tadabburkalamullah | Unsorted

Telegram-канал tadabburkalamullah - Tadabbur Kalamullah

13574

Oleh Ustaz Muhamad Naim Haji Hashim

Subscribe to a channel

Tadabbur Kalamullah

☆Tadabbur Kalamullah 20 Zulhijjah 1447H☆

الَّذِي خَلَقَ الْمَوْتَ وَالْحَيَاةَ لِيَبْلُوَكُمْ أَيُّكُمْ أَحْسَنُ عَمَلًا ۚ وَهُوَ الْعَزِيزُ الْغَفُورُ

"Dia-lah yang telah mentakdirkan adanya mati dan hidup (kamu) — untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu; siapakah di antara kamu yang lebih baik amalnya dan Dia Maha Kuasa (membalas amal kamu), lagi Maha Pengampun, (bagi orang-orang yang bertaubat)" [Surah al-Mulk 2]

#Mengingati mati adalah satu bentuk ibadah yang sangat digalakkan dalam Islam. Rasulullah saw menyifatkan individu yang sentiasa mengingati mati dan bersiap sedia untuk kehidupan akhirat sebagai golongan yang paling bijak.

#Rasulullah saw bersabda: "Dahulu aku telah melarang kamu daripada menziarahi kubur, namun sekarang ziarahilah kerana ia mengingatkan kamu akan kematian" (HR Muslim)

#Dalam riwayat yang lain: "Sesungguhnya ia (menziarahi kubur) akan mengingatkan diri kepada hari akhirat" (HR at-Tirmizi)

#Bagi para jemaah Haji yang menziarahi bumi Madinah maka ziarahlah perkuburan Baqi'. Perkuburan Baqi' atau Jannatul Baqi' atau Baqi' al-Gharqad adalah tanah perkuburan bersejarah yang terletak bersebelahan dengan Masjid Nabawi. Ia menempatkan makam ribuan sahabat, ahli keluarga Baginda, termasuk isteri-isteri dan puteri-puteri Baginda saw.

#Antara ahlul bait Rasulullah dan para Sahabat yang disemadikan di Perkuburan Baqi’ ialah:

1. Sayidatina Fatimah, Ruqayyah, Ummu Kalthum dan Zainab r.anhum. Puteri–puteri kesayangan Rasulullah saw.
2. Sayidina Hasan Bin Ali Bin Abi Talib. Cucu Rasulullah saw.
3. Sayidatina ‘Aisyah, Saudah, Hafsah, Zainab Bt Khuzaimah, Ummu Salamah, Juwairiyyah, Ummu Habibah, Safiyah, Zainab Bint Jahsy. Isteri-isteri Rasulullah saw.
4. Sayidina Uthman Ibn ‘Affan, Abu Sa’id al-Khudri, Sa’ad Ibn Mu’adz al-Ansari, Abdullah Ibn Mas’ud dan lain-lain para Sahabat Rasulullah saw yang mulia.

#Imam Malik ibn Anas r.a berkata: "Telah wafat di Madinah daripada kalangan para sahabat sekitar sepuluh ribu orang" (Lihat: Tartib al-Madarik)

#Disebut dalam Fath al-Mujib: "Kebanyakan mereka tidak diketahui secara tepat kuburnya dan juga arah kedudukannya".

#Tiada nas daripada al-Quran dan hadis secara khusus yang menyebut kelebihan dikebumikan di Perkuburan Baqi’ melainkan kelebihan dikebumikan di Madinah secara umumnya.

#Antara kelebihan seseorang itu meninggal dunia di Madinah ialah dia akan diberikan syafaat oleh Rasulullah pada hari Akhirat kelak. Rasulullah menganjurkan supaya jika sesiapa yang mampu untuk meninggal dunia di Madinah, maka hendaklah dia melakukannya. Daripada Sayidina Ibn ‘Umar, bahawa Rasulullah saw bersabda: "Sesiapa yang berkemampuan untuk meninggal dunia di Madinah, maka meninggallah di sana kerana aku akan memberi syafaat kepada mereka yang mati di sana" (HR at-Tirmizi)

#Syeikh al-Mubarakfuri menjelaskan bahawa ia adalah anjuran dan galakkan untuk tinggal menetap di Madinah sehingga tiba waktu kematiannya yang kemudiannya dikebumikan di Perkuburan Baqi’ sekiranya mampu untuk melakukan demikian. (Lihat: Tuhfat al-Ahwazi)

#Rasulullah saw ketika hayat Baginda saw pernah memohon keampunan khusus terhadap penghuni Perkuburan Baqi’ dan menyifatkannya sebagai tempat kediaman kaum yang beriman.

#Ketika Baginda saw keluar berjalan menuju ke Perkuburan Baqi’ pada waktu lewat malam, Baginda mengucapkan:

السَّلامُ عَلَيْكُمْ دَارَ قَوْمٍ مُؤْمِنينَ، وَأتاكُمْ ما تُوعَدُونَ، غَداً مُؤَجَّلُونَ، وَإنَّا إنْ شاءَ اللَّهُ بِكُمْ لاحقُونَ؛ اللَّهُمَّ اغْفِرْ لأهْلِ بَقِيعِ الغَرْقَدِ

"Selamat sejahtera ke atas kamu para penghuni kediaman kaum yang beriman. Telah datang kepada kamu apa yang dijanjikan untuk kamu. Kami, insyaallah akan mengikuti kalian. Ya Allah! Kurniakanlah keampunan untuk para penghuni perkuburan Baqi ini" (HR Muslim)

♡Moga dengan kita menziarahi perkuburan ahlil bait Nabi saw, para sahabat, orang-orang soleh di Baqi', moga kita juga beroleh syafaat daripada Baginda saw dan mereka semua. Aamiiin♡

🐊Ust Naim
*Telegram Channel*
Klik link ini untuk join:
http://bit.ly/tadabburkalamullah

*Facebook Page:*
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah

Читать полностью…

Tadabbur Kalamullah

☆Tadabbur Kalamullah 19 Zulhijjah 1447H☆

الَّذِي خَلَقَ الْمَوْتَ وَالْحَيَاةَ لِيَبْلُوَكُمْ أَيُّكُمْ أَحْسَنُ عَمَلًا ۚ وَهُوَ الْعَزِيزُ الْغَفُورُ

"Dia-lah yang telah mentakdirkan adanya mati dan hidup (kamu) — untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu; siapakah di antara kamu yang lebih baik amalnya dan Dia Maha Kuasa (membalas amal kamu), lagi Maha Pengampun, (bagi orang-orang yang bertaubat)" [Surah al-Mulk 2]

#Salah satu tanda kekuasaan Allah swt ialah Dia yang menghidupkan dan mematikan. Kehidupan dan kematian itu merupakan sebahagian daripada makhlukNya.

#Menziarahi orang yang telah meninggal dunia adalah dituntut dalam Islam. Bahkan ia adalah sunat mengikut pendapat yang sahih.

#Ketahuilah bahawa kita disunatkan menziarahi maqam Rasulullah saw dan dijanjikan pahala yang banyak bagi sesiapa yang melakukannya. Lebih-lebih lagi, galakan dan pahala berziarah akan berganda apabila yang diziarahi itu maqam Rasulullah saw. (Lihat: al-Fiqh al-Manhaji)

#Sabda Baginda saw kepada Sayidina Mu‘az ketika Baginda mengutuskannya ke Yaman: "Wahai Muaz! Sesungguhnya mungkin engkau tidak menemuiku lagi selepas tahun ini. Semoga engkau akan singgah di masjidku ini dan kuburku" (HR Ahmad, Ibn Hibban dan al-Bazzar)

#Imam an-Nawawi menyatakan: "Apabila para jemaah haji dan umrah berangkat meninggalkan Makkah, hendaklah mereka menuju ke Madinah, iaitu kota Rasulullah saw, untuk menziarahi makam baginda saw. Ini kerana ia termasuk dalam amalan yang paling utama untuk mendekatkan diri kepada Allah dan antara usaha yang paling berjaya".

#Menziarahi Madinah atau makam Nabi saw bukanlah satu kewajipan dalam agama, dan sesiapa yang tidak menziarahi baginda tidak boleh dianggap sebagai orang yang menjauhi Rasulullah saw. Namun, ziarah ke Masjid Nabawi adalah amalan yang dianjurkan, terutamanya jika seseorang bermusafir ke sana untuk solat, berselawat, dan menyampaikan salam kepada baginda saw. Seseorang yang berziarah ke Madinah disunatkan untuk bersalam kepada Rasulullah saw serta dua sahabatnya, Sayidina Abu Bakar dan Sayidina Umar r.huma. Disunatkan juga menziarahi perkuburan Baqi' dan para syuhada di Uhud, kerana semua ini termasuk dalam sunnah yang baik. Selain itu, disunatkan juga untuk menziarahi Masjid Quba' dan menunaikan solat dua rakaat di dalamnya, sebagaimana yang dilakukan oleh Rasulullah saw.

#Namun diingatkan bahawa ziarah ini tidak ada kaitan khusus dengan ibadah haji. Ia boleh dilakukan pada bila-bila masa sahaja, sama ada sebelum atau selepas menunaikan haji. Namun, bagi mereka yang datang dari tempat yang jauh dan hanya berpeluang menziarahi Madinah semasa musim haji, maka mereka boleh mengambil kesempatan ini kerana lebih mudah bagi mereka berbanding melakukan perjalanan semula pada masa lain.

#Tatkala ziarah maqam Rasulullah saw, maka ucapkanlah salam dengan perlahan:

السَّلاَمُ عَلَيْكَ يَا رَسُوْلَ اللهَ، السَّلاَمُ عَلَيْكَ يَا نَبِيَّ اللهِ، السَّلاَمُ عَلَيْكَ يَا خَيْرَةَ اللهِ، السَّلاَمُ عَلَيْكَ يَا خَيرَةَ رَبِّ العَالَمِيْنَ. جَزَاكَ اللهُ يَا رَسُوْلَ اللهَ عَنَّا أَفْضَلَ مَا جَزَى نَبِيًّا وَرَسُوْلاً عَنْ أُمَّتِهِ. أَشْهَدُ أَنْ لآ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ، وَحْدَهُ لاَ شَرِيْكَ لَهُ، وَأَشْهَدُ أَنَّكَ عَبْدُهُ وَرَسُوْلِهِ مِنْ خَلْقِهِ، وَأَشْهَدُ أَنَّكَ قَدْ بَلَّغْتَ الرِّسَالَةَ، وَأَدَّيْتَ الأَمَانَةَ، وَنَصَحْتَ الأُمَّةَ، وَجَاهَدْتَ فِي اللهِ حَقَّ جِهَادِهِ

Kemudian, bergeraklah sedikit ke kanan di kubur Sayidina Abu Bakar dan ucapkanlah:

السَّلاَمُ عَلَيْكَ يَا أَبَا بَكْرِ الصِّدِّيْقِ

Kemudian, bergerak lagi ke kanan di kubur Sayidina Umar dan ucapkanlah:

السَّلاَمُ عَلَيْك يَا عُمَرَ بِنْ الْخَطَّابِ

Kemudian, sambil menghadap kiblat, berdoalah untuk diri sendiri dan semua orang Mukmin sebarang doa yang dihajati. Sesungguhnya itulah masa berdoa yang mustajab, InsyaAllah.

♡Jom berazam untuk menunaikan haji dan umrah dan pada masa yang sama menziarahi makam Rasulullah saw kerana ia merupakan amalan yang dianjurkan♡

🐊Ust Naim
*Telegram Channel*
Klik link ini untuk join:
http://bit.ly/tadabburkalamullah

*Facebook Page:*
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah

Читать полностью…

Tadabbur Kalamullah

☆Tadabbur Kalamullah 17 Zulhijjah 1447H☆

ٱلۡیَوۡمَ أَكۡمَلۡتُ لَكُمۡ دِینَكُمۡ وَأَتۡمَمۡتُ عَلَیۡكُمۡ نِعۡمَتِی وَرَضِیتُ لَكُمُ ٱلۡإِسۡلَـٰمَ دِینࣰاۚ

"Pada hari ini, Aku telah sempurnakan bagi kamu ugama kamu, dan Aku telah cukupkan nikmatKu kepada kamu, dan Aku telah redakan Islam itu menjadi ugama untuk kamu..." [Surah al-Māʾidah 3]

#Pada tahun ke-10H, di bulan Zulhijjah, Rasulullah saw berangkat dari Madinah menuju ke Mekah untuk menunaikan ibadah haji. Sejak awal perjalanan, para sahabat merasakan sesuatu yang berbeza. Haji ini bukan sekadar ibadah biasa, melainkan sebuah perpisahan yang sarat makna. Inilah haji terakhir Rasulullah saw, yang kemudian dikenal sebagai Haji Wada’ (Haji Perpisahan).

#Lebih dari seratus ribu kaum muslimin berkumpul di Padang Arafah. Hamparan pasir yang luas dipenuhi manusia dari berbagai suku dan bangsa. Mereka datang dengan satu tujuan, mendengar secara langsung nasihat terakhir daripada Rasulullah saw, utusan Allah yang telah membimbing mereka dari kegelapan menuju cahaya iman.

#Di atas untanya, Rasulullah saw menyampaikan khutbah yang menggugah hati. Suara beliau terdengar tegas namun penuh kasih, menembus ribuan jiwa yang hadir. Dalam khutbah itu, Baginda menegaskan bahwa darah, harta, dan kehormatan setiap muslim adalah suci, sebagaimana sucinya hari Arafah, bulan Zulhijjah, dan Tanah Haram. Tidak boleh ada kezaliman, penindasan, mahupun pengkhianatan di antara sesama manusia.

#Rasulullah saw juga mengumumkan penghapusan seluruh bentuk riba, dimulai dari riba yang dilakukan oleh keluarganya sendiri. Inilah pesan keadilan yang agung, Islam tidak memihak siapa pun selain kebenaran. Baginda kemudian berpesan tentang hak-hak perempuan. Para lelaki diperintahkan untuk memperlakukan isteri mereka dengan baik, penuh tanggungjawab dan kasih sayang. Perempuan adalah amanah daripada Allah swt, bukan objek penindasan.

#Dalam khutbah itu juga, Rasulullah saw menghapus segala bentuk fanatik jahiliyah. Tidak ada kelebihan orang Arab atas non-Arab, dan tidak pula non-Arab atas Arab, kecuali dengan ketakwaan. Seluruh manusia berasal dari Adam, dan Adam diciptakan dari tanah. Baginda mengingatkan umatnya agar sentiasa berpegang teguh pada al-Quran dan Ahlul Baitku (Sunnah). Selama keduanya dijadikan pedoman hidup, umat Islam tidak akan tersesat.

#Di akhir khutbah, Rasulullah saw bertanya kepada para sahabat: "Bukankah aku telah menyampaikan risalah ini?". Serentak mereka menjawab: "Benar, engkau telah menyampaikannya". Maka Rasulullah saw mengangkat jarinya ke langit seraya bersabda: "Ya Allah, saksikanlah".

#Tidak lama setelah peristiwa agung itu, turun firman Allah swt yang menandakan kesempurnaan agama Islam iaitu Surah al-Maidah ayat 3 sebagaimana yang tertera di atas.

#Air mata kebanyakan sahabat pun menitis. Mereka memahami bahawa risalah telah sempurna, dan perpisahan dengan Rasulullah saw kian mendekat.

#Beberapa bulan sekembalinya dari Haji Wada’, Baginda Nabi Muhammad saw pergi meninggalkan para sahabat dan dunia yang fana ini. Perpisahan yang berlaku ini merupakan satu detik hiba dalam sejarah Islam, sehinggakan ada di kalangan sahabat sukar menerima hakikat kehilangan insan yang paling dicintai. Baginda saw wafat pada hari Isnin, 12 Rabiul Awwal tahun 11 hijrah di usia 63 tahun. Namun demikian, Baginda saw pergi meninggalkan legasi dakwah dan ajaran yang terus menjadi panduan sepanjang zaman kepada umat.

♡Khutbah Wada’ bukan sekadar pidato perpisahan, melainkan wasiat abadi bagi seluruh umat manusia tentang keadilan, persaudaraan, kemanusiaan dan ketakwaan kepada Allah. Pesanan ini akan terus hidup selama Islam tetap dipegang dan diamalkan oleh umatnya. Selamat berjuang, berdakwah dan beramal♡

🐊Ust Naim
*Telegram Channel*
Klik link ini untuk join:
http://bit.ly/tadabburkalamullah

*Facebook Page:*
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah

Читать полностью…

Tadabbur Kalamullah

☆Tadabbur Kalamullah 15 Zulhijjah 1447H☆

إنَّ عِدَّةَ الشُّهُورِ عِندَ اللَّـهِ اثْنَا عَشَرَ شَهْرًا فِي كِتَابِ اللَّـهِ يَوْمَ خَلَقَ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضَ مِنْهَا أَرْبَعَةٌ حُرُمٌ ۚ ذَٰلِكَ الدِّينُ الْقَيِّمُ ۚ فَلَا تَظْلِمُوا فِيهِنَّ أَنفُسَكُمْ ۚ وَقَاتِلُوا الْمُشْرِكِينَ كَافَّةً كَمَا يُقَاتِلُونَكُمْ كَافَّةً ۚ وَاعْلَمُوا أَنَّ اللَّـهَ مَعَ الْمُتَّقِينَ

"Sesungguhnya bilangan bulan-bulan di sisi (hukum) Allah ialah dua belas bulan, (yang telah ditetapkan) dalam Kitab Allah semasa Ia menciptakan langit dan bumi, di antaranya empat bulan yang dihormati. Ketetapan yang demikian itu ialah ugama yang betul lurus, maka janganlah kamu menganiaya diri kamu dalam bulan-bulan yang dihormati itu (dengan melanggar laranganNya); dan perangilah kaum kafir musyrik seluruhnya sebagaimana mereka memerangi kamu seluruhnya; dan ketahuilah sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang bertaqwa" [Surah at-Taubah 36]

#Bulan Zulhijjah sarat dengan peristiwa bersejarah dalam Islam, terutamanya yang berkait rapat dengan pensyariatan ibadah haji, pengorbanan, dan peristiwa penting zaman Khulafa' ar-Rasyidin. Antara peristiwa yang berlaku dalam bulan Zulhijjah ialah:

1. Salehuddin Al-Ayubi Menawan Kubu Musuh

Pada 11 Zulhijjah tahun 571H, Salehuddin berjaya menawan kubu pihak musuh setelah berlakunya pengepungan selama 38 hari.

2. Peristiwa Perjanjian Aqabah Ke-2

Perjanjian ini berlaku pada 13 Zulhijjah, disertai 73 orang lelaki dan 2 wanita dari kaum Aus dan Khazraj. Mereka berjanji dan taat setia untuk terus membantu serta menyebarkan ajaran Rasululullah kepada Penduduk Madinah. Ia juga menjadi titik tolak penghijrahan Baginda saw ke Madinah.

3. Peristiwa Penyembelihan Nabi Ismail

Nabi Ibrahim mendapat wahyu melalui mimpinya agar disembelih Nabi Ismail. Bahkan, Nabi Ismail juga dengan penuh ketaatan bersedia untuk disembelih oleh ayahnya tanpa sebarang bantahan.

4. Kematian Khalifah Umar bin al-Khattab

Pada 26 Zulhijjah tahun 23H, Sayidina Umar telah meninggal dunia akibat dibunuh oleh Abu Lu’luah al-Majusi.

5. Perlantikan Sayidina Uthman bin Affan

Setelah kematian Khalifah Umar, pucuk kepimpinan umat Islam diambil alih oleh Sayidina Uthman yang dilantik pada akhir bulan Zulhijjah tahun 23H

6. Kematian Sayidina Uthman

Pada 18 Zulhijjah tahun 35H, Sayidina Uthman meninggal dunia.

7. Perlantikan Sayidina Ali Bin Abi Talib Sebagai Khalifah

Sayidina Ali dilantik menjadi khalifah yang ke-4 pada 25 Zulhijjah tahun 35H bagi menggantikan Sayidina Uthman yang mati dibunuh.

8. Hajjatul Wada’

Rasulullah menyampaikan khutbah terakhirnya pada 9 Zulhijjah tahun 10H di Lembah Uranah, Gunung Arafah. Khutbah tersebut merangkumi nasihat, peraturan dan tatatertib kehidupan dalam Islam.

9. Pertempuran Wadi ‘Arabah

Tentera Islam yang diketuai oleh Yazid bin Abi Sya’ban mendapat kemenangan setelah menentang tentera Rom yang diketuai oleh Sarjius. Pertempuran ini berlaku di Palestin pada bulan Zulhijjah.

10. Peperangan Dathin

Perang menentang tentera Rom ini diketuai oleh Sayidina Umamah al-Bahiliy dan berakhir dengan kemenangan di pihak tentera Islam. Ia berlaku dalam bulan Zulhijjah (Februari 634M)

11. Peperangan As-Sawiq

Berlaku pada tahun ke-2H bersamaan 623M, dua bulan setelah Perang Badar. Peperangan ini adalah sebuah serangan suku Quraisy Mekah di bawah pimpinan Abu Sufyan yang memerangi penduduk Madinah. Dinamakan as-Sawiq yang bermaksud tepung. Pasukan Quraisy Mekah meninggalkan karung guni berisi tepung untuk meringankan pelarian mereka.

12. Ibadah Haji Sayidina Abu Bakar as-Siddiq

Saidina Abu Bakar melaksanakan ibadah haji bersama umat Islam selepas kewafatan Rasulullah pada tahun 12H.

13. Ibnu Khayat Meninggal Dunia

Pada 29 Zulhijjah tahun 320H, Ibnu Khayat atau nama sebenarnya Abu Bakar Muhammad bin Ahmad Khayat seorang ulama besar ilmu nahu telah meninggal dunia.

♡Banyak lagi peristiwa penting berlaku dalam bulan Zulhijjah. Selamat mengkaji dan mengaji♡

🐊Ust Naim
*Telegram Channel*
Klik link ini untuk join:
http://bit.ly/tadabburkalamullah

*Facebook Page:*
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah

Читать полностью…

Tadabbur Kalamullah

☆Tadabbur Kalamullah 13 Zulhijjah 1447H☆

وَٱذۡكُرُوا۟ ٱللَّهَ فِیۤ أَیَّامࣲ مَّعۡدُودَ ٰ⁠تࣲۚ فَمَن تَعَجَّلَ فِی یَوۡمَیۡنِ فَلَاۤ إِثۡمَ عَلَیۡهِ وَمَن تَأَخَّرَ فَلَاۤ إِثۡمَ عَلَیۡهِۖ لِمَنِ ٱتَّقَىٰۗ وَٱتَّقُوا۟ ٱللَّهَ وَٱعۡلَمُوۤا۟ أَنَّكُمۡ إِلَیۡهِ تُحۡشَرُونَ

"Dan sebutlah kamu akan Allah (dengan takbir semasa mengerjakan Haji) dalam beberapa hari yang tertentu bilangannya. Kemudian sesiapa yang segera (meninggalkan Mina) pada hari yang kedua, maka ia tidaklah berdosa dan sesiapa yang melambatkan (meninggalkan Mina) maka ia juga tidaklah berdosa; (ketiadaan dosa itu ialah) bagi orang yang bertaqwa dan hendaklah kamu bertaqwa kepada Allah dan ketahuilah sesungguhnya kamu akan dihimpunkan kepadanya" [Surah al-Baqarah 203]

#Sambung bicara berkaitan melontar Jamrah dan hikmahnya.

#Sebagaimana manasik haji yang lain, melontar jamrah ini wajib dilakukan oleh diri sendiri dan tidak sah untuk dilakukan oleh orang lain melainkan apabila orang tersebut uzur seperti ditimpa sakit yang menyebabkan dia tidak boleh pergi melontar sendiri.

#Berkata Imam an-Nawawi:

الْعَاجِزُ عَنِ الرَّمْيِ بِنَفْسِهِ لِمَرَضٍ أَوْ حَبْسٍ، يَسْتَنِيبُ مَنْ يَرْمِي عَنْهُ

"Orang yang tidak mampu untuk melontar sendiri disebabkan sakit atau sekatan, hendaklah dia wakilkan kepada orang lain untuk melontar bagi pihaknya"

#Imam an-Nawawi telah menjelaskan lebih lanjut tentang sakit yang mengharuskan untuk wakilkan orang lain, kata beliau:

وَإِنَّمَا تَجُوزُ النِّيَابَةُ لِعَاجِزٍ بِعِلَّةٍ لَا يُرْجَى زَوَالُهَا قَبْلَ خُرُوجِ وَقْتِ الرَّمْيِ

"Mewakilkan orang lain (untuk melontar itu) hanya diharuskan bagi orang yang tidak mampu kerana sakit yang tiada harapan untuk sembuh sebelum tamat waktu melontar"

#Menurut Sheikh Muhammad az-Zuhaili, orang yang ditimpa sakit yang tiada harapan sembuh sebelum waktu terakhir melontar iaitu terbenam matahari 13 Zulhijjah wajib mewakilkan orang lain untuk melakukan lontaran bagi pihaknya sama ada dengan upah atau tanpa upah. Wakil tersebut wajib melakukan lontaran untuk dirinya dahulu sebelum melontar bagi pihak orang yang mewakilkan dirinya.

#Di samping itu, jika seseorang itu telah mewakilkan orang lain untuk melontar jamrah kerana sakit, kemudian ditakdirkan dia kembali sihat sebelum tamat waktu melontar, maka dia wajib untuk melakukan sendiri lontaran yang belum dilakukan oleh wakil, manakala lontaran yang telah dilakukan oleh wakil, sunat untuk diulangi semula.

#Dalam kitab al-Fiqh Manhaji menyebut: Begitu juga di Mina ketika berada di tiga jamrah, mereka dapat merasakan keadaan Nabi Ibrahim Alaihissalam melawan syaitan, menentang suruhannya, dan membalingnya dengan anak-anak batu. 

#Syeikh Sya’rawi dalam al-Haj al-Akbar berkata: Kamu pergi untuk rejam syaitan di mana yang paling besar (Jamrah al-Aqabah/Kubra) dahulu kerana dia memperdayakan aqidah manusia. Ini kerana kemuncaknya terkhusus kepada syaitan yang besar kerana zuriat syaitan atau iblis dan juga syaitan dikalangan jin atau manusia pada adatnya tidak mampu untuk menguasai manusia dalam perkara kecil. 

#Seterusnya beliau berkata: Rejaman ini sebagai simbolik semata-mata, ini kerana apabila kamu menang melawan syaitan seolah-olah kamu berkata: “Allah melaknat kamu hingga ke Hari Kiamat”.

♡Ibadah melontar jamrah adalah simbolik penolakan terhadap godaan syaitan dan pembersihan jiwa. Ia mendidik jemaah haji untuk tunduk kepada perintah Allah, melawan nafsu dan ego, serta memupuk kesabaran dalam menghadapi kesukaran bersama umat Islam yang lain♡

🐊Ust Naim
*Telegram Channel*
Klik link ini untuk join:
http://bit.ly/tadabburkalamullah

*Facebook Page:*
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah

Читать полностью…

Tadabbur Kalamullah

☆Tadabbur Kalamullah 12 Zulhijjah 1447H☆

وَٱذۡكُرُوا۟ ٱللَّهَ فِیۤ أَیَّامࣲ مَّعۡدُودَ ٰ⁠تࣲۚ فَمَن تَعَجَّلَ فِی یَوۡمَیۡنِ فَلَاۤ إِثۡمَ عَلَیۡهِ وَمَن تَأَخَّرَ فَلَاۤ إِثۡمَ عَلَیۡهِۖ لِمَنِ ٱتَّقَىٰۗ وَٱتَّقُوا۟ ٱللَّهَ وَٱعۡلَمُوۤا۟ أَنَّكُمۡ إِلَیۡهِ تُحۡشَرُونَ

"Dan sebutlah kamu akan Allah (dengan takbir semasa mengerjakan Haji) dalam beberapa hari yang tertentu bilangannya. Kemudian sesiapa yang segera (meninggalkan Mina) pada hari yang kedua, maka ia tidaklah berdosa dan sesiapa yang melambatkan (meninggalkan Mina) maka ia juga tidaklah berdosa; (ketiadaan dosa itu ialah) bagi orang yang bertaqwa dan hendaklah kamu bertaqwa kepada Allah dan ketahuilah sesungguhnya kamu akan dihimpunkan kepadanya" [Surah al-Baqarah 203]

#Para ulamak tafsir menjelaskan bahawa zikir yang dimaksudkan merangkumi laungan takbir dan doa yang disyariatkan pada setiap kali lemparan batu dilakukan di ketiga-tiga Jamrah (Ula, Wusta, dan Aqabah) pada hari-hari Tasyriq.

#Daripada Sayidatina Aisyah r.ha, bahawa Rasulullah bersabda: "Sesungguhnya tawaf yang dilaksanakan di Baitullah, sa’ie di antara bukit Safa dan Marwah, dan melontar jamrah disyariatkan hanyalah untuk mengingati Allah swt" (HR Abu Daud)

#Maksud melontar jamrah ialah dengan mengambil 7 anak batu yang kecil dan pergi ke jamrah bermula dengan jamrah Sughra, Wusta, dan Aqabah. Lontaran tersebut mestilah tertib.

#Imam an-Nawawi berkata: "Telah dinyatakan sebelum ini bahawa disunatkan untuk batu itu seperti batu yang digunakan untuk melontar, tidak terlalu besar dan tidak terlalu kecil. Sebahagian ashab kami menyebutkan, disunatkan cara melontarnya sepertimana lontaran pelontar. Dia meletakkan batu itu atas perut jari-jarinya (belah dalam) dan melontarnya dengan kepala jari telunjuk. Cara seperti ini tidak disebut oleh jumhur ashab kami dan kami tidak melihatnya sebagai pendapat yang terpilih. Sesungguhnya telah thabit dalam hadis sahih bahawa Rasulullah melarang daripada khazf (melemparkan kerikil dengan ibu jari dan jari telunjuk). Wajib melontar sebanyak 7 kali dengan yang dinamakan sebagai batu dan dinamakan sebagai lontaran. Melontar hendaklah dilakukan dengan 7 biji batu dengan sebiji-sebiji hingga cukup semuanya (sebanyak 7 biji). Sekiranya dia meletakkan sahaja batu ke dalam tempat lontaran, maka ia tidak dikira kerana ia tidak dinamakan sebagai lontaran".

#Melontar tiga jamrah pada hari tasyriq iaitu 11, 12 dan 13 Zulhijjah merupakan salah satu perkara wajib dalam ibadah haji. Jika ia tidak dilakukan, haji seseorang itu tetap sah, namun dikenakan dam dan berdosa jika ditinggalkan tanpa uzur.

#Waktu melontar mengikut pandangan muktamad mazhab syafi'i bermula dari gelincir matahari iaitu apabila masuk waktu Zohor pada setiap hari tasyriq tersebut dan berakhir apabila terbenam matahari 13 Zulhijjah iaitu seperti yang berikut:

1. Waktu melontar 11 Zulhijjah bermula dengan masuknya waktu zohor 11 Zulhijjah sehingga terbenam matahari 13 Zulhijjah.
2. Waktu melontar 12 Zulhijjah bermula dengan masuknya waktu zohor 12 Zulhijjah sehingga terbenam matahari 13 Zulhijjah.
3. Waktu melontar 13 Zulhijjah bermula dengan masuknya waktu zohor 13 Zulhijjah sehingga terbenam matahari 13 Zulhijjah.

#Demi maslahat jemaah haji yang menghadapi kesesakan yang teruk jika ia dilakukan selepas zohor, Muzakarah Haji Peringkat Kebangsaan tidak mengambil pandangan ini, sebaliknya mengambil pendapat kedua mazhab syafi'i yang mengatakan bahawa waktu melontar bermula apabila masuk waktu subuh pada hari-hari tasyriq tersebut sehingga terbenam matahari 13 Zulhijjah.

#Dengan yang demikian, jika seseorang itu tidak melakukan lontaran pada hari pertama, dia boleh melakukannya pada hari seterusnya selagi belum tamat waktu melontar dengan syarat mesti mengikut urutan iaitu dimulakan dengan lontaran untuk hari pertama dahulu, kemudian lontaran hari kedua dan ketiga.

♡Selamat melontar seluruh jemaah haji, moga beroleh haji yang mabrur♡

🐊Ust Naim
*Telegram Channel*
Klik link ini untuk join:
http://bit.ly/tadabburkalamullah

*Facebook Page:*
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah

Читать полностью…

Tadabbur Kalamullah

☆Tadabbur Kalamullah 10 Zulhijjah 1447H☆

فَلَمَّا بَلَغَ مَعَهُ ٱلسَّعۡیَ قَالَ یَـٰبُنَیَّ إِنِّیۤ أَرَىٰ فِی ٱلۡمَنَامِ أَنِّیۤ أَذۡبَحُكَ فَٱنظُرۡ مَاذَا تَرَىٰۚ قَالَ یَـٰۤأَبَتِ ٱفۡعَلۡ مَا تُؤۡمَرُۖ سَتَجِدُنِیۤ إِن شَاۤءَ ٱللَّهُ مِنَ ٱلصَّـٰبِرِینَ

"Maka ketika anaknya itu sampai (ke peringkat umur yang membolehkan dia) berusaha bersama-sama dengannya, Nabi Ibrahim berkata: "Wahai anak kesayanganku! Sesungguhnya aku melihat dalam mimpi bahawa aku akan menyembelihmu; maka fikirkanlah apa pendapatmu?". Anaknya menjawab: "Wahai ayah, jalankanlah apa yang diperintahkan kepadamu; Insya Allah, ayah akan mendapati daku dari orang-orang yang sabar" [Surah aṣ-Ṣāffāt 102]

#Hari Raya Aidiladha, atau lebih dikenali sebagai Hari Raya Korban atau Raya Haji, merupakan salah satu perayaan terbesar dalam Islam. Ia disambut pada 10 Zulhijjah, bersempena dengan ibadah haji yang dilaksanakan di Mekah. Perayaan ini bukan sekadar simbolik, tetapi membawa makna mendalam tentang ketaatan, pengorbanan dan ketakwaan kepada Allah swt.

#Peristiwa agung ini merujuk kepada kisah Nabi Ibrahim Alaihissalam yang diperintahkan oleh Allah untuk mengorbankan anaknya, Nabi Ismail, sebagai tanda ketaatan yang tidak berbelah bahagi. Akhirnya, Allah menggantikan pengorbanan itu dengan seekor sembelihan yang besar, sebagai bukti kasih sayang dan rahmatNya. Peristiwa ini menjadi asas kepada pensyariatan ibadah korban dalam Islam.

#Ibadah korban merupakan amalan yang disyariatkan oleh Allah swt sebagai simbol ketaatan dan kesyukuran atas rezeki yang diberikan.

وَلِكُلِّ أُمَّةࣲ جَعَلۡنَا مَنسَكࣰا لِّیَذۡكُرُوا۟ ٱسۡمَ ٱللَّهِ عَلَىٰ مَا رَزَقَهُم مِّنۢ بَهِیمَةِ ٱلۡأَنۡعَـٰمِۗ فَإِلَـٰهُكُمۡ إِلَـٰهࣱ وَ ٰ⁠حِدࣱ فَلَهُۥۤ أَسۡلِمُوا۟ۗ وَبَشِّرِ ٱلۡمُخۡبِتِینَ

"Dan bagi tiap-tiap umat, Kami syariatkan ibadat menyembelih korban (atau lain-lainnya) supaya mereka menyebut nama Allah sebagai bersyukur akan pengurniaanNya kepada mereka; binatang-binatang ternak yang disembelih itu. Kerana Tuhan kamu semua ialah Tuhan Yang Maha Esa, maka hendaklah kamu tunduk taat kepadaNya; dan sampaikanlah berita gembira (wahai Muhammad) kepada orang-orang yang tunduk taat" [Surah al-Ḥajj 34]

#Ibadah korban bukan sahaja menunjukkan ketaatan individu, malah ia memperkuatkan hubungan sosial melalui agihan daging korban kepada fakir miskin, ahli keluarga, jiran tetangga, sahabat handai dan mereka yang memerlukan.

#Sabda Baginda Rasulullah saw:

إِنَّ أَوَّلَ مَا نَبْدَأُ بِهِ فِي يَوْمِنَا هَذَا نُصَلِّي ثُمَّ نَرْجِعُ فَنَنْحَرُ فَمَنْ فَعَلَ ذَلِكَ فَقَدْ أَصَابَ سُنَّتَنَا وَمَنْ ذَبَحَ فَإِنَّمَا هُوَ لَحْمٌ قَدَّمَهُ لأَهْلِهِ لَيْسَ مِنَ النُّسُكِ فِي شَىْءٍ

"Perkara pertama yang kami mulakan pada hari ini, (hari raya) ialah kami bersembahyang. Kemudian kami pulang dan menyembelih korban. Oleh itu, sesiapa yang melakukan perkara tersebut maka dia telah melaksanakan sunnah kami. Dan sesiapa telah menyembelih sebelum itu, maka ia adalah daging untuk ahli keluarganya, bukan untuk ibadat korban sedikit pun" (HR al-Bukhari dan Muslim)

#Penyembelihan dilakukan selepas solat Aidiladha dan berterusan selama tiga hari tasyrik (11, 12, 13 Zulhijjah). Daging korban dibahagikan kepada tiga bahagian:
1. Satu bahagian untuk diri sendiri dan keluarga
2. Satu bahagian untuk saudara dan sahabat
3. Satu bahagian untuk fakir miskin.

♡Hari Raya Aidiladha mengajar umat Islam tentang pengorbanan, keikhlasan, dan kebersamaan dalam membantu sesama manusia♡

🐊Ust Naim
*Telegram Channel*
Klik link ini untuk join:
http://bit.ly/tadabburkalamullah

*Facebook Page:*
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah

Читать полностью…

Tadabbur Kalamullah

☆Tadabbur Kalamullah 9 Zulhijjah 1447H☆

وَأَتِمُّوا الْحَجَّ وَالْعُمْرَةَ لِلَّهِ

"Dan sempurnakanlah ibadat haji dan umrah kerana Allah" [Surah al-Baqarah 196]

#Hari ini 9 Zulhijjah, maka bermulalah ibadah haji dan seluruh Dhuyufur Rahman berpusu-pusu menuju padang Arafah.

#Arafah adalah nama salah satu tempat yang semua jemaah haji diwajibkan berwukuf di situ pada hari dan waktu yang telah ditetapkan oleh syariat Islam sebagai salah satu daripada rukun haji. Mengikut apa yang disebut dalam Tafsir al-Qurtubi, terdapat beberapa pendapat ulama mengenai nama tempat itu sebagai Arafah antaranya ialah:

1. Kerana di tempat itulah manusia berkenal-kenalan di antara satu sama lain pada hari wukuf

2. Kerana malaikat Jibril telah membawa Nabi Ibrahim mengelilingi tempat itu dan memperlihatkan kepada baginda segala pemandangannya lalu berkata: "Adakah engkau kenal? Adakah engkau kenal?" Nabi Ibrahim pun menjawab: "Saya kenal. Saya kenal".

3. Kerana Nabi Adam dan Hawa ketika diturunkan dari syurga di tempat yang berasingan, akhirnya mereka bertemu semula dan berkenal-kenalan di antara satu sama lain di tempat itu.

#Bersempena Hari Arafah, Jom kita melihat beberapa kelebihan hari Arafah:
 
1. Hari Arafah adalah rukun daripada haji.
 
Daripada Sayidina Abdul Rahman bin Ya’mur, bahawa Nabi saw bersabda:
 
الحَجُّ عَرَفَةُ

"Haji adalah Arafah" (HR at-Tirmizi)
 
2. Hari Arafah adalah hari di mana agama ini telah sempurna.
 
Daripada Sayidina Umar bin al-Khattab r.a bahawa seorang lelaki telah bertanya kepadanya: "Wahai Amir al-Mukminin, satu ayat di dalam kitab kamu (al-Quran) yang kamu membacanya. Jika ia ke atas kami sekalian bangsa Yahudi maka kami akan mengambil hari tersebut sebagai perayaan. Umar bertanya: Apakah ayat itu? Dia berkata: “Aku telah sempurnakan bagi kamu ugama kamu, dan Aku telah cukupkan nikmatKu kepada kamu, dan Aku telah redakan Islam itu menjadi ugama untuk kamu”. Umar berkata: Kami telah ketahui hari tersebut dan tempat turun ayat tersebut ke atas Nabi saw ketika baginda saw berdiri di Arafah pada hari Jumaat" (HR al-Bukhari dan Muslim)
 
3. Hari Arafah adalah hari raya buat umat Islam.
 
Daripada Sayidina Uqbah bin Amir r.a, bahawa Rasulullah saw bersabda: "Hari Arafah, hari Korban serta hari-hari Tasyriq (11, 12 dan 13 Zulhijjah) adalah hari raya kita orang Islam dan ia adalah hari makan dan minum" (HR Abu Daud, at-Tirmizi dan al-Nasa’ie)
 
4. Hari Arafah adalah hari Penyaksian.         
 
Daripada Sayidina Abu Hurairah r.a, bahawa Nabi saw bersabda: "Hari yang dijanjikan adalah hari Kiamat, hari Mayshud adalah hari Arafah serta  as-Syahid adalah hari Jumaat" (HR at-Tirmizi)
 
5. Kebesaran berdoa di hari Arafah.
 
Daripada Sayidina Abdullah bin ‘Amr, bahawa Nabi saw bersabda:

خَيْرُ الدُّعَاءِ دُعَاءُ يَوْمِ عَرَفَةَ

"Sebaik-baik doa adalah doa pada hari Arafah" (HR at-Tirmizi)
 
6. Puasa pada hari tersebut menghapuskan dosa setahun sebelum dan selepas.
 
Rasulullah saw bersabda apabila ditanya tentang puasa pada hari Arafah:
 
يُكَفِّرُ السَّنَةَ الْمَاضِيَةَ وَالْبَاقِيَةَ

"Puasa pada hari tersebut akan menghapuskan dosa setahun yang lalu dan setahun yang akan datang" (HR Muslim)
 
7. Hari keampunan dan pelepasan dari api neraka.         
 
Daripada Sayidatina Aisyah r.ha, bahawa Nabi saw bersabda: "Tidak ada satu hari yang lebih banyak dibebaskan hambaNya daripada api neraka melainkan pada hari Arafah" (HR Muslim)

#Zikir terbaik pada hari Arafah ialah:

لا إِلهَ إِلاَّ اللَّهُ وحده لا شَريكَ لَهُ، لَهُ المُلْكُ، وَلَهُ الحَمْدُ، وَهُوَ على كُلّ شئ قَدِيرٌ

#Juga digalakkan berdoa dengan doa:

رَبَّنَاۤ ءَاتِنَا فِی ٱلدُّنۡیَا حَسَنَةࣰ وَفِی ٱلۡـَٔاخِرَةِ حَسَنَةࣰ وَقِنَا عَذَابَ ٱلنَّارِ

♡Hari Arafah adalah satu hari yang istimewa di dalam bulan Zulhijjah. Sebagai umat Islam seharusnya kita rebut peluang dan kesempatan ini agar kita tidak termasuk dalam kalangan orang-orang yang rugi. Jom gandakan amal bersempena hari Arafah!!♡

🐊Ust Naim
*Telegram Channel*
Klik link ini untuk join:
http://bit.ly/tadabburkalamullah

*Facebook Page:*
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah

Читать полностью…

Tadabbur Kalamullah

سُبْحَانَ اللهِ الَّذِي فِي السَّمَاءِ عَرْشُهُ سُبْحَانَ الَّذِي فِي الْأَرْضِ مَوْطِئُهُ سُبْحَانَ الَّذِي فِي الْبَحْرِ سَبِيلُهُ سُبْحَانَ الَّذِي فِي النَّارِ سُلْطَانُهُ سُبْحَانَ الَّذِي فِي الْقُبُورِ قَضَاؤُهُ سُبْحَانَ الَّذِي فِي الْجَنَّةِ رَحْمَتُهُ سُبْحَانَ الَّذِي فِي الْهَوَاءِ رَوحُهُ سُبْحَانَ الَّذِي رَفَعَ السَّمَاءَ سُبْحَانَ الَّذِي وَضَعَ الْأَرَضِينَ سُبْحَانَ الَّذِي لَا مَلْجَأَ مِنْهُ إِلَّا إِلَيْهِ

"Maha Suci Allah yang Arasy-Nya berada di langit, Maha Suci (Allah) yang penguasaan-Nya meliputi seluruh Bumi, Maha Suci (Allah) yang jalan-Nya merupakan lautan bah, Maha Suci (Allah) yang mana kekuasaan-Nya terzahir menguasai neraka, Maha Suci (Allah) yang mana di kuburlah ketetapan-Nya (atas sekalian hamba), Maha Suci (Allah) yang mana di syurgalah terjelma rahmat-Nya. Maha Suci (Allah) yang mana di udara berjalanlah nafas bantuan-Nya. Maha Suci (Allah) yang meninggikan langit, Maha Suci (Allah) yang membawahkan sekalian bumi, Maha Suci (Allah) yang mana tiada yang mampu menyelamatkan sesiapa dari (azab-Nya) kecuali hanya pergi (berlindung) kepada-Nya.”

13. Menerusi sanadnya juga: ‘Abdullah b. ‘Abbas RA meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW berdoa di Arafah ketika Haji terakhir baginda:

اللهم إنك تسمع كلامي وترى مكاني وتعلم سري وعلانيتي لا يخفى عليك شيء من أمري أنا البائس الفقير المستغيث المستجير الوجل المشفق المقر المعترف بذنبي أسألك مسألة المسكين وأبتهل إليك ابتهال المذنب الذليل وأدعوك دعاء الخائف الضرير دعاء من خضعت لك رقبته وفاضت لك عيناه وذل لك جسده ورغم لك أنفه اللهم لا تجعلني بدعائك شقيا وكن بي رؤوفا رحيما يا خير المسؤولين ويا خير المعطي

“Ya Allah, sesungguhnya Engkau mendengar kalamku, dan Engkau melihat keadaanku, dan Engkau tahu rahsiaku dan keadaanku tatkala sendiri. Tiada satu pun urusanku yang tersorok darimu. Akulah hamba-Mu yang hina dan fakir, yang meminta pertolongan-Mu tatkala sukar, yang memohon perlindungan-Mu, yang takut dan risau sentiasa, yang berdiri di depan-Mu, mengaku segala dosaku. Aku memohon kepada-Mu sebagai seorang yang miskin, aku menyeru-Mu dengan seruan seorang pendosa yang hina dina. Aku berdoa kepada-Mu dengan doa orang yang takut dan lemah, doa orang yang menundukkan leher kepada-Mu, menangis mataku dengan deraian air mata untuk-Mu, yang menghinakan jasadku buat-Mu, dan celakalah diriku seluruhnya. Ya Allah, jangan pernah Engkau mengecewakan daku dalam doaku ini, berlembutlah denganku, kasihanilah aku. Wahai yang paling terbaik untuk diminta, wahai pemberi yang terbaik dalam kalangan yang memberi.”

15. Sanadnya juga daripada ‘Abdullah b. al-Harith RA meriwayatkan bahawa: ‘Abdullah b. ‘Umar berdoa pada hari Arafah dengan doa berikut:

أن ابن عمر كان يرفع صوته عشية عرفة يقول:

“Ibn ‘Umar meninggikan suaranya pada pagi hari Arafah, membaca:

لا إله إلا الله وحده لا شريك له له الملك وله الحمد وهو على كل شيء قدير، اللهم اهدنا بالهدى وزينا بالتقوى واغفر لنا في الآخرة والأولى، ثم يخفض صوته ثم يقول: اللهم إني أسألك من فضلك وعطائك رزقا طيبا مباركا اللهم أنت أمرت بالدعاء وقضيت على نفسك بالإجابة، رب وأنت لا يخلف وعدك ولا يكذب عهدك اللهم ما أحببت من خير فحببه إلينا ويسره لنا، وما كرهت من شر فكرهه إلينا وجنبناه، ولا تنزع منا الإسلام بعد إذ أعطيته لنا يا أرحم الراحمين.

"Tiada Tuhan selain Allah, satu-satunya Dia sahaja tiada sekutu bagi-Nya. Hanya milik-Nya segala Kerajaan, dan hanya milik-Nya jua segala puja, dan Dia Maha Berkuasa atas segala sesuatu.” Ya Allah, berilah hidayah kepada kami dengan petunjuk, hiasilah kami dengan takwa, dan ampunkanlah kami di dunia dan di akhirat kelak.” Kemudian beliau merendahkan suara beliau seraya berdoa: “Ya Allah, sesungguhnya aku memohon kepada-Mu dengan kurniaan dan pemberian-Mu, (aku mohon) rezeki yang baik dan diberkati. Ya Allah, Engkau mengarahkan (kami) untuk berdoa, dan Engkau tetapkan bahawa Diri-Mu akan memakbulkannya. Tuhanku, Engkau tidak pernah menyelisihi janji-janji-Mu, Engkau tidak pernah mendustai sebarang ikatan. Ya Allah, segala kebaikan yang Engkau suka, maka jadikanlah kami turut sukakannya dan permudahkanlah kami untuknya.

Читать полностью…

Tadabbur Kalamullah

Doa-Doa Pada Hari Arafah

Dibolehkan untuk berdoa dengan apa sahaja doa, begitu juga membacakan doa orang lain yang telah ditulis sebagaimana difatwakan oleh Imam al-Nawawi dalam kitab al-Majmu’.

1. Rasulullah saw bersabda:

خَيْرُ الدُّعاءِ دعاءُ يَوْمِ عَرَفَةَ، وَخَيْرُ ما قُلْتُ أنا وَالنَّبِيُّونَ مِنْ قَبْلِي: لا إِلهَ إِلاَّ اللَّهُ وحده لا شَريكَ لَهُ، لَهُ المُلْكُ، وَلَهُ الحَمْدُ، وَهُوَ على كُلّ شئ قَدِيرٌ

"Sebaik-baik doa ialah doa pada hari Arafah. Dan sebaik-baik (zikir) yang dilafazkan oleh aku dan para Nabi sebelumku ialah (Kalimah Tauhid):

إِلهَ إِلاَّ اللَّهُ وحده لا شَريكَ لَهُ، لَهُ المُلْكُ، وَلَهُ الحَمْدُ، وَهُوَ على كُلّ شئ قَدِيرٌ

"Tiada Tuhan selain Allah, satu-satunya Dia sahaja tiada sekutu bagi-Nya. Hanya milik-Nya segala Kerajaan, dan hanya milik-Nya jua segala puja, dan Dia Maha Berkuasa atas segala sesuatu"

2. Selepas melafazkan kalimah Tauhid di atas sebanyak 100 kali atau 1,000 kali, disunatkan menambah beberapa lafaz yang dinyatakan oleh Imam ‘Abd al-Hamid al-Syirwani berkata dalam Hasyiah ‘ala al-Tuhfah:

"Imam al-Baihaqi menambah (dengan riwayat):

اللَّهُمَّ اجْعَلْ فِي قَلْبِي نُورًا وَفِي سَمْعِي نُورًا وَفِي بَصَرِي نُورًا اللَّهُمَّ اشْرَحْ لِي صَدْرِي وَيَسِّرْ لِي أَمْرِي

"Ya Allah, jadikan cahaya pada hatiku, cahaya pada pendengaranku, cahaya pada penglihatanku. Ya Allah, lapangkan dadaku, permudahkan urusanku" (Doa ini ada dalam kitab al-Mughni)

3. Manakala kitab al-Asna menambah dengan doa:

اللَّهُمَّ لَك الْحَمْدُ كَاَلَّذِي تَقُولُ وَخَيْرًا مِمَّا نَقُولُ. اللَّهُمَّ لَك صَلَاتِي وَنُسُكِي وَمَحْيَايَ وَمَمَاتِي وَإِلَيْك مَآبِي وَلَك تُرَاثِي. اللَّهُمَّ إنِّي أَعُوذُ بِك مِنْ عَذَابِ الْقَبْرِ وَوَسْوَسَةِ الصَّدْرِ وَشَتَاتِ الْأَمْرِ. اللَّهُمَّ إنِّي أَعُوذُ بِك مِنْ شَرِّ مَا تَجِيءُ بِهِ الرِّيحُ.

"Ya Allah, bagi-Mu segala puja sepertimana kami selalu tuturkan, dan segala kebaikan daripada kata-kata baik yang kami lafazkan. Ya Allah, untuk-Mu solatku, manasikku, hidupku dan matiku. Kepada-Mu tempat aku kembali, milik-Mu segala peninggalanku. Ya Allah, aku berlindung kepada-Mu daripada azab kubur, was-was dalam dada, dan keberselerakan dalam urusan. Ya Allah, aku berlindung kepada-Mu daripada keburukan yang datang melalui angin".

وَيَكُونُ كُلُّ دُعَاءٍ ثَلَاثًا وَيَفْتَتِحُهُ بِالتَّحْمِيدِ وَالتَّمْجِيدِ وَالتَّسْبِيحِ وَالصَّلَاةِ وَالسَّلَامِ عَلَى النَّبِيِّ - صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ - وَيَخْتِمُهُ بِمِثْلِ ذَلِكَ مَعَ التَّأْمِينِ

Semua doa ini dibaca sebanyak 3 kali; dimulakan dengan tahmid dan memuji Allah serta tasbih dan selawat ke atas Nabi Muhammad SAW, dan diakhiri dengan lafaz amin.”

4. Selain itu, dianjurkan juga membaca doa:

رَبَّنَاۤ ءَاتِنَا فِی ٱلدُّنۡیَا حَسَنَةࣰ وَفِی ٱلۡـَٔاخِرَةِ حَسَنَةࣰ وَقِنَا عَذَابَ ٱلنَّارِ

5. Kemudian disambung dengan doa yang dicadangkan oleh Imam al-Syirwani berikut:

اللَّهُمَّ إنِّي ظَلَمْت نَفْسِي ظُلْمًا كَثِيرًا وَلَا يَغْفِرُ الذُّنُوبَ إلَّا أَنْتَ فَاغْفِرْ لِي مَغْفِرَةً مِنْ عِنْدِك وَارْحَمْنِي إنَّكَ أَنْتَ الْغَفُورُ الرَّحِيمُ. اللَّهُمَّ اُنْقُلْنِي مِنْ ذُلِّ الْمَعْصِيَةِ إلَى عِزِّ الطَّاعَةِ وَاكْفِنِي بِحَلَالِك عَنْ حَرَامِك وَاغْنَنِي بِفَضْلِك عَمَّنْ سِوَاك. وَنَوِّرْ قَلْبِي وَقَبْرِي وَأَعِذْنِي مِنْ الشَّرِّ كُلِّهِ وَاجْمَعْ لِي الْخَيْرَ كُلَّهُ. اللَّهُمَّ إنِّي أَسْأَلُك الْهُدَى وَالتُّقَى وَالْعَفَافَ وَالْغِنَى.

"Ya Allah, sesungguhnya aku menzalimi diri dengan dengan kezaliman yang terlalu banyak, dan tiada yang mengampunkan dosa-dosa kecuali hanya Engkau, maka ampunkan daku dengan keampunan di sisi-Mu, dan rahmatilah daku kerana sesungguhnya Engkau Maha Pengampun lagi Maha Pengasih. Ya Allah, pindahkan daku daripada kehinaan maksiat kepada kemuliaan taat. Cukupkan rezeki halal buatku berbanding yang haram, dan kayakan daku dengan kurniaan dari-Mu berbanding yang selain-Mu, dan terangilah hatiku dengan sinar cahaya, begitu juga kuburku kelak. Lindungilah aku daripada segala jenis keburukan, dan himpunkan segala kebaikan buat diriku. Ya Allah, aku memohon dari-Mu segala petunjuk, ketakwaan, sifat maruah dan ketidakperluan kepada sesiapa selain-Mu".

Читать полностью…

Tadabbur Kalamullah

☆Tadabbur Kalamullah 7 Zulhijjah 1447H☆

ثُمَّ أَفِیضُوا۟ مِنۡ حَیۡثُ أَفَاضَ ٱلنَّاسُ وَٱسۡتَغۡفِرُوا۟ ٱللَّهَۚ إِنَّ ٱللَّهَ غَفُورࣱ رَّحِیمࣱ

"Selain dari itu hendaklah kamu bertolak turun dari (Arafah) tempat bertolaknya orang ramai, dan beristighfarlah kamu kepada Allah (dengan memohon ampun), sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani" [Surah al-Baqarah 199]

#Wukuf di Arafah merupakan kemuncak dan rukun utama ibadah haji. Semua manusia tanpa mengira bangsa, pangkat, warna kulit, kedudukan akan berkumpul di bumi Arafah. Hari berkumpulnya umat Islam dari serata dunia.

#Oleh itu, jangan ada rasa lebih hebat daripada bangsa lain. Islam telah jadikan ibadah itu sama rata bagi semua, pakaian ihram pun sama, ibadah pun sama sahaja bagi semua orang. Ia mengajar kita yang kita ini sama sahaja kedudukannya. Jangan hendak perasan lebih lagi daripada orang lain. Yang membezakan manusia disisi Allah ialah taqwanya.

#Kerana itu khutbah terakhir Rasulullah saw pada Hujjatul Wada’ (Haji Perpisahan), baginda saw menekan tentang kesamarataan dalam semua bangsa.

وعن أبي نضرة قال: حدثني من سمع خطبة النبي صلى الله عليه وسلم في وسط أيام التشريق فقال: يا أيها الناس، إن ربكم واحد وأباكم واحد، ألا لا فضل لعربي على عجمي، ولا لعجمي على عربي، ولا أسود على أحمر، ولا أحمر على أسود إلا بالتقوى، أبلغت؟. قالوا: بلغ رسول الله صلى الله عليه وسلم

Daripada Sayidina Abu Nadhrah r.a telah menceritakan kepadaku orang yang pernah mendengar khutbah Rasulullah saw di tengah-tengah hari tasyriq, baginda bersabda: "Wahai sekalian manusia! Rabb kalian satu, dan ayah kalian satu (maksudnya Nabi Adam Alaihissalam). Ingatlah, tidak ada kelebihan bagi orang Arab atas orang Ajam (non-Arab) dan bagi orang Ajam atas orang Arab, tidak ada kelebihan bagi orang berkulit merah atas orang berkulit hitam, bagi orang berkulit hitam atas orang berkulit merah kecuali dengan ketaqwaan. Apa aku sudah menyampaikan?". Mereka menjawab: Ya, benar Rasulullah saw telah menyampaikan" (Musnad Ahmad)

#Allah swt juga memerintah semua manusia yang berada di Arafah untuk memperbanyakkan istighfar bertaubat kepadaNya. Minta ampun atas dosa-dosa lama yang telah diperbuat. Ini adalah masa yang amat sesuai untuk meminta ampun kepada Allah ‎swt. Antaranya kerana sangka dan perasan kamu lebih mulia daripada bangsa dan suku lain. Maka, Arafah adalah tempat yang terbaik untuk berdoa meminta ampun padaNya.

#Daripada Sayidina Ibnu Abbas r.huma berkata: Seseorang bertawaf di Kaabah setelah bertahallul hingga dia bertalbiyah untuk haji. Apabila dia hendak pergi ke Arafah, maka hendaklah dia menyembelih unta, atau sapi, atau kambing bila sahaja dia kehendaki jika hal itu mudah baginya. Jika hal itu terasa sulit, maka hendaklah dia berpuasa selama tiga hari pada waktu haji, iaitu sebelum hari Arafah. Jika ternyata hari terakhirnya dari tiga hari tersebut adalah hari Arafah, maka hal itu tidak mengapa baginya. Kemudian hendaklah dia berangkat untuk wukuf di Arafah dari waktu Asar hingga menjelang malam. Lalu berangkat dari Arafah ketika orang-orang keluar darinya hingga sampai di Muzdalifah tempat mereka bermalam. Setelah itu hendaklah mereka berzikir kepada Allah dengan memperbanyak takbir, dan tahlil sebelum subuh tiba. Kemudian bertolaklah kalian dari Arafah kerana orang-orang telah bertolak. Allah swt berfirman: "Kemudian bertolaklah dari tempat bertolaknya orang-orang banyak (Arafah) dan mohonlah ampun kepada Allah sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang" (Surah al-Baqarah 199). Hingga kalian melempar Jumrah" (Sahih al-Bukhari)

♡Sentiasalah kita beristighfar memohon ampun kepada Allah swt walau dimana berada terutama saat di bumi barakah, Mekah dan Madinah. Semoga Allah swt ampunkan kita semua. Aamiiin♡

🐊Ust Naim
*Telegram Channel*
Klik link ini untuk join:
http://bit.ly/tadabburkalamullah

*Facebook Page:*
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah

Читать полностью…

Tadabbur Kalamullah

☆Tadabbur Kalamullah 5 Zulhijjah 1447H☆

وَأَتِمُّوا الْحَجَّ وَالْعُمْرَةَ لِلَّهِ

"Dan sempurnakanlah ibadat haji dan umrah kerana Allah" [Surah al-Baqarah 196]

#Berkata Syeikh al-Maraghi rahimahullah mengenai tafsiran ayat ini ialah: "Kerjakanlah ibadat haji dan umrah dengan sempurna dan lengkap, secara lahiriyah. Ia dilakukan dengan menunaikan syariat dan rukun menurut yang sepatutnya. Sementara secara batiniah, ia dilaksanakan dengan penuh keikhlasan kerana Allah swt dan bukan dengan tujuan untuk mencari sumber pendapatan menerusi dagangan atau menarik pujian orang dan nama. Meskipun begitu, dibenarkan berdagang dilakukan secara ikhlas, tetapi tujuan sebenar ke Mekah bukan untuk berdagang" (Lihat: Tafsir al-Maraghi)

#Syeikh Dr. Wahbah az-Zuhaili dalam kitabnya Fatawa Mu’asirah berkata: "Haji adalah sah jika niat asalnya adalah melaksanakan haji. Dan tidak ada halangan jika disertai dengan pekerjaan lain sesuai dengan firman Allah swt:

لَيْسَ عَلَيْكُمْ جُنَاحٌ أَن تَبْتَغُوا فَضْلًا مِّن رَّبِّكُمْ ۚ 

"Tidaklah menjadi salah, kamu mencari limpah kurnia dari Tuhan kamu (dengan meneruskan perniagaan ketika mengerjakan Haji" [Surah al-Baqarah 198]

#Walaupun begitu, seseorang yang membulatkan niat semata-mata kerana Allah swt dalam melaksanakan ibadat haji sebagai mana syiar lafaz talbiahnya dan nas Ilahi menunjukkan sewajarnya ia dilakukan secara khusus iaitu niat mengerjakan haji semata-mata. Sebagai mana yang dinaskan oleh Allah swt dalam firmanNya:

وَلِلَّـهِ عَلَى النَّاسِ حِجُّ الْبَيْتِ مَنِ اسْتَطَاعَ إِلَيْهِ سَبِيلًا ۚ وَمَن كَفَرَ فَإِنَّ اللَّـهَ غَنِيٌّ عَنِ الْعَالَمِينَ

“Dan Allah mewajibkan manusia mengerjakan ibadah Haji dengan mengunjungi Baitullah iaitu bagi sesiapa yang mampu sampai kepadanya. Dan sesiapa yang kufur (ingkarkan kewajipan ibadah Haji itu), maka sesungguhnya Allah Maha Kaya (tidak berhajatkan sesuatu pun) daripada sekalian makhluk" [Surah Aali-Imran 97]

#Apa yang dimaksudkan melakukan haji kerana Allah swt?

Pada dasarnya, semua amalan hendaklah dilakukan kerana Allah swt. Tetapi, di dalam ayat diatas (Surah al-Baqarah 196) dikhususkan kepada ibadat haji dan umrah. Tujuannya adalah disebabkan orang Arab pergi menunaikan haji dengan tujuan untuk berkumpul dan menunjuk-nunjuk, bersaing, bermegah-megah, menunaikan pelbagai hajat dan membeli belah. Mereka tidak pergi dengan tujuan kerana Allah swt dan bukan dengan tujuan menunaikan kefardhuan dan hak yang ditetapkan oleh Allah.

#Konsep Ibadah Haji Kerana Allah:

1. Niat yang Bersih:
Membetulkan niat sejak dari tanah air. Haji dilakukan hanya untuk mencari redha Allah, menunaikan kewajipan, dan bukan untuk mendapat gelaran (seperti 'Haji' atau 'Hajjah') atau tujuan duniawi.

2. Kesabaran dan Pengorbanan
Perjalanan ibadah yang jauh dan mencabar memerlukan keazaman yang tinggi. Segala kepayahan dihadapi dengan redha dan sabar.

3. Menjauhi Perkara Dilarang
Sabda Nabi saw: "Sesiapa yang melaksanakan ibadah haji semata-mata kerana Allah dan dia tidak menuturkan (mengeluarkan kata-kata keji) dan tidak melakukan kefasikan, dia kembali (bersih daripada dosa) seperti hari dia dilahirkan oleh ibunya" (Sahih al-Bukhari)

♡Semoga setiap langkah di bumi haram menjadi saksi ibadah yang dilakukan hanya kerana Allah semata-mata. Aamiiin♡

🐊Ust Naim
*Telegram Channel*
Klik link ini untuk join:
http://bit.ly/tadabburkalamullah

*Facebook Page:*
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah

Читать полностью…

Tadabbur Kalamullah

☆Tadabbur Kalamullah 4 Zulhijjah 1447H☆

وَلِكُلِّ أُمَّةࣲ جَعَلۡنَا مَنسَكࣰا لِّیَذۡكُرُوا۟ ٱسۡمَ ٱللَّهِ عَلَىٰ مَا رَزَقَهُم مِّنۢ بَهِیمَةِ ٱلۡأَنۡعَـٰمِۗ فَإِلَـٰهُكُمۡ إِلَـٰهࣱ وَ ٰ⁠حِدࣱ فَلَهُۥۤ أَسۡلِمُوا۟ۗ وَبَشِّرِ ٱلۡمُخۡبِتِینَ

"Dan bagi tiap-tiap umat, Kami syariatkan ibadat menyembelih korban (atau lain-lainnya) supaya mereka menyebut nama Allah sebagai bersyukur akan pengurniaanNya kepada mereka; binatang-binatang ternak yang disembelih itu. Kerana Tuhan kamu semua ialah Tuhan Yang Maha Esa, maka hendaklah kamu tunduk taat kepadaNya; dan sampaikanlah berita gembira (wahai Muhammad) kepada orang-orang yang tunduk taat" [Surah Al-Ḥajj 34]

#Ibadah korban bukan hanya dilakukan oleh umat Nabi Muhammad saw, bahkan ia merupakan ibadah yang telah diamalkan oleh umat-umat terdahulu sebagai tanda ketaatan dan pengabdian kepada Allah swt.

#Antara kisah penting berkaitan ibadah korban umat terdahulu ialah:

1. Korban Habil dan Qabil

Kisah korban pertama dalam sejarah manusia berlaku kepada anak Nabi Adam Alaihissalam iaitu Habil dan Qabil. Allah swt memerintahkan kedua-duanya melakukan ibadah korban. Habil mempersembahkan korban terbaik daripada ternakannya dengan penuh ikhlas. Manakala Qabil pula memberi hasil tanaman yang buruk dan tidak ikhlas. Allah swt menerima korban Habil tetapi menolak korban Qabil.

وَٱتۡلُ عَلَیۡهِمۡ نَبَأَ ٱبۡنَیۡ ءَادَمَ بِٱلۡحَقِّ إِذۡ قَرَّبَا قُرۡبَانࣰا فَتُقُبِّلَ مِنۡ أَحَدِهِمَا وَلَمۡ یُتَقَبَّلۡ مِنَ ٱلۡـَٔاخَرِ قَالَ لَأَقۡتُلَنَّكَۖ قَالَ إِنَّمَا یَتَقَبَّلُ ٱللَّهُ مِنَ ٱلۡمُتَّقِینَ

"Dan bacakanlah (wahai Muhammad) kepada mereka kisah (mengenai) dua orang anak Adam (Habil dan Qabil) yang berlaku dengan sebenarnya, iaitu ketika mereka berdua mempersembahkan satu persembahan korban (untuk mendampingkan diri kepada Allah). Lalu diterima korban salah seorang di antaranya (Habil), dan tidak diterima (korban) dari yang lain (Qabil). Berkata (Qabil):" Sesungguhnya aku akan membunuhmu!". (Habil) menjawab: "Hanyasanya Allah menerima (korban) dari orang-orang yang bertaqwa" [Surah al-Māʾidah 27]

#Dalam ayat ini Allah swt mengatakan bahawa hanya menerima amalan daripada orang yang bertakwa. Maka kita wajib pastikan binatang yang paling terbaik untuk dibuat korban agar diterima oleh Allah swt sebagai ibadah.

2. Korban Nabi Ibrahim Alaihissalam dan Nabi Ismail Alaihissalam

Inilah kisah agung yang menjadi asas syariat korban dalam Islam. Nabi Ibrahim Alaihissalam bermimpi diperintahkan Allah swt untuk menyembelih anaknya Nabi Ismail Alaihissalam. Baginda taat tanpa ragu-ragu. Nabi Ismail Alaihissalam juga redha dan patuh kepada perintah Allah swt tanpa sebarang komen.

Disebabkan Nabi Ibrahim telah berusaha untuk menyempurnakan maksud mimpi yang telah dilihatnya itu, tatkala waktu hendak disembelih Nabi Ismail, maka Allah swt menggantikan Nabi Ismail dengan seekor kibas.
Peristiwa ini dirakam dalam Surah As-Saffat ayat 102-107.

3. Korban Kaum Musyrikin Mekah.

Menyembelih haiwan atau mempersembahkan korban dengan niat untuk memuja, mendekatkan diri kepada berhala, dewa, atau makhluk ghaib selain Allah swt. Haiwan korban disembelih untuk sembahan mereka. Mereka juga ada masa dan waktu tertentu. Sama seperti masyarakat kita yang mengamalkan khurafat suatu masa dulu, sembelih binatang untuk disembahkan kepada keramat-keramat dan kubur-kubur. Alhamdulillah hasil usaha para ulamak sejak dahulu, pada hari ini perbuatan ini sudah disedari dan mula ditinggalkan sepenuhnya.

#Allah swt ingatkan kita semua agar laksanakan korban dengan ikhlas. Persembahkan binatang korban yang terbaik kepada Allah swt. Jangan sesekali terikut dengan perbuatan puak kafir musyrikin. Umat Islam ada acara dan ibadat yang telah disyariatkan kerana Tuhan kita semua ialah Tuhan Yang Maha Esa, maka hendaklah kita tunduk taat hanya kepadaNya.

♡Semoga ibadah korban menjadikan kita hamba yang lebih ikhlas, taat dan dekat kepada Allah swt. Aamiiin♡

🐊Ust Naim
*Telegram Channel*
Klik link ini untuk join:
http://bit.ly/tadabburkalamullah

*Facebook Page:*
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah

Читать полностью…

Tadabbur Kalamullah

☆Tadabbur Kalamullah 2 Zulhijjah 1447H☆

فَصَلِّ لِرَبِّكَ وَٱنۡحَرۡ

"Oleh itu, kerjakanlah sembahyang kerana Tuhanmu semata-mata, dan sembelihlah Qurban (sebagai bersyukur)" [Surah al-Kawthar 2]

#Setiap tahun kita melihat lembu, kambing dan unta disembelih pada Hari Raya Aidiladha. Tetapi persoalannya… Adakah qurban itu sekadar sembelih binatang? Atau ada mesej besar yang Allah mahu tanam dalam hati kita?. Antara sebab kenapa kita berqurban ialah:

1. Qurban adalah tanda taat kepada Allah swt

Kisah qurban bermula daripada ketaatan agung Nabi Ibrahim Alaihissalam dan anaknya Nabi Ismail Alaihissalam. Apabila Allah memerintahkan Nabi Ibrahim menyembelih anak yang sangat disayangi, baginda tidak membantah. Dan Nabi Ismail pula menjawab:

سَتَجِدُنِیۤ إِن شَاۤءَ ٱللَّهُ مِنَ ٱلصَّـٰبِرِینَ

"Wahai ayah, jalankanlah apa yang diperintahkan kepadamu; Insya Allah, ayah akan mendapati daku dari orang-orang yang sabar" [Surah aṣ-Ṣāffāt 102]

Bayangkan… Anak taat kepada ayah. Ayah taat kepada Allah. Inilah roh sebenar qurban: Taat walau berat. Hari ini Allah tidak minta kita sembelih anak. Allah cuma minta kita sembelih sifat kedekut kita, sembelih cinta dunia yang melampau dalam diri kita dengan melaksanakan ibadah binatang korban. Tetapi itu pun kadang-kadang kita rasa berat.

2. Qurban mendidik kita menjadi orang yang ikhlas

Ramai orang mampu beli lembu. Tetapi tidak semua mampu ikhlas kerana Allah. Allah tidak memandang daging atau darah qurban itu. Allah memandang hati kita, niat kita, keikhlasan kita.

لَن یَنَالَ ٱللَّهَ لُحُومُهَا وَلَا دِمَاۤؤُهَا وَلَـٰكِن یَنَالُهُ ٱلتَّقۡوَىٰ مِنكُمۡۚ

"Daging dan darah binatang korban atau hadiah itu tidak sekali-kali akan sampai kepada Allah, tetapi yang sampai kepadaNya ialah amal yang ikhlas yang berdasarkan taqwa dari kamu.." [Surah al-Ḥajj 37]

Kadang-kadang kita mahu nama diumum, mahu dipuji, mahu nampak hebat. Sedangkan qurban yang diterima ialah qurban yang lahir dari hati yang tunduk kepada Allah.

3. Qurban mengajar erti pengorbanan

Orang yang tidak pernah berkorban, tidak akan merasai kemanisan iman. Ibu bapa berqurban tenaga membesarkan anak. Guru berqurban masa mendidik manusia. Pendakwah berqurban hidup menyebarkan agama. Dan dalam Aidiladha, kita belajar untuk memberi sesuatu yang kita sayang kerana Allah.

Kadang-kadang bukan susah nak keluarkan duit. Tetapi susah nak lepaskan rasa sayang pada duit itu. Sebab itu qurban mendidik jiwa menjadi pemurah.

4. Qurban menyatukan masyarakat

Bila musim Qurban, orang kaya memberi, orang miskin merasa, jiran bertukar juadah, masjid dan surau hidup, anak muda turun membantu. Indahnya Islam. Ada orang setahun sekali baru merasa makan daging. Dan mungkin daging qurban itulah yang menggembirakan satu keluarga. Senyuman orang susah itu, boleh jadi sebab Allah merahmati hidup kita.

5. Qurban adalah Syiar Islam.

Bila takbir bergema. Bila lembu ditumbangkan. Bila darah qurban mengalir. Maka seluruh dunia tahu Islam itu hidup. Qurban bukan adat. Qurban ialah ibadah. Ia syiar yang diwariskan sejak zaman Nabi Ibrahim hingga hari ini. Kalau umat Islam tinggalkan Qurban, lama-kelamaan hilanglah syiar agama.

#Oleh itu apa yang patut kita Qurbankan hari ini? Selain sembelih haiwan Qurban, kita juga perlu sembelih sifat malas untuk solat, sembelih hati yang keras, sembelih dendam sesama manusia, sembelih perasaan cinta dunia dan sembelih dosa yang kita peluk setiap hari.

Jangan hanya lembu yang disembelih, tetapi perangai buruk kita masih dipelihara. Aidiladha sepatutnya menjadikan kita manusia lebih dekat kepada Allah.

#Qurban bukan tentang darah dan daging. Tetapi qurban ialah tentang hati yang rela tunduk kepada Allah. Kalau Nabi Ibrahim sanggup berqurban anak, kenapa kita terlalu berat untuk berqurban sedikit harta dan masa demi agama Allah?

♡Semoga Aidiladha tahun ini menjadikan kita lebih ikhlas, lebih taat, lebih pemurah,
dan lebih dekat kepada Allah swt♡

🐊Ust Naim
*Telegram Channel*
Klik link ini untuk join:
http://bit.ly/tadabburkalamullah

*Facebook Page:*
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah

Читать полностью…

Tadabbur Kalamullah

☆Tadabbur Kalamullah 29 Zulkaedah 1447H☆

فَصَلِّ لِرَبِّكَ وَٱنۡحَرۡ

"Oleh itu, kerjakanlah sembahyang kerana Tuhanmu semata-mata, dan sembelihlah Qurban (sebagai bersyukur)" [Surah al-Kawthar 2]

#Dalam ayat ini, Allah swt memerintahkan Rasulullah saw agar bersyukur dengan nikmat yang banyak yang telah dianugerahkan dengan:

1. Menunaikan solat dengan penuh ikhlas kerana Allah swt, bukan untuk tunjuk kepada orang.

2. Melakukan sembelihan Qurban juga dengan ikhlas kerana Allah swt, bukan kerana benda-benda lain.

#Sebagai tanda bersyukur, Rasulullah swt telah menunaikan perintah Allah swt ini, maka:

1. Baginda saw telah bersolat sehinggakan bengkak kakinya.
2. Baginda saw juga telah melakukan banyak sembelihan Qurban, dengan berqurban 100 ekor unta pada hari Haji Wada' dan menyembelih sendiri dengan tangan baginda yang mulia sebanyak 63 ekor unta.

#Oleh yang demikian, kita sebagai umat yang mengikuti perintah Allah swt dan meneladani baginda saw, maka sewajarnya kita sentiasa memperbanyakkan ibadah solat sunat kita dalam sehari serta menyertai ibadah Qurban untuk disembelih pada hari raya Qurban sekitar 10 hari dari sekarang.

#Hukum berqurban adalah sunat muakkad (yang dituntut) bagi orang yang mempunyai lebihan dan kemudahan harta. Demikian pendapat majoriti ulamak termasuklah sahabat besar seperti Sayidina Abu Bakar as-Siddiq r.a, Sayidina Umar al-Khattab r.a, Sayidina Ibn Mas'ud r.a dan lain-lain, kecuali Imam Abu Hanifah berpendapat ianya WAJIB bagi mereka yang berkemampuan.

#Bagi menggandakan pahala Qurban, seseorang yang sudah berniat awal untuk melakukannya DISUNATKAN menahan diri dari memotong rambut, segala bulu dan kuku bermula 1 Zulhijjah iaitu bermula Maghrib sehingga sembelihan Qurban dilaksanakan.

#Hal ini berdasarkan hadis daripada baginda Rasulullah saw bersabda:

من أراد أن يضحي فدخل العشر فلا يأخذ من شعره ولا من أظفاره شيئاً حتى يضحي

"Barangsiapa yang ingin menyembelih (berqurban) dan telah masuk sepuluh awal Zulhijjah, maka janganlah dia memotong apa-apa rambut atau kukunya sehinggalah sampai korbannya dilaksanakan" (HR Muslim)

#Menurut Imam as-Syawkani: "Hadis ini adalah dalil larangan memotong kuku dan mencukur rambut bagi orang yang hendak melaksanakan ibadah korban" (Lihat: Nail al-Awtar)

#Majoriti ulamak daripada mazhab Maliki, Syafi'i dan sebahagian Hanbali menyatakan makruh hukumnya bagi melanggarnya.

#Syeikh Khalil al-Saharanfuri menukilkan pandangan Imam Syafi’i bahawa larangan yang dimaksudkan dalam hadis ialah makruh. Maka makruh sesiapa yang memotong rambut dan segala bulu di tubuhnya serta kukunya sehingga lembu korbannya disembelih.

#Ulamak mazhab Syafi’i menyatakan hikmah larangan memotong kuku dan rambut bagi orang yang melakukan korban supaya anggota-anggota tubuh badan akan dibebaskan daripada api neraka. Menurut pendapat yang lain, hikmahnya untuk menyerupai orang yang sedang berihram yang mana dia diharamkan untuk bergunting, mencukur, memotong kuku dan beberapa larangan lain. (Lihat: Syarh al-Nawawi ala Muslim)

♡Jom berazam untuk laksanakan ibadah Qurban dan bersiap sedia dari awal agar dapat menghidupkan Sunnah yang banyak dilupakan iaitu tidak bercukur dan memotong kuku bermula 1 Zulhijjah bagi sesiapa yang telah berniat untuk melakukan ibadah Qurban pada 10, 11, 12 atau 13 Zulhijjah nanti♡

🐊Ust Naim
*Telegram Channel*
Klik link ini untuk join:
http://bit.ly/tadabburkalamullah

*Facebook Page:*
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah

Читать полностью…

Tadabbur Kalamullah

*RAYUAN SUMBANGAN PEMASANGAN KARPET BAHARU SURAU AN-NUR SK KUALA KUBU BHARU 2, HULU SELANGOR*

Klik dan sumbang:
https://toyyibpay.com/KarperSurauSKKKB2

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh...

Bayangkan setiap sujud seorang anak yang sedang belajar mengenal Allah, setiap bacaan al-Quran yang bergema di dalam surau, setiap air mata taubat yang menitis ketika solat dan munajat kepada-Nya. Semua itu berlaku di atas hamparan karpet yang menjadi saksi hubungan hamba dengan Penciptanya.

Namun hari ini, karpet Surau an-Nur SK Kuala Kubu Bharu 2 telah terlalu uzur, lusuh dan rosak setelah bertahun-tahun digunakan. Keadaannya semakin kurang selesa untuk menampung pelbagai aktiviti kerohanian seperti solat berjemaah, bacaan Yasin, tazkirah, Ihya' Ramadan serta program Pendidikan Islam yang melibatkan murid-murid dan warga sekolah.

Justeru, kami merayu dengan penuh harapan agar para dermawan dapat bersama-sama menyumbang bagi menjayakan usaha pemasangan karpet baharu demi menyediakan ruang ibadah yang lebih bersih, selesa, selamat dan kondusif.

*💰JUMLAH KOS DIPERLUKAN: RM15,755.00*

Setiap ringgit yang disumbangkan bukan sekadar membeli hamparan karpet, tetapi menjadi saham akhirat yang akan terus mengalir pahalanya selagi mana ada hamba Allah yang berdiri, rukuk, sujud, berzikir dan membaca al-Quran di atasnya.

Rasulullah SAW bersabda:
"Masjid itu umpama rumah bagi orang-orang yang bertakwa. Allah menjamin kepada orang yang menjadikan masjid sebagai rumahnya dengan roh yang damai, rahmat Allah yang melimpah-limpah, dan akan melepasi titian Sirat Al-Mustaqim menuju reda Allah di dalam syurga" (HR At-Tabrani)

✨ Mungkin kita tidak mampu membina sebuah masjid, tetapi kita mampu menjadi sebahagian daripada mereka yang memakmurkannya.

🤲 Hulurkanlah sedikit daripada rezeki yang Allah pinjamkan kepada kita hari ini, agar menjadi cahaya yang menerangi perjalanan kita di akhirat kelak.

"Satu ringgit daripada ramai insan yang prihatin mampu mengubah sebuah ruang ibadah menjadi lebih sempurna."
____
*JOM REBUT PELUANG KEEMASAN INI. SUMBANGAN BOLEH DISALURKAN KE AKAUN TOYYIP PAY:*

https://toyyibpay.com/KarperSurauSKKKB2

*Atau terus ke akaun:*

*Pertubuhan Kebajikan Ilmu dan Amal Selangor
*Maybank_5629_9101_9074
*Cimb_8604_7707_81
*Remark: KARPET SURAU SKKKB 2

*SMS/Whatsapp slip/bukti sumbangan kepada:*

📲Ust Naim: http://www.wasap.my/60196023803/KarpetSurauSKKKB2

📲Tn Abu Umar: http://www.wasap.my/60193113501/KarpetSurauSKKKB2

📲Tn Akmalizan: http://www.wasap.my/60172722696/KarpetSurauSKKKB2

📲Puan Zarina: http://www.wasap.my/60193223501/KarpetSurauSKKKB2

*ANDA HULUR, KAMI SALUR*

Читать полностью…

Tadabbur Kalamullah

☆Tadabbur Kalamullah 18 Zulhijjah 1447H☆

وَمَا عَلَى الرَّسُولِ إِلَّا الْبَلَاغُ الْمُبِينُ

"Dan (ingatlah) tugas Rasul hanya menyampaikan dengan penjelasan yang terang nyata" [Surah al-Ankabut 18]

#Khutbah yang disampaikan Rasulullah saw pada 9 Zulhijjah Tahun 10H di Lembah Uranah, Arafah merupakan pesanan dan wasiat terakhir Rasulullah saw kepada umatnya yang padat dan jelas. Ia cukup mengesankan kerana itulah pesanan terakhir Rasulullah saw kepada khalayak sahabatnya. Khutbah tersebut antara khutbah yang terpanjang pernah disampaikan oleh Rasulullah.

#Amat penting bagi kita mengamatinya dan menekuninya. Semoga khutbah ini menjadi pegangan sebagai wasiat terakhir Rasulullah saw kepada kita untuk kita amalkan. Antara pesanan baginda ialah:

1. Rasulullah bersabda: "Wahai manusia, dengarlah baik-baik apa yang hendak aku katakan. Aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun ini. Wahai manusia, seperti mana kamu menganggap bulan ini dan kota ini sebagai suci, maka anggaplah jiwa dan harta setiap Muslim sebagai amanah suci"

2. Rasulullah bersabda: "Kembalikanlah harta yang diamanahkan kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak. Janganlah kamu sakiti sesiapapun agar orang lain tidak menyakiti kamu pula. Ingatlah sesungguhnya kamu akan menemui Tuhan kamu, dan Dia pasti akan membuat perhitungan di atas segala amalan kamu"

3. Rasulullah bersabda: "Allah swt telah mengharamkan riba. Oleh itu, segala urusan yang melibatkan riba dibatalkan mulai sekarang". "Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu, dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara kecil".

4. Rasulullah bersabda: "Wahai manusia, sebagaimana kamu mempunyai hak ke atas isteri kamu, mereka juga mempunyai hak ke atas kamu. Sekiranya mereka menyempurnakan hak mereka ke atas kamu, maka mereka juga berhak untuk diberi makan dan pakaian dalam suasana kasih sayang".

5. Rasulullah bersabda: "Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik dan berlemah lembutlah terhadap mereka, kerana sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu kamu yang setia. Dan hak kamu ke atas mereka ialah mereka sama sekali tidak boleh memasukkan orang lain yang tidak kamu sukai ke dalam rumah kamu dan dilarang melakukan zina".

6. Rasulullah bersabda: "Wahai manusia, dengarlah bersungguh-sungguh kata-kata aku ini: "Sembahlah Allah swt, dirikanlah solat lima kali sehari, berpuasalah di bulan Ramadhan, dan tunaikanlah zakat dari harta kekayaan kamu, kerjakanlah ibadah haji sekiranya kamu mampu".

7. Rasulullah bersabda: "Ketahuilah setiap Muslim adalah saudara kepada Muslim yang lain. Kamu semua adalah sama, tidak seorang pun lebih mulia dari yang lainnya kecuali dalam taqwa dan beramal soleh. Ingatlah bahawa kamu akan mengadap Allah swt pada suatu hari untuk dipertanggungjawabkan di atas apa yang telah kamu kerjakan. Oleh itu, awasilah agar jangan sekali-kali kamu terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaanku".

8. Rasulullah bersabda: "Wahai manusia, tidak ada lagi Nabi atau Rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan lahir agama baru. Oleh itu, wahai manusia, nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kataku yang telah aku sampaikan kepada kamu. Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara; yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya itulah al-Quran dan sunnahku.

9. Rasulullah bersabda: "Hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku menyampaikan pula kepada orang lain dan hendaklah orang lain itu menyampaikannya pula kepada orang lain. Semoga yang terakhir lebih memahami kata-kataku dari mereka yang mendengar terus dariku. Saksikanlah ya Allah, bahawasanya telah aku sampaikan risalahMu kepada hamba-hambaMu" (HR Muslim, Abu Daud, Ibn Majah dan an-Nasa’ie)

♡Fahami dan hayati pesanan Baginda saw ini serta amalkan dalam kehidupan seharian kita agar kita sentiasa dalam petunjuk Allah swt♡

🐊Ust Naim
*Telegram Channel*
Klik link ini untuk join:
http://bit.ly/tadabburkalamullah

*Facebook Page:*
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah

Читать полностью…

Tadabbur Kalamullah

☆Tadabbur Kalamullah 16 Zulhijjah 1447H☆

وَلَقَدۡ بَعَثۡنَا فِی كُلِّ أُمَّةࣲ رَّسُولًا أَنِ ٱعۡبُدُوا۟ ٱللَّهَ وَٱجۡتَنِبُوا۟ ٱلطَّـٰغُوتَۖ فَمِنۡهُم مَّنۡ هَدَى ٱللَّهُ وَمِنۡهُم مَّنۡ حَقَّتۡ عَلَیۡهِ ٱلضَّلَـٰلَةُۚ 

"Dan sesungguhnya Kami telah mengutus dalam kalangan tiap-tiap umat seorang Rasul (dengan memerintahkannya menyeru mereka): "Hendaklah kamu menyembah Allah dan jauhilah Taghut". Maka di antara mereka (yang menerima seruan Rasul itu), ada yang diberi hidayah petunjuk oIeh Allah dan ada pula yang berhak ditimpa kesesatan" [Surah an-Naḥl 36]

#Haji Wada’ merupakan peristiwa bersejarah perjalanan dakwah Nabi Muhammad saw. Setelah 23 tahun Baginda saw bersama para sahabat mengharungi pelbagai ujian, rintangan dan tentangan kaum musyrikin, misi murni untuk mengajak umat untuk mentauhidkan Allah dan membasmi segala bentuk kesyirikan mencapai kemuncaknya.

#Di sepanjang tempoh dakwah, pengorbanan yang dicurahkan bukanlah kecil, nyawa dipertaruhkan dan harta benda dikorbankan demi meninggikan kalimah Allah yang mulia di muka bumi ini. Sesudah melalui fasa dakwah yang panjang, pada tahun ke-9H, Allah swt mensyariatkan kewajipan ibadah Haji.

#Maka, pada tahun 10 Hijrah, Rasulullah dan para sahabat memulakan perjalanan untuk melaksanakan ibadah haji. Baginda saw bertolak dari Madinah bersama para sahabat pada penghujung bulan Zulkaedah selepas menunaikan solat Zohor. Setibanya di Zulhulaifah, Baginda menunaikan solat Asar secara qasar, sebelum bermalam di sana.

#Menjelang Zohor keesokan harinya, Nabi saw mandi dan membuat persediaan berihram dengan berniat haji Qiran di Zulhulaifah, menunaikan solat Zohor dan memulakan perjalanan ke Mekah.

#Syeikh Mustafa al-Siba‘i menukilkan dianggarkan seramai 114,000 umat Islam yang datang untuk melaksanakan haji bersama Rasulullah saw. Angka yang luar biasa ini menjadi garis ukur yang jelas terhadap kejayaan dakwah Baginda saw yang berkembang pesat dalam tempoh 23 tahun, mengubah landskap kepercayaan masyarakat Arab daripada Jahiliyah kepada cahaya iman yang bersinar.

#Setibanya di kota Mekah pada 4 Zulhijjah, Baginda saw masuk ke dalam Masjidil Haram dan melaksanakan tawaf seterusnya Saie di Safa dan Marwah tanpa bertahallul. Pada hari Tarwiyah, Baginda menuju ke Mina dan bermalam di sana. Keesokan harinya, pada 9 Zulhijjah, ketika matahari tergelincir, Baginda saw menuju ke Arafah untuk berwukuf. Dalam perjalanan, Nabi saw singgah di Wadi Uranah kemudian menyampaikan khutbah yang sangat menyentuh hati, sarat dengan pesanan terakhir buat umat Islam. Setelah itu, Baginda saw melaksanakan solat Zohor dan Asar secara qasar dan jamak di wadi tersebut sebelum berwukuf.

#Setelah terbenamnya matahari, Baginda saw bergerak ke Muzdalifah untuk bermalam seterusnya melewatkan solat Maghrib ke waktu Isyak dan memendekkannya. Perjalanan ibadat diteruskan pada keesokan harinya ke Jamarat untuk melontar diikuti dengan korban dimana Baginda saw menyembelih sebanyak 63 ekor haiwan dengan tangan sendiri dan seterusnya ke Baitullah untuk melakukan Tawaf Ifadah.

#Sepanjang hari-hari Tasyriq, Baginda bermabit di Mina selama 3 hari. Setelah selesai, Baginda kembali ke Baitullah untuk melaksanakan Tawaf Wada’ sebelum pulang ke Madinah. Ini merupakan ibadat haji terakhir yang ditunaikan oleh Baginda saw bersama para sahabat. Peristiwa Haji Wada’ ini bukan sahaja menandakan kesempurnaan syariat Islam, bahkan sebagai isyarat hampirnya kewafatan baginda. Segala penat lelah dalam dakwah selama 23 tahun ternyata membuahkan hasil dengan penyatuan umat Islam ketika melakukan ibadat agung ini.

#Beberapa bulan sekembalinya dari Haji Wada’, Nabi Muhammad saw pergi meninggalkan para sahabat dan dunia yang fana ini.

♡Baginda saw telah meninggalkan legasi dakwah yang perlu diteruskan oleh kita semua umatnya♡

🐊Ust Naim
*Telegram Channel*
Klik link ini untuk join:
http://bit.ly/tadabburkalamullah

*Facebook Page:*
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah

Читать полностью…

Tadabbur Kalamullah

☆Tadabbur Kalamullah 14 Zulhijjah 1447H☆

إنَّ عِدَّةَ الشُّهُورِ عِندَ اللَّـهِ اثْنَا عَشَرَ شَهْرًا فِي كِتَابِ اللَّـهِ يَوْمَ خَلَقَ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضَ مِنْهَا أَرْبَعَةٌ حُرُمٌ ۚ ذَٰلِكَ الدِّينُ الْقَيِّمُ ۚ فَلَا تَظْلِمُوا فِيهِنَّ أَنفُسَكُمْ ۚ وَقَاتِلُوا الْمُشْرِكِينَ كَافَّةً كَمَا يُقَاتِلُونَكُمْ كَافَّةً ۚ وَاعْلَمُوا أَنَّ اللَّـهَ مَعَ الْمُتَّقِينَ

"Sesungguhnya bilangan bulan-bulan di sisi (hukum) Allah ialah dua belas bulan, (yang telah ditetapkan) dalam Kitab Allah semasa Ia menciptakan langit dan bumi, di antaranya empat bulan yang dihormati. Ketetapan yang demikian itu ialah ugama yang betul lurus, maka janganlah kamu menganiaya diri kamu dalam bulan-bulan yang dihormati itu (dengan melanggar laranganNya); dan perangilah kaum kafir musyrik seluruhnya sebagaimana mereka memerangi kamu seluruhnya; dan ketahuilah sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang bertaqwa" [Surah at-Taubah 36]

#Dalam ayat ini, Allah swt telah menyebut tentang bulan Haram iaitu Muharram, Rejab, Zulkaedah dan Zulhijjah.
 
#Al-Hafiz Ibnu Kathir di dalam tafsirnya telah menukilkan pendapat Ibn Abbas yang menyatakan bahawa setiap kezaliman yang dilakukan di dalam bulan-bulan Haram ini, dosanya adalah lebih besar berbanding bulan-bulan lain. Begitu juga, amal soleh yang dilakukan adalah lebih besar (pahala) berbanding bulan-bulan yang lain. (Lihat: Tafsir Ibn Kathir)

#Bulan Zulhijjah merupakan bulan terakhir dalam kalendar hijrah. Namun ibadah tidak berakhir dengan penghujungnya kalendar. Masuk sahaja 1 Zulhijjah hingga saat ini, semakin rancak ibadah di dalamnya. Malah terdapat tiga hari kebesaran iaitu hari Arafah, hari Nahar dan hari Tasyrik. Ibadah utama yang dilaksanakan sudah tentulah ibadah haji, hari raya Aidiladha dan ibadah korban.

#Waktu Asar petang tadi, 13 Zulhijjah maka berakhirnya takbir Hari Raya Aidiladha yang bermula sejak pada Subuh 9 Zulhijjah, hari Arafah.

#Begitu juga, dengan berakhirnya melontar 3 jamrah pada 13 Zulhijjah, maka selesai ibadah haji. Para jemaah haji mula meninggalkan bumi Mina. Moga semuanya beroleh haji yang mabrur. Aamiiin. Namun begitu, bulan Zulhijjah yang menjanjikan gandaan pahala belum berakhir. Maka terus hidupkan bulan Zulhijjah dengan pelbagai amal baik.

#Bulan Zulhijjah adalah bulan yang penuh dengan keberkatan dan peluang untuk mempertingkatkan amalan soleh. Dari pelaksanaan ibadah Haji dan Qurban, hingga peluang untuk beribadah dan berdoa, bulan ini menawarkan pelbagai kelebihan yang unik dan istimewa. Umat Islam dianjurkan untuk memanfaatkan sepenuhnya bulan Zulhijjah dengan memperbanyakkan amal ibadah dan mendekatkan diri kepada Allah swt. Antara amalan yang boleh dilakukan ialah memperbanyakkan berpuasa sunat disepanjang bulan Zulhijjjah.

#Imam an-Nawawi rahimahullah menyebutkan bahawa antara puasa sunat adalah puasa pada bulan-bulan Haram iaitu bulan Zulkaedah, Zulhijjah, Muharram dan Rejab.

#Diriwayatkan dalam Musnad Imam Ahmad, daripada Sayidina Abu Sa’id al-Khudri r.a:

أن النبي صلى علىيه و سلم قال في حجة الوداع في خطبته يوم النحر : ألا إِنَّ أحرمَ الأَيَّامِ يومُكُمْ هذا ألا وإِنَّ أحرمَ الشُّهورِ شَهْرُكُمْ هذا ألا وإِنَّ أحرمَ البَلَدِ بَلَدُكُمْ هذا

"Bahawa Nabi saw bersabda ketika haji wada’ dalam khutbahnya pada hari raya korban: "Ingatlah, sesungguhnya semulia-mulia hari ialah hari kamu ini (Arafah). Ingatlah, sesungguhnya semulia-mulia bulan ialah bulan kamu ini (Zulhijjah). Ingatlah, sesungguhnya semulia-mulia tempat ialah tempat kamu ini (Makkah)" (HR Ibnu Majah)

♡Bulan Zulhijjah adalah bulan di mana Allah swt menggandakan setiap amalan yang di lakukan. Untuk itu, marilah sama-sama kita mempertingkatkan amalan kita seperti solat sunat, bacaan al-Quran, puasa sunat, bersedekah dan lain-lain kebajikan kerana bulan Zulhijjah belum berakhir. Beramallah di sepanjang masa selagi hayat dikandung badan♡

🐊Ust Naim
*Telegram Channel*
Klik link ini untuk join:
http://bit.ly/tadabburkalamullah

*Facebook Page:*
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah

Читать полностью…

Tadabbur Kalamullah

*SUMBANGAN PEMBINAAN LALUAN OKU SURAU AL-FIRDAUS, KG KOLAM, ATAS TOL, KUALA TERENGGANU*

*Klik dan sumbang:*
https://toyyibpay.com/LaluanOKUSurauAlFirdaus

“Boleh jadi sumbangan kecil kita hari ini menjadi asbab orang lain selesa beribadah sehingga ke akhir hayat…”

Assalamualaikum wbt...

Dengan penuh rendah hati, kami membuka ruang buat para dermawan dan pencinta akhirat untuk bersama menjayakan projek laluan OKU ini.

Surau Al-Firdaus yang telah berdiri sejak tahun 1958 bukan sekadar sebuah surau, bahkan menjadi tempat masyarakat berkumpul menghidupkan agama Allah dengan solat berjemaah, kuliah ilmu, kelas fardu ain, majlis zikir dan pelbagai aktiviti kemasyarakatan berlangsung di sini saban hari.

Namun hari ini, surau ini memerlukan perhatian dan sentuhan ihsan kita semua. Pihak surau berhasrat membina:

♿ *Laluan khas OKU* bagi memudahkan warga emas dan jemaah kurang upaya hadir beribadah dengan selamat dan bermaruah.

🕌 *Ruang belakang kaki lima surau* demi keselesaan para jemaah serta kegunaan aktiviti komuniti.

*💰 KOS DIPERLUKAN: RM7,000*

Bayangkan…
Mungkin ada seorang warga emas yang selama ini sukar melangkah ke rumah Allah, akhirnya mampu hadir kerana sumbangan kita.

Mungkin ada pahala setiap langkah mereka, setiap sujud mereka, setiap bacaan al-Quran mereka… mengalir tanpa putus ke dalam timbangan amal kita.

Lebih-lebih lagi kita berada pada hari Jumaat dan hari-hari Tasyrik — hari yang penuh keberkatan, hari yang Allah gandakan ganjaran amalan. Jangan biarkan peluang ini berlalu begitu sahaja.

🤲 Ayuh, jom bersama Geng Talaqqi, mari bersama menyumbang walau sedikit, kerana di sisi Allah bukan besar kecilnya nilai yang dipandang, tetapi keikhlasan hati dan pengorbanan kita membantu agama-Nya.

Sabda Nabi saw: *"Siapa yang membina masjid (rumah ibadat) kerana Allah, maka Allah akan membinakan baginya rumah di syurga"* (HR al-Bukhari)
____
*JOM REBUT PELUANG KEEMASAN INI. SUMBANGAN BOLEH DISALURKAN KE AKAUN TOYYIP PAY:*

https://toyyibpay.com/LaluanOKUSurauAlFirdaus

*Atau terus ke akaun:*

*Pertubuhan Kebajikan Ilmu dan Amal Selangor
*Maybank_5629_9101_9074
*Cimb_8604_7707_81
*Remark: LALUAN OKU SURAU AL-FIRDAUS

*SMS/Whatsapp slip/bukti sumbangan kepada:*

📲Ust Naim: http://www.wasap.my/60196023803/LaluanOKUSurauAlFirdaus

📲Tn Abu Umar: http://www.wasap.my/60193113501/LaluanOKUSurauAlFirdaus

📲Tn Akmalizan: http://www.wasap.my/60172722696/LaluanOKUSurauAlFirdaus

📲Puan Zarina: http://www.wasap.my/60193223501/LaluanOKUSurauAlFirdaus

*ANDA HULUR, KAMI SALUR*

Читать полностью…

Tadabbur Kalamullah

☆Tadabbur Kalamullah 11 Zulhijjah 1447H☆

وَلِكُلِّ أُمَّةࣲ جَعَلۡنَا مَنسَكࣰا لِّیَذۡكُرُوا۟ ٱسۡمَ ٱللَّهِ عَلَىٰ مَا رَزَقَهُم مِّنۢ بَهِیمَةِ ٱلۡأَنۡعَـٰمِۗ فَإِلَـٰهُكُمۡ إِلَـٰهࣱ وَ ٰ⁠حِدࣱ فَلَهُۥۤ أَسۡلِمُوا۟ۗ وَبَشِّرِ ٱلۡمُخۡبِتِینَ

"Dan bagi tiap-tiap umat, Kami syariatkan ibadat menyembelih korban (atau lain-lainnya) supaya mereka menyebut nama Allah sebagai bersyukur akan pengurniaanNya kepada mereka; binatang-binatang ternak yang disembelih itu. Kerana Tuhan kamu semua ialah Tuhan Yang Maha Esa, maka hendaklah kamu tunduk taat kepadaNya; dan sampaikanlah berita gembira (wahai Muhammad) kepada orang-orang yang tunduk taat" [Surah al-Ḥajj 34]

#Pengarang al-Fiqh al-Manhaji berkata: "(Sembelihan korban) Waktunya bermula selepas terbit matahari pada Hari Raya Haji (Hari Raya Korban) iaitu sekadar sempat ditunaikan dua rakaat sembahyang dan dua khutbah. Kemudian berterusan waktunya hingga terbenam matahari pada akhir hari-hari Tasyrik iaitu 11,12, dan 13 Zulhijjah. Waktu afdhal untuk menyembelih ialah selepas selesai solat sunat hari raya".

#Apakah itu Hari Tasyrik?

Sebuah hadis daripada baginda Rasulullah saw bersabda:

أيام التشريق أيام أكل وشرب وذكر لله

"Hari-hari tasyriq ialah hari makan dan juga minum serta berzikir kepada Allah swt" (HR Muslim)

#Umumnya, Hari Tasyrik adalah tiga hari berturut-turut setelah Aidiladha.

#Imam an-Nawawi rahimahullah berkata: "Hari Tasyrik adalah tiga hari setelah Aidiladha (11, 12, 13 Zulhijjah). Disebut Tasyrik kerana Tasyrik itu bererti menjemur daging korban pada terik matahari. Dalam hadis disebutkan, Hari Tasyrik adalah hari untuk memperbanyak zikir iaitu takbir dan lain-lain" (Lihat: Syarh Sahih Muslim)

#Antara makna lainnya, kerana Hari Tasyrik disebut hari makan dan minum bererti ketika itu tidak dibolehkan untuk berpuasa (11, 12, 13 Zulhijjah) menurut pendapat yang lebih dikuatkan dalam mazhab Syafi'e.

#Sabda Baginda saw:

لا تَصُومُوا هَذِهِ الأَيَّامَ فَإِنَّهَا أَيَّامُ أَكْلٍ وَشُرْبٍ

"Jangan kalian melaksanakan ibadah puasa pada hari-hari ini (iaitu hari-hari Tasyriq) kerana ia hari makan dan minum" (HR Ahmad)

#Para ulamak daripada semua mazhab termasuklah mazhab as-Syafie menerangkan bahawa hukum berpuasa pada hari-hari Tasyriq adalah haram.

#Dr. Wahbah az-Zuhaili menyatakan bahawa:

صوم عيد الفطر والأضحى وأيام التشريق بعده: مكروه تحريماً عن الحنفية، حرام لا يصح عند باقي الأئمة، سواء أكان الصوم فرضاً أم نفلاً، ويكون عاصياً إن قصد صيامها، ولا يجزئه عن الفرض.

"Hukum berpuasa pada hari raya Aidilfitri dan Aidiladha serta hari-hari Tasyriq selepasnya: Makruh tahrim di sisi ulamak Hanafi. Manakala baki imam-imam mazhab yang lain menyatakan hukumnya adalah haram dan tidak sah, sama ada puasa itu puasa fardu ataupun sunat. Sekiranya dia berpuasa, maka dia berdosa jika sengaja melakukannya. Jika seseorang melaksanakan puasa yang fardu, maka tidak dikira puasanya tersebut" (Lihat: al-Fiqh al-Islami wa Adillatuh)

♡Selamat melaksanakan ibadah korban dan semoga Hari Tasyrik menjadi hari penuh keberkatan♡

🐊Ust Naim
*Telegram Channel*
Klik link ini untuk join:
http://bit.ly/tadabburkalamullah

*Facebook Page:*
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah

Читать полностью…

Tadabbur Kalamullah

*SEDEKAH SEMPENA HARI ARAFAH*

Klik dan sumbang:
https://toyyibpay.com/Sedekah-Hari-Arafah-GT

Hari Arafah merupakan antara hari yang penuh dengan keampunan, rahmat dan keberkatan daripada Allah SWT.

Marilah kita bersama-sama mengambil peluang pada hari yang istimewa ini untuk memperbanyakkan doa, istighfar, zikir serta amal ibadah. Di samping itu, jangan lepaskan peluang untuk memperbanyakkan sedekah sebagai tanda syukur atas segala nikmat dan rezeki yang telah dikurniakan-Nya.

Semoga setiap amalan yang dilakukan menjadi asbab keampunan, ketenangan dan keberkatan dalam kehidupan kita di dunia dan akhirat.

Klik dan sumbang:
https://toyyibpay.com/Sedekah-Hari-Arafah-GT

Jom berinfaq di hari yang mulia ini!!

*ANDA HULUR, KAMI SALUR*

Читать полностью…

Tadabbur Kalamullah

Dan setiap apa yang Engkau benci, maka jadikanlah kami turut membencinya juga, dan hindarkan kami daripadanya. Janganlah Engkau mencabut nikmat Islam daripada kami setelah Engkau memberikannya kepada kami. Wahai yang Maha Pengasih antara sekalian yang mengasihi".

Wallahua'lam...

Rujukan: Jabatan Mufti Pahang

Muhamad Naim Hj Hashim
9 Zulhijjah 1447H
Salam Hari Arafah

Читать полностью…

Tadabbur Kalamullah

6. Disunatkan untuk membaca Surah al-Ikhlas sebanyak 100 kali kemudian berselawat ke atas Rasulullah saw. Imam al-Syirwani menukilkan di dalam al-Hasyiah daripada nas Imam ‘Abd al-Wahhab al-Sya’rani di dalam kitab al-‘Uhud al-Muhammadiyah, beliau berkata:

رَوَى الْبَيْهَقِيُّ أَنَّ النَّبِيَّ - صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ - قَالَ «مَا مِنْ مُسْلِمٍ وَقَفَ عَشِيَّةَ عَرَفَةَ بِالْمَوْقِفِ فَيَسْتَقْبِلُ الْقِبْلَةَ بِوَجْهِهِ ثُمَّ يَقُولُ: لَا إلَهَ إلَّا اللَّهُ وَحْدَهُ إلَى قَدِيرٍ مِائَةَ مَرَّةٍ ثُمَّ يَقْرَأُ قُلْ هُوَ اللَّهُ أَحَدٌ مِائَةَ مَرَّةٍ ثُمَّ يَقُولُ: اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَآلِ مُحَمَّدٍ كَمَا صَلَّيْت عَلَى إبْرَاهِيمَ وَآلِ إبْرَاهِيمَ إنَّكَ حَمِيدٌ مَجِيدٌ وَعَلَيْنَا مَعَهُمْ مِائَةَ مَرَّةٍ إلَّا قَالَ اللَّهُ تَعَالَى يَا مَلَائِكَتِي مَا جَزَاءُ عَبْدِي هَذَا سَبَّحَنِي وَهَلَّلَنِي وَكَرَّمَنِي وَعَظَّمَنِي وَعَرَّفَنِي وَأَثْنَى عَلَيَّ وَصَلَّى عَلَى نَبِيِّي اشْهَدُوا يَا مَلَائِكَتِي أَنِّي قَدْ غَفَرْت لَهُ وَشَفَّعْته فِي نَفْسِهِ وَلَوْ سَأَلَنِي عَبْدِي هَذَا شَفَّعْته فِي أَهْلِ الْمَوْقِفِ» انْتَهَى

"Imam al-Bayhaqi meriwayatkan, bahawa Nabi SAW bersabda: “Sesiapa dalam kalangan Muslim yang berdiri pada hari Arafah di tempat berwukuf dalam keadaan menghadapkan wajahnya ke arah kiblat kemudian membaca:

لا إِلهَ إِلاَّ اللَّهُ وحده لا شَريكَ لَهُ، لَهُ المُلْكُ، وَلَهُ الحَمْدُ، وَهُوَ على كُلّ شئ قَدِيرٌ

sebanyak 100 kali, kemudian membaca Surah al-Ikhlas sebanyak 100 kali. Kemudian membaca:

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَآلِ مُحَمَّدٍ كَمَا صَلَّيْت عَلَى إبْرَاهِيمَ وَآلِ إبْرَاهِيمَ إنَّكَ حَمِيدٌ مَجِيدٌ وَعَلَيْنَا مَعَهُمْ

“Ya Allah, sampaikan selawat dan salam ke atas Nabi Muhammad dan kepada keluarga Nabi Muhammad, sepertimana Engkau berselawat ke atas Nabi Ibrahim dan keluarga Nabi Ibrahim, sesungguhnya Engkau Maha Terpuji dan Maha Mulia; dan masukkan kami bersama mereka"
مِائَةَ مَرَّةٍ

Sebanyak 100 kali, melainkan, Allah SWT pasti akan berkata:

"Wahai malaikat-Ku, apakah ganjaran buat hamba-Ku ini? Dia menyucikan-Ku, mentauhidkan-Ku, memuliakan-Ku, mengagungkan-Ku, mengiktiraf-Ku, memuji-Ku dan berselawat ke atas Nabi-Ku. Bersaksilah wahai sekalian malaikat-Ku, Aku telah mengampunkan mereka dan menjadikan dirinya boleh memberi syafaat. Jika dia meminta kepada-Ku, aku akan jadikan dia boleh memberi syafaat kepada seluruh orang yang berwukuf ini.

7. Disunatkan juga untuk membaca Surah al-Hasyr. Imam al-Ramli berkata:

وَيُسْتَحَبُّ أَنْ يُكْثِرَ مِنْ قِرَاءَةِ سُورَةِ الْحَشْرِ

"Dianjurkan (pada hari Arafah) memperbanyakkan membaca Surah al-Hasyr"

8. Hal ini kerana, Surah al-Hasyr sarat dengan unsur simbolik perhimpunan dan perkumpulan sekalian manusia kelak pada hari kiamat, dan ia bersamaan serta bersesuaian dengan tujuan perkumpulan jemaah Haji di padang Arafah.

9. Kemudian, disunatkan memohon keampunan diri, dan juga buat kaum Muslimin dan Muslimat keseluruhannya. Imam Ibn Hajar al-Haytami berkata:

وَيَسْتَغْفِرُ لِلْمُؤْمِنِينَ وَالْمُؤْمِنَاتِ لِمَا صَحَّ: اللَّهُمَّ اغْفِرْ لِلْحَاجِّ وَلِمَنْ اسْتَغْفَرَ لَهُ الْحَاجُّ

“Dan seterusnya memohon keampunan untuk mukminin dan mukminat berdasarkan hadis sahih bahawa Rasulullah SAW berdoa: “Ya Allah ampunkanlah sekalian jemaah Haji, dan sesiapa yang jemaah Haji mohon ampun bagi pihak mereka.”

10. Disunatkan membaca doa-doa ma’thur tambahan daripada Rasulullah, para Sahabat dan para Salafussoleh yang diriwayatkan di dalam kitab-kitab musnadah seperti berikut.

11. Imam Ibn Abi al-Dunya meriwayatkan dengan sanadnya; bahawa Amir al-Mu’minin ‘Ali b. Abi Talib RA turut pernah mengajarkan doa:

رَبِّ اللَّهُمَّ أَعْتِقْ رَقَبَتِي مِنَ النَّارِ, وَأَوْسِعْ لِي مِنَ الرِّزْقِ الْحَلَالِ, وَاصْرِفْ عَنِّي فَسَقَةَ الْجِنِّ, وَالْإِنْسِ

"Tuhanku, ya Allah, bebaskanlah daku daripada neraka. Luaskan rezeki yang halal bagiku, dan hindarkan daku daripada jin dan manusia yang jahat lagi fasik"

12. Imam al-Tabarani meriwayatkan menerusi sanadnya bahawa: ‘Abdullah b. Mas’ud RA meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW mengajarkan zikir yang memustajabkan doa pada Hari Arafah:

Читать полностью…

Tadabbur Kalamullah

☆Tadabbur Kalamullah 8 Zulhijjah 1447H☆

ثُمَّ أَفِیضُوا۟ مِنۡ حَیۡثُ أَفَاضَ ٱلنَّاسُ وَٱسۡتَغۡفِرُوا۟ ٱللَّهَۚ إِنَّ ٱللَّهَ غَفُورࣱ رَّحِیمࣱ

"Selain dari itu hendaklah kamu bertolak turun dari (Arafah) tempat bertolaknya orang ramai, dan beristighfarlah kamu kepada Allah (dengan memohon ampun), sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani" [Surah al-Baqarah 199]

#Hari Tarwiyah ialah 8 Zulhijjah, iaitu hari pertama jemaah haji memulakan ibadah haji secara rasmi. Ia merupakan salah satu daripada hari-hari penting dalam bulan Zulhijjah, terutama bagi mereka yang menunaikan ibadah haji.

#Asal Usul Nama Tarwiyah:

Perkataan Tarwiyah (التروية) berasal daripada kata akar “rawā” yang bermaksud mengisi air atau membawa bekalan air. Pada zaman dahulu, para jemaah haji akan:

1. Mengisi air di Mekah kerana di Mina dan Arafah tiada sumber air.
2. Berfikir dan membuat persiapan (termasuk rohani) sebelum menuju ke Arafah.

#Oleh itu, hari ini dinamakan Tarwiyah kerana mereka berbekal dan mempersiapkan diri untuk puncak haji yang berlaku keesokan harinya, iaitu Hari Arafah (9 Zulhijjah).

#Apa yang dilakukan pada Hari Tarwiyah (8 Zulhijjah)?

Bagi jemaah haji:
1. Berniat ihram haji (bagi yang mengerjakan haji tamattu‘).
2. Menuju ke Mina, kawasan yang terletak lebih kurang 8 km dari Makkah.
3. Berwukuf (berhenti sementara) dan bermalam di Mina.
4. Mengerjakan solat lima waktu di Mina secara qasar (jika musafir), tetapi tidak jamak.

#Mengikut Sunnah, Nabi saw Mabit (bermalam) di Mina pada 8 Zulhijjah sebelum berangkat ke Arafah pada 9 Zulhijjah. Pun begitu, Mabit di Mina pada hari Tarwiyah (8 Zulhijjah) adalah sunat, tidak wajib. Malahan, dinukilkan ijmak bahawa sesiapa meninggalkan mabit pada malam tersebut tidak dikenakan apa-apa dam. (Lihat: Majmuk)

#Amalan bagi yang tidak menunaikan Haji:

Walaupun tidak berada di Tanah Suci, umat Islam juga digalakkan untuk beramal:

1. Berpuasa sunat pada hari-hari awal Zulhijjah (termasuk hari Tarwiyah).
2. Zikir, membaca al-Quran, berdoa dan memperbanyakkan amal soleh.
3. Puasa pada 8 dan 9 Zulhijjah (Tarwiyah dan Arafah) sangat digalakkan, terutama 9 Zulhijjah (hari Arafah) yang menghapuskan dosa dua tahun (HR Muslim).

#Berkaitan isu disunatkan berpuasa pada hari Tarwiyah iaitu pada 8 Zulhijjah, perkara ini disebutkan oleh Imam al-Khatib:
 
وَيُسَنُّ أَيْضًا صَوْمُ الثَّمَانِيَةِ أَيَّامٍ قَبْلَ يَوْمِ عَرَفَةَ كَمَا صَرَّحَ بِهِ فِي الرَّوْضَةِ وَلَمْ يَخُصَّهُ بِغَيْرِ الْحَاجِّ، فَيُسَنُّ صَوْمُهَا لِلْحَاجِّ وَغَيْرِهِ
 
"Disunatkan juga berpuasa pada hari kelapan (8 Zulhijjah) sebelum hari Arafah sebagaimana yang disebutkan dalam al-Raudah, dan puasa ini tidak dikhususkan kepada orang selain haji. Maka disunatkan untuk berpuasa (8 Zulhijjah) ini bagi jemaah haji dan juga yang tidak mengerjakan haji".

#Hari Tarwiyah adalah permulaan ibadah haji yang sangat besar nilainya. Ia mengingatkan kita tentang:

1. Persiapan rohani menuju puncak ibadah.
2. Kesungguhan para sahabat dan umat terdahulu dalam menghadapi cabaran untuk mendekatkan diri kepada Allah swt.

اللّٰهُمَّ اجْعَلْ حَجَّنَا حَجًّا مَبْرُوْرًا، وَعُمْرَتَنَا عُمْرَةً مَبْرُوْرًةً، وَسَعْيَنَا سَعْيًا مَشْكُوْرًا، وَذَنْبَنَا ذَنْبًا مَغْفُوْرًا، وَعَمَلَنَا عَمَلًا صَالِحًا مَقْبُوْلًا، وَتِجَارَتَنَا تِجَارَةً لَنْ تَبُوْرَ

"Ya Allah! Jadikanlah haji kami, haji yang mabrur, umrah kami, umrah yang mabrurah, sa’ie kami sa’ie yang diterima, dosa kami dosa yang diampuni dan amalan kami amalan soleh yang dikabulkan dan perniagaan kami perniagaan yang tidak akan mengalami rugi selamanya"

♡Jom hidupkan hari Tarwiyah dengan amal soleh serta melazimi taubat kepadaNya. Moga kita semua sentiasa dalam rahmat Allah swt. Aamiiin♡

🐊Ust Naim
*Telegram Channel*
Klik link ini untuk join:
http://bit.ly/tadabburkalamullah

*Facebook Page:*
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah

Читать полностью…

Tadabbur Kalamullah

☆Tadabbur Kalamullah 6 Zulhijjah 1447H☆

وَأَتِمُّوا الْحَجَّ وَالْعُمْرَةَ لِلَّهِ

"Dan sempurnakanlah ibadat haji dan umrah kerana Allah" [Surah al-Baqarah 196]

#Di sebalik tuntutan mengerjakan ibadah Haji, terdapat beberapa falsafah di sebalik ibadah haji. Jom kita cuba memahami falsafah berkaitan Haji agar ia lebih berkesan pada jiwa dan hati kita.

1. Ihram

Satu gambaran kehambaan kita yang menuju kepadaNya. Itulah pakaian kematian dengan warna putih melambangkan kesucian.
 
2. Tawaf

Dengan mengelilingi Kaabah, doa munajat dipanjatkan kepadaNya di samping zikrullah dengan sebanyak-banyaknya. Hal ini menunjukkan kekerdilan hamba kepada Tuhan.
 
3. Saie

Ia merupakan satu tafsiran untuk berusaha tanpa putus asa dalam melayari bahtera kehidupan. Cerakah dua bukit Safa dan Marwah didaki dengan bersungguh untuk melaksanakan sebuah misi arahanNya. Begitu juga nostalgia Sayidatina Hajar dengan anaknya Nabi Ismail begitu kuat memaknakan kehidupan seseorang mukmin yang bertawakkal kepadaNya.
 
4. Wuquf di Arafah

Mejadikan seseorang benar-benar tunduk kepadaNya. Tangan yang kosong dengan suasana yang hening, itulah waktu munajat jamaie terbesar di dunia. Sejuta hamparan doa dan permohonan ditujukan kepadaNya. Gambaran hamba nun jauh merantau tawaqquf dan wuquf di Arafah sangat indah dan menginsafkan. Linangan air mata mencurah-curah dan meleleh ke pipi-pipi hamba-hambaNya. Juga gambaran suatu hari nanti manusia akan dihimpunkan di mahsyar, satu himpunan raksasa untuk dihisab dihadapan Allah swt. Maka Insafilah sebelum dipanggil pulang berhimpun di mahsyar sana.
 
5. Bercukur atau bergunting

Seperti yang diketahui rambut merupakan mahkota seseorang tetapi dek kepatuhan kepadaNya, ia dipotong atau dicukur. Begitu juga mengingatkan kita asal usul yang tiada rambut atau dicukur, maka satu semangat kelahiran baru selepas haji dijelmakan dalam diri ini. Benarlah sabda Rasulullah saw, daripada Sayidina Abu Hurairah r.a:

مَنْ حَجَّ هَذَا الْبَيْتَ فَلَمْ يَرْفُثْ وَلَمْ يَفْسُقْ خَرَجَ مِنْ ذُنُوبِهِ كَيَوْمَ وَلَدَتْهُ أُمُّه

"Sesiapa yang menunaikan haji,kemudian tidak melakukan rafath (perkara lagha, maksiat) dan fasiq, nescaya diampunkan dosanya seperti bayi baru dilahirkan oleh ibunya" (HR al-Bukhari)

♡Semoga Allah kurniakan kepada Dhuyufur Rahman dengan haji yang mabrur. Aamiiin♡

🐊Ust Naim
*Telegram Channel*
Klik link ini untuk join:
http://bit.ly/tadabburkalamullah

*Facebook Page:*
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah

Читать полностью…

Tadabbur Kalamullah

*RAYUAN INFAQ PEMBANGUNAN & PENGURUSAN MAAHAD AN-NUR AD-DINIY, PITUMUDI, YARANG, PATTANI*

Klik dan sumbang:
https://toyyibpay.com/InfaqMaahadAnNurAdDiniy

Assalamualaikum wbt..

Dengan penuh rasa rendah hati, kami memohon sumbangan ikhlas daripada para dermawan budiman bagi membantu Projek Pembangunan Maahad An-Nur ad-Diniy, Yarang, Patani.

Maahad ini merupakan sebuah institusi pendidikan Islam yang mendidik para pelajar dengan pengajian kitab Turath, Al-Quran, Hadis, akhlak Islamiah serta akademik demi melahirkan generasi Islam yang berilmu, beriman dan berakhlak mulia.

📍 Alamat:
12/3 Pitumudi, Kg Bangsal Wa'sing, Yarang, Pattani

👳‍♂️ 120 orang pelajar
👨‍🏫 17 orang tenaga pengajar

Sebahagian besar pelajar di sini terdiri daripada golongan fakir miskin dan anak-anak yatim yang datang membawa harapan besar untuk mengubah kehidupan melalui ilmu agama.

Namun…
Di sebalik semangat mereka menuntut ilmu, maahad ini sedang berdepan kekurangan dana bagi menyiapkan prasarana pembelajaran dan kos pengurusan.

*💰 DANA DIPERLUKAN: RM20,000*

Fokus pembangunan ketika ini ialah untuk menyiapkan kelas pengajian agar para pelajar dapat belajar dalam keadaan lebih selesa dan sempurna.

Bayangkan…
Setiap huruf Al-Quran yang dibaca, setiap hadis yang di hafal, setiap ilmu yang diajar di dalam kelas itu… akan mengalir pahala berterusan kepada insan yang membantu pembinaannya.

Mungkin bagi kita nilainya kecil, tetapi bagi mereka… itulah harapan untuk terus belajar agama Allah.

🤲 *Jangan biarkan mereka belajar dalam serba kekurangan sedangkan kita mampu membantu.*

Semoga setiap ringgit yang disumbangkan menjadi:
✨ Asbab dipermudahkan urusan hidup
✨ Penawar kesedihan dan kesempitan
✨ Cahaya di alam kubur
✨ Saham akhirat yang berkekalan hingga hari kiamat.

🤲 Setiap sumbangan anda bukan sekadar membantu membina bangunan, tetapi turut membina generasi pewaris agama.

*🌙 AYUH REBUT PAHALA JARIAH YANG TIDAK TERPUTUS 🌙*

"Apabila matinya seorang anak Adam, maka terputuslah segala amalannya melainkan tiga perkara: Sedekah jariah, ilmu yang bermanfaat dan anak soleh yang mendoakannya" (HR Muslim)

Semoga Allah membalas segala kebaikan para penyumbang dengan ganjaran yang berlipat kali ganda. Aamiin.
...........................
*SUMBANGAN BOLEH DISALURKAN KE AKAUN TOYYIB PAY:*

https://toyyibpay.com/InfaqMaahadAnNurAdDiniy

*Atau terus ke akaun:*

*Pertubuhan Kebajikan Ilmu dan Amal Selangor
*Maybank_5629_9101_9074
*Cimb_8604_7707_81
*Remark: Infaq Maahad An-Nur ad-Diniy
.....................
*SMS/Whatsapp slip/bukti sumbangan kepada:*

📲Ust Naim: http://www.wasap.my/60196023803/InfaqMaahadAnNurAdDiniy

📲Tn Abu Umar: http://www.wasap.my/60193113501/InfaqMaahadAnNurAdDiniy

📲Tn Akmalizan: http://www.wasap.my/60172722696/InfaqMaahadAnNurAdDiniy

📲Puan Zarina: http://www.wasap.my/60193223501/InfaqMaahadAnNurAdDiniy

*ANDA HULUR, KAMI SALUR*

Читать полностью…

Tadabbur Kalamullah

☆Tadabbur Kalamullah 3 Zulhijjah 1447H☆

فَصَلِّ لِرَبِّكَ وَٱنۡحَرۡ

"Oleh itu, kerjakanlah sembahyang kerana Tuhanmu semata-mata, dan sembelihlah Qurban (sebagai bersyukur)" [Surah al-Kawthar 2]

#Allah swt memerintahkan orang yang berkemampuan untuk melaksanakan ibadah korban. Namun terdapat beberapa kesilapan yang sering berlaku dalam pelaksanaan ibadah korban. Antaranya:

1. Tidak ikhlas kerana Allah swt. Berqurban untuk menunjuk-nunjuk, mahu dipuji atau sekadar ikut trend keluarga dan masyarakat. Sedangkan korban ialah ibadah untuk mendekatkan diri kepada Allah swt.

2. Mengabaikan solat dan kewajipan agama. Ada yang sanggup berbelanja untuk korban tetapi masih culas menjaga solat lima waktu. Sedangkan taqwa lebih utama daripada darah dan daging korban.

3. Memilih haiwan yang cacat atau terlalu kurus. Contohnya haiwan yang sakit, buta, tempang, terlalu kurus atau ada kecacatan yang nyata. Islam menuntut korban daripada haiwan yang terbaik.

4. Berkira dan memilih haiwan paling murah semata-mata. Sedangkan ibadah korban ialah simbol pengorbanan dan syukur kepada Allah swt.

5. Tidak memeriksa syarat sah haiwan korban. Contohnya umur haiwan tidak cukup, haiwan tidak sihat atau tidak memenuhi syarat syarak.

6. Melewat-lewatkan penyembelihan sehingga keluar waktu korban. Waktu korban bermula selepas solat Aidiladha hingga terbenam matahari 13 Zulhijjah.

7. Tidak menjaga adab ketika penyembelihan. Bergurau, ketawa melampau, merokok, bercakap kasar, lucah atau menyembelih secara kasar tanpa ihsan kepada haiwan.

8. Menajamkan pisau di hadapan haiwan. Perbuatan ini menyeksa emosi haiwan dan bertentangan dengan sifat ihsan yang diajar Islam.

9. Menggunakan khidmat penyembelih yang tidak mahir. Akibatnya haiwan terseksa atau sembelihan menjadi tidak sempurna.

10. Mengambil upah penyembelihan daripada daging korban. Daging korban tidak boleh dijadikan bayaran upah kepada tukang sembelih.

11. Tidak membahagikan daging dengan betul. Ada yang menyimpan semuanya untuk keluarga sendiri dan melupakan fakir miskin serta jiran tetangga.

12. Memandang rendah orang yang tidak mampu berkorban. Ibadah korban bukan medan menunjuk kaya, tetapi latihan sifat tawaduk dan kasih sayang.

13. Bergaduh dan bermasam muka kerana urusan korban. Contohnya berebut bahagian korban, tidak puas hati pembahagian atau menyalahkan urusetia korban. Ibadah korban sepatutnya mengeratkan ukhuwah bukannya merenggangkan hubungan silaturrahim.

14. Tidak memahami hukum korban. Ramai melaksanakan korban hanya ikut kebiasaan tanpa belajar syarat, rukun dan adab ibadah tersebut.

15. Menggunakan harta yang haram. Haiwan qurban sepatutnya dibeli dengan rezeki yang bersih dan halal, bukan hasil penipuan, rasuah atau mengambil hak orang lain.

16. Lupa bahawa korban ialah simbol pengorbanan diri. Hakikat sebenar korban bukan sekadar menyembelih haiwan, tetapi menyembelih sifat bakhil, ego, riya’ dan cinta dunia.

♡Hari ini kita rasa sayang untuk berqurban sedikit harta, esok belum tentu harta itu mampu menyelamatkan kita di hadapan Allah swt. Jom korban!!♡

🐊Ust Naim
*Telegram Channel*
Klik link ini untuk join:
http://bit.ly/tadabburkalamullah

*Facebook Page:*
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah

Читать полностью…

Tadabbur Kalamullah

☆Tadabbur Kalamullah 1 Zulhijjah 1447H☆

وَالْفَجْرِ * وَلَيَالٍ عَشْرٍ * وَالشَّفْعِ وَالْوَتْرِ

"Demi waktu fajar. Dan demi malam yang sepuluh (yang mempunyai kelebihan di sisi Allah). Dan bilangan yang genap serta yang ganjil" [Surah al-Fajr 1-3]

لِيَشْهَدُوا مَنَافِعَ لَهُمْ وَيَذْكُرُوا اسْمَ اللَّهِ فِي أَيَّامٍ مَعْلُومَاتٍ عَلَى مَا رَزَقَهُمْ مِنْ بَهِيمَةِ الأَنْعَامِ

"Supaya mereka menyaksikan berbagai perkara yang mendatangkan faedah kepada mereka serta memperingati dan menyebut nama Allah, pada hari-hari yang tertentu (10 hari awal Zulhijjah), kerana pengurniaanNya kepada mereka dengan binatang-binatang ternak (untuk dijadikan korban)" [Surah al-Hajj 28]

#Majoriti ulamak tafsir berpendapat maksud ‘hari’ yang difirmankan Allah, bahawa Allah bersumpah pada awal surah Al-Fajr, dan ayat 28 Surah Al-Hajj adalah merujuk kepada 10 hari pertama Zulhijjah.

#Alhamdulillah kita direzekikan menjadi umat Nabi Muhammad saw. Sebagai umat Baginda saw, kita dikurniakan dengan beberapa kelebihan dan keutamaan pada waktu-waktu tertentu. Hari Jumaat, hari raya Aidiladha, hari Arafah, malam al-Qadar, dan 10 hari Zulhijah adalah antara contoh beberapa hari istimewa sepanjang tahun yang akan digandakan pahala ibadat kita dengan gandaan yang lebih daripada hari-hari biasa.

#Sebahagian ulamak menyatakan bahawa 10 hari pertama Zulhijjah ini adalah hari terbaik sepanjang tahun. Ia disebabkan terkumpul padanya serentak beberapa ibadat utama iaitu Solat, Puasa, Haji, Korban dan lain-lain. Sebahagian mereka memperincikan bahawa 10 hari terbaik adalah 10 hari pertama Zulhijjah manakala 10 malam terbaik adalah 10 malam akhir Ramadhan.

#Hal ini juga berdasarkan hadis Nabi saw: "Tidak ada hari yang amal soleh lebih dicintai oleh Allah daripada hari-hari yang sepuluh ini (10 awal Zulhijjah)". Para sahabat bertanya: "Apakah lebih baik daripada jihad fi sabilillah?" Baginda saw bersabda: "Ya. Lebih baik daripada jihad fi sabilillah, kecuali bagi seseorang yang keluar berjihad dengan harta dan jiwa raganya kemudian dia tidak pernah kembali lagi (mati syahid)" (HR al-Bukhari dan Ibnu Majah)

#Maka kita sangat-sangat digalakkan untuk menggandakan amal ibadah kita pada 10 hari tersebut. Fokus pertama adalah kepada kesempurnaan amal ibadat yang wajib kemudian tambahkan dengan amalan-amalan yang sunat. Begitu juga jika mampu, berpuasalah sunat sepanjang 1 hingga 9 Zulhijjah, disamping gandakan ibadah-ibadah yang lain seperti sedekah, doa dan zikrullah.

#Kemuncak kepada hari-hari pesta ibadah ini ialah pada 9 dan 10 Zulhijjah serta hari Qar. Hari 9 Zulhijjah adalah Hari Arafah manakala 10 Zulhijjah pula adalah Hari Nahr. 11, 12,13 Zulhijjah ialah hari Qar. Puasa Hari Arafah adalah kemuncak puasa sunat dengan kelebihan diampunkan dosa setahun yang lalu dan setahun yang akan datang.
 
#Daripada Abdullah bin Qurth r.a, bahawa Nabi saw bersabda:

إِنَّ أَعْظَمَ الْأَيَّامِ عِنْدَ اللَّهِ تَبَارَكَ وَتَعَالَى يَوْمُ النَّحْرِ، ثُمَّ يَوْمُ الْقَرِّ

"Sesungguhnya hari yang paling besar di sisi Allah adalah hari raya korban, kemudian hari selepasnya" (HR Abu Daud dan Ahmad)
 
#Hadis ini menunjukkan bahawa antara hari yang paling afdhal di sisi Allah dalam setahun selepas daripada hari Arafah ialah hari raya Aidladha. Ini kerana, banyak perbuatan haji dilakukan pada hari tersebut seperti melontar jamrah al-Aqabah, melakukan korban, bertahallul, melakuan tawaf ifadhah dan sebagainya. Disebabkan itu, ia dinamakan sebagai hari haji al-Akbar sepertimana disebutkan di dalam al-Quran (Lihat: Jawahir al-Bihar)

#Selain itu, dinamakan hari al-Qar adalah disebabkan hari tersebut para jemaah haji menetap di Mina selepas selesai menunaikan tawaf al-Ifadhah, korban dan waktu mereka berehat. (Lihat: ‘Aun al-Ma’bud)

♡Jom gandakan amal ibadah kita disepanjang bulan Zulhijjjah ini♡

🐊Ust Naim
*Telegram Channel*
Klik link ini untuk join:
http://bit.ly/tadabburkalamullah

*Facebook Page:*
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah

Читать полностью…

Tadabbur Kalamullah

☆Tadabbur Kalamullah 28 Zulkaedah 1447H☆

وَلِلَّهِ عَلَى النَّاسِ حِجُّ الْبَيْتِ مَنِ اسْتَطَاعَ إِلَيْهِ سَبِيلا

"Dan (di antara) kewajiban manusia terhadap Allah adalah melaksanakan ibadah haji ke Baitullah, iaitu bagi orang-orang yang mampu mengadakan perjalanan ke sana" [Surah Aali Imran 97]

#Mampu yang dimaksudkan di sini adalah mampu untuk mengerjakan haji dengan diri sendiri atau mampu mengerjakan  dengan perantaraan orang lain. Manakala yang dikatakan tidak mampu itu dilihat dari sudut sakit, tua, kematian dan sebagainya .

#Dari sudut kemampuan iaitu “mampu untuk mengerjakan haji dengan diri sendiri”, punyai syaratnya yang tersendiri iaitu:

1. Mempunyai bekalan yang mencukupi semasa pergi dan balik haji
2. Mempunyai kenderaan yang melayakannya sampai ke Tanah Suci
3. Aman dan selamat sepanjang perjalanannya ke Tanah Suci
4.  Ditemani mahram (khusus bagi wanita)

#Ibadat haji boleh dikerjakan berulang kali bagi mereka yang mempunyai kemampuan dan cukup syarat-syaratnya. Walau bagaimanapun menurut ulamak, ibadat haji itu wajib dikerjakan hanya sekali seumur hidup berdasarkan hadis Nabi saw daripada Sayidina Abu Hurairah r.a:

"Telah berkata Rasulullah saw dalam khutbah Baginda: "Wahai sekalian manusia, Allah swt telah mewajibkan kepada kamu ibadat haji, oleh kerana itu kamu kerjakanlah haji". Seorang lelaki bertanya: "Adakah (dikerjakan haji) pada setiap tahun?". Baginda diam tidak menjawab sehingga lelaki itu mengulang-ulang pertanyaannya sebanyak tiga kali, selepas itu baru Baginda menjawab dan bersabda: "Jika aku katakan "Ya", nescaya wajiblah ia (setiap tahun) dan kamu tidak akan berdaya melakukannya" (HR Muslim)

#Sebagaimana maklum, Rasulullah saw pernah mengerjakan ibadah haji sebanyak sekali dan umrah sebanyak empat kali. Hal ini berdasarkan kepada hadis yang diriwayatkan oleh Qatadah bahawasanya Sayidina Anas bin Malik r.a mengkhabarkan kepadanya:

“Bahawasanya Rasulullah saw pernah mengerjakan ibadah umrah sebanyak empat kali yang kesemuanya dilaksanakan pada bulan Zulkaedah melainkan umrah yang dikerjakan bersama dengan ibadah hajinya. (Empat umrah tersebut ialah) umrah yang dikerjakan dari Hudaibiyah atau ketika peristiwa Hudaibiyah pada bulan Zulkaedah, (kedua) umrah yang dikerjakan pada tahun berikutnya juga pada bulan Zulkaedah, (ketiga) umrah yang dikerjakan dari Jiʻranah di mana Baginda membahagikan harta rampasan hasil peperangan Hunain juga pada bulan Zulkaedah dan (keempat) umrah semasa Baginda mengerjakan ibadah haji" (HR Muslim)

#Menurut Imam an-Nawawi ketika menghuraikan riwayat hadis ini bahawa satu daripada umrah tersebut adalah pada:

1. Bulan Zulkaedah semasa perjanjian Hudaibiyah pada tahun keenam hijrah, ketika Baginda dan para sahabat disekat untuk mengerjakan umrah, lalu mereka bertahallul di situ dan dikira sebagai satu umrah.
2. Umrah yang kedua pula dilakukan pada bulan Zulkaedah, iaitu tahun ketujuh hijrah. Umrah ini dikenali dengan nama umrah qadha’.
3. Umrah yang ketiga pula dikerjakan pada bulan yang sama iaitu Zulkaedah, pada tahun kelapan hijrah iaitu pada tahun pembukaan kota Makkah.
4. Dan umrah yang terakhir yakni keempat pula berlaku semasa Baginda mengerjakan haji iaitu pada tahun ke-10 hijrah.

#Imam an-Nawawi menukilkan bahawa para ulama ada menyatakan sebab Baginda saw kerap mengerjakan umrah pada bulan Zulkaedah adalah kerana fadhilat yang ada pada bulan tersebut dan juga untuk menentang tradisi jahiliyah dalam hal itu. Mereka (bangsa jahiliyah) menganggapnya sebagai dosa yang sangat besar, seperti yang telah disebutkan sebelumnya. Maka Nabi saw melakukannya beberapa kali dalam bulan-bulan tersebut untuk lebih menjelaskan kebolehannya dan lebih menegaskan pembatalan adat jahiliyah yang mereka lakukan.

♡Jom tunai haji. Moga dipermudahkan Allah segala urusan ibadah haji kita di Tanah Haram Mekah. Aamiiin♡

🐊Ust Naim
*Telegram Channel*
Klik link ini untuk join:
http://bit.ly/tadabburkalamullah

*Facebook Page:*
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah

Читать полностью…
Subscribe to a channel