun berpuasa. Baginda saw tidak sedih atau resah gelisah kerana 'musibah' rasa lapar itu. Ketika mana ada sahabat yang mengirim kurma kepada baginda saw, Baginda bukannya bergembira, malah kelihatan sedih dan resah seraya mengingatkan kembali ayat di atas.
#Begitulah sikap Rasulullah saw ketika mendapatkan nikmat. Mengapa? Ini kerana ianya terkait dengan nikmat yang Allah berikan kepada manusia, sekecil apa pun akan diminta pertanggungjawapan. Sekecil mana pun akan ditanya dan dihisab di mahsyar kelak. Nikmat yang dimaksudkan tentu sahaja berkaitan seluruh kelazatan dunia. (Lihat: as-Suyuthi, Durr al-Mantsur)
#Namun, hal ini jauh berbeza antara kita dengan Baginda Rasulullah saw. Kita seringkali teramat sedih saat kenikmatan terlepas atau hilang dari diri kita. Sebaliknya, kita terlalu bergembira ketika mana kenikmatan itu datang menghampiri kita. Kita lupa bahawa seluruh kenikmatan itu kita akan diminta pertanggungjawapan di akhirat kelak. Kita akan ditanya dan disoal dengan sedetailnya tentang nikmat yang kita peroleh.
#Baginda Rasulullah saw sering mengingatkan kita tentang nikmat yang akan dipersoalkan. Diriwayatkan daripada Sayidina Abdullah bin Masud r.a, Nabi saw bersabda: “Kaki anak Adam tidak akan bergerak di hadapan Rabbnya pada hari kiamat nanti sebelum ditanya tentang lima perkara, iaitu tentang umurnya bagaimana ia lalui, masa mudanya bagaimana ia habiskan, hartanya dari mana ia dapatkan dan ia belanjakan, serta tentang apa yang telah ia amalkan dari ilmu yang ia miliki" (HR at-Tirmizi)
#Dalam hadis yang lain Sayidina Abdullah bin Abbas r.a saw disebutkan bahawa Baginda Rasulullah saw bersabda: "Ada dua nikmat yang sering dilupakan oleh kebanyakan manusia, iaitu nikmat sihat dan waktu lapang" (HR al-Bukhari)
#Sejauh mana kesihatan dan waktu lapang itu kita manfaatkan, apakah untuk kebaikan atau keburukan? Apakah untuk memperbanyakkan amal soleh atau amal salah? Apakah untuk taat atau untuk maksiat?
#Bagaimana pula dengan nikmat harta? Sedikitnya harta kita, ia tetap akan dipersoalkan dan diminta pertanggungjawapan, dari mana peroleh dan untuk apa dibelanjakan? Apalagi jika harta kita melimpah, tentu akan lebih banyak lagi pertanyaan Allah swt kepada kita pada hari akhirat kelak.
♡Selamat bermuhasabah dan menyediakan jawapan untuk menjawab segala persoalan dihadapan Allah swt nanti. Moga Allah merahmati kita semua. Aamiiin♡
🐊Ust Naim
*Telegram Channel*
Klik link ini untuk join:
http://bit.ly/tadabburkalamullah
*Facebook Page:*
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah
☆Tadabbur Kalamullah 26 Zulhijjah 1446H☆
وَإِلَـٰهُكُمۡ إِلَـٰهࣱ وَ ٰحِدࣱۖ لَّاۤ إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ ٱلرَّحۡمَـٰنُ ٱلرَّحِیمُ
"Dan Tuhan kamu ialah Tuhan yang Maha Esa; tiada Tuhan (Yang berhak disembah) selain dari Allah, yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani" [Surah al-Baqarah 163]
#Di akhirat nanti ada seorang lelaki yang dibentangkan kepadanya 99 buku catatan amalan yang besar (السِجِلَّات). Semuanya dipenuhi dengan kejahatan-kejahatan yang pernah dia lakukan. Setiap buku catatan itu pula luasnya sejauh mata memandang. Allah swt bertanya kepadanya :
أَتُنْكِرُ من هذا شيئًا ، أَظَلَمَكَ كتبَتِي الحافظونَ
"Apakah ada perkara yang kamu ingkari dari hal ini? Adakah para malaikatku yang mencatat amalan ini telah menzalimi dirimu?
Lelaki tersebut menjawab:" Tidak wahai Tuhan"
Allah swt bertanya lagi: "Adakah kamu mempunyai sebarang keuzuran?"
Lelaki itu menjawab: "Tidak wahai Tuhan"
Kemudian Allah swt berkata kepadanya:
بلى إِنَّ لكَ عندَنا حسنةً فإنَّهُ لا ظُلْمَ عليكَ اليومَ
"Bahkan di sisi Kami, kamu mempunyai satu kebaikan. Sesungguhnya pada hari ini, tiada ke atas dirimu sebarang kezaliman".
Lalu dikeluarkan satu buku catatan yang kecil (البطاقة). Di dalamnya tercatat dan terdapat ucapan:
أشهدُ أنْ لا إلهَ إِلَّا اللهُ ، وأشهدُ أنَّ محمدًا عَبْدُهُ ورسولُهُ
"Aku bersaksi bahawa tiada Tuhan yang berhak disembah selain Allah. Dan aku bersaksi bahawa Muhammad saw adalah hamba dan utusanNya"
Lalu Allah swt berkata: "Datangkan alat timbangan amalanmu"
Lelaki itu bertanya:
ما هذه البِطَاقَةُ مع هذه السِّجِلَّاتِ
"Apakah buku kecil yang bersama dengan buku catatan yang besar ini?"
Allah swt menjawab: "Sesungguhnya kamu tidak akan dizalimi"
Rasulullah saw bersabda: "Diletakkan buku catatan yang besar di atas satu neraca timbangan dan buku catatan yang kecil di atas timbangan yang lain. Maka buku catatan yang besar menjadi ringan manakala buku catatan yang kecil menjadi berat. Tidak ada suatu pun yang menjadi berat setanding dengan nama Allah swt". (HR Al-Tirmizi, Ahmad dan Ibnu Majah)
#Demikian ada seorang sahabat berkata kepada Rasulullah saw: "Wahai Rasulullah, berilah wasiat kepadaku". Lalu jawab Rasulullah saw:
إذا عمِلْتَ سيِّئةً فأتْبِعْها حَسَنةً تَمْحُها
"Apabila kamu telah melakukan kejahatan, susulilah ia dengan kebaikan nescaya kebaikan akan memadamkannya (kejahatan)"
Lelaki itu bertanya: "Wahai Rasulullah, adakah termasuk dari kebaikan itu ucapan لا إله إلا الله"
Jawab Rasulullah saw:
هي أفضَلُ الحَسَناتِ
"Ia merupakan sebaik-baik kebaikan" (HR Ahmad)
♡Pastikan lidah sentiasa basah menyebut Lailahaillallah dan hati sentiasa mengingati Allah swt♡
🐊Ust Naim
*Telegram Channel*
Klik link ini untuk join:
http://bit.ly/
tadabburkalamullah
*Facebook Page:*
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah
☆Tadabbur Kalamullah 24 Zulhijjah 1446H☆
تَنَزَّلُ عَلَىٰ كُلِّ أَفَّاكٍ أَثِیمࣲ
"Mereka (Syaitan) selalu turun kepada tiap-tiap pendusta yang berdosa" [Surah Ash-Shuʿarāʾ 222]
#Mereka yang suka berdusta, melakukan syirik dan dosa akan didatangi oleh syaitan untuk mendekati mereka. Ini kerana mereka sealiran dengan syaitan, kerana syaitan juga tukang dusta lagi penderhaka.
#Dusta atau bohong adalah merupakan pernyataan salah yang dibuat oleh seseorang (pendusta) dengan tujuan orang yang mendengar itu mempercayainya. Dusta tetap dilarang walaupun bertujuan baik iaitu untuk mengajak orang melakukan kebaikan.
#Hadis daripada Sayidina Abu Mas'ud r.a dia berkata, Rasulullah saw
bersabda: "Sesungguhnya dusta itu pemacu kepada kejahatan, dan kejahatan akan menghantar ke neraka. Jika seseorang membiasakan diri dalam kedustaan, maka akan dicatat di sisi Allah sebagai pendusta" (Muttafaq 'alaih)
#Imam al-Ghazali rahimahullah melarang keras dan tegas terhadap perbuatan mencipta cerita-cerita dongeng dengan tujuan untuk menggalakkan orang ramai beribadat dan berbuat taat. Katanya:
ومن الناس من يستجيز وضع الحكايات المرغبة في الطاعات ويزعم أن قصده فيها دعوة الخلق إلى الحق ,فهذه من نزعات الشيطان فإن في الصدق مندوحة عن الكذب وفيما ذكر الله تعالى ورسوله صلى الله عليه وسلم غنية عن الاختراع في الوعظ
"Ada sebahagian manusia yang membenarkan perbuatan mencipta kisah-kisah yang menggalakkan orang ramai berbuat taat. Dia menyangka bahawa tujuannya adalah untuk mengajak orang ramai kepada kebenaran. Maka ini merupakan sebahagian dari lontaran syaitan. Kerana sesungguhnya pada kebenaran itu terdapat kecukupan dari pembohongan. Dan pada apa yang Allah swt dan RasulNya saw sebutkan telah memadai dari mengadakan reka-rekaan dalam penyampaian nasihat"
#Imam al-Ghazali turut menukilkan kata-kata Imam Ahmad bin Hanbal rahimahullah berkenaan isu ini yang mana beliau menyebut:
ما أحوج الناس إلى قاص صادق فإن كانت القصة من قصص الأنبياء عليهم السلام فيما يتعلق بأمور دينهم وكان القاص صادقًا صحيح الرواية فلست أرى بها بأسًا فليحذر الكذب
"Alangkah berhajatnya manusia kepada penyampai kisah yang jujur. Sekiranya kisah yang disampaikan itu berasaskan kisah-kisah para Nabi Alaihimussalam, pada perkara-perkara yang terkait dengan urusan agama mereka, dan penyampai kisah itu jujur dan benar periwayatannya, maka aku tidak melihat ada sebarang masalah padanya. Cuma hendaklah dia berhati-hati dari pembohongan. (Lihat: Ihya’ ‘Ulumuddin)
♡Jauhilah sifat bohong dan dusta yang merupakan akhlak yang buruk serta penyebab didampingi Syaitan♡
🐊Ust Naim
*Telegram Channel*
Klik link ini untuk join:
http://bit.ly/tadabburkalamullah
*Facebook Page:*
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah
☆Tadabbur Kalamullah 23 Zulhijjah 1446H☆
ذَ ٰلِكَ بِمَا قَدَّمَتۡ أَیۡدِیكُمۡ وَأَنَّ ٱللَّهَ لَیۡسَ بِظَلَّامࣲ لِّلۡعَبِیدِ
"(Azab seksa) yang demikian itu ialah disebabkan perbuatan yang - telah dilakukan oleh tangan kamu sendiri (kejahatan dan kesyirikan). Dan (ingatlah), sesungguhnya Allah tidak sekali-kali berlaku zalim kepada hamba-hambanya" [Surah Āli-ʿImrān 182]
#Dalam kehidupan ini, jangan sesekali melakukan kezaliman atau kejahatan kepada orang lain. Apatah lagi jika seseorang yang tidak berapa baik, berbuat jahat kepada seorang yang baik. Ini kerana, terhimpun padanya dua keburukan.
#Berkata Imam Malik bin Dinar rahimahullah:
وكفى بالمرء شرًا أن لا يكون صالحًا ويقع بالصالحين
"Cukuplah seseorang itu dikira jahat, sekiranya dia sudahlah tidak soleh, berbuat jahat pula kepada orang-orang yang soleh" (Lihat: Sifat Al-Safwah, Ibnul Jauzi)
#Sebahagian ulamak berpendapat bahawa doa orang yang dizalimi itu mustajab sekalipun datang dari orang kafir. Bayangkan, jika yang mendoakan itu adalah para ulamak, orang-orang soleh yang bertakwa kepada Allah swt. Kita boleh kehilangan segala-galanya disebabkan kejahatan dan kezaliman yang kita lakukan.
#Oleh itu, ingatlah bahawa jika kita tidak mahu berbuat kebaikan, maka janganlah melakukan kejahatan.
#Daripada Sayidina Abu Musa al-Asyaari r.a, Nabi saw bersabda:
عَلَى كُلِّ مُسْلِمٍ صَدَقَةٌ
"Setiap Muslim perlu bersedekah"
قَالُوا فَإِنْ لَمْ يَجِدْ قَالَ: فَيَعْمَلُ بِيَدَيْهِ فَيَنْفَعُ نَفْسَهُ وَيَتَصَدَّقُ
Para sahabat bertanya: "Bagaimana jika seseorang tidak mempunyai apa-apa untuk disedekahkan?" Baginda menjawab: "Hendaklah dia bekerja dengan kedua tangannya supaya dapat memberi manfaat kepada diri sendiri, dan bersedekah".
قَالُوا فَإِنْ لَمْ يَسْتَطِعْ أَوْ لَمْ يَفْعَلْ قَالَ: فَيُعِينُ ذَا الْحَاجَةِ الْمَلْهُوفَ
Sahabat bertanya lagi: "Bagaimana jika dia tidak mampu atau tidak melakukannya?" Baginda menjawab: "Hendaklah dia membantu orang yang memerlukan pertolongan"
قَالُوا فَإِنْ لَمْ يَفْعَلْ قَالَ: فَيَأْمُرُ بِالْخَيْرِ. أَوْ قَالَ: بِالْمَعْرُوفِ
Mereka bertanya lagi: "Bagaimana jika dia tidak melakukannya?" Baginda menjawab: "Hendaklah dia menyuruh kepada kebaikan"
قَالَ فَإِنْ لَمْ يَفْعَلْ قَالَ: فَيُمْسِكُ عَنِ الشَّرِّ، فَإِنَّهُ لَهُ صَدَقَةٌ
Dia bertanya lagi: "Bagaimana jika dia tidak melakukannya?" Baginda menjawab: "Hendaklah dia menahan dirinya daripada melakukan kejahatan. Sesungguhnya itu adalah sedekah untuknya" (Sahih al-Bukhari)
♡Jalan-jalan kebaikan sangat banyak. Kalaulah semua jalan-jalan kebaikan ini tidak mahu kita lakukan atau tidak mampu kita lakukan, maka tinggal satu jalan untuk kita iaitu jangan buat benda jahat dan zalim♡
🐊Ust Naim
*Telegram Channel*
Klik link ini untuk join:
http://bit.ly/tadabburkalamullah
*Facebook Page:*
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah
☆Tadabbur Kalamullah 21 Zulhijjah 1446H☆
كُتِبَ عَلَیۡكُمُ ٱلۡقِتَالُ وَهُوَ كُرۡهࣱ لَّكُمۡۖ وَعَسَىٰۤ أَن تَكۡرَهُوا۟ شَیۡـࣰٔا وَهُوَ خَیۡرࣱ لَّكُمۡۖ وَعَسَىٰۤ أَن تُحِبُّوا۟ شَیۡـࣰٔا وَهُوَ شَرࣱّ لَّكُمۡۚ وَٱللَّهُ یَعۡلَمُ وَأَنتُمۡ لَا تَعۡلَمُونَ
"Kamu diwajibkan berperang (untuk menentang pencerobohan) sedang peperangan itu ialah perkara yang kamu benci; dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya" [Surah al-Baqarah 216]
#Jihad bermaksud mengeratkan atau mencurahkan segenap kemampuan dan kesanggupan, sama ada melalui perkataan mahupun perbuatan. (Lihat: Ibnul Atsir dalam an-Nihayah fi Gharib Al-Hadis)
#Dari sudut istilah syarak: "Jihad merujuk kepada usaha mengerahkan seluruh kemampuan dalam peperangan di jalan Allah, sama ada terlibat secara langsung dalam medan perang, atau memberikan pelbagai bentuk sokongan seperti bantuan kewangan, pandangan strategik, mobilisasi pasukan, dan lain-lain. (Lihat: Ibnu Abidin dalam Raddul Muhtar ‘ala Al-Durr Al-Mukhtar)
#Rasulullah saw bersabda: "Duta Allah ada tiga: Orang yang berperang (di jalan Allah), orang yang menunaikan haji, dan orang yang mengerjakan umrah" (HR al-Hakim dan al-Baihaqi)
#Melihat kepada realiti semasa, umat Islam di Palestin, Uyghur, dan pelbagai wilayah lain menjadi mangsa kekejaman musuh-musuh Islam. Ini menjadikan jihad sebagai fardu ain apabila umat Islam diserang atau apabila wilayah mereka diduduki atau dicerobohi.
#Sebagai contoh, konflik di Palestin bukanlah sesuatu yang bermula pada 7 Oktober 2023, sebaliknya ia telah berakar sejak tahun 1948 apabila Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengisytiharkan penubuhan negara haram Israel.
#Penderitaan dan kesengsaraan yang dialami oleh saudara-saudara seagama di bumi Palestin telah berlanjutan sehingga ke hari ini. Serangan berterusan oleh tentera Zionis yang bersifat genosid terhadap umat Islam di sana tidak diiringi dengan sebarang tindakan ketenteraan dari pemimpin-pemimpin negara Islam.
#Walaupun terdapat fatwa yang dikeluarkan oleh Kesatuan Ulama Muslimin Sedunia yang mewajibkan jihad, namun pemimpin-pemimpin dunia Islam hanya sekadar mengecam dalam persidangan dan mengeluarkan kenyataan retorik tanpa sebarang tindakan konkrit.
#Isi kandungan fatwa tersebut antara lain menegaskan kewajipan jihad fi sabilillah ke atas umat Islam dalam usaha membebaskan bumi Palestin daripada penjajahan dan kekejaman Zionis. Ia juga menyeru para pemimpin negara-negara kaum Muslimin agar bertindak tegas dan bersatu dalam mempertahankan maruah umat serta hak saudara seaqidah kita di Gaza.
#Sudah tiba masanya umat Islam memandang isu Gaza bukan sekadar melalui lensa kepentingan nasional atau serantau, tetapi sebagai amanah bersama dalam membela nasib saudara seaqidah.
#Allah swt menyatakan dalam ayat diatas bahawa peperangan atau jihad di medan perang adalah sesuatu yang manusia benci dan takut. Walaupun ianya merupakan perintah Allah swt namun perintah ini diabaikan oleh umat Islam dan para pemimpin Islam di akhir zaman. Mereka lebih mencari kehidupan dunia daripada menyahut perintah Allah swt.
#Oleh yang demikian, umat Islam perlu bersatu atas nama kesatuan umat Islam untuk menyemarakkan kembali semangat jihad dalam membebaskan Palestin serta menghentikan kezaliman rejim Zionis terhadap umat Islam di bumi suci tersebut dan bumi Islam yang lain yang umat Islam dizalimi serta ditindas.
♡Jihad adalah satu kemuliaan yang tinggi dan satu manifestasi pengorbanan diri, harta dan jiwa demi menegakkan agama Allah dan menghapus penindasan serta kekejaman. Bersatu dan berjihadlah!♡
🐊Ust Naim
*Telegram Channel*
Klik link ini untuk join:
http://bit.ly/tadabburkalamullah
*Facebook Page:*
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah
☆Tadabbur Kalamullah 15 Muharram 1447H☆
وَٱلَّذِینَ ءَامَنُوا۟ بِٱللَّهِ وَرُسُلِهِۦۤ أُو۟لَـٰۤىِٕكَ هُمُ ٱلصِّدِّیقُونَۖ وَٱلشُّهَدَاۤءُ عِندَ رَبِّهِمۡ لَهُمۡ أَجۡرُهُمۡ وَنُورُهُمۡۖ وَٱلَّذِینَ كَفَرُوا۟ وَكَذَّبُوا۟ بِـَٔایَـٰتِنَاۤ أُو۟لَـٰۤىِٕكَ أَصۡحَـٰبُ ٱلۡجَحِیمِ
"Orang yang beriman kepada Allah dan Rasul-RasulNya, merekalah pada sisi (hukum) Tuhan mereka, (orang yang mempunyai kedudukan yang tinggi darjatnya) seperti orang "Siddiqin" dan orang yang mati Syahid; mereka akan beroleh pahala dan cahaya. Dan (sebaliknya) orang yang kufur ingkar serta mendustakan ayat-ayat keterangan Kami, merekalah ahli Neraka" [Surah al-Hadid 19]
#Imam Ibn Kathir menjelaskan dalam tafsirnya berkenaan orang-orang yang mati syahid di jalan Allah swt akan memperoleh pahala yang besar di sisiNya dan cahaya yang terang benderang di hadapan mereka. Rasulullah saw pernah bersabda bahawa sesiapa yang mati di jalan Allah swt dalam apa jua jenis keadaan, maka dia dikira sebagai syahid. Ulamak berpandangan mati syahid merupakan rahmat Allah swt kepada mereka sebagai satu kelebihan atas kesakitan dan keperitan yang dialami saat kematiannya.
#Nabi saw bersabda tentang orang-orang yang terbunuh dalam perang Uhud: "Selimutilah mereka dengan darah mereka dan janganlah kalian memandikan mereka kerana tidak ada seorang pun yang terluka di jalan Allah kecuali dia akan datang padahari kiamat dalam keadaan darahnya mengalir berwarna darah sedangkan baunya adalah bau kasturi" (HR an-Nasa’ie)
#Diriwayatkan daripada Sayidina Anas bin Malik r.a, dari Nabi saw bersabda: "Tidak ada seorang pun yang telah masuk syurga ingin kembali semula ke dunia walaupun seluruh isi bumi ini diberikan kepadanya kecuali orang-orang yang mati syahid. Orang yang mati syahid itu ingin kembali ke dunia lalu dia ingin syahid di dunia hingga sepuluh kali, kerana dia telah menyaksikan bagaimana mulianya (ganjaran) orang yang mati syahid" (HR Muslim)
#Berkata ulamak, hendaklah sekelian orang mukmin untuk bercita-cita berjihad dan mati syahid kerana orang munafik tidak bercita-cita untuk yang demikian itu.
#Diriwayatkan daripada Sayidina Mu’az bin Jabal r.a beliau berkata Nabi saw bersabda:
مَنْ سَأَلَ اللهَ الشَّهَادَةَ بِصِدْقٍ مِنْ قَلْبِهِ، بَلَّغَهُ اللهُ مَنَازِلَ الشُّهَدَاءِ، وَإِنْ مَاتَ عَلَى فِرَاشِهِ
"Barangsiapa meminta akan Allah mati syahid dengan jujur daripada hatinya maka Allah akan menyampaikan baginya kedudukan orang yang mati syahid walaupun dia mati di atas katilnya" (HR Ahmad, Muslim, at-Tirmizi, Abu Daud, Ibnu Hibban dan al-Hakim)
#Hadis ini menggalakkan setiap orang Islam berazam dan bercita-cita disamping berusaha untuk mati syahid di jalan Allah swt.
#Dalam al-Muwatha’, Imam Malik menyebut sebuah hadis yang diriwayatkan daripada Sayidina Jabir bin ‘Atik r.a bahawa Nabi saw bersabda:
الشُّهَدَاءُ سَبْعَةٌ سِوَى الْقَتْلِ فِي سَبِيلِ اللَّهِ: الْمَطْعُونُ شَهِيدٌ، وَالْغَرِيقُ شَهِيدٌ، وَصَاحِبُ ذَاتِ الْجَنْبِ شَهِيدٌ، وَالْمَبْطُونُ شَهِيدٌ، وَالَّذِي يَمُوتُ تَحْتَ الْهَدْمِ شَهِيدٌ، وَالْمَرْأَةُ تَمُوتُ بِجُمْعٍ شَهِيدٌ، وَصَاحِبُ الْحَرِيقِ شَهِيدٌ
"Orang yang mati syahid selain terbunuh di jalan Allah ada tujuh; iaitu korban wabak taun adalah syahid, mati kerana tenggelam adalah syahid, menderita penyakit radang paru-paru adalah syahid, mati kerana sakit perut adalah syahid, mati akibat tertimpa runtuhan adalah syahid, seorang wanita yang mati kerana melahirkan anak adalah syahid dan orang yang mati kerana kebakaran adalah syahid" (Riwayat Imam Malik. Sahih)
♡Orang yang mati syahid mempunyai kedudukan dan darjat yang tinggi di sisi Allah swt. Ya Allah, matikanlah mati sebagai seorang syahid dijalanMu. Aamiiin♡
🐊Ust Naim
*Telegram Channel*
Klik link ini untuk join:
http://bit.ly/tadabburkalamullah
*Facebook Page:*
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah
☆Tadabbur Kalamullah 13 Muharram 1447H☆
إِنَّ لِلۡمُتَّقِینَ عِندَ رَبِّهِمۡ جَنَّـٰتِ ٱلنَّعِیمِ
"Sesungguhnya orang-orang yang bertaqwa, disediakan bagi mereka taman-taman Syurga yang penuh nikmat, di sisi Tuhan mereka" [Surah Al-Qalam 34]
#Allah swt memberi jaminan kepada orang-orang yang bertaqwa, mereka akan mendapat nikmat yang berkekalan di akhirat. Balasan itu amat besar sekali nikmatnya kerana ia dari sisi Allah swt. Sesuatu yang dijamin daripada Allah swt, tentulah ia suatu ganjaran yang teramat hebat iaitu jaminan Syurga yang teristimewa.
وَسِيْقَ الَّذِيْنَ اتَّقَوْا رَبَّهُمْ إِلَى الْجَنَّةِ زُمَرًا ۗحَتّٰىٓ إِذَا جَاۤءُوْهَا وَفُتِحَتْ أَبْوَابُهَا وَقَالَ لَهُمْ خَزَنَتُهَا سَلٰمٌ عَلَيْكُمْ طِبْتُمْ فَادْخُلُوْهَا خٰلِدِيْنَ
"Dan orang-orang yang bertakwa kepada Tuhan dibawa ke dalam syurga berombong-rombongan (pula) sehingga apabila mereka sampai ke syurga itu sedang pintu-pintunya telah terbuka dan berkatalah kepada mereka penjaga-penjaganya: “Kesejahteraan (dilimpahkan) atasmu. Berbahagialah kamu! Maka masukilah syurga ini, sedang kamu kekal di dalamnya" [Surah az-Zumar 73]
#Allah swt menyatakan ia diberikan kepada mereka yang bertaqwa sahaja. Iaitu mereka yang takut kepada Allah dan sangat menjaga hukum hakam yang Allah telah tetapkan. Insan bertaqwa ialah mereka yang sentiasa sedar bahawa Allah sentiasa memerhatikan segala perbuatan mereka dan kerana itu mereka berhati-hati dan berjaga-jaga dengan segala perbuatan mereka. Setiap perbuatan mereka dimulai dengan penilaian sama ada Allah suka atau tidak. Jika suka, baru dilakukan. Jika tiada, mereka akan berusaha meninggalkannya.
#Ayat ini adalah jawapan balas kepada hujah pemuka Quraisy dikalangan musyrik. Mereka mengatakan mereka hidup senang di dunia dengan kedudukan yang tinggi kerana mereka itu disayangi oleh Allah. Dan mereka kata, kalau benarlah akhirat itu ada seperti yang didakwa oleh Nabi Muhammad saw, mereka tentu akan dapat kelebihan dan kedudukan tinggi di akhirat juga kerana memang mereka itu kesayangan Allah.
#Allah memberitahu mereka, jangan perasan dan berangan-angan. Mereka bukan dikalangan orang bertaqwa, jadi mereka tidak akan dapat memasuki syurga. Syurga hanya untuk orang bertaqwa sahaja. Bagi orang musyrik, maka neraka Jahannam sedang menanti mereka.
وَإِنَّ جَهَنَّمَ لَمَوۡعِدُهُمۡ أَجۡمَعِینَ
"Dan sesungguhnya neraka Jahannam itu, tempat yang dijanjikan bagi sekalian mereka (yang menurut syaitan)" [Surah al-Ḥijr 43]
مَا كَانَ لِلنَّبِیِّ وَٱلَّذِینَ ءَامَنُوۤا۟ أَن یَسۡتَغۡفِرُوا۟ لِلۡمُشۡرِكِینَ وَلَوۡ كَانُوۤا۟ أُو۟لِی قُرۡبَىٰ مِنۢ بَعۡدِ مَا تَبَیَّنَ لَهُمۡ أَنَّهُمۡ أَصۡحَـٰبُ ٱلۡجَحِیمِ
"Tidaklah dibenarkan bagi Nabi dan orang-orang yang beriman, meminta ampun bagi orang-orang musyrik, sekalipun orang itu kaum kerabat sendiri, sesudah nyata bagi mereka bahawa orang-orang musyrik itu adalah penghuni neraka Jahim" [Surah At-Tawbah 113]
♡Jadilah manusia yang bertaqwa, moga syurga destinasi terakhir kita. Aamiiin♡
🐊Ust Naim
*Telegram Channel*
Klik link ini untuk join:
http://bit.ly/tadabburkalamullah
*Facebook Page:*
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah
☆Tadabbur Kalamullah 11 Muharram 1447H☆
إِنَّهُ لَقُرْآنٌ كَرِيمٌ
"Bahawa sesungguhnya (yang dibacakan kepada kamu) itu ialah Al-Quran yang mulia, (yang sentiasa memberi ajaran dan pimpinan)" [Surah al-Waqiah 77]
#Syeikh al-Sa’di ketika menafsirkan ayat ini menyatakan bahawa: "Adapun bagi yang telah disumpahkan ke atasnya ianya mengithbatkan Al-Quran bahawa ia adalah kebenaran yang tiada keraguan padanya dan ia adalah kalam yang mulia iaitu banyak kebaikan, padat dengan ilmu. Setiap kebaikan dan ilmu ia hanya diperolehi daripada Kitabullah dan diambil dariNya" (Lihat: Taisir al-Karim al-Rahman)
#Diriwayatkan daripada Sayidina Umar bin al-Khattab r.a, bahawa Rasulullah saw bersabda:
إِنَّ اللَّهَ يَرْفَعُ بِهَذَا الْقُرْآنَ أَقْوَامًا وَيَضَعُ بِهِ آخَرِينَ
"Sesungguhnya Allah mengangkat suatu kaum dengan al-Quran ini dan merendahkan kaum yang lain dengannya" (HR Muslim, Ibn Majah dan Ibn Hibban)
#Maknanya, sesiapa yang beriman dengan al-Quran, memuliakan kedudukannya dan beramal dengannya, maka Allah swt akan mengangkat kedudukannya di dunia dan akhirat serta mengurniakannya ke‘izzahan dan kemuliaan, manakala sesiapa yang tidak beriman dengan al-Quran atau tidak memuliakan kedudukannya, maka Allah swt akan merendahkan dan menghinakannya di dunia dan akhirat, sekalipun dia ada kedudukan atau kemuliaan pada kaca mata manusia. (Lihat: al-Mafatih fi Syarh al-Masabih)
#Al-Quran adalah hidayah dan petunjuk dalam pelbagai persoalan kehidupan manusia. Ia memberi panduan mengenai dasar asasi dan utama persoalan dalam setiap bidang kehidupan.
#Al-Quran diturunkan bukan hanya untuk dijadikan kitab bacaan dan hafalan semata-mata. Sebaliknya, Allah swt mahukan umat manusia menjalani kehidupan dunia berpandukan dasar dan nilai yang terkandung di dalamnya.
Apatah lagi dalam situasi dunia moden hari ini yang sedang dilanda pelbagai cabaran. Al-Quran tidak pernah menyisihkan sebarang isu permasalahan kehidupan manusia, baik isu besar mahupun isu yang dianggap remeh.
#Menjadikan al-Quran sebagai keutamaan dalam kehidupan seharian memberikan rangka kerja untuk menguruskan perkara lain dan menemukan kebahagiaan yang sebenar. Ia membantu kita memperbaiki kualiti moral dalam hubungan peribadi dan profesional, memastikan Al-Quran kekal sebagai pusat kehidupan kita.
♡Bagi umat Islam, al-Quran menawarkan panduan yang tidak ternilai, tujuan hidup, dan peningkatan rohani, bertindak sebagai peta ilahi untuk menyembah Allah dengan cara yang mendapat keredhaanNya, menekankan kepatuhan kepada perintahNya dan menjauhi laranganNya♡
🐊Ust Naim
*Telegram Channel*
Klik link ini untuk join:
http://bit.ly/tadabburkalamullah
*Facebook Page:*
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah
☆Tadabbur Kalamullah 9 Muharram 1447H☆
إِن یَمۡسَسۡكُمۡ قَرۡحࣱ فَقَدۡ مَسَّ ٱلۡقَوۡمَ قَرۡحࣱ مِّثۡلُهُۥۚ وَتِلۡكَ ٱلۡأَیَّامُ نُدَاوِلُهَا بَیۡنَ ٱلنَّاسِ وَلِیَعۡلَمَ ٱللَّهُ ٱلَّذِینَ ءَامَنُوا۟ وَیَتَّخِذَ مِنكُمۡ شُهَدَاۤءَۗ وَٱللَّهُ لَا یُحِبُّ ٱلظَّـٰلِمِینَ
"Jika kamu (dalam peperangan Uhud) mendapat luka (tercedera), maka sesungguhnya kaum (musyrik yang mencerobohi kamu) itu telah (tercedera juga dan) mendaapat luka yang sama (dalam peperangan Badar). Dan demikian itulah keadaan hari-hari (dunia ini dengan peristiwa-peristiwa kemenangan atau kekalahan), kami gilirkan dia antara sesama manusia, (supaya menjadi pengajaran) dan supaya nyata apa yang diketahui Allah tentang orang-orang yang tetap beriman (dan yang sebaliknya), dan juga supaya Allah menjadikan sebahagian di antara kamu orang-orang yang mati Syahid. Dan (ingatlah), Allah tidak suka kepada orang-orang yang zalim" [Surah Āli-ʿImrān 140]
#Ayat ini menceritakan berkaitan peristiwa peperangan Uhud.
عَنْ مُحَمَّدِ بْنِ إِسْحَاقَ قَالَ : وَخَرَجَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَوْمَ الْجُمُعَةِ حِينَ صَلَّى الْجُمُعَةَ، فَأَصْبَحَ بِالشِّعْبِ مِنْ أُحُدٍ، فَالْتَقَوْا يَوْمَ السَّبْتِ فِي النِّصْفِ مِنْ شَوَّالٍ سَنَةَ ثَلاثٍ
Daripada Muhammad bin Ishak berkata: Rasulullah saw keluar ke Uhud pada hari Jumaat selepas solat Jumaat. Pada keesokan pagi Nabi saw sudah bersiap di satu laluan dari laluan Uhud. Nabi berperang pada hari Sabtu pada pertengahan bulan Syawal pada tahun ke 3H" (Riwayat al-Haythami dalam Majma’ al-Zawaid Dan at-Tabrani)
#Diriwayatkan daripada Sayidina al-Bara’ r.a berkata: "Kami bertemu pasukan Musyrikin pada hari itu (Uhud), lalu Nabi saw menempatkan pasukan pemanah di bawah pimpinan Sayidina Abdullah. Baginda saw berpesan: "Tetaplah kalian di sini, sekalipun kalian melihat kami menang atas mereka, janganlah kalian meninggalkan tempat ini, dan jika kalian melihat kami kalah, janganlah kalian bergerak untuk menolong kami"
Ketika perang mulai berkecamuk, maka pasukan musuh melarikan diri sehingga aku melihat para wanita berlarian ke gunung hingga tersingkap betis mereka dan kelihatan gelang kaki mereka. Kaum Muslimin (pasukan pemanah) berebut mengambil (ghanimah) sambil berkata: Ghanimah! (harta rampasan perang), ghanimah!.
Sayidina Abdullah akhirnya berteriak: "Nabi saw telah berpesan kepadaku, janganlah kalian meninggalkan tempat kalian! Namun mereka tidak peduli, ketika mereka tidak memperdulikan wasiat Nabi saw mereka menjadi kucar kacir.
#Allah swt timpakan kekalahan kepada orang Islam dalam perang ini sebagai pengajaran. Allah swt menggunakan para sahabat sebagai contoh, apa yang akan terjadi kalau orang Islam sendiri melakukan kesilapan. Memang ada antara para sahabat yang telah melakukan kesilapan semasa Perang Uhud itu. Namun kita perlu ingat, Allah swt sudah memaafkan mereka. Namun kalau orang seterusnya juga buat perkara yang sama, akan tetap berdosa. Kita kena ambil pengajaran daripada apa yang telah dilalui oleh para sahabat nabi saw.
#Begitulah istimewanya mereka, kerana Allah swt takdirkan mereka melakukan kesilapan, kemudian Allah swt maafkan mereka. Ini kerana kalau mereka tidak buat kesilapan, kita tidak tahu mana perbuatan yang salah supaya kita tidak buat.
♡Menang dan kalah dalam peperangan atau perjuangan itu, Allah swt gilirkan antara manusia untuk menguji iman hambaNya dan juga untuk memberi pengajaran agar manusia mengambil pengajaran atas kesilapan yang dilakukan agar tidak diulangi lagi disamping mereka yang terbunuh beroleh kematian yang mulia yakni mati syahid. Berjuanglah dengan bersungguh-sungguh dan jangan mudah berputus asa♡
🐊Ust Naim
*Telegram Channel*
Klik link ini untuk join:
http://bit.ly/tadabburkalamullah
*Facebook Page:*
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah
☆Tadabbur Kalamullah 7 Muharram 1447H☆
ٱنفِرُواْ خِفَافًا وَثِقَالًا وَجَٰهِدُواْ بِأَمْوَٰلِكُمْ وَأَنفُسِكُمْ فِى سَبِيلِ ٱللَّهِ ۚ ذَٰلِكُمْ خَيْرٌ لَّكُمْ إِن كُنتُمْ تَعْلَمُونَ
"Keluarlah kamu berperang, baik dalam keadaan ringan mahupun berat, dan berjihadlah kamu dengan harta dan dirimu di jalan Allah. Yang demikian itu adalah lebih baik bagimu, jika kamu mengetahui" [Surah at-Taubah 41]
#Ayat ini berkaitan Perang Tabuk. Dalam Perang Tabuk, Allah swt mewajibkan golongan mukmin untuk berangkat berperang bersama Rasulullah saw dalam keadaan apa pun, baik ia dalam keadaan ada semangat mahupun dalam keadaan malas, baik dalam keadaan sulit mahupun dalam keadaan mudah. Begitu juga, baik telah berusia lanjut mahu pun berusia muda, semuanya harus berangkat ke medan perang. Kerana itulah para sahabat, tetap juga pergi berperang walaupun pada usia mereka yang lanjut. Dikecualikan hanya bagi mereka yang sakit dan uzur.
#Dan untuk berjihad, perlu mengeluarkan harta (kerana jihad memerlukan modal) dan kena diri sendiri hadir juga ke medan jihad. Kena bawa diri sendiri untuk berperang. Tidak boleh wakilkan kepada orang lain. Dua perkara utama yang perlu dikorbankan dalam jihad adalah harta dan diri.
#Dalam Perang Tabuk, antara dermawan yang menyumbang harta ialah Sayidina Uthman bin Affan r.a. Dicatatkan bahawa Sayidina Uthman bin Affan telah menginfakkan sebanyak 900 ekor unta, 100 ekor kuda dan 1000 dinar. (Lihat: al-Rahiq al-Makhtum)
#Sayidina Abdul Rahman bin Samurah r.a meriwayatkan bahawa Sayidina Uthman datang kepada Nabi saw menyerahkan 1000 dinar yang dibawanya dalam saku bajunya, ketika Nabi saw sedang mempersiapkan pasukan Perang Tabuk. Dia membukanya di pangkuan Nabi saw. Aku melihat Nabi saw membolak-balikkannya di pangkuannya, lalu Baginda bersabda:
مَا ضَرَّ عُثْمَانَ مَا عَمِلَ بَعْدَ الْيَوْمِ ، مَا ضَرَّ عُثْمَانَ مَا عَمِلَ بَعْدَ الْيَوْمِ
"Tidak akan membahayakan Uthman apa yang dia lakukan setelah hari ini. Tidak akan membahayakan Uthman apa yang dia lakukan setelah hari ini"
(HR at-Tirmizi)
#Begitu juga Sayidina Huzaifah r.a pernah berkata: Sayidina Uthman datang kepada Rasulullah saw di mana ketika itu Baginda sedang mempersiapkan pasukan Tabuk. Sayidina Uthman membawa sepuluh ribu dinar. Dia membentangkannya di hadapan Rasulullah saw. Lalu Baginda membolak-balikkan dengan tangannya sambil bersabda:
"Semoga Allah mengampunimu wahai Uthman, apa yang telah lalu dan sekarang, apa yang engkau rahsiakan, apa yang engkau tampakkan, dan apa yang akan berlaku sehingga hari Kiamat" (Lihat Fadha’il al-Sahabiah oleh Imam Ahmad)
#Selain itu, Sayidina Uthman juga termasuk dalam kalangan sahabat yang dikira sebagai mati syahid.
♡Berkorban dan berjihadlah dengan harta dan jiwa. Contohilah sifat pemurah dan keberanian Sayidina Uthman dalam menegakkan kebenaran dan menyebarkan Islam♡
🐊Ust Naim
*Telegram Channel*
Klik link ini untuk join:
http://bit.ly/tadabburkalamullah
*Facebook Page:*
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah
☆Tadabbur Kalamullah 5 Muharram 1447H☆
وَالَّذِي جَاءَ بِالصِّدْقِ وَصَدَّقَ بِهِ أُوْلَئِكَ هُمُ الْمُتَّقُونَ
"Dan orang yang membawa kebenaran (Muhammad) dan yang membenarkannya, mereka itulah orang-orang yang bertakwa" [Surah az-Zumar 33]
#Imam Ibnu Jarir rahimahullah meriwayatkan dengan sanadnya kepada Sayidina Ali bin Abu Talib r.a, bahawa yang dimaksudkan dengan lafaz “وَالَّذِي جَاء بِالصِّدْقِ” (dan orang yang membawa kebenaran) ialah Nabi Muhammad saw. Manakala yang dimaksudkan pula dengan lafaz "وَصَدَّقَ بِه” (dan yang membenarkannya) ialah Sayidina Abu Bakar al-Siddiq r.a (Lihat: Jami‘ al-Bayan)
#Ayat ini berkaitan gelaran yang dikurniakan kepada Sayidina Abu Bakar iaitu as-Siddiq (yang sentiasa membenarkan).
#Beliau adalah sahabat yang paling rapat dengan Nabi saw. Ketika hijrahnya Baginda saw ke Madinah, beliau satu-satunya sahabat yang menemani Baginda dalam perjalanan tersebut. Beliau digelar as-Siddiq kerana sentiasa membenarkan setiap perkataan dan tindakan Nabi saw tatkala orang ramai mengatakan Baginda berdusta dalam peristiwa Israk Mi‘raj.
#Imam as-Sya'bi rahimahullah berkata: "Allah swt telah memilih Sayidina Abu Bakar dengan empat ciri yang tidak dimiliki oleh orang lain, iaitu:
1. Allah swt memanggilnya as-Siddiq dan tidak ada orang lain selain dia yang diberi nama itu.
2. Dia adalah pendamping Rasulullah saw di dalam gua ketika perjalanan hijrah.
3. Dia adalah sahabat Nabi satu-satunya ketika hijrah.
4. Ketika zaman Nabi saw, Baginda memerintahkan Sayidina Abu Bakar untuk memimpin solat dan orang-orang Muslim ada di sana dan bersaksi.
#Sayidina Abu Bakar Antara manusia yang dicintai serta disayangi Rasulullah saw. Sayidina Amr bin al-‘As r.a pernah bertanya kepada Rasulullah saw: "Siapakah manusia yang paling engkau cintai? Baginda menjawab: ‘Aisyah.’ Aku berkata: ‘Daripada lelaki?’ Baginda berkata: ‘Bapanya (Abu Bakar). Aku berkata: ‘Kemudian siapa?’ Baginda menjawab: ‘Umar.’ Lalu Baginda menyebutkan beberapa orang. Aku pun diam kerana khuatir Baginda akan menjadikanku yang terakhir di antara mereka" (HR al-Bukhari dan Muslim)
#Sayidina Abu Sa‘id al-Khudri r.a menerangkan bahawa Rasulullah saw pernah berkata: "Sesungguhnya manusia yang paling mententeramkan atas diriku di dalam persahabatan dan hartanya adalah Abu Bakar, dan jikalau aku mengambil seorang kekasih selain Tuhanku, nescaya Abu Bakarlah yang aku ambil sebagai kekasih, namun dia adalah saudaraku dan sahabatku" (HR al-Bukhari)
#Sayidina Abu Bakar as-Siddiq r.a seorang yang jujur, berbudi pekerti, adil, tegas dan memiliki sifat yang terpuji. Imam Ibn al-Jauzi menyatakan bahawa sifat alami Sayidina Abu Bakar sangat terkenal melalui kesolehannya, ketakutannya terhadap Allah, dan kerendahan hati. (Lihat: al-Tabsirah).
#Sayidina Abu Bakar r.a seorang yang dijamin syurga dan sesungguhnya para ahli syurga akan menyambutnya ketika beliau memasuki syurga kelak. Rasulullah saw bersabda:
يَدْخُلُ الْجَنَّة رَجُلٌ فَلاَ يَبْقَى أَهْلُ دَارٍ وَلاَ أَهْلُ غُرْفَةٍ إِلاَّ قَالُوا: مَرْحَباً مَرْحَباً إلَيْنَا إلَيْنَا. فقال أبو بكر: يَا رَسُولَ الله مَا تَوَى عَلَى هَذَا الرَّجُلِ فِي ذَلِكَ الْيَومِ. قال: أَجَلْ وَأَنْتَ هُو يَا أَبَا بَكْرٍ
"Akan memasuki syurga seorang lelaki, maka tiada orang yang di rumah mahupun di bilik (di dalam syurga tersebut) melainkan mereka berkata: "Selamat datang, selamat datang". Maka berkata Sayidina Abu Bakar: "Wahai Rasulullah, (sungguh bahagia) lelaki tersebut sehingga tidak akan hilang serta musnah pada hari tersebut". Rasulullah saw meneruskan: "Sudah tentu dan lelaki tersebut adalah engkau wahai Abu Bakar" (HR Ibnu Hibban)
♡Contohilah segala sifat terpuji dan lakukanlah segala amal kebaikan agar kita juga layak ke syurga dan dihimpunkan bersama-sama Sayidina Abu Bakar as-Siddiq disana. Aamiiin♡
🐊Ust Naim
*Telegram Channel*
Klik link ini untuk join:
http://bit.ly/tadabburkalamullah
*Facebook Page:*
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah
☆Tadabbur Kalamullah 3 Muharram 1447H☆
وَٱلَّذِینَ هَاجَرُوا۟ فِی ٱللَّهِ مِنۢ بَعۡدِ مَا ظُلِمُوا۟ لَنُبَوِّئَنَّهُمۡ فِی ٱلدُّنۡیَا حَسَنَةࣰۖ وَلَأَجۡرُ ٱلۡـَٔاخِرَةِ أَكۡبَرُۚ لَوۡ كَانُوا۟ یَعۡلَمُونَ
"Dan orang-orang yang berhijrah kerana Allah, sesudah mereka dianiaya (ditindas oleh musuh-musuh Islam), Kami akan menempatkan mereka di dunia ini pada tempatnya yang baik; dan sesungguhnya pahala (amal mereka yang baik itu) lebih besar di akhirat kelak, kalaulah mereka mengetahui" [Surah an-Naḥl 41]
#Imam Ibn Jarir rahimahullah berkata: Mereka yang berpisah dengan kaumnya dan meninggalkan tanah watan kerana permusuhan semata-mata kerana Allah nescaya akan ditempatkan Allah di dunia di mana mereka redha dengannya. (Tafsir al-Tabari)
#Bagi mereka yang sanggup berhijrah kerana mahu menjaga agama Allah swt, mereka akan memperolehi kebaikan. Iaitu selepas mereka dizalimi, sehingga mereka tidak boleh hendak beramal berkaitan agama dengan sempurna, maka mereka terpaksa mengambil keputusan untuk berhijrah meninggalkan kampung halaman mereka. Ini kerana tempat asal mereka tidak ada peluang untuk mereka mengamalkan agama Islam.
#Ayat ini merupakan ayat tentang hijrah pertama para sahabat Nabi saw dari Mekah ke Habsyah. Para sahabat pada waktu itu telah ditindas dengan kejam sekali. Maka untuk menjaga agama dan iman mereka, mereka telah diarahkan oleh Nabi Muhammad saw untuk berhijrah.
#Di antara mereka yang hijrah ke negeri Habsyah termasuk orang yang paling terhormat dalam kalangan mereka iaitu Sayidina Uthman ibnu Affan r.a dan isterinya Sayidatina Ruqayyah binti Rasulullah r.ha, Sayidina Jaafar ibnu Abu Talib r.a (anak saudara Rasulullah saw), Sayidina Abu Salamah ibnu Abdul Aswad r.a berserta sejumlah sahabat yang lain lebih kurang lapan puluh orang yang terdiri daripada lelaki dan wanita.
#Berhijrah kerana hendak mengamalkan agama Allah swt dengan sempurna adalah wajib jikalau kita dihalang mengamalkan agama. Allah swt telah mengingatkan perkara ini di dalam firmanNya:
إِنَّ ٱلَّذِینَ تَوَفَّىٰهُمُ ٱلۡمَلَـٰۤىِٕكَةُ ظَالِمِیۤ أَنفُسِهِمۡ قَالُوا۟ فِیمَ كُنتُمۡۖ قَالُوا۟ كُنَّا مُسۡتَضۡعَفِینَ فِی ٱلۡأَرۡضِۚ قَالُوۤا۟ أَلَمۡ تَكُنۡ أَرۡضُ ٱللَّهِ وَ ٰسِعَةࣰ فَتُهَاجِرُوا۟ فِیهَاۚ فَأُو۟لَـٰۤىِٕكَ مَأۡوَىٰهُمۡ جَهَنَّمُۖ وَسَاۤءَتۡ مَصِیرًا
"Sesungguhnya orang-orang yang diambil nyawanya oleh malaikat semasa mereka sedang menganiaya diri sendiri (kerana enggan berhijrah untuk membela Islam dan rela ditindas oleh kaum kafir musyrik), mereka ditanya oleh malaikat dengan berkata: "Apakah yang kamu telah lakukan mengenai ugama kamu?" Mereka menjawab: "Kami dahulu adalah orang-orang yang tertindas di bumi". Malaikat bertanya lagi: "Tidakkah bumi Allah itu luas, yang membolehkan kamu berhijrah dengan bebas padanya?" Maka orang-orang yang sedemikian itu keadaannya, tempat akhir mereka ialah neraka jahanam, dan neraka jahanam itu adalah seburuk-buruk tempat kembali" [Surah an-Nisāʾ 97]
#Ayat ini mengenai golongan sahabat yang beriman, tetapi tetap mereka dikenakan azab kerana mereka tidak berhijrah kerana cintakan dunia.
#Kepada mereka yang sanggup berhijrah, mereka dijanjikan dengan berbagai kelebihan dunia dan akhirat.
♡Berhijrahlah demi Islam. Moga ada rahmat dan pertolongan Allah swt♡
🐊Ust Naim
*Telegram Channel*
Klik link ini untuk join:
http://bit.ly/tadabburkalamullah
*Facebook Page:*
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah
*SEDEKAH JUMAAT AWAL MUHARRAM: INFAQ PEMBAIKAN DAN NAIKTARAF SURAU AL-IHSAN, SMK GEDANGSA, KUALA KUBU BHARU, SELANGOR*
Klik dan sumbang:
https://toyyibpay.com/NAIK-TARAF-SURAU-AL-IHSAN
Sabda Nabi saw: *‘Sesiapa yang membina masjid (surau) kerana Allah, Allah membina baginya rumah di syurga kelak (binaan) seumpamanya* (HR Muslim)
Surau al-Ihsan SMK Gedangsa yang dibina pada 1 Julai 1982, sudah hampir 43 tahun yang lalu, perlukan pembaikan dan dinaiktaraf segera bagi menjamin keselesaan, keceriaan, keselamatan dan agar lebih kondusif kepada para jemaah terutama anak-anak pelajar dan seluruh warga sekolah yang datang untuk mengimarahkan dan memakmurkannya dengan pelbagai aktiviti kerohanian. Keluasan Surau al-Ihsan ini sekitar 80 kaki x 60 kaki persegi.
Surau yang menjadi tumpuan para pelajar dan warga sekolah ini, kerana inilah satu-satunya surau yang ada di SMK Gedangsa, sudah tentu menjadi kebimbangan kepada pihak sekolah jika keadaan kemudahan dan keselamatannya agak kurang kondusif dan memberansangkan memandangkan sudah lama tidak dinaik taraf.
Untuk makluman semua, terdapat beberapa kerosakan pada struktur binaan surau yang menimbulkan kebimbangan terhadap keselamatan para jemaah, ruang solat yang kecil tidak dapat menampung jemaah yang ramai dalam satu-satu masa, ruang solat imam yang terlalu kecil menghalang jemaah melihat pergerakan imam, dinding bahagian atas surau masih berstruktur kayu lama yang berlubang-lubang menghalang untuk pemasangan alat penghawa dingin dan tingkap jenis nako yang rosak dan mengganggu sistem pengudaraan dan pencahayaan.
*Antara pembaikan yang perlu dilakukan ialah:*
1. Menukar dinding kayu ruang solat utama kepada dinding batu
2. Menukar tingkap nako kepada sliding
3. Meluaskan ruang solat imam
4. Kerja memasang syiling di bahagian ruang imam solat
5. Membaiki dan menambah baik struktur-struktur pada binaan yang rosak, usang dan lama.
*KOS DIPERLUKAN LAGI SEKITAR: RM11 RIBU*
Untuk info, kos keseluruhan pembaikan dan naik taraf Surau al-Ihsan ini sekitar *RM21 ribu*. Untuk makluman semua, pihak sekolah bersama PIBG juga telah berusaha mengumpulkan dana untuk projek naik taraf surau ini dan berjaya kumpul RM10 ribu. Pihak sekolah dan PIBG memohon jasa baik Geng Talaqqi untuk bersama-sama dalam projek kebajikan ini kerana dana sekitar RM11 ribu lagi belum mencukupi.
*Antara aktiviti penggunaan surau ini ialah (setiap hari diimarahkan):*
1. Solat Zohor Berjemaah pada setiap hari persekolahan
2. Solat Dhuha/Solat Hajat
3. Bacaan Surah Yasin dan al-Kahfi setiap hari Jumaat
4. Solat Dhuha dan Tazkirah Jumaat pada setiap hari Jumaat
5. Majlis Restu SPM dan Solat Hajat
6. Sambutan Ihya' Ramadhan, Iftar dan Khatam al-Quran
7. Sambutan Hari Kebesaran Islam dan
8. Segala aktiviti melibatkan keagamaan dan kerohanian.
*Dengan ini, Geng Talaqqi melancarkan tabung infaq/wakaf Pembaikan dan Menaik Taraf Surau al-Ihsan, SMK Gedangsa. Semoga menjadi jariah yang berpanjangan pahalanya serta menjadi saham terbesar kita di mahsyar kelak*.
Jazakumullahu khairan kathira diucapkan kepada semua penyumbang.. Moga Allah mengganjari tuan puan sekeluarga dengan balasan syurgaNya yang tertinggi. Aamiiin
...........................
*SUMBANGAN BOLEH DISALURKAN KE AKAUN TOYYIB PAY:*
https://toyyibpay.com/NAIK-TARAF-SURAU-AL-IHSAN
*Atau terus ke akaun:*
*Pertubuhan Kebajikan Ilmu dan Amal Selangor
*Maybank_5629_9101_9074
*Cimb_8604_7707_81
*Remark: NAIK TARAF SURAU AL-IHSAN
.....................
*SMS/Whatsapp slip/bukti sumbangan kepada:*
📲Ust Naim: http://www.wasap.my/60196023803/NaikTarafSurauAlIhsan
📲Tn Abu Umar: http://www.wasap.my/60193113501/NaikTarafSurauAlIhsan
📲Tn Akmalizan: http://www.wasap.my/60172722696/NaikTarafSurauAlIhsan
📲Puan Zarina: http://www.wasap.my/60193223501/NaikTarafSurauAlIhsan
*ANDA HULUR, KAMI SALUR*
☆Tadabbur Kalamullah 29 Zulhijjah 1446H☆
وَلَقَدۡ نَعۡلَمُ أَنَّكَ یَضِیقُ صَدۡرُكَ بِمَا یَقُولُونَ
"Dan demi sesungguhnya Kami mengetahui, bahawa engkau bersusah hati dengan sebab apa yang mereka katakan"
فَسَبِّحۡ بِحَمۡدِ رَبِّكَ وَكُن مِّنَ ٱلسَّـٰجِدِینَ
"Oleh itu, bertasbihlah engkau dengan memuji Tuhanmu, serta jadilah dari orang-orang yang sujud" [Surah al-Ḥijr 97-98]
#Allah swt mengatakan dalam ayat diatas, penawar bagi merawat kesedihan, keresahan, keserabutan, ujian hidup dan kesempitan jiwa adalah dengan mendirikan solat, banyakkan berzikir dan bertasbih memuji Allah swt.
#Dikisahkan tatkala Rasulullah saw di saat dihinggapi masalah atau dalam keadaan susah atau dalam suasana dahsyat dimusuhi, Baginda saw akan mendirikan solat. Ini diceritakan oleh Sayidina Huzaifah bin al-Yaman r.a dengan katanya:
كان النَّبيُّ صلَّى اللهُ عليه وسلَّمَ إذا حَزَبَه أمْرٌ صلَّى.
"Nabi saw apabila sesuatu urusan itu menjadi berat dan sulit, Baginda saw akan mendirikan solat" (HR Abu Daud)
#Solat adalah salah satu penawar untuk memberikan ketenangan kepada jiwa manusia. Allah swt adalah sumber ketenangan dan Dialah penyelesai masalah kepada segala masalah yang dihadapi hamba-hambaNya. Pada akal fikiran manusia yang cetek ini, betapa besar menggunung masalah yang sedang dihadapi sekalipun, tetapi apabila kita mengadu kepada Allah, pasti Dia akan memberi ilham untuk menyelesaikannya. Ketika itu, baru kita sedar rupa-rupanya kecil saja masalah yang kita hadapi. Solatlah, itulah sumber kejayaan dan kebahagiaan.
#Menurut Imam al-Qurtubi rahimahullah:
أن غايةَ القربِ في الصلاةِ حال السجود، كما قال عليه السلام: أقربُ ما يكون العبد من ربه وهو ساجد فأخلصوا الدعاء. ولذلك خَصَّ السجودَ بالذكرِ.
"Kemuncak dekat dengan Allah swt di dalam solat adalah semasa bersujud. Sebagaimana sabda Nabi saw: "Keadaan paling dekat seseorang hamba dengan Tuhannya adalah dalam keadaan dia sedang bersujud. Maka berdoalah dengan penuh keihlasan (ketika sujud). Oleh kerana itulah Allah, mengkhususkan sebutan sujud (pada ayat tersebut)" (Lihat: Jami' Li Ahkam al-Quran)
♡Solatlah, InsyaAllah segala masalah dan gundah gulanamu akan diselesaikan♡
🐊Ust Naim
*Telegram Channel*
Klik link ini untuk join:
http://bit.ly/tadabburkalamullah
*Facebook Page:*
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah
☆Tadabbur Kalamullah 27 Zulhijjah 1446H☆
وَمِنَ ٱلَّیۡلِ فَسَبِّحۡهُ وَأَدۡبَـٰرَ ٱلسُّجُودِ
"Serta bertasbihlah kepadaNya pada malam hari dan sesudah mengerjakan sembahyang" [Surah Qaf 40]
#Kita dianjurkan untuk memperbanyakkan zikir dan bertasbih memuji Allah swt di malam hari dan juga seusai mengerjakan solat.
وَاذْكُرِ اسْمَ رَبِّكَ بُكْرَةً وَأَصِيلًا
"Dan sebutlah dengan lidah atau dengan hati akan nama Tuhanmu (di dalam dan di luar solat) pada waktu pagi dan petang" [Surah al-Insan 25]
#Dalam bab zikir, yang paling utama buat seseorang itu adalah dia beramal dengan zikir-zikir yang warid menerusi hadis-hadis yang sahih berbanding selainnya.
#Salah seorang ulamak Syafi’eyyah iaitu Imam Waliyyuddin al-‘Iraqi rahimahullah berkata:
اتباع الوارد في الأحاديث الصحيحة أولى من الإقدامِ على ما في غيرها، بل ما ورد في الأحاديث الضعيفة إذا لم يصل إلى الوضع مقدم على ما في غيرها أيضا، مع أن تلك الأوراد التي ليست في الأحاديث لا منع منها إذا لم تناف شريعة مقررة إلا أن ما في الأحاديث أولى، والله أعلم
"Mengikut (zikir-zikir) yang warid dalam hadis-hadis yang sahih adalah lebih utama dari melakukan zikir-zikir selainnya. Bahkan, zikir-zikir yang warid dari hadis-hadis yang daif, selama tidak sampai ke darjat palsu didahulukan ke atas yang selainnya. Meskipun wirid-wirid yang tidak terdapat di dalam hadis-hadis itu tidak dilarang (untuk dibaca) selama tidak bercangahan dengan syarak, cuma (wirid) yang terdapat di dalam hadis-hadis itu adalah lebih utama. Wallahu A’lam. (Lihat: al-Ajwibah al-Mardiyyah, Ibn Al-‘Iraqi)
#Oleh itu dapatlah kita fahami bahawa:
1. Zikir-zikir yang warid dalam hadis-hadis yang sahih lebih utama dari selainnya.
2. Zikir-zikir yang bersandarkan hadis meskipun daif adalah didahulukan berbanding selainnya.
3. Zikir-zikir yang tidak bersandarkan kepada hadis, tidak dilarang untuk diamalkan selama tidak bercanggah dengan syarak.
4. Mafhumnya, jika zikir-zikir yang tidak warid itu bercanggah dengan syarak, maka ia tidak diamalkan.
#Daripada Sayidina Abdullah bin Busr r.a, beliau berkata:
أَتَى النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ رَجُلٌ، فَقَالَ: يَا رَسُولَ اللَّهِ إِنَّ شَرَائِعَ الْإِسْلَامِ قَدْ كَثُرَتْ عَلَيْنَا، فَبَابٌ نَتَمَسَّكُ بِهِ جَامِعٌ؟ قَالَ: لَا يَزَالُ لِسَانُكَ رَطْبًا مِنْ ذِكْرِ اللَّهِ عَزَّ وَجَلَّ
“Telah datang seorang lelaki kepada Nabi saw dan berkata: Wahai Rasulullah, sesungguhnya syariat Islam itu terasa banyak bagiku, maka (ajarilah aku) satu bab (ilmu) yang aku akan berpegang teguh dengannya?. Rasulullah menjawab: "Hendaknya lisanmu terus menerus berzikir kepada Allah ‘Azza wa Jalla" (HR Ahmad, Ibn Majah, at-Tirmizi dan Ibn Hibban)
♡Banyakkan bertasbih, bertahmid, bertahlil dan bertakbir. Semoga Allah swt menjadikan kita termasuk di kalangan ahli zikir. Aamiiin♡
🐊Ust Naim
*Telegram Channel*
Klik link ini untuk join:
http://bit.ly/tadabburkalamullah
*Facebook Page:*
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah
☆Tadabbur Kalamullah 25 Zulhijjah 1446H☆
ذَ ٰلِكُمُ ٱللَّهُ رَبُّكُمۡۖ لَاۤ إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَۖ خَـٰلِقُ كُلِّ شَیۡءࣲ فَٱعۡبُدُوهُۚ وَهُوَ عَلَىٰ كُلِّ شَیۡءࣲ وَكِیلࣱ
"Yang demikian (sifat-sifatNya dan kekuasaanNya) ialah Allah Tuhan kamu, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, yang menciptakan tiap-tiap sesuatu, maka beribadatlah kamu kepadaNya. Dan (ingatlah) Dia lah yang mentadbirkan segala-galanya" [Surah al-Anʿām 102]
#Bagi sesiapa yang inginkan kehidupan sehariannya berada dalam jagaan, naungan dan pemeliharaan Allah swt, mendapat rahmat dan ‘afiat dariNya, maka mulakan awal hari dengan pelaksanaan solat empat rakaat.
#Disebut dalam sebuah hadis qudsi, Allah swt berfirman:
يَا ابْنَ آدَمَ لَا تَعْجِزْ عَنْ أَرْبَعِ رَكَعَاتٍ مِنْ أَوَّلِ النَّهَارِ أَكْفِكَ آخِرَهُ
"Wahai anak Adam, janganlah kamu tidak mampu dari melaksanakan (solat) empat rakaat pada permulaan hari, nescaya Aku akan memberikan kecukupan buat kamu pada pengakhiran hari" (HR Ahmad, an-Nasa’ie dan Abu Daud)
#Sebahagian ulamak berpendapat, empat rakaat tersebut merujuk kepada dua rakaat solat qabliah subuh dan dua rakaat solat fardu subuh.
#Manakala sebahagian ulamak yang lain berpendapat ia merujuk kepada solat sunat dhuha sebanyak empat rakaat.
#Perkataan أَكْفِكَ آخِرَهُ (Aku akan memberikan kecukupan buat kamu sepanjang hari), antara maksudnya kata para ulamak hadis ialah: "Allah swt menghalang segala keburukan dan kesulitan, menenangkan kita dari segala kegalauan dan kerisauan, dan diberikan ‘afiah dan keselamatan dari sebarang keburukan.
#Sentiasalah berdoa dengan doa ini:
اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ الْعَافِيَةَ فِي الدُّنْيَا وَالآخِرَةِ، اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ الْعَفْوَ وَالْعَافِيَةَ، فِي دِينِي، وَدُنْيَايَ، وَأَهْلِي، وَمَالِي، اللَّهُمَّ اسْتُرْ عَوْرَاتِي، وَآمِنْ رَوْعَاتِي، اللَّهُمَّ احْفَظْنِي مِنْ بَيْنَ يَدَيَّ، وَمِنْ خَلْفِي، وَعَنْ يَمِينِي، وَعَنْ شِمَالِي، وَمِنْ فَوْقِي، وَأَعُوذُ بِعَظَمَتِكَ أَنْ أُغْتَالَ مِنْ تَحْتِي
"Ya Allah, sesungguhnya aku memohon pada-Mu keampunan dan keselamatan (‘afiah) di dunia dan akhirat. Ya Allah, sesungguhnya aku memohon pada-Mu keampunan dan keselamatan (‘afiah) dalam agamaku, dunia, keluarga dan hartaku. Ya Allah, tutupilah aibku dan berilah ketenteraman di hatiku. Ya Allah, jagalah aku; dari depan, belakang, kanan, kiri, dan atasku, serta aku memohon perlindungan dengan keagungan-Mu agar tidak disambar dari bawahku" (HR Abu Daud)
♡Mulakan hari dengan sujud kepadaNya, moga kehidupan kita sentiasa dalam rahmat dan jagaanNya. Aamiiin♡
🐊Ust Naim
*Telegram Channel*
Klik link ini untuk join:
http://bit.ly/tadabburkalamullah
*Facebook Page:*
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah
*INFAQ RINGANKAN BEBANAN KELUARGA ADIK ARIF HAKIMI DITUTUP*
Assalamualaikum wbt..
Atas permintaan keluarga adik Arif Hakimi, maka kutipan untuk Adik Arif Hakimi DITUTUP..
Mohon jasa baik semua agar tidak lagi memviralkan lagi kutipan untuk adik Arif Hakimi.
Terima kasih banyak-banyak.. Jazakumullahu khairan kathira diucapkan kepada para penyumbang..
Semoga Allah merahmati semuanya.. Aamiiin
Ust Naim
Presiden Geng Talaqqi
0196023803
Pertubuhan Kebajikan Ilmu dan Amal Selangor - Geng Talaqqi
☆Tadabbur Kalamullah 22 Zulhijjah 1446H☆
وَلَا تَحۡسَبَنَّ ٱللَّهَ غَـٰفِلًا عَمَّا یَعۡمَلُ ٱلظَّـٰلِمُونَۚ إِنَّمَا یُؤَخِّرُهُمۡ لِیَوۡمࣲ تَشۡخَصُ فِیهِ ٱلۡأَبۡصَـٰرُ
"Dan janganlah engkau (wahai Muhammad) menyangka Allah lalai akan apa yang dilakukan oleh orang-orang yang zalim; sesungguhnya Ia hanya melambatkan balasan mereka hingga ke suatu hari yang padanya terbeliak kaku pemandangan mereka, (kerana gerun gementar melihat keadaan yang berlaku)" [Surah Ibrāhīm 42]
#Ketahuilah bahawa sesiapa pun yang melakukan kejahatan dan kezaliman terhadap orang lain, hidupnya pasti tidak akan tenang dan tenteram. Dia akan sentiasa resah gelisah, serabut dan sentiasa dalam kerisauan dan ketakutan.
#Hayatilah kisah al-Hajjaj bin Yusuf as-Tsaqafi yang telah membunuh seorang ulamak besar iaitu Imam Sa’id bin Jubair rahimahullah.
#Berkata Imam Ibn Khallikan rahimahullah:
إنه في مدة مرضه كان إذا نام رأى سعيد بن جبير آخذًا بمجامع ثوبه يقول له: يا عدو الله، فيم قتلتني فيستيقظ مذعورًا ويقول: ما لي ولسعيد بن جبير
"Sesungguhnya al-Hajjaj dalam tempoh sakitnya, setiap kali tidur dia akan bermimpi Imam Sa’id bin Jubair sedang memegang seluruh bajunya lalu berkata: "Wahai musuh Allah, disebabkan apakah kamu membunuhku?". Lalu al-Hajjaj pun terjaga dari tidurnya dengan penuh ketakutan dan berkata: "Apa yang terjadi kepadaku disebabkan Sa’id bin Jubair ini?".
#Kemudian Imam Ibn Khallikan berkata lagi:
إنه رئي الحجاج في النوم بعد موته، فقيل له: ما فعل الله بك فقال : قتلني بكل قتيل قتلته قتلة، وقتلني بسعيد ابن جبير سبعين قتلة
"Selepas al-Hajjaj meninggal dunia, beliau dilihat di dalam mimpi. Ditanyakan kepadanya: "Apa yang telah Allah lakukan kepada kamu?". Al-Hajjaj menjawab: "Dia membalasku dengan setiap mangsa bunuh yang telah aku bunuh sebanyak sekali balasan. Dan Dia membalasku disebabkan Sa’id bin Jubair sebanyak 70 kali balasan". (Lihat: Wafayat Al-A’yan dan al-Bidayah Wan Nihayah)
#Sabda Nabi saw:
الْبِرُّ مَا اطْمَأَنَّتْ إِلَيْهِ النَّفْسُ وَالْإِثْمُ مَا حَاكَ فِي النَّفْسِ وَتَرَدَّدَ فِي الصَّدْرِ
"Kebaikan ialah apa yang membuatkan jiwa tenang. Manakala dosa adalah yang membuat jiwamu gelisah dan ragu-ragu di hatimu" (HR Ahmad)
♡Kezaliman boleh menggelapkan masa depan akhirat. Insaflah, bertaubatlah dan mohonlah kemaafan sebelum datangnya ajal♡
🐊Ust Naim
*Telegram Channel*
Klik link ini untuk join:
http://bit.ly/tadabburkalamullah
*Facebook Page:*
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah
☆Tadabbur Kalamullah 20 Zulhijjah 1446H☆
الۤرۚ كِتَـٰبٌ أَنزَلۡنَـٰهُ إِلَیۡكَ لِتُخۡرِجَ ٱلنَّاسَ مِنَ ٱلظُّلُمَـٰتِ إِلَى ٱلنُّورِ بِإِذۡنِ رَبِّهِمۡ إِلَىٰ صِرَ ٰطِ ٱلۡعَزِیزِ ٱلۡحَمِیدِ
"Alif, Laam, Raa'. Ini ialah Kitab (Al-Quran) Kami turunkan dia kepadamu (wahai Muhammad), supaya engkau mengeluarkan umat manusia seluruhnya dari gelap-gelita kufur kepada cahaya iman - dengan izin Tuhan mereka - ke jalan Allah Yang Maha Kuasa lagi Maha Terpuji" [Surah Ibrāhīm 1]
#Al-Quran diturunkan sebagai sistem kehidupan yang mencakupi seluruh aspek samada aspek akidah, politik, pendidikan, ekonomi, dan sosial. Ia merupakan panduan menyeluruh untuk membentuk masyarakat sejahtera berlandaskan syariat. Namun, dalam era sekular moden, penghinaan terhadapnya semakin meluas, baik secara fizikal (seperti pembakaran dan pemijakan) mahupun simbolik (melalui karikatur menghina atau parodi ayat suci).
#Pengabaian turut berlaku apabila umat Islam tidak lagi menjadikan al-Quran sebagai rujukan utama dalam membangun sistem kehidupan, sebaliknya tunduk kepada tafsiran hawa nafsu yang menyimpang.
#Fenomena ini menampakkan peralihan umat Islam daripada prinsip Islam murni kepada ideologi sekular kapitalis yang memisahkan agama dari kehidupan. Ketidakpedulian terhadap petunjuk al-Quran bukan sekadar kelemahan pegangan agama, tetapi juga membuka ruang untuk cenderung ke arah nilai materialistik dan liberal.
#Akibatnya, masyarakat Islam semakin jauh dari konsep kehidupan berteraskan wahyu, digantikan dengan sistem sekular yang mengabaikan syariat dalam kehidupan berumahtangga, pemerintahan negara dan pentadbiran sesebuah organisasi.
#Firman Allah swt:
وَمَن لَّمۡ یَحۡكُم بِمَاۤ أَنزَلَ ٱللَّهُ فَأُو۟لَـٰۤىِٕكَ هُمُ ٱلۡكَـٰفِرُونَ
"Dan sesiapa yang tidak menghukum dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah (kerana mengingkarinya), maka mereka itulah orang-orang kafir" [Surah al-Māʾidah 44]
#Sayidina Abdullah bin Abbas r.huma menjelaskan bahawa kekufuran di sini bukan kufur akidah, tetapi kufur nikmat kerana mengabaikan hukum Allah. Hal ini menunjukkan bahawa meninggalkan syariat Allah dalam kehidupan, pentadbiran dan pemerintahan adalah satu bentuk kezaliman yang membawa kepada kehancuran masyarakat dan peradaban.
#Allah swt turut menegaskan bahawa dalam Islam, tidak ada pilihan lain bagi orang beriman selain tunduk kepada ketentuanNya.
وَمَا كَانَ لِمُؤۡمِنࣲ وَلَا مُؤۡمِنَةٍ إِذَا قَضَى ٱللَّهُ وَرَسُولُهُۥۤ أَمۡرًا أَن یَكُونَ لَهُمُ ٱلۡخِیَرَةُ مِنۡ أَمۡرِهِمۡۗ وَمَن یَعۡصِ ٱللَّهَ وَرَسُولَهُۥ فَقَدۡ ضَلَّ ضَلَـٰلࣰا مُّبِینࣰا
"Dan tidaklah harus bagi orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan - apabila Allah dan RasulNya menetapkan keputusan mengenai sesuatu perkara - (tidaklah harus mereka) mempunyai hak memilih ketetapan sendiri mengenai urusan mereka. Dan sesiapa yang tidak taat kepada hukum Allah dan RasulNya maka sesungguhnya ia telah sesat dengan kesesatan yang jelas nyata" [Surah Al-Aḥzāb 36]
#Ini menunjukkan bahawa al-Quran adalah panduan yang lengkap bagi kehidupan dan wajib dilaksanakan dalam sistem undang-undang, kemasyarakatan dan pentadbiran sesebuah negara dan institusi. Kehidupan berlandaskan Al-Quran akan melahirkan masyarakat yang menikmati keadilan, kesejahteraan, dan keseimbangan yang hakiki.
#Inilah solusi sebenar untuk mengembalikan kegemilangan Islam dan menyelamatkan umat daripada terus terperangkap dalam sistem sekular dan hawa nafsu.
♡Rasulullah saw telah meninggalkan kepada kita al-Quran sebagai sumber panduan utama kehidupan dan penyelesaian segala isu kehidupan. Maka jadikanlah al-Quran sebagai perlembagaan hidup♡
🐊Ust Naim
*Telegram Channel*
Klik link ini untuk join:
http://bit.ly/tadabburkalamullah
*Facebook Page:*
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah