tadabburkalamullah | Unsorted

Telegram-канал tadabburkalamullah - Tadabbur Kalamullah

13574

Oleh Ustaz Muhamad Naim Haji Hashim

Subscribe to a channel

Tadabbur Kalamullah

☆Tadabbur Kalamullah 8 Ramadhan 1445H☆

یَـٰۤأَیُّهَا ٱلَّذِینَ ءَامَنُوا۟ كُتِبَ عَلَیۡكُمُ ٱلصِّیَامُ كَمَا كُتِبَ عَلَى ٱلَّذِینَ مِن قَبۡلِكُمۡ لَعَلَّكُمۡ تَتَّقُونَ

"Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertaqwa"  [Surah al-Baqarah 183]

#Dalam keadaan kita diwajibkan berpuasa, pada masa yang sama juga, kita dituntut untuk memperbanyakkan sedekah dan sentiasa menyantuni orang susah yang memerlukan seperti menjamu mereka berbuka puasa.

#Diriwayatkan daripada Sayidina Salman al-Farisi r.a bahawa Rasulullah saw bersabda:

مَنْ فَطَّرَ صَائِمًا كَانَ لَهُ عِتْقُ رَقَبَةٍ وَمَغْفِرَةٌ لِذُنُوبِهِ قِيلَ يَا رَسُولَ اللَّهِ لَيْسَ كُلُّنَا يَجِدُ مَا يُفَطِّرُ الصَّائِمَ قَالَ يُعْطِي اللَّهُ هَذَا الثَّوَابَ مَنْ فَطَّرَ صَائِمًا عَلَى مَذْقَةِ لَبَنٍ أَوْ تَمْرَةٍ أَوْ شَرْبَةِ مَاءٍ

"Sesiapa yang memberi makan kepada orang yang berbuka dia mendapat ganjaran dibebaskan dari api neraka dan keampunan ke atas dosa-dosanya. Lalu ditanyakan kepada Rasulullah saw: "Wahai Rasulullah, bukanlah kesemua kami ini mampu untuk memberikan sesuatu untuk orang berpuasa berbuka". Maka Rasulullah saw menjawab: "Allah memberikan pahala ini kepada sesiapa yang memberi makan kepada orang yang berbuka puasa dengan susu yang dicampur dengan air, sebiji kurma, atau air minuman" (Riwayat Ibn Khuzaimah)

#Diriwayatkan bahawa Ibnu Shihab al-Zuhri,

كان ابن شهاب الزهري إذا دخل رمضان قال: فإنما هو تلاوة القرآن، وإطعام الطعام.

"Apabila tiba sahaja Ramadhan dia akan berkata: Ianya adalah bulan membaca al-Quran dan memberi orang makan" (Lihat: Lataif al-Maarif oleh Imam Ibn Rejab)

#Daripada Abdul Rahman bin Yazid bin Jabir berkata: "Maula perempuan Sayidina Abu Umamah r.a menceritakan kepadaku: Abu Umamah adalah orang yang suka bersedekah dan suka mengumpulkan sesuatu dan kemudian disedekahkannya. Dia tidak pernah menolak seorang pun yang meminta sesuatu kepadanya, walaupun dia hanya mampu untuk memberi hanya seulas bawang merah atau sebiji buah kurma atau sesuap makanan. Pada suatu hari datang seorang meminta kepadanya padahal ketika itu dia hanya mempunyai wang sebanyak 3 dinar. Orang itu tetap meminta juga, maka Abu Umamah pun memberikannya 1 dinar. Kemudian datang orang lain dan meminta bantuan daripadanya. Abu Umamah memberinya 1 dinar. Datang lagi seorang pengemis, Abu Umamah memberinya 1 dinar juga. (Lihat: Siyar A’lam Nubala)

#Bagi orang yang dijamu makan, maka berdoalah untuk orang yang menjamu berbuka puasa itu. Ini sebagai tanda ingatan dan terima kasih kita kepada orang yang menjamu kita berbuka puasa, kita juga disunatkan untuk mendoakan mereka yang menjamu kita berbuka puasa dengan doa yang Nabi saw pernah ajar.

#Menurut Anas bin Malik r.a, Nabi pernah datang ke rumah Sayidina Sa’ad bin ‘Ubadah r.a. Dia menghidangkan roti dan minyak. Baginda saw lalu makan dan membaca:

أَفْطَرَ عِنْدَكُمُ الصَّائِمُونَ، وَأَكَلَ طَعَامَكُمُ الأَبْرَارُ، وَصَلَّتْ عَلَيْكُمُ الْمَلاَئِكَةُ
 
"Telah berbuka puasa di sisi kamu mereka yang berpuasa, telah makan makanan kamu mereka yang baik dan telah berselawat ke atas kamu para malaikat" (HR Abu Daud, Ahmad dan an-Nasa’ie)

♡Contohilah mereka yang pemurah, suka berderma dan menjamu orang makan. Moga kita menjadi seorang yang dermawan. Aamiiin♡

🐊Ust naim
Klik link ini untuk    
http://bit.ly/tadabburkalamullah

Facebook:   
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah

Читать полностью…

Tadabbur Kalamullah

☆Tadabbur Kalamullah 6 Ramadhan 1445H☆

یَـٰۤأَیُّهَا ٱلَّذِینَ ءَامَنُوا۟ كُتِبَ عَلَیۡكُمُ ٱلصِّیَامُ كَمَا كُتِبَ عَلَى ٱلَّذِینَ مِن قَبۡلِكُمۡ لَعَلَّكُمۡ تَتَّقُونَ

"Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertaqwa"  [Surah al-Baqarah 183]

#Bulan Ramadhan bulan ibadah. Hampir semua masjid dan surau dipenuhi oleh umat Islam samada hadir untuk menunaikan solat fardhu berjemaah ataupun solat sunat tarawih berjemaah. Ada juga yang hadir untuk beriktikaf di masjid surau, bertadarus, menuntut ilmu dan juga berqiyamullail.

#Hal ini menunjukkan tanda keimanan pada diri seseorang apabila dia rajin ke masjid atau surau. Firman Allah swt:

إِنَّمَا یَعۡمُرُ مَسَـٰجِدَ ٱللَّهِ مَنۡ ءَامَنَ بِٱللَّهِ وَٱلۡیَوۡمِ ٱلۡـَٔاخِرِ وَأَقَامَ ٱلصَّلَوٰةَ وَءَاتَى ٱلزَّكَوٰةَ وَلَمۡ یَخۡشَ إِلَّا ٱللَّهَۖ فَعَسَىٰۤ أُو۟لَـٰۤىِٕكَ أَن یَكُونُوا۟ مِنَ ٱلۡمُهۡتَدِینَ

"Hanyasanya yang layak memakmurkan (menghidupkan) masjid-masjid Allah itu ialah orang-orang yang beriman kepada Allah dan hari akhirat serta mendirikan sembahyang dan menunaikan zakat dan tidak takut melainkan kepada Allah, (dengan adanya sifat-sifat yang tersebut) maka adalah diharapkan mereka menjadi dari golongan yang mendapat petunjuk" [Surah at-Tawbah 18]

#Nabi saw bersabda:

وكلُّ خطوَةٍ تخطوها إلى الصلاةِ صدَقَةٌ

"Dan pada setiap langkah untuk menuju solat (berjemaah di masjid) adalah sedekah" (HR al-Bukhari dan Muslim)

#Daripada Sayidina Abu Umamah al-Bahili r.a bahawa Rasulullah saw bersabda:

مَنْ خَرَجَ مِنْ بَيْتِهِ مُتَطَهِّرًاً إِلَى ‌صَلَاةٍ ‌مَكْتُوبَةٍ فَأَجْرُهُ كَأَجْرِ الْحَاجِّ الْمُحْرِمِ، وَمَنْ خَرَجَ إِلَى تَسْبِيحِ الضُّحَى لَا يَنْصِبُهُ إِلَّا إِيَّاهُ فَأَجْرُهُ كَأَجْرِ الْمُعْتَمِرِ

"Sesiapa yang keluar dari rumahnya dalam keadaan bersuci (berwudhu’) untuk menunaikan solat fardhu (dimasjid), maka ganjaran pahalanya seperti ganjaran orang yang melakukan haji dan berihram. Dan sesiapa yang keluar rumah untuk menunaikan solat sunat Dhuha (dimasjid), tiada perkara lain yang menyibukkan dirinya kecuali solat tersebut, maka ganjaran pahalanya seperti ganjaran orang yang melakukan umrah" (HR Abu Dawud dan Ahmad. Syeikh Syu‘aib al-Arna’ut berkata sanad hadith ini Sahih)

#Dalam riwayat yang lain daripada Sayidina Abi Umamah r.a, bahawa Nabi saw bersabda:

مَنْ غَدَا إِلَى الْمَسْجِدِ لَا يُرِيدُ إِلَّا أَنْ يَتَعَلَّمَ خَيْرًا أَوْ يَعْلَمَهُ، كَانَ لَهُ كَأَجْرِ حَاجٍّ تَامًّا حِجَّتُهُ

"Barangsiapa yang pergi ke masjid dengan tujuan untuk mempelajari sesuatu kebaikan atau mengajarkannya, maka baginya pahala seperti orang yang menunaikan haji dengan sempurna.” (HR at-Thabarani. Hadis sahih)

♡Istiqamahlah menunaikan solat fardhu 5 waktu, solat tarawih, menuntut ilmu, beriktikaf, qiyam di masjid surau disepanjang bulan Ramadhan dan selepas Ramadhan kerana ganjaran yang dijanjikan Allah dan RasulNya tersangatlah luar biasa lumayannya. Jom imarahkan masjid surau!!♡

🐊Ust naim
Klik link ini untuk    
http://bit.ly/tadabburkalamullah

Facebook:   
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah

Читать полностью…

Tadabbur Kalamullah

☆Tadabbur Kalamullah 4 Ramadhan 1445H☆

یَـٰۤأَیُّهَا ٱلَّذِینَ ءَامَنُوا۟ كُتِبَ عَلَیۡكُمُ ٱلصِّیَامُ كَمَا كُتِبَ عَلَى ٱلَّذِینَ مِن قَبۡلِكُمۡ لَعَلَّكُمۡ تَتَّقُونَ

"Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertaqwa"  [Surah al-Baqarah 183]

#Allah swt mensyariatkan kewajipan berpuasa pada tahun kedua hijrah ketika Nabi, para sahabat dan kaum Muslimin 2 tahun berada di Madinah. Pensyariatan puasa dirakamkan Allah swt dalam Surah al-Baqarah bermula ayat 183 hingga 187.

#Ayat yang mewajibkan kita berpuasa itu mengandungi beberapa perkara penting. Antaranya, puasa termasuk syariat yang tidak dimansuhkan bermula sejak zaman nabi terdahulu kerana kebaikan dan faedahnya begitu besar bagi manusia.
 
#Ia mendorong manusia sentiasa bersemangat melakukannya serta berlumba-lumba dengan generasi sebelum mereka dalam menyempurnakan amalan baik.

#Selain itu, puasa adalah aset terbesar bagi memperoleh ketakwaan. Takwa menjadi benteng pertahanan ampuh bagi seseorang daripada melakukan perbuatan maksiat.

#Sabda Nabi saw:

الصِّيَامُ جُنَّةٌ

"Puasa adalah perisai" (HR al-Bukhari dan Muslim)

#Menurut Imam an-Nawawi rahimahullah, puasa adalah perisai yang menegahnya daripada perkataan keji (يَرْفُثْ), melindunginya daripada dosa-dosa dan api neraka (Lihat: al-Minhaj).

#Hal ini turut dijelaskan dalam riwayat lain bahawa puasa adalah perisai yang melindungi daripada api neraka seumpama perisai yang melindungi seseorang dalam peperangan (Riwayat an-Nasaie dan Ibn Majah).

#Imam Ibn Rajab menjelaskan maksud hadis ini bahawa puasa melindungi orang berpuasa daripada pelbagai maksiat ketika di dunia, maka puasa juga akan melindunginya daripada azab neraka di akhirat. Sebaliknya puasa yang gagal melindunginya daripada maksiat di dunia, maka puasa juga tidak dapat melindunginya daripada azab neraka akhirat kelak (Lihat: Jami’ al-Ulum)

#Berpuasalah dengan penuh keimanan dan kesungguhan, agar ibadah puasa tersebut dapat menjadi benteng mencegah daripada nafsu syahwat, perbuatan keji dan gejala maksiat, menghalang bersetubuh siang hari, berzina, berkunjung ke tempat maksiat, memaki, mengumpat dan bercakap kotor.

♡Berpuasalah dengan penuh penghayatan dan mengharap ganjaran pahala daripada Allah swt dengan menjaga hukum hakam dan adab-adabnya, moga ibadah puasa dapat melindungi kita daripada azab neraka. Aamiiin♡

🐊Ust naim
Klik link ini untuk    
http://bit.ly/tadabburkalamullah

Facebook:   
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah

Читать полностью…

Tadabbur Kalamullah

☆Tadabbur Kalamullah 2 Ramadhan 1445H☆

یَـٰۤأَیُّهَا ٱلَّذِینَ ءَامَنُوا۟ كُتِبَ عَلَیۡكُمُ ٱلصِّیَامُ كَمَا كُتِبَ عَلَى ٱلَّذِینَ مِن قَبۡلِكُمۡ لَعَلَّكُمۡ تَتَّقُونَ

"Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertaqwa"  [Surah al-Baqarah 183]

#Alhamdulillah sudah 2 hari umat Islam di Malaysia menunaikan ibadah puasa dan menghidupkan malam dengan solat tarawih. Semoga sentiasa dalam rahmat dan keredhaan Allah.

#Bulan Ramadhan memiliki banyak keistimewaan yang Allah swt dan NabiNya janjikan di bulan suci ini kepada seluruh umat Islam. Di antara keistimewaan bulan Ramadhan ialah:

#Pertama, bau mulut orang yang puasa di sisi Allah swt itu lebih harum daripada kasturi.

#Kedua, para malaikat mendoakan keampunan untuk orang yang berpuasa hingga tiba waktu berbuka.

#Ketiga, setiap hari di bulan Ramadan Allah swt memperindah syurgaNya, seraya mengatakan:

يوشك عبادي الصالحون أن يلقوا عنهم المئونة والأذى ثم يصير إليك

"Hamba-hambaku yang soleh hampir sahaja memikul beban berat dan kesusahan. Kemudian mereka menuju kepadamu wahai syurga"

#Keempat, syaitan-syaitan dibelenggu (diikat).

#Kelima, pintu-pintu syurga dibuka.

#Keenam, adanya malam lailatul qadr yang lebih baik daripada 1000 bulan. Siapa yang tidak beruntung bertemu dengan malam itu, sungguh dia telah terhalang dari kebaikan yang dahsyat.

#Ketujuh, orang-orang yang berpuasa akan mendapat ampunan di malam akhir Ramadhan.

#Kelapan, setiap malam Ramadhan, Allah swt membebaskan orang-orang yang akan masuk neraka.

#Mengingat akan keistimewaan Ramadhan yang demikian dahsyat serta luar biasa, bagaimana pula sikap kita dalam menyambut dan melayaninya?

#Apakah dengan pantas disambut dengan aktiviti yang bermanfaat atau dilayan dengan kelalaian serta aktiviti kemaksiatan?

#Atau kita tetap sibuk dengan perkara lagha dan bermalas-malasan dalam ibadah? Moga Allah sentiasa pelihara kita dalam ketaatan. Aamiiin.

♡Ramadhan bulan untuk kita borong pahala dan berusaha mencari keredhaan Allah, maka bersungguhlah dalam melayani Ramadhan dengan ketaatan♡

🐊Ust naim
Klik link ini untuk    
http://bit.ly/tadabburkalamullah

Facebook:   
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah

Читать полностью…

Tadabbur Kalamullah

☆Tadabbur Kalamullah 30 Syaaban 1445H☆

یَـٰۤأَیُّهَا ٱلَّذِینَ ءَامَنُوا۟ كُتِبَ عَلَیۡكُمُ ٱلصِّیَامُ كَمَا كُتِبَ عَلَى ٱلَّذِینَ مِن قَبۡلِكُمۡ لَعَلَّكُمۡ تَتَّقُونَ

"Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertaqwa"  [Surah al-Baqarah 183]

#InsyaAllah esok umat Islam akan mula berpuasa. Maka bermula malam ini, solat tarawih akan mula didirikan.

#Solat tarawih merupakan solat sunat yang dituntut bagi umat Islam untuk melaksanakannya pada bulan Ramadhan. Ganjaran melakukannya adalah sangat besar. Sabda Rasulullah saw:

‎مَنْ قَامَ رَمَضَانَ إِيمَانًا وَاحْتِسَابًا غُفِرَ لَهُ مَا تَقَدَّمَ مِنْ ذَنْبِهِ

"Sesiapa yang melakukan qiyam Ramadan dengan penuh keimanan dan mengharapkan ganjaran serta keampunan, akan diampunkan buatnya dosa-dosa yang terdahulu" (HR al-Bukhari)

#Hadis ini menunjukkan bahawa perbuatan qiyam Ramadhan yang meliputi solat tarawih, pembacaan al-Quran, zikir dan doa, serta selainnya daripada ibadah yang dilakukan pada malam hari bulan Ramadhan, sekiranya ia dilakukan dengan penuh keimanan akan pensyariatannya serta mengharapkan ganjaran pahala dari Allah swt, nescaya pelakunya akan diampunkan dosa-dosanya yang terdahulu.

#Berkata Imam an-Nawawi: "Qiyam Ramadhan adalah solat tarawih" (Lihat: Syarah Al-Nawawi ‘Ala Muslim)

#Diriwayatkan daripada Sayidatina A'isyah r.ha bahawa beliau berkata:

 ‎أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم صَلَّى ذَاتَ لَيْلَةٍ فِي الْمَسْجِدِ فَصَلَّى بِصَلاَتِهِ نَاسٌ، ثُمَّ صَلَّى مِنَ الْقَابِلَةِ فَكَثُرَ النَّاسُ، ثُمَّ اجْتَمَعُوا مِنَ اللَّيْلَةِ الثَّالِثَةِ أَوِ الرَّابِعَةِ، فَلَمْ يَخْرُجْ إِلَيْهِمْ رَسُولُ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم، فَلَمَّا أَصْبَحَ قَالَ ‌‏ قَدْ رَأَيْتُ الَّذِي صَنَعْتُمْ وَلَمْ يَمْنَعْنِي مِنَ الْخُرُوجِ إِلَيْكُمْ إِلاَّ أَنِّي خَشِيتُ أَنْ تُفْرَضَ عَلَيْكُمْ ‏ وَذَلِكَ فِي رَمَضَانَ

"Sesungguhnya Rasulullah saw pada suatu malam sedang solat di dalam masjid. Maka orang ramai pun mengikut solat bersama baginda. Kemudian pada malam berikutnya, baginda solat sekali lagi dan jemaah yang mengikutnya semakin banyak. Pada malam yang ketiga atau keempat, orang ramai berkumpul menanti ketibaan Rasulullah saw sebaliknya baginda tidak keluar kepada mereka. Apabila masuk waktu subuh, baginda bersabda kepada para jemaah: "Sesungguhnya aku telah melihat apa yang kamu semua lakukan. Dan tidaklah yang menghalang aku dari keluar kepada kamu melainkan aku takut solat itu akan difardhukan ke atas kamu semua. Yang demikian itu berlaku pada bulan Ramadhan" (HR al-Bukhari)

#Solat tarawih boleh dilakukan secara berjemaah dan juga bersendirian. Namun afdhalnya berjemaah.

#Imam an-Nawawi berkata:

وَتَجُوزُ مُنْفَرِدًا وَجَمَاعَةً وَأَيُّهُمَا أَفْضَلُ فِيهِ وَجْهَانِ مَشْهُورَانِ كَمَا ذَكَرَ الْمُصَنِّفُ وَحَكَاهُمَا جَمَاعَةٌ قَوْلَيْنِ (الصَّحِيحُ) بِاتِّفَاقِ الْأَصْحَابِ أَنَّ الْجَمَاعَةَ أَفْضَلُ

"Dan dibolehkan (solat tarawih itu dilakukan) secara bersendirian dan juga secara berjemaah. Berkenaan yang manakah yang afdhal antara keduanya terdapat dua pendapat yang masyhur sebagaimana yang disebutkan oleh musannif dan diceritakan oleh majoriti (al-Syafi’eyyah), yang sahih secara sepakat oleh ashab, secara berjemaah itu adalah lebih afdhal" (Lihat: Al-Majmu’ Syarh Al-Muhazzab)

♡Selamat menunaikan solat tarawih dan selamat berpuasa di bulan Ramadhan♡

🐊Ust naim
Klik link ini untuk    
http://bit.ly/tadabburkalamullah

Facebook:   
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah

Читать полностью…

Tadabbur Kalamullah

☆Tadabbur Kalamullah 28 Syaaban 1445H☆

فَآمِنُوا بِاللَّـهِ وَرَسُولِهِ النَّبِيِّ الْأُمِّيِّ الَّذِي يُؤْمِنُ بِاللَّـهِ وَكَلِمَاتِهِ وَاتَّبِعُوهُ لَعَلَّكُمْ تَهْتَدُونَ

"Oleh itu, berimanlah kamu kepada Allah dan Rasul-Nya. Nabi yang ummi yang beriman kepada Allah dan kalimah-kalimahNya (kitab-kitabNya) dan ikutilah dia (Rasulullah saw) supaya kamu beroleh hidayah petunjuk" [Surah al-‘Araf 158]

#Dalam ayat ini, Allah swt memerintahkan kita agar beriman dengan apa yang terkandung di dalam al-Quran dan juga beriman dengan setiap yang dibawa oleh Rasulullah saw samada dari sudut perkataan, perbuatan dan sebagainya.

#Saat ini kita berada di penghujung bulan Syaaban. Baginda saw ada berpesan agar kita tidak berpuasa sehari atau dua hari sebelum bertemu Ramadhan. Maka sewajarnya kita mengambil berat berkaitan perintah baginda saw sebagai tanda keimanan kita kepada baginda saw.

#Daripada Abu Hurairah r.a, bahawa Nabi saw bersabda:
 
لَا تَقَدَّمُوا رَمَضَانَ بِصَوْمِ يَوْمٍ وَلاَ يَوْمَيْنِ إِلاَّ رَجُلٌ كَانَ يَصُومُ صَوْمًا فَلْيَصُمْهُ

"Janganlah kalian mendahulukan Ramadhan dengan sehari berpuasa atau dua hari kecuali bagi sesiapa yang telah terbiasa berpuasa sebelumnya" (HR Muslim)
 
#Dalam lafaz yang lain:
 
لَا يَتَقَدَّمَنَّ أَحَدُكُمْ رَمَضَانَ بِصَوْمِ يَوْمٍ أَوْ يَوْمَيْنِ ، إِلَّا أَنْ يَكُوْنَ رَجُلٌ كَانَ يَصُوْمُ صَوْمَهُ ، فَلْيَصُمْ ذَلِكَ الْيَوْمَ

"Janganlah seorang daripada kalian mendahului bulan Ramadhan dengan berpuasa sehari atau dua hari kecuali apabila seseorang itu sudah biasa berpuasa maka berpuasalah pada hari itu" (HR al-Bukhari)

#Dalam Syarah Bulughul Maram menyebutkan: "Tidak dibolehkan berpuasa awal sehari atau dua hari apabila tiba bulan Ramadhan melainkan jika seseorang itu sentiasa melakukan puasa dan secara kebetulan hari yang biasanya dia berpuasa itu bersamaan dengan hari akhir dalam bulan Syaaban. Contohnya seperti berpuasa hari Isnin pada setiap minggu dan hari Isnin jatuh pada hari terakhir dalam bulan Syaaban. Maka dalam masalah ini, dibolehkan untuk berpuasa samada sehari atau dua hari sebelum Ramadhan berdasarkan kebiasaan yang dilakukan".

#Hikmah disebalik larangan mendahulukan puasa satu atau dua hari sebelum Ramadhan ialah:
 
1. Jika berpuasa satu atau dua hari sebelum Ramadhan adalah dalam rangka berhati-hati, maka hal ini dilarang agar tidak menambah hari berpuasa dalam bulan Ramadhan.
 
2. Tujuannya juga adalah agar dapat dibezakan antara puasa wajib dan puasa sunat. Ini kerana, memisahkan antara amalan yang wajib dan sunat adalah sesuatu yang disyariatkan, berdasarkan arahan Nabi saw melarang seseorang itu menyambung solat yang wajib dengan solat sunat tanpa diselangi dengan salam atau zikir terlebih dahulu. (Lihat: Lathaif al-Ma’arif)

*Ini juga merupakan antara perkara yang disukai oleh Ibn Abbas dan juga disukai oleh golongan salaf iaitu memisahkan antara Syaaban dan Ramadhan dengan tidak berpuasa sehari atau dua hari. (Lihat: al-Istizkar)

#Maka dapat difahami bahawa tidak dibolehkan untuk kita berpuasa awal sehari atau dua hari sebelum bulan Ramadhan berdasarkan hadis di atas bagi sesiapa yang tidak menjadi kebiasaannya berpuasa.

♡Jom amalkan perintah Nabi saw berdasarkan apa yang telah disampaikan melalui hadisnya. Moga kita beroleh kebaikan yang banyak dan hidayah petunjuk disebabkan kita mengimani apa yang telah diperintahkan. Aamiiin♡

🐊Ust naim
Klik link ini untuk    
http://bit.ly/tadabburkalamullah

Facebook:   
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah

Читать полностью…

Tadabbur Kalamullah

☆Tadabbur Kalamullah 26 Syaaban 1445H☆

وَٱلۡعَصۡرِ

"Demi masa" [Surah al-ʿAṣr 1]

#Surah al-Asr merupakan antara surah yang terpendek di dalam al-Quran. Surah ini mengandungi tiga ayat yang membicarakan kepada kita tentang cara-cara untuk berjaya dalam kehidupan dan selamat di dunia dan akhirat.

#Imam as-Syafie rahimahullah berkata tentang surah al-Asr ini: "Seandainya manusia merenungi surah ini, nescaya surah ini telah mencukupkan mereka".

#Surah ini mengajar kita untuk sentiasa peka, prihatin dan mengambil berat dengan masa agar kita mengisinya dengan sebaik mungkin dan padat dengan manfaat melalui satu cara hidup yang seimbang antara ibadah kepadaNya dan amal jariah kepada insan serta makhlukNya, antara tuntutan dunia dan akhirat. Dengan petunjuk tersebut seseorang akan berjaya menggapai kebahagiaan dan keselamatan hidup di dunia dan akhirat.

#Oleh itu, disepanjang kehidupan kita, pastikan seluruh masa kita diisikan dengan amal ibadah dan amal jariah agar bila kita kembali kepadaNya nanti, kita membawa bekalan yang cukup atau sebaik-baiknya.

یَـٰۤأَیُّهَا ٱلَّذِینَ ءَامَنُوا۟ ٱتَّقُوا۟ ٱللَّهَ وَلۡتَنظُرۡ نَفۡسࣱ مَّا قَدَّمَتۡ لِغَدࣲۖ وَٱتَّقُوا۟ ٱللَّهَۚ إِنَّ ٱللَّهَ خَبِیرُۢ بِمَا تَعۡمَلُونَ

"Wahai orang-orang yang beriman! Bertaqwalah kepada Allah (dengan mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya); dan hendaklah tiap-tiap diri melihat dan memerhatikan apa yang ia telah sediakan (dari amal-amalnya) untuk hari esok (hari akhirat). Dan (sekali lagi diingatkan): Bertaqwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Amat Meliputi PengetahuanNya akan segala yang kamu kerjakan" [Surah al-Ḥashr 18]

#Sabda Nabi saw: "Orang yang cerdik (yang berakal) adalah orang yang mempersiapkan dirinya dan beramal untuk hari setelah kematian, sedangkan orang yang lemah (imannya) adalah orang yang jiwanya mengikuti hawa nafsunya dan berangan-angan kepada Allah swt (bahawa Allah akan mengampuninya)" (HR at-Tirmizi)

#Imam al-Ghazali rahimahullah berpesan:" Jadilah kamu salah satu di antara dua orang berikut:

1. Menjadi orang yang sibuk memperbaiki diri sendiri.
2. Menjadi orang yang sibuk memperbaiki orang lain, setelah memperbaiki diri sendiri.

#Berkata Imam as-Syafie rahimahullah:

نفسك إن شغلتها بالحق وإلا شغلتك بالباطل

"Sibukkan dirimu (nafsumu) dengan kebaikan. Jika tidak, ia akan sibukkanmu dengan kejahatan" (Lihat: Qimah az-Zaman 'Inda al-Ulamak)

#Imam an-Nawawi rahimahullah menukilkan kata nasihat ulamak salaf, Ma'ruf al-Karkhi:

"Sesiapa yang sibuk dengan perkara yang tidak berfaedah untuk dirinya nescaya dia pasti akan mensia-siakan perkara yang penting bagi dirinya" (Lihat: Dalil al-Falihin)

#Ingatlah, apabila masa kita tidak diisi dengan kegiatan positif, pasti diisi oleh kegiatan negatif. Paling tidak, diisi dengan hal yang sia-sia dan tidak bermanfaat. Buatlah jadual kehidupan, rencana serta perancangan hidup masa depan agar hari-hari kita sentiasa terisi dengan perkara-perkara dan kegiatan yang baik.

#Hendaklah kita perhatikan dan atur dengan baik, waktu dan umur yang telah Allah kurniakan kepada kita. Hal ini kerana kebanyakan manusia lalai dan merugikan waktu dalam hidupnya.

♡Penuhilah masa yang dikurniakan Allah untuk menggapai redhaNya dan syurgaNya♡

🐊Ust naim
Klik link ini untuk    
http://bit.ly/tadabburkalamullah

Facebook:   
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah

Читать полностью…

Tadabbur Kalamullah

TEROKAI AYAT-AYAT ALLAH BERKAITAN RAMADHAN MELALUI EBOOK TADABBUR KALAMULLAH EDISI KHAS RAMADHAN

✅Jangan lepaskan peluang untuk memiliki ebook pertama tulisan Ustaz Muhamad Naim Hj Hashim!

✅ Sarat dengan perbahasan berkenaan penghayatan dan pengamalan di sepanjang Ramadhan
✅ Sesuai sebagai rujukan para asatizah dan juga masyarakat awam yang ingin menghayati kemuliaan dan kehebatan Ramadhan dengan lebih santai.

Harga asal rm50..

❗ *HARGA PROMO* ❗
~RM 50~❌
*_RM 35_*✅

TERHAD 2,000 NASKAH SAHAJA‼️

Untuk memiliki ebook ini, ada 2 cara pembelian:

1. Boleh beli terus di link ini. Tekan Link untuk Order:
https://ezy.la/tadabburkalamullah

2. Boleh beli secara manual, tuan/puan boleh whatsapp ke 0196283345 (Akmal Hapiz)

Terima kasih banyak-banyak 🤭

Perjalanan ramadhan anda bermula di sini.....

Читать полностью…

Tadabbur Kalamullah

☆Tadabbur Kalamullah 23 Syaaban 1445H☆

وَيُطْعِمُونَ الطَّعَامَ عَلَىٰ حُبِّهِ مِسْكِينًا وَيَتِيمًا وَأَسِيرًا

"Mereka juga memberi makan benda-benda makanan yang dihajati dan disukainya, kepada orang miskin dan anak yatim serta orang tawanan" [Surah al-Insan 8]

#Menjamu makan orang yang kelaparan adalah sifat mulia yang perlu diamalkan oleh umat Islam.

#Diriwayatkan ada seorang telah datang menemui Rasulullah saw dan telah menceritakan kepada Baginda saw tentang kelaparan yang dialami olehnya. Kebetulan pada ketika itu Baginda saw tidak mempunyai suatu apa makanan pun pada diri Baginda saw mahupun di rumah baginda sendiri untuk diberikan kepada orang itu. Baginda kemudian bertanya kepada para sahabat: "Adakah sesiapa di antara kamu yang sanggup melayani orang ini sebagai tetamunya pada malam ini bagi pihak aku?". Seorang sahabat dari kaum Ansar telah menyahut: "Wahai Rasulullah saw, saya sanggup melakukan seperti kehendak tuan itu".

Orang Ansar itu pun telah membawa tetamu tadi ke rumahnya dan menerangkan pula kepada isterinya seraya berkata: "Lihatlah bahawa orang ini ialah tetamu Rasulullah saw". Kita mesti melayaninya dengan sebaik-baik layanan mengikut segala kesanggupan yang ada pada diri kita dan semasa melakukan demikian janganlah kita tinggalkan sesuatu makanan pun yang ada di rumah kita". Lalu isterinya menjawab: "Demi Allah! Sebenarnya aku tidak ada menyimpan sebarang makanan pun, yang ada cuma sedikit, itu hanya mencukupi untuk makanan anak-anak kita di rumah ini?"

Orang Ansar itu pun berkata: "Kalau begitu engkau tidurkanlah mereka dahulu (anak-anaknya) tanpa memberi makanan kepada mereka. Apabila saya duduk berbual-bual dengan tetamu ini di samping jamuan makan yang sedikit ini, dan apabila kami mulai makan engkau padamlah lampu itu, sambil berpura-pura hendak membetulkannya kembali supaya tetamu itu tidak akan ketahui bahawa saya tidak makan bersama-samanya. Rancangan itu telah berjalan dengan lancarnya dan seluruh keluarga tersebut termasuk kanak-kanak itu sendiri terpaksa menahan lapar semata-mata untuk membolehkan tetamu itu makan sehingga berasa kenyang. Berikutan dengan peristiwa itu, Allah swt telah berfirman:

وَٱلَّذِینَ تَبَوَّءُو ٱلدَّارَ وَٱلۡإِیمَـٰنَ مِن قَبۡلِهِمۡ یُحِبُّونَ مَنۡ هَاجَرَ إِلَیۡهِمۡ وَلَا یَجِدُونَ فِی صُدُورِهِمۡ حَاجَةࣰ مِّمَّاۤ أُوتُوا۟ وَیُؤۡثِرُونَ عَلَىٰۤ أَنفُسِهِمۡ وَلَوۡ كَانَ بِهِمۡ خَصَاصَةࣱۚ وَمَن یُوقَ شُحَّ نَفۡسِهِۦ فَأُو۟لَـٰۤىِٕكَ هُمُ ٱلۡمُفۡلِحُونَ

"Dan orang-orang (Ansar) yang mendiami negeri (Madinah) serta beriman sebelum mereka, mengasihi orang-orang yang berhijrah ke negeri mereka, dan tidak ada pula dalam hati mereka perasaan berhajatkan apa yang telah diberi kepada orang-orang yang berhijrah itu; dan mereka juga mengutamakan orang-orang yang berhijrah itu lebih daripada diri mereka sendiri, sekalipun mereka dalam keadaan kekurangan dan amat berhajat. Dan (ingatlah), sesiapa yang menjaga serta memelihara dirinya daripada dipengaruhi oleh tabiat bakhilnya, maka merekalah orang-orang yang berjaya" [Surah al-Ḥashr 9]

#Kisah ini memperlihatkan kepada kita sifat peduli sahabat nabi saw kepada mereka yang susah dan memerlukan. Mereka sanggup tidak makan demi mengenyangkan orang yang kelaparan.

#Maka kita juga boleh raih pahala besar dengan:

1. Ajak sahabat, rakan taulan, kerabat datang ke rumah dan jamulah mereka makan mengikut kadar kemampuan kita.
2. Mungkin boleh mengajak beberapa orang anak yatim, fakir miskin untuk ke restoran atau kedai makan yang sesuai dan kita belanjakan mereka.
3. Kita juga boleh sedekah makanan atau duit kepada masjid atau surau yang mengadakan jamuan selepas kuliah atau malam Jumaat.
4. Setiap kali kita ke pasar, kita mengambil kesempatan untuk membeli makanan lebih dari biasa untuk kita hadiahkan kepada jiran-jiran kita yang susah.

♡Semoga kita sentiasa menjadi hamba Allah yang suka menjamu makan mereka yang memerlukan♡

🐊Ust naim
Klik link ini untuk    
http://bit.ly/tadabburkalamullah

Facebook:   
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah

Читать полностью…

Tadabbur Kalamullah

☆Tadabbur Kalamullah 21 Syaaban 1445H☆

وَيُطْعِمُونَ الطَّعَامَ عَلَىٰ حُبِّهِ مِسْكِينًا وَيَتِيمًا وَأَسِيرًا

"Mereka juga memberi makan benda-benda makanan yang dihajati dan disukainya, kepada orang miskin dan anak yatim serta orang tawanan" [Surah al-Insan 8]

#Amalan memberi makan kepada orang lain terutama yang memerlukan sangat dianjurkan di dalam Islam dan sesungguhnya ia satu amalan yang mulia yang dijanjikan pahala yang besar.

#Satu peristiwa, ketika Sayidatina Aisyah r.ha menghidangkan makanan kesukaan Rasulullah saw iaitu paha kambing. Rasulullah saw bertanya: "Wahai A'isyah, apakah sudah engkau berikan kepada Abu Hurairah jiran kita? A'isyah menjawab: "Sudah wahai Rasulullah." Kemudian Rasulullah bertanya lagi: "Bagaimana dengan Ummu Ayman?" A'isyah kembali menjawab: "Sudah wahai Rasulullah." Kemudian Rasulullah bertanya lagi mengenai jiran tetangga yang lain, adakah sudah diberikan masakan itu sehingga A'isyah berasa penat menjawab pertanyaan Rasulullah saw. Sehingga Sayidatina Aisyah menegaskan bahawa semua makanan sudah habis dibahagikan kepada jiran, yang berbaki hanyalah beberapa potong daging untuk dimakan oleh baginda saw dan A'isyah. Sayidatina A'isyah kemudian menjawab: "Sudah habis aku berikan, wahai Rasulullah. Apa yang tinggal ialah yang ada di depan kita sekarang ini," kata A'isyah. Mendengar jawapannya, Rasulullah saw lantas tersenyum dan mengatakan sesuatu yang ringkas namun maksudnya mendalam. "Engkau salah A'isyah, yang habis adalah apa yang kita makan ini dan yang kekal adalah apa yang kita sedekahkan" (HR at-Tirmizi)

#Jelas dalam hadis ini akan sifat kebajikan dalam diri Rasulullah saw tentang amalan memberi makanan kepada orang lain. Baginda sentiasa memastikan jiran tetangga dan orang disekeliling baginda sentiasa dapat merasai makanan yang dimasak walaupun sorang sedikit atau hanya kuah sahaja.

#Sabda Rasulullah saw kepada Sayidina Abu Zar r.a:

إذا طبختَ مَرَقَة، فأكثر ماءها، وتعاهدْ جِيْرانك

"Apabila engkau memasak masakan berkuah, perbanyaklah airnya dan perhatikanlah (bahagikanlah pada) tetanggamu!‎" (HR Muslim)

#Ingatlah, bagi sesiapa yang kedekut, tidak memberi makan kepada orang miskin dan yang memerlukan, mereka digolongkan oleh Allah swt dalam kalangan orang yang mendustakan agama. FirmanNya:

أَرَأَيْتَ الَّذِي يُكَذِّبُ بِالدِّينِ * فَذَٰلِكَ الَّذِي يَدُعُّ الْيَتِيمَ * وَلَا يَحُضُّ عَلَىٰ طَعَامِ الْمِسْكِينِ

"Tahukah engkau akan orang yang mendustakan agama (meliputi hari pembalasan)? Orang itu ialah yang menindas serta berlaku zalim kepada anak yatim. Dan ia tidak menggalakkan untuk memberi makanan yang berhak diterima oleh orang miskin" [Surah al-Ma’un 1-3]

#Berkata Imam al-Qurtubi: "Yakni seseorang itu tidak mahu berkongsi dan membenci orang lain yang berkongsi akan sesuatu rezeki. Ini disebabkan kebakhilannya dan pendustaannya terhadap balasan dan ganjaran di akhirat nanti. Pada asasnya, mereka yang dicela oleh ayat ini adalah orang-orang yang memiliki sifat kedekut dan tidak mahu berkongsi. Ayat ini tidaklah ditujukan kepada orang-orang yang tidak berkemampuan kerana mereka sememangnya tidak mampu". (Lihat: al-Jami’ li Ahkam al-Quran)

♡Mudah-mudahan dengan melazimi amalan bersedekah memberi makan ini, sedikit sebanyak ia dapat menghakis sifat kedekut dan bakhil, sebaliknya digantikan dengan sifat suka memberi, saling mengasihi serta mendahulukan orang lain dalam berkongsi nikmat Allah yang dikurniakan. Aamiiin♡

🐊Ust naim
Klik link ini untuk    
http://bit.ly/tadabburkalamullah

Facebook:   
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah

Читать полностью…

Tadabbur Kalamullah

☆Tadabbur Kalamullah 20 Syaaban 1445H☆

وَيُطْعِمُونَ الطَّعَامَ عَلَىٰ حُبِّهِ مِسْكِينًا وَيَتِيمًا وَأَسِيرًا

"Mereka juga memberi makan benda-benda makanan yang dihajati dan disukainya, kepada orang miskin dan anak yatim serta orang tawanan" [Surah al-Insan 8]

#Berkata Imam Ibnu Kathir: Dhamir (kata ganti) dalam ayat ini kembali ke perkataan at-ta’am (الطَّعَامَ). Maksudnya, mereka memberikan makanan ketika mereka menyukainya dan sangat berselera pada makanan tersebut. Ayat tersebut sama seperti firmanNya: “وَآتَى الْمَالَ عَلَىٰ حُبِّهِ” (dan mendermanya seseorang akan hartanya sedang ia menyayanginya).

#Fitrah semua benda hidup memerlukan makanan untuk meneruskan kelangsungan hidup. Apatah lagi bagi manusia, makanan itu sangat penting dan diperlukan untuk kehidupan. Makanan dan manusia tidak boleh dipisahkan.

#Untuk menjadikan konsep makan ini berpahala, kita hendaklah rajin memberi makanan kepada orang lain. Konsep ini adalah satu daripada saranan Rasulullah saw yang amat disukai baginda.

#Daripada Sayidina Abdullah bin Amr bin al-As r.huma berkata: "Seorang lelaki bertanya Rasulullah saw: Islam manakah yang paling baik? Nabi saw bersabda: "Kamu memberi makan, mengucapkan salam kepada orang yang kamu kenal dan yang tidak kamu kenal" (HR al-Bukhari dan Muslim)

#Konsep memberi makanan kepada orang lain bukan semestinya dalam bentuk kenduri-kendara atau majlis perkahwinan atau keraian yang berskala besar semata-mata. Ia memerlukan modal yang besar dan kos yang tinggi. Bukan semua orang mampu melakukannya secara kerap.
Akan tetapi, kita boleh melakukanya dengan kadar memberi makan kepada ahli keluarga yang lain, jiran tetangga dan rakan sekerja. Ia hanya memerlukan kos yang rendah dan murah. Sekadar membeli beberapa bungkus makanan dan diedarkan kepada sasaran penerima.

#Imam Jalaluddin as-Suyuti menyebutkan terdapat satu hadis Nabi saw mengenai orang yang akan mendapatkan perlindungan di bawah Arasy Allah swt. Dia adalah orang yang memberi makanan kepada orang yang lapar. Sabda Nabi saw: "Sesungguhnya orang terbaik di antara kalian adalah orang yang memberi makan" (HR at-Thabrani)

#Selain itu kelebihan orang yang memberi makan ini dinyatakan oleh Nabi saw dalam sabdanya: "Sesungguhnya di syurga terdapat sejumlah bilik yang bahagian luarnya terlihat dari bahagian dalamnya dan bahagian dalamnya terlihat dari bahagian luarnya. Lalu seorang Arab Badwi berdiri lalu bertanya: "Ya Rasulullah untuk siapa bilik itu?" Nabi saw menjawab: "Untuk orang yang memberi makan" (HR at-Tirmizi)

♡Memberi makan kepada orang lain terutama yang kelaparan atau memerlukan merupakan tuntutan agama dan sunnah yang dianjurkan. Pastikan amalan ini sentiasa dipraktikkan dalam kehidupan kita seharian♡

🐊Ust naim
Klik link ini untuk    
http://bit.ly/tadabburkalamullah

Facebook:   
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah

Читать полностью…

Tadabbur Kalamullah

Bagi yang berminat untuk dapatkan bacaan santai *EBOOK TADABBUR KALAMULLAH EDISI KHAS RAMADHAN* tulisan *USTAZ MUHAMAD NAIM HAJI HASHIM* setebal hampir 200 mukasurat dengan harga PROMO, jom dapatkan segera...

Harga asal rm50..
Harga PROMO RM35 sahaja...

❗ *HARGA PROMO* ❗
~RM 50~❌
*_RM 35_*✅

TERHAD 2,000 NASKAH SAHAJA‼️

*Tekan Link untuk Order:*
https://ezy.la/tadabburkalamullah

Cara-cara untuk order:
1. Tekan link https://ezy.la/tadabburkalamullah untuk membuat pembayaran.
2. Selepas bayar, anda akan terima email berserta link e-book.
3. Download e-book dan selesai! 😘

Terima kasih banyak-banyak 🤭

Читать полностью…

Tadabbur Kalamullah

☆Tadabbur Kalamullah 17 Syaaban 1445H☆

وَقَـٰتِلُوهُمۡ حَتَّىٰ لَا تَكُونَ فِتۡنَةࣱ وَیَكُونَ ٱلدِّینُ كُلُّهُۥ لِلَّهِۚ فَإِنِ ٱنتَهَوۡا۟ فَإِنَّ ٱللَّهَ بِمَا یَعۡمَلُونَ بَصِیرࣱ

"Dan perangilah mereka sehingga tidak ada lagi fitnah, dan (sehingga) menjadilah ugama itu seluruhnya (bebas) bagi Allah semata-mata. Kemudian jika mereka berhenti (dari kekufurannya dan gangguannya, nescaya mereka diberikan balasan yang baik) kerana sesungguhnya Allah Maha Melihat akan apa yang mereka kerjakan" [Surah al-Anfal 39]

#Sambung bicara berkaitan jihad dan dakwah.

#Allah swt berfirman mengenai orang-orang beriman yang akan mendapat azab seksa yang pedih sekiranya meninggalkan jihad.

یَـٰۤأَیُّهَا ٱلَّذِینَ ءَامَنُوا۟ مَا لَكُمۡ إِذَا قِیلَ لَكُمُ ٱنفِرُوا۟ فِی سَبِیلِ ٱللَّهِ ٱثَّاقَلۡتُمۡ إِلَى ٱلۡأَرۡضِۚ أَرَضِیتُم بِٱلۡحَیَوٰةِ ٱلدُّنۡیَا مِنَ ٱلۡـَٔاخِرَةِۚ فَمَا مَتَـٰعُ ٱلۡحَیَوٰةِ ٱلدُّنۡیَا فِی ٱلۡـَٔاخِرَةِ إِلَّا قَلِیلٌ

"Wahai orang-orang yang beriman! Mengapa kamu, apabila dikatakan kepada kamu: "Pergilah beramai-ramai untuk berperang pada jalan Allah", kamu merasa keberatan (dan suka tinggal menikmati kesenangan) di tempat (masing-masing)? Adakah kamu lebih suka dengan kehidupan dunia daripada akhirat? (Kesukaan kamu itu salah) kerana kesenangan hidup di dunia ini hanya sedikit jua berbanding dengan (kesenangan hidup) di akhirat kelak"

إِلَّا تَنفِرُوا۟ یُعَذِّبۡكُمۡ عَذَابًا أَلِیمࣰا وَیَسۡتَبۡدِلۡ قَوۡمًا غَیۡرَكُمۡ وَلَا تَضُرُّوهُ شَیۡـࣰٔاۗ وَٱللَّهُ عَلَىٰ كُلِّ شَیۡءࣲ قَدِیرٌ

"Jika kamu tidak pergi beramai-ramai (untuk berperang pada jalan Allah - membela ugamaNya), Allah akan menyeksa kamu dengan azab seksa yang tidak terperi sakitnya dan Ia akan menggantikan kamu dengan kaum yang lain, dan kamu tidak akan dapat mendatangkan bahaya sedikitpun kepadaNya. Dan (ingatlah) Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu" [Surah at-Tawbah 38-39]

#Imam Hassan al-Banna sangat mengutamakan masalah jihad. Beliau telah meletakkan jihad sebagai salah satu rukun bai’ah yang perlu dipatuhi oleh setiap anggota Muslim. Kata-kata beliau mengenai jihad telah dihimpunkan ke dalam satu risalah yang bernama Risalah Jihad. Antara slogan utama yang diasaskan oleh beliau ialah 'Jihad adalah jalan kami' dan 'Mati di jalan Allah adalah kemuncak cita-cita kami'.

#Seorang pejuang yang mengorbankan dirinya pada jalan Allah, demi kepentingan Islam dan mempunyai nilai-nilai mulia akan mendapat kedudukan yang tinggi dan diingati dalam sejarah kemanusiaan. Di sisi Allah swt dia akan diletakkan di barisan para Nabi dan Rasul.

وَمَن یُطِعِ ٱللَّهَ وَٱلرَّسُولَ فَأُو۟لَـٰۤىِٕكَ مَعَ ٱلَّذِینَ أَنۡعَمَ ٱللَّهُ عَلَیۡهِم مِّنَ ٱلنَّبِیِّـۧنَ وَٱلصِّدِّیقِینَ وَٱلشُّهَدَاۤءِ وَٱلصَّـٰلِحِینَۚ وَحَسُنَ أُو۟لَـٰۤىِٕكَ رَفِیقࣰا

"Dan sesiapa yang taat kepada Allah dan RasulNya, maka mereka akan (ditempatkan di syurga) bersama-sama orang-orang yang telah dikurniakan nikmat oleh Allah kepada mereka, iaitu Nabi-nabi, dan orang-orang Siddiqiin, dan orang-orang yang Syahid, serta orang-orang yang soleh. Dan amatlah eloknya mereka itu menjadi teman rakan (kepada orang-orang yang taat)" [Surah an-Nisāʾ 69]

#Jadilah seorang yang berjihad, kerana sifat seorang Mukmin adalah seorang yang istiqamah berjihad fi sabilillah. Sabda Rasulullah saw:

“Sesiapa yang berjihad dengan tangannya maka dia adalah Mukmin. Sesiapa yang berjihad dengan lidahnya maka dia adalah mukmin dan sesiapa yang berjihad dengan hatinya maka dia adalah mukmin. Selain daripada itu tidak ada iman walaupun sebesar biji sawi” (HR Muslim)

♡Semoga semua pejuang sentiasa istiqamah dalam berjihad demi menegakkan agamaNya dan masa depan akhiratnya♡

🐊Ust naim
Klik link ini untuk    
http://bit.ly/tadabburkalamullah

Facebook:   
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah

Читать полностью…

Tadabbur Kalamullah

☆Tadabbur Kalamullah 16 Syaaban 1445H☆

وَقَـٰتِلُوهُمۡ حَتَّىٰ لَا تَكُونَ فِتۡنَةࣱ وَیَكُونَ ٱلدِّینُ كُلُّهُۥ لِلَّهِۚ فَإِنِ ٱنتَهَوۡا۟ فَإِنَّ ٱللَّهَ بِمَا یَعۡمَلُونَ بَصِیرࣱ

"Dan perangilah mereka sehingga tidak ada lagi fitnah, dan (sehingga) menjadilah ugama itu seluruhnya (bebas) bagi Allah semata-mata. Kemudian jika mereka berhenti (dari kekufurannya dan gangguannya, nescaya mereka diberikan balasan yang baik) kerana sesungguhnya Allah Maha Melihat akan apa yang mereka kerjakan" [Surah al-Anfal 39]

#Persoalan mengenai perjuangan dalam Islam merangkumi usaha umat Islam mengembangkan agama ini dengan menjalankan gerakan dakwah ke serata tempat di seluruh pelusuk dunia.

#Dalam usaha berdakwah itu, mereka menghadapi sekatan, ancaman dan cabaran yang datang dari kebanyakan orang-orang kafir serta sasaran dakwah yang tidak bersikap terbuka untuk mendengar dahulu seruan Islam.

#Dalam suasana ini, timbul perlawanan dan perjuangan menentang halangan, sekatan dan ancaman dari musuh dakwah. Namun dalam konteks zaman mutakhir ini, perjuangan Islam khususnya dengan pengertian jihad, merangkumi aspek yang luas dengan tidak tertumpu kepada aspek peperangan bersenjata sahaja. Bahkan ia lebih banyak cenderung kepada persoalan memperbaiki umat dan mempertahankan hak-hak umat Islam sama ada melalui gerakan bersenjata, penentangan terhadap pemerintah yang tidak melaksanakan Islam dengan saluran pilihanraya, penulisan dan sebagainya.

#Makanya, dalam usaha dakwah tersebut di sepanjang zaman, mereka akan menghadapi cabaran dan tentangan dari musuh yang merupakan sebahagian dari ujian Allah swt. Cabaran dan tentangan tersebutlah yang melahirkan reaksi dalam bentuk perjuangan.
Walaupun Islam mewajibkan perang tetapi Islam menganjurkan keamanan dan kedamaian.

وَإِن جَنَحُوا۟ لِلسَّلۡمِ فَٱجۡنَحۡ لَهَا وَتَوَكَّلۡ عَلَى ٱللَّهِۚ إِنَّهُۥ هُوَ ٱلسَّمِیعُ ٱلۡعَلِیمُ

"Dan jika mereka (pihak musuh) cenderung kepada perdamaian, maka engkau juga hendaklah cenderung kepadanya serta bertawakalah kepada Allah. Sesungguhnya Ia Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui" [Surah al-Anfal 61]

#Jihad dalam Islam adalah kemuncak dan pengawal dasar-dasarnya. Ia juga merupakan pengawal negara orang-orang Islam. Oleh itu, ia adalah prinsip Islam yang agung kerana ia merupakan cara memelihara kebesaran, kemuliaan dan kedaulatan Islam. Sebab itulah jihad menjadi fardu dan perintah yang berkekalan hingga ke hari kiamat. Mana-mana juga kaum yang meninggalkan jihad pasti ditimpa kehinaan, dijajah dan dihina oleh Allah swt dengan penguasaan orang-orang jahat dan berperangai buruk.

#Daripada Ibnu Umar r.a berkata, aku pernah mendengar Rasulullah saw bersabda:

إِذَا تَبَايَعْتُمْ بِالْعِينَةِ، وَأَخَذْتُمْ أَذْنَابَ الْبَقَرِ، وَرَضِيتُمْ بِالزَّرْعِ، وَتَرَكْتُمْ الْجِهَادَ، سَلَّطَ اللَّهُ عَلَيْكُمْ ذُلًّا لَايَنْزِعُهُ حَتَّى تَرْجِعُوا إِلَى دِينِكُمْ

Apabila kalian melakukan jual beli dengan cara ‘inah (riba), berpegang pada ekor sapi (sibuk dengan perternakan dan pertanian), kalian redha dengan hasil tanaman dan kalian meninggalkan jihad, maka Allah akan membuat kalian dikuasai oleh kehinaan yang tidak ada sesuatu pun yang mampu mencabut kehinaan tersebut (dari kalian) sampai kalian kembali kepada agama kalian" (HR Abu Dawud)

#Allah swt berfirman mengenai orang-orang beriman yang akan mendapat azab seksa yang pedih sekiranya meninggalkan jihad....

... Bersambung...

♡Berjihadlah di medan dakwah atau di medan peperangan dengan penuh kesungguhan agar Islam sentiasa terbela dan tertegak dengan jayanya♡

🐊Ust naim
Klik link ini untuk    
http://bit.ly/tadabburkalamullah

Facebook:   
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah

Читать полностью…

Tadabbur Kalamullah

☆Tadabbur Kalamullah 14 Syaaban 1445H☆

كُتِبَ عَلَیۡكُمُ ٱلۡقِتَالُ وَهُوَ كُرۡهࣱ لَّكُمۡۖ 

"Kamu diwajibkan berperang (untuk menentang pencerobohan) sedang peperangan itu ialah perkara yang kamu benci..."  [Surah al-Baqarah 216]

#Sambung lagi bicara tentang jihad.

#Sudah dibentangkan beberapa ayat al-Quran yang menyentuh aspek jihad yang jelas menyatakan kelebihan jihad, galakan kepada orang beriman supaya berjihad, ganjaran besar dan keuntungan dunia dan akhirat yang dijanjikan untuk mereka.

#Seterusnya akan dihidangkan pula beberapa hadis Nabi saw yang mulia sebagai membuktikan tuntutan jihad itu adalah wajib ke atas setiap muslim.

#Daripada Sayidina Anas r.a, Nabi saw bersabda:

جَاهِدُوْا الْمُشْرِكِيْنَ بِأَمْوَالِكُمْ وَأَنْفُسِكُمْ وَأَلْسِنَتِكُمْ

"Berjihadlah melawan orang-orang musyrikin dengan harta, jiwa, dan lisan kalian" (HR Ahmad dan an-Nasaie)

#Daripada Sayidina Salman r.a, Nabi saw bersabda:

رِبَاطُ يَوْمٍ وَلَيْلَةٍ خَيْرٌ مِنْ صِيَامِ شَهْرٍ وَقِيَامِهِ، وَإِنْ مَاتَ جَرَى عَلَيْهِ عَمَلُهُ الَّذِيْ كَانَ يَعْمَلُهُ وَأُجْرِيَ عَلَيْهِ رِزْقُهُ وَأَمِنَ الْفَتَّانَ.

"Orang yang menjaga di perbatasan jihad sehari semalam lebih baik dari puasa dan solat malam selama sebulan. Dan jika ia mati, maka mengalirlah (pahala) amal yang biasa ia kerjakan, diberikannya rezeki dan dia dilindungi dari azab (seksa) kubur dan fitnahnya" (HR Muslim)

#Daripada Sayidina Ubadah r.a, Nabi saw bersabda:

عَلَيْكُمْ بِالْجِهَادِ فِيْ سَبِيْلِ اللهِ تَبَارَكَ وَتَعَالَى، فَإِنَّ الْـجِهَادَ فِـيْ سَبِيْلِ اللهِ بَابٌ مِنْ أَبْوَابِ الْـجَنَّةِ ، يُذْهِبُ اللهُ بِهِ مِنَ الْهَمِّ وَالْغَمِّ

"Wajib atas kalian berjihad di jalan Allah Azza wa Jalla, kerana sesungguhnya jihad di jalan Allah itu merupakan salah satu pintu dari pintu-pintu Syurga, Allah akan menghilangkan dengannya kesedihan dan kesusahan" (HR al-Hakim)

#Sayidina Abdullah bin Umar r.huma berkata: "Seafdhal amal sesudah solat adalah jihad di jalan Allah Azza wa Jalla" (Riwayat Ahmad)

#Sabda Rasulullah saw: "Jika saya dibunuh di jalan Allah, adalah lebih saya sukai daripada saya menguasai seluruh dunia ini" (HR an-Nasaie)

♡Ketahuilah bahawa jihad memerangi musuh Islam tujuannya agar agama Allah tertegak di atas muka bumi, bukannya sekadar membunuh♡

🐊Ust naim
Klik link ini untuk    
http://bit.ly/tadabburkalamullah

Facebook:   
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah

Читать полностью…

Tadabbur Kalamullah

☆Tadabbur Kalamullah 7 Ramadhan 1445H☆

یَـٰۤأَیُّهَا ٱلَّذِینَ ءَامَنُوا۟ كُتِبَ عَلَیۡكُمُ ٱلصِّیَامُ كَمَا كُتِبَ عَلَى ٱلَّذِینَ مِن قَبۡلِكُمۡ لَعَلَّكُمۡ تَتَّقُونَ

"Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertaqwa"  [Surah al-Baqarah 183]

#Sedar tidak sedar dah 7 hari kita berpuasa di bulan Ramadhan. Pantasnya masa berlalu. Maka kita mesti memastikan masa yang berlalu itu telah diisi dengan amal soleh dan amal kebajikan yang berbuahkan pahala dan keampunanNya.

#Sabda Nabi saw:

لاَ تَقُومُ السَّاعَةُ حَتَّى يُقْبَضَ العِلْمُ، وَتَكْثُرَ الزَّلاَزِلُ، وَيَتَقَارَبَ الزَّمَانُ، وَتَظْهَرَ الفِتَنُ، وَيَكْثُرَ الهَرْجُ

"Tidak akan berlakunya Kiamat sehingga diangkat ilmu, banyaknya berlaku gempa, masa berlalu dengan pantas, terzahirnya fitnah-fitnah dan banyaknya pembunuhan" (HR al-Bukhari)
 
#Dalam hadis yang lain daripada Sayidina Anas bin Malik r.a, bahawa Nabi saw bersabda:
 
لَا تَقُومُ السَّاعَةُ حَتَّى يَتَقَارَبَ الزَّمَانُ، فَتَكُونُ السَّنَةُ كَالشَّهْرِ، وَالشَّهْرُ كَالْجُمُعَةِ، وَتَكُونُ الْجُمُعَةُ كَالْيَوْمِ، وَيَكُونُ الْيَوْمُ كَالسَّاعَةِ، وَتَكُونُ السَّاعَةُ كَالضَّرَمَةِ بِالنَّارِ

Tidak akan berlaku Kiamat sehingga waktu terasa begitu pantas, maka setahun dirasakan seperti sebulan, sebulan dirasakan seperti seminggu, seminggu dirasakan seperti sehari, sehari dirasakan seperti satu jam dan satu jam dirasakan seperti satu sambaran api" (HR at-Tirmizi)
 
#Imam Ibn Hajar al-Asqalani menukilkan beberapa pandangan dalam memahami makna masa berlalu dengan pantas seperti pendeknya umur, pendeknya malam dan siang seperti yang disokong di dalam hadis lain yang menyatakan masa berlalu dengan pantas sehingga setahun dirasa seperti sebulan dan juga manusia berterusan berada di dalam kejahilan" (Lihat: Fathul Bari)

#Jika kita lalai untuk mengisi setiap detik dengan kebaikan maka kita telah mengalami kerugian yang tidak boleh di ambil kembali.

نِعْمَتَانِ مَغْبُونٌ فِيهِمَا كَثِيرٌ مِنْ النَّاسِ الصِّحَّةُ وَالْفَرَاغُ

"Dua nikmat yang sering dilupakan oleh kebanyakan manusia adalah nikmat kesihatan dan waktu lapang" (HR al-Bukhari)

#Berkata Imam Ibn al-Jauzi rahimahullah:

"Bulan Ramadhan berbanding bulan-bulan yang lain, seperti kedudukan Nabi Yusuf Alaihissalam berbanding adik beradik baginda. Sepertimana Yusuf Alaihissalam adalah anak yang paling disayangi oleh bapanya Nabi Yaaqub Alaihissalam, demikianlah Ramadhan, adalah bulan yang paling dicintai oleh Tuhan Yang Maha Mengetahui Perkara Ghaib" (Lihat: Bustan al-'Arifin)

#Oleh itu, Ramadhan hanya seketika, jangan abaikannya. Ia datang dan berlalu pergi, jangan sia-siakannya.

#Jangan diperlakukan Ramadhan seperti perlakuan adik-beradik Nabi Yusuf kepada Nabi Yusuf Alaihissalam. Jangan matikan Ramadhan dengan tidak beramal di dalamnya, jangan buang Ramadhan ke dalam telaga dengan tidak mengendahkannya sebagaimana dibuangnya Nabi Yusuf ke dalam telaga oleh saudara-saudaranya.

♡Selamat beramal dengan penuh kesungguhan disepanjang Ramadhan yang mulia ini♡

🐊Ust naim
Klik link ini untuk    
http://bit.ly/tadabburkalamullah

Facebook:   
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah

Читать полностью…

Tadabbur Kalamullah

☆Tadabbur Kalamullah 5 Ramadhan 1445H☆

یَـٰۤأَیُّهَا ٱلَّذِینَ ءَامَنُوا۟ كُتِبَ عَلَیۡكُمُ ٱلصِّیَامُ كَمَا كُتِبَ عَلَى ٱلَّذِینَ مِن قَبۡلِكُمۡ لَعَلَّكُمۡ تَتَّقُونَ

"Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertaqwa"  [Surah al-Baqarah 183]

#Allah swt menyebutkan dalam ayat di atas mengenai hikmah disyariatkan berpuasa iaitu agar kita menjadi hamba yang bertakwa. Hal ini kerana dalam ibadah puasa, kita mengerjakan perintah Allah dan menjauhi laranganNya, itulah sifat orang bertakwa.

#Takwa adalah melakukan ketaatan kepada Allah swt berdasarkan nur (cahaya) dari pada Allah swt. Orang yang bertakwa hanyalah mengharapkan rahmat dan meninggalkan maksiat kerana takut azab Allah swt.

#Yang dikatakan takwa dalam puasa adalah seorang muslim meninggalkan apa yang Allah swt haramkan saat itu iaitu makan, minum, hubungan intim sesama pasangan dan seumpamanya, padahal jiwa begitu terdorong dan teringin untuk menikmatinya. Apatah lagi saat ini, cuaca panas membahang, terasa sangat dahaga maka bertambah keinginan untuk menikmati minuman yang sejuk lagi sedap. Namun semua itu ditinggalkan karena ingin mendekatkan diri pada Allah dan mengharap pahala dariNya. Itulah yang disebut sebagai takwa.

#Begitu juga orang yang berpuasa melatih dirinya untuk semakin dekat pada Allah. Ia mengekang hawa nafsunya sedangkan dia boleh sahaja menikmati berbagai macam kenikmatan. Ia tinggalkan itu semua kerana ia tahu bahawa Allah sentiasa mengawasinya. Itulah yang dinamakan takwa.

وَكَانَ ٱللَّهُ عَلَىٰ كُلِّ شَیۡءࣲ رَّقِیبࣰا

"Dan (ingatlah) Allah sentiasa Mengawasi tiap-tiap sesuatu" [Surah al-Aḥzab 52]

#Begitu pula puasa dapat mengekang perjalanan syaitan dalam saluran darah. Ini kerana syaitan itu merasuki manusia pada saluran darahnya. Ketika puasa, saluran syaitan tersebut menyempit. Maksiatnya pun akhirnya berkurang. Orang yang berpuasa pun semakin lazat dan terliur melakukan ketaatan, itulah umumnya yang terjadi. Ketahuilah, ketaatan itu termasuk takwa.

#Daripada Sayidatina Sofiyyah binti Huyay r.ha, Rasulullah saw bersabda:

إِنَّ الشَّيْطَانَ يَجْرِي مِنْ ابْنِ آدَمَ مَجْرَى الدَّمِ

Sesungguhnya syaitan itu bergerak di dalam diri anak-anak Adam melalui saluran darah (HR al-Bukhari)

#Begitu juga ketika puasa, orang yang kaya akan merasakan lapar sebagaimana yang dirasakan fakir miskin. Ini menyebabkan timbul keinsafan dan menyebabkan mereka berkeinginan untuk membantu orang yang susah dan memerlukan. Ini juga sebahagian daripada takwa.

♡Raihlah takwa disepanjang Ramadhan ini dengan benar-benar melakukan ketaatan demi mencari redhaNya♡

🐊Ust naim
Klik link ini untuk    
http://bit.ly/tadabburkalamullah

Facebook:   
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah

Читать полностью…

Tadabbur Kalamullah

☆Tadabbur Kalamullah 3 Ramadhan 1445H☆

یَـٰۤأَیُّهَا ٱلَّذِینَ ءَامَنُوا۟ كُتِبَ عَلَیۡكُمُ ٱلصِّیَامُ كَمَا كُتِبَ عَلَى ٱلَّذِینَ مِن قَبۡلِكُمۡ لَعَلَّكُمۡ تَتَّقُونَ

"Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertaqwa"  [Surah al-Baqarah 183]

#Alhamdulillah sudah 4 malam umat Islam di Malaysia menunaikan solat sunat tarawih. Masjid dan surau meriah dengan jemaah yang ramai. Solat tarawih macam solat Jumaat. Semoga istiqamah hingga akhir Ramadhan dan hingga akhir hayat.

#Solat tarawih merupakan qiamullail di dalam bulan Ramadhan dan dinamakan membangunkan malam atau qiamulllail. Oleh itu setiap amalan yang dilakukan pada setiap malam bulan Ramadhan khususnya solat sunat tarawih dianggap sebagai menghidupkan malam-malam dibulan Ramadhan.

#Waktu bermula untuk mendirikan solat sunat tarawih sama seperti solat sunat witir iaitu didirikan bermula selepas waktu Isyak dan berakhir sehingga sebelum terbit fajar (subuh).

#Berkaitan bilangan rakaat, terdapat 3 pandangan dalam kalangan ulamak berkenaan bilangan rakaat solat Tarawih: (Lihat: Fiqh al-Islami Wa Adillatuh)

1. 20 rakaat menurut pandangan Mazhab Hanafi, Shafie dan Hanbali. Hal ini berdasarkan athar Khalifah Umar al-Khattab yang memerintahkan solat Tarawih 20 rakaat secara berjemaah pada zamannya dan juga berdasarkan hadis yang diriwayatkan oleh Imam Malik yang menerangkan pelaksanaan solat Tarawih adalah sebanyak 23 rakaat termasuk witir.

2. 36 rakaat menurut pandangan dalam Mazhab Maliki. Hal ini berdasarkan pengamalan Ahlul Madinah. Pengamalan ini adalah kerana mereka memuliakannya atas penghijrahan Nabi Muhammad saw. Menurut keterangan yang lain, penduduk Madinah melihat penduduk Mekah bergembira dengan solat Tarawih mereka kerana setiap empat rakaat, mereka akan tawaf. Lalu penduduk Madinah menambah lagi 16 rakaat kepada 20 rakaat sebagai ganti mereka tidak dapat tawaf di Madinah, menjadikan solat mereka 36 rakaat. Oleh itu, perlaksanaan ini hanya dikhususkan untuk Ahlul Madinah sahaja.

3. 8 rakaat berserta 3 rakaat solat sunat Witir menurut pandangan sebahagian ulamak berdasarkan hadis Sayidatina A'isyah r.ha.

#Berdasarkan pendapat-pendapat yang dikemukakan, jelas menyatakan bahawa solat Tarawih menurut mazhab Shafie ialah sebanyak 20 rakaat beserta 3 rakaat Witir. Namun bagi mereka yang mengerjakan solat Tarawih sebanyak 8 rakaat juga mendapat pahala Tarawih.

#Ini dijelaskan dalam Syarh al-Muqaddimah al-Hadramiyyah:

‌ولو ‌اقتصر ‌على ‌بعض العشرين .. صح وأثيب عليه ثواب التراويح خلافاً لبعضهم

"Sekiranya dia mengerjakannya kurang daripada 20 rakaat, maka hukumnya sah serta diberi pahala Tarawih kepadanya, berbeza dengan pandangan sebahagian ulamak".

#Turut dijelaskan di dalam al-Yaqut al-Nafis:

صلاة التراويح عشرون ركعة. أي أكثرها ذلك، فلو اقتصر على بعض العشرين صح وأثيب عليه ثواب التراويح، وقيل: لا

"Solat Tarawih ialah 20 rakaat. Yakni sebanyak-banyak Tarawih adalah bilangan tersebut. Namun jika dikerjakannya kurang daripada 20 rakaat, maka hukumnya tetap sah serta diberi pahala Tarawih kepadanya. Sebahagian ulamak berpendapat tidak diberi pahala Tarawih".

♡Hidupkanlah malam-malam Ramadhan dengan solat tarawih berdasarkan kemampuan masing-masing dan jauhi perbalahan dan pertengkaran♡

🐊Ust naim
Klik link ini untuk    
http://bit.ly/tadabburkalamullah

Facebook:   
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah

Читать полностью…

Tadabbur Kalamullah

☆Tadabbur Kalamullah 1 Ramadhan 1445H☆

یَـٰۤأَیُّهَا ٱلَّذِینَ ءَامَنُوا۟ كُتِبَ عَلَیۡكُمُ ٱلصِّیَامُ كَمَا كُتِبَ عَلَى ٱلَّذِینَ مِن قَبۡلِكُمۡ لَعَلَّكُمۡ تَتَّقُونَ

"Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertaqwa"  [Surah al-Baqarah 183]

#Alhamdulillah hari ini seluruh umat Islam mula berpuasa. Ketahuilah bahawa ibadah puasa di bulan Ramadhan adalah satu kefardhuan yang dituntut ke atas umat Islam yang memenuhi syarat.

#Perkataan “كُتِبَ عَلَيْكُمُ الصِّيَامُ” memberi maksud kewajipan puasa ke atas orang-orang yang beriman.

#Bagi sesiapa yang sengaja meninggalkan puasa tanpa sebarang sebab maka dia berdosa dan wajib qadha serta bertaubat atas perbuatan tersebut.

#Bagi yang tidak mampu berpuasa maka dibenarkan berbuka puasa atau tidak berpuasa dengan syarat yang perlu diganti semula atau membayar fidyah. Firman Allah swt:

أَيَّامًا مَعْدُودَاتٍ ۚ فَمَنْ كَانَ مِنْكُمْ مَرِيضًا أَوْ عَلَىٰ سَفَرٍ فَعِدَّةٌ مِنْ أَيَّامٍ أُخَرَ ۚ وَعَلَى الَّذِينَ يُطِيقُونَهُ فِدْيَةٌ طَعَامُ مِسْكِينٍ ۖ فَمَنْ تَطَوَّعَ خَيْرًا فَهُوَ خَيْرٌ لَهُ ۚ وَأَنْ تَصُومُوا خَيْرٌ لَكُمْ ۖ إِنْ كُنْتُمْ تَعْلَمُونَ –

"(Puasa yang diwajibkan itu ialah beberapa hari yang tertentu; maka sesiapa di antara kamu yang sakit, atau dalam musafir, (bolehlah ia berbuka), kemudian wajiblah ia berpuasa sebanyak (hari yang dibuka) itu pada hari-hari yang lain; dan wajib atas orang-orang yang tidak terdaya berpuasa (kerana tua dan sebagainya) membayar fidyah iaitu memberi makan orang miskin. Maka sesiapa yang dengan sukarela memberikan (bayaran fidyah) lebih dari yang ditentukan itu, maka itu adalah suatu kebaikan baginya; dan (walaupun demikian) berpuasa itu lebih baik bagi kamu daripada memberi fidyah), kalau kamu mengetahui" [Surah al-Baqarah 184]

#Umat Islam wajib mendalami ilmu berkenaan puasa secara terperinci agar puasa kita menjadi ibadah yang diterima Allah swt bukan hanya setakat adat yang sia-sia. Kita tidak mahu ibadah yang penting ini hanya dilaksanakan dalam keadaan acuh tidak acuh setakat mengikut orang bukannya berdasarkan ilmu yang dipelajari.

#Oleh yang demikian, tidak boleh tidak orang yang berpuasa mesti menguasai ilmu hukum hakam berkaitan puasa bahkan perlu diperhalusi samada yang wajib, sunat dan adab-adabnya. Antara ilmu asas tentang puasa yang mesti dikuasai ialah:

1. Puasa itu wajib ke atas setiap muslim yang baligh, berakal dan mukim (bukan musafir), mampu (tidak sakit) dan suci dari haid dan nifas.

2. Disyaratkan dan diwajibkan berniat puasa fardhu setiap malam hari sepanjang ramadhan begitu juga puasa wajib yang lain seperti qadha dan kaffarah.

3. Mengetahui perkara-perkara yang merosakkan puasa iaitu jimak disiang hari, keluar mani dengan sengaja, makan dan minum dengan sengaja, muntah dengan sengaja, haid dan nifas serta memasukkan sesuatu ke dalam rongga yang terbuka (mulut, hidung, telinga, kemaluan depan dan belakang).

#Bagi kaum wanita terutamanya, pelajarilah ilmu hukum-hakam puasa yang berkaitan dengan wanita seperti haid, nifas, istihadhah, ibu mengandung, bersalin, menyusu dan wanita tua serta bagaimana cara mengurus masa-masa haid dan nifas di sepanjang Ramadhan untuk mengumpul pahala sebagaimana orang yang berpuasa.

♡Jangan biarkan puasa kita setakat berlapar dahaga di dunia sahaja sedangkan di akhirat nanti kita hampa kerana tiadanya ganjaran atas apa yang dikerjakan. Jangan malu untuk belajar apatah lagi untuk bertanya agar kualiti puasa tahun ini lebih baik daripada sebelumnya♡

🐊Ust naim
Klik link ini untuk    
http://bit.ly/tadabburkalamullah

Facebook:   
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah

Читать полностью…

Tadabbur Kalamullah

☆Tadabbur Kalamullah 29 Syaaban 1445H☆

یَـٰۤأَیُّهَا ٱلَّذِینَ ءَامَنُوا۟ كُتِبَ عَلَیۡكُمُ ٱلصِّیَامُ كَمَا كُتِبَ عَلَى ٱلَّذِینَ مِن قَبۡلِكُمۡ لَعَلَّكُمۡ تَتَّقُونَ

"Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertaqwa"  [Surah al-Baqarah 183]

#Sebentar tadi telah diisytiharkan permulaan ibadah puasa bagi umat Islam di Malaysia bermula pada hari Selasa atau 1 Ramadhan 1445H bersamaan 12 Mac 2024.

#Ahlan wa sahlan ya Ramadhan (Selamat datang bulan Ramadhan). Kedatangan bulan Ramadhan setiap tahun sememangnya dinanti-nantikan oleh mereka yang beriman yang mengetahui kelebihan dan kemuliaan yang terdapat pada bulan ini.

#Orang-orang yang beriman tidak akan mensia-siakan kelebihan yang terdapat di dalam penghulu segala bulan ini walaupun sesaat. Mereka membuat pelbagai pengisian rohani yang dapat meningkatkan darjat keimanan mereka di sisi Allah swt. Janji-janji Allah swt yang sangat hebat melalui lisan RasulNya, nabi Muhammad saw, menyebabkan berlaku kerugian yang teramat sangat bagi mereka tidak merebut peluang keemasan di bulan Ramadan yang penuh dengan keberkatan ini.

#Bulan Ramadhan adalah bulan yang penuh rahmat yang tidak terdapat pada bulan-bulan lain. Apabila tibanya Ramadhan, Rasulullah saw menyampaikan berita gembira ini kepada para sahabat. Sabda Nabi saw:

أَتَاكُمْ رَمَضَانُ شَهْرٌ مُبَارَكٌ فَرَضَ اللَّهُ عَزَّ وَجَلَّ عَلَيْكُمْ صِيَامَهُ، تُفْتَحُ فِيهِ أَبْوَابُ السَّمَاءِ، وَتُغْلَقُ فِيهِ أَبْوَابُ الْجَحِيمِ، وَتُغَلُّ فِيهِ مَرَدَةُ الشَّيَاطِينِ. فَيْهِ لَيْلَةٌ أَبْوَابُ خَيْرٌ من ألف شهر. مَنْ حرمَ خَيْرَهَا فَقَدْ حرم

"Telah datang kepada kamu bulan Ramadhan yang merupakan bulan yang diberkati. Allah telah memfardhukan ke atas kamu untuk berpuasa di dalamnya. Pada bulan ini dibuka pintu-pintu langit dan ditutup pintu-pintu neraka, serta dirantai syaitan-syaitan yang jahat. Pada bulan ini terdapat padanya satu malam yang lebih baik daripada 1000 bulan. Sesiapa yang terhalang dari mendapatkan kebaikan malam itu, sesungguhnya dia telah terhalang (dari rahmat Allah)" (Sunan an-Nasa’ie)

#Imam Ibnu Rajab menjelaskan bahwa hadis ini menjadi isyarat bagi umat Islam agar menyambut bulan Ramadhan dengan penuh sukacita dan kegembiraan.

#Berkata Syeikh Mulla Ali al-Qari rahimahullah:" Hadis ini merupakan asas (dalil atau dasar) bagi ucapan tahniah yang menjadi budaya pada awal bulan-bulan yang diberkati" (Lihat: Mirqat al-Mafatiḥ)

#Maka, sebahagian ulamak mengatakan bahawa harus bagi kita untuk mengucapkan tahniah atas kedatangan Ramadhan, satu nikmat baharu yang dikurniakan oleh Allah kepada kita. Rezeki bertemu dengan Ramadhan adalah anugerah yang tidak ternilai.

#Disamping itu, Rasulullah saw juga memberi teladan kepada para umatnya agar berdoa di saat telah melihat hilal (anak bulan) Ramadhan.

#Imam an-Nawawi dalam kitab al-Majmu' menyebut hadis yang berisi doa Nabi saw saat menyambut bulan Ramadhan.

انَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كَانَ إِذَا رَأَى الْهِلالَ قَالَ : " اللَّهُمَّ أَهِلَّهُ عَلَيْنَا بِالْيُمْنِ وَالإِيمَانِ وَالسَّلامَةِ وَالإِسْلامِ رَبِّي وَرَبُّكَ اللَّهُ

Sesungguhnya Nabi saw ketika telah melihat hilal (Ramadhan), baginda berdoa:" Ya Allah jadikanlah hilal (bulan ini) bagi kami dengan membawa keberkatan, keimanan, keselamatan, dan keIslaman. Tuhanku dan Tuhanmu adalah Allah" (HR at-Tirmizi)

#Oleh kerana ganjaran begitu banyak menanti di bulan Ramadhan, menyebabkan kedatangannya dinanti-nanti oleh orang-orang yang soleh, maka janganlah kita lepaskan peluang keemasan di bulan Ramadhan yang bakal tiba yang belum pasti untuk kita nikmati pada tahun-tahun yang mendatang.

♡Jom susun jadual ibadat kita sebaik mungkin dan jangan dibiarkan ia berlalu begitu sahaja walaupun sesaat sepertimana telah berlaku pada tahun-tahun sebelumnya. Ahlan wa Sahlan ya Ramadhan♡

🐊Ust naim
Klik link ini untuk    
http://bit.ly/tadabburkalamullah

Facebook:   
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah

Читать полностью…

Tadabbur Kalamullah

☆Tadabbur Kalamullah 27 Syaaban 1445H☆

ٱلَّذِینَ قَالَ لَهُمُ ٱلنَّاسُ إِنَّ ٱلنَّاسَ قَدۡ جَمَعُوا۟ لَكُمۡ فَٱخۡشَوۡهُمۡ فَزَادَهُمۡ إِیمَـٰنࣰا وَقَالُوا۟ حَسۡبُنَا ٱللَّهُ وَنِعۡمَ ٱلۡوَكِیلُ

"Mereka juga ialah yang diberitahu oleh orang-orang (pembawa berita) kepada mereka: "Bahawa kaum (kafir musyrik) telah mengumpulkan tentera untuk memerangi kamu, oleh itu hendaklah kamu gerun kepadanya". Maka berita itu makin menambahkan iman mereka lalu berkata: "Cukuplah untuk (menolong) kami, dan Ia sebaik-baik pengurus (yang terserah kepadaNya segala urusan kami)" [Surah Aali-ʿImran 173]

#Umat Islam perlu mengekalkan jati diri sebagai satu umat yang kuat dan gagah. Umat yang tidak gentar saat berdepan dengan musuh-musuh Allah swt. Umat yang sentiasa bergantung pada Allah swt.

#Rasulullah saw berjaya mendidik umat Islam generasi para sahabat menjadi satu umat yang berakhlak, bertamadun, kuat berpegang kepada agama, kuat, gagah dari segi mental dan fizikal sehingga mampu menumbangkan kerajaan Rom dan Parsi dan mampu memimpin tiga suku dunia.

#Al-Hafiz Abu Bakar Ibnu Murdawaih telah meriwayatkan melalui hadis Al-Musayyab Ibnu Syarik, dari Ibnu Aun, dari Nafi’, daripada Sayidina Ibnu Umar r.a. sehubungan dengan maksud firmanNya:

إِن یَكُن مِّنكُمۡ عِشۡرُونَ صَـٰبِرُونَ یَغۡلِبُوا۟ مِا۟ئَتَیۡنِۚ

"Jika ada 20 orang yang sabar di antara kamu nescaya mereka dapat mengalahkan 200 orang musuh" (Surah al-Anfal 65). Bahawa ayat ini diturunkan berkenaan dengan sahabat Nabi Muhammad saw.

#Dalam ayat diatas menyebutkan tatkala dimaklumkan kepada sahabat nabi tentang persiapan musuh untuk menyerang umat Islam, mereka langsung tidak gentar kerana mereka sentiasa bergantung pada Allah. Bahkan situasi itu menambahkan semangat dan iman mereka untuk berperang mempertahankan agama Allah swt.

#Ketika peperangan Yarmouk, Sayidina Khalid al-Walid r.a telah memberi taujihat:

أيها المسلمون، لا تسمحوا للضعف أن يَدُب فيكم، ولا للوَهْن أن يُسيطر عليكم، واعلموا أن المعونة تأتي من الله على قدْرِ النيَّة، وأن الأجر والثواب على قدر المشقة، وأن المسلم ينبغي له ألا يَكترِث بشيء مهما عَظُم ما دام الله في عونه

"Wahai kaum Muslimin, jangan biarkan kelemahan menghantui kalian, jangan biarkan penyakit cintakan dunia (al-wahn) menyelimuti kalian. Ketahuilah bahawa pertolongan Allah itu datang berdasarkan niat (keimanan kepadaNya), ganjaran dan pahala pula dikira menurut kesusahan yang kalian dihadapi. Orang Islam itu mestilah tidak terlalu mempedulikan sesuatu imbuhan lain selama Allah mengurniakan pertolonganNya" (Lihat: al-Islam wa al-Nasr)

#Pesan Rasulullah saw kepada Sayidina Ibn ‘Abbas r.huma:

 إذا سَأَلْتَ فَاسْأَلِ اللَّهَ وَإِذَا اسْتَعَنْتَ فَاسْتَعِنْ بِاللَّهِ وَاعْلَمْ أَنَّ الأُمَّةَ لَوِ اجْتَمَعَتْ عَلَى أَنْ يَنْفَعُوكَ بِشَيْءٍ لَمْ يَنْفَعُوكَ إِلاَّ بِشَيْءٍ قَدْ كَتَبَهُ اللَّهُ لَكَ وَلَوِ اجْتَمَعُوا عَلَى أَنْ يَضُرُّوكَ بِشَيْءٍ لَمْ يَضُرُّوكَ إِلاَّ بِشَيْءٍ قَدْ كَتَبَهُ اللَّهُ عَلَيْكَ

"Apabila kamu meminta, mintalah pada Allah, dan apabila kamu meminta pertolongan, mintalah dengan Allah. Ketahuilah, jika suatu kumpulan manusia berpakat untuk memberikan kebaikan kepadamu, mereka tidak akan mampu memberikan apa-apa melainkan apa yang ditulis oleh Allah swt untukmu. Dan jika mereka berpakat untuk mengenakan keburukan kepadamu, mereka tidak akan mampu menimpakan apa-apa melainkan apa yang telah Allah tuliskan ke atasmu" (Jami’ Tirmizi)

♡Umat Islam mesti berjiwa besar saat berhadapan dengan musuh dan sentiasa mengharapkan pertolongan daripada Allah swt♡

🐊Ust naim
Klik link ini untuk    
http://bit.ly/tadabburkalamullah

Facebook:   
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah

Читать полностью…

Tadabbur Kalamullah

☆Tadabbur Kalamullah 25 Syaaban 1445H☆

وَٱلۡعَصۡرِ

"Demi masa" [Surah al-ʿAṣr 1]

#Surah ini menjelaskan 4 golongan manusia yang beroleh keuntungan:

1. Orang yang memiliki iman yang dapat membimbing dirinya kearah kebaikan dan mencegah daripada melakukan kemungkaran.

2. Orang yang melakukan perbuatan yang baik dan bermanfaat pada diri, keluarga dan manusia keseluruhannya.

3. Orang yang menyeru atau mengajak orang lain supaya hidup dalam lunas-lunas kebenaran yang berasaskan syariat Allah swt.

4. Orang yang bersabar dalam menyampaikan syariat Allah dan bersabar dalam menghadapi kesulitan-kesulitan hidup serta ujian Allah swt.

#Maka kita perlu urus masa dengan sebaik-baiknya iaitu dengan cara:

1. Jangan bertangguh dalam melaksanakan hak, amanah dan tanggungjawab dan jangan bertangguh dalam melaksanakan tugasan yang diamanahkan.

2. Jangan bertangguh dalam melaksanakan amal ibadah, juga jangan bertangguh dalam melaksanakan hukum syarak.

3. Jangan bertangguh dalam menyebarkan Islam dan jangan bertangguh dalam soal memperjuang dan mempertahankan Islam.

#Orang yang berjaya ialah mereka yang mengambil berat tentang kepentingan masa dalam hidupnya.

2. Orang yang sentiasa dalam kerugian ialah mereka yang membiarkan masa berlalu tanpa digunakan untuk melakukan amalan soleh dan ketaatan terhadap Allah swt.

#Hayati firman Allah swt ini agar dapat menginsafkan kita semua:

وَهُمۡ یَصۡطَرِخُونَ فِیهَا رَبَّنَاۤ أَخۡرِجۡنَا نَعۡمَلۡ صَـٰلِحًا غَیۡرَ ٱلَّذِی كُنَّا نَعۡمَلُۚ أَوَلَمۡ نُعَمِّرۡكُم مَّا یَتَذَكَّرُ فِیهِ مَن تَذَكَّرَ وَجَاۤءَكُمُ ٱلنَّذِیرُۖ فَذُوقُوا۟ فَمَا لِلظَّـٰلِمِینَ مِن نَّصِیرٍ

"Dan mereka menjerit-jerit di dalam neraka itu (sambil merayu): "Wahai Tuhan kami, keluarkanlah kami (dari azab ini); kami akan mengerjakan amal-amal yang soleh, yang lain dari apa yang kami pernah kerjakan. (lalu Allah menempelak mereka): "Bukankah Kami telah melanjutkan umur kamu dan memberikan masa yang cukup untuk berfikir dan beringat padanya oleh sesiapa yang suka berfikir dan beringat? Dan kamu pula telah didatangi oleh Rasul (Kami) yang memberi amaran oleh itu, rasalah (azab seksa), kerana orang-orang yang zalim tidak akan beroleh sesiapapun yang dapat memberikan pertolongan" [Surah Fāṭir 37]

♡Gunakan nikmat masa dan nikmat kehidupan yang dikurniakan oleh Allah swt untuk kita mencipta kecemerlangan hidup di dunia, lebih-lebih lagi kehidupan di akhirat. Masa hendaklah diurus dengan sebaik baiknya sebagaimana yang dikehendaki oleh Allah swt♡

🐊Ust naim
Klik link ini untuk    
http://bit.ly/tadabburkalamullah

Facebook:   
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah

Читать полностью…

Tadabbur Kalamullah

☆Tadabbur Kalamullah 24 Syaaban 1445H☆

وَٱلۡعَصۡرِ

"Demi masa" [Surah al-ʿAṣr 1]

#Setiap manusia pasti menemui dan melalui masa atau waktu dalam kehidupannya seharian. Maka beruntunglah mereka yang menggunakan masa untuk perkara-perkara kebaikan dan bermanfaat. Rugilah mereka yang menggunakan masa untuk perkara-perkara yang tidak berfaedah dan sia-sia.

#Allah swt adalah pencipta masa dan telah menetapkannya sebanyak 24 jam atau 1440 minit dalam sehari semalam tidak lebih dan tidak kurang.

#Masa adalah amanah dari Allah swt. Setiap amanah merupakan tangungjawab yang akan dipersoalkan oleh Allah swt di akhirat kelak. Maka kita wajib memenuhkan setiap minit tersebut dengan perkara yang menguntungkan dunia dan akhirat kita.

#Jom kita hayati nasihat atau peringatan Salafussoleh tentang kepentingan masa:

1. Imam Hasan al-Basri berkata:

- Wahai anak Adam! Sesungguhnya dirimu adalah hari-hari yang engkau lalui. Apabila berlalu satu hari maka berlalulah sebahagian daripada dirimu!
- Wahai anak Adam! Siangmu itu adalah tetamumu. Maka berbuat baiklah kepadanya kerana sekiranya engkau berbuat baik kepadanya, ia pergi meninggalkanmu dalam keadaan ia memujimu. Dan sekiranya engkau berbuat jahat kepadanya, ia pergi meninggalkanmu dalam keadaan ia mencelamu. Begitulah juga halnya dengan malammu.
- Dunia ini hanya ada tiga hari sahaja: semalam, esok dan hari ini. Adapun semalam, maka ia telah pergi membawa apa yang ada di dalamnya. Esok pula, mungkin engkau tidak sempat menyusulinya. Dan hari ini, itulah untukmu. Maka beramallah pada hari ini.

2. Sayidina Abdullah bin Mas’ud berkata:

- Tidak ada perkara yang paling aku sesali seperti mana aku menyesal apabila tenggelamnya matahari yang menandakan kian berkurang umurku sedang amalku tidak bertambah pada hari itu.

3. Imam Ibnul Qayyim berkata:

- Membuang waktu lebih bahaya daripada kematian kerana engkau membuang waktu akan menyebabkan engkau terputus hubungan dengan Allah dan hari akhirat, sedangkan kematian memutuskan hubungan engkau dengan dunia dan isinya.

4. As-Sirri bin Muflis berkata:

- Jika engkau bersedih kerana berkurangnya hartamu, maka sewajarnya kamu menangis kerana berkurangnya usiamu

♡Uruslah masa secara teratur agar dapat dimanfaatkan dengan bijak dan berkesan serta berbuahkan pahala yang besar♡

🐊Ust naim
Klik link ini untuk    
http://bit.ly/tadabburkalamullah

Facebook:   
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah

Читать полностью…

Tadabbur Kalamullah

☆Tadabbur Kalamullah 22 Syaaban 1445H☆

وَيُطْعِمُونَ الطَّعَامَ عَلَىٰ حُبِّهِ مِسْكِينًا وَيَتِيمًا وَأَسِيرًا

"Mereka juga memberi makan benda-benda makanan yang dihajati dan disukainya, kepada orang miskin dan anak yatim serta orang tawanan" [Surah al-Insan 8]

#Dalam tafsir disebutkan bahawa memberikan makanan kepada orang miskin, anak yatim dan orang yang ditawan bererti memberikan bantuan dan sokongan kepada orang yang memerlukan. Disebutkan di sini makanan, kerana makanan itu merupakan keperluan utama dalam kehidupan seseorang.

#Bentuk sedekah itu bermacam-macam cara, di antaranya adalah memberi makan makanan yang kita sukai kepada mereka yang susah dan memerlukan.

#Daripada Sayidina Abu Musa r.a, Rasulullah saw bersabda:

فُكُّوا الْعَانِىَ يَعْنِى الأَسِيرَ, وَأَطْعِمُوا الْجَائِعَ, وَعُودُوا الْمَرِيضَ

"Bebaskanlah tawanan, berilah makan orang yang lapar, dan jenguklah orang sakit" (HR al-Bukhari)

#Sedekah makanan tidak hanya bernilai pahala, tapi juga sarat dengan nilai sosial. Perbuatan ini dapat mengeratkan ukhuwah antara sesama saudara muslim, menekankan sifat peduli kepada masyarakat sekitar, bahkan dapat menyelamatkan akidah Islam seorang muslim. Disebabkan hal ini, memberi makan termasuk salah satu amalan yang dicintai Allah swt.

#Nabi saw memberi jaminan syurga bagi orang yang suka menjamu makan kepada orang yang memerlukan. Sabda Nabi saw:

مَنْ أَصْبَحَ مِنْكُمْ الْيَوْمَ صَائِمًا قَالَ أَبُو بَكْرٍ أَنَا قَالَ فَمَنْ تَبِعَ مِنْكُمْ الْيَوْمَ جَنَازَةً قَالَ أَبُو بَكْرٍ أَنَا قَالَ فَمَنْ أَطْعَمَ مِنْكُمْ الْيَوْمَ مِسْكِينًا قَالَ أَبُو بَكْرٍ أَنَا قَالَ فَمَنْ عَادَ مِنْكُمْ الْيَوْمَ مَرِيضًا قَالَ أَبُو بَكْرٍ أَنَا فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَا اجْتَمَعْنَ فِي امْرِئٍ إِلَّا دَخَلَ الْجَنَّةَ

"Siapakah di antara kalian yang berpuasa pada hari ini? Sayidina Abu Bakar berkata: Aku. Baginda bertanya lagi: Siapakah di antara kalian yang hari ini sudah mengiringi jenazah? Maka Sayidina Abu Bakar berkata lagi: Aku. Baginda kembali bertanya: Siapakah di antara kalian yang hari ini memberi makan orang miskin? Maka Sayidina Abu Bakar mengatakan: Aku. Lalu baginda bertanya lagi: Siapakah di antara kalian yang hari ini sudah mengunjungi orang sakit. Sayidina Abu Bakar kembali mengatakan: Aku. Maka Rasulullah saw pun bersabda: Tidaklah ciri-ciri itu terkumpul pada diri seseorang melainkan dia pasti akan masuk syurga" (HR Muslim)

#Bahkan mereka yang memberi makan kepada orang lain akan dikurniakan makanan berupa bentuk buah-buahan syurga yang tersangat lazat dan sedap. Sabda Nabi saw:

"Siapa pun mukmin yang memberi makan mukmin yang kelaparan, pada hari Kiamat nanti Allah akan memberinya makanan dari buah-buahan syurga" (HR at-Tirmizi)

#Diingatkan bahawa jika ada orang menjamu kita makan, bacalah doa ini yang Nabi saw ajarkan kepada kita.

اللّهُمَّ أَطْعِمْ مَنْ أَطْعَمَنِي وَأَسْقِ مَنْ أَسْقَانِي

"Ya Allah, berilah makan orang yang memberiku makan, berilah minum orang yang memberiku minum" (HR Muslim)

♡Sungguh indah ajaran Islam, sentiasa terkehadapan dalam isu kebajikan sesama manusia yang kesusahan dan kelaparan. Dah sedekah ke hari ini?♡

🐊Ust naim
Klik link ini untuk    
http://bit.ly/tadabburkalamullah

Facebook:   
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah

Читать полностью…

Tadabbur Kalamullah

TEROKAI KEHEBATAN RAMADHAN MELALUI EBOOK TADABBUR KALAMULLAH EDISI KHAS RAMADHAN

✅Jangan lepaskan peluang untuk memiliki ebook pertama tulisan Ustaz Muhamad Naim Hj Hashim!
✅ Sarat dengan perbahasan berkenaan penghayatan dan pengamalan di sepanjang Ramadhan
✅ Sesuai sebagai rujukan para asatizah dan juga masyarakat awam yang ingin menghayati kemuliaan dan kehebatan Ramadhan dengan lebih santai.

Harga asal rm50..

❗ *HARGA PROMO* ❗
~RM 50~❌
*_RM 35_*✅

TERHAD 2,000 NASKAH SAHAJA‼️

*Tekan Link untuk Order:*
https://ezy.la/tadabburkalamullah

Cara-cara untuk order:
1. Tekan link https://ezy.la/tadabburkalamullah untuk membuat pembayaran.
2. Selepas bayar, anda akan terima email berserta link e-book.
3. Download e-book dan selesai! 😘

Terima kasih banyak-banyak 🤭

Perjalanan ramadhan anda bermula di sini.....

Читать полностью…

Tadabbur Kalamullah

☆Tadabbur Kalamullah 19 Syaaban 1445H☆

وَيُطْعِمُونَ الطَّعَامَ عَلَىٰ حُبِّهِ مِسْكِينًا وَيَتِيمًا وَأَسِيرًا

"Mereka juga memberi makan benda-benda makanan yang dihajati dan disukainya, kepada orang miskin dan anak yatim serta orang tawanan" [Surah al-Insan 8]

#Dalam menjelaskan ayat ini, Sayidina Abdullah bin Abbas r.huma berkata: "Iaitu pada saat bekalan sedikit dan ia diberikan atas dasar kasih sayang kepada mereka".

#Dalam Tafsir Fath al-Qadir mengatakan: "Ada pendapat menyatakan, pemberian tersebut atas rasa suka untuk memberi makan, kerana kesukaan mereka untuk melakukan kebaikan. Ini sepertimana disebut oleh Imam Fudhail bin Iyadh. Pendapat lain pula menyebut bahawa dhamir pada lafaz “حُبِّهِ” ini kembali kepada Allah. Justeru, maksudnya adalah mereka memberi makan atas dasar cinta kepada Allah swt.

#Ayat diatas memahamkan kita bahawa amalan memberi makan adalah amat digalakkan dan disukai Allah swt terutamanya kepada mereka yang fakir miskin dan anak yatim. Allah swt memuji orang-orang yang bersedekah seperti dalam bentuk makanan.

#Nabi saw ada menjelaskan berkenaan keutamaan sedekah memberi makan ini. Diriwayatkan daripada Sayidina Abdullah bin Salam r.a, tatkala ketika Nabi saw sampai ke kota Madinah, dalam ucapan awalnya, Baginda saw bersabda:

يَا أَيُّهَا النَّاسُ أَفْشُوا السَّلاَمَ ، وَأَطْعِمُوا الطَّعَامَ ، وَصِلُوا الأَرْحَامَ ، وَصَلُّوا بِاللَّيْلِ وَالنَّاسُ نِيَامٌ ، تَدْخُلُوا الْجَنَّةَ بِسَلاَمٍ

“Hai orang ramai. Sebarkanlah salam, berilah makan, sambunglah silaturrahim dan solatlah di waktu malam ketika mana manusia sedang tidur. Nescaya kamu dapat masuk Syurga dengan sejahtera dan selamat" (HR Ahmad, at-Tirmizi dan Ibn Majah)

#Dalam menghuraikan hadis ini, Imam al-Khattabi berkata: “Nabi saw menjadikan (memberi makan) sebagai seafdhal amalan di mana ia menjadi penguat kepada badan".

#Dalam Bahjah al-Nazirin Syarh Riyadh al-Salihin menyebutkan: "Sesungguhnya amalan memberi makan menunjukkan hilangnya rasa takut dan kefakiran, sehingga akhirnya menjadikan hati sesama umat Islam akan semakin dekat dan hubungan silaturrahim akan terjalin semakin kuat".

#Diriwayatkan bahawa Imam Hasan al-Basri memberi makan saudaranya sedangkan dia berpuasa sunat dan duduk melayan mereka ketika mereka makan.

#Dikisahkan bahawa Imam Abdullah bin al-Mubarak memberi makan kepada saudaranya ketika bermusafir dengan makanan yang lazat, sedangkan dia berpuasa.

♡Amalan menjamu makan ini sangat dianjurkan dalam Islam dan merupakan amalan yang mulia yang dijanjikan pahala yang besar, lebih-lebih lagi ia dilakukan dalam bulan Ramadhan yang bakal tiba tidak lama lagi di mana pahala akan digandakan dengan luar biasa. Jom bersedekah menjamu orang makan!!♡

🐊Ust naim
Klik link ini untuk
http://bit.ly/tadabburkalamullah

Facebook:
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah

Читать полностью…

Tadabbur Kalamullah

☆Tadabbur Kalamullah 18 Syaaban 1445H☆

وَقَـٰتِلُوهُمۡ حَتَّىٰ لَا تَكُونَ فِتۡنَةࣱ وَیَكُونَ ٱلدِّینُ كُلُّهُۥ لِلَّهِۚ فَإِنِ ٱنتَهَوۡا۟ فَإِنَّ ٱللَّهَ بِمَا یَعۡمَلُونَ بَصِیرࣱ

"Dan perangilah mereka sehingga tidak ada lagi fitnah, dan (sehingga) menjadilah ugama itu seluruhnya (bebas) bagi Allah semata-mata. Kemudian jika mereka berhenti (dari kekufurannya dan gangguannya, nescaya mereka diberikan balasan yang baik) kerana sesungguhnya Allah Maha Melihat akan apa yang mereka kerjakan" [Surah al-Anfal 39]

#Seluruh ulamak baik mujtahid mahupun muqallid, salaf mahupun khalaf sependapat bahawa jihad adalah fardhu kifayah yang perlu dilaksanakan oleh umat Islam untuk mengembangkan dakwah dan menjadi fardhu ain untuk menahan serangan musuh.

#Sebagaimana yang difahami, umat Islam pada hari ini telah dijajah oleh bangsa lain dan diperintah oleh orang kafir. Bumi mereka dirampas dan maruah mereka dicemar. Urusan mereka ditadbir oleh musuh dan syiar agama mereka dihalang di negara mereka sendiri. Malah mereka tidak berupaya menyebarkan dakwah mereka. Jadi sudah tentu menjadi fardhu ain kepada setiap muslim bersiap sedia dan menyegarkan niat jihad serta menyediakan segala kekuatan bukan hanya kekuatan senjata malah kekuatan akidah, kekuatan ilmu dan kekuatan harta.

وَأَعِدُّوا۟ لَهُم مَّا ٱسۡتَطَعۡتُم مِّن قُوَّةࣲ وَمِن رِّبَاطِ ٱلۡخَیۡلِ تُرۡهِبُونَ بِهِۦ عَدُوَّ ٱللَّهِ وَعَدُوَّكُمۡ وَءَاخَرِینَ مِن دُونِهِمۡ لَا تَعۡلَمُونَهُمُ ٱللَّهُ یَعۡلَمُهُمۡۚ وَمَا تُنفِقُوا۟ مِن شَیۡءࣲ فِی سَبِیلِ ٱللَّهِ یُوَفَّ إِلَیۡكُمۡ وَأَنتُمۡ لَا تُظۡلَمُونَ

"Dan sediakanlah untuk menentang mereka (musuh yang menceroboh) segala jenis kekuatan yang dapat kamu sediakan dan dari pasukan-pasukan berkuda yang lengkap sedia, untuk menggerunkan dengan persediaan itu musuh Allah dan musuh kamu serta musuh-musuh yang lain dari mereka yang kamu tidak mengetahuinya; sedang Allah mengetahuinya. Dan apa sahaja yang kamu belanjakan pada jalan Allah akan disempurnakan balasannya kepada kamu, dan kamu tidak akan dianiaya" [Surah al-Anfal 60]

#Menurut Imam Hassan Al-Banna, jihad dengan maknanya yang khas ialah berperang pada jalan Allah. Manakala makna jihad secara umum ialah kehidupan kita dari awal sehingga akhir adalah merupakan jihad. Beliau menambah lagi bahawa jihad mempunyai banyak marhalah (peringkat) di mana peringkat jihad yang pertama ialah mengingkari dengan hati dan peringkat yang paling tinggi ialah berperang di jalan Allah. Di antara kedua-dua peringkat jihad itu terdapat jihad lisan, tulisan, tangan dan menyatakan kebenaran kepada pemerintah yang zalim. (Lihat: Risalah Ta’alim)

#Menurut Syeikh Sa’id Hawwa di dalam kitabnya Jundullah Thaqafatan wa Akhlaqan, beliau menulis bahawa jenis-jenis jihad yang disebut oleh Al-Quran dan as-Sunnah terdiri daripada lima jenis iaitu:

1. Jihad dengan lisan
2. Jihad dalam pendidikan (ta’alim)
3. Jihad dengan tangan dan diri
4. Jihad politik
5. Jihad harta

#Selain daripada itu, Sai’d Hawwa ada menyebut berkenaan jihad hati (jihad al-Qalb) di mana ia adalah merupakan martabat keimanan yang terendah dan paling lemah. Ia adalah satu jihad yang dilupakan.

#Jihad dengan hati disitu engan sebenar-benarnya menolak segala bentuk maksiat kepada Allah pada bila-bila masa dan tempat sama ada maksiat itu di hadapannya atau di belakangnya.

♡Berjihadlah sedaya mungkin agar kita tergolong dalam kalangan hamba Allah yang mulia♡

🐊Ust naim
Klik link ini untuk    
http://bit.ly/tadabburkalamullah

Facebook:   
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah

Читать полностью…

Tadabbur Kalamullah

*DIPERLUKAN 247 ORANG PENYUMBANG SHJ LAGI UNTUK MENYUMBANG SORANG RM30.. INSYA ALLAH KIPAS GERGASI MAAHAD DAPAT DIPASANG..*

Читать полностью…

Tadabbur Kalamullah

☆Tadabbur Kalamullah 15 Syaaban 1445H☆

كُتِبَ عَلَیۡكُمُ ٱلۡقِتَالُ وَهُوَ كُرۡهࣱ لَّكُمۡۖ 

"Kamu diwajibkan berperang (untuk menentang pencerobohan) sedang peperangan itu ialah perkara yang kamu benci..."  [Surah al-Baqarah 216]

#Dalam Islam, jihad bertujuan untuk membangunkan masyarakat berdasarkan syariah Islam, memelihara dan memastikan maslahat masyarakat Islam dan manusia keseluruhannya agar terbela di atas prinsip keadilan yang telus. Jihad juga berperanan untuk memastikan ketinggian agama Allah swt supaya ia dapat disampaikan secara terbuka kepada manusia tanpa dihalang oleh sesiapa pun.

#Pengembelingan usaha sama ada dalam bentuk tenaga, wang ringgit, fikiran ataupun kepakaran malahan jiwa dan raga sekalipun adalah perlu untuk memastikan ketiga-tiga perkara yang tersebut diatas terbela dan tidak diperkotak katikkan oleh musuh-musuh Islam. Kegigihan usaha dan pengorbanan yang dibuat oleh seseorang Muslim, masyarakat atau negara Islam untuk mewujudkan ketiga-tiga perkara tersebut diistilahkan sebagai jihad.

#Sekiranya ketiga-tiga perkara di atas tergugat, maka usaha untuk mengembalikannya semula juga disebut sebagai jihad. Manakala orang-orang Islam yang terlibat dalam usaha tersebut dikenali sebagai Mujahid.

#Sheikh Dr. Yusuf al-Qaradawi ada menulis di dalam sebuah bukunya dengan menyebut kata-kata daripada Imam Hassan al-Banna mengenai jihad iaitu:

"Usaha kita dan jihad kita berfokus kepada dua paksi: prinsip (Islam) dan tanah air Islam".

#Beliau iaitu Imam Hassan al-Banna telah menggabungkan kedua-dua perkara di atas kerana suatu ideologi itu hanya boleh ditegakkan di atas sebuah tanah air atau negara yang bebas dan berpegang kepada hukum-hakam Islam. Dengan negara Islam ini, Islam itu dapat hidup dan memandu ummah ke arah kesejahteraan dunia dan akhirat.

#Oleh sebab itu, para fuqahak Islam telah bersepakat bahawa adalah merupakan tanggungjawab setiap orang Islam untuk mempertahankan setiap tanah yang dikuasai dan dijajah oleh golongan yang tidak beriman. Seterusnya, mereka menyatakan jihad tersebut adalah fardhu ain terhadap setiap muslim yang tinggal di tanah air tersebut manakala orang Islam yang lain wajib memberikan sokongan kepada mereka dari segi kewangan, senjata dan tentera serta sebarang kepakaran sebagaimana yang diperlukan untuk memastikan tanah air tersebut bebas daripada aktiviti kezaliman yang dilakukan oleh golongan penjajah yang tidak beriman.

#Imam Hassan al-Banna juga menyatakan: "Islam mewajibkan jihad ke atas penganut-penganutnya bukanlah bertujuan untuk mencari permusuhan di antara sesama manusia. Bukan pula untuk membuka jalan ke jurang tamak dan haloba kepada harta benda dunia secara merampas dengan kekerasan. Sebaliknya jihad itu diwajibkan semata-mata bertujuan untuk menjamin keamanan dan perdamaian dengan menunaikan perutusan agama yang diamanahkan Allah ke atas bahu tiap-tiap muslim. Amanah ini adalah untuk menyampaikan risalah agama yang memberi petunjuk kepada manusia menuju ke arah pintu gerbang keadilan dan kebenaran"

♡Jihad demi mewujudkan keadilan dan kedamaian serta menghapuskan kezaliman dan penindasan♡

🐊Ust naim
Klik link ini untuk    
http://bit.ly/tadabburkalamullah

Facebook:   
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah

Читать полностью…

Tadabbur Kalamullah

☆Tadabbur Kalamullah 13 Syaaban 1445H☆

كُتِبَ عَلَیۡكُمُ ٱلۡقِتَالُ وَهُوَ كُرۡهࣱ لَّكُمۡۖ 

"Kamu diwajibkan berperang (untuk menentang pencerobohan) sedang peperangan itu ialah perkara yang kamu benci..."  [Surah al-Baqarah 216]

#Sambungan bicara tentang jihad.

#Terdapat banyak ayat-ayat al-Quran dan hadis-hadis Rasulullah saw yang memerintahkan umat manusia untuk berjihad. Hayatilah dengan penuh keimanan. Antaranya ialah:

#Pertama:

كُتِبَ عَلَیۡكُمُ ٱلۡقِتَالُ وَهُوَ كُرۡهࣱ لَّكُمۡۖ وَعَسَىٰۤ أَن تَكۡرَهُوا۟ شَیۡـࣰٔا وَهُوَ خَیۡرࣱ لَّكُمۡۖ وَعَسَىٰۤ أَن تُحِبُّوا۟ شَیۡـࣰٔا وَهُوَ شَرࣱّ لَّكُمۡۚ وَٱللَّهُ یَعۡلَمُ وَأَنتُمۡ لَا تَعۡلَمُونَ

"Kamu diwajibkan berperang (untuk menentang pencerobohan) sedang peperangan itu ialah perkara yang kamu benci; dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya" [Surah al-Baqarah 216]

#Kedua:

وَلَا تَحۡسَبَنَّ ٱلَّذِینَ قُتِلُوا۟ فِی سَبِیلِ ٱللَّهِ أَمۡوَ ٰ⁠تَۢاۚ بَلۡ أَحۡیَاۤءٌ عِندَ رَبِّهِمۡ یُرۡزَقُونَ * فَرِحِینَ بِمَاۤ ءَاتَىٰهُمُ ٱللَّهُ مِن فَضۡلِهِۦ وَیَسۡتَبۡشِرُونَ بِٱلَّذِینَ لَمۡ یَلۡحَقُوا۟ بِهِم مِّنۡ خَلۡفِهِمۡ أَلَّا خَوۡفٌ عَلَیۡهِمۡ وَلَا هُمۡ یَحۡزَنُونَ

"Dan jangan sekali-kali engkau menyangka orang-orang yang terbunuh (yang gugur Syahid) pada jalan Allah itu mati, (mereka tidak mati) bahkan mereka adalah hidup (secara istimewa) di sisi Tuhan mereka dengan mendapat rezeki. (Dan juga) mereka bersukacita dengan kurniaan Allah (balasan mati Syahid) yang telah dilimpahkan kepada mereka, dan mereka bergembira dengan berita baik mengenai (saudara-saudaranya) orang-orang (Islam yang sedang berjuang), yang masih tinggal di belakang, yang belum (mati dan belum) sampai kepada mereka, (iaitu) bahawa tidak ada kebimbangan (dari berlakunya kejadian yang tidak baik) terhadap mereka, dan mereka pula tidak akan berdukacita" [Surah Ali-ʿImran 169-170]

#Ketiga:
Hampir keseluruhan Surah Al-Anfal tertumpu kepada menggalakkan jihad dan memberikan sokongan kepada kaum Muslimin sepanjang berada di medan jihad. Surah ini juga menjelaskan banyak hukum berkenaan jihad. Antara firman Allah di dalam surah Al-Anfal:

یَـٰۤأَیُّهَا ٱلنَّبِیُّ حَرِّضِ ٱلۡمُؤۡمِنِینَ عَلَى ٱلۡقِتَالِۚ إِن یَكُن مِّنكُمۡ عِشۡرُونَ صَـٰبِرُونَ یَغۡلِبُوا۟ مِا۟ئَتَیۡنِۚ وَإِن یَكُن مِّنكُم مِّا۟ئَةࣱ یَغۡلِبُوۤا۟ أَلۡفࣰا مِّنَ ٱلَّذِینَ كَفَرُوا۟ بِأَنَّهُمۡ قَوۡمࣱ لَّا یَفۡقَهُونَ

"Wahai Nabi, berilah semangat (galakan) orang-orang yang beriman itu untuk berperang. Jika ada di antara kamu dua puluh yang sabar, nescaya mereka dapat menewaskan dua ratus orang (dari pihak musuh yang kafir itu); dan jika ada di antara kamu seratus orang, nescaya mereka dapat menewaskan seribu orang dari golongan yang kafir, disebabkan mereka (yang kafir itu) orang-orang yang tidak mengerti" [Surah al-Anfal 65]

#Keempat:
Begitu juga surah at-Tawbah yang turut menggalakkan jihad dan menjelaskan beberapa hukum berkenaan jihad. Firman Allah swt dalam surah at-Taubah:

قَـٰتِلُوهُمۡ یُعَذِّبۡهُمُ ٱللَّهُ بِأَیۡدِیكُمۡ وَیُخۡزِهِمۡ وَیَنصُرۡكُمۡ عَلَیۡهِمۡ وَیَشۡفِ صُدُورَ قَوۡمࣲ مُّؤۡمِنِینَ (14) وَیُذۡهِبۡ غَیۡظَ قُلُوبِهِمۡۗ وَیَتُوبُ ٱللَّهُ عَلَىٰ مَن یَشَاۤءُۗ وَٱللَّهُ عَلِیمٌ حَكِیمٌ

"Perangilah mereka, nescaya Allah akan menyeksa mereka dengan (perantaraan) tangan kamu, dan Allah akan menghinakan mereka serta menolong kamu menewaskan mereka, dan Ia akan memuaskan hati orang-orang yang beriman. Dan Ia juga akan menghapuskan kemarahan hati orang-orang yang beriman itu, dan Allah akan menerima taubat orang-orang yang dikehendakiNya dan (ingatlah) Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana" [Surah at-Tawbah 14-15]

..Bersambung..

♡Ini sebahagian daripada kalam Allah berkaitan berjihad yang mampu memotivasikan diri setiap manusia yang benar-benar menghayatinya♡

🐊Ust naim
Klik link ini untuk    
http://bit.ly/tadabburkalamullah

Facebook:   
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah

Читать полностью…
Subscribe to a channel