Oleh Ustaz Muhamad Naim Haji Hashim
☆Tadabbur Kalamullah 29 Jamadil Akhir 1446H☆
يَعْلَمُونَ ظَاهِرًا مِنَ الْحَيَاةِ الدُّنْيَا وَهُمْ عَنِ الْآَخِرَةِ هُمْ غَافِلُونَ
"Mereka hanya mengetahui yang lahir (sahaja) dari kehidupan dunia; sedang mereka tentang (kehidupan) akhirat adalah lalai" [Surah ar-Rum 7]
#Kebanyakan manusia terutama di akhir zaman ini hanya nampak perkara yang zahir sahaja dan tidak tahu tentang akhirat, melainkan hanya yang disampaikan kepada kita melalui wahyu Allah swt.
#Namun, malangnya kebanyakan manusia tidak mahu mengambil tahu maklumat-maklumat tentang akhirat yang ada dalam wahyu Ilahi.
#Beginilah sifat orang kafir yang hanya melihat pada zahir semata. Sebagai contoh, dalam bab perang, mereka beranggapan senjata mereka hebat dan canggih, maka mereka yakin mereka tentu akan menang dalam setiap peperangan yang disertai. Mereka tidak lihat dan tidak tahu berkaitan pertolongan Allah swt. Menang kalah dibawah kehendak Allah swt. Ini kerana mereka memang tidak percaya kepada Allah swt dengan sebenarnya.
#Begitu jugalah dengan hal dunia dan akhirat. Kebanyakan manusia hanya mementingkan perkara keduniaan sahaja dan mengabaikan pengetahuan berkaitan akhirat.
#Disebabkan kebanyakan manusia tidak nampak masa depan akhirat maka mereka lalai tentang akhirat serta tidak membuat persediaan yang terhebat untuk pulang ke akhirat, kerana mereka hanya nampak dunia yang zahir ini sahaja. Mereka bermati-matian mengejar kelebihan yang mereka nampak pada dunia tanpa peduli halal haram dan dosa pahala. Mereka juga tidak nampak bahawa perbuatan di dunia ini memberi kesan kepada nasib di akhirat kelak.
#Kerana terlalu melebihkan dunialah manusia tidak mementingkan ilmu agama. Kalau bab ilmu dunia mereka akan belajar bersungguh-sungguh, tetapi bab agama mereka hanya belajar sambil lewa sahaja. Maka, ramai yang jahil dalam bab agama.
#Berkata Imam Hasan al-Basri: "Demi Allah, kecintaan seseorang dari mereka kepada dunianya benar-benar mencapai batas yang tidak terperikan, sehingga ketika dia sedang membolak-balikkan mata wang dirham di atas kukunya, dia dapat menceritakan kepadamu tentang berat kandungan logamnya, padahal dia masih belum dapat melakukan solat dengan baik".
♡Sebenarnya, ayat ini memaklumkan Allah menegur sikap manusia yang terlalu mementingkan dunia sahaja tanpa peduli akhirat. Maka, bermuhasabahlah!!♡
🐊Ust naim
Klik link ini untuk join:
http://bit.ly/tadabburkalamullah
Facebook:
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah
☆Tadabbur Kalamullah 28 Jamadil Akhir 1446H☆
ٱلَّذِینَ صَبَرُوا۟ وَعَلَىٰ رَبِّهِمۡ یَتَوَكَّلُونَ
"(Iaitu) mereka yang sabar, dan mereka pula berserah diri bulat-bulat kepada Tuhannya"
[Surah al-ʿAnkabūt 59]
#Golongan yang memiliki peluang untuk memasuki syurga adalah mereka yang bersabar. Apa sahaja ujian atau musibah yang terjadi kepada mereka, mereka sabar dan berserah kepada Allah swt.
#Imam Ibrahim at-Taimi rahimahullah berkata:
عن إبراهيم التيمي، قال: (ما من عبد وهب الله له صبرًا على الأذى، وصبرًا على البلاء، وصبرًا على المصائب، إلا وقد أُوتي أفضل ما أوتيه أحد، بعد الإيمان بالله)
"Tidaklah seorang hamba itu dikurniakan kesabaran saat dia disakiti, kesabaran saat dia diuji serta kesabaran saat dia ditimba musibah melainkan dia telah dikurniakan satu anugerah sangat mulia yang tidak diberi kepada semua manusia selepas anugerah keimanan kepada Allah. (Lihat: Kitab al-Sabr wa al-Thawab alaihi oleh Ibnu Abi Dunya)
#Sabar itu bermaksud mereka redha dengan apa yang Allah telah tentukan kepada mereka.
Mereka terima ketentuan Allah kerana mereka sedar yang mereka hanya hamba sahaja dan Allah boleh buat apa-apa sahaja kepada mereka.
#Oleh itu mereka bersabar dalam mempertahankan agama, berhijrah kepada Allah serta memisahkan diri dari musuh-musuh Allah, rela berpisah dengan keluarga dan kaum kerabat demi kerana Allah dan mengharapkan pahala yang ada di sisiNya serta percaya kepada apa yang dijanjikan oleh-Nya.
#Sabda Nabi saw, bahawa Allah swt berfirman dalam hadis Qudsi: "Wahai anak Adam, jika engkau sabar dan mencari ganjaran pada saat awal musibah (yang menimpa), maka Aku tidak meridhai pahala bagimu selain syurga" (HR Ibn Majah)
#Terdapat golongan yang menentang dakwah tauhid dan penentangan itu kadangkala amat pedih dan berat. Namun, mereka yang mantap imannya, kukuh pegangannya serta tinggi kesabarannya tetap terus berada dalam agama tauhid ini dan terus menyampaikannya kepada manusia lain dengan penuh kesungguhan dan kesabaran.
♡Sentiasalah bersabar di sepanjang kehidupan ini disamping pergantungan hanya kepadaNya. Moga syurga layak menjadi milik kita. Aamiiin♡
🐊Ust naim
Klik link ini untuk join:
http://bit.ly/tadabburkalamullah
Facebook:
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah
*SEDEKAH JUMAAT: PEMBINAAN SEMULA PASTI AL-ADAWIYAH, PULAU PANGKOR SELEPAS MUSNAH SEBAHAGIAN AKIBAT DIBADAI OMBAK*
Klik dan sumbang:
https://toyyibpay.com/PASTI-ADAWIYAH-PANGKOR
Assalamualaikum wbt.
Pihak pengurusan Pasti Al-Adawiyah memohon jasa baik para penyumbang yang dermawan untuk membantu mereka mambina semula bangunan pasti yang sebahagianya musnah dibadai ombak. Sebelum ini pasti Al-Adawiyah dibina menggunakan kayu. Insya Allah untuk pembinaan semula akan menggunakan batu bata yang lebih kukuh dan tahan ombak.
Pasti Al-Adawiyah telah pun beroperasi sebelum ini dengan jumlah murid seramai 20 orang dan 2 tenaga pengajar. Selain beroperasi sebagai sekolah pasti, bangunan pasti ini juga dijadikan kelas pengajian wanita/muslimat.
*DANA DIPERLUKAN: RM60 RIBU*
Oleh itu, pembinaan semula bangunan yang musnah perlu disegerakan untuk meneruskan pembelajaran anak-anak pasti menjelang sesi pembukaan semula sekolah pada tahun 2025.
Pihak Geng Talaqqi mengalu-alukan kepada sahabat dermawan semua untuk sama-sama berkongsi rezeki dengan menghulurkan sumbangan bagi melancarkan kerja-kerja pembinaan Pasti Al-Adawiyah.
Firman Allah swt:
وَتَعَاوَنُوا عَلَى الْبِرِّ وَالتَّقْوَىٰ
"Dan saling membantulah kamu dalam perkara kebajikan dan ketakwaan" [Surah al-Ma’idah ayat 2]
Jazakumullahu khairan kathira, semoga setiap sen yang tuan/puan sumbangkan akan memudahkan setiap langkah perjalanan kita menuju ke syurga Allah kelak.. Aamiiin
=================
*Sumbangan boleh disalurkan ke akaun Toyyib Pay:*
https://toyyibpay.com/PASTI-ADAWIYAH-PANGKOR
*Atau transfer/bank in ke akaun:*
*Pertubuhan Kebajikan Ilmu dan Amal Selangor
*Maybank_5629_9101_9074
*Cimb_8604_7707_81
*Remark: PASTI AL-ADAWIYAH PANGKOR
SMS/Whatsapp slip/bukti sumbangan kepada:
📲Ust naim: http://www.wasap.my/60196023803/PastiAdawiyahPangkor
📲Tn Abu Umar: http://www.wasap.my/60193113501/PastiAdawiyahPangkor
📲Tn Akmalizan: http://www.wasap.my/60172722696/PastiAdawiyahPangkor
📲Puan Zarina: http://www.wasap.my/60193223501/PastiAdawiyahPangkor
*ANDA HULUR, KAMI SALUR*
☆Tadabbur Kalamullah 25 Jamadil Akhir 1446H☆
یَسۡتَعۡجِلُونَكَ بِٱلۡعَذَابِ وَإِنَّ جَهَنَّمَ لَمُحِیطَةُۢ بِٱلۡكَـٰفِرِینَ
"Mereka meminta kepadamu menyegerakan kedatangan azab itu, padahal sesungguhnya neraka Jahannam tetap akan meliputi orang-orang yang kafir" [Surah al-ʿAnkabut 54]
#Disebabkan mereka tersangat degil, maka mereka telah meminta supaya azab disegerakan kepada mereka. Ini kerana mereka tidak percaya tentang kedatangan azab sebagaimana yang dijanjikan maka mereka minta disegerakan menimpa mereka.
#Ini merupakan permintaan yang amat bodoh. Permintaan yang menyebabkan penyesalan dan kesengsaraan yang tiada kesudahan. Sepatutnya mereka memohon agar diampunkan dosa mereka tetapi mereka memohon agar segera datangnya azab.
#Mereka itu sudah ditakdirkan menjadi penghuni neraka dan mereka tidak sedar neraka sedang mendekat kepada mereka dan neraka akan mengepung mereka dari segenap arah dan penjuru dan mereka tidak akan ada peluang untuk keluar. Maka azab yang mereka minta itu pasti akan datang, tunggulah masanya pasti tiba.
یَوۡمَ یَغۡشَىٰهُمُ ٱلۡعَذَابُ مِن فَوۡقِهِمۡ وَمِن تَحۡتِ أَرۡجُلِهِمۡ وَیَقُولُ ذُوقُوا۟ مَا كُنتُمۡ تَعۡمَلُونَ
"Pada hari azab itu menyelubungi mereka dari sebelah atas mereka dan dari bawah kaki mereka; dan (malaikat yang melakukannya) akan berkata kepada mereka: "Rasalah kamu (balasan) apa yang kamu telah kerjakan" [Surah al-ʿAnkabūt 55]
#Allah mengatakan mereka akan diselubungi dengan api yang tebal sekali. Nampak api sahaja menyelubungi mereka. Kalimah يَغشٰهُمُ digunakan apabila sesuatu itu diselubungi dengan sesuatu yang tebal hingga hampir kita tidak dapat melihat objek itu.
#Dan api itu bukan berada di sekeliling mereka sahaja tetapi dari bawah mereka. Maksudnya mereka berdiri diatas api! Mereka diliputi dengan api dari atas dan juga dari bawah. Alangkah menakutkan.
#Setelah mereka diazab, mereka akan dicerca, diherdik, dihina bahkan Allah mengatakan inilah pembalasannya pada mereka dan rasailah kedahsyatan azab tersebut. Memang saat itu mereka sedang merasainya. Tapi ianya disebut untuk menyakitkan hati mereka lagi.
Dan mereka diingatkan bahawa azab yang mereka rasai itu adalah kerana perbuatan mereka juga. Bukan kerana yang lain. Itu pun mereka memang sudah tahu. Tapi Allah suruh sebut kerana Allah nak sakitkan lagi hati mereka dan agar penyesalan mereka bertambah-tambah.
♡Berdoalah agar kita dijauhi daripada sebarang azab dan moga Allah swt ampuni segala dosa-dosa kita semua♡
🐊Ust naim
Klik link ini untuk join:
http://bit.ly/tadabburkalamullah
Facebook:
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah
☆Tadabbur Kalamullah 23 Jamadil Akhir 1446H☆
مَا كَانَ لِلنَّبِیِّ وَٱلَّذِینَ ءَامَنُوۤا۟ أَن یَسۡتَغۡفِرُوا۟ لِلۡمُشۡرِكِینَ وَلَوۡ كَانُوۤا۟ أُو۟لِی قُرۡبَىٰ مِنۢ بَعۡدِ مَا تَبَیَّنَ لَهُمۡ أَنَّهُمۡ أَصۡحَـٰبُ ٱلۡجَحِیمِ
"Tidaklah dibenarkan bagi Nabi dan orang-orang yang beriman, meminta ampun bagi orang-orang musyrik, sekalipun orang itu kaum kerabat sendiri, sesudah nyata bagi mereka bahawa orang-orang musyrik itu adalah ahli neraka" [Surah at-Tawbah 113]
#Syeikh Dr Wahbah az-Zuhaili dalam tafsirnya menyebut: "Tidak boleh bagi para nabi dan orang-orang beriman untuk turut serta dalam urusan memohon kepada Allah swt dengan keampunan bagi orang-orang musyrik (yang menyekutukan Allah). Maksud tidak boleh di sini adalah larangan daripada Allah swt. Hal ini kerana konsep kenabian dan keimanan tidak menerima pengampunan orang yang mati dalam keadaan syirik, maka tidak perlu memohon keampunan untuk mereka. Dan sebab larangan ini sebagaimana firman Allah swt iaitu 'sesudah nyata bagi mereka bahawa orang-orang musyrik itu adalah ahli neraka' dan firman Allah swt: 'Sesungguhnya Allah tidak mengampuni dosa orang yang syirik dan mengampuni dosa selain daripadanya'" (Lihat: Tafsir al-Munir)
#Ayat ini jelas menunjukkan larangan kepada orang Islam untuk mendoakan keampunan termasuk mensolatkan orang yang mati dalam keadaan kafir kerana mereka ini jelas akan ditempatkan di neraka di akhirat kelak. Hal ini kerana dalam solat jenazah sebanyak 4 takbir itu mengandungi doa keampunan kepada jenazah yang disolatkan itu.
وَلَا تُصَلِّ عَلَىٰۤ أَحَدࣲ مِّنۡهُم مَّاتَ أَبَدࣰا وَلَا تَقُمۡ عَلَىٰ قَبۡرِهِۦۤۖ إِنَّهُمۡ كَفَرُوا۟ بِٱللَّهِ وَرَسُولِهِۦ وَمَاتُوا۟ وَهُمۡ فَـٰسِقُونَ
"Dan janganlah engkau sembahyangkan seorang pun yang mati dari orang-orang munafik itu selama-lamanya, dan janganlah engkau berada di (tepi) kuburnya, kerana sesungguhnya mereka telah kufur kepada Allah dan RasulNya, dan mereka mati sedang mereka dalam keadaan fasik (derhaka)" [Surah at-Tawbah 84]
#Kita tidak dibenarkan mendoakan keampunan kepada orang kafir kerana mereka telah mensyirikkan Allah, maka tiada keampunan untuk dosa syirik. Beratnya dosa syirik itu sampaikan mereka tidak ada peluang langsung untuk diampuni.
إِنَّ ٱللَّهَ لَا یَغۡفِرُ أَن یُشۡرَكَ بِهِۦ
"Sesungguhnya Allah tidak akan mengampunkan dosa syirik mempersekutukanNya" [Surah an-Nisa' 48]
#Namun kita tidak dilarang untuk mendoakan orang kafir sebelum mereka mati. Antaranya mendoakan mereka supaya mendapat hidayah. Contohnya, doa Rasulullah saw setelah pulang dari Taif dan setelah penduduk Taif menolak dakwah baginda dan menyakiti baginda:
اللهُمَّ اهْدِ قَوْمِي فَإِنَّهُمْ لَا يَعْلَمُونَ
"Ya Allah! Berilah hidayah kepada kaumku. Sesungguhnya mereka tidak mengetahui" (HR al-Baihaqi)
#Dalam riwayat yang lain:
قَالَ عَبْدُ اللَّهِ كَأَنِّي أَنْظُرُ إِلَى النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَحْكِي نَبِيًّا مِنْ الْأَنْبِيَاءِ ضَرَبَهُ قَوْمُهُ فَأَدْمَوْهُ فَهُوَ يَمْسَحُ الدَّمَ عَنْ وَجْهِهِ وَيَقُولُ رَبِّ اغْفِرْ لِقَوْمِي فَإِنَّهُمْ لَا يَعْلَمُونَ
Berkata Sayidina Abdullah r.a: "Seakan-akan aku melihat Nabi saw mengisahkan seorang Nabi yang ditempeleng oleh kaumnya sambil dia menahan darah dari wajahnya dan memanjatkan doa: "Ya Rabbi, ampunilah kaumku, sebab mereka adalah orang yang tidak tahu" (Sahih al-Bukhari)
♡Kita dibenar mendoakan hidayah kepada orang kafir dan dilarang mendoakan keampunan kepada orang kafir yang telah meninggal dunia♡
🐊Ust naim
Klik link ini untuk join:
http://bit.ly/tadabburkalamullah
Facebook:
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah
☆Tadabbur Kalamullah 21 Jamadil Akhir 1446H☆
وَاذْكُرِ اسْمَ رَبِّكَ بُكْرَةً وَأَصِيلًا
"Dan sebutlah dengan lidah atau dengan hati akan nama Tuhanmu (di dalam dan di luar solat) pada waktu pagi dan petang" [Surah al-Insan 25]
#Berzikir adalah kelazatan bagi orang-orang yang benar-benar mengenal Allah swt. Kerana itulah hati mereka tersangat tenteram tatkala lidah mereka basah dengan zikrullah.
ٱلَّذِینَ ءَامَنُوا۟ وَتَطۡمَىِٕنُّ قُلُوبُهُم بِذِكۡرِ ٱللَّهِۗ أَلَا بِذِكۡرِ ٱللَّهِ تَطۡمَىِٕنُّ ٱلۡقُلُوبُ
"(Iaitu) orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan zikrullah". Ketahuilah dengan "zikrullah" itu, tenang tenteramlah hati manusia" [Surah ar-Raʿd 28]
#Kita hendaklah sentiasa berzikir agar dapat mencontohi baginda Rasulullah saw. Daripada Sayidatina ‘Aisyah r.ha berkata:
كَانَ رَسُوْلُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَذْكُرُ اللهَ عَلَى كُلِّ أَحْيَانِهِ
"Rasulullah saw selalu berzikir (mengingati) Allah pada setiap waktunya" (HR al-Bukhari dan Muslim)
#Zikir dengan lisan disunnahkan setiap waktu dan ada yang dianjurkan pada waktu tertentu seperti:
1. Zikir selepas solat fardhu.
2. Zikir pagi dan petang selepas subuh dan selepas asar
3. Zikir sebelum tidur, dianjurkan berwudhuk sebelumnya.
4. Zikir setelah bangun tidur.
5. Beristighfar pada waktu sahur.
6. Zikir ketika makan, minum, dan mengambil pakaian.
7. Zikir ketika bersin.
8. Zikir ketika melihat yang lain terkena musibah.
9. Zikir ketika masuk pasar.
10. Zikir ketika mendengar suara ayam berkokok pada malam hari.
11. Zikir ketika mendengar petir.
12. Zikir ketika turun hujan.
13. Zikir ketika turun musibah.
14. Zikir ketika musafir.
15. Zikir ketika meminta perlindungan saat marah.
16. Doa istikharah kepada Allah ketika memilih sesuatu yang belum nampak kebaikannya.
17. Taubat dan istighfar atas dosa kecil dan dosa besar.
#Imam Ibnu Rajab rahimahullah berkata: "Siapa yang menjaga zikir pada waktu-waktu diatas, dialah yang disebut orang yang rajin berzikir kepada Allah pada setiap waktunya" (Lihat: Jaami’ al-‘Ulum wa Al-Hikam)
♡Jom berzikir agar kita sentiasa mengingati Allah swt dan moga mententeramkan jiwa kita yang lalai♡
🐊Ust naim
Klik link ini untuk join:
http://bit.ly/tadabburkalamullah
Facebook:
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah
*SEDEKAH JUMAAT: WAQAF PEMBINAAN SURAU RUMAH ANAK YATIM DAN WARGA EMAS JARIAH QASEH KG GUAR NENAS, KEDAH*
*Klik dan sumbang:*
https://toyyibpay.com/WAQAF-PEMBINAAN-SURAU-JQ
Assalamualaikum wbt para penyumbang budiman....
Nabi SAW bersabda: "Aku dan orang yang menjaga anak yatim seperti ini di dalam syurga. Baginda saw mengisyaratkan dengan merapatkan dua jari baginda saw iaitu jari telunjuk dan jari tengah" (HR at-Tirmizi)
*Surau Rumah Anak Yatim dan Warga Emas Jariah Qaseh ini dirancang pembinaannya di atas tanah bersebelahan rumah Anak Yatim dan rumah Warga Emas Jariah Qaseh yang diuruskan sepenuhnya oleh Kak Natipah Abu di Kg Guar Nenas, Gurun Kedah.*
Sebelum ini, pihak Geng Talaqqi pernah membuka tabung sedekah Jumaat untuk pembinaan rumah anak yatim Jariah Qaseh, alhamdulillah sudah selesai. Kemudian Geng Talaqqi membuka tabung Jumaat untuk pembinaan Tangki Air Jariah Qaseh 5000 liter, alhamdulillah selesai dan sedang berjalan pahalanya kepada para penyumbang.
Kini Geng Talaqqi membuka ruang dan peluang keemasan untuk kita melabur dalam saham terbesar Mahsyar kita iaitu infaq Waqaf Pembinaan Surau Jariah Qaseh.
*DANA DIPERLUKAN: RM150 RIBU*
(Untuk Bumbung, Tiles dan Wayering)
*Untuk makluman semua penyumbang, projek pembinaan surau ini telah berjalan hampir separuh dan sekarang agak slow disebabkan dana masih belum mencukupi. RM150 ribu sudah dibelanjakan untuk fasa yang pertama. InsyaAllah jika berjaya kumpul fasa yang kedua ini sebanyak rm150 ribu lagi, maka akan di siapkan bumbung, tiles dan pendawaian elektrik keseluruhan surau*.
Pembinaan Surau ini adalah untuk kemudahan anak-anak Yatim dan Warga emas yang tinggal disitu mendirikan solat berjemaah, solat sunat dua hari raya, mendengar kuliah agama, mempelajari al-Quran, menyambut hari kebesaran Islam dan pelbagai aktiviti kerohanian boleh dilaksanakan melibatkan juga pihak luar dan penduduk sekitar.
*Dengan ini, Geng Talaqqi membuka infaq/wakaf untuk meneruskan kerja-kerja pembinaan bagi menyiapkan surau ini. Moga ianya menjadi wakaf yang berpanjangan pahalanya untuk semua penyumbang*.
Semoga menjadi amal jariah yang berterusan serta berpanjangan pahalanya mengalir hingga ribuan tahun bahkan akan terus mengalir hingga ke hari kiamat! Aamiiin
Jazakumullahu khairan kathira diucapkan kepada para penyumbang. Semoga diberkati rezeki dan beroleh syurgaNya yang tertinggi dan teristimewa. Aamiin.
...................
*Kepada yang berhajat untuk infaq/wakaf atas nama sendiri atau wakaf atas nama ibu ayah, ANDA BOLEH DISALURKAN KE AKAUN TOYYIB PAY:*
https://toyyibpay.com/WAQAF-PEMBINAAN-SURAU-JQ
*Atau terus ke akaun:*
*Pertubuhan Kebajikan Ilmu dan Amal Selangor
*Maybank_5629_9101_9074
*Cimb_8604_7707_81
*Remark: WAQAF PEMBINAAN SURAU JARIAH QASEH
*SMS/Whatsapp slip/bukti sumbangan kepada:*
📲Ust Naim: http://www.wasap.my/60196023803/WaqafPembinaanSurauJariahQaseh
📲Tn Abu Umar: http://www.wasap.my/60193113501/WaqafPembinaanSurauJariahQaseh
📲Tn Akmalizan: http://www.wasap.my/60172722696/WaqafPembinaanSurauJariahQaseh
📲Puan Zarina: http://www.wasap.my/60193223501/WaqafPembinaanSurauJariahQaseh
*ANDA HULUR, KAMI SALUR*
☆Tadabbur Kalamullah 18 Jamadil Akhir 1446H☆
بِسۡمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِیمِ
"Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani" [Surah al-Fātihah 1]
#Sifat pemurah adalah sifat mahmudah (terpuji) yang sangat dituntut oleh Islam.
#Sabda Rasulullah saw: "Seorang mukmin adalah orang yang mulia lagi pemurah dan orang fasik adalah penipu dan tercela" (HR at-Tirmizi).
#Sabda baginda saw lagi: "Tidak pernah terkumpul sifat bakhil dan iman di hati seorang hamba" (HR an-Nasa'i)
#Rasulullah saw merupakan antara manusia yang kaya kerana 1/5 daripada harta rampasan perang (ghanimah) adalah milik Baginda saw. Namun baginda tidak meninggalkan apa-apa harta selepas kewafatan baginda. Baginda merupakan seorang pemimpin yang pemurah mengamalkan budaya hidup seperti qrakyat jelata. Diriwayatkan bahawa baginda membahagikan harta rampasan perang miliknya dalam masa tidak sampai satu jam kepada sahabat-sahabat yang memerlukannya. Maka, kita wajar menjadi manusia pemurah sebagaimana pemurahnya Allah swt dan RasulNya saw.
#Daripada Sayidatina Aisyah r.ha, bahawa Nabi saw bersabda:
الجنَّةُ دارُ الأسخياءِ
"Syurga adalah kediaman orang-orang yang pemurah!" (Riwayat al-Khara’iti, Ibn Hibban, Ibn ‘Adi dan al-Qadha’i. Hadis Dhaif)
#Jom hayati kisah insan pemurah dibawah ini agar kita dapat mencontohinya:
Abdullah bin al-Mubarak telah mewarisi harta yang begitu banyak daripada orang tuanya, maka Abdullah Ibnu al-Mubarak telah mengembangkan harta tersebut dalam bidang perniagaan, sehinggakan beliau telah menjadi seorang ahli korporat yang sangat hebat dan berjaya. Modal yang digunakan oleh Abdullah Ibnu al-Mubarak untuk melibatkan diri dengan dunia perniagaan adalah sebanyak 400 ribu dirham.
Hasil daripada harta yang telah dikembangkannya itu, beliau telah membelanjakannya untuk membantu fakir-fakir miskin, menuntut ilmu dan menyantuni para ulama selain daripada digunakan untuk berjihad ke jalan Allah. Beliau berniaga bukanlah bertujuan untuk memperkayakan dirinya sendiri, tetapi adalah untuk menolong para ulamak dalam mengembangkan agama Allah.
Alangkah mulia dan tulusnya niat Abdullah Ibnu al-Mubarak ini untuk berniaga dan berdagang, demi mengangkat darjat para ulama, agar mereka tidak ditindas dan dipergunakan oleh pihak penguasa dan mereka yang berduit.
Menurut al-Imam al-Zahabi yang menyatakan bahawa, dalam setahun Abdullah Ibnu al-Mubarak telah mengeluarkan sejumlah wang bernilai 100 ribu dirham, semata-mata untuk membantu golongan fakir miskin. Di samping itu, beliau juga turut membantu melunasi hutang-hutang yang telah ditanggung oleh seorang pemuda yang telah dipenjarakan akibat daripada bebanan hutang yang tidak mampu dibayar olehnya. Tanpa pengetahuan pemuda itu, Abdullah Ibnu al-Mubarak telah melangsaikan segala hutang-piutang beliau, sehingga akhirnya pemuda itu telah dibebaskan dari penjara.
#Betapa mulianya hati seorang insan yang bernama Abdullah Ibnu al-Mubarak ini. Beliau sanggup menyembunyikan sedekahnya hinggakan tangan kirinya langsung tidak tahu apa yang telah disedekahkan oleh tangan kanannya. Betapa pemurahnya beliau..
♡Jom jadi insan pemurah. Moga hidup kita sentiasa dirahmati dan diberkati. Aamiiin♡
🐊Ust naim
Klik link ini untuk join:
http://bit.ly/tadabburkalamullah
Facebook:
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah
☆Tadabbur Kalamullah 16 Jamadil Akhir 1446H☆
هَـٰذَا ذِكۡرࣱۚ وَإِنَّ لِلۡمُتَّقِینَ لَحُسۡنَ مَـَٔابࣲ * جَنَّـٰتِ عَدۡنࣲ مُّفَتَّحَةࣰ لَّهُمُ ٱلۡأَبۡوَ ٰبُ
"(Segala sifat-sifat yang mulia) ini, adalah menjadi sebutan penghormatan (bagi mereka). Dan sesungguhnya bagi orang-orang yang bertaqwa, disediakan tempat kembali yang sebaik-baiknya (pada hari akhirat kelak). Iaitu beberapa buah Syurga tempat penginapan yang kekal, yang terbuka pintu-pintunya untuk mereka" [Surah Ṣād 49-50]
#Allah swt menjanjikan beberapa buah kediaman indah di syurga sebagai tempat penginapan yang kekal selamanya untuk hamba-hambaNya yang bertaqwa. Mereka itu sentiasa menyibukkan diri dengan amalan ketaatan serta sentiasa mengingati Allah swt dalam segala urusan kehidupan mereka.
#Mereka akan diberi kehidupan yang terindah, penuh kenikmatan, kebahagiaan dan sentiasa bersukaria menikmati pemberian Allah swt yang tiada bandingannya.
مُتَّكِـِٔینَ فِیهَا یَدۡعُونَ فِیهَا بِفَـٰكِهَةࣲ كَثِیرَةࣲ وَشَرَابࣲ
"(Mereka akan bersukaria) dalam Syurga itu sambil berbaring (di atas pelamin); mereka meminta di situ buah-buahan dan minuman yang berbagai jenisnya dan rasa kelazatannya" [Surah Ṣād: 51]
یَدۡعُونَ فِیهَا بِكُلِّ فَـٰكِهَةٍ ءَامِنِینَ
"Mereka meminta - di dalam Syurga itu - tiap-tiap jenis buah-buahan (yang mereka ingini), dalam keadaan aman sentosa" [Surah ad-Dukhān 55]
#Dilayan pula oleh bidadari-bidadari yang cantik jelita, segak bergaya, tersangat indah pada pandangan mata dan jiwa.
وَعِندَهُمۡ قَـٰصِرَ ٰتُ ٱلطَّرۡفِ أَتۡرَابٌ
"Dan di sisi mereka pula bidadari-bidadari yang pandangannya tertumpu (kepada mereka semata-mata), lagi yang sebaya umurnya" [Surah Ṣād 52]
كَذَ ٰلِكَ وَزَوَّجۡنَـٰهُم بِحُورٍ عِینࣲ
"Demikianlah keadaannya; dan Kami jadikan kawan teman mereka bidadari-bidadari yang putih melepak, lagi luas cantik matanya" [Surah Ad-Dukhān 54]
إِنَّاۤ أَنشَأۡنَـٰهُنَّ إِنشَاۤءࣰ * فَجَعَلۡنَـٰهُنَّ أَبۡكَارًا * عُرُبًا أَتۡرَابࣰا
"Sesungguhnya Kami jadikan bidadari-bidadari itu dengan ciptaan yang istimewa. Dan Kami jadikan mereka gadis perawan yang tidak pernah disentuh. Mereka dipenuhi rasa cinta dan sebaya umurnya" [Surah al-Wāqiʿah 35-37]
#Ditambah pula dengan pemandangan cantik dihiasi deruan air sungai yang mengalir sekitar syurga serta pakaian yang mahal lagi indah beserta perhiasan mewah menghiasi tubuh badan.
إِنَّ ٱللَّهَ یُدۡخِلُ ٱلَّذِینَ ءَامَنُوا۟ وَعَمِلُوا۟ ٱلصَّـٰلِحَـٰتِ جَنَّـٰتࣲ تَجۡرِی مِن تَحۡتِهَا ٱلۡأَنۡهَـٰرُ یُحَلَّوۡنَ فِیهَا مِنۡ أَسَاوِرَ مِن ذَهَبࣲ وَلُؤۡلُؤࣰاۖ وَلِبَاسُهُمۡ فِیهَا حَرِیرࣱ
"Sesungguhnya Allah akan memasukkan orang-orang yang beriman dan beramal soleh ke dalam Syurga yang mengalir padanya beberapa sungai; mereka dihiaskan di situ dengan gelang-gelang emas dan mutiara, dan pakaian mereka di situ dari sutera" [Surah al-Ḥajj 23]
#Semua pemberian ini adalah sebagai balasan atas ketaatan yang telah diusahakan.
هَـٰذَا مَا تُوعَدُونَ لِیَوۡمِ ٱلۡحِسَابِ * إِنَّ هَـٰذَا لَرِزۡقُنَا مَا لَهُۥ مِن نَّفَادٍ
"Inilah dia balasan yang dijanjikan kepada kamu setelah selesai hitungan amal!. Sesungguhnya ini ialah pemberian Kami kepada kamu, pemberian yang tidak akan habis-habis" [Surah Ṣād 53-54]
♡Nikmat-nikmat syurga yang difirmankan ini adalah suatu gambaran yang amat mempesona dari pelbagai sudut. Hal ini tidak lain tidak bukan sebagai suatu galakan dan motivasi kepada umat Islam agar terus berusaha menggapai taqwa dan redha Allah swt, sekali gus ditempatkan ke dalam syurgaNya di hari akhirat kelak♡
🐊Ust naim
Klik link ini untuk join:
http://bit.ly/tadabburkalamullah
Facebook:
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah
☆Tadabbur Kalamullah 14 Jamadil Akhir 1446H☆
وَلۡتَكُن مِّنكُمۡ أُمَّةࣱ یَدۡعُونَ إِلَى ٱلۡخَیۡرِ وَیَأۡمُرُونَ بِٱلۡمَعۡرُوفِ وَیَنۡهَوۡنَ عَنِ ٱلۡمُنكَرِۚ وَأُو۟لَـٰۤىِٕكَ هُمُ ٱلۡمُفۡلِحُونَ
"Dan hendaklah ada di antara kamu satu puak yang menyeru (berdakwah) kepada kebajikan (mengembangkan Islam), dan menyuruh berbuat segala perkara yang baik, serta melarang daripada segala yang salah (buruk dan keji). Dan mereka yang bersifat demikian ialah orang-orang yang berjaya" [Surah Āali-ʿImrān 104]
#Islam menggalakkan umatnya berbuat kebaikan dan menjauhi perkara yang tidak disukai Allah swt. Berbuat baik adalah tuntutan agama dan suruhan al-Quran. Berbuat baik akan memberi manfaat kepada diri sendiri, masyarakat dan negara.
إِنۡ أَحۡسَنتُمۡ أَحۡسَنتُمۡ لِأَنفُسِكُمۡۖ وَإِنۡ أَسَأۡتُمۡ فَلَهَاۚ
"Jika kamu berbuat kebaikan, (maka faedah) kebaikan yang kamu lakukan adalah untuk diri kamu; dan jika kamu berbuat kejahatan, maka (kesannya yang buruk) berbalik kepada diri kamu juga" [Surah al-Isrāʾ 7]
#Oleh itu, menjadi tuntutan kepada kita umat Islam untuk sentiasa berbuat baik. Bahkan, kita dituntut berlumba-lumba dalam membuat kebaikan. Firman Allah swt:
فَٱسۡتَبِقُوا۟ ٱلۡخَیۡرَ ٰتِۚ إِلَى ٱللَّهِ مَرۡجِعُكُمۡ جَمِیعࣰا
"Oleh itu berlumba-lumbalah kamu membuat kebaikan (beriman dan beramal soleh). Kepada Allah jualah tempat kembali kamu semuanya" [Surah al-Māʾidah 48]
#Sebenarnya tuntutan berbuat baik (ihsan) adalah kepada semua makhluk termasuk haiwan dan tumbuh-tumbuhan. Berbuat baik kepada semua orang akan memberikan kesan positif, kesan yang baik.
#Rasulullah saw ketika menerima wahyu pertama, pulang ke rumah dalam keadaan ketakutan. Namun, diredakan oleh Sayidatina Khadijah r.ha dengan kata-kata beliau: "Tidak perlu engkau takutkan. Demi Tuhan, Dia tidak akan menghinakanmu selama-lamanya sebab engkau adalah orang yang selalu memelihara silaturahim, membantu orang susah, menghormati dan menjamu tetamu dan menolong orang yang menderita dalam membela kebenaran"
#Ini adalah contoh bagaimana sikap berbuat baik kepada semua orang menjadikan seseorang itu disayangi dan dihormati, jauh sekali daripada dikhianati atau disakiti. Kata-kata Sayidatina Khadijah seharusnya menjadi suntikan motivasi kepada umat Islam untuk menjadi contoh terbaik dalam berbuat baik kepada semua orang.
#Sayidina Ibnu Abbas r.huma pernah menyebut beberapa kesan bagi setiap kebaikan dan amal yang kita lakukan:
إِنَّ لِلْحَسَنَةِ ضِيَاءً فِي الْوَجْهِ، وَنُورًا فِي الْقَلْبِ، وَسَعَةً فِي الرِّزْقِ، وَقُوَّةً فِي الْبَدَنِ، وَمَحَبَّةً فِي قُلُوبِ الْخَلْقِ، وَإِنَّ لِلسَّيِّئَةِ سَوَادًا في الْوَجْهِ، وَظُلْمَةً فِي الْقَبْرِ وَالْقَلْبِ، وَوَهْنًا فِي الْبَدَنِ، وَنَقْصًا فِي الرِّزْقِ، وَبُغْضَةً فِي قُلُوبِ الْخَلْقِ
"Sesungguhnya pada kebaikan terdapat sinar pada wajah, cahaya dalam hati, kelapangan dalam rezeki, kekuatan pada badan, dan kecintaan pada hati makhluk. Sesungguhnya pada kejelekan terdapat kegelapan pada wajah, gulita pada alam kubur dan hati, kelemahan pada badan, kekurangan dalam rezeki, dan kebencian pada hati makhluk" (Lihat: Al-Jawâb Al-Kâfi)
♡Jom jadi orang baik dan sentiasa berusaha melakukan kebaikan♡
🐊Ust naim
Klik link ini untuk join:
http://bit.ly/tadabburkalamullah
Facebook:
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah
*SEDEKAH JUMAAT: SUNATHON 2024 - MISI KHATAN BERAMAI-RAMAI DI KALANGAN ASNAF DAN SAUDARA BARU*
Klik dan sumbang:
https://toyyibpay.com/KHATAN-PERDANA-GT
Sabda Nabi saw: *"Naungan bagi seorang mukmin pada hari kiamat adalah sedekahnya"* (HR Ahmad)
Antara tuntutan syarak kepada umat Islam ialah berkhatan.
Akibat kesempitan hidup, kos hidup yang tinggi, kos khatan semakin mahal, tanggungan yang ramai, tiada pengetahuan agama terutama bagi saudara baru (sebahagian tinggal di pedalaman) yang sudah bertahun memeluk Islam namun masih belum menunaikan suruhan berkhatan, maka Geng Talaqqi tampil untuk membantu saudara-saudara kita samada keluarga asnaf mahupun saudara baru yang kurang berkemampuan untuk menyempurnakan tuntutan agama ini.
InsyaAllah program pada bulan Disember ini merupakan program khatan untuk anak-anak asnaf, saudara baru dan mereka yang kurang berkemampuan.
*DANA DIPERLUKAN: RM26 RIBU*
Sasaran seramai 200 orang bakal mengikuti program ini. Geng Talaqqi menyasarkan kutipan dana sebanyak RM26,000 bagi menjayakan program SUNATHON ini.
(RM130 diperlukan bagi membiayai setiap individu dalam program SUNATHON ini).
Pertubuhan Kebajikan Ilmu dan Amal Selangor - Geng Talaqqi dengan ini melancarkan sumbangan bagi meringankan bebanan kewangan terutama kepada golongan asnaf, saudara baru dan mereka yang tidak berkemampuan untuk program khatan perdana Geng Talaqqi.
Jazakumullahu khairan kathira diucapkan kepada para penyumbang atas keprihatinan dan bantuan yang dihulurkan. Semoga dilimpahkan rezeki dan diberkati kehidupan.
==============
Rasulullah saw bersabda:
أفضل الأعمال أن تدخل على أخيك المؤمن سرورا
*“Sebaik-baik amal soleh adalah agar engkau memasukkan kegembiraan kepada saudaramu yang beriman”* (HR Ibnu Abi Dunya, Jami’us Shaghir)
==============
*Sumbangan boleh disalurkan ke akaun Toyyip Pay:*
https://toyyibpay.com/KHATAN-PERDANA-GT
*Atau terus ke akaun:*
*Pertubuhan Kebajikan Ilmu dan Amal Selangor
*Maybank_5629_9101_9074
*Cimb_8604_7707_81
*Remark: Program Khatan GT
*SMS/Whatsapp slip/bukti sumbangan kepada:*
📲Ust naim: http://www.wasap.my/60196023803/ProgramKhatanGT
📲Tn Abu Umar: http://www.wasap.my/60193113501/ProgramKhatanGT
📲Tn Akmalizan: http://www.wasap.my/60172722696/ProgramKhatanGT
📲Puan Zarina: http://www.wasap.my/60193223501/ProgramKhatanGT
*ANDA HULUR, KAMI SALUR*
☆Tadabbur Kalamullah 11 Jamadil Akhir 1446H☆
حَتَّىٰۤ إِذَا مَا جَاۤءُوهَا شَهِدَ عَلَیۡهِمۡ سَمۡعُهُمۡ وَأَبۡصَـٰرُهُمۡ وَجُلُودُهُم بِمَا كَانُوا۟ یَعۡمَلُونَ
"Sehingga apabila mereka sampai ke neraka, (maka) pendengaran dan penglihatan serta kulit-kulit badan mereka menjadi saksi terhadap mereka, mengenai apa yang mereka telah kerjakan" [Surah Fuṣṣilat 20]
#Apabila musuh-musuh Allah, yakni orang kafir yang akan dihumban ke dalam neraka sampai di depan pintu neraka, sekali lagi mereka diperiksa tentang apakah yang mereka telah lakukan semasa mereka di dunia, hingga menyebabkan mereka dimasukkan ke dalam neraka.
#Apabila mereka tiba di neraka, tiga anggota badan utama iaitu pendengaran, penglihatan serta kulit-kulit badan mereka menjadi saksi ke atas apa yang telah mereka kerjakan didunia dahulu. Tiga anggota ini adalah pancaindera yang dapat mengesan dengan cepat.
#Saksi-saksi daripada anggota badan ini yang akan menceritakan apakah yang mereka telah lakukan. Jika saksi dari kalangan manusia, sudah biasa, namun kali ini disebut saksi dari anggota badan sendiri. Sangat luar biasa.
وَلَا تَقۡفُ مَا لَیۡسَ لَكَ بِهِۦ عِلۡمٌۚ إِنَّ ٱلسَّمۡعَ وَٱلۡبَصَرَ وَٱلۡفُؤَادَ كُلُّ أُو۟لَـٰۤىِٕكَ كَانَ عَنۡهُ مَسۡـُٔولࣰا
"Dan janganlah engkau mengikut apa yang engkau tidak mempunyai pengetahuan mengenainya; sesungguhnya pendengaran dan penglihatan serta hati, semua anggota-anggota itu tetap akan ditanya tentang apa yang dilakukannya" [Surah al-Isrāʾ 36]
#Suasana di Akhirat ini banyak episod dan peringkatnya. Pada awal pengadilan semua manusia dapat bercakap kemudian apabila mereka cuba menipu dan memberi alasan serta tidak mengakui apa yang telah mereka kerjakan, lalu Allah swt tutup kunci mulut mereka dan menjadikan semua anggota lain dapat bercakap menjadi saksi ke atas tuannya sendiri. Maka tidak dapat nak menipu dan kelentong lagi.
#Mana nak lari lagi waktu itu? Mulut mereka mungkin tidak mengaku tentang kesalahan yang mereka lakukan, tetapi saat itu, anggota badan mereka sendiri yang akan menjadi saksi atas kesalahan yang telah dilakukan oleh tuan badannya.
#Jika di dunia, mungkin ada jenayah yang kita buat yang tidak ada orang lain nampak, maka kita boleh terselamat. Tetapi, anggota badan kita sentiasa ada bersama kita dan menyaksikan apa yang kita buat ketika di dunia dahulu. Mereka memang terlibat dengan perbuatan itu. Mereka akan jadi saksi atas kita. Tubuh badan kita pun nanti tidak akan setia kepada kita. Mereka lebih takut dengan Allah swt daripada takut kepada tuan badan.
ٱلۡیَوۡمَ نَخۡتِمُ عَلَىٰۤ أَفۡوَ ٰهِهِمۡ وَتُكَلِّمُنَاۤ أَیۡدِیهِمۡ وَتَشۡهَدُ أَرۡجُلُهُم بِمَا كَانُوا۟ یَكۡسِبُونَ
"Pada waktu itu Kami meteraikan mulut mereka (sejurus); dan (memberi peluang kepada) tangan-tangan mereka memberitahu Kami (kesalahan masing-masing), dan kaki mereka pula menjadi saksi tentang apa yang mereka telah usahakan" [Surah Yā-Sīn 65]
♡Ayat ini menjadi motivasi besar bagi kita untuk mengawal diri dari melakukan perkara yang tidak baik kerana anggota badan kita akan dipersoalkan dan menjadi saksi kepada kita sendiri. Insaf!!♡
🐊Ust naim
Klik link ini untuk join:
http://bit.ly/tadabburkalamullah
Facebook:
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah
☆Tadabbur Kalamullah 9 Jamadil Akhir 1446H☆
إِنَّ الَّذِينَ يُؤْذُونَ اللَّهَ وَرَسُولَهُ لَعَنَهُمُ اللَّهُ فِي الدُّنْيَا وَالْآخِرَةِ وَأَعَدَّ لَهُمْ عَذَابًا مُّهِينًا
"Sesungguhnya orang-orang yang melakukan perkara yang tidak diredai Allah dan RasulNya, Allah melaknatkan mereka di dunia dan di akhirat, dan menyediakan untuk mereka azab seksa yang menghina" [Surah al-Ahzab 57]
#Berkata Syeikh al-Maraghi: "Terdapat sesetengah manusia menyakiti RasulNya seperti orang yang mengatakan Rasulullah saw itu seorang penyair, ahli nujum, orang gila, dan banyak lagi kata-kata yang menyakitkan Baginda. Sesiapa yang menyakiti Rasul bererti dia menyakiti Allah swt; dan sesiapa yang mentaati Rasul bererti dia mentaati Allah swt. Allah swt menjauhkan mereka daripada rahmat dan nikmatNya ketika di dunia lagi. Maksudnya, Allah swt menjadikan mereka terus berada dalam kesesatan dan menjadikan mereka gembira melakukan kesesatannya itu. Kesesatan ini bakal menyeret mereka ke dalam neraka, sebagai tempat yang amat buruk; kemudian mereka akan dilaknat ketika ketika di akhirat nanti dengan memasukkan mereka ke dalam neraka yang membakar tubuhnya".
#Imam Ibn Katsir menyebut dalam tafsirnya: "Allah menjauhkan mereka daripada rahmatNya di dunia dan di akhirat dan menjanjikan mereka di akhirat nanti azab yang menghinakan dan kekal di dalam azab itu selama-lamanya".
#Daripada Sayidina Umar al-Khattab r.a, bahawa pada suatu hari dihadapkan kepadanya seorang lelaki yang mencaci Nabi saw. Maka Sayidina Umar pun menjatuhkan hukuman bunuh ke atasnya. Kemudian Sayidina Umar berkata:
مَنْ سَبَّ ٱللّٰهَ أَوْ سَبَّ أَحَدًا مِنَ ٱلأَنْبِيَآءِ فَاقْتُلُوْهُ
"Sesiapa yang mencaci Allah, atau mencaci seseorang daripada para Nabi, maka bunuhlah dia" (Lihat: al-Saif al-Maslul ‘ala Man Sabba al-Rasul saw; Imam Taqiyuddin al-Subki)
#Diriwayatkan mengenai seorang yang bernama Abu ‘Afak, seorang Yahudi yang biasa menghina Rasulullah saw dengan puisi-puisinya dan menghasut manusia untuk menentang Baginda saw. Oleh kerana itu, salah seorang sahabat r.a yang bernama Sayidina Salim bin Umar r.a pergi menemui Abu ‘Afak dan membunuhnya.
#Abu ‘Afak adalah lelaki yang berasal dari Bani Amr bin Auf. Dia adalah seorang lelaki tua yang berusia 120 tahun. Dia adalah seorang Yahudi, dan memiliki kebiasaan menghasut manusia untuk melawan Rasulullah saw.
#Sayidina Salim bin Umar, yang merupakan salah seorang sahabat yang mudah menangis ketika membaca al-Quran dan yang ikut serta di dalam Perang Badar, berkata:
"Saya bersumpah bahawa saya akan membunuh Abu ‘Afak atau mati dalam usaha membunuh orang tersebut". Dia menunggu satu kesempatan hingga tiba suatu malam yang panas yang membuat Abu ‘Afak tidur di halaman rumah. Sayidina Salim bin Umair mengetahui hal tersebut lalu pergi ke arahnya, kemudian menempatkan pedangnya tepat di atas lehernya dan menikamnya sehingga tembus ke tilam (Abu ‘Afak). Musuh Allah ini menjerit dan beberapa pengikutnya lantas bergegas pergi menuju ke arahnya, membawanya masuk ke dalam rumah, dan menguburkannya".
#Sabda Rasulullah saw:
مَن سَبَّ نبيًّا فاقتُلوه
"Siapa yang menghina Nabi maka hendaklah kamu bunuh"
(HR al-Tabarani, al-Dailami dan Ibn ‘Asakir)
♡Semoga Allah swt menjadikan kita golongan yang kasih dan cinta kepada Rasulullah SAW serta mentaatiNya. Aamiiin♡
🐊Ust naim
Klik link ini untuk join:
http://bit.ly/tadabburkalamullah
Facebook:
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah
Doa Utbah ini telah diterima oleh Allah dan dimakbulkan sehingga sehingga Utbah menjadi orang yang hafal Al-Quran dan memahaminya. Apabila dia membaca Al-Quran maka orang-orang yang mendengar suara bacaannya akan bertaubat kepada Allah. Dan rezekinya sangat murah sehigga setiap hari Utbah akan bersedekah kepada faqir miskin.
♡Semoga kisah Utbah ini memberi semangat kepada kita yang banyak berdosa kepada Allah untuk bertaubat kepadaNya. Sesungguhnya Allah pasti menerima taubat dari hambaNya yang bertaubat♡
🐊Ust naim
Klik link ini untuk join:
http://bit.ly/tadabburkalamullah
Facebook:
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah
☆Tadabbur Kalamullah 6 Jamadil Akhir 1446H☆
فَمَن تَابَ مِنۢ بَعۡدِ ظُلۡمِهِۦ وَأَصۡلَحَ فَإِنَّ ٱللَّهَ یَتُوبُ عَلَیۡهِۚ إِنَّ ٱللَّهَ غَفُورࣱ رَّحِیمٌ
"Maka sesiapa yang bertaubat sesudah ia melakukan kejahatan itu dan memperbaiki amal usahanya, sesungguhnya Allah menerima taubatnya; kerana Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani" [Surah al-Māʾidah 39]
#Bertaubat kepada Allah swt menurut pandangan Islam adalah satu usaha wajib dilakukan setiap individu, tiada yang boleh mengambil alih tugas itu walau siapapun mereka. Kesalahan terhadap Allah tidak dapat dirawat melainkan orang yang melakukan kesalahan memohon ampun kepadaNya.
#Bertaubat atau kembali kepada Allah itu menuntut manusia memperbaiki dirinya, menyusun balik cara hidupnya dan menyambung kembali perhubungannya dengan Allah dalam bentuk yang lebih murni.
#Diceritakan dalam kitab Makayid al-Syaitan (44) oleh Ibn Abi al-Dunya, katanya: "Abu Abdullah Muhammad bin Musa telah menceritakan kepada kami, Ja’far bin Sulaiman telah menceritakan kepada kami, ‘Amr bin Dinar Qahraman keluarga al-Zubair telah menceritakan kepada kami, Salim bin Abdullah telah menceritakan kepada kami, daripada bapanya (Ibn ‘Umar), katanya:
… وَلَقِيَ إِبْلِيسُ مُوسَى فَقَالَ: يَا مُوسَى أَنْتَ الَّذِي اصْطَفَاكَ اللَّهُ بِرِسَالَتِهِ، وَكَلَّمَكَ تَكْلِيمًا، وَأَنَا مِنْ خَلْقِ اللَّهِ أَذْنَبْتُ، وَأَنَا أُرِيدُ أَنْ أَتُوبَ، فَاشْفَعْ لِي عِنْدَ رَبِّكَ عَزَّ وَجَلَّ أَنْ يَتُوبَ عَلَيَّ، فَدَعَا مُوسَى رَبَّهُ. فَقِيلَ يَا مُوسَى قَدْ قَضَيْتُ حَاجَتَكَ، فَلَقِيَ مُوسَى إِبْلِيسَ، فَقَالَ: قَدْ أُمِرْتَ أَنْ تَسْجُدَ لِقَبْرِ آدَمَ وَيُتَابَ عَلَيْكَ، فَاسْتَكْبَرَ وَغَضِبَ، وَقَالَ: لَمْ أَسْجُدْ لَهُ حَيًّا، أَأَسْجُدُ لَهُ مَيِّتًا؟
"Dan Iblis bertemu dengan Musa dan berkata, ‘Wahai Musa, kamu yang Allah pilih untuk risalahNya dan berbicara denganmu. Aku adalah makhluk Allah yang berdosa dan aku ingin bertaubat. Maka mohonkanlah syafaatku kepada Rabbmu Azza wa Jalla agar Dia menerima taubatku.’
Maka Musa berdoa kepada Rabbnya. Kemudian dikatakan, ‘Wahai Musa, hajatmu telah terkabul.’ Maka Musa bertemu dengan Iblis dan berkata, ‘Kamu telah diperintahkan untuk sujud kepada kubur Adam, maka taubat kamu akan diterima.
Maka Iblis dengan sombong dan marah berkata, ‘Aku tidak bersujud kepadanya saat dia hidup, bagaimana aku akan bersujud kepadanya saat dia telah mati?’
(Kisah melalui jalur ini diriwayatkan juga oleh Ibn A’sakir dalam Tarikh al-Dimasyq, dan Ibn al-Jauzi dalam Talbis Iblis.
#Dikatakan bahawa kisah ini adalah kisah yang diriwayatkan oleh Ibn Abi al-Dunya dan dinukilkan juga oleh al-Suyuti dalam al-Durar al-Manthur fi Tafsir bi al-Ma’thur (1/125). Namun begitu, kisah ini adalah daripada riwayat yang dhaif.
#Kisah-kisah seperti ini biasanya disebut sebagai mawa’iz untuk kesedaran ummah, tetapi bukan untuk berhujah kerana statusnya adalah dhaif.
♡Ini menunjukkan bahawa Iblis yang terlaknat dan terjahat itupun pernah berkeinginan untuk bertaubat. Maka, sewajarnya kita pada setiap masa berusaha untuk bertaubat kepada Allah atas segala dosa yang kita lakukan. Aamiiin ♡
🐊Ust naim
Klik link ini untuk join:
http://bit.ly/tadabburkalamullah
Facebook:
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah
☆Tadabbur Kalamullah 29 Jamadil Akhir 1446H☆
يَعْلَمُونَ ظَاهِرًا مِنَ الْحَيَاةِ الدُّنْيَا وَهُمْ عَنِ الْآَخِرَةِ هُمْ غَافِلُونَ
"Mereka hanya mengetahui yang lahir (sahaja) dari kehidupan dunia; sedang mereka tentang (kehidupan) akhirat adalah lalai" [Surah ar-Rum 7]
#Seorang hamba barulah dikatakan baik jika ia mengambil warisan ilmu daripada Nabi saw. Bukan sekadar menjadi seorang teknokrat, doktor, seorang master atau seorang profesor. Ini kerana warisan Nabi saw bukanlah dunia dan harta, bukan pula ilmu dunia. Warisan Nabi saw yang sebenarnya adalah pada ilmu agama. Oleh itu, jangan sampai meninggalkan ilmu agama kerana sibuk dengan keduniaan atau sibuk mencari ilmu dunia. Jadilah teknokrat, doktor, professor yang soleh dan alim tentang ilmu agama dan akhirat.
#Kebanyakan manusia pada hari ini, sibuk mengejar ilmu dunia sehingga menjadi pakar namun lalai tentang masa depan akhirat sehingga ada yang gagal menguasai Ilmu fardhu ain, gagal mengenal huruf al-Quran, tidak menguasai bacaan al-Quran bahkan lalai dengan hukum hakam syarak dalam segala aspek kehidupan. Sedangkan ilmu agama tersangatlah penting dalam kehidupan dan pengamalan seharian.
#Tersebut dalam sebuah hadis sahih dalam sunan Abu Daud, daripada Katsir bin Qais rahimahullah berkata, aku pernah duduk bersama Sayidina Abu Darda’ r.a di Masjid Damasqus, lalu datang seorang lelaki yang lantas berkata, “Wahai Abu Darda’, aku sesungguhnya datang dari kota Rasul saw (Madinah Nabawiyah) kerana ada suatu hadis yang telah sampai kepadaku di mana engkau yang meriwayatkannya dari Rasulullah saw. Aku datang untuk tujuan mendapatkan hadis tersebut.
#Lihat dan muhasabahlah dengan penuh keinsafan, iaitu hanya demi mendengar satu hadis, orang ini sanggup menempuh perjalanan dari Madinah menuju ke Damasqus di Syam. Ini bukan suatu jarak yang dekat. Perjalanan ini ditempuh dengan musafir yang hanya berkenderaan unta atau kuda. Bukannya menaiki LRT, motosikal atau motokar yang berkuasa tinggi. Hal ini kerana mereka mengetahui kepentingan ilmu agama dan ganjaran mempelajarinya.
#Sayidina Abu Darda’ r.a lantas berkata kepada lelaki tersebut, sesungguhnya aku pernah mendengar Nabi saw bersabda:
مَنْ سَلَكَ طَرِيقًا يَطْلُبُ فِيهِ عِلْمًا سَلَكَ اللَّهُ بِهِ طَرِيقًا مِنْ طُرُقِ الْجَنَّةِ
"Barangsiapa menempuh suatu jalan untuk mencari ilmu, maka Allah swt akan memudahkan baginya jalan menuju ke syurga".
#Ini menunjukkan keutamaan menuntut ilmu, bahawa dengan ilmu akan dimudahkan jalan menuju syurga.
#Menempuh jalan untuk mencari ilmu ada dua maksud. Yang pertama, ia benar-benar hadir ke majlis ilmu untuk mempelajarinya. Yang kedua, iaitu dilakukan dengan cara apa sahaja untuk meraih ilmu, seperti dengan hadir, duduk, mendengar, menghafal, mencatat, hingga ia menguatkannya dengan banyak mengulang serta menyebarkan ilmu tersebut kepada yang lain.
#Hendaklah ilmu itu di cari dengan penuh keikhlasan. Jika ilmu agama dicari hanya untuk meraih dunia, demi mendapat kedudukan mulia, mendapat gelaran, duit, harta maka tentu tidak mendapatkan balasan seperti yang disebut didalam hadis tersebut.
#Yang dimaksudkan akan dimudahkan jalan menuju ke syurga adalah dia diberi taufik di dunia untuk beramal soleh sehingga dengan amalan itu ia masuk syurga, atau ia dimudahkan jalan di akhirat untuk masuk syurga. Demikian keterangan dari Al-Munawi dalam kitab Faidhul Qadir.
♡Tidak salah mempelajari dan mencari ilmu dunia, namun keutamaannya ialah menguasai ilmu akhirat disamping ilmu dunia agar selamat didunia daripada dosa dan kesalahan serta bahagia di akhirat kelak♡
🐊Ust naim
Klik link ini untuk join:
http://bit.ly/tadabburkalamullah
Facebook:
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah
☆Tadabbur Kalamullah 27 Jamadil Akhir 1446H☆
كُلُّ مَنْ عَلَيْهَا فَانٍ * وَيَبْقَىٰ وَجْهُ رَبِّكَ ذُو الْجَلَالِ وَالْإِكْرَامِ
"Segala yang ada di muka bumi itu akan binasa. Dan akan kekallah Zat Tuhanmu yang mempunyai Kebesaran dan Kemuliaan" [Surah ar-Rahman 26-27]
#Segalanya akan binasa, musnah, hilang dan lenyap kecuali Allah swt. Allah swt sentiasa kekal selamanya dan tidak akan binasa. Hanya makhluk sahaja yang binasa.
#Sehebat mana ujian, musibah, dugaan, halangan, cabaran dan kesulitan, semuanya tidak kekal bahkan akan hilang. Bahkan akan muncul sinar bahagia dan kegembiraan.
#Sehebat mana pun dunia dan segala kemewahannya, suatu hari nanti pasti akan lenyap dan binasa. Maka, tiada lagi dunia, yang ada hanya negeri akhirat, tempat manusia memulakan kehidupan abadi samada bahagia selamanya atau celaka selamanya. Saat itu tiada lagi kematian dan tiada lagi pilihan.
#Sesiapa di dunia memilih kebaikan maka dia selamat dan bahagia selamanya tanpa kesedihan. Bagi yang memilih kekufuran, maka kesengsaraan bakal menghantuinya selamanya tanpa tarikh tamat.
إِنَّا هَدَیۡنَـٰهُ ٱلسَّبِیلَ إِمَّا شَاكِرࣰا وَإِمَّا كَفُورًا
"Sesungguhnya Kami telah menunjukkan kepadanya (melalui akal dan Rasul) akan jalan-jalan (yang benar dan yang salah; maka terserahlah kepadanya) sama ada ia bersyukur (dengan beriman dan taat), ataupun ia berlaku kufur (dengan mengingkari kebenaran atau menderhaka)" [Surah al-Insān 3]
#Didunia ini, tiada yang kekal, semuanya bersifat sementara sahaja. Jika sedih, sementara sahaja, kemudian hilang. Jika sakit, sementara sahaja, kemudian sihat. Jika letih, sementara sahaja, kemudian bertenaga dan kuat. Jika sengsara, sementara sahaja, kemudian bahagia dan ceria. Jika runsing, sementara sahaja, kemudian tenang dan damai. Jika hari ini kaya, sementara sahaja, bila-bila masa sahaja boleh miskin dan papa kedana. Jika hari ini diberi jawatan dan pangkat, maka semuanya sementara, bila-bila masa sahaja jawatan boleh hilang dan pangkat hilang lenyap. Jika hari ini berada diatas, maka tidak selamanya diatas, mungkin esok atau tahun depan akan berada pula dibawah. Begitulah dunia yang tidak kekal, maka semuanya hanya sementara.
♡Oleh itu, jangan bersedih dan berputus asa. Hebat dan berat manapun kesedihan yang ditanggung, penghujungnya, kesedihan itu akan hilang dan pergi. Yang kekal adalah pahala di atas kesabaran dan mengharapkan balasan baik daripada Allah swt♡
🐊Ust naim
Klik link ini untuk join:
http://bit.ly/tadabburkalamullah
Facebook:
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah
☆Tadabbur Kalamullah 26 Jamadil Akhir 1446H☆
وَالَّذِينَ يُؤْذُونَ الْمُؤْمِنِينَ وَالْمُؤْمِنَاتِ بِغَيْرِ مَا اكْتَسَبُوا فَقَدِ احْتَمَلُوا بُهْتَانًا وَإِثْمًا مُبِينًا
"Dan orang-orang yang mengganggu serta menyakiti orang-orang lelaki yang beriman dan orang-orang perempuan yang beriman dengan perkataan atau perbuatan yang tidak tepat dengan sesuatu kesalahan yang dilakukannya, maka sesungguhnya mereka telah memikul kesalahan menuduh secara dusta, dan berbuat dosa yang amat nyata" [Surah al-Ahzab 58]
#Perbuatan melabel atau menuduh seseorang itu ahli bid'ah, fasiq, syirik atau kafir adalah perkara yang amat dipandang serius oleh syarak. Lebih-lebih lagi jika dilakukan secara membuta tuli tanpa mengetahui kaedah-kaedah syarak dalam menanganinya. Apa yang lebih membimbangkan bila pengkafiran dilakukan terus ke atas peribadi seseorang muslim tanpa sebarang usul periksa atau disebabkan perbezaan pendapat.
#Sesiapa yang menuduh seseorang yang tidak kafir itu kafir, maka kafir itu berbalik kepada dirinya. Hal ini berdasarkan sabda Rasulullah saw:
أَيُّمَا رَجُلٍ قَالَ لِأَخِيهِ يَا كَافِرُ، فَقَدْ بَاءَ بِهَا أَحَدُهُمَا
"Mana-mana orang yang mengatakan kepada saudaranya: Wahai kafir. Maka jatuhlah (kafir itu) ke atas salah seorang daripadanya" (HR al-Bukhari dan Muslim)
#Berdasarkan hadis ini, al-Isfirayini mengatakan sesiapa yang membid’ahkan orang yang tidak bid’ah, menyesatkan orang yang tidak sesat atau mengkafirkan orang yang tidak kafir, maka hukum tersebut akan kembali kepadanya. (Lihat: al-Tabsir fi al-Din)
#Imam al-Ghazali rahimahullah mengatakan, ramai orang dengan mudah menjatuhkan kafir terhadap golongan yang tersilap dalam berijtihad sedangkan mereka itu bukan termasuk dalam golongan yang mendustakan Rasulullah saw. Pengkafiran itu berlaku kebanyakannya berpunca daripada kefanatikan dan sikap taksub. Sedangkan tidak sabit pengkafiran terhadap golongan yang tersilap dalam mentakwil, kerana ‘ismah (keterpeliharaan) darah seseorang muslim adalah muktamad.
#Termasuk di bawah kaedah ini juga apa yang dinukilkan oleh Zarruq daripada Ibn Furak bahawa:
الغلط في إدخال ألف كافر بشبهة الإسلام خير من الغلط في إخراج مسلم واحد بشبهة كفر
"Tersilap memasukkan seribu orang kafir dengan syubhat Islam lebih baik berbanding tersilap mengeluarkan (mengkafirkan) seorang Islam dengan syubhat kekufuran" (Lihat: Qawa’id al-Tasawwuf)
#Berdasarkan kaedah yang dinyatakan, isu kafir mengkafir, syirik mensyirik, bid'ah membid'ah, sesat menyesat perlu ditangani dengan penuh berhati-hati dan jangan terlalu bermudah-mudah menuduh seseorang mukmin dengan tuduhan berat tersebut terutama dalam perkara perbezaan pendapat atau perkara khilafiah.
♡Jadilah mukmin yang tawadhu' yang sentiasa memelihara lidah serta sentiasa berhati-hati dalam menuduh seseorang mukmin dalam sesuatu isu hanya kerana berbeza pendapat. Insafilah!!♡
🐊Ust naim
Klik link ini untuk join:
http://bit.ly/tadabburkalamullah
Facebook:
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah
☆Tadabbur Kalamullah 24 Jamadil Akhir 1446H☆
لَكُمْ دِينُكُمْ وَلِيَ دِينِ
"Bagi kamu agama kamu, dan bagiku agamaku" [Surah al-Kafirun 6]
#Seorang Muslim tidak boleh sama sekali atas alasan apapun melibatkan diri apatah lagi mengiktiraf apa-apa perkara yang melibatkan akidah agama lain. Ini berdasarkan prinsip yang telah dinyatakan oleh Allah swt dalam ayat diatas.
#Secara asasnya, seorang Muslim tidak dibenarkan untuk meniru atau memakai apa sahaja simbol atau pakaian yang mempunyai kaitan dengan agama lain. Sabda Rasulullah saw:
مَنْ تَشَبَّهَ بِقَوْمٍ فَهُوَ مِنْهُمْ
"Sesiapa yang menyerupai satu kaum maka dia termasuk dari kalangan mereka" (HR Abu Daud)
#Dalam riwayat yang lain Nabi saw bersabda :
لَيْسَ مِنَّا مَنْ تَشَبَّهَ بِغَيْرِنَا، لَا تَشَبَّهُوا بِاليَهُودِ وَلَا بِالنَّصَارَى
"Bukan dari kalangan kami orang yang menyerupai selain dari kami. Jangan kalian menyerupai Yahudi dan Nasrani" (HR at-Tirmizi)
#Sheikh Muhammad Abdurrahman Al-Mubarakfuri menyebut: "Sabda Nabi ‘bukan dari kalangan kami’ iaitu bukan dari golongan kami dan yang mengikut jalan kami. ‘Sesiapa yang menyerupai selain dari kami’ iaitu yang bukan dari kalangan agama kami".
#Sheikh Zakariyya Al-Ansari menyebut:
وَلَا إنْ شَدَّ الزُّنَّارَ عَلَى وَسَطِهِ أَوْ وَضَعَ قَلَنْسُوَةِ الْمَجُوسِ عَلَى رَأْسِهِ
"Tidak boleh mengetatkan Zunnar (tali pinggang yang menjadi lambang zimmi) di tengah-tengah pinggang atau meletakkan qalansawah (kain) Majusi di atas kepalanya" (Lihat: Asna Al-Matalib Fi Syarh Raudh Al-Talib)
#Jika memakai pakaian yang menjadi syiar agama lain sudah dianggap sebagai tasyabbuh (penyerupaan) apatah lagi jika ianya melibatkan perhiasan yang menjadi lambang sesuatu perayaan. Ini juga adalah berdasarkan tafsiran yang dilakukan oleh para ulamak terhadap ayat :
وَالَّذِينَ لَا يَشْهَدُونَ الزُّورَ وَإِذَا مَرُّوا بِاللَّغْوِ مَرُّوا كِرَامًا
"Dan mereka (yang diredhai Allah itu ialah orang-orang) yang tidak menghadiri tempat-tempat melakukan perkara-perkara yang dilarang, dan apabila mereka bertembung dengan sesuatu yang sia-sia, mereka melaluinya dengan cara membersihkan diri daripadanya".
وَفِي رِوَايَةٍ عَنِ ابْنِ عَبَّاسٍ أَنَّهُ أَعْيَادُ الْمُشْرِكِينَ
"Dalam riwayat Ibn Abbas menyebut bahawa Az-Zur adalah perayaan-perayaan orang Musyrik".
#Maka pemakaian topi santa Claus, baju santa Claus, meletakkan pokok krismas atau apa sahaja perhiasan dan pakaian yang berkaitan dengan Hari Krismas adalah tidak dibenarkan.Tidak ada keperluan untuk memakainya kerana pemakaian atau perhiasan tersebut seakan-akan menunjukkan pengiktirafan terhadap perayaan tersebut. Ini kerana ianya merupakan lambang atau simbol yang sinonim dengan perayaan Hari Krismas.
♡Umat Islam perlu memahami antara menyantuni pengikut agama lain dengan mengikuti perbuatan mahupun amalan sesuatu agama agar tidak mengundang fitnah mahupun menjejaskan akidah Islam♡
🐊Ust naim
Klik link ini untuk join:
http://bit.ly/tadabburkalamullah
Facebook:
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah
☆Tadabbur Kalamullah 22 Jamadil Akhir 1446H☆
وَالَّذِيْنَ جَاهَدُوْا فِيْنَا لَنَهْدِيَنَّهُمْ سُبُلَنَاۗ
"Dan orang-orang yang berusaha dengan sungguh-sungguh di jalan Kami, niscaya Kami akan menunjukkan kepada mereka jalan-jalan Kami" [Surah al-’Ankabut 69]
#Imam at-Thabari rahimahullah menafsirkan (لَنَهْدِيَنَّهُمْ سُبُلَنَا): Kami benar-benar akan memberikan taufiq kepada mereka untuk mencapai jalan yang mustaqim".
#Imam Ibnul Qayyim rahimahullah mengatakan: "Allah swt mengaitkan hidayah dengan jihad (perjuangan). Maka orang yang paling sempurna hidayahnya adalah yang paling besar jihadnya … dan jihad yang paling wajib adalah berjihad untuk menundukkan diri sendiri, melawan hawa nafsu, memerangi syaitan, dan menundukkan dunia. Barangsiapa berjihad melawan keempat hal ini kerana Allah Azza wa Jalla, maka Allah akan menunjukkan kepadanya jalan-jalan keredhaanNya yang bisa mengantarkannya ke syurgaNya. Dan barangsiapa meninggalkan jihad, maka akan luput darinya petunjuk sebanding dengan jihad yang ditinggalkannya.
#Maksud jihad di dalam ayat ini adalah: "Mengutamakan agama Allah daripada yang lain. Iaitu kena bersungguh-sungguh untuk menegakkan agama tauhid dengan apa cara sekali pun (kadangkala termasuk berperang). Mengutamakan akhirat berbanding dunia, mengutamakan Sunnah daripada bidaah sesat. Semua ini termasuk dalam kalimah jihad.
#Kepada mereka yang ada keinginan untuk berjihad itu, maka Allah beritahu yang mereka memang akan bertemu dengannya. Allah akan tunjukkan jalan kepada mereka untuk bertemu denganNya.
Allah akan tarik mereka kepada jalan yang benar melalui banyak jalan. Allah akan beri jalan kepada mereka untuk mencapai apa yang mereka hendak lakukan menegakkan agama Allah. Iaitu orang-orang yang mengamalkan ilmunya, kelak Allah akan memberi mereka petunjuk terhadap apa yang tidak mereka ketahui sebelumnya.
♡Jom banyakkan berdoa agar kita sentiasa berada dalam hidayah petunjuk Allah swt♡
🐊Ust naim
Klik link ini untuk join:
http://bit.ly/tadabburkalamullah
Facebook:
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah
☆Tadabbur Kalamullah 20 Jamadil Akhir 1446H☆
وَاذْكُرِ اسْمَ رَبِّكَ بُكْرَةً وَأَصِيلًا
"Dan sebutlah dengan lidah atau dengan hati akan nama Tuhanmu (di dalam dan di luar solat) pada waktu pagi dan petang" [Surah al-Insan 25]
#Antara perintah Allah swt yang mulia yang perlu diamalkan ialah amalan zikir untuk mengingati Allah swt.
#Daripada Sayidina Abu al-Darda’ r.a, bahawa Nabi saw bersabda:
أَلَا أُنَبِّئُكُمْ بِخَيْرِ أَعْمَالِكُمْ، قَالَ مَكِّيٌّ: وَأَزْكَاهَا، عِنْدَ مَلِيكِكُمْ، وَأَرْفَعِهَا فِي دَرَجَاتِكُمْ، وَخَيْرٍ لَكُمْ مِنْ إِعْطَاءِ الذَّهَبِ وَالْوَرِقِ، وَخَيْرٍ لَكُمْ مِنْ أَنْ تَلْقَوْا عَدُوَّكُمْ، فَتَضْرِبُوا أَعْنَاقَهُمْ وَيَضْرِبُوا أَعْنَاقَكُمْ ” قَالُوا: وَذَلِكَ مَا هُوَ يَا رَسُولَ اللهِ؟ قَالَ: ذِكْرُ اللهِ عَزَّ وَجَلَّ
"Tidakkah kamu ingin aku tunjukkan kepada kamu akan sebaik-baik amalan? Kata Makki: Ia adalah sebaik-baik penyucian di sisi Tuhan kamu dan yang mengangkat darjat kamu dengan begitu tinggi. Dan ia lebih baik daripada kamu memberikan emas dan duit. Ia juga jauh lebih baik daripada kamu apabila berhadapan dengan musuh kamu dengan kamu memancung leher-leher mereka dan mereka memancung lehermu. Para sahabat berkata: Apakah perkara itu (kami ingin mengetahuinya) wahai Rasulullah! Lalu Rasulullah saw bersabda: "Zikir kepada Allah Azza Wa Jalla" (HR Ahmad)
#Syeikh Salim menyebut: Zikir yang dimaksudkan dalam hadis ini adalah zikir yang sempurna dengan lisan, tafakkur dengan hati, dan menghadirkan keagungan Allah swt.
#Daripada Sayidatina Yusairah r.ha seorang wanita Muhajirah, dia berkata:
قَالَ لَنَا رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَلَيْكُنَّ بِالتَّسْبِيحِ وَالتَّهْلِيلِ وَالتَّقْدِيسِ وَاعْقِدْنَ بِالْأَنَامِلِ فَإِنَّهُنَّ مَسْئُولَاتٌ مُسْتَنْطَقَاتٌ وَلَا تَغْفُلْنَ فَتَنْسَيْنَ الرَّحْمَة
Rasulullah saw berkata kepada kami: "Hendaknya kalian bertasbih (ucapkan subhanallah), bertahlil (ucapkan laa ilaha illallah), dan bertaqdis (mensucikan Allah), dan himpunkanlah (hitunglah) dengan hujung jari jemari kalian kerana itu semua akan ditanya dan diajak bicara, janganlah kalian lalai yang membuat kalian lupa dengan rahmat Allah" (HR at-Tirmizi, Abu Daud dari hadis Hani bin ‘Uthman)
#Ada yang bertanya pada ‘Umair bin Hani, bahawa dia tidak pernah kelihatan letih untuk berzikir. Ketika ditanya berapa jumlah bacaan tasbih beliau, ia mengatakan bahawa 100,000 kali tasbih dan itu dihitung dengan jari jemarinya.
#Syeikh ‘Atiyyah Salim berkata: "Jangan kamu jadikan lidahmu kosong daripada zikrullah. Ini tidak menegah kamu sekalipun kamu sedang melakukan sesuatu pekerjaan, tetapi lidahmu sentiasa zikrullah. Jika sekiranya kamu tidak mampu melakukan dengan lidahmu, maka zikirlah dengan hatimu, iaitu merasakan muraqabatullah. (Lihat: Syarh Bulugh al-Maram)
♡Jika seseorang telah benar-benar mengenal Allah, ia akan berzikir tanpa ada rasa bebanan sama sekali. Jom banyakkan zikir kerana zikir merupakan kelezatan bagi orang-orang benar-benar mengenal Allah swt♡
🐊Ust naim
Klik link ini untuk join:
http://bit.ly/tadabburkalamullah
Facebook:
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah
☆Tadabbur Kalamullah 19 Jamadil Akhir 1446H☆
وَقَالُوا۟ لَوۡلَاۤ أُنزِلَ عَلَیۡهِ ءَایَـٰتࣱ مِّن رَّبِّهِۦۚ قُلۡ إِنَّمَا ٱلۡـَٔایَـٰتُ عِندَ ٱللَّهِ وَإِنَّمَاۤ أَنَا۠ نَذِیرࣱ مُّبِینٌ
Dan mereka berkata: "Mengapa tidak diturunkan kepada (Muhammad) mukjizat-mukjizat dari Tuhannya?" Jawablah (wahai Muhammad): "Sesungguhnya (urusan menurunkan) mukjizat-mukjizat itu adalah tertentu bagi Allah, dan aku hanyalah seorang Rasul pemberi amaran yang jelas nyata" [Surah al-ʿAnkabūt 50]
#Mukjizat ialah suatu kelebihan atau keunggulan yang diberikan Allah hanya untuk para utusanNya sahaja agar dapat dijadikan bukti kerasulan mereka. Hanya dengan mukjizat inilah para nabi ini membuktikan kerasulannya di hadapan kaumnya.
#Biasanya mukjizat itu berupa kejadian luar biasa yang tidak dapat dilakukan oleh orang biasa selain rasul. Umpamanya Nabi Musa Alaihissalam dapat membelah laut menjadi daratan hanya dengan tongkat mukjizatnya. Nabi Sulaiman Alaihissalam diberikan kepandaian memahami bahasa binatang dan dapat menundukkan seluruh bangsa jin. Keunggulan seperti ini belum pernah ada manusia yang dapat menandinginya.
#Setiap rasul akan dibekalkan dengan senjata yang sesuai dengan zamannya. Oleh sebab akal dan ilmu pengetahuan merupakan perkara terulung zaman ini, tidak hairanlah Allah swt menurunkan al-Quran sebagai mukjizat Nabi Muhammad swt yang kekal sehingga hari kiamat.
#Selain al-Quran sebagai mukjizat terhebat, terdapat juga mukjizat yang lain yang dikurniakan kepada baginda saw, antaranya keluar air dari celahan jari Rasulullah saw.
#Daripada Sayidina Anas bin Malik r.a, katanya:
أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ دَعَا بِإِنَاءٍ مِنْ مَاءٍ، فَأُتِيَ بِقَدَحٍ رَحْرَاحٍ، فِيهِ شَيْءٌ مِنْ مَاءٍ، فَوَضَعَ أَصَابِعَهُ فِيهِ. قَالَ أَنَسٌ: فَجَعَلْتُ أَنْظُرُ إِلَى المَاءِ يَنْبُعُ مِنْ بَيْنِ أَصَابِعِهِ. قَالَ أَنَسٌ: فَحَزَرْتُ مَنْ تَوَضَّأَ، مَا بَيْنَ السَّبْعِينَ إِلَى الثَّمَانِينَ
Nabi saw pernah meminta sebekas air, lalu didatangkan kepada Baginda mangkuk yang cetek dan luas mulutnya, di dalamnya ada sedikit air. Baginda pun meletakkan jari-jemari Baginda di dalam bekas itu. Sayidina Anas berkata: "Aku melihat air keluar dari celah-celah jari Baginda" Sayidina Anas berkata lagi: "Aku menganggarkan sekitar tujuh puluh hingga lapan puluh orang yang dapat berwudhu’ menggunakan air (yang keluar daripada celahan jari Rasulullah saw) itu" (HR al-Bukhari dan Muslim)
#Kata Sayidina Jabir bin Abdullah r.a: "Pada hari Hudaibiyah, orang ramai berasa begitu dahaga. Manakala di hadapan Nabi saw terdapat sebuah bekas yang diperbuat daripada kulit. Baginda berwudhu’ dan orang ramai bergegas menghampirinya. Baginda bertanya: “Ada apa dengan kamu?” Mereka berkata: “Kami tidak memiliki air untuk berwudhu’ mahupun minum, kecuali apa yang berada di hadapanmu.” Baginda meletakkan tangannya di dalam bekas itu. Maka air pun keluar membuak-buak antara jari-jari tangannya, seperti mata air. Kami pun minum dan berwudhu’” Aku (Salim bin Abi al-Ja‘d) bertanya: “Berapa ramai jumlah kamu?” Sayidina Jabir r.a menjawab: “Sekiranya kami berjumlah 100 ribu orang, nescaya akan cukup bagi kami. Ketika itu kami seramai 1,500 orang" (HR al-Bukhari dan Muslim)
#Imam Ibn Abd al-Barr menukilkan pendapat Imam al-Muzani, katanya: “Keluarnya air daripada jari-jemari Rasulullah itu merupakan mukjizat yang lebih agung ketimbang keluarnya air dari batu ketika Nabi Musa memukulkan tongkatnya yang kemudian memancarkan air darinya. Hal ini kerana keluarnya air daripada batu merupakan perihal yang telah dikenali, berbeza pula dengan keluarnya air di antara daging dan darah” (Lihat: Fathul Bari)
♡Itulah kemuliaan dan mukjizat Rasulullah saw yang dikurniakan Allah kepada baginda. Jom banyakkan selawat kepada baginda saw♡
*اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ*
🐊Ust naim
Klik link ini untuk join:
http://bit.ly/tadabburkalamullah
Facebook:
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah
☆Tadabbur Kalamullah 17 Jamadil Akhir 1446H☆
لَّقَدْ كَانَ لَكُمْ فِي رَسُولِ اللَّهِ أُسْوَةٌ حَسَنَةٌ
"Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik" [Surah al-Ahzab 21]
#Antara sifat mulia Rasulullah saw yang boleh dan perlu kita contohi ialah sifat pemurahnya baginda saw.
#Diriwayatkan daripada Sayidina Thabit daripada Sayidina Anas r.a, katanya:
كَانَ النَّبِيُّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَحْسَنَ النَّاسِ، وَأَشْجَعَ النَّاسِ، وَأَجْوَدَ النَّاسِ
"Nabi saw adalah manusia yang paling baik, paling berani dan paling dermawan" (HR al-Bukhari)
#Ketika berlakunya Perang Hunain atau dikenali juga dengan peperangan Hawazin pada 10 Syawal Tahun ke-8 Hijrah (hari ke-19 Rasulullah memasuki kota Mekah), peperangan berakhir dengan kemenangan besar berpihak kepada tentera Islam. Tentera Islam berjaya merampas harta benda, senjata dan kenderaan yang digunakan oleh pihak musuh. Kemudian baginda nabi saw membahagi-bahagikan harta tersebut kepada orang-orang yang baru masuk Islam dan juga para tentera yang lain sehinggakan ada yang mendapat 40, 50 ekor unta bahkan sehingga 100 ekor unta.
Akhirnya, tersebarlah berita dalam kalangan manusia bahawa Nabi Muhammad bermurah hati memberikan kurniaan yang tidak dibimbangi kefakiran lagi. Lantaran itu, orang Arab yang lain berasak-asak meminta harta daripada Rasulullah saw sehingga Baginda tersandar ke sebatang pokok. Mereka menarik kain selendang Rasulullah saw sehingga Baginda berkata:
أَيُّهَا النَّاسُ، رَدُّوا عَلَيَّ رِدَائِي، فَوَالَّذِي نَفْسِي فِي يَدِهِ لَوْ كَانَ لَكُمْ عِنْدِي عَدَدُ شَجَرِ تِهَامَةَ نَعَمًا لَقَسَمْتُهُ عَلَيْكُمْ، ثُمَّ مَا أَلْفَيْتُمُونِي بَخِيلًا وَلَا جَبَانًا وَلَا كَذَّابًا
“Hai manusia! Kembalikan kain selendangku. Demi diriku yang berada dalam kekuasaanNya, kalau aku memiliki binatang ternakan sebanyak bilangan pokok-pokok yang ada di Tihamah, dan kemudian kamu akan dapati aku bukan seorang yang bakhil, pengecut dan pembohong" (Lihat: al-Bidayah wa al-Nihayah)
Kemudian Rasulullah saw berdiri berdekatan untanya lalu diambil sehelai bulu unta dari bonggolnya dan diselitkan di antara dua jarinya. Baginda mengangkatnya dan berkata:
أَيّهَا النّاسُ، وَاَللهِ مَالِي مِنْ فَيْئِكُمْ وَلَا هَذِهِ الْوَبَرَةُ إلّا الْخُمُسُ، وَالْخُمُسُ مَرْدُودٌ عَلَيْكُمْ
“Hai manusia! Demi Allah, aku tidak menyimpan sisa baki dari harta bendamu dan tidak juga bulu ini melainkan sekadar satu perlima sahaja, dan satu perlima itu pun aku serahkan kepadamu juga!" (Lihat: al-Bidayah wa al-Nihayah)
#Baginda saw pernah memberi satu lembah yang dipenuhi kambing kepada seorang Badwi yang menggesa baginda bersedekah kepadanya. Lantas, beliau berkata:
يَا قَوْمِ أَسْلِمُوا، فَإِنَّ مُحَمَّدًا يُعْطِي عَطَاءً مَنْ لا يَخْشَى الْفَاقَةَ
"Hai kaum, masuk Islamlah kamu semua kerana sesungguhnya Muhammad memberi tanpa merasa takut akan kemiskinan" (HR Muslim dan Ibn Hibban)
#Diriwayatkan juga bahawa Rasulullah saw sehari sebelum wafat iaitu pada bulan Rabiul Awwal tahun kesebelas Hijrah, baginda telah memerdekakan semua hamba sahaya miliknya dan bersedekah 7 dinar yang ada dalam simpanannya. Begitu juga, Baginda saw memberikan senjata-senjata miliknya kepada orang-orang Islam. Ini bermakna, Rasulullah saw menemui Ilahi dalam keadaan tidak ada harta, bahkan harta miliknya diinfakkan fi sabilillah. (Lihat: Garis Masa Hayat al-Rasul SAW)
♡Jom jadi insan pemurah sebagaimana Rasulullah saw♡
🐊Ust naim
Klik link ini untuk join:
http://bit.ly/tadabburkalamullah
Facebook:
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah
☆Tadabbur Kalamullah 15 Jamadil Akhir 1446H☆
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا أَوْفُوا بِالْعُقُودِ
"Wahai orang-orang yang beriman, penuhi serta sempurnakanlah perjanjian-perjanjian" [Surah al-Maidah 1]
#Berkata Sheikh Dr Wahbah az-Zuhaili rahimahullah: "Janji adalah satu sifat yang terpuji. Menyalahi janji adalah satu sifat khianat dan nifaq. Meleraikan perjanjian yang telah dibuat merupakan sikap yang boleh menyebabkan hilangnya kepercayaan. Maka, secara syarak, wajib untuk menepati janji. Sesiapa yang menyalahi dan tidak menepati janji yang telah dilakukan, sebenarnya dia telah melakukan maksiat dan dosa" (Lihat: al-Tafsir al-Munir)
#Di antara sifat orang beriman adalah menepati janji. Ia adalah sifat yang menyebabkan manusia akan percaya akan kata-katanya jika dia sentiasa menepatinya. Sifat menepati janji ini telah dijelaskan melalui al-Quran dan as-Sunnah. Ia sememangnya mempunyai hubungan dengan sifat orang beriman.
وَأَوْفُوا بِالْعَهْدِ ۖ إِنَّ الْعَهْدَ كَانَ مَسْئُولًا
"Dan sempurnakanlah perjanjian (dengan Allah dan dengan manusia), sesungguhnya perjanjian itu akan ditanya" [Surah al-Isra’ 34]
#Sheikh Tahir Ibn ‘Asyur ketika menafsirkan ayat ini menyebutkan: "Ayat ini adalah satu perintah supaya menepati janji (yang telah dilakukan)" (Lihat: al-Tahrir wa al-Tanwir)
#Antara ciri-ciri seorang mukmin adalah sentiasa berusaha menepati janji termasuk janji yang harus, apatah lagi pada perkara yang wajib dipenuhinya. Apabila ingkar terhadap sesuatu perjanjian, itu adalah tanda orang yang mempunyai ciri kemunafikan.
#Berkata Sayidina Abu Hurairah r.a:
الْمُسْلِمُونَ عَلَى شُرُوطِهِمْ
"Orang muslim itu berpegang pada janji mereka" (HR Abu Daud)
#Menepati janji adalah satu perbuatan yang wajib ditunaikan semampu mungkin. Jangan sesekali meninggalkannya dan diabaikannya. Ini kerana, jika diabaikan janji yang telah diucapkan, ia serba sedikit akan mencalarkan imej seseorang sebagai seorang Muslim. Apatah lagi kredibilitinya akan dipertikaikan dan menyebabkan orang tidak lagi percaya kepadanya.
#Daripada Sayidina Ibnu Abbas r.huma, beliau mengkhabarkan bahawa Abu Sufian pernah menceritakan bahawa ketika beliau masih belum lagi memeluk Islam, pemerintah Rom iaitu Hercules telah bertanya kepada beliau perihal Nabi Muhammad saw:
فَمَاذَا يَأْمُرُكُمْ بِهِ قَالَ يَأْمُرُنَا أَنْ نَعْبُدَ اللَّهَ وَحْدَهُ لَا نُشْرِكُ بِهِ شَيْئًا وَيَنْهَانَا عَمَّا كَانَ يَعْبُدُ آبَاؤُنَا وَيَأْمُرُنَا بِالصَّلَاةِ وَالصَّدَقَةِ وَالْعَفَافِ وَالْوَفَاءِ بِالْعَهْدِ وَأَدَاءِ الْأَمَانَةِ
"Apakah yang Nabi itu perintahkan kepada kalian. Abu Sufian menjawab: Nabi itu memerintahkan kepada kami agar menyembah Allah Yang Satu dan tidak mensyirikkanNya dengan sesuatu. Dia juga memerintahkan kami untuk bersolat, bersedekah, tidak melakukan perkara yang haram, menepati janji dan melaksanakan amanah yang telah diberikan" (HR al-Bukhari)
#Dalam kitab Ihya Ulumiddin, Sayidina Ali bin Abi Talib r.a berkata: "Rasulullah saw adalah orang yang paling memenuhi janji"
#Pada diri Rasulullah saw sentiasa dihiasi sifat dan akhlak dalam urusan menjaga serta menunaikan janji sama ada janji itu dibuat secara bertulis secara rasmi atau berbentuk ucapan. Segala perkara yang dijanjikan terhadap diri sendiri atau orang lain, Rasulullah saw tidak pernah mengkhianatinya walaupun terhadap musuh Baginda.
♡Sifat menepati janji merupakan antara sifat yang perlu diambil berat dan diamalkan oleh orang Muslim itu sendiri. Ini kerana, sifat ini sudah menjadi satu alamat khusus bagi orang Muslim. Sifat ini sebenarnya menentukan adakah seseorang Muslim itu seorang yang berpegang teguh dengan agama ataupun tidak. Insafilah!! ♡
🐊Ust naim
Klik link ini untuk join:
http://bit.ly/tadabburkalamullah
Facebook:
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah
☆Tadabbur Kalamullah 13 Jamadil Akhir 1446H☆
وَمَا كُنتُمۡ تَسۡتَتِرُونَ أَن یَشۡهَدَ عَلَیۡكُمۡ سَمۡعُكُمۡ وَلَاۤ أَبۡصَـٰرُكُمۡ وَلَا جُلُودُكُمۡ وَلَـٰكِن ظَنَنتُمۡ أَنَّ ٱللَّهَ لَا یَعۡلَمُ كَثِیرࣰا مِّمَّا تَعۡمَلُونَ * وَذَ ٰلِكُمۡ ظَنُّكُمُ ٱلَّذِی ظَنَنتُم بِرَبِّكُمۡ أَرۡدَىٰكُمۡ فَأَصۡبَحۡتُم مِّنَ ٱلۡخَـٰسِرِینَ
"Dan semasa kamu berselindung (ketika melakukan dosa di dunia dahulu) bukanlah kerana kamu bimbangkan pendengaran dan penglihatan serta kulit-kulit badan kamu menjadi saksi terhadap perbuatan-perbuatan kamu yang berdosa itu, akan tetapi kerana kamu menyangka bahawa Allah tidak mengetahui kebanyakan dosa yang kamu lakukan (secara bersembunyi itu). "Dan sangkaan kamu yang demikian, yang kamu sangka terhadap Tuhan kamu, itulah yang telah membinasakan kamu; (dengan sangkaan kamu yang salah itu) maka menjadilah kamu dari orang-orang yang rugi!" [Surah Fuṣṣilat 22-23]
#Berkata Sayidina Abdullah Ibnu Mas’ud r.a: "Telah berkumpul dekat Kaabah 3 orang, dua orang dari Quraisy dan seorang bani Thaqif dari Taif. Mereka adalah orang kampung yang kurang ilmu dan banyak lemak di perutnya. Mereka sedang bercakap-cakap dan salah seorang di antara mereka berkata: Bagaimanakah pendapatmu, apakah Allah mendengar apa yang kita katakan?
Yang lainnya menjawab: Jika kita berbicara dengan nyaring Dia akan mendengar, tetapi jika kita berbisik tentu Dia tidak mendengar. Akan tetapi seorang lagi berkata: Jika Dia dapat mendengar ketika kita berbicara dengan nyaring pasti Dia mendengar bisikan kita juga.
Maka Allah swt menurunkan ayat ini (Surah Fussilat 22) sebagai penjelasan bahawa penglihatan, pendengaran dan kulit mereka akan menjadi saksi (HR Muslim).
#Asalnya Allah swt tujukan ayat ini kepada golongan musyrikin Mekah dengan menempelak mereka bahawa mereka boleh bersembunyi dari manusia, tapi mereka tidak boleh bersembunyi dari anggota tubuh sendiri.
#Mereka tidak berselindung dari tubuh badan mereka kerana mereka tidak menyangka tubuh badan mereka akan dapat berkata-kata menjadi saksi menjahanamkan mereka di akhirat kelak. Maka mereka terus menerus melakukan dosa serta menentang risalah wahyu Allah swt. Mungkin mereka sembunyikan kesalahan dan kejahatan mereka dari manusia, tapi tidaklah dari tubuh badan mereka.
#Namun sebenarnya ayat ini bukan untuk Musyrikin Mekah sahaja. Kita umat Islam pun kadang-kadang buat dosa, bahkan ada yang hampir setiap hari berbuat dosa dan tak teringat pun bahawa Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui bahkan anggota tubuh badan kita ini akan menjadi saksi nanti di akhirat! Kita tidak terfikir pun yang tangan, kaki, kulit yang kita gunakan untuk buat dosa itu nanti akan menjadi saksi ke atas kita.
#Orang kafir tidak percaya bahawa mereka akan dibangkitkan kelak di akhirat. Pada pandangan mereka, apabila mereka mati, mereka terus mati dan tidak ada kebangkitan semula. Jadi mereka tidak takut berbuat dosa kerana mereka rasa habis di dunia sahaja kesalahan mereka itu. Jika umat Islam ada yang tidak yakin tentang akhirat pun, begitulah juga jadinya. Sebab itu, pada hari ini ramai yang tidak takut berbuat dosa di dunia kerana tidak merasakan akhirat itu betul-betul akan berlaku.
#Sangkaan mereka orang kafir dan sebahagian orang Islam yang jahil bahawa tiada hari kebangkitan dan bahawa manusia tidak akan hidup semula, akan membinasakan mereka sendiri, dan mereka akan menjadi manusia yang rugi serta paling menyesal di akhirat kelak!
#Kita umat Islam yang sudah percaya, adakah yakin sepenuhnya atau ada juga keraguan? Persoalannya kemantapan kepercayaan kita itu setakat mana, adakah iman itu sentiasa mantap atau ada naik turunnya? Sepatutnya iman kita kekal mantap, ketika bersama siapa dan pada waktu mana sekalipun!
♡Yakinlah bahawa adanya balasan baik dan buruk atas setiap apa yang kita lakukan selama didunia. Sesungguhnya Allah swt mengetahui segala apa perbuatan yang kita lakukan samada baik ataupun buruk♡
🐊Ust naim
Klik link ini untuk join:
http://bit.ly/tadabburkalamullah
Facebook:
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah
☆Tadabbur Kalamullah 12 Jamadil Akhir 1446H☆
وَقَالُوا۟ لِجُلُودِهِمۡ لِمَ شَهِدتُّمۡ عَلَیۡنَاۖ قَالُوۤا۟ أَنطَقَنَا ٱللَّهُ ٱلَّذِیۤ أَنطَقَ كُلَّ شَیۡءࣲۚ وَهُوَ خَلَقَكُمۡ أَوَّلَ مَرَّةࣲ وَإِلَیۡهِ تُرۡجَعُونَ
"Dan (setelah berlaku yang demikian), berkatalah mereka kepada kulit-kulit badan mereka: "Mengapa kamu menjadi saksi terhadap kami?" Kulit-kulit badan mereka menjawab: "Allah yang berkuasa menjadikan tiap-tiap sesuatu pandai berkata-kata - telah menjadikan kami dapat berkata-kata; dan Dia lah yang menciptakan kamu pada mulanya, dan kepadaNyalah kamu dikembalikan (untuk menerima balasan)" [Surah Fuṣṣilat 21]
#Setelah mendengar anggota badan mereka bercakap menceritakan segala rahsia mereka, golongan kafir ini berkata dan memarahi kuli-kulit badan mereka!. Mereka berkata kepada tubuh badan mereka kerana terkejut dan takut. Ditambah dengan kemarahan yang teramat sangat kerana tubuh mereka sendiri telah membuka pekung kesalahan mereka!
#Apabila kulit-kulit mereka menjadi saksi, mereka menjadi marah kepada kulit-kulit mereka itu. Mereka berkata, kenapa berbuat begitu, sedangkan mereka sepatutnya bersama? Jika mereka mengaku, nanti mereka sama-sama akan turut diseksa.
#Kulit mengatakan mereka dapat bercakap kerana Allah memberi kuasa mereka bercakap pada hari itu. Dulu di dunia mereka tidak dapat berkata-kata walaupun mereka tidak suka dengan perbuatan tuannya. Tetapi di akhirat, mereka diberi peluang oleh Allah untuk mendedahkan segala-galanya tentang apa yang telah dilakukan tuannya.
یَوۡمَ تَشۡهَدُ عَلَیۡهِمۡ أَلۡسِنَتُهُمۡ وَأَیۡدِیهِمۡ وَأَرۡجُلُهُم بِمَا كَانُوا۟ یَعۡمَلُونَ * یَوۡمَىِٕذࣲ یُوَفِّیهِمُ ٱللَّهُ دِینَهُمُ ٱلۡحَقَّ وَیَعۡلَمُونَ أَنَّ ٱللَّهَ هُوَ ٱلۡحَقُّ ٱلۡمُبِینُ
"Pada hari lidah mereka dan tangan mereka serta kaki mereka menjadi saksi terhadap diri mereka sendiri, tentang segala yang mereka lakukan. Pada hari itu Allah akan menyempurnakan untuk mereka balasan (azab seksa) yang berhak mereka mendapatnya, dan mereka pula akan mengetahui bahawa Allah ialah Tuhan Yang Maha Adil, lagi nyata keadilanNya" [Surah an-Nūr 24-25]
#Sabda Rasulullah saw:
عَنْ عُقْبَةَ بْنِ عَامِرٍ؛ أَنَّهُ سَمِعَ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ: إِنَّ أَوَّلَ عَظْمٍ مِنَ الْإِنْسَانِ يَتَكَلَّمُ يَوْمَ يُختَم عَلَى الْأَفْوَاهِ، فَخذُه مِنَ الرِّجل الْيُسْرَى
Daripada Sayidina Uqbah ibnu Amir r.a, bahawa dia pernah mendengar Rasulullah saw bersabda: "Sesungguhnya anggota tubuh manusia yang mula-mula berbicara di hari semua mulut dikunci adalah paha kaki kirinya" (HR Ahmad dan lain-lain)
#Allah swt yang izinkan tubuh badan manusia bercakap di akhirat nanti. Ketahuilah, semua yang dapat bercakap itu adalah kerana pemberian Allah. Kita yang boleh bercakap ini pun kerana Allah yang beri kita dapat bercakap. Berapa ramai yang bisu tidak dapat bercakap sepanjang umurnya? Maka kebolehan bercakap ini adalah satu nikmat.
♡Bercakap dan berbuatlah perkara kebaikan kerana suatu hari nanti kita semua akan dikembalikan kepada Allah swt untuk menerima balasan. Dan apabila Allah yang menjalankan penghakiman, tidak ada yang akan terlepas seperti yang terjadi di mahkamah dunia. Bahkan tubuh badan kita juga akan mendakwa setiap kesalahan kita. Bertaubatlah selagi berkesempatan!!♡
🐊Ust naim
Klik link ini untuk join:
http://bit.ly/tadabburkalamullah
Facebook:
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah
☆Tadabbur Kalamullah 10 Jamadil Akhir 1446H☆
وَیَوۡمَ یُحۡشَرُ أَعۡدَاۤءُ ٱللَّهِ إِلَى ٱلنَّارِ فَهُمۡ یُوزَعُونَ
"Dan (ingatlah) hari dihimpun musuh-musuh Allah untuk dibawa ke neraka, lalu mereka dijaga serta diatur keadaan dan perjalanannya masing-masing" [Surah Fuṣṣilat 19]
#Semua manusia dan makhluk Allah akan dikumpulkan di Mahsyar dan akan diadili atas apa yang telah dilakukan semasa di dunia. Saat ini mereka sudah merasakan kesudahan dan pengakhiran mereka samada bahagia atau celaka. Sebelum dimasukkan ke neraka, mereka sudah tahu apakah nasib mereka berdasarkan layanan yang Allah swt berikan kepada orang yang beriman dan orang yang ingkar sama sekali berbeza dan tidak sama.
#Musuh Allah pasti di layan sebagai pesalah dan penjenayah. Maka tiada layanan istimewa melainkan azab untuk mereka. Musuh Allah ialah mereka yang hidup di dunia bercanggah dengan ajaran wahyu. Mereka dikira sebagai musuh Allah kerana mereka menentang tauhid yang disampaikan oleh para Rasul. Mereka tidak mahu menerima ajaran tauhid dan hukum-hukum Allah swt. Mereka yang engkar kepada Allah swt. Inilah musuh-musuh Allah yang bakal dihumban ke dalam neraka Jahannam.
#Allah swt menyatakan bahawa golongan musuh Allah swt dikalangan orang-orang kafir akan dihimpun dan dibawa ke neraka untuk menerima balasan azab seksa sebagaimana yang telah dijanjikan. Mereka dibawa samada ditolak atau diseret dalam keadaan hina dan kasar, oleh malaikat penjaga neraka pula dalam keadaan bengis dan garang. Firman Allah swt:
یَوۡمَ یُدَعُّونَ إِلَىٰ نَارِ جَهَنَّمَ دَعًّا
"Pada hari mereka ditolak ke alam neraka Jahannam dengan penolakan yang sekasar-kasarnya" [Surah aṭ-Ṭūr 13]
هَـٰذِهِ ٱلنَّارُ ٱلَّتِی كُنتُم بِهَا تُكَذِّبُونَ
(Dan dikatakan kepada mereka): "Inilah api neraka yang dahulu kamu mendustakannya" [Surah aṭ-Ṭūr 14]
وَنَسُوقُ ٱلۡمُجۡرِمِینَ إِلَىٰ جَهَنَّمَ وِرۡدࣰا
"Dan Kami akan menghalau orang-orang yang bersalah ke neraka Jahannam, dalam keadaan dahaga" [Surah Maryam 86]
#Mereka akan dipecahkan ikut kumpulan dan dirantai bersama mengikut kumpulan masing-masing. Mereka akan diheret dan diseret oleh malaikat ke neraka. Banyak sekali ayat-ayat menceritakan tentang kejadian ini untuk menginsafkan kita.
ٱلَّذِینَ یُحۡشَرُونَ عَلَىٰ وُجُوهِهِمۡ إِلَىٰ جَهَنَّمَ أُو۟لَـٰۤىِٕكَ شَرࣱّ مَّكَانࣰا وَأَضَلُّ سَبِیلࣰا
"Orang-orang yang akan diseret beramai-ramai ke neraka Jahannam (dengan tertiarap) atas mukanya, merekalah orang-orang yang amat buruk keadaannya dan amat sesat jalannya" [Surah al-Furqān 34]
یُعۡرَفُ ٱلۡمُجۡرِمُونَ بِسِیمَـٰهُمۡ فَیُؤۡخَذُ بِٱلنَّوَ ٰصِی وَٱلۡأَقۡدَامِ
"Orang-orang yang berdosa dapat dikenal dari tanda-tandanya, lalu dipegang dari atas kepala dan kakinya (serta diseret ke neraka)" [Surah ar-Raḥmān 41]
یَوۡمَ یُسۡحَبُونَ فِی ٱلنَّارِ عَلَىٰ وُجُوهِهِمۡ ذُوقُوا۟ مَسَّ سَقَرَ
"Semasa mereka diseret di dalam Neraka (dengan tertiarap) atas muka mereka, (serta dikatakan kepada mereka): Rasalah kamu bakaran api Neraka" [Surah Al-Qamar 48]
إِذِ ٱلۡأَغۡلَـٰلُ فِیۤ أَعۡنَـٰقِهِمۡ وَٱلسَّلَـٰسِلُ یُسۡحَبُونَ * فِی ٱلۡحَمِیمِ ثُمَّ فِی ٱلنَّارِ یُسۡجَرُونَ
"Ketika belenggu dan rantai dipasung di leher mereka, sambil mereka diseret ke dalam air panas yang menggelegak; kemudian mereka dibakar dalam api neraka" [Surah Ghāfir 71-72]
♡Inilah suasana ngeri yang akan dihadapi oleh musuh-musuh Allah di mahsyar kelak disebabkan keengkaran mereka menolak kebenaran yang disampaikan. Semoga kita mendapat kemudahan dan rahmat Allah ketika di Mahsyar nanti. Aamiiin♡
🐊Ust naim
Klik link ini untuk join:
http://bit.ly/tadabburkalamullah
Facebook:
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah
☆Tadabbur Kalamullah 8 Jamadil Akhir 1446H☆
یَـٰۤأَیُّهَا ٱلَّذِینَ ءَامَنُوا۟ ٱتَّقُوا۟ ٱللَّهَ وَءَامِنُوا۟ بِرَسُولِهِۦ یُؤۡتِكُمۡ كِفۡلَیۡنِ مِن رَّحۡمَتِهِۦ وَیَجۡعَل لَّكُمۡ نُورࣰا تَمۡشُونَ بِهِۦ وَیَغۡفِرۡ لَكُمۡۚ وَٱللَّهُ غَفُورࣱ رَّحِیمࣱ
"Wahai orang-orang yang beriman! Bertaqwalah kamu kepada Allah dan tetaplah beriman kepada RasulNya (Muhammad), supaya Allah memberi kepada kamu dua bahagian dari rahmatNya, dan menjadikan bagi kamu cahaya untuk kamu berjalan dengannya (pada hari kiamat kelak), serta diampunkannya dosa kamu; dan (ingatlah), Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani" [Surah al-Ḥadīd 28]
#Dalam menempuhi kehidupan di zaman yang penuh cabaran dan pancaroba ini, marilah kita berazam untuk terus mengikuti setiap ajaran Rasulullah saw sebagai bukti betapa tingginya kecintaan kita kepada Baginda saw. Laksanakanlah tuntutan syariat dengan mematuhi setiap hukum hakam agama supaya kita dapat melakukan ibadah wajib mahu pun sunat dengan sempurna. Jadilah seorang muslim yang berakhlak mulia dengan mencontohi akhlak Rasulullah saw di samping memelihara perhubungan baik sesama manusia.
#Disamping itu, apa jua bentuk penghinaan yang ditujukan kepada Baginda saw, kita wajib mempertahankan Rasulullah saw dengan sepenuh jiwa sebagai bukti tanda betapa kita sangat mengasihi dan menyayangi Rasulullah saw.
#Diriwayatkan sahabat Rasulullah saw, Sayidina Talhah bin Ubaidilah r.a antara sahabat yang melindungi Baginda dari serangan musuh ketika Peperangan Uhud sehingga tangannya cedera dan lumpuh. Hal ini sebagaimana yang dikisahkan oleh Sayidina Qais r.a bahawa beliau berkata:
رَأَيْتُ يَدَ طَلْحَةَ شَلَّاءَ وَقَى بِهَا النَّبِيَّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَوْمَ أُحُدٍ
"Aku melihat tangan Talhah menjadi lumpuh kerana melindungi Nabi saw pada perang Uhud" (HR al-Bukhari)
#Beliau menjadikan tangannya sebagai pelindung kepada Baginda saw pada hari itu sehingga tangannya menerima tusukan. Beliau mengalami 24 kecederaan pada hari Uhud. Dikatakan terdapat 75 antara tikaman, pukulan, dan lontaran. (Lihat: Mirqah al-Mafatih Syarh Misykah al-Masabih)
#Justeru, Sayidina Talhah bin Ubaidillah merupakan seorang sahabat yang menunjukkan keberanian yang amat luar biasa dalam melindungi Rasulullah saw semasa Perang Uhud.
#Kisah beliau yang melindungi Nabi saw sehingga tangannya menjadi lumpuh adalah bukti jelas kesetiaan dan kasih sayang beliau kepada Rasulullah saw dan Islam. Dengan itu, beliau adalah antara mereka yang dijanjikan Syurga di akhirat kelak.
#Begitulah betapa kasih dan sayangnya umatnya kepada baginda Nabi Muhammad saw. Perjuangan Baginda mengembangkan Islam menyebabkan umat Islam sehingga ke hari ini dapat mengecapi nikmat terbesar iaitu iman dan Islam. Oleh itu, kita perlu sentiasa menzahirkan rasa kerinduan terhadap Nabi Muhammad saw dengan mengikuti ajarannya, mempertahankan baginda saw, dan berselawat serta mengamalkan segala sunnahnya.
إِنَّ اللَّـهَ وَمَلَائِكَتَهُ يُصَلُّونَ عَلَى النَّبِيِّ ۚ يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا صَلُّوا عَلَيْهِ وَسَلِّمُوا تَسْلِيمًا
"Sesungguhnya Allah dan malaikatNya berselawat (memberi segala penghormatan dan kebaikan) kepada Nabi (Muhammad SAW); wahai orang-orang yang beriman berselawatlah kamu kepadanya serta ucapkanlah salam sejahtera dengan penghormatan yang sepenuhnya" [Surah al-Ahzab 56]
#Syeikh al-Maraghi dalam mentafsirkan ayat ini berkata: "Wahai orang beriman, doakanlah supaya Nabi saw mendapat rahmat, muliakan Baginda walau dengan apa cara yang kamu mampu lakukan. Umpamanya mengikut Baginda secara baik atau mematuhi setiap arahannya. Begitu juga, dengan cara mengucapkan selawat dan salam kepada Baginda dengan lidahmu. (Lihat: Tafsir al-Maraghi)
اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ
♡Marilah kita mengikuti segala ajaran yang disampaikan Rasulullah saw dalam kehidupan seharian supaya kita dapat menguatkan lagi kecintaan dan kasih kepada baginda saw♡
🐊Ust naim
Klik link ini untuk join:
http://bit.ly/tadabburkalamullah
Facebook:
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah
☆Tadabbur Kalamullah 7 Jamadil Akhir 1446H☆
فَمَن تَابَ مِنۢ بَعۡدِ ظُلۡمِهِۦ وَأَصۡلَحَ فَإِنَّ ٱللَّهَ یَتُوبُ عَلَیۡهِۚ إِنَّ ٱللَّهَ غَفُورࣱ رَّحِیمٌ
"Maka sesiapa yang bertaubat sesudah ia melakukan kejahatan itu dan memperbaiki amal usahanya, sesungguhnya Allah menerima taubatnya; kerana Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani" [Surah al-Māʾidah 39]
#Taubat yang dilakukan hendaklah benar-benar dilakukan dengan sepenuh hati dan perasaan juga keinsafan yang sesungguhnya. Bukan hanya menyebut istighfar semata-mata sedangkan hati masih ingin berterusan melakukan maksiat.
#Diceritakan mengenai Utbah bin Abaan al-Ghulam yang hidup di zaman tabiin. Asalnya Utbah adalah seorang yang fasiq. Hidupnya dihabiskan dengan berbuat maksiat dan sangat suka minum arak. Beliau digelar Al-Ghulam kerana selepas bertaubat, beliau menghabiskan usia mudanya dengan berbuat ibadah kepada Allah sehingga ke akhir hayat.
Pada masa silamnya Utbah sangat suka minum arak dan lain-lain perbuatan maksiat dan dikenali oleh masyarakt sekeliling sebagai seorang pemabuk. Kisah taubatnya bermula ketika beliau pergi menghadiri majlis yang dipimpin oleh Imam Hasan Basri r.a seorang ulamak tabiin yang sangat terkenal. Kebetulan pada ketika Utbah berada didalam majlis, Imam Hasan Basri sedang membaca ayat:
أَلَمْ يَأْنِ لِلَّذِينَ آمَنُوا أَنْ تَخْشَعَ قُلُوبُهُمْ لِذِكْرِ اللَّهِ وَمَا نَزَلَ مِنَ الْحَقِّ وَلَا يَكُونُوا كَالَّذِينَ أُوتُوا الْكِتَابَ مِنْ قَبْلُ فَطَالَ عَلَيْهِمُ الْأَمَدُ فَقَسَتْ قُلُوبُهُمْ وَكَثِيرٌ مِنْهُمْ فَاسِقُونَ
"Apakah belum tiba waktunya bagi orang-orang yang beriman untuk tunduk hati mereka mengingati Allah dan tunduk hati mereka kepada kebenaran yang telah turun kepada mereka? Dan janganlah mereka itu menjadi seperti orang-orang yang sebelumnya yang telah diturunkan al-Kitab kepada meraka, kemudian berlalulah masa yang panjang atas mereka itu. Lalu menjadi keras hati mereka itu. Dan kebanyakkan mereka itu adalah orang-orang yang fasiq" [Surah al-Hadid 16]
Imam Hasan al-Basri ketika menafsirkan ayat ini memberi tazkirah yang sangat mendalam sehingga ramai hadirin yang menangis. Utbah Al-Ghulam yang merupakan salah seorang hadirin bangun bertanya:
"Wahai Tuan pemimpin orang-orang yang beriman. Adakah Allah akan menerima taubat dari orang yang jahat seperti saya ini? Imam Hasan Basri menjawab: Ya. Allah akan menerima taubat kamu sekalipun dosa dan kejahatan kamu seperti Utbah al-Ghulam.
Utbah yang terkejut mendengar jawapan Imam terus menjadi pucat mukanya dan tubuhnya bergegar kerana tersangat takut lalu menjerit dan kemudian pengsan.
Selepas Utbah bangun dari pengsan, Imam menghampirinya dan membaca syair: "Wahai pemuda yang derhaka kepada Tuhan yang memiliki 'Arasy. Tahukah kamu apakah balasan banyak berbuat derhaka? Bagi mereka neraka Sa'ir yang sangat panas pada hari kiamat akan dipegang ubun-ubunnya maka jika kamu sanggup menahan kepanasannya maka silalah kamu derhaka. Kalau kamu tidak sanggup maka jauhkan diri kamu dari api neraka dan segala kesalahan yang telah kamu kerjakan.
Mendengar syair itu maka Utbah kembali menangis dan pengsan tersungkur ke tanah. Selepas Utbah sedar, dia bertanya lagi kepada Imam Hasan Basri. Wahai Imam! Apakah Allah akan menerima taubat saya? Jawab Imam: Tidak menerima taubat seorang yang bengis melainkan Tuhan sangat bersifat maha pengampun. Lalu Utbah mengangkat kepala dan berdoa meminta tiga perkara kepada Allah:
"Wahai tuhanku jika Engkau menerima taubatku dan Engkau mengampuni kesalahanku maka tingkatkan paham dan daya hafalanku sehingga aku hafal ilmu dan Quran yang aku dengar. Muliakanlah aku dengan suara yang merdu sehingga orang yang mendengar bacaanku bertambah lembut hatinya walaupun hatinya itu dulunya keras. Dan berikan rizki yang halal untukku dari arah yang tidak disangka-sangka. Aamiiin.
*SEDEKAH JUMAAT: WAKAF 4x4 UNTUK JABATAN AMAL BALING BAGI GERAK KERJA MISI BANTUAN BANJIR DAN KEBAJIKAN (KUTIPAN KALI KE-2)*
Klik dan sumbang:
https://toyyibpay.com/WAQAF-KENDERAAN-JAM-BALING
Assalamualaikum wbt...
*Untuk makluman para penyumbang, kos yang diperlukan untuk WAKAF 4X4 Jabatan Amal Baling sekitar RM50 ribu*
Kutipan Fasa PERTAMA, Geng Talaqqi *berjaya kumpul sebanyak RM4470.75*
InsyaAllah hari ini sekali lagi pihak Geng Talaqqi membuka ruang dan peluang kepada semua rakyat Malaysia untuk sama-sama membantu menyumbang dana bagi menjayakan projek mulia ini agar memudahkan pihak sukarelawan Jabatan Amal melakukan misi bantuan (banjir dll) serta misi kebajikan dengan lebih memberansangkan dengan adanya kenderaan yang lebih selesa. Buat masa sekarang mereka hanya menggunakan Toyota Unser yang agak kecil dan kurang sesuai untuk membawa peralatan terutama pada musim banjir.
*DIPERLUKAN LAGI RM45,529.25*
___
Wakaf kenderaan 4x4 ini adalah satu inisiatif untuk membantu pihak jabatan amal menyediakan sebuah kenderaan yang akan digunakan dan memberi manfaat kepada gerak kerja kebajikan terutama untuk misi bantuan golongan yang memerlukan dan membawa peralatan dimusim banjir dan bencana.
*DANA YANG DIPERLUKAN: RM50,000*
InsyaAllah setiap golekan tayarnya menjana pahala yang berganda dan berpanjangan setiap kali kerja kebajikan dijalankan..
Daripada Sayidina Abi Mas’ud al-Ansari r.a berkata:
"Bahawa seorang lelaki telah menginfakkan seekor unta (kenderaan) yang bercucuk hidungnya (tali) pada jalan Allah, lantas Rasulullah saw bersabda: “Bagi kamu dengannya pada Hari Kiamat nanti tujuh ratus unta (kenderaan) yang telah diikat tali pada hidungnya" (Riwayat Muslim)
Mudah-mudahan dengan infak, sedekah, wakaf tunai atau zakat yang di hulurkan bagi mencukupkan dana bagi pembelian 4x4 ini menjadi asbab dibuka salah satu dari pintu syurga untuk kita dan dilepaskan dari azab Allah swt kelak.
Sumbangan anda sangat-sangat dihargai dan didahulukan dengan ucapan jazakumullahu khairan kathira. Semoga Allah memberi rahmat ke atas para penyumbang sekeluarga. Aamiiin
===========
*Sumbangan boleh disalurkan ke akaun Toyyip Pay:*
https://toyyibpay.com/WAQAF-KENDERAAN-JAM-BALING
*Atau terus ke akaun:*
*Pertubuhan Kebajikan Ilmu dan Amal Selangor
*Maybank_5629_9101_9074
*Cimb_8604_7707_81
*Remark: Waqaf Kenderaan JAM Baling
*SMS/Whatsapp slip/bukti sumbangan kepada:*
📲Ust Naim: http://www.wasap.my/60196023803/WaqafKenderaanJAMBaling
📲Tn Abu Umar: http://www.wasap.my/60193113501/WaqafKenderaanJAMBaling
📲Tn Akmalizan: http://www.wasap.my/60172722696/WaqafKenderaanJAMBaling
📲Puan Zarina: http://www.wasap.my/60193223501/WaqafKenderaanJAMBaling
*ANDA HULUR, KAMI SALUR*