tadabburkalamullah | Unsorted

Telegram-канал tadabburkalamullah - Tadabbur Kalamullah

13574

Oleh Ustaz Muhamad Naim Haji Hashim

Subscribe to a channel

Tadabbur Kalamullah

Ralat: Tadabbur Kalamullah semalam ada kesilapan tarikh.. Sepatutnya 1 Zulkaedah 1446 bukannya 30 Syawal.. Terima kasih

Читать полностью…

Tadabbur Kalamullah

☆Tadabbur Kalamullah 29 Syawwal 1446H☆

إِن یَمۡسَسۡكُمۡ قَرۡحࣱ فَقَدۡ مَسَّ ٱلۡقَوۡمَ قَرۡحࣱ مِّثۡلُهُۥۚ وَتِلۡكَ ٱلۡأَیَّامُ نُدَاوِلُهَا بَیۡنَ ٱلنَّاسِ وَلِیَعۡلَمَ ٱللَّهُ ٱلَّذِینَ ءَامَنُوا۟ وَیَتَّخِذَ مِنكُمۡ شُهَدَاۤءَۗ وَٱللَّهُ لَا یُحِبُّ ٱلظَّـٰلِمِینَ * وَلِیُمَحِّصَ ٱللَّهُ ٱلَّذِینَ ءَامَنُوا۟ وَیَمۡحَقَ ٱلۡكَـٰفِرِینَ

"Jika kamu (dalam peperangan Uhud) mendapat luka (tercedera), maka sesungguhnya kaum (musyrik yang mencerobohi kamu) itu telah (tercedera juga dan) mendaapat luka yang sama (dalam peperangan Badar). Dan demikian itulah keadaan hari-hari (dunia ini dengan peristiwa-peristiwa kemenangan atau kekalahan), kami gilirkan dia antara sesama manusia, (supaya menjadi pengajaran) dan supaya nyata apa yang diketahui Allah tentang orang-orang yang tetap beriman (dan yang sebaliknya), dan juga supaya Allah menjadikan sebahagian di antara kamu orang-orang yang mati Syahid. Dan (ingatlah), Allah tidak suka kepada orang-orang yang zalim. Dan juga supaya Allah membersihkan orang-orang yang beriman (dari dosa-dosa mereka) dan membinasakan orang-orang yang kafir" [Surah Āli-ʿImrān 140-141]

#Imam Ar-Razi ketika menafsirkan ayat ini menyatakan bahawa proses pergiliran ini (at-Tadawul) ini bukan bermaksud Allah memenangkan orang-orang Kafir tetapi pergiliran ini menunjukkan bahawa Allah memberikan ujian dahsyat ke atas orang-orang kafir dan kadang-kadang ke atas orang yang beriman.

#Ketahuilah, jalan dakwah dan jalan perjuangan adalah jalan yang panjang dan sukar, payah dan memenatkan. Namun ini adalah yang paling athbat (kukuh), tulen dan terjamin. Jalan perjuangan menegak dan menyebarkan kebenaran ini tidak dihampiri dengan permaidani merah, ditaburi bunga-bunga tetapi sarat dengan mehnah dan halangan.

#Setiap amal dijalan dakwah dan perjuangan memerlukan pengorbanan dan keringat. Semakin sukar dan sulit jalan dakwah dan perjuangan ini, maka semakin perlu setiap para pejuang kepada usaha yang lebih besar di segi persiapan dan latihan untuk mengharungi beban amal tersebut. Sedangkan amal untuk agama Allah sentiasa berterusan, pelbagai bentuk dan luas medannya.

#Berdakwah dan berjuang dijalan Allah tidak tertentu pada satu cara sahaja. Ia bergantung kepada perisian dakwah. Maka ia menggunakan 1001 kaedah dan method. Tugas dan tanggungjawab yang dipikul para pejuang sentiasa bertambah sehari demi sehari. Tanggungjawab para pejuang semakin hari semakin besar dan semakin mencabar.

#Lantaran itu, Allah swt menjadikan ujian dalam perjuangan untuk menguji ketulenan jiwa para pejuang. Perjuangan dan dakwah menegakkan agama Allah tidak akan berjaya mencapai visi dan misi perjuangannya melainkan setelah melalui fasa ujian dan cubaan.

#Diriwayatkan daripada Sayidina Abu Hurairah r.a bahawa Rasulullah saw bersabda: "Perumpamaan seorang Mukmin adalah seperti satu tanaman yang tumbuh dan tidak lekang berdepan angin yang menggoyangkannya, dan sentiasalah seorang Mukmin itu ditimpa dengan ujian. Sedangkan orang Munafik pula umpama satu pokok padi yang tidak bergoyang melainkan setelah dituai dan dikumpul hasilnya.." (HR Muslim)

#Sirah perjuangan telah menunjukkan bahawa Rasulullah saw dan para sahabat r.anhum telah melalui fasa-fasa ini sebelum mengecapi kemenangan dalam perjuangan. Hakikatnya ujian adalah batu bata perjuangan yang mesti ditempuh dan dirempuh sebagai satu sunnah perjuangan dan dakwah.

#Ujian perjuangan juga untuk menilai sejauh mana keikhlasan seseorang dalam perjuangannya. Imam ar-Razi rahimahullah berkata:

"Sesungguhnya keikhlasan seseorang insan dilihat ketika berada dalam keadaan ujian (ditimpa bala), dia lebih banyak kembali mengadu kepada Allahnya berbanding ketika menerima habuan dunia".

♡Perjuangan untuk mendaulatkan agama Allah dipenuhi dengan ujian, dugaan, halangan, kekalahan, kemenangan dan 1001 kepayahan. Namun, ketahuilah ganjaran besar di syurga kelak bakal diperoleh para pejuang yang benar-benar ikhlas dan bersungguh-sungguh dalam perjuangan dan dakwahnya♡

🐊Ust Naim
*Telegram Channel*
Klik link ini untuk join:
http://bit.ly/tadabburkalamullah

Читать полностью…

Tadabbur Kalamullah

☆Tadabbur Kalamullah 27 Syawwal 1446H☆

وَثِیَابَكَ فَطَهِّرۡ

"Dan pakaianmu, maka hendaklah engkau bersihkan" [Surah al-Muddaththir 4]

#Islam menekankan aspek kebersihan dalam berpakaian. Islam tidak menolak sebarang bentuk urusan atau sesuatu perkara yang boleh mendatangkan kecantikan termasuklah dalam hal berkaitan tatacara berpakaian. Bahkan Islam sendiri menitik beratkan setiap perkara agar dilakukan dengan cantik, dalam keadaan yang baik dan elok, serta menjaga kebersihan.

#Islam tidak menetapkan secara khusus bagaimana bentuk pemakaian bagi seseorang Muslim atau Muslimah seperti perlu memakai kain buatan apa, jenis apa, berapa helai, warna apa dan sebagainya.

#Kreativiti dalam pemakaian adalah terserah kepada individu tersebut mengikut kesesuaian tempat dan masanya selagi mana ia tidak melanggar batasan syarak. Perkara tersebut termasuk dalam urusan keduniaan yang Rasulullah saw menyerahkan kreativitinya kepada manusia itu sendiri untuk berfikir. Apa yang Islam tekankan ialah konsep takwa, menutup aurat dan menjaga kebersihan dalam berpakaian.

#Disebutkan bahawa dalam hal berpakaian, Imam Malik sangat memerhatikan pakaian yang digunakannya. Bagi beliau, memakai pakaian bagus adalah salah satu bentuk kemuliaan terhadap ilmu dan orang yang berilmu. Bagi beliau, memakai pakaian bagus adalah lambang dari tingginya wibawa orang berilmu. Oleh kerana itu, Imam Malik selalu tampil dengan pakaian dan serban yang paling bagus dan mahal.

#Pakaian yang sangat disukai Imam Malik adalah pakaian yang berwarna putih terang. Pakaian beliau adalah pakaian paling bagus dan paling mahal yang diimport dari Khurasan, Mesir, dan daerah lainnya yang terkenal menghasilkan pakaian berkualiti.

#Gaya berpakaian dan gaya hidup Imam Malik ini bukan kerana ingin hidup bermewah-mewahan semata. Namun beliau ingin mengajar kita untuk hidup dengan status yang mulia, sehingga tidak dipandang sebelah mata. Beliau ingin agar orang berilmu hidup mulia dan disegani.

#Berkata Imam Malik bin Anas rahimahullah:

مَا أُحِبُّ لِأَحَدٍ أَنْعَمَ اللهُ عَلَيْهِ إِلَّا وَيُرَى أَثَرُ نِعْمَتِهِ عَلَيْهِ، وَخَاصَةً أَهْلُ الْعِلْمِ، يَنْبَغِي لَهُمْ أَنْ يُظْهِرُوْا مُرُوآتَهُمْ فِيْ ثِيَابِهِمْ إِجْلَالًا لِلْعِلْمِ

"Tidaklah aku menyukai seseorang yang telah diberi nikmat oleh Allah, kecuali agar nikmat itu diperlihatkan. Terlebih lagi untuk orang yang berilmu, hendaklah bagi mereka untuk memelihara maruahnya dalam hal berpakaian, demi untuk memuliakan ilmu pengetahuan".

♡Pakaian yang bersih dan dipakai atas dasar taqwa memiliki nilai yang besar bagi pemakainya disisi Allah swt♡

🐊Ust Naim
*Telegram Channel*
Klik link ini untuk join:
http://bit.ly/tadabburkalamullah

*Facebook Page:*
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah

Читать полностью…

Tadabbur Kalamullah

☆Tadabbur Kalamullah 26 Syawwal 1446H☆

وَثِیَابَكَ فَطَهِّرۡ

"Dan pakaianmu, maka hendaklah engkau bersihkan" [Surah al-Muddaththir 4]

#Sebagai pendakwah dan orang beriman, kita dituntut untuk sentiasa memakai pakaian yang bersih dan indah.

#Dikisahkan bahawa Imam Malik bin Anas rahimahullah adalah seorang yang tinggi serta lebar tubuh badannya. Warna kulitnya putih, berdahi luas, manakala hidungnya tinggi serta menarik perhatian bagi mereka yang memandangnya. Antara perkara menarik tentang beliau ialah kegemarannya pada pakaian yang baik dan elok, seperti pakaian yang diperbuat dari Aden.

#Imam Malik sangat mengambil berat tentang soal berpakaian. Beliau menganggapnya sebagai penghormatan terhadap ilmu dan martabat seorang ulamak. Beliau mengatakan bahawa maruah seorang ulamak adalah dengan memilih pakaian yang indah untuk dipakai dan ditampilkan. Oleh yang demikian, tidak sepatutnya mata lihat melainkan dengan melihatnya dengan pakaian lengkap, termasuk serban yang baik. Beliau selalu memakai pakaian terbaik, termahal, dan paling indah, seperti pakaian dari Yaman yang berkualiti tinggi, pakaian dari Khurasan, dan pakaian Mesir yang bermutu tinggi. (Lihat: al-Imam Malik bin Anas Imam Dar al-Hijrah)

#Firman Allah swt:
یَـٰبَنِیۤ ءَادَمَ قَدۡ أَنزَلۡنَا عَلَیۡكُمۡ لِبَاسࣰا یُوَ ٰ⁠رِی سَوۡءَ ٰ⁠ تِكُمۡ وَرِیشࣰاۖ وَلِبَاسُ ٱلتَّقۡوَىٰ ذَ ٰ⁠لِكَ خَیۡرࣱۚ ذَ ٰ⁠لِكَ مِنۡ ءَایَـٰتِ ٱللَّهِ لَعَلَّهُمۡ یَذَّكَّرُونَ

"Wahai anak-anak Adam! Sesungguhnya Kami telah menurunkan kepada kamu (bahan-bahan untuk) pakaian menutup aurat kamu, dan pakaian perhiasan; dan pakaian yang berupa taqwa itulah yang sebaik-baiknya. Yang demikian itu adalah dari tanda-tanda (limpah kurnia) Allah (dan rahmatNya kepada hamba-hambaNya) supaya mereka mengenangnya (dan bersyukur)" [Surah al-Aʿrāf 26]

#Islam meraikan kecantikan bahkan menuntut manusia untuk memperlihatkan diri mereka dalam keadaan yang cantik dalam masa yang sama sunyi daripada sifat riak dan takabbur. Ia dianggap sebagai memperlihatkan nikmat yang diberikan oleh Allah swt ke atas dirinya.

#Justeru, apa yang ingin diperlihatkan adalah nikmat Allah swt bukan untuk kebanggaan diri mereka. Apa yang diperlihatkan tersebut merupakan sebagai salah satu tindakan mensyukuri nikmat Allah swt dengan menggunakannya pada landasan yang betul.

#Daripada Sayidina Abdullah Ibnu Umar r.huma berkata, Rasulullah saw bersabda:

إن الله يحب أن يُرَى أثرُ نعمته على عبده

"Sesungguhnya Allah menyukai untuk melihat kesan nikmat-Nya ada pada hambaNya" (HR al-Hakim dan at-Tirmizi)

#Rasulullah saw menggalakkan umatnya untuk memakai pakaian yang baru dan terbaik terutama pada hari-hari kebesaran Islam yang menjadi kegembiraan bagi umat Islam sendiri. Justeru penampilan yang cantik dan terbaik menjadi salah satu tanda kegembiraan yang dizahirkan dalam menyambut hari-hari tersebut.

#Para lelaki yang keluar menunaikan solat Jumaat digalakkan memakai pakaian yang berwarna putih kerana ia melambangkan kesucian dan mengingatkan manusia kepada kain kafan yang menjadi simbolik mengingati kematian.

#Diriwayatkan oleh Sayidina Ibnu Abbas bahawa Rasulullah saw bersabda:

البسوا من ثيابكم البياض فإنها من خير ثيابكم وكفنوا فيها موتاك

"Pakailah pakaian yang berwarna putih, sesungguhnya pakaian yang berwarna putih adalah sebaik-baik pakaian dan gunakanlah pakaian yang berwarna putih apabila mengkafankan jenazah kamu (orang Islam)" (HR Abu Daud dan at-Tirmizi)

♡Berpakaianlah dengan pakaian yang bersih dan indah serta menutup aurat. Yang penting jangan membazir, bermegah dan riyak. Pakaian terbaik ialah pakaian taqwa♡

🐊Ust Naim
*Telegram Channel*
Klik link ini untuk join:
http://bit.ly/tadabburkalamullah

*Facebook Page:*
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah

Читать полностью…

Tadabbur Kalamullah

*IBADAH QURBAN/AQIQAH BERSAMA GENG TALAQQI 2025M/1446H*

InsyaAllah tahun ini kami meneruskan ibadah Qurban/Aqiqah di Selatan Thailand, Mekah & Semenanjung Malaysia.

___

*Selatan Thailand* 🇹🇭
🐂 *Lembu : RM580 / 1 bahagian*
🐐 *Kambing : RM 700 / seekor*

___

*Makkah Al-Mukarramah* 🇸🇦
🐐 *Kambing : RM 599 / seekor*

___

*Semenanjung Malaysia* 🇲🇾
🐂 *Lembu : RM850 / 1 bahagian*
🐐 *Kambing : RM1,300 / seekor*

⛔ Tarikh akhir penyertaan : 24 Mei 2025 atau apabila penyertaan telah penuh.

☎️ Untuk pertanyaan & pendaftaran sila hubungi :
Mohd Akmalizan (Setiausaha) : http://www.wasap.my/60172722696/QurbanGT2025

🏧 Bayaran boleh terus kepada akaun berikut :

*Click&bayar*
https://toyyibpay.com/QURBAN-AQIQAH-GT-1446H

Atau ke

Akaun
*Maybank : 5629 9101 9074
*Pertubuhan Kebajikan Ilmu dan Amal Selangor*
*Remark: QurbanGT1446H

#IbadahQurbanAqiqah1446H

*Anda Hulur, Kami Salur*

___

Sabda Rasulullah saw :
"Tidak ada amalan yang dilakukan oleh anak Adam pada hari an-Nahr (Aidiladha) yang lebih dicintai oleh Allah selain daripada menumpahkan darah (binatang korban). Sesungguhnya ia akan datang pada hari kiamat dengan tanduknya, bulunya dan kukunya dan sesungguhnya darah tersebut akan mendapat redha Allah swt sebelum ia jatuh ke bumi. Maka, bersihkanlah jiwa kamu (dengan ibadah Qurban)" (HR at-Tirmizi)

Читать полностью…

Tadabbur Kalamullah

☆Tadabbur Kalamullah 23 Syawwal 1446H☆

لِیَوۡمٍ عَظِیمࣲ * یَوۡمَ یَقُومُ ٱلنَّاسُ لِرَبِّ ٱلۡعَـٰلَمِینَ

"Pada hari (kiamat) yang amat besar (huru-haranya). Hari berdiri manusia untuk mengadap Tuhan sekalian alam" [Surah al-Muṭaffifīn 5-6]

#Diantara perkara besar yang akan terjadi pada hari kiamat ialah berkumpulnya seluruh makhluk di padang Mahsyar untuk menunggu diputuskan perkara yang dulu pernah terjadi diantara mereka, dengan waktu begitu lama dan dalam keadaan yang mencengkam.

#Al-Hafiz Ibnu Katsir menerangkan keadaan berdirinya mereka pada waktu itu: "Mereka berdiri dalam keadaan tidak beralas kaki, telanjang, dan tidak berkhitan, pada tempat yang sulit, cemas, serta sempit bagi pendosa, seluruhnya meliputi mereka dengan perintah Allah, dan semuanya tidak mampu menolaknya, baik yang kuat mahupun yang lemah".

#Baginda saw bersabda:

يَقُومُ أَحَدُهُمْ فِى رَشْحِهِ إِلَى أَنْصَافِ أُذُنَيْهِ

"Salah seorang diantara mereka berdiri dengan peluhnya yang sampai separuh telinganya" (HR al-Bukhari dan Muslim)

#Dalam hadis lain:

يَعْرَقُ النَّاسُ يَوْمَ الْقِيَامَةِ حَتَّى يَذْهَبَ عَرَقُهُمْ فِي الْأَرْضِ سَبْعِينَ ذِرَاعًا وَيُلْجِمُهُمْ حَتَّى يَبْلُغَ آذَانَهُمْ

"Kelak pada hari kiamat manusia akan berpeluh sampai kiranya kalau dikumpulkan dimuka bumi, keringatnya sampai tujuh puluh hasta. Dan menenggelamkan mereka sampai ke telinganya" (HR al-Bukhari dan Muslim)

#Adapun peluh masing-masing setiap orang itu sesuai dengan tingkatan amal mereka ketika didunia.

#Berkata Ibnu Abi Jamrah rahimahullah: "Diantara mereka yang paling banyak peluhnya ialah orang-orang kafir, kemudian para pelaku dosa besar dan yang berada dibawahnya. Adapun orang muslim maka mereka jumlahnya sedikit dibanding dengan orang kafir".

#Al-Hafiz Ibnu Katsir mengatakan: "Didalam sebuah hadis dijelaskan bahawa mereka kelak akan berdiri selama tujuh puluh tahun dalam keadaan tidak berbicara sedikitpun. Ada yang mengatakan mereka berdiri selama tiga ratus tahun. Ada lagi yang mengatakan mereka berdiri selama empat ribu tahun, setelah itu baru diputuskan perkara (hisab) mereka dalam jangka masa sepuluh ribu tahun".

#Firman Allah swt:

یَوۡمَ یَقُومُ ٱلرُّوحُ وَٱلۡمَلَـٰۤىِٕكَةُ صَفࣰّاۖ لَّا یَتَكَلَّمُونَ إِلَّا مَنۡ أَذِنَ لَهُ ٱلرَّحۡمَـٰنُ وَقَالَ صَوَابࣰا *

"(Tambahan pula) pada masa Jibril dan malaikat-malaikat yang lain berdiri bersaf-saf (menunggu perintah Tuhan), tidak ada yang berani berkata-kata (memohon pertimbangan) melainkan yang telah diizinkan baginya oleh Tuhan Yang Maha Pemurah, serta ia berkata benar"

ذَ ٰ⁠لِكَ ٱلۡیَوۡمُ ٱلۡحَقُّۖ فَمَن شَاۤءَ ٱتَّخَذَ إِلَىٰ رَبِّهِۦ مَـَٔابًا

"Itulah keterangan-keterangan mengenai hari (kiamat) yang sungguh tetap berlakunya; maka sesiapa yang mahukan kebaikan dirinya, dapatlah ia mengambil jalan dan cara kembali kepada Tuhannya (dengan iman dan amal yang soleh)!" [Surah an-Nabaʾ 38-39]

#Rasulallah saw pernah bersabda:

يَجْمَعُ اللهُ الأولِينَ والآخِرِينَ لِمِيقَاتِ يَوْمٍ مَعْلومٍ قِيامًا أربعينَ سَنَةً ، شَاخِصَةً أَبْصارُهُمْ إلى السَّماءِ يَنْتَظِرُونَ فَصْلَ القَضَاءِ

"Allah akan mengumpulkan dari makhluk pertama hingga terakhir pada hari yang telah ditentukan, mereka berdiri selama empat puluh tahun seraya pandangannya tegak melihat ke langit menunggu Allah untuk memutuskan ketentuanNya" (HR at-Tabarani)

#Dalam riwayat lain: "Manusia kelak pada hari kiamat akan berdiri yang ukuran setengah harinya sama dengan lima puluh ribu tahun. (Hal itu) akan dimudahkan bagi orang-orang beriman, (bagi mereka waktu) tidak ubahnya seperti matahari yang akan tenggelam sampai benar-benar tenggelam" (HR Ibnu Hibban)

♡Seorang mukmin hendaklah sudah mempersiapkan dirinya untuk bertemu dengan Tuhannya, jangan sampai dirinya lalai akan perkara tersebut. Ingatlah bahawa dihadapan kita ada masa dan situasi sulit yang begitu besar. Jom kukuhkan akidah dan cukupkan bekalan untuk dibawa ke hadapan Allah swt♡

🐊Ust Naim
*Telegram Channel*
Klik link ini untuk join:
http://bit.ly/tadabburkalamullah

*Facebook Page:*
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah

Читать полностью…

Tadabbur Kalamullah

☆Tadabbur Kalamullah 21 Syawwal 1446H☆

وَنَزَّلۡنَا مِنَ ٱلسَّمَاۤءِ مَاۤءࣰ مُّبَـٰرَكࣰا فَأَنۢبَتۡنَا بِهِۦ جَنَّـٰتࣲ وَحَبَّ ٱلۡحَصِیدِ

"Dan juga Kami telah menurunkan dari langit air (hujan) yang banyak faedahnya, lalu Kami tumbuhkan dengan air itu pokok-pokok tanaman (buah-buahan) dan biji-bijian yang dituai" [Surah Qāf 9]

#Antara nikmat yang Allah swt kurniakan kepada manusia ialah pokok kayu dan tumbuh-tumbuhan untuk dinikmati hasilnya, diambil manfaat darinya dan menikmati kelazatan buah-buahan yang dihasilkan.

#Namun begitu, diingatkan agar segala tanaman dan tumbuh-tumbuhan itu ditanam diatas tanah sendiri bukan diatas tanah orang lain. Hal ini pernah disebut dalam satu hadis Nabi saw yang menceritakan berkenaan seseorang yang telah menanam pohon kurma pada tanah milik seorang Ansar.

#Daripada Sayidina Samurah bin Jundub r.a:

أَنَّهُ كَانَتْ لَهُ عَضُدٌ مِنْ نَخْلٍ فِي حَائِطِ رَجُلٍ مِنَ الأَنْصَارِ قَالَ وَمَعَ الرَّجُلِ أَهْلُهُ قَالَ فَكَانَ سَمُرَةُ يَدْخُلُ إِلَى نَخْلِهِ فَيَتَأَذَّى بِهِ وَيَشُقُّ عَلَيْهِ فَطَلَبَ إِلَيْهِ أَنْ يَبِيعَهُ فَأَبَى فَطَلَبَ إِلَيْهِ أَنْ يُنَاقِلَهُ فَأَبَى فَأَتَى النَّبِيَّ صلى الله عليه وسلم فَذَكَرَ ذَلِكَ لَهُ فَطَلَبَ إِلَيْهِ النَّبِيُّ صلى الله عليه وسلم أَنْ يَبِيعَهُ فَأَبَى فَطَلَبَ إِلَيْهِ أَنْ يُنَاقِلَهُ فَأَبَى.‏ قَالَ ‏"‏ فَهَبْهُ لَهُ وَلَكَ كَذَا وَكَذَا ‏"‏.‏ أَمْرًا رَغَّبَهُ فِيهِ فَأَبَى فَقَالَ ‏"‏ أَنْتَ مُضَارٌّ ‏"‏.‏ فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم لِلأَنْصَارِيِّ ‏"‏اذْهَبْ فَاقْلَعْ نَخْلَهُ" ‏

"Beliau memiliki sederet pohon kurma yang tumbuh di kebun milik salah seorang Ansar. Tempat tersebut didiami oleh orang Ansar tersebut bersama keluarganya. Samurah sering memeriksa pohon-pohon kurmanya, termasuk pohon kurma yang tumbuh di tanah orang Ansar tersebut. Kedatangan Samurah pada tanah tersebut mengganggu dan menyebabkan orang Ansar tersebut merasa tidak nyaman. Orang Ansar tersebut menawarkan kepada Samurah agar menjual pohon kurma tersebut kepadanya. Samurah menolak. Orang Ansar meminta Samurah memindahkan pohon kurmanya. Samurah juga menolak tawaran tersebut. Akhirnya, dia melaporkan permasalahan ini kepada Nabi saw. Nabi saw meminta Samurah untuk menjual pohon kurmanya. Namun dia menolak, Nabi saw meminta Samurah untuk memindahkan pohon kurmanya. Namun dia menolak, Nabi saw mengatakan kepada Samurah: "Hadiahkan pohon kurma tersebut kepadanya, dan untukmu ada ganjaran demikian dan demikian". Nabi saw sebutkan hal yang disukai oleh Samurah. Samurah tetap menolak, maka Nabi saw mengatakan: "Engkau ini memang pengganggu!". Nabi saw lantas berkata kepada si Ansar: "Pergilah! Silakan tebang saja pohon kurmanya!" (HR Abu Daud)

#Berdasarkan hadis ini, dapat dinyatakan bahawa pemilikan mutlak tanah tersebut adalah ke atas pemilik tanah yang asal. Manakala pemilik pohon tersebut adalah milik penanam pokok tersebut. Hal ini jelas berdasarkan tafsir hadis diatas apabila nabi mengatakan: “Pergilah! Silakan tebang saja pohon kurmanya!”. Perkara ini menunjukkan bahawa pemilik tanah dibolehkan untuk menebang pokok tersebut dan memberi pokok yang ditebang tersebut kepada penanam pokok tersebut.

#Jika tuan tanah mahu semula tanah tersebut, maka penanam pokok perlu untuk membuang serta membersihkan tanaman tersebut seperti sediakala. Namun jika terdapat kerosakan pada tanah tersebut, penanam tersebut perlu dikenakan penalti atau menggantikan semula tanah tersebut seperti keadaan asal. Selain itu, tuan tanah juga boleh mengenakan sewa ke atas penanam tanah tersebut selama mana dia menggunakan tanah tersebut.

♡Kepada sesiapa yang ingin bercucuk tanam di atas tanah orang lain, maka mintalah izin kepada tuan tanah dahulu sebelum membuat sebarang penanaman di atas tanah yang bukan milik kita. Ini kerana, tuan tanah berhak untuk menebang tanaman yang ditanam tanpa izinnya♡

🐊Ust Naim
*Telegram Channel*
Klik link ini untuk join:
http://bit.ly/tadabburkalamullah

*Facebook Page:*
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah

Читать полностью…

Tadabbur Kalamullah

*SEDEKAH JUMAAT: MASJID KG BELETUNG, BOKPYAN, TANAH SARI, SELATAN MYANMAR MENANTI DENGAN HARAPAN*

*Klik dan sumbang:*
https://toyyibpay.com/BAIKPULIH-MASJID-BELETUNG

Assalamualaikum wbt...

Tanah Sari @ Bokpyan di Selatan Myanmar, ratusan keluarga Melayu Muslim hidup dalam suasana terkebelakang 30 tahun berbanding kita. Menelusuri kehidupan harian dengan serba kekurangan. Dalam pelosok desa terpencil, mereka berjuang mempertahankan aqidah dan budaya serta bahasa Melayu walaupun dihimpit kemiskinan dan kekangan hidup.

Jom sama-sama kita kembalikan sinar di Tanah Sari, bukan hanya dengan bantuan makanan dan keperluan asas, tetapi juga dengan pembangunan tambah baik PRASARANA MASJID yang menjadi keperluan semasa dan bimbingan rohani.

Masjid Kg Beletung, Bokpyan sudah berusia dan usang dimakan usia. Banyak kerosakan dan semakin usang. Masjid ini perlu di baik pulih untuk lebih selesa. Sebanyak RM20,000 diperlukan bagi membantu baik pulih masjid ini.

*DIPERLUKAN: RM20 RIBU*

Misi Dakwah dan Kebajikan ke Tanah Sari @ Bokpyan, Selatan Myanmar amatlah dinantikan oleh masyarakat setempat yang pasti akan menghadirkan kegembiraan kepada saudara kita di sana.

Jazakumullahu khairan kathira diucapkan kepada para penyumbang. Semoga diberkati rezeki dan beroleh syurgaNya yang tertinggi dan teristimewa. Aamiiin.

*Sabda Rasulullah saw:* "Sesungguhnya sedekahnya orang Muslim itu dapat menambah umurnya, dapat mencegah kematian yang buruk, Allah akan menghilangkan darinya sifat sombong, kefakiran dan sifat bangga pada diri sendiri" (HR at-Thabrani)
===============
*Sumbangan boleh disalurkan ke akaun Toyyib Pay👇🏼:*

https://toyyibpay.com/BAIKPULIH-MASJID-BELETUNG

*Atau terus ke akaun:*

*Pertubuhan Kebajikan Ilmu dan Amal Selangor
*Maybank_5629_9101_9074
*Cimb_8604_7707_81
*Remark: BAIK PULIH MASJID BELETUNG

*SMS/Whatsapp slip/bukti sumbangan kepada:*

📲Ust Naim: http://www.wasap.my/60196023803/BaikPulihMasjidBeletung

📲Tn Abu Umar: http://www.wasap.my/60193113501/BaikPulihMasjidBeletung

📲Tn Akmalizan: http://www.wasap.my/60172722696/BaikPulihMasjidBeletung

📲Puan Zarina: http://www.wasap.my/60193223501/BaikPulihMasjidBeletung

*ANDA HULUR, KAMI SALUR*

Читать полностью…

Tadabbur Kalamullah

☆Tadabbur Kalamullah 19 Syawwal 1446H☆

مَنۡ عَمِلَ صَـٰلِحࣰا مِّن ذَكَرٍ أَوۡ أُنثَىٰ وَهُوَ مُؤۡمِنࣱ فَلَنُحۡیِیَنَّهُۥ حَیَوٰةࣰ طَیِّبَةࣰۖ وَلَنَجۡزِیَنَّهُمۡ أَجۡرَهُم بِأَحۡسَنِ مَا كَانُوا۟ یَعۡمَلُونَ

"Sesiapa yang beramal soleh, dari lelaki atau perempuan, sedang ia beriman, maka sesungguhnya Kami akan menghidupkan dia dengan kehidupan yang baik; dan sesungguhnya kami akan membalas mereka, dengan memberikan pahala yang lebih dari apa yang mereka telah kerjakan" [Surah an-Naḥl 97]

#Allah swt menjanjikan balasan yang lebih baik daripada amalan yang dilakukan bagi sesiapa yang melakukan amal soleh. Amalan yang dilakukan tidak banyak, tetapi Allah swt balas dengan berlipat kali ganda, kekal selama-lamanya. Inilah kemurahan Allah swt terhadap hamba-hambaNya yang beramal soleh.

#Dalam suasana masyarakat Islam berpuasa enam saat ini, banyak pula jemputan rumah terbuka atau kenduri kahwin. Bagaimana untuk beroleh pahala bagi orang yang berpuasa dalam memenuhi jemputan tersebut?.

#Bagi sesiapa yang berpuasa, boleh sahaja untuk mereka menghadiri jemputan kenduri atau rumah terbuka. Ini bertujuan untuk meraikan jemputan serta mendoakan keberkatan buat pengantin dalam keadaan berpuasa.

#Dikisahkan pada suatu hari, Sayidina Utsman bin Affan r.a dijemput menghadiri majlis walimatul urus. Sebaik beliau sampai, beliau berkata:

أَمَا إِنِّي صَائِمٌ غَيْرَ أَنِّي أَحْبَبْتُ أَنْ أُجِيبَ الدَّعْوَةَ، وَأَدْعُو بِالْبَرَكَةِ

"Sesungguhnya aku sedang berpuasa. Cuma aku suka untuk menyahut jemputan dan hadir mendoakan keberkatan (buat pengantin)" (Lihat: az-Zuhd oleh Imam Ahmad)

#Bahkan jika seseorang yang berpuasa itu kekal berada dalam majlis tersebut, dalam keadaan para tetamu lainnya sedang menikmati makanan, dia akan mendapat selawat dari para malaikat sehinggalah mereka selesai makan atau kekenyangan.

#Diriwayatkan pada suatu hari, Nabi saw masuk ke rumah Sayidatina Ummu Umarah Nasibah binti Ka’b r.ha sebagai tetamu. Beliau pun menghidangkan makanan kepada Rasulullah saw. Lalu Baginda berkata kepadanya: "Makanlah kamu". Sayidatina Ummu Umarah r.ha membalas: "Saya sedang berpuasa". Lalu Rasulullah saw bersabda:

إنَّ الصائمَ تُصَلِّي عليه الملائكةُ إذا أُكِلَ عندَه حتى يَفْرُغُوا ورُبَّما قال حتى يَشْبَعوا

"Sesungguhnya orang yang berpuasa itu, para malaikat akan berselawat kepadanya apabila ada orang sedang makan berhampirannya, sehinggalah mereka selesai. (Kata perawi): Boleh jadi baginda mengatakan: Sehingga mereka kenyang" (HR at-Tirmizi)

♡Hadir jemputan dalam keadaan berpuasa bagi memenuhi hajat tuan kenduri amatlah baik dan sangat dialu-alukan. Bahkan berpuasa saat orang ramai menikmati jamuan, akan beroleh doa daripada malaikat. Selamat berpuasa dan menikmati ganjaran besar daripada Allah swt♡

🐊Ust Naim
*Telegram Channel*
Klik link ini untuk join:
http://bit.ly/tadabburkalamullah

*Facebook Page:*
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah

Читать полностью…

Tadabbur Kalamullah

☆Tadabbur Kalamullah 17 Syawwal 1446H☆

وَلَا تَنفَعُ ٱلشَّفَـٰعَةُ عِندَهُۥۤ إِلَّا لِمَنۡ أَذِنَ لَهُۥۚ

"Dan tidak berfaedah syafaat di sisi Allah kecuali bagi orang yang telah diizinkan Allah..." [Surah Sabaʾ 23]

#Syafaat perlu minta daripada siapa sebenarnya? Adakah minta daripada Rasulullah saw?. Jawapannya, tidak! Syafaat perlu minta kepada Allah swt. Ini kerana tanpa keizinan Allah swt, tiada siapa yang layak beroleh syafaat.

#Bagi sesiapa yang inginkan syafaat, bukannya minta daripada Nabi saw tetapi kena mengamalkan apa yang diperintahkan Nabi saw.

#Daripada Sayidina Abdullah bin ‘Amr bin al-‘Ash r.a, bahawa Nabi saw bersaba:

إِذَا سَمِعْتُمُ الْمُؤَذِّنَ، فَقُولُوا مِثْلَ مَا يَقُولُ ثُمَّ صَلُّوا عَلَيَّ، فَإِنَّهُ مَنْ صَلَّى عَلَيَّ صَلَاةً صَلَّى الله عَلَيْهِ بِهَا عَشْرًا، ثُمَّ سَلُوا اللهَ لِيَ الْوَسِيلَةَ، فَإِنَّهَا مَنْزِلَةٌ فِي الْجَنَّةِ، لَا تَنْبَغِي إِلَّا لِعَبْدٍ مِنْ عِبَادِ اللهِ، وَأَرْجُو أَنْ أَكُونَ أَنَا هُوَ، فَمَنْ سَأَلَ لِي الْوَسِيلَةَ حَلَّتْ لَهُ الشَّفَاعَةُ

"Apabila kamu semua mendengar muazzin (melaungkan azan), maka jawablah sama seperti laungannya, setelah itu berselawatlah kepadaku…” 

#Iaitulah selepas muazzin melaungkan azan, kita disuruh berselawat ke atas Nabi saw.
Ini bermakna sebaik sahaja muazzin melaungkan di hujung azannya لا إله إلا الله, kita pun jawab لا إله إلا الله, selepas itu kita berselawat terlebih dahulu. Antara lafaz selawat ialah اللهم صل على محمد ataupun صلى الله عليه وسلم, atau dengan lafaz-lafaz selawat yang lain.

#Kemudian Nabi saw bersabda: 
“kerana sesungguhnya sesiapa yang berselawat ke atas aku dengan satu selawat, Allah akan berselawat ke atasnya sepuluh kali selawat..” 

#Di sini dinyatakan siapa yang berselawat ke atas Nabi, Allah akan berselawat ke atasnya 10 kali selawat. Maknanya Allah bukan hanya berselawat ke atas Nabi saw sahaja, bahkan Allah swt juga berselawat ke atas orang lain selain Nabi Muhammad saw. Hadis ini menyebut sedemikian. 

#Apa maksud Allah berselawat ke atas Nabi saw? Maksudnya Allah menambahkan kemuliaan, menaikkan kedudukan, berterusan mengurniakan anugerah dan kelebihan kepada Nabi saw. Inilah antara maksud Allah berselawat ke atas Nabi saw. Kita berselawat ke atas Nabi, maksudnya kita meminta kepada Allah supaya berselawat ke atas Nabi, iaitulah kita minta supaya Allah menambahkan lagi kemuliaan, meninggikan lagi kedudukan Nabi. Inilah maksud kita berselawat ke atas Nabi.

#Kemudian Nabi saw bersabda:
"..kemudian.." yakni setelah berselawat.. "pohonlah kepada Allah untuk mengurniakan kepadaku al-Wasilah" iaitu pada sebutan kita dalam doa azan: آت محمدا الوَسِيْلَة, al-Wasilah yang ini.

#Kata Nabi lagi: "kerana sesungguhnya al-Wasilah itu adalah satu kedudukan di dalam syurga yang tidak layak melainkan untuk seorang hamba dari kalangan hamba Allah, dan aku berharapkan hamba itu (yang dikurniakan al-Wasilah) adalah aku, maka sesiapa yang memohon al-Wasilah untukku, dia layak mendapat syafaatku" (HR Muslim)

#Hadis ini menerangkan bahawa sesiapa yang ingin mendapat syafaat Nabi saw, salah satu caranya ialah dengan amalan menjawab seruan azan, setelah itu berselawat ke atas baginda saw dan akhirnya membaca doa azan.

#Menurut Imam an-Nawawi, hadis ini menunjukkan sunat berselawat ke atas Nabi saw selepas daripada selesai menjawab azan. Di samping itu juga, sunat seseorang itu berdoa atau memohon wasilah kepada Nabi saw. Selain itu, sunat juga bagi orang yang mendengar azan untuk menjawab setiap daripada perkataan-perkataan muazzin itu selepas daripada muazzin selesai menyebutnya dan dengan tidak menunggu lama untuk menjawabnya. (Lihat: al-Minhaj Syarah Sahih Muslim)

♡Amalkanlah sunnah Nabi berkaitan dengan kaedah jawab azan ini, InsyaAllah akan beroleh syafaat Nabi saw. Jom amalkan♡

🐊Ust Naim
*Telegram Channel*
Klik link ini untuk join:
http://bit.ly/tadabburkalamullah

*Facebook Page:*
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah

Читать полностью…

Tadabbur Kalamullah

☆Tadabbur Kalamullah 15 Syawwal 1446H☆

فَٱسْتَقِمْ كَمَآ أُمِرْتَ وَمَن تَابَ مَعَكَ وَلَا تَطْغَوْا۟ ۚ إِنَّهُۥ بِمَا تَعْمَلُونَ بَصِيرٌۭ

"Maka dengan itu, beristiqamahlah kamu di jalan yang benar; seperti yang diperintahkan kepada kamu dan orang yang bertaubat bersamamu; dan janganlah sesekali melampaui batas-Nya. Sesungguhnya Dia Maha Melihat setiap apa yang kamu lakukan" [Surah Hud 112]

#Istiqamah bermaksud menjalankan sesuatu suruhan secara terus menerus termasuk urusan agama. Istiqamah ialah komited dengan sentiasa melazimkan diri mentaati Allah swt.

#Diriwayatkan daripada Sayidina Abu Amru atau digelar juga Sayidina Abu ‘Amrah Sufyan bin Abdullah al-Thaqafi r.a, katanya: Aku berkata:

يَا رَسُوْلَ اللهِ! قُلْ لِي فِي الإسْلَامِ قَوْلًا لَا أَسْأَلُ عَنْهُ أَحَدًا غَيْرَكَ. قالَ: قُلْ: آمَنْتُ بِاللهِ ثُمَّ اسْتَقِمْ

"Wahai Rasulullah, ajarlah kepadaku berkenaan Islam, perkataan yang tidak perlu aku bertanya seseorang pun selainmu.” Sabda Baginda: Katakanlah آمَنْتُ بِالله (Aku beriman kepada Allah) kemudian istiqamahlah" (HR Muslim, al-Baihaqi, Ahmad dan al-Daraqutni)

#Sekiranya selepas Ramadhan ini kita masih melakukan puasa sunat, berterusan membaca al-Quran, melakukan qiyamullail, mendirikan solat secara berjemaah, bergembiralah bahawa yang demikian itu merupakan sebahagian petanda amalan kita diterima.

#Berkata al-Hafiz Ibnu Rajab al-Hanbali rahimahullah:

أنّ معاودة الصّيام بعد صيام رمضان علامة على قبول صوم رمضان؛ فإنّ الله تعالى إذا تقبّل عمل عبد وفّقه لعمل صالح بعده

"Sesungguhnya kembali berpuasa sunat setelah berpuasa Ramadhan merupakan petanda diterimanya puasa Ramadhan. Sesungguhnya Allah swt apabila Dia menerima amalan seseorang hamba, Dia akan memberikan taufiq kepadanya untuk melakukan amalan soleh sesudahnya".

#Kemudian Ibnu Rajab kongsikan pendapat para ulamak yang menyebut:

ثواب الحسنة الحسنة بعدها، فمن عمل حسنة ثم أتبعها بحسنة بعدها، كان ذلك علامة على قبول الحسنة الأولى

"Ganjaran bagi kebaikan adalah kebaikan yang dilakukan sesudahnya. Sesiapa yang melakukan kebaikan, kemudian dia susuli dengan pelaksanaan kebaikan sesudahnya, maka yang demikian itu merupakan petanda diterimanya kebaikan yang pertama".

كما أنّ من عمل حسنة، ثم أتبعها بسيئة، كان ذلك علامة ردّ الحسنة وعدم قبولها

"Sebagaimana mereka yang mengamalkan kebaikan, kemudian dia menyusulinya dengan amalan kejahatan, maka yang demikian itu merupakan petanda ditolaknya kebaikan yang dilakukan serta petanda tidak diterimanya ia di sisi Tuhan" ( Lata’if al-Ma’arif)

#Al-Wasiti berkata: "Istiqamah adalah sifat yang menyempurnakan segala kebaikan".

♡Semoga kita tergolong dalam kalangan hamba Allah yang istiqamah dan sentiasa mentaatiNya hingga datang kematian. Aamiiin♡

🐊Ust Naim
*Telegram Channel*
Klik link ini untuk join:
http://bit.ly/tadabburkalamullah

*Facebook Page:*
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah

Читать полностью…

Tadabbur Kalamullah

☆Tadabbur Kalamullah 13 Syawwal 1446H☆

وَجَـٰهِدُوا۟ فِی ٱللَّهِ حَقَّ جِهَادِهِۦۚ هُوَ ٱجۡتَبَىٰكُمۡ وَمَا جَعَلَ عَلَیۡكُمۡ فِی ٱلدِّینِ مِنۡ حَرَجࣲۚ مِّلَّةَ أَبِیكُمۡ إِبۡرَ ٰ⁠هِیمَۚ هُوَ سَمَّىٰكُمُ ٱلۡمُسۡلِمِینَ مِن قَبۡلُ وَفِی هَـٰذَا لِیَكُونَ ٱلرَّسُولُ شَهِیدًا عَلَیۡكُمۡ وَتَكُونُوا۟ شُهَدَاۤءَ عَلَى ٱلنَّاسِۚ فَأَقِیمُوا۟ ٱلصَّلَوٰةَ وَءَاتُوا۟ ٱلزَّكَوٰةَ وَٱعۡتَصِمُوا۟ بِٱللَّهِ هُوَ مَوۡلَىٰكُمۡۖ فَنِعۡمَ ٱلۡمَوۡلَىٰ وَنِعۡمَ ٱلنَّصِیرُ

"Dan berjihadlah kamu pada jalan Allah dengan jihad yang sebenar-benarnya Dia lah yang memilih kamu (untuk mengerjakan suruhan ugamanya); dan Ia tidak menjadikan kamu menanggung sesuatu keberatan dan susah payah dalam perkara ugama, ugama bapa kamu Ibrahim. Ia menamakan kamu: "orang-orang Islam" semenjak dahulu dan di dalam (Al-Quran) ini, supaya Rasulullah (Muhammad) menjadi saksi yang menerangkan kebenaran perbuatan kamu, dan supaya kamu pula layak menjadi orang-orang yang memberi keterangan kepada umat manusia (tentang yang benar dan yang salah). Oleh itu, dirikanlah sembahyang, dan berilah zakat, serta berpegang teguhlah kamu kepada Allah! Dia lah Pelindung kamu. Maka (Allah yang demikian sifatNya) Dia lah sahaja sebaik-baik Pelindung dan sebaik-baik Pemberi pertolongan" [Surah al-Ḥajj 78]

#Dalam ayat ini, Allah swt mulakan dengan seruan jihad yang sebenar-benar jihad, samada jihad dengan harta, lisan, jiwa mahupun jihad peperangan.

#Allah tidak mengatakan jihad ‘di jalan Allah’ tapi disebut ‘untuk Allah’ (في الله) kerana hendak menekankan hubungan yang rapat dengan Allah. Maka sebagai hamba yang dekat hubungan dengan Allah swt, kenalah berjihad dengan bersungguh-sungguh.

#Oleh itu, sahutlah seruan jihad dari Allah yang hadir dalam pelbagai bentuk, antaranya jihad melawan hawa nafsu, jihad harta iaitu dengan mengeluarkan harta yang ada dan diberikan kepada pihak yang memerlukan, dan jihad menegakkan agama Allah di muka bumi ini dan itulah jihad yang lebih utama.

#Allah juga mengatakan bahawa Allah telah memilih umat Islam di atas semua umat, juga mengutamakan, memuliakan dan mengkhususkan umat ini dengan rasul yang paling mulia dan syariat yang paling sempurna.

#Ingatlah yang kita semua ini telah dipilih oleh Allah. Kita dijadikan sebagai umat terakhir, diberikan dengan Nabi Muhammad sebagai penutup Nabi dan Rasul dan Nabi yang paling mulia. Walaupun kita ini makhluk yang lemah dan tidak mampu memenuhi keperluan untuk menghargai Allah seperti yang sepatutnya, tetapi Allah beritahu kita di dalam ayat ini yang Dia telah memilih kita.

#Maka ingatlah yang Allah telah memilih kita dan meletakkan kita di atas jalan agama yang benar itu untuk menegakkan agama Islam di atas muka bumi ini. Maka apabila kita telah menjadi seorang Muslim dan dilahirkan di dalam agama Islam dan diberi pemahaman agama Islam ini, maka kita kena ingat yang itu adalah satu pemilihan Allah terhadap diri kita. Jadi ini bukan suatu yang main-main. Pemilihan ini datang dengan tanggungjawab untuk mentaati dan melaksanakan perintah Allah swt.

#Dengan itu, Allah swt tidak membebankan kepada hambaNya apa-apa yang tidak mampu di kerjakan. Allah juga tidak mengharuskan sesuatu yang sangat berat bagi manusia melainkan Dia memberi jalan keluar.

#Jadi mungkin ada yang merasakan agama ini susah, jadi kerana ada yang memikirkan begitu, maka Allah beritahu di dalam ayat ini bahawa agama ini tidak menyusahkan. Kalau ada perasaan begitu dalam diri kita, maka kena buangkan jauh-jauh. Dalam hal ibadah terutamanya, banyak yang Allah telah mudahkan dan banyak keringanan telah diberikan. Sabda Nabi saw:

بُعِثْتُ بالحنِيفيَّة السَّمحة

"Aku diutus dengan membawa agama Islam yang hanif lagi penuh toleransi" (HR Ahmad)

♡Berjihadlah dengan bersungguh-sungguh dalam mentaati Allah swt dan menegakkan agama Allah swt♡

🐊Ust Naim
*Telegram Channel*
Klik link ini untuk join:
http://bit.ly/tadabburkalamullah

*Facebook Page:*
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah

Читать полностью…

Tadabbur Kalamullah

☆Tadabbur Kalamullah 12 Syawwal 1446H☆

إِنَّ ٱلَّذِينَ يُؤْذُونَ ٱللَّهَ وَرَسُولَهُۥ لَعَنَهُمُ ٱللَّهُ فِى ٱلدُّنْيَا وَٱلْـَٔاخِرَةِ وَأَعَدَّ لَهُمْ عَذَابًۭا مُّهِينًۭا ٥٧ وَٱلَّذِينَ يُؤْذُونَ ٱلْمُؤْمِنِينَ وَٱلْمُؤْمِنَـٰتِ بِغَيْرِ مَا ٱكْتَسَبُوا۟ فَقَدِ ٱحْتَمَلُوا۟ بُهْتَـٰنًۭا وَإِثْمًۭا مُّبِينًۭا

"Sesungguhnya orang-orang yang menyakiti Allah dan Rasul-Nya. Allah akan melaknatinya di dunia dan di akhirat, dan menyediakan baginya siksa yang menghinakan. Dan orang-orang yang menyakiti orang-orang yang mukmin dan mukminat tanpa kesalahan yang mereka perbuat, maka sesungguhnya mereka telah memikul kebohongan dan dosa yang nyata" [Surah al-Ahzab 57-58]

#Pada asasnya, seseorang Muslim hendaklah memuliakan Allah dan RasulNya, Nabi Muhammad saw, serta tidak melakukan sesuatu yang boleh dilihat merendahkan atau menghina kedudukan Allah swt mahupun Baginda saw.

#Imam Ibn Kathir dalam tafsirnya menyebutkan bahawa Allah swt memperingatkan dan mengancam orang yang menyakiti Allah dengan menentang perintah-perintahNya dan melanggar larangan-laranganNya serta tiada henti-hentinya melakukan hal tersebut, juga menyakiti RasulNya dengan mencelanya atau merendahkan martabatnya" (Lihat: Tafsir Ibn Kathir)

#Bagi sesiapa sahaja yang menghina atau memperlekehkan Allah dan RasulNya, mereka akan di laknat dan dihina oleh Allah swt. Firman Allah swt:

إِنَّ الَّذِينَ يُؤْذُونَ اللَّهَ وَرَسُولَهُ لَعَنَهُمُ اللَّهُ فِي الدُّنْيَا وَالْآخِرَةِ وَأَعَدَّ لَهُمْ عَذَابًا مُّهِينًا

"Sesungguhnya orang-orang yang melakukan perkara yang tidak diredhai Allah dan RasulNya, Allah melaknatkan mereka di dunia dan di akhirat, dan menyediakan untuk mereka azab seksa yang menghina" [Surah al-Ahzab 57]

#Imam Ibn Kathir menyebutkan dalam tafsirnya, Allah swt menjauhkan mereka daripada rahmatNya di dunia dan di akhirat, serta menjanjikan mereka di akhirat nanti azab yang menghinakan dan mereka kekal di dalam azab itu selama-lamanya. (Lihat: Tafsir Ibn Kathir)

#Imam Abu Ya’qub Ishaq bin Ibrahim al-Handzhali yang dikenal dengan Ibnu Rahawaih dan dia adalah salah satu imam yang sekelas dengan Imam as-Syafi’i dan Imam Ahmad berkata: "Kaum muslimin telah berijma’ bahawa siapa yang mencela Allah swt dan mencela RasulNya saw atau menolak sesuatu dari apa yang diturunkan oleh Allah atau membunuh seorang nabi dari nabi-nabi Allah, dia menjadi kafir dengan perbuatannya tersebut, meskipun dia menetapkan apa-apa yang Allah turunkan".

#Begitu juga dikatakan oleh Muhammad bin Sahnun, merupakan salah satu imam yang termasuk dalam kalangan sahabat Imam Malik dan zamannya berdekatan dengan tabaqat ini: "Para ulamak bersepakat bahawa orang yang mencela Nabi saw dan merosak kehormatannya adalah menjadi orang kafir dan diancam untuk mendapatkan azab daripada Allah swt. Dan hukumannya di kalangan umat ini adalah dia dibunuh. Barang siapa yang ragu akan kekafirannya dan pengazabannya maka dia kafir".

#Firman Allah swt:

وَلَئِنْ سَأَلْتَهُمْ لَيَقُولُنَّ إِنَّمَا كُنَّا نَخُوضُ وَنَلْعَبُ ۚ قُلْ أَبِاللَّهِ وَآيَاتِهِ وَرَسُولِهِ كُنْتُمْ تَسْتَهْزِئُونَ * لَا تَعْتَذِرُوا قَدْ كَفَرْتُمْ بَعْدَ إِيمَانِكُمْ ۚ إِنْ نَعْفُ عَنْ طَائِفَةٍ مِنْكُمْ نُعَذِّبْ طَائِفَةً بِأَنَّهُمْ كَانُوا مُجْرِمِينَ

"Dan jika engkau bertanya kepada mereka (tentang ejek-ejekan itu) tentulah mereka akan menjawab: "Sesungguhnya kami hanyalah berbual dan bermain-main". Katakanlah: "Patutkah nama Allah dan ayat-ayatNya serta RasulNya kamu memperolok-olok dan mengejeknya?". Janganlah kamu berdalih (dengan alasan-alasan yang dusta), kerana sesungguhnya kamu telah kafir sesudah kamu (melahirkan) iman. Jika Kami maafkan sepuak dari kamu (kerana mereka bertaubat), maka Kami akan menyeksa puak yang lain, kerana mereka adalah orang-orang yang terus bersalah" [Surah at-Taubah 65-66]

♡Orang yang mencela Allah dan RasulNya dihukum sebagai orang yang murtad (terkeluar dari agama Islam) dan halal darahnya. Insaf dan bertaubatlah♡

🐊Ust Naim
*Telegram Channel*
Klik link ini untuk join:
http://bit.ly/tadabburkalamullah

*Facebook Page:*
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah

Читать полностью…

Tadabbur Kalamullah

☆Tadabbur Kalamullah 10 Syawwal 1446H☆

إِنَّ عِدَّةَ ٱلشُّهُورِ عِندَ ٱللَّهِ ٱثۡنَا عَشَرَ شَهۡرࣰا فِی كِتَـٰبِ ٱللَّهِ یَوۡمَ خَلَقَ ٱلسَّمَـٰوَ ٰ⁠تِ وَٱلۡأَرۡضَ

"Sesungguhnya bilangan bulan-bulan di sisi (hukum) Allah ialah dua belas bulan, (yang telah ditetapkan) dalam Kitab Allah semasa Ia menciptakan langit dan bumi..." [Surah at-Tawbah 36]

#Syawal ialah bulan kesepuluh dalam takwim Hijrah. Ia datang selepas Ramadhan dan sebelum Zulkaedah. Bulan Syawal juga dikenali sebagai bulan raya.

#Hari raya adalah hari ibadah. Hari kesyukuran. Hari menambah amal soleh. Hari banyak memuji dan membesarkan Allah swt. Hari menyambung silaturrahim. Hari berkasih sayang. Hari raya hari bergembira dalam ketaatan. Bukannya hari bergembira dihiasi dengan dosa, maksiat, pembaziran dan pelanggaran batasan syariat.

#Hari raya menurut para solihin sebagai satu cerminan yang menampakkan kesan tarbiah di sepanjang bulan Ramadhan. Perkara ini digambarkan oleh Abu Mansur al-Syirazi, kata beliau: "Hari raya itu bukanlah untuk orang yang tenggelam (dengan nikmat dunia), tetapi ia hari seseorang itu mendapat pengampunan".

#Imam Ibn Rajab al-Hanbali juga menggambarkan maksud hari raya yang sebenar di dalam karyanya Lataif al-Ma'arif, kata beliau: "Malam hari raya hakikatnya ialah pengampunan dan perlepasan seseorang hamba dari api nereka, sesiapa yang mencapai tahap ini maka dirinya layak untuk berhari raya, jika tidak dirinya layak dicampak sejauh-jauhnya (dari rahmat Allah)".

#Berdasarkan beberapa kenyataan di atas, jelas bahawa hari raya berperanan sebagai kayu ukur yang memberi gambaran sama ada seseorang itu berjaya atau tidak melalui tarbiah rohani di sepanjang Ramadhan.

#Boleh dikatakan jika seseorang itu pada hari sambutan hari raya tidak berusaha mendekatkan dirinya pada Allah dan tidak menjauhkan diri dari segala yang terlarang, ini bermakna dia gagal dalam tarbiah Ramadhan.

#Dikisahkan seorang lelaki datang bertemu dengan Sayidina Ali bin Abu Talib r.a. Ketika itu beliau sedang menikmati hidangan roti yang keras. Lelaki itu berkata: "Wahai Amirul Mukminin! Pada hari raya ini engkau makan roti keras sebegini?" Lalu Sayidina Ali r.a menjawab: "Hari ini adalah untuk orang yang diterima puasa dan ibadahnya. Hari raya juga untuk orang yang diampunkan dosanya, disyukuri usahanya dan diterima amalannya. Hari ini hari raya dan esok juga hari raya bagi kami. Mana-mana hari yang tiada kemaksiatan terhadap Allah maka itulah hari raya".

#Suatu hari, anak-anak gadis seorang khalifah agung, Khalifah Umar bin Abdul Aziz datang bertemu ayahanda mereka untuk mengadukan sesuatu. Mereka pun berkata: "Wahai Amirul Mukminin! Esok hari raya, kami tiada pakaian baharu untuk dipakai." Khalifah Umar melihat anak-anak gadisnya seraya berkata: "Wahai anak-anakku! Raya itu bukanlah seseorang itu mesti memakai pakaian yang baharu, tetapi sesungguhnya hari raya itu bagi sesiapa yang mengingati hari yang penuh dengan seksaan (iaitu hari kiamat)."

#Kisah seperti ini sebagai satu contoh yang amat tinggi nilai akhlaknya bagi umat Islam dalam meraikan hari raya yang mulia. Sikap tidak mengutamakan duniawi pada hari kebesaran ini merupakan teladan perlu diterapkan ke dalam setiap jiwa individu Muslim dan ahli keluarga.

♡Kita boleh meneruskan ziarah-menziarahi sebagai satu silaturrahim di sepanjang Syawal ini, namun jadikan setiap hari adalah hari raya iaitu dengan sentiasa melakukan ketaatan kepadaNya dan menjauhi segala bentuk kemaksiatan dan dosa. Hari raya adalah hari bebas dari dosa dan kemaksiatan!!♡

🐊Ust Naim
*Telegram Channel*
Klik link ini untuk join:
http://bit.ly/tadabburkalamullah

*Facebook Page:*
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah

Читать полностью…

Tadabbur Kalamullah

☆Tadabbur Kalamullah 9 Syawwal 1446H☆

لَتَجِدَنَّ أَشَدَّ ٱلنَّاسِ عَدَ ٰ⁠وَةࣰ لِّلَّذِینَ ءَامَنُوا۟ ٱلۡیَهُودَ وَٱلَّذِینَ أَشۡرَكُوا۟ۖ وَلَتَجِدَنَّ أَقۡرَبَهُم مَّوَدَّةࣰ لِّلَّذِینَ ءَامَنُوا۟ ٱلَّذِینَ قَالُوۤا۟ إِنَّا نَصَـٰرَىٰۚ ذَ ٰ⁠لِكَ بِأَنَّ مِنۡهُمۡ قِسِّیسِینَ وَرُهۡبَانࣰا وَأَنَّهُمۡ لَا یَسۡتَكۡبِرُونَ

"Demi sesungguhnya engkau (wahai Muhammad) akan dapati manusia yang keras sekali permusuhannya kepada orang-orang yang beriman ialah orang-orang Yahudi dan orang-orang musyrik. Dan demi sesungguhnya engkau akan dapati orang-orang yang dekat sekali kasih mesranya kepada orang-orang yang beriman ialah orang-orang yang berkata: "Bahawa kami ini ialah orang-orang Nasrani" yang demikian itu, disebabkan ada di antara mereka pendita-pendita dan ahli-ahli ibadat, dan kerana mereka pula tidak berlaku sombong" [Surah al-Māʾidah 82]

#Memerangi Yahudi adalah lebih penting daripada mengharungi perselisihan dalaman umat Islam, kerana golongan Yahudi ialah orang yang paling memusuhi orang-orang yang beriman. Sesungguhnya, dasar penjajah Zionis dan Tentera Salib serta rancangan mereka untuk menghapuskan dunia Islam telah gagal dan tumbang walaupun terdapat juga kerajaan yang zalim yang mengikuti telunjuk mereka menghalang manusia dari jalan Allah swt. Namun, penyebaran agama Allah dan dakwah Islam masih berterusan selagi adanya malam dan siang. Gerakan jihad terus tidak berhenti, menepati janji Allah swt.

#Jika musuh menyerang melepasi sempadan negara dan lebih jauh ke tanah air yang terdapat tempat-tempat suci bagi umat Islam, bahayanya lebih besar dan kewajipan mempertahankannya juga lebih besar, seumpama dibumi Palestin. Namun orang-orang yang lemah iman, orang-orang yang jahil, dan orang-orang munafiq memandang remeh akan perkara ini. Mereka menyuruh orang Islam berdamai dan memberikan sebahagian negara kepada Yahudi Zionis dan hidup bersama-sama dengan harmoni atas dasar keamanan. Sedangkan Yahudi menceroboh tanah milik umat Islam dan membunuh rakyat Palestin yang mempertahankan hak mereka dengan kejam dan jahat.

#Ketahuilah, terdapat perbezaan antara berjihad menegakkan agama Allah serta mempertahankan tanah air dengan melakukan kerosakan di muka bumi sebagaimana tindakan orang-orang Yahudi Zionis dalam menghalau rakyat Palestin.

#Mereka menceroboh tanah milik orang dan apabila dihalang mereka bertindak ganas dengan keganasan yang memilukan tanpa membezakan antara sasaran tentera dengan masyarakat awam, di samping meranapkan masjid, gereja, sekolah, dan hospital, termasuk pembunuhan kanak-kanak, wanita, dan orang tua. Semua itu dilakukan dengan propaganda demi menjaga keselamatan negara Israel dan kesejahteraan warganya yang zalim.

وَقَـٰتِلُوا۟ فِی سَبِیلِ ٱللَّهِ ٱلَّذِینَ یُقَـٰتِلُونَكُمۡ وَلَا تَعۡتَدُوۤا۟ۚ إِنَّ ٱللَّهَ لَا یُحِبُّ ٱلۡمُعۡتَدِینَ

"Dan perangilah kerana (menegakkan dan mempertahankan) agama Allah akan orang-orang yang memerangi kamu, dan janganlah kamu menceroboh (dengan memulakan peperangan); kerana sesungguhnya, Allah tidak suka kepada orang-orang yang menceroboh" [Surah al-Baqarah 190]

#Seluruh kekuatan umat Islam sewajibnya dikerah untuk menggalang dana, melantunkan munajat serta doa, menggerakkan kempen kesedaran peduli Palestin serta membantu umat Islam Palestin yang sedang berkubang darah mempertahankan kiblat pertama umat Islam. Penduduk Palestin membayar harga yang mahal, kerana merekalah benteng kepada keselamatan Masjid al-Aqsa.
 
#Pada masa yang sama, teruskan boikot barangan dan syarikat yang ada kepentingan dengan Israel disamping kita perkasakan pembelian barangan dan syarikat umat Islam. Para pemimpin negara umat Islam mesti lebih berani dan tegas dalam menghentikan kerakusan dan keganasan Zionis Yahudi dan sekutu penjenayahnya. Kita dimuliakan kerana memperjuangkan Islam. Kita dihina kerana meninggalkan perjuangan mendaulatkan Islam.

Читать полностью…

Tadabbur Kalamullah

☆Tadabbur Kalamullah 30 Syawwal 1446H☆

تَعْرُجُ الْمَلائِكَةُ وَالرُّوحُ إِلَيْهِ فِي يَوْمٍ كَانَ مِقْدَارُهُ خَمْسِينَ أَلْفَ سَنَةٍ

"Jalan para malaikat naik mengadap Tuhan dalam sehari seperti lima puluh ribu tahun bagi orang yang berdosa kerana banyak hintungan hisab" [Surah al-Ma’arij 4]

#Di dalam ayat ini, disebutkan secara zahirnya sehari perjalanan para malaikat di alam yang lain bersamaan dengan 50 ribu tahun tempoh masa di dunia.

#Dalam menghuraikan ayat ini, Dr. Ali Jum’ah menyebutkan bagi memudahkan pemahaman dan pengiraan bahawa dibahagikan 50 ribu tahun kepada 24 jam (sehari), maka satu jam di alam yang lain tersebut bersamaan lebih kurang 2083 tahun. Kemudian dibahagikan 2083 kepada 60 minit (satu jam), satu minit bersamaan lebih kurang 35 tahun. Oleh yang demikan, disimpulkan satu minit di alam yang lain itu bersamaan lebih kurang 35 tahun tempoh masa di dunia ini.

#Imam at-Tabari rahimahullah menyebutkan hal ini dalam tafsirnya bahawa:

يَقُولُ: كَانَ مِقْدَارُ صُعُودِهِمْ ذَلِكَ فِي يَوْمٍ لِغَيْرِهِمْ مِنَ الْخَلْقِ خَمْسِينَ أَلْفَ سَنَةٍ، وَذَلِكَ أَنَّهَا تَصْعَدُ مِنْ مُنْتَهَى أَمْرِهِ مِنْ أَسْفَلِ الْأَرْضِ السَّابِعَةِ إِلَى مُنْتَهَى أَمْرِهِ مِنْ فَوْقِ السَّمَوَاتِ السَّبْعِ. وَبِنَحْوِ الَّذِي قُلْنَا فِي ذَلِكَ قَالَ أَهْلُ التَّأْوِيلِ

"Disebutkan bahawa kadar tempoh masa naik para malaikat tersebut ialah sehari yang bagi makhluk-makhluk selain mereka dengan 50 ribu tahun. Hal ini kerana para malaikat naik daripada penghujung tempat yang paling rendah di bawah tujuh petala bumi sehingga pengakhirannya di atas tujuh petala langit. Tafsiran yang kami sebutkan ini juga disebutkan para ulamak tafsir yang lain.(Lihat: Tafsir at-Tabari)

#Apa yang dapat difahami daripada penerangan di atas, kerangka masa kehidupan di alam barzakh tidak sama dengan kehidupan di dunia. Oleh itu, bagi orang mukmin kehidupan di alam barzakh merupakan kerehatan baginya sebelum menunggu hari kebangkitan. Manakala bagi orang yang tidak beriman pula, ia merupakan azab yang didahulukan untuk mereka sebelum azab yang kekal di hari Akhirat kelak.

#Diriwayatkan dalam satu hadis daripada Sayidina Abu Qatadah r.a ketika dia bersama Rasulullah saw melintasi satu jenazah. Sabda Rasulullah saw:

مُسْتَرِيحٌ وَمُسْتَرَاحٌ مِنْهُ قَالُوا: يَا رَسُولَ اللَّهِ، مَا المُسْتَرِيحُ وَالمُسْتَرَاحُ مِنْهُ؟ قَالَ: «العَبْدُ المُؤْمِنُ يَسْتَرِيحُ مِنْ نَصَبِ الدُّنْيَا وَأَذَاهَا إِلَى رَحْمَةِ اللَّهِ، وَالعَبْدُ الفَاجِرُ يَسْتَرِيحُ مِنْهُ العِبَادُ وَالبِلاَدُ، وَالشَّجَرُ وَالدَّوَابُّ

"Dia sedang berehat dan yang lain berehat daripadanya. Mereka (para sahabat r.hum) bertanya: Apa yang dimaksudkan dengan ‘Dia sedang berehat dan yang lain berehat daripadanya’? Rasulullah saw bersabda: Seorang hamba yang beriman berehat daripada kesusahan dunia dan keperitan serta kembali kepada rahmat Allah swt. Manakala bagi hamba yang kafir pula maka semua manusia, negara, pokok dan haiwan berehat daripada kejahatan yang dilakukan olehNya" (HR al-Bukhari)

♡Ketahuilah, sesungguhnya terdapat perbezaan dari sudut kerangka zaman dan masa di antara alam dunia dan alam barzakh/alam akhirat. Justeru apabila roh seseorang itu keluar daripada alam dunia dan pergi ke alam barzakh, maka dia terkeluar daripada kerangka perkiraan tempoh masa di dunia ini. Oleh itu, marilah kita mengambil peluang kehidupan sementara di dunia ini untuk memperbanyakkan amalan soleh dan menghindarkan diri daripada kemaksiatan kepada Allah. Moga kita Selamat daripada sebarang azab dan kesengsaraan. Aamiiin♡

🐊Ust Naim
*Telegram Channel*
Klik link ini untuk join:
http://bit.ly/tadabburkalamullah

*Facebook Page:*
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah

Читать полностью…

Tadabbur Kalamullah

☆Tadabbur Kalamullah 28 Syawwal 1446H☆

إِنَّ هَٰذِهِ أُمَّتُكُمْ أُمَّةً وَاحِدَةً وَأَنَا رَبُّكُمْ فَاعْبُدُونِ

"Sesungguhnya ini adalah umat kamu umat yang satu dan Aku adalah tuhan kamu maka beribadahlah (kepada-Ku)" [Surah al-Anbiya’ 92]

#Sayidina Ibn Abbas r.huma dan anak-anak muridnya seperti Imam Mujahid dan Imam Sa’id bin Jubair dalam menafsirkan ayat ini mereka berkata: "Agama kamu adalah agama yang satu" .

#Imam Hasan al-Basri pula berkata: "Maksudnya adalah Sunnah kamu adalah sunnah yang satu". (Lihat: Tafsir al-Quran al-Azhim)

#Syeikh Abdul Rahman as-Sa’di pula menafsirkan ayat tersebut dengan katanya: "Kesemua mereka (iaitu para Rasul) berada di atas agama yang satu, jalan yang satu, serta Tuhan yang satu". (Lihat: Taisir Karim al-Rahman, As-Sa’di)

#Begitu juga terdapat sebuah hadis yang menggambarkan keutuhan dan kekukuhan persaudaraan sesama umat Islam yang diriwayatkan oleh Sayidina Nu’man bin Basyir bahawa Rasulullah saw bersabda:

مَثَلُ الْمُؤْمِنِينَ فِي تَوَادِّهِمْ وَتَرَاحُمِهِمْ وَتَعَاطُفِهِمْ مَثَلُ الْجَسَدِ إِذَا اشْتَكَى مِنْهُ عُضْوٌ تَدَاعَى لَهُ سَائِرُ الْجَسَدِ بِالسَّهَرِ وَالْحُمَّى

"Perumpamaan golongan yang beriman pada sifat berkasih sayang, saling merahmati, dan saling membantu adalah seperti suatu badan. Apabila ada anggota badan yang sakit, ia menyebabkan keseluruhan tubuh badan tidak dapat tidur dan juga menjadi demam" (HR Ahmad, al-Bukhari, Muslim, at-Tirmizi dan an-Nasa'ie)

#Ayat ini menyeru seluruh umat Islam untuk bersatu dan juga merapatkan saf di bawah lembayung Islam sebagaimana yang disebutkan oleh al-Kitab dan as-Sunnah serta menyelusuri manhaj salaf al-ummah.

#Dinukilkan di sini sebuah kisah daripada Syeikh Muhammad Said Ramadhan al-Buti katanya:

"Di sebuah taman, terdapat pelbagai pohon kayu, ada yang besar dan ada yang kecil. Mereka hidup dalam keadaan yang bersuka ria. Tiba-tiba, pada suatu hari, jatuh sebilah mata kapak menyebabkan semua pohon kayu menangis dan berada dalam ketakutan. Ini kerana sudah pasti mereka semua akan ditebang. Akhirnya, mereka bertemu dengan pohon yang paling tua dan mengadu akan hal tersebut. Lantas pohon tua yang mempunyai banyak pengalaman itu berkata: "Jangan takut dan jangan menangis. Sesungguhnya mata kapak tidak boleh menebang kamu selama kamu tidak memberikan kepadanya dahan-dahan kamu untuk dijadikan hulu kapak".

#Itulah mesej yang jelas betapa perlunya kesatuan ummah ditegakkan terutamanya kesatuan hati atau rabitah al-qulub.

#Realiti sebenar perpaduan ummah pada hari ini sangat menyedihkan, mengecewakan dan memalukan. Perpecahan ummah di seluruh dunia berada pada tahap yang sangat kritikal dan kronik. Oleh sebab itulah, umat Islam dipandang hina, rendah dan mundur. Sewajarnya kita mengambil kecaknaan dan keprihatinan bersungguh-sungguh agar sifat berpecah belah yang menjadi virus dalam masyarakat dapat dihapuskan dengan digantikan sebuah masyarakat yang mempunyai kasih sayang dan membina tamadun.

♡Melihat kepada senario perpecahan umat yang berlaku di dunia pada masa kini, maka menjadi wajib bagi kita mencari jalan penyelesaian yang paling berkesan dengan sesegera mungkin supaya umat Islam dan agama Islam kembali cemerlang dan berada pada kemuncak keagungannya. Bersatulah wahai umat Islam!!♡

🐊Ust Naim
*Telegram Channel*
Klik link ini untuk join:
http://bit.ly/tadabburkalamullah

*Facebook Page:*
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah

Читать полностью…

Tadabbur Kalamullah

*SEDEKAH JUMAAT: BANTUAN RINGANKAN BEBANAN KELUARGA PESAKIT HATI KRONIK*

Klik dan sumbang:
https://toyyibpay.com/BANTUAN-PESAKIT-HATI-KRONIK

Assalamualaikum wbt..

Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Di saat kanak-kanak lain berusia 8 bulan, mula gembira untuk belajar berjalan, berbeza dengan adik Putri Nur Ayra dengan perut yang semakin besar terbaring lemah mengharapkan secebis sinar harapan untuk hidup.

Adik Putri Nur Ayra binti Mohd Aniq Haziq, 8 bulan, disahkan mengidap penyakit hati kronik dan kini sedang berjuang melawan penyakit ini demi meneruskan kehidupan. Adik Putri Nur Ayra memerlukan pemindahan hati untuk kembali sihat.

InsyaAllah, ibunya akan menderma hati untuk anaknya yang tercinta ini dan jadual pembedahan pemindahan hati akan dilaksanakan dalam masa yang terdekat.

Sama-samalah kita berdoa agar adik Putri Nur Ayra diberikan kekuatan dan kesembuhan. Dan jom sama-sama kita bantuan keluarga adik Putri Ayra dari sudut doa dan bantuan kewangan untuk meringankan bebanan mereka sekeluarga.

*Kos Diperlukan rm15 ribu*

Bantuan kewangan diperlukan untuk membantu kos:

1. Pemindahan hati
2. Rawatan susulan
3. Kos ulang alik rawatan dari Hulu Selangor ke Hospital Tunku Azizah KL
4. Perbelanjaan Harian
5. Lain-lain

Oleh itu, ayuh seluruh rakyat Malaysia kita bersama-sama membantu adik Putri Nur Ayra untuk sebuah kehidupan baru. Walau kecil nilainya, namun memberi makna yang besar kepada keluarga ini!

Jazakumullahu khairan kathira diucapkan kepada para penyumbang. Semoga diberkati rezeki dan beroleh syurgaNya yang tertinggi dan teristimewa. Aamiiin.
===============
*Sumbangan boleh disalurkan ke akaun Toyyib Pay👇🏼:*

https://toyyibpay.com/BANTUAN-PESAKIT-HATI-KRONIK

*Atau terus ke akaun:*

*Pertubuhan Kebajikan Ilmu dan Amal Selangor
*Maybank_5629_9101_9074
*Cimb_8604_7707_81
*Remark: BANTUAN PESAKIT HATI KRONIK

*SMS/Whatsapp slip/bukti sumbangan kepada:*

📲Ust Naim: http://www.wasap.my/60196023803/BantuanPesakitHatiKronik

📲Tn Abu Umar: http://www.wasap.my/60193113501/BantuanPesakitHatiKronik

📲Tn Akmalizan: http://www.wasap.my/60172722696/BantuanPesakitHatiKronik

📲Puan Zarina: http://www.wasap.my/60193223501/BantuanPesakitHatiKronik

*ANDA HULUR, KAMI SALUR*

Читать полностью…

Tadabbur Kalamullah

☆Tadabbur Kalamullah 25 Syawwal 1446H☆

إِنَّ اللَّهَ يَأْمُرُ بِالْعَدْلِ وَالْإِحْسَانِ

"Sesungguhnya Allah menyuruh berlaku adil, dan berbuat kebaikan" [Surah an-Nahl 90]

#Syeikh as-Sa’di menyatakan bahawa berlaku adil itu adalah wajib, sedangkan berbuat baik (Ihsan) adalah merupakan nilai tambah yang disunatkan seperti manusia memberi manfaat dengan hartanya atau jasadnya atau ilmunya atau lain-lain perkara yang bermanfaat.(Lihat: Tafsir al-Sa’di)

#Allah swt berfirman lagi:

 كُونُوا قَوَّامِينَ بِالْقِسْطِ

"Hendaklah kamu menjadi orang-orang yang sentiasa menegakkan keadilan" [Surah an-Nisa’ 135]

#Berkata Imam Ibn ‘Asyur rahimahullah: "Ayat ini menghimpunkan kewajiban menegakkan keadilan, penyaksian dengannya, melaksanakannya kerana Allah dan penyaksian kerananya juga" (Lihat: Tafsir al-Tahrir wa al-Tanwir)

#Khalifah Umar bin Abdul Aziz telah merealisasikan nas Ilahi ini dalam sistem pemerintahannya. Hasilnya, sebagai pemerintah yang adil, sudah pasti dikasihi Tuhan dan seluruh khalayak masyarakat dan rakyatnya.

#Khalifah Umar bin Abdul Aziz telah memulakan pentadbirannya dengan meminta nasihat dan buah fikiran serta mutiara hikmah dari tokoh ulamak. Antaranya al-Hasan al-Basri, Salim bin Abdullah, Muhammad bin Ka’ab, Raja’ bin Haiwah, Ubaidullah bin Abdullah bin Utbah bin Mas’ud yang mereka semua adalah sadah at-tabi’in dan ulamak rabbani yang terkenal dengan kealiman, kewarakan, keikhlasan dan keberanian semata-mata takutkan Allah swt. Barisan ahli syura seperti ini yang sentiasa dipandu oleh ulamak rabbani menjadikan sebarang tindakan Khalifah Umar bin Abdul Aziz menepati syariat Islam. 

#Waddah ibn Khaithamah berkata: "Apabila Khalifah Umar bin Abdul Aziz ditabalkan sebagai Khalifah, beliau memerintahkan saya untuk membebaskan semua tawanan yang dipenjarakan oleh pemerintah sebelumnya. Saya membebaskan mereka semua kecuali Yazid bin Abi Muslim" (Lihat: Zamm al-Baghy)

#Hal ini kerana semasa pemerintahan sebelum ini, ramai orang telah dihantar ke penjara kerana sistem yang bermasalah dan beberapa isu penindasan. Atas sebab ini, Khalifah Umar bin Abdul Aziz membebaskan tawanan dan memberi mereka pengampunan.

#Selain itu, Khalifah Umar bin Abdul Aziz telah mengarahkan pegawainya untuk membatalkan beberapa keputusan yang dibuat oleh al-Hajjaj kepada orang Islam dan orang bukan Islam. ‘Ali bin Abi Hamlah berkata: "Kami orang-orang bukan Arab di Damsyik telah mengadu kepada Khalifah Umar bin Abdul Aziz berkenaan sebuah gereja yang telah dirampas oleh seorang individu dalam kalangan pemerintah (yang kemudiannya diberikan kepada Bani Nasr di Damsyik). Kemudiannya Khalifah Umar mengusir mereka daripada gereja dan mengembalikannya kepada orang Kristian (Lihat: Futuh al-Bulan)

#Diriwayatkan seorang gabenor telah dihantar ke Khurasan dan orang ramai berada dalam keadaan yang sangat teruk dan dia merasakan bahawa hanya pedang dan cambuk sahaja yang boleh memperbaikinya dan dia meminta izin kepada Khalifah Umar untuk berbuat demikian. Khalifah Umar memberitahunya bahawa dia menerima suratnya dan hanya keadilan dan kebenaran yang akan membetulkan mereka dan itulah yang harus dia gunakan kepada mereka (bukannya cambuk dan pedang) (Lihat: Tarikh al-Khulafa)

#Khalifah Umar bin Abdul Aziz pada hakikatnya telah melaksanakan perintah Allah dan NabiNya saw dengan cemerlang dan berjaya melalui kesungguhannya menegakkan keadilan dan kebenaran. Ini dapat diukur dengan kejayaan yang dimilikinya, walaupun hanya pemerintahan beliau tidak sampai dua tahun setengah.

♡Pastikan setiap orang yang menjadi pemimpin serta yang diamanahkan memegang sesuatu jawatan, melaksanakan dengan penuh keadilan dan berpaksikan kebenaran. Contohilah gaya pemerintahan Rasulullah saw, para sahabat dan para tabien dalam pemerintahan di zaman kini♡

🐊Ust Naim
*Telegram Channel*
Klik link ini untuk join:
http://bit.ly/tadabburkalamullah

*Facebook Page:*
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah

Читать полностью…

Tadabbur Kalamullah

☆Tadabbur Kalamullah 24 Syawwal 1446H☆

 الَّذِي خَلَقَ الْمَوْتَ وَالْحَيَاةَ لِيَبْلُوَكُمْ أَيُّكُمْ أَحْسَنُ عَمَلًا ۚ

"Dialah yang telah mentakdirkan adanya mati dan hidup (kamu) – untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu: siapakah di antara kamu yang lebih baik amalnya" [Surah al-Mulk 2]

#Maka sesiapa yang berjaya melakukan, melaksanakan, serta menyediakan bekalan amal soleh yang terbaik semasa hidup nescaya beroleh kebahagiaan selepas meninggal dunia.

#Rasulullah saw bersabda:

إِذَا أَرَادَ اللَّهُ بِعَبْدٍ خَيْرًا اسْتَعْمَلَهُ قَالُوا وَكَيْفَ يَسْتَعْمِلُهُ قَالَ يُوَفِّقُهُ لِعَمَلٍ صَالِحٍ قَبْلَ مَوْتِهِ

"Jika sekiranya Allah swt menginginkan kebaikan terhadap hambaNya, maka Allah swt menjadikannya sentiasa melakukan amal kebaikan. Para sahabat r.hum bertanya: "Bagaimana dia menjadikannya sentiasa melakukan amal?". Rasulullah saw bersabda: "Allah swt akan memberikan taufiq padanya untuk melaksanakan amal soleh sebelum daripada kematiannya" (HR at-Tirmizi)

#Bagi sesiapa yang terpedaya dengan hasutan dan kelalaian dunia, dia akan menyesal dengan penyesalan yang tidak berguna lagi selepas kematiannya. Antara yang akan berlaku hari pertama buat manusia yang ‘berpindah’ ke alam barzakh adalah mereka akan mengulang-ulang kata: "Wahai Allah, kembalikan aku hidup di dunia".

#Golongan yang lalai ini menyesal kerana tidak sempat beramal soleh ketika diberikan peluang oleh Allah swt ketika hayatnya di dunia. Perkara itu dijelaskan dalam firmanNya:

حَتَّىٰۤ إِذَا جَاۤءَ أَحَدَهُمُ ٱلۡمَوۡتُ قَالَ رَبِّ ٱرۡجِعُونِ

"Kesudahan golongan yang kufur ingkar itu apabila sampai ajal maut kepada salah seorang di antara mereka, berkatalah ia: "Wahai Tuhanku, kembalikanlah daku (hidup semula di dunia)" [Surah al-Muʾminūn 99]

#Jom hayati kisah betapa indahnya kematian orang alim, orang soleh dan orang yang telah bersedia mati dengan amal soleh yang dilakukan iaitu berkenaan kematian Imam Malik bin Anas rahimahullah:

Sebelum meninggal dunia, Imam Malik jatuh sakit selama dua puluh dua hari. Pada malam sebelum beliau menghembus nafasnya yang terakhir, secara kebetulan, Bakar Sulaiman al-Sawaf ada bersama mereka di dalam rumahnya. Mereka berkata: "Wahai Abu ‘Abdillah, bagaimana keadaanmu sekarang?" Beliau menjawab: "Aku tidak tahu apa yang aku hendak katakan kepada kamu, cuma aku ingin juga berkata: Adakah kamu semua akan ditentukan pada keesokan hari (hari Kiamat) mendapat kemaafan yang tidak diperhitungkan?".

Tidak beberapa lama selepas itu, Imam Malik pun mengucap dua kalimah syahadah dan berkata: "Kesemua perkara adalah bagi Allah, sama ada sebelumnya, mahupun selepasnya dan beliau menyerahkan rohnya kepada Allah Yang Maha Esa".

مَن كَانَ آخِرُ كَلَامِهِ لَا إِلَهَ إِلَّا الله دَخَلَ الجَنَّةَ

"Barangsiapa yang akhir perkataannya ‘Tiada tuhan melainkan Allah’, nescaya dia akan memasuki syurga" (HR Abu Daud)

Imam Malik meninggal dunia di Madinah, iaitu pada 14 Rabiul Awal 179 Hijrah. Ada juga pendapat yang mengatakan, beliau meninggal dunia pada 11, 12, dan 13 Rejab. Sementara Mus’ab bin Abdullah al-Zubairi dan Imam al-Nawawi pula berpendapat, beliau meninggal dunia pada bulan Safar. Antara yang memandikan jenazah beliau adalah Ibn Kinanah dan Ibn Abi Zanbar. Manakala yang menuangkan air ke atas jenazah beliau pula adalah Anak beliau bernama Yahya dan jurutulis beliau bernama Habib. Dikatakan Imam bagi solat jenazah beliau adalah Raja ‘Abd al-‘Aziz bin Muhammad bin Ibrahim bin ‘Ali bin ‘Abdullah bin ‘Abbas. Imam Malik dikebumikan di tanah perkuburan Baqi’ dan kuburnya terletak di pintu masuk al-Baqi’. Semoga Allah swt meredhainya (Lihat: Tartib al-Madarik, Siyar A‘lam al-Nubala’ dan al-Tabaqat al-Kubra)

♡Hidup dan mati adalah ujian. Maka siapkanlah bekal amal soleh secukupnya♡

🐊Ust Naim
*Telegram Channel*
Klik link ini untuk join:
http://bit.ly/tadabburkalamullah

*Facebook Page:*
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah

Читать полностью…

Tadabbur Kalamullah

☆Tadabbur Kalamullah 22 Syawwal 1446H☆

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا أَطِيعُوا اللَّهَ وَأَطِيعُوا الرَّسُولَ وَأُولِي الْأَمْرِ مِنكُمْ

"Wahai orang yang beriman taatlah kamu kepada Allah, taatlah kamu kepada Rasul serta (taatlah kepada) ulil amri (para pemimpin) dari kalangan kamu" [Surah an-Nisa’ 59]

#Sebahagian ulamak tafsir dalam kupasan mereka terhadap ayat ini menyatakan bahawa ketaatan kepada pemerintah hanyalah terikat dengan ketaatan mereka kepada Allah swt serta RasulNya saw.

#Justeru, setiap pemerintah itu dituntut untuk menunaikan amanah dengan sempurna dan setiap pemerintah itu juga dituntut agar mereka sentiasa mentaati Allah dan RasulNya. Sekiranya ini tidak berlaku, maka mereka itu akan digelar sebagai pemerintah yang zalim. (Lihat: Tafsir al-Sya’rawi)

#Pemerintah mestilah seorang yang baik dan boleh dijadikan ikutan pada orang bawahan. Ini kerana, rakyat akan menjadikan pemerintah sebagai contoh ikutan. Disebut dalam satu ungkapan:

النَّاسُ عَلَى دِينِ مُلُوكِهِمْ

"Rakyat akan hidup mengikut agama dan cara hidup pemimpin-pemimpin mereka"

#Imam Ibn Kathir ada menukilkan ungkapan di atas ketika menyebut biografi al-Walid bin ‘Abd al-Malik, katanya: Khalifah al-Walid seorang yang cenderung kepada pembangunan dan pembinaan. Maka rakyatnya juga demikian. Apabila seorang lelaki berjumpa lelaki yang lain, dia akan bertanya: "Apakah yang telah kamu bina? Apakah yang kamu telah bangunkan?". Adapun Khalifah Umar bin Abdul Aziz cenderung dalam membaca al-Quran, melakukan solat dan beribadah. Maka demikian juga rakyatnya. Apabila seorang lelaki berjumpa dengan lelaki yang lain, mereka akan bertanya: "Berapa banyak kamu berwirid? Berapa banyak kamu baca al-Quran setiap hari? Kamu solat apa semalam?" Dan orang ramai berkata: "Rakyat akan hidup mengikut cara hidup pemimpin mereka" (Lihat: al-Bidayah wa al-Nihayah)

#Ketika Sayidina Saad bin Abi Waqqas r.a sebagai panglima tentera Islam memasuki istana Parsi, beliau segera mengarahkan kepada Amru bin Amru bin Muqarrin untuk mengumpulkan semua harta rampasan perang yang mereka telah peroleh, sekaligus harta benda yang terdapat di istana dan kamar-kamarnya. Amru diperintahkan untuk menghitung seluruh harta tersebut. Sementara itu, ketika penduduk Mada’in menyedari bahawa mereka telah dikalahkan oleh kaum Muslimin, dengan cepat sebahagian mereka melarikan diri dengan membawa harta Kaisar. Namun, tentera Islam dengan cepat mengejar mereka, sehingga sampai di Nahrawan. Akhirnya tidak seorang pun daripada mereka yang terlepas.

Tentera Islam meminta mereka untuk menyerahkan apa yang telah mereka bawa, dan penduduk Mada’in pun segera menyerahkannya dan mengembalikan semua harta yang mereka ambil sebelumnya. Harta-harta itu kemudian digabungkan bersama harta rampasan perang yang lain. Harta yang dimaksudkan adalah harta yang pertama, yang telah berjaya mereka kumpulkan iaitu dari istana putih, dari kamar-kamar kerajaan dan dari tempat-tempat yang lain. Tatkala bungkusan harta rampasan perang yang dikirimkan kepada Khalifah Umar bin al-Khattab sampai kepada beliau, termasuk di antaranya pedang kaisar, pengikat pinggang dan batu permatanya, Sayidina Umar r.a berkata:

 وَاللَّهِ إِنَّ أَقْوَامًا أَدَّوْا هَذَا لَذَوُو أَمَانَةٍ

"Demi Allah! Sesungguhnya orang-orang yang mengirimkan semua harta ini adalah orang-orang yang memiliki sifat amanah yang tinggi"

Sayidina Ali bin Abi Talib lalu berkata:

 إِنَّكَ عَفَفْتَ، فَعَفَّتِ الرَّعِيَّةُ

"Engkau telah bersifat ‘iffah (menjaga diri daripada perbuatan dosa), maka rakyat engkau pun turut bersifat ‘iffah (dengan  meniru perbuatan engkau)" (Lihat: Tarikh al-Rusul wa al-Muluk)

#Tidak peliklah Sayidina Umar bin al-Khattab r.a telah mencapai tahap amanah yang tinggi kerana mengikut titah perintah Allah dan RasulNya.

♡Semoga Allah swt merahmati Sayidina Umar bin al-Khattab, Khalifah Umar bin Abdul Aziz dan seluruh pemimpin yang adil, amanah dan di contohi rakyat. Aamiiin♡

🐊Ust Naim
*Telegram Channel*
Klik link ini untuk join:
http://bit.ly/tadabburkalamullah

*Facebook Page:*
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah

Читать полностью…

Tadabbur Kalamullah

☆Tadabbur Kalamullah 20 Syawwal 1446H☆

ٱسۡتَحۡوَذَ عَلَیۡهِمُ ٱلشَّیۡطَـٰنُ فَأَنسَىٰهُمۡ ذِكۡرَ ٱللَّهِۚ أُو۟لَـٰۤىِٕكَ حِزۡبُ ٱلشَّیۡطَـٰنِۚ أَلَاۤ إِنَّ حِزۡبَ ٱلشَّیۡطَـٰنِ هُمُ ٱلۡخَـٰسِرُونَ

"Syaitan telah menguasai dan mempengaruhi mereka, sehingga menyebabkan mereka lupa mengingati (ajaran dan amaran) Allah; mereka itulah puak Syaitan. Ketahuilah! Bahawa puak Syaitan itu sebenarnya orang-orang yang rugi" [Surah al-Mujādilah 19]

#Syaitan menghalang manusia daripada mengingati Allah swt dengan membuatnya lalai dengan kesenangan (kehidupan) dunia, samada cepat atau lambat manusia akan melupakan Allah swt. Dan jika seseorang telah melupakan Allah swt, maka bererti dia telah dikuasai oleh syaitan.

#Terdapat hadis Nabi saw menyebut tentang manusia yang terlalu leka dan lalai dengan hobinya hingga melupakan Allah,  bahawa dia telah dikuasai syaitan.

#Diriwayatkan dalam sebuah hadis:

أن رسول ا لله صلى الله عليه وسلم رأى رجلاً يتبع حمامة فقال: شيطان يتبع شيطانة

"Bahawa Rasulullah saw pernah melihat seorang lelaki mengikuti burung merpati. Lalu baginda bersabda: "Syaitan sedang mengikuti syaitan" (HR Ahmad, Abu Daud dan selainnya daripada Sayidina Abu Hurairah r.a)

#Di dalam kitab 'Aun al-Ma'bud dinyatakan:

إنما سماه شيطاناً لمباعدته عن الحق واشتغاله بما لا يعنيه، وسماها شيطانة لأنها أورثته الغفلة عن ذكر الله، قال النووي: اتخاذ الحمام للفرخ والبيض أو الأنس أو حمل الكتب جائز بلا كراهة، وأما اللعب بها للتطير فالصحيح أنه مكروه، فإن انضم إليه قمار ونحوه ردت الشهادة، كذا في المرقاة

"Baginda menamakan lelaki itu sebagai syaitan kerana saling berjauhannya dia dari kebenaran dan kesibukannya dengan sesuatu yang tiada faedah. Baginda menamakan burung itu sebagai syaitan kerana burung itu mewariskan kelalaian kepada lelaki itu dari mengingati Allah swt".

#Firman Allah swt:

یَـٰۤأَیُّهَا ٱلنَّاسُ إِنَّ وَعۡدَ ٱللَّهِ حَقࣱّۖ فَلَا تَغُرَّنَّكُمُ ٱلۡحَیَوٰةُ ٱلدُّنۡیَا وَلَا یَغُرَّنَّكُم بِٱللَّهِ ٱلۡغَرُورُ

"Wahai umat manusia, sesungguhnya janji Allah (membalas amal kamu) adalah benar; maka janganlah kamu diperdayakan oleh kemewahan hidup di dunia, dan janganlah Syaitan yang menjadi sebesar-besar penipu itu berpeluang menyebabkan kamu terpedaya dengan (kemurahan) Allah (lalu kamu lalai dan menderhaka)" [Surah Faṭir 5]

♡Pastikan diri kita tidak dilalaikan oleh syaitan. Jangan kerana hobi, permainan, sukan dan seumpamanya melalaikan kita daripada mengingati Allah swt dan ditipu daya oleh syaitan♡

🐊Ust Naim
*Telegram Channel*
Klik link ini untuk join:
http://bit.ly/tadabburkalamullah

*Facebook Page:*
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah

Читать полностью…

Tadabbur Kalamullah

Video suasana kehidupan di Tanah Sari Bokpyan dan Masjid Beletung

Читать полностью…

Tadabbur Kalamullah

☆Tadabbur Kalamullah 18 Syawwal 1446H☆

قُل لِّلَّهِ ٱلشَّفَـٰعَةُ جَمِیعࣰاۖ لَّهُۥ مُلۡكُ ٱلسَّمَـٰوَ ٰ⁠تِ وَٱلۡأَرۡضِۖ ثُمَّ إِلَیۡهِ تُرۡجَعُونَ

Katakanlah (wahai Muhammad): "Syafaat itu semuanya hak kepunyaan Allah; Dia lah Yang Menguasai segala urusan langit dan bumi; kemudian kamu akan dikembalikan kepadaNya (untuk menerima balasan)"  [Surah az-Zumar 44]

#Salah satu amalan yang dapat memberi syafaat kepada seseorang ialah solat jenazah dengan jumlah yang ramai.

#Bilangan jemaah yang ramai untuk menyembahyangkan jenazah memberi kebaikan kepada jenazah. Kebanyakan kita dalam isu menyembahyangkan jenazah ini agak kelam-kabut. Nak dipercepatkan selesai hingga tidak mahu menunggu kehadiran orang ramai.

#Sepatutnya lakukan solat jenazah selepas didirikan solat fardhu samada selepas solat subuh, selepas solat zohor, selepas solat asar, selepas solat maghrib atau selepas solat Isyak. Jika seseorang itu meninggal hari Khamis malam Jumaat atau pagi Jumaat, sepatutnya jenazah itu disolatkan selepas solat Jumaat. Tangguh seketika sehingga jenazah itu dapat disolatkan selepas solat Jumaat, kerana mengharapkan kelebihan jemaah solat yang ramai.

#Cuba kita hayati hadis yang disabdakan Nabi saw:

مَا مِنْ رَجُلٍ مُسْلِمٍ يَمُوتُ فَيَقُومُ عَلَى جَنَازَتِهِ أَرْبَعُونَ رَجُلاً لاَ يُشْرِكُونَ بِاللَّهِ شَيْئًا إِلاَّ شَفَّعَهُمُ اللَّهُ فِيهِ

"Tidak ada seorang lelaki Muslim yang meninggal dunia, kemudian terdapat 40 orang lelaki yang tidak mensyirikkan Allah dengan sesuatu pun mendirikan solat jenazah ke atasnya, melainkan Allah akan memberikan syafaat dari mereka buat dirinya (jenazah tersebut)" (HR Muslim)

#Ini bermaksud semua permohonan yang diminta dalam solat jenazah itu akan dimustajabkan oleh Allah. Antara yang kita minta di dalam solat jenazah ialah:

اللهم اغفرله وارحمه، وعافه واعف عنه 

"Ya Allah berilah keampunan kepada jenazah, berilah rahmat kepadanya, berilah kemaafan dan keafiatan kepadanya"

#Kita minta perkara-perkara ini dan lainnya untuk jenazah. Jika yang menyembahkan jenazah itu 40 orang yang tidak mensyirikkan Allah, ikhlas kerana Allah, jenazah itu pasti akan beroleh segala permohonan ini.

#Jika ada yang bertanya, bukankah kita dituntut menyegerakan pengurusan jenazah? Betul, kita dituntut menyegerakan pengurusan jenazah. Di sini pentingnya pengajian fekah, agar kita tahu hukum setiap perkara.

#Apa hukum menyegerakan pengurusan jenazah?

Kata para ulamak, melewatkan pengurusan jenazah yang ditegah ialah melewatkannya sehingga jenazah itu berubah baunya atau seumpamanya. Akan tetapi jika dilewatkan buat seketika kerana ada perkara lain yang utama, kita pula pasti tempoh dilewatkan itu tidak akan menjadikan jenazah berubah dan rosak, perkara ini dibenarkan.

#Sebagai contoh, seseorang  meninggal dunia pada lewat malam hari, lalu disolatkan pada waktu Zohor keesokan harinya, agar jenazah dapat disolatkan oleh jemaah solat Zohor, kita pula pasti dalam tempoh tersebut jenazah tidak akan rosak. Tapi jika pasti jenazah akan rosak, maka wajib disegerakan. Ini yang perlu difahami.

#Pun begitu, jika jenazahnya dihadiri ramai orang hingga melebihi 40 orang, maka segerakan solat jenazah tanpa perlu menunggu waktu solat fardhu. Itu yang sebaiknya.

♡Betapa bahagianya orang yang ketika meninggal dunia disolatkan oleh seramai 40 orang atau lebih, di mana mereka tidak menyekutukan Allah dengan sesuatu apa pun, mengikhlaskan doa kepadanya dan dengan demikian semoga Allah memberi syafaat kepada jenazah dengan berkat jemaah yang ramai♡

🐊Ust Naim
*Telegram Channel*
Klik link ini untuk join:
http://bit.ly/tadabburkalamullah

*Facebook Page:*
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah

Читать полностью…

Tadabbur Kalamullah

☆Tadabbur Kalamullah 16 Syawwal 1446H☆

إِنَّ أَكۡرَمَكُمۡ عِندَ ٱللَّهِ أَتۡقَىٰكُمۡۚ إِنَّ ٱللَّهَ عَلِیمٌ خَبِیرࣱ

"Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu)" [Surah al-Ḥujurat 13]

#Dalam kehidupan kita di zaman ini, biasanya jika seseorang itu merupakan orang kenamaan atau bangsawan, hartawan, kayangan, saat dia bercakap sahaja orang pasti akan mendengar dengan penuh tumpuan. Apa sahaja yang dia lakukan, turut diberikan perhatian. Ini berbeza pula dengan orang miskin. Meski dia bercakap perkara yang sama dengan orang kenamaan, cakapnya itu biasanya tidak diberikan sebarang tumpuan dan perhatian. Dirinya pula, tidak diberikan keutamaan.

#Berkata Sayidina Sahl bin Sa’d as-Sa’idi r.a:

‎مَرَّ رَجُلٌ علَى رَسولِ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عليه وسلَّمَ، فَقالَ: ما تَقُولونَ في هذا؟ قالوا: حَرِيٌّ إنْ خَطَبَ أنْ يُنْكَحَ، وإنْ شَفَعَ أنْ يُشَفَّعَ، وإنْ قالَ أنْ يُسْتَمَعَ، قالَ: ثُمَّ سَكَتَ،

"Suatu hari ada seorang lelaki kaya lalu berhampiran dengan Rasulullah saw. Lalu baginda bertanya (kepada para sahabat): "Apa pendapat kamu semua tentang lelaki ini". Para sahabat menjawab: "Lelaki ini jika dia meminang, sudah tentu dia akan dinikahi. Sekiranya dia memberi pertolongan, sudah tentu pertolongannya diterima. Sekiranya dia bercakap pula, sudah tentu bicaranya akan didengari dengan teliti. Kata Sayidina Sahl: Kemudian Rasulullah saw pun diam".

فَمَرَّ رَجُلٌ مِن فُقَرَاءِ المُسْلِمِينَ، فَقالَ: ما تَقُولونَ في هذا؟ قالوا: حَرِيٌّ إنْ خَطَبَ أنْ لا يُنْكَحَ، وإنْ شَفَعَ أنْ لا يُشَفَّعَ، وإنْ قالَ أنْ لا يُسْتَمَعَ

"Setelah itu, lalu pula seorang lelaki dari kalangan orang Islam yang miskin. Rasulullah saw bertanya: "Apa pula pendapat kamu semua tentang lelaki ini ?". Para sahabat menjawab: "Lelaki ini jika dia meminang, nescaya tiada siapa yang akan mengahwininya. Sekiranya dia memberi pertolongan, tiada siapa yang akan menerima pertolongannya. Sekiranya dia bercakap, sudah tentu orang tidak memberi tumpuan kepada bicara nya".

Lalu kata Rasulullah saw:

هذا خَيْرٌ مِن مِلْءِ الأرْضِ مِثْلَ هذا

"Ketahuilah bahawa lelaki miskin ini jauh lebih baik berbanding seluas bumi orang seperti lelaki kaya tersebut" (HR al-Bukhari)

#Hadis ini hakikatnya mengajar kita bahawa dalam kehidupan ini, boleh jadi seseorang yang dianggap hina di sisi manusia itu sebenarnya jauh lebih mulia di sisi Allah swt berbanding seseorang yang dianggap mulia oleh mereka.

♡Fahamlah kita bahawa kayu ukur kemuliaan seseorang itu di sisi Allah swt bukanlah pada kaya atau miskin, sebaliknya pada tahap ketakwaan seseorang itu kepada Allah swt♡

🐊Ust Naim
*Telegram Channel*
Klik link ini untuk join:
http://bit.ly/tadabburkalamullah

*Facebook Page:*
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah

Читать полностью…

Tadabbur Kalamullah

☆Tadabbur Kalamullah 14 Syawwal 1446H☆

وَجَـٰهِدُوا۟ فِی ٱللَّهِ حَقَّ جِهَادِهِۦۚ هُوَ ٱجۡتَبَىٰكُمۡ وَمَا جَعَلَ عَلَیۡكُمۡ فِی ٱلدِّینِ مِنۡ حَرَجࣲۚ مِّلَّةَ أَبِیكُمۡ إِبۡرَ ٰ⁠هِیمَۚ هُوَ سَمَّىٰكُمُ ٱلۡمُسۡلِمِینَ مِن قَبۡلُ وَفِی هَـٰذَا لِیَكُونَ ٱلرَّسُولُ شَهِیدًا عَلَیۡكُمۡ وَتَكُونُوا۟ شُهَدَاۤءَ عَلَى ٱلنَّاسِۚ فَأَقِیمُوا۟ ٱلصَّلَوٰةَ وَءَاتُوا۟ ٱلزَّكَوٰةَ وَٱعۡتَصِمُوا۟ بِٱللَّهِ هُوَ مَوۡلَىٰكُمۡۖ فَنِعۡمَ ٱلۡمَوۡلَىٰ وَنِعۡمَ ٱلنَّصِیرُ

"Dan berjihadlah kamu pada jalan Allah dengan jihad yang sebenar-benarnya Dia lah yang memilih kamu (untuk mengerjakan suruhan ugamanya); dan Ia tidak menjadikan kamu menanggung sesuatu keberatan dan susah payah dalam perkara ugama, ugama bapa kamu Ibrahim. Ia menamakan kamu: "orang-orang Islam" semenjak dahulu dan di dalam (Al-Quran) ini, supaya Rasulullah (Muhammad) menjadi saksi yang menerangkan kebenaran perbuatan kamu, dan supaya kamu pula layak menjadi orang-orang yang memberi keterangan kepada umat manusia (tentang yang benar dan yang salah). Oleh itu, dirikanlah sembahyang, dan berilah zakat, serta berpegang teguhlah kamu kepada Allah! Dia lah Pelindung kamu. Maka (Allah yang demikian sifatNya) Dia lah sahaja sebaik-baik Pelindung dan sebaik-baik Pemberi pertolongan" [Surah al-Ḥajj 78]

#Kemudian Allah swt menyatakan dalam ayat ini bahawa kita semua adalah sebahagian daripada agama (millah) Nabi Ibrahim Alaihissalam.

#Islam adalah agama tauhid yang dibawa semenjak nabi Ibrahim Alaihissalam. Dan Allah swt telah menamakan kita semua sebagai orang-orang Islam semenjak dahulu lagi (sejak zaman Nabi Adam Alaihissalam lagi).

#Ini menunjukkan bahawa yang menamakan kita sebagai Muslim adalah Allah swt sendiri. Maka, panggillah orang Islam dengan nama orang Islam, tidak perlu menambah atau cari nama-nama lain. Jadi jika ada orang bertanya: "Awak kumpulan mana, geng mana?". Jawablah: “Saya Muslim”.

#Orang Islam ialah orang yang menyerahkan sepenuhnya diri kepada Allah dan agama. Jika kita tidak faham maksud Muslim ini, maka amat malanglah bagi mereka yang mengaku sebagai Muslim. Nama mereka sahaja nama Muslim, tapi perangai mereka amat jauh dari kehendak agama Islam. Sepatutnya seorang Muslim ialah seorang yang beramal dengan Islam dan berpegang teguh dengan ajaran Islam.

#Dan oleh kerana kita telah menjadi orang Islam dan ada tanggungjawab yang kita perlu lakukan, maka Allah memberitahu bahawa di hari akhirat nanti Allah akan mengangkat Nabi Muhammad saw sebagai saksi ke atas kita, dan Allah akan bertanya kepada Nabi Muhammad sama ada kita telah melakukan tugas itu ataupun tidak.

#Dan kita juga menjadi saksi ke atas manusia-manusia yang lain iaitu manusia yang kita telah dakwah kepada mereka. Dan kita kena laksanakan tugasan ini supaya kita boleh menyatakan di hadapan Allah swt yang kita telah melakukan tugas kita cuma mereka sahaja yang tidak mahu menerimanya.

#Akhirnya, Allah swt memaklumkan di hujung surah ini bahawa kekuatan dalam berjihad, berdakwah dan beramal dapat dicari dengan mengerjakan solat dan mengeluarkan zakat. Ini bermaksud kita kena cari kekuatan dengan mengerjakan ibadah. Apabila kita jaga ibadah kita, maka Allah akan beri kekuatan kepada kita. Disamping berpegang erat pada tali Allah dengan meminta pertolongan kepadaNya, bertakwa kepadaNya, kerana hanya Dia sebaik-baik Pelindung dan sebaik-baik Penolong yang memberi kemenangan.

♡Semoga kita sentiasa dikurniakan kekuatan dan istiqamah dalam berjihad mendekatkan diri kepada Allah swt♡

🐊Ust Naim
*Telegram Channel*
Klik link ini untuk join:
http://bit.ly/tadabburkalamullah

*Facebook Page:*
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah

Читать полностью…

Tadabbur Kalamullah

*SEDEKAH JUMAAT: 𝐓𝐑𝐀𝐆𝐄𝐃𝐈 𝐏𝐔𝐓𝐑𝐀 𝐇𝐄𝐈𝐆𝐇𝐓𝐒 : 𝐌𝐄𝐑𝐄𝐊𝐀 𝐃𝐈𝐔𝐉𝐈, 𝐊𝐈𝐓𝐀 𝐓𝐔𝐑𝐔𝐓 𝐌𝐄𝐑𝐀𝐒𝐀𝐈*

*Klik dan sumbang:*
https://toyyibpay.com/SUMBANGAN-KECEMASAN-ETUPANGAS

Tragedi letupan paip gas di Putra Heights sangat mengejutkan semua pihak. Tatkala rakyat Malaysia sedang bergembira menyambut Hari Raya Aidilfitri, kejadian letupan dan kebakaran ini persis mendengar berita dari luar negara. Namun hakikatnya, ia adalah sebuah kejadian yang benar-benar berlaku di negara kita.

Akibat letupan dahsyat tersebut, kerosakan harta benda yang amat dahsyat di celah bahang api yang melecurkan, menjadi hambatan emosi kepada mangsa yang terlibat.

Pertubuhan Kebajikan Ilmu dan Amal Selangor - Geng Talaqqi diwakili oleh Tuan Abu Umar selaku Timbalan Presiden, serta beberapa relawan Geng Talaqqi telah berkesempatan melakukan siasatan berkaitan suasana dan keadaan kesan letupan yang dahsyat di Putra Height dan sekitarnya.

*DIPERLUKAN RM100 RIBU*

InsyaAllah Geng Talaqqi dengan ini membuka tabung sumbangan kecemasan untuk membantu mangsa-mangsa yang terlibat.

*JOM SAMA-SAMA KITA MENGHULURKAN SUMBANGAN MEMBANTU RINGANKAN BEBAN MEREKA YANG TERKESAN DENGAN TRAGEDI DAHSYAT INI*.

Jazakumullahu khairan kathira diucapkan kepada para penyumbang. Semoga diberkati rezeki dan beroleh syurgaNya yang tertinggi dan teristimewa. Aamiiin.
===============
Sumbangan boleh disalurkan ke akaun Toyyib Pay👇🏼:

https://toyyibpay.com/SUMBANGAN-KECEMASAN-ETUPANGAS

Atau terus ke akaun:

*Pertubuhan Kebajikan Ilmu dan Amal Selangor
*Maybank_5629_9101_9074
*Cimb_8604_7707_81
*Remark: SUMBANGAN KECEMASAN LETUPAN GAS

SMS/Whatsapp slip/bukti sumbangan kepada:

📲Ust Naim: http://www.wasap.my/60196023803/SumbanganKecemasanLetupanGas 

📲Tn Abu Umar: http://www.wasap.my/60193113501/SumbanganKecemasanLetupanGas

📲Tn Akmalizan: http://www.wasap.my/60172722696/SumbanganKecemasanLetupanGas

📲Puan Zarina: http://www.wasap.my/60193223501/SumbanganKecemasanLetupanGas

*ANDA HULUR, KAMI SALUR*

Читать полностью…

Tadabbur Kalamullah

☆Tadabbur Kalamullah 11 Syawwal 1446H☆

إِنَّ عِدَّةَ ٱلشُّهُورِ عِندَ ٱللَّهِ ٱثۡنَا عَشَرَ شَهۡرࣰا فِی كِتَـٰبِ ٱللَّهِ یَوۡمَ خَلَقَ ٱلسَّمَـٰوَ ٰ⁠تِ وَٱلۡأَرۡضَ

"Sesungguhnya bilangan bulan-bulan di sisi (hukum) Allah ialah dua belas bulan, (yang telah ditetapkan) dalam Kitab Allah semasa Ia menciptakan langit dan bumi..." [Surah at-Tawbah 36]

#Dalam kitab Tahzib al-Lughah disebutkan bahawa hari raya dinamakan dengan aid (عيد) kerana hari raya datang dengan kegembiraan pada setiap tahun. Setelah sebulan berpuasa bersabar menahan lapar dan dahaga maka pada hari raya umat Islam dianjurkan untuk bergembira. Hari raya Aidilfitri yang disyariatkan hanyalah pada satu Syawal.

#Bagaimana pula bagi rakyat Malaysia yang menyambutnya selama sebulan atau lebih?

#Menyambut hari raya dengan melakukan ziarah menziarahi pada sepanjang Syawal merupakan kebiasaan yang baik dan ia diharuskan dalam Islam. Suasana di Malaysia, orang ramai akan meneruskan aktiviti menziarahi saudara mara dan rakan taulan sehinggalah akhir Syawal dengan mengadakan rumah terbuka dan sebagainya.

#Terdapat banyak hadis yang menyebut berkenaan anjuran Islam untuk menyambung hubungan siaturahim, ukhuwah dan memuliakan tetamu. Dalam sebuah hadis Nabi saw bersabda:

مَن أحَبَّ أنْ يُبْسَطَ له في رِزْقِهِ، ويُنْسَأَله في أثَرِهِ، فَلْيَصِلْ رَحِمَهُ

"Siapa yang suka untuk diluaskan rezkinya dan dipanjangkan umurnya maka hendaklah dia menyambung silaturahim" (HR al-Bukhari)

#Maka, dapatlah kita fahami bahawa hari raya yang disyariatkan hanyalah pada 1 Syawal. Walau bagaimanapun ia tidak menafikan kebaikan untuk saling menziarahi dan menyambung silaturahim sama ada pada sepanjang bulan Syawal mahupun pada bulan-bulan yang lain. Adat kebiasaan di Malaysia pada bulan Syawal orang ramai akan melakukan ziarah menziarahi dan ini merupakan adat kebiasaan yang baik. Mana-mana adat yang tidak bertentangan dengan nas-nas syarak maka hukum asalnya adalah harus.

#Pun begitu, orang ramai dinasihatkan supaya tidak melupakan puasa sunat 6 hari dibulan Syawal, disamping sibuk melakukan ziarah-menziarahi sepanjang bulan Syawal serta tidak membazir atau melakukan perkara-perkara yang dilarang oleh syarak sepanjang aktiviti atau majlis ziarah.

♡Tidak menjadi kesalahan bagi sesiapa yang meraikan hari raya selama sebulan Syawal atau di bulan-bulan yang lain atas dasar ziarah-menziarahi, berkasih sayang dan menyambung silaturrahim sesama saudara dan rakan taulan. Selamat berkunjung mengunjung sesama jiran dan sahabat handai!!♡

🐊Ust Naim
*Telegram Channel*
Klik link ini untuk join:
http://bit.ly/tadabburkalamullah

*Facebook Page:*
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah

Читать полностью…

Tadabbur Kalamullah

#Yakinlah kita dengan janji kemenangan daripada Allah swt: "Akan sentiasa ada daripada kalangan umatku suatu kumpulan yang nyata menegakkan agamanya (Islam) dengan gagah perkasa menghadapi musuh mereka. Mereka tidak boleh dimudaratkan oleh orang yang menentang mereka (atau mengecewakan), melainkan mereka hanya menghadapi sedikit kesusahan. Sehinggalah datang ketentuan (kemenangan dan pertolongan) Allah, sedang mereka masih tetap dalam keadaan begitu". Para sahabat bertanya: "Wahai Rasulullah, di manakah mereka? Baginda menjawab:" Di Baitul Maqdis dan sekitar Baitul Maqdis" (HR Ahmad)

وَجَـٰهِدُوا۟ فِی ٱللَّهِ حَقَّ جِهَادِهِۦۚ هُوَ ٱجۡتَبَىٰكُمۡ وَمَا جَعَلَ عَلَیۡكُمۡ فِی ٱلدِّینِ مِنۡ حَرَجࣲۚ

"Dan berjihadlah kamu di jalan Allah dengan jihad yang sebenar-benarnya. Dia telah memilihmu dan Dia sekali-kali tidak menjadikan untukmu dalam agama suatu kesempitan..." [Surah Al-Ḥajj 78]

♡Nyatakan sokongan dan solidariti kita bersama para pejuang dan saudara seagama kita di bumi Palestin!! Allahuakbar♡

🐊Ust Naim
*Telegram Channel*
Klik link ini untuk join:
http://bit.ly/tadabburkalamullah

*Facebook Page:*
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah

Читать полностью…

Tadabbur Kalamullah

☆Tadabbur Kalamullah 8 Syawwal 1446H☆

یَـٰۤأَیُّهَا ٱلَّذِینَ ءَامَنُوا۟ ٱصۡبِرُوا۟ وَصَابِرُوا۟ وَرَابِطُوا۟ وَٱتَّقُوا۟ ٱللَّهَ لَعَلَّكُمۡ تُفۡلِحُونَ

"Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan)" [Surah Āli-ʿImrān 200]

#Perjuangan memerlukan pengorbanan tinggi untuk menjamin kejayaan. Di samping keyakinan bahawa kemenangan adalah milik setiap perjuangan yang dilakukan kerana Allah swt. Apatah lagi apabila perjuangan itu kerana mempertahankan agama Allah dan maruah serta hak orang Islam sebagaimana di bumi Palestin. Mereka bukan sahaja berjuang kerana mempertahankan tanah air tetapi lebih penting daripada itu mempertahankan tanah suci umat Islam dan menentang kezaliman rejim Zionis Israel. Setiap orang Islam sangat yakin bahawa kemenangan adalah bersama mereka. InsyaAllah!!

#Saat ini kekejaman rejim Zionis di bumi Palestin semakin di luar pemikiran manusia yang waras. Setiap hari terdapat pelbagai laporan tidak berperikemanusiaan tentera Israel terhadap rakyat Palestin termasuk mereka membunuh kanak-kanak, ibu mengandung, warga emas, para petugas dan penyelamat kecemasan di Gaza.

#Dalam laporan Unicef menyebut:

1- Lebih daripada satu juta kanak-kanak di Gaza telah dinafikan bantuan yang menyelamatkan nyawa mereka selama lebih dari sebulan.

2- Sekatan berterusan terhadap kemasukan bantuan ke Gaza adalah satu pelanggaran terhadap undang-undang antarabangsa dan memberi kesan buruk kepada kanak-kanak.

3- Kami mempunyai ribuan bungkusan bantuan yang menunggu untuk masuk ke Gaza dan harus dibenarkan segera. (Sumber: Al-Jazeera)

#Dalam kenyataan terbaru Al-Azhar Al-Sharif: "Ribuan kanak-kanak Gaza telah merasai penderitaan menjadi yatim di tangan musuh yang kejam dan dahagakan darah serta membunuh kanak-kanak. Kami menyeru kepada kerajaan-kerajaan yang bebas di dunia, organisasi, dan badan-badan mereka untuk mempertingkatkan usaha bagi menghentikan serangan keganasan ini dengan segera demi menyelamatkan apa yang tersisa daripada zaman kanak-kanak di kalangan anak-anak Gaza. (Sumber: Al-Jazeera)

#Namun demikian, umat Islam dan para pejuang Islam yakin dan percaya bahawa kesabaran dan ketekunan dalam menghadapi musuh Allah adalah cara untuk mendapatkan kemenangan.

یَـٰۤأَیُّهَا ٱلَّذِینَ ءَامَنُوۤا۟ إِن تَنصُرُوا۟ ٱللَّهَ یَنصُرۡكُمۡ وَیُثَبِّتۡ أَقۡدَامَكُمۡ

"Wahai orang-orang yang beriman, kalau kamu membela (ugama) Allah nescaya Allah membela kamu (untuk mencapai kemenangan) dan meneguhkan tapak pendirian kamu" [Surah Muḥammad 7]

#Jom banyakkan berdoa memohon bantuan Allah untuk saudara kita di Palestin:

اللهم لا تُغلَب السواعد التي تذودُ عن الحق وأنت المولى والنصير، ولا تُهزم الكتائب وهي في سبيلك ولإعلاء كلمتك!

"Ya Allah, jangan biarkan tangan yang berjuang untuk kebenaran kalah, Engkaulah yang Maha Memimpin dan Penolong. Jangan biarkan pasukan-pasukan yang berjuang di jalanMu dan untuk meninggikan kalimahMu ditundukkan!

اللهم ثبِّت أقدام عبادك المجاهدين، وكن لأهلنا المستضعفين وانصرنا على القوم
المجرمين.

"Ya Allah, teguhkan langkah hamba-hambaMu yang berjihad, dan jadilah penolong bagi orang-orang yang lemah di kalangan kami, serta berikan kemenangan kepada kami atas kaum yang zalim.

♡Pejuang-pejuang Islam pasti menang dan berjaya mengalahkan musuh-musuh Allah. Yakinlah... InsyaAllah, Aamiiin♡

🐊Ust Naim
*Telegram Channel*
Klik link ini untuk join:
http://bit.ly/tadabburkalamullah

*Facebook Page:*
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah

Читать полностью…
Subscribe to a channel