Oleh Ustaz Muhamad Naim Haji Hashim
☆Tadabbur Kalamullah 26 Zulkaedah 1446H☆
وَٱصۡبِرۡ نَفۡسَكَ مَعَ ٱلَّذِینَ یَدۡعُونَ رَبَّهُم بِٱلۡغَدَوٰةِ وَٱلۡعَشِیِّ یُرِیدُونَ وَجۡهَهُۥۖ وَلَا تَعۡدُ عَیۡنَاكَ عَنۡهُمۡ تُرِیدُ زِینَةَ ٱلۡحَیَوٰةِ ٱلدُّنۡیَاۖ وَلَا تُطِعۡ مَنۡ أَغۡفَلۡنَا قَلۡبَهُۥ عَن ذِكۡرِنَا وَٱتَّبَعَ هَوَىٰهُ وَكَانَ أَمۡرُهُۥ فُرُطࣰا
"Dan jadikanlah dirimu sentiasa berdamping rapat dengan orang-orang yang beribadat kepada Tuhan mereka pada waktu pagi dan petang, yang mengharapkan keredaan Allah semata-mata; dan janganlah engkau memalingkan pandanganmu daripada mereka hanya kerana engkau mahukan kesenangan hidup di dunia; dan janganlah engkau mematuhi orang yang Kami ketahui hatinya lalai daripada mengingati dan mematuhi pengajaran Kami di dalam Al-Quran, serta ia menurut hawa nafsunya, dan tingkah-lakunya pula adalah melampaui kebenaran" [Surah al-Kahfi 28]
#Allah swt memerintahkan orang beriman agar sentiasa mendampingi orang soleh, ahli ibadah dan orang alim. Mendampingi orang yang baik adalah perbuatan bijaksana dan bijak. Ini kerana mereka berperanan besar dalam mencorakkan seseorang. Jika seorang pemimpin, maka berdampinglah dengan penasihat yang takutkan Allah swt, bukannya kaki bodek dan kaki pengampu.
#Kerajaan Umawiyyah tertubuh pada 41H/661M setelah Khalifah Hasan bin Ali menyerahkan kekuasaan kepada Sayidina Mu’awiyah bin Abi Sufyan r.a. Pemerintahan kerajaan ini berlangsung selama 91 tahun dengan dipimpin oleh keturunan-keturunan Bani Umayyah. Kerajaan Bani Umayyah memiliki penasihat-penasihat yang terdiri daripada para ulamak yang mempunyai keluasan dalam ilmu serta pemikiran yang tajam. Penasihat yang paling menonjol bernama Raja’ bin Haiwah.
#Beliau sentiasa memberikan pandangan-pandangan yang cerdas, bijak dan diredhai oleh Allah dalam urusan-urusan politik dan kehidupan Sultan. Beliau menjadi penasihat ketika zaman pemerintahan Sultan Sulaiman bin Abdul Malik. Sebelum Sultan meninggal dunia, baginda telah meminta Raja’ bin Haiwah memberi nasihat dan pandangannya berkaitan calon yang wajar menjadi pengganti khalifah. Raja’ bin Haiwah lalu berkata: "Antara yang dapat memelihara khalifah dalam kuburnya nanti adalah apabila dia melantik orang yang soleh untuk memegang pemerintahan umat Islam".
#Sultan Sulaiman lalu mencadangkan pengganti yang bukan daripada saudara kandung, bukan juga anaknya, tetapi sepupunya iaitu Umar bin Abdul Aziz. Sultan lalu bertanya pandangan Raja’ bin Haiwah, lalu dijawabnya: "Saya berpandangan bahawa dia seorang yang baik, seorang Muslim yang mulia, menyukai kebaikan dan sukakan orang-orang yang baik. Namun, aku bimbang saudara-saudaramu akan tidak bersetuju dengannya".
#Sultan Sulaiman lantas mengambil satu tindakan politik bertujuan agar cadangannya tersebut mendapat sokongan daripada kaum keluarga baginda. Beliau mencadangkan Umar bin Abdul Aziz sebagai khalifah, manakala adiknya iaitu Yazid bin Abdul Malik pula sebagai timbalan (wali al-‘ahd). Baginda Sultan menulis surat rasminya dengan menyebut: "Bismillahir Rahmanir Rahim. Ini surat Sulaiman bin Abdul Malik untuk Umar bin Abdul Aziz. Aku telah melantiknya menjadi khalifah selepas daripadaku dan selepasnya Yazid bin Abdul Malik. Dengar dan taatlah kamu semua kepadanya (Umar bin Abdul Aziz). Janganlah kamu berselisih pendapat, jika tidak musuh-musuh akan bertindak ke atas kamu" (Lihat: al-Bidayah wa al-Nihayah)
#Tindakan Sultan Sulaiman ini memberi satu jasa besar serta membawa rahmat kepada dunia Islam. Beliau mengenepikan kebiasaan dan mengambil tindakan berani dengan melantik calon yang agak jauh untuk menjadi khalifah.
Khalifah Umar bin Abdul Aziz kemudiannya sepertimana tercatat dalam sejarah, menjadi seorang khalifah yang soleh dan adil. Sepanjang tempoh pemerintahannya, keadilan yang beliau terapkan telah mencipta satu zaman pemerintahan yang gilang gemilang. Pemerintahan beliau hanya berlangsung selama dua tahun dan beberapa bulan. Namun, telah mencatat pelbagai tindakan pembaharuan yang sangat penting. Beliau juga telah memperbetulkan kembali perjalanan tadbir urus negara Islam. (Lihat: Siyar A’lam an-Nubala')
☆Tadabbur Kalamullah 25 Zulkaedah 1446H☆
وَلَا تَسۡتَوِی ٱلۡحَسَنَةُ وَلَا ٱلسَّیِّئَةُۚ ٱدۡفَعۡ بِٱلَّتِی هِیَ أَحۡسَنُ فَإِذَا ٱلَّذِی بَیۡنَكَ وَبَیۡنَهُۥ عَدَ ٰوَةࣱ كَأَنَّهُۥ وَلِیٌّ حَمِیمࣱ
"Dan tidaklah sama (kesannya dan hukumnya) perbuatan yang baik dan perbuatan yang jahat. Tolaklah (kejahatan yang ditujukan kepadamu) dengan cara yang lebih baik; apabila engkau berlaku demikian maka orang yang menaruh rasa permusuhan terhadapmu, dengan serta merta akan menjadi seolah-olah seorang sahabat karib" [Surah Fuṣṣilat 34]
#Dalam ayat ini, Allah swt menyebut kesan kebaikan kalau kita berbaik dengan orang lain. Kita membalas kejahatan dengan kebaikan. Keadaan ini akan menyebabkan seorang musuh berubah menjadi sahabat atau pengikut setia.
#Dikisahkan ketika berlaku penaklukan semula Palestin oleh Sultan Salahuddin al-Ayyubi, dicatatkan seramai lebih daripada 100,000 orang Kristian termasuk lelaki, perempuan dan kanak-kanak telah ditawan oleh tentera Islam. (Lihat: Kitab al-Fath al-Qussi fi al-Fath al-Qudsi, Imaduddin al-Isfahani)
#Santunan atau layanan yang ditunjukkan oleh Sultan Salahuddin al-Ayyubi sangat berbeza berbanding apa yang telah dilakukan oleh tentera Salib terhadap umat Islam sebelum ini yang telah dikenakan hukuman bunuh. Sultan Salahuddin sebaliknya mengambil sikap memaafkan kepada masyarakat Kristian. Malah, kesemua mereka dibebaskan setelah membayar wang tebusan diri iaitu bagi lelaki 10 dinar, perempuan sebanyak 5 dinar dan kanak-kanak dikenakan 2 dinar. (Lihat: al-Islam wa al-Qadiyyah al-Filistiniyyah, Abdullah Nasih ‘Ulwan)
#Orang-orang miskin seramai 7000 orang juga telah dibebaskan dengan jumlah pembayaran sebanyak 30,000 dinar secara sekaligus. Walaubagaimanapun, sekiranya wang tebusan diri tersebut tidak mampu dibayar oleh sebahagian mereka, maka secara automatik mereka akan terus berada dalam tahanan.
#Hal ini mencerminkan kebaikan, keselamatan dan keamanan Islam itu sendiri kerana pendekatan yang diambil oleh Sultan Salahuddin tersebut menjadikan pertempuran dan pertentangan dapat dielakkan. Ini sekaligus menatijahkan tragedi kehilangan nyawa dan pertumpahan darah yang dahsyat dapat dielakkan.
#Dicatatkan juga dalam sejarah bahawa Sultan Salahuddin turut membekalkan sejumlah wang dan haiwan tunggangan apabila beliau melihat ada para tebusan yang membawa ibu bapa dan saudara tetangga yang telah berumur. Ini berlaku dalam kalangan mereka yang telah membayar wang tebusan diri untuk bebas. (Lihat: al-Islam wa al-Qadiyyah al-Filistiniyyah)
#Bahkan, bagi memastikan mereka selamat sampai ke destinasi yang dituju, Salahuddin turut mengarahkan tenteranya agar mengiringi para tebusan tersebut. (Lihat: Saladin and the Fall of Jerusalem, Geoffrey Regan)
#Hal ini jelas menggambarkan bagaimana sikap Islam yang penuh dengan keramahan, kemaafan, keamanan, keharmonian, toleransi dan keadilan dalam membentuk satu sistem kehidupan masyarakat majmuk yang aman dan damai.
♡Memaafkan adalah sifat dan sikap yang terpuji dan mulia. Selagi ada jalan untuk memaafkan, maka carilah ruang untuk memaafkan. Itulah kemurnian ajaran Islam. Islamlah nescaya selamat dan damai!!♡
🐊Ust Naim
*Telegram Channel*
Klik link ini untuk join:
http://bit.ly/tadabburkalamullah
*Facebook Page:*
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah
☆Tadabbur Kalamullah 23 Zulkaedah 1446H☆
یَـٰۤأَیُّهَا ٱلَّذِینَ ءَامَنُوا۟ كُونُوا۟ قَوَّ ٰمِینَ بِٱلۡقِسۡطِ شُهَدَاۤءَ لِلَّهِ وَلَوۡ عَلَىٰۤ أَنفُسِكُمۡ أَوِ ٱلۡوَ ٰلِدَیۡنِ وَٱلۡأَقۡرَبِینَۚ إِن یَكُنۡ غَنِیًّا أَوۡ فَقِیرࣰا فَٱللَّهُ أَوۡلَىٰ بِهِمَاۖ فَلَا تَتَّبِعُوا۟ ٱلۡهَوَىٰۤ أَن تَعۡدِلُوا۟ۚ وَإِن تَلۡوُۥۤا۟ أَوۡ تُعۡرِضُوا۟ فَإِنَّ ٱللَّهَ كَانَ بِمَا تَعۡمَلُونَ خَبِیرࣰا
"Wahai orang-orang yang beriman! Hendaklah kamu menjadi orang-orang yang sentiasa menegakkan keadilan, lagi menjadi saksi (yang menerangkan kebenaran) kerana Allah, sekalipun terhadap diri kamu sendiri, atau ibu bapa dan kaum kerabat kamu. Kalaulah orang (yang didakwa) itu kaya atau miskin (maka janganlah kamu terhalang daripada menjadi saksi yang memperkatakan kebenaran disebabkan kamu bertimbang rasa), kerana Allah lebih bertimbang rasa kepada keduanya. Oleh itu, janganlah kamu turutkan hawa nafsu supaya kamu tidak menyeleweng dari keadilan. Dan jika kamu memutar-balikkan keterangan ataupun enggan (daripada menjadi saksi), maka sesungguhnya Allah sentiasa Mengetahui dengan mendalam akan apa yang kamu lakukan" [Surah an-Nisāʾ 135]
#Dua orang anak Sayidina Umar al-Khattab r.a iaitu Abdullah dan Ubaidillah bermusafir. Mereka melintasi kawasan Sayidina Abu Musa al-Asyaari r.a. Ketika itu beliau menjadi gabenor di Basrah. Mereka singgah menziarahinya.
Sayidina Abu Musa meraikan mereka berdua. Beliau berkata: "Aku suka buat suatu perkara yang kamu berdua boleh ambil manfaat darinya. Aku ada harta dari harta Baitulmuslimin. Aku mahu hantarkan kepada Amirul Mukminin. Kamu berdua ambil dahulu harta ini, beli barang untuk perniagaan dari Iraq, kemudian jual di Madinah. Kamu ambil untung darinya, dan beri modal asal kepada Amirul Mukminin".
Abdullah dan Ubaidillah melakukannya, dan mereka mendapat untung darinya.
Apabila berita tersebut sampai kepada Sayidina Umar, beliau berkata: "Adakah Sayidina Abu Musa beri modal kepada semua anggota rombongan atau untuk kamu berdua sahaja?"
Mereka berdua menjawab: "Bahkan. Dia beri kepada kami sahaja".
Sayidina Umar menjawab: "Dia buat begitu kepada kamu berdua kerana kamu anak Amirul Mukminin. Sebab itu dia memuliakan kamu".
Umar meminta kedua-duanya memberi modal dan untung kepada Baitulmal. Selepas berdebat panjang antaranya dan anaknya, Ubaidillah, Sayidina Umar mengambil jalan tengah dengan mengambil modal dan separuh untung untuk Baitulmal. Separuh untung lagi untuk Abdullah dan Ubaidillah. (Lihat: Albayan al-Fasil Baina al-Haq wal Batil, Ali Fikri)
#Kisah ini menunjukkan sikap Sayidina Umar yang sangat tegas dan berprinsip dalam semua keadaan, sebagai satu sifat hebat bagi seorang pemimpin yang perlu diteladani. Sayidina Umar memahamkan kita semua bahawa harta Baitulmal ialah untuk kegunaan orang Islam. Tidak boleh dibuat dan diguna sewenang-wenangnya walaupun ianya melibatkan anak pimpinan tertinggi.
#Sehebat mana pun kita menyayangi anak dan kaum kerabat, namun hukum syarak iaitu Allah dan Rasul perlu lebih disayangi. Maka benarlah Sayidina Umar apabila mendahulukan syarak daripada anaknya. Ia adalah tanda iman yang kuat dalam diri seseorang.
#Sepintas lalu, kelihatan tidak ada apa-apa yang kurang dalam isu ini kerana modal asal tetap dikembalikan kepada Baitulmal. Namun, cara yang dibuat oleh kedua-dua anaknya tetap tidak disenangi oleh Sayidina Umar bin al-Khattab r.a.
♡Bagi sesiapa yang mengurus dan bertanggungjawab terhadap harta Baitulmal, harta Zakat, harta Wakaf, harta negara, harta rakyat, harta awam atau harta orang ramai, maka perlu mengambil contoh dari kisah ini agar harta umat Islam dan harta orang ramai diurus dengan baik, telus, adil, amanah dan saksama serta tidak digunakan sewenang-wenangnya♡
🐊Ust Naim
*Telegram Channel*
Klik link ini untuk join:
http://bit.ly/tadabburkalamullah
*Facebook Page:*
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah
☆Tadabbur Kalamullah 21 Zulkaedah 1446H☆
یَـٰۤأَیُّهَا ٱلَّذِینَ ءَامَنُوا۟ كُونُوا۟ قَوَّ ٰمِینَ لِلَّهِ شُهَدَاۤءَ بِٱلۡقِسۡطِۖ وَلَا یَجۡرِمَنَّكُمۡ شَنَـَٔانُ قَوۡمٍ عَلَىٰۤ أَلَّا تَعۡدِلُوا۟ۚ ٱعۡدِلُوا۟ هُوَ أَقۡرَبُ لِلتَّقۡوَىٰۖ وَٱتَّقُوا۟ ٱللَّهَۚ إِنَّ ٱللَّهَ خَبِیرُۢ بِمَا تَعۡمَلُونَ
"Wahai orang-orang yang beriman, hendaklah kamu semua sentiasa menjadi orang-orang yang menegakkan keadilan kerana Allah, lagi menerangkan kebenaran; dan jangan sekali-kali kebencian kamu terhadap sesuatu kaum itu mendorong kamu kepada tidak melakukan keadilan. Hendaklah kamu berlaku adil (kepada sesiapa jua) kerana sikap adil itu lebih hampir kepada taqwa. Dan bertaqwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui dengan mendalam akan apa yang kamu lakukan" [Surah al-Māʾidah 8]
#Sayidina Umar al-Khattab r.a yang menjadi khalifah kedua pernah menulis kepada Sayidina Abu Musa al-Asy’ari r.a ketika Sayidina Abu Musa dilantik menjadi gabenor di Kufah dan Basrah pada tahun ke 21H.
#Surat tersebut mengandungi sekitar 20 baris muka surat kertas. Surat ini dianggap oleh para sarjana Islam sebagai dasar-dasar hukum, kesaksian, adab hakim dan mufti. Ada juga ulamak mengatakan ia dipenuhi dengan adab-adab penghakiman. Ia dibuat kajian dan pencerahan oleh para ulamak Islam, terutama dalam bidang siasah syar'iyyah, kehakiman dan pemerintahan Islam.
#Di antara isi kandungan awal surat itu ialah Sayidina Umar menyebut:
فإن القضاء فريضة محكمة و سنة متبعة
"Sesungguhnya penghakiman itu adalah kewajipan yang ditetapkan dan sunnah yang diikuti"
#Surat ini dimulakan dengan satu kenyataan tegas dari seorang pemerintah yang sangat sensitif dengan keadilan bahawa penghakiman terhadap sesuatu kes adalah perkara yang wajib dilaksanakan.
#Pelaksanaannya pula tentulah berteraskan keadilan yang telah diajar dan ditunjuk oleh Nabi saw melalui sunnahnya yang berlangsung selama 23 tahun ketika hayat Baginda dan dirujuk juga kepada al-Quran sebagai sumber wahyu terhadap semua aspek kehidupan.
#Sayidina Abu Musa al-Asy’ari r.a adalah sahabat Nabi saw. Tentunya beliau seorang yang adil, kerana kaedah menyebut:
الصحابي كلهم عدول
"Para sahabat Nabi saw semuanya adil"
#Namun begitu, Sayidina Umar tetap menulis surat ini sebagai peringatan supaya menguruskan penghakiman kes-kes yang berlaku secara adil.
#Kalau Sayidina Umar yang adil menyuruh Sayidina Abu Musa al-Asy’ari yang bersifat adil berlaku adil, maka bagaimana dengan kita? Tentunya peringatan itu lebih lagi dan perlu dinasihat berulang kali.
#Seruan menegakkan keadilan, membasmi kezaliman adalah antara tema dakwah Nabi saw. Baginda saw bersabda:
إنه لا قدست أمة لا يأخذ الضعيف فيها حقه غير متعتع (صحيح الجامع)
"Bahawa Allah tidak mensucikan umat, di mana orang yang lemah tidak dapat mengambil haknya tanpa teragak-agak" (Lihat: Sahih Jami')
#Keadilan menjadi tajuk penting dalam mesej yang dibawa oleh para nabi dan rasul. Ia juga menjadi prinsip kemanusiaan sejagat yang diperjuangkan oleh para pemimpin yang ikhlas.
#Keadilan juga menjadi kayu ukur maju atau mundur sesuatu tamadun dan umat. Ia menjadi penilai samada tamadun dan umat itu bahagia atau sebaliknya. Apabila keadilan tegak di kalangan manusia, hidup mereka aman sentosa. Hati mereka bahagia. Pemikiran mereka sejahtera. Jasmani dan rohani mereka tidak menderita. Kesan berlakunya adil ada di mana-mana dan merata-rata.
♡Sebagai umat Nabi saw, kita wajib mengikut Baginda saw, termasuk menegakkan keadilan dalam semua lapangan hidup. Berlaku adillah, moga naungan rahmat Allah menjadi milik kita di mahsyar kelak♡
🐊Ust Naim
*Telegram Channel*
Klik link ini untuk join:
http://bit.ly/tadabburkalamullah
*Facebook Page:*
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah
☆Tadabbur Kalamullah 19 Zulkaedah 1446H☆
وَإِذۡ قَالَ لُقۡمَـٰنُ لِٱبۡنِهِۦ وَهُوَ یَعِظُهُۥ یَـٰبُنَیَّ لَا تُشۡرِكۡ بِٱللَّهِۖ إِنَّ ٱلشِّرۡكَ لَظُلۡمٌ عَظِیمࣱ
Dan (ingatlah) ketika Luqman berkata kepada anaknya, semasa ia memberi nasihat kepadanya: "Wahai anak kesayanganku, janganlah engkau mempersekutukan Allah (dengan sesuatu yang lain), sesungguhnya perbuatan syirik itu adalah satu kezaliman yang besar" [Surah Luqman 13]
#Menurut Syeikh Mutawalli Sya’rawi, nasihat ialah memberi peringatan tentang maklumat yang telah diketahui sebelum ia dilupakan atau terlupa. Jadi, nasihat bukan menyampaikan maklumat yang baru tetapi mengingatkan apa yang telah diketahui sebelumnya. Nasihat berbeza dengan mengajar. Menasihati anak bererti mengingatkannya tentang apa yang telah dipelajarinya.
#Antara peranan ayah dan juga ibu adalah menasihati anak.
Selain menasihati, ibu bapa juga berperanan sebagai guru dalam memberi tunjuk ajar kepada anak-anak mereka. Untuk mengajar, mungkin ayah dan ibu sendiri yang mengajar atau pihak lain kerana untuk mengajar, seseorang perlu ada ilmu. Namun untuk menasihati, maka sesiapa sahaja boleh menasihati atau memberi peringatan.
#Adakalanya ibu bapa tidak mempunyai ilmu dalam semua bidang untuk mengajar anaknya. Maka guru yang mahir dan mendalam ilmunya diperlukan untuk mengajar anak mereka.
#Perkataan memberi nasihat dalam ayat diatas didatangkan dengan menggunakan perkataan fi’il mudhari’ (menunjukkan sesuatu yang telah berlaku tapi masih belum sempurna, sebaliknya masih terus berlaku). Ini menunjukkan nasihat diberikan secara berterusan, bukan pada satu masa tertentu sahaja. Ia berlaku sepanjang masa. Inilah yang dituntut oleh Allah swt dalam al-Quranul Karim.
#Allah swt menceritakan bahawa Nabi Yaakub Alaihissalam menasihati anak-anaknya hingga ke saat akhir hayatnya. Firman Allah swt:
أَمۡ كُنتُمۡ شُهَدَاۤءَ إِذۡ حَضَرَ یَعۡقُوبَ ٱلۡمَوۡتُ إِذۡ قَالَ لِبَنِیهِ مَا تَعۡبُدُونَ مِنۢ بَعۡدِیۖ قَالُوا۟ نَعۡبُدُ إِلَـٰهَكَ وَإِلَـٰهَ ءَابَاۤىِٕكَ إِبۡرَ ٰهِـۧمَ وَإِسۡمَـٰعِیلَ وَإِسۡحَـٰقَ إِلَـٰهࣰا وَ ٰحِدࣰا وَنَحۡنُ لَهُۥ مُسۡلِمُونَ
"(Demikianlah wasiat Nabi Yaakub, bukan sebagaimana yang kamu katakan itu wahai orang-orang Yahudi)! Kamu tiada hadir ketika Nabi Yaakub hampir mati, ketika ia berkata kepada anak-anaknya: "Apakah yang kamu akan sembah sesudah aku mati?" Mereka menjawab: "Kami menyembah Tuhanmu dan Tuhan datuk nenekmu Ibrahim dan Ismail dan Ishak, iaitu Tuhan yang Maha Esa, dan kepadaNyalah sahaja kami berserah diri (dengan penuh iman)" [Surah al-Baqarah 133]
#Ketahuilah bahawa nasihat paling penting ialah, 'jangan mempersekutukan Allah kerana perbuatan syirik itu adalah satu kezaliman yang besar'. Allah adalah Tuhan yang menciptakan sekalian makhluk, yang memberi rezeki dan mentadbirkan semua urusan mereka. Maka tidak syak lagi Dialah satu-satu yang wajib disembah dan ditaati. Menyembah selain Allah swt dikatakan sebagai satu kezaliman yang besar kerana mereka tidak ada peranan langsung dalam mencipta, memberi rezeki dan mentadbir urusan alam ini walau sekelumit pun.
#Menasihati anak secara berterusan dalam mengingati dan mendekatkan diri kepada Allah swt merupakan satu perkara yang bernilai disisi Allah swt sehingga Allah merakam dan mengabadikan kisah nasihat Luqman al-Hakim di dalam kalamNya yang mulia.
♡Jangan sekali-kali kita memandang ringan ketika kita menasihati anak. Ingat! Allah memerhati dan menghargainya sebagaimana Dia menghargai nasihat Luqman al-Hakim♡
🐊Ust Naim
*Telegram Channel*
Klik link ini untuk join:
http://bit.ly/tadabburkalamullah
*Facebook Page:*
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah
☆Tadabbur Kalamullah 18 Zulkaedah 1446H☆
ٱلطَّلَـٰقُ مَرَّتَانِ ۖ فَإِمْسَاكٌۢ بِمَعْرُوفٍ أَوْ تَسْرِيحٌۢ بِإِحْسَـٰنٍ
"Talak (yang boleh dirujuk kembali itu hanya) dua kali. Sesudah itu bolehlah ia (rujuk dan) memegang terus (isterinya itu) dengan cara yang sepatutnya atau melepaskan (menceraikannya) dengan cara yang baik" [Surah al-Baqarah 229]
#Talak bermaksud pelepasan ikatan nikah dengan ucapan talak, cerai, dan sebagainya oleh suami.
#Talak akan jatuh jika dilafazkan oleh suami kepada isteri sama ada secara sarih (jelas), sekalipun tanpa niat, dan secara kinayah (kiasan) jika disertakan dengan niat. Tiada pengecualian di dalam Syarak jika talak berkenaan disebut ketika waktu normal, bergaduh mahupun bergurau.
#Talak satu dan dua, boleh dirujuk semula. Namun jika talak tiga (samada sekaligus atau tiga kali talak yang berasingan) maka jadilah talak bain kubra maka tidak boleh dirujuk semula lagi.
#Sesiapa yang terlibat dalam kes talak tiga maka tidak halal baginya berkahwin semula dengan bekas isterinya kecuali jika bekas isterinya berkahwin dengan lelaki lain dengan akad yang sah dan telah melakukan hubungan jimak bersama suami barunya, kemudian dia bercerai dan tamat iddahnya, maka selepas daripada itu, bekas suaminya boleh bernikah semula dengan akad yang baru bersama bekas isterinya.
#Ini adalah sebagaimana yang difirmankan oleh Allah swt:
فَإِن طَلَّقَهَا فَلَا تَحِلُّ لَهُ مِن بَعْدُ حَتَّىٰ تَنكِحَ زَوْجًا غَيْرَهُ ۗ فَإِن طَلَّقَهَا فَلَا جُنَاحَ عَلَيْهِمَا أَن يَتَرَاجَعَا إِن ظَنَّا أَن يُقِيمَا حُدُودَ اللَّـهِ
Sesudah (diceraikan dua kali) itu, jika diceraikan pula (bagi kali yang ketiga) maka perempuan itu tidak halal lagi baginya sesudah itu, sehingga ia berkahwin dengan suami yang lain. Setelah itu kalau ia diceraikan (oleh suami baharu itu dan habis iddahnya), maka mereka berdua (suami lama dan bekas isterinya) tidaklah berdosa untuk kembali (maskahwin semula), jika mereka kuat menyangka akan dapat menegakkan aturan-aturan hukum Allah swt" [Surah al-Baqarah 230]
#Hak nafkah terhadap isteri yang diceraikan adalah bergantung kepada kedudukan talak itu sendiri iaitu sama ada iddah talak raj’i (yang boleh dirujuk) atau iddah talak ba’in (yang tidak boleh dirujuk). Bagi isteri yang berada dalam idah talak raj’i berhak mendapat semua nafkah sebagaimana nafkah yang diterima sewaktu dalam perkahwinan. Namun, sekiranya isteri itu diceraikan dengan sebab nusyuz, maka dia tidak layak untuk mendapat nafkah dalam tempoh iddah tersebut. (Lihat: Minhaj al-Talibin dan Fath al-Mu’in)
#Manakala, perempuan yang berada dalam idah talak ba’in dan mengandung, berhak mendapat nafkah perbelanjaan termasuk tempat tinggal. Syeikh Zainuddin ada menyebut:
وتجب النفقة أيضا لمطلقة حامل بائن بالطلاق الثلاث
"Nafkah juga wajib diberikan kepada wanita yang mengandung (yang telah diceraikan) dengan talak tiga" (Lihat: Fath al-Mu’in)
#Namun, wanita yang diceraikan dengan talak ba’in wajib diberikan tempat kediaman dan tidak wajib diberi nafkah dan segala bentuk perbelanjaan. Perkara ini dijelaskan oleh Syeikh Muhammad bin Ismail di dalam kitabnya seperti berikut:
1. Wajib diberikan (disediakan) tempat kediaman bagi perempuan yang dicerai ba’in.
2. Tidak wajib diberi nafkah dan segala bentuk perbelanjaan seperti pakaian, lauk dan lain-lain lagi kecuali mengandung mengikut pendapat yang sahih. (Lihat: Matla’ al-Badrain)
♡Penceraian walaupun dibenci namun ia disyariatkan di dalam Islam. Islam menekankan tanggungjawab suami dalam memberi nafkah terhadap isteri bukan sahaja sepanjang tempoh perkahwinan, bahkan pensyariatan ini berjalan dan dilaksanakan selepas terjadinya perceraian♡
🐊Ust Naim
*Telegram Channel*
Klik link ini untuk join:
http://bit.ly/tadabburkalamullah
*Facebook Page:*
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah
☆Tadabbur Kalamullah 16 Zulkaedah 1446H☆
وَقَدۡ نَزَّلَ عَلَیۡكُمۡ فِی ٱلۡكِتَـٰبِ أَنۡ إِذَا سَمِعۡتُمۡ ءَایَـٰتِ ٱللَّهِ یُكۡفَرُ بِهَا وَیُسۡتَهۡزَأُ بِهَا فَلَا تَقۡعُدُوا۟ مَعَهُمۡ حَتَّىٰ یَخُوضُوا۟ فِی حَدِیثٍ غَیۡرِهِۦۤ إِنَّكُمۡ إِذࣰا مِّثۡلُهُمۡۗ إِنَّ ٱللَّهَ جَامِعُ ٱلۡمُنَـٰفِقِینَ وَٱلۡكَـٰفِرِینَ فِی جَهَنَّمَ جَمِیعًا
"Dan sesungguhnya Allah telahpun menurunkan kepada kamu (perintahNya) di dalam Kitab (Al-Quran), iaitu: apabila kamu mendengar ayat-ayat keterangan Allah diingkari dan diejek-ejek (oleh kaum kafir dan munafik), maka janganlah kamu duduk (bergaul) dengan mereka sehingga mereka masuk kepada memperkatakan soal yang lain; kerana sesungguhnya (jika kamu melakukan yang demikian), tentulah kamu sama seperti mereka. Sesungguhnya Allah akan menghimpunkan sekalian orang manufik dan orang kafir di dalam neraka jahannam" [Surah an-Nisāʾ 140]
#Sebahagian ulamak berpendapat: "Ayat 'tentulah kamu sama seperti mereka' bermaksud jika kamu duduk bersama dengan mereka, kamu mendapat dosa yang sama seperti mereka.
#Mendengar perkataan-perkataan maksiat seperti mengumpat, mencarut, mencela, memfitnah, menagdu domba, melaga-lagakan orang lain, menghina dan memburukkan orang lain tidak kurang dosanya dengan orang yang menuturkan kata-kata tersebut.
#Al-Imam Abu Hamid Al-Ghazāli rahimahullah berkata:
ولا تظن أن الإثم يختص به القائل دون المستمع
"Jangan kamu menyangka yang dosa hanya terkhusus kepada orang yang menyebut sahaja dan tidak kena pada orang yang mendengar" (Lihat: Bidayah Al-Hidayah)
#Imam al-Ghazali rahimahullah berhujah dengan sebuah riwayat yang menyebut:
أن المستمع شريك القائل، وهو أحد المغتابين
"Sesungguhnya orang yang mendengar itu adalah pasangan bagi orang yang bercakap. Dia merupakan salah seorang dari yang mengumpat".
#Berkata Imam an-Nawawi rahimahullah:
اعلم أنه ينبغي لمن سمع غيبة مسلم أن يردها، ويزجر قائلها، فإن لم ينزجر بالكلام
زجره بيده، فإن لم يستطع باليد، ولا باللسان فارق ذلك المجلس، فإن سمع غيبة شيخه أو غيره ممن له عليه حق، أو من أهل الفضل والصلاح، كان الاعتناء بما ذكرناه أكثر
"Ketahuilah sesungguhnya sesiapa yang mendengar seseorang Muslim sedang mengumpat, maka dia perlulah berpaling darinya, dan melarang mereka daripada berkata sedemikian, sekiranya dia tidak mencegah dengan ucapannya, maka dia perlu mencegah dengan tangannya, sekiranya dia tidak mampu mencegah dengan tangannya dan juga dengan lidahnya, jauhilah majlis mengumpat itu. Sekiranya dia mendengar orang tuanya atau orang-orang yang dia perlu hormati atau orang-orang yang dia muliakan dan orang-orang soleh mengumpat, maka lebih-lebih lagi dia perlu mengambil perhatian untuk mengingatkan mereka tentang bahaya mengumpat".
♡Redha apabila mendengar atau melihat maksiat itu adalah sejenis maksiat juga. Maka jauhi mendengar perkara maksiat. Dengarlah yang baik-baik dan mendatangkan pahala♡
🐊Ust Naim
*Telegram Channel*
Klik link ini untuk join:
http://bit.ly/tadabburkalamullah
*Facebook Page:*
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah
☆Tadabbur Kalamullah 14 Zulkaedah 1446H☆
إِنَّا عَرَضْنَا الْأَمَانَةَ عَلَى السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ وَالْجِبَالِ فَأَبَيْنَ أَن يَحْمِلْنَهَا وَأَشْفَقْنَ مِنْهَا وَحَمَلَهَا الْإِنسَانُ ۖ إِنَّهُ كَانَ ظَلُومًا جَهُولًا
"Sesungguhnya Kami telah kemukakan tanggungjawab amanah (Kami) kepada langit dan bumi serta gunung-ganang (untuk memikulnya), maka mereka enggan memikulnya dan bimbang tidak dapat menyempurnakannya (kerana tidak ada pada mereka persediaan untuk memikulnya); dan (pada ketika itu) manusia (dengan persediaan yang ada padanya) sanggup memikulnya. (Ingatlah) sesungguhnya tabiat kebanyakan manusia adalah suka melakukan kezaliman dan suka pula membuat perkara-perkara yang tidak patut dikerjakan" [Surah al-Ahzab 72]
#Perkara utama yang wajib dilakukan oleh pemimpin adalah menunaikan segala amanah yang telah diberikan. Jika khianat dan menipu, neraka menunggu.
#Diriwayatkan daripada Sayidina Ma’qal bin Yasar r.a bahawa Baginda saw bersabda:
ما مِن عَبْدٍ اسْتَرْعاهُ اللَّهُ رَعِيَّةً، فَلَمْ يَحُطْها بنَصِيحَةٍ، إلَّا لَمْ يَجِدْ رائِحَةَ الجَنَّةِ
"Tiada seorang hamba yang telah diamanahkan oleh Allah swt untuk menguruskan hal ehwal rakyat di bawah tanggungannya lalu tidak menunaikan amanah tersebut meskipun dengan hanya menyampaikan satu nasihat melainkan tidak dapat mencium haruman syurga" (Riwayat al-Bukhari)
#Dalam riwayat yang lain, Rasulullah saw bersabda:
مَا مِنْ عَبْدٍ يَسْتَرْعِيهِ اللهُ رَعِيَّةً يَمُوتُ يَوْمَ يَمُوتُ وَهُوَ غَاشٌّ لِرَعِيَّتِهِ إِلاَّ حَرَّمَ اللهُ عَلَيْهِ الْجَنَّةَ
"Tiada dikalangan hamba yang diberikan kepimpinan untuk memimpin rakyatnya dan dia mati dalam keadaan menipu rakyatnya di bawah pimpinanya, melainkan Allah mengharamkan ke atasnya syurga" (HR al-Bukhari dan Muslim)
#Seseorang yang bergelar pemimpin mestilah sedar bahawa keutamaannya adalah untuk berkhidmat kepada rakyat yang berada di bawah tanggungannya, bukannya sibuk berebut kedudukan, jatuh menjatuhkan dan mengaut kekayaan melalui jawatan yang diamanahkan kepadanya. Sabda Rasulullah saw:
أَلَا كُلُّكُمْ رَاعٍ وَكُلُّكُمْ مَسْئُولٌ عَنْ رَعِيَّتِهِ، فَالإِمَامُ الَّذِي عَلَى النَّاسِ رَاعٍ وَهُوَ مَسْئُولٌ عَنْ رَعِيَّتِهِ
"Ketahuilah, setiap kalian adalah pemimpin, kesemuanya bertanggungjawab terhadap apa yang dipimpinnya. Imam adalah pemimpin ke atas orang ramai dan dia bertanggungjawab terhadap apa yang dipimpinnya" (HR al-Bukhari)
#Dinyatakan dalam Kitab al-Durrat al Gharra’ oleh al-Khairbaiti: "Seseorang sultan, pertamanya mestilah mengetahui kadar kekuasaannya dan memahami bahayanya. Sesungguhnya kekuasaan itu merupakan sebahagian daripada nikmat Allah swt, sesiapa yang menunaikan haknya, maka dia akan memperolehi kebahagiaan abadi yang tiada tandinganya tetapi barang siapa yang gagal melaksanakan haknya, dia akan memperoleh kesengsaraan yang tiada toloknya melainkan kekufuran kepada Allah swt. Sekiranya demikian, maka tiada nikmat yang lebih tinggi daripada pemberian darjat sultan kepada seseorang hamba yang menjadikan satu saat daripada hidupnya seumpama keseluruhan hidup orang lain. Sesiapa yang tidak menyedari kebesaran nikmat tersebut akan menggunakannya dengan penuh kezaliman dan memuaskan hawa nafsunya. Mereka ini dibimbangi akan menjadi sebahagian daripada musuh Allah swt. (Lihat: al-Durrat al Gharra’)
♡Tunaikanlah amanah yang telah dipertanggungjawabkan. Jangan sesekali khianat dan menipu dalam urusan memimpin umat. Ingatlah, jawatan dan kepimpinan adalah penyesalan di akhirat kelak bagi mereka yang tidak menunaikannya♡
🐊Ust Naim
*Telegram Channel*
Klik link ini untuk join:
http://bit.ly/tadabburkalamullah
*Facebook Page:*
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah
☆Tadabbur Kalamullah 12 Zulkaedah 1446H☆
فَذَكِّرۡ إِن نَّفَعَتِ ٱلذِّكۡرَىٰ
"Oleh itu berilah peringatan (kepada umat manusia dengan ajaran Al-Quran), kalau-kalau peringatan itu berguna (dan sudah tentu berguna)" [Surah al-Aʿlā 9]
#Nasihat ialah suatu perkataan yang mulia lagi baik dalam agama. Ia hadir bagi menyedarkan orang lain akan kesilapan dirinya.
#Tujuan nasihat adalah untuk jadikan seseorang itu lebih baik, bukannya direndahkan atau disalahkan sepenuhnya. Merendahkan orang lain walaupun dengan tujuan untuk menyedarkan dia tetap dikira sombong.
#Diriwayatkan daripada Sayidina Tamim al-Dari r.a, bahawa Rasulullah saw bersabda:
الدِّينُ النَّصِيحَةُ. قُلْنَا: لِمَنْ؟ قَالَ: لِلَّهِ، وَلِكِتَابِهِ، وَلِرَسُولِهِ، وَلِأَئِمَّةِ الْمُسْلِمِينَ وَعَامَّتِهِمْ
"Agama itu merupakan nasihat. Kami bertanya: Tentang siapa? Sabda Baginda: Tentang Allah, tentang Kitab-Nya, tentang Rasul-Nya, tentang pemimpin-pemimpin orang Islam dan masyarakat semuanya" (HR Muslim, Abu Dawud dan al-Nasaie)
#Jom hayati nasihat daripada Sayidina Abu Bakar as-Siddiq r.a yang menggugah jiwa dan menyuburkan iman di hati kita semua.
#Kata Sayidina Abu Bakar as-Siddiq r.a: Kegelapan itu ada 5 jenis, dan cahayanya juga ada 5 jenis.
1. Pertama, cinta akan dunia itu adalah kegelapan dan lampu penerangnya adalah taqwa.
2. Kedua, berbuat dosa itu adalah kegelapan, dan lampu penerangnya adalah taubat.
3. Ketiga, kubur itu adalah kegelapan, dan lampu penerangnya adalah bacaan لا إله إلا الله محمد رسول الله
4. Keempat, akhirat itu adalah kegelapan, lampu penerangnya ialah amal soleh.
5. Kelima, titian sirat itu adalah kegelapan dan lampu penerangnya adalah yakin.
#Imam al-Fudhail bin ‘Iyadh rahimahullah mengatakan:
المؤمن يَسْتُرُ ويَنْصَحُ، والفاجرُ يهتك ويُعيِّرُ
"Seorang mukmin itu biasa menutupi aib saudaranya dan menasihatinya. Sedangkan orang 'fajir' (pelaku dosa) biasa membuka aib dan memburuk-burukkan saudaranya" (Lihat: Jami' al-Ulum wal Hikam)
♡Amalan nasihat-menasihati ini sebenarnya boleh menjadi pahala jariah buat kita, dan juga boleh menginsafkan kita serta merubah kehidupan kita ke arah yang lebih baik♡
🐊Ust Naim
*Telegram Channel*
Klik link ini untuk join:
http://bit.ly/tadabburkalamullah
*Facebook Page:*
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah
*SEDEKAH JUMAAT: BAIK PULIH BUMBUNG DAN DINDING SURAU KG PASIR PUTEH, KALUMPANG, HULU SELANGOR*
Klik dan sumbang:
https://toyyibpay.com/BAIK-PULIH-SURAU-KG-PASIR-PUTE
Assalamualaikum wbt para penyumbang budiman sekelian.
Baru-baru ni, kebetulan Timb. Presiden Geng Talaqqi, Tuan Abu Umar dan beberapa orang relawan hadir menunaikan solat di Surau Kg Pasir Puteh Kalumpang. Didapati surau agak uzur terutama bumbung dan dinding yang dibuat daripada kayu/papan dan perlu penambahbaikan dan baik pulih agar lebih kondusif dan selamat.
Pihak surau yang diwakili Tuan Imam surau berjumpa dan memohon bantuan baik pulih surau mereka yang semakin hari semakin uzur dimamah usia.
*KOS YANG DIPERLUKAN: RM16,750.00*
Antara kerja-kerja pembaikan yang perlu dibuat:
1. Pemasangan bumbung jenis metal deck pada bahagian atas surau dan bahagian tandas
2. Buka dan pasang papan manis yang rosak dan gantikan yang baru
3. Buka dan pasang siling lengkap dengan kemasan cat pada siling yang rosak
4. Buka dan pasang dinding papan yang lama dan rosak
5. Kerja mengikat batu bata lengkap dengan lepasan simen beserta plaster
6. Kerja mengecat 1 lapisan cat emulsion dan 2 lapisan cat rintangan.
Dengan ini, pihak Geng Talaqqi membuka tabung sumbangan untuk kita merebut peluang infaq dan wakaf demi keselesaan dan keselamatan para jemaah Surau Kg Pasir Puteh, Kalumpang.
Jazakumullahu khairan kathira. Semoga dimurahkan rezeki dan diselamatkan kita daripada azab neraka ya. Aamiiin.
Firman Allah swt:
لَن تَنَالُوا۟ ٱلۡبِرَّ حَتَّىٰ تُنفِقُوا۟ مِمَّا تُحِبُّونَۚ وَمَا تُنفِقُوا۟ مِن شَیۡءࣲ فَإِنَّ ٱللَّهَ بِهِۦ عَلِیمࣱ
"Kamu sekali-kali tidak sampai kepada kebajikan (yang sempurna) sebelum kamu menafkahkan sebahagian harta yang kamu cintai. Dan apa saja yang kamu mahu nafkahkan, sesungguhnya ALLAH mengetahuiNya" [Surah Aali Imran 92]
*JOM REBUT PELUANG KEEMASAN INI. SUMBANGAN BOLEH DISALURKAN KE AKAUN TOYYIP PAY:*
https://toyyibpay.com/BAIK-PULIH-SURAU-KG-PASIR-PUTE
*Atau terus ke akaun:*
*Pertubuhan Kebajikan Ilmu dan Amal Selangor
*Maybank_5629_9101_9074
*Cimb_8604_7707_81
*Remark: BAIK PULIH SURAU KG PASIR PUTEH
SMS/Whatsapp slip/bukti sumbangan kepada:
📲Ust Naim: http://www.wasap.my/60196023803/BaikPulihSurauKgPasirPuteh
📲Tn Abu Umar: http://www.wasap.my/60193113501/BaikPulihSurauKgPasirPuteh
📲Tn Akmalizan: http://www.wasap.my/60172722696/BaikPulihSurauKgPasirPuteh
📲Puan Zarina: http://www.wasap.my/60193223501/BaikPulihSurauKgPasirPuteh
*ANDA HULUR, KAMI SALUR*
☆Tadabbur Kalamullah 10 Zulkaedah 1446H☆
هَلۡ أَتَىٰكَ حَدِیثُ ٱلۡغَـٰشِیَةِ
"Sudahkah sampai kepadamu (wahai Muhammad) perihal hari kiamat yang huru-haranya meliputi?" [Surah al-Ghāshiyah 1]
#Kalimah الغاشِيَةِ yang dijadikan nama surah ini adalah salah satu daripada nama Hari Kiamat. Memang banyak nama yang Allah swt berikan untuk hari kiamat sebagai penerangan kepada sifat-sifat hari kiamat itu.
#Kalimah الغاشِيَةِ dari kalimah غشي bermaksud meliputi sesuatu dengan sepenuhnya. Kalimah ini digunakan dalam ayat ini sebagai merujuk kepada keadaan Hari Kiamat kerana pada hari itu, ia akan meliputi seluruh alam. Kiamat akan bermula dari langit dan langit itu meliputi dunia dan apabila Hari Kiamat berlaku, segala kejadian itu akan meliputi bumi dan seluruh alam ini. Tidak akan ada tempat yang terselamat dari kejadian itu. Ianya adalah satu keadaan yang menakutkan sekali. Jadi, jangan diambil ringan.
فَإِذَا ٱنشَقَّتِ ٱلسَّمَاۤءُ فَكَانَتۡ وَرۡدَةࣰ كَٱلدِّهَانِ
"Selain itu (sungguh ngeri) ketika langit pecah-belah lalu menjadilah ia merah mawar, berkilat seperti minyak" [Surah ar-Raḥmān: 37]
یَوۡمَ یَكُونُ ٱلنَّاسُ كَٱلۡفَرَاشِ ٱلۡمَبۡثُوثِ * وَتَكُونُ ٱلۡجِبَالُ كَٱلۡعِهۡنِ ٱلۡمَنفُوشِ
"(Hari itu ialah: hari kiamat), hari manusia menjadi seperti kelkatu yang terbang berkeliaran. Dan gunung-ganang menjadi seperti bulu yang dibusar berterbangan" [Surah al-Qāriʿah 4-5]
#Bila Allah swt bertanya tentang الغاشِيَةِ dalam ayat ini, ia adalah pemberitahuan yang memang pemberitahuan itu telah datang sebelum ini. Seperti apabila kita bertanya seseorang: "Bukankah kamu sudah tahu tentang perkara ini?". Jadi soalan itu bukan soalan, tetapi soalan kerana hendak ingatkan sahaja yang memang perkara itu telah disampaikan sebelum itu.
ٱقۡتَرَبَ لِلنَّاسِ حِسَابُهُمۡ وَهُمۡ فِی غَفۡلَةࣲ مُّعۡرِضُونَ
"Telah hampir datangnya kepada manusia hari perhitungan amalnya sedang mereka dalam kelalaian, tidak hiraukan persediaan baginya"
مَا یَأۡتِیهِم مِّن ذِكۡرࣲ مِّن رَّبِّهِم مُّحۡدَثٍ إِلَّا ٱسۡتَمَعُوهُ وَهُمۡ یَلۡعَبُونَ
"Tidak datang kepada mereka itu sebarang peringatan yang diturunkan dari Tuhan mereka lepas satu: satu, melainkan mereka memasang telinga mendengarnya sambil mereka mempermain-mainkannya" [Surah al-Anbiyāʾ 1-2]
#Dan sememangnya berita tentang Hari Kiamat itu telah disampaikan dulu dan sekarang akan diberitahu lagi supaya diingatkan balik dalam nafas yang baru. Al-Quran sentiasa mengulang-ngulang perkara yang sama untuk memberi peringatan kepada manusia kerana kiamat adalah perkara yang dahsyat.
یَـٰۤأَیُّهَا ٱلنَّاسُ ٱتَّقُوا۟ رَبَّكُمۡۚ إِنَّ زَلۡزَلَةَ ٱلسَّاعَةِ شَیۡءٌ عَظِیمࣱ
"Wahai umat manusia, bertaqwalah kepada Tuhan kamu! Sesungguhnya gempa hari kiamat itu suatu perkara yang amat besar"
یَوۡمَ تَرَوۡنَهَا تَذۡهَلُ كُلُّ مُرۡضِعَةٍ عَمَّاۤ أَرۡضَعَتۡ وَتَضَعُ كُلُّ ذَاتِ حَمۡلٍ حَمۡلَهَا وَتَرَى ٱلنَّاسَ سُكَـٰرَىٰ وَمَا هُم بِسُكَـٰرَىٰ وَلَـٰكِنَّ عَذَابَ ٱللَّهِ شَدِیدࣱ
"Pada hari kamu melihat (peristiwa-peristiwa yang mengerikan) itu, tiap-tiap ibu penyusu akan melupakan anak yang disusukannya, dan tiap-tiap perempuan yang mengandung akan gugurkan anak yang dikandungnya; dan engkau akan melihat manusia mabuk, padahal mereka sebenarnya tidak mabuk, tetapi azab Allah amatlah berat, mengerikan" [Surah al-Ḥajj 1-2]
♡Sentiasalah ingat akan hari kiamat agar sentiasa bersiap sedia dengan amal yang dapat menyelamatkan kita di akhirat kelak♡
🐊Ust Naim
*Telegram Channel*
Klik link ini untuk join:
http://bit.ly/tadabburkalamullah
*Facebook Page:*
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah
☆Tadabbur Kalamullah 8 Zulkaedah 1446H☆
وَجِا۟یۤءَ یَوۡمَىِٕذِۭ بِجَهَنَّمَۚ یَوۡمَىِٕذࣲ یَتَذَكَّرُ ٱلۡإِنسَـٰنُ وَأَنَّىٰ لَهُ ٱلذِّكۡرَىٰ
"Serta diperlihatkan neraka Jahannam pada hari itu, (maka) pada saat itu manusia akan ingat (hendak berlaku baik), dan bagaimana ingatan itu akan berguna lagi kepadanya?" [Surah al-Fajr 23]
#Ayat ini menyatakan bahawa akan ditunjukkan kepada manusia neraka jahanam. Neraka akan ditarik dan dipertunjukkan kepada manusia di Mahsyar kelak. Neraka yang amat berat itu akan ditarik dengan beribu-ribu malaikat dan ditarik dengan menggunakan rantai.
#Sayidina Abdullah Ibnu Masud r.a mengatakan bahawa Rasulullah saw bersabda:
يُؤْتَى بِجَهَنَّمَ يَوْمَئِذٍ لَهَا سَبْعُونَ أَلْفَ زِمَامٍ، مَعَ كُلِّ زِمَامٍ سَبْعُونَ أَلْفَ مَلَك يَجُرُّونَهَا
"Neraka Jahannam pada hari itu didatangkan dengan tujuh puluh ribu tali kekang yang masing-masing tali kekang dipegang oleh tujuh puluh ribu malaikat yang menariknya" (Sahih Muslim)
#Mereka Akan melihat kedahsyatan kemarahan neraka sehingga mendidih dengan hebatnya. Firman Allah swt:
إِذَا رَأَتۡهُم مِّن مَّكَانِۭ بَعِیدࣲ سَمِعُوا۟ لَهَا تَغَیُّظࣰا وَزَفِیرࣰا
"Apabila neraka itu melihat mereka dari tempat yang jauh, kedengaranlah mereka suara marahnya yang menggelegak dan mengeluh" [Surah al-Furqān 12]
#Dan pada hari itu manusia semuanya akan ingat segala apa yang telah mereka lakukan semasa di dunia dahulu. Selama didunia pelbagai peringatan telah diberikan namun mereka tidak mahu terima, tidak peduli dan pandang sebelah mata, tetapi apabila di Mahsyar nanti, mereka akan ingat semuanya.
#Kalimah يَتَذَكَّرُ maksudnya manusia akan ingat seluruhnya, dengan terperinci. Ini semua akan terjadi selepas mereka sudah melihat neraka yang sangat menakutkan dan mengerikan. Pada waktu itu mereka mula hendak insaf. Mula menyesal. Mula ingin jadi baik. Mula ingin menjadi manusia yang soleh, yang alim, yang kuat beramal, yang banyak bersedekah, banyak kuat baca Quran, yang sentiasa ulang alik ke masjid, yang ingin berjihad di jalan Allah, yang suka berkebajikan dan segala kebaikan ingin dilakukan. Manusia memang selalu lupa kesalahan yang telah dilakukannya, tetapi nanti di akhirat mereka akan ingat semuanya sekali. Ingat segalanya yang mereka lakukan sepanjang hidup didunia.
#Namun, ingatan mereka itu sudah tidak berguna lagi. Sudah sangat terlambat untuk melakukan apa-apa amal lagi. Sudah tiada peluang kedua. Saat itu baru hendak beriman, maka tidak dapat menyelamatkan mereka. Tidak berguna lagi walaupun iman mereka lebih hebat dari iman orang lain waktu itu. Masa beramal telah pun berlalu. Di akhirat adalah masa untuk hasil daripada amal terdahulu didunia. Ini hanya menjadi penyesalan yang tiada kesudahan. Lalu mereka berkata:
یَقُولُ یَـٰلَیۡتَنِی قَدَّمۡتُ لِحَیَاتِی
Ia akan berkata: "Alangkah baiknya kalau aku dahulu sediakan amal-amal baik untuk hidupku (di sini)!" [Surah al-Fajr 24]
#Mereka berkata sedemikian kerana sudah tahu yang nasibnya sudah celaka. Tidak ada harapan untuk balik ke dunia untuk memperbaiki amalannya lagi. Mereka amat menyesal kerana dahulu mereka sibuk kumpul harta, mencari kedudukan, berebut jawatan, mencari populariti, menambah pengaruh dan sibuk segala hal untuk dunia semata-mata, tetapi di Mahsyar kelak mereka sudah tahu yang kehidupan dunia tidak ada apa pun, tidak ada nilai langsung.
#Begitulah sepatutnya kita menabung untuk kehidupan yang sebenarnya, iaitu di akhirat kelak. Iaitu dengan menghantar amal baik untuk menunggu di akhirat kelak. Tetapi malangnya kebanyakan manusia sibuk mengumpul segalanya untuk dunia mereka sahaja.
♡Beramallah sebelum menyesal. Menyesal di akhirat tiada gunanya. Bahkan bakal di azab dengan dahsyatnya. Bertaubat dan beramallah sebelum terlambat!!♡
🐊Ust Naim
*Telegram Channel*
Klik link ini untuk join:
http://bit.ly/tadabburkalamullah
*Facebook Page:*
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah
☆Tadabbur Kalamullah 6 Zulkaedah 1446H☆
كُلُّ نَفْسٍ ذَائِقَةُ الْمَوْتِ ۖ ثُمَّ إِلَيْنَا تُرْجَعُونَ
"Tiap-tiap diri( sudah tetap)a kan merasai mati kemudian kamu akan dikembalikan kepada kami (untuk menerima balasan)" [Surah al-Ankabut 57]
#Kematian hanyalah permulaan perjalanan manusia yang amat panjang sebelum manusia memperoleh kehidupan abadi sama ada mereka mendapat pelbagai limpahan nikmat dan kesenangan atau penyeksaan amat memedihkan yang tidak pernah digambarkan, dibayangkan atau dirasakan sebelum ini.
#Dalam buku Ziarah Ke Alam Barzakh karangan Imam Jalaluddin as-Suyuti menyatakan, jika seorang Mukmin dikebumikan, kubur itu akan berkata kepadanya: "Selamat datang. Engkau adalah orang yang paling aku sukai di antara mereka yang berjalan di atasku menuju diriku.
"Hari ini aku menjadi walimu dan engkau kembali kepadaku. Engkau akan mengetahui apa yang aku lakukan kepadamu".
Lalu diluaskan kuburnya sejauh pandangan mata dan dibukakan juga baginya pintu menuju syurga.
Jika dikebumikan itu seorang yang derhaka atau kafir, kubur akan berkata kepadanya: "Tiada kata selamat datang untukmu. Sesungguhnya kamu adalah orang yang paling aku benci di antara mereka yang berjalan di atasku menuju diriku.
"Hari ini aku menjadi walimu dan engkau sendiri kembali kepada diriku. Oleh itu, kamu akan melihat apa yang akan aku perlakukan terhadapmu".
Ketika itu, bahagian kubur itu akan menyempit dan bertemu kedua-dua sisi sehingga tulang rusuknya hancur..
#Sebab itu, hal berkaitan kematian perlu sentiasa diingatkan kepada manusia kerana kematian bukan lawan kepada kehidupan. Kematian itu adalah ‘kehidupan’ sebenar setiap manusia. Kehidupan di dunia ini hanya sebagai tempat persinggahan atau proses untuk menghantar manusia kepada kematian.
#Sayidina Abdullah Ibnu Umar r.huma meriwayatkan bahawa Rasulullah saw memegang bahuku lalu berkata: "Jadilah kamu di dunia ini seperti orang asing atau perantau".
Kemudian Ibnu Umar berkata: "Sekiranya kamu berada pada waktu petang, kamu jangan mengharap hidup sampai pagi hari. Sekiranya kamu berada pada waktu pagi, kamu jangan menantikan waktu petang. Gunakan waktu sihatmu sebagai bekalan pada masa sakitmu dan masa hidupmu untuk kematianmu" (HR al-Bukhari)
#Ketahuilah, tiada apa pun yang dapat menjamin seseorang itu mampu hidup walaupun hanya seminit di hadapannya. Ketika kematian mendatangi manusia, segala kenangan berkaitan hidup ini akan lenyap begitu saja. Bersedialah sentiasa kerana kematian boleh datang bila-bila masa sahaja!!
♡Hikmah berkaitan kematian perlu sentiasa diambil sebagai pengajaran dalam melalui kehidupan ini yang pasti akan berakhir apabila tiba masanya♡
🐊Ust Naim
*Telegram Channel*
Klik link ini untuk join:
http://bit.ly/tadabburkalamullah
*Facebook Page:*
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah
*SEDEKAH JUMAAT: RAYUAN SUMBANGAN BAIK PULIH DAN PENAMBAHBAIKAN PASTI AN-NABI'E, BANDAR SG BUAYA, RAWANG, SELANGOR*
Klik dan sumbang:
https://toyyibpay.com/BAIK-PULIH-PASTI-AN-NABI-E
"*Satu yang unik berkenaan amalan bersedekah ialah Allah swt akan membuka pintu rezeki melalui cara yang tidak disangka-sangka. #Sedekah adalah kunci keajaiban rezeki!!*"
Assalamualaikum wbt...
Pasti an-Nabi'e beralamat di Jalan Melatisari Bandar Sg Buaya, Rawang memerlukan sumbangan ikhlas daripada para penyumbang bagi projek penambahbaikan dan baik pulih Pasti demi keselesaan dan keselamatan para pelajar dalam menuntut ilmu.
Anak-anak Pasti inilah antara insan yang akan menjadi penerus generasi berilmu dan sangatlah rugi jika kita tidak membantu mereka belajar dalam keadaan yang selesa.
*PENAMBAHBAIKAN DAN BAIK PULIH YANG PERLU DIBUAT:*
1. Pemasangan awning bahagian depan
2. Pembinaan tempat wudhuk
3. Pemasangan kipas
4. Pemasangan lampu
5. Baik pulih tandas
*KOS YANG DIPERLUKAN: RM15 RIBU*
Justeru, kami memohon supaya para dermawan dapat membantu memghulurkan sumbangan agar para pelajar dapat belajar dengan selesa demi melahirkan generasi soleh dan muslih.
*AYUH PENUHKAN TABUNG SAHAM AKHIRAT ANDA SEKARANG!*
Jazakumullahu khairan kathira. Semoga setiap sen yang tuan/puan sumbangkan memudahkan setiap langkah perjalanan ke syurga Allah kelak dengan memberi kegembiraan buat anak-anak Pasti ini. Aamiiin.
*JOM BANTU KAMI LAHIRKAN GENERASI BERTAQWA*
===========
*Sumbangan boleh disalurkan ke akaun Toyyib Pay:*
https://toyyibpay.com/BAIK-PULIH-PASTI-AN-NABI-E
*Atau terus ke akaun:
*Pertubuhan Kebajikan Ilmu dan Amal Selangor
*Maybank_5629_9101_9074
*Remark: BAIK PULIH PASTI AN-NABI'E
*SMS/Whatsapp slip/bukti sumbangan kepada:*
📲Ust naim: http://www.wasap.my/60196023803/BaikPulihPastiAnNabi'e
📲Tn Abu Umar: http://www.wasap.my/60193113501/BaikPulihPastiAnNabi'e
📲Tn Akmalizan: http://www.wasap.my/60172722696/BaikPulihPastiAnNabi'e
📲Puan Zarina: http://www.wasap.my/60193223501/BaikPulihPastiAnNabi'e
*ANDA HULUR, KAMI SALUR*
☆Tadabbur Kalamullah 3 Zulkaedah 1446H☆
وَلَا تُصَعِّرْ خَدَّكَ لِلنَّاسِ وَلَا تَمْشِ فِى ٱلْأَرْضِ مَرَحًا ۖ إِنَّ ٱللَّهَ لَا يُحِبُّ كُلَّ مُخْتَالٍۢ فَخُورٍۢ
"Dan janganlah engkau memalingkan pipimu daripada manusia kerana sombong; dan janganlah engkau berjalan di atas muka bumi dalam keadaan angkuh. Sesungguhnya Allah tidak suka kepada setiap orang yang bongkak lagi meninggi diri" [Surah Luqman 18]
#Sifat sombong adalah salah satu daripada penyakit rohani yang wajib dijauhi oleh setiap manusia. Sekalipun begitu, perbuatan menjauhinya bukanlah suatu perkara mudah. Namun ianya tetap wajib dijauhi kerana balasan yang menunggu sangatlah berat dan menyebabkan penderitaan yang menyakitkan.
#Sesiapa yang sombong, ia bakal di humban ke dalam neraka Jahannam. Firman Allah swt:
قِيلَ ٱدْخُلُوٓا۟ أَبْوَٰبَ جَهَنَّمَ خَـٰلِدِينَ فِيهَا ۖ فَبِئْسَ مَثْوَى ٱلْمُتَكَبِّرِينَ
"Lalu dikatakan kepada mereka: Masuklah ke pintu-pintu neraka Jahannam ini, iaitu tempat di mana kamu semua hidup kekal di dalamnya. Itulah seburuk-buruk tempat tinggal bagi orang yang takbur" [Surah az- Zumar 72]
#Sifat takabbur adalah dosa yang pertama yang dilakukan oleh makhluk Allah bernama Iblis apabila enggan sujud kepada Nabi Adam Alaihissalam.
#Antara kisah masyhur yang dikaitkan dengan sifat sombong ini adalah kesombongan Iblis terhadap Nabi Adam Alaihissalam, ketika Allah swt memerintahkannya untuk sujud kepada Nabi Adam Alaihissalam yang akhirnya membawa kepada penyingkiran Iblis daripada syurga Allah swt. Begitu juga, kisah kesombongan Raja Namrud di zaman Nabi Ibrahim Alaihissalam, kisah kesombongan Firaun di zaman Nabi Musa Alaihissalam, kisah Qarun yang sombong dengan kekayaan yang dimilikinya dan banyak lagi kisah kesombongan yang telah direkodkan di dalam al-Quran al-Karim.
#Nabi Musa Alaihissalam bersabda: "Wahai Tuhan, siapakah orang yang paling Engkau murkai?". Lantas, Tuhan bertitah: "Setiap orang sombong hatinya, keji lisannya, tajam pula matanya, kedekut tangannya, dan buruk sekali akhlaknya".
#Berkata Hatim al-Asham rahimahullah: "Jauhkan dirimu daripada mati di dalam tiga keadaan:
1. Dalam keadaan takabbur
2. Dalam keadaan terlalu menginginkan (dunia)
3. Dalam keadaan ‘ujub (mengkagumi diri).
#Berkata Imam al-Ghazali rahimahullah: "Sifat al-kibr (sombong) akan menimbulkan beberapa kebahayaan:
1. Menghalang seseorang daripada melihat kebenaran, membutakan mata hati, sehingga seseorang tidak mampu mengenal ayat-ayat Allah, jua hukum-hakamNya.
2. Sifat sombong mengakibatkan kemurkaan Allah swt.
3. Sifat al-kibr (sombong) menjadikannya hina dan mendatangkan seksa di dunia dan di akhirat kelak.
4. Orang yang takabbur tidak akan dikeluarkan oleh Allah dari dunia sebelum diperlihatkan kepadanya penghinaan keluarganya dan pelayan-pelayannya ke atas dirinya, dengan penghinaan yang begitu merendahkan.
#Bahaya sifat sombong menyebabkan seseorang itu mati hatinya, tidak rasa berdosa dan kejam hatinya.
كَذَٰلِكَ يَطْبَعُ اللَّهُ عَلَىٰ كُلِّ قَلْبِ مُتَكَبِّرٍ جَبَّارٍ
"Demikianlah Allah mengunci mati hati setiap orang yang sombong dan berbuat sewenang-wenangnya (menzalimi dan melampau)" [Surah Ghafir 35]
♡Jauhi sifat sombong. Jangan sesekali menolak kebenaran dan memperlekehkan orang lain. Jadilah manusia yang tawaduk dan takut pada Allah swt♡
🐊Ust Naim
*Telegram Channel*
Klik link ini untuk join:
http://bit.ly/tadabburkalamullah
*Facebook Page:*
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah
*SEDEKAH JUMAAT: INFAQ PEMBINAAN BANGUNAN KELAS PONDOK PENGAJIAN ISLAM GUNUNG BONGSU, KARANGAN, KEDAH*
Klik dan sumbang:
https://toyyibpay.com/PEMBANGUNAN-PDK-GUNUNG-BONGSU
Assalamualaikum wbt para penyumbang budiman sekelian.
*Kita Bina Pondok Ilmu Di Dunia, Moga Allah Bina Istana Untuk Kita Di Syurga*
Pada Tahun 2022, Pihak Geng Talaqqi pernah membuka kutipan untuk pembinaan Surau Pondok Pengajian Islam Gunung Bongsu. Alhamdulillah kutipan berjaya dikumpul sekitar hampir rm20 ribu dan bangunan surau telah pun siap dan sudah lama digunakan serta pahala pun telah mengalir ke akaun para penyumbang.
Hari ini sekali lagi pihak Geng Talaqqi membuka peluang infaq untuk pembinaan bangunan kelas pengajian. Jom bersama sama kami dalam usaha membantu Pondok Pengajian Islam Gunung Bongsu bagi menjayakan matlamat melahirkan insan bertaqwa dalam menyebarkan ilmu agama untuk masyarakat sekitar.
Pondok Pengajian Gunung Bongsu ini beroperasi di Lot 2442, Kg Gunung Bongsu, Karangan, Kedah Darulaman. (Lihat Facebook: Pondok Ilmu G Bongsu)
Bagi menyediakan tempat belajar yang selesa, kini pihak pengurusan Pondok Pengajian Gunung Bongsu sedang berusaha menyiapkan pembangunan baru iaitu membina bangunan kelas pengajian.
*KOS DIPERLUKAN: RM24,710.00*
Dengan sokongan modal dan material yang anda sumbang, InsyaAllah ini akan mendidik dan melahirkan ribuan insan-insan yang celik al-Quran, Hadis Nabi dan hukum hakam agama yang kemudiannya berkhidmat kepada masyarakat muslim dengan ilmu yang telah mereka pelajari.
Selagimana kelas pengajian yang dibina ini wujud sehingga bila-bila saham yang kita invest akan memberikan pulangan yang jauh berlipat kali ganda sebagai bekal di akhirat kelak.
Jazakumullahu khairan kathira. Semoga dimurahkan rezeki dan diselamatkan kita daripada azab neraka. Aamiiin.
Firman Allah swt:
لَن تَنَالُوا۟ ٱلۡبِرَّ حَتَّىٰ تُنفِقُوا۟ مِمَّا تُحِبُّونَۚ وَمَا تُنفِقُوا۟ مِن شَیۡءࣲ فَإِنَّ ٱللَّهَ بِهِۦ عَلِیمࣱ
"Kamu sekali-kali tidak sampai kepada kebajikan (yang sempurna) sebelum kamu menafkahkan sebahagian harta yang kamu cintai. Dan apa saja yang kamu mahu nafkahkan, sesungguhnya ALLAH mengetahuiNya" [Surah Aali Imran 92]
*JOM REBUT PELUANG KEEMASAN INI. SUMBANGAN BOLEH DISALURKAN KE AKAUN TOYYIP PAY:*
https://toyyibpay.com/PEMBANGUNAN-PDK-GUNUNG-BONGSU
*Atau terus ke akaun:*
*Pertubuhan Kebajikan Ilmu dan Amal Selangor
*Maybank_5629_9101_9074
*Cimb_8604_7707_81
*Remark: PEMBANGUNAN PONDOK GUNUNG BONGSU
SMS/Whatsapp slip/bukti sumbangan kepada:
📲Ust Naim: http://www.wasap.my/60196023803/PembangunanPondokGunungBongsu
📲Tn Abu Umar: http://www.wasap.my/60193113501/PembangunanPondokGunungBongsu
📲Tn Akmalizan: http://www.wasap.my/60172722696/PembangunanPondokGunungBongsu
📲Puan Zarina: http://www.wasap.my/60193223501/PembangunanPondokGunungBongsu
*ANDA HULUR, KAMI SALUR*
☆Tadabbur Kalamullah 24 Zulkaedah 1446H☆
یَـٰۤأَیُّهَا ٱلَّذِینَ ءَامَنُوا۟ كُتِبَ عَلَیۡكُمُ ٱلۡقِصَاصُ فِی ٱلۡقَتۡلَىۖ ٱلۡحُرُّ بِٱلۡحُرِّ وَٱلۡعَبۡدُ بِٱلۡعَبۡدِ وَٱلۡأُنثَىٰ بِٱلۡأُنثَىٰۚ فَمَنۡ عُفِیَ لَهُۥ مِنۡ أَخِیهِ شَیۡءࣱ فَٱتِّبَاعُۢ بِٱلۡمَعۡرُوفِ وَأَدَاۤءٌ إِلَیۡهِ بِإِحۡسَـٰنࣲۗ ذَ ٰلِكَ تَخۡفِیفࣱ مِّن رَّبِّكُمۡ وَرَحۡمَةࣱۗ فَمَنِ ٱعۡتَدَىٰ بَعۡدَ ذَ ٰلِكَ فَلَهُۥ عَذَابٌ أَلِیمࣱ
"Wahai orang-orang yang beriman! Diwajibkan kamu menjalankan hukuman "Qisas" (balasan yang seimbang) dalam perkara orang-orang yang mati dibunuh iaitu: orang merdeka dengan orang merdeka, dan hamba dengan hamba, dan perempuan dengan perempuan. Maka sesiapa (pembunuh) yang dapat sebahagian keampunan dari saudaranya (pihak yang terbunuh), maka hendaklah orang yang mengampunkan itu) mengikut cara yang baik (dalam menuntut ganti nyawa), dan (si pembunuh pula) hendaklah menunaikan bayaran ganti nyawa itu) dengan sebaik-baiknya. Yang demikian itu adalah suatu keringanan dari Tuhan kamu serta suatu rahmat kemudahan. Sesudah itu sesiapa yang melampaui batas (untuk membalas dendam pula) maka baginya azab seksa yang tidak terperi sakitnya" [Surah Al-Baqarah: 178]
#Imam al-Baihaqi mengeluarkan daripada Zaid bin Wahb, katanya: Sayidina Umar al-Khattab r.a keluar, kedua tangannya di telinganya, sambil berkata:
يا لبيكاه!
"Wahai kamu semua!"
Orang ramai bertanya: Kenapa dengannya?
Zaid berkata: Sayidina Umar didatangi berita dari sebahagian isterinya, bahawa sebatang sungai menghalang mereka dari melintasi sungai itu. Mereka tiada perahu.
Ketua mereka berkata: Bawa seseorang yang tahu kedalaman sungai ini. Dibawa seorang lelaki yang agak tua. Katanya: Aku takut sejuk.
Ketika itu musim sejuk. Dia dipaksa masuk ke dalam sungai. Dia tidak tahan sejuk. Lalu dia menjerit: Wahai Umar! Akhirnya dia lemas tenggelam.
Sayidina Umar menulis surat kepada ketua tadi untuk datang mengadap. Ketua itu datang. Sayidina Umar membiarkan dia dalam keadaan demikian tanpa menegur. Sayidina Umar biasanya berbuat demikian jika ada pegawainya yang ada kes seperti ini.
Akhirnya Sayidina Umar berkata: "Apa yang lelaki engkau bunuh itu buat?"
Kata ketua itu: "Wahai Amir al-Mukminin! Aku tidak sengaja membunuhnya. Kami tidak mempunyai sesuatu yang boleh dibuat untuk menyeberang. Kami juga mahu tahu kedalaman sungai. Jadi kami buat demikian demikian.
Sayidina Umar berkata: "Sesungguhnya seorang lelaki muslim, terlebih kasih kepadaku dari apa sahaja yang engkau bawa. Jika tidak kerana adanya sunnah, tentu aku penggal lehermu. Beri diat (bayaran ganti rugi) kepada keluarganya. Keluar! Aku tidak mahu melihatmu" (Lihat: Hayatus-Sahabah, Al-Kandahlawi)
#Daripada kisah Ini menunjukkan betapa Sayidina Umar bin al-Khattab sangat mengambil berat hal ehwal rakyatnya. Apatah lagi apabila ia berkait dengan nyawa, salah satu maqasid syariah yang penting yang mesti diberi perhatian.
#Pegawai yang bertugas pula hendaklah bijak membuat keputusan yang tidak mendatangkan mudarat kepada orang lain. Jika berlaku sesuatu, dia mesti bertanggungjawab terhadapnya. Walaupun tidak sengaja, Sayidina Umar tetap memerintahkan dibayar diat atau pampasan kepada ahli keluarga lelaki itu. Bahkan dengan tegas, Umar menghalau pegawainya keluar dan tidak mahu melihatnya disebabkan salah-laku yang dibuat adalah berat dan besar.
♡Nyawa manusia adalah perkara paling bernilai untuk dijaga dalam Syariat Islam. Secara perbandingan, nyawa hidupan lain adalah lebih rendah. Apabila berlaku konflik, nyawa manusia perlu diselamatkan dahulu sebelum nyawa-nyawa lain. Para pemimpin diingatkan agar bersungguh-sungguh dalam menjaga nyawa rakyat kerana ianya adalah tuntutan Islam yang perlu diberi perhatian dan keutamaan♡
🐊Ust Naim
*Telegram Channel*
Klik link ini untuk join:
http://bit.ly/tadabburkalamullah
*Facebook Page:*
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah
☆Tadabbur Kalamullah 22 Zulkaedah 1446H☆
یَـٰۤأَیُّهَا ٱلَّذِینَ ءَامَنُوا۟ كُونُوا۟ قَوَّ ٰمِینَ لِلَّهِ شُهَدَاۤءَ بِٱلۡقِسۡطِۖ وَلَا یَجۡرِمَنَّكُمۡ شَنَـَٔانُ قَوۡمٍ عَلَىٰۤ أَلَّا تَعۡدِلُوا۟ۚ ٱعۡدِلُوا۟ هُوَ أَقۡرَبُ لِلتَّقۡوَىٰۖ وَٱتَّقُوا۟ ٱللَّهَۚ إِنَّ ٱللَّهَ خَبِیرُۢ بِمَا تَعۡمَلُونَ
"Wahai orang-orang yang beriman, hendaklah kamu semua sentiasa menjadi orang-orang yang menegakkan keadilan kerana Allah, lagi menerangkan kebenaran; dan jangan sekali-kali kebencian kamu terhadap sesuatu kaum itu mendorong kamu kepada tidak melakukan keadilan. Hendaklah kamu berlaku adil (kepada sesiapa jua) kerana sikap adil itu lebih hampir kepada taqwa. Dan bertaqwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui dengan mendalam akan apa yang kamu lakukan" [Surah al-Māʾidah 8]
#Berjuang untuk menegakkan keadilan adalah perintah Allah swt. Allah akan kurniakan pahala yang besar di akhirat kelak. Balasan di dunia pula dengan disebut baik oleh manusia. Justeru, sangat penting membetulkan niat dalam menegakkan keadilan.
#Keadilan adalah prinsip kemanusiaan yang tinggi yang mesti diperjuangkan, sekalipun berbeza pendekatan yang digunakan. Dalam sejarah manusia, banyak cara digunakan untuk menegakkan keadilan, dengan melihat kepada adat resam, sosiobudaya, latar belakang masyarakat, hubungan dengan yang lain dan sebagainya.
#Contohnya, ada yang membalas dendam, kononnya untuk menegakkan keadilan. Ini pernah berlaku dalam masyarakat Arab jahiliah. Ada yang berbuat zalim terhadap orang lain, kononnya juga untuk menegakkan keadilan. Ada juga yang menurut kaedah matlamat menghalalkan cara.
#Ringkasnya, manusia melakukan pelbagai perkara, menggunakan macam-macam cara untuk menegakkan keadilan, menurut pandangan dan kefahaman masing-masing. Yang pasti, apabila keadilan dan kebenaran itu cuba diperjuangkan tetapi tidak menurut kehendak syarak, maka ia boleh bertukar menjadi kezaliman dan kekejaman yang bertentangan syarak.
#Dicatatkan, pada suatu ketika, penduduk kota Samarkand telah mengadu kepada Khalifah Umar bin Abdul Aziz berkenaan panglima pasukannya Qutaibah dan pasukan tenteranya yang telah masuk dan memerangi negara mereka tanpa memberi peringatan terlebih dahulu sebagaimana diwajibkan oleh Syariat Islam.
Amirul Mukminin kemudiannya lalu mengarahkan al-Qadhi untuk menghakimi pengaduan tersebut. Akhirnya al-Qadhi memutuskan agar pasukan Islam hendaklah keluar dari kota Samarkand. Keputusan ini memberi kemenangan kepada penduduk Samarkand.
Setelah penduduk Samarkand menyaksikan manifestasi keadilan Islam tersebut, mereka mengumumkan pengislaman mereka serta memuji sistem pengadilan Islam dan pasukan penaklukan. Mereka juga menyatakan penerimaan mereka terhadap hukum negara Islam. (Lihat: Tarikh al-Rusul wa al-Muluk)
#Khalifah ‘Umar bin ‘Abd al-‘Aziz terkenal dalam sejarah sebagai seorang khalifah yang soleh dan adil. Sepanjang tempoh pemerintahannya, keadilan yang beliau terapkan telah mencipta satu zaman pemerintahan yang gilang gemilang. Pemerintahan beliau hanya berlangsung selama dua tahun dan beberapa bulan. Namun, telah mencatat pelbagai tindakan pembaharuan yang sangat penting. Beliau juga telah memperbetulkan kembali perjalanan tadbir urus negara Islam. (Lihat: Siyar A’lam Al-Nubala)
♡Berlaku adillah nescaya rahmat Allah sentiasa bersama kita. Jangan sesekali zalim dan khianat. Umat akan hilang kekuatan, tiada kemuliaan, melainkan apabila kezaliman dicampak jauh-jauh daripada individu hingga kepada pemimpin sesebuah negara♡
🐊Ust Naim
*Telegram Channel*
Klik link ini untuk join:
http://bit.ly/tadabburkalamullah
*Facebook Page:*
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah
☆Tadabbur Kalamullah 20 Zulkaedah 1446H☆
ذَٰلِكَ ٱلْكِتَـٰبُ لَا رَيْبَ ۛ فِيهِ ۛ هُدًى لِّلْمُتَّقِينَ
"Kitab Al-Quran ini, tidak ada sebarang syak padanya (tentang datangnya dari Allah dan tentang sempurnanya); ia pula menjadi petunjuk bagi orang-orang yang (hendak) bertaqwa" [Surah al-Baqarah 2]
#Berkata Sheikh Mustafa al-Maraghi: "Al-Quran mengandungi hidayah yang mana ianya menuntun mereka yang mencari kebenaran dan petunjuk. Ianya membawa kebahagiaan kepada mereka di dunia dan di akhirat" (Lihat: Tafsir Al-Maraghi)
#Sesiapa yang hidupnya sentiasa membaca al-Quran, mengikuti al-Quran dan menjadikannya panduan serta pedoman nescaya di akhirat kelak akan beroleh syafaat, bantuan dan pertolongan daripada al-Quran.
#Sabda Nabi saw:
يَجِيءُ الْقُرْآنُ يَوْمَ الْقِيَامَةِ كَالرَّجُلِ الشَّاحِبِ, فَيَقُولُ: أَنَا الَّذِي أَسْهَرْتُ لَيْلَكَ، وَأَظْمَأْتُ نَهَارَكَ
"Al-Quran datang pada hari kiamat kelas seperti seorang lelaki yang kekuningan tubuhnya lalu dia berkata: Akulah yang menyebabkan engkau bangun malam dan menyebabkan engkau dahaga di siang harimu" (HR Ahmad, Ibnu Majah dan at-Tabrani. Hadis Hasan)
#Diriwayatkan daripada Sayidina Abu Umamah al-Bahili r.a bahawa Nabi saw bersabda: "Bacalah Al-Quran. Sesungguhnya ia akan datang pada hari kiamat sebagai pemberi syafaat kepada pembacanya. Bacalah Al-Zahrawan iaitu Al-Baqarah dan Ali Imran kerana keduanya nanti datang pada hari kiamat seakan-akan awan atau cahaya matahari ataupun seperti burung yang berbulu yang terbang mengelilingi pembacanya. Bacalah surah Al-Baqarah kerana sesungguhnya membacanya merupakan suatu keberkatan dan meninggalkannya adalah penyesalan. Tukang sihir tidak akan mampu menandinginya" (HR Muslim)
#Tersebut juga dalam hadis yang lain:
يَجِيءُ الْقُرْآنُ يَوْمَ الْقِيَامَةِ فَيَقُولُ يَا رَبِّ حَلِّهِ فَيُلْبَسُ تَاجَ الْكَرَامَةِ ثُمَّ يَقُولُ يَا رَبِّ زِدْهُ فَيُلْبَسُ حُلَّةَ الْكَرَامَةِ ثُمَّ يَقُولُ يَا رَبِّ ارْضَ عَنْهُ فَيَرْضَى عَنْهُ فَيُقَالُ لَهُ اقْرَأْ وَارْقَ وَتُزَادُ بِكُلِّ آيَةٍ حَسَنَةً
"Al-Quran akan datang pada hari kiamat kelak. Lalu ia berkata: Wahai Tuhan pakaikanlah (pakaian) kepadanya. Maka orang tersebut dipakaikan mahkota kemuliaan. Kemudian Al-Quran berkata lagi: Wahai Tuhan, tambahkanlah. Maka orang tersebut dipakaikan dengan pakaian kemuliaan. Kemudian Al-Quran berkata: Wahai Tuhan redhalah terhadapnya. Maka Allah pun redha kepada orang tersebut. Disebut kepadanya: Bacalah Al-Quran dan naiklah. Maka ditambahkan bagi setiap ayat satu kebaikan" (HR at-Tirmizi)
#Banyak lagi hadis yang semisal dengan hadis-hadis diatas menyebut tentang kemuliaan orang yang hidup berpandukan al-Quran. Namun begitu, adakah jika Al-Quran datang dalam bentuk lelaki, burung dan sebagainya bermakna al-Quran adalah makhluk?. Sudah tentu tidak. Para ulamak cuba menghuraikan apa yang disebutkan oleh Nabi saw. Di antara yang dinyatakan oleh Imam an-Nawawi. Beliau menyebut:
المُراَدُ أَنَّ ثَوَابَهُما يَأتِي كَغُمَامَتَينِ
"Yang dimaksudkan dengan hadis tersebut adalah pahala dari bacaan al-Quran datang dalam bentuk awan dan sebagainya" (Lihat: al-Minhaj Syarh Sahih Muslim)
#Imam Abdul Rauf Al-Munawi menjelaskan bahawa yang datang seperti mana yang disebutkan di dalam hadis ialah pahala yang layak diganjarkan kepada orang yang membaca dan beramal dengannya. (Lihat: Faidh Al-Qadir Fi Syarh Al-Jami’ Al-Saghir)
♡Begitulah hebatnya pahala yang layak diberikan kepada mereka yang membaca dan beramal dengan al-Quran. Pahala-pahala itu nantinya akan datang dalam bentuk yang pelbagai untuk menjadi hujah di hadapan Allah menyelamatkan pengamalnya. Ia juga menjadi seperti awan yang menaungi para pembacanya dari kepanasan hari akhirat. Jom baca, beramal dan hidup dengan al-Quran♡
🐊Ust Naim
*Telegram Channel*
Klik link ini untuk join:
http://bit.ly/tadabburkalamullah
*Facebook Page:*
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah
*SEDEKAH JUMAAT: MEMOHON SUMBANGAN UNTUK PENAMBAHAN BUMBUNG DEWAN MAKAN MASJID NURUL EHSAN KG PAYA BESAR, KUALA KETIL, KEDAH*
Klik dan sumbang:
https://toyyibpay.com/DEWAN-MAKAN-MASJID-NURUL-EHSAN
Assalamualaikum wbt para penyumbang budiman sekelian.
Setelah sekian lama, Dewan Makan Masjid Nurul Ehsan berkhidmat kepada ahli jemaah Qaryah Kg Paya Besar. Bilangan jemaah yang hadir semakin bertambah. Bilangan program dan aktiviti juga semakin bertambah. Aktiviti memasak untuk setiap program yang dijalankan pun sentiasa bertambah. Namun disebabkan fasiliti yang ada, agak terhad dan tidak mampu memberi keselesaan yang maksimum kepada jemaah yang hadir terutama ketika majlis yang besar seperti sambutan hari kebesaran Islam, aktiviti korban dan jamuan setiap kali berlangsung program kerohanian melibatkan kanak-kanak dan orang dewasa.
Oleh itu, diatas keperluan tersebut, pihak pengurusan Masjid Nurul Ehsan Qaryah Kg Paya Besar ingin menjemput anda semua rakyat Malaysia dalam usaha penambahan bumbung Dewan Makan Masjid Nurul Ehsan ini.
*KOS YANG DIPERLUKAN: RM34 RIBU*
Namun disebabkan keadaan ekonomi yang mencabar dan kebanyakan masyarakat disitu bekerja sebagai penoreh getah dan petani, jumlah tersebut adalah besar dan berat untuk ditampung oleh penduduk kampung.
Oleh yang demikian, inilah saatnya bagi kita untuk berganding bahu dan memberikan sumbangan seikhlas hati untuk memastikan dewan makan Masjid Nurul Ehsan kembali menyinar dengan keselesaan yang sebenar dan mampu menampung pelbagai aktiviti yang bakal dijalankan.
Setiap ringgit yang anda sumbangkan akan membantu dalam usaha penambahbaikan dewan makan ini dan memastikan ia kekal sebagai wakaf yang menjana pahala yang berpanjangan. Mari kita bersama-sama menjadikan usaha ini sebagai satu kejayaan bersama.
Sumbangan anda adalah langkah kecil yang akan membawa erti besar kepada faktor pengimarahan Masjid Kg Paya Besar dan kepada seluruh komuniti setempat.
Pihak Geng Talaqqi yakin, dengan kepedulian dan kasih sayang kita, kita mampu menjadikan masjid ini lebih indah dan berfungsi dengan lebih baik.
Jazakumullahu khairan kathira. Semoga dimurahkan rezeki dan diselamatkan kita daripada azab neraka ya. Aamiiin.
Firman Allah swt:
لَن تَنَالُوا۟ ٱلۡبِرَّ حَتَّىٰ تُنفِقُوا۟ مِمَّا تُحِبُّونَۚ وَمَا تُنفِقُوا۟ مِن شَیۡءࣲ فَإِنَّ ٱللَّهَ بِهِۦ عَلِیمࣱ
"Kamu sekali-kali tidak sampai kepada kebajikan (yang sempurna) sebelum kamu menafkahkan sebahagian harta yang kamu cintai. Dan apa saja yang kamu mahu nafkahkan, sesungguhnya ALLAH mengetahuiNya" [Surah Aali Imran 92]
*JOM REBUT PELUANG KEEMASAN INI. SUMBANGAN BOLEH DISALURKAN KE AKAUN TOYYIP PAY:*
https://toyyibpay.com/DEWAN-MAKAN-MASJID-NURUL-EHSAN
*Atau terus ke akaun:*
*Pertubuhan Kebajikan Ilmu dan Amal Selangor
*Maybank_5629_9101_9074
*Cimb_8604_7707_81
*Remark: DEWAN MAKAN MASJID NURUL EHSAN
SMS/Whatsapp slip/bukti sumbangan kepada:
📲Ust Naim: http://www.wasap.my/60196023803/DewanMakanMasjidNurulEhsan
📲Tn Abu Umar: http://www.wasap.my/60193113501/DewanMakanMasjidNurulEhsan
📲Tn Akmalizan: http://www.wasap.my/60172722696/DewanMakanMasjidNurulEhsan
📲Puan Zarina: http://www.wasap.my/60193223501/DewanMakanMasjidNurulEhsan
*ANDA HULUR, KAMI SALUR*
☆Tadabbur Kalamullah 17 Zulkaedah 1446H☆
وَلَا تَحْسَبَنَّ اللَّهَ غَافِلًا عَمَّا يَعْمَلُ الظَّالِمُونَ ۚ إِنَّمَا يُؤَخِّرُهُمْ لِيَوْمٍ تَشْخَصُ فِيهِ الْأَبْصَارُ
"Dan janganlah sekali-kali kamu (Muhammad) mengira, bahawa Allah lalai dari apa yang diperbuat oleh orang-orang yang zalim. Sesungguhnya Allah memberi tangguh kepada mereka sampai hari yang pada waktu itu mata (mereka) terbelalak" [Surah Ibrahim 42]
#Allah swt memberi satu peringatan kepada sesiapa yang berlaku zalim, apabila mereka bertindak menyalahi keadaan yang sebenar atau meletakkan sesuatu bukan pada tempatnya yang sebenar nescaya mereka akan dibalas dengan azab yang teramat dahsyat.
#Dalam percaturan politik hari ini, para pemimpin dan politikus, sama ada yang jelas terpalit dengan korupsi atau tidak, yang jelas zalim dan menyalah guna kuasa sedang bersungguh-sungguh merebut atau mempertahankan jawatan masing-masing. Para pemimpin ini, walaupun ramai yang zalim dan telah terbukti korup, dan sudah tidak layak untuk dijadikan pemimpin, namun ternyata mereka masih lagi mampu bertahan di takhta mereka dan juga dalam arena politik.
#Sebahagian daripada mereka mencuri berbilion-bilion duit rakyat, mereka hidup dalam kemewahan yang luar biasa, mereka angkuh dan sombong, mereka mementingkan diri sendiri serta kroni, mereka menzalimi rakyat, mereka bermuka-muka, tidak berprinsip, tidak pernah tetap pendirian, melompat ke sana ke mari mengikut di mana adanya kepentingan, kredibiliti mereka di tahap yang paling buruk, akhlak dan harga diri mereka juga sangat rendah, mereka tidak pernah menerapkan Islam, dan banyak lagi keburukan lainnya yang mereka lakukan, namun mereka tetap dapat bertahan sehingga kini. Mengapakah hal ini boleh terjadi?
#Dalam sejarah dunia, memang terdapat ramai pemimpin yang zalim dan korup, dan mereka dapat mempertahankan kuasa mereka dengan sangat lama. Siapa tidak kenal Firaun, yang walaupun zalim, namun ia berkuasa di Mesir sejak Nabi Musa lahir lagi sehinggalah Allah swt membinasakannya melalui tangan Nabi Musa setelah dewasa. Jadi, tidak hairanlah apabila sebahagian pemimpin zaman kini digelar sebagai Firaun Moden, kerana kezaliman diktator mereka, dan mereka tetap memerintah negara dengan sangat lama.
#Kebanyakan pemimpin zalim ini mampu bertahan lama walaupun dibenci oleh rakyat adalah kerana mereka menggunakan segala kekuasaan dan kekuatan mereka, termasuk menggunakan seluruh agensi kerajaan, yang taat secara membabi buta kepada mereka, untuk menghapuskan siapa sahaja yang melawan mereka. Mereka menggunakan undang-undang zalim yang mereka gubal, dalam rangka menyekat rakyat dan menutup mulut pengkritik-pengkritik mereka. Memandangkan kesemua agensi kerajaan berada di bawah cengkaman dan telunjuk mereka, ramai dalam kalangan rakyat terpaksa pasrah dan hanya segelintir sahaja yang berani mempertaruhkan nyawa untuk memuhasabah mereka, yang selalunya berakhir di tirai besi atau di tali gantung.
#Selain itu, mereka boleh terus berkuasa kerana adanya ulamak yang mendukung mereka. Pemimpin zalim dan korup ini biasanya mempunyai menteri agama, penasihat agama dan ramai lagi golongan agamawan yang berada di sekeliling mereka. Tidak ada tujuan untuk pemimpin ini melantik mereka kecuali untuk menghalalkan segala tindakan haram mereka, dan untuk memperindah segala polisi dan keburukan mereka. Para ulamak ini adalah terdiri daripada mereka yang mencintai dunia, sebab itulah mereka sanggup untuk bersekongkol dengan pemimpin yang zalim lagi korup ini.
#Ingatlah, akibat yang buruk pasti akan menimpa ke atas orang-orang yang zalim dan sesiapa yang menolong kezaliman dan sesiapa yang hatinya cenderung ke arah kezaliman.
وَسَيَعۡلَمُ ٱلَّذِينَ ظَلَمُوٓاْ أَيَّ مُنقَلَبٖ يَنقَلِبُون
"Dan orang-orang yang zalim itu, kelak akan mengetahui ke tempat mana mereka akan kembali (ke neraka)" [Surah as-Shu‘ara’ 227]
♡Katakan tidak kepada kezaliman dan jangan sesekali menjadi orang yang zalim. Besar penyesalan di mahsyar kelak♡
🐊Ust Naim
*Telegram Channel*
Klik link ini untuk join:
http://bit.ly/tadabburkalamullah
☆Tadabbur Kalamullah 15 Zulkaedah 1446H☆
إِنَّا عَرَضْنَا الْأَمَانَةَ عَلَى السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ وَالْجِبَالِ فَأَبَيْنَ أَن يَحْمِلْنَهَا وَأَشْفَقْنَ مِنْهَا وَحَمَلَهَا الْإِنسَانُ ۖ إِنَّهُ كَانَ ظَلُومًا جَهُولًا
"Sesungguhnya Kami telah kemukakan tanggungjawab amanah (Kami) kepada langit dan bumi serta gunung-ganang (untuk memikulnya), maka mereka enggan memikulnya dan bimbang tidak dapat menyempurnakannya (kerana tidak ada pada mereka persediaan untuk memikulnya); dan (pada ketika itu) manusia (dengan persediaan yang ada padanya) sanggup memikulnya. (Ingatlah) sesungguhnya tabiat kebanyakan manusia adalah suka melakukan kezaliman dan suka pula membuat perkara-perkara yang tidak patut dikerjakan" [Surah al-Ahzab 72]
#Imam Ibn Khaldun rahimahullah berkata: "Melantik pemimpin adalah wajib dan kewajipan tersebut dapat diketahui dalam syarak dengan ijmak para sahabat dan tabiin kerana para sahabat Rasulullah saw ketika wafatnya Baginda, mereka bersegera memberi taat setia kepada Sayidina Abu Bakar r.a dan menyerahkan kepadanya urusan mereka. Demikianlah pada setiap zaman dan perkara ini telah tetap sebagai ijmak yang menunjukkan kewajipan melantik pemimpin.” (Lihat al-Muqaddimah)
#Namun begitu, jawatan pemerintahan bukanlah harta rampasan perang yang boleh dibahagi-bahagikan begitu sahaja. Jawatan pemerintahan juga bukanlah harta yang perlu direbut-rebut. Jawatan pemerintahan adalah satu amanah yang akan diminta pertanggungjawapan di akhirat kelak. Sayidina Abu Bakar al-Siddiq r.a pada penghujung hayatnya, menulis surat mencadangkan penggantinya. Dalam surat tersebut beliau menyatakan:
بسم الله الرحمن الرحيم هذا ما عهد أبو بكر بن أبي قحافة في آخر عهده بالدنيا خارجا منها و عند أول عهده بالآخرة داخلا فيها حيث يؤمن الكافر و يوقن الفاجر و يصدق الكاذب إني استخلفت عليكم بعدي عمر بن الخطاب فاسمعوا له و أطيعوا و إني لم آل الله و رسوله و دينه و نفسي و إياكم خيرا فإن عدل فذلك ظني به و علمي فيه و إن بدل فلكل امرئ ما اكتسب و الخير أردت و لا أعلم الغيب و سيعلم الذين ظلموا أي منقلب ينقلبون و السلام عليكم و رحمة الله و بركاته
"Bismillahirrahmanirrahim. Inilah apa yang dipesan oleh Abu Bakar bin Abu Quhafah di waktu akhir hayat di dunia ini, sedang keluar darinya, dan permulaan tempoh di Akhirat, sedang masuk ke dalamnya. Di kala seperti ini, seseorang yang kafir akan beriman, seseorang pendusta akan bercakap benar. Maka aku dalam keadaan begini melantik pemerintah kamu selepasku ini Umar bin al-Khattab. Maka dengar dan taatlah kepadanya. Aku tidak akan mengurangkan sedikit kebaikan pun buat Allah, rasulNya, agamaNya, diriku dan kamu. Sekiranya Umar berlaku adil, maka itu sangkaan dan pengetahuanku mengenainya. Jika dia sebaliknya, maka setiap individu berdasarkan apa yang dikerjakan. Sedangkan aku inginkan kebaikan dan tidak pula aku tahu perkara yang ghaib. "Nanti orang-orang zalim akan mengetahui di mana kesudahan mereka". Wassalamu ‘alaikum warahmatullah" (Lihat:as-Sayuti, Tarikh al-Khulafa')
#Sayidina Abu Bakar as-Siddiq r.a sangat memikirkan masa depan umat di bawah penggantinya, juga perasaan gerunnya kepada Allah tentang apa yang akan dilakukan oleh penggantinya. Padahal pengganti yang dicadangkan itu ialah insan yang terbaik bagi umat ini selepas dirinya. Pun begitu, ayat amarannya jelas agar keadilan mestilah ditegakkan dan dia memilih pengganti atas keyakinan bahawa penggantinya dapat menjamin perlaksanaan keadilan yang dikehendaki Allah, bukan menjamin kepentingan dirinya atau kelompoknya.
#Amanah merupakan suatu perkara yang paling perlu dititik-beratkan oleh orang yang memikulnya, sebelum amanah itu dipikul oleh seseorang, dia perlu melihat akan kemampuan yang ada pada dirinya di samping memerhatikan juga kesan baik dan buruk yang akan terhasil daripada sikapnya terhadap amanah yang dipikul.
♡Jawatan pemerintahan bukan untuk direbut atau diagih-agihkan tetapi untuk dilaksanakan sebaik mungkin kerana ia akan dipersoalkan dan diminta pertanggungjawapan di Mahsyar kelak♡
🐊Ust Naim
*Telegram Channel*
Klik link ini untuk join:
http://bit.ly/tadabburkalamullah
☆Tadabbur Kalamullah 13 Zulkaedah 1446H☆
فَذَكِّرۡ إِن نَّفَعَتِ ٱلذِّكۡرَىٰ
"Oleh itu berilah peringatan (kepada umat manusia dengan ajaran Al-Quran), kalau-kalau peringatan itu berguna (dan sudah tentu berguna)" [Surah al-Aʿlā 9]
#Salah satu sifat sahabat dan saudara yang baik ialah saling tegur menegur dan nasihat menasihati dalam menyatakan kebenaran dan meluruskan kepincangan.
#Sifat nasihat itu ialah menampal atau menutup keaiban dan menjernihkan suasana atau keadaan. Adalah kurang bijak sekiranya seseorang memberi nasihat kepada orang lain tetapi dalam masa yang sama perbuatannya itu mengeruhkan lagi keadaan. Umpama kain yang sudah koyak ditambah lagi koyaknya.
#Berkata Imam al-Khaththabi rahimahullah:
النصيحة كلمة يعبر بها عن جملة هي إرادة الخير للمنصوح له
"Nasihat adalah perkataan yang menjelaskan sebahagian besar perkara yang merujuk kepada menghendaki kebaikan kepada yang diberi nasihat" (Lihat: Jami’ al-‘Ulum wa al-Hikam, Imam Ibnu Rejab al-Hanbali)
#Sebaik-baik nasihat ialah nasihat yang diberikan kepada seseorang dengan cara tersembunyi dan tidak mengaibkan. Dalam hadis disebutkan suatu prinsip bahawa kita diperintahkan supaya menutupi aib dan menyembunyikan kesalahan orang lain.
لَا يَسْتُرُ عَبْدٌ عَبْدًا فِي الدُّنْيَا إِلَّا سَتَرَهُ اللَّهُ يَوْمَ الْقِيَامَةِ
"Tidaklah seseorang hamba itu menyembunyikan kesalahan (aib) hamba yang lain melainkan Allah akan menyembunyikan kesalahanya (aibnya) pada hari Kiamat" (HR Muslim)
#Berkata Imam Ibnu Baththal rahimahullah berkaitan tuntutan memberi nasihat:
والنصيحة فرض كفاية يجزىء فيها من قام بها وتسقط عن الباقين والنصيحة لازمة على قدر الطاقة البشرية إذا علم الناصح أنه يقبل نصحه ويطاع أمره وأمن على نفسه المكروه فإن خشي أذى فهو في سعة والله أعلم
"Nasihat itu hukumnya fardhu kifayah, sekiranya ada orang yang melaksanakannya, maka yang lain terlepas dari kewajiban tersebut. Dan nasihat adalah suatu perkara yang wajib berdasarkan kemampuan masing-masing. Jika seseorang mengetahui bahawa nasihatnya akan diterima, perintahnya akan diikuti, dan dirinya bebas dari perkara-perkara yang membahayakan dan dibenci, maka ia perlu memberikan nasihatnya. Tetapi, sekiranya ia bimbang akan disakiti maka ia boleh memilih sama ada menasihati ataupun tidak. Wallahua'lam" (Lihat: Syarah Shahih Muslim dan Subulus Salam Syarah Bulughul Mara)
♡Agama itu adalah nasihat. Ia hanya berguna kepada mereka yang mahu mengambil manfaatnya. Dalam menegur sesuatu ingatlah kita dituntut berhikmah dan ikhlas kerana Allah. Hikmah bukan bererti dengan pendekatan lemah-lembut dan tersembunyi sahaja. Hikmah bermaksud menegur sesuai dengan situasi dan keadaan♡
🐊Ust Naim
*Telegram Channel*
Klik link ini untuk join:
http://bit.ly/tadabburkalamullah
*Facebook Page:*
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah
Assalamualaikum wbt..
Untuk makluman semua penyumbang,
*Sebentar tadi pihak SURAU KG PASIR PUTEH, KALUMPANG memohon agar pihak Geng Talaqqi menutup tabung kutipan baik pulih Surau Kg Pasir Puteh.*
Oleh itu, maka dengan ini *Kutipan Baik Pulih Surau Kg Pasir Puteh Kalumpang DITUTUP.*
Jazakumullahu khairan kathira. Terima kasih banyak-banyak atas sumbangan yang dihulurkan.
Ustaz Naim
Presiden Geng Talaqqi
0196023803
☆Tadabbur Kalamullah 11 Zulkaedah 1446H☆
وَمِن وَرَاۤىِٕهِم بَرۡزَخٌ إِلَىٰ یَوۡمِ یُبۡعَثُونَ
"Sedang di hadapan mereka ada alam barzakh (yang mereka tinggal tetap padanya) hingga hari mereka dibangkitkan semula (pada hari kiamat)" [Surah al-Muʾminūn 100]
#Menurut Imam al-Qurtubi rahimahullah: "Bahawa barzakh itu ialah alam di antara kematian dan kebangkitan" (Lihat: Tafsir al-Qurtubi)
#Barzakh dari sudut istilah ialah pendinding (hijab) yang terdapat di antara orang mati dan orang hidup. Pendinding inilah yang menghalang orang mati kembali ke dunia. Barzakh (pendinding) ini akan kekal sehingga hari Kiamat.
#Jadi, alam barzakh ialah alam yang terdapat di antara dunia dan akhirat. Alam ini boleh dikatakan sebagai tempat sementara penghuni dunia untuk sampai ke hari Kiamat.
#Kehidupan di barzakh berbeza bagi seorang mukmin dengan seorang kafir. Yang pasti apabila seseorang manusia itu beriman kepada Allah swt dan mati dalam keadaan tersebut, maka dia akan mendapat kenikmatan di dalam kubur sebelum kenikmatan di Syurga.
#Daripada Masruq rahimahullah berkata:
عن مسروق قال: ما من شيء خير للمؤمنين: من لحد، قد استراح من هموم الدنيا، وأمن من عذاب الله.
"Tidak ada perkara yang memberi banyak kebaikan bagi orang mukmin melainkan liang lahad (kematian). Kerana di situ dia berasa bebas daripada kesibukan dunia serta dia berasa aman daripada azab Allah swt" (Lihat: Hilyatul Awliya', Abu Nuaym Ahmad Isfahani )
#Manakala, apabila seseorang manusia kufur kepada Allah swt dan mati dalam keadaan tersebut, maka dia akan mendapat azab di dalam kubur sebelum azab yang berkekalan di akhirat kelak.
فَوَقَىٰهُ ٱللَّهُ سَيِّـَٔاتِ مَا مَكَرُوا۟ ۖوَحَاقَ بِـَٔالِ فِرْعَوْنَ سُوٓءُ ٱلْعَذَابِ * ٱلنَّارُ يُعْرَضُونَ عَلَيْهَا غُدُوًّا وَعَشِيًّا ۖ وَيَوْمَ تَقُومُ ٱلسَّاعَةُ أَدْخِلُوٓا۟ ءَالَ فِرْعَوْنَ أَشَدَّ ٱلْعَذَابِ
"Dan Firaun bersama-sama kaumnya ditimpa azab seksa yang seburuk-buruknya. Mereka didedahkan kepada bahang api neraka pada waktu pagi dan petang (semasa mereka berada dalam alam barzakh), dan pada hari berlakunya kiamat (diperintahkan kepada malaikat): "Masukkanlah Firaun dan pengikut-pengikutnya ke dalam azab seksa api neraka yang seberat-beratnya!" [Surah Ghafir 45-46]
#Daripada Sayidina Abu Qatadah bin Rib’i al-Anshari r.a, beliau meriwayatkan bahawa suatu hari dibawa satu jenazah dihadapan Baginda saw, lalu baginda bersabda: "Orang yang berehat dan orang lain berehat daripadanya". Para sahabat bertanya: "Wahai Rasulullah, apakah maksud orang yang berehat dan orang lain berehat daripadanya?". Baginda menjawab: "Seorang hamba yang beriman akan berehat daripada kepenatan dunia dan kesusahannya menuju rahmat Allah swt. Manakala hamba yang ingkar pula, yang mana orang lain, negeri, pokok-pokok dan binatang-binatang berehat daripadanya (kejahatannya)"
(HR al-Bukhari dan Muslim)
#Terdapat satu kisah masyhur, Sayidina Uthman Ibn Affan r.a berjalan melintasi sebuah kawasan perkuburan.
Tiba-tiba beliau berhenti melangkah dan terdiam, kemudian air matanya mengalir sehingga membasahi janggutnya.
Melihat Sayidina Uthman menangis teresak-esak di tepi kubur itu, seorang sahabat bertanya: "Wahai Amirul Mukminin, engkau selalu menyebut syurga dan neraka serta segala penderitaan di hari akhirat, tetapi aku tidak pernah melihat engkau menangis semasa engkau memperkatakannya. Tetapi, hari ini apabila engkau berjalan di tepi kuburan, engkau menangis. Apa sebabnya wahai Amirul Mukminin?"
Sayidina Uthman menjawab: Kerana Nabi saw pernah bersabda: "Kubur ini tempat pertama dari tempat-tempat akhirat dan tempat terakhir dari tempat-tempat dunia. Sesiapa yang selamat dari kubur itu, maka apa yang sudahnya adalah lebih ringan. Dan sesiapa yang tidak selamat darinya, maka apa yang berlaku sesudahnya akan lebih berat lagi" (HR at-Tirmizi)
♡Moga kita tergolong dalam kalangan hamba Allah yang dapat berehat dengan aman di alam barzakh nanti. Aamiiin♡
🐊Ust Naim
*Telegram Channel*
Klik link ini untuk join:
http://bit.ly/tadabburkalamullah
*Facebook Page:*
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah
☆Tadabbur Kalamullah 9 Zulkaedah 1446H☆
فَیَوۡمَىِٕذࣲ لَّا یُعَذِّبُ عَذَابَهُۥۤ أَحَدࣱ * وَلَا یُوثِقُ وَثَاقَهُۥۤ أَحَدࣱ
"Maka pada hari itu tiada sesiapapun yang dapat menyeksa seperti azab (yang ditimpakan oleh) Allah. Dan tiada sesiapapun yang dapat mengikat serta membelenggu seperti ikatan dan belengguNya" [Surah al-Fajr 25-26]
#Bagi mereka yang kafir, syirik, derhaka, zalim dan melampaui batas akan dikenakan azab sebagai hukuman daripada Allah swt. Ini kerana sewaktu hidup didunia mereka menentang Allah swt, memusuhi para Nabi dan Rasul serta melakukan kejahatan.
#Azab yang akan dikenakan itu amat pedih sekali. Allah swt mengatakan bahawa pada hari itu, tiada yang mengazab seperti azab Allah swt. Tidak terbayang oleh manusia akan azab yang akan dikenakan oleh Allah swt kepada mereka yang ingkar kepadanya. Azabnya tersangat dahsyat dan mengerikan.
كَلَّاۤۖ إِنَّهَا لَظَىٰ
"Tidak sekali-kali (sebagaimana yang diharapkannya)! Sesungguhnya neraka (yang disediakan baginya) tetap menjulang-julang apinya"
نَزَّاعَةࣰ لِّلشَّوَىٰ
"(Membakar serta) menggugurkan kulit ubun-ubun dan anggota anggota tubuh badan"
تَدۡعُوا۟ مَنۡ أَدۡبَرَ وَتَوَلَّىٰ
"Neraka itu juga memanggil dan menarik orang yang membelakangi serta berpaling (dari kebenaran)" [Surah al-Maʿārij 15-17]
#Seksaan Allah swt tidak sama dengan seksaan manusia. Manusia pun ada yang menyeksa orang lain, tetapi tidak akan sama dengan apa yang Allah swt akan lakukan. Seksaan yang Allah swt berikan itu tidak ada bandingan dengan seksaan yang pernah mana-mana manusia lakukan.
هَـٰذَانِ خَصۡمَانِ ٱخۡتَصَمُوا۟ فِی رَبِّهِمۡۖ فَٱلَّذِینَ كَفَرُوا۟ قُطِّعَتۡ لَهُمۡ ثِیَابࣱ مِّن نَّارࣲ یُصَبُّ مِن فَوۡقِ رُءُوسِهِمُ ٱلۡحَمِیمُ
"Inilah dua golongan (mukmin dan kafir) yang berbantah-bantahan tentang Tuhan mereka. Maka orang-orang yang kafir akan disediakan untuk mereka pakaian dari api neraka, serta dicurahkan atas kepala mereka air panas yang menggelegak"
یُصۡهَرُ بِهِۦ مَا فِی بُطُونِهِمۡ وَٱلۡجُلُودُ
"Yang dengannya dihancurkan apa yang ada dalam perut mereka, dan juga kulit badan mereka"
وَلَهُم مَّقَـٰمِعُ مِنۡ حَدِیدࣲ
"Dan mereka pula disediakan batang-batang besi untuk menyeksa mereka"
كُلَّمَاۤ أَرَادُوۤا۟ أَن یَخۡرُجُوا۟ مِنۡهَا مِنۡ غَمٍّ أُعِیدُوا۟ فِیهَا وَذُوقُوا۟ عَذَابَ ٱلۡحَرِیقِ
"Tiap-tiap kali mereka hendak keluar dari neraka itu, disebabkan mereka menderita azabnya, mereka dikembalikan padanya, serta dikatakan: "Rasalah kamu azab seksa yang membakar!" [Surah al-Ḥajj 19-22]
#Allah swt akan kepung dan menangkap mereka dan tidak boleh ke mana-mana lagi. Kemudian Allah swt akan ikat mereka supaya mereka tidak dapat lari. Maka tiada sesiapa pun yang dapat mengikat seperti ikatanNya. وثِقُ bermaksud mengikat dengan ketat. Ikatan Allah swt itu tidak ada bandingan dengan ikatan mana-mana manusia pun.
إِنَّهَا عَلَیۡهِم مُّؤۡصَدَةࣱ
"Sesungguhnnya api neraka itu ditutup rapat atas mereka"
فِی عَمَدࣲ مُّمَدَّدَةِۭ
"(Mereka terikat di situ) pada batang-batang palang yang melintang panjang" [Surah al-Humazah 8-9]
♡Dahsyatnya azab neraka yang disediakan kepada manusia yang ingkar dan derhaka pada Allah swt. Insafilah dan berusahalah untuk menjadi hamba Allah yang taat dan soleh♡
🐊Ust Naim
*Telegram Channel*
Klik link ini untuk join:
http://bit.ly/tadabburkalamullah
*Facebook Page:*
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah
☆Tadabbur Kalamullah 7 Zulkaedah 1446H☆
إِنَّكَ مَیِّتࣱ وَإِنَّهُم مَّیِّتُونَ
"Sesungguhnya engkau (wahai Muhammad) akan mati, dan sesungguhnya mereka juga akan mati" [Surah az-Zumar 30]
#Kematian merupakan Sunnah ketetapan Allah swt atas seluruh makhlukNya. Seandainya ada seseorang yang selamat dari kematian, nescaya manusia yang paling mulia pasti akan selamat. Namun, dalam ayat diatas Allah swt mengatakan bahawa para Nabi juga meninggal dunia dan semua yang hidup pasti menemui kematian tatkala datangnya ajal.
#Ini menunjukkan bahawa tidak ada manusia yang akan kekal di dunia ini. Hal ini telah dinyatakan Allah swt dalam firmanNya:
وَمَا جَعَلۡنَا لِبَشَرࣲ مِّن قَبۡلِكَ ٱلۡخُلۡدَۖ أَفَإِی۟ن مِّتَّ فَهُمُ ٱلۡخَـٰلِدُونَ
"Dan Kami tidak menjadikan seseorang manusia sebelummu dapat hidup kekal (di dunia ini). Maka kalau engkau meninggal dunia (wahai Muhammad), adakah mereka akan hidup selama-lamanya?"
كُلُّ نَفۡسࣲ ذَاۤىِٕقَةُ ٱلۡمَوۡتِۗ وَنَبۡلُوكُم بِٱلشَّرِّ وَٱلۡخَیۡرِ فِتۡنَةࣰۖ وَإِلَیۡنَا تُرۡجَعُونَ
"Tiap-tiap diri akan merasai mati, dan Kami menguji kamu dengan kesusahan dan kesenangan sebagai cubaan; dan kepada Kamilah kamu semua akan dikembalikan" [Surah al-Anbiyāʾ 34-35]
#Kematian, sesungguhnya merupakan kebenaran yang menakutkan, akan menghampiri semua manusia. Tidak ada yang mampu menolaknya. Dan tidak ada seorang kawan pun yang mampu menahannya.
#Kematian datang berulang-ulang, hampir setiap saat ada sahaja berita kematian. Kematian menjemput setiap orang, orang tua mahupun anak-anak, orang kaya mahupun orang miskin, orang kuat mahupun orang lemah. Semuanya menghadapi kematian dengan sikap yang sama, tidak ada kemampuan menghindarinya, tidak ada kekuatan, tidak ada pertolongan dari orang lain, tidak ada penolakan, dan tidak ada penundaan. Sekalipun manusia lari berlindung didalam benteng atau tembok yang kukuh, kematian tetap menghampirinya.
#Firman Allah swt:
أَیۡنَمَا تَكُونُوا۟ یُدۡرِككُّمُ ٱلۡمَوۡتُ وَلَوۡ كُنتُمۡ فِی بُرُوجࣲ مُّشَیَّدَةࣲۗ
"Di mana jua kamu berada, maut akan mendapatkan kamu (bila sampai ajal), sekalipun kamu berada dalam benteng-benteng yang tinggi lagi kukuh..." [Surah an-Nisāʾ 78]
قُلۡ إِنَّ ٱلۡمَوۡتَ ٱلَّذِی تَفِرُّونَ مِنۡهُ فَإِنَّهُۥ مُلَـٰقِیكُمۡۖ ثُمَّ تُرَدُّونَ إِلَىٰ عَـٰلِمِ ٱلۡغَیۡبِ وَٱلشَّهَـٰدَةِ فَیُنَبِّئُكُم بِمَا كُنتُمۡ تَعۡمَلُونَ
Katakanlah (wahai Muhammad): "Sebenarnya maut yang kamu melarikan diri daripadanya itu, tetaplah ia akan menemui kamu; kemudian kamu akan dikembalikan kepada Allah yang mengetahui segala yang ghaib dan yang nyata, lalu Ia memberitahu kepada kamu apa yang kamu telah lakukan (serta membalasnya)" [Surah al-Jumuʿah 8]
#Tiada siapapun mampu mengelak daripada kematian.
وَجَاۤءَتۡ سَكۡرَةُ ٱلۡمَوۡتِ بِٱلۡحَقِّۖ ذَ ٰلِكَ مَا كُنتَ مِنۡهُ تَحِیدُ
" Dan (apabila sampai ajal seseorang) datanglah "Sakaratulmaut" membawa kebenaran (yang telah dijanjikan, serta dikatakan kepada yang mengingkarinya sebelum itu): "Inilah perkara yang engkau selalu mengelak diri daripadanya!" [Surah Qāf 19]
#Kematian adalah bukti nyata kekuasaan Allah swt, dan siapapun tidak ada yang dapat mengalahkanNya.
نَحۡنُ قَدَّرۡنَا بَیۡنَكُمُ ٱلۡمَوۡتَ وَمَا نَحۡنُ بِمَسۡبُوقِینَ
"Kamilah yang menentukan (dan menetapkan masa) kematian (tiap-tiap seorang) di antara kamu, dan Kami tidak sekali-kali dapat dikalahkan atau dilemahkan" [Surah al-Wāqiʿah 60]
♡Sentiasalah ingat akan kematian. Moga kita selalu ingat bahawa hidup di dunia ini tidaklah kekal dan bersiap siaga dengan bekalan yang sangat diperlukan kerana suatu hari nanti kita akan melalui satu perjalanan yang panjang untuk bertemu Allah swt♡
🐊Ust Naim
*Telegram Channel*
Klik link ini untuk join:
http://bit.ly/tadabburkalamullah
*Facebook Page:*
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah
☆Tadabbur Kalamullah 5 Zulkaedah 1446H☆
كُلُّ نَفْسٍ ذَائِقَةُ الْمَوْتِ ۖ ثُمَّ إِلَيْنَا تُرْجَعُونَ
"Tiap-tiap diri( sudah tetap)a kan merasai mati kemudian kamu akan dikembalikan kepada kami (untuk menerima balasan)" [Surah al-Ankabut 57]
#Kematian adalah sesuatu yang pasti dan setiap yang hidup akan merasai kematian bahkan tidak ada satu pun dari kalangan yang bernyawa akan terlepas daripada kematian.
#Destinasi pertama yang akan menjadi persinggahan selepas mati ialah alam Barzakh, alam kubur. Bagi orang beriman dan beramal soleh, ia akan memperoleh nikmat dan kebahagiaan di dalam kuburnya.
#Disebut dalam Kubra al-Yaqiniyyat al-Kawniyyah: "Nikmat di dalam kubur adalah termasuk dalam hakikat-hakikat ghaib yang thabit buktinya melalui perkhabaran yang yakin lagi mutawatir".
#Antara nikmat yang akan dirasai oleh penghuni kubur yang baik dan bertaqwa ialah:
1. Kuburnya menjadi luas dan terang bercahaya serta dapat berehat penuh ketenangan. Sabda Rasulullah saw:
ثُمَّ يُفْسَحُ لَهُ فِي قَبْرِهِ سَبْعُونَ ذِرَاعًا فِي سَبْعِينَ، ثُمَّ يُنَوَّرُ لَهُ فِيهِ، ثُمَّ يُقَالُ لَهُ: نَمْ
"... Kemudian dilapangkan baginya di dalam kuburnya sepanjang 70 hasta kali 70 hasta. Kemudian diberi cahaya baginya di dalamnya. Kemudian, dikatakan kepadanya:" Tidurlah" (HR at-Tirmizi dan Ibn Hibban)
2. Kuburnya wangi dengan haruman Syurga serta luas sejauh mata memandang dan dipakaikan pakaian syurga yang indah. Sabda Rasulullah saw:
قَالَ: فَيُنَادِي مُنَادٍ مِنَ السَّمَاءِ أَنْ صَدَقَ عَبْدِي فَافْرِشُوهُ مِنَ الْجَنَّةِ، وَأَلْبِسُوهُ مِنَ الْجَنَّةِ، وَافْتَحُوا لَهُ بَابًا مِنَ الْجَنَّةِ فَيَأْتِيهِ مِنْ رَوْحِهَا وَطِيبِهَا، وَيُفْسَحُ لَهُ فِي قَبْرِهِ مَدَّ بَصَرِهِ
Lalu penyeru menyeru daripada langit: "Hambaku Benar! Bentangkan untuknya syurga. Pakaikan ia dengan pakaian daripada syurga. Bukakanlah pintu syurga untuknya". Dia pun mendapat wangian dan harumnya angin syurga, serta kuburannya diluaskan sejauh mata memandang" (HR Abu Daud dan Ahmad)
3. Diperlihatkan kedudukannya di syurga. Sabda Nabi saw:
إِنَّ أَحَدَكُمْ إِذَا مَاتَ عُرِضَ عَلَيْهِ مَقْعَدُهُ بِالْغَدَاةِ وَالْعَشِيِّ إِنْ كَانَ مِنْ أَهْلِ الْجَنَّةِ فَمِنْ أَهْلِ الْجَنَّةِ وَإِنْ كَانَ مِنْ أَهْلِ النَّارِ فَيُقَالُ هَذَا مَقْعَدُكَ حَتَّى يَبْعَثَكَ اللَّهُ يَوْمَ الْقِيَامَةِ
"Setiap seorang daripada kamu, apabila telah mati akan diperlihatkan kepadanya kedudukan tempatnya setiap pagi dan petang. Jika dia daripada ahli syurga maka (akan diperlihatkan seperti) ahli syurga dan jika dia ahli neraka maka daripada ahli neraka. Dikatakan kepadanya: "Inilah tempatmu sehingga dibangkitkan semula pada hari kiamat" (HR al-Bukhari dan Muslim)
#Bagi hamba yang beriman, ia akan memperoleh nikmat kubur dengan dijadikan kuburnya taman-taman Syurga.
إِنَّمَا القَبْرُ رَوْضَةٌ مِنْ رِيَاضِ الجَنَّةِ
"Sesungguhnya kubur adalah satu taman daripada taman-taman Syurga..." (HR at-Tirmizi)
♡Semoga kita selamat dan bahagia di alam kubur dan memperoleh nikmat syurga di dalamnya. Aamiiin♡
🐊Ust Naim
*Telegram Channel*
Klik link ini untuk join:
http://bit.ly/tadabburkalamullah
*Facebook Page:*
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah
☆Tadabbur Kalamullah 4 Zulkaedah 1446H☆
سَأَصْرِفُ عَنْ آيَاتِيَ الَّذِينَ يَتَكَبَّرُونَ فِي الْأَرْضِ بِغَيْرِ الْحَقِّ
"Aku akan memalingkan orang-orang yang menyombongkan dirinya di muka bumi tanpa alasan yang benar dari tanda-tanda kekuasaanKu" [Surah al-A’raf 146]
#Sikap sombong merupakan satu sikap yang amat dilarang keras dalam Islam.
#Berkata Imam as-Syaukani rahimahullah: Firman Allah, ‘سَأَصْرِفُ عَنْ ءَايٰتِىَ الَّذِينَ يَتَكَبَّرُونَ’ (Aku akan memalingkan orang-orang yang menyombongkan diri daripada ayat-ayatKu) Yakni, Aku akan menghalang mereka daripada memahami kitabKu. Pendapat lain mengatakan, yakni Aku akan memalingkan mereka daripada keimanan kepada ayat-ayatKu. (Lihat: Fath al-Qadir)
#Orang yang sombong dengan kebenaran akan jauh dengan rahmat Allah swt bahkan akan hidup dalam kesesatan dan kebodohan. Mereka jauh daripada petunjuk Allah dan hidup dalam kehinaan serta bakal menjadi bahan bakaran api neraka.
#Firman Allah swt:.
فَمَا كَانَ لَهُ مِن فِئَةٍ يَنصُرُونَهُ مِن دُونِ اللَّهِ وَمَا كَانَ مِنَ الْمُنتَصِرِينَ
"Maka tidaklah ia mendapat sebarang golongan yang boleh menolongnya dari azab Allah dan ia pula tidak dapat menolong dirinya sendiri" [Surah al-Qasas 81]
#Sabda Rasulullah saw:
لاَ يَدْخُلُ الْْجَنَّةَ مَنْ كَانَ فِِي قَلْبِهِ مِثْقَالُ ذَرَّةٍ مِنْ كِبْْرٍ
"Tidak akan masuk syurga seseorang yang di dalam hatinya terdapat kesombongan sebesar biji sawi" (HR Muslim)
#Para ahli tafsir menyebut kisah tentang Qarun yang telah dilantik oleh Firaun sebagai ketua bagi Bani Israel di Mesir, dan melalui jawatan itulah dia mengumpul kekayaan yang melimpah-ruah. Selain itu, dia juga berlaku zalim terhadap kaumnya disebabkan oleh kekayaannya, di mana setelah berada di puncak kekayaan, orang miskin dipandang rendah dan hina, sehinggakan upah yang diberikan kepada pekerja adalah dengan nilai yang teramat kecil. Apabila orang ramai datang meminta bantuan, dia menjadi marah dan tidak mahu diganggu. Semua ini termasuk daripada perangai kesombongan orang yang telah mabuk dengan kekayaannya. Pengakhiran Qarun dengan dia ditenggelamkan bumi, dibenamkan ke dalamnya di mana sebelumnya dia meninggi diri di atasnya. Ini adalah sebagai hukuman dan pembalasan yang setimpal. Qarun meninggalkan kehidupan dunia dalam keadaan lemah, sedangkan kemuliaan dan kekayaannya ketika di dunia dahulu tidak mampu menolongnya sedikitpun di akhirat kelak.
#Antara kisah-kisah kontemporari berkaitan kesombongan yang agak masyhur dalam kalangan umat Islam zaman kini ialah tentang kisah perdebatan antara Thanaullah al-Amritsari dengan Ghulam Ahmad al-Qadiani. Dalam perdebatan tersebut, kemenangan telah berpihak kepada Thanaullah. Namun Ghulam Ahmad tetap sombong dan tidak mahu menerima kebenaran tersebut, malah berani mencabar untuk saling bermubahalah. Usul atau cabaran tersebut dipersetujui oleh Thanaullah. Akhirnya, akhbar-akhbar India pada masa itu, telah menyiarkan bahawa Ghulam Ahmad al-Qadiani sebelum dia meninggal dunia, dia telah ditimpa penyakit kolera, hingga menyebabkan najis telah keluar daripada mulutnya sebelum dia meninggal dunia. Dia telah meninggal dunia ketika sedang duduk membuang air (menunaikan hajat) di dalam tandas. (Lihat: al-Qadianiyyah Dirasat wa Tahlil)
♡Setelah kita melihat kepada akibat-akibat yang menimpa orang yang sombong ini, maka kita hendaklah berusaha keras untuk menjauhi sifat tersebut daripada mendiami atau bertapak di dalam diri kita♡
🐊Ust Naim
*Telegram Channel*
Klik link ini untuk join:
http://bit.ly/tadabburkalamullah
*Facebook Page:*
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah
☆Tadabbur Kalamullah 2 Zulkaedah 1446H☆
الْحَجُّ أَشْهُرٌ مَّعْلُومَاتٌ
"(Masa untuk mengerjakan ibadat) Haji itu ialah beberapa bulan yang termaklum" [Surah al-Baqarah 197]
#Ibn Rajab al-Hanbali dalam Lata’if al-Ma’arif menyebut:
"Bulan-bulan (أَشْهُرٌ) tersebut ialah Syawal, Zulkaedah, dan 10 hari terawal Zulhijjah. Perkara ini diriwayatkan daripada Sayidina Umar, anaknya Sayidina Abdullah, Sayidina Ali, Sayidina Ibn Mas’ud, Sayidina Ibn Abbas, Sayidina Ibn al-Zubair, dan lain-lain. Ia juga adalah pandangan kebanyakan tabi’in, mazhab al-Syafi’i, Ahmad, Abu Hanifah, Abu Yusuf, Abu Thaur, dan selain mereka. Tetapi, al-Syafi’i dan sekumpulan ulama mengecualikan hari raya korban, namun majoriti ulamak memasukkannya ke dalam bulan-bulan haji kerana ia adalah hari Haji Akbar dan banyak amalan dalam ibadah haji dilakukan pada hari itu" (Lihat: Lata’if al-Ma’arif)
#Hari ini bermulanya 1 Zulkaedah. Zulkaedah termasuk dalam bulan haji. Sesungguhnya Nabi saw telah melaksanakan umrah sebanyak empat kali dan semuanya Baginda lakukan pada bulan Zulkaedah. Baginda tidak melaksanakan haji melainkan pada umrah yang terakhir, pada Haji Wada’.
#Diriwayatkan daripada Sayidina Anas r.a, katanya:
اعْتَمَرَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَرْبَعَ عُمَرٍ، كُلَّهُنَّ فِي ذِي القَعْدَةِ، إِلَّا الَّتِي كَانَتْ مَعَ حَجَّتِهِ: عُمْرَةً مِنَ الحُدَيْبِيَةِ فِي ذِي القَعْدَةِ، وَعُمْرَةً مِنَ العَامِ المُقْبِلِ فِي ذِي القَعْدَةِ، وَعُمْرَةً مِنَ الجِعْرَانَةِ، حَيْثُ قَسَمَ غَنَائِمَ حُنَيْنٍ فِي ذِي القَعْدَةِ، وَعُمْرَةً مَعَ حَجَّتِهِ
"Rasulullah saw mengerjakan umrah sebanyak empat kali, semuanya pada bulan Zulkaedah kecuali umrah yang ditunaikan bersama haji Baginda, iaitu satu umrah dari Hudaibiyah pada bulan Zulkaedah, satu umrah pada tahun berikutnya pada bulan Zulkaedah, satu umrah dari Ji’ranah yang Baginda membahagikan harta rampasan perang Hunain, juga pada bulan Zulkaedah, dan satu umrah bersama haji Baginda" (HR al-Bukhari, Muslim dan Abu Daud)
#Imam an-Nawawi rahimahullah menyebut: "Kesimpulan daripada periwayatan Sayidina Anas dan Sayidina Ibn ‘Umar, keduanya sepakat bahawa umrah (Rasulullah saw) adalah sebanyak empat kali. Salah satunya adalah pada bulan Zulkaedah pada tahun Hudaibiyah 6 Hijrah. Mereka terhalang di Hudaibiyah, lalu bertahallul sehingga hal itu dikira umrah untuk mereka. Kedua, pada bulan Zukaedah tahun 7 Hijrah, iaitu umrah qadha’. Ketiga, pada bulan Zulakaedah tahun 8 Hijrah iaitu pada Tahun Pembukaan (kota Makkah). Yang keempat adalah bersama dengan hajinya. Ihramnya pada bulan Zulkaedah, sementara amalan hajinya pada bulan Zulhijjah"
#Imam an-Nawawi menambah: "Para ulamak menyatakan, sesungguhnya Nabi saw melaksanakan umrah ini pada bulan Zulkaedah kerana keutamaan bulan ini dan untuk menyalahi (kebiasaan) Jahiliyyah dalam hal itu yang menganggapnya sebagai kejahatan yang besar. Maka Nabi saw melaksanakannya beberapa kali pada bulan ini, agar lebih tepat dalam menjelaskan dibolehkannya (melaksanakan umrah pada bulan ini) dan lebih kuat pengaruhnya dalam menghilangkan kebiasaan jahiliyyah. Wallahua’lam. (Lihat: Syarh al-Nawawi ‘ala Sahih Muslim)
#Kepada semua bakal haji, diucapkan selamat berangkat menunaikan ibadah haji, semoga beroleh haji yang mabrur serta sentiasa berada dalam rahmat dan pemeliharaan Allah swt.
اللّٰهُمَّ اجْعَلْ حَجَّنا حجًّا مَبْرُوْرًا وَسَعْيَنَا سَعْيًا مَشْكُوْرًا وَذَنْبَنَا ذَنْبًا مَغْفُوْرًا وَعَمَلَنَا عَمَلًا صَالِحًا مَقْبُوْلًا وَتِجَارَتَنَا تِجَارَةً لَنْ تَبُوْرَ
"Ya Allah! jadikanlah haji kami, haji yang mabrur, sa’ie kami sa’ie yang diterima, dosa kami dosa yang diampuni dan amalan kami amalan soleh yang dikabulkan dan perniagaan kami perniagaan yang tidak akan mengalami rugi selamanya"
♡Bulan Zulkaedah merupakan bulan haji dan bulan Haram yang digalakkan kita menggandakan amal ibadah seperti memperbanyakkan puasa sunat serta melakukan amal-amal soleh yang lain. Jom tingkatkan amal soleh!!♡
🐊Ust Naim
*Telegram Channel*
Klik link ini untuk join:
http://bit.ly/tadabburkalamullah
*Facebook Page:*
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah