tadabburkalamullah | Unsorted

Telegram-канал tadabburkalamullah - Tadabbur Kalamullah

13574

Oleh Ustaz Muhamad Naim Haji Hashim

Subscribe to a channel

Tadabbur Kalamullah

☆Tadabbur Kalamullah 11 Ramadhan 1446H☆

شَهۡرُ رَمَضَانَ ٱلَّذِيٓ أُنزِلَ فِيهِ ٱلۡقُرۡءَانُ هُدٗى لِّلنَّاسِ وَبَيِّنَٰتٖ مِّنَ ٱلۡهُدَىٰ وَٱلۡفُرۡقَانِۚ

"(Masa yang diwajibkan kamu berpuasa itu ialah) bulan Ramadan yang padanya diturunkan Al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia, dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk dan (menjelaskan) perbezaan antara yang benar dengan yang salah" [Surah al-Baqarah 185]

#Bulan Ramadhan jika manusia mengetahui tentang keistimewaan dan kelebihannya, nescaya mereka bercita-cita agar sepanjang tahun bulan Ramadhan. 

#Diriwayatkan daripada Sayidina Abi Mas’ud al-Ghifari, katanya Rasulullah saw bersabda:

لَوْ يَعْلَمُ الْعِبَادُ مَا فِي شَهْرِ رَمَضَانَ لَتَمَنَّى الْعِبَادُ أَنْ يَكُونَ شَهْرُ رَمَضَانَ سَنَةً

"Kalaulah hamba-hamba Allah mengetahui kelebihan yang terdapat pada bulan Ramadhan, nescaya mereka bercita-cita supaya bulan Ramadhan berlaku sepanjang tahun" (Riwayat Ibn Khuzaimah, al-Tabarani dan al-Baihaqi)

#Hal ini kerana gandaan pahala yang begitu banyak untuk bulan Ramadhan dengan sebab itulah ia digelar sebagai bulan ibadah atau musim al-Khairat yang memberi maksud musim segala amal kebajikan.

#Apakah amalan yang boleh kita lakukan disepanjang Ramadhan yang menjanjikan pahala yang lumayan ini?:

1. Berusaha membaca al-Quran sehingga khatam sebanyak mungkin, sekurang-kurangnya sekali lebih daripada itu.

2. Memastikan setiap malam menunaikan solat sunat tarawih dan witir di masjid atau surau. Ini kerana, ia hanya ada pada bulan Ramadhan sahaja.

3. Berusaha bangun di sepertiga malam untuk menunaikan solat tahajjud, solat witir, solat taubat, solat tasbih, solat hajat dan solat malam.

4. Setiap hari menunaikan solat sunat Dhuha, solat sunat rawatib, solat sunat wudhuk, solat sunat mutlak dengan sempurna. Sebagai nilai tambah yang terbaik bagi Ramadhan kita.

5. Membayar zakat harta sebolehnya dilakukan pada bulan ramadhan termasuklah membayar zakat fitrah dengan memilih bayaran yang afdhal iaitu yang paling mahal.

6. Memperbanyakkan wakaf, infak dan sedekah dan dilakukan disepanjang pada bulan Ramadhan ini.

7. Memperbanyakkan istighfar, zikir, selawat dan berdoa dengan penuh kesungguhan dan kekhusyukan.

8. Melazimi dan membiasakan kaki untuk ke masjid bagi melakukan solat berjemaah kerana kita ketahui pahalanya cukup besar di sisi Allah swt.

#Oleh itu, tersangat patut kita jadikan Ramadhan yang kita lalui ini berbeza dengan bulan-bulan yang lain dari sudut gandaan amalan dan ketaatan. Para ulamak menyebutkan:

ولا تجعل يوم صومك ويوم فطرك سواء

"Janganlah kamu menjadikan hari kamu berpuasa sama sahaja dengan hari kamu tidak berpuasa" (Lihat: Lata’if al-Ma’arif, Ibn Rajab al-Hanbali)

♡Manfaatkanlah masa dan peluang yang ada di bulan Ramadhan ini dengan amal ketaatan yang sebanyaknya agar ianya membawa kita mencapai ketaqwaan kepada Allah swt♡

🐊Ust Naim
*Telegram Channel*
Klik link ini untuk join:
http://bit.ly/tadabburkalamullah

*Facebook Page:*
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah

Читать полностью…

Tadabbur Kalamullah

☆Tadabbur Kalamullah 9 Ramadhan 1446H☆

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا كُتِبَ عَلَيْكُمُ الصِّيَامُ كَمَا كُتِبَ عَلَى الَّذِينَ مِن قَبْلِكُمْ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُونَ

"Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertaqwa" [Surah al-Baqarah 183]

#Puasa, jika dilakukan penuh keimanan dan pengharapan maka diterima sebagai amal ketaatan serta mendapat jaminan taqwa daripada Allah swt. Namun, terdapat beberapa perkara yang patut dihindari ketika kita menjalankan puasa di Bulan Ramadhan. Ini kerana terdapat perkara yang bakal merosakkan ibadah puasa Ramadhan, antaranya:

1. Masih tidak meninggalkan maksiat.

Sabda Rasulullah saw:

رُبَّ صَائِمٍ حَظُّهُ مِنْ صِيَامِهِ الجُوْعُ وَالعَطَشُ

"Betapa banyak orang yang berpuasa namun dia tidak mendapatkan dari puasanya tersebut kecuali rasa lapar dan dahaga sahaja" (HR Ahmad)

Daripada Sayidina Abu Hurairah r.a, Rasulullah saw bersabda:

مَنْ لَمْ يَدَعْ قَوْلَ الزُّورِ وَالْعَمَلَ بِهِ فَلَيْسَ لِلَّهِ حَاجَةٌ فِى أَنْ يَدَعَ طَعَامَهُ وَشَرَابَهُ

"Barangsiapa yang tidak meninggalkan perkataan dusta malah mengamalkannya, maka Allah tidak perlukan darinya rasa lapar dan haus yang dia tahan" (HR al-Bukhari)

Daripada Sayidina Abu Hurairah r.a, Rasulullah saw bersabda:

لَيْسَ الصِّيَامُ مِنَ الأَكْلِ وَالشَّرَبِ ، إِنَّمَا الصِّيَامُ مِنَ اللَّغْوِ وَالرَّفَثِ ، فَإِنْ سَابَّكَ أَحَدٌ أَوْ جَهُلَ عَلَيْكَ فَلْتَقُلْ : إِنِّي صَائِمٌ ، إِنِّي صَائِمٌ

"Puasa bukanlah hanya menahan makan dan minum sahaja. Akan tetapi, puasa adalah dengan menahan diri dari perkataan lagwu (sia-sia) dan rofathi (lucah). Apabila ada seseorang yang mencelamu atau berbuat buruk padamu, katakanlah padanya, ‘Aku sedang puasa, aku sedang puasa’" (HR Ibnu Khuzaimah)

*Lagwu adalah perkataan sia-sia dan seumpamanya yang tidak berfaedah. *Sedangkan rofats adalah istilah untuk setiap perkara yang diinginkan lelaki pada wanita atau dapat juga dikatakan maksudnya ialah berkata-kata kotor atau lucah.

2. Puasa tetapi tidak menunaikan solat.

Berkata Syeikh Dr. Yusuf al-Qaradhawi melalui kitabnya, Fatawa Muasirah: "Orang Islam dituntut melakukan semua ibadat, iaitu mendirikan sembahyang, membayar zakat dan berpuasa pada bulan Ramadan dan mengerjakan haji jika berkemampuan. Sesiapa yang meninggalkan salah satu ibadat ini tanpa keuzuran, dia telah melampaui batas terhadap Allah".

Mereka yang tidak solat tetapi berpuasa dianggap puasa mereka sah tetapi tidak diberi pahala. Inilah pendapat kebanyakan ulamak Azhar seperti Syeikh ‘Atiyyah Saqar, Dr. Ahmad Syarbashi, Dr. Muhammed al-Bakri Ismail dan lain-lain.

3. Kedekut dengan harta

Bulan Ramadhan adalah waktu terbaik untuk bersedekah dan menjadi insan pemurah.

Al-Imam Ibn Syihab Al-Zuhri apabila masuknya bulan Ramadhan beliau berkata:

فَإِنَّمَا هُوَ تلاوةُ القرآن وَإِطْعَامُ الطَّعَام

"Sesungguhnya bulan Ramadhan merupakan bulan pembacaan al-Quran dan bulan memberi makan" (Lihat: Lata’if Al-Ma’arif, Ibn Rajab)

Firman Allah swt:

وَلَا يَحْسَبَنَّ ٱلَّذِينَ يَبْخَلُونَ بِمَآ ءَاتَىٰهُمُ ٱللَّهُ مِن فَضْلِهِۦ هُوَ خَيْرًۭا لَّهُم ۖ بَلْ هُوَ شَرٌّۭ لَّهُمْ ۖ سَيُطَوَّقُونَ مَا بَخِلُوا۟ بِهِۦ يَوْمَ ٱلْقِيَـٰمَةِ ۗ وَلِلَّهِ مِيرَٰثُ ٱلسَّمَـٰوَٰتِ وَٱلْأَرْضِ ۗ وَٱللَّهُ بِمَا تَعْمَلُونَ خَبِيرٌۭ

"Dan janganlah sekali-kali orang yang bakhil menyangka bahawa kebakhilan terhadap harta kekayaan yang diberikan Allah kepada mereka daripada limpah kurnia-Nya itu adalah baik untuk mereka, bahkan ia adalah buruk untuk diri mereka. Harta yang mereka bakhilkan itu akan dikalungkan di leher mereka pada hari kiamat" [Surah Aali Imran 180]

♡Peliharalah puasa kita sebaik mungkin agar pahalanya tidak hilang dan menjadi sia-sia. Pastikan puasa kita berpahala bukannya berpuasa tetapi berdosa♡

🐊Ust Naim
*Telegram Channel*
Klik link ini untuk join:
http://bit.ly/tadabburkalamullah

*Facebook Page:*
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah

Читать полностью…

Tadabbur Kalamullah

☆Tadabbur Kalamullah 7 Ramadhan 1446H☆

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا كُتِبَ عَلَيْكُمُ الصِّيَامُ كَمَا كُتِبَ عَلَى الَّذِينَ مِن قَبْلِكُمْ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُونَ

"Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertaqwa" [Surah al-Baqarah 183]

#Bulan Ramadhan bulan penuh kemuliaan dan keberkatan. Bulan yang memiliki pelbagai keistimewaan berbanding bulan-bulan yang lain. Antara keistimewaannya ialah:

1. Syahrun Azhim (Bulan Yang Agung)

‘Azhim’ digunakan untuk menunjukkan kekaguman terhadap kebesaran dan kemuliaan sesuatu. Sesuatu yang diagungkan Rasulullah saw tentulah memiliki nilai yang jauh lebih besar dan sangat mulia dengan sesuatu yang diagungkan oleh manusia biasa. Alasan mengagungkan bulan Ramadhan adalah kerana Allah swt juga mengagungkan bulan ini.

2. Syahrus Siyam (Bulan Puasa)

Kewajipan berpuasa adalah penting sebagaimana kewajipan solat 5 waktu. Maka sebulan penuh seseorang Muslim menumpukan diri beribadah sebagaimana dia mendirikan solat Subuh atau Maghrib yang memakan waktu beberapa minit sahaja. Puasa Ramadhan dilakukan setiap hari dari terbit fajar sehingga terbenam matahari (Maghrib). Untuk mencapai kesempurnaan puasa, selain menahan diri dari makan, minum dan jimak, kita juga perlu menahan diri dengan meninggalkan perbuatan maksiat dan yang makruh.

3. Syahrul Mubarak (Bulan Keberkatan)

Bulan ini penuh keberkatan dan manfaat. Detik demi detik di bulan suci ini bagaikan rangkaian berlian yang sangat berharga bagi orang beriman kerana semua perbuatan kita ketika berpuasa menjadi ibadah berpahala yang balasannya langsung dari Allah swt. Amal baik sekecil mana sekalipun akan dilipat gandakan pahalanya asalkan ikhlas.

4. Syahru Nuzulil Qur’an (Bulan Quran Diturunkan)

Allah swt mengistimewakan Ramadhan dengan diturunkan al-Quran sekaligus menyediakan sasaran terbesar, iaitu menjadikan al-Quran sebagai pedoman dan panduan hidup.

5. Syahrul Qiyam (Bulan Hidupkan Malam)

Bulan Ramadhan menggalakkan umat Islam untuk melakukan amalan orang-orang soleh seperti solat dan membaca al-Quran. Di bulan Ramadhan, setiap mukmin sangat dianjurkan melakukan solat tarawih dan witir sebagai latihan agar mampu mengamalkan qiyamullail di luar bulan Ramadhan.

6. Syahrus Sabr (Bulan Sabar)

Bulan Ramadhan melatih jiwa Muslim untuk sentiasa sabar, tidak mengeluh dan tahan uji di dalam keadaan lapar dan dahaga. Sabar adalah kekuatan jiwa dari segala bentuk kelemahan mental dan spiritual. Orang yang sabar akan bersama Allah swt sedangkan balasan orang-orang yang sabar adalah syurga. Sabar lahir bersama segala bentuk kerja besar yang berisiko seperti dalam dakwah dan jihad fi sabilillah. Ramadhan melatih Muslim beramal islami dalam berjamaah untuk meninggikan kalimah Allah swt.

Sabda Rasulullah saw: "Puasa itu setengah kesabaran. Kesabaran itu setengah dari iman" (HR at-Tirmizi)

♡Jom borong pahala sebanyak-banyaknya disepanjang Ramadhan ini♡

🐊Ust Naim
*Telegram Channel*
Klik link ini untuk join:
http://bit.ly/tadabburkalamullah

*Facebook Page:*
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah

Читать полностью…

Tadabbur Kalamullah

☆Tadabbur Kalamullah 6 Ramadhan 1446H☆

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا كُتِبَ عَلَيْكُمُ الصِّيَامُ كَمَا كُتِبَ عَلَى الَّذِينَ مِن قَبْلِكُمْ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُونَ

"Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertaqwa" [Surah al-Baqarah 183]

#Sesungguhnya kelebihan dan keistimewaan bulan Ramadhan bukan lagi satu rahsia. Banyak hadis dan penjelasan daripada para ulamak berkaitannya.

#Maka ketibaan bulan mulia ini sewajarnya diraikan dengan acara ibadah yang gilang gemilang. Dan tidak ada ibadah yang lebih bermakna dilakukan oleh seorang insan selain mengikhlaskan pengabdian kepada Pencipta Yang Maha Agung.

وَمَاۤ أُمِرُوۤا۟ إِلَّا لِیَعۡبُدُوا۟ ٱللَّهَ مُخۡلِصِینَ لَهُ ٱلدِّینَ حُنَفَاۤءَ

"Padahal mereka tidak diperintahkan melainkan supaya menyembah Allah dengan mengikhlaskan ibadat kepadaNya, lagi tetap teguh di atas tauhid..." [Surah al-Bayyinah 5]

#Sesungguhnya Allah swt telah mensyariatkan beberapa perkara wajib dan sunat di sepanjang bulan Ramadhan. Itulah yang mesti dipatuhi dan dilaksanakan dengan ikhlas dan bersungguh-sungguh.

#Ibadah terpenting yang disyariatkan pada bulan Ramadhan ialah ibadah puasa. Tujuan utama diperintahkan puasa ialah untuk mendidik manusia agar menjadi hamba yang benar-benar bertaqwa. 

#Taqwa bermaksud memelihara diri dari azab dan kemurkaan Allah dengan mentaati segala suruhan dan menjauhi segala laranganNya. Timbul persoalan, apakah dengan meninggalkan makan, minum dan syahwat pada siang hari dapat melahirkan insan yang bertaqwa?

#Perlu diketahui, jika sekadar meninggalkan makan dan minum memang tiada apa-apa kesan kecuali lapar dan dahaga sahaja. Namun apa yang dimaksudkan meninggalkan makan dan minum ketika berpuasa ialah menahan dan menguasai diri agar tidak melakukan sesuatu yang dilarang Allah swt.

#Orang yang berpuasa tidak makan bukan kerana tidak ada makanan untuk dimakan, bukan kerana tidak ada duit untuk membeli makanan dan minuman, bukan kerana tidak ada selera untuk makan, bukan kerana dihalang dan disekat dari mengambil makanan. Kita tidak makan adalah semata-mata kerana mematuhi perintah Allah swt. Itulah taqwa.

#Oleh itu, puasa mengajar kita agar menginsafi diri. Tidak ada sesuatupun yang mampu kita sentuh tanpa izinNya, hatta makanan yang kita beli dengan duit sendiri atau yang kita masak di dapur rumah kita sendiri. Semuanya adalah milikNya. Hanya Dia sahaja yang berhak menentukan bilakah masa kita boleh menikmatinya dan bilakah masanya kita tidak boleh menikmatinya. Kepatuhan pada perintahNya menghasilkan taqwa yang diidamkan.

♡Pastikan perut berpuasa dan anggota lain juga berpuasa. Berpuasalah zahir dan batin, moga kita beroleh taqwa sebagaimana yang dijanjikan Allah swt♡

🐊Ust Naim
*Telegram Channel*
Klik link ini untuk join:
http://bit.ly/tadabburkalamullah

*Facebook Page:*
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah

Читать полностью…

Tadabbur Kalamullah

☆Tadabbur Kalamullah 4 Ramadhan 1446H☆

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا كُتِبَ عَلَيْكُمُ الصِّيَامُ كَمَا كُتِبَ عَلَى الَّذِينَ مِن قَبْلِكُمْ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُونَ

"Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertaqwa" [Surah al-Baqarah 183]

#Allah mewajibkan umat Islam berpuasa sebulan di bulan Ramadhan. Ada yang taat melakukan dengan penuh kesungguhan dan kesabaran. Ada yang derhaka dengan mengabaikan perintah Allah lalu tidak berpuasa bahkan melakukan maksiat disepanjang Ramadhan.

#Ketahuilah bahawa ganjaran pahala di sebalik amalan puasa (baik yang wajib dan sunat) amat luar biasa sekali. Semoga dengan mengetahui hal ini orang yang taat semakin bersemangat menjalankan ibadah tersebut dengan penuh ikhlas dengan mengharap keredhaan Allah swt. Bahkan bagi penderhaka menginsafi diri dan kembali bertaubat.

#Daripada Sayidina Abu Hurairah r.a, Baginda saw bersabda:

كُلُّ عَمَلِ ابْنِ آدَمَ يُضَاعَفُ الْحَسَنَةُ عَشْرُ أَمْثَالِهَا إِلَى سَبْعِمِائَةِ ضِعْفٍ قَالَ اللَّهُ عَزَّ وَجَلَّ إِلاَّ الصَّوْمَ فَإِنَّهُ لِى وَأَنَا أَجْزِى بِهِ يَدَعُ شَهْوَتَهُ وَطَعَامَهُ مِنْ أَجْلِى لِلصَّائِمِ فَرْحَتَانِ فَرْحَةٌ عِنْدَ فِطْرِهِ وَفَرْحَةٌ عِنْدَ لِقَاءِ رَبِّهِ. وَلَخُلُوفُ فِيهِ أَطْيَبُ عِنْدَ اللَّهِ مِنْ رِيحِ الْمِسْكِ

"Setiap amalan kebaikan yang dilakukan oleh manusia akan dilipatgandakan dengan sepuluh kebaikan yang seumpamanya hingga tujuh ratus kali ganda. Allah swt berfirman: "Kecuali amalan puasa. Amalan puasa tersebut adalah untukKu. Aku sendiri yang akan membalasnya. Disebabkan dia telah meninggalkan syahwat dan makanan keranaKu. Bagi orang yang berpuasa akan mendapatkan dua kebahagiaan iaitu kebahagiaan ketika dia berbuka dan kebahagiaan ketika berjumpa dengan Rabbnya. Sungguh, bau mulut orang yang berpuasa lebih harum di sisi Allah daripada bau aroma minyak kasturi" (HR Muslim)

#Dalam riwayat yang lain:

قَالَ اللَّهُ كُلُّ عَمَلِ ابْنِ آدَمَ لَهُ إِلاَّ الصِّيَامَ، فَإِنَّهُ لِى

Allah swt berfirman: "Setiap amalan manusia adalah untuknya kecuali puasa. Amalan puasa adalah untukKu" (HR al-Bukhari)

#Dalam riwayat Imam Ahmad dikatakan:

قَالَ اللَّهُ عَزَّ وَجَلَّ كُلُّ الْعَمَلِ كَفَّارَةٌ إِلاَّ الصَّوْمَ وَالصَّوْمُ لِى وَأَنَا أَجْزِى بِهِ

Allah ‘Azza wa jalla berfirman: "Setiap amalan adalah sebagai kaffarah/tebusan kecuali amalan puasa. Amalan puasa adalah untukKu. Aku sendiri yang akan membalasnya".

#Berkata Imam Sufyan bin ‘Uyainah rahimahullah: "Pada hari kiamat nanti, Allah swt akan menghisab hambaNya. Setiap amalan akan menebus berbagai macam kezaliman yang pernah dilakukan, hingga tidak tersisa satu pun kecuali satu amalan iaitu puasa. Amalan puasa ini akan Allah simpan dan akhirnya Allah memasukkan orang tersebut ke dalam syurga".

#Kebahagiaan ketika seorang hamba berjumpa dengan Rabbnya iaitu dia akan melihat pahala amalan puasa yang dia lakukan tersimpan di sisi Allah. Itulah ganjaran besar yang sangat dia perlukan.

#Allah swt berfirman:

وَمَا تُقَدِّمُوا لأنْفُسِكُمْ مِنْ خَيْرٍ تَجِدُوهُ عِنْدَ اللَّهِ هُوَ خَيْرًا وَأَعْظَمَ أَجْرًا

“Dan kebaikan apa sahaja yang kamu perbuat untuk dirimu nescaya kamu memperoleh balasannya di sisi Allah sebagai balasan yang paling baik dan yang paling besar pahalanya" [Surah al-Muzzammil 20)

يَوْمَ تَجِدُ كُلُّ نَفْسٍ مَا عَمِلَتْ مِنْ خَيْرٍ مُحْضَرًا

"Pada hari ketika tiap-tiap diri mendapati segala kebajikan dihadapkan (dimukanya)" [Surah Aali Imran 30)

♡Puasa adalah ibadah yang istimewa dan memiliki nilai yang tinggi di sisi Allah swt bahkan dikurniakan pahala yang tidak dapat dikira kerana terlalu banyak oleh Allah swt. Allah sendiri yang memberi ganjaran langsung kepada orang yang berpuasa, menunjukkan penghargaan khusus untuk amalan ini berbanding ibadah-ibadah lain. Puasa jangan tak puasa!!♡

🐊Ust Naim
*Telegram Channel*
Klik link ini untuk join:
http://bit.ly/tadabburkalamullah

*Facebook Page:*
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah

Читать полностью…

Tadabbur Kalamullah

☆Tadabbur Kalamullah 2 Ramadhan 1446H☆

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا كُتِبَ عَلَيْكُمُ الصِّيَامُ كَمَا كُتِبَ عَلَى الَّذِينَ مِن قَبْلِكُمْ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُونَ

"Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertaqwa" [Surah al-Baqarah 183]

#Ayat ini ditujukan kepada orang-orang yang beriman. Maka, ia ditujukan juga kepada kita yang mengaku beriman ini. Ayat kefardhuan puasa ini diturunkan pada bulan Sya’ban Tahun Kedua Hijrah, iaitu sebelum bulan Ramadhan dan pada bulan Ramadhan itulah terjadinya Perang Badar. Ini bererti para sahabat Ahli Badar berperang ketika berada dalam suasana umat Islam sedang berpuasa.

#Sebelum turun perintah kewajipan berpuasa ini, para sahabat telah biasa berpuasa pada hari Asyura. Jadi apabila puasa Ramadhan ini menjadi fardhu, maka puasa Asyura menjadi sunat sahaja.

#Daripada Sayidatina Aisyah r.ha berkata:
 
كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَمَرَ بِصِيَامِ يَوْمِ عَاشُورَاءَ، فَلَمَّا فُرِضَ رَمَضَانُ كَانَ مَنْ شَاءَ صَامَ وَمَنْ شَاءَ أَفْطَرَ

"Adapun Rasulullah saw memerintahkan untuk berpuasa pada hari Asyura. Apabila difardhukan berpuasa pada bulan Ramadhan, sesiapa yang ingin berpuasa (Asyura) maka dia berpuasa dan sesiapa yang tidak ingin berpuasa maka dia berbuka (tidak berpuasa)" (HR al-Bukhari)

#Kalimah الصِّيَامُ asalnya bermaksud ‘menahan diri daripada sesuatu’ iaitu yang nafsu mahu lakukan. Menahan diri daripada makan, minum, hubungan seks dan perkara-perkara yang ditegah ketika berpuasa untuk beberapa waktu yang tertentu.

#Dalam bulan Ramadhan, iman dapat melawan nafsu. Nafsu tentunya ingin makan dan minum, tetapi kerana iman, kita dapat menahan diri daripada makan dan minum kerana ia adalah arahan daripada Allah swt. Sebenarnya, keseluruhan hidup kita adalah menahan nafsu kerana jika diikut sahaja semua kehendak nafsu tanpa kawalan, maka hidup kita akan rosak dan musnah.

#Bermacam-macam perkara nafsu kita inginkan. Ada yang baik seperti makan dan minum, dan ada yang tidak baik seperti hendak menipu, hendak mencuri, hendak itu dan ini. Namun kita harus menahan nafsu kita daripada melakukannya. Oleh itu, keseluruhan hidup kita sebenarnya adalah puasa.

#Dalam bulan Ramadhan, kekuatan iman kita dilatih untuk menundukkan nafsu dengan bantuan daripada Allah swt. Apabila kita sentiasa berjaya menundukkan nafsu, maka iman kita semakin kuat dan nafsu kita akan semakin mudah untuk menurut iman.

#Syeikh Zakaria al-Ansari menyatakan bahawa jihad terbesar yang boleh diraih oleh setiap muslim adalah apabila ia boleh bermujahadah melawan nafsu bahkan ini lebih berat dan sukar jika dibandingkan jihad melawan musuh (Lihat: Minhatul Bari bi Syarh Sahih al-Bukhari)

#Berkata Imam Ibn Qayyim rahimahullah:

أن أغزر الناس مروءة أشدهم مخالفة لهواه

"Orang yang paling tinggi wibawanya adalah yang paling kuat menentang hawa nafsunya" (Lihat: Raudatul Muhibbin wa Nuzhah al-Musytaqin)

#Berkata seorang ulama salaf:

الغالب لهواه أشد من الذي يفتح المدينة وحده

"Orang yang berhasil mengalahkan hawa nafsunya lebih kuat daripada orang yang menakluk satu kota bersendirian"

♡Tuntutan berpuasa bukanlah terhenti sekadar menahan diri daripada lapar dan dahaga tanpa sebarang makna. Malah, makna kejayaan dan keberhasilan didikan Ramadhan tersebut adalah pada kemampuan umat Islam mengawal diri daripada terus bertuhankan hawa nafsu♡

🐊Ust Naim
*Telegram Channel*
Klik link ini untuk join:
http://bit.ly/tadabburkalamullah

*Facebook Page:*
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah

Читать полностью…

Tadabbur Kalamullah

☆Tadabbur Kalamullah 30 Syaaban 1446H☆

قُلْ إِنِّي أُمِرْتُ أَنْ أَعْبُدَ اللَّـهَ مُخْلِصًا لَّهُ الدِّينَ

Katakanlah (wahai Muhammad SAW): "Sesungguhnya aku diperintahkan supaya menyembah Allah swt dengan mengikhlaskan segala ibadah hanya kepadaNya" [Surah az-Zumar 11]
 
#Ayat ini menjadi dalil bahawa wajibnya kita berniat dalam melaksanakan perkara-perkara berkaitan ibadah. Ini kerana, ikhlas merupakan amalan hati dan ia perlulah dilakukan semata-mata kerana Allah swt dan tidak pada selain daripadaNya (Lihat: Tafsir al-Qurthubi)

#Niat merupakan asas atau kayu ukur bagi sesuatu amalan yang dilakukan dan niat itu perlulah diniatkan hanya kepada Allah swt. Tambahan pula, niat juga yang akan menentukan sesuatu amalan itu diterima atau ditolak oleh Allah swt.

#Bersempena hari Ahad umat Islam akan sambut Ramadhan, maka niat berpuasa diletakkan sebagai satu syarat sah puasa seseorang itu. Hal ini disebutkan secara jelas di dalam kitab-kitab fiqh, yang antaranya disebutkan Ibn Qasim: "Kewajipan-kewajipan puasa itu ada empat perkara: Niat di dalam hati, sekiranya puasa yang fardhu seperti puasa Ramadhan atau puasa nazar, maka mestilah diniatkan pada waktu malam. (Lihat: Fathul Qarib)

#Di sisi jumhur fuqaha’, niat puasa Ramadhan hendaklah dilakukan pada setiap hari pada waktu malam seperti yang disebutkan sebelum masuk waktu subuh. Hal ini kerana setiap hari dalam Ramadhan dikira berasingan. (Lihat: al–Mausuah al-Fiqhiyyah)

#Daripada Sayidatina Hafsah r.ha, Nabi saw bersabda:

مَنْ لَمْ يُجْمِعِ الصِّيَامَ قَبْلَ الْفَجْرِ فَلاَ صِيَامَ لَهُ

"Sesiapa yang tidak berniat (pada malam hari) sebelum terbit fajar, maka tiada puasa baginya (pada hari tersebut)" (HR Abu Daud)

#Namun, terdapat pandangan yang membolehkan diniatkan terus puasa sebulan. Ini merupakan pendapat Imam Zufar dan Imam Malik. Mereka mengatakan bahawa berpadalah bagi seseorang itu untuk berniat sekali sahaja iaitu dengan meniatkan sebulan berpuasa pada awal permulaan niat. Ia sepertimana solat yang mana seseorang itu hanya perlu niat dipermulaan solat dan tidak perlu mengulanginya pada rakaat-rakaat yang lain.

#Timbul persoalan, adakah diwajibkan niat berpuasa pada setiap malam atau hanya memadai dia berniat sekali sahaja pada malam pertama awal bulan Ramadan?

Mengikut Mazhab Syafie, Hanbali dan Hanafi, wajib berniat pada setiap malam. Tetapi jika dia berniat untuk berpuasa sebulan pada bulan Ramadhan, maka memadai, tetapi disunatkan supaya dia berniat juga pada tiap-tiap malam.

Jika ditakdirkan dia terlupa berniat pada satu malam, maka bolehlah ditaklidkan kepada pandangan Imam Malik (mazhab Maliki) yang mengatakan memadai sekali sahaja niat iaitu pada malam pertama sahaja.

#Begitu juga berkaitan dengan tindakan bangun bersahur adakah dikira sudah berniat tanpa dia menghadirkan di dalam hati niat puasa?

Hal ini telah dijawab oleh Imam Ibn hajar al-Haithami:

"Sekiranya bersahur untuk tujuan berpuasa atau menghalang (dirinya) daripada melakukan perkara yang membatalkan puasa kerana bimbang terbitnya fajar ditambah pula muncul dalam fikirannya untuk berpuasa, maka sudah cukup (dikira sebagai niat), kerana terdetiknya untuk berpuasa pada fikirannya bersama dengan perbuatan yang mendorong ke atasnya (untuk berpuasa) atau dengan meninggalkan perbuatan yang menafikan (orang tersebut berpuasa) (secara tidak langsung) telah mengandungi niat puasa" (Lihat: Tuhfah al-Muhtaj fi Syarhi al-Minhaj)

#Berdasarkan kenyataan di atas, orang yang bersahur yang sememangnya untuk berpuasa bukan kerana sarapan pagi atau tujuan lain, maka sudah cukup baginya dikira niat menurut salah satu pendapat fuqaha’ mazhab as-Syafie.

اللَّهُمَّ سَلِّمْنِي لِرَمَضَانَ، وَسَلِّمْ رَمَضَانَ لِي، وَتَسَلَّمْهُ مِنِّي مُتَقَبَّلًا

♡Ya Allah, sejahterakanlah aku sehingga datangnya Ramadhan, sejahterakanlah Ramadhan bagiku dan terimalah dariku (ibadat pada bulan Ramadhan). Aamiiin♡

🐊Ust Naim
*Telegram Channel*
Klik link ini untuk join:
http://bit.ly/tadabburkalamullah

*Facebook Page:*
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah

Читать полностью…

Tadabbur Kalamullah

Ralat: Surah al-Hasyr ayat 10

Читать полностью…

Tadabbur Kalamullah

☆Tadabbur Kalamullah 28 Syaaban 1446H☆

یَوۡمَ لَا یَنفَعُ مَالࣱ وَلَا بَنُونَ

"Hari yang padanya harta benda dan anak-pinak tidak dapat memberikan pertolongan sesuatu apapun" [Surah ash-Shuʿarāʾ 88]

#Allah swt mengingatkan kita semua, bahawa pada hari kiamat kelak, kekayaan yang melimpah ruah di dunia dan juga anak yang banyak tidak dapat membantu dan menyelamatkan seseorang.

أَيَحْسَبُونَ أَنَّمَا نُمِدُّهُم بِهِۦ مِن مَّالٍۢ وَبَنِينَ * نُسَارِعُ لَهُمْ فِى ٱلْخَيْرَٰتِ ۚ بَل لَّا يَشْعُرُونَ

"Adakah mereka menyangka bahawa harta benda dan anak pinak yang Kami berikan kepada mereka itu, bermaksud Kami menyegerakan pemberian kebaikan untuk mereka? Bukan begitu! Tetapi mereka tidak menyedari" [Surah al-Mu’minun 55-56]

#Sewaktu hidup di dunia, ramai manusia tersangat sayang dan cinta pada harta yang banyak dan anak pinak yang ramai. Mereka jadikan itu sebagai satu kebanggaan. Ketika di dunia, harta dan anak-anak itu memang bernilai kerana boleh membantu mereka dalam kehidupan dan menjana kekayaan. Namun, anak pinak dan harta juga adalah fitnah dan ujian pada pemiliknya hingga menyebabkan kesengsaraan.

یَـٰۤأَیُّهَا ٱلَّذِینَ ءَامَنُوۤا۟ إِنَّ مِنۡ أَزۡوَ ٰ⁠جِكُمۡ وَأَوۡلَـٰدِكُمۡ عَدُوࣰّا لَّكُمۡ فَٱحۡذَرُوهُمۡۚ

"Wahai orang-orang yang beriman! Sesungguhnya ada di antara isteri-isteri kamu dan anak-anak kamu yang menjadi musuh bagi kamu; oleh itu awaslah serta berjaga-jagalah kamu terhadap mereka..."

إِنَّمَاۤ أَمۡوَ ٰ⁠لُكُمۡ وَأَوۡلَـٰدُكُمۡ فِتۡنَةࣱۚ وَٱللَّهُ عِندَهُۥۤ أَجۡرٌ عَظِیمࣱ

"Sesungguhnya harta benda kamu dan anak-anak kamu itu hanyalah menjadi ujian, dan di sisi Allah jualah pahala yang besar" [Surah At-Taghābun 14-15]

#Namun nanti di akhirat, harta dan anak itu tidak dapat menyelamatkan sesiapa pun jikalau mereka telah meninggalkan agama, menjauhi cara hidup beragama atau hidup terpesong daripada kehendak Allah swt. Ini memahamkan kita bahawa harta benda dan anak pinak itu tidak akan mendekatkan pemiliknya kepada Allah swt, melainkan mereka berusaha menjadikan anak mereka orang yang beriman dan anak yang soleh, serta membelanjakan harta yang diperolehi ke jalan yang diredhaiNya.

إِذَا مَاتَ الإِنْسَانُ انْقَطَعَ عَنْهُ عَمَلُهُ إِلاَّ مِنْ ثَلاَثَةٍ إِلاَّ مِنْ صَدَقَةٍ جَارِيَةٍ أَوْ عِلْمٍ يُنْتَفَعُ بِهِ أَوْ وَلَدٍ صَالِحٍ يَدْعُو لَهُ ‏

"Apabila mati seorang manusia, terputuslah daripadanya amalannya kecuali tiga perkara: Sedekah jariah atau ilmu yang dimanfaatkan dengannya atau anak yang soleh yang mendoakan baginya" (HR Muslim, an-Nasa’i, at-Tirmizi dan Abu Daud)

#Jika kita berusaha memanfaatkan harta dengan jalan zakat, sedekah, wakaf, dan digunakan di jalan fi sabilillah serta berusaha bersungguh-sungguh mendidik anak-anak menjadi anak yang soleh, anak yang taat pada Allah, yang hidup berteraskan Islam serta menjadikan Rasulullah saw sebagai pedoman, maka ini dapat meninggikan kedudukan seseorang itu disisi Allah swt dan menyelamatkannya daripada azab dan kesengsaraan.

#Tetapi harta yang banyak dan anak yang ramai tetap tidak
dapat menyelamatkan seseorang jika mereka mengamalkan syirik, menderhakai Allah dan Rasul, bergelumang dengan kemungkaran serta hidup hanya kerana dunia semata-mata. Anak dan harta itu hanya bermanfaat kalau mereka ada tauhid dan ada iman.

♡Gunakan harta sebaik mungkin dengan disalurkan di jalan Allah dan jadikan anak kita anak soleh, InsyaAllah mereka akan berguna di mahsyar kelak bahkan sebagai penyelamat♡

🐊Ust Naim
*Whatsapp Channel*
Klik link untuk join :
https://bit.ly/tadabburrkalamullah

*Telegram Channel*
Klik link ini untuk join:
http://bit.ly/tadabburkalamullah

*Facebook Page:*
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah

Читать полностью…

Tadabbur Kalamullah

☆Tadabbur Kalamullah 27 Syaaban 1446H☆

وَٱجۡعَلۡنِی مِن وَرَثَةِ جَنَّةِ ٱلنَّعِیمِ

"Dan jadikanlah daku dari orang-orang yang mewarisi Syurga Jannatun-Naiim" [Surah ash-Shuʿarāʾ 85]

#Baginda Nabi Ibrahim Alaihissalam berdoa kepada kepada Allah swt memohon syurgaNya. Baginda berharap supaya dapat mewarisi syurga iaitu dapat masuk ke dalam syurga yang penuh dengan kenikmatan.

إِنَّ ٱلْمُتَّقِينَ فِى مَقَامٍ أَمِينٍۢ * فِى جَنَّـٰتٍۢ وَعُيُونٍۢ * يَلْبَسُونَ مِن سُندُسٍۢ وَإِسْتَبْرَقٍۢ مُّتَقَـٰبِلِينَ * كَذَٰلِكَ وَزَوَّجْنَـٰهُم بِحُورٍ عِينٍۢ * يَدْعُونَ فِيهَا بِكُلِّ فَـٰكِهَةٍ ءَامِنِينَ

"Sesungguhnya orang-orang yang bertaqwa (akan ditempatkan) di tempat tinggal yang aman sentosa. Iaitu di dalam beberapa taman Syurga, dengan matair-matair terpancar padanya,  Mereka memakai pakaian dari kain sutera yang halus dan kain sutera tebal yang bersulam; (mereka duduk di tempat perhimpunan) sentiasa berhadap-hadapan (di atas pelamin masing-masing).  Demikianlah keadaannya; dan Kami jadikan kawan teman mereka bidadari-bidadari yang putih melepak, lagi luas cantik matanya.  Mereka meminta di dalam Syurga itu tiap-tiap jenis buah-buahan (yang mereka ingini), dalam keadaan aman sentosa" [Surah ad-Dukhan 51-55]

#Mewarisi dalam ayat diatas itu bermaksud mewarisi dari Nabi Adam Alaihissalam. Ini kerana Nabi Adam telah pernah duduk dan menetap di syurga.

#Syurga itu penuh dengan nikmat yang berterusan dan tidak akan habis-habis nikmatnya. Kita semua pun perlu berharap sangat-sangat supaya kita dimasukkan ke dalam syurga. Dalam syurga hanya untuk menikmati nikmat sahaja, untuk memuaskan nafsu. Sudah tidak ada kerja lagi, malah ibadat pun tidak ada. Tentu semua orang ingin masuk syurga.

#Oleh itu, pastikan kita sentiasa berusaha menjadi hamba Allah yang taat dan bertaqwa, disamping banyakkan berdoa mohon syurga.

#Rasulullah saw pernah bertanyakan seorang lelaki
apakah yang dibacanya di dalam solat? Jawab lelaki tersebut:

أَتَشَهَّدُ وَأَقُولُ اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ الْجَنَّةَ وَأَعُوذُ بِكَ مِنَ النَّارِ. أَمَا إِنِّي لاَ أُحْسِنُ دَنْدَنَتَكَ وَلاَ دَنْدَنَةَ مُعَاذٍ‏.‏ فَقَالَ النَّبِيُّ صلى الله عليه وسلم: ‌‏حَوْلَهَا نُدَنْدِنُ

"Aku bertasyahhud kemudian aku katakan:" Wahai Tuhanku, sesungguhnya aku memohon syurgaMu dan aku berlindung dari nerakaMu". Adapun aku, tidak dapat mendengar dengan jelas apa yang kamu ucapkan dan apa yang Mu’az ucapkan. Maka jawab Nabi saw: "Kami pun mengucapkan apa yang kamu katakan (memohon syurga Allah dan berlindung dari neraka Allah)" (HR Abu Daud)

#Antara doa yang Rasulullah saw ajarkan untuk kita amalkan:

اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ مِنَ الخَيْرِ كُلِّهِ عَاجِلِهِ وَآجِلِهِ ، مَا عَلِمْتُ مِنْهُ وَمَا لَمْ أَعْلَمْ ، وَأَعُوْذُ بِكَ مِنَ الشَّرِّ كُلِّهِ عَاجِلِهِ وَآجِلِهِ ، مَا عَلِمْتُ مِنْهُ وَمَا لَمْ أَعْلَمْ ، اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ مِنْ خَيْرِ مَا سَأَلَكَ عَبْدُكَ وَنَبِيُّكَ ،وَأَعُوْذُ بِكَ مِنْ شَرِّ مَا عَاذَ بِهِ عَبْدُكَ وَنَبِيُّكَ ، اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ الجَنَّةَ وَمَا قرَّبَ إِلَيْهَا مِنْ قَولٍ أَوْ عَمَلٍ ، وَأَعُوْذُ بِكَ مِنَ النَّارِ وَمَا قَرَّبَ إِلَيْهَا مِنْ قَوْلٍ أَوْ عَمَلٍ ، وَأَسْأَلُكَ أَنْ تَجْعَلَ كُلَّ قَضَاءٍ قَضَيْتَهُ لِي خَيْرًا

"Ya Allah, aku memohon kepada-Mu semua kebaikan yang disegerakan mahupun yang ditunda, serta apa yang aku ketahui mahupun tidak aku ketahui. Aku berlindung kepadaMu dari semua keburukan, baik yang disegerakan mahupun yang ditunda, yang aku ketahui mahupun yang tidak aku ketahui. Ya Allah, sungguh aku memohon kepadaMu dari kebaikan apa yang diminta oleh hamba dan NabiMu Muhammad SAW kepadaMu dan aku berlindung kepadaMu dari apa yang diminta perlindungan oleh hamba dan nabiMu. Ya Allah, aku memohon kepadaMu syurga dan apa yang mendekatkan kepadanya baik berupa ucapan mahupun perbuatan. Dan aku berlindung kepadaMu dari neraka dan apa yang mendekatkan kepadanya baik berupa ucapan atau perbuatan. Dan aku memohon kepadaMu semua takdir yang Engkau tentukan baik untukku" (HR Ibn Majah, Ahmad, at-Tabarani dan Ibn Hibban)

♡Moga kita dipilih oleh Allah untuk mewarisi SyurgaNya. Aamiiin♡

Читать полностью…

Tadabbur Kalamullah

Follow the Tadabbur Kalamullah channel on WhatsApp: https://whatsapp.com/channel/0029Vb30YXu6mYPSftfvWg1C

Читать полностью…

Tadabbur Kalamullah

☆Tadabbur Kalamullah 25 Syaaban 1446H☆

وَإِن یُكَذِّبُوكَ فَقَدۡ كُذِّبَتۡ رُسُلࣱ مِّن قَبۡلِكَۚ وَإِلَى ٱللَّهِ تُرۡجَعُ ٱلۡأُمُورُ

"Dan jika mereka mendustakanmu (wahai Muhammad), maka sesungguhnya Rasul-rasul yang terdahulu sebelummu telah juga didustakan (oleh kaumnya masing-masing). Dan (Ingatlah), kepada Allah jualah dikembalikan segala urusan" [Surah Faṭir 4]

#Ayat ini berkaitan pujukan Allah swt kepada NabiNya yang tercinta agar jangan bersedih hati. Ini adalah kerana baginda saw amat sedih dan terkilan apabila seruan dakwah agar manusia beriman kepada Allah swt ditolak bahkan dicemuh dan dimusuhi. Bukan sahaja ajaran yang dibawa baginda ditolak, malah baginda sendiri dihina, dimaki, dikecam, difitnah, disakiti dan dituduh dengan pelbagai tuduhan.

#Allah memaklumkan kepada baginda saw bahawa penolakan dakwah itu adalah perkara biasa dan tidak perlu rasa pelik. Ini kerana para Nabi dan Rasul sebelum baginda pun didustakan. Bukanlah baginda orang yang pertama yang ditolak dakwah. Tetapi para Rasul sebelum bukan hanya dakwah ditolak, bahkan ada yang disakiti dan dibunuh.

أَفَكُلَّمَا جَاۤءَكُمۡ رَسُولُۢ بِمَا لَا تَهۡوَىٰۤ أَنفُسُكُمُ ٱسۡتَكۡبَرۡتُمۡ فَفَرِیقࣰا كَذَّبۡتُمۡ وَفَرِیقࣰا تَقۡتُلُونَ

"Maka patutkah, tiap-tiap kali datang kepada kamu seorang Rasul membawa sesuatu (kebenaran) yang tidak disukai oleh hawa nafsu kamu, kamu (dengan) sombong takbur (menolaknya), sehingga sebahagian dari Rasul-rasul itu kamu dustakan, dan sebahagian yang lain pula kamu membunuhnya?" [Surah al-Baqarah 87]

#Maka kalau begitu tidaklah perlu terlalu bersedih hati dan terkilan tatkala dakwah ditolak. Itu adalah lumrah dalam dakwah dan perjuangan mengajak manusia kepada kebenaran.

#Maka ayat ini juga untuk semua pendakwah dan pejuang. Janganlah sedih dan patah hati apabila dakwah dan ajakan kepada kebaikan ditolak oleh kebanyakan manusia. Ini biasa sahaja kerana para pejuang kebenaran sejak dahulu lagi memang ditolak seruannya. Namun, mereka tidak putus asa dan tetap istiqamah menyebarkan dakwah dan kebenaran. Bukan semua yang diseru boleh menerimanya, malah pasti ada yang menentang. Yang penting, jangan putus asa. Jangan tinggalkan Allah. Sandarkan semua pada Allah dan ikhlaskan hati.

#Kita tidak perlu bersedih jika kita telah melakukan kewajipan berdakwah. Ini bererti para pendakwah tersebut  telah bebas dari tanggungan dan perhitungan hisabnya tatkala kembali kepada Allah suatu hari nanti.

لَّسۡتَ عَلَیۡهِم بِمُصَیۡطِرٍ * إِلَّا مَن تَوَلَّىٰ وَكَفَرَ * فَیُعَذِّبُهُ ٱللَّهُ ٱلۡعَذَابَ ٱلۡأَكۡبَرَ  

"Bukanlah engkau seorang yang berkuasa memaksa mereka (menerima ajaran Islam yang engkau sampaikan itu). Akan tetapi sesiapa yang berpaling (dari kebenaran) serta ia kufur ingkar, maka Allah akan menyeksanya dengan azab seksa yang sebesar-besarnya" [Surah al-Ghashiyah 22-24]

#Walau apapun berlaku serahlah segalanya kepada Allah swt.
 
وَإِلَى اللهِ تُرجَعُ الأُمورُ

"Dan (Ingatlah), kepada Allah jualah dikembalikan segala urusan"
 
♡Wahai para pendakwah yang mengajak kepada Allah dengan jiwa yang tulus mengharapkan redha Ilahi, janganlah bersedih jika perkataanmu dicampakkan atau tidak diterima, kerana kamu telah menunaikan kewajipanmu. Teruskan perjuangan dan dakwah, moga petunjuk Allah untuk kita semua. Aamiiin♡

🐊Ust Naim
*Whatsapp Channel*
Klik link untuk join :
https://bit.ly/tadabburrkalamullah

*Telegram Channel*
Klik link ini untuk join:
http://bit.ly/tadabburkalamullah

*Facebook Page:*
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah

Читать полностью…

Tadabbur Kalamullah

☆Tadabbur Kalamullah 23 Syaaban 1446H☆

وَٱتَّقُوا۟ فِتۡنَةࣰ لَّا تُصِیبَنَّ ٱلَّذِینَ ظَلَمُوا۟ مِنكُمۡ خَاۤصَّةࣰۖ وَٱعۡلَمُوۤا۟ أَنَّ ٱللَّهَ شَدِیدُ ٱلۡعِقَابِ

"Dan jagalah diri kamu daripada (berlakunya) dosa (yang membawa bala bencana) yang bukan sahaja akan menimpa orang-orang yang zalim di antara kamu secara khusus (tetapi akan menimpa kamu secara umum). Dan ketahuilah bahawa Allah Maha berat azab seksaNya" [Surah Al-Anfāl 25]

#Allah swt banyak menceritakan di dalam al-Quran berkenaan bala bencana yang menimpa umat terdahulu dan orang yang dehaka kepadaNya sebagai peringatan kepada umat Nabi Muhammad saw. Malah bala ini terus berlangsung sehingga kiamat selagimana manusia degil dan melanggari perintah dan larangan Allah swt.

#Bala juga boleh dimaksudkan sebagai ujian. Fungsi bala dikenakan kepada manusia adalah sebagai peringatan kerana manusia bersikap melampaui batas dan melanggar ketetapan Allah swt.

إِذَا ظَهَرَتْ الْمَعَاصِي فِي أُمَّتِي عَمَّهُمْ اللَّهُ عَزَّ وَجَلَّ بِعَذَابٍ مِنْ عِنْدِهِ

"Jika timbul maksiat pada umatku, maka Allah akan menyebarkan azab, seksa, kepada mereka" (HR Ahmad)

#Saat ini, begitu banyak kejadian menakutkan di sekeliling kita. Ribut petir, angin kencang, banjir kilat di pelbagai tempat, tanah runtuh dan pelbagai penyakit pelik-pelik menjangkiti manusia.

#Dahulu pada zaman Rasulullah saw, apabila berlakunya gerhana, baginda berkata kepada para sahabat:

فَإِذَا رَأَيْتُمْ ذَلِكَ فَادْعُوا اللَّهَ وَكَبِّرُوا، وَصَلُّوا وَتَصَدَّقُوا

"Sekiranya kamu melihat gerhana berlaku, hendaklah kamu berdoa kepada Allah, bertakbirlah kamu, dirikanlah solat, serta bersedekahlah" (HR al-Bukhari)

#Gerhana merupakan suatu kejadian yang menakutkan. Ibn Daqiq al-Eid berpendapat bahawa hadis ini merupakan dalil anjuran bersedekah sekiranya berlaku sesuatu yang menakutkan untuk menghalang bala dari menimpa. (Lihat: Ihkam al-Ahkam)

♡Ambillah peringatan dengan penuh keinsafan agar kita memperbanyakkan zikir kepada Allah, gandakan solat, dan perbanyakkanlah sedekah, moga Allah swt menjauhi kita daripada ditimpa bala dan musibah yang dahsyat♡

🐊Ust Naim
*Whatsapp Channel*
Klik link untuk join :
https://bit.ly/tadabburrkalamullah

*Telegram Channel*
Klik link ini untuk join:
http://bit.ly/tadabburkalamullah

*Facebook Page:*
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah

Читать полностью…

Tadabbur Kalamullah

☆Tadabbur Kalamullah 22 Syaaban 1446H☆

قَالَا رَبَّنَا ظَلَمۡنَاۤ أَنفُسَنَا وَإِن لَّمۡ تَغۡفِرۡ لَنَا وَتَرۡحَمۡنَا لَنَكُونَنَّ مِنَ ٱلۡخَـٰسِرِینَ

Mereka berdua merayu: "Wahai Tuhan kami, kami telah menganiaya diri kami sendiri, dan kalau Engkau tidak mengampunkan kami dan memberi rahmat kepada kami, nescaya menjadilah kami dari orang-orang yang rugi" [Surah Al-Aʿraf 23]

#Imam al-Hafiz Ibn Hajar al-Asqalani menyatakan bahawa doa yang utama dibaca bagi menolak azab adalah:

رَبَّنا ظلمنا أنْفُسَنَا وإِنْ لم تَغْفر لَنَا وَتَرْحَمْنَا لَنَكُونَنَّ مِنَ الْخَاسِرِين

"Wahai Tuhan kami, kami telah menganiaya diri kami sendiri, dan kalau Engkau tidak mengampunkan kami dan memberi rahmat kepada kami, nescaya menjadilah kami dari orang-orang yang rugi" [Surah Al-Aʿrāf 23]

#Beliau menyatakan doa ini lebih utama berbanding ayat:

رَّبَّنَا ٱكۡشِفۡ عَنَّا ٱلۡعَذَابَ إِنَّا مُؤۡمِنُونَ

(Pada saat itu mereka akan merayu dengan berkata): "Wahai Tuhan kami! Hapuskanlah azab ini dari kami, sesungguhnya kami akan beriman!" [Surah ad-Dukhan 12]

#Antara hujah beliau, bacaan pertama (Surah al-Aʿraf 23) itu dibaca oleh Nabi Adam Alaihissalam, lalu Allah swt menerima taubat baginda serta kasih kepada baginda.

#Manakala ayat berikutnya (Surah ad-Dukhan 12), ia merupakan penceritaan Allah terhadap orang-orang kafir (dalam erti kata ia merupakan rayuan golongan kafir saat mereka ditimpa azab). (Lihat: Bazl al-Ma’un)

*Saat mereka ditimpa azab barulah mereka berikrar akan beriman.

#Pun begitu, secara umumnya kedua-dua doa ini boleh diamalkan/boleh dibaca bagi menolak azab.

#Berkata Imam Sufian as-Thauri rahimahullah:

يَا مَنْ أَحَبُّ عِبَادِهِ إِلَيْهِ مَنْ سَأَلَهُ فَأَكْثَرَ سُؤَالَهُ وَيَا مَنْ أَبْغَضُ عِبَاده إِلَيْهِ مَنْ لَمْ يَسْأَلْهُ وَلَيْسَ أَحَد كَذَلِكَ غَيْرك يَا رَبِّ

"Wahai hamba yang paling di sukaiNya adalah hamba yang banyak meminta kepadaNya. Dan hamba yang paling tidak disukai adalah siapa yang tidak meminta kepadaNya. Tiada siapa seperti Engkau wahai Tuhan.” (Lihat: Tafsir Al-Quran Al-‘Azim)

♡Doa merupakan inti kepada ibadah. Bahkan doa bukan sahaja inti ibadah, lebih dari itu ia merupakan kunci bagi segala kebaikan dan penutup bagi segala pintu keburukan, kejahatan dan kezaliman. Berdoalah agar kita dihindari dan dijauhi dari sebarang azab♡

🐊Ust Naim
*Whatsapp Channel*
Klik link untuk join :
https://bit.ly/tadabburrkalamullah

*Telegram Channel*
Klik link ini untuk join:
http://bit.ly/tadabburkalamullah

*Facebook Page:*
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah

Читать полностью…

Tadabbur Kalamullah

☆Tadabbur Kalamullah 20 Syaaban 1446H☆

وَٱلضُّحَىٰ * وَٱلَّیۡلِ إِذَا سَجَىٰ

"Demi waktu dhuha (siang). Dan malam apabila ia sunyi sepi" [Surah aḍ-Ḍuḥa 1-2]

#Ayat ini menyentuh tentang kepentingan waktu siang dan waktu malam. Siang digunakan untuk bekerja, mencari rezeki. Manakala malam pula untuk berehat dan bermunajat.

وَجَعَلۡنَا ٱلَّیۡلَ لِبَاسࣰا

"Dan Kami telah menjadikan malam (dengan gelapnya) sebagai pakaian (yang melindungi)?"

وَجَعَلۡنَا ٱلنَّهَارَ مَعَاشࣰا

"Dan Kami telah menjadikan siang (dengan cahaya terangnya) - masa untuk mencari rezeki?" [Surah an-Nabaʾ 10-11]

#Penciptaan malam dan siang merupakan nikmat yang dikurniakan Allah swt ke atas manusia dan menjadikan malam untuk berehat dan siang untuk bekerja. Allah swt juga menjadikan matahari tanda adanya siang dan bulan tanda malam, kedua-duanya untuk mengetahui bulan, tahun dan membuat perhitungan. Setiap dari matahari, bulan, bintang, planet, malam dan siang kesemuanya bergerak dan beredar mengikut edarannya yang tersendiri, sebagaimana firman Allah swt:
 
 وَهُوَ الَّذِي خَلَقَ اللَّيْلَ وَالنَّهَارَ وَالشَّمْسَ وَالْقَمَرَ ۖ كُلٌّ فِي فَلَكٍ يَسْبَحُونَ  
 
"Dan Dia lah (Tuhan) yang telah menjadikan malam dan siang, serta matahari dan bulan; tiap-tiap satunya beredar terapung-apung di tempat edaran masing-masing (di angkasa lepas)" [Surah al-Anbiyak 33]

#Terdapat perbahasan berkaitan siang hari yang terbaik dan malam yang terbaik.

وأفضل أيامِ السَّنةِ عند الشافعية يوم عرفة، ثم يوم الجمعة، ثم يوم عيدِ الأضحى، ثم يوم عيد الفطر

"Di sisi as-Syafi’eyyah, siang hari yang terbaik dalam setahun ialah: Siang hari ‘Arafah, kemudian siang hari Jumaat, seterusnya siang hari raya korban, dan seterusnya siang hari raya puasa".

وأفضل الليالي عندهم : ليلة المولد الشريف، ثم ليلة القدر، ثم ليلة الجمعة، ثم ليلة الإسراء، هذا بالنسبة لأمته صلى الله عليه وسلم ، وأما بالنسبة للنبي صلى الله عليه وسلم فإن ليلة الإسراءِ أفضل الليالي لإنه صلى الله عليه وسلم رأى فيها ربه

"Manakala malam hari yang paling afdal dalam setahun di sisi mereka ialah: Malam kelahiran Rasulullah saw, kemudian malam Al-Qadr, kemudian malam Jumaat dan seterusnya malam Isra’ dan Mikraj. Ini merujuk kepada umat Nabi saw. Adapun di sisi Rasulullah saw, malam terbaik merupakan malam Isra’ dan Mi’raj, kerana baginda saw melihat Tuhannya pada malam tersebut" (Lihat: Al-Budur Al-Tali’ah- Syarh Al-Risalah Al-Jami’ah)

♡Penuhilah waktu siang dan malam dengan amal soleh dan perkara-perkara yang mendatangkan keuntungan dunia dan akhirat♡

🐊Ust Naim
*Whatsapp Channel*
Klik link untuk join :
https://bit.ly/tadabburrkalamullah

*Telegram Channel*
Klik link ini untuk join:
http://bit.ly/tadabburkalamullah

*Facebook Page:*
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah

Читать полностью…

Tadabbur Kalamullah

☆Tadabbur Kalamullah 10 Ramadhan 1446H☆

شَهۡرُ رَمَضَانَ ٱلَّذِيٓ أُنزِلَ فِيهِ ٱلۡقُرۡءَانُ هُدٗى لِّلنَّاسِ وَبَيِّنَٰتٖ مِّنَ ٱلۡهُدَىٰ وَٱلۡفُرۡقَانِۚ

"(Masa yang diwajibkan kamu berpuasa itu ialah) bulan Ramadan yang padanya diturunkan Al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia, dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk dan (menjelaskan) perbezaan antara yang benar dengan yang salah" [Surah al-Baqarah 185]

#Syeikh Tantawi ketika mensyarahkan ayat ini, membawakan kata-kata Imam Ibn Kathir yang menyebutkan, Allah swt memuji bulan Ramadhan berbanding bulan-bulan lain kerana turunnya kitab Allah swt dalam bulan itu.

#Bulan Ramadhan bulan berkat, bulan mulia, bulan Agung dan bulan diturunkan al-Quran. Sebagai seorang Muslim, kita mesti berazam dan bertekad untuk mengkhatamkan al-Quran walaupun sekali sepanjang Ramadhan.

#Imam Ibn Rajab al-Hambali menyatakan bahawa apabila seseorang berada di dalam waktu atau tempat yang mulia seperti bulan Ramadhan atau berada di kota suci Mekah, maka dia disunatkan untuk memperbanyakkan bacaan al-Quran. Kata beliau:

"Adapun larangan mengkhatamkan al-Quran dalam tempoh kurang daripada tiga hari adalah jika seseorang berterusan melakukan sedemikian. Walau bagaimanapun, jika seseorang berada pada waktu yang afdal seperti bulan Ramadhan khususnya pada malam-malam yang diharapkan untuk mendapat Lailatul qadar atau di tempat yang afdal seperti di kota suci Mekah bagi sesiapa yang bukan daripada penduduknya, maka disunatkan untuk memperbanyakkan bacaan al-Quran bagi merebut peluang kemuliaan masa dan tempat tersebut (Lihat: Lataif al-Maarif)

#Jom kita telusuri keadaan golongan salafussoleh dalam mengagungkan al-Quran ketika bulan Ramadhan, semoga dengannya dapat membangkitkan semangat kita dalam beramal soleh khususnya bacaan al-Quran:

1. Imam as-Syafi’i rahimahullah mengkhatamkan al-Quran sebanyak 60 kali di dalam bulan Ramadhan sepertimana yang diceritakan oleh murid beliau, al-Rabi' Ibn Sulaiman (Lihat: Siyar A’lam al-Nubala’, az-Zahabi)

2. Imam Malik rahimahullah memberi kecaknaan yang sungguh-sungguh untuk beramal ibadah di bulan Ramadhan, khususnya menumpukan kepada membaca al-Quran dan meninggalkan majlis bacaan hadis.

3. Imam Qatadah rahimahullah mengkhatam al-Quran pada setiap tujuh hari sekali. Ketika tibanya Ramadhan, beliau mengkhatamkan al-Quran setiap 3 hari sekali. Manakala ketika tibanya sepuluh hari terakhir pada bulan Ramadhan, beliau mengkhatamkan al-Quran pada setiap hari sekali (Lihat: Siyar A’lam al-Nubala’)

4. Imam Ahmad rahimahullah khatam al-Quran setiap 3 hari sekali dan jika masuk kepada 10 akhir Ramadhan, beliau akan khatam al-Quran sehari sekali. 

5. Al-Imam al-Bukhari rahimahullah dikatakan khatam al-Quran pada bulan Ramadhan setiap hari sekali. 

#Imam an-Nawawi rahimahullah menukilkan amalan salaf berkenaan khatam al-Quran:

1. Setiap 2 bulan sekali khatam.
2. Setiap sebulan sekali.
3. 10 hari sekali.
4. 8 hari sekali.
5. 7 hari sekali (kebanyakkannya). Antaranya ialah Uthman bin Affan, Abdullah Bin Mas’ud, Zaid Bin Thabit, Ubai Bin Kaab dikalangan sahabat sedangkan dikalangan tabiin seperti Abdul Rahman bin Yazid, Alqamah dan Ibrahim.
6. 6 hari sekali.
7. 5 hari sekali.
8. 4 hari sekali.
9. 3 hari sekali.
10. 2 hari sekali.
11. Sehari sekali. Seperti Uthman, Tamim al-Dari, Said bin Jubair, Mujahid dan Imam Syafi’i.
12. 2 kali sehari. Mashyur dilakukan Imam Syafie pada bulan Ramadhan.
13. 3 kali sehari. Dilakukan Sulaim Bin Umar iaitu kadi Mesir pada zaman pemerintahan Muawiyah.
14. 4 kali sehari. Dilakukan oleh Abu Bakar Bin Abi Daud.
15. 8 kali sehari. Adalah Ibn Kuttab khatam pada siang hari 4 kali dan malam 4 kali.

♡Ya Allah, bantulah kami untuk berjaya mengkhatamkan al-Quran di dalam bulan yang mulia ini. Aamiiin♡

🐊Ust Naim
*Telegram Channel*
Klik link ini untuk join:
http://bit.ly/tadabburkalamullah

*Facebook Page:*
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah

Читать полностью…

Tadabbur Kalamullah

☆Tadabbur Kalamullah 8 Ramadhan 1446H☆

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا كُتِبَ عَلَيْكُمُ الصِّيَامُ كَمَا كُتِبَ عَلَى الَّذِينَ مِن قَبْلِكُمْ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُونَ

"Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertaqwa" [Surah al-Baqarah 183]

#Bulan Ramadhan merupakan bulan yang kesembilan daripada bulan-bulan Islam. Bulan Ramadhan penuh rahmat dan keberkatan, dosa diampunkan, pahala amal digandakan dan dikurniakan lailatulqadar, malam yang lebih baik daripada 1000 bulan. Bulan Ramadhan umat Islam diwajibkan melaksanakan rukun Islam yang ketiga, iaitu ibadah puasa bermula dari waktu terbit fajar (subuh) hingga terbenamnya matahari (maghrib).

#Ibadah puasa mengandungi keistimewaan dan kelebihan yang tersendiri, antaranya ialah:

1. Jalan Mencapai Taqwa

Matlamat utama puasa bulan Ramadhan adalah untuk umat Islam mencapai maqam taqwa.

2. Diampuni Dosa Yang Lalu

Orang yang berpuasa Ramadhan memiliki kelebihan berupa pengampunan segala dosa yang lalu. Jaminan ini adalah satu peluang keemasan yang perlu direbut dengan sebaik-baiknya. Sabda Rasulullah saw:

مَنْ صَامَ رَمَضَانَ إِيمَانًا وَاحْتِسَابًا غُفِرَ لَهُ مَا تَقَدَّمَ مِنْ ذَنْبِهِ

"Sesiapa yang berpuasa Ramadhan dengan penuh keimanan dan mengharapkan pahala, maka diampunkan segala dosanya yang telah lalu" (HR al-Bukhari dan Muslim)

3. Kurniaan Pahala Tidak Terhingga

Pahala bagi mereka yang berpuasa tidak terkira jumlahnya kerana Allah swt sendiri yang menilai pahala dan membalas amalan tersebut. Sabda Nabi saw:

"Semua amalan anak Adam digandakan kebaikannya 10 kali ganda serupa dengannya sehingga 700 kali ganda. Allah swt berfirman: "Melainkan puasa, kerana ia untukKu dan Aku sendiri yang akan membalasnya, mereka meninggalkan syahwat dan makanannya keranaKu" (HR Muslim)

4. Peroleh Dua Kegembiraan

Muslim yang berpuasa akan beroleh dua kegembiraan, iaitu ketika di dunia (saat berbuka puasa) dan satu lagi di akhirat (saat bertemu Tuhannya).

5. Memasuki Syurga Melalui Pintu ar-Rayyan

Bagi orang yang berpuasa, Allah swt akan menyediakan pintu syurga khas untuk mereka di akhirat kelak yang dinamakan pintu ar-Rayyan.

6. Di Mustajabkan Doa

Orang yang berpuasa termasuk dalam salah satu daripada tiga golongan yang tidak ditolak doanya.

7. Benteng Daripada Maksiat

Ibadah puasa melatih sifat sabar dan menjadi benteng yang melindungi diri seseorang daripada melakukan perbuatan keji dan maksiat, juga memeliharanya daripada azab di akhirat. Sabda Nabi saw:

الصِّيَامُ جُنَّةٌ

"Puasa adalah perisai" (HR al-Bukhari)

8. Pembebasan Daripada Neraka

Orang yang berpuasa termasuk golongan yang dibebaskan daripada api neraka di akhirat. Sabda Nabi saw:

إِنَّ لِلَّهِ عِنْدَ كُلِّ فِطْرٍ عُتَقَاءَ وَذَلِكَ فِي كُلِّ لَيْلَةٍ

"Sesungguhnya Allah memiliki hamba-hamba yang dibebaskan (daripada neraka) pada setiap kali berbuka puasa. Dan itu berlaku pada setiap malam" (HR Ibnu Majah)

♡Berpuasalah hanya keranaNya demi mencari keredhaanNya. Moga syurga menjadi milik kita semua. Aamiiin♡

🐊Ust Naim
*Telegram Channel*
Klik link ini untuk join:
http://bit.ly/tadabburkalamullah

*Facebook Page:*
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah

Читать полностью…

Tadabbur Kalamullah

*SEDEKAH JUMAAT RAMADHAN: WAQAF KARPET SURAU AL-FIRDAUS SMK BANDAR SUNGAI BUAYA, RAWANG, SELANGOR (KUTIPAN KALI KE-2)*

*Klik dan sumbang:*
https://toyyibpay.com/WAQAF-KARPET-SURAU-AL-FIRDAUS

Assalamualaikum wbt para penyumbang yang budiman..

Sebelum ini, Geng Talaqqi dah buka kutipan kali pertama untuk projek WAQAF KARPET SURAU AL-FIRDAUS SMK BANDAR SG BUAYA RAWANG.

*KITA BERJAYA KUMPUL RM12,984.75*

Jumlah ini belum mencukupi untuk pemasangan karpet yang baru. *Keseluruhan dana diperlukan RM26,880*.

Maka hari ini sekali lagi kita membuka peluang kepada semua dermawan untuk menambahkan saham akhirat untuk projek waqaf karpet Surau SMKBSB.

*DIPERLUKAN LAGI: RM13,895.25*

*(Kita memerlukan hanya sekitar 278 orang penyumbang sahaja yang menyumbang seorang rm50, InsyaAllah selesai projek waqaf ini)*

*Bersempena berada dihari yang penuh barakah, didalam bulan Ramadhan yang menjanjikan ganjaran pahala yang berganda ganda dan luar biasa lumayan, maka Geng Talaqqi membuka ruang dan peluang untuk kita semua merebut pahala lumayan infaq waqaf karpet Surau Al-Firdaus SMKBSB.
============
Pihak Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Sungai Buaya (SMKBSB) Rawang dalam proses menggantikan karpet surau sekolah yang agak lusuh dan nipis demi memberi keselesaan kepada para jemaah di kalangan para pelajar dan warga sekolah terutama ketika menunaikan solat berjemaah serta pelaksanaan aktiviti kerohanian didalam dewan solat utama disamping menambahkan keceriaan dalam pengimarahan surau tersebut.

Karpet surau ini agak lama digunakan sehingga terlalu nipis serta lusuh dan perlu diganti dengan pemasangan karpet baru yang lebih selesa dan kondusif. Keluasan karpet sekitar 2240 kaki persegi.

*KOS YANG DIPERLUKAN SEKITAR RM26,880*

Pihak pengurusan surau SMKBSB memohon jasa baik Geng Talaqqi untuk membuka tabung waqaf karpet bagi membantu keselesaan para jemaah dalam beribadah.

Jazakumullahu khairan kathira. Semoga semua penyumbang dimurahkan rezeki dan diselamatkan daripada azab neraka. Aamiiin.
...................
*JOM REBUT PELUANG KEEMASAN INI. SUMBANGAN BOLEH DISALURKAN KE AKAUN TOYYIP PAY:*

https://toyyibpay.com/WAQAF-KARPET-SURAU-AL-FIRDAUS

*Atau terus ke akaun:*

*Pertubuhan Kebajikan Ilmu dan Amal Selangor
*Maybank_5629_9101_9074
*Cimb_8604_7707_81
*Remark: Karpet Surau SMKBSB

*SMS/Whatsapp slip/bukti sumbangan kepada:*

📲Ust Naim:
http://www.wasap.my/60196023803/KarpetSurauSMKBSB

📲Tn Abu Umar: http://www.wasap.my/60193113501/KarpetSurauSMKBSB

📲Tn Akmalizan: http://www.wasap.my/60172722696/KarpetSurauSMKBSB

📲Puan Zarina: http://www.wasap.my/60193223501/KarpetSurauSMKBSB

*ANDA HULUR, KAMI SALUR*

Читать полностью…

Tadabbur Kalamullah

☆Tadabbur Kalamullah 5 Ramadhan 1446H☆

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا كُتِبَ عَلَيْكُمُ الصِّيَامُ كَمَا كُتِبَ عَلَى الَّذِينَ مِن قَبْلِكُمْ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُونَ

"Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertaqwa" [Surah al-Baqarah 183]

#Antara kelebihan orang yang berpuasa ialah dimakbulkan doanya. Maka sewajarnya kita mengambil manfaat daripada peluang keemasan ini untuk banyakkan berdoa dan bermunajat kepada Allah swt di sepanjang Ramadhan ini.

#Sabda Nabi saw:

ثَلاَثَةٌ لاَ تُرَدُّ دَعْوَتُهُمُ الصَّائِمُ حَتَّى يُفْطِرَ وَالإِمَامُ الْعَادِلُ وَدَعْوَةُ الْمَظْلُومِ

"Tiga orang yang doanya tidak tertolak: Orang yang berpuasa sampai ia berbuka, Pemimpin yang adil, dan doa orang yang dizalimi" (HR at-Tirmizi. Hadis Hasan)

#Imam an-Nawawi rahimahullah menjelaskan: Hadis ini menunjukkan bahawa disunnahkan bagi orang yang berpuasa untuk berdoa dari awal ia berpuasa hingga akhirnya kerana ia dinamakan orang yang berpuasa ketika itu" (Lihat: al-Majmu')

#Imam an-Nawawi rahimahullah  berkata lagi: "Disunnahkan bagi orang yang berpuasa ketika ia dalam keadaan berpuasa untuk berdoa demi keperluan akhirat dan dunianya, juga pada perkara yang ia sukai serta jangan lupa pula untuk mendoakan kaum muslimin lainnya" (Lihat: al-Majmu')

#Dalam hadis yang lain daripada Sayidina Jabir bin Abdillah r.a bahawa Rasulullah saw bersabda:

إِنَّ لِلّهِ فِى كُلِّ يَوْمٍ عِتْقَاءَ مِنَ النَّارِ فِى شَهْرِ رَمَضَانَ ,وَإِنَّ لِكُلِّ مُسْلِمٍ دَعْوَةً يَدْعُوْ بِهَا فَيَسْتَجِيْبُ لَهُ

"Sesungguhnya Allah swt membebaskan beberapa orang dari api neraka pada setiap hari di bulan Ramadhan,dan setiap muslim apabila dia memanjatkan doa maka pasti dikabulkan" (HR al-Bazzar. Imam al-Haitsami mengatakan bahawa perawinya tsiqah)

#Antara doa yang sampai kepada kita daripada para sahabat berkaitan persediaan mereka menyambut Ramadhan ialah doa Sayidina Umar Ibn Khattab r.a:

اللهمَّ زِدْنا ولا تَنقُصْنا وأَكرِمْنا ولا تُهِنَّا وأَعطِنا ولا تَحرِمْنا وآثِرْنا ولا تُؤثِرْ علينا وارضَ عنَّا وأَرضِنا

Ya Allah! Tambahkan kami, jangan Engkau kurangkan. Muliakan kami, jangan Engkau hinakan, Kurniakan (nikmat) kepada kami, jangan haramkan kami (mendapatkanya). Berilah kelebihan kepada kami, jangan (sebaliknya) Engkau tidak memperdulikan kami. Radhailah kami dan jangan Engkau jadikan kami hilang perasaan redha (terhadap) ketentuan Engkau" (Lihat: Musnad Imam Ahmad)

#Doa yang dipanjatkan oleh Sayidina Usaid bin Abi Talib r.a:

اللهمَّ أحسنْ عاقبتَنَا في الأمورِ كلِّها، وأجرْنَا منْ خِزْيِ الدنْيَا وعذابِ الآخرةِ

"Ya Allah! Perelokkanlah buat kami akibat segala sesuatu, kurniakan ganjaran baik kepada kami di atas kesusahan dunia dan daripada azab di akhirat" (Lihat: Al-Jami’ al-Saghir, Imam as-Suyuti)

#Sayidina Husain bin Ali r.a pernah berdoa (Lihat: Sahih Ibnu Hibban)

اللَّهمَّ اهدِنا فيمَنْ هدَيْتَ وعافِنا فيمَنْ عافَيْتَ وتولَّنا فيمَنْ تولَّيْتَ وبارِكْ لنا فيما أعطَيْتَ وقِنا شرَّ ما قضَيْتَ إنَّك تَقضي ولا يُقضَى عليكَ إنَّه لا يذِلُّ مَن والَيْتَ تبارَكْتَ وتعالَيْتَ

♡Jom perbanyakkan berdoa memohon kesejahteraan dan kebahagiaan dunia akhirat disamping berharap agar bertemu Lailatul Qadar serta beroleh ganjaran syurgaNya. Aamiiin♡

🐊Ust Naim
*Telegram Channel*
Klik link ini untuk join:
http://bit.ly/tadabburkalamullah

*Facebook Page:*
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah

Читать полностью…

Tadabbur Kalamullah

☆Tadabbur Kalamullah 3 Ramadhan 1446H☆

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا كُتِبَ عَلَيْكُمُ الصِّيَامُ كَمَا كُتِبَ عَلَى الَّذِينَ مِن قَبْلِكُمْ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُونَ

"Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertaqwa" [Surah al-Baqarah 183]

#Puasa merupakan madrasah akhlak yang besar dalam melatih keperibadian mukmin, melawan hawa nafsu daripada tergoda dengan tipu daya syaitan.

#Puasa mengajar erti amanah dan muqarabah kepada Allah swt yang sentiasa sama ada dalam keadaan rahsia atau terang-terangan. Begitu juga menguatkan semangat dalam menambahkan lagi kesabaran.

#Puasa juga membawa seorang mukmin mempunyai disiplin yang tinggi dalam hidupnya. Hal ini berdasarkan waktu yang dihadkan untuk makan dan perlakuan ibadah.

#Syeikh Dr. Yusuf al-Qaradawi berkata: "Puasa adalah tarbiyyah yang berkesan dan suatu jihad mengawal diri dan hawa nafsu serta membiasakan diri dengan bersifat sabar, sama ada sabar melakukan ketaatan atau sabar menjauhi maksiat".

#Disebutkan dalam sebuah hadis:

عن أبي هريرة رضي الله عنه: الصيام نصف الصبر وعلى كل شيء زكاة وزكاة الجسد الصيام

Daripada Sayidina Abu Hurairah r.a: "Puasa itu adalah sebahagian daripada sabar. Setiap perkara itu ada zakatnya, dan zakat bagi tubuh badan adalah dengan berpuasa" (Riwayat Ibn Majah dan al-Baihaqi. Dhaif)

#Sayidina Jabir bin ‘Abdillah menyampaikan petua yang sangat bagus untuk kita semua menahan diri dan nafsu ketika puasa. Katanya: "Seandainya kamu berpuasa maka hendaknya pendengaranmu, penglihatanmu dan lisanmu turut berpuasa dari dusta dan hal-hal haram serta janganlah kamu menyakiti tetangga. Bersikap tenang dan berwibawalah di hari puasamu. Janganlah kamu jadikan hari puasamu dan hari tidak berpuasamu sama sahaja" (Lihat: Latha’if Al-Ma’arif)

#Ibnu Rajab al-Hambali rahimahullah mengatakan bahawa: "Orang yang menjalani ibadah puasa bererti dia telah menjalankan kesabaran".

#Ganjaran bagi orang yang bersabar akan diberikan pahala yang berlipat kali ganda tanpa batas. Allah swt berfirman:

إِنَّمَا يُوَفَّى ٱلصَّٰبِرُونَ أَجۡرَهُم بِغَيۡرِ حِسَابٖ

"Sesungguhnya hanya orang-orang yang bersabarlah yang dicukupkan pahala mereka tanpa batas" [Surah az-Zumar 10]

♡Jom latih diri agar sentiasa berpuasa segala anggota zahir dan batin daripada melakukan dosa dan maksiat serta sentiasa sabar dalam segala keadaan. Moga kita beroleh ganjaran pahala yang besar. Aamiiin♡

🐊Ust Naim
*Telegram Channel*
Klik link ini untuk join:
http://bit.ly/tadabburkalamullah

*Facebook Page:*
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah

Читать полностью…

Tadabbur Kalamullah

☆Tadabbur Kalamullah 1 Ramadhan 1446H☆

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا كُتِبَ عَلَيْكُمُ الصِّيَامُ كَمَا كُتِبَ عَلَى الَّذِينَ مِن قَبْلِكُمْ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُونَ

"Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertaqwa" [Surah al-Baqarah 183]

#Perkataan “كُتِبَ عَلَيْكُمُ الصِّيَامُ” memberi maksud kewajipan puasa ke atas orang-orang yang beriman.

#Dalam ayat ini, Allah swt telah menyampaikan perintah kewajipan puasa kepada orang-orang beriman. Puasa adalah suatu Syariat yang penting, ia bukanlah suatu perkara baru kerana umat-umat terdahulu juga telah diperintahkan untuk berpuasa.

#Kewajipan puasa di bulan Ramadhan merupakan madrasah yang sangat luas rahmatnya kepada setiap insan yang menghayatinya. Siapa pun boleh menimba lautan keberkatan yang disediakan oleh Allah swt di dalamnya. Kerana itu Allah swt telah menyediakan madrasah ini untuk dimasuki oleh siapa pun sejak umat-umat yang terdahulu.

#Sabda Rasulullah saw :

أَتَاكُمْ رَمَضَانُ شَهْرٌ مُبَارَكٌ فَرَضَ اللَّهُ عَزَّ وَجَلَّ عَلَيْكُمْ صِيَامَهُ تُفْتَحُ فِيهِ أَبْوَابُ السَّمَاءِ وَتُغْلَقُ فِيهِ أَبْوَابُ الْجَحِيمِ وَتُغَلُّ فِيهِ مَرَدَةُ الشَّيَاطِينِ لِلَّهِ فِيهِ لَيْلَةٌ خَيْرٌ مِنْ أَلْفِ شَهْرٍ مَنْ حُرِمَ خَيْرَهَا فَقَدْ حُرِمَ

"Telah datang kepada kamu bulan Ramadhan. Ia bulan yang diberkati. Allah swt telah memfardukan ke atas kamu untuk berpuasa padanya. Pada bulan ini pintu-pintu langit (syurga) dibuka, pintu-pintu neraka ditutup, serta syaitan-syaitan yang jahat dirantai. Allah mempunyai satu malam dalam bulan Ramadhan yang mana malam tersebut lebih baik dari seribu bulan. Sesiapa yang terhalang dari mendapat kebaikan malam tersebut maka sesungguhnya dia benar-benar telah terhalang" (HR Ibn Majah)

#Maka rebutlah peluang ini serta ditambahkan lagi dengan pelbagai amal di siang harinya dan di malam harinya agar tawaran yang telah disediakan oleh Allah swt disepanjang bulan ini dapat dimanfaatkan sebaiknya oleh kita.

#Telah berkata Dr. Sayyid al-Affani: "Kita mendapati golongan salaf yang terdahulu menyambut Ramadhan dengan taubat nasuha kepada Allah swt dan kembali kepadaNya dengan mengerjakan ketaatan, memperbaiki diri sama ada dalaman dan luaran, bersedia dengan bersungguh-sungguh untuk melakukan ibadah puasa, solat, membaca al-Quran, berzikir dan semua jenis ibadat"

#Sabda Nabi saw:

مَنْ صَامَ رَمَضَانَ إِيمَانًا وَاحْتِسَابًا غُفِرَ لَهُ مَا تَقَدَّمَ مِنْ ذَنْبِهِ 

"Siapa yang berpuasa dengan penuh keimanan dan mengharapkan keredhaan Allah swt, maka akan diampunkan segala dosanya yang telah lalu" (HR al-Bukhari)

♡Selamat menyambut bulan Ramadhan kepada semua. Semoga Allah swt menerima segala amal soleh dan ketaatan kita di dalamnya. Aamiiin♡

🐊Ust Naim
*Telegram Channel*
Klik link ini untuk join:
http://bit.ly/tadabburkalamullah

*Facebook Page:*
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah

Читать полностью…

Tadabbur Kalamullah

*SEDEKAH JUMAAT: SEKAMPIT BERAS UNTUK ASNAF*

Klik dan Sumbang:
https://toyyibpay.com/SEKAMPIT-BERAS-UNTUK-ASNAF

*Jangan tunggu lagi. Hari ini kita boleh menjadi penyebab senyuman di wajah mereka golongan asnaf dengan bersama-sama menjayakan "Projek Infaq Sekampit Beras Untuk Asnaf"*

Sejak beras tempatan tiada di pasaran dan harga beras semakin mahal, Geng Talaqqi menerima banyak permohonan berkaitan bantuan beras untuk golongan asnaf yang memerlukan.

Di saat ini harga beras agak mahal dan ini memberi kesan besar kepada para asnaf terutama yang memiliki keluarga yang ramai. Beras adalah makanan utama rakyat Malaysia khususnya golongan asnaf.

Bantuan sekampit beras ini sangat membantu meringankan bebanan golongan asnaf fakir miskin, orang asli, ibu tunggal dan golongan yang memerlukan. Semoga kehidupan para penyumbang diberkati dan dilimpahkan lagi rezeki daripada Allah swt.

Untuk makluman, Tabung Sekampit Beras Untuk Asnaf semakin susut dananya, namun keperluannya semakin hari semakin meningkat.

Oleh itu, Geng Talaqqi mengambil inisiatif untuk meneruskan program Sekampit Beras Untuk Asnaf disamping menyediakan barangan-barangan dapur yang lain mengikut kemampuan kewangan yang ada.

*DIPERLUKAN RM20 RIBU UNTUK 1000 KAMPIT BERAS 5KG*

Jom kita bantu mereka. Moga Allah membantu kita semua!! Jom kita ringankan bebanan mereka. Moga Allah meringankan bebanan kita dunia akhirat. Aamiiin!!

*SEKAMPIT BERAS BAKAL MENJADI PENDINDING DARIPADA BAKARAN API NERAKA*

Daripada Sayidina Aisyah r.ha, bahawa Rasulullah saw bersabda:

اتقوا النارَ ولو بشقِّ تمرةٍ

“Jauhilah api neraka, walau hanya dengan bersedekah sebiji kurma” (HR Ahmad)
..................
Sumbangan boleh disalurkan ke akaun toyyib pay:

https://toyyibpay.com/SEKAMPIT-BERAS-UNTUK-ASNAF

*Pertubuhan Kebajikan Ilmu dan Amal Selangor
*Maybank_5629_9101_9074
*Cimb_8604_7707_81
*Remark: SEKAMPIT BERAS UNTUK ASNAF

SMS/Whatsapp slip/bukti sumbangan kepada:

📲Ust naim: http://www.wasap.my/60196023803/SekampitBerasUntukAsnaf

📲Tn Abu Umar: http://www.wasap.my/60193113501/SekampitBerasUntukAsnaf

📲Tn Akmalizan: http://www.wasap.my/60172722696/SekampitBerasUntukAsnaf

📲Puan Zarina: http://www.wasap.my/60193223501/SekampitBerasUntukAsnaf

*ANDA HULUR, KAMI SALUR*

Читать полностью…

Tadabbur Kalamullah

☆Tadabbur Kalamullah 29 Syaaban 1446H☆

وَالَّذِينَ جَاءُوا مِن بَعْدِهِمْ يَقُولُونَ رَبَّنَا اغْفِرْ لَنَا وَلِإِخْوَانِنَا الَّذِينَ سَبَقُونَا بِالْإِيمَانِ وَلَا تَجْعَلْ فِي قُلُوبِنَا غِلًّا لِّلَّذِينَ آمَنُوا رَبَّنَا إِنَّكَ رَءُوفٌ رَّحِيمٌ

"Dan orang-orang (Islam) yang datang kemudian daripada mereka (berdoa dengan) berkata: “Wahai Tuhan Kami! Ampunkanlah dosa kami dan dosa saudara-saudara kami yang mendahului kami dalam iman, dan janganlah Engkau jadikan dalam hati perasaan hasad dengki dan dendam terhadap orang-orang yang beriman. Wahai Tuhan kami! Sesungguhnya Engkau Amat Melimpah Belas kasihan dan RahmatMu"

#Ayat ini menyebut bahawa terdapat segolongan orang beriman berdoa untuk generasi yang mendahului mereka di dalam iman.

#Kita digalakkan untuk mendoakan keampunan, kerahmatan dan kesejahteraan kepada orang yang telah mendahului kita bertemu Allah swt. Moga mereka diampuni dan dihimpunkan bersama hamba-hamba Allah yang beriman, bertaqwa dan soleh.

#Selain berdoa, bersedekah dan beristighfar untuk orang yang meninggal dunia, kita juga diharuskan untuk menyedekahkan pahala bacaan al-Quran kepada orang yang telah meninggal dunia.

#Antara sikap sebahagian ulamak dahulu ketika membaca kitab, mereka akan membaca beberapa ayat al-Quran, lalu mereka hadiahkan pahala bacaan al-Quran tersebut kepada penulis kitab. Berkata Imam Najmuddin Al-Tufi Al-Hanbali rahimahullah:

وَلَقَدْ طَالَمَا نَظَرْتُ فِي كُتُبِ الْفُضَلَاءِ، فَإِذَا رَأَيْتُ فَائِدَةً مُسْتَغْرَبَةً، أَوْ حَلَّ أَمْرٍ مُشْكِلٍ، أَقْرَأُ لِمُصَنِّفِ الْكِتَابِ شَيْئًا مِنَ الْقُرْآنِ، وَأَجْعَلُ لَهُ ثَوَابَهُ عَلَى مَذْهَبِنَا فِي ذَلِكَ، وَإِنْ كَانَ الْمُصَنِّفُ مِمَّنْ لَا يَعْتَقِدُ وُصُولَهُ، فَأَنَا أَرْجُو مِنَ النَّاسِ مِثْلَ ذَلِكَ، فَإِنَّهُ يُقَالُ: كَمَا تَكُونُوا يُوَلَّى عَلَيْكُمْ.

"Setiap kali aku menekuni kitab-kitab para ulamak yang mulia, dan aku mendapat faedah yang menakjubkan, atau kitab tersebut (terdapat padanya maklumat yang) menyelesaikan kemusykilanku, maka aku akan membacakan sedikit ayat-ayat Al-Quran kepada penulis kitab, dan aku hadiahkan pahala bacaan tersebut buat dirinya, berdasarkan pendapat mazhab kita (Al-Hanabilah) dalam isu tersebut. (Dan hal ini aku lakukan) meskipun penulis kitab itu dari kalangan mereka yang tidak berpendapat bahawa bacaan Al-Quran itu sampai (pahala bacaannya kepada orang yang telah meninggal dunia). Dan aku juga berharap, orang ramai dapat melakukan perkara yang sama (apabila membaca kitab-kitabku). Kerana dikatakan: Seperti mana yang kamu lakukan, begitulah yang akan dilakukan kepada kamu" (Lihat: Syarah Mukhtasar Al-Raudhah)

#Di sisi mazhab Hanbali, menghadiahkan pahala bacaan al-Quran kepada si mati adalah dibolehkan dan ianya sampai kepada si mati.

#Imam Ibn Taimiyyah rahimahullah berkata: "Adapun berkenaan sampainya pahala ibadat-ibadat badan seperti bacaan al-Quran, solat, dan puasa, maka mazhab Ahmad, Abu Hanifah, dan sebahagian dari ulamak mazhab Malik dan as-Syafi’e berpendapat ianya sampai (kepada si mati). Manakala kebanyakan ulamak mazhab Malik dan as-Syafi’e berpendapat bahawa ia tidak sampai" (Lihat: Majmu’ Al-Fatawa)

#Kata beliau lagi:

‎فَإِذَا أَهْدَى لِمَيِّتِ ثَوَابَ صِيَامٍ أَوْ صَلَاةٍ أَوْ قِرَاءَةٍ جَازَ ذَلِكَ

"Sekiranya seseorang itu menghadiahkan kepada si mati pahala puasa, solat, atau bacaan al-Quran, hukumnya adalah dibolehkan".

#Jom banyakkan berdoa untuk mereka yang telah mendahului kita:

اللَّهُمَّ اغْفِرْ لَهم، وارْحمْهم، وعافهم، واعْفُ عنْهم، وَأَكرِمْ نزُلَهم، وَوسِّعْ مُدْخَلَهم واغْسِلْهم بِالماءِ والثَّلْجِ والْبرَدِ، ونَقِّهم منَ الخَـطَايَا، كما نَقَّيْتَ الثَّوب الأبْيَضَ منَ الدَّنَس، وَأَبْدِلْهم دارا خيراً مِنْ دَارِهم، وَأَهْلاً خَيراً منْ أهْلِهم، وأدْخِلْهم الجنَّةَ

♡Semoga orang tua kita atau arwah yang telah meninggal dunia tatkala kita berbakti kepada Tuhan, melakukan ibadah, membaca al-Quran, berdoa, berzikir dan melakukan segala amal baik, maka mereka akan memperolehi pahala yang sebanyak-banyaknya. InsyaAllah, Aamiiin♡

🐊Ust Naim
*Telegram Channel*
Klik link ini untuk join:
http://bit.ly/tadabburkalamullah

Читать полностью…

Tadabbur Kalamullah

🐊Ust Naim
*Whatsapp Channel*
Klik link untuk join :
https://bit.ly/tadabburrkalamullah

*Telegram Channel*
Klik link ini untuk join:
http://bit.ly/tadabburkalamullah

*Facebook Page:*
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah

Читать полностью…

Tadabbur Kalamullah

Boleh baca Tadabburkalamullah di Channel Whatsapp... Buka link ni dan Join...

Читать полностью…

Tadabbur Kalamullah

☆Tadabbur Kalamullah 26 Syaaban 1446H☆

وَٱلَّذِی هُوَ یُطۡعِمُنِی وَیَسۡقِینِ

"Dan Tuhan yang Dialah jua memberiku makan dan memberi minum" [Surah Ash-Shuʿarāʾ 79]

#Allahlah Tuhan yang memberi kita makan dan minum. Oleh itu, kita hendaklah mensyukurinya dengan menyembah dan beribadah hanya kepada Allah swt.

#Dalam hal berkaitan makan dan minum, Islam mengajar adab dan garis panduannya. Imam an-Nawawi dalam kitabnya, al-Azkar mengadakan satu bab khusus yang menerangkan sunnah bercakap dan berbual-bual sambil makan. Beliau menyebutkan, “بابُ استحباب الكَلامِ على الطَّعام” (Bab mengenai anjuran berbicara ketika makan).

#Di antara dalilnya ialah hadis  diriwayatkan Sayidina Jabir r.a:

أنَّ النبيَّ صَلّى اللَّهُ عليه وَسَلَّمَ سَأَلَ أَهْلَهُ الأُدُمَ، فَقالوا: ما عِنْدَنا إلّا خَلٌّ، فَدَعا به، فَجَعَلَ يَأْكُلُ به، ويقولُ: نِعْمَ الأُدُمُ الخَلُّ، نِعْمَ الأُدُمُ الخَلُّ

"Nabi saw meminta kepada ahli keluarganya lauk. Mereka menjawab: Kami tidak mempunyai lauk melainkan cuka. Lalu, Baginda meminta supaya dibawakan kepadanya cuka itu dan Baginda pun memakannya sambil bersabda: "Sebaik-baik lauk adalah cuka, sebaik-baik lauk adalah cuka" (HR Muslim)

#Imam an-Nawawi menukilkan pula kenyataan Imam al-Ghazali dalam kitab al-Ihya bahawa termasuk dalam adab-adab makan adalah bercakap perkara baik semasa makan dan bercerita tentang kisah orang-orang soleh berkaitan makanan dan lain-lain. (Lihat: al-Azkar)

#Berkata Imam Ibn al-Jauzi menyebutkan: "Salah satu adab makan adalah tidak berdiam diri ketika makan, tetapi berbicara perkara baik dan menceritakan kisah orang-orang soleh berkaitan makanan" (Lihat: al-Insaf fi Ma‘rifah al-Rajih min al-Khilaf).

♡Berbicaralah sesuatu yang baik ketika makan kerana ianya anjuran agama. Disamping memastikan makanan yang dimakan adalah halal dan toyyibah♡

🐊Ust Naim
*Whatsapp Channel*
Klik link untuk join :
https://bit.ly/tadabburrkalamullah

*Telegram Channel*
Klik link ini untuk join:
http://bit.ly/tadabburkalamullah

*Facebook Page:*
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah

Читать полностью…

Tadabbur Kalamullah

☆Tadabbur Kalamullah 24 Syaaban 1446H☆

فَإِنَّ ٱللَّهَ یُضِلُّ مَن یَشَاۤءُ وَیَهۡدِی مَن یَشَاۤءُۖ

"Sesungguhnya Allah menyesatkan sesiapa yang dikehendakiNya, dan Ia juga memberi hidayah petunjuk kepada sesiapa yang dikehendakiNya" [Surah Fāṭir 8]

#Hidayah adalah petunjuk yang diberikan oleh Allah swt kepada mana-mana hambaNya untuk mendapatkan kebaikan. Lumrahnya, hidayah ditujukan pada petunjuk agar seseorang mendapat keterbukaan sehingga bersedia untuk memeluk Islam.

#Oleh itu, banyak ayat dalam al-Quran ditegaskan bahawa tidak boleh seseorang memaksa orang lain untuk memeluk agama Islam. Allah berhak mengurniakan hidayah petunjukNya kepada sesiapa sahaja yang dipilihNya. Tugasan kita berdakwah mengajak manusia kepada Allah swt, disamping berdoa dan bertawakkal padaNya.

#Diriwayatkan bahawa Nabi saw pernah mengutus Sayidina ‘Amru bin Umaiyah al- Dhamri untuk membawa surat kepada al-Najasyi, raja Habsyah menyerunya kepada Islam.

Sebaik sahaja surat tersebut sampai dan diketahui isi kandungannya, beliau terus berkata: "Aku bersaksi dengan Allah bahawa dia adalah Nabi yang ditunggu-tunggu oleh para ahli kitab.”

Sebenarnya, al-Najasyi ialah seorang Nasrani bermazhab Nastur yang berpegang kepada tauhid dan menolak ketuhanan al-Masih.

#Antara isi kandungan surat Nabi saw yang menyeru An-Najashi kepada Islam:

"Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Sejahteralah engkau. Sesunguhnya aku memuji Allah yang Maha Memerintah, Maha Suci, Maha Sejahtera, Maha Memberi Keamanan, Yang Maha Melindungi dan aku bersaksi bahawa Isa bin Maryam ialah roh Allah dan kalimahNya yang Allah lontarkannya ke dalam rahim Maryam yang perawan lagi suci dan terpelihara. Lalu dia mengandung Isa yang tercipta dengan ruh dan hembusanNya sebagaimana Allah mencipta Adam hembusanNya dengan kekuasaan dan hembusanNya.

Sesungguhnya, aku menyerumu beriman kepada Allah semata-mata yang tiada sekutu bagiNya, dan terus mentaatiNya, mengikuti aku dan beriman dengan yang datang kepadaku. Sesungguhnya aku adalah Rasulullah dan aku menyerumu dan tentera-tenteramu beriman kepada Allah. Dengan itu aku telah menyampaikan nasihatku kepadamu maka terimalah nasihatku itu dan sejahteralah sesiapa yang mengikuti petunjuk"

#Setelah membacanya, al-Najasyi meletakkan surat tersebut di matanya dan turun dari singahsana lalu duduk di atas lantai. Al-Najasyi masuk Islam dan berdoa demi kebenaran Tuhan yang Maha Agung dan memberikan surat Rasulullah kepadanya dengan berkata: "Habsyah sentiasa dalam keadaan baik selagi kandungan surat Rasulullah menjadi pegangan penduduknya".

#Inilah hidayah Allah swt kepada an-Najasyi. Dengan selembar surat, telah membuka pintu hatinya untuk memeluk Islam dan beriman kepada Allah swt.

♡Ajaklah manusia kepada Allah swt tanpa henti dan tanpa jemu. Moga hidayah Allah swt untuk kita dan juga mereka. Aamiin♡

🐊Ust Naim
*Whatsapp Channel*
Klik link untuk join :
https://bit.ly/tadabburrkalamullah

*Telegram Channel*
Klik link ini untuk join:
http://bit.ly/tadabburkalamullah

*Facebook Page:*
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah

Читать полностью…

Tadabbur Kalamullah

*SEDEKAH JUMAAT: SEMARAK KASIH RAMADHAN, SANTUNI DHU'AFAK 1446H/2025M*

*Klik dan sumbang:*
https://toyyibpay.com/SEMARAK-KASIH-RAMADHAN-GT

Assalamualaikum wbt. Salam Jumaat penuh barakah..

Bulan yang bakal menjadikan kita jutawan pahala dan jutawan akhirat bakal tiba tidak lama lagi. Ramadhan bulan penuh berkat yang ditunggu-tunggu hampir menjelma beberapa hari sahaja lagi.

Dengan ini, pihak Geng Talaqqi membuka ruang infaq seluas-luasnya untuk kita beroleh gandaan pahala setiap hari sepanjang Ramadhan dengan berinfaq untuk program-program kebajikan melibatkan asnaf, golongan fakir miskin, anak yatim, Muallaf, pelajar tahfiz, pondok warga emas, ibu tunggal dan mereka yang memerlukan di sepanjang bulan Ramadhan ini.

*DANA YANG DIPERLUKAN: RM100 RIBU*

JOM MELABUR DALAM SAHAM SEMARAK KASIH RAMADHAN, SANTUNI DHU'AFAK SEMPENA RAMADHAN - GENG TALAQQI. *ANTARA PROGRAM YANG AKAN DIJALANKAN:*

1. PROGRAM BAKUL MAKANAN ASNAF

2. TAJAAN IFTAR RAMADHAN
-Surau Kg Orang Asli
-Rumah anak yatim
-Maahad Tahfiz
-Madrasah/Maahad/Pondok/Masjid/Surau

3. PROGRAM TAJAAN BUBUR LAMBUK

4. SEKAMPIT BERAS UNTUK ASNAF

5. TAJAAN KURMA BERBUKA PUASA

Jom memburu ganjaran maksimum disepanjang Ramadhan yang bakal menjelma ini dengan menyumbang semaksimum daripada harta kita untuk PROGRAM SEMARAK KASIH RAMADHAN, SANTUNI DHU'AFAK 1446H/2025M.

Jazakumullahu khairan kathira diucapkan kepada para penyumbang. Semoga diberkati rezeki, dipanjangkan umur untuk bertemu Ramadhan dan Lailatulqadar serta dikurniakan kesihatan yang baik. Aamiiin
........................
*Diriwayatkan oleh Zaid bin Khalid al-Juhani r.a bahawa Rasulullah saw bersabda*:

مَنْ فَطَّرَ صَائِمًا كَانَ لَهُ مِثْلُ أَجْرِهِ غَيْرَ أَنَّهُ لاَ يَنْقُصُ مِنْ أَجْرِ الصَّائِمِ شَيْئًا

"*Sesiapa yang memberi makan kepada orang yang berpuasa dia akan mendapat pahala yang sama dengan orang yang berpuasa dalam keadaan pahala orang tersebut tidak berkurangan sedikit pun"* (HR at-Tirmizi)

Imam Izzuddin Al-Izz bin Abd al-Salam berkata: *Sesiapa yang memberi makan kepada 36 orang yang berpuasa dalam sepanjang tahun, maka dia akan mendapat pahala berpuasa selama setahun*
..................
*Sumbangan boleh disalurkan ke Akaun Toyyib Pay:*

https://toyyibpay.com/SEMARAK-KASIH-RAMADHAN-GT

*Atau terus ke akaun:*

*Pertubuhan Kebajikan Ilmu dan Amal Selangor
*Maybank_5629_9101_9074
*Cimb_8604_7707_81
*Remark: SEMARAK KASIH RAMADHAN GT

*SMS/Whatsapp slip/bukti sumbangan kepada:*

📲Ust Naim: http://www.wasap.my/60196023803/SemarakKasihRamadhanGT

📲Tn Abu Umar: http://www.wasap.my/60193113501/SemarakKasihRamadhanGT

📲Tn Akmalizan: http://www.wasap.my/60172722696/SemarakKasihRamadhanGT

📲Puan Zarina: http://www.wasap.my/60193223501/SemarakKasihRamadhanGT

*ANDA HULUR, KAMI SALUR*

_RAMADHAN KAREEM_

Читать полностью…

Tadabbur Kalamullah

☆Tadabbur Kalamullah 21 Syaaban 1446H☆

وَلَمَّا بَلَغَ أَشُدَّهُۥۤ ءَاتَیۡنَـٰهُ حُكۡمࣰا وَعِلۡمࣰاۚ وَكَذَ ٰ⁠لِكَ نَجۡزِی ٱلۡمُحۡسِنِینَ

"Dan ketika Yusuf sampai ke peringkat umurnya yang sempurna kekuatannya, Kami beri kepadanya kebijaksanaan serta ilmu pengetahuan; dan demikianlah kami membalas orang-orang yang berusaha memperbaiki amalannya" [Surah Yusuf 22]

#Ilmu merupakan suatu perkara yang sangat penting dalam mengurus kehidupan didunia ini. Para Nabi dan Rasul juga merupakan ahli ilmu. Mereka dikurniakan ilmu dan hikmah.

#Ilmu juga adalah jambatan untuk seseorang itu ke Syurga. Hal ini kerana ilmu merupakan perkara yang penting untuk memastikan seseorang itu beramal dengan benar dan tepat sebagaimana yang dikehendaki oleh syarak, lalu diterima oleh Allah swt.

#Kata pujangga:

وَكُلُّ مَنْ بِغَيْرِ عِلْمٍ يَعْمَلُ, أَعْمَالُهُ مَرْدُودَةٌ لَا تُقْبَلُ

"Setiap siapa beramal tanpa ilmu, segala amalannya ditolak dan tidak diterima" (Lihat: al-Zubad fi Fiqh al-Syafi’i)

#Berkata Imam Malik rahimahullah: "Ilmu dan hikmah adalah cahaya yang Allah hidupkan dengannya siapa yang dikehendakinya, bukan dengan banyaknya masalah ilmiah".

#Oleh itu, bersempena kita memasuki bulan Ramadhan, maka sibukkanlah diri untuk mengulangkaji ilmu dan hukum hakam berkaitan Ramadhan.

#Antara pesanan as-Syaikh Dr. ‘Abdul ‘Aziz as-Sadhan hafizahullah, hendaklah penuntut ilmu itu berusaha untuk membaca berkenaan setiap peristiwa yang berlaku, kejadian yang terjadi, atau berkenaan musim tertentu, sebelum dia memasukinya. Kata beliau:

فإذا كنا على أبواب رمضان وأردنا معرفة وترسيخ أحكام الصيام في أذهاننا فعلينا أن نتفرغ قبل رمضان بمدة، أسبوع أو أسبوعين أو شهر، كل حسب طاقته لنقرأ عن الصيام ونحضر محاضرات الصيام وحلق العلم المتعلقة بالصيام ونقرأ فتاوى الصيام ونسمع الأشرطة المتعلقة بالصيام

"Sekiranya kita menghampiri pintu-pintu Ramadhan, dan kita ingin mengetahui dan mengukuhkan hukum-hakam puasa dalam fikiran kita, maka hendaklah kita melapangkan tempoh masa sebelum Ramadhan, sama ada seminggu, dua minggu, atau sebulan, semuanya bergantung kepada tahap kemampuan, untuk kita membaca berkenaan puasa, menghadiri ceramah-ceramah puasa, duduk di dalam halaqah-halaqah yang berkaitan dengan puasa, membaca fatwa-fatwa puasa, serta mendengar kaset-kaset yang berkaitan dengan puasa…" (Lihat: Ma’alim fi Tariq Talab Al-Ilm)

♡Jom tambah ilmu berkaitan Ramadhan, moga kita memasuki Ramadhan dengan ilmu penuh didada dan beramal berdasarkan ilmu yang benar♡

🐊Ust Naim
*Whatsapp Channel*
Klik link untuk join :
https://bit.ly/tadabburrkalamullah

*Telegram Channel*
Klik link ini untuk join:
http://bit.ly/tadabburkalamullah

*Facebook Page:*
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah

Читать полностью…

Tadabbur Kalamullah

☆Tadabbur Kalamullah 19 Syaaban 1446H☆

الَّذِينَ آمَنُوا وَلَمْ يَلْبِسُوا إِيمَانَهُم بِظُلْمٍ أُولَـٰئِكَ لَهُمُ الْأَمْنُ وَهُم مُّهْتَدُونَ

"Orang-orang yang beriman dan tidak mencampur adukkan iman mereka dengan kezaliman (syirik), mereka itulah orang-orang yang mendapat keamanan dan merekalah orang-orang yang mendapat hidayah petunjuk" [Surah al-An’am 82]

#Jalan bagi orang yang ingin bahagia ialah hendaklah dia selalu melakukan kebaikan dan menjauhi segala keburukan agar dirinya sentiasa diliputi oleh rasa aman.

#Diceritakan kisah seorang perempuan yang dikurniakan pelbagai kelebihan dan kenikmatan, tetapi akhirnya ia merasakan taqwa dan mengabdikan diri kepada Allah adalah puncak kebahagiaan. Katanya:

وَلَستُ أَرى السَعادَةَ جَمعَ مالٍ, وَلَكِنَّ التَقيَّ هُوَ السَعيدُ

"Dan aku tidak melihat kebahagiaan hakiki dengan himpunan harta. Tetapi orang yang bertaqwa itulah sebenarnya orang bahagia" (Syair ini dinisbahkan kepada al-Hati'ah iaitu Jarwal bin Aus bin Malik al-'Absi Abu Mulaikah, penyair Mukhadram yang hidup pada zaman Jahiliyyah dan Islam)

#Imam as-Syatibi menukilkan kata-kata seorang ulamak sufi iaitu Abu ‘Ali al-Jauzjani yang menyebutkan 7 petanda bahagia:

‎مِنْ عَلَامَاتِ السَّعَادَةِ عَلَى الْعَبْدِ: تَيْسِيرُ الطَّاعَةِ عَلَيْهِ، وَمُوَافَقَةُ السُّنَّةِ فِي أَفْعَالِهِ، وَصُحْبَتُهُ لِأَهْلِ الصَّلَاحِ، وَحُسْنُ أَخْلَاقِهِ مَعَ الْإِخْوَانِ، وَبَذْلُ مَعْرُوفِهِ لِلْخَلْقِ وَاهْتِمَامُهُ لِلْمُسْلِمِينَ، وَمُرَاعَاتُهُ لِأَوْقَاتِهِ

"Antara petanda kebahagiaan seorang insan ialah:

1. Dipermudahkan buat dirinya melaksanakan ketaatan
2. Dia menepati sunnah pada amalan dan perbuatan
3. Dia berteman dengan ahli-ahli kebaikan
4. Baik akhlaknya bersama teman-teman
5. Kepada seluruh makhluk, dia melakukan kebajikan
6. Kepada sesama muslim, dia memberikan pertolongan, tumpuan, dan perhatian
7. Seluruh waktunya dijaga, dipelihara, dan diraikan" (Lihat: Al-I’tisam)

#Jika ada petanda-petanda ini pada diri kita, maka itulah hakikat bahagia. Jika tiada, dan yang ada pula ialah ciri yang berlawanan dengan kesemuanya, maka itulah derita dan alangkah dukacita.

♡Kebahagiaan itu adalah keriangan hati kerana kebenaran yang dijalaninya, kelapangan dada kerana prinsip yang diyakininya dan ketenangan hati kerana kebaikan yang dimilikinya. Selamat memburu kebahagiaan dalam kehidupan dunia dan moga beroleh syurga di akhirat kelak, yang pasti akan bahagia selama-lamanya!!♡

🐊Ust Naim
*Whatsapp Channel*
Klik link untuk join :
https://bit.ly/tadabburrkalamullah

*Telegram Channel*
Klik link ini untuk join:
http://bit.ly/tadabburkalamullah

*Facebook Page:*
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah

Читать полностью…
Subscribe to a channel