tadabburkalamullah | Unsorted

Telegram-канал tadabburkalamullah - Tadabbur Kalamullah

13574

Oleh Ustaz Muhamad Naim Haji Hashim

Subscribe to a channel

Tadabbur Kalamullah

☆Tadabbur Kalamullah 26 Syaaban 1445H☆

وَٱلۡعَصۡرِ

"Demi masa" [Surah al-ʿAṣr 1]

#Surah al-Asr merupakan antara surah yang terpendek di dalam al-Quran. Surah ini mengandungi tiga ayat yang membicarakan kepada kita tentang cara-cara untuk berjaya dalam kehidupan dan selamat di dunia dan akhirat.

#Imam as-Syafie rahimahullah berkata tentang surah al-Asr ini: "Seandainya manusia merenungi surah ini, nescaya surah ini telah mencukupkan mereka".

#Surah ini mengajar kita untuk sentiasa peka, prihatin dan mengambil berat dengan masa agar kita mengisinya dengan sebaik mungkin dan padat dengan manfaat melalui satu cara hidup yang seimbang antara ibadah kepadaNya dan amal jariah kepada insan serta makhlukNya, antara tuntutan dunia dan akhirat. Dengan petunjuk tersebut seseorang akan berjaya menggapai kebahagiaan dan keselamatan hidup di dunia dan akhirat.

#Oleh itu, disepanjang kehidupan kita, pastikan seluruh masa kita diisikan dengan amal ibadah dan amal jariah agar bila kita kembali kepadaNya nanti, kita membawa bekalan yang cukup atau sebaik-baiknya.

یَـٰۤأَیُّهَا ٱلَّذِینَ ءَامَنُوا۟ ٱتَّقُوا۟ ٱللَّهَ وَلۡتَنظُرۡ نَفۡسࣱ مَّا قَدَّمَتۡ لِغَدࣲۖ وَٱتَّقُوا۟ ٱللَّهَۚ إِنَّ ٱللَّهَ خَبِیرُۢ بِمَا تَعۡمَلُونَ

"Wahai orang-orang yang beriman! Bertaqwalah kepada Allah (dengan mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya); dan hendaklah tiap-tiap diri melihat dan memerhatikan apa yang ia telah sediakan (dari amal-amalnya) untuk hari esok (hari akhirat). Dan (sekali lagi diingatkan): Bertaqwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Amat Meliputi PengetahuanNya akan segala yang kamu kerjakan" [Surah al-Ḥashr 18]

#Sabda Nabi saw: "Orang yang cerdik (yang berakal) adalah orang yang mempersiapkan dirinya dan beramal untuk hari setelah kematian, sedangkan orang yang lemah (imannya) adalah orang yang jiwanya mengikuti hawa nafsunya dan berangan-angan kepada Allah swt (bahawa Allah akan mengampuninya)" (HR at-Tirmizi)

#Imam al-Ghazali rahimahullah berpesan:" Jadilah kamu salah satu di antara dua orang berikut:

1. Menjadi orang yang sibuk memperbaiki diri sendiri.
2. Menjadi orang yang sibuk memperbaiki orang lain, setelah memperbaiki diri sendiri.

#Berkata Imam as-Syafie rahimahullah:

نفسك إن شغلتها بالحق وإلا شغلتك بالباطل

"Sibukkan dirimu (nafsumu) dengan kebaikan. Jika tidak, ia akan sibukkanmu dengan kejahatan" (Lihat: Qimah az-Zaman 'Inda al-Ulamak)

#Imam an-Nawawi rahimahullah menukilkan kata nasihat ulamak salaf, Ma'ruf al-Karkhi:

"Sesiapa yang sibuk dengan perkara yang tidak berfaedah untuk dirinya nescaya dia pasti akan mensia-siakan perkara yang penting bagi dirinya" (Lihat: Dalil al-Falihin)

#Ingatlah, apabila masa kita tidak diisi dengan kegiatan positif, pasti diisi oleh kegiatan negatif. Paling tidak, diisi dengan hal yang sia-sia dan tidak bermanfaat. Buatlah jadual kehidupan, rencana serta perancangan hidup masa depan agar hari-hari kita sentiasa terisi dengan perkara-perkara dan kegiatan yang baik.

#Hendaklah kita perhatikan dan atur dengan baik, waktu dan umur yang telah Allah kurniakan kepada kita. Hal ini kerana kebanyakan manusia lalai dan merugikan waktu dalam hidupnya.

♡Penuhilah masa yang dikurniakan Allah untuk menggapai redhaNya dan syurgaNya♡

🐊Ust naim
Klik link ini untuk    
http://bit.ly/tadabburkalamullah

Facebook:   
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah

Читать полностью…

Tadabbur Kalamullah

TEROKAI AYAT-AYAT ALLAH BERKAITAN RAMADHAN MELALUI EBOOK TADABBUR KALAMULLAH EDISI KHAS RAMADHAN

✅Jangan lepaskan peluang untuk memiliki ebook pertama tulisan Ustaz Muhamad Naim Hj Hashim!

✅ Sarat dengan perbahasan berkenaan penghayatan dan pengamalan di sepanjang Ramadhan
✅ Sesuai sebagai rujukan para asatizah dan juga masyarakat awam yang ingin menghayati kemuliaan dan kehebatan Ramadhan dengan lebih santai.

Harga asal rm50..

❗ *HARGA PROMO* ❗
~RM 50~❌
*_RM 35_*✅

TERHAD 2,000 NASKAH SAHAJA‼️

Untuk memiliki ebook ini, ada 2 cara pembelian:

1. Boleh beli terus di link ini. Tekan Link untuk Order:
https://ezy.la/tadabburkalamullah

2. Boleh beli secara manual, tuan/puan boleh whatsapp ke 0196283345 (Akmal Hapiz)

Terima kasih banyak-banyak 🤭

Perjalanan ramadhan anda bermula di sini.....

Читать полностью…

Tadabbur Kalamullah

☆Tadabbur Kalamullah 23 Syaaban 1445H☆

وَيُطْعِمُونَ الطَّعَامَ عَلَىٰ حُبِّهِ مِسْكِينًا وَيَتِيمًا وَأَسِيرًا

"Mereka juga memberi makan benda-benda makanan yang dihajati dan disukainya, kepada orang miskin dan anak yatim serta orang tawanan" [Surah al-Insan 8]

#Menjamu makan orang yang kelaparan adalah sifat mulia yang perlu diamalkan oleh umat Islam.

#Diriwayatkan ada seorang telah datang menemui Rasulullah saw dan telah menceritakan kepada Baginda saw tentang kelaparan yang dialami olehnya. Kebetulan pada ketika itu Baginda saw tidak mempunyai suatu apa makanan pun pada diri Baginda saw mahupun di rumah baginda sendiri untuk diberikan kepada orang itu. Baginda kemudian bertanya kepada para sahabat: "Adakah sesiapa di antara kamu yang sanggup melayani orang ini sebagai tetamunya pada malam ini bagi pihak aku?". Seorang sahabat dari kaum Ansar telah menyahut: "Wahai Rasulullah saw, saya sanggup melakukan seperti kehendak tuan itu".

Orang Ansar itu pun telah membawa tetamu tadi ke rumahnya dan menerangkan pula kepada isterinya seraya berkata: "Lihatlah bahawa orang ini ialah tetamu Rasulullah saw". Kita mesti melayaninya dengan sebaik-baik layanan mengikut segala kesanggupan yang ada pada diri kita dan semasa melakukan demikian janganlah kita tinggalkan sesuatu makanan pun yang ada di rumah kita". Lalu isterinya menjawab: "Demi Allah! Sebenarnya aku tidak ada menyimpan sebarang makanan pun, yang ada cuma sedikit, itu hanya mencukupi untuk makanan anak-anak kita di rumah ini?"

Orang Ansar itu pun berkata: "Kalau begitu engkau tidurkanlah mereka dahulu (anak-anaknya) tanpa memberi makanan kepada mereka. Apabila saya duduk berbual-bual dengan tetamu ini di samping jamuan makan yang sedikit ini, dan apabila kami mulai makan engkau padamlah lampu itu, sambil berpura-pura hendak membetulkannya kembali supaya tetamu itu tidak akan ketahui bahawa saya tidak makan bersama-samanya. Rancangan itu telah berjalan dengan lancarnya dan seluruh keluarga tersebut termasuk kanak-kanak itu sendiri terpaksa menahan lapar semata-mata untuk membolehkan tetamu itu makan sehingga berasa kenyang. Berikutan dengan peristiwa itu, Allah swt telah berfirman:

وَٱلَّذِینَ تَبَوَّءُو ٱلدَّارَ وَٱلۡإِیمَـٰنَ مِن قَبۡلِهِمۡ یُحِبُّونَ مَنۡ هَاجَرَ إِلَیۡهِمۡ وَلَا یَجِدُونَ فِی صُدُورِهِمۡ حَاجَةࣰ مِّمَّاۤ أُوتُوا۟ وَیُؤۡثِرُونَ عَلَىٰۤ أَنفُسِهِمۡ وَلَوۡ كَانَ بِهِمۡ خَصَاصَةࣱۚ وَمَن یُوقَ شُحَّ نَفۡسِهِۦ فَأُو۟لَـٰۤىِٕكَ هُمُ ٱلۡمُفۡلِحُونَ

"Dan orang-orang (Ansar) yang mendiami negeri (Madinah) serta beriman sebelum mereka, mengasihi orang-orang yang berhijrah ke negeri mereka, dan tidak ada pula dalam hati mereka perasaan berhajatkan apa yang telah diberi kepada orang-orang yang berhijrah itu; dan mereka juga mengutamakan orang-orang yang berhijrah itu lebih daripada diri mereka sendiri, sekalipun mereka dalam keadaan kekurangan dan amat berhajat. Dan (ingatlah), sesiapa yang menjaga serta memelihara dirinya daripada dipengaruhi oleh tabiat bakhilnya, maka merekalah orang-orang yang berjaya" [Surah al-Ḥashr 9]

#Kisah ini memperlihatkan kepada kita sifat peduli sahabat nabi saw kepada mereka yang susah dan memerlukan. Mereka sanggup tidak makan demi mengenyangkan orang yang kelaparan.

#Maka kita juga boleh raih pahala besar dengan:

1. Ajak sahabat, rakan taulan, kerabat datang ke rumah dan jamulah mereka makan mengikut kadar kemampuan kita.
2. Mungkin boleh mengajak beberapa orang anak yatim, fakir miskin untuk ke restoran atau kedai makan yang sesuai dan kita belanjakan mereka.
3. Kita juga boleh sedekah makanan atau duit kepada masjid atau surau yang mengadakan jamuan selepas kuliah atau malam Jumaat.
4. Setiap kali kita ke pasar, kita mengambil kesempatan untuk membeli makanan lebih dari biasa untuk kita hadiahkan kepada jiran-jiran kita yang susah.

♡Semoga kita sentiasa menjadi hamba Allah yang suka menjamu makan mereka yang memerlukan♡

🐊Ust naim
Klik link ini untuk    
http://bit.ly/tadabburkalamullah

Facebook:   
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah

Читать полностью…

Tadabbur Kalamullah

☆Tadabbur Kalamullah 21 Syaaban 1445H☆

وَيُطْعِمُونَ الطَّعَامَ عَلَىٰ حُبِّهِ مِسْكِينًا وَيَتِيمًا وَأَسِيرًا

"Mereka juga memberi makan benda-benda makanan yang dihajati dan disukainya, kepada orang miskin dan anak yatim serta orang tawanan" [Surah al-Insan 8]

#Amalan memberi makan kepada orang lain terutama yang memerlukan sangat dianjurkan di dalam Islam dan sesungguhnya ia satu amalan yang mulia yang dijanjikan pahala yang besar.

#Satu peristiwa, ketika Sayidatina Aisyah r.ha menghidangkan makanan kesukaan Rasulullah saw iaitu paha kambing. Rasulullah saw bertanya: "Wahai A'isyah, apakah sudah engkau berikan kepada Abu Hurairah jiran kita? A'isyah menjawab: "Sudah wahai Rasulullah." Kemudian Rasulullah bertanya lagi: "Bagaimana dengan Ummu Ayman?" A'isyah kembali menjawab: "Sudah wahai Rasulullah." Kemudian Rasulullah bertanya lagi mengenai jiran tetangga yang lain, adakah sudah diberikan masakan itu sehingga A'isyah berasa penat menjawab pertanyaan Rasulullah saw. Sehingga Sayidatina Aisyah menegaskan bahawa semua makanan sudah habis dibahagikan kepada jiran, yang berbaki hanyalah beberapa potong daging untuk dimakan oleh baginda saw dan A'isyah. Sayidatina A'isyah kemudian menjawab: "Sudah habis aku berikan, wahai Rasulullah. Apa yang tinggal ialah yang ada di depan kita sekarang ini," kata A'isyah. Mendengar jawapannya, Rasulullah saw lantas tersenyum dan mengatakan sesuatu yang ringkas namun maksudnya mendalam. "Engkau salah A'isyah, yang habis adalah apa yang kita makan ini dan yang kekal adalah apa yang kita sedekahkan" (HR at-Tirmizi)

#Jelas dalam hadis ini akan sifat kebajikan dalam diri Rasulullah saw tentang amalan memberi makanan kepada orang lain. Baginda sentiasa memastikan jiran tetangga dan orang disekeliling baginda sentiasa dapat merasai makanan yang dimasak walaupun sorang sedikit atau hanya kuah sahaja.

#Sabda Rasulullah saw kepada Sayidina Abu Zar r.a:

إذا طبختَ مَرَقَة، فأكثر ماءها، وتعاهدْ جِيْرانك

"Apabila engkau memasak masakan berkuah, perbanyaklah airnya dan perhatikanlah (bahagikanlah pada) tetanggamu!‎" (HR Muslim)

#Ingatlah, bagi sesiapa yang kedekut, tidak memberi makan kepada orang miskin dan yang memerlukan, mereka digolongkan oleh Allah swt dalam kalangan orang yang mendustakan agama. FirmanNya:

أَرَأَيْتَ الَّذِي يُكَذِّبُ بِالدِّينِ * فَذَٰلِكَ الَّذِي يَدُعُّ الْيَتِيمَ * وَلَا يَحُضُّ عَلَىٰ طَعَامِ الْمِسْكِينِ

"Tahukah engkau akan orang yang mendustakan agama (meliputi hari pembalasan)? Orang itu ialah yang menindas serta berlaku zalim kepada anak yatim. Dan ia tidak menggalakkan untuk memberi makanan yang berhak diterima oleh orang miskin" [Surah al-Ma’un 1-3]

#Berkata Imam al-Qurtubi: "Yakni seseorang itu tidak mahu berkongsi dan membenci orang lain yang berkongsi akan sesuatu rezeki. Ini disebabkan kebakhilannya dan pendustaannya terhadap balasan dan ganjaran di akhirat nanti. Pada asasnya, mereka yang dicela oleh ayat ini adalah orang-orang yang memiliki sifat kedekut dan tidak mahu berkongsi. Ayat ini tidaklah ditujukan kepada orang-orang yang tidak berkemampuan kerana mereka sememangnya tidak mampu". (Lihat: al-Jami’ li Ahkam al-Quran)

♡Mudah-mudahan dengan melazimi amalan bersedekah memberi makan ini, sedikit sebanyak ia dapat menghakis sifat kedekut dan bakhil, sebaliknya digantikan dengan sifat suka memberi, saling mengasihi serta mendahulukan orang lain dalam berkongsi nikmat Allah yang dikurniakan. Aamiiin♡

🐊Ust naim
Klik link ini untuk    
http://bit.ly/tadabburkalamullah

Facebook:   
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah

Читать полностью…

Tadabbur Kalamullah

☆Tadabbur Kalamullah 20 Syaaban 1445H☆

وَيُطْعِمُونَ الطَّعَامَ عَلَىٰ حُبِّهِ مِسْكِينًا وَيَتِيمًا وَأَسِيرًا

"Mereka juga memberi makan benda-benda makanan yang dihajati dan disukainya, kepada orang miskin dan anak yatim serta orang tawanan" [Surah al-Insan 8]

#Berkata Imam Ibnu Kathir: Dhamir (kata ganti) dalam ayat ini kembali ke perkataan at-ta’am (الطَّعَامَ). Maksudnya, mereka memberikan makanan ketika mereka menyukainya dan sangat berselera pada makanan tersebut. Ayat tersebut sama seperti firmanNya: “وَآتَى الْمَالَ عَلَىٰ حُبِّهِ” (dan mendermanya seseorang akan hartanya sedang ia menyayanginya).

#Fitrah semua benda hidup memerlukan makanan untuk meneruskan kelangsungan hidup. Apatah lagi bagi manusia, makanan itu sangat penting dan diperlukan untuk kehidupan. Makanan dan manusia tidak boleh dipisahkan.

#Untuk menjadikan konsep makan ini berpahala, kita hendaklah rajin memberi makanan kepada orang lain. Konsep ini adalah satu daripada saranan Rasulullah saw yang amat disukai baginda.

#Daripada Sayidina Abdullah bin Amr bin al-As r.huma berkata: "Seorang lelaki bertanya Rasulullah saw: Islam manakah yang paling baik? Nabi saw bersabda: "Kamu memberi makan, mengucapkan salam kepada orang yang kamu kenal dan yang tidak kamu kenal" (HR al-Bukhari dan Muslim)

#Konsep memberi makanan kepada orang lain bukan semestinya dalam bentuk kenduri-kendara atau majlis perkahwinan atau keraian yang berskala besar semata-mata. Ia memerlukan modal yang besar dan kos yang tinggi. Bukan semua orang mampu melakukannya secara kerap.
Akan tetapi, kita boleh melakukanya dengan kadar memberi makan kepada ahli keluarga yang lain, jiran tetangga dan rakan sekerja. Ia hanya memerlukan kos yang rendah dan murah. Sekadar membeli beberapa bungkus makanan dan diedarkan kepada sasaran penerima.

#Imam Jalaluddin as-Suyuti menyebutkan terdapat satu hadis Nabi saw mengenai orang yang akan mendapatkan perlindungan di bawah Arasy Allah swt. Dia adalah orang yang memberi makanan kepada orang yang lapar. Sabda Nabi saw: "Sesungguhnya orang terbaik di antara kalian adalah orang yang memberi makan" (HR at-Thabrani)

#Selain itu kelebihan orang yang memberi makan ini dinyatakan oleh Nabi saw dalam sabdanya: "Sesungguhnya di syurga terdapat sejumlah bilik yang bahagian luarnya terlihat dari bahagian dalamnya dan bahagian dalamnya terlihat dari bahagian luarnya. Lalu seorang Arab Badwi berdiri lalu bertanya: "Ya Rasulullah untuk siapa bilik itu?" Nabi saw menjawab: "Untuk orang yang memberi makan" (HR at-Tirmizi)

♡Memberi makan kepada orang lain terutama yang kelaparan atau memerlukan merupakan tuntutan agama dan sunnah yang dianjurkan. Pastikan amalan ini sentiasa dipraktikkan dalam kehidupan kita seharian♡

🐊Ust naim
Klik link ini untuk    
http://bit.ly/tadabburkalamullah

Facebook:   
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah

Читать полностью…

Tadabbur Kalamullah

Bagi yang berminat untuk dapatkan bacaan santai *EBOOK TADABBUR KALAMULLAH EDISI KHAS RAMADHAN* tulisan *USTAZ MUHAMAD NAIM HAJI HASHIM* setebal hampir 200 mukasurat dengan harga PROMO, jom dapatkan segera...

Harga asal rm50..
Harga PROMO RM35 sahaja...

❗ *HARGA PROMO* ❗
~RM 50~❌
*_RM 35_*✅

TERHAD 2,000 NASKAH SAHAJA‼️

*Tekan Link untuk Order:*
https://ezy.la/tadabburkalamullah

Cara-cara untuk order:
1. Tekan link https://ezy.la/tadabburkalamullah untuk membuat pembayaran.
2. Selepas bayar, anda akan terima email berserta link e-book.
3. Download e-book dan selesai! 😘

Terima kasih banyak-banyak 🤭

Читать полностью…

Tadabbur Kalamullah

☆Tadabbur Kalamullah 17 Syaaban 1445H☆

وَقَـٰتِلُوهُمۡ حَتَّىٰ لَا تَكُونَ فِتۡنَةࣱ وَیَكُونَ ٱلدِّینُ كُلُّهُۥ لِلَّهِۚ فَإِنِ ٱنتَهَوۡا۟ فَإِنَّ ٱللَّهَ بِمَا یَعۡمَلُونَ بَصِیرࣱ

"Dan perangilah mereka sehingga tidak ada lagi fitnah, dan (sehingga) menjadilah ugama itu seluruhnya (bebas) bagi Allah semata-mata. Kemudian jika mereka berhenti (dari kekufurannya dan gangguannya, nescaya mereka diberikan balasan yang baik) kerana sesungguhnya Allah Maha Melihat akan apa yang mereka kerjakan" [Surah al-Anfal 39]

#Sambung bicara berkaitan jihad dan dakwah.

#Allah swt berfirman mengenai orang-orang beriman yang akan mendapat azab seksa yang pedih sekiranya meninggalkan jihad.

یَـٰۤأَیُّهَا ٱلَّذِینَ ءَامَنُوا۟ مَا لَكُمۡ إِذَا قِیلَ لَكُمُ ٱنفِرُوا۟ فِی سَبِیلِ ٱللَّهِ ٱثَّاقَلۡتُمۡ إِلَى ٱلۡأَرۡضِۚ أَرَضِیتُم بِٱلۡحَیَوٰةِ ٱلدُّنۡیَا مِنَ ٱلۡـَٔاخِرَةِۚ فَمَا مَتَـٰعُ ٱلۡحَیَوٰةِ ٱلدُّنۡیَا فِی ٱلۡـَٔاخِرَةِ إِلَّا قَلِیلٌ

"Wahai orang-orang yang beriman! Mengapa kamu, apabila dikatakan kepada kamu: "Pergilah beramai-ramai untuk berperang pada jalan Allah", kamu merasa keberatan (dan suka tinggal menikmati kesenangan) di tempat (masing-masing)? Adakah kamu lebih suka dengan kehidupan dunia daripada akhirat? (Kesukaan kamu itu salah) kerana kesenangan hidup di dunia ini hanya sedikit jua berbanding dengan (kesenangan hidup) di akhirat kelak"

إِلَّا تَنفِرُوا۟ یُعَذِّبۡكُمۡ عَذَابًا أَلِیمࣰا وَیَسۡتَبۡدِلۡ قَوۡمًا غَیۡرَكُمۡ وَلَا تَضُرُّوهُ شَیۡـࣰٔاۗ وَٱللَّهُ عَلَىٰ كُلِّ شَیۡءࣲ قَدِیرٌ

"Jika kamu tidak pergi beramai-ramai (untuk berperang pada jalan Allah - membela ugamaNya), Allah akan menyeksa kamu dengan azab seksa yang tidak terperi sakitnya dan Ia akan menggantikan kamu dengan kaum yang lain, dan kamu tidak akan dapat mendatangkan bahaya sedikitpun kepadaNya. Dan (ingatlah) Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu" [Surah at-Tawbah 38-39]

#Imam Hassan al-Banna sangat mengutamakan masalah jihad. Beliau telah meletakkan jihad sebagai salah satu rukun bai’ah yang perlu dipatuhi oleh setiap anggota Muslim. Kata-kata beliau mengenai jihad telah dihimpunkan ke dalam satu risalah yang bernama Risalah Jihad. Antara slogan utama yang diasaskan oleh beliau ialah 'Jihad adalah jalan kami' dan 'Mati di jalan Allah adalah kemuncak cita-cita kami'.

#Seorang pejuang yang mengorbankan dirinya pada jalan Allah, demi kepentingan Islam dan mempunyai nilai-nilai mulia akan mendapat kedudukan yang tinggi dan diingati dalam sejarah kemanusiaan. Di sisi Allah swt dia akan diletakkan di barisan para Nabi dan Rasul.

وَمَن یُطِعِ ٱللَّهَ وَٱلرَّسُولَ فَأُو۟لَـٰۤىِٕكَ مَعَ ٱلَّذِینَ أَنۡعَمَ ٱللَّهُ عَلَیۡهِم مِّنَ ٱلنَّبِیِّـۧنَ وَٱلصِّدِّیقِینَ وَٱلشُّهَدَاۤءِ وَٱلصَّـٰلِحِینَۚ وَحَسُنَ أُو۟لَـٰۤىِٕكَ رَفِیقࣰا

"Dan sesiapa yang taat kepada Allah dan RasulNya, maka mereka akan (ditempatkan di syurga) bersama-sama orang-orang yang telah dikurniakan nikmat oleh Allah kepada mereka, iaitu Nabi-nabi, dan orang-orang Siddiqiin, dan orang-orang yang Syahid, serta orang-orang yang soleh. Dan amatlah eloknya mereka itu menjadi teman rakan (kepada orang-orang yang taat)" [Surah an-Nisāʾ 69]

#Jadilah seorang yang berjihad, kerana sifat seorang Mukmin adalah seorang yang istiqamah berjihad fi sabilillah. Sabda Rasulullah saw:

“Sesiapa yang berjihad dengan tangannya maka dia adalah Mukmin. Sesiapa yang berjihad dengan lidahnya maka dia adalah mukmin dan sesiapa yang berjihad dengan hatinya maka dia adalah mukmin. Selain daripada itu tidak ada iman walaupun sebesar biji sawi” (HR Muslim)

♡Semoga semua pejuang sentiasa istiqamah dalam berjihad demi menegakkan agamaNya dan masa depan akhiratnya♡

🐊Ust naim
Klik link ini untuk    
http://bit.ly/tadabburkalamullah

Facebook:   
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah

Читать полностью…

Tadabbur Kalamullah

☆Tadabbur Kalamullah 16 Syaaban 1445H☆

وَقَـٰتِلُوهُمۡ حَتَّىٰ لَا تَكُونَ فِتۡنَةࣱ وَیَكُونَ ٱلدِّینُ كُلُّهُۥ لِلَّهِۚ فَإِنِ ٱنتَهَوۡا۟ فَإِنَّ ٱللَّهَ بِمَا یَعۡمَلُونَ بَصِیرࣱ

"Dan perangilah mereka sehingga tidak ada lagi fitnah, dan (sehingga) menjadilah ugama itu seluruhnya (bebas) bagi Allah semata-mata. Kemudian jika mereka berhenti (dari kekufurannya dan gangguannya, nescaya mereka diberikan balasan yang baik) kerana sesungguhnya Allah Maha Melihat akan apa yang mereka kerjakan" [Surah al-Anfal 39]

#Persoalan mengenai perjuangan dalam Islam merangkumi usaha umat Islam mengembangkan agama ini dengan menjalankan gerakan dakwah ke serata tempat di seluruh pelusuk dunia.

#Dalam usaha berdakwah itu, mereka menghadapi sekatan, ancaman dan cabaran yang datang dari kebanyakan orang-orang kafir serta sasaran dakwah yang tidak bersikap terbuka untuk mendengar dahulu seruan Islam.

#Dalam suasana ini, timbul perlawanan dan perjuangan menentang halangan, sekatan dan ancaman dari musuh dakwah. Namun dalam konteks zaman mutakhir ini, perjuangan Islam khususnya dengan pengertian jihad, merangkumi aspek yang luas dengan tidak tertumpu kepada aspek peperangan bersenjata sahaja. Bahkan ia lebih banyak cenderung kepada persoalan memperbaiki umat dan mempertahankan hak-hak umat Islam sama ada melalui gerakan bersenjata, penentangan terhadap pemerintah yang tidak melaksanakan Islam dengan saluran pilihanraya, penulisan dan sebagainya.

#Makanya, dalam usaha dakwah tersebut di sepanjang zaman, mereka akan menghadapi cabaran dan tentangan dari musuh yang merupakan sebahagian dari ujian Allah swt. Cabaran dan tentangan tersebutlah yang melahirkan reaksi dalam bentuk perjuangan.
Walaupun Islam mewajibkan perang tetapi Islam menganjurkan keamanan dan kedamaian.

وَإِن جَنَحُوا۟ لِلسَّلۡمِ فَٱجۡنَحۡ لَهَا وَتَوَكَّلۡ عَلَى ٱللَّهِۚ إِنَّهُۥ هُوَ ٱلسَّمِیعُ ٱلۡعَلِیمُ

"Dan jika mereka (pihak musuh) cenderung kepada perdamaian, maka engkau juga hendaklah cenderung kepadanya serta bertawakalah kepada Allah. Sesungguhnya Ia Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui" [Surah al-Anfal 61]

#Jihad dalam Islam adalah kemuncak dan pengawal dasar-dasarnya. Ia juga merupakan pengawal negara orang-orang Islam. Oleh itu, ia adalah prinsip Islam yang agung kerana ia merupakan cara memelihara kebesaran, kemuliaan dan kedaulatan Islam. Sebab itulah jihad menjadi fardu dan perintah yang berkekalan hingga ke hari kiamat. Mana-mana juga kaum yang meninggalkan jihad pasti ditimpa kehinaan, dijajah dan dihina oleh Allah swt dengan penguasaan orang-orang jahat dan berperangai buruk.

#Daripada Ibnu Umar r.a berkata, aku pernah mendengar Rasulullah saw bersabda:

إِذَا تَبَايَعْتُمْ بِالْعِينَةِ، وَأَخَذْتُمْ أَذْنَابَ الْبَقَرِ، وَرَضِيتُمْ بِالزَّرْعِ، وَتَرَكْتُمْ الْجِهَادَ، سَلَّطَ اللَّهُ عَلَيْكُمْ ذُلًّا لَايَنْزِعُهُ حَتَّى تَرْجِعُوا إِلَى دِينِكُمْ

Apabila kalian melakukan jual beli dengan cara ‘inah (riba), berpegang pada ekor sapi (sibuk dengan perternakan dan pertanian), kalian redha dengan hasil tanaman dan kalian meninggalkan jihad, maka Allah akan membuat kalian dikuasai oleh kehinaan yang tidak ada sesuatu pun yang mampu mencabut kehinaan tersebut (dari kalian) sampai kalian kembali kepada agama kalian" (HR Abu Dawud)

#Allah swt berfirman mengenai orang-orang beriman yang akan mendapat azab seksa yang pedih sekiranya meninggalkan jihad....

... Bersambung...

♡Berjihadlah di medan dakwah atau di medan peperangan dengan penuh kesungguhan agar Islam sentiasa terbela dan tertegak dengan jayanya♡

🐊Ust naim
Klik link ini untuk    
http://bit.ly/tadabburkalamullah

Facebook:   
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah

Читать полностью…

Tadabbur Kalamullah

☆Tadabbur Kalamullah 14 Syaaban 1445H☆

كُتِبَ عَلَیۡكُمُ ٱلۡقِتَالُ وَهُوَ كُرۡهࣱ لَّكُمۡۖ 

"Kamu diwajibkan berperang (untuk menentang pencerobohan) sedang peperangan itu ialah perkara yang kamu benci..."  [Surah al-Baqarah 216]

#Sambung lagi bicara tentang jihad.

#Sudah dibentangkan beberapa ayat al-Quran yang menyentuh aspek jihad yang jelas menyatakan kelebihan jihad, galakan kepada orang beriman supaya berjihad, ganjaran besar dan keuntungan dunia dan akhirat yang dijanjikan untuk mereka.

#Seterusnya akan dihidangkan pula beberapa hadis Nabi saw yang mulia sebagai membuktikan tuntutan jihad itu adalah wajib ke atas setiap muslim.

#Daripada Sayidina Anas r.a, Nabi saw bersabda:

جَاهِدُوْا الْمُشْرِكِيْنَ بِأَمْوَالِكُمْ وَأَنْفُسِكُمْ وَأَلْسِنَتِكُمْ

"Berjihadlah melawan orang-orang musyrikin dengan harta, jiwa, dan lisan kalian" (HR Ahmad dan an-Nasaie)

#Daripada Sayidina Salman r.a, Nabi saw bersabda:

رِبَاطُ يَوْمٍ وَلَيْلَةٍ خَيْرٌ مِنْ صِيَامِ شَهْرٍ وَقِيَامِهِ، وَإِنْ مَاتَ جَرَى عَلَيْهِ عَمَلُهُ الَّذِيْ كَانَ يَعْمَلُهُ وَأُجْرِيَ عَلَيْهِ رِزْقُهُ وَأَمِنَ الْفَتَّانَ.

"Orang yang menjaga di perbatasan jihad sehari semalam lebih baik dari puasa dan solat malam selama sebulan. Dan jika ia mati, maka mengalirlah (pahala) amal yang biasa ia kerjakan, diberikannya rezeki dan dia dilindungi dari azab (seksa) kubur dan fitnahnya" (HR Muslim)

#Daripada Sayidina Ubadah r.a, Nabi saw bersabda:

عَلَيْكُمْ بِالْجِهَادِ فِيْ سَبِيْلِ اللهِ تَبَارَكَ وَتَعَالَى، فَإِنَّ الْـجِهَادَ فِـيْ سَبِيْلِ اللهِ بَابٌ مِنْ أَبْوَابِ الْـجَنَّةِ ، يُذْهِبُ اللهُ بِهِ مِنَ الْهَمِّ وَالْغَمِّ

"Wajib atas kalian berjihad di jalan Allah Azza wa Jalla, kerana sesungguhnya jihad di jalan Allah itu merupakan salah satu pintu dari pintu-pintu Syurga, Allah akan menghilangkan dengannya kesedihan dan kesusahan" (HR al-Hakim)

#Sayidina Abdullah bin Umar r.huma berkata: "Seafdhal amal sesudah solat adalah jihad di jalan Allah Azza wa Jalla" (Riwayat Ahmad)

#Sabda Rasulullah saw: "Jika saya dibunuh di jalan Allah, adalah lebih saya sukai daripada saya menguasai seluruh dunia ini" (HR an-Nasaie)

♡Ketahuilah bahawa jihad memerangi musuh Islam tujuannya agar agama Allah tertegak di atas muka bumi, bukannya sekadar membunuh♡

🐊Ust naim
Klik link ini untuk    
http://bit.ly/tadabburkalamullah

Facebook:   
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah

Читать полностью…

Tadabbur Kalamullah

*SEDEKAH JUMAAT: WAKAF KIPAS GERGASI SURAU MAAHAD AL-MAARIF AL-ISLAMIAH, CHANGKAT JERING, PERAK*

Klik dan sumbang:
https://toyyibpay.com/KIPAS-GERGASI-MAAHAD-AL-MAARIF

Jom jana pahala secara berterusan dari setiap amalan ahli Jemaah Surau Maahad al-Maarif al-Islamiah setiap kali mereka menunaikan solat, membaca al-Quran, berwirid, beriktikaf, mendengar kuliah dan beribadah. Dengan menyumbang untuk projek wakaf kipas gergasi, para penyumbang akan mendapat ganjaran pahala secara berterusan dan lumayan. Insya Allah, Aamiiin.

Pihak maahad telah memohon sumbangan kepada Geng Talaqqi untuk projek Waqaf Kipas Gergasi yang bernilai RM15 RIBU.

Oleh itu, pihak Maahad telah memohon jasa baik Geng Talaqqi untuk membuka peluang infaq kepada orang ramai untuk kita merebut pahala wakaf Kipas Gergasi tersebut.

*KOS YANG DIPERLUKAN SEKITAR RM15 RIBU SAHAJA*

Untuk maklumkan semua, kebanyakan ahli jemaah surau maahad terdiri daripada para pelajar lelaki dan perempuan, guru-guru, ustaz, ustazah serta warga kerja maahad al-Maarif al-Islamiah.

Jom para dermawan, kita sama-sama membantu menyumbang untuk penyediaan Kipas Baru agar lebih selesa dan lebih jimat untuk kegunaan para ahli jemaah Surau al-Maarif al-Islamiah.

Terima kasih. Jazakumullahu khairan kathira diucapkan kepada para penyumbang. Semoga sumbangan anda diberkati Allah, diganjarkan dengan ganjaran yang berlipat kali ganda dan menjadi benteng daripada azab neraka. Aamiiin..
===========
Sabda Nabi saw:

قَالَ اللهُ: أَنْفِقْ يَا اْبْنَ آدَمَ أُنْفِقْ عَلَيْكَ

"Allah swt berfirman: Bersedekahlah wahai anak Adam, Aku akan membalas sedekah kalian" (HR al-Bukhari dan Muslim)
..............................
Sumbangan boleh disalurkan ke akaun Toyyib Pay:

https://toyyibpay.com/KIPAS-GERGASI-MAAHAD-AL-MAARIF

Atau terus ke akaun:

*Pertubuhan Kebajikan Ilmu dan Amal Selangor
*Maybank_5629_9101_9074
*Cimb_8604_7707_81
*Remark: KIPAS GERGASI MAAHAD AL-MAARIF

SMS/Whatsapp slip/bukti sumbangan kepada:

📲Ust Naim: http://www.wasap.my/60196023803/KipasGergasiMaahadAlMaarif

📲Tn Abu Umar: http://www.wasap.my/60193113501/KipasGergasiMaahadAlMaarif

📲Tn Akmalizan: http://www.wasap.my/60172722696/KipasGergasiMaahadAlMaarif

📲Puan Zarina: http://www.wasap.my/60193223501/KipasGergasiMaahadAlMaarif

*Semoga infaq ini menjadi saham terbesar kita di akhirat kelak. InsyaAllah*

*ANDA HULUR, KAMI SALUR*

Читать полностью…

Tadabbur Kalamullah

☆Tadabbur Kalamullah 11 Syaaban 1445H☆

كُتِبَ عَلَیۡكُمُ ٱلۡقِتَالُ وَهُوَ كُرۡهࣱ لَّكُمۡۖ 

"Kamu diwajibkan berperang (untuk menentang pencerobohan) sedang peperangan itu ialah perkara yang kamu benci..."  [Surah al-Baqarah 216]

#Jihad merupakan antara amalan terbaik dan mulia. Bahkan Allah swt menjanjikan kepada para syuhada’ yang terkorban akan mendapat rezeki dan keuntungan daripada Allah swt yang tersangat istimewa.

#Firman Allah swt:

یَـٰۤأَیُّهَا ٱلَّذِینَ ءَامَنُوا۟ هَلۡ أَدُلُّكُمۡ عَلَىٰ تِجَـٰرَةࣲ تُنجِیكُم مِّنۡ عَذَابٍ أَلِیمࣲ

"Wahai orang-orang yang beriman! Mahukah Aku tunjukkan sesuatu perniagaan yang boleh menyelamatkan kamu dari azab seksa yang tidak terperi sakitnya?"

تُؤۡمِنُونَ بِٱللَّهِ وَرَسُولِهِۦ وَتُجَـٰهِدُونَ فِی سَبِیلِ ٱللَّهِ بِأَمۡوَ ٰ⁠لِكُمۡ وَأَنفُسِكُمۡۚ ذَ ٰ⁠لِكُمۡ خَیۡرࣱ لَّكُمۡ إِن كُنتُمۡ تَعۡلَمُونَ

"Iaitu, kamu beriman kepada Allah dan rasulNya, serta kamu berjihad membela dan menegakkan ugama Allah dengan harta benda dan diri kamu; yang demikian itulah yang lebih baik bagi kamu, jika kamu hendak mengetahui (hakikat yang sebenarnya)" [Surah aṣ-Ṣaff 10-11]

#Jika dikaji ayat-ayat al-Quran, Allah swt telah memberikan galakan yang cukup hebat serta janji yang cukup lumayan kepada kaum Mukminin berkenaan ganjaran besar jihad di jalan Allah.

#Firman Allah swt:

إِنَّ ٱللَّهَ ٱشۡتَرَىٰ مِنَ ٱلۡمُؤۡمِنِینَ أَنفُسَهُمۡ وَأَمۡوَ ٰ⁠لَهُم بِأَنَّ لَهُمُ ٱلۡجَنَّةَۚ یُقَـٰتِلُونَ فِی سَبِیلِ ٱللَّهِ فَیَقۡتُلُونَ وَیُقۡتَلُونَۖ وَعۡدًا عَلَیۡهِ حَقࣰّا فِی ٱلتَّوۡرَىٰةِ وَٱلۡإِنجِیلِ وَٱلۡقُرۡءَانِۚ وَمَنۡ أَوۡفَىٰ بِعَهۡدِهِۦ مِنَ ٱللَّهِۚ فَٱسۡتَبۡشِرُوا۟ بِبَیۡعِكُمُ ٱلَّذِی بَایَعۡتُم بِهِۦۚ وَذَ ٰ⁠لِكَ هُوَ ٱلۡفَوۡزُ ٱلۡعَظِیمُ

"Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang yang beriman akan jiwa mereka dan harta benda mereka dengan (balasan) bahawa mereka akan beroleh Syurga, (disebabkan) mereka berjuang pada jalan Allah maka (di antara) mereka ada yang membunuh dan terbunuh. (Balasan Syurga yang demikian ialah) sebagai janji yang benar yang ditetapkan oleh Allah di dalam (Kitab-kitab) Taurat dan Injil serta Al-Quran; dan siapakah lagi yang lebih menyempurnakan janjinya daripada Allah? Oleh itu, bergembiralah dengan jualan yang kamu jalankan jual-belinya itu, dan (ketahuilah bahawa) jual-beli (yang seperti itu) ialah kemenangan yang besar" [Surah at-Tawbah 111]

#Allah berfirman lagi:

فَلۡیُقَـٰتِلۡ فِی سَبِیلِ ٱللَّهِ ٱلَّذِینَ یَشۡرُونَ ٱلۡحَیَوٰةَ ٱلدُّنۡیَا بِٱلۡـَٔاخِرَةِۚ وَمَن یُقَـٰتِلۡ فِی سَبِیلِ ٱللَّهِ فَیُقۡتَلۡ أَوۡ یَغۡلِبۡ فَسَوۡفَ نُؤۡتِیهِ أَجۡرًا عَظِیمࣰا

"Oleh itu, orang-orang (yang beriman) yang mengutamakan kebahagiaan akhirat daripada (kesenangan) kehidupan dunia, hendaklah mereka berperang pada jalan Allah (untuk membela Islam). Dan sesiapa yang berperang pada jalan Allah lalu ia mati (gugur Syahid) atau beroleh kemenangan, maka Kami akan memberi kepadanya pahala yang besar"
[Surah An-Nisāʾ: 74]

#Dan banyak lagi ayat Al-Quran serta himpunan hadis Rasulullah saw yang menerangkan perihal jihad, kewajipan berjihad dan kelebihan berjihad.

#Topik berkaitan jihad sering mendapat salah faham dan fitnah daripada kalangan mereka yang bukan sahaja golongan anti Islam malah daripada golongan Islam itu sendiri. Jihad seringkali dianggap sebagai perkara yang membawa kepada permusuhan tetapi ia adalah jauh daripada itu....

...Bersambung...

♡Berjihad di jalan Allah swt kerana sesungguhnya jihad di jalan Allah itu merupakan salah satu pintu dari pintu-pintu Syurga♡

🐊Ust naim
Klik link ini untuk    
http://bit.ly/tadabburkalamullah

Facebook:   
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah

Читать полностью…

Tadabbur Kalamullah

☆Tadabbur Kalamullah 9 Syaaban 1445H☆

یَـٰۤأَیُّهَا ٱلَّذِینَ ءَامَنُوۤا۟ إِن تَنصُرُوا۟ ٱللَّهَ یَنصُرۡكُمۡ وَیُثَبِّتۡ أَقۡدَامَكُمۡ

"Wahai orang-orang yang beriman, kalau kamu membela (ugama) Allah nescaya Allah membela kamu (untuk mencapai kemenangan) dan meneguhkan tapak pendirian kamu" [Surah Muḥammad 7]

#Pembela orang beriman dan para pejuang Islam adalah Allah swt. Allah swt akan sentiasa membela dan menolong hambaNya yang beriman yang membela agamaNya.

وَكَانَ حَقّاً عَلَيْنَا نَصْرُ الْمُؤْمِنِينَ

“…Dan sememangnya menjadi tanggungjawab Kami menolong orang-orang yang beriman" [Surah ar-Rum 47]

#Hendaklah difahami bahawa pertolongan dan pembelaan itu memang datang dari Allah swt. Allah memberikan kepada siapa sahaja yang Dia kehendaki. Namun, Allah menjelaskan kriteria mereka, iaitu hamba-hambaNya yang soleh, beriman, beramal soleh, menyembahNya, tidak menyekutukanNya dengan yang lain, berjuang berjemaah, dan tidak sendirian serta benar-benar ikhlas dan hanya mencari redhaNya bukan kerana dunia dan seisinya. Perjuangannya sepenuhnya terikat dengan Islam, baik dari aspek pemikiran, hukum, mahupun pandangan.

#Firman Allah swt:

وَعَدَ ٱللَّهُ ٱلَّذِینَ ءَامَنُوا۟ مِنكُمۡ وَعَمِلُوا۟ ٱلصَّـٰلِحَـٰتِ لَیَسۡتَخۡلِفَنَّهُمۡ فِی ٱلۡأَرۡضِ كَمَا ٱسۡتَخۡلَفَ ٱلَّذِینَ مِن قَبۡلِهِمۡ وَلَیُمَكِّنَنَّ لَهُمۡ دِینَهُمُ ٱلَّذِی ٱرۡتَضَىٰ لَهُمۡ وَلَیُبَدِّلَنَّهُم مِّنۢ بَعۡدِ خَوۡفِهِمۡ أَمۡنࣰاۚ یَعۡبُدُونَنِی لَا یُشۡرِكُونَ بِی شَیۡـࣰٔاۚ وَمَن كَفَرَ بَعۡدَ ذَ ٰ⁠لِكَ فَأُو۟لَـٰۤىِٕكَ هُمُ ٱلۡفَـٰسِقُونَ

"Allah menjanjikan orang-orang yang beriman dan beramal soleh dari kalangan kamu (wahai umat Muhammad) bahawa Ia akan menjadikan mereka khalifah-khalifah yang memegang kuasa pemerintahan di bumi, sebagaimana Ia telah menjadikan orang-orang yang sebelum mereka: khalifah-khalifah yang berkuasa; dan Ia akan menguatkan dan mengembangkan ugama mereka (ugama Islam) yang telah diredhaiNya untuk mereka; dan Ia juga akan menggantikan bagi mereka keamanan setelah mereka mengalami ketakutan (dari ancaman musuh). Mereka terus beribadat kepadaKu dengan tidak mempersekutukan sesuatu yang lain denganKu. Dan (ingatlah) sesiapa yang kufur ingkar sesudah itu, maka mereka itulah orang-orang yang derhaka" [Surah an-Nur 55]

#Oleh itu, berjuanglah membela agama Allah swt dengan sepenuh hati, jiwa dan nyawa, kerana Allah sentiasa melihat dan akan mendatangkan pertolonganNya.

وَقُلِ ٱعۡمَلُواْ فَسَيَرَى ٱللَّهُ عَمَلَكُمۡ وَرَسُولُهُۥ وَٱلۡمُؤۡمِنُونَۖ

Katakanlah (Muhammad): "Berjuanglah. Allah pasti akan menyaksikan perjuanganmu. Begitu juga Rasul-Nya dan orang-orang yang beriman" [Surah at-Tawbah 105]

♡Yakinlah bahawa sesiapa yang membela agama Allah maka Allah swt akan membelanya serta memberi kemenangan untuk mereka♡

🐊Ust naim
Klik link ini untuk    
http://bit.ly/tadabburkalamullah

Facebook:   
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah

Читать полностью…

Tadabbur Kalamullah

☆Tadabbur Kalamullah 7 Syaaban 1445H☆

وَذَرِ ٱلَّذِینَ ٱتَّخَذُوا۟ دِینَهُمۡ لَعِبࣰا وَلَهۡوࣰا وَغَرَّتۡهُمُ ٱلۡحَیَوٰةُ ٱلدُّنۡیَاۚ وَذَكِّرۡ بِهِۦۤ أَن تُبۡسَلَ نَفۡسُۢ بِمَا كَسَبَتۡ لَیۡسَ لَهَا مِن دُونِ ٱللَّهِ وَلِیࣱّ وَلَا شَفِیعࣱ وَإِن تَعۡدِلۡ كُلَّ عَدۡلࣲ لَّا یُؤۡخَذۡ مِنۡهَاۤۗ أُو۟لَـٰۤىِٕكَ ٱلَّذِینَ أُبۡسِلُوا۟ بِمَا كَسَبُوا۟ۖ لَهُمۡ شَرَابࣱ مِّنۡ حَمِیمࣲ وَعَذَابٌ أَلِیمُۢ بِمَا كَانُوا۟ یَكۡفُرُونَ

"Dan jauhkanlah diri dari orang-orang yang menjadikan ugama mereka sebagai permainan dan hiburan, dan mereka pula telah diperdayakan oleh kehidupan dunia dan peringatkanlah (mereka) dengan Al-Quran itu supaya tiap-tiap diri (di akhirat kelak) tidak terjerumus (ke dalam azab neraka) dengan sebab apa yang ia telah usahakan (dari perbuatan yang buruk dan keji). Tidak ada baginya pelindung dan tidak juga pemberi syafaat yang lain dari Allah. Dan jika ia hendak menebus (dirinya) dengan segala jenis tebusan, (nescaya tebusan itu) tidak akan diterima daripadanya. Mereka itulah orang-orang yang dijerumuskan (ke dalam azab neraka) dengan sebab apa yang telah mereka usahakan. Bagi mereka disediakan minuman dari air panas yang menggelegak, dan azab seksa yang tidak terperi sakitnya, disebabkan mereka kufur ingkar (semasa hidupnya)" [Surah al-Anʿam 70]

#Perbuatan mempersenda agama adalah dosa besar dan bagi mereka akan dikenakan azab yang amat perit dan pedih. Pada hari ini, terdapat segelintir umat Islam yang cuba menjadi orang bijak pandai dalam bidang agama, yang hakikatnya mereka jahil tentang agama.

#Mereka mengeluarkan pendapat serta idea sendiri dan mudah mengeluarkan fatwa yang bukan sahaja tidak menepati panduan syarak, tetapi juga menyeleweng dan menimbulkan kontroversi dalam masyarakat. Mereka menjadikan sumber rujukan dalam media sosial sebagai hujah dan bukti seperti kata-kata orang tertentu dalam Tiktok, Twitter, Facebook, Instagram dan laman sesawang tertentu membawa ideologi yang bertentangan dengan ajaran Islam. Mereka menjadi pencetus, pelopor, penyebar kesesatan terutama dalam perkara berkaitan agama.

#Terdapat juga golongan yang mempermainkan hukum Allah swt. Sebagai contoh, dengan mudah mengumumkan dia sudah murtad di khalayak ramai terutama dalam media sosial akibat daripada kesilapan diri sendiri. Ia berlaku dalam kalangan golongan yang merasakan mereka popular dalam masyarakat. Walaupun kelakuan mereka itu pelik dan bertentangan dengan tabii manusia, tetapi mereka berasa bangga untuk memberitahu semua orang bahawa mereka telah keluar daripada Islam.

#Imam al-Zarkasyi menyatakan: "Sesiapa yang berkata perkataan yang membawa kepada kufur secara sengaja tanpa niat untuk kufur maka beliau dikira murtad." (Lihat: al-Mansur fi al-Qawaid Fiqh Syafie)

#Terdapat juga golongan tertentu yang mempertikaikan hukum Allah seperti hukum hudud, Qisas dan juga hukum jenayah syariah yang termaktub dalam al-Quran. Ada juga yang menghebahkan bahawa mereka telah membuka aurat mereka dengan menggunakan alasan tidak bersedia serta pengaruh orang lain. Pakaian yang dahulunya sopan itu kononnya hanya desakan orang lain dan bukan kerelaan mereka sendiri.

#Terdapat juga dalam kalangan mereka yang melampaui batas sehingga mengumumkan mereka berzina serta bersekedudukan hingga melahirkan anak-anak zina yang tidak berdosa. Kes sumbang mahram dalam kalangan ahli keluarga amat berleluasa kini dalam masyarakat.

#Selain itu ada golongan tertentu yang ingin mencari populariti dengan melakukan perbuatan yang pelik dan bertentangan dengan norma manusia yang asal dengan melanggar fitrah seperti perempuan jadi lelaki dan lelaki jadi perempuan.

#Ketahuilah, orang yang sentiasa mempersendakan ajaran agama dan melakukan sesuatu perbuatan yang bertentangan dengan ajaran Islam adalah orang yang termasuk dalam golongan yang dilaknat Allah swt.

♡Jangan sesekali bersekongkol atau bersama mereka yang mempersendakan hukum Allah dan segala perintah Allah swt. Bagi yang terlanjur, insaflah dan kembalilah ke pangkal jalan♡

🐊Ust naim
Klik link ini untuk    
http://bit.ly/tadabburkalamullah

Читать полностью…

Tadabbur Kalamullah

☆Tadabbur Kalamullah 5 Syaaban 1445H☆

یَـٰۤأَیُّهَا ٱلنَّبِیُّ قُل لِّأَزۡوَ ٰ⁠جِكَ وَبَنَاتِكَ وَنِسَاۤءِ ٱلۡمُؤۡمِنِینَ یُدۡنِینَ عَلَیۡهِنَّ مِن جَلَـٰبِیبِهِنَّۚ ذَ ٰ⁠لِكَ أَدۡنَىٰۤ أَن یُعۡرَفۡنَ فَلَا یُؤۡذَیۡنَۗ وَكَانَ ٱللَّهُ غَفُورࣰا رَّحِیمࣰا

"Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar); cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu. Dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani" [Surah Al-Aḥzab 59]

#Sambung lagi bicara tentang kewajipan menutup aurat bagi kaum wanita.

#Namun begitu kerapkali kedengaran suara wanita Islam yang tidak berpuas hati dengan kewajipan menutup aurat yang kelihatan jauh lebih berat berbanding lelaki.

#Harus difahami bahawa keadilan Islam dalam meletakkan batasan aurat yang berbeza antara lelaki dan perempuan sudah tentu ada hikmah tersendiri yang diatur oleh Allah, Pencipta Yang Maha Bijaksana. Ada di kalangan masyarakat Islam yang turut menganggap batasan ini sebagai satu pantang larang yang menyekat kebebasan wanita. Mereka terpengaruh dengan agenda musuh Islam yang sentiasa menganjurkan wanita mendedahkan aurat kononnya untuk memberi kebebasan kepada wanita, namun sebenarnya ia adalah untuk memberi kebebasan kepada mereka untuk mudah mendekati lantas merosakkan wanita.

#Sesungguhnya bagi kaum muslimah, tujuan penutupan aurat yang agak ketat adalah untuk menjaga kehormatan diri wanita yang tinggi nilainya di sisi Islam. Bagaimana mungkin sesuatu yang berharga dan tinggi nilainya dibiarkan terdedah sehingga boleh dilihat dan dicapai oleh golongan yang tidak berhak?

#Dengan menutup aurat secara sempurna akan menyelamatkan wanita, lelaki dan seluruh masyarakat daripada begitu banyak kerosakan yang mungkin berlaku. Seorang muslimah yang solehah akan berusaha untuk menutup aurat dengan sempurna, melabuhkan tudungnya agar mereka tidak diganggu kerana dikenali sebagai perempuan yang baik. 

#Lebih penting daripada itu ialah seorang muslimah juga hendaklah sentiasa menjaga maruah diri, memelihara sifat malu, tidak sewenang-wenangnya menonjolkan diri untuk tatapan ramai, menjaga pergaulan, tutur bicara dan pandangan mata daripada apa yang diharamkan oleh Allah. Sudah tentu tanpa keperibadian muslimah dan akhlak yang baik secara menyeluruh, pakaian yang dilihat menutup aurat sahaja belum mampu menjamin tercapainya tujuan di sebalik penutupan aurat kaum muslimah.

#Firman Allah swt:

وَالَّذِينَ جَاهَدُوا فِينَا لَنَهْدِيَنَّهُمْ سُبُلَنَا ۚ وَإِنَّ اللَّـهَ لَمَعَ الْمُحْسِنِينَ

"Dan orang-orang yang berusaha dengan bersungguh-sungguh kerana memenuhi kehendak agama Kami, sesungguhnya Kami akan memimpin mereka ke jalan-jalan Kami (yang menjadikan mereka bergembira serta beroleh keredhaan), dan sesungguhnya (pertolongan dan bantuan) Allah bersama orang-orang yang berusaha memperbaiki amalannya" [Surah al-Ankabut 69]

♡Islam begitu memelihara hak wanita untuk dilindungi dan dipelihara sebaik-baiknya. Maka, patuhilah segala peraturan dan kehendak Allah swt tersebut dengan sepenuh jiwa kerana kita adalah hambaNya♡

🐊Ust naim
Klik link ini untuk    
http://bit.ly/tadabburkalamullah

Facebook:   
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah

Читать полностью…

Tadabbur Kalamullah

☆Tadabbur Kalamullah 3 Syaaban 1445H☆

یَـٰۤأَیُّهَا ٱلنَّبِیُّ قُل لِّأَزۡوَ ٰ⁠جِكَ وَبَنَاتِكَ وَنِسَاۤءِ ٱلۡمُؤۡمِنِینَ یُدۡنِینَ عَلَیۡهِنَّ مِن جَلَـٰبِیبِهِنَّۚ ذَ ٰ⁠لِكَ أَدۡنَىٰۤ أَن یُعۡرَفۡنَ فَلَا یُؤۡذَیۡنَۗ وَكَانَ ٱللَّهُ غَفُورࣰا رَّحِیمࣰا

"Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar); cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu. Dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani" [Surah Al-Aḥzab 59]

#Berdasarkan ayat al-Quran ini, Allah swt menjelaskan tentang kewajipan wanita-wanita mukminah untuk menutup aurat mereka dengan sempurna.

#Allah swt menyeru kepada Nabi saw agar memerintahkan kepada para isteri dan puteri-puteri Baginda saw dan juga kepada wanita-wanita mukminah agar melabuhkan jilbab ke seluruh tubuh mereka (menutup aurat dengan sempurna).

#Begitu juga dalam hadis, Nabi saw menegur Sayidatina Asma’ Binti Abu Bakar r.ha:

يَا أَسْمَاءُ إِنَّ الْمَرْأَةَ إِذَا بَلَغَتِ الْمَحِيضَ لَمْ يَصْلُحْ أَنْ يُرَى مِنْهَا إِلَّا هَذَا وَهَذَا

Wahai Asma! Sesungguhnya wanita jika sudah baligh maka tidak boleh nampak dari anggota badannya kecuali ini dan ini (beliau mengisyaratkan ke muka dan telapak tangan)" (HR Abu Daud dan al-Baihaqi)

#Perkataan aurat ialah merujuk kepada apa-apa yang diharamkan untuk didedah daripada anggota badan sama ada lelaki ataupun perempuan. Ia juga ditakrifkan sebagai apa-apa yang wajib ditutupi dan tidak boleh dizahirkan daripada anggota badan. Menurut Khatib al-Syarbini, aurat diertikan sebagai apa-apa yang haram untuk dilihat.( Lihat Mughni al-Muhtaj)

#Menurut pengarang kitab Kifayah al-Akhyaraurat menurut syarak ialah batas minima dari bahagian tubuh yang wajib ditutup kerana perintah Allah swt.

#Dijelaskan dalam kitab al-Mausu’ah al-Fiqhiyyah pula bahawa aurat adalah suatu angggota badan yang tidak boleh ditunjukkan dan diperlihatkan oleh lelaki atau perempuan kepada orang lain.

#Sebagai wanita yang beriman, diwajibkan berpakaian sebagaimana yang telah disarankan oleh al-Quran. Ketika keluar di khalayak, pakailah pakaian dengan sempurna dan menutup seluruh aurat iaitu meliputi ke seluruh tubuh badan kecuali muka dan kedua tapak tangan.

#Muslimah yang sejati, adalah mereka yang mengikuti dan mengamalkan perintah Allah swt dan NabiNya saw serta mencontohi kehidupan isteri-isteri Baginda saw.

#Islam mewajibkan menutup aurat, namun Islam tidak melarang untuk berfesyen tetapi pakaian yang dipilih dan dipakai perlulah selari dengan tuntutan syariat Islam.

♡Tutuplah aurat dengan sempurna. Semoga, dengan memakai pakaian dan tudung yang menutup aurat, ianya dapat menjadi perisai yang melindungi diri seorang wanita muslimah mukminah, terutamanya dari pandangan liar, fitnah dan gangguan jahat. Aamiiin♡

🐊Ust naim
Klik link ini untuk    
http://bit.ly/tadabburkalamullah

Facebook:   
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah

Читать полностью…

Tadabbur Kalamullah

☆Tadabbur Kalamullah 25 Syaaban 1445H☆

وَٱلۡعَصۡرِ

"Demi masa" [Surah al-ʿAṣr 1]

#Surah ini menjelaskan 4 golongan manusia yang beroleh keuntungan:

1. Orang yang memiliki iman yang dapat membimbing dirinya kearah kebaikan dan mencegah daripada melakukan kemungkaran.

2. Orang yang melakukan perbuatan yang baik dan bermanfaat pada diri, keluarga dan manusia keseluruhannya.

3. Orang yang menyeru atau mengajak orang lain supaya hidup dalam lunas-lunas kebenaran yang berasaskan syariat Allah swt.

4. Orang yang bersabar dalam menyampaikan syariat Allah dan bersabar dalam menghadapi kesulitan-kesulitan hidup serta ujian Allah swt.

#Maka kita perlu urus masa dengan sebaik-baiknya iaitu dengan cara:

1. Jangan bertangguh dalam melaksanakan hak, amanah dan tanggungjawab dan jangan bertangguh dalam melaksanakan tugasan yang diamanahkan.

2. Jangan bertangguh dalam melaksanakan amal ibadah, juga jangan bertangguh dalam melaksanakan hukum syarak.

3. Jangan bertangguh dalam menyebarkan Islam dan jangan bertangguh dalam soal memperjuang dan mempertahankan Islam.

#Orang yang berjaya ialah mereka yang mengambil berat tentang kepentingan masa dalam hidupnya.

2. Orang yang sentiasa dalam kerugian ialah mereka yang membiarkan masa berlalu tanpa digunakan untuk melakukan amalan soleh dan ketaatan terhadap Allah swt.

#Hayati firman Allah swt ini agar dapat menginsafkan kita semua:

وَهُمۡ یَصۡطَرِخُونَ فِیهَا رَبَّنَاۤ أَخۡرِجۡنَا نَعۡمَلۡ صَـٰلِحًا غَیۡرَ ٱلَّذِی كُنَّا نَعۡمَلُۚ أَوَلَمۡ نُعَمِّرۡكُم مَّا یَتَذَكَّرُ فِیهِ مَن تَذَكَّرَ وَجَاۤءَكُمُ ٱلنَّذِیرُۖ فَذُوقُوا۟ فَمَا لِلظَّـٰلِمِینَ مِن نَّصِیرٍ

"Dan mereka menjerit-jerit di dalam neraka itu (sambil merayu): "Wahai Tuhan kami, keluarkanlah kami (dari azab ini); kami akan mengerjakan amal-amal yang soleh, yang lain dari apa yang kami pernah kerjakan. (lalu Allah menempelak mereka): "Bukankah Kami telah melanjutkan umur kamu dan memberikan masa yang cukup untuk berfikir dan beringat padanya oleh sesiapa yang suka berfikir dan beringat? Dan kamu pula telah didatangi oleh Rasul (Kami) yang memberi amaran oleh itu, rasalah (azab seksa), kerana orang-orang yang zalim tidak akan beroleh sesiapapun yang dapat memberikan pertolongan" [Surah Fāṭir 37]

♡Gunakan nikmat masa dan nikmat kehidupan yang dikurniakan oleh Allah swt untuk kita mencipta kecemerlangan hidup di dunia, lebih-lebih lagi kehidupan di akhirat. Masa hendaklah diurus dengan sebaik baiknya sebagaimana yang dikehendaki oleh Allah swt♡

🐊Ust naim
Klik link ini untuk    
http://bit.ly/tadabburkalamullah

Facebook:   
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah

Читать полностью…

Tadabbur Kalamullah

☆Tadabbur Kalamullah 24 Syaaban 1445H☆

وَٱلۡعَصۡرِ

"Demi masa" [Surah al-ʿAṣr 1]

#Setiap manusia pasti menemui dan melalui masa atau waktu dalam kehidupannya seharian. Maka beruntunglah mereka yang menggunakan masa untuk perkara-perkara kebaikan dan bermanfaat. Rugilah mereka yang menggunakan masa untuk perkara-perkara yang tidak berfaedah dan sia-sia.

#Allah swt adalah pencipta masa dan telah menetapkannya sebanyak 24 jam atau 1440 minit dalam sehari semalam tidak lebih dan tidak kurang.

#Masa adalah amanah dari Allah swt. Setiap amanah merupakan tangungjawab yang akan dipersoalkan oleh Allah swt di akhirat kelak. Maka kita wajib memenuhkan setiap minit tersebut dengan perkara yang menguntungkan dunia dan akhirat kita.

#Jom kita hayati nasihat atau peringatan Salafussoleh tentang kepentingan masa:

1. Imam Hasan al-Basri berkata:

- Wahai anak Adam! Sesungguhnya dirimu adalah hari-hari yang engkau lalui. Apabila berlalu satu hari maka berlalulah sebahagian daripada dirimu!
- Wahai anak Adam! Siangmu itu adalah tetamumu. Maka berbuat baiklah kepadanya kerana sekiranya engkau berbuat baik kepadanya, ia pergi meninggalkanmu dalam keadaan ia memujimu. Dan sekiranya engkau berbuat jahat kepadanya, ia pergi meninggalkanmu dalam keadaan ia mencelamu. Begitulah juga halnya dengan malammu.
- Dunia ini hanya ada tiga hari sahaja: semalam, esok dan hari ini. Adapun semalam, maka ia telah pergi membawa apa yang ada di dalamnya. Esok pula, mungkin engkau tidak sempat menyusulinya. Dan hari ini, itulah untukmu. Maka beramallah pada hari ini.

2. Sayidina Abdullah bin Mas’ud berkata:

- Tidak ada perkara yang paling aku sesali seperti mana aku menyesal apabila tenggelamnya matahari yang menandakan kian berkurang umurku sedang amalku tidak bertambah pada hari itu.

3. Imam Ibnul Qayyim berkata:

- Membuang waktu lebih bahaya daripada kematian kerana engkau membuang waktu akan menyebabkan engkau terputus hubungan dengan Allah dan hari akhirat, sedangkan kematian memutuskan hubungan engkau dengan dunia dan isinya.

4. As-Sirri bin Muflis berkata:

- Jika engkau bersedih kerana berkurangnya hartamu, maka sewajarnya kamu menangis kerana berkurangnya usiamu

♡Uruslah masa secara teratur agar dapat dimanfaatkan dengan bijak dan berkesan serta berbuahkan pahala yang besar♡

🐊Ust naim
Klik link ini untuk    
http://bit.ly/tadabburkalamullah

Facebook:   
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah

Читать полностью…

Tadabbur Kalamullah

☆Tadabbur Kalamullah 22 Syaaban 1445H☆

وَيُطْعِمُونَ الطَّعَامَ عَلَىٰ حُبِّهِ مِسْكِينًا وَيَتِيمًا وَأَسِيرًا

"Mereka juga memberi makan benda-benda makanan yang dihajati dan disukainya, kepada orang miskin dan anak yatim serta orang tawanan" [Surah al-Insan 8]

#Dalam tafsir disebutkan bahawa memberikan makanan kepada orang miskin, anak yatim dan orang yang ditawan bererti memberikan bantuan dan sokongan kepada orang yang memerlukan. Disebutkan di sini makanan, kerana makanan itu merupakan keperluan utama dalam kehidupan seseorang.

#Bentuk sedekah itu bermacam-macam cara, di antaranya adalah memberi makan makanan yang kita sukai kepada mereka yang susah dan memerlukan.

#Daripada Sayidina Abu Musa r.a, Rasulullah saw bersabda:

فُكُّوا الْعَانِىَ يَعْنِى الأَسِيرَ, وَأَطْعِمُوا الْجَائِعَ, وَعُودُوا الْمَرِيضَ

"Bebaskanlah tawanan, berilah makan orang yang lapar, dan jenguklah orang sakit" (HR al-Bukhari)

#Sedekah makanan tidak hanya bernilai pahala, tapi juga sarat dengan nilai sosial. Perbuatan ini dapat mengeratkan ukhuwah antara sesama saudara muslim, menekankan sifat peduli kepada masyarakat sekitar, bahkan dapat menyelamatkan akidah Islam seorang muslim. Disebabkan hal ini, memberi makan termasuk salah satu amalan yang dicintai Allah swt.

#Nabi saw memberi jaminan syurga bagi orang yang suka menjamu makan kepada orang yang memerlukan. Sabda Nabi saw:

مَنْ أَصْبَحَ مِنْكُمْ الْيَوْمَ صَائِمًا قَالَ أَبُو بَكْرٍ أَنَا قَالَ فَمَنْ تَبِعَ مِنْكُمْ الْيَوْمَ جَنَازَةً قَالَ أَبُو بَكْرٍ أَنَا قَالَ فَمَنْ أَطْعَمَ مِنْكُمْ الْيَوْمَ مِسْكِينًا قَالَ أَبُو بَكْرٍ أَنَا قَالَ فَمَنْ عَادَ مِنْكُمْ الْيَوْمَ مَرِيضًا قَالَ أَبُو بَكْرٍ أَنَا فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَا اجْتَمَعْنَ فِي امْرِئٍ إِلَّا دَخَلَ الْجَنَّةَ

"Siapakah di antara kalian yang berpuasa pada hari ini? Sayidina Abu Bakar berkata: Aku. Baginda bertanya lagi: Siapakah di antara kalian yang hari ini sudah mengiringi jenazah? Maka Sayidina Abu Bakar berkata lagi: Aku. Baginda kembali bertanya: Siapakah di antara kalian yang hari ini memberi makan orang miskin? Maka Sayidina Abu Bakar mengatakan: Aku. Lalu baginda bertanya lagi: Siapakah di antara kalian yang hari ini sudah mengunjungi orang sakit. Sayidina Abu Bakar kembali mengatakan: Aku. Maka Rasulullah saw pun bersabda: Tidaklah ciri-ciri itu terkumpul pada diri seseorang melainkan dia pasti akan masuk syurga" (HR Muslim)

#Bahkan mereka yang memberi makan kepada orang lain akan dikurniakan makanan berupa bentuk buah-buahan syurga yang tersangat lazat dan sedap. Sabda Nabi saw:

"Siapa pun mukmin yang memberi makan mukmin yang kelaparan, pada hari Kiamat nanti Allah akan memberinya makanan dari buah-buahan syurga" (HR at-Tirmizi)

#Diingatkan bahawa jika ada orang menjamu kita makan, bacalah doa ini yang Nabi saw ajarkan kepada kita.

اللّهُمَّ أَطْعِمْ مَنْ أَطْعَمَنِي وَأَسْقِ مَنْ أَسْقَانِي

"Ya Allah, berilah makan orang yang memberiku makan, berilah minum orang yang memberiku minum" (HR Muslim)

♡Sungguh indah ajaran Islam, sentiasa terkehadapan dalam isu kebajikan sesama manusia yang kesusahan dan kelaparan. Dah sedekah ke hari ini?♡

🐊Ust naim
Klik link ini untuk    
http://bit.ly/tadabburkalamullah

Facebook:   
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah

Читать полностью…

Tadabbur Kalamullah

TEROKAI KEHEBATAN RAMADHAN MELALUI EBOOK TADABBUR KALAMULLAH EDISI KHAS RAMADHAN

✅Jangan lepaskan peluang untuk memiliki ebook pertama tulisan Ustaz Muhamad Naim Hj Hashim!
✅ Sarat dengan perbahasan berkenaan penghayatan dan pengamalan di sepanjang Ramadhan
✅ Sesuai sebagai rujukan para asatizah dan juga masyarakat awam yang ingin menghayati kemuliaan dan kehebatan Ramadhan dengan lebih santai.

Harga asal rm50..

❗ *HARGA PROMO* ❗
~RM 50~❌
*_RM 35_*✅

TERHAD 2,000 NASKAH SAHAJA‼️

*Tekan Link untuk Order:*
https://ezy.la/tadabburkalamullah

Cara-cara untuk order:
1. Tekan link https://ezy.la/tadabburkalamullah untuk membuat pembayaran.
2. Selepas bayar, anda akan terima email berserta link e-book.
3. Download e-book dan selesai! 😘

Terima kasih banyak-banyak 🤭

Perjalanan ramadhan anda bermula di sini.....

Читать полностью…

Tadabbur Kalamullah

☆Tadabbur Kalamullah 19 Syaaban 1445H☆

وَيُطْعِمُونَ الطَّعَامَ عَلَىٰ حُبِّهِ مِسْكِينًا وَيَتِيمًا وَأَسِيرًا

"Mereka juga memberi makan benda-benda makanan yang dihajati dan disukainya, kepada orang miskin dan anak yatim serta orang tawanan" [Surah al-Insan 8]

#Dalam menjelaskan ayat ini, Sayidina Abdullah bin Abbas r.huma berkata: "Iaitu pada saat bekalan sedikit dan ia diberikan atas dasar kasih sayang kepada mereka".

#Dalam Tafsir Fath al-Qadir mengatakan: "Ada pendapat menyatakan, pemberian tersebut atas rasa suka untuk memberi makan, kerana kesukaan mereka untuk melakukan kebaikan. Ini sepertimana disebut oleh Imam Fudhail bin Iyadh. Pendapat lain pula menyebut bahawa dhamir pada lafaz “حُبِّهِ” ini kembali kepada Allah. Justeru, maksudnya adalah mereka memberi makan atas dasar cinta kepada Allah swt.

#Ayat diatas memahamkan kita bahawa amalan memberi makan adalah amat digalakkan dan disukai Allah swt terutamanya kepada mereka yang fakir miskin dan anak yatim. Allah swt memuji orang-orang yang bersedekah seperti dalam bentuk makanan.

#Nabi saw ada menjelaskan berkenaan keutamaan sedekah memberi makan ini. Diriwayatkan daripada Sayidina Abdullah bin Salam r.a, tatkala ketika Nabi saw sampai ke kota Madinah, dalam ucapan awalnya, Baginda saw bersabda:

يَا أَيُّهَا النَّاسُ أَفْشُوا السَّلاَمَ ، وَأَطْعِمُوا الطَّعَامَ ، وَصِلُوا الأَرْحَامَ ، وَصَلُّوا بِاللَّيْلِ وَالنَّاسُ نِيَامٌ ، تَدْخُلُوا الْجَنَّةَ بِسَلاَمٍ

“Hai orang ramai. Sebarkanlah salam, berilah makan, sambunglah silaturrahim dan solatlah di waktu malam ketika mana manusia sedang tidur. Nescaya kamu dapat masuk Syurga dengan sejahtera dan selamat" (HR Ahmad, at-Tirmizi dan Ibn Majah)

#Dalam menghuraikan hadis ini, Imam al-Khattabi berkata: “Nabi saw menjadikan (memberi makan) sebagai seafdhal amalan di mana ia menjadi penguat kepada badan".

#Dalam Bahjah al-Nazirin Syarh Riyadh al-Salihin menyebutkan: "Sesungguhnya amalan memberi makan menunjukkan hilangnya rasa takut dan kefakiran, sehingga akhirnya menjadikan hati sesama umat Islam akan semakin dekat dan hubungan silaturrahim akan terjalin semakin kuat".

#Diriwayatkan bahawa Imam Hasan al-Basri memberi makan saudaranya sedangkan dia berpuasa sunat dan duduk melayan mereka ketika mereka makan.

#Dikisahkan bahawa Imam Abdullah bin al-Mubarak memberi makan kepada saudaranya ketika bermusafir dengan makanan yang lazat, sedangkan dia berpuasa.

♡Amalan menjamu makan ini sangat dianjurkan dalam Islam dan merupakan amalan yang mulia yang dijanjikan pahala yang besar, lebih-lebih lagi ia dilakukan dalam bulan Ramadhan yang bakal tiba tidak lama lagi di mana pahala akan digandakan dengan luar biasa. Jom bersedekah menjamu orang makan!!♡

🐊Ust naim
Klik link ini untuk
http://bit.ly/tadabburkalamullah

Facebook:
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah

Читать полностью…

Tadabbur Kalamullah

☆Tadabbur Kalamullah 18 Syaaban 1445H☆

وَقَـٰتِلُوهُمۡ حَتَّىٰ لَا تَكُونَ فِتۡنَةࣱ وَیَكُونَ ٱلدِّینُ كُلُّهُۥ لِلَّهِۚ فَإِنِ ٱنتَهَوۡا۟ فَإِنَّ ٱللَّهَ بِمَا یَعۡمَلُونَ بَصِیرࣱ

"Dan perangilah mereka sehingga tidak ada lagi fitnah, dan (sehingga) menjadilah ugama itu seluruhnya (bebas) bagi Allah semata-mata. Kemudian jika mereka berhenti (dari kekufurannya dan gangguannya, nescaya mereka diberikan balasan yang baik) kerana sesungguhnya Allah Maha Melihat akan apa yang mereka kerjakan" [Surah al-Anfal 39]

#Seluruh ulamak baik mujtahid mahupun muqallid, salaf mahupun khalaf sependapat bahawa jihad adalah fardhu kifayah yang perlu dilaksanakan oleh umat Islam untuk mengembangkan dakwah dan menjadi fardhu ain untuk menahan serangan musuh.

#Sebagaimana yang difahami, umat Islam pada hari ini telah dijajah oleh bangsa lain dan diperintah oleh orang kafir. Bumi mereka dirampas dan maruah mereka dicemar. Urusan mereka ditadbir oleh musuh dan syiar agama mereka dihalang di negara mereka sendiri. Malah mereka tidak berupaya menyebarkan dakwah mereka. Jadi sudah tentu menjadi fardhu ain kepada setiap muslim bersiap sedia dan menyegarkan niat jihad serta menyediakan segala kekuatan bukan hanya kekuatan senjata malah kekuatan akidah, kekuatan ilmu dan kekuatan harta.

وَأَعِدُّوا۟ لَهُم مَّا ٱسۡتَطَعۡتُم مِّن قُوَّةࣲ وَمِن رِّبَاطِ ٱلۡخَیۡلِ تُرۡهِبُونَ بِهِۦ عَدُوَّ ٱللَّهِ وَعَدُوَّكُمۡ وَءَاخَرِینَ مِن دُونِهِمۡ لَا تَعۡلَمُونَهُمُ ٱللَّهُ یَعۡلَمُهُمۡۚ وَمَا تُنفِقُوا۟ مِن شَیۡءࣲ فِی سَبِیلِ ٱللَّهِ یُوَفَّ إِلَیۡكُمۡ وَأَنتُمۡ لَا تُظۡلَمُونَ

"Dan sediakanlah untuk menentang mereka (musuh yang menceroboh) segala jenis kekuatan yang dapat kamu sediakan dan dari pasukan-pasukan berkuda yang lengkap sedia, untuk menggerunkan dengan persediaan itu musuh Allah dan musuh kamu serta musuh-musuh yang lain dari mereka yang kamu tidak mengetahuinya; sedang Allah mengetahuinya. Dan apa sahaja yang kamu belanjakan pada jalan Allah akan disempurnakan balasannya kepada kamu, dan kamu tidak akan dianiaya" [Surah al-Anfal 60]

#Menurut Imam Hassan Al-Banna, jihad dengan maknanya yang khas ialah berperang pada jalan Allah. Manakala makna jihad secara umum ialah kehidupan kita dari awal sehingga akhir adalah merupakan jihad. Beliau menambah lagi bahawa jihad mempunyai banyak marhalah (peringkat) di mana peringkat jihad yang pertama ialah mengingkari dengan hati dan peringkat yang paling tinggi ialah berperang di jalan Allah. Di antara kedua-dua peringkat jihad itu terdapat jihad lisan, tulisan, tangan dan menyatakan kebenaran kepada pemerintah yang zalim. (Lihat: Risalah Ta’alim)

#Menurut Syeikh Sa’id Hawwa di dalam kitabnya Jundullah Thaqafatan wa Akhlaqan, beliau menulis bahawa jenis-jenis jihad yang disebut oleh Al-Quran dan as-Sunnah terdiri daripada lima jenis iaitu:

1. Jihad dengan lisan
2. Jihad dalam pendidikan (ta’alim)
3. Jihad dengan tangan dan diri
4. Jihad politik
5. Jihad harta

#Selain daripada itu, Sai’d Hawwa ada menyebut berkenaan jihad hati (jihad al-Qalb) di mana ia adalah merupakan martabat keimanan yang terendah dan paling lemah. Ia adalah satu jihad yang dilupakan.

#Jihad dengan hati disitu engan sebenar-benarnya menolak segala bentuk maksiat kepada Allah pada bila-bila masa dan tempat sama ada maksiat itu di hadapannya atau di belakangnya.

♡Berjihadlah sedaya mungkin agar kita tergolong dalam kalangan hamba Allah yang mulia♡

🐊Ust naim
Klik link ini untuk    
http://bit.ly/tadabburkalamullah

Facebook:   
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah

Читать полностью…

Tadabbur Kalamullah

*DIPERLUKAN 247 ORANG PENYUMBANG SHJ LAGI UNTUK MENYUMBANG SORANG RM30.. INSYA ALLAH KIPAS GERGASI MAAHAD DAPAT DIPASANG..*

Читать полностью…

Tadabbur Kalamullah

☆Tadabbur Kalamullah 15 Syaaban 1445H☆

كُتِبَ عَلَیۡكُمُ ٱلۡقِتَالُ وَهُوَ كُرۡهࣱ لَّكُمۡۖ 

"Kamu diwajibkan berperang (untuk menentang pencerobohan) sedang peperangan itu ialah perkara yang kamu benci..."  [Surah al-Baqarah 216]

#Dalam Islam, jihad bertujuan untuk membangunkan masyarakat berdasarkan syariah Islam, memelihara dan memastikan maslahat masyarakat Islam dan manusia keseluruhannya agar terbela di atas prinsip keadilan yang telus. Jihad juga berperanan untuk memastikan ketinggian agama Allah swt supaya ia dapat disampaikan secara terbuka kepada manusia tanpa dihalang oleh sesiapa pun.

#Pengembelingan usaha sama ada dalam bentuk tenaga, wang ringgit, fikiran ataupun kepakaran malahan jiwa dan raga sekalipun adalah perlu untuk memastikan ketiga-tiga perkara yang tersebut diatas terbela dan tidak diperkotak katikkan oleh musuh-musuh Islam. Kegigihan usaha dan pengorbanan yang dibuat oleh seseorang Muslim, masyarakat atau negara Islam untuk mewujudkan ketiga-tiga perkara tersebut diistilahkan sebagai jihad.

#Sekiranya ketiga-tiga perkara di atas tergugat, maka usaha untuk mengembalikannya semula juga disebut sebagai jihad. Manakala orang-orang Islam yang terlibat dalam usaha tersebut dikenali sebagai Mujahid.

#Sheikh Dr. Yusuf al-Qaradawi ada menulis di dalam sebuah bukunya dengan menyebut kata-kata daripada Imam Hassan al-Banna mengenai jihad iaitu:

"Usaha kita dan jihad kita berfokus kepada dua paksi: prinsip (Islam) dan tanah air Islam".

#Beliau iaitu Imam Hassan al-Banna telah menggabungkan kedua-dua perkara di atas kerana suatu ideologi itu hanya boleh ditegakkan di atas sebuah tanah air atau negara yang bebas dan berpegang kepada hukum-hakam Islam. Dengan negara Islam ini, Islam itu dapat hidup dan memandu ummah ke arah kesejahteraan dunia dan akhirat.

#Oleh sebab itu, para fuqahak Islam telah bersepakat bahawa adalah merupakan tanggungjawab setiap orang Islam untuk mempertahankan setiap tanah yang dikuasai dan dijajah oleh golongan yang tidak beriman. Seterusnya, mereka menyatakan jihad tersebut adalah fardhu ain terhadap setiap muslim yang tinggal di tanah air tersebut manakala orang Islam yang lain wajib memberikan sokongan kepada mereka dari segi kewangan, senjata dan tentera serta sebarang kepakaran sebagaimana yang diperlukan untuk memastikan tanah air tersebut bebas daripada aktiviti kezaliman yang dilakukan oleh golongan penjajah yang tidak beriman.

#Imam Hassan al-Banna juga menyatakan: "Islam mewajibkan jihad ke atas penganut-penganutnya bukanlah bertujuan untuk mencari permusuhan di antara sesama manusia. Bukan pula untuk membuka jalan ke jurang tamak dan haloba kepada harta benda dunia secara merampas dengan kekerasan. Sebaliknya jihad itu diwajibkan semata-mata bertujuan untuk menjamin keamanan dan perdamaian dengan menunaikan perutusan agama yang diamanahkan Allah ke atas bahu tiap-tiap muslim. Amanah ini adalah untuk menyampaikan risalah agama yang memberi petunjuk kepada manusia menuju ke arah pintu gerbang keadilan dan kebenaran"

♡Jihad demi mewujudkan keadilan dan kedamaian serta menghapuskan kezaliman dan penindasan♡

🐊Ust naim
Klik link ini untuk    
http://bit.ly/tadabburkalamullah

Facebook:   
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah

Читать полностью…

Tadabbur Kalamullah

☆Tadabbur Kalamullah 13 Syaaban 1445H☆

كُتِبَ عَلَیۡكُمُ ٱلۡقِتَالُ وَهُوَ كُرۡهࣱ لَّكُمۡۖ 

"Kamu diwajibkan berperang (untuk menentang pencerobohan) sedang peperangan itu ialah perkara yang kamu benci..."  [Surah al-Baqarah 216]

#Sambungan bicara tentang jihad.

#Terdapat banyak ayat-ayat al-Quran dan hadis-hadis Rasulullah saw yang memerintahkan umat manusia untuk berjihad. Hayatilah dengan penuh keimanan. Antaranya ialah:

#Pertama:

كُتِبَ عَلَیۡكُمُ ٱلۡقِتَالُ وَهُوَ كُرۡهࣱ لَّكُمۡۖ وَعَسَىٰۤ أَن تَكۡرَهُوا۟ شَیۡـࣰٔا وَهُوَ خَیۡرࣱ لَّكُمۡۖ وَعَسَىٰۤ أَن تُحِبُّوا۟ شَیۡـࣰٔا وَهُوَ شَرࣱّ لَّكُمۡۚ وَٱللَّهُ یَعۡلَمُ وَأَنتُمۡ لَا تَعۡلَمُونَ

"Kamu diwajibkan berperang (untuk menentang pencerobohan) sedang peperangan itu ialah perkara yang kamu benci; dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya" [Surah al-Baqarah 216]

#Kedua:

وَلَا تَحۡسَبَنَّ ٱلَّذِینَ قُتِلُوا۟ فِی سَبِیلِ ٱللَّهِ أَمۡوَ ٰ⁠تَۢاۚ بَلۡ أَحۡیَاۤءٌ عِندَ رَبِّهِمۡ یُرۡزَقُونَ * فَرِحِینَ بِمَاۤ ءَاتَىٰهُمُ ٱللَّهُ مِن فَضۡلِهِۦ وَیَسۡتَبۡشِرُونَ بِٱلَّذِینَ لَمۡ یَلۡحَقُوا۟ بِهِم مِّنۡ خَلۡفِهِمۡ أَلَّا خَوۡفٌ عَلَیۡهِمۡ وَلَا هُمۡ یَحۡزَنُونَ

"Dan jangan sekali-kali engkau menyangka orang-orang yang terbunuh (yang gugur Syahid) pada jalan Allah itu mati, (mereka tidak mati) bahkan mereka adalah hidup (secara istimewa) di sisi Tuhan mereka dengan mendapat rezeki. (Dan juga) mereka bersukacita dengan kurniaan Allah (balasan mati Syahid) yang telah dilimpahkan kepada mereka, dan mereka bergembira dengan berita baik mengenai (saudara-saudaranya) orang-orang (Islam yang sedang berjuang), yang masih tinggal di belakang, yang belum (mati dan belum) sampai kepada mereka, (iaitu) bahawa tidak ada kebimbangan (dari berlakunya kejadian yang tidak baik) terhadap mereka, dan mereka pula tidak akan berdukacita" [Surah Ali-ʿImran 169-170]

#Ketiga:
Hampir keseluruhan Surah Al-Anfal tertumpu kepada menggalakkan jihad dan memberikan sokongan kepada kaum Muslimin sepanjang berada di medan jihad. Surah ini juga menjelaskan banyak hukum berkenaan jihad. Antara firman Allah di dalam surah Al-Anfal:

یَـٰۤأَیُّهَا ٱلنَّبِیُّ حَرِّضِ ٱلۡمُؤۡمِنِینَ عَلَى ٱلۡقِتَالِۚ إِن یَكُن مِّنكُمۡ عِشۡرُونَ صَـٰبِرُونَ یَغۡلِبُوا۟ مِا۟ئَتَیۡنِۚ وَإِن یَكُن مِّنكُم مِّا۟ئَةࣱ یَغۡلِبُوۤا۟ أَلۡفࣰا مِّنَ ٱلَّذِینَ كَفَرُوا۟ بِأَنَّهُمۡ قَوۡمࣱ لَّا یَفۡقَهُونَ

"Wahai Nabi, berilah semangat (galakan) orang-orang yang beriman itu untuk berperang. Jika ada di antara kamu dua puluh yang sabar, nescaya mereka dapat menewaskan dua ratus orang (dari pihak musuh yang kafir itu); dan jika ada di antara kamu seratus orang, nescaya mereka dapat menewaskan seribu orang dari golongan yang kafir, disebabkan mereka (yang kafir itu) orang-orang yang tidak mengerti" [Surah al-Anfal 65]

#Keempat:
Begitu juga surah at-Tawbah yang turut menggalakkan jihad dan menjelaskan beberapa hukum berkenaan jihad. Firman Allah swt dalam surah at-Taubah:

قَـٰتِلُوهُمۡ یُعَذِّبۡهُمُ ٱللَّهُ بِأَیۡدِیكُمۡ وَیُخۡزِهِمۡ وَیَنصُرۡكُمۡ عَلَیۡهِمۡ وَیَشۡفِ صُدُورَ قَوۡمࣲ مُّؤۡمِنِینَ (14) وَیُذۡهِبۡ غَیۡظَ قُلُوبِهِمۡۗ وَیَتُوبُ ٱللَّهُ عَلَىٰ مَن یَشَاۤءُۗ وَٱللَّهُ عَلِیمٌ حَكِیمٌ

"Perangilah mereka, nescaya Allah akan menyeksa mereka dengan (perantaraan) tangan kamu, dan Allah akan menghinakan mereka serta menolong kamu menewaskan mereka, dan Ia akan memuaskan hati orang-orang yang beriman. Dan Ia juga akan menghapuskan kemarahan hati orang-orang yang beriman itu, dan Allah akan menerima taubat orang-orang yang dikehendakiNya dan (ingatlah) Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana" [Surah at-Tawbah 14-15]

..Bersambung..

♡Ini sebahagian daripada kalam Allah berkaitan berjihad yang mampu memotivasikan diri setiap manusia yang benar-benar menghayatinya♡

🐊Ust naim
Klik link ini untuk    
http://bit.ly/tadabburkalamullah

Facebook:   
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah

Читать полностью…

Tadabbur Kalamullah

☆Tadabbur Kalamullah 12 Syaaban 1445H☆

كُتِبَ عَلَیۡكُمُ ٱلۡقِتَالُ وَهُوَ كُرۡهࣱ لَّكُمۡۖ 

"Kamu diwajibkan berperang (untuk menentang pencerobohan) sedang peperangan itu ialah perkara yang kamu benci..."  [Surah al-Baqarah 216]

#Topik berkaitan jihad sering mendapat salah faham dan fitnah daripada kalangan mereka yang bukan sahaja golongan anti Islam malah daripada golongan Islam itu sendiri. Jihad seringkali dianggap sebagai perkara yang membawa kepada permusuhan tetapi ia adalah jauh daripada itu. Malah, jihad adalah suatu ibadah yang sangat mulia dan disanjung tinggi oleh agama.

#Pengertian jihad pula selalu ditumpukan kepada aspek peperangan bersenjata sahaja sehingga menakut-nakutkan sesetengah golongan kepada Islam, padahal jihad adalah lebih luas daripada aspek tersebut.

#Menurut ulamak Shafie mentakrifkan jihad sebagai memerangi orang-orang kafir untuk menegakkan Islam.

#Sayidina Ibnu Abbas r.a berkata bahawa jihad ialah mencurahkan tenaga pada jalan Allah dan tidak takut kepada celaan orang yang mencela.

#Menurut ulamak Hanafi, makna jihad dari sudut istilah ialah mengajak atau menyeru kepada agama yang benar dan memerangi sesiapa yang tidak menerimanya dengan harta dan jiwa.

ٱنفِرُوا۟ خِفَافࣰا وَثِقَالࣰا وَجَـٰهِدُوا۟ بِأَمۡوَ ٰ⁠لِكُمۡ وَأَنفُسِكُمۡ فِی سَبِیلِ ٱللَّهِۚ ذَ ٰ⁠لِكُمۡ خَیۡرࣱ لَّكُمۡ إِن كُنتُمۡ تَعۡلَمُونَ

"Pergilah kamu beramai-ramai (untuk berperang pada jalan Allah), sama ada dengan keadaan ringan (dan mudah bergerak) ataupun dengan keadaan berat (disebabkan berbagai-bagai tanggungjawab); dan berjihadlah dengan harta benda dan jiwa kamu pada jalan Allah (untuk membela Islam). Yang demikian amatlah baik bagi kamu, jika kamu mengetahui" [Surah at-Tawbah 41]

#Dr Said Ramadhan al-Butti berkata, jihad ialah mencurahkan tenaga kepada jalan dalam meninggikan kalimah Allah dan menegakkan masyarakat Islam. Memberikan tenaga melalui peperangan adalah sebahagian darinya iaitu dengan tujuan untuk menegakkan masyarakat Islam dan membentuk Daulah Islamiyyah yang sebenar.

#Dalam buku Al-Mausu’ah Al-Fiqhiyyah ada dinyatakan bahawa Ar-Raghib telah memberi pengertian jihad sebagai usaha yang bersungguh-sungguh dan mengerahkan usaha sepenuhnya dalam menghalang musuh, samada dengan tangan, lisan atau apapun sahaja yang ia mampu. Ini dilakukan dalam tiga bentuk iaitu bermujahadah dengan musuh yang nyata, syaitan dan nafsu. 

#Terdapat banyak ayat-ayat al-Quran dan hadis-hadis Rasulullah saw yang memerintahkan umat manusia untuk berjihad. Hayatilah sendiri akan betapa hebat ungkapan yang digunakan, betapa indah bahasanya, betapa jelas maksudnya dan betapa kuat rohnya sehingga sudah memadai untuk kita memahaminya. Antaranya ialah:

...Bersambung...

♡Seutama-utama amal sesudah solat adalah jihad di jalan Allah Azza wa Jalla♡

🐊Ust naim
Klik link ini untuk    
http://bit.ly/tadabburkalamullah

Facebook:   
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah

Читать полностью…

Tadabbur Kalamullah

☆Tadabbur Kalamullah 10 Syaaban 1445H☆

كُتِبَ عَلَیۡكُمُ ٱلۡقِتَالُ وَهُوَ كُرۡهࣱ لَّكُمۡۖ 

"Kamu diwajibkan berperang (untuk menentang pencerobohan) sedang peperangan itu ialah perkara yang kamu benci..."  [Surah al-Baqarah 216]

#Jihad merupakan satu kewajipan ke atas bahu setiap muslim yang berterusan hingga ke hari kiamat. Jihad adalah perbuatan yang wajib dan Islam amat mengambil berat tentang pelaksanaannya serta Allah swt menceritakan tentang kelebihan dan kewajipan berjihad. Firman Allah swt:

فَلْيُقَاتِلْ فِي سَبِيلِ اللَّهِ الَّذِينَ يَشْرُونَ الْحَيَاةَ الدُّنْيَا بِالْآخِرَةِ ۚ وَمَن يُقَاتِلْ فِي سَبِيلِ اللَّهِ فَيُقْتَلْ أَوْ يَغْلِبْ فَسَوْفَ نُؤْتِيهِ أَجْرًا عَظِيمً

“Oleh itu, orang (beriman) yang mengutamakan kebahagiaan akhirat daripada (kesenangan) kehidupan dunia, hendaklah mereka berperang pada jalan Allah (untuk membela Islam). Dan sesiapa yang berperang pada jalan Allah lalu ia mati (gugur Syahid) atau beroleh kemenangan, maka Kami akan memberi kepadanya pahala yang besar” [Surah an-Nisa' 74]

#Allah swt telah menyamakan kewajipan berjihad itu dengan ibadah lain seperti berpuasa. Firman Allah swt:

یَـٰۤأَیُّهَا ٱلَّذِینَ ءَامَنُوا۟ كُتِبَ عَلَیۡكُمُ ٱلصِّیَامُ كَمَا كُتِبَ عَلَى ٱلَّذِینَ مِن قَبۡلِكُمۡ لَعَلَّكُمۡ تَتَّقُونَ

"Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertaqwa" [Surah al-Baqarah 183]

#Kewajipan berjihad ini diperkukuhkan lagi dengan sabda Rasulullah saw dalam hadisnya yang mulia:

مَنْ مَاتَ وَلَمْ يَغْزُ، وَلَمْ يُحَدِّثْ بِهِ نَفْسَهُ، مَاتَ عَلَى شُعْبَةٍ مِنْ نِفَاقٍ

"Barangsiapa yang mati sedangkan dia tidak pernah berperang, dan tidak pernah berniat dalam hatinya untuk berperang, maka dia mati dalam satu cabang daripada kemunafikan" (HR Imam Muslim)

#Bahkan jihad termasuk dalam amalan yang sangat disukai oleh Allah swt.

 
عَنْ عَبْدِ اللّه بن مَسْعُودٍ رضي اللّه عنه قال: ”سَأَلْتُ رَسُولَ اللّه صَلَّى اللّه عَلَيْهِ وَسلَّمَ: أَي الْعَمَلِ أَحَبُّ إلى اللّه؟ قال: ”الصَّلاةُ عَلَى وَقْتِهَا". قُلْتُ: ثُمَّ أيٌّ؟ قال: ”بِرُّ الْوالِدَيْنِ“. قُلْتُ: ثُمَّ أيٌّ؟ قال: "الجِهَادُ في سَبِيلِ اللّه"

Daripada Sayidina Abdullah Ibn Mas’ud r.a berkata: “Aku bertanya kepada Rasulullah saw: ‘Amalan apakah yang paling Allah sukai?’ Baginda menjawab, “Solat pada waktunya”. ‘Kemudian apa?’ kataku. Baginda menjawab, “Berbuat baik kepada kedua ibu bapa”. Aku bertanya lagi, ‘Kemudian apa?’. Baginda menjawab, “Jihad di jalan Allah.” (HR al-Bukhari)

#Tanpa jihad, umat Islam terdedah kepada kekejaman dan kehinaan serta diperbodoh-bodohkan oleh musuh. Sebaliknya jihad dapat membuktikan kehidupan yang mulia untuk kaum Muslimin di bawah naungan Islam dan dalam menegakkan agama Allah swt. Tanpa jihad, dakwah Islam tidak dapat tersebar dengan luas.

...Bersambung...

♡Jihad merupakan satu perintah Allah kepada hambaNya yang beriman. Berjihad di jalan Allah merupakan antara amalan utama untuk menjadikan seseorang muslim itu dekat kepada Allah swt. Jihad membuktikan seseorang muslim itu mempunyai sikap ambil berat menjaga agama dan sanggup berkorban demi kebaikan agama♡

🐊Ust naim
Klik link ini untuk    
http://bit.ly/tadabburkalamullah

Facebook:   
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah

Читать полностью…

Tadabbur Kalamullah

☆Tadabbur Kalamullah 8 Syaaban 1445H☆

یَـٰۤأَیُّهَا ٱلَّذِینَ ءَامَنُوۤا۟ إِن تَنصُرُوا۟ ٱللَّهَ یَنصُرۡكُمۡ وَیُثَبِّتۡ أَقۡدَامَكُمۡ

"Wahai orang-orang yang beriman, kalau kamu membela (ugama) Allah nescaya Allah membela kamu (untuk mencapai kemenangan) dan meneguhkan tapak pendirian kamu" [Surah Muḥammad 7]

#Pertolongan Allah swt itu pasti. Namun, bantuan dan pertolongan Allah swt itu tidak akan datang begitu sahaja. Allah tidak akan memberi bantuan itu secara percuma.

#Allah swt menghendaki bahawa pembelaanNya terhadap orang-orang beriman muncul dengan adanya usaha daripada diri mereka sendiri, agar mereka mencapai kematangan dari celahan kesulitan yang mereka alami.

#Seseorang itu akan mencapai kematangan ketika potensi dan kekuatan terpendamnya bangkit. Dan keadaan ini tidak akan wujud kecuali ketika ia berhadapan dengan bahaya. Ketika seseorang melakukan usaha membela diri dan menghimpun seluruh tenaganya untuk sesuatu yang mengancam aqidah, prinsip dan kehidupannya, di sanalah seluruh sel kekuatannya akan bangkit. Andai pertolongan Allah itu datang tanpa melalui susah payah, maka kenikmatan yang terjadi sesudah itu mungkin akan menjadi penghalang munculnya potensi kekuatan yang dimiliki oleh seseorang.

#Disamping itu, bantuan Allah yang diturunkan itupun mungkin rasanya tidak begitu bernilai, lantaran tidak ada tuntutan pengorbanan yang bererti untuk memperoleh insya. Apabila wujudnya pengorbanan yang bersungguh-sungguh melibatkan harta, jiwa, tenaga, pemikiran dan nyawa maka pertolongan Allah swt pasti datang.

#Ketika berlakunya peperangan Yarmouk, Sayidina Khalid al-Walid r.a telah memberi taujihatnya kepada para pejuang Islam:

أيها المسلمون، لا تسمحوا للضعف أن يَدُب فيكم، ولا للوَهْن أن يُسيطر عليكم، واعلموا أن المعونة تأتي من الله على قدْرِ النيَّة، وأن الأجر والثواب على قدر المشقة، وأن المسلم ينبغي له ألا يَكترِث بشيء مهما عَظُم ما دام الله في عونه

“Wahai kaum Muslimin, jangan biarkan kelemahan menghantui kalian, jangan biarkan penyakit cintakan dunia (al-wahn) menyelimuti kalian. Ketahuilah bahawa pertolongan Allah itu datang berdasarkan niat (keimanan kepada-Nya), ganjaran dan pahala pula dikira menurut kesusahan yang kalian dihadapi. Orang Islam itu mestilah tidak terlalu mempedulikan sesuatu imbuhan lain selama Allah mengurniakan pertolonganNya" (Lihat: Kitab al-Islam wa al-Nasr)

#Firman Allah swt:

أَلَمۡ تَعۡلَمۡ أَنَّ ٱللَّهَ لَهُۥ مُلۡكُ ٱلسَّمَـٰوَ ٰ⁠تِ وَٱلۡأَرۡضِۗ وَمَا لَكُم مِّن دُونِ ٱللَّهِ مِن وَلِیࣲّ وَلَا نَصِیرٍ

"Tidakkah engkau mengetahui bahawa sesungguhnya Allah Yang Menguasai segala alam langit dan bumi? Dan tiadalah bagi kamu selain Allah sesiapapun yang dapat melindungi dan yang dapat memberi pertolongan" [Surah Al-Baqarah 107]

♡Allah menjadikan pertolonganNya kepada orang beriman hanya bila ada usaha dengan penuh kesungguhan daripada diri mereka sendiri. Allah swt tidak memberi pertolonganNya sebagai sesuatu yang dijatuhkan begitu sahaja dari langit. Berjuang dan berjihadlah disepanjang kehidupan kita yang masih berbaki ini!!♡

🐊Ust naim
Klik link ini untuk    
http://bit.ly/tadabburkalamullah

Facebook:   
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah

Читать полностью…

Tadabbur Kalamullah

☆Tadabbur Kalamullah 6 Syaaban 1445H☆

یَـٰۤأَیُّهَا ٱلنَّبِیُّ قُل لِّأَزۡوَ ٰ⁠جِكَ وَبَنَاتِكَ وَنِسَاۤءِ ٱلۡمُؤۡمِنِینَ یُدۡنِینَ عَلَیۡهِنَّ مِن جَلَـٰبِیبِهِنَّۚ ذَ ٰ⁠لِكَ أَدۡنَىٰۤ أَن یُعۡرَفۡنَ فَلَا یُؤۡذَیۡنَۗ وَكَانَ ٱللَّهُ غَفُورࣰا رَّحِیمࣰا

"Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar); cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu. Dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani" [Surah Al-Aḥzab 59]

#Sambungan bicara berkaitan kewajipan menutup aurat.

#Apabila kita menamakan diri kita sebagai Muslim, maka kita perlu menyedari bahawa terkandung padanya tanggungjawab yang besar untuk menyerah diri sepenuhnya kepada Allah swt. Ini sebagaimana pengertian “Islam” dari sudut bahasa iaitu tunduk, patuh, atau berserah diri.

#Tatkala Allah swt perintahkan wanita muslimah menutup aurat, maka tiada lagi alasan untuk menentang dan menidakkan perintah tersebut. Wajib ditunaikan tanpa sebarang alasan dan penentangan.

#Dengan perintah yang termaktub dalam wahyu diatas, amalan berhijab tidak lagi menjadi pertimbangan budaya semata-mata tetapi ia berubah menjadi perintah Allah swt yang wajib ditaati.

#Walaupun begitu, budaya tetap memainkan peranan terutamanya dalam bentuk warna dan fesyen yang mempunyai fleksibiliti yang luas. Menutup aurat bukanlah satu budaya tetapi ia adalah perintah syariat. Jika perkara budaya yang sudah disyariatkan tetap dianggap sebagai budaya semata-mata, sudah pasti banyak sahaja amalan-amalan masyarakat kita yang tidak menjadi kewajipan untuk diikuti hanya kerana namanya 'budaya' misalnya menghormati orang yang lebih tua dan ibu bapa.

#Firman Allah swt:

وَمَا كَانَ لِمُؤْمِنٍ وَلَا مُؤْمِنَةٍ إِذَا قَضَى اللَّهُ وَرَسُولُهُ أَمْرًا أَنْ يَكُونَ لَهُمُ الْخِيَرَةُ مِنْ أَمْرِهِمْ ۗ وَمَنْ يَعْصِ اللَّهَ وَرَسُولَهُ فَقَدْ ضَلَّ ضَلَالًا مُبِينًا

“Dan tidaklah patut bagi para lelaki yang mukmin dan tidak (pula) bagi perempuan yang mukmin, apabila Allah swt dan RasulNya telah menetapkan suatu ketetapan, akan ada bagi mereka pilihan (yang lain) tentang urusan mereka. Dan barangsiapa menderhakai Allah swt dan Rasul-Nya maka sungguhlah dia telah sesat, sesat yang nyata" [Surah al-Ahzab 36]

#Sesungguhnya Allah memerintahkan pemakaian hijab yang labuh menutupi dada serta longgar adalah untuk mengurangkan pelbagai jenis fitnah dan kerosakan. Jika pelbagai jenis fitnah berkurangan dan hilang, maka masyarakat yang didiami oleh wanita berhijab akan lebih aman dan selamat daripada fitnah. Sebaliknya, masyarakat yang didiami wanita yang suka berhias, menunjuk aurat dan kecantikan, sangat terdedah kepada ancaman dan pelbagai fitnah serta gangguan gelora nafsu yang boleh membawa malapetaka dan kemusnahan yang besar.

#Tubuh wanita yang terdedah pasti akan menarik perhatian orang-orang yang mempunyai pandangan berbisa. Itulah peringkat pertama kehancuran dan kehancuran akhlak dan tamadun sesebuah masyarakat.

♡Tutuplah aurat dengan sempurna agar diberkati kehidupan dan sentiasa dinaungi Allah dengan rahmat dan perlindunganNya♡

🐊Ust naim
Klik link ini untuk    
http://bit.ly/tadabburkalamullah

Facebook:   
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah

Читать полностью…

Tadabbur Kalamullah

☆Tadabbur Kalamullah 4 Syaaban 1445H☆

یَـٰۤأَیُّهَا ٱلنَّبِیُّ قُل لِّأَزۡوَ ٰ⁠جِكَ وَبَنَاتِكَ وَنِسَاۤءِ ٱلۡمُؤۡمِنِینَ یُدۡنِینَ عَلَیۡهِنَّ مِن جَلَـٰبِیبِهِنَّۚ ذَ ٰ⁠لِكَ أَدۡنَىٰۤ أَن یُعۡرَفۡنَ فَلَا یُؤۡذَیۡنَۗ وَكَانَ ٱللَّهُ غَفُورࣰا رَّحِیمࣰا

"Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar); cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu. Dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani" [Surah Al-Aḥzab 59]

#Sambung bicara tentang kewajipan menutup aurat bagi para muslimah mukminah.

#Menutup aurat bagi seorang Muslimah di hadapan golongan yang bukan mahramnya adalah satu kewajipan yang tidak perlu dipertikaikan lagi.

#Imam an-Nawawi menyatakan bahawa wajibnya menutup aurat dari pandangan manusia adalah ijma’ (Lihat: al-Majmu).

#Aurat wanita Muslimah juga disepakati oleh ulamak Syafi’iyah adalah seluruh badan kecuali wajah dan kedua telapak tangan. (Lihat: al-Majmu’ dan Minhaj al-Talibin)

#Islam begitu memelihara hak wanita untuk dilindungi dan dipelihara sebaik-baiknya. Oleh kerana itulah turun firmanNya diatas dalam Surah al-Ahzab ayat 59 dan juga Surah an-Nur ayat 30-31. Ia adalah sebagai satu panduan kepada Muslimah untuk tampil berbeza dari yang lain dan bangga dengan identiti yang telah menjadi kod etika pemakaian buat dirinya.

#Satu bentuk pemahaman yang kurang tepat apabila menghubungkan tujuan pemakaian tudung dengan wanita sebagai objek seksual. Itu adalah satu penghinaan kepada mereka yang memilih untuk bertudung. Bahkan, pemakaian tudung adalah sebahagian daripada pelaksanaan perintah menutup aurat oleh Allah swt.

#Almarhum Dr. Yusof Al-Qardhawi menyebut bahawa para muslimah dilarang keras membuka atau menampakkan perhiasannya yang seharusnya disembunyikan seperti perhiasan telinga (anting-anting), perhiasan kepala (rambut dan sanggul), perhiasan leher (rantai), perhiasan dada (belahan dadanya) dan perhiasan kaki (betis dan gelang kaki). Semuanya ini tidak boleh diperlihatkan kepada lelaki melainkan suami dan mahram sahaja. Golongan muslimah hanya boleh membuka muka dan kedua telapak tangan yang memang diberikan kelonggaran oleh syarak untuk didedahkan.

#Sudah tentu tujuan utama menunaikan perintah menutup aurat adalah sebagai satu manifestasi pengabdian kita kepada Allah yang mesti ditaati perintahNya. Seandainya di tempat-tempat kerja mempunyai etika pakaian yang tersendiri yang mesti dipatuhi oleh pekerja, maka di dunia ini yang merupakan tempat kita beramal juga mempunyai etika pemakaiannya yang tersendiri. Sekiranya perbuatan melanggar etika berpakaian di tempat kerja atau tempat belajar dianggap sebagai satu kesalahan yang boleh dikenakan tindakan tatatertib, maka begitulah juga perbuatan melanggar etika berpakaian sebagai seorang muslim atau muslimah di dunia ini adalah berdosa dan akan dikenakan tindakan dan hukuman di akhirat nanti.

#Namun begitu kerapkali kedengaran suara wanita Islam yang tidak berpuas hati dengan kewajipan menutup aurat...

...Bersambung...

♡Dalam Islam, setiap suruhan dan laranganNya, pasti ada hikmah yang tersembunyi untuk diteladani oleh umat Islam. Apabila kita menamakan diri kita sebagai Muslim, maka kita perlu menyedari bahawa terkandung padanya tanggungjawab yang besar untuk menyerah diri sepenuhnya kepada Allah swt♡

🐊Ust naim
Klik link ini untuk    
http://bit.ly/tadabburkalamullah

Facebook:   
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah

Читать полностью…

Tadabbur Kalamullah

☆Tadabbur Kalamullah 2 Syaaban 1445H☆

إِنَّ الْحَسَنَاتِ يُذْهِبْنَ السَّيِّئَاتِ

"Sesungguhnya kebaikan akan menghapus kesalahan" [Surah Hud 114]

#Setiap kebaikan yang dilakukan yang ikhlas akan menghapus kesalahan-kesalahan yang pernah dibuat. Inilah jaminan daripada Allah swt bagi hamba-hambaNya.

#Di dalam sahih Muslim, terdapat sebuah hadis yang menceritakan kisah seorang wanita yang melakukan dosa besar telah diampunkan oleh Allah swt akibat daripada kebaikannya memberi minum seekor anjing yang kehausan.
 
#Diriwayatkan daripada Sayidina Abu Hurairah r.a, bahawa Nabi saw bersabda:
 
أَنَّ امْرَأَةً بَغِيًّا رَأَتْ كَلْبًا فِي يَوْمٍ حَارٍّ يُطِيفُ بِبِئْرٍ، قَدْ أَدْلَعَ لِسَانَهُ مِنَ الْعَطَشِ، فَنَزَعَتْ لَهُ بِمُوقِهَا فَغُفِرَ لَهَا

"Seorang wanita yang melacur telah melihat seekor anjing pada suatu hari yang panas sambil mengelilingi sebuah perigi. Anjing tersebut juga menjelirkan lidahnya kerana kehausan. Wanita tersebut menanggalkan kasutnya lalu memberinya minum maka telah diampunkan dosanya" (HR Muslim)

#Dalam riwayat yang lain, Sayidina Abu Hurairah r.a berkata:
 
بَيْنَا رَجُلٌ يَمْشِي، فَاشْتَدَّ عَلَيْهِ العَطَشُ، فَنَزَلَ بِئْرًا، فَشَرِبَ مِنْهَا، ثُمَّ خَرَجَ فَإِذَا هُوَ بِكَلْبٍ يَلْهَثُ يَأْكُلُ الثَّرَى مِنَ العَطَشِ، فَقَالَ: لَقَدْ بَلَغَ هَذَا مِثْلُ الَّذِي بَلَغَ بِي، فَمَلَأَ خُفَّهُ، ثُمَّ أَمْسَكَهُ بِفِيهِ، ثُمَّ رَقِيَ، فَسَقَى الكَلْبَ، فَشَكَرَ اللَّهُ لَهُ، فَغَفَرَ لَهُ "، قَالُوا: يَا رَسُولَ اللَّهِ، وَإِنَّ لَنَا فِي البَهَائِمِ أَجْرًا؟ قَالَ: فِي كُلِّ كَبِدٍ رَطْبَةٍ أَجْرٌ

"Terdapat seorang lelaki sedang berjalan lalu dia berasa haus maka dia turun ke sebuah perigi dan minum daripadanya. Apabila dia keluar, terdapat seekor anjing yang sedang mengeluarkan lidahnya lalu menjilat tanah kerana kehausan. Maka dia berkata: Anjing ini kehausan sepertimana aku alami sebentar tadi. Disebabkan itu, dia memenuhkan kasutnya dengan air dan dia memegang kasutnya (yang diisi dengan air) dengan mulutnya. Kemudian dia memberi anjing itu minum. Dengan itu, dia bersyukur kepada Allah swt maka Allah swt mengampuninya”. Mereka (para sahabat) bertanya: “Wahai Rasulullah saw, adakah bagi kami ganjaran jika kami berlaku baik pada haiwan?”. Rasulullah saw bersabda: “(Berbuat baik) setiap yang bernyawa itu akan diberi pahala" (HR al-Bukhari)

#Dalam hadis daripada Sayidina Mu’awiyyah bin Qurrah r.a, daripada bapanya, beliau berkata:

قَالَ رَجُلٌ: يَا رَسُولَ اللَّهِ، إِنِّي لَأَذْبَحُ الشَّاةَ فَأَرْحَمُهَا، أَوْ قَالَ: إِنِّي لَأَرْحَمُ الشَّاةَ أَنْ أَذْبَحَهَا، قَالَ: وَالشَّاةُ إِنْ رَحِمْتَهَا، رَحِمَكَ اللَّهُ، مَرَّتَيْنِ.

Ada seorang lelaki berkata: "Wahai Rasulullah saw, apabila aku menyembelih seekor kambing maka aku merasa belas kasihan kepadanya. Atau (syak perawi hadis) dia berkata: Aku merasa belas kasihan kepada kambing apabila aku hendak menyembelihnya. Baginda saw bersabda: "Kalau dengan kambing pun engkau ada rasa belas kasihan maka sudah tentu Allah akan mengasihimu”. Baginda saw mengulanginya sebanyak dua kali" (HR al-Bukhari dalam al-Adab al-Mufrad)

#Dalam hadis diatas menunjukkan bahawa dengan berbuat baik kepada haiwan, akan menghapuskan dosa, diampuni oleh Allah swt dan mendapat kasih sayang Allah swt.

♡Orang yang berbuat baik samada sesama manusia ataupun dengan binatang, maka kebaikan itu akan menghapuskan kesalahan dan dosa. Jom lakukan kebaikan!!♡

🐊Ust naim
Klik link ini untuk    
http://bit.ly/tadabburkalamullah

Facebook:   
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah

Читать полностью…
Subscribe to a channel