Oleh Ustaz Muhamad Naim Haji Hashim
☆Tadabbur Kalamullah 7 Syawwal 1446H☆
إِنَّ الَّذِينَ يَكْفُرُونَ بِآيَاتِ اللَّهِ وَيَقْتُلُونَ النَّبِيِّينَ بِغَيْرِ حَقٍّ وَيَقْتُلُونَ الَّذِينَ يَأْمُرُونَ بِالْقِسْطِ مِنَ النَّاسِ فَبَشِّرْهُم بِعَذَابٍ أَلِيمٍ
"Sesungguhnya orang-orang yang kufur ingkar akan ayat-ayat keterangan Allah dan membunuh Nabi-nabi dengan jalan yang tidak benar, serta membunuh orang-orang yang menyeru manusia supaya berlaku adil maka sampaikanlah berita yang mengembirakan mereka, dengan azab seksa yang tidak terperi sakitnya" [Surah Aali Imran 21]
#Golongan Yahudi dan Bani Israel adalah bangsa jahat yang engkar arahan Allah swt, bahkan mereka membunuh para nabi yang menyeru kepada kebenaran. Pada masa yang sama mereka membunuh para pejuang tauhid, para pejuang keadilan, para pejuang kebenaran dan para penyeru ke arah keimanan kepada Allah swt. Inilah bangsa atau kaum yang degil, kejam, jahat dan melampaui batas.
#Bersempena saat ini kita berada di bulan Syawal, dalam suasana bergembira merayakan Aidilfitri, marilah kita sama-sama terus membantu saudara kita di Palestin dalam berdepan dengan kekejaman zionis Yahudi dan sekutu pengganasnya dalam membunuh rakyat yang tidak berdosa yang kini hampir puluhan ribu terkorban dari kalangan kanak-kanak dan orang awam.
#Kaum Yahudi Zionis berpegang kepada kepercayaan sesat bahawa bangsa Yahudi adalah manusia paling mulia bersumberkan kitab Taurat yang telah diselewengkan. Adapun bangsa lain ialah binatang berwajah manusia yang boleh diperhambakan dan halal darahnya. Mereka berjuang bagi menegakkan Negara Agung Israel di bumi Palestin, tanah suci para anbiya’ yang pernah dipimpin oleh Nabi Daud Alaihissalam sebagai khalifah dan Nabi Sulaiman Alaihissalam sebagai raja yang menegakkan petunjuk Allah. Negara yang diizinkan kepada para rasul dan orang-orang yang beriman sahaja.
#Zionis Yahudi menguasai ekonomi dunia dengan kekayaan yang melampau secara haram melalui penjajahan, penindasan dan penipuan. Dengan pengaruh wang, mereka menguasai kepimpinan negara-negara besar, khususnya terkini Amerika Syarikat dan negara-negara Eropah. Sehingga turut mempengaruhi negara Islam dan Arab, serta pertubuhan antarabangsa, media dan perdagangan. Presiden Amerika Syarikat yang baru sahaja memenangi pilihanraya dengan sokongan mereka telah membuat kenyataan terbuka untuk membantu Zionis melalui pembekalan segala bentuk persenjataan. Ini termasuklah senjata yang dilarang oleh undang-undang antarabangsa kerana kesan pemusnahannya yang melampau.
#Pihak Zionis dan sekutunya melancarkan serangan, termasuklah terhadap sasaran awam sehingga membunuh semua penduduk, bukan sahaja sasaran tentera. Mereka juga melancarkan serangan ganas yang melampau tanpa sempadan kemanusiaan dan alam sekitar atas nama keamanan. Sedangkan, ia merupakan bahasa bohong yang nyata tanpa moral kemanusiaan. Inilah kekejaman yang dilakukan Yahudi Zionis di zaman kita. Kejahatan mereka disebut Allah dalam al-Quran sejak dahulu lagi.
#Teruskan berdoa memohon keselamatan dan kemenangan buat umat Islam dan kehancuran buat pengganas. Jadikah ruh Ramadhan dan Syawal sebagai semangat dalam mencapai kemenangan. Tiada erti kekalahan dalam memperjuangkan Islam. Kemenangan atau syahid menunggu perjuangan mulia ini. Moga kemenangan untuk para pejuang dan penduduk Palestin.
♡Ya Allah, selamatkanlah saudara-sauudara kami di Gaza. Ya Allah selamatkanlah saudara-saudara kami di Palestin. Ya Allah selamatkanlah orang-orang yang lemah dari kalangan orang-orang beriman. Ya Allah keraskanlah siksaanMu ke atas golongan Zionis yang melampaui batas dan timpakanlah kepada mereka musim kemarau sebagaimana terjadi di zaman Nabi Yusuf Alaihissalam. Ya Allah, peliharalah saudara-saudara kami di Palestin dari segala bentuk kezaliman. Kurniakanlah mereka kekuatan dan ketabahan dalam menghadapi ujian ini. Lindungilah mereka dengan rahmatMu yang melimpah-ruah. Aamiiin♡
🐊Ust Naim
*Telegram Channel*
Klik link ini untuk join:
http://bit.ly/tadabburkalamullah
*Facebook Page:*
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah
*SEDEKAH JUMAAT: WAQAF PEMBINAAN DEWAN DARUL HADIS BALING*
Klik dan sumbang:
https://toyyibpay.com/DEWAN-DARUL-HADIS-BALING
Assalamualaikum wbt..
*PENGENALAN DARUL HADIS BALING*
Darul Hadis Baling telah di tubuhkan pada 2014. Diasaskan oleh Almarhum Ustaz Hj Abdullah Isa bin Hamid. Pada permulaan Tahfiz Darul Hadis ditubuhkan. Tahfiz ini dikategorikan sebagai sekolah agama rakyat (SAR).
Dewan Hj Abdullah Isa mula dibina pada 2020 dengan keluasan lebih kurang 10k sf. Dewan ini terhenti pembinaan selepas Hj Abdullah Isa kembali ke rahmatullah pada 2021.
Anak beliau, Ustaz Muhammad Fathi telah mengambil alih dan meneruskan pembinaan dewan ini. Dana pembangunan yang ada tidak mencukupi bagi menampung pembinaan dewan ini.
*ANTARA TUJUAN PENUBUHAN*
Penubuhan Darul Hadis ini bertujuan membantu pelajar-pelajar yang kurang bernasib baik seperti anak-anak yatim dan pelajar-pelajar yang datang dari keluarga yang tidak berkemampuan dari segi kewangan.
*ALAMAT*
Kampung Charok Bemban Dalam, 09200 Kupang, Baling, Kedah Darul Aman.
*KOS DIPERLUKAN: RM245 RIBU*
Jom sama-sama kita membantu menghulurkan sumbangan untuk menyiapkan Dewan Hj Abdullah Isa.
*Didikan Ramadhan sewajarnya terus kita kekalkan selepas berlalunya Ramadhan dan menjadi sikap suka bersedekah itu amalan peribadi yang kekal sepanjang tahun. Usah kerana berakhirnya Ramadhan maka sifat dermawan kita mula berkurangan dan hanya mahu menunggu datangnya Ramadhan lagi baru menjadi seorang yang dermawan*
Jazakumullahu khairan kathira diucapkan kepada para penyumbang. Semoga diberkati rezeki dan beroleh syurgaNya yang tertinggi dan teristimewa. Aamiiin.
============
Sumbangan boleh disalurkan ke akaun Toyyib Pay👇🏼:
https://toyyibpay.com/DEWAN-DARUL-HADIS-BALING
Atau terus ke akaun:
*Pertubuhan Kebajikan Ilmu dan Amal Selangor
*Maybank_5629_9101_9074
*Cimb_8604_7707_81
*Remark: DEWAN DARUL HADIS BALING
SMS/Whatsapp slip/bukti sumbangan kepada:
📲Ust Naim: http://www.wasap.my/60196023803/DewanDarulHadisBaling
📲Tn Abu Umar: http://www.wasap.my/60193113501/DewanDarulHadisBaling
📲Tn Akmalizan: http://www.wasap.my/60172722696/DewanDarulHadisBaling
📲Puan Zarina: http://www.wasap.my/60193223501/DewanDarulHadisBaling
*ANDA HULUR, KAMI SALUR*
☆Tadabbur Kalamullah 4 Syawwal 1446H☆
إِنَّ أَكۡرَمَكُمۡ عِندَ ٱللَّهِ أَتۡقَىٰكُمۡۚ إِنَّ ٱللَّهَ عَلِیمٌ خَبِیرࣱ
"Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu)" [Surah Al-Ḥujurāt 13]
#Sesungguhnya, apa yang dikehendaki oleh Allah swt kepada hamba-hambaNya melalui ibadah puasa adalah sifat takwa, kerana takwa itu adalah sebaik-baik bekalan di hari akhirat kelak.
وَتَزَوَّدُوا۟ فَإِنَّ خَیۡرَ ٱلزَّادِ ٱلتَّقۡوَىٰۖ وَٱتَّقُونِ یَـٰۤأُو۟لِی ٱلۡأَلۡبَـٰبِ
"Berbekallah, dan sesungguhnya sebaik-baik bekal adalah takwa, dan bertakwalah kepadaKu hai orang-orang yang berakal" [Surah al-Baqarah 197]
#Bagi meneruskan kesinambungan sifat takwa yang dicapai dalam bulan Ramadhan, marilah kita bersama-sama meneruskan dengan berpuasa sunat dibulan Syawwal.
#Lihatlah bagaimana hebatnya Imam Ibn Rajab al-Hanbali rahimahullah. Selesai beliau menulis patah-patah terakhir berkenaan Ramadhan, kelebihan dan tanggungjawab kita pada bulan tersebut, beliau memulakan fasal bulan Syawwal dalam kitabnya Lathaif al Maarif dengan hadis:
من صام رمضان ثم أتبعه ستا من شوال كان كصيام الدهر
"Sesiapa yang berpuasa Ramadhan, kemudian mengikutinya dengan puasa 6 hari di bulan Syawwal, seperti dia berpuasa setahun" (HR Muslim)
#Subhanallah. Beliau tidak memulakan dengan penerangan tatacara Solat Raya, adab-adab berhari Raya, sebaliknya terus menceritakan fadhilat puasa enam.
#Ini menggambarkan seakan-akan rindu benar beliau pada ibadah puasa, dan tidak sabar-sabar meneruskan ibadah tersebut pada 6 hari di bulan Syawwal.
#Puasa sunat enam hari pada bulan Syawwal adalah sebahagian daripada puasa sunat sepanjang tahun yang disarankan dalam Islam selain puasa wajib sebulan ketika Ramadhan. Tujuan terpenting ibadah puasa dilaksanakan adalah bagi mencapai ketakwaan di sisi Allah swt.
#Banyak lagi ibadah lain yang dapat mengekalkan sifat takwa selepas Ramadhan, antaranya ialah dengan sentiasa menunaikan ibadah solat fardhu secara berjemaah dan memperbanyakkan solat sunat, tadabbur al-Quran, berkumpul dengan orang soleh, menuntut ilmu, tadabbur melihat alam semesta, melaksanakan perintah Allah secara konsisten, menghayati hikmah di sebalik perintah Allah swt, muhasabah diri, menjauhi lingkungan yang negatif, tidak terpedaya dengan dunia, menjauhi hawa nafsu, bersyukur, memperbanyakkan zikir, dan mengamalkan sunnah Rasulullah saw.
♡Jom sama-sama berpuasa di bulan Syawwal dan meneruskan ibadah-ibadah yang lain disepanjang kehidupan kita♡
🐊Ust Naim
*Telegram Channel*
Klik link ini untuk join:
http://bit.ly/tadabburkalamullah
*Facebook Page:*
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah
☆Tadabbur Kalamullah 3 Syawwal 1446H☆
إِنَّ أَكۡرَمَكُمۡ عِندَ ٱللَّهِ أَتۡقَىٰكُمۡۚ إِنَّ ٱللَّهَ عَلِیمٌ خَبِیرࣱ
"Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu)" [Surah Al-Ḥujurāt 13]
#Kita baru sahaja meninggalkan bulan yang sangat mulia di sisi Allah swt, iaitu bulan Ramadhan al-Mubarak. Sebaik meninggalkan bulan itu, nasib setiap Muslim yang melaluinya tidak sama. Ada yang beroleh ganjaran sangat lumayan kerana mengambil peluang sepanjang Ramadhan dengan menyibukkan diri beribadah.
#Ternyata golongan ini terpilih dan sangat beruntung kerana segala yang mereka lakukan pada hakikatnya adalah cerminan kepada sifat takwa kepada Allah swt. Mencapai ketakwaan ialah objektif yang mesti dicapai bagi semua Muslim yang berpuasa. Gagal mencapai takwa selepas berpuasa ialah gambaran kegagalan mencapai objektif puasa kerana ia jelas disebut dalam al-Quran berkaitan matlamat orang yang berpuasa adalah mencapai takwa.
#Mereka yang mencapai tahap takwa tertinggi sepanjang Ramadhan, sesungguhnya menyiapkan bekalan yang mencukupi bagi menghadapi hari selanjutnya apabila berada di luar bulan Ramadhnan. Takwa ialah bekalan terbaik buat mereka yang beriman.
#Hal ini kerana sebaik keluar dari Ramadhan, kita bakal berhadapan dengan cabaran yang sangat getir terutama cabaran menahan nafsu makan dan nafsu berhibur di bulan Syawal. Kita akan kembali bergelut dengan godaan syaitan yang sekali lagi akan bergabung dengan nafsu untuk memusnahkan keimanan dan menarik kita ke neraka. Jika pada Ramadhan yang baru berlalu, kita begitu lemah, meskipun hanya berdepan dengan satu musuh, iaitu nafsu, bagaimana pula kita akan mampu berhadapan dengan dua musuh yang sentiasa mengintai peluang untuk memusnahkan kita?
#Justeru, bekalan takwa yang dijana daripada Ramadhan merupakan senjata paling ampuh bagi menentang godaan nafsu dan syaitan kerana takwa itu seperti yang disebutkan ulamak sebagai 'wiqayah' atau pelindung bagi pemiliknya daripada sebarang godaan nafsu dan syaitan serta perkara yang diharamkan Allah swt.
#Marilah kita manfaatkan hari raya ini dengan melakukan amal-amal soleh dan menjauhi segala larangan Allah swt. Hari raya bukan lesen untuk kita melakukan sebarang perbuatan tanpa batas atau bebas berhibur atau sewenang-wenang melakukan maksiat. Hari Raya juga bukan masa untuk kita membalas dendam dengan makan sepuas-puasnya. Islam berbeza dengan agama-agama rekaan manusia yang lain. Ada batasan dan sempadan yang perlu kita sentiasa jaga dan berwaspada. Jagalah niat,
kelakuan, percakapan, pandangan, dan pergaulan kita. Jagalah akhlak dan tingkah laku kita sebagai insan bertakwa. Sesungguhnya berjayalah orang-orang yang memelihara kehormatan mereka.
♡Jadikan hari raya lubuk pahala dengan meneruskan amalan zikir, solat sunat, membaca al-Quran, bersedekah sebagaimana yang dilakukan di bulan Ramadhan disamping ziarah menziarahi dan menyambung silaturrahim sesama sanak saudara dan rakan taulan♡
كُلُّ عَامٍ وَأَنْتُمْ بِخَيْرٍ، مِنَ الْعَائِدِيْنَ وَالْفَائِزِيْنَ، تَقَبَّلَ اللهُ مِنَّا وَمِنْكُمْ
🐊Ust Naim
*Telegram Channel*
Klik link ini untuk join:
http://bit.ly/tadabburkalamullah
*Facebook Page:*
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah
☆Tadabbur Kalamullah 1 Syawwal 1446H☆
وَٱلَّذِینَ جَـٰهَدُوا۟ فِینَا لَنَهۡدِیَنَّهُمۡ سُبُلَنَاۚ وَإِنَّ ٱللَّهَ لَمَعَ ٱلۡمُحۡسِنِینَ
"Dan orang-orang yang berusaha dengan bersungguh-sungguh kerana memenuhi kehendak ugama Kami, sesungguhnya Kami akan memimpin mereka ke jalan-jalan Kami (yang menjadikan mereka bergembira serta beroleh keredaan); dan sesungguhnya (pertolongan dan bantuan) Allah adalah berserta orang-orang yang berusaha membaiki amalannya" [Surah al-ʿAnkabūt 69]
#Ramadhan baru sebentar berlalu pergi meninggalkan kita semua, maka sewajarnya kita mempertingkatkan usaha dengan mengisi waktu-waktu di malam hari raya ini dengan bermunajat, melakukan amalan sunat, berqiyamullail, memperbanyakkan doa dan zikrullah, bertakbir, membaca al-Quran dan mentadabburkannya, serta memperbanyakkan infak dan sedekah jariah sebagai menerus dan mengekalkan agenda Ramadhan agar sentiasa istiqamah sampai bila-bila, sepanjang usia kita.
#Tambahan pula, malam raya kebiasaan orang ramai sibuk dengan persiapan raya, melayan bunga api dan mercun, melepak bersama kawan-kawan sampai lewat malam hingga ada yang terlupa untuk beribadah dan bermunajat kepadaNya. Roh dan semangat Ramadhan hilang sekelip mata. Maka rebutlah dan manfaatkanlah peluang awal Syawal ini dengan amal ibadah agar mood Ramadhan tidak lenyap begitu sahaja.
#Dalam kegembiraan menyambut Aidilfitri, seorang mukmin perlu menyemai rasa takut, sayu dan hiba secara bersamaan kerana Ramadhan telah pun berlalu meninggalkan kita. Takut amal soleh yang dilakukan sepanjang Ramadhan tidak diterima, takut amalan dosa dibulan Ramadhan yang digandakan, bimbang tidak lagi bertemu Ramadhan pada tahun mendatang, sedih kerana bulan yang membuatkan kita jadi berkali ganda tekun beribadah dan jauh dari godaan syaitan telah pergi meninggalkan kita, bimbang kita kembali kepada kehidupan penuh ujian maksiat selama 11 bulan.
#Kerana itu sebahagian Salaf apabila tiba hari-hari terakhir Ramadhan, mereka akan mula rasa sedih, suram dan sayu. Sesuatu yang kita perlu sama-sama cuba latih dan maknainya dengan mendalam.
#Apabila kita faham hakikat ini, semakin berakhir Ramadhan, semakin semangat kita dengan ibadah. Bukan semakin kurangkan atau biarkan penghujung Ramadhan berlalu begitu sahaja kerana lebih fokus pada 1 Syawwal. Jangan kita berbeza dengan kebiasaan pendahulu kita Baginda saw yang mulia yang semangatnya langsung tidak luntur dalam beribadah samada di bulan Syawwal. Ketaatan pada Allah diutamakan daripada segalanya.
#Sayidina Ali bin Abu Talib r.a apabila tiba malam-malam terakhir Ramadhan, beliau akan menyeru:
يا ليت شعري! من هذا المقبول فنهنيه؟ ومن هذا المحروم فنعزيه
"Alangkah indahnya jika aku tahu! Siapakah yang diterima amalannya, agar kami dapat mengucapkan tahniah kepadanya? Dan siapakah yang terhalang, agar kami dapat mengucapkan takziah kepadanya?"
#Ungkapan ini menggambarkan kerisauan dan harapan para salaf pada akhir Ramadhan. Mereka tidak merasa aman daripada penolakan amal, dan mereka tidak tergesa-gesa bergembira, sebaliknya bermuhasabah dan berharap agar tergolong dalam kalangan yang diterima amalan.
#Imam Ibn Rajab al-Hanbali dengan sayu menyatakan:
كيف لا يجري للمؤمن على فراقه دموع، وهو لا يدري هل بقي له في عمره إليه رجوع
"Bagaimana mungkin air mata seorang mukmin tidak mengalir ketika berpisah dengannya (Ramadhan), sedangkan dia tidak tahu apakah masih ada umur baginya untuk kembali menemuinya?"
♡Semoga Allah swt menerima amalan kita semua dan rezekikan kita kembali bertemu Ramadhan pada tahun mendatang serta diterima segala amal yang kita lakukan. Aamiiin♡
*SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI.. MAAF ZAHIR DAN BATIN*
كُلُّ عَامٍ وَأَنْتُمْ بِخَيْرٍ، مِنَ الْعَائِدِيْنَ وَالْفَائِزِيْنَ، تَقَبَّلَ اللهُ مِنَّا وَمِنْكُمْ
🐊Ust Naim
*Telegram Channel*
Klik link ini untuk join:
http://bit.ly/tadabburkalamullah
*Facebook Page:*
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah
☆Tadabbur Kalamullah 28 Ramadhan 1446H☆
لَيْلَةُ الْقَدْرِ خَيْرٌ مِّنْ أَلْفِ شَهْرٍ
"Malam al-Qadar itu lebih baik daripada seribu bulan" [Surah al-Qadr 3]
#Terdapat beberapa sebab mengapa kita perlu bersungguh-sungguh beribadah pada 10 hari terakhir Ramadhan.
#Ini sebagaimana yang dikatakan oleh Imam Ibnu al-Jauzi rahimahullah:
وَيَنْبَغِي أَنْ يَكُونَ الاجْتِهَادُ فِي أَوَاخِرِ الشَّهْرِ أَكْثَرَ من أوله لشيئين: أحدهما لشرف هذا الْعَشْرِ وَطَلَبِ لَيْلَةِ الْقَدْرِ وَالثَّانِي: لِوَدَاعِ شَهْرٍ لا يَدْرِي هَلْ يَلْقَى مِثْلَهُ أَمْ لا
"Hendaklah kesungguhan beribadah pada hari-hari terakhir Ramadhan itu lebih banyak berbanding hari-hari terawalnya kerana dua sebab:
1. Disebabkan kemuliaan 10 hari terakhir ini dan untuk mencari lailatul qadar.
2. Disebabkan perpisahan dengan bulan Ramadhan yang mana seseorang itu tidak pasti sama ada dia akan bertemu kembali dengannya atau tidak" (Lihat: Al-Tabsirah)
#Begitu juga sebagaimana yang dikatakan oleh Imam Ibnu Rajab al-Hanbali rahimahullah:
كيف لا يجري للمؤمن على فراقه دموع، وهو لا يدري هل بقي له في عمره إليه رجوع
"Bagaimana tidak mengalirnya air mata seorang mukmin disebabkan perpisahannya dengan Ramadhan, dalam keadaan dirinya tidak tahu adakah masih berbaki umurnya untuk kembali bertemu Ramadhan pada tahun hadapan" (Lihat: Lata’if al-Ma’arif)
#Imam Ibnu Hajar Al-Asqalani pula berkata:
وَفِي الْحَدِيثِ الْحِرْصُ عَلَى مُدَاوَمَةِ الْقِيَامِ فِي الْعَشْرِ الْأَخِيرِ إِشَارَةً إِلَى الْحَثِّ عَلَى تَجْوِيدِ الْخَاتِمَةِ خَتَمَ اللَّهُ لَنَا بِخَيْرٍ آمِينَ
"Pada hadis (Rasulullah saw bersungguh beribadat pada 10 hari terakhir Ramadhan) terdapatnya kesungguhan dalam berterusan melakukan qiyam pada 10 hari terakhir, sebagai isyarat kepada gesaan untuk memperbaiki bahagian pengakhiran. Semoga Allah swt memberikan kebaikan buat pengakhiran kita. Aamiiin" (Lihat: Fathul Bari)
#Sabda Rasulullah saw:
وَإِنَّمَا الأَعْمَالُ بِالْخَوَاتِيمِ
"Sesungguhnya setiap amalan tergantung pada akhirnya" (HR al-Bukhari)
#Imam az-Zarqani dalam Syarh Al-Muwatha’ menyatakan bahawa amalan akhir manusia itulah yang jadi penentu dan atas amalan itulah akan dibalas. Siapa yang beramal buruk lalu beralih melakukan amal baik, maka ia dinilai sebagai orang yang bertaubat.
♡Teruskan istiqamah melakukan amal ketaatan di penghujung Ramadhan dan di hujung usia kita hingga ke garisan penama. Moga Allah swt merahmati kita semua. Aamiiin♡
🐊Ust Naim
*Telegram Channel*
Klik link ini untuk join:
http://bit.ly/tadabburkalamullah
*Facebook Page:*
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah
☆Tadabbur Kalamullah 27 Ramadhan 1446H☆
لَيْلَةُ الْقَدْرِ خَيْرٌ مِّنْ أَلْفِ شَهْرٍ
"Malam al-Qadar itu lebih baik daripada seribu bulan" [Surah al-Qadr 3]
#Malam ini malam ke 27 Ramadhan. Malam yang paling diharapkan berlaku padanya lailatul qadar di sisi jumhur ulamak.
#Imam Ahmad telah meriwayatkan sebuah hadis daripada Sayidina Ibn Umar r.huma: "Sesiapa yang mencari Lailatulqadar, dia hendaklah mencarinya pada malam yang ke 27, carilah kamu Lailatulqadar pada malam yang ke-27".
#Menurut Abu Ka’ab katanya: "Demi Allah sesungguhnya Sayidina Abdullah Ibn Mas’ud r.a telah meyakinkan bahawa malam Lailatulqadar jatuh dalam bulan Ramadhan, manakala Lailatulqadar pula jatuh pada malam ke 27. Akan tetapi, dia enggan memberitahu kepada kami (malam yang tepat) kerana bimbangkan kamu tidak lagi berusaha mencarinya".
#Diriwayatkan daripada Qanan bin Abdullah, katanya: "Aku bertanya kepada Zir berkenaan lailatul qadar?" Beliau menjawab: "Sayidina Umar, Sayidina Huzaifah dan kebanyakan sahabat Nabi saw tidak ragu-ragu bahawa lailatul qadar berlaku pada malam ke 27. Diriwayatkan oleh Ibn Abi Syaibah dan ini merupakan pendapat Imam Ahmad dan Ishaq.
#Bagi yang mempunyai rezeki lebih, mereka memulakan ihya’ lailatul qadar dengan memberi makan kepada orang yang berbuka puasa. Ingat, malam bermula sebaik masuk waktu maghrib. Rasulullah saw bersabda :
من فطَّر صائمًا كان له مثلُ أجره، غير أنه لا ينقصُ من أجر الصائمِ شيئًا
"Sesiapa yang memberi makan berbuka kepada orang yang berpuasa, dia akan mendapat pahala orang yang berpuasa, tanpa dia mengurangkan walau sedikit pun dari pahala orang yang berpuasa" (HR at-Tirmizi) .
#Kemudiannya melaksanakan solat maghrib dan isyak secara berjemaah. Berkata Imam Sa’id bin al-Musayyib:
مَن شهِد المغربَ والعِشاءَ في جماعةٍ فقد أخذَ بحظِّه مِن ليلَةِ القدَر
"Sesiapa yang menghadiri pelaksanaan solat maghrib dan isyak secara berjemaah, sesungguhnya dia telah mengambil bahagiannya dari lailatul Qadar".
#Demikian juga melaksanakan solat tarawih secara berjemaah bersama imam sehingga imam selesai, ditulis baginya pahala qiyam sepanjang malam (Rujuk hadis at-Tirmizi)
#Kemudian dia menghidupkan seluruh baki malamnya sepanjang maghrib hingga subuh dengan pelbagai jenis ibadah seperti solat, bacaan al-Quran, beristighfar, berdoa, bersedekah, dan sebagainya.
#Kemudian disusuli dengan pelaksanaan solat subuh secara berjemaah, akan memperoleh pahala seperti solat sepanjang malam. (Rujuk hadis riwayat Muslim)
#Ini sebagaimana kata-kata Imam as-Syafie rahimahullah: "Sesiapa yang melaksanakan solat Isyak dan Subuh berjemaah pada malam al-qadar, sesungguhnya dia telah mengambil habuannya dari malam tersebut".
♡Jom memburu malam al-Qadar dengan menggandakan amal ibadah di sepanjang malam♡
🐊Ust Naim
*Telegram Channel*
Klik link ini untuk join:
http://bit.ly/tadabburkalamullah
*Facebook Page:*
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah
☆Tadabbur Kalamullah 25 Ramadhan 1446H☆
لَيْلَةُ الْقَدْرِ خَيْرٌ مِّنْ أَلْفِ شَهْرٍ
"Malam al-Qadar itu lebih baik daripada seribu bulan" [Surah al-Qadr 3]
#Ibn Qudamah berpendapat malam qadar ialah malam yang mulia, diberkati, diagungkan dan mempunyai banyak kelebihan. (Lihat: al-Mughni)
#Daripada Sayidina Jabir bin Samurah r.a, bahawa Rasulullah saw bersabda:
الْتَمِسُوهَا فِي الْعَشْرِ الْأَوَاخِرِ وِتْرًا
"Carilah malam al-Qadar pada sepuluh malam terakhir pada malam yang ganjil" (HR Ahmad)
#Daripada Sayidina Ibnu Abbas r.huma, Rasulullah saw bersabda:
لَيْلَةُ القَدَرِ لَيْلَةٌ سَمْحَةٌ طَلَقَةٌ لَا حَارَةً وَلَا بَارِدَةً تُصْبِحُ الشَمْسُ صَبِيْحَتُهَا ضَعِيْفَةٌ حَمْرَاء
"Lailatul qadar adalah malam yang penuh kemudahan dan kebaikan, tidak begitu panas, juga tidak begitu dingin, pada pagi hari matahari bersinar tidak begitu cerah dan nampak kemerah-merahan" (HR at-Thoyalisi dan al-Baihaqi)
#Namun tanda tersebut tidak perlu dicari-cari. Imam Ibnu Hajar al-Asqalani rahimahullah berkata:
وَقَدْ وَرَدَ لِلَيْلَةِ الْقَدْرِ عَلَامَاتٌ أَكْثَرُهَا لَا تَظْهَرُ إِلَّا بَعْدَ أَنْ تَمْضِي
"Ada beberapa dalil yang membicarakan mengenai tanda-tanda lailatul qadar. Namun itu semua tidaklah nampak kecuali setelah malam tersebut telah berlalu".
#Syaikh Khalid al-Muslih hafizhahullah menyatakan bahawa tidak ada tanda khusus jika seseorang telah mendapatkan Lailatul Qadar. Katanya lagi, jika kita memperbanyak beribadah terus menerus di sepuluh hari terakhir Ramadhan, tentu akan mendapatkan malam penuh kemuliaan tersebut.
#Yang patut difahami bahawa cara menghidupkan malam tersebut dengan mengerjakan solat Isyak, solat tarawih dan solat subuh. Mengerjakan ketiga solat ini akan dicatat telah mengerjakan solat sepanjang malam.
#Daripada Sayidina Usman bin Affan r.a, Nabi saw bersabda:
مَنْ شَهِدَ الْعِشَاءَ فِى جَمَاعَةٍ كَانَ لَهُ قِيَامُ نِصْفِ لَيْلَةٍ وَمَنْ صَلَّى الْعِشَاءَ وَالْفَجْرَ فِى جَمَاعَةٍ كَانَ لَهُ كَقِيَامِ لَيْلَةٍ
"Sesiapa yang menghadiri solat Isyak berjemaah, maka baginya pahala solat separuh malam. Sesiapa yang melaksanakan solat Isyak dan Subuh berjemaah, maka baginya pahala solat semalaman penuh" (HR Muslim dan at-Tirmizi)
#Daripada Sayidina Abu Zar al-Ghifari r.a, bahawa Rasulullah saw bersabda:
إنَّهُ مَنْ قَامَ مَعَ الإمَامِ حَتَّى يَنْصَرِفَ، كُتِبَ لَهُ قِيَامُ لَيْلَةٍ
"Sesiapa yang berdiri (bersolat tarawih) bersama imam sehingga dia (imam) beredar (selesai), dituliskan baginya ganjaran orang yang Qiyam semalaman (seumpama bersolat sepanjang malam)" (HR at-Tirmizi)
#Syaikh Prof. Dr. Muhammad az-Zuhaily mengatakan: "Siapa sahaja yang melihat lailatul qadar terjadi, hendaklah ia sembunyikan. Lalu ia berdoa dengan penuh keikhlasan, niat, dan keyakinan untuk kepentingan agama dan dunianya" (Lihat: Al-Mu’tamad fii Al-Fiqh Asy-Syafii)
♡Moga kita semua beroleh pahala malam al-Qadar. Aamiiin♡
🐊Ust Naim
*Telegram Channel*
Klik link ini untuk join:
http://bit.ly/tadabburkalamullah
*Facebook Page:*
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah
☆Tadabbur Kalamullah 23 Ramadhan 1446H☆
تَنَزّلُ الْمَلاَئِكَةُ وَالرُّوحُ فِيْهَا بِإِذْنِ رَبِّهِمْ مِنْ كُلِّ أَمْـرٍ* سَلاَمٌ هِيَ حَتَّى مَطْلَعِ الْفَجْرِ
"Pada malam itu turun malaikat-malaikat dan malaikat Jibril dengan izin TuhanNya untuk mengatur segala urusan. Malam itu (penuh) kesejahteraan sehingga terbit fajar" [Surah al-Qadr 4-5]
#Imam Ibn Kathir berkata: "Zahir ayat menunjukkan bahawa malam al-Qadar lebih afdal daripada malam Jumaat. Walaupun begitu, ada juga pendapat yang mengatakan malam Jumaat lebih afdal. Inilah pendapat kebanyakan ulamak Hanbali.
#Pada malam al-Qadar, para malaikat turun dari alam rohani sehingga diri mereka dapat dilihat oleh Nabi saw. Malaikat Jibril Alaihissalam menampakkan dirinya kepada Nabi saw bertujuan menyampaikan wahyu. Para malaikat dapat dilihat oleh jiwa yang sempurna ini dengan keizinan Allah swt setelah Baginda sudah dipersiapkan bagi menerima wahyu dan menyampaikan ajaran yang mengandungi kebaikan kepada mereka.
#Turunnya para malaikat ke bumi adalah salah satu urusan Allah swt . Kita tidak perlu membahaskan tentang bagaimana cara mereka turun. Cukuplah kita meyakini perkara ini dan tidak perlu kita berusaha ingin tahu bagaimana selok-belok rahsia itu. Apa yang diketahui oleh orang yang berilmu hanyalah sebahagian kecil sahaja dari alam wujud ini.
#Malam al-Qadar merupakan perayaan bagi umat Islam di mana telah turunnya al-Quran dan merupakan malam kesyukuran, kebajikan dan kenikmatan. Malaikat menyertai manusia pada malam itu dan mereka mengetahui kelebihan malam tersebut dan betapa besarnya kelebihan manusia atas diri mereka. Seterusnya, Allah swt menjadikan manusia sebagai khalifah di atas muka bumi.
#Para malaikat dan malaikat Jibril turun pada malam al-Qadar. Imam Qurtubi berkata:
“Mereka turun daripada setiap langit dan juga Sidratul Muntaha ke langit dunia untuk mengaminkan doa orang yang memohon pada malam tersebut hingga waktu fajar. Turunnya malaikat dan Jibril membawa rahmat dengan perintah Allah swt.
#Maka berusahalah untuk berqiamullail dan melakukan amal soleh disepanjang 10 malam terakhir Ramadhan agar kita beroleh kemuliaan malam al-Qadar.
#Imam Sufyan al-Thauri rahimahullah berkata:
أحب إلي إذا دخل العشر الأواخر أن يتهجد بالليل و يجتهد فيه و ينهض أهله و ولده إلى الصلاة إن أطاقوا ذلك
"Apabila masuknya sepuluh akhir Ramadhan, aku lebih suka untuk melakukan solat tahajjud pada waktu malam dan bersungguh-sungguh melakukannya. Imam Sufyan al-Thauri rahimahullah juga akan mengejutkan ahli keluarganya untuk mendirikan solat seandainya mereka mampu melakukannya" (Lihat: Lathaif al-Maarif)
♡Lakukanlah amal ibadah dengan bersungguh-sungguh tanpa sebarang pengabaian. Isikanlah malam-malam akhir Ramadhan dengan qiamullail, bacaan al-Quran, zikrullah, munajat dan doa. Terutamanya doa keampunan dan kerahmatan daripadaNya♡
🐊Ust Naim
*Telegram Channel*
Klik link ini untuk join:
http://bit.ly/tadabburkalamullah
*Facebook Page:*
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah
☆Tadabbur Kalamullah 21 Ramadhan 1446H☆
لَيْلَةُ الْقَدْرِ خَيْرٌ مِّنْ أَلْفِ شَهْرٍ
"Malam al-Qadr itu lebih baik daripada seribu bulan" [Surah al-Qadr 3]
#Imam an-Nawawi rahimahullah menyatakan, para ashab kami yakni ulamak dalam kalangan mazhab Syafi‘i dan selain mereka menyebutkan bahawa ia merupakan sebaik-baik malam dalam setahun. Ayat “لَيْلَةُ الْقَدْرِ خَيْرٌ مِّنْ أَلْفِ شَهْرٍ” bermaksud malam itu lebih daripada seribu bulan yang tiada di dalamnya lailatul qadar. Selain itu, lailatul qadar ini juga adalah khusus buat umat ini, yang Allah swt tambahkan kemuliaan kepada mereka, yang tidak ada pada umat sebelumnya. (Lihat: al-Majmu‘ Syarh al-Muhazzab)
#Ibn Qudamah berpendapat malam Qadar ialah malam yang mulia, diberkati, diagungkan dan mempunyai banyak kelebihan. (Lihat: al-Mughni)
#Imam al-Qurtubi rahimahullah berkata: "Malam al-Qadar mempunyai kelebihan kerana banyaknya keistimewaan dan malam tersebut dibahagikan kebaikan yang banyak yang tidak terdapat seumpamanya pada seribu bulan. Ramai ulamak dan ahli tafsir berpendapat amalan dilakukan pada malam Qadar lebih baik daripada seribu bulan yang tiada padanya malam Qadar. Hal ini disokong oleh Abu al-Aliyah.
#Pada malam al-Qadar kita digalakkan membanyakkan doa memohon keampunan padaNya atas dosa-dosa yang pernah kita lakukan.
#Diriwayatkan daripada Sayidatina Aisyah r.ha, beliau berkata: Aku pernah bertanya kepada Rasulullah saw: "Jika ada suatu hari yang aku tahu bahawa malam tersebut adalah Lailatul Qadar, maka apakah doa yang mesti kuucapkan?" Jawab Nabi saw: Berdoalah:
اللهُمَّ إِنَّكَ عَفُوٌّ تُحِبُّ الْعَفْوَ، فَاعْفُ عَنِّي
"Ya Allah, sesungguhnya Engkau Maha Pengampun dan amat suka kepada pengampunan, maka berikanlah keampunan kepadaku" (HR at-Tirmizi, Ibn Majah dan Ahmad.
#Al-Hafiz Ibn Rajab berkata: "Dianjurkan supaya banyak memohon keampunan kepada Allah pada malam al-Qadar setelah sebelumnya bersungguh-sungguh melakukan amalan pada malam-malam Ramadhan dan juga sepuluh malam terakhir. Ini kerana, orang yang arif (bijak) adalah orang yang bersungguh-sungguh dalam beramal, namun dia masih menganggap bahawa amalan yang dia lakukan bukanlah suatu amalan, keadaan atau ucapan yang baik (soleh). Maka oleh sebab itu, dia banyak memohon keampunan kepada Allah seperti orang yang penuh kekurangan kerana dosa.” (Lihat: Lathaif al-Ma‘arif)
♡Ambillah peluang 10 malam terakhir untuk memperbanyakkan ibadah dan berdoa memohon keampunan kepadaNya♡
🐊Ust Naim
*Telegram Channel*
Klik link ini untuk join:
http://bit.ly/tadabburkalamullah
*Facebook Page:*
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah
☆Tadabbur Kalamullah 20 Ramadhan 1446H☆
لَيْلَةُ الْقَدْرِ خَيْرٌ مِّنْ أَلْفِ شَهْرٍ
"Malam al-Qadr itu lebih baik daripada seribu bulan" [Surah al-Qadr 3]
#Ibrahim an-Nakha‘i ketika menafsirkan ayat ini berkata: "Beramal pada malam tersebut (Lailatul Qadar) lebih baik daripada beramal pada seribu tahun" (Lihat: Lathaif al-Ma‘arif)
#Imam Ibn Rajab al-Hanbali menyatakan bahawa sebahagian ulamak mazhab Syafi‘i menaqalkan riwayat daripada Sayidina Ibnu Abbas r.huma, katanya:
"Menghidupkan malam Lailatul Qadar akan terhasil apabila seseorang mendirikan solat Isyak secara berjemaah dan berazam untuk melakukan solat Subuh juga secara berjemaah".
#Imam Malik rahimahullah merekodkan dalam al-Muwatta’ bahawa Imam Ibn al-Musayyib berkata: "Sesiapa yang bertemu dengan Lailatul Qadar bermaksud (yang mendirikan solat) secara berjemaah (pada malam tersebut), maka dia akan memperoleh kebaikan malam itu".
#Begitu jugalah yang dikatakan oleh Imam as-Syafi‘i dalam qaul qadimnya: "Sesiapa yang mendirikan solat Isyak dan Subuh pada malam Lailatul Qadar, maka dia akan memperoleh kebaikannya" (Lihat: Lathaif al-Maarif)
#Pastikan kita melakukan amal ibadah dengan bersungguh-sungguh dan tidak mengabaikannya terutama di 10 malam yang terakhir. Penuhilah ia dengan Qiamullail, bacaan al-Quran, zikrullah, munajat, istighfar, selawat dan doa, khususnya memohon keampunan dan rahmat daripadaNya.
#Daripada Sayidatina Aisyah r.ha, beliau berkata:
كَانَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَجْتَهِدُ فِيْ العَشْرِ الأَوَاخِرِ، مَا لَا يَجْتَهِدُ فِيْ غَيْرِهِ
"Rasulullah saw sangat bersungguh-sungguh (dalam melaksanakan ibadahnya) pada sepuluh malam terakhir berbanding pada waktu lain" (HR Muslim)
#Rasulullah saw bersabda:
مَنْ قَامَ لَيْلَةَ القَدْرِ إِيمَانًا وَاحْتِسَابًا، غُفِرَ لَهُ مَا تَقَدَّمَ مِنْ ذَنْبِهِ
"Sesiapa yang berqiyam pada malam al-Qadar (lailatul qadar) dengan penuh keimanan dan penuh pengharapan, maka akan diampunkan baginya dosa yang telah lalu" (HR al-Bukhari)
♡Semoga Allah swt mengurniakan kepada kita malam al-Qadar dan beroleh pahala 1000 bulan serta mendapat keampunan dariNya. Aamiiin♡
🐊Ust Naim
*Telegram Channel*
Klik link ini untuk join:
http://bit.ly/tadabburkalamullah
*Facebook Page:*
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah
☆Tadabbur Kalamullah 18 Ramadhan 1446H☆
شَهْرُ رَمَضَانَ الَّذِي أُنزِلَ فِيهِ الْقُرْآنُ هُدًى لِّلنَّاسِ وَبَيِّنَاتٍ مِّنَ الْهُدَىٰ وَالْفُرْقَانِ
"(Masa yang diwajibkan kamu berpuasa itu ialah) bulan Ramadan yang padanya diturunkan al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia, dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk dan (menjelaskan) perbezaan antara yang benar dengan yang salah" [Surah al-Baqarah 185]
#Agama Islam menuntut umatnya membaca al-Quran dan mempelajari isi kandungannya. Membaca al-Quran dituntut kerana di antara hikmah al-Quran diturunkan adalah untuk dibaca, ditadabbur, dihayati dan diamalkan.
#Diriwayatkan daripada Sayidina Abu Hurairah r.a, bahawa Nabi saw bersabda:
وَمَا اجْتَمَعَ قَوْمٌ فِي بَيْتٍ مِنْ بُيُوتِ اللهِ، يَتْلُونَ كِتَابَ اللهِ، وَيَتَدَارَسُونَهُ بَيْنَهُمْ، إِلَّا نَزَلَتْ عَلَيْهِمِ السَّكِينَةُ، وَغَشِيَتْهُمُ الرَّحْمَةُ وَحَفَّتْهُمُ الْمَلَائِكَةُ، وَذَكَرَهُمُ اللهُ فِيمَنْ عِنْدَهُ، وَمَنْ بَطَّأَ بِهِ عَمَلُهُ، لَمْ يُسْرِعْ بِهِ نَسَبُهُ
"Dan tidaklah satu kaum itu berkumpul di rumah-rumah Allah (masjid) sambil membaca al-Quran dan mempelajarinya sesama mereka melainkan turunnya ketenangan kepada mereka, diliputi oleh rahmat Allah serta malaikat mengerumuninya dan Allah menjadikan makhluk-makhluk yang berada di sisiNya menyebut-nyebut mereka. Dan barangsiapa yang amalnya perlahan, maka nasabnya tidak dapat mengangkat darjatnya itu” (HR Muslim)
#Al-Quran juga merupakan satu mukjizat agung dan setinggi-tinggi anugerah yang Allah kurniakan kepada para hambaNya. Dalam masa yang sama, ia juga berperanan sebagai sebuah perlembagaan abadi yang sesuai sepanjang zaman dalam mengatur hal-hal kehidupan manusia lantaran isi kandungannya yang mencakupi seluruh aspek kehidupan.
#Oleh itu, umat Islam sangat digalakkan untuk membaca al-Quran sehinggakan setiap huruf yang dibaca akan diberi pahala dengan sepuluh kebaikan dan dikurniakan ganjaran yang indah. Pahala lebih berganda jika dibaca dengan memahaminya.
#Daripada Sayidina Abi Musa r.a, bahawa Nabi saw bersabda:
مَثَلُ المُؤْمِنِ الَّذِي يَقْرَأُ القُرْآنَ كَالأُتْرُجَّةِ، طَعْمُهَا طَيِّبٌ وَرِيحُهَا طَيِّبٌ، وَمَثَلُ الَّذِي لاَ يَقْرَأُ كَالتَّمْرَةِ طَعْمُهَا طَيِّبٌ وَلاَ رِيحَ لَهَا
"Perumpamaan orang mukmin yang membaca al-Quran seperti buah Utrujah (limau sitrus), rasanya enak dan baunya wangi. Dan perumpamaan orang mukmin yang tidak membaca al-Quran seperti buah Kurma, rasanya enak tetapi tidak berbau" (HR al-Bukhari dan Muslim)
#Pahala bacaan al-Quran tidak terhad hanya kepada pembacanya sahaja, bahkan mereka yang mendengarnya juga turut mendapat pahala.
#Firman Allah swt:
وَإِذَا قُرِئَ الْقُرْآنُ فَاسْتَمِعُوا لَهُ وَأَنْصِتُوا لَعَلَّكُمْ تُرْحَمُونَ
"Dan apabila Al-Quran itu dibacakan, maka dengarlah akan dia serta diamlah (dengan sebulat-bulat ingatan untuk mendengarnya), supaya kamu beroleh rahmat" [Surah al-A’raf 204]
#Selain itu, orang yang banyak membaca al-Quran dan hatinya sangat terikat kuat dengan al-Quran dengan menjadikannya sebagai petunjuk dan pedoman dalam hidupnya, maka dia berhak mendapat syafaat al-Quran.
#Daripada Sayidina Abu Umamah r.a bahawa Rasulullah saw bersabda:
اقْرَءُوا الْقُرْآنَ فَإِنَّهُ يَأْتِي يَوْمَ الْقِيَامَةِ شَفِيعًا لِأَصْحَابِهِ
"Bacalah al-Quran kerana sesungguhnya ia akan datang pada hari Kiamat sebagai syafaat kepada para pembacanya" (HR Muslim)
♡Walau apapun hebat tawarannya, jika tiada keupayaan untuk membaca al-Quran, maka manfaat besar al-Quran itu langsung tidak berguna. Maka, amat wajar sekali umat Islam kembali kepada al-Quran dengan mempelajari, membaca dan memahami pengertian ayat-ayat di dalamnya serta mengamalkan suruhannya dengan sebaik mungkin dan penuh keikhlasan♡
🐊Ust Naim
*Telegram Channel*
Klik link ini untuk join:
http://bit.ly/tadabburkalamullah
*Facebook Page:*
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah
☆Tadabbur Kalamullah 16 Ramadhan 1446H☆
فَٱسۡتَبِقُوا۟ ٱلۡخَیۡرَ ٰتِۚ
"Oleh itu berlumba-lumbalah kamu mengerjakan kebaikan" [Surah al-Baqarah 148]
#Dalam Tafsir al-Bayan disebutkan: "Umat Islam juga turut dianjurkan untuk berlumba-lumba melakukan kebaikan. Amalan kebaikan tersebut akan menjadi saham Akhirat buat mereka kerana walau di mana mereka berada, Allah swt pasti akan menghimpunkan mereka di Akhirat kelak untuk dihitung segala amalan tersebut" (Lihat: Tafsir al-Bayan)
#Maka, menjadi kewajipan ke atas seorang Muslim itu bersegera dalam melakukan amal kebaikan dan memperbanyakkan ketaatan kepada Allah swt.
#Namun begitu, dalam melakukan kebaikan perlulah menjaga keikhlasan hati agar amalan tidak menjadi sia-sia.
#Dalam kerajinan kita melakukan ibadah di bulan Ramadhan seperti solat tarawih atau qiyamullail, jangan sesekali memandang mereka yang tidak melakukannya dengan pandangan menghina dan merendah-rendahkan.
#Berkata Imam Ibn Qayyim Al-Jauziyyah rahimahullah:
وَإِنَّكَ أَنْ تَبِيتَ نَائِمًا وَتُصْبِحَ نَادِمًا، خَيْرٌ مِنْ أَنْ تَبِيتَ قَائِمًا وَتُصْبِحَ مُعْجَبًا فَإِنَّ الْمُعْجَبَ لَا يَصْعَدُ لَهُ عَمَلٌ
"Sesungguhnya jika kamu bermalam dalam keadaan tidur dan kamu bangun pagi dalam keadaan menyesal, itu lebih baik dari kamu bermalam dalam keadaan kamu melakukan qiyam dan kamu bangun pagi dalam keadaan ujub. Sesungguhnya orang yang ujub itu tidak diangkat amalannya kepada Allah swt. (Lihat: Madarij as-Salikin)
#Ujub bermaksud, seseorang itu berbangga dengan kebaikan yang dia lakukan dan dalam masa yang sama menganggap rendah dan lemah kepada mereka yang tidak melakukan kebaikan yang sama.
#Sabda Rasulullah saw:
لاَ تُزَكُّوا أَنْفُسَكُمُ اللَّهُ أَعْلَمُ بِأَهْلِ الْبِرِّ مِنْكُمْ
"Jangan kamu mensucikan diri kamu kerana Allah lebih mengetahui orang yang paling baik dalam kalangan kamu" (HR Muslim)
♡Lakukan ibadah tarawih dan qiyam Ramadhan dengan penuh keikhlasan dan keinsafan. Jangan sesekali ada perasaan ujub atau riyak, kerana ia membinasakan pahala dan kebaikan♡
🐊Ust Naim
*Telegram Channel*
Klik link ini untuk join:
http://bit.ly/tadabburkalamullah
*Facebook Page:*
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah
☆Tadabbur Kalamullah 14 Ramadhan 1446H☆
شَهۡرُ رَمَضَانَ ٱلَّذِيٓ أُنزِلَ فِيهِ ٱلۡقُرۡءَانُ هُدٗى لِّلنَّاسِ وَبَيِّنَٰتٖ مِّنَ ٱلۡهُدَىٰ وَٱلۡفُرۡقَانِۚ
"(Masa yang diwajibkan kamu berpuasa itu ialah) bulan Ramadan yang padanya diturunkan Al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia, dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk dan (menjelaskan) perbezaan antara yang benar dengan yang salah" [Surah al-Baqarah 185]
#Al-Quran adalah Kalamullah. Sebenarnya al-Quran cukup istimewa berbanding dengan mana-mana kitab yang wujud didunia ini. Al-Quran adalah kitab Ilahi.
الر ۚ كِتَابٌ أُحْكِمَتْ آيَاتُهُ ثُمَّ فُصِّلَتْ مِن لَّدُنْ حَكِيمٍ خَبِيرٍ
"Alif, Lam, Ra. Al-Quran sebuah Kitab yang tersusun rapi ayat-ayatnya, kemudian dijelaskan pula kandungannya satu persatu yang diturunkan daripada sisi Allah Yang Maha Mendalam pengetahuanNya" [Surah Hud 1]
وَكَذَٰلِكَ أَوْحَيْنَا إِلَيْكَ رُوحًا مِنْ أَمْرِنَا
"Dan demikianlah Kami wahyukan kepadamu wahyu (al-Quran) dengan perintah Kami" [Surah asy-Syura 52]
#Berkata Imam al-Muzani rahimahullah:
وَالقُرْآنُ كَلاَمُ اللهِ عَزَّ وَجَلَّ وَمِنْ لَدُنْهُ وَلَيْسَ بِمَخْلُوْقٍ فَيَبِيْدُ
"Al-Quran itu kalamullah (firman Allah ‘azza wa jalla), berasal dari sisiNya. Al-Quran itu bukanlah makhluk yang akan binasa"
#Bahkan al-Quran sentiasa dipelihara oleh Allah swt dan terpelihara keaslian ayat-ayatnya.
إِنَّا نَحْنُ نَزَّلْنَا الذِّكْرَ وَإِنَّا لَهُ لَحَافِظُونَ
"Sesungguhnya Kamilah yang menurunkan Al-Quran dan memeliharanya" [Surah al-Hijr 9]
قُل لَّئِنِ اجْتَمَعَتِ الْإِنسُ وَالْجِنُّ عَلَىٰ أَن يَأْتُوا بِمِثْلِ هَـٰذَا الْقُرْآنِ لَا يَأْتُونَ بِمِثْلِهِ وَلَوْ كَانَ بَعْضُهُمْ لِبَعْضٍ ظَهِيرًا
Katakanlah (wahai Muhammad): "Sesungguhnya jika sekalian manusia dan jin berhimpun demi mendatangkan sesuatu yang sebanding dengan Al-Quran, mereka tidak akan mampu mendatangkannya walaupun mereka saling membantu" [Surah Al-Isra’ 88]
#Al-Quran al-‘Azhim adalah Kalamullah, merupakan sifat di antara sifat Allah. Allah ‘azza wa jalla itu berbicara sesuai dengan kemuliaanNya. Di antara kalam Allah adalah apa yang diturunkan kepada Rasulullah saw. Al-Quran ini dimulai dari surah al-Fatihah dan ditutup dengan surah an-Naas.
#Menurut akidah Ahlus Sunnah wal Jama’ah, Allah swt sendiri yang berbicara dengan Al-Quran ini, lalu didengar oleh malaikat Jibril Alaihissalam, kemudian disampaikan kepada Rasulullah saw sebagaimana Jibril mendengarnya langsung dari Allah swt. (Lihat: Iidhoh Syarh as-Sunnah Li Al-Muzani)
♡Semoga kita tergolong dalam kalangan manusia yang mencintai al-Quran. Aamiiin♡
🐊Ust Naim
*Telegram Channel*
Klik link ini untuk join:
http://bit.ly/tadabburkalamullah
*Facebook Page:*
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah
☆Tadabbur Kalamullah 13 Ramadhan 1446H☆
شَهۡرُ رَمَضَانَ ٱلَّذِيٓ أُنزِلَ فِيهِ ٱلۡقُرۡءَانُ هُدٗى لِّلنَّاسِ وَبَيِّنَٰتٖ مِّنَ ٱلۡهُدَىٰ وَٱلۡفُرۡقَانِۚ
"(Masa yang diwajibkan kamu berpuasa itu ialah) bulan Ramadan yang padanya diturunkan Al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia, dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk dan (menjelaskan) perbezaan antara yang benar dengan yang salah" [Surah al-Baqarah 185]
#Inilah keistimewaan bulan Ramadhan, bukan hanya diturunkan kitab suci al-Quran, tetapi diturunkan juga berbagai kitab suci yang lainnya.
#Imam Ibnu Katsir rahimahullah berkata: "Bulan Ramadhan adalah bulan pilihan diturunkannya al-Quran yang mulia. Bahkan kitab suci Ilahiyah juga diturunkan oleh Allah di bulan Ramadhan pada para nabi" (Lihat: Tafsir Al-Quran al-Azhim)
#Sayidina Abdullah bin Abbas r.huma berkata: "Al-Quran diturunkan pada bulan Ramadhan pada malam al-Qadar di malam penuh barakah. Al-Quran tersebut turun sekaligus (jumlatan waahidatan). Kemudian Al-Quran turun secara bertahap sesuai dengan peristiwa, pada bulan dan hari" (HR Ibnu Abi Hatim, sanad hasan)
#Ini sebagaimana yang difirmankan Allah swt:
إِنَّا أَنْزَلْنَاهُ فِي لَيْلَةِ الْقَدْرِ
"Sesungguhnya Kami telah menurunkannya (al-Quran) pada malam kemuliaan" [Surah al-Qadr 1]
إِنَّا أَنْزَلْنَاهُ فِي لَيْلَةٍ مُبَارَكَةٍ
"Sesungguhnya Kami menurunkannya pada suatu malam yang diberkati" [Surah ad-Dukhan 3]
#Ada juga riwayat lain daripada Sayidina Ibnu Abbas r.huma yang menyebutkan bahawa al-Quran itu diturunkan pada pertengahan Ramadhan ke langit dunia. Al-Quran diletakkan di Baitul Izzah. Kemudian al-Quran itu turun dalam tempoh waktu 24 tahun untuk memberikan jawapan kepada manusia" (HR at-Thabari)
#Oleh yang demikian, jadilah ahlil Quran. Pelajarilah al-Quran dan ajarlah al-Quran kepada orang lain. Ketahuilah Allah swt mengangkat darjat orang yang mempelajari, memahami dan mengamalkan al-Quran.
وَعَنْ عُمَرَ بْنِ الخَطَّابِ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ: أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، قَالَ : إنَّ اللهَ يَرْفَعُ بِهَذَا الكِتَابِ أقْوَاماً وَيَضَعُ بِهِ آخرِينَ
Daripada Sayidina Umar bin al-Khatthab r.a, Nabi saw bersabda: "Sesungguhnya Allah mengangkat (meninggikan) dengan kitab ini (al-Quran) dan merendahkan kaum yang lain dengannya juga" (HR Muslim)
♡Jom belajar, mengajar, membaca, menghafal, mengkaji, memahami dan mengamalkan al-Quran dengan bersungguh-sungguh disepanjang kehidupan ini♡
🐊Ust Naim
*Telegram Channel*
Klik link ini untuk join:
http://bit.ly/tadabburkalamullah
*Facebook Page:*
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah
☆Tadabbur Kalamullah 6 Syawwal 1446H☆
إِنَّ عِدَّةَ الشُّهُورِ عِندَ اللَّهِ اثْنَا عَشَرَ شَهْرًا فِي كِتَابِ اللَّهِ يَوْمَ خَلَقَ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضَ
"Sesungguhnya bilangan bulan-bulan di sisi (hukum) Allah ialah dua belas bulan, (yang telah ditetapkan) dalam Kitab Allah semasa Ia menciptakan langit dan bumi..." [Surah at-Taubah 36]
#Bulan Syawal merupakan salah satu bulan terbaik yang penuh keistimewaan, selepas bulan Ramadhan bagi umat Islam. Umat Islam dianjurkan untuk semakin meningkatkan ibadah dan amalan kepada Allah swt pada bulan Syawal. Jadi amalan pada bulan Ramadhan tidak hanya berakhir di bulan puasa semata-mata, namun terus berlanjutan dan ditingkatkan pada bulan Syawal.
#Keistimewaan bulan Syawal adalah dengan melaksanakan ibadah sunnah. Salah satu ibadah sunnah yang terkenal pada bulan Syawal adalah puasa 6 hari di bulan Syawal. Namun, tidak hanya puasa 6 hari sahaja yang membuat bulan Syawal menjadi semakin istimewa malah banyak lagi keistimewaan yang boleh di dapati di dalamnya. Antaranya:
1. Kembali kepada fitrah
Syawal adalah bulan kembalinya umat muslim kepada fitrahnya. Ini melambangkan kembalinya seorang hamba kepada Allah swt dalam keadaan suci, mendapat keampunan dan rahmatNya. Keadaan suci daripada dosa ini hampir menyamai fitrah yang murni dan lurus. Oleh itu, bulan Syawal seharusnya menjadi medan untuk kita memelihara fitrah ini dengan terus beristiqamah, berpegang teguh kepada
ajaran Islam, serta menjauhi segala perkara keji yang boleh menjerumuskan kita ke lembah maksiat dan dosa.
2. Melaksanakan perkahwinan
Disunatkan untuk berkahwin pada bulan Syawal. Rasulullah saw berkahwin dengan Sayidatina Aisyah r.ha pada bulan Syawal. Diriwayatkan daripada Sayidatina Aisyah r.ha berkata:
تَزَوَّجَنِي رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فِي شَوَّالٍ وَبَنَى بِي فِي شَوَّالٍ فَأَيُّ نِسَاءِ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كَانَ أَحْظَى عِنْدَهُ مِنِّي
"Rasulullah saw telah mengahwiniku pada bulan Syawal dan Rasulullah bersama denganku juga pada bulan Syawal. Isteri Rasulullah mana yang lebih beruntung di sisi Rasulullah saw daripadaku?" (HR Muslim)
#Imam an-Nawawi berkata:
فِيهِ اسْتِحْبَابُ التَّزْوِيجِ وَالتَّزَوُّجِ وَالدُّخُولِ فِي شَوَّالٍ وَقَدْ نَصَّ أَصْحَابُنَا عَلَى اسْتِحْبَابِهِ
"Hadis ini menunjukkan bahawa berkahwin dan bersama pada bulan Syawal adalah sunat. Para Ashab Syafii telah menyebut dengan jelas mengenai kesunatannya".
#Berkata Imam ar-Ramli rahimahullah:
وَيُسَنُّ أَنْ يَتَزَوَّجَ فِي شَوَّالٍ، وَأَنْ يَدْخُلَ فِيهِ، وَأَنْ يَعْقِدَ فِي الْمَسْجِدِ، وَأَنْ يَكُونَ مَعَ جَمْعٍ وَأَوَّلَ النَّهَارِ
"Disunatkan untuk berkahwin dan bersama pada bulan Syawal, diadakan di masjid, dalam khalayak ramai dan pada waktu siang"
#Alasan mengapa disunatkan untuk berkahwin pada bulan tersebut ialah kerana mengikut amalan Nabi saw. Oleh itu diriwayatkan juga bahawa Sayidatina Aisyah r.ha gemar supaya para wanita dari keluarganya juga berkahwin pada bulan Syawal sebagai mengambil keberkatan kepada perkahwinan beliau dengan Nabi saw.
3. Bulan menyambung silaturrahim
Bulan syawal adalah bulan silaturrahim yang merupakan salah satu ibadah yang sudah menjadi tradisi di dalam masyarakat Islam. Biasanya dilakukan pelbagai aktiviti seperti kunjung-mengunjung, ziarah-menziarahi sedara mara jauh dan dekat serta saling bermaafan dengan keluarga, jiran tetangga dan kawan-kawan. Maka, bulan Syawal begitu istimewa dengan menjadi salah satu bulan dimana kebanyakan umat Islam bersilaturrahim.
♡Jelas bahawa bulan Syawal merupakan bulan yang penuh barakah dan ampunan daripada Allah swt dengan silaturrahim dan bermaaf-maafan yang dilaksanakan oleh seluruh umat Islam. Moga Allah merahmati kita semua di sepanjang bulan Syawal ini. Aamiiin♡
🐊Ust Naim
*Telegram Channel*
Klik link ini untuk join:
http://bit.ly/tadabburkalamullah
*Facebook Page:*
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah
☆Tadabbur Kalamullah 5 Syawwal 1446H☆
فَٱسۡتَقِمۡ كَمَاۤ أُمِرۡتَ وَمَن تَابَ مَعَكَ وَلَا تَطۡغَوۡا۟ۚ إِنَّهُۥ بِمَا تَعۡمَلُونَ بَصِیرࣱ
"Oleh itu, hendaklah engkau (wahai Muhammad) sentiasa tetap teguh di atas jalan yang betul sebagaimana yang diperintahkan kepadamu, dan hendaklah orang-orang yang rujuk kembali kepada kebenaran mengikutmu berbuat demikian; dan janganlah kamu melampaui batas hukum-hukum Allah; sesungguhnya Allah Maha Melihat akan apa yang kamu kerjakan" [Surah Hūd 112]
#Allah swt memerintahkan hambaNya agar beristiqamah dalam melaksanakan segala perintahNya. Amalan yang paling disukai oleh Allah swt ialah amalan yang sedikit tetapi istiqamah dan berterusan.
#Amalan mulia Ramadhan wajar terus kita kekalkan dalam menjalani kehidupan seharian meskipun bukan bulan puasa lagi. Usah ditunggu kedatangan Ramadhan tahun hadapan, baru kita mahu rancakkan kembali amalan mulia itu. Beberapa amalan mulia di bulan Ramadhan yang perlu kita tetap kekalkannya seperti berikut:
1. Bersedekah
Kita perlu sentiasa menjadi Mukmin yang pemurah. Ini kerana sedekah menjamin perolehan ganjaran pahala besar yang dijanjikan Allah swt walaupun di luar bulan Ramadhan. Oleh itu, didikan Ramadhan berkaitan sedekah sewajarnya terus kita kekalkan selepas berlalunya Ramadhan dan menjadi sikap suka bersedekah itu amalan peribadi yang kekal sepanjang tahun. Usah kerana berakhirnya Ramadhan maka sifat bakhil mula bersarang kembali dalam diri dan hanya mahu menunggu datangnya Ramadhan lagi baru menjadi seorang yang dermawan.
2. Memelihara dan menjaga tutur kata
Ibadah puasa di bulan Ramadhan adalah bulan yang mulut begitu 'aman dan tenteram' daripada mengeluarkan kata-kata yang kesat dan yang tidak bermanfaat. Sedayanya seseorang itu tidak mahu ibadah puasa di bulan Ramadhan menjadi sia-sia lantaran kerana mulut. Jadikan sikap memelihara adab bertutur kata yang baik sebagai watak peribadi yang tidak terhad kepada bulan Ramadhan sahaja. Usah dibataskan adab komunikasi sosial yang murni sekadar bersempadankan Ramadhan. Sebaliknya, adab berkomunikasi yang mulia dan penuh adab seharusnya menjadi karakter peribadi sepanjang masa selagi hayat dikandung badan.
3. Solat malam
Sepanjang bulan Ramadhan yang lalu, kita ternyata begitu aktif penuh bersemangat untuk menunaikan solat sunat Tarawih atau qiyamullail ditengah malam. Masjid dan surau, rata-rata riuh dan ceria dengan jemaah tanpa mengira batas usia dari awal malam hingga waktu sahur. Ramadhan mendidik kita cintakan masjid, surau dan qiyamullail (solat malam). Maka, kecintaan kita itu tidak sewajarnya hanya di bulan Ramadhan sahaja, sedangkan di bulan-bulan yang seterusnya, sikap cinta itu menjadi hamba. Maka kekalkan kecintaan itu walaupun di luar Ramadhan.
♡Apa sahaja amal ibadah dan amalan hidup mulia semasa di bulan Ramadhan perlu kita kekal istiqamah melakukannya. Jangan dihadkan komitmen tinggi kita untuk beribadah dan berbuat amalan baik sekadar di bulan Ramadhan semata-mata♡
🐊Ust Naim
*Telegram Channel*
Klik link ini untuk join:
http://bit.ly/tadabburkalamullah
*Facebook Page:*
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah
Jom semua join Channel Whatsapp Tadabbur kalamullah
Buka link ini 👇👇 https://whatsapp.com/channel/0029Vb30YXu6mYPSftfvWg1C
Kemudian tekan view channel di bahagian bawah... Kemudian JOIN
☆Tadabbur Kalamullah 2 Syawwal 1446H☆
وَٱلَّذِینَ جَـٰهَدُوا۟ فِینَا لَنَهۡدِیَنَّهُمۡ سُبُلَنَاۚ وَإِنَّ ٱللَّهَ لَمَعَ ٱلۡمُحۡسِنِینَ
"Dan orang-orang yang berusaha dengan bersungguh-sungguh kerana memenuhi kehendak ugama Kami, sesungguhnya Kami akan memimpin mereka ke jalan-jalan Kami (yang menjadikan mereka bergembira serta beroleh keredaan); dan sesungguhnya (pertolongan dan bantuan) Allah adalah berserta orang-orang yang berusaha membaiki amalannya" [Surah al-ʿAnkabūt 69]
#Menjadi kelaziman seluruh dunia, umat Islam akan bergembira dengan kedatangan Aidilfitri setelah sebulan bemujahadah melaksanakan amalan wajib dan sunat.
#Bergembira dan berseronok di hari raya yang tidak bertentangan dengan syarak adalah diharuskan bahkan digalakkan khasnya pada hari raya. Selagimana sesuatu kegembiraan itu tidak melalaikan dari kewajipan tugas yang perlu dilaksanakan ianya diharuskan. Ini adalah syarat umum yang mesti dipatuhi ketika bergembira atau berseronok menyambut sesuatu perayaan.
#Kegembiraan itu hendaklah tidak menjurus kepada maksiat atau bercampur aduk dengan perkara mungkar seperti minum arak, perjudian, percampuran antara lelaki dan perempuan yang bukan mahram. Jikalau kegembiraan itu tidak menepati syarat-syarat yang dikemukakan, maka hukumnya menjadi haram walaupun asalnya harus. Pada zaman Nabi saw, masyarakat pada ketika itu bermain, memukul gendang, berhibur, menyanyi serta menyambut sesuatu perayaan dalam kerangka syarak yang dibenarkan.
#Sayidatina A'isyah r.ha berkata: "Sayidina Abu Bakar masuk ke dalam (rumah Rasulullah saw) dan bersamaku ada dua orang anak perempuan daripada kaum Ansar yang sedang menyanyikan ucapan kaum Ansar pada peperangan Bu‘ath". Sayidatina Aisyah berkata: "Kedua-dua mereka bukanlah penyanyi". Lalu Sayidina Abu Bakar berkata: "Adakah terdapat seruling syaitan di dalam rumah Rasulullah saw?" Hal itu berlaku ketika hari raya. Rasulullah saw bersabda: "Wahai Sayidina Abu Bakar, sesungguhnya bagi setiap kaum itu ada hari raya dan ini adalah hari raya kita" (HR al-Bukhari dan Muslim)
#Berkata Sayidatina A'isyah r.ha lagi: "Dan adalah pada hari raya, sekumpulan orang berkulit hitam bermain dengan perisai dan lembing. Sama ada aku yang meminta kepada Nabi saw atau Baginda yang berkata kepadaku dahulu: "Adakah kamu berminat untuk menontonnya?" Maka jawabku: "Ya". Lalu Baginda mendirikan aku di belakangnya, pipiku berada pada pipi Baginda sedangkan Baginda bersabda: "Teruskan bermain wahai Bani Arfidah". Sehingga apabila aku telah bosan, Baginda bersabda: "Sudah puaskah engkau?" Jawabku: "Ya". Baginda bersabda: "Jika begitu, pergilah" (HR al-Bukhari dan Muslim)
#Al-Hafiz Ibn Hajar menjelaskan: "Dalam hadis ini terkandung pelbagai pelajaran. Antaranya, disyariatkan memberi kelapangan rezeki kepada keluarga pada hari-hari ‘Eid (raya) dengan pelbagai jenis dan bentuk yang dapat mendatangkan kesenangan jiwa dan ketenangan badan setelah penat beribadah. Akan tetapi meninggalkan hal itu adalah lebih utama. Dalam hadis ini juga terkandung ajaran bahawa menzahirkan kegembiraan pada hari ‘Eid adalah termasuk daripada syiar agama" (Lihat: Fath al-Bari)
#Oleh yang demikian, marilah kita menyambut hari raya Aidilfitri dengan mematuhi adab-adab yang diperintahkan oleh Islam. Janganlah di hari raya dipenuhi dengan pembaziran dan hiburan yang melampau. Sebenarnya sebarang hiburan adalah dibolehkan tetapi mestilah mengikut prosedur yang telah ditetapkan oleh Islam.
#Ibn Rajab al-Hanbali menyebut di dalam kitabnya Lata’if al-Minan: "Bukanlah hari raya itu kamu (hanya) memakai baju baru tetapi hari raya itu bagi mereka yang bertambah ketaatannya kepada Allah swt".
♡Banyakkan beribadah dan sentiasa ingat Allah swt dalam kegembiraan menyambut hari raya. Moga rahmat Allah sentiasa bersama kita semua. Aamiiin♡
كُلُّ عَامٍ وَأَنْتُمْ بِخَيْرٍ، مِنَ الْعَائِدِيْنَ وَالْفَائِزِيْنَ، تَقَبَّلَ اللهُ مِنَّا وَمِنْكُمْ
🐊Ust Naim
*Telegram Channel*
Klik link ini untuk join:
http://bit.ly/tadabburkalamullah
*Facebook Page:*
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah
☆Tadabbur Kalamullah 29 Ramadhan 1446H☆
وَٱلَّذِینَ جَـٰهَدُوا۟ فِینَا لَنَهۡدِیَنَّهُمۡ سُبُلَنَاۚ وَإِنَّ ٱللَّهَ لَمَعَ ٱلۡمُحۡسِنِینَ
"Dan orang-orang yang berusaha dengan bersungguh-sungguh kerana memenuhi kehendak ugama Kami, sesungguhnya Kami akan memimpin mereka ke jalan-jalan Kami (yang menjadikan mereka bergembira serta beroleh keredaan); dan sesungguhnya (pertolongan dan bantuan) Allah adalah berserta orang-orang yang berusaha membaiki amalannya" [Surah al-Ankabut 69]
#Berkata Hukamak:
العبرة بكمال النهاية لا بنقص البداية
"Apa yang penting adalah pengakhiran yang sempurna, bukan permulaan yang serba kekurangan."
#Kita berada di penghujung Ramadhan, maka jika kita rasa ada banyak kekurangan pada separuh pertama dan kedua Ramadhan, maka jangan risau dan bersedih kerana kita masih boleh memaksimumkan amal ibadah kita di saat-saat akhir ini. Kita manfaatkan sebaiknya supaya kita dapat mengakhiri Ramadhan dengan lebih sempurna dan berpuas hati.
#Maka maksimumkan amal ketaatan bukan hanya pada waktu malam, usahakan sehabis baik juga di waktu siang hari. Bersungguhlah dalam beribadah pada hari terakhir Ramadhan meliputi siang hari dan juga malam hari. Ia tidak terhad dengan kesungguhan ibadah pada malam hari sahaja.
#Ketika mengulas berkenaan lailatul qadar, Imam Al-Sya’bi rahimahullah berkata:
ليلُها كنهارِها
"Malam harinya adalah sama seperti siang harinya".
#Imam as-Syafi’e rahimahullah berkata:
أَستَحِبُّ أن يكونَ اجتهادُهُ في نهارها كاجتهادِهِ في ليلها
"Aku galakkan untuk kesungguhan seseorang (dalam beribadah) pada waktu siangnya adalah sama dengan kesungguhannya beribadah pada waktu malamnya"
#Berkata al-Hafiz Ibn Rajab al-Hanbali rahimahullah:
وهذا يقتضي استحباب الاجتهادِ في جميع زمان العَشْر الأواخر، ليلِه ونهارِه، والله أعلم
"Ini membawa kepada galakan untuk bersungguh (dalam beribadah) pada keseluruhan waktu dalam 10 hari terakhir Ramadhan, malamnya dan juga siang harinya, wallahua’lam" (Lihat: Lata’if al-Ma’arif)
#Disamping kita menunaikan solat terawih, witir, tahajud, taubat di waktu malam, maka di siang hari boleh dimanfaatkan dengan solat sunat dhuha, solat tasbih, solat sunat mutlak dan memperbanyakkan membaca al-Quran.
#Antara amalan ringan yang menjanjikan pahala besar seperti membaca 100 ayat al-Quran pada waktu malam. Diriwayatkan oleh Sayidina Tamim ad-Dari r.a:
من قرأَ بمئةِ آيةٍ في ليلةٍ كُتبَ له قنوتُ ليلةٍ
"Sesiapa yang membaca 100 ayat (al-Quran) pada suatu malam, dituliskan baginya pahala qiyam (solat) sepanjang malam." (Diriwayatkan oleh Imam Ahmad dalam Musnad Ahmad. Dinilai hasan oleh Syaikh Syu'aib Al-Arna'uth)
*Maka boleh dibaca Surah al-Fatihah (7 ayat) dan Surah al-Waqi’ah (ada 96 ayat), maka melebihi 100 ayat.
#Untuk mengekalkan momentum semangat beramal, maka dampingilah orang-orang soleh, sahabat-sahabat seqiyamullail, rakan-rakan tadarus, kawan-kawan kebajikan, sahabat yang pemurah dan ahli-ahli masjid agar kita sentiasa berada dalam suasana bersemangat untuk beribadah dan berjemaah.
#Ambillah manfaat daripada sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Sayidina Abdullah Ibnu ‘Abbas r.huma: "Nabi saw merupakan manusia paling pemurah dalam melakukan kebaikan. Keadaan paling pemurahnya Rasulullah saw adalah dalam bulan Ramadhan ketika Sayidina Jibril Alaihissalam bertemu dengan Baginda saw" (HR al-Bukhari)
#Syaikh Jamaluddin Al-Qasimi berkata: "Pada hadis ini terdapat faedah, bahawa berdamping dengan orang-orang soleh itu memberi kesan kepada agama seseorang. Sehingga para ulamak berkata: Pertemuan dengan orang-orang baik itu dapat menghidupkan jantung hati" (Lihat: Al-Fadl Al-Mubin)
♡Kekalkan semangat beribadah di siang dan malam akhir-akhir Ramadhan dengan bersungguh-sungguh tanpa kelekaan, kemalasan dan kelalaian. Moga Allah sentiasa memberi kekuatan kepada kita untuk meneruskan ketaatan kepadaNya. Aamiiin♡
🐊Ust Naim
*Telegram Channel*
Klik link ini untuk join:
http://bit.ly/tadabburkalamullah
*Facebook Page:*
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah
*SEDEKAH JUMAAT AKHIR RAMADHAN: SEKILO DAGING DI AIDILFITRI UNTUK ASNAF*
Klik dan sumbang:
https://toyyibpay.com/SEKILO-DAGING-DI-AIDILFITRI
Jom kejar gandaan pahala sedekah pada Fasa Terakhir Ramadhan bersama kami!
InsyaAllah Geng Talaqqi akan meneruskan program tahunan sempena Aidilfitri, program sumbangan *Sekilo Daging di Aidilfitri* kepada golongan fakir miskin, ibu tunggal, anak yatim dan fisabilillah.
Saat ini, harga sekilo daging lembu mencecah lebih rm40. Mungkin murah atau ok pada kita, namun pada asnaf, sangat mahal dan tinggi harganya. Pun begitu, daging menjadi keperluan dipagi syawal untuk dihidang bersama ketupat dan lemang... InsyaAllah kita sama-sama membantu ringankan bebanan mereka dan gembirakan mereka di pagi Syawal.
*Sasaran 4 ekor lembu*
*Seekor lembu rm5000*
*DIPERLUKAN RM20 RIBU*
Jom sama-sama kita menghulurkan sumbangan bagi menggembirakan golongan asnaf yang memerlukan. Semoga kita dan mereka sama-sama bergembira di hari raya Aidilfitri nanti. Moga redha Allah bersama kita semua. Aamiiin
===============
Sumbangan boleh disalurkan ke akaun Toyyib Pay👇🏼:
https://toyyibpay.com/SEKILO-DAGING-DI-AIDILFITRI
Atau terus ke akaun:
*Pertubuhan Kebajikan Ilmu dan Amal Selangor
*Maybank_5629_9101_9074
*Cimb_8604_7707_81
*Remark: SEKILO DAGING DI AIDILFITRI
SMS/Whatsapp slip/bukti sumbangan kepada:
📲Ust Naim: http://www.wasap.my/60196023803/SekiloDagingDiAidilfitri
📲Tn Abu Umar: http://www.wasap.my/60193113501/SekiloDagingDiAidilfitri
📲Tn Akmalizan: http://www.wasap.my/60172722696/SekiloDagingDiAidilfitri
📲Puan Zarina: http://www.wasap.my/60193223501/SekiloDagingDiAidilfitri
*ANDA HULUR, KAMI SALUR*
☆Tadabbur Kalamullah 26 Ramadhan 1446H☆
لَيْلَةُ الْقَدْرِ خَيْرٌ مِّنْ أَلْفِ شَهْرٍ
"Malam al-Qadar itu lebih baik daripada seribu bulan" [Surah al-Qadr 3]
#Tidak seperti sebagaimana sebahagian umat Islam yang terlalu sibuk memikirkan hari raya, persiapan raya dan baju raya, Rasulullah saw malah lebih bersungguh dan semakin bersungguh-sungguh untuk beribadah di akhir-akhir bulan Ramadhan.
#Bahkan baginda saw sampai dengan sengaja meninggalkan isteri-isteri baginda demi memberi tumpuan dalam ibadah di 10 malam terakhir Ramadhan. Dan juga alasan semangat ibadah diwaktu itu untuk menggapai lailatul qadar sedangkan baginda saw adalah manusia yang telah diampunkan dosa dan telah dijamin syurga.
#Sedangkan kita, tiada sebarang jaminan syurga masih lalai dan leka dengan keseronokan dunia, serta terasa lebih nikmat untuk menyambut lebaran daripada beribadah di penghujung Ramadhan.
#Kesungguhan Nabi saw beribadah pada sepuluh hari terakhir Ramadhan ada dua faktor:
1. Sepuluh hari terakhir tersebut adalah penutup bulan Ramadhan yang diberkahi. Dan setiap amalan itu dinilai dari akhirnya.
2. Sepuluh hari terakhir tersebut diharapkan dapat bertemu malam Lailatul Qadar. Ketika seseorang sibuk dengan ibadah di hari-hari terakhir tersebut, maka ia mudah mendapatkan maghfirah atau ampunan dari Allah swt.
مَنْ قَامَ لَيْلَةَ القَدْرِ إِيمَانًا وَاحْتِسَابًا، غُفِرَ لَهُ مَا تَقَدَّمَ مِنْ ذَنْبِهِ
"Barangsiapa berqiyam pada malam al-Qadar dengan penuh keimanan dan penuh pengharapan akan diampunkan baginya dosa yang telah lalu" (HR al-Bukhari)
#Kita juga digalakkan untuk membangunkan ahli keluarga agar sama-sama dapat menghidupkan malam-malam terakhir Ramadhan dan juga pada hari-hari selain Ramadhan. Sabda Nabi saw:
رَحِمَ اللَّهُ رَجُلاً قَامَ مِنَ اللَّيْلِ فَصَلَّى وَأَيْقَظَ امْرَأَتَهُ فَإِنْ أَبَتْ نَضَحَ فِى وَجْهِهَا الْمَاءَ رَحِمَ اللَّهُ امْرَأَةً قَامَتْ مِنَ اللَّيْلِ فَصَلَّتْ وَأَيْقَظَتْ زَوْجَهَا فَإِنْ أَبَى نَضَحَتْ فِى وَجْهِهِ الْمَاءَ
“Semoga Allah merahmati seorang lelaki yang di malam hari melakukan solat malam, lalu dia membangunkan isterinya. Jika isterinya enggan, maka ia memercik air pada wajahnya. Semoga Allah juga merahmati seorang wanita yang di malam hari melakukan solat malam, lalu ia membangungkan suaminya. Jika suaminya enggan, maka isterinya pun memercik air pada wajahnya" (HR Abu Daud dan an-Nasaie)
#Terdapat 3 tingkatan dalam menghidupkan 10 malam terakhir agar beroleh ganjaran lailatulqadar:
1. Menghidupkan seluruh malam dengan berbagai macam ibadah.
2. Menghidupkan sebahagian besar malam dengan berbagai macam ibadah.
3. Mengerjakan solat Isyak secara berjemaah dan bertekad ingin melaksanakan solat Subuh secara berjemaah.
♡Semoga Allah memudahkan kita meraih lailatul Qadar dan ganjarannya. Aamiiin♡
🐊Ust Naim
*Telegram Channel*
Klik link ini untuk join:
http://bit.ly/tadabburkalamullah
*Facebook Page:*
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah
☆Tadabbur Kalamullah 24 Ramadhan 1446H☆
لَيْلَةُ الْقَدْرِ خَيْرٌ مِّنْ أَلْفِ شَهْرٍ
"Malam al-Qadar itu lebih baik daripada seribu bulan" [Surah al-Qadr 3]
#Rasulullah saw sangat bersungguh-sungguh melakukan ibadah di 10 malam akhir Ramadhan.
#Daripada Sayidatina Aisyah r.ha, beliau menceritakan:
كَانَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِذَا دَخَلَ العَشْرُ الأوَاخِرُ مِنْ رَمَضَانَ أَيْقَظَ أَهْلَهُ وَشَدَّ المِئْزَرَ وَأَحْيَا اللَّيْلَ
"Adapun Rasulullah saw apabila tiba 10 hari terakhir bulan Ramadhan, Baginda saw membangunkan ahli rumahnya, mengikat kainnya (menjauhi isteri-isterinya) serta menghidupkan malam tersebut" (HR Ibn Hibban)
Daripada Sayidatina Aisyah r.ha, beliau menceritakan bahawa:
كَانَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَجْتَهِدُ فِيْ العَشْرِ الأَوَاخِرِ ، مَا لَا يَجْتَهِدُ فِيْ غَيْرِهِ
"Rasulullah saw berusaha sedaya upaya pada malam sepuluh akhir Ramadhan melebihi usahanya daripada malam-malam yang lain" (HR Muslim)
#Daripada Sayidina Muawiyah r.a, bahawa Nabi saw bersabda:
اِلْتَمِسُوا لَيْلَةَ الْقَدْرِ آخِرِ لَيْلَةٍ مِنْ رَمَضَانِ
"Carilah kamu malam al-Qadar pada malam terakhir bulan Ramadhan" (Lihat: Jami’ al-Saghir)
#Berkata al-Hafiz Ibn Hajar: "Hadis diatas adalah keterangan untuk sentiasa bersemangat dan istiqamah dalam beribadah pada sepuluh malam terakhir di bulan Ramadhan. Hal ini merupakan isyarat untuk mengakhiri sesuatu dengan baik" (Lihat: Fath al-Bari)
#Berkata Imam al-Nawawi rahimahullah: "Di dalam hadis di atas, dijelaskan anjuran untuk memperbanyakkan ibadah pada sepuluh hari terakhir di bulan Ramadhan dan dianjurkan menghidupkan malam-malamnya dengan pelbagai bentuk ibadah" (Lihat: al-Minhaj fi Syarh Sahih Muslim)
#Ibn Hajar al-Asqalani berkata: "Lailatul qadar hanya terdapat pada bulan Ramadhan, dan besar kemungkinannya pada sepuluh malam terakhir, dan lebih besar kemungkinannya pada malam-malam ganjilnya. Ia tidak ditentukan pada malam-malam tertentu. Ini merupakan pendapat yang berdasarkan keseluruhan riwayat-riwayat yang menceritakan berkenaan hal ini" (Lihat: Fath al-Bari)
#Allah swt sengaja menyembunyikan malam al-Qadar supaya ia menjadi pendorong kepada orang ramai untuk mencarinya. Selain itu juga, supaya mereka berusaha bersungguh-sungguh dalam menunaikan ibadah demi untuk mencari malam tersebut, seperti disembunyikan masa yang diperkenan doa pada hari Jumaat.
♡Sepuluh malam terakhir merupakan malam-malam yang sangat ditunggu di akhir Ramadhan bagi sesiapa yang ingin mengejar Lailatul Qadar. Oleh itu, lakukan amalan dan ibadah dengan bersungguh-sungguh tanpa sebarang pengabaian dan kelekaan♡
🐊Ust Naim
*Telegram Channel*
Klik link ini untuk join:
http://bit.ly/tadabburkalamullah
*Facebook Page:*
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah
☆Tadabbur Kalamullah 22 Ramadhan 1446H☆
لَيْلَةُ الْقَدْرِ خَيْرٌ مِّنْ أَلْفِ شَهْرٍ
"Malam al-Qadr itu lebih baik daripada seribu bulan" [Surah al-Qadr 3]
#Terdapat beberapa pandangan ulamak berkaitan Lailatul Qadar:
1. Pendapat yang mengatakan bahawa malam Lailatul Qadar adalah malam kemuliaan.
2. Ada pula yang mengatakan bahwa Lailatul Qadar adalah malam yang penuh sesak kerana ketika itu banyak malaikat turun ke dunia.
3. Ada pula pendapat yang mengatakan bahawa malam tersebut adalah malam penetapan takdir.
4. Ada juga yang mengatakan bahawa Lailatul Qadar dinamakan demikian kerana pada malam tersebut turun kitab yang mulia, turun rahmat dan turun malaikat yang mulia. (Lihat: Zaadul Masiir). Semua pendapat ini adalah benar.
#Sesiapa yang menghidupkan malam Lailatul Qadar dengan solat dan qiyam akan mendapat pengampunan dosa.
#Daripada Sayidina Abu Hurairah r.a, Nabi saw bersabda:
مَنْ قَامَ لَيْلَةَ القَدْرِ إِيمَانًا وَاحْتِسَابًا، غُفِرَ لَهُ مَا تَقَدَّمَ مِنْ ذَنْبِهِ
"Sesiapa yang berqiyam pada malam al-Qadar (lailatul qadar) dengan penuh keimanan dan penuh pengharapan, maka akan diampunkan baginya dosa yang telah lalu" (HR al-Bukhari)
#Diantara tanda terjadinya Lailatul Qadar ialah:
1. Udara dan angin disekitar terasa tenang. Rasulullah saw bersabda:
لَيْلَةُ القَدَرِ لَيْلَةٌ سَمْحَةٌ طَلَقَةٌ لَا حَارَةً وَلَا بَارِدَةً تُصْبِحُ الشَمْسُ صَبِيْحَتُهَا ضَعِيْفَةٌ حَمْرَاء
"Lailatul Qadar adalah malam yang penuh kemudahan dan kebaikan, tidak begitu panas, juga tidak begitu dingin, pada pagi hari matahari bersinar tidak begitu cerah dan nampak kemerah-merahan" (HR Abu Daud dan al-Baihaqi)
2. Malaikat turun dengan membawa ketenangan sehingga manusia merasakan ketenangan tersebut dan merasakan kelazatan dalam beribadah yang tidak didapatkan pada hari-hari yang lain.
3. Manusia dapat melihat malam ini dalam mimpinya sebagaimana terjadi pada sebahagian sahabat.
4. Matahari akan terbit pada pagi harinya dalam keadaan jernih, tidak ada sinar. Daripada Sayidina Ubay bin Ka’ab r.a berkata:
"Malam itu adalah malam yang cerah iaitu malam ke dua puluh tujuh (dari bulan Ramadhan). Dan tanda-tandanya ialah, pada pagi harinya matahari terbit berwarna putih tanpa sinar yang terbang" (HR Muslim)
♡Semoga direzekikan kita bertemu dengan malam al-Qadar dan dikurniakan kelazatan dalam beribadah. Aamiiin♡
🐊Ust Naim
*Telegram Channel*
Klik link ini untuk join:
http://bit.ly/tadabburkalamullah
*Facebook Page:*
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah
*SEDEKAH JUMAAT RAMADHAN: SEMARAK KASIH RAMADHAN, SANTUNI DHU'AFAK 1446H/2025M*
*Klik dan sumbang:*
https://toyyibpay.com/SEMARAK-KASIH-RAMADHAN-GT
Assalamualaikum wbt. Salam Jumaat penuh barakah..
*20 hari Ramadhan bersama kita. Hampir rm40 ribu telah disumbangkan Geng Talaqqi untuk program tajaan Iftar, Sahur, Bubur Lambuk, Pek Makanan, Kurma, Beras Asnaf dan kebajikan asnaf/pesakit.*
Berbaki Ramadhan 10 hari lagi. Permohonan masih banyak, tabung hampir habis..
*JOM REBUT PELUANG DI 10 AKHIR RAMADHAN UNTUK MENAMBAH SAHAM PAHALA LUMAYAN DENGAN BERINFAQ MELALUI TABUNG SEMARAK KASIH RAMADHAN GENG TALAQQI*
Bulan yang menjadikan kita jutawan pahala dan jutawan akhirat bakal meninggalkan kita tidak lama lagi.
*TAHUN DEPAN RAMADHAN PASTI DATANG LAGI...*
*TAPI KITA BELUM TENTU KITA HIDUP LAGI...*
*MANFAATKAN 10 HARI TERAKHIR RAMADHAN. MASA EMAS YANG TAK DAPAT DI TUKAR GANTI...*
Dengan ini, pihak Geng Talaqqi membuka ruang infaq seluas-luasnya untuk kita beroleh gandaan pahala setiap hari sepanjang Ramadhan dengan berinfaq untuk program-program kebajikan melibatkan asnaf, golongan fakir miskin, anak yatim, Muallaf, pelajar tahfiz, pondok warga emas, ibu tunggal dan mereka yang memerlukan di sepanjang bulan Ramadhan ini.
*DANA YANG DIPERLUKAN: RM100 RIBU*
Jom memburu ganjaran maksimum disepanjang Ramadhan ini dengan menyumbang semaksimum daripada harta kita untuk PROGRAM SEMARAK KASIH RAMADHAN, SANTUNI DHU'AFAK 1446H/2025M.
Jazakumullahu khairan kathira diucapkan kepada para penyumbang. Semoga diberkati rezeki, dipanjangkan umur untuk bertemu Ramadhan dan Lailatulqadar serta dikurniakan kesihatan yang baik. Aamiiin
........................
*Sumbangan boleh disalurkan ke Akaun Toyyib Pay:*
https://toyyibpay.com/SEMARAK-KASIH-RAMADHAN-GT
*Atau terus ke akaun:*
*Pertubuhan Kebajikan Ilmu dan Amal Selangor
*Maybank_5629_9101_9074
*Cimb_8604_7707_81
*Remark: SEMARAK KASIH RAMADHAN GT
*SMS/Whatsapp slip/bukti sumbangan kepada:*
📲Ust Naim: http://www.wasap.my/60196023803/SemarakKasihRamadhanGT
📲Tn Abu Umar: http://www.wasap.my/60193113501/SemarakKasihRamadhanGT
📲Tn Akmalizan: http://www.wasap.my/60172722696/SemarakKasihRamadhanGT
📲Puan Zarina: http://www.wasap.my/60193223501/SemarakKasihRamadhanGT
*ANDA HULUR, KAMI SALUR*
_RAMADHAN KAREEM_
☆Tadabbur Kalamullah 19 Ramadhan 1446H☆
شَهْرُ رَمَضَانَ الَّذِي أُنزِلَ فِيهِ الْقُرْآنُ هُدًى لِّلنَّاسِ وَبَيِّنَاتٍ مِّنَ الْهُدَىٰ وَالْفُرْقَانِ
"(Masa yang diwajibkan kamu berpuasa itu ialah) bulan Ramadan yang padanya diturunkan al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia, dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk dan (menjelaskan) perbezaan antara yang benar dengan yang salah" [Surah al-Baqarah 185]
#Rasulullah saw merupakan insan agung yang sentiasa membaca al-Quran. Bahkan baginda kerap mengulang-ulang ayat-ayat al-Quran di dalam kehidupan baginda saw.
#Rasulullah saw sentiasa membasahkan bibirnya dengan ayat suci al-Quran sama ada dalam sembahyang fardhu, solat sunat, solat malam, solat tahajjud, sewaktu Baginda saw keseorangan atau bersama para sahabat, semasa dalam kesusahan atau kesenangan. Setiap masa dan ketika Rasulullah saw tidak pernah meninggalkan al-Quran bahkan seluruh tindak tanduk dan akhlak baginda berlandaskan al-Quran.
#Imam at-Tirmizi pernah meriwayatkan beberapa buah hadis yang menunjukkan bahawa Rasulullah saw sentiasa membaca al-Quran sama ada pada waktu malam mahupun ketika berada di atas unta.
#Untuk menjamin ketepatan, ingatan dan keutuhan ayat-ayat al-Quran di dada Rasulullah saw, malaikat Jibril Alaihissalam juga turut membantu dengan sentiasa datang bertadarus bersama Baginda saw.
#Imam al-Bukhari ada meriwayatkan sebuah kisah daripada Sayidina Ibn Abbas r.huma, secara ringkasnya, Ibn Abbas r.huma berkata bahawa malaikat Jibril Alaihissalam datang menemui Rasulullah saw pada setiap malam di bulan Ramadhan, lalu mereka berdua secara bertadarus membaca al-Quran. Ketika malaikat Jibril membaca al-Quran, Rasulullah saw akan mendengar dengan teliti bacaan tersebut dan begitulah sebaliknya.
#Sayidatina Fatimah r.ha juga pernah meriwayatkan sebuah hadis di mana Rasulullah saw sendiri menyebut bahawa malaikat Jibril Alaihissalam mendatanginya sekali setiap tahun untuk bertadarus al-Quran dan malaikat Jibril mendatangi baginda saw dua kali pada tahun kematiannya untuk bertadarus al-Quran.
#Setiap hari Baginda Rasulullah saw akan membaca al-Quran yang diterimanya pada malam hari sebelumnya serta menghuraikan maksudnya. Di samping itu, Baginda saw menasihatkan sahabat- sahabatnya supaya menghafaz ayat-ayat yang telah dibacakan itu dan seterusnya mengamalkan perintahnya.
#Sebaik sahaja para sahabat menerima pelajaran dari ayat atau surah, maka mereka mengulang-ulang secara istiqamah sehingga sebati di dalam dada mereka pada malam harinya.
#Menurut Syeikh as-Sabuni, jika sesiapa berjalan pada waktu malam di Madinah melalui rumah-rumah para sahabat, akan kedengaran dengungan yang kuat seperti bunyi lebah dalam sarangnya. Itulah dengungan para sahabat yang sedang membaca al-Quran.
#Daripada Sayidina Mu’az bin Anas al-Juhaniy r.a, bahawa Nabi saw bersabda:
مَنْ قَرَأَ الْقُرْآنَ وَعَمِلَ بِمَا فِيهِ، أُلْبِسَ وَالِدَاهُ تَاجًا يَوْمَ الْقِيَامَةِ، ضَوْءُهُ أَحْسَنُ مِنْ ضَوْءِ الشَّمْسِ فِي بُيُوتِ الدُّنْيَا لَوْ كَانَتْ فِيكُمْ، فَمَا ظَنُّكُمْ بِالَّذِي عَمِلَ بِهَذَا
"Sesiapa yang membaca al-Quran dan mengamalkan isi kandungannya, maka pada hari kiamat kedua ibu bapanya akan di pakaikan mahkota, sinarnya lebih terang daripada cahaya matahari berada di rumah kita. Bagaimana menurut perkiraan kalian, bagaimana agaknya ganjaran untuk orang yang mengamalkannya sendiri?" (HR Abu Daud)
♡Rasulullah saw adalah contoh terunggul dalam sejarah bahawa hidup baginda sentiasa bersama al-Quran, berdampingan dengan al-Quran dan melaksanakan perintah al-Quran. Maka tersangat wajar kita mencontohi baginda saw dalam hal bersahabat dengan al-Quran♡
🐊Ust Naim
*Telegram Channel*
Klik link ini untuk join:
http://bit.ly/tadabburkalamullah
*Facebook Page:*
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah
☆Tadabbur Kalamullah 17 Ramadhan 1446H☆
شَهْرُ رَمَضَانَ الَّذِي أُنزِلَ فِيهِ الْقُرْآنُ هُدًى لِّلنَّاسِ وَبَيِّنَاتٍ مِّنَ الْهُدَىٰ وَالْفُرْقَانِ
"(Masa yang diwajibkan kamu berpuasa itu ialah) bulan Ramadan yang padanya diturunkan al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia, dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk dan (menjelaskan) perbezaan antara yang benar dengan yang salah" [Surah al-Baqarah 185]
#Sesungguhnya antara kemuliaan bulan Ramadhan adalah berlakunya peristiwa penurunan mukjizat agung Rasulullah saw pada bulan tersebut dan peristiwa ini dikenali sebagai nuzul al-Quran.
#Sesungguhnya al-Quran diturunkan secara berperingkat yang mana ia bermula dari luh mahfuz ke baitul ‘izzah (langit dunia) dan seterusnya,dari baitul ‘izzah turun kepada Rasulullah saw.
#Penurunan al-Quran pada malam lailatulqadar ialah proses penurunan dari luh mahfuz ke baitul ‘izzah atau dikenali sebagai langit dunia sepertimana yang telah dirakamkan oleh Allah swt dalam firmannya:
إِنَّا أَنزَلْنَاهُ فِي لَيْلَةِ الْقَدْرِ
“Sesungguhnya Kami telah menurunkan (Al-Quran) ini pada Malam Lailatulqadar" [Surah al-Qadr 1]
#Berkata Imam Ibn Kathir ketika menafsirkan ayat ini dengan menukilkan pandangan Ibn Abbas tentang perkara ini yang mana Allah swt menurunkan al-Quran secara serentak pada malam tersebut. Kemudian, Allah swt menurunkan wahyu secara berperingkat kepada Rasulullah saw selama 23 tahun.
#Manakala penurunan pada hari nuzul al-Quran atau pada tanggal 17 Ramadhan adalah merupakan penurunan wahyu pertama yang diturunkan ke gua Hira’ yang mana ia melibatkan permulaan surah al-‘Alaq, sekaligus bermulanya penurunan wahyu secara beransur-ansur dari Baitul ‘izzah kepada Rasulullah saw.
#Perkara ini telah dijelaskan oleh Ibn Kathir dengan menukilkan riwayat Abu Jaafar al-Baqi:
كَانَ ابْتِدَاءُ الْوَحْيِ إِلَى رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وسلَّم يوم الِاثْنَيْنِ، لِسَبْعَ عَشْرَةَ لَيْلَةً خَلَتْ مِنْ رَمَضَانَ
"Permulaan wahyu bagi Rasulullah saw pada hari Isnin bersamaan malam 17 dari bulan Ramadhan" (Lihat: al-Bidayah wa al-Nihayah)
#Al-Quran telah pun diturunkan. Isu yang lebih utama yang perlu diberikan perhatian selain berkaitan masa penurunannya ialah tujuan al-Quran diturunkan kepada kita semua.
#Antara tujuan al-Quran diturunkan ialah untuk ditadabbur isi kandungannya sebagaimana firman Allah swt:
كِتَابٌ أَنْزَلْنَاهُ إِلَيْكَ مُبَارَكٌ لِيَدَّبَّرُوا آيَاتِهِ وَلِيَتَذَكَّرَ أُولُو الْأَلْبَابِ
"(Al-Quran ini) sebuah Kitab yang Kami turunkan kepadamu (dan umatmu Wahai Muhammad), -Kitab yang banyak faedah-faedah dan manfaatnya, untuk orang-orang yang berakal sempurna beringat mengambil iktibar" [Surah as-Sad 29]
#Syeikh Sya’rawi rahimahullah ketika mentafsirkan ayat di atas menghuraikan makna kalimah ‘Mubarak’ iaitu benda yang sedikit tetapi manfaat dan kebaikannya jauh melebihi apa yang digambarkan. Seumpama orang yang bergaji sedikit tetapi kehidupan keluarganya mencukupi. Segala perbelanjaannya dihalakan kepada perkara yang bermanfaat dan berfaedah. Seakan hidup sebagai orang yang kaya.
#As-Syahid Imam Hasan al-Banna berkata: "Al-Quran al-Karim adalah sebuah perlembagaan yang lengkap merangkumi seluruh hukum Islam. Al-Quran adalah sumber yang mencurahkan segala kebaikan dan ilmu ke dalam hati yang beriman. Al-Quran adalah sumber yang terbaik untuk para ahli ibadat mendekatkan diri kepada Allah swt dengan cara membacanya"
♡Al-Quran diturunkan sebagai petunjuk dan hidayah kepada seluruh umat manusia. Maka hiduplah sebagaimana yang telah ditunjukkan oleh al-Quran♡
🐊Ust Naim
*Telegram Channel*
Klik link ini untuk join:
http://bit.ly/tadabburkalamullah
*Facebook Page:*
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah
☆Tadabbur Kalamullah 15 Ramadhan 1446H☆
وَٱسۡتَغۡفِرِ ٱللَّهَۖ إِنَّ ٱللَّهَ كَانَ غَفُورࣰا رَّحِیمࣰا
"Dan hendaklah engkau (beristighfar) memohon ampun kepada Allah; kerana sesungguhnya Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani" [Surah an-Nisāʾ 106]
#Kalimah istighfar atau ucapan ‘Astaghfirullah’ yang bermaksud “Aku memohon ampun kepada Allah” mengandungi makna pengakuan, penyesalan, kesedaran, kerendahan diri, dan keimanan. Semua maksud tersebut merupakan sebab yang dapat mendatangkan kecintaan, pertolongan, dan perlindungan Allah swt sehingga manusia terselamat daripada seksaan dan kebinasaan. Tidak ada yang dapat menyelamatkan diri manusia daripada azab Allah, kecuali memohon ampun dan segera bertaubat atas segala kesalahannya.
#Oleh itu, sebelum berbuka puasa, perbanyakkanlah istighfar kepada Allah swt atas segala dosa kita.
#Berkata Al-Hafiz Ibn Rajab Al-Hanbali rahimahullah:
ودعاء الصّائم يستجاب في صيامه وعند فطره؛ ولهذا كان ابن عمر إذا أفطر يقول:
"Doa orang yang berpuasa itu mustajab sepanjang puasanya dan ketika dia berbuka puasa. Oleh kerana itu, Sayidina Ibnu ‘Umar r.huma apabila berbuka puasa beliau membaca doa:
اللهُمَّ يَا وَاسِعَ المَغْفِرَةِ اغْفِرْ لِي
" Ya Allah, wahai Tuhan yang Maha Luas pengampunannya, ampunkanlah aku".
#Kemudian Ibn Rajab menukilkan sebuah hadis yang marfu’ daripada Sayidina Abu Hurairah r.a berkenaan kelebihan bulan Ramadhan. Beliau berkata:
ويغفر فيه إلاّ لمن أبى, قالوا: يا أبا هريرة، ومن يأبى؟ قال: يأبى أن يستغفر الله
"Dan diampunkan padanya (bulan Ramadhan) kecuali bagi mereka yang enggan". Para sahabat beliau bertanya: "Wahai Abu Hurairah, siapakah yang enggan untuk diampunkan?". Beliau menjawab: "Seseorang yang enggan untuk beristighfar kepada Allah (dalam bulan Ramadhan" (Riwayat Ibn Syahin dalam Fada’il Ramadan dan Al-Khatib Al-Baghdadi dalam Tarīkh Baghdad)
#Orang yang sentiasa melazimi istighfar akan dikurniakan kesenangan didunia dan dikurniakan pahala yang besar di akhirat. Bagi sesiapa yang enggan beristighfar serta bertaubat dibimbangi akan ditimpa azab.
وَأَنِ ٱسۡتَغۡفِرُوا۟ رَبَّكُمۡ ثُمَّ تُوبُوۤا۟ إِلَیۡهِ یُمَتِّعۡكُم مَّتَـٰعًا حَسَنًا إِلَىٰۤ أَجَلࣲ مُّسَمࣰّى وَیُؤۡتِ كُلَّ ذِی فَضۡلࣲ فَضۡلَهُۥۖ وَإِن تَوَلَّوۡا۟ فَإِنِّیۤ أَخَافُ عَلَیۡكُمۡ عَذَابَ یَوۡمࣲ كَبِیرٍ
"Dan hendaklah kamu meminta ampun kepada Tuhan kamu (dari perbuatan syirik), kemudian hendaklah kamu rujuk kembali taat kepadaNya; supaya Ia memberi kamu nikmat kesenangan hidup yang baik (di dunia) hingga ke suatu masa yang tertentu, dan (di akhirat pula) Ia akan memberi kepada tiap-tiap seorang yang mempunyai kelebihan (dalam sebarang amal yang soleh) akan pahala kelebihannya itu; dan jika kamu berpaling (membelakangkan tiga perkara itu), maka sesungguhnya aku bimbang kamu akan beroleh azab hari kiamat yang besar (huru-haranya)" [Surah Hūd 3]
♡Jom basahkan lidah dengan istighfar serta banyakkan bertaubat kepadaNya♡
🐊Ust Naim
*Telegram Channel*
Klik link ini untuk join:
http://bit.ly/tadabburkalamullah
*Facebook Page:*
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah
*SEDEKAH JUMAAT RAMADHAN: SUMBANGAN WAQAF BAIK PULIH RUMAH NGAJI GENG TALAQQI (KUTIPAN KALI KE-2)*
Klik dan sumbang:
https://toyyibpay.com/WAQAF-RUMAH-NGAJI-GT
Assalamualaikum wbt para penyumbang yang dermawan..
Sebelum ini, Geng Talaqqi dah buka kutipan kali pertama untuk Projek Baik Pulih Rumah Ngaji Geng Talaqqi di Kg Pasir Ulu Yam (dah mula beroperasi).
*KALI PERTAMA BERJAYA KUMPUL RM7366.00*
Jumlah ini belum mencukupi untuk baik pulih rumah ngaji sebagaimana yang dirancang. *Keseluruhan dana diperlukan sekitar RM30 ribu*
Maka hari ini sekali lagi Geng Talaqqi membuka peluang kepada para dermawan untuk menambahkan saham akhirat untuk Projek Baik Pulih Rumah Ngaji Geng Talaqqi.
*DIPERLUKAN LAGI RM22,634.00*
#Untuk kutipan kali pertama, sudah habis digunakan untuk baik pulih sekadar dana yang ada.
......................
*LATAR BELAKANG RUMAH NGAJI GENG TALAQQI*
*Latar Belakang Rumah Ngaji*
Puan Zuraida, seorang insan pemurah (meninggal dunia 2 tahun lepas) telah mewaqafkan tanahnya yang terdapat sebuah rumah pusaka kepada NGO Geng Talaqqi untuk diuruskan oleh Geng Talaqqi.
Niat murni pewaqaf agar rumah tersebut dijadikan rumah ngaji untuk menjana aliran pahala untuknya dan arwah ibu bapanya.
Bagi pihak Geng Talaqqi, menerima amanah ini, dan akan uruskan rumah tersebut untuk dijadikan rumah ngaji dan tempat ilmu (pengajian al-Quran, fardhu ain dan kuliah ilmu).
*RUMAH NGAJI GENG TALAQQI IALAH RUMAH NGAJI PARA PENYUMBANG DAN PENGINFAQ GENG TALAQQI. RUMAH NGAJI KITA SEMUA. SAHAM KUBUR DAN SAHAM AKHIRAT KITA SEMUA*
*Alamat Rumah Ngaji*
Bertempat di Kg Pasir, Ulu Yam, Selangor.
*SASARAN KUTIPAN DANA*
*RM30 ribu*
1. Menukar bumbung yang bocor dan reput
2. Menggantikan pintu, dinding dan kayu2 yang usang dan reput
3. Mengecat bahagian luar dan dalam rumah
4. Baik pulih pagar yang rosak
5. Baik pulih sistem pendawaian elektrik dan menukar lampu serta kipas yang rosak
6. Kemaskini persekitaran luar rumah
7. Menyediakan peralatan rumah ngaji
8. Baik pulih tandas/bilik air
Kami mengajak para penyumbang semua untuk menyuburkan rezeki dengan menyumbang sedikit dari harta yang kita miliki untuk rumah ngaji Geng Talaqqi Ini. InsyaAllah dengan bersedekah Allah swt telah janjikan ganjaran yang berlipat kali ganda...
Sumbangan waqaf/infaq boleh disalurkan ke akaun toyyib pay:
https://toyyibpay.com/WAQAF-RUMAH-NGAJI-GT
Atau terus ke akaun:
*Pertubuhan Kebajikan Ilmu dan Amal Selangor
*Maybank_5629_9101_9074
*Cimb_8604_7707_81
*Remark: Rumah Ngaji Geng Talaqqi
SMS/Whatsapp slip/bukti sumbangan kepada:
📲Ust naim: http://www.wasap.my/60196023803/RumahNgajiGengTalaqqi
📲Tn Abu Umar: http://www.wasap.my/60193113501/RumahNgajiGengTalaqqi
📲Tn Akmalizan: http://www.wasap.my/60172722696/RumahNgajiGengTalaqqi
📲Puan Zarina: http://www.wasap.my/60193223501/RumahNgajiGengTalaqqi
*ANDA HULUR, KAMI SALUR*
☆Tadabbur Kalamullah 12 Ramadhan 1446H☆
شَهۡرُ رَمَضَانَ ٱلَّذِيٓ أُنزِلَ فِيهِ ٱلۡقُرۡءَانُ هُدٗى لِّلنَّاسِ وَبَيِّنَٰتٖ مِّنَ ٱلۡهُدَىٰ وَٱلۡفُرۡقَانِۚ
"(Masa yang diwajibkan kamu berpuasa itu ialah) bulan Ramadan yang padanya diturunkan Al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia, dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk dan (menjelaskan) perbezaan antara yang benar dengan yang salah" [Surah al-Baqarah 185]
#Imam Ibnu Kathir menyebut dalam tafsirnya: "Allah swt menyanjung bulan Ramadhan dibanding bulan-bulan lain dengan dipilihnya sebagai waktu diturunkannya Al-Quran Al-‘Azhim. Kerana hal ini Dia mengistimewakannya (bulan Ramadhan)".
#Diriwayatkan bahawa kitab-kitab suci yang lain seperti Taurat, Zabur, Injil dan suhuf diturunkan kepada para nabi Alaihimussalam di dalam bulan Ramadhan.
#Al-Quran merupakan mukjizat Nabi Muhammad saw yang paling agung dan akan terus nampak hingga akhir zaman. Keberkatannya terus mengalir dan tidak akan pernah terhenti. Sebuah kitab suci yang akan sentiasa membimbing seorang muslim menuju kebahagiaan di dunia dan di akhirat. Orang yang menjadikannya imam dan ikutan, akan selamat dengan izin Allah, namun siapa yang tidak menghiraukannya, maka cepat atau lambat kebinasaan akan menghampirinya.
#Kita sangat digalakkan membacanya dan mentadabbur ayat-ayatnya. Firman Allah swt:
كِتَابٌ أَنزَلْنَاهُ إِلَيْكَ مُبَارَكٌ لِّيَدَّبَّرُوا آيَاتِهِ وَلِيَتَذَكَّرَ أُولُو الْأَلْبَابِ
"(Al-Quran ini) sebuah Kitab yang Kami turunkan kepadamu (dan umatmu wahai Muhammad), kitab yang banyak faedah-faedah dan manfaatnya, untuk mereka memahami dengan teliti kandungan ayat-ayatnya, dan untuk orang-orang yang berakal sempurna beringat mengambil iktibar" [Surah Sad 29]
أَفَلَا يَتَدَبَّرُونَ الْقُرْآنَ ۚ وَلَوْ كَانَ مِنْ عِندِ غَيْرِ اللَّهِ لَوَجَدُوا فِيهِ اخْتِلَافًا كَثِيرًا
"Patutkah mereka (bersikap demikian), tidak mahu memikirkan isi Al-Quran? Kalaulah Al-Quran itu (datangnya) bukan dari sisi Allah, nescaya mereka akan dapati perselisihan yang banyak di dalamnya" [Surah an-Nisa’ 82]
#Sesiapa yang sepanjang hidupnya menjadikan al-Quran sebagai teman dan ikutan, nescaya di hari kiamat al-Quran akan memberi syafaat kepadanya.
#Sayidina Abdullah bin ‘Amr r.huma meriwayatkan, bahawa Rasulullah saw bersabda: "Puasa dan Al-Quran akan datang pada hari kiamat untuk mensyafaati hamba. Puasa berkata: "Wahai Rabbku, aku telah mencegahnya dari makanan dan minuman di siang hari, oleh kerana itu izinkanlah aku memberinya syafaat". Al-Quran berkata: "Wahai Rabbku, aku telah mencegahnya tidur malam, oleh sebab itu berilah aku izin untuk memberinya syafaat". Maka keduanya pun memberi syafaat" (HR Ahmad, Ibnu Abid Dunya, At-Thabrani, dan al-Hakim)
#Diriwayatkan daripada Sayidina Abdullah bin Masud r.a, beliau berkata, Rasulullah saw bersabda: "Siapa yang membaca satu huruf dari Kitab Allah (al-Quran), maka baginya satu kebaikan. Satu kebaikan dilipat gandakan menjadi sepuluh. Aku tidak mengatakan alif lam mim satu huruf. Namun alif satu huruf, lam satu huruf, dan mim satu huruf" (HR at-Tirmizi)
♡Jom baca al-Quran dan berusaha memahaminya serta beramal dengan isi kandungannya♡
🐊Ust Naim
*Telegram Channel*
Klik link ini untuk join:
http://bit.ly/tadabburkalamullah
*Facebook Page:*
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah