tadabburkalamullah | Unsorted

Telegram-канал tadabburkalamullah - Tadabbur Kalamullah

13574

Oleh Ustaz Muhamad Naim Haji Hashim

Subscribe to a channel

Tadabbur Kalamullah

☆Tadabbur Kalamullah 19 Zulhijjah 1446H☆

قُلِ ٱللَّهُمَّ مَـٰلِكَ ٱلۡمُلۡكِ تُؤۡتِی ٱلۡمُلۡكَ مَن تَشَاۤءُ وَتَنزِعُ ٱلۡمُلۡكَ مِمَّن تَشَاۤءُ وَتُعِزُّ مَن تَشَاۤءُ وَتُذِلُّ مَن تَشَاۤءُۖ بِیَدِكَ ٱلۡخَیۡرُۖ إِنَّكَ عَلَىٰ كُلِّ شَیۡءࣲ قَدِیرࣱ

Katakanlah (wahai Muhammad): "Wahai Tuhan yang mempunyai kuasa pemerintahan! Engkaulah yang memberi kuasa pemerintahan kepada sesiapa yang Engkau kehendaki, dan Engkaulah yang mencabut kuasa pemerintahan dari sesiapa yang Engkau kehendaki. Engkaulah juga yang memuliakan sesiapa yang Engkau kehendaki, dan Engkaulah yang menghina sesiapa yang Engkau kehendaki. Dalam kekuasaan Engkaulah sahaja adanya segala kebaikan. Sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu" [Surah Āli-ʿImrān 26]

#Hujjatul Islam Imam al-Ghazali rahimahullah menyebut dalam kitabnya al-Tibr al-Masbuk fi Nasihat al-Muluk betapa pentingnya seorang raja (atau pemerintah) berlaku adil kepada rakyatnya kerana kerajaan dan pemerintahan itu adalah anugerah daripada Allah swt yang Dia boleh beri dan tarik semula daripada sesiapa yang dikehendaki.

#Kezaliman boleh berlaku dalam banyak bentuk, tidak semestinya dalam bentuk penindasan dan penganiayaan fizikal sahaja. Kezaliman dalam Islam membawa maksud tidak meletakkan sesuatu pada tempatnya yang sebenar. Pengkhianatan terhadap harta negara juga adalah salah satu bentuk kezaliman yang seringkali tidak diambil berat oleh sesetengah raja atau pemimpin ketika berkuasa. Bahkan sebahagian pemimpin menyalahgunakan harta negara untuk kepentingan peribadi dan parti politiknya.

#Malang sekali nasihat-nasihat sebegini tidak begitu dipedulikan oleh ramai pemimpin hari ini apabila sebaik dilantik sebagai pemimpin, mula menjadikan harta negara milik peribadinya. Masyarakat tentu hairan bagaimana seorang pemimpin daripada kalangan rakyat biasa asalnya, yang bukan berlatar belakangkan keluarga jutawan, korporat, atau ahli perniagaan mewarisi harta yang banyak, tiba-tiba dalam masa yang singkat mampu mengumpulkan sebegitu banyak harta kekayaan dan kemewahan.

#Mencongak gaji dan jumlah keseluruhan pendapatan bulanan yang diperoleh secara halal dan sah oleh seseorang pemimpin melalui jawatan yang dipegangnya dan kelayakan yang diterimanya mengikut undang-undang, tidak memungkinkan mereka mampu memiliki kemewahan sebanyak itu, jika tiada sebarang unsur penyalahgunaan kuasa, penyelewengan dan rasuah.

#Pemimpin sebeginilah setiap kali dilantik akan memulakan ucapan kemenangan atau pelantikan dengan merakamkan terima kasih dan menganggap jawatan yang dipikulnya adalah amanah besar daripada Allah swt, tetapi malangnya ia hanyalah sekadar ungkapan pemanis bibir sahaja, kerana mereka selepas itu mengkhianati amanah yang diberikan rakyat.

#Penyalahgunaan kuasa dalam pemerintahan berlaku sudah sekian lama melibatkan pemimpin daripada hampir semua peringkat samada parti politik mahupun penjawat awam. Ia suatu yang amat membimbangkan lebih-lebih lagi apabila melibatkan pemimpin-pemimpin beragama Islam.

#Sabda Rasulullah saw: "Tidaklah seseorang diamanahkan memimpin sesuatu kaum kemudian dia meninggal dalam keadaan berkhianat terhadap rakyatnya, maka diharamkan baginya Syurga" (HR Bukhari dan Muslim).

#Begitu juga dalam hadis lain disebut: "Sesiapa pemimpin yang menipu rakyatnya, maka tempatnya dalam Neraka" (HR Ahmad)

#Dalam Musnad Imam al-Rubai’ pula diriwayatkan hadis berbunyi: "Allah melaknat orang yang memerintah umatku dengan zalim dan mengaut harta fai’nya (harta milik awam). untuk kepentingan dirinya"

♡Pemimpin yang terlibat melakukan penyelewengan, pengkhianatan, perasuah sebenarnya adalah termasuk dalam kalangan pemimpin yang zalim. Moga Allah swt menjauhkan bumi Malaysia daripada dipimpin oleh para pemimpin yang zalim. Aamiiin♡

🐊Ust Naim
*Telegram Channel*
Klik link ini untuk join:
http://bit.ly/tadabburkalamullah

*Facebook Page:*
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah

Читать полностью…

Tadabbur Kalamullah

☆Tadabbur Kalamullah 17 Zulhijjah 1446H☆

یُرِیدُ ٱللَّهُ بِكُمُ ٱلۡیُسۡرَ وَلَا یُرِیدُ بِكُمُ ٱلۡعُسۡرَ

"(Dengan ketetapan yang demikian itu) Allah menghendaki kamu beroleh kemudahan, dan Ia tidak menghendaki kamu menanggung kesukaran" [Surah al-Baqarah 185]

#Islam mengajarkan umatnya untuk hidup dengan prinsip memudahkan, saling membantu dan bukan menyusahkan atau menyulitkan. Ini kerana Islam itu agama yang mudah dan luas.

#Umat Islam diingatkan untuk sentiasa memberikan kemudahan, keringanan, dan bantuan baik dalam urusan duniawi mahupun ibadah.

#Kita dituntut supaya sentiasa membantu dan memudahkan urusan saudara kita yang lain dan bukannya menyusahkan atau menambah ketakutan kepada mereka. Orang yang suka menyusahkan orang lain pada hakikatnya berada dalam golongan yang hina dan dibenci Allah swt kerana melanggar perintah Allah dan pesanan Nabi saw dan akan terkena doa yang telah dititipkan oleh Baginda saw.

#Dalam hal ini Baginda saw bersabda:

مَنْ ضَارَّ مُسْلِمًا ضَارَّهُ اَلله وَمَنْ شَاقَّ مُسَلِّمًا شَقَّ اَللَّهُ عَلَيْهِ

"Barangsiapa yang memberi kemudaratan kepada seorang muslim, maka Allah akan memberi kemudaratan kepadanya. Barangsiapa yang menyusahkan seorang muslim lain, maka Allah akan menyusahkannya" (HR Abu Daud dan at-Tirmizi)

#Bahkan Nabi saw pernah berdoa kepada golongan yang suka memberi kesusahan kepada orang lain:

اَللَّهُمَّ مَنْ وَلِيَ مِنْ أَمْرِ أُمَّتِي شَيْئًا فَشَقَّ عَلَيْهِ فَاشْقُقْ عَلَيْهِ

"Ya Allah, barangsiapa yang mengurusi urusan umatku kemudian dia menyusahkan urusannya, maka susahkanlah dia" (HR Muslim)

#Jika kita seorang pemimpin, pentadbir, pengurus dan pegawai yang mengurus hal ehwal rakyat, hendaklah permudahkan urusan mereka. Elakkan segala asbab yang boleh membantutkan urusan mereka, carilah jalan supaya urusan tersebut dapat dijayakan secara terbaik dan jangan sekali-kali terlibat dengan rasuah dan ketamakan wang. Allah swt pasti akan membalas dengan musibah yang lebih buruk dan hal ini perlu dijauhi oleh semua umat Islam.

#Begitu juga, bagi ahli agama atau para ulamak janganlah mengeluarkan hukum atau fatwa yang menyusahkan umat atau membebankan orang ramai dalam pelaksanaan ibadah atau ketaatan kepada Allah swt.

يَسِّرُوا وَلاَ تُعَسِّرُوا، وَبَشِّرُوا وَلاَ تُنَفِّرُوا

"Permudahkan dan jangan menyusahkan, berilah khabar kegembiraan dan jangan buat orang lari (menjauhkan diri)" (HR al-Bukhari dan Muslim)

♡Mulakan dengan yang mudah, usah ditonjol-tonjolkan yang payah dan yang menyusahkan!!♡

🐊Ust Naim
*Telegram Channel*
Klik link ini untuk join:
http://bit.ly/tadabburkalamullah

*Facebook Page:*
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah

Читать полностью…

Tadabbur Kalamullah

☆Tadabbur Kalamullah 16 Zulhijjah 1446H☆

وَلَا تَحۡسَبَنَّ ٱلَّذِینَ قُتِلُوا۟ فِی سَبِیلِ ٱللَّهِ أَمۡوَ ٰ⁠تَۢاۚ بَلۡ أَحۡیَاۤءٌ عِندَ رَبِّهِمۡ یُرۡزَقُونَ

"Dan jangan sekali-kali engkau menyangka orang-orang yang terbunuh (yang gugur Syahid) pada jalan Allah itu mati, (mereka tidak mati) bahkan mereka adalah hidup (secara istimewa) di sisi Tuhan mereka dengan mendapat rezeki" [Surah Āli-ʿImrān 169]

#Antara kematian yang mulia ialah mati syahid. Mati syahid ada 3 kategori:

1. Syahid dunia akhirat
2. Syahid dunia
3. Syahid akhirat

#Salah satu mati yang dikategorikan mati syahid akhirat ialah mati ketika sedang menuntut ilmu.

#Diriwayatkan daripada Sayidina Abdullah bin Abbas r.huma, bahawa Nabi saw bersabda:

من جاءه أجلُه وهو يطلبُ العلمَ؛ لَقِيَ اللهَ ولم يكن بينَه وبينَ النبيِّينَ إلا درجةُ النبوةِ.

"Sesiapa yang telah sampai ajalnya dalam keadaan dia menuntut ilmu, dia pasti bertemu Allah dalam keadaan tidak ada beza antara dia dan para nabi kecuali darjat kenabian" (HR at-Tabrani)

#Ini menunjukkan orang yang meninggal dunia ketika sedang menuntut ilmu maka ia memperoleh darjat yang sangat tinggi di sisi Allah. Ia hanya kurang satu darjat di bawah para nabi. Ini menandakan sangat mulia dan beruntungnya orang yang menuntut ilmu. Sekalipun takdir menentukannya meninggal maka kerana sebab usahanya menuntut ilmu dapat meletakkan kedudukannya pada darjat yang tinggi.

#Dalam hadis yang lain, daripada Sayidina Anas bin Malik r.a, sabda Nabi saw:

من خَرج في طلب العلم فهو في سَبِيلِ الله حتى يرجع

"Barang siapa yang keluar untuk mencari ilmu, maka ia berada di jalan Allah hingga ia pulang" (HR at-Tirmizi)

#Ini bermaksud orang yang keluar dari rumahnya atau negerinya demi menuntut ilmu, maka ia dianggap sebagai orang yang keluar untuk berjihad di jalan Allah swt sehingga ia kembali kepada keluarganya, kerana ia laksana mujahid dalam menghidupkan agama, menghinakan musuh dan mengorbankan dirinya. Mereka beroleh pahala orang yang berjihad di jalan Allah swt.

#Apabila dikatakan menuntut ilmu umpama jihad, maka mati di medan jihad adalah syahid. Ini bermaksud meninggal di medan ilmu juga tergolong mati syahid.

♡Ya Allah, masukkanlah hambaMu yang meninggal dunia ketika sedang menuntut ilmu dalam kalangan hambaMu yang beroleh ganjaran syahid dan tempatkan mereka di dalam syurgaMu yang tertinggi. Aamiiin♡

🐊Ust Naim
*Telegram Channel*
Klik link ini untuk join:
http://bit.ly/tadabburkalamullah

*Facebook Page:*
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah

Читать полностью…

Tadabbur Kalamullah

☆Tadabbur Kalamullah 14 Zulhijjah 1446H☆

الَّذِي خَلَقَ الْمَوْتَ وَالْحَيَاةَ لِيَبْلُوَكُمْ أَيُّكُمْ أَحْسَنُ عَمَلًا

Dia lah yang telah mentakdirkan adanya mati dan hidup (kamu) untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu: siapakah di antara kamu yang lebih baik amalnya" [Surah al-Mulk 2]

#Kematian dalam Islam bukanlah kemusnahan untuk selama-lamanya. Kematian adalah perpindahan dari satu tempat ke tempat lain, dari satu peringkat ke peringkat lain, dan dari satu persinggahan ke persinggahan seterusnya.

#Berkata Khalifah Umar bin Abdul Aziz rahimahullah:

إِنَّمَا خُلِقْتُمْ لِلأَبَدِ ، وَلَكِنَّكُمْ تُنْقَلُونَ مِنْ دَارٍ إِلَى دَارٍ

"Kamu semua dicipta untuk kehidupan yang lebih abadi. Kamu sebenarnya berpindah dari satu tempat ke tempat yang lain" (Lihat: Hilyah al-Auliya)

#Abu al-ʿAtahiyyah, seorang penyair terkenal berkata:

وَما الموْتُ إلاّ رِحْلَة ٌ، غَيرَ أنّهَا
مِنَ المنْزِلِ الفَاني إلى المنزِلِ الباَقي

"Bukanlah kematian itu kecuali adalah sebuah perjalanan..
Dari tempat musnah ke tempat yang abadi selama-lamanya"

#Mayat yang berada di dalam kuburnya hidup secara alam Barzakh. Menerima nikmat ataupun merasai seksaan sebagai permulaan kepada kehidupan akhirat yang abadi. Sama ada seseorang itu diberi balasan baik, ataupun dikenakan seksaan. (Lihat: Fatawa Mu’asirah)

#Kehilangan anak merupakan ujian yang paling berat bagi yang bergelar ibu dan ayah. Ada ibu yang berdoa supaya nyawanya diambil terlebih dahulu sebelum anak-anaknya kerana tidak mampu menempuhi keperitan kehilangan jantung hatinya.

#Ketahuilah, Rasulullah saw kekasih Allah sendiri telah diuji dengan kehilangan kesemua anak-anak Baginda (kecuali Sayidatina Fatimah r.ha) semasa hayatnya. Tidak terbayang kesedihan Baginda saw ketika menyaksikan enam orang anak-anaknya yang pergi meninggalkan Baginda terlebih dahulu.

#Dalam sebuah hadis Qudsi, Allah swt berfirman:

مَا لِعَبْدِي الْمُؤْمِنِ عِنْدِي جَزَاءٌ إِذَا قَبَضْتُ صَفِيَّهُ مِنْ أَهْلِ الدُّنْيَا ثُمَّ احْتَسَبَهُ إِلَّا الْجَنَّةُ

"Tidak ada balasan yang selayaknya bagi hambaKu yang beriman di sisiKu, ketika Aku mencabut nyawa orang yang dicintainya di dunia, kemudian dia redha dan bersabar demi mengharapkan ganjaran Allah, melainkan (baginya) syurga" (HR al-Bukhari)

#Setiap kehidupan akan berakhir dengan kematian. Hidup dan mati adalah ujian buat insan. Sabar, tabah dan redhalah dengan ujian kematian yang kita hadapi.

#Daripada Sayidina Busr bin Arthoh r.a berkata, aku mendengar Nabi saw bersabda:

اللَّهُمَّ أَحْسِنْ عَاقِبَتَنَا فِي الْأُمُورِ كُلِّهَا وَأَجِرْنَا مِنْ خِزْيِ الدُّنْيَا وَعَذَابِ الْآخِرَةِ

"Ya Allah, perbaikkanlah kesudahan segenap urusan kami serta lindungilah kami daripada kenistaan hidup di dunia dan siksaan hidup di Akhirat" (HR Ibn Hibban)

♡Marilah sama-sama kita menginsafi bahawa hakikat kematian pasti ditempuh oleh semua yang hidup. Namun yang terlebih penting, hendaklah kita berdoa kepada Allah agar dimatikan dalam husnul khatimah. Hiasi dan isilah kehidupan di dunia ini dengan amal ibadah secara berterusan♡

🐊Ust Naim
*Telegram Channel*
Klik link ini untuk join:
http://bit.ly/tadabburkalamullah

Читать полностью…

Tadabbur Kalamullah

☆Tadabbur Kalamullah 12 Zulhijjah 1446H☆

لَن یَنَالَ ٱللَّهَ لُحُومُهَا وَلَا دِمَاۤؤُهَا وَلَـٰكِن یَنَالُهُ ٱلتَّقۡوَىٰ مِنكُمۡۚ كَذَ ٰ⁠لِكَ سَخَّرَهَا لَكُمۡ لِتُكَبِّرُوا۟ ٱللَّهَ عَلَىٰ مَا هَدَىٰكُمۡۗ وَبَشِّرِ ٱلۡمُحۡسِنِینَ

"Daging dan darah binatang korban atau hadiah itu tidak sekali-kali akan sampai kepada Allah, tetapi yang sampai kepadaNya ialah amal yang ikhlas yang berdasarkan taqwa dari kamu. Demikianlah Ia memudahkan binatang-binatang itu bagi kamu supaya kamu membesarkan Allah kerana mendapat nikmat petunjukNya. Dan sampaikanlah berita gembira (dengan balasan yang sebaik-baiknya) kepada orang-orang yang berusaha supaya baik amalnya" [Surah al-Ḥajj 37]

#Aidiladha atau dikenali sebagai Hari Raya Haji disambut oleh umat Islam di seluruh dunia pada 10 Zulhijjah setiap tahun. Ia dinamakan Hari Raya Haji kerana pada hari tersebut umat Islam mengerjakan ibadah haji di Tanah Suci Mekah al-Mukarramah.

#Namun, bagi umat Islam yang belum dapat menunaikan ibadah haji, mereka diberi peluang untuk melakukan ibadah korban dengan menyembelih binatang korban sebagai lambang ketakwaan dan kecintaan kepada Allah swt.

#Konsep pengorbanan dalam Islam dapat digambarkan dalam rentetan kisah pengorbanan Nabi Ibrahim Alaihissalam dan anaknya Nabi Ismail Alaihissalam, dimana Nabi Ibrahim Alaihissalam diperintahkan untuk melakukan korban dan penyembelihan ke atas putera kesayangan baginda iaitu Nabi Ismail Alaihissalam. Walaupun berat hati Nabi Ibrahim untuk melakukannya, namun atas dasar ketaatan kepada Allah swt dengan penuh keimanan dan ketakwaan, maka Nabi Ibrahim bersedia melakukan korban terhadap puteranya itu.

#Dalam Islam, pengorbanan perlu dilakukan dengan niat yang ikhlas serta penuh kesungguhan. Sikap ikhlas ini memberikan manfaat kepada orang yang melakukan ibadah korban. Apabila seseorang berkorban dengan niat yang ikhlas, maka Allah swt memberikan keberkatan dan mempermudahkan jalan kehidupan yang baik dan lancar.

وَٱلَّذِینَ جَـٰهَدُوا۟ فِینَا لَنَهۡدِیَنَّهُمۡ سُبُلَنَاۚ وَإِنَّ ٱللَّهَ لَمَعَ ٱلۡمُحۡسِنِینَ

"Dan orang-orang yang berusaha dengan bersungguh-sungguh kerana memenuhi kehendak ugama Kami, sesungguhnya Kami akan memimpin mereka ke jalan-jalan Kami (yang menjadikan mereka bergembira serta beroleh keredaan); dan sesungguhnya (pertolongan dan bantuan) Allah adalah berserta orang-orang yang berusaha membaiki amalannya" [Surah al-ʿAnkabūt 69]

#Selain itu, ibadah korban dapat membentuk sifat pemurah dalam diri seorang Muslim. Tidak dinafikan bahawa setiap individu berhak mencari dan mengumpul harta yang diingini. Namun, jangan leka dan alpa bahawa orang lain juga mempunyai hak ke atas harta yang kita miliki.

#Oleh itu, bagi sesiapa yang berkemampuan, laksanakanlah ibadah korban agar dapat memperolehi ganjaran pahala yang berganda di sisi Allah swt, seterusnya mensyukuri segala nikmat yang telah dikurniakanNya.

♡Pengorbanan dalam Islam amat penting kerana ia merupakan cara umat Islam bersatu dan tolong-menolong dalam menjaga kepentingan bersama. Pengorbanan dalam Islam juga mengajar sikap mengambil berat dan belas kasihan sesama manusia. Selamat berkorban!!♡

🐊Ust Naim
*Telegram Channel*
Klik link ini untuk join:
http://bit.ly/tadabburkalamullah

*Facebook Page:*
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah

Читать полностью…

Tadabbur Kalamullah

☆Tadabbur Kalamullah 10 Zulhijjah 1446H☆

وَلَیَالٍ عَشۡرࣲ

"Dan malam yang sepuluh (yang mempunyai kelebihan di sisi Allah)" [Surah al-Fajr 2]

#10 Zulhijjah merupakan Hari Raya Aidiladha bagi seluruh umat Islam. Hari raya merupakan musim untuk umat Islam bergembira dan berseronok. Ini merupakan kegembiraan dan keseronokan bagi orang yang beriman di dunia ini.

#Di dunia ini, terdapat tiga hari perayaan bagi orang yang beriman, iaitu satu hari raya yang akan berulang sekali setiap seminggu dan dua hari yang datangnya hanya setahun sekali. Satu hari raya yang berulang sekali seminggu, iaitu hari Jumaat dan merupakan hari raya mingguan selepas kita menyempurnakan solat yang dituntut oleh Islam.

#Berkata Imam Said bin Musayyab rahimahullah: "Mengerjakan solat Jumaat lebih aku sukai daripada menunaikan haji sunat"

#Dua hari raya yang datang hanya setahun sekali ialah hari raya Aidilfitri dan hari raya Aidiladha.

#Hari raya Aidilfitri tiba apabila umat Islam selesai melakukan puasa di bulan Ramadhan yang merupakan rukun ketiga dalam prinsip rukun Islam. Apabila selesai umat Islam berpuasa di bulan ramadhan selama sebulan, mereka layak diampunkan dosa dan terlepas daripada azab api neraka. Allah swt telah merencanakan semua ini sebagai pengganti ke atas mereka yang menyempurnakan puasa di bulan ramadhan selama sebulan dan mereka dihadiahkan dengan perayaan bagi menzahirkan raya syukur kepada Allah dengan berzikir dan bertakbir atas kemenangan mereka menyelesaikan puasa selama sebulan.

#Manakala Hari Raya Korban (Aidiladha) merupakan hari raya yang paling besar dan banyak kelebihannya. Hari raya ini dilakukan setelah umat Islam sempurna menyelesaikan ibadah haji yang merupakan rukun Islam yang kelima.

#Di hari raya korban juga disyaratkan ke atas umat Islam untuk melakukan penyembelihan iaitu dengan menumpahkan darah mana-mana binatang yang dibenarkan untuk dikorbankan.

#Dalam hadis riwayat daripada Sayidina Zaid bin Arqam r.a, dikatakan kepada Rasulullah saw:

قَالُوا يَا رَسُولَ اللَّهِ مَا هَذِهِ الْأَضَاحِيُّ قَالَ سُنَّةُ أَبِيكُمْ إِبْرَاهِيمَ قَالُوا مَا لَنَا مِنْهَا قَالَ بِكُلِّ شَعْرَةٍ حَسَنَةٌ قَالُوا يَا رَسُولَ اللَّهِ فَالصُّوفُ قَالَ بِكُلِّ شَعْرَةٍ مِنْ الصُّوفِ حَسَنَةٌ

"Apa itu korban?". Baginda bersabda: "Ia sunnah bapa kamu, iaitu Nabi Ibrahim". Beliau bertanya lagi: "Apakah padanya kebaikan kepada kami wahai Rasulullah?" Baginda bersabda: "Setiap helai rambut adalah pahala". Katanya lagi: ''Bagaimana pula dengan bulunya?'' Baginda bersabda: ''Setiap helaian rambut daripada bulunya ialah pahala" (HR Imam Ahmad, al-Baihaqi dan Ibnu Majah)

#Hari raya bukan hari untuk kita memakai pakaian baharu tetapi hari untuk mereka yang bertambahnya ketaatan dalam menyempurnakan suruhan Tuhan. Hari raya bukan hari untuk menunjuk pakaian yang cantik dan kenderaan yang mewah tetapi hari yang diampunkan segala dosa. Pada hari malam raya, diagihkannya tanda kebebasan dan pengampunan ke atas hamba. Sesiapa yang memperolehnya, ia akan merasai nikmat perayaan itu. Sesiapa yang tidak meraihnya, maka ia telah terusir jauh daripada sifat tersebut.

♡Salam Aidiladha. Moga diterima ibadah haji dan korban kita semua. Aamiiin♡

🐊Ust Naim
*Telegram Channel*
Klik link ini untuk join:
http://bit.ly/tadabburkalamullah

*Facebook Page:*
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah

Читать полностью…

Tadabbur Kalamullah

☆Tadabbur Kalamullah 9 Zulhijjah 1446H☆

وَلَیَالٍ عَشۡرࣲ

"Dan malam yang sepuluh (yang mempunyai kelebihan di sisi Allah)" [Surah al-Fajr 2]

#Sembilan Zulhijjah merupakan Hari Arafah. Diriwayatkan bahawa ia adalah sebaik-baik hari. Sayidina Jabir r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah saw bersabda:

أفضلُ الأيام يومُ عرفة

''Sebaik-baik hari ialah hari Arafah" (Lihat: Jami’ usul fi ahadis al-Rasul)

#Ia juga merupakan hari kebesaran untuk berdoa. Daripada Sayidina Abdullah bin ‘Amr r.a bahawa Nabi saw bersabda:

خَيْرُ الدُّعَاءِ دُعَاءُ يَوْمِ عَرَفَةَ

"Sebaik-baik doa adalah doa pada hari Arafah" ("HR at-Tirmizi)

#Hari Arafah juga dijanjikan keampunan dan pelepasan dari api neraka bagi orang-orang yang beriman. Daripada Sayidatina Aisyah r.ha, bahawa Nabi saw bersabda:
 
مَا مِنْ يَوْمٍ أَكْثَرَ مِنْ أَنْ يُعْتِقَ اللهُ فِيهِ عَبْدًا مِنَ النَّارِ، مِنْ يَوْمِ عَرَفَةَ

"Tidak ada satu hari yang lebih banyak dibebaskan hambaNya daripada api neraka melainkan pada hari Arafah" (HR Muslim)

#Selain itu, sesiapa berpuasa pada hari tersebut menghapuskan dosa setahun sebelum dan selepas. Daripada Sayidina Abi Qatadah r.a, bahawa Rasulullah saw bersabda apabila ditanya tentang puasa pada hari Arafah, Baginda bersabda:
 
يُكَفِّرُ السَّنَةَ الْمَاضِيَةَ وَالْبَاقِيَةَ

"Puasa pada hari tersebut akan menghapuskan dosa setahun yang lalu dan akan datang" (HR Muslim)

#Hari Arafah adalah satu hari yang istimewa di dalam bulan Zulhijjah. Oleh itu, kita sebagai umat Islam haruslah merebut peluang dan kesempatan ini untuk menggandakan amal soleh agar kita tidak termasuk dalam kalangan orang-orang yang rugi.

♡Jom hidupkan hari Arafah dengan doa, zikir, puasa, membaca al-Quran, bersedekah dan melakukan segala bentuk kebaikan♡

🐊Ust Naim
*Telegram Channel*
Klik link ini untuk join:
http://bit.ly/tadabburkalamullah

*Facebook Page:*
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah

Читать полностью…

Tadabbur Kalamullah

☆Tadabbur Kalamullah 7 Zulhijjah 1446H☆

فَصَلِّ لِرَبِّكَ وَٱنۡحَرۡ

"Oleh itu, kerjakanlah sembahyang kerana Tuhanmu semata-mata, dan sembelihlah korban (sebagai bersyukur)" [Surah al-Kawthar 2

#Amalan korban merupakan salah satu daripada ibadah yang disyariatkan oleh Allah swt berdasarkan firman Allah swt diatas dan melalui beberapa hadis Nabi saw.

#Antara hadis Rasulullah saw berkenaan ibadah korban
berdasarkan riwayat daripada Sayidina Ibn Umar r.huma:

"Rasulullah saw menetap di Madinah selama 10 tahun dan Baginda mengerjakan ibadah korban" (HR Ahmad dan at-Tirmizi)

#Ibadah korban merupakan salah satu ibadah yang utama yang dianjurkan oleh Rasulullah saw untuk dilaksanakan pada hari raya Korban.

#Diriwayatkan daripada Sayidina Jabir bin Abdullah r.a:

"Aku berada bersama Rasulullah saw ketika Hari Raya Korban di masjid. Selepas Baginda saw menghabiskan khutbahnya, lalu Baginda saw turun dari mimbar dan pergi mendapatkan kibasy kemudian menyembelihnya sendiri sambil berkata: Bismillah Allahu Akbar. Sembelihan ini ialah untuk diriku dan untuk mereka yang tidak dapat melakukan korban daripada umatku" (HR Abu Daud)

#Hukum melaksanakan ibadah korban adalah sunnah muakkadah (sunat yang dituntut) berdasarkan hadis daripada Rasulullah saw. Ia merupakan salah satu daripada syiar agama ini dan juga bertujuan menzahirkan tanda kasih sayang, kemuliaan, kegembiraan bagi ramai manusia.

#Ibadah korban dituntut secara sunat kifayah bagi sebuah isi rumah. Jika salah seorang ahli keluarga melaksanakannya, maka telah memadai untuk satu keluarga tersebut. Contohnya, si ayah boleh melaksanakan korban untuk diri sendiri, isteri dan anak-anak selagi mana tinggal dalam satu rumah yang sama. Begitu juga, ibadah ini boleh dilaksanakan secara berasingan bagi setiap individu dan keluarga.

#Ibadah korban disyariatkan kepada golongan yang mempunyai lebihan harta sebanyak nilaian harga haiwan korban untuk keperluan dirinya
dan keperluan orang di bawah tanggungannya. Seseorang hendaklah mempunyai lebihan harta pada hari Aidul Adha dan tiga hari Tasyriq (iaitu pada hari bulan 11, 12, 13 daripada bulan Zulhijjah). Empat hari ini merupakan hari yang disyariatkan untuk menjalankan ibadah korban.

#Adapun seorang fakir yang hanya mempunyai harta yang mencukupi untuk dirinya pada hari-hari tersebut maka tidak dituntut untuk menjalankan ibadah korban kerana tujuan sesuatu syariat adalah untuk
mengangkat kesulitan. Apabila suatu suruhan dikaitkan dengan harta seperti ibadah korban ini, maka yang dituntut hanya kepada orang mampu sahaja.

#Terdapat golongan yang berada dalam keadaan susah dan tidak mampu untuk melaksanakan ibadah korban, kemudian merasa sedih kerana tidak dapat melakukan ibadah korban. Ini adalah suatu perbuatan yang salah. Hal ini kerana, ibadah korban adalah sunnah bukannya wajib.

#Ibadah korban menzahirkan makna itsar iaitu mendahulukan orang lain atas dirinya dengan memberikan kepada fakir sembelihan yang terbaik. Bahkan disunatkan kepada peserta korban untuk memberikan sebahagian besar daging dan hanya mengambil sebahagian kecil untuk dirinya.

لَن تَنَالُوا۟ ٱلۡبِرَّ حَتَّىٰ تُنفِقُوا۟ مِمَّا تُحِبُّونَۚ وَمَا تُنفِقُوا۟ مِن شَیۡءࣲ فَإِنَّ ٱللَّهَ بِهِۦ عَلِیمࣱ

"Kamu tidak sekali-kali akan dapat mencapai (hakikat) kebajikan dan kebaktian (yang sempurna) sebelum kamu dermakan sebahagian dari apa yang kamu sayangi. Dan sesuatu apa jua yang kamu dermakan maka sesungguhnya Allah mengetahuinya" [Surah Āli-ʿImrān 92]

♡Jom laksanakan ibadah korban. Moga diterima ibadah korban kita dan dikurniakan pahala yang besar serta beroleh ganjaran syurgaNya kelak. Aamiiin♡

🐊Ust Naim
*Telegram Channel*
Klik link ini untuk join:
http://bit.ly/tadabburkalamullah

*Facebook Page:*
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah

Читать полностью…

Tadabbur Kalamullah

☆Tadabbur Kalamullah 5 Zulhijjah 1446H☆

وَٱلۡعَصۡرِ * إِنَّ ٱلۡإِنسَـٰنَ لَفِی خُسۡرٍ * إِلَّا ٱلَّذِینَ ءَامَنُوا۟ وَعَمِلُوا۟ ٱلصَّـٰلِحَـٰتِ وَتَوَاصَوۡا۟ بِٱلۡحَقِّ وَتَوَاصَوۡا۟ بِٱلصَّبۡرِ

"Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar" [Surah al-ʿAṣr 1-3]

#Dalam al-Quran, Allah swt banyak bersumpah dengan masa sebagai peringatan betapa pentingnya masa kepada kita.

#Selain itu, Allah swt juga sering menggambarkan kepentingan masa dengan menyebut demi waktu Dhuha, Dan malam apabila ia sunyi-sepi, Dan siang apabila ia mulai terang dan pelbagai lagi ayat-ayat yang lain.

#Imam Fakhruddin ar-Razi ketika mentafsirkan surah al-Asr berkata: "Seolah-olah Allah swt bersumpah bahawa masa dan waktu itu adalah nikmat yang berhasil, tiada aib padanya, hanyasanya yang rugi dan aib itu adalah manusia" (Lihat: Tafsir al-Kabir)

#Ingatlah masa itu ibarat emas. Ungkapan ini biasa disebut-sebut bagi menggambarkan betapa masa itu sangat berharga. Ini kerana perkara yang paling berharga setelah memiliki iman dan islam dalam diri adalah masa. Orang yang bijak adalah orang yang menggunakan masa dengan sebaik-baiknya.

#Saat ini, anak-anak kita berada dalam suasana musim cuti sekolah. Cuti sekolah sekitar 12 hari termasuk hari raya korban.

#Oleh itu, Ibu bapa hendaklah memastikan anak-anak tidak leka dan mensia-siakan masa lapang yang amat berharga dengan melepak, melayan drama atau cerita di televisyen, bermain game, berseronok, berhibur atau dihabiskan masa dengan tidur sahaja.

#Ibu bapa perlu manfaatkan cuti sekolah ini dengan perkara yang bermanfaat buat anak-anak agar masa cuti ini tidak dihabiskan dengan sia-sia. 

#Sabda Nabi saw: "Dua nikmat yang sering memperdaya manusia: Kesihatan dan kelapangan masa" (HR al-Bukhari)

#Maka, libatkan anak-anak dengan aktiviti-aktiviti masjid seperti solat berjemaah, kelas pengajian, hafazan al-Quran, kelas-kelas fardu ain, smart solat, daurah-daurah dan sebagainya.

#Selain itu, bawa anak berehlah dan berkelah. Dengan kata lain melancong atau berkelah ke mana-mana destinasi. Melalui aktiviti ini, ia dapat memberi peluang kepada mereka untuk mengenali dunia luar sekali gus melihat keindahan alam ciptaan Allah swt.

#Jika terdapat mana-mana badan atau agensi mengadakan Kem Cuti Sekolah, maka masukkan anak-anak menyertai kem tersebut. Program ini biasanya memuatkan pelbagai aktiviti yang berasaskan motivasi pembinaan dan pembangunan serta sahsiah diri, kerohanian, akhlak dan ibadah dan seumpamanya. Di samping mendapat ilmu, pengalaman dan mengenali rakan-rakan baru.

#Selain itu, bawalah anak-anak menziarahi keluarga terdekat dan jauh supaya dapat mengenali dan eratkan hubungan kekeluargaan serta mengukuhkan hubungan silaturrahim sesama kaum kerabat dan saudara mara.

♡Penuhilah masa yang dikurniakan Allah dengan perkara yang boleh mendatangkan pahala dan keberkatan♡

🐊Ust Naim
*Telegram Channel*
Klik link ini untuk join:
http://bit.ly/tadabburkalamullah

*Facebook Page:*
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah

Читать полностью…

Tadabbur Kalamullah

☆Tadabbur Kalamullah 3 Zulhijjah 1446H☆

وَلَیَالٍ عَشۡرࣲ

"Dan malam yang sepuluh (yang mempunyai kelebihan di sisi Allah)" [Surah al-Fajr 2]

#Menurut Sayidina Ibn Abbas r.huma, Sayidina Abdullah bin az-Zubair r.a, Imam Mujahid dan ramai di kalangan ulamak salaf dan khalaf bahawa yang dimaksudkan dengan sepuluh malam dalam ayat ini ialah sepuluh hari awal Zulhijjah (Lihat: Tafsir Ibn Kathir)

#Allah swt hanya bersumpah dengan sesuatu yang agung. Apabila Allah bersumpah dengan sepuluh hari Zulhijjah tersebut, pasti hari-hari ini adalah hari-hari yang mulia di sisi Allah swt dan memiliki kelebihan yang luar biasa.

#10 hari pertama Zulhijjah adalah sangat istimewa di sisi Allah swt. Amat malang kerana masih ramai di kalangan kita tidak menyedari akan kelebihan 10 awal Zulhijjah ini. Bahkan, ramai yang menyangkakan bahawa ibadah pada bulan Zuhijjah hanya berkisar ibadah haji dan korban semata-mata, menyebabkan hari-hari ini dibiarkan berlalu begitu sahaja.

#Antara hari-hari yang dihidupkan oleh Salafussoleh ialah 10 Awal Zulhijjah.

كانوا يعظمون (أي السلف) ثلاث عشرات: العشر الأخير من رمضان والعشر الأول من ذي الحجة والعشر الأول من محرم

"Sesungguhnya golongan salafussoleh ini akan paling menghidupkan tiga jenis sepuluh iaitu:
1. Sepuluh hari akhir Ramadhan
2. Sepuluh hari pertama Zulhijjah dan
3. Sepuluh hari pertama Muharam (Lihat: Lataif al-Maarif, Imam Ibnu Rejab)

#Sabda Rasulullah saw:

ما من أيَّامٍ العملُ الصَّالحُ فيهنَّ أحبُّ إلى اللهِ من هذه الأيَّامِ العشرِ. قالوا: يا رسولَ اللهِ ولا الجهادُ في سبيلِ اللهِ؟ فقال رسولُ اللهِ صلَّى اللهُ عليه وسلَّم: ولا الجهادُ في سبيلِ اللهِ إلَّا رجل خرج بنفسِه ومالِه فلم يرجِعْ من ذلك بشيءٍ

"Tiada hari-hari yang amalan soleh yang paling disukai oleh Allah untuk dilakukan melainkan hari-hari ini-baginda memaksudkan: 10 hari terawal Zulhijjah". Para sahabat bertanya: “Wahai Rasulullah, Walaupun jihad di jalan Allah tidak dapat menandinginya?” Baginda bersabda: "Walaupun jihad di jalan Allah tidak dapat menandinginya, melainkan seorang  lelaki yang keluar berjihad bersama hartanya, kemudian dia langsung tidak kembali" (HR al-Bukhari, Abu Daud, Ibn Majah, al-Tirmizi)

#Menurut Imam Ibn Hajar rahimahullah:

والذي يظهر أن السبب في امتياز عشر ذي الحجة لمكان اجتماع أمهات العبادة فيه ، وهي الصلاة والصيام والصدقة والحج ، ولا يتأتى ذلك في غيره

"Secara zahirnya, sebab yang menjadikan 10 hari pertama Zulhijjah ini lebih utama dari yang lain kerana 10 hari ini menghimpunkan semua amalan utama di dalam Islam iaitu solat, puasa, sedekah dan haji. Himpunan amalan-amalan ini tidak berlaku dalam hari-hari yang lain" (Lihat: Fathul Bari)

♡Bersempena kita berada di bulan Zulhijjah, jom gandakan amalan soleh merangkumi segala perkara baik yang disukai Allah seperti solat, puasa, sedekah, membaca al-Quran, zikir, berselawat, berdoa, tolong-menolong, menuntut ilmu, menyebarkan ilmu, menyantuni anak yatim, membantu orang susah dan sebagainya♡

🐊Ust Naim
*Telegram Channel*
Klik link ini untuk join:
http://bit.ly/tadabburkalamullah

*Facebook Page:*
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah

Читать полностью…

Tadabbur Kalamullah

☆Tadabbur Kalamullah 2 Zulhijjah 1446H☆

وَلَنَبۡلُوَنَّكُم بِشَیۡءࣲ مِّنَ ٱلۡخَوۡفِ وَٱلۡجُوعِ وَنَقۡصࣲ مِّنَ ٱلۡأَمۡوَ ٰ⁠لِ وَٱلۡأَنفُسِ وَٱلثَّمَرَ ٰ⁠تِۗ وَبَشِّرِ ٱلصَّـٰبِرِینَ

"Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan (dengan merasai) kelaparan, dan (dengan berlakunya) kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman. Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar" [Surah al-Baqarah 155]

#Antara sebab manusia diuji oleh Allah swt ialah:

1. Allah menguji untuk menaikkan darjat kita.
2. Allah menguji untuk membimbing hati kita.
3. Allah menguji kerana untuk mengampunkan dosa-dosa kita.
4. Allah menguji kerana menghukum dan sayangkan kita.

#Apabila Allah menguji, kita hanya ada dua pilihan, sabar dan redha atau sebaliknya. Sabda Rasulullah saw:

"Sungguh menakjubkan urusan seorang mukmin. Semua urusannya adalah baik baginya. Hal ini tidak didapatkan kecuali pada diri seorang mukmin. Apabila mendapat kesenangan, dia bersyukur, maka yang demikian itu merupakan kebaikan baginya. Sebaliknya apabila tertimpa kesusahan, dia pun bersabar, maka yang demikian itu merupakan kebaikan baginya" (HR Muslim)

#Jika kita bersabar dan redha dengan ujian Allah, maka Allah akan menaikkan darjat kita di sisiNya. Darjat ini tidak akan nampak pada mata kasar, seperti darjah kebesaran diRaja. Tetapi kesannya boleh dilihat dengan mata. Contohnya, jika orang itu sabar dan redha, kita akan nampak orang ini tenang dan boleh uruskan masalah dengan tersusun. Mukanya akan sentiasa senyum sahaja dan tidak mengeluh.

#Tetapi jika sebaliknya, iaitu tidak sabar dan redha, kita akan nampak orang yang diuji itu serba tidak kena, cakap pun mencarut dan memaki hamun sahaja. Kemudian menyalahkan ramai orang. Lagi bahaya dia menyalahkan takdir Allah swt.

#Sebab itu para ulamak apabila bercerita tentang sabar, mereka akan mengaitkan dengan akhlak. Contohnya, Imam Syeikh Junaid al-Baghdadi bila ditanyakan tentang sabar, beliau menjawab: "Menelan kepahitan tanpa bermasam muka".
           
#Manakala Imam Ahmad al-Jariri rahimahullah pula menyebut tentang sabar:

"Sabar adalah tidak memisahkan antara kenikmatan dan ujian dengan pemikiran yang tenang, sedangkan yang dimaksudkan penerimaan sabar adalah tenang menghadapi ujian dengan merasakan beratnya ujian".
 
#Imam Ruwaim rahimahullah pula menyebut: "Sabar ialah meninggalkan keluhan".

#Fahamlah Kita bahawa Allah swt menguji kita untuk membezakan antara orang yang benar-benar beriman dengan mulut, hati dan amal (termasuk orang yang sabar) dengan orang yang hanya pandai bercakap sahaja. Bila diuji, hilang iman dan pertimbangannya, bahkan menyalahkan Allah swt.

أَحَسِبَ ٱلنَّاسُ أَن یُتۡرَكُوۤا۟ أَن یَقُولُوۤا۟ ءَامَنَّا وَهُمۡ لَا یُفۡتَنُونَ * وَلَقَدۡ فَتَنَّا ٱلَّذِینَ مِن قَبۡلِهِمۡۖ فَلَیَعۡلَمَنَّ ٱللَّهُ ٱلَّذِینَ صَدَقُوا۟ وَلَیَعۡلَمَنَّ ٱلۡكَـٰذِبِینَ

"Dan demi sesungguhnya! Kami telah menguji orang-orang yang terdahulu daripada mereka, maka (dengan ujian yang demikian), nyata apa yang diketahui Allah tentang orang-orang yang sebenar-benarnya beriman, dan nyata pula apa yang diketahuiNya tentang orang-orang yang berdusta. Bahkan patutkah orang-orang yang melakukan kejahatan menyangka bahawa mereka akan terlepas dari azab Kami? Amatlah buruk apa yang mereka hukumkan itu" [Surah al-ʿAnkabūt 2-3]

♡Orang yang benar imannya ialah mereka yang tenang redha jika beroleh nikmat dan tenang redha juga ketika beroleh musibah♡

🐊Ust Naim
*Telegram Channel*
Klik link ini untuk join:
http://bit.ly/tadabburkalamullah

*Facebook Page:*
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah

Читать полностью…

Tadabbur Kalamullah

☆Tadabbur Kalamullah 1 Zulhijjah 1446H☆

وَلَنَبۡلُوَنَّكُم بِشَیۡءࣲ مِّنَ ٱلۡخَوۡفِ وَٱلۡجُوعِ وَنَقۡصࣲ مِّنَ ٱلۡأَمۡوَ ٰ⁠لِ وَٱلۡأَنفُسِ وَٱلثَّمَرَ ٰ⁠تِۗ وَبَشِّرِ ٱلصَّـٰبِرِینَ

"Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan (dengan merasai) kelaparan, dan (dengan berlakunya) kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman. Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar" [Surah al-Baqarah 155]

#Setiap daripada kita pasti akan diuji dengan ujian yang berbeza-beza. Apa yang kita hadapi, mungkin orang lain tidak pernah dan tidak akan hadapi. Dan apa yang orang lain hadapi, mungkin kita tidak pernah dan tidak akan hadapi. Kenapa begitu?

#Sebabnya ialah Allah swt sudah memaklumkan bahawa kita semua pasti akan diuji berdasarkan apa yang kita mampu. Allah swt berfirman:

لَا یُكَلِّفُ ٱللَّهُ نَفۡسًا إِلَّا وُسۡعَهَاۚ
 
"Allah tidak membebani seseorang melainkan apa yang terdaya olehNya" [Surah al-Baqarah 286]
 
#Allah swt memaklumkan bahawa kita semua diuji berdasarkan apa yang kita mampu. Dalam hidup ini, Allah swt akan datangkan setiap ujian berdasarkan kapasiti kemampuan kita. Ujian demi ujian yang kita terpaksa lalui, sebenarnya pasti dan pasti kita kuat dan mampu untuk hadapinya.

#Oleh itu, kita kena berfikiran bahawa kita mampu untuk menghadapi setiap ujian daripada Allah swt dan berdoa memohon kekuatan dariNya. InsyaAllah Allah akan jadikan kita sabar dan tabah menghadapi setiap ujian. Ini janji Allah swt. Jika kita fikir kita tidak mampu untuk berhadapan ujian tersebut, selamanya kita tidak akan mampu dan tidak akan boleh hadapinya. Hal ini kerana Allah swt pernah menyebut dalam satu hadis Qudsi:

يقولُ اللَّهُ تَعالَى: أنا عِنْدَ ظَنِّ عَبْدِي بي، وأنا معهُ إذا ذَكَرَنِي، فإنْ ذَكَرَنِي في نَفْسِهِ ذَكَرْتُهُ في نَفْسِي، وإنْ ذَكَرَنِي في مَلَإٍ ذَكَرْتُهُ في مَلَإٍ خَيْرٍ منهمْ، وإنْ تَقَرَّبَ إلَيَّ بشِبْرٍ تَقَرَّبْتُ إلَيْهِ ذِراعًا، وإنْ تَقَرَّبَ إلَيَّ ذِراعًا تَقَرَّبْتُ إلَيْهِ باعًا، وإنْ أتانِي يَمْشِي أتَيْتُهُ هَرْوَلَةً

Allah Ta'ala berfirman: "Aku bersama sangkaan hambaKu terhadapKu, dan Aku bersamanya apabila dia mengingatiKu. Jika dia mengingatiKu dalam dirinya, Aku akan mengingatinya dalam diriKu, dan jika dia mengingatiKu dalam satu kumpulan, Aku akan menyebutnya di hadapan kumpulan yang lebih baik daripada mereka. Jika dia mendekatiKu sejengkal, Aku akan mendekatinya sehasta; jika dia mendekatiKu sehasta, Aku akan mendekatinya sedepa, dan jika dia datang kepadaKu berjalan, Aku akan datang kepadanya berlari kecil" (HR al-Bukhari dan Muslim)

#Ini bermaksud, jika hamba itu bersangka baik kepada Allah, maka dia akan dapati Allah seperti sangkaannya itu. Jika dia berburuk sangka, maka dia juga akan mendapati apa yang disangkakannya itu.

#Allah adalah seperti apa yang kita sangkakan. Maksudnya, apa yang kita sangkakan itu secara tidak langsung akan menjadi doa kepada Allah swt. Kalau kita sangka tidak mampu, seolah kita sedang berdoa kepada Allah supaya bagi kita untuk tidak mampu, dan paling kritikal adalah, jika Allah tunaikan ‘permintaan’ kita. Lalu selamanya kita tidak akan mampu. Naudzubillah!

♡Oleh itu, penting untuk kita bersangka baik kepada Allah swt dan diri sendiri. Kita semua mampu hadapi setiap ujian yang Allah berikan, cuma tinggal lagi pada diri kita untuk uruskan pergantungan dan pemikiran baik kita kepada Allah swt. Sangka yang baik, hasilnya InsyaAllah juga baik♡

🐊Ust Naim
*Telegram Channel*
Klik link ini untuk join:
http://bit.ly/tadabburkalamullah

*Facebook Page:*
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah

Читать полностью…

Tadabbur Kalamullah

☆Tadabbur Kalamullah 1 Zulhijjah 1446H☆

 وَإِن نَّكَثُوا أَيْمَانَهُم مِّن بَعْدِ عَهْدِهِمْ وَطَعَنُوا فِي دِينِكُمْ فَقَاتِلُوا أَئِمَّةَ الْكُفْرِ ۙ إِنَّهُمْ لَا أَيْمَانَ لَهُمْ لَعَلَّهُمْ يَنتَهُونَ 

"Dan jika mereka mencabuli sumpahnya sesudah mengikat perjanjian setia, dan mereka pula mencela ugama kamu, maka perangilah ketua-ketua dan pemimpin-pemimpin kaum yang kafir itu, kerana sesungguhnya mereka tidak menghormati sumpah janjinya, supaya mereka berhenti (dari kekufuran dan bertaubat)" [Surah at-Taubah 12]

#Penghinaan terhadap agama Islam terakam dalam banyak ayat al-Quran. Antaranya adalah penghinaan yang dilakukan oleh golongan bukan Islam yang memusuhi Islam dan umat Islam sebagaimana firman Allah swt dalam ayat diatas.

#Ayat ini membahaskan berkenaan pembesar-pembesar musyrikin yang telah memungkiri janji mereka seperti Abu Sufyan bin Harb, Harith bin Hisham dan Sahl bin Amr. (Lihat: Tafsir Zad al-Masir).

#Pada asalnya orang-orang bukan Islam yang memohon perlindungan di bawah negara Islam (kafir mu’ahad) hendaklah diperlakukan sebagaimana orang-orang Islam. Namun, jika mereka mencabuli perjanjian lalu menghina agama  Islam, maka mereka boleh diambil tindakan keras termasuk dibunuh kerana perjanjian telah berakhir dan mereka tidak lagi dilindungi. (Lihat: Tafsir al-Baghawi).

#Kefahaman daripada ayat ini, menghina Islam merupakan suatu perkara yang amat serius sehingga hukuman yang boleh dikenakan juga amat berat.

#Dalam contoh yang lain, Allah swt berfirman dalam surah at-Tawbah ayat 65:

وَلَئِن سَأَلْتَهُمْ لَيَقُولُنَّ إِنَّمَا كُنَّا نَخُوضُ وَنَلْعَبُ ۚ قُلْ أَبِاللَّـهِ وَآيَاتِهِ وَرَسُولِهِ كُنتُمْ تَسْتَهْزِئُونَ 

"Dan jika engkau bertanya kepada mereka (tentang ejek-ejekan itu) tentulah mereka akan menjawab: "Sesungguhnya kami hanyalah berbual dan bermain-main". Katakanlah: "Patutkah nama Allah dan ayat-ayatNya serta RasulNya kamu memperolok-olok dan mengejeknya?"

#Ayat ini diturunkan sebelum berlaku peperangan Tabuk. Pada ketika itu terdapat dua orang munafik yang menghina al-Quran dan Rasulullah saw manakala seorang lagi mentertawakannya. Lalu Allah swt menyampaikan hal tersebut kepada Rasulullah saw. Baginda memanggil mereka bertiga lalu bertanya hal tersebut dan mereka menjawab sambil mengatakan perbuatan itu sekadar suatu gurauan atau permainan. Dengan itu, Allah swt menurunkan ayat ini menempelak perbuatan mereka. (Lihat: Tafsir al-Qurtubi).

#Daripada dua contoh ayat di atas, dapat fahami bahawa agama Islam tidak boleh sama sekali dihina. Termasuk dalam erti kata menghina Islam adalah menghina segala perkara yang berkaitan langsung dengan agama Islam seperti menghina Allah swt, Rasulullah saw dan para nabi, al-Quran, as-Sunnah dan lain-lain.

#Bukan sekadar itu, bahkan Islam turut melarang umatnya sendiri untuk menghina agama bukan Islam. Larangan menghina tuhan sembahan golongan kafir itu adalah bagi mengelakkan mereka membalas penghinaan atau cercaan itu dengan menghina atau mencerca Allah swt sedangkan Allah swt adalah Tuhan yang sebenar-benarnya. Firman Allah swt:

وَلَا تَسُبُّوا الَّذِينَ يَدْعُونَ مِن دُونِ اللَّـهِ فَيَسُبُّوا اللَّـهَ عَدْوًا بِغَيْرِ عِلْمٍ ۗ كَذَٰلِكَ زَيَّنَّا لِكُلِّ أُمَّةٍ عَمَلَهُمْ ثُمَّ إِلَىٰ رَبِّهِم مَّرْجِعُهُمْ فَيُنَبِّئُهُم بِمَا كَانُوا يَعْمَلُونَ 

"Dan janganlah kamu cerca benda-benda yang mereka sembah yang lain dari Allah, kerana mereka kelak, akan mencerca Allah secara melampaui batas dengan ketiadaan pengetahuan. Demikianlah Kami memperelokkan pada pandangan tiap-tiap umat akan amal perbuatan mereka, kemudian kepada Tuhan merekalah tempat kembali mereka, lalu Ia menerangkan kepada mereka apa yang mereka telah lakukan" [Surah al-An’am 108]

♡Islam merupakan agama yang tidak akan berkompromi sama sekali dengan mana-mana pihak yang menghina agama tanpa mengambil kira sama ada agama yang dihina itu adalah Islam atau selainnya. Hiduplah saling hormati menghormati penuh keharmonian♡

🐊Ust Naim
*Telegram Channel*
Klik link ini untuk join:
http://bit.ly/tadabburkalamullah

*Facebook Page:*
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah

Читать полностью…

Tadabbur Kalamullah

☆Tadabbur Kalamullah 29 Zulkaedah 1446H☆

اعْلَمُوا أَنَّمَا الْحَيَاةُ الدُّنْيَا لَعِبٌ وَلَهْوٌ وَزِينَةٌ وَتَفَاخُرٌ بَيْنَكُمْ وَتَكَاثُرٌ فِي الْأَمْوَالِ وَالْأَوْلَادِ ۖ

"Ketahuilah bahawa (yang dikatakan) kehidupan dunia itu tidak lain hanyalah (bawaan hidup yang berupa semata-mata) permainan dan hiburan (yang melalaikan) serta perhiasan (yang mengurang), juga (bawaan hidup yang bertujuan) bermegah-megah di antara kamu (dengan kelebihan, kekuatan, dan bangsa keturunan) serta berlumba-lumba membanyakkan harta benda dan anak pinak..." [Surah al-Hadid 20]

#Permainan, hiburan, berbangga-bangga, berlumba-lumba membanyakkan harta dan anak merupakan hakikat kehidupan dunia walaupun pada lahirnya kelihatan merupakan satu kehidupan yang penuh dengan kesungguhan dan kesibukan. Kemudian al-Quran terus membandingkan kehidupan dunia dengan satu perbandingan yang menarik mengikut cara al-Quran yang amat seni, iaitu kehidupan dunia ini adalah:

كَمَثَلِ غَيْثٍ أَعْجَبَ الْكُفَّارَ نَبَاتُهُ

"Samalah seperti hujan yang (menumbuhkan tanaman yang menghijau subur) menjadikan penanamnya suka dan tertarik hati kepada kesuburannya"

#Berkata Syeikh al-Maraghi rahimahullah: "Kehidupan dunia dari aspek kebinasaan dan kemusnahan yang begitu cepat diumpamakan seperti tanah yang ditimpa hujan lebat. Seterusnya Dia menumbuhkan tumbuh-tumbuhan yang mengagumkan para petani dan menjadikan mereka berasa gembira, rasa tertarik, bersuka ria dan bersenang-senang, namun ketika mereka diasyikkan dengan keadaan demikian, tiba-tiba tanam-tanaman itu menjadi kering dan hancur berterbangan ditiup angin"

#Syair Arab menyebut:

حَيَاتُكَ يَا مَغْرُورُ سهو وغفلة

"Hidupmu di dunia, wahai orang yang tertipu, ialah lupa dan lalai"

#Namun begitu, Islam merupakan sebuah agama pertengahan yang amat menekankan aspek spiritualiti dan pembangunan rohani, tapi pada masa sama turut membenarkan penganutnya berhibur dan berseronok, selagi mana ia tidak melampaui batas-batas syarak. Keinginan untuk berhibur dan kecintaan kepada kecantikan serta keindahan merupakan fitrah insani yang telah ditetapkan oleh Allah swt kepada hamba-hambaNya.

#Terdapat satu hadis berkenaan salah seorang sahabat Rasulullah saw bernama Sayidina Hanzalah r.a yang merasa takut dirinya telah menjadi munafiq, kerana beliau merasa lalai daripada mengingati Allah swt dengan berhibur bersama keluarga beliau, setelah sebelumnya bermuhasabah dalam majlis bersama Nabi saw. Baginda saw bersabda: "Wahai Hanzalah! Ada masa untuk urusan keduniaan, ada masa untuk beribadah. Dan jika hati kamu sentiasa sama seperti kamu sedang mengingati Allah swt, para malaikat akan bersalam denganmu dan memberi salam kepadamu di pertengahan jalan" (Sahih Muslim)

#Imam an-Nawawi sewaktu mentafsirkan hadis ini beliau menjelaskan bahawa kita tidak dituntut untuk beribadah sepanjang masa. Kerana itu apabila Sayidina Hanzalah merasa risau dirinya telah munafiq kerana ‘lalai’ daripada mengingati Allah swt, Rasulullah saw menjelaskan bahawa ada masa diperuntukkan untuk ibadah, ada masa juga perlu diperuntukkan untuk kehidupan dunia dan berhibur bersama keluarga. (Lihat: Syarh Sahih Muslim)

#Terdapat juga athar daripada Ibn Shihab yang berkata:

رَوِّحُوا الْقُلُوبَ سَاعَةً وَسَاعَةً

"Rehatkan hati-hati kalian, ada masa untuk urusan dunia, ada masa untuk urusan akhirat" (Lihat: Jami’ Bayan al-Ilm wa Fadhlihi)

#Diriwayatkan bahawa Sayidina Umar pernah mendengar seorang lelaki menyanyi di satu padang pasir, lalu beliau berkata:

الْغِنَاءُ مِنْ زَادِ الرَّاكِبِ

"Nyanyian itu merupakan bekalan bagi seorang pengembara" (Sunan al-Baihaqi)

#Berkata Imam as-Syafi’e sewaktu bercakap tentang sya’ir yang diriwayatkan oleh Imam al-Juwainiy:

الشعر كلامٌ، حسنه حسن، وقبيحه قبيح

"Syair itu merupakan himpunan kata-kata, apabila baik lafaz dan kandungannya maka baiklah ia, jika buruk maka buruklah ia" (Lihat: Nihayah al-Matlab)

Читать полностью…

Tadabbur Kalamullah

☆Tadabbur Kalamullah 27 Zulkaedah 1446H☆

وَمِنَ ٱلنَّاسِ مَن یَشۡرِی نَفۡسَهُ ٱبۡتِغَاۤءَ مَرۡضَاتِ ٱللَّهِۚ وَٱللَّهُ رَءُوفُۢ بِٱلۡعِبَادِ

"Dan di antara manusia ada yang mengorbankan dirinya kerana mencari keredaan Allah semata-mata; dan Allah pula Amat belas-kasihan akan hamba-hambanya" [Surah al-Baqarah 207]

#Demi mencapai dan memperoleh keredhaan Allah swt, maka kita perlu berusaha sehabis daya hatta dengan mengorbankan apa sahaja yang kita miliki samada harta, jiwa dan nyawa.

#Al-Imam Asy-Syahid Hasan al-Banna telah menjelaskan maksud pengorbanan dengan katanya: "Mengorbankan jiwa, harta, masa, kehidupan dan semua perkara untuk mencapai matlamat".

#Sayidina Abu Bakar as-Siddiq r.a telah mengorbankan dan membelanjakan seluruh hartanya untuk Islam. Rasulullah saw pernah bertanya kepadanya: "Apakah yang telah kamu tinggalkan kepada keluarga kamu?" Lalu Sayidina Abu Bakar r.a menjawab: "Aku telah tinggalkan untuk mereka Allah dan RasulNya".

#Sayidina Suhaib Sinan ar-Rumi r.a telah mengorbankan seluruh apa yang beliau miliki demi untuk menolong agama Allah swt. Lantas Allah swt menurunkan untuknya dan orang yang sepertinya ayat diatas (Surah al-Baqarah 207)

#Sayidina Mus’ab bin Umair r.a pemuda yang kaya lagi manja mengorbankan semua yang ada padanya dan menjadi satu tanda dari bukti-bukti jihad kepada syabab (pemuda) muslim pada setiap zaman.

#Begitu juga para Sahabiyyah yang melakukan pengorbanan untuk Islam. Seumpama Sayidatina Khadijah r.ha, Sayyidatina Ummu Salamah r.a, Sayyidatina Ummu Sulaiman r.ha, Sayyidatina Nusaibah r.a, Sayidatina Asma’ r.ha dan lainnya. Mereka semua mempunyai sikap yang telah termaklum, kehidupan yang dimakmurkan dengan melakukan pengorbanan yang bernilai. Sejarah para sahabat dipenuhi dengan kisah-kisah pengorbanan dengan harta dan jiwa demi memenangkan agama Allah swt.

#Allah swt berfirman di dalam kalamNya tentang ganjaran yang dijanjikan atas kehebatan pengorbanan yang dilakukan di kalangan sahabat baginda saw:

إِنَّ ٱللَّهَ ٱشۡتَرَىٰ مِنَ ٱلۡمُؤۡمِنِینَ أَنفُسَهُمۡ وَأَمۡوَ ٰ⁠لَهُم بِأَنَّ لَهُمُ ٱلۡجَنَّةَۚ یُقَـٰتِلُونَ فِی سَبِیلِ ٱللَّهِ فَیَقۡتُلُونَ وَیُقۡتَلُونَۖ وَعۡدًا عَلَیۡهِ حَقࣰّا فِی ٱلتَّوۡرَىٰةِ وَٱلۡإِنجِیلِ وَٱلۡقُرۡءَانِۚ وَمَنۡ أَوۡفَىٰ بِعَهۡدِهِۦ مِنَ ٱللَّهِۚ فَٱسۡتَبۡشِرُوا۟ بِبَیۡعِكُمُ ٱلَّذِی بَایَعۡتُم بِهِۦۚ وَذَ ٰ⁠لِكَ هُوَ ٱلۡفَوۡزُ ٱلۡعَظِیمُ

"Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang yang beriman akan jiwa mereka dan harta benda mereka dengan (balasan) bahawa mereka akan beroleh Syurga, (disebabkan) mereka berjuang pada jalan Allah maka (di antara) mereka ada yang membunuh dan terbunuh. (Balasan Syurga yang demikian ialah) sebagai janji yang benar yang ditetapkan oleh Allah di dalam (Kitab-kitab) Taurat dan Injil serta Al-Quran; dan siapakah lagi yang lebih menyempurnakan janjinya daripada Allah? Oleh itu, bergembiralah dengan jualan yang kamu jalankan jual-belinya itu, dan (ketahuilah bahawa) jual-beli (yang seperti itu) ialah kemenangan yang besar" [Surah at-Tawbah 111]

#Sesiapa yang mendakwa bahawa dia boleh berkhidmat kepada Islam dan memberi saham untuk membawa panji-panji dakwah dan perjuangan, sedangkan dia kedekut dengan roh, harta, waktu dan setiap benda yang dimilikinya, maka dia hendaklah bermuhasabah diri. Bacalah kandungan kitab Allah sebaik-baiknya, perhatikan kepada sirah Rasulullah saw dan lihatlah kepada sejarah. Sudah pasti dia akan memperolehi hakikat yang lebih jelas dari matahari di siang hari iaitu:

"Dakwah dan perjuangan tidak akan hidup melainkan dengan jihad, dan jihad tidak berlaku melainkan dengan pengorbanan"

♡Setiap orang yang meredhai Allah sebagai Tuhan, Islam sebagai agama dan Nabi Muhammad saw sebagai nabi dan Rasul, dituntut darinya melakukan pengorbanan. Setiap orang yang bernazar dan berjanji kepada Tuhannya untuk bekerja untuk Islam dan berjihad untuk Islam dituntut darinya kesungguhan dan pengorbanan♡

🐊Ust Naim
*Telegram Channel*
Klik link ini untuk join:
http://bit.ly/tadabburkalamullah

*Facebook Page:*
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah

Читать полностью…

Tadabbur Kalamullah

☆Tadabbur Kalamullah 18 Zulhijjah 1446H☆

یَـٰۤأَیُّهَا ٱلَّذِینَ ءَامَنُوۤا۟ إِن تُطِیعُوا۟ فَرِیقࣰا مِّنَ ٱلَّذِینَ أُوتُوا۟ ٱلۡكِتَـٰبَ یَرُدُّوكُم بَعۡدَ إِیمَـٰنِكُمۡ كَـٰفِرِینَ

"Wahai orang-orang yang beriman! Jika kamu taat akan sesuatu puak dari orang-orang (Yahudi dan Nasrani) yang diberikan Kitab itu, nescaya mereka akan mengembalikan kamu menjadi orang-orang kafir sesudah kamu beriman"

وَكَیۡفَ تَكۡفُرُونَ وَأَنتُمۡ تُتۡلَىٰ عَلَیۡكُمۡ ءَایَـٰتُ ٱللَّهِ وَفِیكُمۡ رَسُولُهُۥۗ وَمَن یَعۡتَصِم بِٱللَّهِ فَقَدۡ هُدِیَ إِلَىٰ صِرَ ٰ⁠طࣲ مُّسۡتَقِیمࣲ

"Dan bagaimana kamu akan menjadi kafir padahal kepada kamu dibacakan ayat-ayat Allah (Al-Quran), dan dalam kalangan kamu ada RasulNya (Muhammad, s.a.w)? Dan sesiapa berpegang teguh kepada (ugama) Allah, maka sesungguhnya ia telah beroleh petunjuk hidayah ke jalan yang betul (lurus)" [Surah Āli-ʿImrān 100-101]

#Menurut Ikrimah rahimahullah: "Golongan Aus dan Khazraj dahulunya saling berperang pada zaman Jahiliyah. Lalu Islam datang mendamaikan dan menyatukan hati mereka".

وَاذْكُرُوا نِعْمَتَ اللَّهِ عَلَيْكُمْ إِذْ كُنتُمْ أَعْدَاءً فَأَلَّفَ بَيْنَ قُلُوبِكُمْ فَأَصْبَحْتُم بِنِعْمَتِهِ إِخْوَانًا وَكُنتُمْ عَلَىٰ شَفَا حُفْرَةٍ مِّنَ النَّارِ فَأَنقَذَكُم مِّنْهَا كَذَٰلِكَ يُبَيِّنُ اللَّهُ لَكُمْ آيَاتِهِ لَعَلَّكُمْ تَهْتَدُونَ

"...dan kenanglah nikmat Allah kepada kamu ketika kamu bermusuh-musuhan (semasa jahiliyah dahulu), lalu Allah menyatukan di antara hati kamu (sehingga kamu bersatu-padu dengan nikmat Islam), maka menjadilah kamu dengan nikmat Allah itu orang-orang Islam yang bersaudara. Dan kamu dahulu telah berada di tepi jurang neraka (disebabkan kekufuran kamu semasa jahiliyah), lalu Allah selamatkan kamu dari neraka itu (disebabkan nikmat Islam juga). Demikianlah Allah menjelaskan kepada kamu ayat-ayat keteranganNya, supaya kamu mendapat petunjuk hidayahNya" [Surah Ali Imran 103]

#Kemudian ada seorang Yahudi yang turut serta bersembang dengan sekumpulan lelaki Aus dan Khazraj. Dia sengaja melantunkan syair memoir peperangan silam antara Aus dan Khazraj. Lalu salah seorang menyambung: "Penyair kami pula berkata begini dan begini". Pihak yang lain pula membalas: "Syair kami pula menyebut begini dan begini".

Keadaan memuncak sehingga seseorang berkata: "Ayuh kita sambung semula perang kita"!!. Kedua-dua pihak saling menyeru: "Wahai orang Aus"!. "Wahai orang Khazraj"!!.. Mereka mula berkumpul dengan senjata dan bersiap sedia untuk berperang. Lalu turun ayat diatas Surah Ali Imran ayat 100 dan 101.

Lalu Rasulullah saw bergegas ke tempat mereka. Sehingga Nabi saw berdiri di antara dua pasukan mereka. Nabi saw membacakan ayat tersebut. Baginda saw meninggikan suara. Mendengar suara baginda saw, mereka semua diam dan memberi perhatian. Sebaik selesai bacaan baginda saw, mereka semua mencampakkan senjata masing-masing. Mereka saling berpelukan hingga terduduk menangis. (Asbab an-Nuzul oleh al-Wahidi)

#Inilah perancangan jahat Yahudi laknatullah yang diatur rapi dengan meniupkan kembali semangat kabilah pada zaman jahiliyah yang berbangga dengan pahlawan masing-masing, sehingga hampir mencetuskan semula peperangan.

#Inilah angkara Yahudi untuk memusnahkan perpaduan umat Islam. Menimbulkan perbalahan dan pergaduhan sesama umat Islam. Itulah kerja Yahudi sejak dahulu hingga sekarang. Itulah propaganda Yahudi. Itulah perancangan Yahudi. Mereka menjadi batu api melaga-lagakan umat Islam yang akhirnya orang Islam berbunuh-bunuhan sesama sendiri.

#Iman yang ada dalam diri sahabat nabi saw mendatangkan keinsafan dan kesedaran semula tatkala mendengar ayat Allah dibacakan oleh baginda saw, sehingga mereka menangis kesesalan dan berpeluk bermaaf-maafan. Inilah semangat yang digerakkan oleh iman yang masih ada dalam diri mereka.

♡Berwaspadalah dengan angkara kaum Yahudi. Mereka sentiasa merancang untuk memusnahkan umat Islam dengan menimbulkan pelbagai propaganda jahat agar umat Islam berbalah dan berperang sesama sendiri♡

🐊Ust Naim
*Telegram Channel*
Klik link ini untuk join:
http://bit.ly/tadabburkalamullah

Читать полностью…

Tadabbur Kalamullah

*SEDEKAH JUMAAT: INFAQ LAPTOP BANTU KELANGSUNGAN PENDIDIKAN ASNAF YANG MEMERLUKAN*

Klik dan sumbang:
https://toyyibpay.com/LAPTOP-UNTUK-ASNAF

Pihak Geng Talaqqi menerima banyak permohonan komputer riba daripada pelajar-pelajar di kalangan anak-anak asnaf yang berjaya menyambung pengajian di Universiti, kolej dan seumpamanya.

Infaq komputer riba ini bertujuan untuk mengumpul dana bagi tujuan pembelian laptop yang akan disumbangkan kepada pelajar dikalangan golongan asnaf yang layak.

Peranti seperti laptop merupakan satu keperluan penting di ketika ini bagi meneruskan pembelajaran terutama di menara gading.

*SASARAN: RM20 RIBU*

Sempena Hari Terbaik hari ini hari Jumaat, Jom INFAQ bersama Geng Talaqqi. Sama-sama kita membantu para pelajar asnaf yang memerlukan laptop untuk menyambung pelajaran mereka

*"Satu Sumbangan, Seribu Harapan"*

Justeru, kami Pertubuhan Kebajikan Ilmu & Amal Selangor (GENG TALAQQI) mengambil inisiatif untuk membantu anak-anak asnaf memenuhi keperluan ini dengan berusaha memberikan bantuan berbentuk laptop buat mereka.

Sabda Rasulullah saw: *“Sebaik-baik manusia adalah yang paling banyak memberi manfaat kepada orang lain”* (Hadis Riwayat Ahmad)

Jazakumullahu khairan kathira kerana sudi untuk bantu menyumbang dan menyokong usaha kami ini, semoga Allah membalas setiap sumbangan tuan puan dengan limpahan rezeki yang berterusan serta kesihatan yang baik, InsyaAllah.
==========
*SUMBANGAN BOLEH DISALURKAN KE AKAUN TOYYIB PAY:*

https://toyyibpay.com/LAPTOP-UNTUK-ASNAF

*Atau terus ke akaun:*

*Pertubuhan Kebajikan Ilmu dan Amal Selangor
*Maybank_5629_9101_9074
*Reference/Remark: Laptop Untuk Asnaf 

*SMS/Whatsapp slip/bukti sumbangan kepada:*

📲Ust Naim: http://www.wasap.my/60196023803/LaptopUntukAsnaf

📲Tn Abu Umar: http://www.wasap.my/60193113501/LaptopUntukAsnaf

📲Tn Akmalizan: http://www.wasap.my/60172722696/LaptopUntukAsnaf

📲Puan Zarina: http://www.wasap.my/60193223501/LaptopUntukAsnaf

*ANDA HULUR, KAMI SALUR*

Читать полностью…

Tadabbur Kalamullah

☆Tadabbur Kalamullah 15 Zulhijjah 1446H☆

وَأَنَّ عَلَیۡهِ ٱلنَّشۡأَةَ ٱلۡأُخۡرَىٰ

"Dan bahawa sesungguhnya, Dia lah yang tetap menghidupkan semula (makhluk-makhluk yang mati)" [Surah an-Najm 47]

#Setiap yang meninggal dunia, pasti akan dihidupkan semula. Allah swt lah yang berkuasa menghidupkan yang mati dan semua manusia akan dibangkitkan pada hari Kiamat nanti.

#Sabda Rasulullah saw:

عَنْ جَابِرٍ رَضِيَ الله عَنْهُ قَالَ: قَالَ رَسُوْلُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: يُبْعَثُ كُلُّ عَبْدٍ عَلَى مَا مَاتَ عَلَيْهِ

Daripada Sayidina Jabir r.a, dia berkata Rasulullah saw bersabda: "Setiap hamba Allah itu akan dibangkitkan dari kuburnya sama seperti keadaan ketika ia meninggal" (HR Muslim)

#Maka, jika seseorang meninggal dunia ketika sedang solat, maka dia akan dibangkitkan dalam keadaan bersolat. Jika mautnya dalam perjuangan di medan dakwah dan medan jihad, maka dia akan dibangkitkan juga dalam suasana sedang berjuang. Jika mautnya dalam keadaan maksiat, maka akan dibangkitkan dalam suasana sedang bermaksiat. Jika mautnya sedang membaca al-Quran, maka dibangkitkan dalam suasana sedang melantunkan ayat al-Quran dan al-Quran akan mensyafaatkan dia. Subhanallah!!

#Dalam riwayat yang lain, Imam al-Bukhari dan Muslim menceritakan mengenai seorang sahabat Nabi saw yang meninggal dunia dalam keadaan berihram ketika menunaikan ibadah haji. Baginda saw bersabda:

"Mandikan dia dengan air dan bidara, kafankan dia dengan dua helai kain, jangan diberi wangian dan jangan ditutup kepalanya. Sesungguhnya dia akan dibangkitkan sambil melantunkan talbiah’.

#Sebab apa? Sebab dia mati dalam keadaan berihram menunaikan ibadah haji kerana pada hari kiamat, dia akan dibangkitkan dalam keadaan sedang bertalbiah.

#Diceritakan bahawa Allahyarham Nurly Shahirah Azman, 23, pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) yang maut dalam nahas bas di Jalan Raya Timur Barat (JRTB) di Gerik, Perak awal pagi Isnin lalu bukan sahaja menyayat hati, malah menginsafkan ramai manusia.

#Lebih menyentuh jiwa, insan muda yang menghafaz 30 juzuk al-Quran itu dilaporkan meninggal dunia dalam keadaan memegang dan memeluk mashaf di dadanya.

#Dalam Islam, kita akan dibangkitkan mengikut keadaan cara kita mati. Mati dalam keadaan sedang memeluk al-Quran, maka akan dibangkitkan kelak dalam suasana memeluk al-Quran. Allahuakbar!!

#Di sebalik tragedi itu, tersingkap keindahan dan kemuliaan sebuah kematian yang sangat luar biasa.

#Maka, ambillah iktibar daripada kisah itu dan berusaha memperbaiki amalan serta kehidupan seharian supaya dipilih oleh Allah swt untuk meninggal dalam keadaan husnul khatimah dan dibangkitkan dalam keadaan mentaati Allah swt

♡Fikirkanlah cara bagaimana untuk kita mati. Ingatlah! Bagaimana seseorang mati, begitulah dia akan dibangkitkan♡

🐊Ust Naim
*Telegram Channel*
Klik link ini untuk join:
http://bit.ly/tadabburkalamullah

*Facebook Page:*
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah

Читать полностью…

Tadabbur Kalamullah

☆Tadabbur Kalamullah 13 Zulhijjah 1446H☆

وَلَا تُلْقُوا بِأَيْدِيكُمْ إِلَى التَّهْلُكَةِ ۛوَأَحْسِنُوا ۛ إِنَّ اللَّـهَ يُحِبُّ الْمُحْسِنِينَ

"Dan janganlah kamu sengaja mencampakkan diri kamu ke dalam bahaya kebinasaan (dengan bersikap bakhil); dan baikilah (dengan sebaik-baiknya segala usaha dan) perbuatan kamu; kerana sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berusaha memperbaiki amalannya" [Surah al-Baqarah 195]

#Di dalam ayat di atas jelas menunjukkan larangan untuk berbuat sesuatu yang merbahaya kepada diri sendiri. Sesungguhnya Islam adalah agama yang sangat menegaskan pentingnya penjagaan diri seiring dengan Maqasid as-Syariah yang mengangkat kewajipan untuk menjaga akal dan diri manusia itu sendiri.

#Ayat ini juga menekankan kepentingan untuk berlaku ihsan, belas kasihan atau melakukan sesuatu dengan cermat dalam segala aspek kehidupan. Perintah untuk melakukan ihsan ini adalah umum kepada semua perkara kerana ayat di atas tidak didatangkan dalam bentuk yang muqayyad (terikat atau khusus) (Lihat: Taisir al-Karim al-Rahman fi Tafsir Kalam al-Manan)

#Ayat ini juga menjelaskan, selain daripada menghalang melakukan sesuatu yang bahaya ke atas diri sendiri, di samping turut menghalang sebarang perbuatan yang boleh membawa kepada kemudharatan kepada orang lain.

#Diriwayatkan oleh Sayidina Abdullah Ibn Abbas r.huma bahawa Rasulullah saw bersabda:

‏ لاَ ضَرَرَ وَلاَ ضِرَارَ

"Tidak boleh memudharatkan dan tidak boleh membalas mudharat dengan mudharat" (HR Ibn Majah)

#Hari ini seluruh bumi Malaysia berduka dengan berita kemalangan tragis melibatkan para pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) yang berlaku awal pagi tadi di Jalan Jeli – Gerik, berhampiran Tasik Banding, Perak, mengorbankan 15 nyawa dan mencederakan ramai yang lain. Hasil siasatan awal mendapati bas dipandu dengan laju dan merbahaya.

#Perlu diketahui bahawa memandu secara merbahaya adalah diharamkan kerana boleh membawa kepada kemalangan sama ada melibatkan orang lain atau tidak. Selain mengangkat prinsip Maqasid as-Shariah untuk menjaga nyawa, Islam juga sangat tegas menolak sebarang bentuk kemudharatan yang berkemungkinan berlaku.

#Sikap tergopah-gapah merupakan sikap negatif yang patut dihindarkan, kerana ia merupakan amalan syaitan.

التَّأَنِّي مِنَ اللَّهِ وَالْعَجَلَةُ مِنَ الشَّيْطَانِ

"Sifat tenang itu ialah daripada Allah swt, manakala sikap tergopoh gapah itu ialah daripada syaitan" (HR al-Baihaqi)

#Sayidina Abi Said al-Khudri r.a berkata, Nabi saw bersabda:

وَمَنْ يَتَصَبَّرْ يُصَبِّرْهُ اللَّهُ، وَمَا أُعْطِيَ أَحَدٌ عَطَاءً خَيْرًا وَأَوْسَعَ مِنَ الصَّبْرِ

"Barang siapa yang berusaha untuk bersabar Allah akan beri kesabaran kepadanya. Dan tidak ada nikmat yang lebih baik dan luas melainkan memiliki kesabaran" (HR al-Bukhari)

#Ketahuilah, sekiranya pemanduan itu dilakukan secara merbahaya atau tidak mengikut undang-undang jalan raya lalu mengakibatkan kecelakaan kepada diri sendiri, para pengguna jalan raya yang lain, atau mana-mana infrastruktur awam maka seseorang itu dianggap berdosa di atas kesalahan tidak mematuhi peraturan dan undang-undang yang telah ditetapkan.

#Oleh itu, semua pemandu dinasihatkan agar memandu dengan berhati-hati dan mengelakkan daripada pemanduan yang merbahaya. Sesungguhnya tidak ada yang dapat mengubah statistik kemalangan, melainkan manusia itu sendiri seperti yang difirmankan oleh Allah swt:

إِنَّ اللَّـهَ لَا يُغَيِّرُ مَا بِقَوْمٍ حَتَّىٰ يُغَيِّرُوا مَا بِأَنفُسِهِمْ

"Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri" [Surah ar-Ra’du 11]

♡Didoakan semoga semua pelajar yang meninggal dunia dalam kemalangan tragis awal pagi tadi, mudah-mudahan tergolong dalam golongan yang mendapat syahid di akhirat iaitu mereka mendapat ganjaran syahid di akhirat kelak. Moga semua ahli keluarga dikurniakan ketabahan dan kesabaran dalam mendepani ujian hebat ini. Aamiiin♡

🐊Ust Naim
*Telegram Channel*
Klik link ini untuk join:
http://bit.ly/tadabburkalamullah

Читать полностью…

Tadabbur Kalamullah

☆Tadabbur Kalamullah 11 Zulhijjah 1446H☆

لَن یَنَالَ ٱللَّهَ لُحُومُهَا وَلَا دِمَاۤؤُهَا وَلَـٰكِن یَنَالُهُ ٱلتَّقۡوَىٰ مِنكُمۡۚ كَذَ ٰ⁠لِكَ سَخَّرَهَا لَكُمۡ لِتُكَبِّرُوا۟ ٱللَّهَ عَلَىٰ مَا هَدَىٰكُمۡۗ وَبَشِّرِ ٱلۡمُحۡسِنِینَ

"Daging dan darah binatang korban atau hadiah itu tidak sekali-kali akan sampai kepada Allah, tetapi yang sampai kepadaNya ialah amal yang ikhlas yang berdasarkan taqwa dari kamu. Demikianlah Ia memudahkan binatang-binatang itu bagi kamu supaya kamu membesarkan Allah kerana mendapat nikmat petunjukNya. Dan sampaikanlah berita gembira (dengan balasan yang sebaik-baiknya) kepada orang-orang yang berusaha supaya baik amalnya" [Surah al-Ḥajj 37]

#Zulhijjah, bulan yang sarat dengan pelbagai peristiwa penting seperti ibadah haji dan hari raya korban.

#Hari raya korban yang sedang kita raikan mampu bertindak sebagai landasan terbaik bagi penyediaan kekuatan diri untuk menghadapi segala ujian dan cabaran mendatang. Ini memandangkan peristiwa haji dan korban penuh erti pengorbanan jika benar-benar dihayati dan diinsafi. Walaubagaimanapun, ia bergantung kepada sejauh mana hari raya korban yang juga diistilahkan sebagai perayaan ketaqwaan itu disambut, iaitu sama ada terpisah daripada semangat atau roh agama Islam, atau sebaliknya.

#Hal ini kerana apabila Sunnah dan Sirah hilang dari diri umat Islam, maka di hari raya korban ini sebahagian daripada umat Islam menghabiskan masa di pasaraya, menonton wayang, melihat haiwan di zoo, jalan-jalan makan angin, panjat gunung dan bukit, sedangkan sunnah yang besar selepas solat hari raya ialah melaksanakan ibadah korban atau melihat korban di laksanakan kerana inilah sirah Aidiladha iaitu menghayati pengorbanan Nabi Ibrahim Alaihissalam. Tetapi sayangnya umat Islam hari ini menganggap seakan Aidiladha hanya cuti umum biasa dan tiada kaitan apa-apa dengan kehendak agama.

#Apakah benar ibadah korban dilaksanakan pada hari ini dilakukan dengan penuh ketaqwaan dan mengharapkan keredhaan Allah swt atau sekadar seronok-seronok atau sekadar untuk dijadikan content. Bahkan lebih parah dan malang, sebahagian daripada umat Islam langsung tidak mengambil bahagian dalam perayaan Aidiladha ini samada solat hariraya atau ibadah korban.

#Maka tersangat penting untuk kita menilai sama ada ibadah korban yang disambut ini benar-benar menepati maknanya atau sekadar bentuknya yang zahir sahaja.

#Inilah yang ditegaskan oleh Allah swt sebagaimana yang tergambar dalam Surah al-Hajj diatas. Sungguh mendukakacitakan jika ibadah korban yang dilaksanakan hanyalah dari segi bentuknya yang zahir sahaja iaitu upacara penyembelihan haiwan korban yang disaksikan secara beramai-ramai oleh anggota masyarakat, tanpa disertai usaha untuk menggapai matlamat ibadah yang disyariatkan ini.

#Jika itu yang berlaku, maka kekallah ia menjadi amalan yang kehilangan roh serta maknanya. Kita umumnya dapat menghayati beberapa isyarat penting daripada kisah pengorbanan Nabi Ibrahim Alaihissalam dan keluarga baginda sebagaimana yang dirakamkan oleh al-Quran. Antaranya termasuklah bahawa Allah swt sentiasa akan menguji keimanan hamba-hambaNya dengan pelbagai bentuk ujian serta dugaan.

#Malah Allah swt menegaskan bahawa Dia mentakdirkan mati dan hidup bagi manusia untuk menguji serta menzahirkan siapakah antara mereka yang paling baik amalannya.

ٱلَّذِی خَلَقَ ٱلۡمَوۡتَ وَٱلۡحَیَوٰةَ لِیَبۡلُوَكُمۡ أَیُّكُمۡ أَحۡسَنُ عَمَلࣰاۚ وَهُوَ ٱلۡعَزِیزُ ٱلۡغَفُورُ

"Dialah yang telah mentakdirkan adanya mati dan hidup (kamu) - untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu: siapakah di antara kamu yang lebih baik amalnya; dan Ia Maha Kuasa (membalas amal kamu), lagi Maha Pengampun, (bagi orang-orang yang bertaubat)" [Surah al-Mulk 2]

♡Pastikan semangat korban tidak luntur dan lenyap daripada kehidupan umat Islam. Kisah pengorbanan nabi Ibrahim dan para Nabi yang lain perlu diterjemahkan dalam kehidupan seharian kita♡

🐊Ust Naim
*Telegram Channel*
Klik link ini untuk join:
http://bit.ly/tadabburkalamullah

*Facebook Page:*
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah

Читать полностью…

Tadabbur Kalamullah

*SEDEKAH JUMAAT HARI ARAFAH: TABUNG ASNAF GENG TALAQQI SEMAKIN SUSUT, JOM BANTU PENUHKAN*

Klik dan Sumbang:
https://toyyibpay.com/TABUNG-ASNAF-GT

Terdapat asnaf fakir miskin dan anak yatim yang dibantu secara tetap setiap bulan (hampir rm10k sebulan). Sebahagian mereka memiliki tabung khas dan sebahagiannya melalui tabung sedekah umum tuan/puan dan zakat yang diminta Geng Talaqqi agihkan.

Asnaf-asnaf ini terdiri daripada ibu tunggal, pesakit strok, keluarga memiliki anak yang ramai, mereka yang menanggung isteri/ibu yang koma, anak yatim miskin, anak yatim piatu miskin, menanggung anak celebral palsy dan pelbagai kesusahan.

Dalam pada itu, hampir setiap minggu pihak kami menerima permohonan bantuan daripada pelbagai asnaf hampir di setiap negeri untuk bantuan sara hidup dan sebagainya.😭😭😭.

Geng Talaqqi membuka peluang untuk sama-sama kita berkebajikan membantu para asnaf dibawah kendalian Geng Talaqqi dengan menghulurkan sumbangan melalui *TABUNG ASNAF GT* bagi membantu meringankan bebanan yang ditanggung mereka.

Untuk makluman, sebahagian daripada mereka ada yang tiada sumber pendapatan, pendapatan tidak mencukupi, tidak mampu lagi bekerja, tiada sebarang bantuan yang diterima dan dalam proses menerima bantuan. Ada juga yang hidup sebatang kara dalam kesusahan.

InsyaAllah kami cuba membantu selagi terdaya dan selagi tuan/puan sentiasa menyokong kerja-kerja kebajikan dibawah Geng Talaqqi ini.

Semoga dengan kewujudan Tabung Asnaf GT ini, kita dapat membantu lebih ramai asnaf terutama dikalangan mereka yang sangat-sangat memerlukan.

Jom kita bantu mereka. Moga Allah membantu kita semua!! Aamiiin!!
........................
Sabda Rasulullah saw: *"Manusia yang paling dicintai oleh Allah adalah yang paling bermanfaat untuk orang lain. Dan amalan yang paling dicintai oleh Allah adalah kegembiraan yang engkau masukkan ke dalam hati seorang mukmin atau engkau hilangkan salah satu kesusahannya, atau engkau membayarkan hutangnya, atau engkau hilangkan kelaparannya"* (Riwayat at-Tabrani)
..................
Sumbangan boleh disalurkan ke akaun Toyyib Pay:

https://toyyibpay.com/TABUNG-ASNAF-GT

Atau terus ke akaun:

*Pertubuhan Kebajikan Ilmu dan Amal Selangor
*Maybank_5629_9101_9074
*Cimb_8604_7707_81
*Remark: Tabung asnaf GT

SMS/Whatsapp slip/bukti sumbangan kepada:

📲Ust naim: http://www.wasap.my/60196023803/TabungAsnafGT

📲Tn Abu Umar: http://www.wasap.my/60193113501/TabungAsnafGT

📲Tn Akmalizan: http://www.wasap.my/60172722696/TabungAsnafGT

📲Puan Zarina: http://www.wasap.my/60193223501/TabungAsnafGT

*ANDA HULUR, KAMI SALUR*

Читать полностью…

Tadabbur Kalamullah

☆Tadabbur Kalamullah 8 Zulhijjah 1446H☆

وَلَیَالٍ عَشۡرࣲ

"Dan malam yang sepuluh (yang mempunyai kelebihan di sisi Allah)" [Surah al-Fajr 2]

#Saat ini, kita masih berada pada 10 hari terawal bulan Zulhijjah dan umum mengetahui akan kelebihan 10 hari terawal ini, yang mana ia merupakan di antara hari-hari yang paling disukai serta dicintai oleh Allah swt bagi orang yang melakukan amal soleh padanya.

#Hari kelapan Zulhijjah dinamakan sebagai hari Tarwiyah. Makna Tarwiyah sebagaimana yang disebutkan oleh Imam Ibn Qudamah di dalam kitabnya mempunyai dua sebab penamaan hari tersebut dengan hari Tarwiyah:

1. Para jemaah haji setelah berihram akan menuju ke Mina untuk bermalam. Ini kerana, pada keesokan harinya, mereka akan menuju ke Arafah. Ketika di Mina, para jemaah ini mempersiapkan air sebagai bekalan untuk dibawa ketika berwukuf di Arafah. Mempersiapkan air ini diistilahkan dengan Yatarowwaun (يتروون).
 
2. Selain itu, dinamakan juga dengan “Tarwiyah” adalah disebabkan pada malam tersebut, Nabi Ibrahim Alaihissalam telah bermimpi buat kali yang pertama daripada Allah swt agar menyembelih anaknya Nabi Ismail Alaihissalam. Seharian Baginda Alaihissalam berfikir dan tertanya-tanya kepada dirinya, apakah perintah itu datangnya daripada Allah swt atau daripada syaitan. Tertanya-tanya itu juga diistilahkan dengan Yurowwi (يروي) dan itu adalah di antara sebab 8 Zulhijjah dinamakan dengan hari Tarwiyyah. (Lihat: al-Mughni)

#Berkaitan kelebihan hari ke-8 Zulhijjah ini, terdapat sebuah hadis yang menyatakan bahawa berpuasa pada hari tersebut akan menghapuskan dosa selama setahun. Manakala berpuasa pada hari Arafah pula akan menghapuskan dosa selama dua tahun.

صَوْمُ يَوْمِ التَّرْوِيَةِ كَفَّارَةُ سَنَةٍ، وَصَوْمُ يَوْمِ عَرفَةَ كَفَّارَةُ سَنَتَيْنِ

"Puasa pada hari Tarwiyah akan menghapuskan (dosa) selama setahun dan puasa pada hari Arafah pula akan menghapuskan (dosa) selama dua tahun" (HR ad-Dailami)
 
#Hadis ini diriwayatkan oleh Imam ad-Dailami di dalam kitabnya Musnad al-Firdaus. Para ulamak berbeza pandangan dalam menilai hadis ini. Sebahagian mereka menilai status hadis ini adalah dhaif sebagaimana yang dinilai oleh Imam al-Suyuthi dan juga Imam al-Busiri. Sebahagiannya memalsukan hadis ini.

#Sebahagian ulamak yang menilai hadis ini sebagai dhaif telah menjadikan hadis ini sebagai dalil terhadap kelebihan berpuasa pada hari Tarwiyah. Ini kerana, sebahagian ulamak membenarkan seseorang untuk beramal dengan hadis yang dha’if (lemah) di dalam bab fadhail al-A’mal selagimana ia tidak berkaitan dengan permasalahan aqidah atau hukum.

#Selain itu, ia termasuk di dalam umum hadis yang menceritakan akan kelebihan melakukan amal soleh pada 10 hari terawal bulan Zulhijjah dan ia juga termasuk di dalam kelebihan beramal dan galakan berpuasa pada bulan-bulan Haram.

♡Banyakkan beramal soleh di sepanjang bulan Zulhijjah ini. Semoga Allah swt menerima segala amal soleh yang kita lakukan pada hari-hari yang dicintai oleh Allah swt ini. Aamiin♡

🐊Ust Naim
*Telegram Channel*
Klik link ini untuk join:
http://bit.ly/tadabburkalamullah

*Facebook Page:*
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah

Читать полностью…

Tadabbur Kalamullah

☆Tadabbur Kalamullah 6 Zulhijjah 1446H☆

فَصَلِّ لِرَبِّكَ وَٱنۡحَرۡ

"Oleh itu, kerjakanlah sembahyang kerana Tuhanmu semata-mata, dan sembelihlah korban (sebagai bersyukur)" [Surah al-Kawthar 2]

#Nabi Ibrahim Alaihissalam diuji dengan pengorbanan yang sangat berat iaitu harus mengorbankan anak baginda yang sangat dicintai, Nabi Ismail Alaihissalam. Nabi Ismail diperintahkan untuk disembelih, kemudian Allah gantikan dengan korban seekor kambing.

فَلَمَّا بَلَغَ مَعَهُ ٱلسَّعۡیَ قَالَ یَـٰبُنَیَّ إِنِّیۤ أَرَىٰ فِی ٱلۡمَنَامِ أَنِّیۤ أَذۡبَحُكَ فَٱنظُرۡ مَاذَا تَرَىٰۚ قَالَ یَـٰۤأَبَتِ ٱفۡعَلۡ مَا تُؤۡمَرُۖ سَتَجِدُنِیۤ إِن شَاۤءَ ٱللَّهُ مِنَ ٱلصَّـٰبِرِینَ

"Maka ketika anaknya itu sampai (ke peringkat umur yang membolehkan dia) berusaha bersama-sama dengannya, Nabi Ibrahim berkata: "Wahai anak kesayanganku! Sesungguhnya aku melihat dalam mimpi bahawa aku akan menyembelihmu; maka fikirkanlah apa pendapatmu?". Anaknya menjawab: "Wahai ayah, jalankanlah apa yang diperintahkan kepadamu; Insya Allah, ayah akan mendapati daku dari orang-orang yang sabar"

فَلَمَّاۤ أَسۡلَمَا وَتَلَّهُۥ لِلۡجَبِینِ

"Setelah keduanya berserah bulat-bulat (menjunjung perintah Allah itu), dan Nabi Ibrahim merebahkan anaknya dengan meletakkan iringan mukanya di atas tompok tanah, (Kami sifatkan Ibrahim - dengan kesungguhan azamnya itu telah menjalankan perintah Kami)"

وَنَـٰدَیۡنَـٰهُ أَن یَـٰۤإِبۡرَ ٰ⁠هِیمُ

"Serta Kami menyerunya: "Wahai Ibrahim!"

قَدۡ صَدَّقۡتَ ٱلرُّءۡیَاۤۚ إِنَّا كَذَ ٰ⁠لِكَ نَجۡزِی ٱلۡمُحۡسِنِینَ

"Engkau telah menyempurnakan maksud mimpi yang engkau lihat itu". Demikianlah sebenarnya Kami membalas orang-orang yang berusaha mengerjakan kebaikan"

إِنَّ هَـٰذَا لَهُوَ ٱلۡبَلَـٰۤؤُا۟ ٱلۡمُبِینُ

"Sesungguhnya perintah ini adalah satu ujian yang nyata"

وَفَدَیۡنَـٰهُ بِذِبۡحٍ عَظِیمࣲ

"Dan Kami tebus anaknya itu dengan seekor binatang sembelihan yang besar" [Surah aṣ-Ṣāffāt 102-107]

#Hal ini dijadikan syariat sehingga untuk umat Nabi Muhammad saw. Kita juga dianjurkan untuk berkorban sebagaimana Nabi Ibrahim Alaihissalam.

#Korban ialah ibadah yang sangat dianjurkan sehingga dalil tentang korban juga sering digandingkan dengan ibadah solat sebagaimana ayat diatas (Surah al-Kawthar ayat 2). Ini menunjukkan tentang pentingnya ibadah solat dan ibadah korban bagi mereka yang berkemampuan.

#Firman Allah swt lagi:

قُلۡ إِنَّ صَلَاتِی وَنُسُكِی وَمَحۡیَایَ وَمَمَاتِی لِلَّهِ رَبِّ ٱلۡعَـٰلَمِینَ

Katakanlah: "Sesungguhnya sembahyangku dan ibadatku (sembelihan ku), hidupku dan matiku, hanyalah untuk Allah Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam" [Surah al-Anʿām 162]

♡Semoga ayat ini dapat menjadi motivasi untuk kita melakukan ibadah korban pada setiap tahun terutama bagi umat Islam yang berkemampuan♡

🐊Ust Naim
*Telegram Channel*
Klik link ini untuk join:
http://bit.ly/tadabburkalamullah

*Facebook Page:*
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah

Читать полностью…

Tadabbur Kalamullah

☆Tadabbur Kalamullah 4 Zulhijjah 1446H☆

ٱقۡرَأۡ بِٱسۡمِ رَبِّكَ ٱلَّذِی خَلَقَ

"Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhanmu yang menciptakan (sekalian makhluk)" [Surah al-ʿAlaq 1]

#Umat Islam hendaklah menjadikan amalan membaca sebagai budaya dalam kehidupan seharian. Budaya belajar dan membaca tidak pernah berhenti bagi umat Islam sehingga nafas yang terakhir.

#Setiap kali membaca maka tulislah pula apa yang terbaik daripada apa yang kita baca dan hafalkan juga maklumat terbaik daripada apa yang telah kita pelajari. Dan yang paling baik kita membaca mengenai cara hendak kenal Allah swt.

#Terdapat seorang ulamak di zaman lampau membaca 20,000 daripada 60,000 judul buku yang terdapat di sebuah perpustakaan. Betapa hebat dan minatnya beliau dalam membaca dan menambahkan ilmu pengetahuan.

#Saat ini sedang berlangsung Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur kali ke-42 di PWTC bermula 23 Mei hingga 1 Jun 2025. Terdapat 1172 reruai jualan (gerai/booth) yang dipenuhi dengan buku dan bahan ilmiah. PBAKL 2025 kembali dengan tema ‘Buku: Membaca, Memimpin’.

#Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (disingkat menjadi PBAKL) ialah sebuah pesta buku tahunan yang dianjurkan di Malaysia. Ia mula dianjurkan secara rasmi sejak 1981, dengan lokasi tertentu sehingga akhirnya Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur menjadi lokasi rasmi saban tahun. PBAKL dianjurkan oleh Kementerian Pendidikan melalui Majlis Buku Kebangsaan Malaysia dan beberapa persatuan industri tempatan.

#Sepatutnya sebagai umat Islam, marilah kita menyahut perintah al-Quran yang memerintah agar membaca, maka semua umat Islam perlu memanfaatkan Pesta Buku Antarabangsa ini sebagai pesta ilmu yang memanusiakan masyarakat dengan amalan membaca dan berpengetahuan.

#Abdullah bin al-Amri berkata: "Tidak ada sesuatu yang lebih bermanfaat dari buku".

#Suatu ketika, ada seorang lelaki mengadu kepada Imam Ahmad bin Hanbal tentang perasaannya yang sedih dan kesepian. Lalu Imam Ahmad berkata kepada sahabatnya: "Ambil buku lalu baca!".

♡Aktiviti membaca dapat menambah ilmu, wawasan dan meluaskan lagi cakerawala pemikiran setiap orang yang mahu membaca karya-karya orang lain dan ilmu pengetahuan mereka, maka sudah pasti pengetahuan dan wawasannya akan semakin bertambah luas dan akal fikirannya dapat berkembang, terutama jika yang dibaca adalah hal-hal yang bermanfaat dan berfaedah♡

🐊Ust Naim
*Telegram Channel*
Klik link ini untuk join:
http://bit.ly/tadabburkalamullah

*Facebook Page:*
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah

Читать полностью…

Tadabbur Kalamullah

*SEDEKAH JUMAAT: WAQAF PEMBANGUNAN KOLEJ AL-QURAN AN-NUR, BESUT, TERENGGANU*

Klik dan sumbang:
https://toyyibpay.com/WAQAF-KOLEJ-AL-QURRAN-ANNUR

Assalamualaikum wbt ara penyumbang yang budiman..

*Jadikan hari Jumaat yang mulia ini rezeki kita lebih bermakna dengan infaq pembangunan untuk menyiapkan Kolej al-Quran an-Nur, Besut*

Jom bersama-sama merebut peluang jana saham Akhirat dengan infaq untuk menyiapkan Kolej al-Quran An-Nur, Besut. Kos keseluruhan kolej ini mencecah 3.5 juta. Kutipan setakat ini berjaya memperolehi hampir 1 juta. Projek pembangunan kolej ini sedang giat dijalankan. Namun, kebelakangan ini, dana agak kekurangan menyebabkan pembangunan agak perlahan.

Untuk makluman semua, di dalam Kompleks Pendidikan Tahfiz an-Nur, Besut terdapat pembelajaran bermula dari pelajar pra tahfiz, pelajar sekolah rendah tahfiz, pelajar tahfiz sepenuh masa dan pondok warga emas an-Nur. Kompleks Pendidikan Tahfiz an-Nur ini menempatkan:

1. Pusat Asuhan Tunas Islam
2. Sek. Rendah Islam Dar An-Nur
3. Pusat Tahfiz An-Nur
4. Pondok Pengajian Agama Warga Emas an-Nur
5. KOLEJ AL-QURAN AN-NUR (dalam pembinaan)

*SASARAN: RM100 RIBU*

Jom kita menyumbang untuk kelancaran pembangunan Kolej al-Quran an-Nur ini.

Semoga Infaq Tuan/Puan para penyumbang semua menjadi saksi di hadapan Allah kelak dan beroleh syafaat anak-anak penghafaz al-Quran.

Jazakumullahu Khairan Kathira. Semoga dengan bantuan kita mempermudahkan urusan mereka, Allah akan mempermudahkan urusan kita didunia dan di akhirat. InsyaAllah, Aamiiin.
__
Sumbangan boleh disalurkan ke akaun Toyyip Pay:

https://toyyibpay.com/WAQAF-KOLEJ-AL-QURRAN-ANNUR

*Pertubuhan Kebajikan Ilmu dan Amal Selangor
*Maybank_5629_9101_9074
*Cimb_8604_7707_81
*Remark: WAQAF PEMBANGUNAN KOLEJ AL-QURAN AN-NUR

SMS/Whatsapp slip/bukti sumbangan kepada:

📲Ust Naim: http://www.wasap.my/60196023803/WaqafKolejAlQuranAnNur

📲Tn Abu Umar: http://www.wasap.my/60193113501/WaqafKolejAlQuranAnNur

📲Tn Akmalizan: http://www.wasap.my/60172722696/WaqafKolejAlQuranAnNur

📲Puan Zarina: http://www.wasap.my/60193223501/WaqafKolejAlQuranAnNur

*ANDA HULUR, KAMI SALUR*

Читать полностью…

Tadabbur Kalamullah

Follow the Tadabbur Kalamullah channel on WhatsApp: https://whatsapp.com/channel/0029Vb30YXu6mYPSftfvWg1C

Читать полностью…

Tadabbur Kalamullah

Ralat: Sebetulnya tarikh 30 Zulkaedah bukannya 1 Zulhijjah

Читать полностью…

Tadabbur Kalamullah

♡Kita diharuskan berhibur dan menikmati keseronokan dunia ini dalam kerangka yang ditetapkan syarak dan pada masa yang sama jangan sampai melupakan bekalan akhirat dan lalai sehingga melupakan Allah dan perintahNya♡

🐊Ust Naim
*Telegram Channel*
Klik link ini untuk join:
http://bit.ly/tadabburkalamullah

*Facebook Page:*
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah

Читать полностью…

Tadabbur Kalamullah

☆Tadabbur Kalamullah 28 Zulkaedah 1446H☆

وَقَـٰتِلُوهُمۡ حَتَّىٰ لَا تَكُونَ فِتۡنَةࣱ وَیَكُونَ ٱلدِّینُ لِلَّهِۖ فَإِنِ ٱنتَهَوۡا۟ فَلَا عُدۡوَ ٰ⁠نَ إِلَّا عَلَى ٱلظَّـٰلِمِینَ

"Dan perangilah mereka sehingga tidak ada lagi fitnah, dan (sehingga) menjadilah ugama itu semata-mata kerana Allah. Kemudian jika mereka berhenti maka tidaklah ada permusuhan lagi melainkan terhadap orang-orang yang zalim" [Surah al-Baqarah 193]

#Dr. Said Ramadhan al-Buti berkata: "Jihad ialah mencurahkan tenaga pada jalan meninggikan kalimah Allah dan menegakkan masyarakat Islam. Memberikan tenaga melalui peperangan adalah sebahagian darinya. Adapun tujuannya pula adalah menegakkan masyarakat Islam dan membentuk Daulah Islamiyyah (Negara Islam) yang sebenar".

#Tujuan dan matlamat jihad ialah semata-mata untuk menjadikan agama Allah swt mulia dan supaya ajaran Islam, cara hidup Islam dan perundangan Islam dapat dimartabatkan.

#Imam al-Bukhari meriwayatkan sabda Rasulullah saw: "Sesiapa yang berjihad untuk menjadikan kalimah Allah di tempat yang tertinggi maka dia telah berjihad di jalan Allah swt.

#Dalil di atas membuktikan bahawa jihad dalam Islam adalah semata-mata menjaga kesucian agama daripada diceroboh dan memastikn hukum-hukumnya dapat dilaksanakan demi kesejahteraan dan keselamatan manusia di dunia dan di akhirat.

#Imam as-Syeikh Said Hawwa rahimahullah dalam kitabnya Jundullah Thaqafatan wa Akhlaqan telah membahagikan jihad kepada lima jenis:

1. Pertama: Jihad dengan lisan
2. Kedua: Jihad dengan pengajaran (ta’limi)
3. Ketiga: Jihad dengan tangan dan jiwa raga
4. Keempat: Jihad siasah (politik)
5. Kelima: Jihad harta

#Sabda Rasulullah saw: "Berjihadlah menentang orang-orang Musyrikin dengan harta, diri dan lidah kamu" (HR ad-Darami)

#Jangan sesekali mengabaikan tuntutan jihad. Meninggalkan jihad menyebabkan kebinasaan. Allah swt telah berfirman:

إِلَّا تَنفِرُوا۟ یُعَذِّبۡكُمۡ عَذَابًا أَلِیمࣰا وَیَسۡتَبۡدِلۡ قَوۡمًا غَیۡرَكُمۡ وَلَا تَضُرُّوهُ شَیۡـࣰٔاۗ وَٱللَّهُ عَلَىٰ كُلِّ شَیۡءࣲ قَدِیرٌ

"Jika kamu tidak pergi beramai-ramai (untuk berperang pada jalan Allah - membela ugamaNya), Allah akan menyeksa kamu dengan azab seksa yang tidak terperi sakitnya dan Ia akan menggantikan kamu dengan kaum yang lain, dan kamu tidak akan dapat mendatangkan bahaya sedikitpun kepadaNya. Dan (ingatlah) Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu" [Surah at-Tawbah 39]

#Berkata Imam Ibnu al-Arabi rahimahullah: "Bahawa ayat ini merupakan ancaman yang keras terhadap mereka yang tidak mahu berangkat untuk berperang berhadapan dengan orang-orang kafir agar agama Allah itu lebih tinggi. Adapun jenis-jenis azab seksa menurut Ibnu al-Arabi ialah dikuasai oleh musuh di dunia ini dan diazab dalam neraka di akhirat nanti.

♡Berjihadlah dan perangilah musuh-musuh Allah dengan bersungguh-sungguh mengikut kemampuan masing-masing. Moga Islam sentiasa dipelihara dan sentiasa berada dalam kemuliaan dan sentiasa menang♡

🐊Ust Naim
*Telegram Channel*
Klik link ini untuk join:
http://bit.ly/tadabburkalamullah

*Facebook Page:*
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah

Читать полностью…

Tadabbur Kalamullah

#Penasihat yang baik adalah yang bijaksana dan taat. Penasihat inilah yang berperanan besar dalam mencorakkan seseorang termasuk pemimpin, selain kemampuan kepimpinan pemimpin itu sendiri.

♡Berdampinglah dengan insan-insan yang soleh lagi bertaqwa dan sentiasa dapatkan nasihat dan bimbingan mereka. InsyaAllah selamat dan bahagia dunia akhirat♡

🐊Ust Naim
*Telegram Channel*
Klik link ini untuk join:
http://bit.ly/tadabburkalamullah

*Facebook Page:*
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah

Читать полностью…
Subscribe to a channel