tadabburkalamullah | Unsorted

Telegram-канал tadabburkalamullah - Tadabbur Kalamullah

13574

Oleh Ustaz Muhamad Naim Haji Hashim

Subscribe to a channel

Tadabbur Kalamullah

☆Tadabbur Kalamullah 17 Zulkaedah 1445H☆

لَاۤ إِكۡرَاهَ فِی ٱلدِّینِۖ قَد تَّبَیَّنَ ٱلرُّشۡدُ مِنَ ٱلۡغَیِّۚ فَمَن یَكۡفُرۡ بِٱلطَّـٰغُوتِ وَیُؤۡمِنۢ بِٱللَّهِ فَقَدِ ٱسۡتَمۡسَكَ بِٱلۡعُرۡوَةِ ٱلۡوُثۡقَىٰ لَا ٱنفِصَامَ لَهَاۗ وَٱللَّهُ سَمِیعٌ عَلِیمٌ

"Tidak ada paksaan dalam ugama (Islam), kerana sesungguhnya telah nyata kebenaran (Islam) dari kesesatan (kufur). Oleh itu, sesiapa yang tidak percayakan Taghut, dan ia pula beriman kepada Allah, maka sesungguhnya ia telah berpegang kepada simpulan (tali ugama) yang teguh yang tidak akan putus. Dan (ingatlah), Allah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui" [Surah al-Baqarah 256]

#Berkata Imam at-Thabari rahimahullah: "Ahli tafsir berbeza pendapat tentang makna 'tiada paksaan dalam agama'. Sebahagian mereka berkata ayat ini turun untuk menjawab kemusykilan kaum Ansar atau seorang lelaki dari kalangan mereka yang mempunyai beberapa orang anak yang telah mereka jadikan penganut agama yahudi atau nasrani. Apabila Allah menurunkan Islam, mereka mahu memaksa anak-anak mereka itu agar memeluk Islam. Maka Allah melarang mereka berbuat demikian. Sebaliknya mereka hendaklah membiarkan anak-anak mereka itu sendiri yang memilih untuk memeluk Islam.

#Antara riwayat yang menyebut demikian ialah apa yang diambil daripada Imam Said bin Jubair rahimahullah daripada Ibn Abbas r.a: "Seorang wanita dikatakan miqlat, iaitu selalu kematian anak. Lalu dia bernazar sekiranya ada anaknya yang hidup dia akan menjadikan anak itu yahudi. Ketika Bani Nadhir diusir dari Madinah, terdapat bersama dengan mereka anak-anak orang Ansar (termasuk anak wanita itu). Mereka bertekad tidak akan membiarkan anak-anak mereka bersama yahudi. Lalu Allah turunkan ayat ini".

#Riwayat yang lain, daripada maula Sayidina Zaid bin Thabit r.a daripada Ikrimah atau Said bin Jubair daripada Sayidina Ibn Abbas r.a: "Ayat ini turun mengenai seorang lelaki Ansar daripada Bani Salim bin Auf bernama Husain. Dia mempunyai dua orang anak yang menganut agama Nasrani sedangkan dia seorang muslim. Dia berkata kepada Nabi saw:" Tidakkah aku harus memaksa kedua-duanya? Sesungguhnya kedua-duanya tidak mahu terima kecuali Nasrani!". Maka Allah menurunkan ayat ini bagi menjawab persoalan itu.

#Jika kita renungi ayat di atas serta sebab turunnya secara mendalam, akan memahamkan kita bahawa Allah swt memberikan kebebasan kepada hambaNya untuk memilih agama mereka.

#Justeru, tanggungjawab kita sebagai muslim adalah memberi penerangan dengan jelas dan berhikmah supaya nyata kebenaran (Islam) dari kesesatan (kufur). Apabila telah nyata, maka terserah kepada mereka membuat pilihan sama ada menerima kebenaran agama Islam atau masih belum mahu menerima Islam. Tiada sebarang paksaan.

#Jika mereka masih belum menerima, teruskan usaha dakwah tanpa putus asa. Tidak perlu rasa bersalah jika mereka terus enggan menerima Islam kerana hidayah adalah milik Allah swt.

♡Membawa manusia yang berada di dalam kegelapan untuk menerima cahaya kebenaran adalah satu pekerjaan yang amat berat. Namun begitu, pekerjaan yang mulia inilah merupakan pekerjaan para nabi dan rasul iaitu membawa manusia ke jalan hidayah. Teruskan berdakwah dengan hikmah dan jangan sesekali memaksa mereka menerima Islam♡

🐊Ust naim
Klik link ini untuk    
http://bit.ly/tadabburkalamullah

Facebook:   
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah

Читать полностью…

Tadabbur Kalamullah

☆Tadabbur Kalamullah 15 Zulkaedah 1445H☆

الْحَمْدُ لِلَّـهِ فَاطِرِ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ جَاعِلِ الْمَلَائِكَةِ رُسُلًا أُولِي أَجْنِحَةٍ مَّثْنَىٰ وَثُلَاثَ وَرُبَاعَ ۚ يَزِيدُ فِي الْخَلْقِ مَا يَشَاءُ ۚ إِنَّ اللَّـهَ عَلَىٰ كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ

"Segala puji bagi Allah Pencipta langit dan bumi, yang menjadikan malaikat sebagai utusan-utusan (untuk mengurus berbagai macam urusan) yang mempunyai sayap, masing-masing (ada yang) dua, tiga dan empat. Allah menambahkan pada ciptaanNya apa yang dikehendaki-Nya. Sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas segala sesuatu" [Surah Fathir 1]

#Syeikh Tahir al-Jazairi dalam kitabnya, al-Jawahir al-Kalamiyyah berkata:

لَا يَرَى البَشَرُ غَيْرَ الأَنْبِيَاءِ الملَائِكَةَ إِذَا كَانُوا عَلَى صُوَرِهِمْ الأَصْلِيَّةِ لِأَنَّهُمْ أَجْسَامٌ لَطِيفَةٌ كَمَا أَنَّهُمْ لَا يَرَوْنَ الهَوَاءَ مَعَ كَوْنِهِ جِسْمًا مَالِئًا لِلفضَاءِ لِكَوْنِهِ لَطِيفاً وَأَمَّا إِذَا تَشَكَّلُوا بِصُورَةِ جِسْمٍ كَثِيفٍ كَالإِنْسَانِ فَيَرَوْنَهُمْ وَرُؤْيَةُ الأَنْبِيَاءِ لَهُمْ عَلَى صُوَرِهِمْ الأَصْلِيَّةِ خُصُوصِيَّةً خَصُّوا بِهَا لِتُلْقِيَ المسائِلَ الدِّينِيَّة وَالأَحْكَام الشَّرْعِيَّة

"Manusia tidak dapat melihat bentuk asli malaikat kecuali para Nabi. Kerana malaikat tercipta daripada jisim halus (jismun lathif) seperti udara di dalam ruangan yang tidak dapat dilihat dengan mata (tetapi dapat dirasa kehadirannya). Namun apabila malaikat mewujudkan dirinya dalam bentuk jasmani kasar (jismin kasif) sebagaimana manusia maka semua orang dapat melihatnya. Adapun kemampuan para nabi melihat malaikat dalam bentuknya yang asli (jisim halus) tidak lain merupakan kekhususan yang diberikan Allah swt kepada mereka bagi menyelesaikan pelbagai masalah keagamaan dan hukum- hukum Syarak".

#Secara dasarnya, manusia tidak mampu melihat malaikat. Manusia mungkin melihat malaikat jika mereka menjelma bukan dalam bentuk aslinya iaitu dalam rupa bentuk manusia.

#Diriwayatkan dalam hadis Imam Muslim bahawa sahabat Nabi saw melihat Jibril yang berupa menjadi seorang lelaki bertanyakan tentang Islam, iman, ihsan, kiamat dan tandanya kepada Nabi saw.

#Syeikh Abdul Muhsin al-Abbad berkata: "Dalam hadis Jibril ini terdapat dalil bahawa malaikat jika mendatangi manusia ia dapat berubah bentuk seperti manusia. Dan telah terdapat dalam Al-Quran bahawa Jibril datang kepada Maryam dalam bentuk manusia. Demikian pula mereka (para malaikat) datang kepada Nabi Ibrahim dan Nabi Luth dalam bentuk manusia. Mereka dapat berubah bentuk dari bentuk mereka yang sesungguhnya ke bentuk manusia dengan kekuasaan Allah swt. (Lihat al-Kafi Syarah Hadis 40)

#Telah thabit dalam hadis kisah seorang lelaki menziarahi saudaranya di sebuah perkampungan yang lain. Maka Allah swt perlihatkan kepadanya satu malaikat. Apabila dia melalui kawasan tersebut, malaikat bertanya, ke mana kamu mahu pergi?" Jawabnya," Aku mahu menziarahi saudaraku di kampung ini". Tanya malaikat, "Adakah kamu ingin membalas nikmat atau kurniaan kepadanya yang kamu perolehi daripadanya?" Jawab lelaki tersebut: "Tidak, aku ziarahnya kerana aku cintakannya semata-mata kerana Allah". Lantas malaikat itu berkata:

فَإِنِّى رَسُولُ اللَّهِ إِلَيْكَ بِأَنَّ اللَّهَ قَدْ أَحَبَّكَ كَمَا أَحْبَبْتَهُ فِيهِ

"Maka sesungguhnya aku adalah utusan Allah kepadamu untuk mengkhabarkan bahawa Allah mencintakanmu sebagaimana kamu mencintakannya semata-mata kerana Allah" (HR Muslim)

♡Malaikat merupakan makhluk Allah yang mulia. Diciptakan Allah untuk beribadah kepadaNya dan berkhidmat dengan penuh ketaatan kepada Allah swt. Maka kita wajib beriman dengan kewujudan Malaikat serta merasai kehadirannya bersama kita♡

🐊Ust naim
Klik link ini untuk    
http://bit.ly/tadabburkalamullah

Facebook:   
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah

Читать полностью…

Tadabbur Kalamullah

☆Tadabbur Kalamullah 13 Zulkaedah 1445H☆

فَقَالَ ٱلۡمَلَأُ ٱلَّذِینَ كَفَرُوا۟ مِن قَوۡمِهِۦ مَا نَرَىٰكَ إِلَّا بَشَرࣰا مِّثۡلَنَا وَمَا نَرَىٰكَ ٱتَّبَعَكَ إِلَّا ٱلَّذِینَ هُمۡ أَرَاذِلُنَا بَادِیَ ٱلرَّأۡیِ وَمَا نَرَىٰ لَكُمۡ عَلَیۡنَا مِن فَضۡلِۭ بَلۡ نَظُنُّكُمۡ كَـٰذِبِینَ

Maka berkatalah ketua-ketua yang kafir dari kaumnya: "Kami tidak memandangmu (wahai Nuh) melainkan sebagai seorang manusia seperti kami; dan kami tidak nampak golongan yang mengikutmu melainkan orang-orang kami yang miskin hina, lagi berfikiran singkat; dan kami juga tidak memandang kamu (semua) mempunyai sebarang kelebihan yang mengatasi kami, bahkan kami menganggap kamu orang-orang pendusta"

قَالَ یَـٰقَوۡمِ أَرَءَیۡتُمۡ إِن كُنتُ عَلَىٰ بَیِّنَةࣲ مِّن رَّبِّی وَءَاتَىٰنِی رَحۡمَةࣰ مِّنۡ عِندِهِۦ فَعُمِّیَتۡ عَلَیۡكُمۡ أَنُلۡزِمُكُمُوهَا وَأَنتُمۡ لَهَا كَـٰرِهُونَ

Nabi Nuh berkata: "Wahai kaumku! Jika keadaanku berdasarkan bukti yang nyata dari Tuhanku, serta Dia mengurniakan pangkat Nabi kepadaku dari sisiNya, kemudian bukti yang nyata itu menjadi kabur pada pandangan kamu (disebabkan keingkaran kamu yang telah sebati), maka adakah kamu nampak ada gunanya Kami memaksa kamu menerima bukti itu sedang kamu tidak suka kepadanya?" [Surah Hūd 27-28]

#Ayat ini merupakan rintihan Nabi Nuh Alaihissalam apabila kaumnya tidak menerima dakwahnya dan mengingkari risalah yang dibawa baginda bahkan mereka menuduh Nabi Nuh Alaihissalam sebagai pendusta dan pembohong.

#Setelah Nabi Nuh Alaihissalam mengemukakan pelbagai bukti tentang kebenaran ajaran yang dibawa dan disampaikan, kaumnya tetap tidak mahu menerima, maka apalah daya baginya sebagai manusia?.

#Baginda hanya mampu merintih dan mengadu kepada Allah swt dan menyerahkan urusan selebihnya kepada Allah swt untuk memperlakukan kaumnya mengikut kehendak Yang Maha Esa.

قَالَ رَبِّ إِنِّی دَعَوۡتُ قَوۡمِی لَیۡلࣰا وَنَهَارࣰا (5)

"(Setelah puas menyeru mereka), Nabi Nuh berdoa dengan berkata: "Wahai Tuhanku, sesungguhnya aku telah menyeru kaumku siang dan malam (supaya mereka beriman)"

فَلَمۡ یَزِدۡهُمۡ دُعَاۤءِیۤ إِلَّا فِرَارࣰا (6)

"Maka seruanku itu tidak memberikan mereka (sesuatu faedah pun) selain daripada menambahi mereka melarikan diri (dari kebenaran)"

وَإِنِّی كُلَّمَا دَعَوۡتُهُمۡ لِتَغۡفِرَ لَهُمۡ جَعَلُوۤا۟ أَصَـٰبِعَهُمۡ فِیۤ ءَاذَانِهِمۡ وَٱسۡتَغۡشَوۡا۟ ثِیَابَهُمۡ وَأَصَرُّوا۟ وَٱسۡتَكۡبَرُوا۟ ٱسۡتِكۡبَارࣰا (7)

"Dan sesungguhnya aku, tiap-tiap kali menyeru mereka (beriman) supaya Engkau mengampunkan dosa-dosa mereka, - mereka menyumbatkan telinganya dengan jari masing-masing, dan berselubung dengan pakaiannya, serta berdegil dengan keingkarannya, dan berlaku sombong takbur dengan melampau"

ثُمَّ إِنِّی دَعَوۡتُهُمۡ جِهَارࣰا (8)

"Kemudian aku telah menyeru mereka dengan terang-terang"

ثُمَّ إِنِّیۤ أَعۡلَنتُ لَهُمۡ وَأَسۡرَرۡتُ لَهُمۡ إِسۡرَارࣰا (9)

"Selain dari itu, aku (berulang-ulang) menyeru mereka secara beramai-ramai dengan berterus-terang, dan menyeru mereka lagi secara berseorangan dengan perlahan-lahan"

فَقُلۡتُ ٱسۡتَغۡفِرُوا۟ رَبَّكُمۡ إِنَّهُۥ كَانَ غَفَّارࣰا (10)

"Sehingga aku berkata (kepada mereka): `Pohonkanlah ampun kepada Tuhan kamu, sesungguhnya adalah Ia Maha Pengampun"  [Surah Nuh 5-10]

#Demikianlah usaha kita pada masa kini. Berusaha sedaya mampu memberi kesedaran, peringatan, menunjukkan bukti dan sebagainya. Akhirnya Allah jualah yang menentukan. Allah jualah yang maha berkuasa membuka hati hamba-hambaNya sama ada hendak terima atau tolak kebenaran yang kita sampaikan.

#Jangan sekali-kali berputus asa. Sehebat Nabi pun begitu sukar untuk menembusi hati manusia yang tertutup rapat, apalah kita yang sarat dengan kelemahan dan kekurangan ini..

♡Teruskan berdakwah dan mengajak manusia kepada Allah swt tanpa putus asa. Selebihnya, berdoa dan bertawakkallah kepadaNya♡

🐊Ust naim
Klik link ini untuk    
http://bit.ly/tadabburkalamullah

Facebook:   
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah

Читать полностью…

Tadabbur Kalamullah

☆Tadabbur Kalamullah 11 Zulkaedah 1445H☆

وَمَن یُطِعِ ٱللَّهَ وَٱلرَّسُولَ فَأُو۟لَـٰۤىِٕكَ مَعَ ٱلَّذِینَ أَنۡعَمَ ٱللَّهُ عَلَیۡهِم مِّنَ ٱلنَّبِیِّـۧنَ وَٱلصِّدِّیقِینَ وَٱلشُّهَدَاۤءِ وَٱلصَّـٰلِحِینَۚ وَحَسُنَ أُو۟لَـٰۤىِٕكَ رَفِیقࣰا

"Dan sesiapa yang taat kepada Allah dan RasulNya, maka mereka akan (ditempatkan di syurga) bersama-sama orang-orang yang telah dikurniakan nikmat oleh Allah kepada mereka, iaitu Nabi-nabi, dan orang-orang Siddiqiin, dan orang-orang yang Syahid, serta orang-orang yang soleh. Dan amatlah eloknya mereka itu menjadi teman rakan (kepada orang-orang yang taat)" [Surah an-Nisāʾ 69]

#Suatu hari seorang lelaki dari kalangan Ansar datang kepada Rasulullah saw dalam keadaan sedang bersedih. Lalu Rasulullah bertanya kepadanya:" Wahai fulan, mengapa aku lihat engkau sedang bersedih?"

Lelaki tersebut menjawab:" Wahai Nabi Allah, aku bersedih memikirkan suatu perkara" .

Rasulullah saw bertanya lagi: "Apakah perkara itu?"

Lelaki itu pun berkata:

نحن نغدو عليك ونروح ، ننظر في وجهك ونجالسك ، غدا ترفع مع النبيين فلا نصل إليك

"Di dunia ini kami selalu bertemu denganmu pada waktu pagi dan petang. Kami melihat wajahmu serta bermajlis bersamamu. Kelak nanti di akhirat, kamu akan diangkat bersama dengan para Nabi. Maka kami sudah tidak boleh lagi untuk sampai kepadamu".

Rasulullah saw tidak menjawab kata-kata tersebut. Kemudian Malaikat Jibril Alaihissalam datang kepada Rasulullah saw dengan membawa ayat berikut:

وَمَن یُطِعِ ٱللَّهَ وَٱلرَّسُولَ فَأُو۟لَـٰۤىِٕكَ مَعَ ٱلَّذِینَ أَنۡعَمَ ٱللَّهُ عَلَیۡهِم مِّنَ ٱلنَّبِیِّـۧنَ وَٱلصِّدِّیقِینَ وَٱلشُّهَدَاۤءِ وَٱلصَّـٰلِحِینَۚ وَحَسُنَ أُو۟لَـٰۤىِٕكَ رَفِیقࣰا

"Dan sesiapa yang taat kepada Allah dan RasulNya, maka mereka akan (ditempatkan di syurga) bersama-sama orang-orang yang telah dikurniakan nikmat oleh Allah kepada mereka, iaitu Nabi-nabi, dan orang-orang Siddiqiin, dan orang-orang yang Syahid, serta orang-orang yang soleh. Dan amatlah eloknya mereka itu menjadi teman rakan (kepada orang-orang yang taat)" [Surah an-Nisāʾ 69]

Kemudian Rasulullah saw pun memberikan khabar gembira kepada lelaki tersebut berkenaan ayat ini. (Lihat: Tafsir At-Tabari, Ibn Jarir)

♡Cara utama untuk kita bersama dengan Rasulullah saw di akhirat kelak ialah dengan mentaati Allah swt dan RasulNya saw semasa hayat dunia♡

🐊Ust naim
Klik link ini untuk    
http://bit.ly/tadabburkalamullah

Facebook:   
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah

Читать полностью…

Tadabbur Kalamullah

☆Tadabbur Kalamullah 9 Zulkaedah 1445H☆

وَلْيَعْفُوا وَلْيَصْفَحُوا ۗ أَلَا تُحِبُّونَ أَن يَغْفِرَ اللَّهُ لَكُمْ ۗ وَاللَّهُ غَفُورٌ رَّحِيمٌ

"Hendaklah kamu memaafkan dan berlapang dada, tidakkah kamu suka untuk Allah mengampunkan kamu. Dan Allah itu Maha Pengampun lagi Maha Penyayang" [Surah an-Nur 22]

#Imam az-Zahabi rahimahullah ada menceritakan berkenaan seorang ulamak yang sikapnya suka memaafkan kesalahan orang lain. Ulamak yang dimaksudkan ialah as-Syaikh Mas’ud bin Muhammad bin Al-Dallal al-Hamazani rahimahullah.

#Antara ucapan yang sering kali beliau sebutkan ialah :

الماضي لا يُذكز

"Perkara yang lepas usahlah dikenang lagi"

#Setelah beliau meninggal dunia, beliau dilihat di dalam mimpi. Ditanyakan kepada beliau : "Apa yang telah Allah swt lakukan kepadamu?"

Beliau berkata:

أوقفني بين يديه ، وقال لي : يا مسعود الماضي لا يذكر ، انطلقوا به إلى الجنة

"Allah swt mendirikan aku di hadapanNya seraya berkata kepadaku: Wahai Mas’ud, barang yang lepas usah dikenang. (Allah berkata kepada para malaikat): Bawalah dia menuju ke Syurga. (Lihat: Tarikh Al-Islam, az-Zahabi)

#Inilah yang dinamakan sebagai الجزاء من جنس العمل iaitu ganjaran yang diberikan kepada kita di akhirat, sesuai dengan amalan kita semasa di dunia.

#Allah swt menjanjikan keampunan bagi sesiapa yang berlapang dada memaafkan orang yang melakukan kesalahan padanya. Tiada perkara yang lebih mulia daripada beroleh keampunan Allah swt.

♡Ketahuilah bahawa apabila memaafkan orang lain, ia bukan sahaja membuatkan hati si pesalah tadi berasa tenang, tetapi Allah swt turut akan menurunkan ketenangan itu kepada kita. Bahkan, Allah swt juga begitu memuliakan mereka yang memaafkan orang lain. Jom maafkan dan lupakan!!♡

🐊Ust naim
Klik link ini untuk    
http://bit.ly/tadabburkalamullah

Facebook:   
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah

Читать полностью…

Tadabbur Kalamullah

*SEDEKAH JUMAAT: WAQAF UBAH SUAI MPV KEPADA VAN JENAZAH UNTUK PENDUDUK PENAGA DAN SEKITARNYA*

Klik dan sumbang:
https://toyyibpay.com/WAQAF-VAN-JENAZAH-PENAGA

السلام عليكم ورحمه الله وبركاته...

Alhamdulillah, seorang Hamba Allah yang budiman telah menginfaq sebuah MPV untuk dijadikan Van Jenazah/Serbaguna.

ان شاءالله...

MPV akan diubah menjadi Van Jenazah bagi khidmat masyarakat Penaga, Pulau Pinang dan sekitarnya.

Kerja-kerja pengubahsuaian MPV kepada Van Jenazah akan mula dilaksanakan:

1- Pemeriksaan engine dan servis penuh.
2- Ubah suai dalaman MPV.
3- Mengecat.
4- Proses penukaran status kenderaan kepada Van Jenazah/Serbaguna.

*KOS DIPERLUKAN RM20 RIBU*

Justeru diperlukan dana sekitar RM20k bagi menjayakan maksud tersebut.

Dengan ini kami menjemput semua penyumbang untuk turut serta bersama-sama kami menginfaq memanjangkan jariah bagi melaksanakan tujuan mulia ini.
Bagi yang sudi bersama-sama kami memberi sumbangan diucapkan Jazakumullahu khairan kathira. Terima kasih banyak-banyak.
-----------------
Sumbangan boleh disalurkan ke akaun Toyyib Pay:

https://toyyibpay.com/WAQAF-VAN-JENAZAH-PENAGA

Atau terus ke akaun:

*Pertubuhan Kebajikan Ilmu dan Amal Selangor
*Maybank_5629_9101_9074
*Cimb_8604_7707_81
*Remark: Waqaf Van Jenazah Penaga

SMS/Whatsapp slip/bukti sumbangan kepada:

📲Ust Naim: http://www.wasap.my/60196023803/WaqafVanJenazahPenaga

📲Tn Abu Umar: http://www.wasap.my/60193113501/WaqafVanJenazahPenaga

📲Tn Akmalizan: http://www.wasap.my/60172722696/WaqafVanJenazahPenaga

📲Puan Zarina: http://www.wasap.my/60193223501/WaqafVanJenazahPenaga

*ANDA HULUR, KAMI SALUR*

Читать полностью…

Tadabbur Kalamullah

☆Tadabbur Kalamullah 6 Zulkaedah 1445H☆

خُذْ مِنْ أَمْوَالِهِمْ صَدَقَةً تُطَهِّرُهُمْ وَتُزَكِّيهِمْ بِهَا وَصَلِّ عَلَيْهِمْ إِنَّ صَلَاتَكَ سَكَنٌ لَهُمْ وَاللَّهُ سَمِيعٌ عَلِيمٌ

"Ambillah (sebahagian) dari harta mereka menjadi sedekah (zakat), supaya dengannya engkau membersihkan mereka (dari dosa) dan mensucikan mereka (dari akhlak yang buruk); dan doakanlah untuk mereka, kerana sesungguhnya doamu itu menjadi ketenteraman bagi mereka. Dan (ingatlah) Allah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui" [Surah at-Taubah 103]

#Ayat ini merupakan dalil utama dalam pensyariatan zakat. Namun begitu, Islam telah meletakkan garis panduan dalam menentukan siapa yang diwajibkan zakat dan kategori-kategori yang ada didalam zakat.

#Maka, umat Islam diwajibkan zakat apabila memiliki nisab (jumlah minimum yang diwajibkan zakat) dan mencukupi tempoh haul (tempoh masa setahun). Perkara ini berdasarkan sabda Nabi saw:

لَيْسَ فِى مَالٍ زَكَاةٌ حَتَّى يَحُولَ عَلَيْهِ الْحَوْلُ

"Tidak wajib zakat harta hingga berlalu masa setahun" (HR Abu Daud)

#Berkaitan wang yang dipinjam, adakah dikenakan zakat atau pun tidak, maka Imam an-Nawawi telah menyatakan di dalam kitabnya dalam Bab Apa yang dilazimkan keatasnya zakat dan apa yang wajib padanya:

ولا يمنع الدين وجوبها

"Tidak terhalang hutang itu daripada kewajipan zakat" (Lihat: Minhajut Tolibin)

#Seterusnya, Imam Nawawi menyimpulkan bahawa diwajibkan zakat bagi harta batin atau zahir ataupun dari jenis hutang atau selain daripadanya.

#Perkara ini dinyatakan oleh Imam Nawawi di dalam kitabnya Majmu’: "Maka kesimpulannya disisi mazhab, wajib zakat sama ada harta itu harta batin atau zahir atau dari jenis hutang atau selainnya, menurut para ulamak kami sama ada hutang itu hutang dengan manusia atau hutang dengan Allah"
(Lihat: Majmu’ Syarh Muhazzab) 

#Contoh: Ahmad berhutang dengan Abu sebanyak RM100,000 dalam tempoh 3 tahun. Ahmad bersetuju untuk membayar hutang Abu secara ansuran sebanyak RM1000 setiap bulan bagi mengurangkan jumlah hutangnya. Namun, dalam kes zakat, apabila telah genap tempoh setahun (cukup haul), Ahmad perlu mengeluarkan zakat ke atas hartanya termasuk juga hutangnya kerana hutang bertangguh tidak menggugurkan kewajipan zakat berbeza dengan hutang segera. Maka dalam hal ini, jika harta Ahmad pada asalnya ada RM5000 kemudian dicampurkan dengan hutangnya sebanyak RM100,000 kemudian ditolak pula dengan RM12,000 yang dibayarnya setiap bulan pada tahun berikut, maka akan meninggalkan baki sebanyak RM93,000. Maka, dari baki inilah dikeluarkan zakat.

#Pun begitu, peminjam hanya diwajibkan zakat apabila ianya mencukupi haul dan juga nisab. Jika duit pinjaman tersebut sudah digunakan sebelum cukup haul maka tidak diwajibkan zakat ke atasnya.

#Oleh yang demikian, menurut pendapat yang muktabar disisi mazhab as-Syafie adalah diwajibkan zakat bagi wang pinjaman jika mencukupi syarat iaitu cukup nisab dan haul.

♡Zakat merupakan salah satu daripada rukun Islam yang telah difardhukan oleh Allah swt kepada umat Islam. Maka bayarlah zakat, agar rezeki kita sentiasa diberkati dan dosa kita sentiasa disucikan♡

🐊Ust naim
Klik link ini untuk    
http://bit.ly/tadabburkalamullah

Facebook:   
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah

Читать полностью…

Tadabbur Kalamullah

☆Tadabbur Kalamullah 4 Zulkaedah 1445H☆

وَمَاۤ أَرۡسَلۡنَـٰكَ إِلَّا رَحۡمَةࣰ لِّلۡعَـٰلَمِینَ

"Dan tiadalah Kami mengutuskan engkau (wahai Muhammad), melainkan untuk menjadi rahmat bagi sekalian alam" [Surah Al-Anbiyāʾ 107]

#Berkata Imam al-Jurjani rahimahullah: "Istilah rahmah merujuk kepada suatu keinginan menyampaikan kebaikan".

#Disamping pembawa rahmah, Rasulullah saw menunjukkan rahmah dengan penuh hikmah untuk diteladani oleh umatnya.

#Jom hayati kisah dibawah ini berkaitan rahmah dan hikmah:

Abu Azzah al-Juhami adalah seorang penyair musyrik yang sering menyerang dan menyakiti Rasulullah saw serta para sahabat r.anhum menerusi syair-syair rekaannya. Semasa peperangan Badar, dia termasuk di antara tentera musyrikin yang ditawan oleh tentera Islam. Tawanan-tawanan itu dibawa ke Madinah. Kemudian dibebaskan dengan bayaran tebusan.

Abu Azzah al-Juhami merayu kepada Rasulullah saw agar dia dibebaskan tanpa tebusan. Dia berkata: "Ya Muhammad, sesungguhnya aku seorang yang faqir yang banyak tanggungan sebagaimana engkau pun tahu. Maka bebaskanlah aku kerana kefaqiranku dan demi anak-anak perempuanku!"

Mendengar rayuan itu, Rasulullah saw berasa kasihan. Lantas baginda membebaskannya dengan ikat janji dia tidak akan menentang Rasulullah selepas itu dan tidak akan menyertai mana-mana pasukan yang memerangi baginda saw. Selepas dia pulang ke Mekah, dia memungkiri janjinya dengan Rasulullah saw. Dia kembali menyerang kaum muslimin dengan syair-syairnya dan ikut serta kaum musyrikin menyerang umat Islam di dalam peperangan Uhud.

Dengan izin Allah dia sekali lagi ditawan oleh tentera Islam di dalam peperangan Hamraa’ al-Asad yang berlaku sejurus selepas peperangan Uhud. Dan kali ini dia merayu lagi supaya dia dibebaskan dan berjanji tidak akan mengulangi lagi apa yang telah dilakukannya sebelum ini. Namun pada kali ini Rasulullah saw tidak lagi memberi peluang kepadanya.

Dengan tegas dan penuh hikmah baginda bersabda: "Tidak! Demi Allah, engkau tidak akan dapat menggosok dua pipimu (ungkapan yang menggambarkan gaya orang sombong) di Mekah seraya berkata, aku telah dua kali menipu Muhammad! 

"Sesungguhnya orang beriman tidak akan disengat dari lubang yang sama dua kali!". Baginda menyambung lagi: "Penggallah kepalanya wahai Zaid!"

#Demikianlah contoh teladan yang ditunjukkan oleh Rasulullah saw kepada kita. Rahmah tidak bermakna merendah, mengalah dan menyerah sepanjang masa. Rahmah mestilah dengan hikmah, tegas dan penuh izzah. 

♡Nabi saw pembawa rahmah dengan penuh hikmah♡

🐊Ust naim
Klik link ini untuk    
http://bit.ly/tadabburkalamullah

Facebook:   
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah

Читать полностью…

Tadabbur Kalamullah

☆Tadabbur Kalamullah 2 Zulkaedah 1445H☆

وَنُنَزِّلُ مِنَ ٱلۡقُرۡءَانِ مَا هُوَ شِفَاۤءࣱ وَرَحۡمَةࣱ لِّلۡمُؤۡمِنِینَ وَلَا یَزِیدُ ٱلظَّـٰلِمِینَ إِلَّا خَسَارࣰا

"Dan Kami turunkan dengan beransur-ansur dari Al-Quran Aya-ayat Suci yang menjadi ubat penawar dan rahmat bagi orang-orang yang beriman kepadanya; dan (sebaliknya) Al-Quran tidak menambahkan orang-orang yang zalim (disebabkan keingkaran mereka) melainkan kerugian jua" [Surah al-Isrāʾ 82]

#Al-Quran ialah ubat bagi segala penyakit jasmani dan rohani, penyakit dunia dan akhirat, tetapi tidak semua orang mendapat taufik untuk menggunakannya. Jika seorang pesakit mahir menggunakan al-Quran untuk merawat dan mengubat penyakitnya berserta dengan keyakinan, keimanan dan memenuhi syarat-syaratnya, pasti penyakit itu 'lari' dan tidak akan datang lagi selama-lamanya.

#Imam Ibn Qayyim al-Jawziyyah menyebut bahawa ucapan (kalam) Allah swt adalah ubat yang sempurna, perlindungan yang baik, cahaya yang memberi petunjuk, rahmat yang luas, yang seandainya diturunkan ke atas gunung, gunung itu akan hancur berkecai dan berkeping-keping kerana keagungan dan kemuliaan ucapan tersebut.

#Imam Ibn Qayyim al-Jawziyyah bercerita bahawa beliau pernah menderita sakit di Mekah. Ketika itu beliau tidak menemui doktor atau ubat, lalu beliau minum air zam-zam dan membaca surah al-Fatihah berkali-kali, kemudian beliau minum air zam-zam lagi. Ternyata penyakit yang beliau deritai sembuh sepenuhnya. Setelah itu beliau mengubati setiap penyakitnya dengan air zam-zam dan dengan membaca surah al-Fatihah berkali-kali.

#Murid Imam Ibnu Taimiyyah, Imam Abu Hafs Umar bin Ali al-Bazzar menyebutkan dalam kitab al-A’lam al-‘Aliyyah Fi Manaqib Ibnu Taimiyyah:

"Sepanjang aku tinggal di Damsyik aku sentiasa melazimi beliau pada kebanyakan waktu siang dan malam. Beliau menyuruh aku berada rapat dengannya sehingga aku dapat duduk di sampingnya. Aku dapat mendengar apa yang beliau bacakan dan apa yang beliau zikirkan ketika itu.

Aku melihat beliau membaca surah al-Fatihah dan mengulang-ulanginya. Beliau menghabiskan keseluruhan waktu beliau hanya untuk perkara tersebut, iaitu dari waktu fajar sehingga terbit matahari dengan mengulang-ulang pembacaan surah al-Fatihah".

Dr Saif al-'Asri berkata: "Perkara ini tidak warid dan tidak sabit perbuatannya daripada Nabi saw dan tidak seorang pun daripada sahabat....

Syeikh (Ibnu Taimiyyah) berpandangan tidak mengapa untuk melazimi zikir tertentu iaitu surah al-Fatihah, pada waktu tertentu (dari subuh sehingga terbit matahari) dan dengan sifat yang tertentu (mengulanginya berkali-kali)".

#Ayat al-Quran menjadi penawar penyakit dan juga menjadi zikir yang diulang-ulang. Ianya akan mentemteramkan jiwa serta mendamaikan kehidupan.

ٱلَّذِینَ ءَامَنُوا۟ وَتَطۡمَىِٕنُّ قُلُوبُهُم بِذِكۡرِ ٱللَّهِۗ أَلَا بِذِكۡرِ ٱللَّهِ تَطۡمَىِٕنُّ ٱلۡقُلُوبُ

"(Iaitu) orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan zikrullah". Ketahuilah dengan "zikrullah" itu, tenang tenteramlah hati manusia" [Surah ar-Raʿd 28]

♡Demikianlah kelebihan, kehebatan, kemuliaan dan keagungan kalam Allah swt yang menjadi menyembuhkan pelbagai penyakit, rahmat pada manusia, zikir pada lidah dan mententeram hati dan jiwa setiap hamba♡

🐊Ust naim
Klik link ini untuk    
http://bit.ly/tadabburkalamullah

Facebook:   
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah

Читать полностью…

Tadabbur Kalamullah

☆Tadabbur Kalamullah 1 Zulkaedah 1445H☆

إِن كُلُّ مَن فِی ٱلسَّمَـٰوَ ٰ⁠تِ وَٱلۡأَرۡضِ إِلَّاۤ ءَاتِی ٱلرَّحۡمَـٰنِ عَبۡدࣰا * لَّقَدۡ أَحۡصَىٰهُمۡ وَعَدَّهُمۡ عَدࣰّا * وَكُلُّهُمۡ ءَاتِیهِ یَوۡمَ ٱلۡقِیَـٰمَةِ فَرۡدًا

"Tidak ada sesiapapun di langit dan di bumi melainkan ia akan datang kepada (Allah) Ar-Rahman, sebagai hamba. Demi sesungguhnya! Allah telah mengira mereka (dengan pengetahuanNya) serta menghitung mereka satu persatu. Dan mereka masing-masing akan datang mengadapNya pada hari kiamat dengan seorang diri" [Surah Maryam 93-95]

#Pulanglah mengadap Allah swt sebagai hamba. Ini kerana setiap manusia setinggi manapun pangkat, kedudukan dan jawatan didunia, mereka tetap bertaraf hamba disisi Allah swt. Tidak ada yang pulang dengan pangkat dan jawatan sebagai ketua. Semuanya adalah hamba. Jika membawa bekal amal soleh, pasti selamat. Jika pulang membawa bersamanya kesombongan dan keangkuhan, pasti dihimpun bersama Firaun, Qarun, Abu Jahal dan mereka yang sesat.

#Ingatlah manusia diciptakan dengan penuh kelemahan, dengan penuh keterbatasan, penuh kehinaan dan kemiskinan. Yang memiliki kekuatan tanpa batas, yang memiliki kemampuan tanpa batas hanyalah Allah swt sahaja. 

#Allah swt yang menerbitkan matahari dari Timur, dan menenggelamkannya di Barat. Allahlah yang menciptakan virus-virus dan Dia jugalah yang menciptakan ubat-ubat atau penawar. Maka tidak ada jalan dan cara yang paling terbaik untuk keluar daripada kelemahan diri, kecuali dengan menyerahkan semuanya kepada yang Maha Kuat, kepada yang Maha Kaya, kepada yang Maha Berkuasa atas segala sesuatu.

#Jadilah hambaNya yang benar-benar mentaatinya, yang benar-benar bertaqwa dan benar-benar Islam.

یَـٰۤأَیُّهَا ٱلَّذِینَ ءَامَنُوا۟ ٱتَّقُوا۟ ٱللَّهَ حَقَّ تُقَاتِهِۦ وَلَا تَمُوتُنَّ إِلَّا وَأَنتُم مُّسۡلِمُونَ

"Wahai orang-orang yang beriman! Bertaqwalah kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa, dan jangan sekali-kali kamu mati melainkan dalam keadaan Islam" [Surah Āli-ʿImrān 102]

#Setiap hambaNya akan pulang mengadap Allah swt bersendirian, berseorangan. Bila tiba masa dan waktunya kita akan berseorangan mengadap Allah swt. Berseorangan di alam barzakh. Tidak ada ahli keluarga atau sahabat handai yang akan menemani kita. Yang hanya boleh menjadi teman kita hanyalah amal soleh yang kita lakukan didunia. Itulah teman sejati kita nanti.

وَنُفِخَ فِی ٱلصُّورِ فَإِذَا هُم مِّنَ ٱلۡأَجۡدَاثِ إِلَىٰ رَبِّهِمۡ یَنسِلُونَ

"Dan sudah tentu akan ditiupkan sangkakala (menghidupkan orang-orang yang telah mati; apabila berlaku yang demikian) maka semuanya segera bangkit keluar dari kubur masing-masing (untuk) mengadap Tuhannya" [Surah YāSīn 51]

#Maka takutlah akan Allah swt yakni takut untuk melakukan dosa. Takut untuk melanggar perintah suruhanNya. Takut untuk melakukan kederhakaan padaNya. Takut untuk bermaksiat padaNya. Takut untuk menyalahi arahanNya.

إِنَّ ٱلَّذِینَ یَخۡشَوۡنَ رَبَّهُم بِٱلۡغَیۡبِ لَهُم مَّغۡفِرَةࣱ وَأَجۡرࣱ كَبِیرࣱ

"Sesungguhnya orang-orang yang takut (melanggar hukum) Tuhannya semasa mereka tidak dilihat orang dan semasa mereka tidak melihat azab Tuhan, mereka beroleh keampunan dan pahala yang besar" [Surah Al-Mulk 12]

♡Insafilah diri kerana suatu hari nanti kita akan berseorangan mengadap Allah swt. Maka jadilah hambaNya yang bertaqwa, yang pulang ke akhirat membawa amal yang mencukupi♡

🐊Ust naim
Klik link ini untuk    
http://bit.ly/tadabburkalamullah

Facebook:   
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah

Читать полностью…

Tadabbur Kalamullah

☆Tadabbur Kalamullah 30 Syawal 1445H☆

إِن كُلُّ مَن فِی ٱلسَّمَـٰوَ ٰ⁠تِ وَٱلۡأَرۡضِ إِلَّاۤ ءَاتِی ٱلرَّحۡمَـٰنِ عَبۡدࣰا * لَّقَدۡ أَحۡصَىٰهُمۡ وَعَدَّهُمۡ عَدࣰّا * وَكُلُّهُمۡ ءَاتِیهِ یَوۡمَ ٱلۡقِیَـٰمَةِ فَرۡدًا

"Tidak ada sesiapapun di langit dan di bumi melainkan ia akan datang kepada (Allah) Ar-Rahman, sebagai hamba. Demi sesungguhnya! Allah telah mengira mereka (dengan pengetahuanNya) serta menghitung mereka satu persatu. Dan mereka masing-masing akan datang mengadapNya pada hari kiamat dengan seorang diri" [Surah Maryam 93-95]

#Sesungguhnya setiap mukmin itu percaya adanya hari kiamat dan hari pembalasan serta percaya adanya buku catatan amal, maka ia akan dihisab pada hari kiamat dengan penuh keadilan dan ketelitian atas segala kelakuannya didunia.

#Sesungguhnya setiap amal yang dilakukan di dunia ini walau sekecil zarah akan dihisab dan dibalas dengan ganjaran atau keseksaan.

#Sebagai orang beriman, kita tidak boleh ambil mudah tentang iman kita, amal perbuatan kita, akhlak kita dan amanah yang dipikul. Kita perlu menjaga dan mengawal segala amalan-amalan kita, tindak tanduk kita serta kelakuan kita semasa di dunia ini, seperti mana ahli-ahli perniagaan membuat perhitungan dan muhasabah pada setiap hari atau bulan dan setiap tahun untuk mengetahui untung rugi perniagaan mereka.

#Berkata seorang salaf:

إذا نطقت فاذكر من يسمع، وإذا نظرت فاذكر من يرى، وإذا عزمت فاذكر من يعلم

"Apabila engkau ingin berkata-kata maka ingatlah Yang Maha Mendengar, apabila engkau ingin melihat maka ingatlah Yang Maha Melihat dan apabila engkau ingin berniat (melakukan sesuatu perkara) ingatlah Yang Maha Mengetahui" (Lihat: Kitab al-Tabsirah oleh Ibnu Jauzi)

#Sayidina Ali ibnu Abi Thalib r.a pernah berkata: "Hisablah diri kamu sebelum kamu dihisab dan timbanglah (diri kamu) sebelum kamu ditimbang" (Lihat: Ghurar Al-Hukm)

#Oleh itu, maka kepada sesiapa yang hendakkan hidup bahagia di akhirat dan takut akan hisab pada hari kiamat yang amat terperinci serta azab seksa yang amat pedih, maka wajiblah dia mengawal dan menjaga dirinya dan tindak tanduknya semasa di dunia ini serta membuat hisab dan perhitungan amal-amalnya secara tepat dan terperinci sebelum dia dihisab pada hari kiamat nanti.

♡Sebagai manusia kita perlulah mengambil masa untuk merenung dan memikirkan pada tiap-tiap hari bagi menghisab amal-amal kita. Alangkah baiknya jika kita mengambil masa sedikit ketika lapang dan ketika hendak tidur, merenung dan memikirkan tentang apa yang sudah dilakukan sepanjang hari dan kehidupan kita sebelum kita pulang mengadap Allah swt♡

🐊Ust naim
Klik link ini untuk    
http://bit.ly/tadabburkalamullah

Facebook:   
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah

Читать полностью…

Tadabbur Kalamullah

☆Tadabbur Kalamullah 28 Syawal 1445H☆

یَوۡمَ تَشۡهَدُ عَلَیۡهِمۡ أَلۡسِنَتُهُمۡ وَأَیۡدِیهِمۡ وَأَرۡجُلُهُم بِمَا كَانُوا۟ یَعۡمَلُونَ * یَوۡمَىِٕذࣲ یُوَفِّیهِمُ ٱللَّهُ دِینَهُمُ ٱلۡحَقَّ وَیَعۡلَمُونَ أَنَّ ٱللَّهَ هُوَ ٱلۡحَقُّ ٱلۡمُبِینُ

"Pada hari lidah mereka dan tangan mereka serta kaki mereka menjadi saksi terhadap diri mereka sendiri, tentang segala yang mereka lakukan. Pada hari itu Allah akan menyempurnakan untuk mereka balasan (azab seksa) yang berhak mereka mendapatnya, dan mereka pula akan mengetahui bahawa Allah ialah Tuhan Yang Maha Adil, lagi nyata keadilanNya" [Surah an-Nūr 24-25]

#Allah swt mengurniakan kepada manusia pelbagai macam kelengkapan hidup, diantaranya ialah akal agar manusia dapat menimbang, memilih dan menilai antara yang baik lagi benar, yang salah dan keliru sehingga hidupnya terarah dan terbimbing. Modal otak sahaja tidaklah cukup tanpa iman. Dengan imanlah manusia boleh mengenal yang tidak dapat dijangkau oleh otak atau akal manusia.

#Ingatlah bahawa hidup yang diyakini manusia di dunia ini kelak akan dipertanggungjawabkan di hadapan Allah swt, Hakim Maha Tinggi lagi Maha Adil, sebagaimana diketahui dalam ayat diatas.

#Walaupun manusia mempersiapkan pengacara yang hebat untuk membela dakwaan atas tuduhan yang diperbuatnya didunia, sedikitpun tidak dapat dielakkan, saksi tidak dapat disogok kerana yang bertindak sebagai saksi bukan orang lain tapi anggota tubuh badan sebagaimana yang difirmankan Allah swt.

#Sabda Rasulullah saw:

أَلَا كُلُّكُمْ رَاعٍ وَكُلُّكُمْ مَسْئُولٌ عَنْ رَعِيَّتِهِ

"Ketahuilah setiap daripada kamu adalah pemimpin, dan setiap daripada kamu akan diminta pertanggungjawaban terhadap apa yang dipimpin" (HR Muslim)

#Allah swt memberikan kepada kita udara untuk bernafas, anggota tubuh untuk bergerak,  akal untuk berfikir, ini semua kenikmatan yang harus disyukuri dengan cara menggunakannya untuk beribadah kepada Allah swt semata dan melakukan aktiviti keduniaan yang bermanfaat dan juga bernilai ibadah. Jadikan hidup ini seluruhnya bernilai ibadah.

#Disebabkan semuanya daripada Allah, kepadaNyalah nanti akan dikembalikan dan juga akan diminta pertanggungjawapan.

#Nafas kita, lisan kita, mata, kaki, tangan, tingkah laku, semuanya akan diminta pertanggungjawapan. Allah swt tidak membiarkannya begitu sahaja untuk kita. Apa yang ada pada diri kita selama ini adalah sesungguhnya amanah dariNya dan setiap amanah pasti akan diminta kembali sekaligus diminta pertanggungjawapan dan akan dibalas sesuai dengan apa yang kita lakukan.

أَیَحۡسَبُ ٱلۡإِنسَـٰنُ أَن یُتۡرَكَ سُدًى

"Patutkah manusia menyangka, bahawa ia akan ditinggalkan terbiar (dengan tidak diberikan tanggungjawab dan tidak dihidupkan menerima balasan)?" [Surah al-Qiyamah 36]

♡Hendaklah kita berhati-hati disepanjang kehidupan kita didunia ini kerana kita semua perlu menjawab di hadapan Allah tentang apa yang kita diamanahkan dan dipertanggungjawabkan♡

🐊Ust naim
Klik link ini untuk    
http://bit.ly/tadabburkalamullah

Facebook:   
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah

Читать полностью…

Tadabbur Kalamullah

☆Tadabbur Kalamullah 26 Syawal 1445H☆

وَإِذَا جَاۤءَهُمۡ أَمۡرࣱ مِّنَ ٱلۡأَمۡنِ أَوِ ٱلۡخَوۡفِ أَذَاعُوا۟ بِهِۦۖ وَلَوۡ رَدُّوهُ إِلَى ٱلرَّسُولِ وَإِلَىٰۤ أُو۟لِی ٱلۡأَمۡرِ مِنۡهُمۡ لَعَلِمَهُ ٱلَّذِینَ یَسۡتَنۢبِطُونَهُۥ مِنۡهُمۡۗ وَلَوۡلَا فَضۡلُ ٱللَّهِ عَلَیۡكُمۡ وَرَحۡمَتُهُۥ لَٱتَّبَعۡتُمُ ٱلشَّیۡطَـٰنَ إِلَّا قَلِیلࣰا

Dan apabila datang kepada mereka sesuatu berita mengenai keamanan atau kecemasan, mereka terus menghebahkannya; padahal kalau mereka kembalikan sahaja hal itu kepada Rasulullah dan kepada - "Ulil-Amri" (orang-orang yang berkuasa) di antara mereka, tentulah hal itu dapat diketahui oleh orang-orang yang layak mengambil keputusan mengenainya di antara mereka; dan jika tidaklah kerana limpah kurnia Allah dan belas kasihanNya kepada kamu, tentulah kamu (terbabas) menurut Syaitan kecuali sedikit sahaja (iaitu orang-orang yang teguh imannya dan luas ilmunya di antara kamu)" [Surah an-Nisāʾ 83]

#Berkata Imam Ibn Kathir rahimahullah:" Ayat ini mengandungi bantahan terhadap mereka yang segera menyebar dan menularkan sesuatu perkara sebelum dipastikan kedudukan yang sebenarnya kerana boleh jadi perkara itu tidak betul".

#Imam Muslim menyebut di dalam mukaddimah kitab sahihnya daripada Sayidina Abu Hurairah r.a bahawa Nabi saw bersabda:

كَفَى بِالْمَرْءِ كَذِبًا أَنْ يُحَدِّثَ بِكُلِّ مَا

"Cukuplah seseorang itu menjadi pendusta apabila dia bercakap tentang semua perkara yang didengarinya".

#Imam Ibn Hibban berkata: Dalam hadis ini terdapat larangan bagi seseorang untuk menyebarkan semua berita yang dia dengar sehinggalah dia mengetahui secara yakin akan kesahihannya. (Lihat: Kitab al-Majruhin)

#Baginda saw juga bersabda: "Sesiapa yang bercakap tentang suatu percakapan yang dia tahu perkara itu dusta, maka dia adalah salah seorang daripada pendusta" (HR al-Bukhari)

#Di sini dibawakan kisah peristiwa yang berlaku pada Sayidina Umar bin al-Khattab r.a yang mana peristiwa ini diriwayatkan oleh Imam al-Bukhari dan Muslim. Ketika Sayidina Umar mendengar berita bahawa Rasulullah saw telah menceraikan isteri-isteri baginda, beliau terus datang ke rumah Rasulullah saw. Tiba di masjid, beliau mendengar semua orang yang berada di dalam masjid memperkatakan tentang hal itu. Beliau tidak teragak-agak, lantas terus meminta izin untuk bertemu dengan Rasulullah saw dan bertanya: "Adakah tuan telah menceraikan isteri-isteri tuan?". Baginda menjawab: "Tidak!". Lantas Sayidina Umar r.a bertakbir: "Allahuakbar!".

#Di dalam riwayat yang lain dinyatakan bahawa apabila Rasulullah saw menyatakan bahawa baginda tidak menceraikan isteri-isteri baginda, Sayidina Umar r.a terus bangkit, berdiri di pintu masjid lalu berkata dengan suara yang lantang: "Rasulullah saw tidak menceraikan isteri-isterinya!" (HR Muslim).
Dan turunlah ayat ini. (Lihat: Mukhtasar Tafsir Ibn Kathir)

#Berhubung dengan ayat ini juga, as-Syahid Imam Sayyid Qutub mengingatkan kita dengan katanya:

"Sesungguhnya satu perkataan yang terluncur dari lidah, kadang-kadang mengheret bencana pada diri sendiri dan pada masyarakat seluruhnya, bencana yang tidak pernah terlintas di fikiran si penutur, dan tidak mungkin dapat ditarik kembali selepas ianya berlaku.." (Lihat: Fi Zilalil Quran)

♡Zaman kini, penyebaran info dan suatu berita kerap kalinya tiada sebarang tapisan dan keinsafan. Disebarkan sewenang-wenangnya samada benar atau palsu. Seandainya kita mengambil langkah berhati-hati dan berwaspada sebagaimana yang disarankan Allah di dalam Kitab suciNya pasti perkara yang tidak diingini dapat dielak atau dikurangkan. Pastikan benar sebelum sebar!♡

🐊Ust naim
Klik link ini untuk    
http://bit.ly/tadabburkalamullah

Facebook:   
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah

Читать полностью…

Tadabbur Kalamullah

☆Tadabbur Kalamullah 24 Syawal 1445H☆

یَـٰۤأَیُّهَا ٱلنَّاسُ إِنَّا خَلَقۡنَـٰكُم مِّن ذَكَرࣲ وَأُنثَىٰ وَجَعَلۡنَـٰكُمۡ شُعُوبࣰا وَقَبَاۤىِٕلَ لِتَعَارَفُوۤا۟ۚ إِنَّ أَكۡرَمَكُمۡ عِندَ ٱللَّهِ أَتۡقَىٰكُمۡۚ إِنَّ ٱللَّهَ عَلِیمٌ خَبِیرࣱ

"Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu)" [Surah al-Ḥujurāt 13]

#Kita semua sama sahaja. Siapapun kita, apapun kedudukan kita, yang beza hanya pada taqwa. Siapa yang paling bertaqwa, dia yang paling mulia. Kemuliaan tidak diukur pada warna kulit, bangsa, harta, kedudukan atau rupa paras. Kemuliaan diukur pada nilai taqwa.

#Dikisahkan suatu masa dahulu, ada seorang raja berasal dari salasilah raja-raja. Dia sangat kagum pada dirinya seolah-olah tiada makhluk ciptaan Allah yang lebih baik daripada dirinya. Dia sering berbicara tentang kebangsawanan darah yang mengalir di dalam tubuhnya. Di mana sahaja dia berada, dia dikelilingi oleh para penyair yang memuji-muja kehebatannya. Mereka mengarang syair, prosa serta puisi khusus untuk memuji dan memujanya. Namanya terpahat di semua dinding-dinding istana, gambarnya tertera di mata wang emas dan perak kerajaannya.

Pada suatu hari, ketika angkatan pengiringnya sedang berarak menuju ke suatu destinasi, dia terpandang seorang lelaki sedang tekun menggali lubang-lubang kubur. Di sekelilingnya bertimbun-timbun tulang dan tengkorak manusia yang mana daging dan kulit yang membalutnya telah hancur di mamah bumi. Dia berhenti lalu bertanya lelaki itu, apa yang sedang dilakukannya?

Lelaki itu berkata: "Patik berada di sini adalah semata-mata untuk berkhidmat kepada tuanku". Jawapan itu menimbulkan kehairanan yang tidak terkira di hati raja. Dia berkata: "Bagaimana?"

Lelaki itu menghampirinya dan menjelaskan: "Tuanku, di tempat ini dulu telah berlaku satu pertempuran sengit yang menyebabkan ayahanda Tuanku terbunuh. Patik ingin mencari dan mengesan tulangnya untuk ditanam di tempat yang sesuai dengan kebesarannya. Namun, anehnya patik menemui sesuatu yang menakjubkan!”

Lelaki itu mengambil tulang-tulang dan membawanya ke hadapan raja sambil berkata: "Tuanku, ini semua tulang-tulang yang patik temui. Perhatikan betul-betul. Adakah tuanku dapat membezakan antara tulang raja dengan tulang rakyat jelata? Antara tulang orang kaya dengan tulang orang papa? Antara tulang panglima dengan tulang tentera biasa. Sesungguhnya tulang-tulang semuanya sama di sisi tanah, wahai tuanku!"

Memang benar. Bumi sentiasa menanti. Perutnya sentiasa bersedia untuk menelan orang besar, yang sombong dan tertipu, yang berasa megah dengan apa yang dimilikinya di atas muka bumi. Namun tidak ada satupun daripada semua itu dapat dibawa bersama ke dalam perut bumi! Kerana tanah tidak kenal siapa pemilik tulang. Semuanya sama. Semuanya akan dimamahnya. Kita tiada beza, melainkan pada taqwa.

♡Bertaqwalah, kerana dengan taqwa kita akan dimuliakan di akhirat kelak dan melayakkan kita ke syurga♡

🐊Ust naim
Klik link ini untuk    
http://bit.ly/tadabburkalamullah

Facebook:   
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah

Читать полностью…

Tadabbur Kalamullah

☆Tadabbur Kalamullah 23 Syawal 1445H☆

وَلَا تَسۡتَوِی ٱلۡحَسَنَةُ وَلَا ٱلسَّیِّئَةُۚ ٱدۡفَعۡ بِٱلَّتِی هِیَ أَحۡسَنُ فَإِذَا ٱلَّذِی بَیۡنَكَ وَبَیۡنَهُۥ عَدَ ٰ⁠وَةࣱ كَأَنَّهُۥ وَلِیٌّ حَمِیمࣱ * وَمَا یُلَقَّىٰهَاۤ إِلَّا ٱلَّذِینَ صَبَرُوا۟ وَمَا یُلَقَّىٰهَاۤ إِلَّا ذُو حَظٍّ عَظِیمࣲ

"Dan tidaklah sama (kesannya dan hukumnya) perbuatan yang baik dan perbuatan yang jahat. Tolaklah (kejahatan yang ditujukan kepadamu) dengan cara yang lebih baik; apabila engkau berlaku demikian maka orang yang menaruh rasa permusuhan terhadapmu, dengan serta merta akan menjadi seolah-olah seorang sahabat karib. Dan sifat yang terpuji ini tidak dapat diterima dan diamalkan melainkan oleh orang-orang yang bersikap sabar, dan tidak juga dapat diterima dan diamalkan melainkan oleh orang yang mempunyai bahagian yang besar dari kebahagiaan dunia dan akhirat" [Surah Fuṣṣilat 34-35]

#Sahabat yang mulia, Sayidina Ibnu Abbas r.huma mengatakan: "Allah memerintahkan pada orang beriman untuk bersabar ketika ada yang membuatnya marah, membalas dengan kebaikan jika ada yang buat jahil, dan memaafkan ketika ada yang buat jahat. Jika setiap hamba melakukan seperti ini, Allah akan melindunginya dari gangguan syaitan dan akan menundukkan musuh-musuhnya. Malah yang sentiasa bermusuhan dapat menjadi teman rapatnya kerana tingkah laku baik seperti ini"

#Imam Ibnu Katsir rahimahullah berkata: "Namun yang mampu melakukan seperti ini adalah orang yang memiliki kesabaran. Ini kerana membalas orang yang menyakiti kita dengan kebaikan adalah suatu yang berat bagi setiap jiwa".

#Orang yang sabar, mampu memaafkan orang yang melakukan kejahatan padanya. Seseorang yang selalu memaafkan akan semakin mulia dan bertambah kemuliaannya. Ia juga akan mendapatkan balasan dan kemuliaan di akhirat. Begitu pula orang yang tawadhu’ (rendah diri) kerana Allah, ia akan ditinggikan darjatnya di dunia, Allah akan sentiasa meneguhkan hatinya dan meninggikan darjatnya di sisi manusia, serta kedudukannya pun akan semakin mulia. Di akhirat pun, Allah akan meninggikan darjatnya kerana ketawadhukannya di dunia.

#Maka, disepanjang hidup kita ini, lakukanlah kebaikan pada setiap masa. Balaslah kejahatan dengan kebaikan. Buat baik tanpa mengharapkan sesuatu maka hasilnya adalah kebahagiaan di akhirat kelak.

#Daripada sahabat yang mulia, Sayidina Abdullah bin Mas’ud r.a berkata:

إِنَّكُمْ فِي مَمَرِّ اللَّيْلِ وَ النَّهَارِ؛ فِي آجَالٍ مَنْقُوصٍ وَ أَعْمَالٍ مَحْفُوظَةٍ وَ الْمَوْتُ يَأْتِي بَغْتَةً؛ فَمَنْ زَرَعَ خَيْرًا فَيُوشِكُ أَنْ يَحْصُدَ رَغْبَةً وَ مَنْ زَرَعَ شَرًّا فَيُوشِكُ أَنْ يَحْصُدَ نَدَامَةً وَ لِكُلِّ زَارِعٍ مِثْلُ مَا زَرَعَ

"Sungguh kalian berada dalam perjalanan (putaran) malam dan siang, umur yang semakin berkurang, amalan yang sentiasa tercatat, dan kematian yang akan datang secara tiba-tiba. Siapa yang menabur benih kebaikan, dia akan menuai kebahagiaan. Siapa yang menanam kejahatan, dia akan menuai penyesalan. Setiap yang menanam akan mendapatkan seperti yang dia tanam" (Lihat: Al-Fawaid)

♡Jom jadi orang baik. Tangani kejahatan dengan kebaikan. Moga kita beroleh kebaikan yang banyak di akhirat kelak. Aamiiin♡

🐊Ust naim
Klik link ini untuk    
http://bit.ly/tadabburkalamullah

Facebook:   
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah

Читать полностью…

Tadabbur Kalamullah

☆Tadabbur Kalamullah 16 Zulkaedah 1445H☆

إِنَّ ٱلۡمُجۡرِمِینَ فِی ضَلَـٰلࣲ وَسُعُرࣲ

"Sesungguhnya orang-orang yang berdosa berada dalam keadaan sesat (di dunia), dan (di akhirat pula mereka berada dalam) api Neraka" [Surah al-Qamar 47]

#Allah swt menegaskan dan memberi makluman keras dengan mengatakan bahawa orang-orang yang berdosa, golongan yang engkar derhaka, pengamal syirik khurafat, orang kafir, benar-benar akan dicampakkan ke dalam neraka. Hal ini kerana sepanjang hidup didunia, mereka berada dalam kesesatan.

#Kehidupan mereka bercanggah dengan petunjuk. Mereka memilih kesesatan daripada kebenaran. Maka, kerugian dan penyesalan menjadi igauan ngeri untuk mereka.

#Mereka akan dikenakan azab seksaan dengan kedahsyatan yang luar biasa. Seksaan yang sangat ngeri dan tersangat menggerunkan.

یَوۡمَ یُسۡحَبُونَ فِی ٱلنَّارِ عَلَىٰ وُجُوهِهِمۡ ذُوقُوا۟ مَسَّ سَقَرَ

"Semasa mereka diseret di dalam Neraka (dengan tertiarap) atas muka mereka, (serta dikatakan kepada mereka): Rasalah kamu bakaran api Neraka" [Surah al-Qamar 48]

#Allah swt mengatakan mereka akan diseksa dengan diseret di dalam neraka yang panas membara dengan wajah yang terlangkup dan tertiarap.

#Berkata Imam Ibn Ashur:

وَالسَّحْبُ: الْجَرُّ ، وَهُوَ فِي النَّارِ أَشَدُّ مِنْ مُلَازَمَةِ الْمَكَانِ لِأَنَّ بِهِ يَتَجَدَّدُ مُمَاسَّةُ نَارٍ أُخْرَى فَهُوَ أَشَدُّ تَعْذِيبًا

"Lafaz السَّحْبُ bermaksud diseret. Ia lebih teruk berbanding seseorang tetap sahaja di situ tanpa bergerak, kerana (apabila diseret) ia membuatkan seseorang itu sentiasa terkena bahagian api lain, azab itu nyatanya lebih pedih".

#Mereka sentiasa diseret tanpa henti dan sentiasa merasai kesakitan yang baru dan berulang-ulang seksaan dan kesakitannya.

#Kenapa diseret wajah mereka?. Ini sebagai satu penghinaan dahsyat buat mereka. Ini kerana wajah adalah anggota badan yang paling dijaga, disayangi, dimuliakan dan diambil berat oleh manusia. Kerana itulah, Allah menyeksa wajah manusia.

#Akhirnya mereka diherdik dan dihina dengan dikatakan rasalah kedahsyatan azab yang telah disediakan Allah untuk mereka sebagai satu hukuman atas dosa yang telah mereka lakukan.

♡Para ulamak mengatakan, dalam banyak-banyak ayat al-Quran yang memperkatakan tentang neraka, ini antara ayat yang ngeri dan menggerunkan. Moga menginsafkan kita semua!!♡

🐊Ust naim
Klik link ini untuk    
http://bit.ly/tadabburkalamullah

Facebook:   
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah

Читать полностью…

Tadabbur Kalamullah

☆Tadabbur Kalamullah 14 Zulkaedah 1445H☆

قَالَ یَـٰقَوۡمِ أَرَءَیۡتُمۡ إِن كُنتُ عَلَىٰ بَیِّنَةࣲ مِّن رَّبِّی وَءَاتَىٰنِی رَحۡمَةࣰ مِّنۡ عِندِهِۦ فَعُمِّیَتۡ عَلَیۡكُمۡ أَنُلۡزِمُكُمُوهَا وَأَنتُمۡ لَهَا كَـٰرِهُونَ

Nabi Nuh berkata: "Wahai kaumku! Jika keadaanku berdasarkan bukti yang nyata dari Tuhanku, serta Dia mengurniakan pangkat Nabi kepadaku dari sisiNya, kemudian bukti yang nyata itu menjadi kabur pada pandangan kamu (disebabkan keingkaran kamu yang telah sebati), maka adakah kamu nampak ada gunanya Kami memaksa kamu menerima bukti itu sedang kamu tidak suka kepadanya?" [Surah Hūd 27-28]

#Walaupun Nabi Nuh Alaihissalam merintih dan mengadu pada Allah swt tentang penolakan dakwah daripada kaumnya, namun dakwah Nabi Nuh berlangsung dengan istiqamah selama 950 tahun lamanya. Sangat kental tanpa mengenal erti putus asa.

وَلَقَدۡ أَرۡسَلۡنَا نُوحًا إِلَىٰ قَوۡمِهِۦ فَلَبِثَ فِیهِمۡ أَلۡفَ سَنَةٍ إِلَّا خَمۡسِینَ عَامࣰا فَأَخَذَهُمُ ٱلطُّوفَانُ وَهُمۡ ظَـٰلِمُونَ

"Dan sesungguhnya Kami telah mengutus Nabi Nuh kepada kaumnya, maka tinggalah ia dalam kalangan mereka selama sembilan ratus lima puluh tahun; akhirnya mereka dibinasakan oleh taufan sedang mereka berkeadaan zalim (dengan kufur derhaka)" [Surah al-ʿAnkabūt 14]

#Berkata Sayidina Ibnu Abbas r.huma: "Allah swt utuskan Nabi Nuh ketika berusia 40 tahun dan dia bersama dengan kaumnya 950 tahun. Berdakwah kepada mereka dan hidup selepas taufan atau banjir besar selama 60 tahun. Maka jadilah usianya 1050 tahun" (Lihat: as-Suyuti dalam kitab al-Durru al-Manthur, Tafsir al-Baghawi dan Tafsir Ibn Kathir)

#Ali Muhammad Ash-Shallabi dalam bukunya bertajuk 'Nuh: Peradaban Manusia Kedua' menyatakan bahawa Nabi Nuh Alaihissalam telah menasihati, memerintahkan dan memperingatkan kaumnya untuk menyembah Allah swt. Namun mereka menentangnya dan semakin sesat serta menyombongkan diri. Namun, kesabaran Nabi Nuh semakin bertambah.

#Nabi Nuh Alaihissalam menghabiskan waktu untuk berdakwah selama 950 tahun untuk menyerukan tauhid dan keikhlasan beribadah kepada Allah swt serta mendorong untuk takut dan taat kepadaNya. Dakwah yang sangat panjang ini membangun method, pemikiran, gaya atau teknik, perdebatan, pertentangan, cubaan, dan pelajaran bagi para nabi.

#Ini menunjukkan bahawa Nabi Nuh merupakan nabi yang istimewa dan menjadi suri tauladan untuk para pendakwah atas kesabaran dan ketabahannya dalam menghadapi kaum yang menentangnya sehingga datang pertolongan Allah swt.

♡Ambillah pengajaran daripada dakwah yang disampaikan oleh Nabi Nuh Alaihissalam yang sangat istiqamah dan contohi nilai kesabaran baginda sehinggalah Allah memberikan kejayaan dalam dakwahnya. Jika timbul masalah, maka mengadu dan merintihlah kepada Allah swt♡

🐊Ust naim
Klik link ini untuk    
http://bit.ly/tadabburkalamullah

Facebook:   
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah

Читать полностью…

Tadabbur Kalamullah

☆Tadabbur Kalamullah 12 Zulkaedah 1445H☆

فَأَجۡمِعُوا۟ كَیۡدَكُمۡ ثُمَّ ٱئۡتُوا۟ صَفࣰّاۚ وَقَدۡ أَفۡلَحَ ٱلۡیَوۡمَ مَنِ ٱسۡتَعۡلَىٰ

"Oleh itu, satukanlah segala cara helah kamu, kemudian datanglah beramai-ramai dalam satu barisan untuk menentangnya; dan sesungguhnya beruntunglah orang yang menang pada hari ini" [Surah Thaha 64]

#Maksud ayat diatas ini adalah kata-kata ahli sihir yang dikumpul oleh Firaun untuk menentang Nabi Musa Alaihissalam. Lihatlah betapa yakinnya mereka! Walau mereka dipihak batil, namun mereka yakin mereka akan dapat mengalahkan kebenaran yang dibawa Nabi Musa Alaihissalam.

#Ketahuilah bahawa Allah pasti akan menolong mereka yang menolong Allah swt.

یَـٰۤأَیُّهَا ٱلَّذِینَ ءَامَنُوۤا۟ إِن تَنصُرُوا۟ ٱللَّهَ یَنصُرۡكُمۡ وَیُثَبِّتۡ أَقۡدَامَكُمۡ

"Wahai orang-orang yang beriman, kalau kamu membela (ugama) Allah nescaya Allah membela kamu (untuk mencapai kemenangan) dan meneguhkan tapak pendirian kamu" [Surah Muḥammad 7]

#Namun akhirnya dengan kehendak Allah, apabila kebenaran terserlah, kemenangan berpihak kepada Nabi Musa Alaihissalam dan mereka ahli-ahli sihir Firaun tunduk mengalah bahkan berpaling daripada kekufuran kepada keimanan.

قَالُوا۟ یَـٰمُوسَىٰۤ إِمَّاۤ أَن تُلۡقِیَ وَإِمَّاۤ أَن نَّكُونَ أَوَّلَ مَنۡ أَلۡقَىٰ * قَالَ بَلۡ أَلۡقُوا۟ۖ فَإِذَا حِبَالُهُمۡ وَعِصِیُّهُمۡ یُخَیَّلُ إِلَیۡهِ مِن سِحۡرِهِمۡ أَنَّهَا تَسۡعَىٰ * فَأَوۡجَسَ فِی نَفۡسِهِۦ خِیفَةࣰ مُّوسَىٰ * قُلۡنَا لَا تَخَفۡ إِنَّكَ أَنتَ ٱلۡأَعۡلَىٰ * وَأَلۡقِ مَا فِی یَمِینِكَ تَلۡقَفۡ مَا صَنَعُوۤا۟ۖ إِنَّمَا صَنَعُوا۟ كَیۡدُ سَـٰحِرࣲۖ وَلَا یُفۡلِحُ ٱلسَّاحِرُ حَیۡثُ أَتَىٰ

Mereka berkata: "Wahai Musa! Engkaukah yang akan mencampak lebih dahulu atau kamikah yang mula-mula mencampak?". Nabi Musa menjawab: "Bahkan kamulah campak dahulu". Tiba-tiba tali-tali mereka dan tongkat-tongkat mereka terbayang-bayang kepadanya seolah-olah benda-benda berjalan, disebabkan sihir mereka. Maka yang demikian menjadikan Nabi Musa merasa takut sedikit dalam hatinya. Kami berfirman kepadanya: "Janganlah engkau takut (wahai Musa)! Sesungguhnya engkaulah yang tertinggi mengatasi mereka dengan kemenangan. "Dan campakkanlah apa yang ada di tangan kananmu, nescaya ia menelan segala (benda-benda sihir) yang mereka lakukan, kerana sesungguhnya apa yang mereka lakukan itu hanyalah tipu daya ahli sihir; sedang ahli sihir itu tidak akan beroleh kejayaan, di mana sahaja ia berada" [Surah Ṭhaha 65-69]

فَأُلۡقِیَ ٱلسَّحَرَةُ سُجَّدࣰا قَالُوۤا۟ ءَامَنَّا بِرَبِّ هَـٰرُونَ وَمُوسَىٰ

“(Nabi Musa pun mencampakkan tongkatnya yang terus menelan segala benda sihir mereka), maka keadaan yang demikian menjadikan ahli-ahli sihir itu segera merebahkan diri sujud sambil berkata: "Kami beriman kepada Tuhan yang mengutus Nabi Harun dan Nabi Musa" [Surah Thaha 70]

♡Justeru, peringatan kepada semua yang membawa obor kebenaran dan keadilan, jangan rasa lemah dan cepat mengalah. Kebenaran pasti menang. Allah swt yang menentukan pada masa dan dengan cara yang hanya Dia mengetahuinya♡

🐊Ust naim
Klik link ini untuk    
http://bit.ly/tadabburkalamullah

Facebook:   
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah

Читать полностью…

Tadabbur Kalamullah

☆Tadabbur Kalamullah 10 Zulkaedah 1445H☆

وَلْيَعْفُوا وَلْيَصْفَحُوا ۗ أَلَا تُحِبُّونَ أَن يَغْفِرَ اللَّهُ لَكُمْ ۗ وَاللَّهُ غَفُورٌ رَّحِيمٌ

"Hendaklah kamu memaafkan dan berlapang dada, tidakkah kamu suka untuk Allah mengampunkan kamu. Dan Allah itu Maha Pengampun lagi Maha Penyayang" [Surah an-Nur 22]

#Jom hayati Kisah Sayidina Abu Bakar Al-Siddiq r.a. Beliau pernah disakiti. Bukan disakiti oleh orang jauh, tetapi dengan orang dekat. Bahkan disakiti oleh orang yang selama ini dia tolong, dia bantu, dan dia berbuat baik iaitu Sayidina Mistah bin Utsāsah r.a.

#Mistah merupakan antara individu terawal yang melemparkan tuduhan jahat kepada anak perempuan Sayidina Abu Bakar iaitu Ummul Mu’minin Sayidatina Aisyah r.ha. Bayangkan, sudahlah Sayidina Abu Bakar selalu bersedekah kepadanya, boleh pula dibalasnya dengan melempar tuduhan fitnah kepada anak perempuan Sayidina Abu Bakar.

#Sayidina Abu Bakar menjadi marah dan bersumpah: "Wallahi, aku tidak akan lagi bersedekah kepada Mistah! Aku tidak akan memberi sebarang manfaat lagi kepadanya setelah apa yang dia kata tentang Aisyah".

#Kemudian turunlah firman Allah swt sebagaimana diatas:

وَلَا يَأْتَلِ أُولُو الْفَضْلِ مِنْكُمْ وَالسَّعَةِ أَنْ يُؤْتُوا أُولِي الْقُرْبَى وَالْمَسَاكِينَ وَالْمُهَاجِرِينَ فِي سَبِيلِ اللَّهِ وَلْيَعْفُوا وَلْيَصْفَحُوا أَلَا تُحِبُّونَ أَنْ يَغْفِرَ اللَّهُ لَكُمْ وَاللَّهُ غَفُورٌ رَحِيمٌ

"Janganlah orang-orang yang mempunyai lebihan dan kelapangan (harta) itu bersumpah untuk tidak memberikan (sedekah) kepada kaum kerabat, orang-orang miskin, dan golongan yang berhijrah di jalan Allah. Hendaklah mereka memaafkan dan memberi pengampunan. Tidakkah kamu suka untuk Allah mengampunkan kamu. Allah itu Maha Pengampun lagi Maha Penyayang" [Surah an-Nur 22]

#Ayat ini memang ditujukan kepada Sayidina Abu Bakar. Tiga ciri yang disebutkan dalam ayat itu pula merujuk kepada Sayidina Mistah.

1. Mistah merupakan kerabat kerana dia ialah sepupu Sayidina Abu Bakar.
2. Mistah orang miskin.
3. Mistah tergolong dalam kalangan muhajirin.

#Al-Quran tidak memfokuskan kesalahan Mistah. Yang al-Quran tekankan ialah sesuatu yang lebih besar dari itu iaitu memaafkan kesalahan orang yang berbuat jahat kepada kita. Yang natijahnya kelak, mendatangkan keampunan Allah swt.

#Sebaik turun ayat tersebut, Sayidina Abu Bakar berkata :

والله إني لأحب أن يغفر الله لي

"Demi Allah, sesungguhnya aku amat suka untuk Allah ampunkan aku" .

#Maka Sayidina Abu Bakar pun kembali bersedekah kepada Mistah sebagaimana sedekah yang biasa beliau berikan sebelum ini.

♡Insafilah, bahawa salah satu cara untuk meraih kemaafan dan pengampunan Allah swt, ialah dengan kita memaafkan kesalahan orang lain terhadap diri kita. Ya Allah, ampunilah kami♡

🐊Ust naim
Klik link ini untuk    
http://bit.ly/tadabburkalamullah

Facebook:   
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah

Читать полностью…

Tadabbur Kalamullah

☆Tadabbur Kalamullah 8 Zulkaedah 1445H☆

وَٱلَّذِینَ ءَامَنُوا۟ وَعَمِلُوا۟ ٱلصَّـٰلِحَـٰتِ لَنُبَوِّئَنَّهُم مِّنَ ٱلۡجَنَّةِ غُرَفࣰا تَجۡرِی مِن تَحۡتِهَا ٱلۡأَنۡهَـٰرُ خَـٰلِدِینَ فِیهَاۚ نِعۡمَ أَجۡرُ ٱلۡعَـٰمِلِینَ

"Dan orang-orang yang beriman serta beramal soleh, Kami akan tempatkan mereka dalam mahligai-mahligai di Syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, mereka kekal di dalamnya. Demikianlah balasan yang sebaik-baiknya bagi orang-orang yang beramal soleh" [Surah al-ʿAnkabūt 58]

#Allah swt menjanjikan mahligai indah di syurga bagi orang yang beriman dan beramal soleh. Oleh itu, jom bina mahligai di syurga dengan amal soleh.

#Rumah atau mahligai adalah keperluan asas bagi setiap insan. Di dunia ini jika kita tidak ada rumah, boleh tumpang rumah sesiapa, samada rumah mak ayah, saudara mara atau rumah perlindungan.

#Di akhirat?... Hanya Allah sahaja yang tahu. Jadi sementara kita diberi peluang untuk membuat persiapan semasa masih diberi kesempatan bernafas di atas muka bumi ini, eloklah kita buat persiapan dengan sebaik-baiknya.

#Tidak susah pun. Kosnya juga tidak naik-naik sejak dahulu hingga sekarang. Tidak seperti rumah di dunia ini, naik melambung-lambung sehingga ramai yang tidak mampu untuk memilikinya.

#Antara tawaran menarik untuk mendapat rumah atau mahligai di akhirat adalah:

1. Tinggalkan tabiat suka bertengkar, jangan sesekali berdusta dan sentiasa menjaga akhlak yang mulia. Sabda Nabi saw:

"Aku menjamin sebuah rumah di pinggir syurga bagi seseorang yang tidak bertengkar sekalipun dia di pihak yang benar. Dan sebuah rumah di tengah syurga bagi seseorang yang tidak berdusta sekalipun untuk tujuan bergurau senda. Dan sebuah rumah di puncak syurga bagi seseorang yang baik akhlaknya" (HR Abu Daud)

2. Solat sunat 12 rakaat sehari semalam. Nabi saw bersabda:

"Sesiapa yang menunaikan solat (sunat) 12 rakaat dalam sehari semalam, dibina untuknya sebuah rumah di syurga" (HR Muslim)

3. Membaca surah al-Ikhlas 10 kali. Rasulullah saw bersabda:

"Sesiapa yang membaca Qul Huwallahu Ahad sehingga habis (satu surah) 10 kali, Allah bina untuknya sebuah istana di syurga".  Lantas Sayidina Umar r.a berkata: "Kalau begitu kami akan membanyakkan membacanya ya Rasulullah".
Baginda menjawab: "Allah (memberi) lebih banyak dan lebih bagus" (HR Ahmad dan ad-Darimi)   

♡Jom rebut peluang istimewa ini! Semua orang beriman berpeluang memperolehinya♡

🐊Ust naim
Klik link ini untuk    
http://bit.ly/tadabburkalamullah

Facebook:   
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah

Читать полностью…

Tadabbur Kalamullah

☆Tadabbur Kalamullah 7 Zulkaedah 1445H☆

خُذْ مِنْ أَمْوَالِهِمْ صَدَقَةً تُطَهِّرُهُمْ وَتُزَكِّيهِمْ بِهَا وَصَلِّ عَلَيْهِمْ إِنَّ صَلَاتَكَ سَكَنٌ لَهُمْ وَاللَّهُ سَمِيعٌ عَلِيمٌ

"Ambillah (sebahagian) dari harta mereka menjadi sedekah (zakat), supaya dengannya engkau membersihkan mereka (dari dosa) dan mensucikan mereka (dari akhlak yang buruk); dan doakanlah untuk mereka, kerana sesungguhnya doamu itu menjadi ketenteraman bagi mereka. Dan (ingatlah) Allah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui" [Surah at-Taubah 103]

#Zakat menurut istilah syarak ialah kadar tertentu yang diambil daripada sebahagian harta tertentu, yang wajib diberikan kepada golongan tertentu apabila cukup syarat-syarat yang ditentukan. Harta yang diberikan kepada golongan tertentu itu dinamakan sebagai zakat. Hal ini kerana pengagihan tersebut dan dengan doa penerimanya akan menyebabkan baki hartanya menjadi subur dan bertambah berkat.

#Mengeluarkan zakat juga bererti membersihkan harta daripada sebarang perkara syubhah. Dengan kata lain, ia akan mengeluarkan hak orang lain yang terdapat dalam harta berkenaan, terutamanya hak orang yang benar-benar berhajat dan memerlukannya.

#Salah satu asnaf yang layak menerima harta zakat ialah Ibnus Sabil.

#Menurut Imam Ibn Qudamah, Ibnus Sabil adalah musafir yang tidak memiliki (harta) untuk membekali kepulangannya ke negara asalnya, sementara dia merupakan orang yang mampu di negaranya. Maka, dia diberikan sekadar apa yang mencukupinya sebagai bekal untuk kembali ke negaranya. Ibnus Sabil berhak memperoleh harta zakat sekadar keperluan musafirnya, tidak lebih.

#Berkata Imam an-Nawawi rahimahullah, terdapat dua golongan yang boleh dikategorikan sebagai Ibnus Sabil. Pertama, anak watan atau bukan, atau orang yang bermukim di sesuatu tempat yang ingin memulakan perjalanannya. Kedua, orang asing yang terkandas dan tidak dapat meneruskan perjalanannya.

#Pengarang kitab al-Fiqh al-Manhaji menyebut: "Musafir ialah orang yang dalam perjalanan dengan tujuan yang diharuskan oleh syara’, sekalipun untuk melancong. Dia layak diberikan harta zakat yang mencukupi untuk perjalanan pergi dan balik. Begitu juga perbelanjaan, kenderaan dan binatang tunggangan untuk membawa barang-barangnya sekiranya dia tidak mampu membawanya sendiri. Namun, jika bermusafir dengan tujuan maksiat, maka zakat tidak boleh diberikan kepadanya melainkan setelah dia bertaubat.

#Dapat difahami bahawa pada asasnya, Ibnus Sabil adalah mereka yang terkandas atau menghadapi kesukaran dalam perjalanan disebabkan terputusnya bekalan, di mana jika disalurkan bantuan zakat kepadanya, ia akan membantu mereka untuk sampai ke tempat yang dituju.

#Begitu juga, pelarian muslim yang lari meninggalkan negara mereka ke negara lain dengan tujuan mencari perlindungan atau untuk menyelamatkan diri boleh diberikan zakat di bawah peruntukan Ibnus Sabil atau fakir miskin.

♡Zakat adalah ibadah wajib terangkum dalam rukun Islam. Kewajipan membayar zakat bagi mereka yang layak adalah satu ibadah dalam menyucikan diri dan harta bendanya. Jom tunaikan zakat!!♡

🐊Ust naim
Klik link ini untuk    
http://bit.ly/tadabburkalamullah

Facebook:   
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah

Читать полностью…

Tadabbur Kalamullah

☆Tadabbur Kalamullah 5 Zulkaedah 1445H☆

وَمَاۤ أَرۡسَلۡنَـٰكَ إِلَّا رَحۡمَةࣰ لِّلۡعَـٰلَمِینَ

"Dan tiadalah Kami mengutuskan engkau (wahai Muhammad), melainkan untuk menjadi rahmat bagi sekalian alam" [Surah Al-Anbiyāʾ 107]

#Islam sebagai agama yang membawa rahmah telah memuliakan wanita. Ini berbeza dengan kehidupan dizaman jahiliyah yang merendahkan martabat wanita bahkan dipandang hina sehinggakan wanita hanya sekadar menjadi tempat melempiaskan nafsu, simbol seks sahaja.

#Apabila diutuskan Nabi saw, nabi pembawa rahmat, telah mengubah pandangan yang negatif terhadap wanita, baik yang menjadi suri rumah atau yang berkerjaya. Wanita adalah sebahagian daripada makhluk ciptaan Allah yang dimuliakan. Firman Allah swt:

وَلَقَدۡ كَرَّمۡنَا بَنِیۤ ءَادَمَ وَحَمَلۡنَـٰهُمۡ فِی ٱلۡبَرِّ وَٱلۡبَحۡرِ وَرَزَقۡنَـٰهُم مِّنَ ٱلطَّیِّبَـٰتِ وَفَضَّلۡنَـٰهُمۡ عَلَىٰ كَثِیرࣲ مِّمَّنۡ خَلَقۡنَا تَفۡضِیلࣰا

"Dan sesungguhnya Kami telah memuliakan anak-anak Adam; dan Kami telah beri mereka menggunakan berbagai-bagai kenderaan di darat dan di laut; dan Kami telah memberikan rezeki kepada mereka dari benda-benda yang baik-baik serta Kami telah lebihkan mereka dengan selebih-lebihnya atas banyak makhluk-makhluk yang telah Kami ciptakan" [Surah al-Isrāʾ 70]

#Allah swt memuliakan anak-anak Adam tidak kira sama ada lelaki atau perempuan. Semuanya mempunyai kedudukan yang mulia disisi Allah swt. Mereka diciptakan dengan sebaik-baik penciptaan.

لَقَدۡ خَلَقۡنَا ٱلۡإِنسَـٰنَ فِیۤ أَحۡسَنِ تَقۡوِیمࣲ

"Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya (dan berkelengkapan sesuai dengan keadaannya)" [Surah at-Tin 4]

#Ayat berikut dibawah ini dengan lebih jelas menunjukkan lelaki dan perempuan mempunyai kedudukan yang sama di sisi Allah swt khususnya dari sudut taklif keagamaan.

مَنۡ عَمِلَ صَـٰلِحࣰا مِّن ذَكَرٍ أَوۡ أُنثَىٰ وَهُوَ مُؤۡمِنࣱ فَلَنُحۡیِیَنَّهُۥ حَیَوٰةࣰ طَیِّبَةࣰۖ وَلَنَجۡزِیَنَّهُمۡ أَجۡرَهُم بِأَحۡسَنِ مَا كَانُوا۟ یَعۡمَلُونَ

"Sesiapa yang beramal soleh, dari lelaki atau perempuan, sedang ia beriman, maka sesungguhnya Kami akan menghidupkan dia dengan kehidupan yang baik; dan sesungguhnya kami akan membalas mereka, dengan memberikan pahala yang lebih dari apa yang mereka telah kerjakan" [Surah an-Naḥl 97]

#Rahmat diutuskan Rasulullah saw mengubah fahaman buruk terhadap wanita dengan mengangkat dan meletakkan wanita di kedudukan yang tinggi dan mulia.

#Sabda Rasulullah saw: 

أَكْمَلُ الْمُؤْمِنِينَ إِيمَانًا أَحْسَنُهُمْ خُلُقًا وَخِيَارُكُمْ خِيَارُكُمْ لِنِسَائِهِمْ

"Mukmin yang paling sempurna imannya adalah yang paling baik akhlaknya. Dan sebaik-baik kamu adalah mereka yang berbuat baik kepada kaum wanita mereka" (HR Ibn Hibban)

#Rasulullah saw mengaitkan kesempurnaan iman dengan berlaku baik kepada wanita, jelas menunjukkan wanita ini seharusnya dimuliakan dan disayangi. Berbuat baik kepada mereka juga bermaksud tidak merendahkan martabat mereka dengan panggilan yang tidak sepatutnya. Semoga Allah merahmati kita semua.

♡Hadirnya Rasulullah saw pembawa risalah Islam menjadi rahmat dan penyelamat buat para wanita dan sekalian makhluk♡

🐊Ust naim
Klik link ini untuk    
http://bit.ly/tadabburkalamullah

Facebook:   
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah

Читать полностью…

Tadabbur Kalamullah

☆Tadabbur Kalamullah 3 Zulkaedah 1445H☆

وَنُنَزِّلُ مِنَ ٱلۡقُرۡءَانِ مَا هُوَ شِفَاۤءࣱ وَرَحۡمَةࣱ لِّلۡمُؤۡمِنِینَ وَلَا یَزِیدُ ٱلظَّـٰلِمِینَ إِلَّا خَسَارࣰا

"Dan Kami turunkan dengan beransur-ansur dari Al-Quran Aya-ayat Suci yang menjadi ubat penawar dan rahmat bagi orang-orang yang beriman kepadanya; dan (sebaliknya) Al-Quran tidak menambahkan orang-orang yang zalim (disebabkan keingkaran mereka) melainkan kerugian jua" [Surah al-Isrāʾ 82]

#Al-Quran merupakan kurniaan istimewa Allah swt kepada hamba-hambaNya sebagai panduan dan pedoman hidup yang lengkap bagi menjamin keselamatan, kebahagiaan dan kesejahteraan. Sesungguhnya terkandung di dalam al-Quran penawar dan rahmat bagi orang-orang yang beriman.

#Antara syarat untuk menjadikan ayat-ayat al-Quran sebagai syifa atau penawar kepada kita adalah:

1. Membacanya ikhlas kerana Allah kerana Dialah Yang Maha Berkuasa.
2. Meyakini bahawa al-Quran adalah kalamullah.
3. Meyakini al-Quran adalah penawar.

#Berkata Qatadah ketika mentafsirkan firman Allah swt ini: "Dan Kami turunkan dengan beransur-ansur daripada al-Quran ayat-ayat suci yang menjadi ubat penawar dan rahmat, dengan berkata: Firman Allah swt ini didengar oleh orang yang beriman, lalu mereka dapat mengambil manfaat daripadanya, bahkan menghafal dan memerhatikannya". (Lihat: Tafsir al-Maraghi)

#Imam an-Nawawi rahimahullah berkata: "Sunat membaca kepada orang yang sakit dengan al-Fatihah berdasarkan hadith Nabi saw":

وَمَا أَدْرَاكَ أَنَّهَا رُقْيَةٌ ؟

"Tidakkah kamu ketahui bahawa surah Fatihah bersifat ruqyah" (HR al-Bukhari dan Muslim)

#Selain itu, dibolehkan untuk menggunakan ayat al-Quran melalui tulisan atau nama-nama Allah yang dipanggil sebagai nasyrahkemudian dibasuhnya dengan air, kemudian disapu kepada pesakit atau diberi minum, maka Imam Sa’id bin al-Musayyib mengharuskannya (Lihat: Tafsir al-Qurtubi)

#Pendapat yang sama di kalangan mazhab Hanbali dan sebahagian mazhab Syafie, antara mereka ialah al-‘Imad al-Nihi, murid kepada al-Imam al-Baghawi berkata: "Tidak harus menelan perca tulisan al-Quran yang terdapat padanya ayat tetapi kalau dibasuh dan diminum, hukumnya adalah harus. Inilah yang dijazamkan oleh al-Qadhi Husain dan al-Rafi’i dengan mengharuskan setiap makanan yang tertulis atasnya sesuatu daripada al-Quran" (Lihat: al-Burhan fi Ulum al-Quran)

#Al-Quran mempunyai rahsia dan hikmah, salah satu daripadanya ialah menjadi penawar dan ubat bagi penyakit rohani dan jasmani. Jasmani yang sihat bermula daripada rohani yang sihat. Untuk memiliki jasmani dan rohani yang sihat, kita mestilah menjadikan pembacaan al-Quran dan mentadabbur ayat-ayatNya sebagai satu amalan seharian. Jadikan al-Quran sebagai penyelesaian segala permasalahan dalam kehidupan.

♡Tersangatlah benar bahawa al-Quran menjadi rahmat dan penawar kepada segala penyakit zahir dan batin. Semoga Allah swt selamatkan kita daripada penyakit kronik dan menjadikan kita sentiasa mencintai al-Quran♡

🐊Ust naim
Klik link ini untuk    
http://bit.ly/tadabburkalamullah

Facebook:   
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah

Читать полностью…

Tadabbur Kalamullah

*IBADAH QURBAN/AQIQAH GENG TALAQQI 2024M/1445H*

Sabda Rasulullah saw:

"Tidak ada amalan yang dilakukan oleh anak Adam pada hari an-Nahr (Aidiladha) yang lebih dicintai oleh Allah selain daripada menumpahkan darah (binatang korban). Sesungguhnya ia akan datang pada hari kiamat dengan tanduknya, bulunya dan kukunya dan sesungguhnya darah tersebut akan mendapat redha Allah swt sebelum ia jatuh ke bumi. Maka, bersihkanlah jiwa kamu (dengan ibadah Qurban)" (HR at-Tirmizi)

Keluarkan sedikit harta kita untuk ibadah Qurban. Hal ini kerana ibadah Qurban membentuk jiwa untuk mengutamakan orang lain. Dengan ibadah Qurban, kita dapat berkongsi nikmat dengan insan-insan yang lebih memerlukan.

Kita juga dapat memupuk sikap bersedekah untuk orang lain terutama mereka yang berada dalam suasana yang sangat memerlukan.

Ibadah Qurban juga merupakan salah satu tanda kita menzahirkan rasa syukur kepada Allah!

Jom bersama kami dalam Program Qurban anjuran Pertubuhan Kebajikan Ilmu Dan Amal Selangor - Geng Talaqqi . Program ini diteruskan lagi dan seterusnya membuka peluang kepada seluruh umat Islam untuk melaksanakan ibadah Qurban demi beroleh keredhaan dan kasih sayang Allah swt.

*Semenanjung Malaysia*
Lembu ( RM850 / 1 bahagian )
Kambing ( RM1,300 / 1 ekor kambing )

*Bangladesh*
Lembu ( RM550 / 1 bahagian )
Lembu premium ( RM750 / 1 bahagian )
Kambing ( RM 650 / 1 ekor kambing )

*Tarikh Tutup Penyertaan: 15 Jun 2024*

Daftarkan Penyertaan Qurban/Aqiqah Anda di sini ➡️ https://forms.gle/91YCGWXBtHujwBQMA

*Atau hubungi:*
📲Mohd Akmalizan (Setiausaha): http://www.wasap.my/60172722696/QurbanAqiqah

Bayaran/Sumbangan juga boleh dimasukkan ke akaun berikut :

*Click&bayar*
https://toyyibpay.com/QURBAN-AQIQAH-GT-1445H

Atau

*Pertubuhan Kebajikan Ilmu dan Amal Selangor
*Maybank_5629_9101_9074
*CIMB Bank_8604_7707_81
*Remark: QurbanAqiqah

#IbadahQurbanAqiqah

*ANDA HULUR, KAMI SALUR*

Читать полностью…

Tadabbur Kalamullah

*SEDEKAH JUMAAT: WAQAF PEMBINAAN TANGKI AIR RUMAH ANAK YATIM JARIAH QASEH (RM15 RIBU) DI KG GUAR NENAS, GURUN, KEDAH*

*Klik dan sumbang:*
https://toyyibpay.com/WAQAF-TANGKI-AIR-ANAK-YATIM

Sebelum ni Geng Talaqqi telah membuat kutipan untuk pembinaan Rumah Anak Yatim Jariah Qaseh. Alhamdulillah dah siap pembinaannya. Rumah ini dijadikan penempatan buat anak-anak yatim, terletak di Kg Guar Nenas, Gurun, Kedah. Rumah ini khas untuk anak yatim sahaja, tidak melibatkan asnaf yang bukan anak yatim.

*RAYUAN SUMBANGAN SEBANYAK RM15 RIBU BAGI PEMBINAAN TANGKI AIR*

Pihak Rumah Anak Yatim Jariah Qaseh dengan rendah hati ingin memohon sumbangan daripada semua pihak yang prihatin untuk membantu dalam pembinaan tangki air untuk kegunaan anak-anak yatim dan seluruh warga rumah anak yatim Jariah Qaseh.

Waqaf yang dilancarkan ini adalah langkah penting dalam memastikan keselesaan penghuni rumah anak yatim Jariah Qaseh dengan adanya bekalan air yang mencukupi.

Air merupakan keperluan asas yang sangat penting dan dengan adanya tangki air, ianya dapat memastikan pengaliran air berada pada tekanan yang normal dan lancar untuk kegunaan harian para penghuni rumah anak yatim ini.

Projek pembinaan tangki air sangat penting bagi mengatasi masalah tekanan air yang rendah yang sering berlaku di kawasan Gurun. Ini adalah langkah penting dalam memastikan kelestarian dan kesinambungan aktiviti pendidikan dan kehidupan di rumah anak yatim ini.

Sumbangan kalian walau seberapapun akan membantu pihak rumah anak yatim menyiapkan projek pembinaan ini kelak. Semua sumbangan ini akan digunakan sepenuhnya untuk pembinaan tangki air dan memberi manfaat kepada para penghuni disana.

Pihak Rumah Anak Yatim Jariah Qaseh sangat berharap agar semua pihak dapat terus menyokong usaha mulia ini untuk memastikan para penghuni di kalangan anak yatim dapat belajar, menjalani kehidupan harian dan beribadah dengan baik. Segala kebaikan para dermawan insyaAllah akan mendatangkan manfaat yang berterusan kepada kalian dan juga anak-anak yatim tersebut.
    
Maka dengan berbesar hati, pihak Geng Talaqqi ingin membuka peluang kepada semua penyumbang yang selama ini banyak menyokong kerja-kerja kebajikan Geng Talaqqi untuk bersama dalam menyiapkan tangki air ini.

*Semoga sumbangan/waqaf kita ini akan menjadi salah satu saham akhirat yang terbesar disisi Allah swt dan berjaya memperoleh syafaat daripada baginda Rasulullah saw. Aamiiin*
----------------
*Sumbangan boleh disalurkan ke akaun Toyyib Pay:*

https://toyyibpay.com/WAQAF-TANGKI-AIR-ANAK-YATIM

*Atau terus ke akaun:*

*Pertubuhan Kebajikan Ilmu dan Amal Selangor
*Maybank_5629_9101_9074
*Cimb_8604_7707_81
*Remark: Waqaf Tangki Air Anak Yatim

SMS/Whatsapp slip/bukti sumbangan kepada:

📲Ust Naim: http://www.wasap.my/60196023803/WaqafTangkiAirAnakYatim

📲Tn Abu Umar: http://www.wasap.my/60193113501/WaqafTangkiAirAnakYatim

📲Tn Akmalizan: http://www.wasap.my/60172722696/WaqafTangkiAirAnakYatim

📲Puan Zarina: http://www.wasap.my/60193223501/WaqafTangkiAirAnakYatim

*ANDA HULUR, KAMI SALUR*

Читать полностью…

Tadabbur Kalamullah

☆Tadabbur Kalamullah 29 Syawal 1445H☆

أَیَحۡسَبُ ٱلۡإِنسَـٰنُ أَن یُتۡرَكَ سُدًى

"Patutkah manusia menyangka, bahawa ia akan ditinggalkan terbiar (dengan tidak diberikan tanggungjawab dan tidak dihidupkan menerima balasan)?" [Surah al-Qiyamah 36]

#Setiap apa yang kita lakukan didunia, semuanya akan disoal dan diminta pertanggungjawapan di akhirat kelak. Apatah jika orang itu memiliki atau menanggung tanggungjawab yang banyak. Tidak ada seorang yang akan terlepas daripada soal jawab berkaitan perlakuannya sepanjang hidup didunia.

#Maka, hendaklah kita berhati-hati dalam setiap tindak tanduk perbuatan kita, kerana semuanya pasti akan diminta pertanggungjawaban oleh Allah swt di akhirat kelak.

وَلَا تَقۡفُ مَا لَیۡسَ لَكَ بِهِۦ عِلۡمٌۚ إِنَّ ٱلسَّمۡعَ وَٱلۡبَصَرَ وَٱلۡفُؤَادَ كُلُّ أُو۟لَـٰۤىِٕكَ كَانَ عَنۡهُ مَسۡـُٔولࣰا

"Dan janganlah engkau mengikut apa yang engkau tidak mempunyai pengetahuan mengenainya; sesungguhnya pendengaran dan penglihatan serta hati, semua anggota-anggota itu tetap akan ditanya tentang apa yang dilakukannya" [Surah al-Isrāʾ 36]

#Dikisahkan ketika Khalifah Harun ar-Rasyid menaiki bukit Safa sewaktu beliau menjadi khalifah Islam, seorang tokoh ilmuwan yang terkenal pada ketika itu iaitu Abdullah bin Abdul Aziz Al-Umari telah berkata kepadanya: "Lihatlah kamu ke arah Kaabah". Lalu Harun ar-Rasyid menjawab: "Ya, aku sedang melihat ke arah sana". Kata Abdullah lagi: "Berapakah jumlah manusia yang sedang engkau lihat?". Jawab Harun ar-Rasyid: "Tiada siapa yang mampu membilangnya (kerana terlalu ramai)". Lalu Abdullah berkata: "Ketahuilah engkau bahawa sesungguhnya setiap mereka itu hanya akan disoal pada hari kiamat nanti tentang diri mereka sahaja, tetapi engkau akan disoal tentang dirimu dan juga tentang diri mereka semua, maka berhati-hatilah engkau tentang nasibmu di akhirat nanti". Mendengar kata-kata Abdullah itu maka menangislah beliau kerana mengenangkan masa depan nasibnya di akhirat kelak.

#Begitu juga diceritakan kisah Khalifah Umar bin Abdul Aziz, ketika beliau baru dilantik menjadi khalifah, semua pembesar negeri ternanti-nanti kemunculannya di khalayak ramai dan mereka bertanya kepada anaknya: "Kenapa ayahmu belum keluar untuk bertemu dengan kami?". Lalu jawab anaknya: "Sejak ayahku dilantik menjadi khalifah, beliau terus bersendirian bersolat dan menangis. Apabila ibuku masuk kepadanya, air matanya bercucuran hingga ke janggutnya, dan apabila ibuku bertanya kepadanya, dia berkata:" Wahai Fatimah, aku telah diamanahkan dengan urusan umat Muhammad ini yang terdiri daripada pelbagai bangsa. Maka aku sedang memikirkan tentang nasib rakyatku yang fakir, mereka yang kelaparan, mereka yang sakit lagi menderita, orang-orang kampung yang susah, aku sedar bahawa Tuhanku akan bertanya kepada aku mengenai mereka semua pada hari kiamat kelak, tetapi aku bimbang alasanku tidak cukup kukuh untuk menjawab setiap soalan itu, lalu aku pun menangis kerana mengenangkan nasibku di akhirat nanti.

♡Ingatlah bahawa setiap kita samada ornag biasa apatah lagi pemimpin, memikul satu bebanan atau tanggungjawab yang amat berat dan terpaksa berhadapan dengan soal jawab di hadapan Allah swt di akhirat nanti♡

🐊Ust naim
Klik link ini untuk    
http://bit.ly/tadabburkalamullah

Facebook:   
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah

Читать полностью…

Tadabbur Kalamullah

☆Tadabbur Kalamullah 27 Syawal 1445H☆

یَـٰۤأَیُّهَا ٱلَّذِینَ ءَامَنُوا۟ لَا تَخُونُوا۟ ٱللَّهَ وَٱلرَّسُولَ وَتَخُونُوۤا۟ أَمَـٰنَـٰتِكُمۡ وَأَنتُمۡ تَعۡلَمُونَ

"Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu mengkhianati (amanah) Allah dan RasulNya, dan (janganlah) kamu mengkhianati amanah-amanah kamu, sedang kamu mengetahui (salahnya)" [Surah al-Anfal 27]

#Antara sifat yang mendapat kedudukan tinggi dalam akhlak Islam ialah sifat amanah. Islam amat menganjurkan umatnya menghiaskan diri dengan sifat amanah apatah lagi jika ia seorang pemimpin. Paling menarik, sifat ini dianggap titik penentu atau garis pemisah tahap keimanan dan keagamaan seseorang insan.

#Hal ini disebutkan dalam sabdaan baginda saw:

عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكٍ قَالَ: مَا خَطَبَنَا نَبِيُّ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِلَّا قَالَ: ” لَا إِيمَانَ لِمَنْ لَا أَمَانَةَ لَهُ، وَلَا دِينَ لِمَنْ لَا عَهْدَ لَهُ “

Daripada Sayidina Anas bin Malik r.a, dia berkata, Nabiyullah saw tidak berkhutbah kepada kami, melainkan baginda saw bersabda: "Tidak ada iman bagi orang yang tidak memiliki (sifat) amanah, dan tidak ada agama bagi orang yang tidak menepati janjinya" (HR Ahmad dan Ibnu Hibban. Hasan)

#Diriwayatkan daripada Sayidina Abi Humaid Abdul Rahman bin Saad as-Sa’eidi r.a menceritakan bahawa Rasulullah saw telah melantik seorang lelaki daripada al-Azdi yang dikenali sebagai Ibn al-Lutaibah sebagai amil zakat.
Selepas menjalankan tugas yang diamanahkan kepadanya, dia kembali ke Madinah menyerahkan hasil yang dipungutnya kepada Rasulullah saw. Dia berkata: "Inilah hasilnya (sambil menunjukkan harta yang diperolehinya) untuk anda (baitulmal). Dan ini (sambil menunjukkan kepada bahagian yang lain) bahagian yang dihadiahkan kepada saya".

Mendengar laporan yang sampaikan oleh amilnya itu, Rasulullah saw terus bangkit menaiki mimbar dan menyampaikan ucapan.
Baginda memuji Allah dan mengulangi pujiannya. Kemudian Baginda saw bersabda: "Sesungguhnya aku telah melantik seseorang dari kalangan kamu untuk menjalankan satu tugas yang diamanahkan oleh Allah kepadaku. Kemudian dia kembali kepadaku dengan berkata: "Ini untuk kamu dan ini hadiah yang diberikan kepadaku". "Kenapa dia tidak duduk di rumah ayahnya atau di rumah ibunya menunggu datangnya hadiah kepadanya kalau dia benar berhak menerimanya?". Demi Allah! Tidak ada seorangpun dari kalangan kamu yang mengambil sesuatu yang bukan haknya kecuali dia akan menemui Allah pada hari qiamat dengan membawa bersamanya apa yang diambilnya itu. Sesungguhnya aku tidak akan mengenali seseorang daripada kamu yang membawa bersama dengannya unta yang menjerit, lembu yang mengeboo atau kambing yang mengembek!”

Kemudian baginda mengangkat kedua-dua tangannya sehingga ternampak dua ketiaknya yang putih melepak seraya bersabda: "Ya Allah, adakah aku telah sampaikan?" sebanyak tiga kali" (HR al-Bukhari dan Muslim)

#Ini memahamkan kita bahawa Islam sangat menekankan tentang kejujuran, ketulusan, ketelusan, amanah serta sikap bertanggungjawab. Tanggungjawab yang dipikulkan ke atas bahu seseorang merupakan amanah daripada Allah swt yang wajib ditunaikan sebaik mungkin dan haram dikhianati.

#Kejujuran dan ketulusan di dalam menjalankan amanah bukan dinilai setakat di dunia semata-mata, malah akan dihisab dan dibalas oleh Allah di akhirat kelak.

♡Menjadi seorang yang amanah bukan pilihan tetapi kewajipan. Sifat amanah tidak terpisah dari agama. Sebaliknya ia merupakan sebahagian daripada agama itu sendiri♡

🐊Ust naim
Klik link ini untuk    
http://bit.ly/tadabburkalamullah

Facebook:   
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah

Читать полностью…

Tadabbur Kalamullah

☆Tadabbur Kalamullah 25 Syawal 1445H☆

یَـٰۤأَیُّهَا ٱلنَّاسُ إِنَّا خَلَقۡنَـٰكُم مِّن ذَكَرࣲ وَأُنثَىٰ وَجَعَلۡنَـٰكُمۡ شُعُوبࣰا وَقَبَاۤىِٕلَ لِتَعَارَفُوۤا۟ۚ إِنَّ أَكۡرَمَكُمۡ عِندَ ٱللَّهِ أَتۡقَىٰكُمۡۚ إِنَّ ٱللَّهَ عَلِیمٌ خَبِیرࣱ

"Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu)" [Surah al-Ḥujurāt 13]

#Imam at-Thobari rahimahullah berkata:" Sesungguhnya yang paling mulia di antara kalian wahai manusia adalah yang paling tinggi takwanya pada Allah, iaitu dengan menunaikan berbagai kewajipan dan menjauhi maksiat. Bukanlah yang paling mulia dilihat dari rumahnya yang megah atau berasal dari keturunan yang mulia" (Lihat: Tafsir At-Thobari)

#Berkata Imam Ibnu Kathir rahimahullah: "Sesungguhnya kalian jadi mulia dengan takwa dan bukan dilihat dari keturunan kalian" (Lihat: Tafsir Al Quran Al-Azhim)

#Sayidina Ibnu ‘Abbas r.huma berkata:

كرم الدنيا الغنى، وكرم الآخرة التقوى

"Mulianya seseorang di dunia adalah kerana kaya. Namun mulianya seseorang di akhirat kerana takwanya" (Lihat: Tafsir al-Baghawi)

#Hayati kisah takwa dibawah ini untuk diteladani:

Peristiwa ini berlaku di zaman Amirul Mukminin Sayidina Umar al-Khattab r.a menjadi Khalifah. Pada suatu malam Amirul Mukminin Sayidina Umar r.a mendengar perbualan antara seorang ibu penjual susu dengan anak gadisnya. Si ibu mahu mencampur air ke dalam susu supaya memperolehi keuntungan lebih ketika menjual susu.

Perbuatan ibu itu ditegur oleh anak gadisnya supaya tidak berbuat demikian, lalu ibu itu berkata kepada anaknya: "Tidak mengapa kerana tidak ada orang nampak. Sayidina Umar pun tidak nampak perbuatan kita ini".

Si anak gadis yang bertakwa itu menjawab: Wahai ibu, walaupun Sayidina Umar tidak nampak, tetapi Tuhan Sayidina Umar nampak".

#Inilah kehebatan sifat takwa ada wujud dalam diri gadis ini. Dia sentiasa merasai pengawasan Allah swt dalam setiap perbuatan dan gerak geri mereka.

#Berkata Imam Ahmad bin Hanbal rahimahullah: "Apabila suatu ketika engkau berada seorang diri, jangan engkau ucapkan ‘Aku bersendirian’ tetapi ucaplah ‘Ada yang sentiasa mengawasiku iaitu Allah’. Jangan engkau mengira Allah itu lalai sesaat pun. BagiNya, tidak ada yang tersembunyi walaupun sesuatu yang tidak nampak.

♡Orang yang mempunyai sifat takwa itu akan memperolehi hidayah dan pertunjuk daripada Allah swt dan akan melakukan perkara-perkara baik dan seterusnya mendapat pangkat yang tinggi di sisi Allah swt♡

🐊Ust naim
Klik link ini untuk    
http://bit.ly/tadabburkalamullah

Facebook:   
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah

Читать полностью…

Tadabbur Kalamullah

*SEDEKAH JUMAAT: INFAQ PEMBINAAN SURAU HJ LATEH DAN PUSAT MENGAJI AL-QURAN KG KELUBI LUAR, JITRA, KEDAH*

*Klik dan sumbang:*
https://toyyibpay.com/PEMBINAAN-SURAU-HJ-LATEH

Assalamualaikum wbt para penyumbang budiman....

Surau dan pusat mengaji al-Quran ini dirancang pembinaannya di atas tanah wakaf Hj Lateh Din di Kg Kelubi Luar, Jitra seluas 3990 kaki persegi.

Semasa hayat, arwah telah wakafkan tanah ini untuk jalan kegunaan penduduk serta pembinaan surau dan tempat mengaji. Tanah wakaf ini telah berdaftar dengan Majlis Agama Islam Kedah (MAIK/WKF/KP/L/173(02) pada 5 Julai 2018 dan mendapat kebenaran pembinaan pada 3 Mac 2023 dengan anggaran kos rm336,600.00.

Pembinaan Surau Hj Lateh ini sepenuhnya menggunakan dana awam dan sedikit bantuan keluarga. Projek pembinaan ini telah berjalan dan dana masih belum mencukupi.

KOS KESELURUHAN: *RM336.600.00*

SUDAH DIBELANJAKAN: *RM180,950.00*

*DIPERLUKAN LAGI: RM155,650.00*

Dengan ini, Geng Talaqqi membuka infaq/wakaf untuk meneruskan kerja-kerja pembinaan bagi menyiapkan surau dan pusat mengaji al-Quran ini. Moga ianya menjadi wakaf yang berpanjangan pahalanya untuk semua penyumbang.

*Semoga 𝗺𝗲𝗻𝗷𝗮𝗱𝗶 𝗮𝗺𝗮𝗹 𝗷𝗮𝗿𝗶𝗮𝗵 𝘆𝗮𝗻𝗴 𝗯𝗲𝗿𝘁𝗲𝗿𝘂𝘀𝗮𝗻 serta berpanjangan pahalanya 𝗺𝗲𝗻𝗴𝗮𝗹𝗶𝗿 hingga ribuan 𝘁𝗮𝗵𝘂𝗻 𝗯𝗮𝗵𝗸𝗮𝗻 𝗮𝗸𝗮𝗻 𝘁𝗲𝗿𝘂𝘀 𝗺𝗲𝗻𝗴𝗮𝗹𝗶𝗿 𝗵𝗶𝗻𝗴𝗴𝗮 ke 𝗵𝗮𝗿𝗶 𝗸𝗶𝗮𝗺𝗮𝘁! Aamiiin*
...................
Kepada yang berhajat untuk infaq/wakaf atas nama sendiri atau wakaf atas nama ibu ayah, *ANDA BOLEH DISALURKAN KE LINK TOYYIB PAY:*

https://toyyibpay.com/PEMBINAAN-SURAU-HJ-LATEH

*Atau terus ke akaun:*

*Pertubuhan Kebajikan Ilmu dan Amal Selangor
*Maybank_5629_9101_9074
*Cimb_8604_7707_81
*Remark: PEMBINAAN SURAU HJ LATEH

*SMS/Whatsapp slip/bukti sumbangan kepada:*

📲Ust Naim: http://www.wasap.my/60196023803/PembinaanSurauHjLateh

📲Tn Abu Umar: http://www.wasap.my/60193113501/PembinaanSurauHjLateh

📲Tn Akmalizan: http://www.wasap.my/60172722696/PembinaanSurauHjLateh

📲Puan Zarina: http://www.wasap.my/60193223501/PembinaanSurauHjLateh

*ANDA HULUR, KAMI SALUR*

Читать полностью…

Tadabbur Kalamullah

☆Tadabbur Kalamullah 22 Syawal 1445H☆

إِذۡ أَوَى ٱلۡفِتۡیَةُ إِلَى ٱلۡكَهۡفِ فَقَالُوا۟ رَبَّنَاۤ ءَاتِنَا مِن لَّدُنكَ رَحۡمَةࣰ وَهَیِّئۡ لَنَا مِنۡ أَمۡرِنَا رَشَدࣰا

"(Ingatkanlah peristiwa) ketika serombongan orang-orang muda pergi ke gua, lalu mereka berdoa: "Wahai Tuhan kami! Kurniakanlah kami rahmat dari sisiMu, dan berilah kemudahan-kemudahan serta pimpinan kepada kami untuk keselamatan ugama kami" [Surah al-Kahfi 10]

#Antara kelebihan bagi sesiapa yang membaca surah al-Kahfi adalah akan dilindungi Allah swt daripada fitnah Dajjal.

#Abu Diriwayatkan daripada Sayidina Abu Darda’, bahawa Rasulullah saw bersabda:

مَنْ حَفِظَ عَشْرَ آيَاتٍ مِنْ أَوَّلِ سُورَةِ الْكَهْفِ عُصِمَ مِنَ الدَّجَّالِ

"Sesiapa yang menghafaz sepuluh ayat daripada awal surah al-kahfi, dia akan dipelihara daripada Dajjal"
(HR Muslim, Abu Dawud dan Ahmad)

#Imam an-Nawawi rahimahullah menyebutkan di dalam syarahnya: "Dikhususkan awal surah ini kerana terdapat keajaiban dan tanda-tanda, maka sesiapa yang mentadabbur ayatnya maka dia tidak akan terkena fitnah dajjal" . (Lihat: Syarh al-Nawawi ‘ala Sahih Muslim)

#Apa yang perlu ditakutkan dengan dajjal?.

#Rasulullah saw bersabda: "Tidak ada fitnah sejak wujud manusia sejak Nabi Adam diciptakan hingga terjadinya kiamat yang lebih besar daripada fitnah Dajjal" (HR Muslim)

#Ini kerana Dajjal akan menawarkan perkara-perkara yang diingini manusia yang pada waktu itu manusia dalam keadaan serba kekurangan seperti makanan dan minuman. Maka pada waktu itu Dajjal akan menghidupkan pokok yang mati serta menurunkan hujan dengan izin Allah. Mereka yang mematuhi perintah Dajjal akan diberikan ganjaran olehnya dengan dimasukkan ke dalam syurga dan sesiapa yang mengingkarinya akan dimasukkan dalam neraka. Hakikat kebenaran neraka di sisi pandangan Dajjal adalah syurga dan syurga adalah neraka. Begitulah besar dan dahsyatnya fitnah Dajjal ini.

#Daripada Sayidina Huzaifah r.a, Rasulullah saw bersabda:

الدَّجَّالُ أَعْوَرُ الْعَيْنِ الْيُسْرَى ، جُفَالُ الشَّعَرِ ، مَعَهُ جَنَّةٌ وَنَارٌ ، فَنَارُهُ جَنَّةٌ وَجَنَّتُهُ نَارٌ

"Dajjal itu cacat matanya yang kiri, kerinting rambutnya, bersamanya syurga dan neraka. Nerakanya ialah syurga dan syurganya ialah neraka" (HR Muslim)

#Maka di antara fitnah/cabaran dahsyat umat akhir zaman, yang mengiringi sebelum keluarnya Dajjal ialah: cabaran mempertahankan dari aqidah sesat; cabaran kejahilan; cabaran penguasa yang zalim; dan cabaran kenikmatan dunia.

#Kalau kita tidak dapat mempertahankan diri dari cabaran tersebut maka rugilah kita dunia dan akhirat. Sebab itu dalam ayat ke 10, surah al-Kahfi, pemuda al-Kahfi berdoa kepada Allah: "Wahai Tuhan kami, kurniakanlah kami rahmat dari sisiMu dan berilah kemudahan-kemudahan serta pimpinan kepada kami untuk keselamatan ugama kami".

♡Marilah sama-sama kita baca, fahami dan amalkan surah al-Kahfi dan doa pemuda al-Kahfi. Semoga kita dilindungi Allah daripada segala fitnah/cabaran yang amat dahsyat di zaman kini♡

🐊Ust naim
Klik link ini untuk    
http://bit.ly/tadabburkalamullah

Facebook:   
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah

Читать полностью…
Subscribe to a channel