tadabburkalamullah | Unsorted

Telegram-канал tadabburkalamullah - Tadabbur Kalamullah

13574

Oleh Ustaz Muhamad Naim Haji Hashim

Subscribe to a channel

Tadabbur Kalamullah

☆Tadabbur Kalamullah 13 Rabiul Akhir 1445H☆

وَلَن تَرۡضَىٰ عَنكَ ٱلۡیَهُودُ وَلَا ٱلنَّصَـٰرَىٰ حَتَّىٰ تَتَّبِعَ مِلَّتَهُمۡۗ 

"Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali akan bersetuju atau suka kepadamu (wahai Muhammad) sehingga engkau menurut ugama mereka (yang telah terpesong itu)" [Surah al-Baqarah 120]

#Al-Quran telah menyatakan bahawa keganasan yang paling kejam terhadap manusia dilakukan oleh kaum Yahudi. Sekaligus menyebabkan mereka menjadi kaum yang paling hina, setelah mereka diberikan kemuliaan oleh Allah swt. Firman Allah swt:

وَضُرِبَتْ عَلَيْهِمُ الذِّلَّةُ وَالْمَسْكَنَةُ وَبَاءُوا بِغَضَبٍ مِنَ اللَّهِ ذَلِكَ بِأَنَّهُمْ كَانُوا يَكْفُرُونَ بِآيَاتِ اللَّهِ وَيَقْتُلُونَ النَّبِيِّينَ بِغَيْرِ الْحَقِّ ذَلِكَ بِمَا عَصَوْا وَكَانُوا يَعْتَدُونَ

"Dan mereka ditimpakan dengan kehinaan dan kepapaan, dan sepatutnya mereka mendapat kemurkaan daripada Allah. Hal yang demikian itu, disebabkan mereka kufur (mengingkari) terhadap ayat-ayat Allah (perintah-perintah dan mukjizat-mukjizat yang membuktikan kebesaran-Nya); dan mereka pula membunuh para nabi tanpa sebarang alasan yang benar. Oleh yang demikian, perkara itu berlaku kerana mereka menderhakai Allah dan mereka pula sentiasa melampaui batas" [Surah al-Baqarah 61]

#Walaupun Allah swt pada awalnya memuliakan bangsa mereka yang berasal daripada keturunan mulia iaitu Nabi Ya‘qub bin Nabi Ishaq bin Nabi Ibrahim Alaihissalam dengan kelahiran ramai dalam kalangan para nabi dan rasul. Termasuklah dalam kalangan raja, para pemimpin dan ilmuwan, tetapi ramai antara golongan itu yang menjadi mangsa kekejaman akibat daripada sifat melampau yang membejat dalam diri bangsa mereka.

#Manakala, Nabi Musa Alaihissalam pula merupakan Rasul pilihan paling berjasa, apabila Baginda menyelamatkan kaum Yahudi daripada kesesatan dan kezaliman Firaun. Namun begitu, perkara tersebut masih boleh dipermainkan dan dihina oleh mereka. Sehingga para rasul iaitu manusia pilihan Allah swt, pemimpin dan ulamak terbaik dan berjasa juga dibunuh oleh bangsa Yahudi.

#Allah swt memilih bangsa mereka bersama RasulNya iaitu Nabi Musa dan Nabi Harun untuk berhijrah ke Palestin, tanah mulia yang dimakmurkan oleh Nabi Ibrahim yang juga menjadi bapa kepada bangsa Yahudi dan Islam, dengan syarat mereka hendaklah berjihad bersama kedua-dua Nabi tersebut bagi menghalau kaum Jabbarin yang menakluk tanah suci itu.

#Tiba-tiba mereka bersikap melawan, lalu dihukum sesat oleh Allah swt di padang pasir Sinai selama 40 tahun. Allah swt mematikan sebahagian besar daripada mereka dan kemudian melahirkan generasi baru yang berjihad menegakkan agama Allah swt di bumi Palestin oleh nabi yang lain, selepas kewafatan Nabi Musa dan Nabi Harun yang telah dikecewakan.

#Setelah itu, mereka diberikan kemenangan dan memerintah dengan berpandukan Kitab Taurat, sehingga berjaya menegakkan sebuah negara besar dengan dilantik menjadi Khalifah iaitu Nabi Daud Alaihissalam. Kemudian, oleh Raja dalam kalangan mereka iaitu Nabi Sulaiman Alaihissalam yang memerintah dunia seluruhnya dengan adil (sistem khalifah dan sistem beraja).

#Kaum Yahudi yang fanatik itu hanyalah bermegah dengan nabi-nabi yang dibangkitkan daripada kalangan mereka semata-mata, tetapi mereka tidak beramal dengan kitab Allah swt dan terus menunjukkan perangai yang paling buruk. Allah swt menjelaskan hal yang tersebut melalui firmanNya..

... Bersambung...

♡Israel zionis sudah menjadi negara pengganas selama 73 tahun, tempoh yang bermula setelah berlakunya peristiwa al-Nakbah pada 15 Mei 1948. Moga Allah membinasakan mereka. Aamiiin♡

🐊Ust naim
Klik link ini untuk    
http://bit.ly/tadabburkalamullah

Facebook:   
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah

Читать полностью…

Tadabbur Kalamullah

☆Tadabbur Kalamullah 11 Rabiul Akhir 1445H☆

وَلَن تَرۡضَىٰ عَنكَ ٱلۡیَهُودُ وَلَا ٱلنَّصَـٰرَىٰ حَتَّىٰ تَتَّبِعَ مِلَّتَهُمۡۗ 

"Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali akan bersetuju atau suka kepadamu (wahai Muhammad) sehingga engkau menurut ugama mereka (yang telah terpesong itu)" [Surah al-Baqarah 120]

#Dalam kita memperkatakan tentang kekejaman dan kejahatan Yahudi saat ini yang masih berterusan di bumi Palestin terutama di Gaza, ada baiknya kita mendalami apakah peringatan dari Allah kepada kita semua berkenaan kaum terkutuk dan terlaknat ini di dalam al-Quran. Sesungguhnya di dalam al-Quran terdapat banyak ayat yang menjelaskan dan memberitakan tentang kaum Yahudi ini agar kita mengambil peringatan darinya.
 
#Satu kaum yang derhaka dan melampaui batas, serta membiarkan kemungkaran terjadi di antara mereka.
 
لُعِنَ الَّذِينَ كَفَرُوا مِنْ بَنِي إِسْرَائِيلَ عَلَى لِسَانِ دَاوُودَ وَعِيسَى ابْنِ مَرْيَمَ ذَلِكَ بِمَا عَصَوْا وَكَانُوا يَعْتَدُونَ * كَانُوا لَا يَتَنَاهَوْنَ عَنْ مُنْكَرٍ فَعَلُوهُ لَبِئْسَ مَا كَانُوا يَفْعَلُونَ

Orang-orang kafir Yahudi dari Bani Israil telah dilaknat (di dalam Kitab-kitab Zabur dan Injil) melalui lidah Nabi Daud dan Nabi Isa ibni Maryam. Yang demikian itu disebabkan mereka menderhaka dan selalu menceroboh. Mereka sentiasa otidak berlarang-larangan (sesama sendiri) dari perbuatan mungkar (derhaka dan ceroboh), yang mereka lakukan. Demi sesungguhnya amatlah buruknya apa yang mereka telah lakukan" [Surah al-Maidah 78-79]

#Mereka sentiasa mengingkari ayat-ayat Allah dan membunuh para nabi. Dan itu menyebabkan mereka sentiasa diliputi dengan kehinaan dan kerendahan di mana pun mereka berada. Allah swt berfirman:

ضُرِبَتْ عَلَيْهِمُ الذِّلَّةُ أَيْنَ مَا ثُقِفُوا إِلَّا بِحَبْلٍ مِنَ اللَّهِ وَحَبْلٍ مِنَ النَّاسِ وَبَاءُوا بِغَضَبٍ مِنَ اللَّهِ وَضُرِبَتْ عَلَيْهِمُ الْمَسْكَنَةُ ذَلِكَ بِأَنَّهُمْ كَانُوا يَكْفُرُونَ بِآَيَاتِ اللَّهِ وَيَقْتُلُونَ الْأَنْبِيَاءَ بِغَيْرِ حَقٍّ ذَلِكَ بِمَا عَصَوْا وَكَانُوا يَعْتَدُونَ

“Mereka diliputi kehinaan di mana saja mereka berada, kecuali jika mereka berpegang kepada tali (agama) Allah dan tali (perjanjian) dengan manusia, dan mereka kembali mendapat kemurkaan dari Allah dan mereka diliputi kerendahan. Yang demikian itu kerana mereka kafir kepada ayat-ayat Allah dan membunuh para nabi tanpa alasan yang benar. Yang demikian itu disebabkan mereka durhaka dan melampaui batas” [Surah Ali Imran 112]

#Disebabkan kejahatan mereka membunuh para nabi maka mereka akan di azab dengan sedahsyat-dahsyatnya.

وَقَتْلَهُمُ الْأَنْبِيَاءَ بِغَيْرِ حَقٍّ وَنَقُولُ ذُوقُوا عَذَابَ الْحَرِيقِ

"Dan perbuatan mereka membunuh nabi-nabi tanpa alasan yang benar, dan Kami akan mengatakan (kepada mereka): “Rasakanlah olehmu adzab yang membakar” [Surah Ali Imran 181]

#Yahudi satu kaum yang suka melakukan kerosakan di muka bumi.
 
وَيَسْعَوْنَ فِي الْأَرْضِ فَسَادًا وَاللَّهُ لَا يُحِبُّ الْمُفْسِدِينَ

“Dan mereka berbuat kerosakan di muka bumi dan Allah tidak menyukai orang-orang yang membuat kerosakan” [Surah al-Maidah 64]

#Info terkini menurut Kementerian Dalam Negeri di Gaza sebagaimana yang dilaporkan oleh Al-Jazeera, jumlah penduduk yang syahid akibat serangan yang dilancarkan rejim Zionis Israel di Semenanjung Gaza mencecah 7,028, termasuk 2,913 kanak-kanak dan 1,709 wanita.

#Berdasarkan sumber PALM, sekurang-kurangnya 165,000 unit rumah terjejas, dan 50% daripada keseluruhan unit perumahan di Semenanjung Gaza telah rosak akibat serangan pengeboman, dan hampir 20,000 unit rumah telah dimusnahkan sepenuhnya oleh tentera rejim dan tidak dapat didiami.

#Pengarah WHO mengatakan sebanyak 20 buah hospital daripada 35 buah di Semenanjung Gaza sudah tidak berfungsi. (Sumber: PALM)

♡Inilah kejahatan dan kekejaman serta pengkhianatan Yahudi sebagaimana yang disebut dalam al-Quran dan juga realiti yang sedang kita lihat apa yang sedang berlaku di Gaza, Palestin♡

🐊Ust naim
Klik link ini untuk    
http://bit.ly/tadabburkalamullah

Facebook:   
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah

Читать полностью…

Tadabbur Kalamullah

☆Tadabbur Kalamullah 9 Rabiul Akhir 1445H☆

وَلَن تَرْضَىٰ عَنكَ الْيَهُودُ وَلَا النَّصَارَىٰ حَتَّىٰ تَتَّبِعَ مِلَّتَهُمْ

“Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali akan bersetuju atau suka kepadamu (wahai Muhammad) sehingga engkau menurut agama mereka (yang telah terpesong itu)" [Surah al-Baqarah 120]

#Sambung bicara tentang sikap Yahudi sebagaimana yang digambarkan oleh Al-Quran.

#Yahudi merupakan bangsa yang bersifat penakut, mental koyak dan tamak kepada dunia serta memilih untuk hidup hina dengan kebatilan daripada mati mulia dalam kebenaran.

يَٰقَوۡمِ ٱدۡخُلُواْ ٱلۡأَرۡضَ ٱلۡمُقَدَّسَةَ ٱلَّتِي كَتَبَ ٱللَّهُ لَكُمۡ وَلَا تَرۡتَدُّواْ عَلَىٰٓ أَدۡبَارِكُمۡ فَتَنقَلِبُواْ خَٰسِرِينَ. قَالُواْ يَٰمُوسَىٰٓ إِنَّ فِيهَا قَوۡمٗا جَبَّارِينَ وَإِنَّا لَن نَّدۡخُلَهَا حَتَّىٰ يَخۡرُجُواْ مِنۡهَا فَإِن يَخۡرُجُواْ مِنۡهَا فَإِنَّا دَٰخِلُونَ

“(Nabi Musa berkata lagi): "Wahai kaumku, masuklah ke Tanah Suci (Palestin) yang telah diperintahkan oleh Allah untuk kamu (memasukinya); dan janganlah kamu berbalik undur ke belakang, (kalau kamu undur) maka kamu kelak menjadi orang-orang yang rugi (di dunia dan di akhirat). Mereka menjawab: "Wahai Musa bahawasanya di negeri itu ada kaum yang gagah perkasa, dan sesungguhnya kami tidak akan memasukinya sehingga mereka keluar daripadanya; kemudian jika mereka keluar daripadanya, maka sesungguhnya kami akan masuk (ke negeri itu)" [Surah al-Maidah 21-22]

#Firman Allah lagi:

قَالُواْ يَٰمُوسَىٰٓ إِنَّا لَن نَّدۡخُلَهَآ أَبَدٗا مَّا دَامُواْ فِيهَا فَٱذۡهَبۡ أَنتَ وَرَبُّكَ فَقَٰتِلَآ إِنَّا هَٰهُنَا قَٰعِدُونَ

“Mereka (menolak dengan) berkata: "Wahai Musa, sesungguhnya kami tidak akan memasuki negeri itu selama-lamanya selagi kaum itu masih berada di dalamnya; oleh itu pergilah engkau bersama Tuhanmu dan perangilah mereka. Sebenarnya kami di sinilah duduk menunggu" [Surah al-Maidah 24]

#Ayat-ayat ini menunjukkan bahawa Yahudi menolak kebenaran akan janji Allah swt yang memastikan kemenangan dengan berperang bersama Nabi Musa Alaihissalam. Yahudi juga mempunyai sifat takut dengan kelompok yang lebih kuat daripada mereka. Bahkan sifat penakut ini membuatkan Yahudi meminta Nabi Musa dan Tuhannya berperang sendiri.

#Yahudi juga merupakan satu bangsa yang mempunyai sifat rasis yang tinggi kerana menganggap bahawa mereka merupakan bangsa pilihan yang dikasihi.

قُلۡ يَٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ هَادُوٓاْ إِن زَعَمۡتُمۡ أَنَّكُمۡ أَوۡلِيَآءُ لِلَّهِ مِن دُونِ ٱلنَّاسِ فَتَمَنَّوُاْ ٱلۡمَوۡتَ إِن كُنتُمۡ صَٰدِقِينَ

“Katakanlah (wahai Muhammad): "Wahai orang-orang yang beragama Yahudi, kalau kamu anggap bahawa kamulah sahaja orang-orang yang dikasihi Allah tidak termasuk umat-umat manusia yang lain, maka bercita-citalah hendakkan mati (dengan meminta kepada Allah supaya kamu dimatikan sekarang juga), jika betul kamu orang-orang yang benar!" [Surah al-Jumuah 6]

#Yahudi memiliki perangai jahat iaitu suka menceroboh negera orang lain.
 
وَقَضَيۡنَآ إِلَىٰ بَنِيٓ إِسۡرَٰٓءِيلَ فِي ٱلۡكِتَٰبِ لَتُفۡسِدُنَّ فِي ٱلۡأَرۡضِ مَرَّتَيۡنِ وَلَتَعۡلُنَّ عُلُوّٗا كَبِيرٗا

"Dan Kami menyatakan kepada Bani Israil dalam Kitab itu: "Sesungguhnya kamu akan melakukan kerosakan di bumi (Palestin) dua kali, dan sesungguhnya kamu akan berlaku sombong angkuh dengan melampau.” [Surah al-Israa' 4]

#Ini menunjukkan bahawa kerosakkan yang dibuat oleh Yahudi bukanlah sekadar dua kali, sebaliknya mereka melakukan kerosakkan banyak kali di atas muka bumi ini. (Tafsir as-Sya'rawi)

#Fenome Zionis-Israel ketika ini menggambarkan penindasan Yahudi terhadap negara-negara umat Islam. Maksud fil ardhi dalam ayat di atas adalah merujuk kepada bumi Syam yang meliputi Syria, Palestin, Lubnan, Jordan dan sekitarnya.

♡Inilah sikap jahat Yahudi yang menjadikan mereka musuh utama umat Islam. Kebiadaban Yahudi Zionis-Israel yang berterusan mengancam umat Islam terutama di Palestin dan di sekitarnya membuktikan mereka tersangat rakus dan kejam. Moga Allah membinasakan mereka. Aamiiin♡

🐊Ust naim
Klik link ini untuk    
http://bit.ly/tadabburkalamullah

Facebook:   
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah

Читать полностью…

Tadabbur Kalamullah

☆Tadabbur Kalamullah 7 Rabiul Akhir 1445H☆

سُبۡحَـٰنَ ٱلَّذِیۤ أَسۡرَىٰ بِعَبۡدِهِۦ لَیۡلࣰا مِّنَ ٱلۡمَسۡجِدِ ٱلۡحَرَامِ إِلَى ٱلۡمَسۡجِدِ ٱلۡأَقۡصَا ٱلَّذِی بَـٰرَكۡنَا حَوۡلَهُۥ لِنُرِیَهُۥ مِنۡ ءَایَـٰتِنَاۤۚ إِنَّهُۥ هُوَ ٱلسَّمِیعُ ٱلۡبَصِیرُ

"Maha Suci Allah yang telah menjalankan hambaNya (Muhammad) pada malam hari dari Masjid Al-Haraam (di Makkah) ke Masjid Al-Aqsa (di Palestin), yang Kami berkati sekelilingnya, untuk memperlihatkan kepadanya tanda-tanda (kekuasaan dan kebesaran) Kami. Sesungguhnya Allah jualah yang Maha Mendengar, lagi Maha Melihat" [Surah al-Israʾ 1]

#Sayidina Umar r.a berjaya membuka Baitul Maqdis dengan aman dan damai. Kunci Baitul Maqdis diserahkan di tangan Sayidina Umar r.a penuh suasana harmoni dan aman sejahtera.

#Disini dipaparkan sejarah berkenaan dengan perjanjian damai antara Patriach Shafarniyus dengan Khalifah Umar ibn al-Khattab. Teks tersebut telah dicatatkan oleh Imam Ibn Jarir al-Tabari dalam kitab Tarikh.

#Perjanjian ini ditandatangani oleh Sayidina Umar bin al-Khattab, Uskup Sophronius, dan beberapa panglima perang Islam. Teks perjanjian tersebut adalah sebagai berikut:
 
بسم الله الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ

Ini adalah jaminan keamanan dari hamba Allah, Umar, Amirul Mukminin, kepada penduduk Jerusalem. Umar memberikan jaminan terhadap jiwa mereka, harta, gereja-gereja, salib-salib, orang-orang yang lemah, dan mereka tidak dipakasa meninggalkan agama mereka. Tidak ada seorang pun diantara mereka yang merasa terancam dan diusir dari Jerusalem. Dan orang-orang Yahudi tidak akan tinggal bersama mereka di Jerusalem.

Penduduk Jerusalem diwajibkan membayar pajak sebagaimana penduduk kota-kota lainnya, mereka juga harus mengeluarkan orang-orang Bizantium, dan para perompak. Orang-orang Jerusalem yang tetap ingin tinggal di wilayah Bizantium, mereka boleh membawa barang-barang dan salib-salib mereka. Mereka dijamin aman sampai mereka tiba di wilayah Bizantium.

Setelah itu mereka pun masih diperbolehkan kembali lagi ke Jerusalem jika ingin berkumpul dengan keluarga mereka, namun mereka wajib membayar pajak sebagaimana penduduk lainnya. Apabila mereka membayar pajak sesuai dengan kewajiban, maka persyaratan yang tercantum dalam surat ini adalah di bawah perjanjian Allah, Rasul-Nya, Khalifah, dan umat Islam"

#Berdasarkan perjanjian ini, jelas menunjukkan betapa tasamuh, berlapang dada, dan tingginya adab serta nilai akhlak Islam kepada non Muslim walaupun pada peringkat awal mereka bermusuh dan berperang dengan umat Islam. Inilah mulianya dan indahnya Islam itu sendiri apabila dapat diamalkan oleh umat Islam.

♡Semoga tanah Palestin dikembalikan semula kepada penduduk Palestin dalam suasana penuh keinsafan dan sedar akan kesalahan mereka. InsyaAllah, Aamiiin♡

🐊Ust naim
Klik link ini untuk    
http://bit.ly/tadabburkalamullah

Facebook:   
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah

Читать полностью…

Tadabbur Kalamullah

☆Tadabbur Kalamullah 5 Rabiul Akhir 1445H☆

سُبۡحَـٰنَ ٱلَّذِیۤ أَسۡرَىٰ بِعَبۡدِهِۦ لَیۡلࣰا مِّنَ ٱلۡمَسۡجِدِ ٱلۡحَرَامِ إِلَى ٱلۡمَسۡجِدِ ٱلۡأَقۡصَا ٱلَّذِی بَـٰرَكۡنَا حَوۡلَهُۥ لِنُرِیَهُۥ مِنۡ ءَایَـٰتِنَاۤۚ إِنَّهُۥ هُوَ ٱلسَّمِیعُ ٱلۡبَصِیرُ

"Maha Suci Allah yang telah menjalankan hambaNya (Muhammad) pada malam hari dari Masjid Al-Haraam (di Makkah) ke Masjid Al-Aqsa (di Palestin), yang Kami berkati sekelilingnya, untuk memperlihatkan kepadanya tanda-tanda (kekuasaan dan kebesaran) Kami. Sesungguhnya Allah jualah yang Maha Mendengar, lagi Maha Melihat" [Surah al-Israʾ 1]

#Sesungguhnya Masjidil Aqsa adalah kota suci umat Islam. Ia adalah tempat berakhirnya Isra' dan bermulanya Mi'raj Rasulullah saw. Masjidil Aqsa yang disebut sebagai 'bumi yang kami berkatinya' menunjukkan secara jelas kemuliaan Masjidil Aqsa. Ramai para Rasul lahir dan pernah berhijrah ke situ.

#Masjidil Aqsa terletak di Baitul Maqdis dan Sayidina Umar al-Khattab r.a telah membukanya pada tahun 15 Hijrah bersamaan 636 Masihi. Peristiwa yang cukup hebat itu jelas menunjukkan kehebatan Islam yang membawa rahmat kepada sekelian alam.

#Masjid al-Aqsa dan kaum muslimin di Gaza adalah amat dekat dengan jiwa-jiwa umat Islam yang beriman. Di sanalah tempatnya kiblat pertama umat Islam yang menyatukan jiwa-jiwa umat Islam di zaman awal terdahulu dalam mengabdikan diri kepada Allah swt.

#Daripada Sayidina Abu Zar r.a, bahawa Nabi saw bersabda:

“Kami sedang mengingati antara satu sama lain dan Rasulullah SAW berada di sisi kami berkaitan yang mana lebih afdhal di antara masjid Rasulullah SAW dan juga masjid Bait al-Maqdis. Maka Rasulullah SAW bersabda: Solat di masjidku ini lebih afdhal daripada empat kali solat di Bait al-Maqdis. Alangkah nikmatnya bagi orang yang solat. Sesungguhnya akan tiba satu masa, seseorang itu memiliki tanah seukuran tali kuda sehingga dia mampu melihat Bait al-Maqdis. Hal itu adalah lebih baik baginya daripada dunia keseluruhannya atau lebih baik daripada dunia dan seisinya" (Riwayat al-Hakim. Dinilai sahih oleh al-Hakim dan Imam az-Zahabi)

#Hadis ini menunjukkan kelebihan serta kemuliaan masjid al-Aqsa berbanding masjid-masjid yang lain melainkan masjid al-Haram dan masjid al-Nabawi. Semoga dengan pencerahan ini menjadikan kita lebih cakna, mengasihi dan mencintai masjid al-Aqsa dan mengambil peduli apa yang berlaku terhadapnya. Semoga suatu hari nanti, masjid al-Aqsa akan bebas dari cengkaman Yahudi Zionis dan kita semua dapat menunaikan solat di dalamnya dengan penuh rasa ketenangan. Aamiiin.

#Kita merasa amat kecewa dan sedih dengan apa yang terjadi kepada saudara kita rakyat Palestin. Kita mengharapkan suasana kesengsaraan dan dukacita umat Islam di sana akan digantikan dengan perasaan gembira dan bahagia.

#Sudah sampai masanya umat Islam perlu menginsafi diri masing-masing untuk muhasabah dan kembali kepada tali Allah melalui Islam dan kefahaman yang sebenar daripada al-Qur’an dan Sunnah Nabawiyyah sebagai petunjuk yang hakiki. Menjadikan kita semua bersaudara dengan ukhuwah Islamiyyah akan menzahirkan kekuatan yang luarbiasa. Inilah ramuan kemenangan umat Islam apabila mereka bersatu di bawah satu payung iaitu Islam tanpa menjuzuk-juzukkan sesama umat Islam.

#Firman Allah swt:

وَأَطِيعُوا اللَّهَ وَرَسُولَهُ وَلَا تَنَازَعُوا فَتَفْشَلُوا وَتَذْهَبَ رِيحُكُمْ وَاصْبِرُوا إِنَّ اللَّهَ مَعَ الصَّابِرِينَ

Dan taatlah kamu kepada Allah dan RasulNya, dan janganlah kamu berbantah-bantahan; kalau tidak nescaya kamu menjadi lemah semangat dan hilang kekuatan kamu, dan sabarlah (menghadapi segala kesukaran dengan cekal hati); sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang sabar" [Surah al-Anfal 46]

♡YA ALLAH, SELAMATKANLAH MASJIDIL AQSA DAN UMAT ISLAM PALESTIN. Semoga kita diberi kesedaran untuk mengasihi dan menyayangi Masjidil Aqsa dan umat Islam yang tertindas dan dizalimi di bumi PALESTIN. Aamiiin♡

🐊Ust naim
Klik link ini untuk    
http://bit.ly/tadabburkalamullah

Facebook:   
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah

Читать полностью…

Tadabbur Kalamullah

☆Tadabbur Kalamullah 3 Rabiul Akhir 1445H☆

سُبۡحَـٰنَ ٱلَّذِیۤ أَسۡرَىٰ بِعَبۡدِهِۦ لَیۡلࣰا مِّنَ ٱلۡمَسۡجِدِ ٱلۡحَرَامِ إِلَى ٱلۡمَسۡجِدِ ٱلۡأَقۡصَا ٱلَّذِی بَـٰرَكۡنَا حَوۡلَهُۥ لِنُرِیَهُۥ مِنۡ ءَایَـٰتِنَاۤۚ إِنَّهُۥ هُوَ ٱلسَّمِیعُ ٱلۡبَصِیرُ

"Maha Suci Allah yang telah menjalankan hambaNya (Muhammad) pada malam hari dari Masjid Al-Haraam (di Makkah) ke Masjid Al-Aqsa (di Palestin), yang Kami berkati sekelilingnya, untuk memperlihatkan kepadanya tanda-tanda (kekuasaan dan kebesaran) Kami. Sesungguhnya Allah jualah yang Maha Mendengar, lagi Maha Melihat" [Surah al-Israʾ 1]

#Baitul Maqdia mempunyai kedudukan istimewa dalam Islam kerana menjadi destinasi antara peristiwa terbesar dalam sirah Nabi Muhammad saw, iaitu Israk dan Mikraj sebagaimana yang dirakamkan dalam al-Quran.

#Antara persoalan yang boleh dibahaskan adalah mengapa Allah swt memilih Masjidil Aqsa (di Baitul Maqdis) sebelum dibawa ke Sidratul Muntaha? Mengapakah Allah swt tidak mengangkat perjalanan Baginda terus ke Sidratul Muntaha dari Mekah?. Pastinya Allah swt Maha Berkuasa sekiranya ingin memperjalankan Nabi Muhammad saw terus ke Sidratul Muntaha kerana ia termasuk dalam kekuasaanNya.

#Namun, peristiwa Israk Mikraj menyaksikan Masjidil Aqsa menjadi destinasi perantara antara perjalanan dunia (atas muka bumi) dengan perjalanan seterusnya (ke langit) menuju Sidratul Muntaha sebagai jemputan kepada Nabi Muhammad saw bertemu Allah swt. Jelas, Masjidil Aqsa dimuliakan sebagai tempat perantara perjalanan Israk Mikraj.

#Kesempatan Nabi saw singgah di Masjidil Aqsa, menguatkan lagi status Baitulmaqdis sebagai tanah pernah dijejaki nabi dan rasul, sekali gus penuh dengan keberkatan. Keberkatan itu diperjelaskan dalam ayat pertama surah al-Isra’ yang juga dapat difahami barakahnya Masjidil Aqsa bukan semata-mata untuk masjid terbabit sahaja, sebaliknya melebar ke sekelilingnya.

#Para ulamak tafsir ketika menjelaskan keberkatan itu menyatakan ia boleh dilihat daripada perspektif fizikal dan spiritual. Secara fizikal, ia boleh dilihat kesuburan tanahnya hingga menjadi tempat pohon yang disebut dalam al-Quran seperti pohon tin dan zaitun yang subur suatu ketika dulu wilayah terbabit dirampas Zionis yang menubuhkan Israel.

#Aspek spiritual pula menyaksikan tempat perjalanan menuju Sidratul Muntaha untuk bertemu Allah swt bermula dan tempat persinggahan setelah pertemuan berkenaan selesai sebelum Rasulullah saw meneruskan perjalanan pulang ke Makkah. Kewujudan hubungan secara spiritual tidak dapat disangkal sesiapa, apatah lagi statusnya sebagai kiblat pertama umat Islam setelah Baginda menerima perintah mendirikan solat dalam peristiwa Israk dan Mikraj.

... Bersambung...

♡Menjadi kewajipan kepada semua untuk memahami peristiwa Israk Mikraj sebaiknya. Ia bukan semata-mata mengambil pengajaran daripada peristiwa dilalui Rasulullah saw, sebaliknya turut memahami Baitulmaqdis mendapat kedudukan istimewa berasaskan persinggahan Baginda saw tersebut♡

🐊Ust naim
Klik link ini untuk    
http://bit.ly/tadabburkalamullah

Facebook:   
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah

Читать полностью…

Tadabbur Kalamullah

☆Tadabbur Kalamullah 1 Rabiul Akhir 1445H☆

سُبۡحَـٰنَ ٱلَّذِیۤ أَسۡرَىٰ بِعَبۡدِهِۦ لَیۡلࣰا مِّنَ ٱلۡمَسۡجِدِ ٱلۡحَرَامِ إِلَى ٱلۡمَسۡجِدِ ٱلۡأَقۡصَا ٱلَّذِی بَـٰرَكۡنَا حَوۡلَهُۥ لِنُرِیَهُۥ مِنۡ ءَایَـٰتِنَاۤۚ إِنَّهُۥ هُوَ ٱلسَّمِیعُ ٱلۡبَصِیرُ

"Maha Suci Allah yang telah menjalankan hambaNya (Muhammad) pada malam hari dari Masjid Al-Haraam (di Makkah) ke Masjid Al-Aqsa (di Palestin), yang Kami berkati sekelilingnya, untuk memperlihatkan kepadanya tanda-tanda (kekuasaan dan kebesaran) Kami. Sesungguhnya Allah jualah yang Maha Mendengar, lagi Maha Melihat" [Surah Al-Isrāʾ 1]

#Saat ini, pandangan warga dunia tertumpu pada bumi Palestin. Bumi yang Alllah swt sebut dalam al-Quran sebagai bumi barakah. Umum mengetahui tentang peperangan yang berlaku sekarang ini antara Palestin dan Israel.

#Jika ada yang bertanya mengapa memberikan perhatian kepada Palestin dan selalu isu yang dibangkitkan berkaitan Baitul Maqdis?”

#Apa jawapan kita? Ketahuilah sesungguhnya Palestin adalah:

1. Tempat tinggal para Nabi. Nabi kita Ibrahim Alaihissalam berhijrah ke Palestin.

2. Nabi Lut Alaihissalam diselamatkan oleh Allah swt dari azab yang turun pada kaum nya, lalu menuju bumi yang diberkati, iaitu bumi Palestin.

3. Nabi Daud Alaihissalam tinggal di Palestin dan membangun mihrabnya.

4. Nabi Sulaiman Alaihissalam memerintah seluruh dunia dari Palestin,. Kisahnya yang popular berkaitan semut yang berkata: Hai semut, masuklah ke tempat tinggal kalian.” Tempat yang disebut dengan wadi an-Naml (lembah semut) itu terletak di Palestin dekat (‘Athqalan).

5. Di Palestin juga, terdapat mihrab nabi Zakaria Alaihissalam.

6. Nabi Musa Alaihissalam meminta kaumnya memasuki Bumi Muqaddasah (Palestin), baginda menamakan dengan al-Muqaddasah, iaitu (suci) dari syirik, dan dijadikan tempat tinggal para Nabi.

#Antara para Nabi dan Rasul yang pernah dilahirkan, dibesarkan dan disemadikan di bumi Palestin ialah Nabi Ibrahim, Nabi Ismail, Nabi Ishak, Nabi Yaakub, Nabi Syuib, Nabi Musa, Nabi Zakaria, Nabi Yahya, Nabi Isa dan lain-lain lagi.

#Di Palestin, terdapat Masjid Al-Aqsa yang merupakan antara masjid terawal dibina di muka bumi ini dan menjadi kiblat pertama bagi umat Islam untuk melaksanakan solat. Sabda Rasululllah saw:

"
Masjid apakah yang pertama dibangunkan di atas muka bumi ini?" Baginda menjawab: Masjid al-Haram. Selepas itu masjid apa pula? Baginda menjawab: Masjid Al-Aqsa" (HR Bukhari dan Muslim)

#Dahulu kiblat pada awal diperintahkan kewajipan solat adalah menghadap ke Palestin, dan ketika Nabi saw berhijrah ke Madinah, Malaikat Jibril turun dan Baginda sedang solat dalam sebuah masjid, Malaikat Jibril memerintahkan untuk mengubah kiblat dari Baitul Maqdis mengadap ke Makkah al-Mukarramah lalu masjid tempat Baginda solat dinamakan masjid al-Qiblatain (masjid dua kiblat).”

#Selain itu, terdapat mukjizat yang terjadi di dalamnya. Di antaranya ialah kelahiran Nabi ‘Isa Alaihissalam dari ibunya Sayidatina Maryam, seorang gadis tanpa suami, dan Allah mengangkat kedudukannya ketika Bani Israil sepakat untuk membunuhnya.

#Termasuk juga petanda akhir zaman yang akan berlaku di Palestin, Nabi ‘Isa Alaihissalam akan turun di menara putih Syria, dan akan membunuh Dajjal di gerbang Lod Palestin, serta banyak cerita lain yang pernah terjadi di Palestin, di antaranya kisah Talut dan Jalut.

... Bersambung...

♡Sebagai umat Islam, kita perlu mempertahankan bumi Palestin, tempat suci ketiga umat Islam dan bumi yang berkat♡

🐊Ust naim
Klik link ini untuk    
http://bit.ly/tadabburkalamullah

Facebook:   
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah

Читать полностью…

Tadabbur Kalamullah

☆Tadabbur Kalamullah 29 Rabiul Awwal 1445H☆

یَسۡـَٔلُكَ ٱلنَّاسُ عَنِ ٱلسَّاعَةِۖ قُلۡ إِنَّمَا عِلۡمُهَا عِندَ ٱللَّهِۚ وَمَا یُدۡرِیكَ لَعَلَّ ٱلسَّاعَةَ تَكُونُ قَرِیبًا

"Manusia bertanya kepadamu (wahai Muhammad) tentang kedatangan hari kiamat; katakanlah: "Sesungguhnya pengetahuan mengenainya hanyalah ada di sisi Allah. " Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui? - boleh jadi masa datangnya tidak lama lagi" [Surah al-Aḥzab 63]

#Sambung lagi bicara tentang peperangan yang akan terjadi sebelum berlakunya kiamat.

#Sebelum berlaku kemenangan yang dijanjikan, tentera Islam harus mempersiapkan pasukannya terlebih dahulu untuk berjuang. Antara persiapannya adalah dengan mengikat janji setia antara pemimpin dan pengikut yang lebih dikenali sebagai baiah. Ia penting untuk meyakinkan kumpulan Islam akan kesanggupan anggotanya melaksanakan strategi yang dirancang

#Baiah adalah sunnah Rasulullah saw sebagai sebuah persediaan untuk tugas-tugas perjuangan Islam. Sirah merekodkan beberapa kali baiah termeterai antaranya Baiah1 Aqabah Pertama dan Kedua serta Baiah ar-Ridhwan. Maka ia menjadi syariat kepada setiap kumpulan Islam yang mewarisi perjuangan Rasulullah saw untuk berbaiah taat setia kepada agama dan ketetapan Jamaah Islam selagi tidak bertentangan syariat. Dr Abdul Karim Zaidan mengaitkan pengajaran ayat ini dengan keperluan baiah terhadap Jamaah Islam.

#Kerana itulah kita diperintahkan untuk berbaiah kepada Imam Mahdi apabila tiba masanya. Sabda Rasulullah saw:

يَقْتَتِلُ عِندَ كَنْزِكم ثَلَاثَةٌ، كُلُّهُمُ ابْنُ خَلِيفَةٍ، ثُمَّ لَا يَصِيرُ إِلَى وَاحِدٍ مِنْهُم، ثُمَّ تَطْلُعُ الرَّايَاتُ السُّودُ مِن قِبَلِ الـمَشْرِقِ، فَيَقْتُلُونَكم قَتْلاً لَم يَقْتُلْهُ قَومٌ، ثمَّ ذَكَرَ شَيئًا لاَ أَحفَظُهُ فَقَالَ، فَإِذَا رَأَيْتُمُوهُ فَبَايِعُوهُ وَلَو حَبْوًا عَلَى الثَّلجِ، فَإنَّهُ خَلِيفَةُ اللهِ الـمَهدِيُّ.

Akan berperang tiga pihak di sisi Kaabah, kesemuanya dari kalangan putera Raja. Tidak ada seorangpun yang bakal beroleh takhta yang direbutkan. Kemudian muncul panji hitam dari arah Timur, maka mereka memerangi kamu dengan peperangan yang kamu tidak pernah hadapi. (Kemudian Nabi S.A.W menyebutkan beberapa perkara yang tidak diingati perawi.) Sekiranya kamu sempat dengannya maka berbaiahlah padanya sekalipun terpaksa merangkak di atas salji. Kerana sesungguhnya dialah khalifah Allah al-Mahdi" (HR Ibn Majah)

#Imam as-Suyuti rahimahullah menukilkan daripada Muhammad al-Baqir bahawa umat Islam yang berbaiah ketika itu cuma berjumlah 313 orang. Namun selepas berlaku satu pasukan tentera ditelan bumi, baharulah ramai yang pergi mendapatkan Imam Mahdi dari seluruh pelosok dunia memberikan baiah.

#Hal ini diceritakan di dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh imam Abu Daud...

.. Bersambung ...

♡Ini menunjukkan kepentingan baiah dalam kumpulan Islam yang berjuang di akhir zaman. Sama ada Imam Mahdi sudah muncul ataupun belum, beriltizam taat setia dengan jamaah Islam yang lengkap ciri-cirinya sebagai Hizbullah merupakan kewajipan Islam♡

🐊Ust naim
Klik link ini untuk    
http://bit.ly/tadabburkalamullah

Facebook:   
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah

Читать полностью…

Tadabbur Kalamullah

☆Tadabbur Kalamullah 27 Rabiul Awwal 1445H☆

یَسۡـَٔلُكَ ٱلنَّاسُ عَنِ ٱلسَّاعَةِۖ قُلۡ إِنَّمَا عِلۡمُهَا عِندَ ٱللَّهِۚ وَمَا یُدۡرِیكَ لَعَلَّ ٱلسَّاعَةَ تَكُونُ قَرِیبًا

"Manusia bertanya kepadamu (wahai Muhammad) tentang kedatangan hari kiamat; katakanlah: "Sesungguhnya pengetahuan mengenainya hanyalah ada di sisi Allah. " Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui? - boleh jadi masa datangnya tidak lama lagi" [Surah al-Aḥzab 63]

#Sambung bicara tentang tanda kiamat berkaitan peperangan akhir zaman.

#Apabila  meneliti perbahasan hadis al-Malhamah al-Kubra, peperangan yang akan berlaku adalah melibatkan Islam dan Kristian yang merupakan seteru permusuhan yang sudah berlaku pada masa lalu. Bagaimanapun, dalam hadis tersebut, Nabi saw tidak menggunakan perkataan Nasara (orang-orang Kristian) atau Nasraniyyah (agama Kristian), tetapi mengemukakan nama Rom. 

#Penggunaan nama Rom ini adalah sebahagian simbol kekuatan golongan  Kristian dan Nasrani dan mudah difahami oleh sahabat Baginda pada waktu tersebut. Pada saat tersebut, golongan Kristian adalah mereka yang mempunyai kuasa besar dan bertapak di Rom melalui Empayar Byzantine. Walau bagaimanapun, Empayar Byzantine Rom telah dimusnahkan oleh Sultan Muhammad al-Fateh ketika pembukaan Kota  Kostantinopel pada tahun 1453M.

#Menerusi hadis Baginda Nabi saw, terdapat beberapa peristiwa menjelang berlakunya al-Malhamah al-Kubra. Antaranya  fitnah berlaku dengan berleluasa. Baginda saw bersabda: 

"Akan  berlaku ketika hampirnya al-Malhamah, fitnah-fitnah di mana pada masa itu hati seorang lelaki akan mati sepertimana badannya akan mati." (HR Abu 'Amr al-Dani)

#Fitnah yang sedang melanda umat akhir zaman pada hari ini akan terus membarah sehingga menjadi asbab kepada berlakunya kematian dan pembunuhan. Dalam situasi ini, setiap manusia tidak akan terlepas daripada fitnah sehingga mereka yang berilmu dan beriman juga terpalit dalam fitnah akhir zaman ini.

#Dalam masa yang sama, pasukan tentera Islam mula ditubuh dan diperkuatkan. Nabi saw bersabda: 

"Keadaan agama ini akan sampai  kepada suatu masa kamu sekalian menjadi tentera yang berpasukan. Satu pasukan di Syam, satu pasukan di Yaman dan satu pasukan di Iraq." 

Ibnu Hawalah  berkata: "Pilihkan untukku (tempat  terbaik) wahai  Rasulullah, jika aku menemui keadaan tersebut." Lalu Baginda saw bersabda: "Hendaklah engkau menetap di Syam kerana sesungguhnya ia adalah bumi Allah yang terpilih daripada kalangan hamba-hambaNya. Adapun jika kamu sekalian enggan, maka hendaklah kamu menetap di Yaman dan minumlah dari kolam-kolam air kamu. Sesungguhnya Allah telah menjamin untukku (menjaga)  daerah Syam dan penduduknya" (HR Abu Daud)

#Al-Malhamah al-Kubra ini akan terjadi di A'maq atau Dabiq, dua tempat yang berdekatan dengan Halab di Syria dan Antakia di Turki. 

...Bersambung...

♡Peperangan akhir zaman pasti berlaku antara pejuang kebenaran dan pentaksub kekufuran sebelum terjadinya kiamat♡

🐊Ust naim
Klik link ini untuk    
http://bit.ly/tadabburkalamullah

Facebook:   
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah

Читать полностью…

Tadabbur Kalamullah

☆Tadabbur Kalamullah 25 Rabiul Awwal 1445H☆

سُبۡحَـٰنَ ٱلَّذِیۤ أَسۡرَىٰ بِعَبۡدِهِۦ لَیۡلࣰا مِّنَ ٱلۡمَسۡجِدِ ٱلۡحَرَامِ إِلَى ٱلۡمَسۡجِدِ ٱلۡأَقۡصَا ٱلَّذِی بَـٰرَكۡنَا حَوۡلَهُۥ لِنُرِیَهُۥ مِنۡ ءَایَـٰتِنَاۤۚ إِنَّهُۥ هُوَ ٱلسَّمِیعُ ٱلۡبَصِیرُ

"Maha Suci Allah yang telah menjalankan hambaNya (Muhammad) pada malam hari dari Masjid Al-Haraam (di Makkah) ke Masjid Al-Aqsa (di Palestin), yang Kami berkati sekelilingnya, untuk memperlihatkan kepadanya tanda-tanda (kekuasaan dan kebesaran) Kami. Sesungguhnya Allah jualah yang Maha Mendengar, lagi Maha Melihat" [Surah Al-Israʾ 1]

#Sambung bicara berkaitan bumi Palestin, tempat suci ketiga umat Islam.

#Perjuangan untuk mengembalikan semula kebebasan Masjid al-Aqsa bukanlah tanggungjawab rakyat Palestin semata-mata, bahkan ia adalah tanggungjawab bagi umat Islam seluruhnya.

#Berkata Imam al-Jasas: Adalah sesuatu yang diketahui umum bahawa telah menjadi iktikad seluruh kaum Muslimin, apabila penduduk sesuatu negeri (kaum muslimin) dalam ketakutan dari serangan musuh, dan mereka tidak mampu menghadapinya merasa terancam negeri, nyawa dan kaum mereka, maka ketika itu wajib ke atas seluruh umat untuk keluar mempertahankan kaum muslimin dari serangan musuh. Ini adalah perkara yang tiada khilaf lagi di kalangan umat. Tiada sesiapa pun yang menyatakan harus dibiarkan ditumpahkan darah kaum muslimin (Abu Bakr al-Jasas, Ahkam al-Quran)

#Sabda Nabi s.a.w: Bandingan orang-orang mukmin dalam kasih-sayang, kesian dan simpati sama seperti satu jasad. Apabila satu anggota merasa sakit, maka seluruh angota lain turut berjaga malam dan demam” (HR Muslim)

#Islam tidak menerima kezaliman dan membantah kezaliman di mana sahaja ia dilakukan. Samada ke atas muslim atau bukan muslim, samada kepada insan atau binatang dan alam. Kita membantah kekejaman ke atas saudara seakidah kita di Palestin atas nama Islam dan kemanusiaan. 

#Ketahuilah, terdapat isyarat hadis bahawa pusat pemerintahan khilafah Islam pada akhir zaman nanti akan muncul semula di Baitulmaqdis.

#Sayidina Abdullah bin Hawalah al-Azdi r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah saw pernah meletakkan tangan baginda di atas kepalanya lalu bersabda: "Wahai anak Hawalah, apabila engkau melihat khilafah telah turun di bumi yang disucikan (Baitulmaqdis), maka sungguh telah dekatlah bencana gempa bumi, malapetaka serta perkara besar. Pada saat itu, hari kiamat lebih dekat kepada manusia daripada tanganku ini dengan kepalamu." (HR Ahmad, Abu Dawud dan al-Hakim, kata beliau: Sahih sanadnya)

#Berdasarkan hadis ini, isu pembebasan Baitulmaqdis sewajarnya menjadi isu yang cukup signifikan bagi seluruh umat Islam. Amat mendukacitakan sekiranya ada negara Islam yang hanya berpeluk tubuh dan membiarkan sahaja rejim Israel merampas Baitulmaqdis dan tanah penduduk Palestin secara ganas serta zalim, malahan tidak mengutuk sedikit pun perbuatan mereka. Sedarlah bahawa kita diwajibkan membantu saudara seIslam kita yang ditindas atau dizalimi dengan harta dan nyawa kita.

♡Ya Allah, muliakanlah Islam dan kaum muslimin, dan hinakanlah kesyirikan dan kaum musyrik. Ya Allah hancurkan musuh-musuhMu yang merupakan musuh-musuh agamaMu. Ya Allah binasakanlah taghut dan orang-orang yang zalim, Wahai Tuhan sekalian alam. Ya Allah bantulah saudara-saudara kami para pejuang di jalanMu, yang ditindas kerana agama yang mereka anuti di semua tempat. Ya Allah bantulah saudara-saudara kami di Palestin, Ya Allah bantulah mereka, Ya Allah bantulah mereka berdepan dengan musuhMu dan musuh mereka. Ya Allah satukanlah kalimah mereka, dan saf-saf mereka, wahai Tuhan sekelian alam. Aamiiin♡

🐊Ust naim
Klik link ini untuk    
http://bit.ly/tadabburkalamullah

Facebook:   
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah

Читать полностью…

Tadabbur Kalamullah

☆Tadabbur Kalamullah 23 Rabiul Awwal 1445H☆

لَّقَدۡ كَانَ لَكُمۡ فِی رَسُولِ ٱللَّهِ أُسۡوَةٌ حَسَنَةࣱ لِّمَن كَانَ یَرۡجُوا۟ ٱللَّهَ وَٱلۡیَوۡمَ ٱلۡـَٔاخِرَ وَذَكَرَ ٱللَّهَ كَثِیرࣰا

"Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredaan) Allah dan (balasan baik) hari akhirat, lserta ia pula menyebut dan mengingati Allah banyak-banyak (dalam masa susah dan senang)" [Surah al-Aḥzab 21]

#Sambung bicara berkaitan Nabi saw seorang pendakwah ulung dan wajar dijadikan idola dalam kehidupan umat Islam.

#Di dalam dakwah Nabi saw, baginda sama sekali tidak bertolak ansur berkaitan prinsip asas Islam.

#Hal ini kerana mesej dakwah Nabi saw untuk menolak sebarang penyembahan dan amalan syirik dalam masyarakat Mekah. Masyarakat perlu berada di atas dasar tauhid dan beribadah semata-mata kepada Allah dan mengikut cara-cara yang betul menurut ajaran Islam.

#Apabila orang bukan Islam meminta baginda untuk bertolak ansur, iaitu mereka akan menyembah Allah sekiranya Nabi Muhammad menyembah berhala mereka sebagai balasan, maka Surah al-Kafirun diturunkan.

قُلۡ یَـٰۤأَیُّهَا ٱلۡكَـٰفِرُونَ * لَاۤ أَعۡبُدُ مَا تَعۡبُدُونَ * وَلَاۤ أَنتُمۡ عَـٰبِدُونَ مَاۤ أَعۡبُدُ * وَلَاۤ أَنَا۠ عَابِدࣱ مَّا عَبَدتُّمۡ * وَلَاۤ أَنتُمۡ عَـٰبِدُونَ مَاۤ أَعۡبُدُ * لَكُمۡ دِینُكُمۡ وَلِیَ دِینِ

Katakanlah (wahai Muhammad): "Hai orang-orang kafir!. "Aku tidak akan menyembah apa yang kamu sembah. "Dan kamu tidak mahu menyembah (Allah) yang aku sembah. "Dan aku tidak akan beribadat secara kamu beribadat. "Dan kamu pula tidak mahu beribadat secara aku beribadat. "Bagi kamu ugama kamu, dan bagiku ugamaku" [Surah al-Kafirun 1-6]

#Surah al-Kafirun mengingatkan para pendakwah dan seluruh umat Islam agar tidak terpedaya dengan tipu daya dan tawaran pihak musuh-musuh Islam dan orang-orang yang sesat untuk menjadikan mereka menyeleweng dari jalan yang benar.

#Nabi saw berdakwah kepada keluarganya dan penduduk Mekah. Ada yang menerima dan ada pula yang menolaknya, namun Nabi saw tidak berputus asa. Dakwah Nabi akhirnya mendapat sambutan dari golongan miskin dan lemah, hamba abdi dan mereka yang tidak berharta dan kuasa. Walaupun golongan musyrikin cuba melarang masyarakat menerima Islam, pengikut Nabi tetap nekad berdakwah, antaranya dengan berdakwah di kaabah dan membaca al-Quran di situ.

#Akhirnya pembesar kafir Quraisy menggunakan Abu Talib untuk memujuk Nabi saw meninggalkan dakwah. Selepas itu segala rasuah dan tawaran supaya Nabi berhenti berdakwah. Nabi saw ditawarkan dengan pelbagai tawaran antaranya akan diberikan harta, pengaruh, kedudukan dan wanita agar Nabi meninggalkan dakwah. Nabi saw tidak menerima tawaran tersebut dan tidak sesekali bertolak ansur dengan tawaran mereka. Bahkan Nabi saw pernah berkata kepada Abu Talib: “Wahai bapa saudaraku. Demi Tuhan, kalau mereka meletakkan matahari di sebelah kananku dan bulan di sebelah kiriku supaya aku meninggalkan dakwah ini, perjuangan ini, nescaya aku tidak akan tinggalkan sehingga Tuhan menangkan agama ini.

♡Ketegasan Nabi dalam mempertahankan prinsip ketauhidan dan keimanan sangat wajar dicontohi. Identiti para pendakwah dan umat Islam perlu kekal atas dasar keimanan dan ketauhidan di mana dan apa keadaan sekalipun. Jangan sesekali menggadaikan iman dan akidah demi kerana dunia, harta benda, undi dan pangkat jawatan♡

🐊Ust naim
Klik link ini untuk    
http://bit.ly/tadabburkalamullah

Facebook:   
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah

Читать полностью…

Tadabbur Kalamullah

☆Tadabbur Kalamullah 21 Rabiul Awwal 1445H☆

لَّقَدۡ كَانَ لَكُمۡ فِی رَسُولِ ٱللَّهِ أُسۡوَةٌ حَسَنَةࣱ لِّمَن كَانَ یَرۡجُوا۟ ٱللَّهَ وَٱلۡیَوۡمَ ٱلۡـَٔاخِرَ وَذَكَرَ ٱللَّهَ كَثِیرࣰا

"Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredaan) Allah dan (balasan baik) hari akhirat, lserta ia pula menyebut dan mengingati Allah banyak-banyak (dalam masa susah dan senang)" [Surah al-Aḥzab 21]

#Sambung lagi bicara berkaitan petunjuk Nabi saw dalam bersahabat.

#Nabi saw menyuruh kita mencari sahabat yang baik bukan semata untuk manfaat semasa di dunia tetapi demi manfaat yang abadi di akhirat kelak. 

#Daripada Sayidina Abu Musa r.a, Nabi saw bersabda: “Perumpamaan kawan baik dan kawan buruk, bagaikan penjual minyak wangi, sedangkan kawan yang buruk bagaikan peniup api tukang besi. Maka penjual minyak wangi adakalanya memberimu atau engkau membeli padanya, atau mendapat bau harum daripadanya. Adapun peniup api tukang besi, jika tidak membakar bajumu atau engkau mendapat bau yang busuk daripadanya" (HR al-Bukhari dan Muslim)

#Sementara itu Imam as-Syafie rahimahullah berkata: Jika engkau punya sahabat yang selalu membantumu dalam mentaati Allah swt, maka engkau peganglah dia erat-erat, jangan pernah engkau lepaskan dia. Kerana mencari sahabat baik itu susah, tetapi melepasnya sangat mudah sekali".

#Nabi saw bersabda: Seseorang itu agamanya mengikut agama kawannya, maka lihatlah dengan siapa kalian berkawan” (HR Abu Daud dan at-Tirmizi) 

#Imam As-Syafie rahimahullah pernah mengatakan: Aku mencintai orang-orang soleh, walaupun aku bukan termasuk di antara meraka, semoga bersama mereka, aku berharap akan mendapatkan syafaatnya kelak. Dan aku membenci kepada para pelaku maksiat dan dosa walaupun aku tidak berbeza dengan mereka. Aku membenci orang yang membuang-buang usianya dalam kesia-siaan walaupun aku sendiri adalah orang yang banyak menyia-nyiakan usia".

#Ulamak Tabi’in, Iman Hassan al-Basri mengatakan: Perbanyakkanlah bersahabat dengan orang-orang yang beriman dan yang bertakwa kepada Allah swt, kerana sesungguhnya mereka akan dapat memberikan syafaat pada hari kiamat kelak.

#Memilih kawan rapat atau sahabat adalah sesuatu yang tidak boleh diambil mudah. Sebab itu Islam mengajarkan kita jangan sampai salah memilih sahabat kerana seorang sahabat memiliki pengaruh yang sangat besar terhadap peribadi sahabatnya yang lain.

#Setiap orang ada kecondongan untuk meniru orang lain dan pengaruh kawan akan dapat mempengaruhi alam di bawah sedar seseorang. Jadi kita kekadang mengikuti mereka tanpa keinginan tetapi secara tidak sedar kita telah dipengaruhinya. Jadi kita mesti cepat-cepat sedar dan menjauhkan diri, kalau tidak kita akan termasuk ke dalam dunia mereka.

♡Bersahabatlah dengan orang yang baik, soleh dan bertaqwa. Moga sahabat kita dapat membantu menyelamatkan kita di mahsyar kelak daripada kesengsaraan dan azab. Pastikan sahabat kita dikalangan orang-orang soleh dan ahli ibadah♡

🐊Ust naim
Klik link ini untuk    
http://bit.ly/tadabburkalamullah

Facebook:   
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah

Читать полностью…

Tadabbur Kalamullah

*SEDEKAH JUMAAT: INFAQ PENDIDIKAN DAN PENGURUSAN KOMPLEKS PENDIDIKAN TAHFIZ AN-NUR, BESUT, TERENGGANU*

Klik dan sumbang:
https://toyyibpay.com/INFAQ-PENDIDIKAN-TAHFIZ-ANNUR

Assalamualaikum wbt para penyumbang yang budiman...

Pihak Geng Talaqqi mengajak semua penyumbang untuk bersama-sama merebut peluang jana saham Akhirat dengan Infaq Pendidikan dan Pengurusan Tahfiz An-Nur, Kg Alor Belanga, Besut, Terengganu.

Untuk makluman semua, di dalam Kompleks Pendidikan Tahfiz an-Nur ini terdapat pembelajaran bermula dari pelajar tadika, pelajar sekolah rendah, pelajar menengah, pelajar universiti dan warga emas. Kompleks ini menempatkan:

1. Pusat Asuhan Tunas Islam (Pra Tahfiz)
2. Sek. Rendah Islam Dar An-Nur
3. Pusat Tahfiz An-Nur
4. Kolej al-Quran An-nur (masih dalam pembinaan)
5. Pondok Pengajian Agama Warga Emas

Terdapat juga pelajar asnaf dan anak yatim di Tahfiz An-nur ini.

*SASARAN: RM50 RIBU*

Jom kita menyumbang untuk kelancaran pembangunan, pendidikan dan pengurusan Kompleks Tahfiz an-Nur. Infaq dan sumbangan Tuan/Puan akan di salurkan untuk pendidikan dan pengurusan Tahfiz, antaranya:

1. Tajaan pembelajaran pelajar asnaf dan anak yatim
2. Gaji & Elaun Tenaga Pengajar
3. Makan & Keperluan Harian Pelajar
4. Kos Operasi Tahfiz
5. Aktiviti-aktiviti Pelajar
6. Dan Lain2

Jadikan hari Jumaat ini rezeki kita lebih bermakna dengan infaq pembangunan serta pengurusan Kompleks Pusat Tahfiz an-Nur demi melahirkan penghafaz al-Quran dan generasi yang kuat berpegang dengan agama.

Semoga Infaq Tuan/Puan para penyumbang semua menjadi saksi di hadapan Allah kelak dan beroleh syafaat anak-anak penghafaz al-Quran.

Jazakumullahu Khairan Kathira. Semoga dengan bantuan kita mempermudahkan urusan mereka, Allah akan mempermudahkan urusan kita didunia dan di akhirat. InsyaAllah, Aamiiin.

Sumbangan boleh disalurkan ke akaun Toyyip Pay:

https://toyyibpay.com/INFAQ-PENDIDIKAN-TAHFIZ-ANNUR

*Pertubuhan Kebajikan Ilmu dan Amal Selangor
*Maybank_5629_9101_9074
*Cimb_8604_7707_81
*Remark: Infaq Pendidikan Tahfiz AnNur

SMS/Whatsapp slip/bukti sumbangan kepada:

📲Ust Naim: http://www.wasap.my/60196023803/InfaqPendidikanTahfizAnNur

📲Tn Abu Umar: http://www.wasap.my/60193113501/InfaqPendidikanTahfizAnNur

📲Tn Akmalizan: http://www.wasap.my/60172722696/InfaqPendidikanTahfizAnNur

📲Puan Zarina: http://www.wasap.my/60193223501/InfaqPendidikanTahfizAnNur

*ANDA HULUR, KAMI SALUR*

Читать полностью…

Tadabbur Kalamullah

☆Tadabbur Kalamullah 19 Rabiul Awwal 1445H☆

لَّقَدۡ كَانَ لَكُمۡ فِی رَسُولِ ٱللَّهِ أُسۡوَةٌ حَسَنَةࣱ لِّمَن كَانَ یَرۡجُوا۟ ٱللَّهَ وَٱلۡیَوۡمَ ٱلۡـَٔاخِرَ وَذَكَرَ ٱللَّهَ كَثِیرࣰا

"Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredaan) Allah dan (balasan baik) hari akhirat, lserta ia pula menyebut dan mengingati Allah banyak-banyak (dalam masa susah dan senang)" [Surah al-Aḥzab 21]

#Ketahuilah bahawa Baginda saw adalah contoh terbaik dalam menjalinkan persahabatan.

#Nabi saw telah memberikan panduan kepada umatnya agar persahabatan yang dibina kekal sehingga akhir hayat. Sabda baginda saw:

"Tiga perkara yang boleh mengeratkan persahabatan dengan saudaramu iaitu memberi salam apabila bertemu dengannya dan menyediakan tempat duduknya dalam satu majlis serta panggillah dia dengan nama yang paling disenanginya." (HR at-Tabrani)

#Nabi saw memerintahkan kita semua agar ikhlas dan jujur dalam bersahabat. Bersahabat hanya kerana Allah bukan selainnya. Bagi sesiapa yang bersahabat kerana Allah, nescaya mereka akan dihimpunkan bersama di syurga kelak.

#Rasulullah saw bersabda: "Seandainya dua orang saling mencintai kerana Allah (seorangnya berada di belahan Timur, sedangkan yang lainnya berada di belahan Barat) nescaya Allah swt akan menghimpunkan di antara keduanya kelak di hari kiamat, lalu Allah swt berfirman yang maksudnya, “Inilah orang yang engkau cintai demi kerana Aku"

#Dalam riwayat yang lain, Rasulullah saw bersabda, bahawa Allah swt telah berfirman: Orang-orang yang mencintai kerana keagunganKu, mereka mendapatkan mimbar-mimbar daripada cahaya sehingga para nabi dan syuhada cemburu terhadap mereka"(HR Tirmizi)

#Sayidina Abu Huraira r.a berkata, Rasulullah saw bersabda: "Allah berfirman pada Hari Kiamat, “Di manakah orang-orang yang saling mencintai kerana keagunganKu pada hari ini? Aku akan menaungi mereka dalam naunganKu pada hari yang tiada naungan kecuali naunganKu" (HR Muslim)

#Sahabat yang ikhlas kerana Allah ialah apa sahaja yang mereka lakukan hendaklah hanya kerana Allah swt. Berkasih sayang kerana Allah, tolong menolong kerana Allah, ziarah menziarahi juga kerana Allah swt. Rasulullah saw bersabda:

Orang-orang yang bercinta kerana Allah berada di atas mimbar-mimbar daripada cahaya dalam naungan ‘Arsy pada hari yang tiada naungan kecuali naunganNya. Rasulullah saw pun menceritakan dari Rabbnya yang berfirman: CintaKu adalah untuk orang-orang yang saling mencintai keranaKu. CintaKu adalah untuk orang-orang yang saling tolong-menolong keranaKu. CintaKu adalah untuk orang-orang yang saling berkunjung keranaKu. Orang-orang yang bercinta kerana Allah berada di atas mimbar-mimbar daripada cahaya dalam naungan ‘Arsy pada hari tiada naungan kecuali naunganNya (HR Ahmad)

...Bersambung...

♡Nabi saw mengingatkan kita semua bahawa persahabatan yang diredhai Allah ialah yang dibina atas dasar takwa dan ikhlas kerana Allah swt. Bersahabatlah hanya kerana Allah!!♡

🐊Ust naim
Klik link ini untuk    
http://bit.ly/tadabburkalamullah

Facebook:   
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah

Читать полностью…

Tadabbur Kalamullah

☆Tadabbur Kalamullah 17 Rabiul Awwal 1445H☆

لَّقَدۡ كَانَ لَكُمۡ فِی رَسُولِ ٱللَّهِ أُسۡوَةٌ حَسَنَةࣱ لِّمَن كَانَ یَرۡجُوا۟ ٱللَّهَ وَٱلۡیَوۡمَ ٱلۡـَٔاخِرَ وَذَكَرَ ٱللَّهَ كَثِیرࣰا

"Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredaan) Allah dan (balasan baik) hari akhirat, lserta ia pula menyebut dan mengingati Allah banyak-banyak (dalam masa susah dan senang)" [Surah al-Aḥzab 21]

#Baginda Rasulullah saw contoh terbaik dalam dunia perubatan.

#Daripada Sayidina Abu Hurairah r.a bahawa Nabi Muhammad saw bersabda: "Allah tidak akan menurunkan sesuatu penyakit melainkan Dia akan menurunkan ubatnya" (HR al-Bukhari)

#Imam al-Khattabi ketika mensyarahkan hadis ini menyatakan ia menunjukkan sabitnya ilmu perubatan dan keharusan mendapatkan rawatan bagi mengubati penyakit serta sebagai isyarat kesakitan dan kesembuhan itu semuanya daripada Allah swt.

#Shaikh Musa Shaheen menyatakan yang dimaksudkan dengan "Allah akan menurunkan ubat di bumi" ialah Allah menurunkan ilmu berkaitan perubatan dan rawatan kepada manusia di muka bumi ini.

#Diriwayatkan bahawa seorang sahabat telah datang memberitahu Nabi saw bahawa saudaranya sedang diserang oleh penyakit cirit-birit. Maka Nabi saw pun menyuruh agar diberikan madu kepada saudaranya, untuk dimakan. Akan tetapi penyakit cirit-birit saudaranya itu tidak berkurangan malah semakin bertambah buruk. Sahabat ini telah menjumpai Nabi saw sebanyak tiga kali mengadukan perkara ini dan di setiap kali perjumpaan itu, Nabi saw menyuruh agar diteruskan memberi madu. Pada kali yang keempatnya, Nabi pun bersabda: "Allah bercakap benar dan perut saudaramu yang berdusta." Lantas diberikan madu untuk kali yang keempatnya, maka baiklah penyakit saudaranya itu" (HR al-Bukhari dan Muslim)

#Nabi saw bersabda:

لِكُلِّ دَاءٍ دَوَاءٌ فَإِذَا أُصِيبَ دَوَاءُ الدَّاءِ بَرَأَ بِإِذْنِ اللَّهِ عَزَّ وَجَلَّ

“Bagi setiap penyakit ada ubatnya. Apabila betul ubatnya, maka sembuhlah dengan izin Allah” (HR Muslim)

#Nabi saw pernah bersabda menyatakan:

عليكم بالشفأين العسل والقرأن

"Kamu hendaklah mengambil dua jenis ubat, madu dan al-Quran" (HR al-Baihaqi dan Ibn Majah)

#Membacakan al-Quran merupakan ubat penting di dalam kehidupan manusia, di samping mengamalkan ubat-ubatan lain seperti madu.

#Pesakit juga tidak boleh lupa berdoa kepada Allah swt memohon kesembuhan. Diriwayatkan bahawa nabi saw bersabda: "Letakkanlah tangan kamu di bahagian yang kamu terasa sakit. Kemudian bacalah بسم الله tiga kali dan kemudian bacalah sebanyak tujuh kali!

أعوذ بعزة الله وقدرته من شر ما أجد وأحاذر

Berkata Uthman: "Aku pun melakukannya dan Allah menghilangkan kesakitan ku itu" (HR Muslim)

#Selain itu, ketika menziarahi pesakit, kita digalakkan berdoa untuk pesakit. Lihatlah bagaimana Nabi saw berdoa untuk Sayidina Saad ibn Waqqas r.a:

اللهم اشف سعد

"Ya Allah, sembuhkanlah Saad" (3x) (HR Muslim)

...Bersambung...

♡Berubatlah dengan kaedah yang ditunjukkan Rasulullah saw disamping mendapatkan rawatan dengan ilmu perubatan moden asalkan tidak bercanggah dengan Islam♡

🐊Ust naim
Klik link ini untuk    
http://bit.ly/tadabburkalamullah

Facebook:   
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah

Читать полностью…

Tadabbur Kalamullah

☆Tadabbur Kalamullah 12 Rabiul Akhir 1445H☆

وَلَن تَرۡضَىٰ عَنكَ ٱلۡیَهُودُ وَلَا ٱلنَّصَـٰرَىٰ حَتَّىٰ تَتَّبِعَ مِلَّتَهُمۡۗ 

"Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali akan bersetuju atau suka kepadamu (wahai Muhammad) sehingga engkau menurut ugama mereka (yang telah terpesong itu)" [Surah al-Baqarah 120]

#Disini disenaraikan antara sejarah kekejaman Yahudi yang tidak akan dapat dilupakan bangsa Palestin sebelum dan sesudah wujudnya negara Israel.

#Kaum Yahudi mengaku mereka keturunan Nabi Daud. Mereka percaya kawasan sekitar Bukit Zion atau Palestin adalah bekas kerajaan Nabi Daud yang telah ditawan dari Bani Al-Yabusiyyah. Yahudi memilih segi tiga terbalik sebagai lambang mereka, yang bermaksud materialisme, manakala segi tiga betul adalah spiritualisme. Gabungan kedua-duanya segi tiga betul dan terbalik membentuk berbucu enam yang menjadi lambang agama Yahudi hingga kini.

#Yahudi menganggap mereka bangsa pilihan dan bangsa-bangsa lain mereka panggil kafir atau goyem. Agama Yahudi hanya untuk mereka cenderung untuk bersikap ekskusif, menolak orang lain kerana berasa bangsa lain tidak setaraf dengan mereka.

#Perkataan Zionisme diambil sempena nama Bukit Zion. Pertubuhan Zionis Sedunia diwujudkan pada tahun 1897 dengan matlamat menguasai seluruh alam khas untuk bangsa mereka di Zion (Palestin).

#Kongres pertama Pertubuhan Zionis Sedunia berlangsung di Basle, Switzerland pada 1897. Usul Protocols of Zion mengandungi perancangan terperinci untuk menguasai Palestin dan seluruh dunia telah diterima tanpa bangkangan. Antara strateginya ialah menyebar fitnah, mencetuskan perbalahan dan permusuhan di kalangan negara-negara Eropah.

#ISRAEL wujud pada 1948 dengan keluasan 20,770 kilometer persegi, terletak di antara Mesir, Semenanjong Gaza, Jordan, Lebanon dan Syria. Ia sebenarnya adalah sebahagian daripada bumi Palestin yang dirampas melalui perang dengan sokongan Britain dan Amerika.

#Bangsa Yahudi tidak menggalakkan perkahwinan campur. Pada mereka bangsa lain tidak layak berkongsi hidup dengan mereka. Malah mereka juga memberikan pelbagai gelaran negatif kepada Yahudi yang memilih pasangan bangsa lain.

#Kanak-kanak Yahudi diajar supaya menyumpah seranah dan memaki hamun tatkala melintasi kawasan perkuburan bangsa lain terutama Islam. Kesalahan orang Yahudi paling besar adalah membunuh banyak nabi, antaranya Hizrial, Asyia, Armia, Zakaria, Yahya dan banyak lagi. Mereka juga cuba membunuh Isa dan Muhammad tetapi gagal.

... Bersambung...

♡Kezaliman Yahudi bermula sejak dahulu hinggalah sekarang. Namun malangnya, ada orang Melayu dan Islam yang menyokong Israel Zionis. Bertaubatlah!!♡

🐊Ust naim
Klik link ini untuk    
http://bit.ly/tadabburkalamullah

Facebook:   
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah

Читать полностью…

Tadabbur Kalamullah

☆Tadabbur Kalamullah 10 Rabiul Akhir 1445H☆

كُتِبَ عَلَیۡكُمُ ٱلۡقِتَالُ وَهُوَ كُرۡهࣱ لَّكُمۡۖ وَعَسَىٰۤ أَن تَكۡرَهُوا۟ شَیۡـࣰٔا وَهُوَ خَیۡرࣱ لَّكُمۡۖ وَعَسَىٰۤ أَن تُحِبُّوا۟ شَیۡـࣰٔا وَهُوَ شَرࣱّ لَّكُمۡۚ وَٱللَّهُ یَعۡلَمُ وَأَنتُمۡ لَا تَعۡلَمُونَ

"Kamu diwajibkan berperang (untuk menentang pencerobohan) sedang peperangan itu ialah perkara yang kamu benci; dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya" [Surah al-Baqarah 216]

#Umat Islam diwajibkan berperang untuk menegakkan agama Allah swt di dunia ini dan juga menentang pencerobohan daripada musuh.

#Ketahuilah, terdapat keadaan di mana setiap Muslim perlu mengangkat senjata untuk berperang apabila negara diserang musuh. Maka, pada waktu itu, semua diwajibkan untuk berperang.

#Ayat ini menjadi dalil bahawa jihad perang adalah wajib. Kadangkala kita tidak suka sesuatu perkara itu kerana kita guna akal dan emosi kita. Sebagai contoh, pada akal kita mungkin kita rasa tidak elok kalau berperang. Namun pencapaian akal kita terhad dan tidak dapat mengetahui dengan penuh tentang hakikat sesuatu perkara itu.

#Ini adalah ujian keimanan untuk kita, adakah kita sanggup taat kepada suruhan dan percaya kepada hikmah yang Allah swt telah berikan kepada kita? Adakah kita faham atau tidak?

#Terdapat hadis yang menyebut tentang tuntutan berjihad fi sabilillah:

أَبِي هُرَيْرَةَ رَ ضِيَ اَللَّهُ عَنْهُ قَالَ: قَالَ رَسُولُ اَللَّهِ صلى الله عليه وسلم: مَنْ مَاتَ وَلَمْ يَغْزُ, وَلَمْ يُحَدِّثْ نَفْسَهُ بِهِ, مَاتَ عَلَى شُعْبَةٍ مِنْ نِفَاقٍ

“Daripada Sayidina Abu Hurairah r.a bahawa Rasulullah saw bersabda: "Barangsiapa mati, sedangkan dia tidak pernah berjihad dan tidak mempunyai keinginan untuk jihad, maka dia mati dalam satu cabang kemunafikan” (Muttafaq Alaih)

#Dalam Persidangan Majma’ al-Fiqh al-Islami pada 22-27 Disember 2001 di Kuwait memutuskan bahawa menceroboh kehormatan orang Islam, menjajah negeri mereka, menumpahkan darah mereka, dan menguasai harta benda serta ekonomi mereka adalah haram. Wajib bagi ulamak Islam mendedahkan hakikat ini khususnya berkenaan isu Palestin. Bahkan wajib bagi seluruh umat Islam dan pemerintahnya mengembalikan bumi tersebut kepada umat Islam dan memelihara Masjid al-Aqsa daripada najis Yahudi yang menjajah bumi tersebut.

#Peperangan memang perkara yang manusia biasa tidak suka. Manusia membencinya kerana ia adalah naluri biasa manusia. Sebab tidak ada sesiapa pun yang suka mati dan suka membunuh orang lain.

#Namun, Allah swt beritahu yang mungkin ada perkara yang kita benci tetapi sebenarnya ia adalah baik untuk kita. Antaranya jihad. Jihad ini penting dan diwajibkan kepada kita kerana jihad fisabilillah ini akan mendekatkan kita kepada Allah swt. Tidak akan ada orang yang membuat maksiat semasa sedang berjihad di jalan Allah swt.

#Apabila sedang berperang maka kita dalam keadaan di mana kita tahu bahawa bila-bila masa sahaja kita boleh mati maka tentunya kita akan ingat kepada Allah swt dan tidak berani untuk membuat dosa disebabkan terdapat kemungkinan yang amat besar yang kita akan mati. Itulah kebaikan berperang disamping tergolong dalam kumpulan orang yang mati syahid iaitu beroleh kematian yang mulia.

#Berkata Syeikh Dr Mustafa Wahbah al-Zuhaili ketika ditanya kepadanya apa lagi cita-citanya, lalu beliau menjawab: “Aku bercita-cita agar dapat solat di Masjidil Aqsa dalam keadaan ia terbebas daripada cengkaman Israel".

♡Berjihad dan berperanglah demi mempertahankan kedaulatan Islam dan ketika mana negara di ceroboh♡

🐊Ust naim
Klik link ini untuk    
http://bit.ly/tadabburkalamullah

Facebook:   
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah

Читать полностью…

Tadabbur Kalamullah

☆Tadabbur Kalamullah 8 Rabiul Akhir 1445H☆

وَلَن تَرْضَىٰ عَنكَ الْيَهُودُ وَلَا النَّصَارَىٰ حَتَّىٰ تَتَّبِعَ مِلَّتَهُمْ

“Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali akan bersetuju atau suka kepadamu (wahai Muhammad) sehingga engkau menurut agama mereka (yang telah terpesong itu)" [Surah al-Baqarah 120]

#Al-Quran sangat kritis membicarakan kaum Yahudi. Mereka dipandang sebagai kaum yang paling keras permusuhannya terhadap umat Islam.

لَتَجِدَنَّ أَشَدَّ ٱلنَّاسِ عَدَٰوَةٗ لِّلَّذِينَ ءَامَنُواْ ٱلۡيَهُودَ وَٱلَّذِينَ أَشۡرَكُواْۖ

“Demi sesungguhnya engkau (wahai Muhammad) akan dapati manusia yang keras sekali permusuhannya kepada orang-orang yang beriman ialah orang-orang Yahudi dan orang-orang musyrik" [Surah al-Maidah 82]

#Ayat ini menunjukkan bahawa Yahudi mempunyai sifat yang paling keras permusuhannya terhadap umat Islam. Sifat ini mengakibatkan berlaku fenomena pembunuhan yang bukan asing dalam sejarah Yahudi. Bahkan nabi-nabi mereka, seperti Nabi Zakaria Alaihissalam dan Nabi Yahya Alaihissalam juga turut dibunuh. Selain itu, Yahudi menganggap bahawa mereka membunuh Nabi Isa Alaihissalam dengan bangganya. Sedangkan menurut al-Quran bahawa Nabi Isa Alaihissalam diselamatkan oleh Allah swt daripada kejadian pembunuhan tersebut.

#Yahudi juga merupakan satu bangsa yang memiliki sifat tamak dan rakus yang terlalu tinggi terhadap dunia.

وَلَتَجِدَنَّهُمۡ أَحۡرَصَ ٱلنَّاسِ عَلَىٰ حَيَوٰةٖ وَمِنَ ٱلَّذِينَ أَشۡرَكُواْۚ يَوَدُّ أَحَدُهُمۡ لَوۡ يُعَمَّرُ أَلۡفَ سَنَةٖ وَمَا هُوَ بِمُزَحۡزِحِهِۦ مِنَ ٱلۡعَذَابِ أَن يُعَمَّرَۗ وَٱللَّهُ بَصِيرُۢ بِمَا يَعۡمَلُونَ  

“Demi sesungguhnya engkau (wahai Muhammad) akan dapati mereka itu setamak-tamak manusia kepada hidup (yang lanjut masanya), dan (lobanya mereka kepada hidup itu) melebihi loba orang-orang kafir musyrik. Tiap-tiap seorang dari mereka suka kiranya ia boleh hidup seribu tahun, padahal umur panjang yang demikian, tidak akan dapat melepaskannya dari azab (yang disediakan oleh Allah). Dan (ingatlah), Allah sentiasa melihat akan apa yang mereka lakukan" [Surah al-Baqarah 96]

#Dalam ayat lain Allah swt berfirman:

وَإِذۡ قَالَ مُوسَىٰ لِقَوۡمِهِۦ يَٰقَوۡمِ لِمَ تُؤۡذُونَنِي وَقَد تَّعۡلَمُونَ أَنِّي رَسُولُ ٱللَّهِ إِلَيۡكُمۡۖ فَلَمَّا زَاغُوٓاْ أَزَاغَ ٱللَّهُ قُلُوبَهُمۡۚ وَٱللَّهُ لَا يَهۡدِي ٱلۡقَوۡمَ ٱلۡفَٰسِقِينَ

“Dan (ingatlah peristiwa) ketika Nabi Musa berkata kepada kaumnya: " Wahai kaumku! Mengapa kamu menyakiti daku, sedang kamu mengetahui bahawa sesungguhnya aku ini Pesuruh Allah kepada kamu?" Maka ketika mereka menyeleweng (dari kebenaran yang mereka sedia mengetahuinya), Allah selewengkan hati mereka (dari mendapat hidayah petunjuk); dan sememangnya Allah tidak memberi hidayah petunjuk kepada kaum yang fasik - derhaka" [Surah al-Saff 5]

#Ayat-ayat ini menunjukkan bahawa Yahudi mempunyai sifat tamak yang tinggi terhadap dunia. Perkara ini dapat dilihat ketika Yahudi mengkhianati Nabi Musa Alaihissalam dengan menyembah patung anak sapi dalam tempoh 40 hari setelah Nabi Musa membimbing Yahudi untuk selamatkan diri daripada perhambaan Firaun.

#Sifat yang melampau ini juga menonjol sepertimana imperialisme Zionis-Israel di Tebing Barat dan Jurusalem ketika ini yang merampas tanah umat Islam kemudian berperang membunuh umat Islam. Moga laknat dan murka Allah ke atas mereka. Selain itu, sifat tamak Yahudi ini menunjukkan sikap tidak berterima kasih dan lupa daratan terhadap umat Islam suatu ketika dahulu. Yahudi pernah dipencilkan oleh majoriti penganut beragama di pelbagai penjuru dunia dan kemudian selama beratus-ratus tahun mendapat perlindungan dari umat Islam di Andalusia dan Turki Uthmani.

#Yahudi juga merupakan bangsa yang bersifat penakut, mental koyak...

...Bersambung...

♡Inilah antara bangsa yang Allah swt sebutkan di dalam al-Quran tentang kejahatan, kezaliman dan kerasukan yang mereka lakukan iaitu bangsa Yahudi. Bangsa penipu, pengkhianat dan pembunuh♡

🐊Ust naim
Klik link ini untuk    
http://bit.ly/tadabburkalamullah

Facebook:   
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah

Читать полностью…

Tadabbur Kalamullah

☆Tadabbur Kalamullah 6 Rabiul Akhir 1445H☆

سُبۡحَـٰنَ ٱلَّذِیۤ أَسۡرَىٰ بِعَبۡدِهِۦ لَیۡلࣰا مِّنَ ٱلۡمَسۡجِدِ ٱلۡحَرَامِ إِلَى ٱلۡمَسۡجِدِ ٱلۡأَقۡصَا ٱلَّذِی بَـٰرَكۡنَا حَوۡلَهُۥ لِنُرِیَهُۥ مِنۡ ءَایَـٰتِنَاۤۚ إِنَّهُۥ هُوَ ٱلسَّمِیعُ ٱلۡبَصِیرُ

"Maha Suci Allah yang telah menjalankan hambaNya (Muhammad) pada malam hari dari Masjid Al-Haraam (di Makkah) ke Masjid Al-Aqsa (di Palestin), yang Kami berkati sekelilingnya, untuk memperlihatkan kepadanya tanda-tanda (kekuasaan dan kebesaran) Kami. Sesungguhnya Allah jualah yang Maha Mendengar, lagi Maha Melihat" [Surah al-Israʾ 1]

#Masjidil Aqsa terletak di Baitul Maqdis dan Sayidina Umar telah membukanya pada tahun 15 Hijrah bersamaan 636 Masihi. Peristiwa yang cukup hebat itu jelas menunjukkan kehebatan Islam yang membawa rahmat kepada sekelian alam.

#Sebelum Khalifah Umar r.a berangkat menuju ke Jerusalem, beliau telah bermusyawarah bersama para sahabatnya tentang permintaan khusus rakyat Iliya’ (nama lama bagi Jerusalem). Sayidina Uthman ibn Affan r.a mencegah Sayidina Umar pergi ke al-Quds, tetapi Sayidina Ali bin Abi Talib r.a mengusulkan cadangan lain yang kemudiannya diterima oleh Umar; iaitu melakukan rapat umum bersama rakyat Iliya’. Sementara pemergian Sayidina Umar r.a ke Jerusalem, beliau telah melantik Saidina Ali bin Abi Talib r.a menggantikan tugas kekhalifahannya untuk menjaga penduduk-penduduk Islam di Madinah. Lantikan tersebut merupakan usulan Uthman kepada Umar.

#Di sinilah hikayat gemilang kisah agung pembukaan Kota al Quds yang dilakukan oleh Khalifah Umar al-Khattab. Khalifah Islam ke-2 yang pernah mendapat gelaran al-Faruq ini, dipuji Baginda saw sebagaimana sabdanya:

إِنَّ اللَّهَ جَعَلَ الحَقَّ عَلَى لِسَانِ عُمَرَ وَقَلْبِهِ

"Sesungguhnya Allah swt menempatkan kebenaran pada lisan Umar dan hatinya.”
(HR at-Tirmizi)

#Khalifah Umar al-Khattab r.a tidak pergi ke Baitul Maqdis dengan rombongan tentera, pakaian yang mewah-mewah dan keagungan kerajaannya. Menurut satu riwayat yang lemah, beliau pergi dengan hanya menaiki seekor unta secara bergilir-gilir dengan pembantunya. Apa yang paling utama tauladan daripada pemergian Umar ke al-Quds adalah dengan cara yang amat menginsafkan.

#Setibanya di al-Quds, Sayidina Umar telah melalui khemah tentera-tentera Islam yang dipimpin oleh Abu Ubaidah bin Jarrah ra di Jabiya. Apabila Abu Ubaidah melihat kaki Khalifah Umar berdebu dan calar-balar akibat perjalanan yang jauh, Abu Ubaidah dengan niat yang baik memberi cadangan kepada Umar untuk mengapitnya sehingga ke gerbang utama al-Quds. Umar merenung Abu Ubaidah, dengan wajah yang sangat tegas terbitlah kata-kata Umar yang mahsyur kepadanya:

أولو غيرك يقولها يا أبا عبيدة، إنكم كنتم أذل الناس، وأحقر الناس، وأقل الناس، فأعزكم الله بالإسلام، فمهما تبتغون العزة في غيره، أذلكم الله

“Kalaulah bukan engkau yang mengucapkannya wahai Abu Ubaidah (nescaya aku menghukummu sebagai pengajaran). Sesungguhnya kita semua ini adalah sehina-hina manusia, adapun kamu semua dimuliakan Allah dengan Islam, sekiranya kita mencari kemuliaan selain Islam sudah tentu kita akan dihina oleh Allah.”

#Umar menghentikan untanya apabila tiba di hadapan gerbang Jerusalem. Mata mereka tertumpu kepada seorang pemimpin umat yang tidak pernah dilihat di sepanjang sejarah empayar-empayar besar Rom dan Parsi. Mereka menyangka Umar akan tiba dengan satu rombongan yang besar dan sejumlah kebanggaan di raja seperti emas, mahkota, permaisuri, gundik-gundik dan sebagainya. Tetapi apa yang terlihat di depan mata adalah sebaliknya. Khalifah Umar menerima penyerahan kunci kota suci itu secara rasmi daripada rakyat Iliya’.

♡Ya Allah, kurniakanlah kekuatan dan kemenangan kepada para pejuang dan seluruh rakyat Palestin. Aamiiin♡

🐊Ust naim
Klik link ini untuk    
http://bit.ly/tadabburkalamullah

Facebook:   
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah

Читать полностью…

Tadabbur Kalamullah

☆Tadabbur Kalamullah 4 Rabiul Akhir 1445H☆

سُبۡحَـٰنَ ٱلَّذِیۤ أَسۡرَىٰ بِعَبۡدِهِۦ لَیۡلࣰا مِّنَ ٱلۡمَسۡجِدِ ٱلۡحَرَامِ إِلَى ٱلۡمَسۡجِدِ ٱلۡأَقۡصَا ٱلَّذِی بَـٰرَكۡنَا حَوۡلَهُۥ لِنُرِیَهُۥ مِنۡ ءَایَـٰتِنَاۤۚ إِنَّهُۥ هُوَ ٱلسَّمِیعُ ٱلۡبَصِیرُ

"Maha Suci Allah yang telah menjalankan hambaNya (Muhammad) pada malam hari dari Masjid Al-Haraam (di Makkah) ke Masjid Al-Aqsa (di Palestin), yang Kami berkati sekelilingnya, untuk memperlihatkan kepadanya tanda-tanda (kekuasaan dan kebesaran) Kami. Sesungguhnya Allah jualah yang Maha Mendengar, lagi Maha Melihat" [Surah al-Israʾ 1]

#Menurut Syeikh Dr. Wahbah az-Zuhaili di dalam kitab tafsirnya: "Masjidil Aqsa di dalam surah al-Isra’ ini adalah Baitul Maqdis. Dinamakan Masjidil Aqsa adalah disebabkan jaraknya yang jauh daripada Masjidil Haram. Ia merupakan masjid yang paling jauh daripada ahli Makkah di atas muka bumi ini yang dituntut atau disyariatkan bagi kita untuk menziarahinya. (Lihat: Tafsir al-Munir)
 
#Pada zaman Sayidina Umar bin al-Khattab r.a telah dibuka Baitul Maqdis pada tahun 16 Hijrah sebagaimana yang dinyatakan oleh para pengkaji atau sarjana yang menulis tentang sejarah. Selain itu juga, Sayidina Umar bin al-Khattab r.a telah pergi ke sana dengan dirinya dan memperbaiki masyarakat di sana serta membersihkan tanah suci tersebut daripada golongan Yahudi dan Nasrani lalu membuka kota tersebut dengan membina sebuah masjid. (Lihat: al-Bidayah Wan Nihayah)

#Disamping itu, terdapat riwayat daripada Sayidina Abu Hurairah r.a, bahawa Nabi saw bersabda:
 
لاَ تُشَدُّ الرِّحَالُ إِلَّا إِلَى ثَلاَثَةِ مَسَاجِدَ: المَسْجِدِ الحَرَامِ، وَمَسْجِدِ الرَّسُولِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، وَمَسْجِدِ الأَقْصَى

“Janganlah kamu bersusah payah mengembara (atau bermusafir bagi tujuan ibadah) melainkan pada tiga buah masjid iaitu Masjidil Haram, Masjid Rasulullah saw dan juga masjid al-Aqsa” (HR al-Bukhari)
 
#Ini jelas menunjukkan kepada kita akan kelebihan dan fadhilat yang terdapat pada masjid al-Aqsa atau bumi Palestin itu sendiri. Kita sebagai umat Islam dituntut untuk sentiasa mengasihi dan mencintai tanah suci ini dan mempertahankannya daripada segala ancaman dan juga anasir yang tidak baik.

#Berkata Almarhum Syeikh Dr. Yusuf al-Qaradhawi rahimahullah: Harus kita katakan dengan jelas bahawa perjuangan ini adalah perjuangan umat Islam. Kota Al-Quds bukan hanya masalah orang-orang Palestin, bukan hanya masalah orang-orang Arab. Kota Al-Quds adalah masalah seluruh umat Islam di seluruh dunia".

♡Sebagai seorang muslim yang mengaku beriman kepada Allah swt dan rasulNya, kita perlu mengambil berat dan cakna akan isu ini kerana ia melibatkan salah satu daripada kota suci umat Islam. Semoga seluruh umat Islam sentiasa bermunajat dan berdoa serta solat untuk menghilangkan kabus luka hati umat Islam berkaitan apa yang berlaku di Baitul Maqdis. Semoga Allah sinarkan cahaya kebebasan untuk Baitul Maqdis dan juga masjid al-Aqsa daripada cengkaman Zionis. Aamiiin♡

🐊Ust naim
Klik link ini untuk    
http://bit.ly/tadabburkalamullah

Facebook:   
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah

Читать полностью…

Tadabbur Kalamullah

☆Tadabbur Kalamullah 2 Rabiul Akhir 1445H☆

سُبۡحَـٰنَ ٱلَّذِیۤ أَسۡرَىٰ بِعَبۡدِهِۦ لَیۡلࣰا مِّنَ ٱلۡمَسۡجِدِ ٱلۡحَرَامِ إِلَى ٱلۡمَسۡجِدِ ٱلۡأَقۡصَا ٱلَّذِی بَـٰرَكۡنَا حَوۡلَهُۥ لِنُرِیَهُۥ مِنۡ ءَایَـٰتِنَاۤۚ إِنَّهُۥ هُوَ ٱلسَّمِیعُ ٱلۡبَصِیرُ

"Maha Suci Allah yang telah menjalankan hambaNya (Muhammad) pada malam hari dari Masjid Al-Haraam (di Makkah) ke Masjid Al-Aqsa (di Palestin), yang Kami berkati sekelilingnya, untuk memperlihatkan kepadanya tanda-tanda (kekuasaan dan kebesaran) Kami. Sesungguhnya Allah jualah yang Maha Mendengar, lagi Maha Melihat" [Surah al-Israʾ 1]

#Terdapat beberapa riwayat tentang hubungan Nabi Muhammad saw, para sahabat dan pejuang silam dengan bumi Palestin:

#Sebagaimana umum mengetahui, ketika Rasulullah saw melakukan Israk, Baginda saw ke Baitul Maqdis sebelum Mi’raj ke langit. Inilah terminal pertama Baginda berhenti setelah berangkat dari Makkah sebelum menuju ke langit, dan Baginda menjadi imam solat kepada para Nabi dan Rasul di Masjidil Aqsa di Palestin.

#Sayidina Abu Zar r.a bertanya kepada Rasulullah saw: Masjid mana yang pertama kali diletakkan oleh Allah di muka bumi?” Baginda menjawab: “Masjidil Haram.” Aku bertanya lagi, “Kemudian masjid mana?” Baginda menjawab: “Masjidil Aqsa.” Aku bertanya lagi: “Berapa jarak antara keduanya?” Baginda menjawab yang bermaksud: “Empat puluh tahun.” Kemudian Baginda bersabda yang bermaksud: “Di manapun solat menjumpaimu, maka solatlah dan bumi bagi kalian adalah masjid.”

#Sayidina Abu Bakar as-Siddiq r.a meskipun sibuk dengan masalah kemurtadan orang-orang Arab di Jazirah Arab dengan menyediakan pasukan untuk memerangi mereka agar kembali kepada Islam yang benar, beliau tidak membatalkan pasukan yang diperintahkan Nabi untuk pergi berperang di bumi Syam (Palestin), meskipun memerlukan kekuatan untuk mengembalikan kestabilan Jazirah Arab.

#Di zaman keemasan penaklukan Islam di masa pemerintahan Sayidina Umar al-Faruq r.a, beliau tidak pernah keluar dari Madinah untuk merayakan penaklukan (pembukaan) negeri kecuali Palestin. Sayidina Umar r.a pergi ke sana sendiri dan membukanya dengan damai, solat di dalamnya dan menerima kunci untuk menyelamatkan orang-orang Nasrani dari penindasan orang-orang Rom saat itu.

#Bumi Palestin dibuka sekali lagi selepas zaman Sayidina Umar oleh Panglima Salahuddin al-Ayyubi di hari bersejarah tahun 583 Hijrah, hari Jumaat bertepatan dengan tanggal 27 Rejab. Ini merupakan fakta yang ajaib yang mana Allah memudahkan pengembalian al-Quds kepada pemiliknya.

... Bersambung...

♡Semoga urusan para pejuang dan umat Islam mempertahan bumi suci ini dipermudahkan oleh Allah swt. Aamiiin♡

🐊Ust naim
Klik link ini untuk    
http://bit.ly/tadabburkalamullah

Facebook:   
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah

Читать полностью…

Tadabbur Kalamullah

☆Tadabbur Kalamullah 30 Rabiul Awwal 1445H☆

یَسۡـَٔلُكَ ٱلنَّاسُ عَنِ ٱلسَّاعَةِۖ قُلۡ إِنَّمَا عِلۡمُهَا عِندَ ٱللَّهِۚ وَمَا یُدۡرِیكَ لَعَلَّ ٱلسَّاعَةَ تَكُونُ قَرِیبًا

"Manusia bertanya kepadamu (wahai Muhammad) tentang kedatangan hari kiamat; katakanlah: "Sesungguhnya pengetahuan mengenainya hanyalah ada di sisi Allah. " Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui? - boleh jadi masa datangnya tidak lama lagi" [Surah al-Aḥzab 63]

#Sambungan bicara mengenai peperangan sebelum berlakunya kiamat.

#Sabda Nabi saw:

يَكُونُ اخْتِلَافُ عِندَ مَوتِ خَلِيفَة ، فَيَخرُجُ رَجُلٌ مِن أَهلِ المَدِينَةِ هَارِبًا إِلَى مَكَّةَ، فَيَأتِيهِ نَاسٌ مِن أَهلِ مَكَّةَ فَيُخرِجُونَهُ وَهُوَ كَارِهٌ ، فَيُبَايِعٌونَهُ بَينَ الرُّكنِ وَالمَقَامِ ، فَيُبعَثُ إِلَيهِ بَعثٌ مِن الشَام ، فَيُخسَفُ بِهِم بِالبَيدَاء ، فَإِذَا رَأَى النَّاسَ ذَلِكَ أَتَاهُ أَبدَالُ الشَّامِ وَعَصَائِبُ العِرَاقِ فَيُبَايِعُونَهُ

"Bakal berlaku perselisihan saat kematian khalifah. Lalu muncul seorang lelaki (Imam Mahdi) daripada Madinah lari ke Makkah. Kemudian dia didatangi oleh penduduk Makkah lalu membawanya keluar dari rumah dalam keadaan beliau enggan. Beliau lalu dibaiah di antara Rukun Hajarul Aswad dan Maqam Ibrahim. Selepas itu datang satu pasukan dari Syam untuk memerangi beliau, lalu bumi menelan mereka ketika sampai di kawasan Baida’. Apabila manusia melihat peristiwa itu, datanglah para wali abdal daripada Syam dan pasukan-pasukan dari Iraq dan memberi baiah kepadanya" (HR Abu Daud)

#Apa yang dapat difahami daripada hadis ini ialah terdapat beberapa kumpulan Islam yang berjuang di serata dunia. Setiap kumpulan ini berbaiah kepada pemimpin masing-masing. Namun apabila muncul Imam Mahdi, kesemua kumpulan wajib menggabungkan diri dengan kumpulan Imam Mahdi kerana dia adalah khalifah Islam sejagat, bukan sekadar pemimpin kumpulan Islam setempat.

#Selain itu, peristiwa perjanjian taat setia turut berlaku ketika perang antara Islam melawan Rom. Sabda Rasulullah saw:

عَدُوٌّ يَجْمَعُونَ لِأَهْلِ الْإِسْلَامِ وَيَجْمَعُ لَهُمْ أَهْلُ الْإِسْلَامِ. قُلْتُ الرُّومَ تَعْنِي؟ قَالَ: نَعَمْ وَتَكُونُ عِنْدَ ذَاكُمْ الْقِتَالِ رَدَّةٌ شَدِيدَةٌ ، فَيَشْتَرِطُ الْمُسْلِمُونَ شُرْطَةً لِلْمَوْتِ لَا تَرْجِعُ إِلَّا غَالِبَةً

Musuh berhimpun untuk menentang tentera Islam. Tentera Islam juga berhimpun untuk menentang mereka. Ibn Mas`ud bertanya adakah mereka Rom? Nabi menjawab: Ya. Saat itu ramai orang Islam berpaling tidak sanggup berperang kerana kedahsyatannya. Sehingga orang Islam yang ada mengikat perjanjian hidup mati; Tidak akan pulang melainkan setelah menang (HR Muslim)

#Hadis-hadis diatas menunjukkan kepentingan baiah (janji taat setia) dalam kumpulan Islam yang berjuang di akhir zaman. Sama ada Imam Mahdi sudah muncul ataupun belum, beriltizam taat setia dengan jamaah Islam yang lengkap ciri-cirinya sebagai Hizbullah merupakan kewajipan Islam. Ia juga adalah perintah Rasulullah saw bagi menyelamatkan diri dari fitnah akhir zaman.

#Sabda Rasulullah saw ketika ditanya mengenainya oleh Sayidina Huzaifah al-Yaman berkenaan cara menyelamatkan diri dari fitnah akhir zaman:

تَلْزَمُ جَمَاعَةَ الْمُسْلِمِينَ وَإِمَامَهُم.

Beriltizamlah dengan jamaah Islam dan pemimpin mereka" (HR al-Bukhari dan Muslim)

#Beriltizam bukan sekadar mendaftar diri untuk berjuang, tetapi melaksanakan segala ketetapan jamaah Islam yang tidak bercanggah dengan syarak. Ia berkait dengan janji baiah yang perlu dipenuhi oleh umat Islam ketika mendaftar diri sebagai pejuang.

♡Allah swt memberi janji kemenangan kepada pejuang-pejuang Islam dengan syarat mengikut ketetapan Allah swt dan Rasul ya serta berbaiah dengan seikhlas hati mentaati pimpinan dalam jihad mendaulatkan agama Allah swt♡

🐊Ust naim
Klik link ini untuk    
http://bit.ly/tadabburkalamullah

Facebook:   
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah

Читать полностью…

Tadabbur Kalamullah

☆Tadabbur Kalamullah 28 Rabiul Awwal 1445H☆

یَسۡـَٔلُكَ ٱلنَّاسُ عَنِ ٱلسَّاعَةِۖ قُلۡ إِنَّمَا عِلۡمُهَا عِندَ ٱللَّهِۚ وَمَا یُدۡرِیكَ لَعَلَّ ٱلسَّاعَةَ تَكُونُ قَرِیبًا

"Manusia bertanya kepadamu (wahai Muhammad) tentang kedatangan hari kiamat; katakanlah: "Sesungguhnya pengetahuan mengenainya hanyalah ada di sisi Allah. " Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui? - boleh jadi masa datangnya tidak lama lagi" [Surah al-Aḥzab 63]

#Sambung lagi bicara tentang tanda kiamat berkaitan peperangan akhir zaman.

#Al-Malhamah al-Kubra akan terjadi di A'maq atau Dabiq, dua tempat yang berdekatan dengan Halab di Syria dan Antakia di Turki. 

#Hal ini  bersandarkan kepada sabda Nabi saw: 

"Tidak akan terjadi hari kiamat hingga bangsa Rom akan turun berhimpun di A'maq atau Dabiq, lalu keluar menghadapi mereka sekelompok askar dari Madinah antara sebaik-baik penduduk bumi ketika itu. Maka tatkala mereka berhadapan, bangsa Rom berkata: "Biarkanlah kami memerangi orang-orang yang mengambil tawanan daripada kami." Kaum Muslimin menjawab: "Tidak, demi Allah, kami tidak akan membiarkan kamu memerangi saudara-saudara kami." Maka terjadilah peperangan antara mereka. Lalu ada sepertiga yang kalah di mana Allah tidak akan mengampuni dosa mereka untuk selama-lamanya dan sepertiga lagi terbunuh sebagai sebaik-baik syuhada' di sisi Allah dan sepertiga lagi akan memperolehi kemenangan. Mereka tidak akan ditimpa sebarang fitnah selama-lamanya, lalu mereka akan menakluki Kostantinopel. Kemudian ketika mereka sedang membahagikan harta rampasan perang di mana mereka telah menggantungkan pedang-pedang mereka pada pohon zaitun tiba-tiba syaitan meneriak terhadap mereka: "Sesungguhnya Al-Masih (Dajjal) telah muncul dalam kalangan keluarga kalian," maka mereka pun segera keluar, sedangkan itu hanyalah satu kebohongan. Apabila mereka mendatangi Syam, ia pun muncul. Maka ketika mereka sedang mempersiapkan diri untuk peperangan dan merapikan barisan, tibalah waktu solat. Lalu turunlah Nabi Isa bin Maryam Alaihissalam, lalu ia mengimami mereka. Apabila musuh Allah (Dajjal) melihatnya, nescaya ia akan mencair sebagaimana garam mencair di dalam air. Seandainya ia membiarkannya sahaja nescaya ia juga akan mencair sehingga binasa, akan tetapi Allah ingin membunuhnya  dengan tangannya, lalu baginda memperlihatkan kepada mereka darahnya yang  melekat di tombaknya" (HR Muslim)

#Dalam riwayat lain Nabi saw bersabda: “Kepesatan Baitulmaqdis adalah tanda keruntuhan Madinah. Keruntuhan Madinah adalah tanda perang besar. Berlakunya perang besar adalah tanda pembukaan kota Costantinople. Pembukaan Constantinople adalah tanda keluarnya Dajal" (HR Abu Daud)

#Sabdanya lagi:

تَغْزُونَ جَزِيرَةَ العَرَبِ، فَيَفْتَحُهَا اللهُ. ثُمَّ فَارِسَ، فَيَفتَحُها اللهُ. ثُمَّ تَغْزُونَ الرُّومَ، فَيَفْتَحُهَا اللهُ. ثُمَّ تَغْزُونَ الدَّجَّالَ، فَيَفْتَحُهُ اللهُ.

Kamu akan memerangi tanah Arab lalu Allah memberikan kemenangan. Kemudian kamu akan memerangi tanah Parsi lalu Allah memberikan kemenangan. Kemudian kamu akan memerangi tanah Rom lalu Allah memberikan kemenangan. Kemudian kamu akan memerangi Dajal lalu Allah memberikan kemenangan (HR Muslim)

#Justeru itu, gambaran peperangan besar ini akan berlaku pada ketika kemunculan Imam al-Mahdi dan peperangan yang berlaku sangat sengit sehingga mengambil masa yang agak panjang  dan mengorbankan nyawa  yang ramai. Walau bagaimanapun, masanya  hanya diketahui Allah swt.

#Sebelum semua ini berlaku, tentera Islam harus mempersiapkan pasukannya terlebih dahulu untuk berjuang. Antara persiapannya adalah dengan mengikat janji setia antara pemimpin dan pengikut yang lebih dikenali sebagai baiah. Ia penting untuk meyakinkan kumpulan Islam akan kesanggupan anggotanya melaksanakan strategi yang dirancang.

...Bersambung...

♡Akan tiba masanya bumi ini menemui titik noktahnya dan berlakulah apa yang disebut sebagai kiamat dan hari kebangkitan oleh semua makhluk. Bersiap sedialah♡

🐊Ust naim
Klik link ini untuk    
http://bit.ly/tadabburkalamullah

Facebook:   
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah

Читать полностью…

Tadabbur Kalamullah

☆Tadabbur Kalamullah 26 Rabiul Awwal 1445H☆

یَسۡـَٔلُكَ ٱلنَّاسُ عَنِ ٱلسَّاعَةِۖ قُلۡ إِنَّمَا عِلۡمُهَا عِندَ ٱللَّهِۚ وَمَا یُدۡرِیكَ لَعَلَّ ٱلسَّاعَةَ تَكُونُ قَرِیبًا

"Manusia bertanya kepadamu (wahai Muhammad) tentang kedatangan hari kiamat; katakanlah: "Sesungguhnya pengetahuan mengenainya hanyalah ada di sisi Allah. " Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui? - boleh jadi masa datangnya tidak lama lagi" [Surah al-Aḥzab 63]

#Antara tanda-tanda terjadinya kiamat adalah berlakunya pertempuran di antara kaum Muslimin yang merupakan tentera nabi Isa Alaihissam dan bangsa Yahudi yang menjadi tentera Dajjal pada akhir zaman. 

#Sehingga pada satu masa pokok-pokok dan batu berkata kepada tentera Islam tentang kedudukan orang Yahudi yang bersembunyi di belakang mereka. Nabi saw bersabda:

"Tidak akan datang hari kiamat sehingga kaum Muslimin memerangi kaum Yahudi dan membunuh mereka, sehingga bersembunyilah orang Yahudi di belakang batu dan kayu, lalu batu dan kayu berkata: 'Wahai orang Muslimin, wahai hamba Allah, ini ada orang Yahudi di belakang aku, kemarilah dan bunuhlah dia, kecuali pohon al-Gharqad (yang tidak berbuat  demikian kerana ia termasuk pohon Yahudi" (HR al-Bukhari)

#Siri peperangan di dunia tidak pernah terhenti khususnya melibatkan dua kumpulan besar yang masing-masing  mempunyai tujuan tertentu sama ada menguasai atau menghadapi. 

#Apabila mendengar perkataan 'perang' pasti akan melibatkan nyawa dan kemusnahan yang besar. Kaum  Muslimin secara umumnya sudah berperang dengan kaum Yahudi  sejak zaman Nabi saw. Mereka dapat mengalahkan kaum Yahudi dan mengusir mereka dari Jazirah Arab.

#Nabi saw bersabda: "Sungguh aku akan mengeluarkan kaum Yahudi dan Nasrani dari Jazirah Arab, hingga tidak ada yang aku biarkan kecuali yang beragama Islam" (HR Muslim)

#Siri peperangan ini akan terus berlaku sehingga peperangan besar sebelum kiamat muncul. Peperangan yang dikenali dengan al-Malhamah al-Kubra ini merujuk kepada perkataan lahm yang bermaksud daging. Maka al-Malhamah adalah 'daging-daging' yang menggambarkan situasi peperangan  dan pembunuhan yang besar berlaku. 

#Disebabkan peperangan ini ramai tentera dan orang awam yang terbunuh. Al-Malhamah al-Kubra ini hanya terjadi  di akhir zaman dan merupakan salah satu daripada tanda kiamat yang dikhabarkan oleh Nabi saw. Peristiwa ini  banyak disebut dalam hadis Nabi SAW dan diriwayatkan oleh ramai ulamak.

#Baginda saw bersabda: "Pemakmuran  Baitul Maqdis merupakan tanda kehancuran Yathrib (Madinah),  kehancuran Yathrib  merupakan tanda permulaan al-Malhamah, permulaan al-Malhamah merupakan tanda pembebasan Kota Kostantinopel, pembebasan Kota Kostantinopel pula adalah tanda kemunculan Dajjal" (HR Abu Daud)

...Bersambung...

♡Pastikan kita sentiasa bersedia menempuh apa sahaja takdir yang berlaku di akhir zaman dengan memperteguhkan iman, mempersiapkan bekal amalan dan membaiki segala kesilapan agar saat datangnya kiamat, kita menghadapinya dengan penuh persediaan. Beramallah dengan bersungguh sebelum munculnya kiamat♡

🐊Ust naim
Klik link ini untuk    
http://bit.ly/tadabburkalamullah

Facebook:   
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah

Читать полностью…

Tadabbur Kalamullah

☆Tadabbur Kalamullah 24 Rabiul Awwal 1445H☆

سُبۡحَـٰنَ ٱلَّذِیۤ أَسۡرَىٰ بِعَبۡدِهِۦ لَیۡلࣰا مِّنَ ٱلۡمَسۡجِدِ ٱلۡحَرَامِ إِلَى ٱلۡمَسۡجِدِ ٱلۡأَقۡصَا ٱلَّذِی بَـٰرَكۡنَا حَوۡلَهُۥ لِنُرِیَهُۥ مِنۡ ءَایَـٰتِنَاۤۚ إِنَّهُۥ هُوَ ٱلسَّمِیعُ ٱلۡبَصِیرُ

"Maha Suci Allah yang telah menjalankan hambaNya (Muhammad) pada malam hari dari Masjid Al-Haraam (di Makkah) ke Masjid Al-Aqsa (di Palestin), yang Kami berkati sekelilingnya, untuk memperlihatkan kepadanya tanda-tanda (kekuasaan dan kebesaran) Kami. Sesungguhnya Allah jualah yang Maha Mendengar, lagi Maha Melihat" [Surah Al-Israʾ 1]

#Baitulmaqdis atau al-Quds di Palestin tempat suci ketiga bagi umat Islam selepas Mekah dan Madinah. Bahkan, ia juga dianggap sebagai tempat suci bagi orang Yahudi dan Kristian. Orang Barat mengenalinya sebagai Jerusalem.

#Terdapat banyak kelebihan yang disebutkan mengenai Baitulmaqdis sama ada dalam al-Quran mahupun dalam hadis nabi saw. Antaranya disebut dalam al-Quran sebagai bumi yang diberkati Allah swt sebagaimana ayat diatas.

#Sebagaimana Masjidil Haram di Mekah dan Masjid Nabawi di Madinah, di kota ini terletaknya Masjid al-Aqsa, masjid yang pernah menjadi tempat persinggahan Nabi saw sewaktu peristiwa al-Isra' wal Mi'raj dan kiblat pertama bagi umat Islam.

#Sewaktu kedatangan Islam, Baitulmaqdis berada di bawah kekuasaan Empayar Rom Byzantine yang juga kuasa besar Kristian pada masa itu. Kemudian pada 638 semasa zaman pemerintahan Khalifah Umar bin al-Khattab r.a, tentera Islam berjaya menawan dan menakluki Baitulmaqdis.

#Beberapa abad kemudian iaitu pada 1099, tentera Salib merampas Baitulmaqdis daripada tangan umat Islam. Mereka menguasainya selama 88 tahun sehingga muncul Sultan Salahuddin al-Ayyubi yang berjaya menawan semula Baitul Maqdis pada 1187.

#Umat Islam selama berkurun lama bebas menziarahi Baitulmaqdis walaupun selepas penubuhan negara haram Israel 1948. Namun pada 1967, Israel menceroboh dan mengenakan kawalan ketat di Baitulmaqdis sehingga umat Islam tidak lagi mempunyai kebebasan mutlak terhadapnya.

#Terdapat galakan daripada Nabi saw untuk bersolat di dalam Masjidil Aqsa. Nabi saw bersabda: "Bersolat di Masjidil Haram menyamai 100 ribu kali solat, bersolat di masjidku menyamai 1,000 kali solat dan bersolat di masjid Baitulmaqdis menyamai 500 kali solat." (HR al-Bazzar, at-Tabarani dan al-Baihaqi)  

#Perjuangan untuk mengembalikan semula kebebasan Masjid al-Aqsa bukanlah tanggungjawab rakyat Palestin semata-mata, bahkan ia adalah tanggungjawab bagi umat Islam seluruhnya.

...Bersambung...

♡Ya Allah, selamatkanlah kaum Muslimin di Palestin. Ya Allah selamatkanlah kaum Muslimin di semua tempat. Ya Allah selamatkanlah kaum-kaum yang lemah dari kalangan orang-orang yang beriman. Ya Allah keraskan balasanMu ke atas orang-orang Yahudi Perampas dan Penjajah. Aamiiin♡

🐊Ust naim
Klik link ini untuk    
http://bit.ly/tadabburkalamullah

Facebook:   
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah

Читать полностью…

Tadabbur Kalamullah

☆Tadabbur Kalamullah 22 Rabiul Awwal 1445H☆

لَّقَدۡ كَانَ لَكُمۡ فِی رَسُولِ ٱللَّهِ أُسۡوَةٌ حَسَنَةࣱ لِّمَن كَانَ یَرۡجُوا۟ ٱللَّهَ وَٱلۡیَوۡمَ ٱلۡـَٔاخِرَ وَذَكَرَ ٱللَّهَ كَثِیرࣰا

"Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredaan) Allah dan (balasan baik) hari akhirat, lserta ia pula menyebut dan mengingati Allah banyak-banyak (dalam masa susah dan senang)" [Surah al-Aḥzab 21]

#Nabi saw seorang pendakwah ulung dan wajar dijadikan idola dalam kehidupan umat Islam.

#Pada awal dakwah baginda saw, keluarga kecil Baginda di Kota Makkah dikelilingi watak jahat, kufur dan penyembah berhala yang sentiasa mencari jalan menghancurkan usaha dakwah apabila Baginda dilantik menjadi rasul dan giat memulakan usaha dakwah.

#Namun demikian, wahyu Ilahi mengarahkan Baginda saw dan sahabat supaya terus bertahan dan bersabar dengan segala tindakan kaum keluarga dan orang kafir Quraisy. Kesabaran yang dituntut ini mengajar kita bahawa inilah asam garam dunia dakwah yang perlu ditempuhi. Kesabaran adalah senjata paling ampuh dalam dakwah.

#Nabi saw adalah Nabi yang paling sabar dan paling konsisten dari semua nabi-nabi. Baginda saw adalah salah seorang daripada empat nabi yang dikenali sebagai Ulul Azmi. Ini dijelaskan oleh Allah swt dalam firmanNya:

فَٱصۡبِرۡ كَمَا صَبَرَ أُو۟لُوا۟ ٱلۡعَزۡمِ مِنَ ٱلرُّسُلِ وَلَا تَسۡتَعۡجِل لَّهُمۡۚ كَأَنَّهُمۡ یَوۡمَ یَرَوۡنَ مَا یُوعَدُونَ لَمۡ یَلۡبَثُوۤا۟ إِلَّا سَاعَةࣰ مِّن نَّهَارِۭۚ بَلَـٰغࣱۚ فَهَلۡ یُهۡلَكُ إِلَّا ٱلۡقَوۡمُ ٱلۡفَـٰسِقُونَ

"(Jika demikian akibat orang-orang kafir yang menentangmu wahai Muhammad) maka bersabarlah engkau sebagaimana sabarnya Rasul-rasul "Ulil-Azmi" (yang mempunyai keazaman dan ketabahan hati) dari kalangan Rasul-rasul (yang terdahulu daripadamu); dan janganlah engkau meminta disegerakan azab untuk mereka (yang menentangmu itu). Sesungguhnya keadaan mereka semasa melihat azab yang dijanjikan kepada mereka, merasai seolah-olah mereka tidak tinggal (di dunia) melainkan sekadar satu saat sahaja dari siang hari. (Penerangan yang demikian) cukuplah menjadi pelajaran (bagi orang-orang yang mahu insaf). Maka (ingatlah) tidak dibinasakan melainkan kaum yang fasik - derhaka" [Surah al-Aḥqaf 35]

#Selain itu, nabi saw seorang pendakwah yang mengamalkan apa yang dikata. Nabi Muhammad saw bertindak menurut apa yang diucapkan dan mengamalkan apa yang disebut. Tiada perbezaan antara tindakan dan perkataan. Sayidatina Aishah r.ha berkata bahawa setiap perkara yang baginda katakan atau bertindak adalah mengikut al-Qur’an.

#Kata-kata yang terkenal apabila ditanya oleh Hisyam bin Amir tentang akhlak Rasulullah saw, maka Sayidina Aisyah menjawab: “Akhlaknya (iaitu Nabi saw) adalah al-Quran” (HR Muslim)

#Baginda saw sentiasa menunjukkan personalitinya yang penuh bermoral dan berakhlak mulia. Ini menjadikan baginda sebagai model terbaik bagi umat manusia sepanjang zaman.

...Bersambung...

♡Kaedah dakwah Nabi Muhammad saw mempunyai ciri-ciri istimewa yang boleh dipelajari dan diaplikasikan oleh para pendakwah Islam hari ini♡

🐊Ust naim
Klik link ini untuk    
http://bit.ly/tadabburkalamullah

Facebook:   
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah

Читать полностью…

Tadabbur Kalamullah

Jom sama2 berinfaq dan membantu sempena hari Jumaat yg dijanjikan pahala yg besar dan lumayan

Читать полностью…

Tadabbur Kalamullah

☆Tadabbur Kalamullah 20 Rabiul Awwal 1445H☆

لَّقَدۡ كَانَ لَكُمۡ فِی رَسُولِ ٱللَّهِ أُسۡوَةٌ حَسَنَةࣱ لِّمَن كَانَ یَرۡجُوا۟ ٱللَّهَ وَٱلۡیَوۡمَ ٱلۡـَٔاخِرَ وَذَكَرَ ٱللَّهَ كَثِیرࣰا

"Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredaan) Allah dan (balasan baik) hari akhirat, lserta ia pula menyebut dan mengingati Allah banyak-banyak (dalam masa susah dan senang)" [Surah al-Aḥzab 21]

#Sambung bicara berkaitan Baginda saw adalah contoh terbaik dalam menjalinkan persahabatan.

#Nabi saw mengatakan bahawa sesiapa yang bersahabat penuh kejujuran dan demi memperoleh keredhaan Allah swt maka itu tanda sempurna keimanannya. Sabda Rasulullah saw:

"Sesiapa sahaja yang mencintai kerana Allah, maka sesungguhnya telah sempurna imannya" (HR Abu Dawud dan Tirmizi)

#Selain itu, baginda saw meminta kita memaklumkan kepada orang yang kita cintai bahawa kita mencintainya kerana Allah. Diriwayatkan daripada Sayidina Abu Dzar r.a bahawa beliau pernah mendengar Rasulullah saw bersabda:

Apabila ada seorang daripada kalian mencintai sahabatnya, hendaklah dia datang ke rumahnya dan memberitahu kepadanya bahawa dia mencintai sahabatnya kerana Allah swt” (HR Ibnu Mubarak dalam kitab Az-Zuhd)

#Nabi saw pernah ungkapkan cintanya baginda kepada Sayidina Muaz bin Jabal r.a,:

يَا مُعَاذُ ! وَاللَّهِ إِنِّي لَأُحِبُّكَ ، وَاللَّهِ إِنِّي لَأُحِبُّكَ

“Wahai Muaz, Wallahi, sesungguhnya aku sayang kepada engkau, Wallahi, sesungguhnya aku sayang kepada engkau" (HR Abu Daud)

#Baginda saw juga menyuruh kita agar rajin mengunjungi sahabat kita namun janganlah terlalu kerap. Diriwayatkan daripada Sayidina Abu Hurairah r.a, Rasulullah saw pernah bersabda:

"Wahai Abu Hurairah! berkunjunglah engkau dengan baik, tidak terlalu kerap dan tidak terlalu jarang, nescaya akan bertambah kasih sayang (HR at-Thabrani dan al-Baihaqi)

#Baginda saw juga berpesan agar setiap persahabatan itu memiliki sikap kebersamaan. Susah senang bersama. Sihat sakit bersama. Tegur menegur bersama. Mengajak kepada kebaikan bersama. Sabda Rasulullah saw:

"Orang-orang Mukmin itu ibarat satu tubuh. Apabila satu anggota badan sakit, maka seluruh tubuh turut merasa sakit dengan demam dan tidak dapat tidur" (HR Muslim)

♡Cintailah sahabat kerana Allah dan mengikut kaedah serta cara yang ditunjukkan oleh Rasulullah saw. Moga beroleh kecintaan dan kemuliaan daripada Allah swt. Aamiiin♡

🐊Ust naim
Klik link ini untuk    
http://bit.ly/tadabburkalamullah

Facebook:   
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah

Читать полностью…

Tadabbur Kalamullah

☆Tadabbur Kalamullah 18 Rabiul Awwal 1445H☆

لَّقَدۡ كَانَ لَكُمۡ فِی رَسُولِ ٱللَّهِ أُسۡوَةٌ حَسَنَةࣱ لِّمَن كَانَ یَرۡجُوا۟ ٱللَّهَ وَٱلۡیَوۡمَ ٱلۡـَٔاخِرَ وَذَكَرَ ٱللَّهَ كَثِیرࣰا

"Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredaan) Allah dan (balasan baik) hari akhirat, lserta ia pula menyebut dan mengingati Allah banyak-banyak (dalam masa susah dan senang)" [Surah al-Aḥzab 21]

#Sambung bicara berkaitan Baginda saw contoh terbaik dalam dunia perubatan.

#Diriwayatkan bahawa Abdul Aziz dan Tsabit pernah menemui Sayidina Anas bin Malik r.a. Tsabit berkata pada Sayidina Anas saat itu: “Wahai Abu Hamzah (nama panggilan untuk Sayidina Anas), aku sakit.” Sayidina Anas berkata, mahukah aku meruqyahmu (menyembuhkanmu) dengan ruqyah Rasulullah saw”. Tsabit pun menjawab: “Iya, boleh.” Lalu Sayidina Anas membacakan doa:

اللَّهُمَّ رَبَّ النَّاسِ مُذْهِبَ الْبَاسِ اشْفِ أَنْتَ الشَّافِى لاَ شَافِىَ إِلاَّ أَنْتَ ، شِفَاءً لاَ يُغَادِرُ سَقَمًا

“Ya Allah Wahai Tuhan segala manusia, hilangkanlah penyakitnya, sembuhkanlah ia. (Hanya) Engkaulah yang dapat menyembuhkannya, tidak ada kesembuhan melainkan kesembuhan dariMu, kesembuhan yang tidak meninggalkan sebarang kesakitan” ( HR al-Bukhari dan Muslim)

#Nabi saw mengajar kita doa kesembuhan untuk kita amalkan dan bantu merawat orang yang sedang sakit.

#Selain itu, Nabi saw mengajar kita untuk mencari ubat atau berjumpa dengan orang yang boleh merawat kita berdasarkan kaedah yang mereka gunakan asalkan tidak bercanggah dengan syarak.

#Rasulullah saw sendiri menerima nasihat perubatan dari mereka yang mempunyai pengetahuan dalam bidang tersebut. Antara buktinya, apabila ‘Urwah bin az-Zubair bertanya ibu saudaranya iaitu Ummul Mukminin Sayidatina Aishah r.ha tentang pengetahuannya mengenai ilmu perubatan.

Kata Urwah: “Wahai ibu! Aku tidak hairan kefahamanmu (tentang agama) kerana engkau isteri Rasulullah saw dan anak Abu Bakar. Aku tidak hairan dengan ilmumu mengenai syair dan sejarah manusia kerana aku tahu engkau anak perempuan Abu Bakar. Abu Bakar itu merupakan orang yang paling berpengetahuan. Namun aku kagum dengan ilmumu mengenai perubatan, bagaimana dan daripada mana ia?” Maka Sayidatina Aishah pun menepuk bahu ‘Urwah lantas berkata: “Wahai ‘Urwah kesayanganku! Sesungguhnya Rasulullah saw itu sakit ketika akhir hayat baginda. Utusan-utusan Arab datang dari seluruh pelusuk. Mereka menyifatkan kepada baginda (ubat) dan aku menguruskannya. Maka dari situlah (aku perolehi ilmu perubatan)” (HR Ahmad. Sahih)

#Disebutkan dalam sebuah hadis daripada Sayidina Kharijah bin al-Salt at-Tamimi, daripada pakciknya Alaqah bin Sahar r.a, beliau (‘Alaqah) berkata:

“Pernah ketika dalam perjalanan pulang setelah bertemu Rasulullah saa, kami tiba di satu perkampungan Arab. Lalu penduduk kampung tersebut berkata: ‘Kami mendapat khabar bahawa sekalian kamu telah datang dari sisi lelaki itu (Rasulullah saw) dengan membawa kebaikan. Adakah ada di sisi kamu sebarang ubat atau jampi?. Sesungguhnya ada seorang kalangan kami yang dipasung (diikat kerana gila).

Maka kami menjawab: ‘Ya ada.’

Mereka kemudian membawa orang yang dipasung tersebut. Lalu aku membacakan Fatihah al-Kitab (surah al-Fatihah) selama tiga hari berturut-turut kepada orang itu pagi dan petang. Setiap kali aku selesai membacanya, aku menghimpunkan air liurku, kemudian aku meludahkannya. Lelaki itu sembuh seolah-olah terlepas daripada satu ikatan. Mereka pun memberikan aku hadiah seekor unta, namun aku berkata: ‘Aku tidak akan menerimanya sehingga aku bertanya Rasulullah saw.’

Setelah ditanya, baginda menjawab yang bermaksud: ‘Makanlah! Demi umurku, jika ada orang yang makan hasil jampi yang batil, sesungguhnya engkau telah makan hasil jampi yang benar"

♡Contohi Nabi saw dalam berubat, menjaga kesihatan dan mengurus penyakit♡

🐊Ust naim
Klik link ini untuk    
http://bit.ly/tadabburkalamullah

Facebook:   
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah

Читать полностью…

Tadabbur Kalamullah

☆Tadabbur Kalamullah 16 Rabiul Awwal 1445H☆

لَّقَدۡ كَانَ لَكُمۡ فِی رَسُولِ ٱللَّهِ أُسۡوَةٌ حَسَنَةࣱ لِّمَن كَانَ یَرۡجُوا۟ ٱللَّهَ وَٱلۡیَوۡمَ ٱلۡـَٔاخِرَ وَذَكَرَ ٱللَّهَ كَثِیرࣰا

"Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredaan) Allah dan (balasan baik) hari akhirat, lserta ia pula menyebut dan mengingati Allah banyak-banyak (dalam masa susah dan senang)" [Surah al-Aḥzab 21]

#Baginda Rasulullah saw contoh terbaik dalam dunia perniagaan.

#Mengikut riwayat, Nabi saw menjual barang-barang Baginda tidak seperti cara yang diamalkan oleh kebanyakan peniaga atau lain-lain saudagar ketika itu. Baik peniaga Arab atau bukan Arab. Biasanya para peniaga kebanyakannya mereka menjual barang-barang dagangan dengan cara meletakkan harga yang setinggi mungkin. Tetapi Nabi saw menjualnya dengan cara:

1. Memberitahu harga pokok dan meminta para pelanggan atau pembeli membayar berapa harga yang mereka kehendaki. Dengan cara ini pembeli merasa puas dan senang hati kerana mereka merasa tidak tertipu oleh peniaga. Lalu mereka membeli dengan larisnya sehingga barang-barang Nabi paling laku dan cepat habis berbanding rakan-rakan baginda yang lain.

2. Selain itu Nabi saw juga mengambil sikap menjual modal apabila si pembelinya seorang yang benar-benar miskin tetapi memerlukan kepada barang itu. Baginda saw amat bertimbang rasa dan amat pengasih serta belas kasihan kepada sesama manusia. Manakan ada manusia yang menjual barang-barang dagangannya dengan harga modal? Biarlah orang nak lapar dan mati. Biarlah orang nak telanjang kerana tak ada kain untuk menutup badannya asalkan dia tidak sekali-kali rugi di dalam perniagaannya. Sikap ini walau sebesar zarah tidak ada tercalit di dalam hati Nabi Muhammad saw yang mulia lagi suci.

3. Satu lagi daya penarik yang luar biasa yang telah menarik para pembeli untuk mendekati barang-barang Nabi saw ialah sikap dan wajah Baginda semasa berjualan itu. Selaku seorang insan yang sedia dijadikan oleh Allah berwajah kacak menawan dan gemar melemparkan senyuman kepada orang, maka Nabi saw telah menggunakan kelebihan yang dikurniakan oleh Allah kepada Baginda itu. Dengan wajah yang manis dan menawan Baginda tidak pernah melenyapkan ukiran senyuman kepada para pelanggan baginda. (Lihat: Riwayat Rasulullah saw – Sejarah dan perjalanan hidup Nabi Muhammad saw (Edisi Lengkap)

#Jika Nabi saw kita banyak bersedekah dan menolong pelanggannya semasa ketiadaan wang tetapi masih memerlukan barangan tersebut maka peniaga pada hari ini juga boleh melakukan sedemikian.

#Setiap peniaga perlu tanamkan niat mencari keberkatan dan keredhaan Ilahi terlebih dahulu sebelum berniaga. Apabila awal-awal lagi sudah dipasangkan niat bahawa hendak berniaga mengikut cara Nabi saw, maka Allah akan bantu dorongkan peniaga itu ke jalan yang telah diniatkan. InsyaAllah rezeki dan keuntungan diperolehi dengan keberkatan serta berpahala.

♡Contohilah Nabi saw, seorang usahawan hebat dan jujur. Jadilah peniaga yang jujur serta berniaga demi memperolehi keuntungan yang halal lagi berkat♡

🐊Ust naim
Klik link ini untuk    
http://bit.ly/tadabburkalamullah

Facebook:   
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah

Читать полностью…
Subscribe to a channel