tadabburkalamullah | Unsorted

Telegram-канал tadabburkalamullah - Tadabbur Kalamullah

13574

Oleh Ustaz Muhamad Naim Haji Hashim

Subscribe to a channel

Tadabbur Kalamullah

☆Tadabbur Kalamullah 1 Rabiul Akhir 1445H☆

سُبۡحَـٰنَ ٱلَّذِیۤ أَسۡرَىٰ بِعَبۡدِهِۦ لَیۡلࣰا مِّنَ ٱلۡمَسۡجِدِ ٱلۡحَرَامِ إِلَى ٱلۡمَسۡجِدِ ٱلۡأَقۡصَا ٱلَّذِی بَـٰرَكۡنَا حَوۡلَهُۥ لِنُرِیَهُۥ مِنۡ ءَایَـٰتِنَاۤۚ إِنَّهُۥ هُوَ ٱلسَّمِیعُ ٱلۡبَصِیرُ

"Maha Suci Allah yang telah menjalankan hambaNya (Muhammad) pada malam hari dari Masjid Al-Haraam (di Makkah) ke Masjid Al-Aqsa (di Palestin), yang Kami berkati sekelilingnya, untuk memperlihatkan kepadanya tanda-tanda (kekuasaan dan kebesaran) Kami. Sesungguhnya Allah jualah yang Maha Mendengar, lagi Maha Melihat" [Surah Al-Isrāʾ 1]

#Saat ini, pandangan warga dunia tertumpu pada bumi Palestin. Bumi yang Alllah swt sebut dalam al-Quran sebagai bumi barakah. Umum mengetahui tentang peperangan yang berlaku sekarang ini antara Palestin dan Israel.

#Jika ada yang bertanya mengapa memberikan perhatian kepada Palestin dan selalu isu yang dibangkitkan berkaitan Baitul Maqdis?”

#Apa jawapan kita? Ketahuilah sesungguhnya Palestin adalah:

1. Tempat tinggal para Nabi. Nabi kita Ibrahim Alaihissalam berhijrah ke Palestin.

2. Nabi Lut Alaihissalam diselamatkan oleh Allah swt dari azab yang turun pada kaum nya, lalu menuju bumi yang diberkati, iaitu bumi Palestin.

3. Nabi Daud Alaihissalam tinggal di Palestin dan membangun mihrabnya.

4. Nabi Sulaiman Alaihissalam memerintah seluruh dunia dari Palestin,. Kisahnya yang popular berkaitan semut yang berkata: Hai semut, masuklah ke tempat tinggal kalian.” Tempat yang disebut dengan wadi an-Naml (lembah semut) itu terletak di Palestin dekat (‘Athqalan).

5. Di Palestin juga, terdapat mihrab nabi Zakaria Alaihissalam.

6. Nabi Musa Alaihissalam meminta kaumnya memasuki Bumi Muqaddasah (Palestin), baginda menamakan dengan al-Muqaddasah, iaitu (suci) dari syirik, dan dijadikan tempat tinggal para Nabi.

#Antara para Nabi dan Rasul yang pernah dilahirkan, dibesarkan dan disemadikan di bumi Palestin ialah Nabi Ibrahim, Nabi Ismail, Nabi Ishak, Nabi Yaakub, Nabi Syuib, Nabi Musa, Nabi Zakaria, Nabi Yahya, Nabi Isa dan lain-lain lagi.

#Di Palestin, terdapat Masjid Al-Aqsa yang merupakan antara masjid terawal dibina di muka bumi ini dan menjadi kiblat pertama bagi umat Islam untuk melaksanakan solat. Sabda Rasululllah saw:

"
Masjid apakah yang pertama dibangunkan di atas muka bumi ini?" Baginda menjawab: Masjid al-Haram. Selepas itu masjid apa pula? Baginda menjawab: Masjid Al-Aqsa" (HR Bukhari dan Muslim)

#Dahulu kiblat pada awal diperintahkan kewajipan solat adalah menghadap ke Palestin, dan ketika Nabi saw berhijrah ke Madinah, Malaikat Jibril turun dan Baginda sedang solat dalam sebuah masjid, Malaikat Jibril memerintahkan untuk mengubah kiblat dari Baitul Maqdis mengadap ke Makkah al-Mukarramah lalu masjid tempat Baginda solat dinamakan masjid al-Qiblatain (masjid dua kiblat).”

#Selain itu, terdapat mukjizat yang terjadi di dalamnya. Di antaranya ialah kelahiran Nabi ‘Isa Alaihissalam dari ibunya Sayidatina Maryam, seorang gadis tanpa suami, dan Allah mengangkat kedudukannya ketika Bani Israil sepakat untuk membunuhnya.

#Termasuk juga petanda akhir zaman yang akan berlaku di Palestin, Nabi ‘Isa Alaihissalam akan turun di menara putih Syria, dan akan membunuh Dajjal di gerbang Lod Palestin, serta banyak cerita lain yang pernah terjadi di Palestin, di antaranya kisah Talut dan Jalut.

... Bersambung...

♡Sebagai umat Islam, kita perlu mempertahankan bumi Palestin, tempat suci ketiga umat Islam dan bumi yang berkat♡

🐊Ust naim
Klik link ini untuk    
http://bit.ly/tadabburkalamullah

Facebook:   
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah

Читать полностью…

Tadabbur Kalamullah

☆Tadabbur Kalamullah 29 Rabiul Awwal 1445H☆

یَسۡـَٔلُكَ ٱلنَّاسُ عَنِ ٱلسَّاعَةِۖ قُلۡ إِنَّمَا عِلۡمُهَا عِندَ ٱللَّهِۚ وَمَا یُدۡرِیكَ لَعَلَّ ٱلسَّاعَةَ تَكُونُ قَرِیبًا

"Manusia bertanya kepadamu (wahai Muhammad) tentang kedatangan hari kiamat; katakanlah: "Sesungguhnya pengetahuan mengenainya hanyalah ada di sisi Allah. " Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui? - boleh jadi masa datangnya tidak lama lagi" [Surah al-Aḥzab 63]

#Sambung lagi bicara tentang peperangan yang akan terjadi sebelum berlakunya kiamat.

#Sebelum berlaku kemenangan yang dijanjikan, tentera Islam harus mempersiapkan pasukannya terlebih dahulu untuk berjuang. Antara persiapannya adalah dengan mengikat janji setia antara pemimpin dan pengikut yang lebih dikenali sebagai baiah. Ia penting untuk meyakinkan kumpulan Islam akan kesanggupan anggotanya melaksanakan strategi yang dirancang

#Baiah adalah sunnah Rasulullah saw sebagai sebuah persediaan untuk tugas-tugas perjuangan Islam. Sirah merekodkan beberapa kali baiah termeterai antaranya Baiah1 Aqabah Pertama dan Kedua serta Baiah ar-Ridhwan. Maka ia menjadi syariat kepada setiap kumpulan Islam yang mewarisi perjuangan Rasulullah saw untuk berbaiah taat setia kepada agama dan ketetapan Jamaah Islam selagi tidak bertentangan syariat. Dr Abdul Karim Zaidan mengaitkan pengajaran ayat ini dengan keperluan baiah terhadap Jamaah Islam.

#Kerana itulah kita diperintahkan untuk berbaiah kepada Imam Mahdi apabila tiba masanya. Sabda Rasulullah saw:

يَقْتَتِلُ عِندَ كَنْزِكم ثَلَاثَةٌ، كُلُّهُمُ ابْنُ خَلِيفَةٍ، ثُمَّ لَا يَصِيرُ إِلَى وَاحِدٍ مِنْهُم، ثُمَّ تَطْلُعُ الرَّايَاتُ السُّودُ مِن قِبَلِ الـمَشْرِقِ، فَيَقْتُلُونَكم قَتْلاً لَم يَقْتُلْهُ قَومٌ، ثمَّ ذَكَرَ شَيئًا لاَ أَحفَظُهُ فَقَالَ، فَإِذَا رَأَيْتُمُوهُ فَبَايِعُوهُ وَلَو حَبْوًا عَلَى الثَّلجِ، فَإنَّهُ خَلِيفَةُ اللهِ الـمَهدِيُّ.

Akan berperang tiga pihak di sisi Kaabah, kesemuanya dari kalangan putera Raja. Tidak ada seorangpun yang bakal beroleh takhta yang direbutkan. Kemudian muncul panji hitam dari arah Timur, maka mereka memerangi kamu dengan peperangan yang kamu tidak pernah hadapi. (Kemudian Nabi S.A.W menyebutkan beberapa perkara yang tidak diingati perawi.) Sekiranya kamu sempat dengannya maka berbaiahlah padanya sekalipun terpaksa merangkak di atas salji. Kerana sesungguhnya dialah khalifah Allah al-Mahdi" (HR Ibn Majah)

#Imam as-Suyuti rahimahullah menukilkan daripada Muhammad al-Baqir bahawa umat Islam yang berbaiah ketika itu cuma berjumlah 313 orang. Namun selepas berlaku satu pasukan tentera ditelan bumi, baharulah ramai yang pergi mendapatkan Imam Mahdi dari seluruh pelosok dunia memberikan baiah.

#Hal ini diceritakan di dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh imam Abu Daud...

.. Bersambung ...

♡Ini menunjukkan kepentingan baiah dalam kumpulan Islam yang berjuang di akhir zaman. Sama ada Imam Mahdi sudah muncul ataupun belum, beriltizam taat setia dengan jamaah Islam yang lengkap ciri-cirinya sebagai Hizbullah merupakan kewajipan Islam♡

🐊Ust naim
Klik link ini untuk    
http://bit.ly/tadabburkalamullah

Facebook:   
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah

Читать полностью…

Tadabbur Kalamullah

☆Tadabbur Kalamullah 27 Rabiul Awwal 1445H☆

یَسۡـَٔلُكَ ٱلنَّاسُ عَنِ ٱلسَّاعَةِۖ قُلۡ إِنَّمَا عِلۡمُهَا عِندَ ٱللَّهِۚ وَمَا یُدۡرِیكَ لَعَلَّ ٱلسَّاعَةَ تَكُونُ قَرِیبًا

"Manusia bertanya kepadamu (wahai Muhammad) tentang kedatangan hari kiamat; katakanlah: "Sesungguhnya pengetahuan mengenainya hanyalah ada di sisi Allah. " Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui? - boleh jadi masa datangnya tidak lama lagi" [Surah al-Aḥzab 63]

#Sambung bicara tentang tanda kiamat berkaitan peperangan akhir zaman.

#Apabila  meneliti perbahasan hadis al-Malhamah al-Kubra, peperangan yang akan berlaku adalah melibatkan Islam dan Kristian yang merupakan seteru permusuhan yang sudah berlaku pada masa lalu. Bagaimanapun, dalam hadis tersebut, Nabi saw tidak menggunakan perkataan Nasara (orang-orang Kristian) atau Nasraniyyah (agama Kristian), tetapi mengemukakan nama Rom. 

#Penggunaan nama Rom ini adalah sebahagian simbol kekuatan golongan  Kristian dan Nasrani dan mudah difahami oleh sahabat Baginda pada waktu tersebut. Pada saat tersebut, golongan Kristian adalah mereka yang mempunyai kuasa besar dan bertapak di Rom melalui Empayar Byzantine. Walau bagaimanapun, Empayar Byzantine Rom telah dimusnahkan oleh Sultan Muhammad al-Fateh ketika pembukaan Kota  Kostantinopel pada tahun 1453M.

#Menerusi hadis Baginda Nabi saw, terdapat beberapa peristiwa menjelang berlakunya al-Malhamah al-Kubra. Antaranya  fitnah berlaku dengan berleluasa. Baginda saw bersabda: 

"Akan  berlaku ketika hampirnya al-Malhamah, fitnah-fitnah di mana pada masa itu hati seorang lelaki akan mati sepertimana badannya akan mati." (HR Abu 'Amr al-Dani)

#Fitnah yang sedang melanda umat akhir zaman pada hari ini akan terus membarah sehingga menjadi asbab kepada berlakunya kematian dan pembunuhan. Dalam situasi ini, setiap manusia tidak akan terlepas daripada fitnah sehingga mereka yang berilmu dan beriman juga terpalit dalam fitnah akhir zaman ini.

#Dalam masa yang sama, pasukan tentera Islam mula ditubuh dan diperkuatkan. Nabi saw bersabda: 

"Keadaan agama ini akan sampai  kepada suatu masa kamu sekalian menjadi tentera yang berpasukan. Satu pasukan di Syam, satu pasukan di Yaman dan satu pasukan di Iraq." 

Ibnu Hawalah  berkata: "Pilihkan untukku (tempat  terbaik) wahai  Rasulullah, jika aku menemui keadaan tersebut." Lalu Baginda saw bersabda: "Hendaklah engkau menetap di Syam kerana sesungguhnya ia adalah bumi Allah yang terpilih daripada kalangan hamba-hambaNya. Adapun jika kamu sekalian enggan, maka hendaklah kamu menetap di Yaman dan minumlah dari kolam-kolam air kamu. Sesungguhnya Allah telah menjamin untukku (menjaga)  daerah Syam dan penduduknya" (HR Abu Daud)

#Al-Malhamah al-Kubra ini akan terjadi di A'maq atau Dabiq, dua tempat yang berdekatan dengan Halab di Syria dan Antakia di Turki. 

...Bersambung...

♡Peperangan akhir zaman pasti berlaku antara pejuang kebenaran dan pentaksub kekufuran sebelum terjadinya kiamat♡

🐊Ust naim
Klik link ini untuk    
http://bit.ly/tadabburkalamullah

Facebook:   
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah

Читать полностью…

Tadabbur Kalamullah

☆Tadabbur Kalamullah 25 Rabiul Awwal 1445H☆

سُبۡحَـٰنَ ٱلَّذِیۤ أَسۡرَىٰ بِعَبۡدِهِۦ لَیۡلࣰا مِّنَ ٱلۡمَسۡجِدِ ٱلۡحَرَامِ إِلَى ٱلۡمَسۡجِدِ ٱلۡأَقۡصَا ٱلَّذِی بَـٰرَكۡنَا حَوۡلَهُۥ لِنُرِیَهُۥ مِنۡ ءَایَـٰتِنَاۤۚ إِنَّهُۥ هُوَ ٱلسَّمِیعُ ٱلۡبَصِیرُ

"Maha Suci Allah yang telah menjalankan hambaNya (Muhammad) pada malam hari dari Masjid Al-Haraam (di Makkah) ke Masjid Al-Aqsa (di Palestin), yang Kami berkati sekelilingnya, untuk memperlihatkan kepadanya tanda-tanda (kekuasaan dan kebesaran) Kami. Sesungguhnya Allah jualah yang Maha Mendengar, lagi Maha Melihat" [Surah Al-Israʾ 1]

#Sambung bicara berkaitan bumi Palestin, tempat suci ketiga umat Islam.

#Perjuangan untuk mengembalikan semula kebebasan Masjid al-Aqsa bukanlah tanggungjawab rakyat Palestin semata-mata, bahkan ia adalah tanggungjawab bagi umat Islam seluruhnya.

#Berkata Imam al-Jasas: Adalah sesuatu yang diketahui umum bahawa telah menjadi iktikad seluruh kaum Muslimin, apabila penduduk sesuatu negeri (kaum muslimin) dalam ketakutan dari serangan musuh, dan mereka tidak mampu menghadapinya merasa terancam negeri, nyawa dan kaum mereka, maka ketika itu wajib ke atas seluruh umat untuk keluar mempertahankan kaum muslimin dari serangan musuh. Ini adalah perkara yang tiada khilaf lagi di kalangan umat. Tiada sesiapa pun yang menyatakan harus dibiarkan ditumpahkan darah kaum muslimin (Abu Bakr al-Jasas, Ahkam al-Quran)

#Sabda Nabi s.a.w: Bandingan orang-orang mukmin dalam kasih-sayang, kesian dan simpati sama seperti satu jasad. Apabila satu anggota merasa sakit, maka seluruh angota lain turut berjaga malam dan demam” (HR Muslim)

#Islam tidak menerima kezaliman dan membantah kezaliman di mana sahaja ia dilakukan. Samada ke atas muslim atau bukan muslim, samada kepada insan atau binatang dan alam. Kita membantah kekejaman ke atas saudara seakidah kita di Palestin atas nama Islam dan kemanusiaan. 

#Ketahuilah, terdapat isyarat hadis bahawa pusat pemerintahan khilafah Islam pada akhir zaman nanti akan muncul semula di Baitulmaqdis.

#Sayidina Abdullah bin Hawalah al-Azdi r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah saw pernah meletakkan tangan baginda di atas kepalanya lalu bersabda: "Wahai anak Hawalah, apabila engkau melihat khilafah telah turun di bumi yang disucikan (Baitulmaqdis), maka sungguh telah dekatlah bencana gempa bumi, malapetaka serta perkara besar. Pada saat itu, hari kiamat lebih dekat kepada manusia daripada tanganku ini dengan kepalamu." (HR Ahmad, Abu Dawud dan al-Hakim, kata beliau: Sahih sanadnya)

#Berdasarkan hadis ini, isu pembebasan Baitulmaqdis sewajarnya menjadi isu yang cukup signifikan bagi seluruh umat Islam. Amat mendukacitakan sekiranya ada negara Islam yang hanya berpeluk tubuh dan membiarkan sahaja rejim Israel merampas Baitulmaqdis dan tanah penduduk Palestin secara ganas serta zalim, malahan tidak mengutuk sedikit pun perbuatan mereka. Sedarlah bahawa kita diwajibkan membantu saudara seIslam kita yang ditindas atau dizalimi dengan harta dan nyawa kita.

♡Ya Allah, muliakanlah Islam dan kaum muslimin, dan hinakanlah kesyirikan dan kaum musyrik. Ya Allah hancurkan musuh-musuhMu yang merupakan musuh-musuh agamaMu. Ya Allah binasakanlah taghut dan orang-orang yang zalim, Wahai Tuhan sekalian alam. Ya Allah bantulah saudara-saudara kami para pejuang di jalanMu, yang ditindas kerana agama yang mereka anuti di semua tempat. Ya Allah bantulah saudara-saudara kami di Palestin, Ya Allah bantulah mereka, Ya Allah bantulah mereka berdepan dengan musuhMu dan musuh mereka. Ya Allah satukanlah kalimah mereka, dan saf-saf mereka, wahai Tuhan sekelian alam. Aamiiin♡

🐊Ust naim
Klik link ini untuk    
http://bit.ly/tadabburkalamullah

Facebook:   
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah

Читать полностью…

Tadabbur Kalamullah

☆Tadabbur Kalamullah 23 Rabiul Awwal 1445H☆

لَّقَدۡ كَانَ لَكُمۡ فِی رَسُولِ ٱللَّهِ أُسۡوَةٌ حَسَنَةࣱ لِّمَن كَانَ یَرۡجُوا۟ ٱللَّهَ وَٱلۡیَوۡمَ ٱلۡـَٔاخِرَ وَذَكَرَ ٱللَّهَ كَثِیرࣰا

"Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredaan) Allah dan (balasan baik) hari akhirat, lserta ia pula menyebut dan mengingati Allah banyak-banyak (dalam masa susah dan senang)" [Surah al-Aḥzab 21]

#Sambung bicara berkaitan Nabi saw seorang pendakwah ulung dan wajar dijadikan idola dalam kehidupan umat Islam.

#Di dalam dakwah Nabi saw, baginda sama sekali tidak bertolak ansur berkaitan prinsip asas Islam.

#Hal ini kerana mesej dakwah Nabi saw untuk menolak sebarang penyembahan dan amalan syirik dalam masyarakat Mekah. Masyarakat perlu berada di atas dasar tauhid dan beribadah semata-mata kepada Allah dan mengikut cara-cara yang betul menurut ajaran Islam.

#Apabila orang bukan Islam meminta baginda untuk bertolak ansur, iaitu mereka akan menyembah Allah sekiranya Nabi Muhammad menyembah berhala mereka sebagai balasan, maka Surah al-Kafirun diturunkan.

قُلۡ یَـٰۤأَیُّهَا ٱلۡكَـٰفِرُونَ * لَاۤ أَعۡبُدُ مَا تَعۡبُدُونَ * وَلَاۤ أَنتُمۡ عَـٰبِدُونَ مَاۤ أَعۡبُدُ * وَلَاۤ أَنَا۠ عَابِدࣱ مَّا عَبَدتُّمۡ * وَلَاۤ أَنتُمۡ عَـٰبِدُونَ مَاۤ أَعۡبُدُ * لَكُمۡ دِینُكُمۡ وَلِیَ دِینِ

Katakanlah (wahai Muhammad): "Hai orang-orang kafir!. "Aku tidak akan menyembah apa yang kamu sembah. "Dan kamu tidak mahu menyembah (Allah) yang aku sembah. "Dan aku tidak akan beribadat secara kamu beribadat. "Dan kamu pula tidak mahu beribadat secara aku beribadat. "Bagi kamu ugama kamu, dan bagiku ugamaku" [Surah al-Kafirun 1-6]

#Surah al-Kafirun mengingatkan para pendakwah dan seluruh umat Islam agar tidak terpedaya dengan tipu daya dan tawaran pihak musuh-musuh Islam dan orang-orang yang sesat untuk menjadikan mereka menyeleweng dari jalan yang benar.

#Nabi saw berdakwah kepada keluarganya dan penduduk Mekah. Ada yang menerima dan ada pula yang menolaknya, namun Nabi saw tidak berputus asa. Dakwah Nabi akhirnya mendapat sambutan dari golongan miskin dan lemah, hamba abdi dan mereka yang tidak berharta dan kuasa. Walaupun golongan musyrikin cuba melarang masyarakat menerima Islam, pengikut Nabi tetap nekad berdakwah, antaranya dengan berdakwah di kaabah dan membaca al-Quran di situ.

#Akhirnya pembesar kafir Quraisy menggunakan Abu Talib untuk memujuk Nabi saw meninggalkan dakwah. Selepas itu segala rasuah dan tawaran supaya Nabi berhenti berdakwah. Nabi saw ditawarkan dengan pelbagai tawaran antaranya akan diberikan harta, pengaruh, kedudukan dan wanita agar Nabi meninggalkan dakwah. Nabi saw tidak menerima tawaran tersebut dan tidak sesekali bertolak ansur dengan tawaran mereka. Bahkan Nabi saw pernah berkata kepada Abu Talib: “Wahai bapa saudaraku. Demi Tuhan, kalau mereka meletakkan matahari di sebelah kananku dan bulan di sebelah kiriku supaya aku meninggalkan dakwah ini, perjuangan ini, nescaya aku tidak akan tinggalkan sehingga Tuhan menangkan agama ini.

♡Ketegasan Nabi dalam mempertahankan prinsip ketauhidan dan keimanan sangat wajar dicontohi. Identiti para pendakwah dan umat Islam perlu kekal atas dasar keimanan dan ketauhidan di mana dan apa keadaan sekalipun. Jangan sesekali menggadaikan iman dan akidah demi kerana dunia, harta benda, undi dan pangkat jawatan♡

🐊Ust naim
Klik link ini untuk    
http://bit.ly/tadabburkalamullah

Facebook:   
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah

Читать полностью…

Tadabbur Kalamullah

☆Tadabbur Kalamullah 21 Rabiul Awwal 1445H☆

لَّقَدۡ كَانَ لَكُمۡ فِی رَسُولِ ٱللَّهِ أُسۡوَةٌ حَسَنَةࣱ لِّمَن كَانَ یَرۡجُوا۟ ٱللَّهَ وَٱلۡیَوۡمَ ٱلۡـَٔاخِرَ وَذَكَرَ ٱللَّهَ كَثِیرࣰا

"Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredaan) Allah dan (balasan baik) hari akhirat, lserta ia pula menyebut dan mengingati Allah banyak-banyak (dalam masa susah dan senang)" [Surah al-Aḥzab 21]

#Sambung lagi bicara berkaitan petunjuk Nabi saw dalam bersahabat.

#Nabi saw menyuruh kita mencari sahabat yang baik bukan semata untuk manfaat semasa di dunia tetapi demi manfaat yang abadi di akhirat kelak. 

#Daripada Sayidina Abu Musa r.a, Nabi saw bersabda: “Perumpamaan kawan baik dan kawan buruk, bagaikan penjual minyak wangi, sedangkan kawan yang buruk bagaikan peniup api tukang besi. Maka penjual minyak wangi adakalanya memberimu atau engkau membeli padanya, atau mendapat bau harum daripadanya. Adapun peniup api tukang besi, jika tidak membakar bajumu atau engkau mendapat bau yang busuk daripadanya" (HR al-Bukhari dan Muslim)

#Sementara itu Imam as-Syafie rahimahullah berkata: Jika engkau punya sahabat yang selalu membantumu dalam mentaati Allah swt, maka engkau peganglah dia erat-erat, jangan pernah engkau lepaskan dia. Kerana mencari sahabat baik itu susah, tetapi melepasnya sangat mudah sekali".

#Nabi saw bersabda: Seseorang itu agamanya mengikut agama kawannya, maka lihatlah dengan siapa kalian berkawan” (HR Abu Daud dan at-Tirmizi) 

#Imam As-Syafie rahimahullah pernah mengatakan: Aku mencintai orang-orang soleh, walaupun aku bukan termasuk di antara meraka, semoga bersama mereka, aku berharap akan mendapatkan syafaatnya kelak. Dan aku membenci kepada para pelaku maksiat dan dosa walaupun aku tidak berbeza dengan mereka. Aku membenci orang yang membuang-buang usianya dalam kesia-siaan walaupun aku sendiri adalah orang yang banyak menyia-nyiakan usia".

#Ulamak Tabi’in, Iman Hassan al-Basri mengatakan: Perbanyakkanlah bersahabat dengan orang-orang yang beriman dan yang bertakwa kepada Allah swt, kerana sesungguhnya mereka akan dapat memberikan syafaat pada hari kiamat kelak.

#Memilih kawan rapat atau sahabat adalah sesuatu yang tidak boleh diambil mudah. Sebab itu Islam mengajarkan kita jangan sampai salah memilih sahabat kerana seorang sahabat memiliki pengaruh yang sangat besar terhadap peribadi sahabatnya yang lain.

#Setiap orang ada kecondongan untuk meniru orang lain dan pengaruh kawan akan dapat mempengaruhi alam di bawah sedar seseorang. Jadi kita kekadang mengikuti mereka tanpa keinginan tetapi secara tidak sedar kita telah dipengaruhinya. Jadi kita mesti cepat-cepat sedar dan menjauhkan diri, kalau tidak kita akan termasuk ke dalam dunia mereka.

♡Bersahabatlah dengan orang yang baik, soleh dan bertaqwa. Moga sahabat kita dapat membantu menyelamatkan kita di mahsyar kelak daripada kesengsaraan dan azab. Pastikan sahabat kita dikalangan orang-orang soleh dan ahli ibadah♡

🐊Ust naim
Klik link ini untuk    
http://bit.ly/tadabburkalamullah

Facebook:   
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah

Читать полностью…

Tadabbur Kalamullah

*SEDEKAH JUMAAT: INFAQ PENDIDIKAN DAN PENGURUSAN KOMPLEKS PENDIDIKAN TAHFIZ AN-NUR, BESUT, TERENGGANU*

Klik dan sumbang:
https://toyyibpay.com/INFAQ-PENDIDIKAN-TAHFIZ-ANNUR

Assalamualaikum wbt para penyumbang yang budiman...

Pihak Geng Talaqqi mengajak semua penyumbang untuk bersama-sama merebut peluang jana saham Akhirat dengan Infaq Pendidikan dan Pengurusan Tahfiz An-Nur, Kg Alor Belanga, Besut, Terengganu.

Untuk makluman semua, di dalam Kompleks Pendidikan Tahfiz an-Nur ini terdapat pembelajaran bermula dari pelajar tadika, pelajar sekolah rendah, pelajar menengah, pelajar universiti dan warga emas. Kompleks ini menempatkan:

1. Pusat Asuhan Tunas Islam (Pra Tahfiz)
2. Sek. Rendah Islam Dar An-Nur
3. Pusat Tahfiz An-Nur
4. Kolej al-Quran An-nur (masih dalam pembinaan)
5. Pondok Pengajian Agama Warga Emas

Terdapat juga pelajar asnaf dan anak yatim di Tahfiz An-nur ini.

*SASARAN: RM50 RIBU*

Jom kita menyumbang untuk kelancaran pembangunan, pendidikan dan pengurusan Kompleks Tahfiz an-Nur. Infaq dan sumbangan Tuan/Puan akan di salurkan untuk pendidikan dan pengurusan Tahfiz, antaranya:

1. Tajaan pembelajaran pelajar asnaf dan anak yatim
2. Gaji & Elaun Tenaga Pengajar
3. Makan & Keperluan Harian Pelajar
4. Kos Operasi Tahfiz
5. Aktiviti-aktiviti Pelajar
6. Dan Lain2

Jadikan hari Jumaat ini rezeki kita lebih bermakna dengan infaq pembangunan serta pengurusan Kompleks Pusat Tahfiz an-Nur demi melahirkan penghafaz al-Quran dan generasi yang kuat berpegang dengan agama.

Semoga Infaq Tuan/Puan para penyumbang semua menjadi saksi di hadapan Allah kelak dan beroleh syafaat anak-anak penghafaz al-Quran.

Jazakumullahu Khairan Kathira. Semoga dengan bantuan kita mempermudahkan urusan mereka, Allah akan mempermudahkan urusan kita didunia dan di akhirat. InsyaAllah, Aamiiin.

Sumbangan boleh disalurkan ke akaun Toyyip Pay:

https://toyyibpay.com/INFAQ-PENDIDIKAN-TAHFIZ-ANNUR

*Pertubuhan Kebajikan Ilmu dan Amal Selangor
*Maybank_5629_9101_9074
*Cimb_8604_7707_81
*Remark: Infaq Pendidikan Tahfiz AnNur

SMS/Whatsapp slip/bukti sumbangan kepada:

📲Ust Naim: http://www.wasap.my/60196023803/InfaqPendidikanTahfizAnNur

📲Tn Abu Umar: http://www.wasap.my/60193113501/InfaqPendidikanTahfizAnNur

📲Tn Akmalizan: http://www.wasap.my/60172722696/InfaqPendidikanTahfizAnNur

📲Puan Zarina: http://www.wasap.my/60193223501/InfaqPendidikanTahfizAnNur

*ANDA HULUR, KAMI SALUR*

Читать полностью…

Tadabbur Kalamullah

☆Tadabbur Kalamullah 19 Rabiul Awwal 1445H☆

لَّقَدۡ كَانَ لَكُمۡ فِی رَسُولِ ٱللَّهِ أُسۡوَةٌ حَسَنَةࣱ لِّمَن كَانَ یَرۡجُوا۟ ٱللَّهَ وَٱلۡیَوۡمَ ٱلۡـَٔاخِرَ وَذَكَرَ ٱللَّهَ كَثِیرࣰا

"Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredaan) Allah dan (balasan baik) hari akhirat, lserta ia pula menyebut dan mengingati Allah banyak-banyak (dalam masa susah dan senang)" [Surah al-Aḥzab 21]

#Ketahuilah bahawa Baginda saw adalah contoh terbaik dalam menjalinkan persahabatan.

#Nabi saw telah memberikan panduan kepada umatnya agar persahabatan yang dibina kekal sehingga akhir hayat. Sabda baginda saw:

"Tiga perkara yang boleh mengeratkan persahabatan dengan saudaramu iaitu memberi salam apabila bertemu dengannya dan menyediakan tempat duduknya dalam satu majlis serta panggillah dia dengan nama yang paling disenanginya." (HR at-Tabrani)

#Nabi saw memerintahkan kita semua agar ikhlas dan jujur dalam bersahabat. Bersahabat hanya kerana Allah bukan selainnya. Bagi sesiapa yang bersahabat kerana Allah, nescaya mereka akan dihimpunkan bersama di syurga kelak.

#Rasulullah saw bersabda: "Seandainya dua orang saling mencintai kerana Allah (seorangnya berada di belahan Timur, sedangkan yang lainnya berada di belahan Barat) nescaya Allah swt akan menghimpunkan di antara keduanya kelak di hari kiamat, lalu Allah swt berfirman yang maksudnya, “Inilah orang yang engkau cintai demi kerana Aku"

#Dalam riwayat yang lain, Rasulullah saw bersabda, bahawa Allah swt telah berfirman: Orang-orang yang mencintai kerana keagunganKu, mereka mendapatkan mimbar-mimbar daripada cahaya sehingga para nabi dan syuhada cemburu terhadap mereka"(HR Tirmizi)

#Sayidina Abu Huraira r.a berkata, Rasulullah saw bersabda: "Allah berfirman pada Hari Kiamat, “Di manakah orang-orang yang saling mencintai kerana keagunganKu pada hari ini? Aku akan menaungi mereka dalam naunganKu pada hari yang tiada naungan kecuali naunganKu" (HR Muslim)

#Sahabat yang ikhlas kerana Allah ialah apa sahaja yang mereka lakukan hendaklah hanya kerana Allah swt. Berkasih sayang kerana Allah, tolong menolong kerana Allah, ziarah menziarahi juga kerana Allah swt. Rasulullah saw bersabda:

Orang-orang yang bercinta kerana Allah berada di atas mimbar-mimbar daripada cahaya dalam naungan ‘Arsy pada hari yang tiada naungan kecuali naunganNya. Rasulullah saw pun menceritakan dari Rabbnya yang berfirman: CintaKu adalah untuk orang-orang yang saling mencintai keranaKu. CintaKu adalah untuk orang-orang yang saling tolong-menolong keranaKu. CintaKu adalah untuk orang-orang yang saling berkunjung keranaKu. Orang-orang yang bercinta kerana Allah berada di atas mimbar-mimbar daripada cahaya dalam naungan ‘Arsy pada hari tiada naungan kecuali naunganNya (HR Ahmad)

...Bersambung...

♡Nabi saw mengingatkan kita semua bahawa persahabatan yang diredhai Allah ialah yang dibina atas dasar takwa dan ikhlas kerana Allah swt. Bersahabatlah hanya kerana Allah!!♡

🐊Ust naim
Klik link ini untuk    
http://bit.ly/tadabburkalamullah

Facebook:   
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah

Читать полностью…

Tadabbur Kalamullah

☆Tadabbur Kalamullah 17 Rabiul Awwal 1445H☆

لَّقَدۡ كَانَ لَكُمۡ فِی رَسُولِ ٱللَّهِ أُسۡوَةٌ حَسَنَةࣱ لِّمَن كَانَ یَرۡجُوا۟ ٱللَّهَ وَٱلۡیَوۡمَ ٱلۡـَٔاخِرَ وَذَكَرَ ٱللَّهَ كَثِیرࣰا

"Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredaan) Allah dan (balasan baik) hari akhirat, lserta ia pula menyebut dan mengingati Allah banyak-banyak (dalam masa susah dan senang)" [Surah al-Aḥzab 21]

#Baginda Rasulullah saw contoh terbaik dalam dunia perubatan.

#Daripada Sayidina Abu Hurairah r.a bahawa Nabi Muhammad saw bersabda: "Allah tidak akan menurunkan sesuatu penyakit melainkan Dia akan menurunkan ubatnya" (HR al-Bukhari)

#Imam al-Khattabi ketika mensyarahkan hadis ini menyatakan ia menunjukkan sabitnya ilmu perubatan dan keharusan mendapatkan rawatan bagi mengubati penyakit serta sebagai isyarat kesakitan dan kesembuhan itu semuanya daripada Allah swt.

#Shaikh Musa Shaheen menyatakan yang dimaksudkan dengan "Allah akan menurunkan ubat di bumi" ialah Allah menurunkan ilmu berkaitan perubatan dan rawatan kepada manusia di muka bumi ini.

#Diriwayatkan bahawa seorang sahabat telah datang memberitahu Nabi saw bahawa saudaranya sedang diserang oleh penyakit cirit-birit. Maka Nabi saw pun menyuruh agar diberikan madu kepada saudaranya, untuk dimakan. Akan tetapi penyakit cirit-birit saudaranya itu tidak berkurangan malah semakin bertambah buruk. Sahabat ini telah menjumpai Nabi saw sebanyak tiga kali mengadukan perkara ini dan di setiap kali perjumpaan itu, Nabi saw menyuruh agar diteruskan memberi madu. Pada kali yang keempatnya, Nabi pun bersabda: "Allah bercakap benar dan perut saudaramu yang berdusta." Lantas diberikan madu untuk kali yang keempatnya, maka baiklah penyakit saudaranya itu" (HR al-Bukhari dan Muslim)

#Nabi saw bersabda:

لِكُلِّ دَاءٍ دَوَاءٌ فَإِذَا أُصِيبَ دَوَاءُ الدَّاءِ بَرَأَ بِإِذْنِ اللَّهِ عَزَّ وَجَلَّ

“Bagi setiap penyakit ada ubatnya. Apabila betul ubatnya, maka sembuhlah dengan izin Allah” (HR Muslim)

#Nabi saw pernah bersabda menyatakan:

عليكم بالشفأين العسل والقرأن

"Kamu hendaklah mengambil dua jenis ubat, madu dan al-Quran" (HR al-Baihaqi dan Ibn Majah)

#Membacakan al-Quran merupakan ubat penting di dalam kehidupan manusia, di samping mengamalkan ubat-ubatan lain seperti madu.

#Pesakit juga tidak boleh lupa berdoa kepada Allah swt memohon kesembuhan. Diriwayatkan bahawa nabi saw bersabda: "Letakkanlah tangan kamu di bahagian yang kamu terasa sakit. Kemudian bacalah بسم الله tiga kali dan kemudian bacalah sebanyak tujuh kali!

أعوذ بعزة الله وقدرته من شر ما أجد وأحاذر

Berkata Uthman: "Aku pun melakukannya dan Allah menghilangkan kesakitan ku itu" (HR Muslim)

#Selain itu, ketika menziarahi pesakit, kita digalakkan berdoa untuk pesakit. Lihatlah bagaimana Nabi saw berdoa untuk Sayidina Saad ibn Waqqas r.a:

اللهم اشف سعد

"Ya Allah, sembuhkanlah Saad" (3x) (HR Muslim)

...Bersambung...

♡Berubatlah dengan kaedah yang ditunjukkan Rasulullah saw disamping mendapatkan rawatan dengan ilmu perubatan moden asalkan tidak bercanggah dengan Islam♡

🐊Ust naim
Klik link ini untuk    
http://bit.ly/tadabburkalamullah

Facebook:   
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah

Читать полностью…

Tadabbur Kalamullah

☆Tadabbur Kalamullah 15 Rabiul Awwal 1445H☆

لَّقَدۡ كَانَ لَكُمۡ فِی رَسُولِ ٱللَّهِ أُسۡوَةٌ حَسَنَةࣱ لِّمَن كَانَ یَرۡجُوا۟ ٱللَّهَ وَٱلۡیَوۡمَ ٱلۡـَٔاخِرَ وَذَكَرَ ٱللَّهَ كَثِیرࣰا

"Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredaan) Allah dan (balasan baik) hari akhirat, lserta ia pula menyebut dan mengingati Allah banyak-banyak (dalam masa susah dan senang)" [Surah al-Aḥzab 21]

#Baginda Rasulullah saw contoh terbaik untuk seluruh umatnya.

#Rasulullah saw adalah ketua kerajaan Islam di Madinah. Rasulullah saw menunjukkan contoh kepimpinan terbaik bermula dari rumah sehingga membabitkan urusan pentadbiran negara.

#Baginda saw tidak pernah sama sekali menjadikan kapasitinya sebagai seorang pemimpin untuk mengaut keuntungan bagi diri sendiri dan keluarganya.

#Baginda saw sentiasa mengutamakan kebajikan setiap manusia di bawah kepimpinannya. Rasulullah saw turut mengingatkan pemimpin mengenai bahaya tanggungjawab yang tidak dilaksanakan dengan sebaiknya apatah lagi jika memerintah dengan kezaliman, pilih kasih, tidak peduli kesusahan rakyat dan sentiasa membohongi rakyatnya.

#Sabda Baginda saw: “Tiada seorang pun pemimpin yang menguasai urusan kaum Muslimin, lantas tidak berusaha bersungguh-sungguh untuk kebaikan mereka dan tidak jujur kepada mereka, melainkan dia tidak akan masuk syurga bersama mereka” (HR al-Bukhari)

#Rasulullah saw mengajar umatnya bahawa seseorang pemimpin yang beriman kepada Allah swt dan RasulNya tidak sesekali mengkhianati tanggungjawab yang diamanahkan kepadanya. Allah swt sentiasa memerhati dan menilai setiap tanggunjawab yang dipikul oleh setiap pemimpin.

#Malah, seorang pemimpin itu tidak boleh menganggap dirinya lebih baik daripada orang lain. Pemimpin juga perlu sedar pelantikannya itu satu pertanggungjawaban (taklif) dan bukan satu kemuliaan (tashrif) untuk dimegah-megahkan.

#Kepimpinan Rasulullah saw berasaskan akhlak yang terpuji hingga Baginda mampu menarik golongan bukan Islam memeluk Islam dan mentaatinya sebagai ketua negara.

#Tindak tanduk pemimpin juga akan sentiasa diperhatikan rakyatnya. Kefahaman itulah yang perlu ada dalam diri setiap insan terutama para pemimpin. Sekiranya pemimpin memiliki sifat terpuji seperti ditunjukkan Rasul, pastinya akan lahir masyarakat yang harmoni.

#Masyarakat harmoni terdiri    kalangan pemimpin dan rakyat saling menyayangi, hormat-menghormati serta sentiasa diingati dalam doa.

#Rasulullah saw bersabda: “Sebaik-baik pemimpin kamu adalah yang kamu cintai dan mereka pun mencintai kamu serta yang sentiasa kamu doakan dan mereka pun selalu mendoakan kamu” (HR Muslim)

♡Setiap manusia di muka bumi ini menggalas tanggungjawab sebagai khalifah bagi memakmurkan bumi Allah swt mengikut ketetapanNya. Tunaikanlah tanggungjawab sebagai pemerintah dengan sebaiknya♡

🐊Ust naim
Klik link ini untuk    
http://bit.ly/tadabburkalamullah

Facebook:   
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah

Читать полностью…

Tadabbur Kalamullah

☆Tadabbur Kalamullah 13 Rabiul Awwal 1445H☆

لَّقَدۡ كَانَ لَكُمۡ فِی رَسُولِ ٱللَّهِ أُسۡوَةٌ حَسَنَةࣱ لِّمَن كَانَ یَرۡجُوا۟ ٱللَّهَ وَٱلۡیَوۡمَ ٱلۡـَٔاخِرَ وَذَكَرَ ٱللَّهَ كَثِیرࣰا

"Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredaan) Allah dan (balasan baik) hari akhirat, lserta ia pula menyebut dan mengingati Allah banyak-banyak (dalam masa susah dan senang)" [Surah al-Aḥzab 21]

#Sambung bicara tentang baginda Rasulullah saw yang merupakan tokoh terbaik di sepanjang zaman untuk diikuti dan dicontohi.

#Nabi saw mesra kanak-kanak, suka melayan, tersangat kasih dan sentiasa menyantuni kanak-kanak.

#Diriwayatkan daripada Sayidina Jabir bin Samurah r.a, katanya: "Aku solat Zuhur bersama Rasulullah saw kemudian baginda keluar ke tempat keluarganya dan aku pun ikut keluar. Selanjutnya, beliau disambut oleh kanak-kanak, kemudian baginda mengusap pipi mereka seorang demi seorang hingga sampailah pada giliranku. Baginda mengusap pipiku dan ternyata kurasakan tangan baginda begitu sejuk dan harum baunya seakan-akan tangan baginda baru dikeluarkan dari kantung yang berisi minyak wangi" (HR Muslim)

#Sayidina Abu Hurairah r.a berkata: Rasulullah saw pernah mencium Al-Hasan bin Ali r.a sedangkan di samping beliau ada Sayidina Al-Aqra' bin Habis At-Tamimi sedang duduk, lalu Aqra' berkata: "Sesungguhnya aku memiliki 10 orang anak, namun aku tidak pernah mencium mereka sekalipun". Maka Rasulullah saw memandangnya dan bersabda: "Barangsiapa tidak mengasihi mereka maka ia tidak akan dikasihi." (HR al-Bukhari)

#Diriwayatkan bahawa Rasulullah saw memberi salam kepada kanak-kanak dan mengusap kepala mereka. Kata Sayidina Anas r.a, suatu ketika dia berjalan melalui kumpulan kanak-kanak lalu beliau memberi salam kepada mereka dan berkata: "Bahawa Rasulullah saw sentiasa lakukan seperti yang aku lakukan ini (iaitu memberi salam kepada kanak-kanak)." (HR al-Bukhari dan Muslim)

#Pada masa yang sama Rasulullah saw mendidik dan tegas pada kanak-kanak yang tidak jujur. Imam an-Nawawi dalam kita al-Azkar berkata:

"Kami meriwayatkan dalam kitab Ibnus Sunni, daripada Abdullah bin Busr Al-Mazini r.a, ia berkata: Ibuku mengutusku kepada Rasulullah saw dengan membawa seikat anggur. Namun, aku memakan sebahagiannya sebelum aku berikan kepada baginda. Ketika aku sudah bertemu baginda, baginda memulas telingaku dan mengatakan, "Ini adalah pengkhianatan".

#Baginda saw juga seorang insan yang bersifat bijaksana, halus pekerti dan lembut pergaulan, murah hati dan memaafkan, menenangkan dengan akhlak dan toleransi, tersenyum kepada orang yang marah, membalas keburukan dengan kemaafan dan damai. Ketika baginda ditawarkan untuk membalas perbuatan penduduk Taif yang menolak dakwah dengan kekasaran, Nabi Muhammad saw sebaliknya menjawab:

"Tidak, bahkan aku berharap agar Allah mengeluarkan daripada keturunan mereka orang yang menyembah Allah dan tidak menyekutukanNya dengan apa pun juga" (HR Muslim)

#Rasulullah saw pernah bersabda bahawa sifat pemaaf adalah iman yang paling utama sepertimana dijelaskan: “Iman yang paling utama adalah sabar dan memaafkan.” (HR al-Bukhari).

#Pendekatan yang diambil baginda adalah memaafkan serta mendoakan mereka supaya dikurniakan pengampunan dan hidayah.

...Bersambung...

♡Akhlak terpuji mampu menawan hati semua orang. Memang bukan mudah mencontohi dan mengikut akhlak Nabi Muhammad saw, namun kita perlu mempraktikkan sifat dan sikap terpuji Baginda mengikut keupayaan masing-masing♡

🐊Ust naim
Klik link ini untuk    
http://bit.ly/tadabburkalamullah

Facebook:   
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah

Читать полностью…

Tadabbur Kalamullah

☆Tadabbur Kalamullah 11 Rabiul Awwal 1445H☆

لَّقَدۡ كَانَ لَكُمۡ فِی رَسُولِ ٱللَّهِ أُسۡوَةٌ حَسَنَةࣱ لِّمَن كَانَ یَرۡجُوا۟ ٱللَّهَ وَٱلۡیَوۡمَ ٱلۡـَٔاخِرَ وَذَكَرَ ٱللَّهَ كَثِیرࣰا

"Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredaan) Allah dan (balasan baik) hari akhirat, lserta ia pula menyebut dan mengingati Allah banyak-banyak (dalam masa susah dan senang)" [Surah al-Aḥzab 21]

#Rasulullah saw adalah contoh terbaik dalam mengimamkan solat.

#Di antara sunnah Nabi saw adalah memanjangkan solat Subuh. Memanjangkan dua rakaat yang awal pada solat Zohor dan meringkaskan dua rakaat yang terakhir. Meringkaskan solat Maghrib serta solat secara pertengahan iaitu tidak panjang dan tidak pendek untuk solat Isyak dan asar.

#Diriwayatkan oleh Sulaiman Bin Yasar daripada Sayidina Abu Hurairah r.a. Kata Sayidina Abu Hurairah r.a: "Aku tidak solat di belakang seorang selepas (kewafatan) Rasulullah saw melainkan ada lelaki yang solatnya sama seperti solat Rasulullah saw. Kata Sulaiman Bin Yasar: Rasulullah pernah memanjangkan dua rakaat yang awal pada solat Zohor dan memendekkan dua rakaat yang terakhir. Baginda meringkaskan solat Asar. Baginda juga membaca surah yang pendek daripada Al-Mufassal di dalam solat Maghrib. Di dalam solat Isyak Baginda membaca Al-Mufassal yang pertengahan dan membaca Al-Mufassal yang panjang di dalam solat Subuh" (HR an-Nasaie)

*Al-Mufassal adalah nama bagi gabungan surah-surah. Al-Mufassal terbahagi kepada tiga. Ada yang panjang (Tiwal). Ianya bermula dari Surah Al-Hujurat sehingga Surah Al-Buruj. Ada juga yang pertengahan (Al-Awsat). Iaitu bermula dari Surah Al-Toriq sehingga surah Al-Bayyinah. Dan ada juga yang pendek (Qisar) iaitu bermula surah Al-Zalzalah sehingga akhir surah an-Nas. (Lihat: Al-Itqan Fi Ulum Al-Quran Li Al-Sayuti)

#Walaubagaimanapun, Nabi saw melihat juga pada keadaan dan suasana makmum. Jika ada bayi menangis, Nabi saw akan meraikan makmum dengan meringkaskan solat.

#Daripada Sayidina Anas bin Malik r.a: Aku tidak pernah solat dibelakang imam yang lebih ringan dan lebih sempurna daripada solat di belakang Nabi SAW. Apabila Baginda mendengar suara bayi menangis, maka Baginda akan meringankan solat tersebut kerana dibimbangi akan menyusahkan ibunya" (HR al-Bukhari dan Muslim)

#Ini menunjukkan bahawasanya Nabi saw merubah keadaan solat untuk maslahah individu tertentu, iaitu demi kebaikan ibu kepada bayi yang sedang menangis yang berkemungkinan terganggu apabila mendengar suara tangisan anaknya.

#Nabi saw prihatin terhadap kadar panjang solatnya agar tidak menyebabkan makmum berasa berat dan susah. Ini kerana makmum terdiri dari pelbagai latar belakang yang harus diraikan.Kata Abu Mas’ud:

"Ada seorang lelaki berkata kepada Rasulullah saw : Wahai Rasulullah Aku ini terlambat daripada solat disebabkan ada fulan yang memanjangkan solat ketika dia mengimami kami. Kata Abu Mas’ud: Aku tidak melihat Rasulullah marah pada hari Baginda memberi peringatan melainkan pada hari tersebut. Kemudian Baginda bersabda: "Sesungguhnya ada di antara kalian yang akan lari. Sesiapa yang menjadi imam maka ringkaskan. Ada dalam kalangan makmum yang lemah, ada yang tua dan ada yang mempunyai hajat (untuk diselesaikan)" (HR al-Bukhari)

♡Contohilah Nabi saw dalam mengimami solat. Tidak ada masalah bagi imam untuk memanjangkan solat. Ini kerana, dalam beberapa keadaan, Nabi pernah memanjangkan beberapa solat fardhu khususnya solat Subuh. Namun, para imam perlulah melihat keadaan makmum yang solat dibelakangnya. Jangan disebabkan kita, makmum lari daripada solat berjemaah. Raikanlah makmum yang terdiri daripada pelbagai latar belakang♡

🐊Ust naim
Klik link ini untuk    
http://bit.ly/tadabburkalamullah

Facebook:   
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah

Читать полностью…

Tadabbur Kalamullah

☆Tadabbur Kalamullah 9 Rabiul Awwal 1445H☆

لَّقَدۡ كَانَ لَكُمۡ فِی رَسُولِ ٱللَّهِ أُسۡوَةٌ حَسَنَةࣱ لِّمَن كَانَ یَرۡجُوا۟ ٱللَّهَ وَٱلۡیَوۡمَ ٱلۡـَٔاخِرَ وَذَكَرَ ٱللَّهَ كَثِیرࣰا

"Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredaan) Allah dan (balasan baik) hari akhirat, lserta ia pula menyebut dan mengingati Allah banyak-banyak (dalam masa susah dan senang)" [Surah al-Aḥzab 21]

#Rasulullah saw adalah contoh yang terbaik dalam perihal pelaksanaan hukum hakam.

#Dalam memberikan hukum-hakam, Baginda tidak memberatkan. Baginda tidak memaksa hukum itu dilaksanakan sepenuhnya bagi orang yang benar-benar tidak mampu melaksanakannya. Usah membiarkan seseorang itu terbeban dengan hukum yang membuatkan diri berada dalam kesempitan.

#Daripada Sayidina Abu Hurairah r.a meriwayatkan: Seorang lelaki datang menemui Rasulullah saw lalu berkata: “Wahai Rasulullah saw. Aku telah celaka, aku telah melakukan hubungan intim dengan isteriku pada siang hari bulan Ramadhan”.

Rasulullah saw berkata: “Bebaskanlah seorang hamba sahaya.” Lelaki itu menjawab: “Saya tidak mempunyai hamba sahaya". Rasulullah saw berkata: “Kalau begitu, laksanakanlah puasa dua bulan berturut-turut"

Lelaki itu menjawab: “Aku ini sudah tua. Aku tidak mampu untuk melaksanakan puasa dua bulan berturut-turut". Rasulullah saw berkata lagi: “Kalau begitu, berilah makan 60 orang miskin”. Lelaki itu berkata lagi: “Ya Rasulullah saw, aku ini orang yang tidak memiliki apa-apa"

Setelah mendengar jawapan sahabat itu, Rasulullah saw membawa satu bekas yang penuh berisi kurma. Baginda berkata: “Sedekahkanlah kurma ini kepada orang yang meminta.”

Lelaki itu berkata lagi: “Wahai Rasulullah saw, aku ini orang yang paling fakir. Demi Allah, tidak ada keluarga yang lebih memerlukan kurma ini melebihi keperluanku kepadanya.”

Alasan diberikan lelaki itu membuatkan Rasulullah saw berasa lucu. Baginda tersenyum lebar hingga menampakkan gigi hadapan Baginda. Kemudian dengan perasaan kasih sayang dan persaudaraan, Baginda berkata: “Kalau memang demikian, pergilah dan serahkan kurma itu kepada keluargamu" (HR al-Bukhari dan Muslim)

#Daripada Sayidina Anas bin Malik r.a, Nabi saw bersabda:

يَسِّرُوا وَلَا تُعَسِّرُوا وَبَشِّرُوا وَلَا تُنَفِّرُوا

"Permudahkanlah dan jangan menyukarkan, berilah khabar gembira dan jangan membuat orang lari (menjauh)" (HR al-Bukhari)

#Daripada Sayidina Abu Hurairah r.a, bahawa Nabi saw bersabda:
 
إِنَّ الدِّينَ يُسْرٌ، وَلَنْ يُشَادَّ الدِّينَ أَحَدٌ إِلَّا غَلَبَهُ

Sesungguhnya agama itu mudah, janganlah seseorang daripada kamu menyukarkan (menyulitkan urusan agama itu) melainkan kamu akan tewas (HR al-Bukhari)

♡Teladanilah Rasulullah saw dalam menyampaikan sesuatu hukum. Permudahkanlah jangan menyulitkan keadaan♡

🐊Ust naim
Klik link ini untuk    
http://bit.ly/tadabburkalamullah

Facebook:   
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah

Читать полностью…

Tadabbur Kalamullah

☆Tadabbur Kalamullah 7 Rabiul Awwal 1445H☆

لَّقَدۡ كَانَ لَكُمۡ فِی رَسُولِ ٱللَّهِ أُسۡوَةٌ حَسَنَةࣱ لِّمَن كَانَ یَرۡجُوا۟ ٱللَّهَ وَٱلۡیَوۡمَ ٱلۡـَٔاخِرَ وَذَكَرَ ٱللَّهَ كَثِیرࣰا

"Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredaan) Allah dan (balasan baik) hari akhirat, lserta ia pula menyebut dan mengingati Allah banyak-banyak (dalam masa susah dan senang)" [Surah al-Aḥzab 21]

#Rasulullah saw merupakan sosok suri teladan terbaik di sepanjang zaman.

#Cara terbaik umat Islam dalam menghayati perjuangan Rasulullah saw adalah dengan menghidupkan syariat dan syiar yang dibawa oleh Baginda semenjak 1400 tahun yang lalu. Rasulullah saw adalah seorang Rasul yang telah berjaya menyelesaikan segala permasalahan umat dan telah menyempurnakan amanah Allah swt sewaktu hayat Baginda dengan meninggalkan dua khazanah yang amat berharga kepada kita sebagai panduan hidup iaitu al-Quran dan Sunnah Nabawiyah.

#Maka kita perlu memberi perhatian supaya sirah perjuangan Rasulullah saw ini diteladani, diulangkaji, dirujuk dan disuburkan setiap masa, supaya kekal dalam ingatan dan jiwa manusia.

#Bersempena kita berada di bulan kelahiran nabi saw, bulan Maulid, pada dasarnya adalah sebahagian daripada aktiviti dakwah Islam. Ia bertujuan untuk mentarbiah, membimbing dan mengingatkan umat Islam agar menghargai apa yang dikurniakan oleh Allah swt.

#Salah satu pengajaran tersirat yang dapat kita perolehi ialah nilai dan usaha berterusan dalam memperingati perjuangan Rasulullah saw sebagai pesuruh Allah dalam menegakkan ajaran Islam, juga sebagai Rasul dan nabi terakhir. Tambahan lagi Rasulullah saw diiktiraf sebagai tokoh teragung sepanjang zaman kerana Baginda berjaya membawa perubahan besar kepada lanskap akidah, syariah dan akhlak seluruh juzuk hidup manusia. Malah hingga ke hari ini peribadi suci Rasulullah saw masih dikagumi musuh-musuh Islam.

#Malangnya kita sangat kesal jika sambutan atau majlis yang diadakan setiap tahun ini, tidak dihayati sepenuhnya dengan pengisian yang tepat oleh umat Islam. Bahkan lebih menyedihkan lagi ialah pada satu masa kita mengagungkan Rasulullah saw dan pada masa yang lain pula kita juga melakukan maksiat ataupun perkara-perkara yang dilarang oleh Rasulullah saw.

♡Rasulullah saw adalah contoh ikutan terbaik bagi seluruh umat manusia di sepanjang zaman. Berdoa dan berazamlah agar kita dapat mengikuti petunjuk Nabi saw dalam kehidupan seharian kita. Aamiin♡

🐊Ust naim
Klik link ini untuk    
http://bit.ly/tadabburkalamullah

Facebook:   
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah

Читать полностью…

Tadabbur Kalamullah

☆Tadabbur Kalamullah 5 Rabiul Awwal 1445H☆

لَتَجِدَنَّ أَشَدَّ ٱلنَّاسِ عَدَ ٰ⁠وَةࣰ لِّلَّذِینَ ءَامَنُوا۟ ٱلۡیَهُودَ وَٱلَّذِینَ أَشۡرَكُوا۟ۖ

"Demi sesungguhnya engkau (wahai Muhammad) akan dapati manusia yang keras sekali permusuhannya kepada orang-orang yang beriman ialah orang-orang Yahudi dan orang-orang musyrik" [Surah al-Maʾidah 82]

#Sambung bicara berkaitan musuh utama umat Islam iaitu golongan Yahudi dan orang-orang musyrik.

#Diriwayatkan oleh Sayidina Abu Hurairah r.a, Nabi saw bersabda:

اشْتَدَّ غَضَبُ اللَّهِ عَلَى رَجُلٍ يَقْتُلُهُ رَسُولُ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم فِي سَبِيلِ اللَّهِ

"Allah swt tersangat murka kepada seseorang yang dibunuh Rasulullah saw ketika berjihad di jalan Allah swt" (HR al-Bukhari)

#Menurut hadis ini, Nabi saw menyatakan bahawa Allah swt amat memurkai kepada mereka yang menentang sehingga membuatkan Baginda saw membunuh mereka ketika berjihad di jalan Allah swt. Sehingga Allah swt berjanji, balasan yang amat berat akan ditimpakan kepadanya di akhirat kelak.

#Seumur hidup Nabi saw, Baginda pernah menyertai peperangan sebanyak 19 kali. Ini adalah sepertimana yang terdapat di dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Abu Ishaq. Ketika beliau duduk bersebelahan Zaid bin Al-Arqam, lalu beliau bertanya:

كَمْ غَزَا النَّبِيُّ صلى الله عليه وسلم مِنْ غَزْوَةٍ قَالَ تِسْعَ عَشْرَةَ‏

"Berapa banyak peperangan yang Nabi saw sertai, lalu beliau menjawab sebanyak 19 kali" (HR al-Bukhari)

#Pun begitu, hanya seorang sahaja yang pernah dibunuh oleh Nabi saw dengan menggunakan tangan Baginda sendiri. Beliau adalah Ubai bin Khalaf yang dibunuh ketika peperangan Uhud.

#Dinukilkan oleh Imam Abd al-Razzaq as-San'ani di dalam kitabnya (rujuk Musannaf):

Ubai bin Khalaf berkata: Demi Allah, aku pasti akan membunuh Muhammad. Maka perkhabaran ini sampai kepada Rasulullah saw, lalu Baginda berkata: Bahkan aku yang akan membunuhnya, InsyaAllah. Kata pengarang: Seorang lelaki yang mendengar perkhabaran tersebut telah pergi lalu berjumpa Ubai bin Khalaf dan berkata kepadanya: Ketika dikhabarkan kepada Muhammad apa yang engkau katakan, beliau lalu berkata: “Bahkan aku yang akan membunuhnya, InsyaAllah.” Perkhabaran itu menyebabkan Ubai bin Khalaf rasa ketakutan lalu berkata: “Kamu bersumpah dengan Nama Allah swt yang kamu benar-benar mendengar dia berkata sedemikian?” Lelaki itu menjawab: “Ya”, berita itu memberi kesan kepada dirinya, kerana mereka (orang-orang Quraisy) tidak pernah mendengar Rasulullah saw mengucapkan sesuatu melainkan perkara itu benar.

#Pada hari peperangan Uhud, Ubai bin Khalaf keluar ke medan perang bersama orang-orang musyrikin. Beliau mencari peluang terhadap Nabi saw dalam keadaan lalai untuk bertindak. Tiba-tiba seorang lelaki daripada kalangan muslimin menukar arah (menghalang) Ubai bin Khalaf untuk mempertahankan Nabi saw. Apabila Rasulullah melihat keadaan itu, baginda berkata kepada sahabatnya: “Biarkan dia.” Lalu baginda mengambil sebilah senjata (pisau / lembing) dan menikamnya. Ada juga yang berkata Baginda membalingnya.

Ia mengenai bahagian bawah lehernya, di bawah pelindung lehernya di bahagian atas baju besinya. Darah tidak banyak keluar dan kesemuanya terhimpun di bahagian lehernya, menjadikan dia berteriak seperti seekor lembu. Kawan-kawannya datang dan memikulnya dalam keadaan dia berteriak. mereka bertanya: “Ada apa ini? Demi Allah swt tiada apa denganmu melainkan toresan.” Lalu Ubai bin Khalaf berkata: “Demi Allah swt, jikalau kena kepadaku air liurnya, pasti sudah cukup untuk membunuhku. Bukankah dia (Muhammad saw) telah berkata: “Aku akan membunuhnya (Ubai bin Khalaf), InsyaAllah?” Setelah berlalu sehari dia pun mati dan termasuk dari kalangan ahli neraka.”

♡Sedahsyat manapun permusuhan golongan kuffar dengan Islam, Islam pasti menang dan mereka akan dikalahkan dengan penuh kehinaan♡

🐊Ust naim
Klik link ini untuk    
http://bit.ly/tadabburkalamullah

Facebook:   
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah

Читать полностью…

Tadabbur Kalamullah

☆Tadabbur Kalamullah 30 Rabiul Awwal 1445H☆

یَسۡـَٔلُكَ ٱلنَّاسُ عَنِ ٱلسَّاعَةِۖ قُلۡ إِنَّمَا عِلۡمُهَا عِندَ ٱللَّهِۚ وَمَا یُدۡرِیكَ لَعَلَّ ٱلسَّاعَةَ تَكُونُ قَرِیبًا

"Manusia bertanya kepadamu (wahai Muhammad) tentang kedatangan hari kiamat; katakanlah: "Sesungguhnya pengetahuan mengenainya hanyalah ada di sisi Allah. " Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui? - boleh jadi masa datangnya tidak lama lagi" [Surah al-Aḥzab 63]

#Sambungan bicara mengenai peperangan sebelum berlakunya kiamat.

#Sabda Nabi saw:

يَكُونُ اخْتِلَافُ عِندَ مَوتِ خَلِيفَة ، فَيَخرُجُ رَجُلٌ مِن أَهلِ المَدِينَةِ هَارِبًا إِلَى مَكَّةَ، فَيَأتِيهِ نَاسٌ مِن أَهلِ مَكَّةَ فَيُخرِجُونَهُ وَهُوَ كَارِهٌ ، فَيُبَايِعٌونَهُ بَينَ الرُّكنِ وَالمَقَامِ ، فَيُبعَثُ إِلَيهِ بَعثٌ مِن الشَام ، فَيُخسَفُ بِهِم بِالبَيدَاء ، فَإِذَا رَأَى النَّاسَ ذَلِكَ أَتَاهُ أَبدَالُ الشَّامِ وَعَصَائِبُ العِرَاقِ فَيُبَايِعُونَهُ

"Bakal berlaku perselisihan saat kematian khalifah. Lalu muncul seorang lelaki (Imam Mahdi) daripada Madinah lari ke Makkah. Kemudian dia didatangi oleh penduduk Makkah lalu membawanya keluar dari rumah dalam keadaan beliau enggan. Beliau lalu dibaiah di antara Rukun Hajarul Aswad dan Maqam Ibrahim. Selepas itu datang satu pasukan dari Syam untuk memerangi beliau, lalu bumi menelan mereka ketika sampai di kawasan Baida’. Apabila manusia melihat peristiwa itu, datanglah para wali abdal daripada Syam dan pasukan-pasukan dari Iraq dan memberi baiah kepadanya" (HR Abu Daud)

#Apa yang dapat difahami daripada hadis ini ialah terdapat beberapa kumpulan Islam yang berjuang di serata dunia. Setiap kumpulan ini berbaiah kepada pemimpin masing-masing. Namun apabila muncul Imam Mahdi, kesemua kumpulan wajib menggabungkan diri dengan kumpulan Imam Mahdi kerana dia adalah khalifah Islam sejagat, bukan sekadar pemimpin kumpulan Islam setempat.

#Selain itu, peristiwa perjanjian taat setia turut berlaku ketika perang antara Islam melawan Rom. Sabda Rasulullah saw:

عَدُوٌّ يَجْمَعُونَ لِأَهْلِ الْإِسْلَامِ وَيَجْمَعُ لَهُمْ أَهْلُ الْإِسْلَامِ. قُلْتُ الرُّومَ تَعْنِي؟ قَالَ: نَعَمْ وَتَكُونُ عِنْدَ ذَاكُمْ الْقِتَالِ رَدَّةٌ شَدِيدَةٌ ، فَيَشْتَرِطُ الْمُسْلِمُونَ شُرْطَةً لِلْمَوْتِ لَا تَرْجِعُ إِلَّا غَالِبَةً

Musuh berhimpun untuk menentang tentera Islam. Tentera Islam juga berhimpun untuk menentang mereka. Ibn Mas`ud bertanya adakah mereka Rom? Nabi menjawab: Ya. Saat itu ramai orang Islam berpaling tidak sanggup berperang kerana kedahsyatannya. Sehingga orang Islam yang ada mengikat perjanjian hidup mati; Tidak akan pulang melainkan setelah menang (HR Muslim)

#Hadis-hadis diatas menunjukkan kepentingan baiah (janji taat setia) dalam kumpulan Islam yang berjuang di akhir zaman. Sama ada Imam Mahdi sudah muncul ataupun belum, beriltizam taat setia dengan jamaah Islam yang lengkap ciri-cirinya sebagai Hizbullah merupakan kewajipan Islam. Ia juga adalah perintah Rasulullah saw bagi menyelamatkan diri dari fitnah akhir zaman.

#Sabda Rasulullah saw ketika ditanya mengenainya oleh Sayidina Huzaifah al-Yaman berkenaan cara menyelamatkan diri dari fitnah akhir zaman:

تَلْزَمُ جَمَاعَةَ الْمُسْلِمِينَ وَإِمَامَهُم.

Beriltizamlah dengan jamaah Islam dan pemimpin mereka" (HR al-Bukhari dan Muslim)

#Beriltizam bukan sekadar mendaftar diri untuk berjuang, tetapi melaksanakan segala ketetapan jamaah Islam yang tidak bercanggah dengan syarak. Ia berkait dengan janji baiah yang perlu dipenuhi oleh umat Islam ketika mendaftar diri sebagai pejuang.

♡Allah swt memberi janji kemenangan kepada pejuang-pejuang Islam dengan syarat mengikut ketetapan Allah swt dan Rasul ya serta berbaiah dengan seikhlas hati mentaati pimpinan dalam jihad mendaulatkan agama Allah swt♡

🐊Ust naim
Klik link ini untuk    
http://bit.ly/tadabburkalamullah

Facebook:   
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah

Читать полностью…

Tadabbur Kalamullah

☆Tadabbur Kalamullah 28 Rabiul Awwal 1445H☆

یَسۡـَٔلُكَ ٱلنَّاسُ عَنِ ٱلسَّاعَةِۖ قُلۡ إِنَّمَا عِلۡمُهَا عِندَ ٱللَّهِۚ وَمَا یُدۡرِیكَ لَعَلَّ ٱلسَّاعَةَ تَكُونُ قَرِیبًا

"Manusia bertanya kepadamu (wahai Muhammad) tentang kedatangan hari kiamat; katakanlah: "Sesungguhnya pengetahuan mengenainya hanyalah ada di sisi Allah. " Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui? - boleh jadi masa datangnya tidak lama lagi" [Surah al-Aḥzab 63]

#Sambung lagi bicara tentang tanda kiamat berkaitan peperangan akhir zaman.

#Al-Malhamah al-Kubra akan terjadi di A'maq atau Dabiq, dua tempat yang berdekatan dengan Halab di Syria dan Antakia di Turki. 

#Hal ini  bersandarkan kepada sabda Nabi saw: 

"Tidak akan terjadi hari kiamat hingga bangsa Rom akan turun berhimpun di A'maq atau Dabiq, lalu keluar menghadapi mereka sekelompok askar dari Madinah antara sebaik-baik penduduk bumi ketika itu. Maka tatkala mereka berhadapan, bangsa Rom berkata: "Biarkanlah kami memerangi orang-orang yang mengambil tawanan daripada kami." Kaum Muslimin menjawab: "Tidak, demi Allah, kami tidak akan membiarkan kamu memerangi saudara-saudara kami." Maka terjadilah peperangan antara mereka. Lalu ada sepertiga yang kalah di mana Allah tidak akan mengampuni dosa mereka untuk selama-lamanya dan sepertiga lagi terbunuh sebagai sebaik-baik syuhada' di sisi Allah dan sepertiga lagi akan memperolehi kemenangan. Mereka tidak akan ditimpa sebarang fitnah selama-lamanya, lalu mereka akan menakluki Kostantinopel. Kemudian ketika mereka sedang membahagikan harta rampasan perang di mana mereka telah menggantungkan pedang-pedang mereka pada pohon zaitun tiba-tiba syaitan meneriak terhadap mereka: "Sesungguhnya Al-Masih (Dajjal) telah muncul dalam kalangan keluarga kalian," maka mereka pun segera keluar, sedangkan itu hanyalah satu kebohongan. Apabila mereka mendatangi Syam, ia pun muncul. Maka ketika mereka sedang mempersiapkan diri untuk peperangan dan merapikan barisan, tibalah waktu solat. Lalu turunlah Nabi Isa bin Maryam Alaihissalam, lalu ia mengimami mereka. Apabila musuh Allah (Dajjal) melihatnya, nescaya ia akan mencair sebagaimana garam mencair di dalam air. Seandainya ia membiarkannya sahaja nescaya ia juga akan mencair sehingga binasa, akan tetapi Allah ingin membunuhnya  dengan tangannya, lalu baginda memperlihatkan kepada mereka darahnya yang  melekat di tombaknya" (HR Muslim)

#Dalam riwayat lain Nabi saw bersabda: “Kepesatan Baitulmaqdis adalah tanda keruntuhan Madinah. Keruntuhan Madinah adalah tanda perang besar. Berlakunya perang besar adalah tanda pembukaan kota Costantinople. Pembukaan Constantinople adalah tanda keluarnya Dajal" (HR Abu Daud)

#Sabdanya lagi:

تَغْزُونَ جَزِيرَةَ العَرَبِ، فَيَفْتَحُهَا اللهُ. ثُمَّ فَارِسَ، فَيَفتَحُها اللهُ. ثُمَّ تَغْزُونَ الرُّومَ، فَيَفْتَحُهَا اللهُ. ثُمَّ تَغْزُونَ الدَّجَّالَ، فَيَفْتَحُهُ اللهُ.

Kamu akan memerangi tanah Arab lalu Allah memberikan kemenangan. Kemudian kamu akan memerangi tanah Parsi lalu Allah memberikan kemenangan. Kemudian kamu akan memerangi tanah Rom lalu Allah memberikan kemenangan. Kemudian kamu akan memerangi Dajal lalu Allah memberikan kemenangan (HR Muslim)

#Justeru itu, gambaran peperangan besar ini akan berlaku pada ketika kemunculan Imam al-Mahdi dan peperangan yang berlaku sangat sengit sehingga mengambil masa yang agak panjang  dan mengorbankan nyawa  yang ramai. Walau bagaimanapun, masanya  hanya diketahui Allah swt.

#Sebelum semua ini berlaku, tentera Islam harus mempersiapkan pasukannya terlebih dahulu untuk berjuang. Antara persiapannya adalah dengan mengikat janji setia antara pemimpin dan pengikut yang lebih dikenali sebagai baiah. Ia penting untuk meyakinkan kumpulan Islam akan kesanggupan anggotanya melaksanakan strategi yang dirancang.

...Bersambung...

♡Akan tiba masanya bumi ini menemui titik noktahnya dan berlakulah apa yang disebut sebagai kiamat dan hari kebangkitan oleh semua makhluk. Bersiap sedialah♡

🐊Ust naim
Klik link ini untuk    
http://bit.ly/tadabburkalamullah

Facebook:   
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah

Читать полностью…

Tadabbur Kalamullah

☆Tadabbur Kalamullah 26 Rabiul Awwal 1445H☆

یَسۡـَٔلُكَ ٱلنَّاسُ عَنِ ٱلسَّاعَةِۖ قُلۡ إِنَّمَا عِلۡمُهَا عِندَ ٱللَّهِۚ وَمَا یُدۡرِیكَ لَعَلَّ ٱلسَّاعَةَ تَكُونُ قَرِیبًا

"Manusia bertanya kepadamu (wahai Muhammad) tentang kedatangan hari kiamat; katakanlah: "Sesungguhnya pengetahuan mengenainya hanyalah ada di sisi Allah. " Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui? - boleh jadi masa datangnya tidak lama lagi" [Surah al-Aḥzab 63]

#Antara tanda-tanda terjadinya kiamat adalah berlakunya pertempuran di antara kaum Muslimin yang merupakan tentera nabi Isa Alaihissam dan bangsa Yahudi yang menjadi tentera Dajjal pada akhir zaman. 

#Sehingga pada satu masa pokok-pokok dan batu berkata kepada tentera Islam tentang kedudukan orang Yahudi yang bersembunyi di belakang mereka. Nabi saw bersabda:

"Tidak akan datang hari kiamat sehingga kaum Muslimin memerangi kaum Yahudi dan membunuh mereka, sehingga bersembunyilah orang Yahudi di belakang batu dan kayu, lalu batu dan kayu berkata: 'Wahai orang Muslimin, wahai hamba Allah, ini ada orang Yahudi di belakang aku, kemarilah dan bunuhlah dia, kecuali pohon al-Gharqad (yang tidak berbuat  demikian kerana ia termasuk pohon Yahudi" (HR al-Bukhari)

#Siri peperangan di dunia tidak pernah terhenti khususnya melibatkan dua kumpulan besar yang masing-masing  mempunyai tujuan tertentu sama ada menguasai atau menghadapi. 

#Apabila mendengar perkataan 'perang' pasti akan melibatkan nyawa dan kemusnahan yang besar. Kaum  Muslimin secara umumnya sudah berperang dengan kaum Yahudi  sejak zaman Nabi saw. Mereka dapat mengalahkan kaum Yahudi dan mengusir mereka dari Jazirah Arab.

#Nabi saw bersabda: "Sungguh aku akan mengeluarkan kaum Yahudi dan Nasrani dari Jazirah Arab, hingga tidak ada yang aku biarkan kecuali yang beragama Islam" (HR Muslim)

#Siri peperangan ini akan terus berlaku sehingga peperangan besar sebelum kiamat muncul. Peperangan yang dikenali dengan al-Malhamah al-Kubra ini merujuk kepada perkataan lahm yang bermaksud daging. Maka al-Malhamah adalah 'daging-daging' yang menggambarkan situasi peperangan  dan pembunuhan yang besar berlaku. 

#Disebabkan peperangan ini ramai tentera dan orang awam yang terbunuh. Al-Malhamah al-Kubra ini hanya terjadi  di akhir zaman dan merupakan salah satu daripada tanda kiamat yang dikhabarkan oleh Nabi saw. Peristiwa ini  banyak disebut dalam hadis Nabi SAW dan diriwayatkan oleh ramai ulamak.

#Baginda saw bersabda: "Pemakmuran  Baitul Maqdis merupakan tanda kehancuran Yathrib (Madinah),  kehancuran Yathrib  merupakan tanda permulaan al-Malhamah, permulaan al-Malhamah merupakan tanda pembebasan Kota Kostantinopel, pembebasan Kota Kostantinopel pula adalah tanda kemunculan Dajjal" (HR Abu Daud)

...Bersambung...

♡Pastikan kita sentiasa bersedia menempuh apa sahaja takdir yang berlaku di akhir zaman dengan memperteguhkan iman, mempersiapkan bekal amalan dan membaiki segala kesilapan agar saat datangnya kiamat, kita menghadapinya dengan penuh persediaan. Beramallah dengan bersungguh sebelum munculnya kiamat♡

🐊Ust naim
Klik link ini untuk    
http://bit.ly/tadabburkalamullah

Facebook:   
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah

Читать полностью…

Tadabbur Kalamullah

☆Tadabbur Kalamullah 24 Rabiul Awwal 1445H☆

سُبۡحَـٰنَ ٱلَّذِیۤ أَسۡرَىٰ بِعَبۡدِهِۦ لَیۡلࣰا مِّنَ ٱلۡمَسۡجِدِ ٱلۡحَرَامِ إِلَى ٱلۡمَسۡجِدِ ٱلۡأَقۡصَا ٱلَّذِی بَـٰرَكۡنَا حَوۡلَهُۥ لِنُرِیَهُۥ مِنۡ ءَایَـٰتِنَاۤۚ إِنَّهُۥ هُوَ ٱلسَّمِیعُ ٱلۡبَصِیرُ

"Maha Suci Allah yang telah menjalankan hambaNya (Muhammad) pada malam hari dari Masjid Al-Haraam (di Makkah) ke Masjid Al-Aqsa (di Palestin), yang Kami berkati sekelilingnya, untuk memperlihatkan kepadanya tanda-tanda (kekuasaan dan kebesaran) Kami. Sesungguhnya Allah jualah yang Maha Mendengar, lagi Maha Melihat" [Surah Al-Israʾ 1]

#Baitulmaqdis atau al-Quds di Palestin tempat suci ketiga bagi umat Islam selepas Mekah dan Madinah. Bahkan, ia juga dianggap sebagai tempat suci bagi orang Yahudi dan Kristian. Orang Barat mengenalinya sebagai Jerusalem.

#Terdapat banyak kelebihan yang disebutkan mengenai Baitulmaqdis sama ada dalam al-Quran mahupun dalam hadis nabi saw. Antaranya disebut dalam al-Quran sebagai bumi yang diberkati Allah swt sebagaimana ayat diatas.

#Sebagaimana Masjidil Haram di Mekah dan Masjid Nabawi di Madinah, di kota ini terletaknya Masjid al-Aqsa, masjid yang pernah menjadi tempat persinggahan Nabi saw sewaktu peristiwa al-Isra' wal Mi'raj dan kiblat pertama bagi umat Islam.

#Sewaktu kedatangan Islam, Baitulmaqdis berada di bawah kekuasaan Empayar Rom Byzantine yang juga kuasa besar Kristian pada masa itu. Kemudian pada 638 semasa zaman pemerintahan Khalifah Umar bin al-Khattab r.a, tentera Islam berjaya menawan dan menakluki Baitulmaqdis.

#Beberapa abad kemudian iaitu pada 1099, tentera Salib merampas Baitulmaqdis daripada tangan umat Islam. Mereka menguasainya selama 88 tahun sehingga muncul Sultan Salahuddin al-Ayyubi yang berjaya menawan semula Baitul Maqdis pada 1187.

#Umat Islam selama berkurun lama bebas menziarahi Baitulmaqdis walaupun selepas penubuhan negara haram Israel 1948. Namun pada 1967, Israel menceroboh dan mengenakan kawalan ketat di Baitulmaqdis sehingga umat Islam tidak lagi mempunyai kebebasan mutlak terhadapnya.

#Terdapat galakan daripada Nabi saw untuk bersolat di dalam Masjidil Aqsa. Nabi saw bersabda: "Bersolat di Masjidil Haram menyamai 100 ribu kali solat, bersolat di masjidku menyamai 1,000 kali solat dan bersolat di masjid Baitulmaqdis menyamai 500 kali solat." (HR al-Bazzar, at-Tabarani dan al-Baihaqi)  

#Perjuangan untuk mengembalikan semula kebebasan Masjid al-Aqsa bukanlah tanggungjawab rakyat Palestin semata-mata, bahkan ia adalah tanggungjawab bagi umat Islam seluruhnya.

...Bersambung...

♡Ya Allah, selamatkanlah kaum Muslimin di Palestin. Ya Allah selamatkanlah kaum Muslimin di semua tempat. Ya Allah selamatkanlah kaum-kaum yang lemah dari kalangan orang-orang yang beriman. Ya Allah keraskan balasanMu ke atas orang-orang Yahudi Perampas dan Penjajah. Aamiiin♡

🐊Ust naim
Klik link ini untuk    
http://bit.ly/tadabburkalamullah

Facebook:   
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah

Читать полностью…

Tadabbur Kalamullah

☆Tadabbur Kalamullah 22 Rabiul Awwal 1445H☆

لَّقَدۡ كَانَ لَكُمۡ فِی رَسُولِ ٱللَّهِ أُسۡوَةٌ حَسَنَةࣱ لِّمَن كَانَ یَرۡجُوا۟ ٱللَّهَ وَٱلۡیَوۡمَ ٱلۡـَٔاخِرَ وَذَكَرَ ٱللَّهَ كَثِیرࣰا

"Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredaan) Allah dan (balasan baik) hari akhirat, lserta ia pula menyebut dan mengingati Allah banyak-banyak (dalam masa susah dan senang)" [Surah al-Aḥzab 21]

#Nabi saw seorang pendakwah ulung dan wajar dijadikan idola dalam kehidupan umat Islam.

#Pada awal dakwah baginda saw, keluarga kecil Baginda di Kota Makkah dikelilingi watak jahat, kufur dan penyembah berhala yang sentiasa mencari jalan menghancurkan usaha dakwah apabila Baginda dilantik menjadi rasul dan giat memulakan usaha dakwah.

#Namun demikian, wahyu Ilahi mengarahkan Baginda saw dan sahabat supaya terus bertahan dan bersabar dengan segala tindakan kaum keluarga dan orang kafir Quraisy. Kesabaran yang dituntut ini mengajar kita bahawa inilah asam garam dunia dakwah yang perlu ditempuhi. Kesabaran adalah senjata paling ampuh dalam dakwah.

#Nabi saw adalah Nabi yang paling sabar dan paling konsisten dari semua nabi-nabi. Baginda saw adalah salah seorang daripada empat nabi yang dikenali sebagai Ulul Azmi. Ini dijelaskan oleh Allah swt dalam firmanNya:

فَٱصۡبِرۡ كَمَا صَبَرَ أُو۟لُوا۟ ٱلۡعَزۡمِ مِنَ ٱلرُّسُلِ وَلَا تَسۡتَعۡجِل لَّهُمۡۚ كَأَنَّهُمۡ یَوۡمَ یَرَوۡنَ مَا یُوعَدُونَ لَمۡ یَلۡبَثُوۤا۟ إِلَّا سَاعَةࣰ مِّن نَّهَارِۭۚ بَلَـٰغࣱۚ فَهَلۡ یُهۡلَكُ إِلَّا ٱلۡقَوۡمُ ٱلۡفَـٰسِقُونَ

"(Jika demikian akibat orang-orang kafir yang menentangmu wahai Muhammad) maka bersabarlah engkau sebagaimana sabarnya Rasul-rasul "Ulil-Azmi" (yang mempunyai keazaman dan ketabahan hati) dari kalangan Rasul-rasul (yang terdahulu daripadamu); dan janganlah engkau meminta disegerakan azab untuk mereka (yang menentangmu itu). Sesungguhnya keadaan mereka semasa melihat azab yang dijanjikan kepada mereka, merasai seolah-olah mereka tidak tinggal (di dunia) melainkan sekadar satu saat sahaja dari siang hari. (Penerangan yang demikian) cukuplah menjadi pelajaran (bagi orang-orang yang mahu insaf). Maka (ingatlah) tidak dibinasakan melainkan kaum yang fasik - derhaka" [Surah al-Aḥqaf 35]

#Selain itu, nabi saw seorang pendakwah yang mengamalkan apa yang dikata. Nabi Muhammad saw bertindak menurut apa yang diucapkan dan mengamalkan apa yang disebut. Tiada perbezaan antara tindakan dan perkataan. Sayidatina Aishah r.ha berkata bahawa setiap perkara yang baginda katakan atau bertindak adalah mengikut al-Qur’an.

#Kata-kata yang terkenal apabila ditanya oleh Hisyam bin Amir tentang akhlak Rasulullah saw, maka Sayidina Aisyah menjawab: “Akhlaknya (iaitu Nabi saw) adalah al-Quran” (HR Muslim)

#Baginda saw sentiasa menunjukkan personalitinya yang penuh bermoral dan berakhlak mulia. Ini menjadikan baginda sebagai model terbaik bagi umat manusia sepanjang zaman.

...Bersambung...

♡Kaedah dakwah Nabi Muhammad saw mempunyai ciri-ciri istimewa yang boleh dipelajari dan diaplikasikan oleh para pendakwah Islam hari ini♡

🐊Ust naim
Klik link ini untuk    
http://bit.ly/tadabburkalamullah

Facebook:   
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah

Читать полностью…

Tadabbur Kalamullah

Jom sama2 berinfaq dan membantu sempena hari Jumaat yg dijanjikan pahala yg besar dan lumayan

Читать полностью…

Tadabbur Kalamullah

☆Tadabbur Kalamullah 20 Rabiul Awwal 1445H☆

لَّقَدۡ كَانَ لَكُمۡ فِی رَسُولِ ٱللَّهِ أُسۡوَةٌ حَسَنَةࣱ لِّمَن كَانَ یَرۡجُوا۟ ٱللَّهَ وَٱلۡیَوۡمَ ٱلۡـَٔاخِرَ وَذَكَرَ ٱللَّهَ كَثِیرࣰا

"Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredaan) Allah dan (balasan baik) hari akhirat, lserta ia pula menyebut dan mengingati Allah banyak-banyak (dalam masa susah dan senang)" [Surah al-Aḥzab 21]

#Sambung bicara berkaitan Baginda saw adalah contoh terbaik dalam menjalinkan persahabatan.

#Nabi saw mengatakan bahawa sesiapa yang bersahabat penuh kejujuran dan demi memperoleh keredhaan Allah swt maka itu tanda sempurna keimanannya. Sabda Rasulullah saw:

"Sesiapa sahaja yang mencintai kerana Allah, maka sesungguhnya telah sempurna imannya" (HR Abu Dawud dan Tirmizi)

#Selain itu, baginda saw meminta kita memaklumkan kepada orang yang kita cintai bahawa kita mencintainya kerana Allah. Diriwayatkan daripada Sayidina Abu Dzar r.a bahawa beliau pernah mendengar Rasulullah saw bersabda:

Apabila ada seorang daripada kalian mencintai sahabatnya, hendaklah dia datang ke rumahnya dan memberitahu kepadanya bahawa dia mencintai sahabatnya kerana Allah swt” (HR Ibnu Mubarak dalam kitab Az-Zuhd)

#Nabi saw pernah ungkapkan cintanya baginda kepada Sayidina Muaz bin Jabal r.a,:

يَا مُعَاذُ ! وَاللَّهِ إِنِّي لَأُحِبُّكَ ، وَاللَّهِ إِنِّي لَأُحِبُّكَ

“Wahai Muaz, Wallahi, sesungguhnya aku sayang kepada engkau, Wallahi, sesungguhnya aku sayang kepada engkau" (HR Abu Daud)

#Baginda saw juga menyuruh kita agar rajin mengunjungi sahabat kita namun janganlah terlalu kerap. Diriwayatkan daripada Sayidina Abu Hurairah r.a, Rasulullah saw pernah bersabda:

"Wahai Abu Hurairah! berkunjunglah engkau dengan baik, tidak terlalu kerap dan tidak terlalu jarang, nescaya akan bertambah kasih sayang (HR at-Thabrani dan al-Baihaqi)

#Baginda saw juga berpesan agar setiap persahabatan itu memiliki sikap kebersamaan. Susah senang bersama. Sihat sakit bersama. Tegur menegur bersama. Mengajak kepada kebaikan bersama. Sabda Rasulullah saw:

"Orang-orang Mukmin itu ibarat satu tubuh. Apabila satu anggota badan sakit, maka seluruh tubuh turut merasa sakit dengan demam dan tidak dapat tidur" (HR Muslim)

♡Cintailah sahabat kerana Allah dan mengikut kaedah serta cara yang ditunjukkan oleh Rasulullah saw. Moga beroleh kecintaan dan kemuliaan daripada Allah swt. Aamiiin♡

🐊Ust naim
Klik link ini untuk    
http://bit.ly/tadabburkalamullah

Facebook:   
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah

Читать полностью…

Tadabbur Kalamullah

☆Tadabbur Kalamullah 18 Rabiul Awwal 1445H☆

لَّقَدۡ كَانَ لَكُمۡ فِی رَسُولِ ٱللَّهِ أُسۡوَةٌ حَسَنَةࣱ لِّمَن كَانَ یَرۡجُوا۟ ٱللَّهَ وَٱلۡیَوۡمَ ٱلۡـَٔاخِرَ وَذَكَرَ ٱللَّهَ كَثِیرࣰا

"Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredaan) Allah dan (balasan baik) hari akhirat, lserta ia pula menyebut dan mengingati Allah banyak-banyak (dalam masa susah dan senang)" [Surah al-Aḥzab 21]

#Sambung bicara berkaitan Baginda saw contoh terbaik dalam dunia perubatan.

#Diriwayatkan bahawa Abdul Aziz dan Tsabit pernah menemui Sayidina Anas bin Malik r.a. Tsabit berkata pada Sayidina Anas saat itu: “Wahai Abu Hamzah (nama panggilan untuk Sayidina Anas), aku sakit.” Sayidina Anas berkata, mahukah aku meruqyahmu (menyembuhkanmu) dengan ruqyah Rasulullah saw”. Tsabit pun menjawab: “Iya, boleh.” Lalu Sayidina Anas membacakan doa:

اللَّهُمَّ رَبَّ النَّاسِ مُذْهِبَ الْبَاسِ اشْفِ أَنْتَ الشَّافِى لاَ شَافِىَ إِلاَّ أَنْتَ ، شِفَاءً لاَ يُغَادِرُ سَقَمًا

“Ya Allah Wahai Tuhan segala manusia, hilangkanlah penyakitnya, sembuhkanlah ia. (Hanya) Engkaulah yang dapat menyembuhkannya, tidak ada kesembuhan melainkan kesembuhan dariMu, kesembuhan yang tidak meninggalkan sebarang kesakitan” ( HR al-Bukhari dan Muslim)

#Nabi saw mengajar kita doa kesembuhan untuk kita amalkan dan bantu merawat orang yang sedang sakit.

#Selain itu, Nabi saw mengajar kita untuk mencari ubat atau berjumpa dengan orang yang boleh merawat kita berdasarkan kaedah yang mereka gunakan asalkan tidak bercanggah dengan syarak.

#Rasulullah saw sendiri menerima nasihat perubatan dari mereka yang mempunyai pengetahuan dalam bidang tersebut. Antara buktinya, apabila ‘Urwah bin az-Zubair bertanya ibu saudaranya iaitu Ummul Mukminin Sayidatina Aishah r.ha tentang pengetahuannya mengenai ilmu perubatan.

Kata Urwah: “Wahai ibu! Aku tidak hairan kefahamanmu (tentang agama) kerana engkau isteri Rasulullah saw dan anak Abu Bakar. Aku tidak hairan dengan ilmumu mengenai syair dan sejarah manusia kerana aku tahu engkau anak perempuan Abu Bakar. Abu Bakar itu merupakan orang yang paling berpengetahuan. Namun aku kagum dengan ilmumu mengenai perubatan, bagaimana dan daripada mana ia?” Maka Sayidatina Aishah pun menepuk bahu ‘Urwah lantas berkata: “Wahai ‘Urwah kesayanganku! Sesungguhnya Rasulullah saw itu sakit ketika akhir hayat baginda. Utusan-utusan Arab datang dari seluruh pelusuk. Mereka menyifatkan kepada baginda (ubat) dan aku menguruskannya. Maka dari situlah (aku perolehi ilmu perubatan)” (HR Ahmad. Sahih)

#Disebutkan dalam sebuah hadis daripada Sayidina Kharijah bin al-Salt at-Tamimi, daripada pakciknya Alaqah bin Sahar r.a, beliau (‘Alaqah) berkata:

“Pernah ketika dalam perjalanan pulang setelah bertemu Rasulullah saa, kami tiba di satu perkampungan Arab. Lalu penduduk kampung tersebut berkata: ‘Kami mendapat khabar bahawa sekalian kamu telah datang dari sisi lelaki itu (Rasulullah saw) dengan membawa kebaikan. Adakah ada di sisi kamu sebarang ubat atau jampi?. Sesungguhnya ada seorang kalangan kami yang dipasung (diikat kerana gila).

Maka kami menjawab: ‘Ya ada.’

Mereka kemudian membawa orang yang dipasung tersebut. Lalu aku membacakan Fatihah al-Kitab (surah al-Fatihah) selama tiga hari berturut-turut kepada orang itu pagi dan petang. Setiap kali aku selesai membacanya, aku menghimpunkan air liurku, kemudian aku meludahkannya. Lelaki itu sembuh seolah-olah terlepas daripada satu ikatan. Mereka pun memberikan aku hadiah seekor unta, namun aku berkata: ‘Aku tidak akan menerimanya sehingga aku bertanya Rasulullah saw.’

Setelah ditanya, baginda menjawab yang bermaksud: ‘Makanlah! Demi umurku, jika ada orang yang makan hasil jampi yang batil, sesungguhnya engkau telah makan hasil jampi yang benar"

♡Contohi Nabi saw dalam berubat, menjaga kesihatan dan mengurus penyakit♡

🐊Ust naim
Klik link ini untuk    
http://bit.ly/tadabburkalamullah

Facebook:   
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah

Читать полностью…

Tadabbur Kalamullah

☆Tadabbur Kalamullah 16 Rabiul Awwal 1445H☆

لَّقَدۡ كَانَ لَكُمۡ فِی رَسُولِ ٱللَّهِ أُسۡوَةٌ حَسَنَةࣱ لِّمَن كَانَ یَرۡجُوا۟ ٱللَّهَ وَٱلۡیَوۡمَ ٱلۡـَٔاخِرَ وَذَكَرَ ٱللَّهَ كَثِیرࣰا

"Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredaan) Allah dan (balasan baik) hari akhirat, lserta ia pula menyebut dan mengingati Allah banyak-banyak (dalam masa susah dan senang)" [Surah al-Aḥzab 21]

#Baginda Rasulullah saw contoh terbaik dalam dunia perniagaan.

#Mengikut riwayat, Nabi saw menjual barang-barang Baginda tidak seperti cara yang diamalkan oleh kebanyakan peniaga atau lain-lain saudagar ketika itu. Baik peniaga Arab atau bukan Arab. Biasanya para peniaga kebanyakannya mereka menjual barang-barang dagangan dengan cara meletakkan harga yang setinggi mungkin. Tetapi Nabi saw menjualnya dengan cara:

1. Memberitahu harga pokok dan meminta para pelanggan atau pembeli membayar berapa harga yang mereka kehendaki. Dengan cara ini pembeli merasa puas dan senang hati kerana mereka merasa tidak tertipu oleh peniaga. Lalu mereka membeli dengan larisnya sehingga barang-barang Nabi paling laku dan cepat habis berbanding rakan-rakan baginda yang lain.

2. Selain itu Nabi saw juga mengambil sikap menjual modal apabila si pembelinya seorang yang benar-benar miskin tetapi memerlukan kepada barang itu. Baginda saw amat bertimbang rasa dan amat pengasih serta belas kasihan kepada sesama manusia. Manakan ada manusia yang menjual barang-barang dagangannya dengan harga modal? Biarlah orang nak lapar dan mati. Biarlah orang nak telanjang kerana tak ada kain untuk menutup badannya asalkan dia tidak sekali-kali rugi di dalam perniagaannya. Sikap ini walau sebesar zarah tidak ada tercalit di dalam hati Nabi Muhammad saw yang mulia lagi suci.

3. Satu lagi daya penarik yang luar biasa yang telah menarik para pembeli untuk mendekati barang-barang Nabi saw ialah sikap dan wajah Baginda semasa berjualan itu. Selaku seorang insan yang sedia dijadikan oleh Allah berwajah kacak menawan dan gemar melemparkan senyuman kepada orang, maka Nabi saw telah menggunakan kelebihan yang dikurniakan oleh Allah kepada Baginda itu. Dengan wajah yang manis dan menawan Baginda tidak pernah melenyapkan ukiran senyuman kepada para pelanggan baginda. (Lihat: Riwayat Rasulullah saw – Sejarah dan perjalanan hidup Nabi Muhammad saw (Edisi Lengkap)

#Jika Nabi saw kita banyak bersedekah dan menolong pelanggannya semasa ketiadaan wang tetapi masih memerlukan barangan tersebut maka peniaga pada hari ini juga boleh melakukan sedemikian.

#Setiap peniaga perlu tanamkan niat mencari keberkatan dan keredhaan Ilahi terlebih dahulu sebelum berniaga. Apabila awal-awal lagi sudah dipasangkan niat bahawa hendak berniaga mengikut cara Nabi saw, maka Allah akan bantu dorongkan peniaga itu ke jalan yang telah diniatkan. InsyaAllah rezeki dan keuntungan diperolehi dengan keberkatan serta berpahala.

♡Contohilah Nabi saw, seorang usahawan hebat dan jujur. Jadilah peniaga yang jujur serta berniaga demi memperolehi keuntungan yang halal lagi berkat♡

🐊Ust naim
Klik link ini untuk    
http://bit.ly/tadabburkalamullah

Facebook:   
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah

Читать полностью…

Tadabbur Kalamullah

☆Tadabbur Kalamullah 14 Rabiul Awwal 1445H☆

لَّقَدۡ كَانَ لَكُمۡ فِی رَسُولِ ٱللَّهِ أُسۡوَةٌ حَسَنَةࣱ لِّمَن كَانَ یَرۡجُوا۟ ٱللَّهَ وَٱلۡیَوۡمَ ٱلۡـَٔاخِرَ وَذَكَرَ ٱللَّهَ كَثِیرࣰا

"Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredaan) Allah dan (balasan baik) hari akhirat, lserta ia pula menyebut dan mengingati Allah banyak-banyak (dalam masa susah dan senang)" [Surah al-Aḥzab 21]

#Sambung lagi bicara tentang baginda saw tokoh terbaik untuk diikuti dan dicontohi.

#Baginda saw seorang yang bersifat belas ihsan, mengasihi sesama insan dan bergurau senda dengan ahli keluarga, para sahabat dan kanak-kanak.

#Sayidatina Aisyah r.ha berkata: "Jika Rasulullah saw berada di rumah, dialah orang yang paling murah senyum dan ketawa."

#Sayidina Ali bin Abi Talib r.a menceritakan bahawa Rasulullah saw selalu kelihatan ceria, bersikap tenang dan santai, banyak tersenyum di hadapan para sahabat, semangat dan kagum dengan pembicaraan mereka, malah kadangkala tertawa sehingga terlihat gigi gerahamnya.

#Daripada Sayidina Mahmud bin al-Rabi` r.huma berkata:

عَقَلْتُ مِنَ النَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَجَّةً مَجَّهَا فِي وَجْهِي وَأَنَا ابْنُ خَمْسِ سِنِينَ مِنْ دَلْوٍ

Aku ingat lagi sewaktu umurku lima tahun Nabi saw pernah menghirup air daripada gayung menggunakan mulutnya lalu menghembuskannya ke mukaku” (HR al-Bukhari)

#Berkata Imam Syihabuddin al-Qastalani dalam Irsyad al-Sari Li Syarh Sahih al-Bukhari: “Perbuatan Nabi saw itu adalah bertujuan untuk bergurau atau tabrik (mendatangkan keberkatan) kepadanya (Mahmud) sepertimana Baginda saw selalu melakukannya dengan anak-anak sahabat.”

#Baginda saw juga selalu berzikir dan suka berdoa. Rasulullah saw menangis ketika sembahyang tahajjud, maka Sayidatina Aisyah r.ha bertanya: "Mengapakah engkau menangis? Sebenarnya Allah swt sudah mengampunkan dosa engkau yang terdahulu mahupun yang terkemudian. Maka Nabi Muhammad saw menyatakan: "Adakah tidak patut aku tergolong dalam kalangan hamba yang banyak bersyukur?" (HR Ibnu Hibban)

#Diriwayatkan daripada Sayidina Anas r.a, beliau berkata:

كَانَ أَكْثَرُ دُعَاءِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ اللَّهُمَّ رَبَّنَا آتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِي الْآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ

“Doa Nabi saw yang paling sering diucapkan ialah:

اللَّهُمَّ رَبَّنَا آتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِي الْآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ

Ya Allah, Ya Rabb kami, berilah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat, dan peliharalah kami dari seksa api neraka" (HR al-Bukhari dan Muslim)

#Selain itu, Nabi saw juga tidak suka menolak permintaan seseorang hingga Sayidina Anas Ibnu Malik r.a berkata: “Sesungguhnya Nabi saw tidaklah diminta sesuatu oleh seseorang, melainkan pasti Baginda akan memberikannya.”

♡Sempena berada di musim sambutan Maulidur Rasul saw, marilah kita mengisinya dengan amalan selawat, menghidupkan sunnah dan menghayati sifat baginda agar dapat menyuburkan dan meningkatkan kecintaan kepada junjungan besar Nabi Muhammad saw. Sirah Nabi Muhammad saw mesti dijadikan sumber rujukan dan panduan terpenting dalam pelbagai aspek kehidupan♡

🐊Ust naim
Klik link ini untuk    
http://bit.ly/tadabburkalamullah

Facebook:   
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah

Читать полностью…

Tadabbur Kalamullah

☆Tadabbur Kalamullah 12 Rabiul Awwal 1445H☆

لَّقَدۡ كَانَ لَكُمۡ فِی رَسُولِ ٱللَّهِ أُسۡوَةٌ حَسَنَةࣱ لِّمَن كَانَ یَرۡجُوا۟ ٱللَّهَ وَٱلۡیَوۡمَ ٱلۡـَٔاخِرَ وَذَكَرَ ٱللَّهَ كَثِیرࣰا

"Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredaan) Allah dan (balasan baik) hari akhirat, lserta ia pula menyebut dan mengingati Allah banyak-banyak (dalam masa susah dan senang)" [Surah al-Aḥzab 21]

#Rasulullah saw adalah contoh terbaik di sepanjang zaman.

#Terlalu banyak sifat dan sikap Nabi Muhammad saw yang tercatat di dalam sirah dan disebutkan di dalam al-Quran serta hadis nabawi yang menjadi teladan bagi kita semua.

#Di antara sifat itu ialah ketabahan baginda di dalam menempuh kehidupan sebagai anak yatim, ketika menghadapi kebencian kaum Musyrikin Mekah, kesedihan yang menimpa hidup kerana kehilangan bapa saudara, isteri, anak tercinta dan paling utama kesabaran baginda menghadapi pesona kekuasaan dengan tawaran pangkat serta darjat agar meninggalkan misi dakwah.

#Dalam hal ini, Imam Ibn Kathir rahimahullah menyatakan bahawa tawaran itu diajukan oleh 'Utbah bin Rabi'ah yang bertemu baginda di rumahnya.

#Dalam riwayat yang lain menyebut tawaran itu diajukan al-Walid bin al-Mughirah dan al-'As bin Wa'il.
Bagaimanapun, baginda dengan tegas menolaknya kerana misi memperkenalkan masyarakat kepada Allah swt adalah lebih berharga berbanding tawaran yang diberikan.

#Baginda Nabi Muhammad saw juga bersifat dermawan, gemar menjamu tetamu, berinfak, menderma kepada orang yang lapar, membantu jiran terdekat dan menjenguk orang sakit. Nabi Muhammad saw sentiasa berbuat baik kepada sesama manusia sama ada orang Islam ataupun yang bukan Islam. Berkaitan hal ini terdapat banyak kisah dalam kehidupan dan pesanan Nabi Muhammad saw kepada umat Islam.

#Sabda Rasulullah saw: "Dan pergaulilah manusia dengan akhlak yang baik" (HR Ahmad, at-Tirmizi dan ad-Darimi)

#Baginda Nabi Muhammad saw seorang bersifat berani, teguh hati dan tidak melarikan diri dari medan peperangan. Baginda memimpin beberapa siri peperangan yang dimenangi oleh tentera Muslimin.

#Berdasarkan hadis riwayat Sayidina Sahal bin Saad r.a bahawa dia ditanya mengenai luka Rasulullah saw dalam Perang Uhud. Jawab Sahal: "Muka Rasulullah saw luka, taring beliau patah dan topi baja yang dipakainya pecah. Lalu Sayidatina Fatimah binti Rasulullah yang membersihkan darahnya, Ali bin Thalib yang menyiramkan air dari perisai. Ketika dilihat Fatimah darah bertambah banyak keluar, diambilnya potongan pelepah kurma, lalu dibakarnya sampai jadi abu. Kemudian abu itu diletakkannya di atas luka baginda sehingga darahnya berhenti keluar" (Sahih Muslim)

#Baginda juga bersifat zuhud, sederhana dan mengambil dunia sekadar perlu. Baginda tinggal di rumah yang sangat sederhana dan berpakaian sederhana. Baginda terkenal dengan sifat tawaduk, menghormati orang tua, simpati kepada orang miskin, menolong orang yang lemah, ramah dengan orang, melakukan sendiri kerja rumah seperti menjahit pakaiannya sendiri dan menyantuni pelbagai golongan termasuk kanak-kanak.

...Bersambung...

♡Contohi dan teladanilah Rasulullah saw seorang tokoh yang sempurna di sepanjang kehidupan dan zaman♡

🐊Ust naim
Klik link ini untuk    
http://bit.ly/tadabburkalamullah

Facebook:   
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah

Читать полностью…

Tadabbur Kalamullah

☆Tadabbur Kalamullah 10 Rabiul Awwal 1445H☆

لَّقَدۡ كَانَ لَكُمۡ فِی رَسُولِ ٱللَّهِ أُسۡوَةٌ حَسَنَةࣱ لِّمَن كَانَ یَرۡجُوا۟ ٱللَّهَ وَٱلۡیَوۡمَ ٱلۡـَٔاخِرَ وَذَكَرَ ٱللَّهَ كَثِیرࣰا

"Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredaan) Allah dan (balasan baik) hari akhirat, lserta ia pula menyebut dan mengingati Allah banyak-banyak (dalam masa susah dan senang)" [Surah al-Aḥzab 21]

#Rasulullah saw adalah contoh yang terbaik dalam melayani permintaan dan kehendak orang yang meminta pertolongan.

#Daripada Sayidina Anas bin Malik r.a, ada seorang lelaki datang kepada Rasulullah saw pada hari Jumaat ketika Rasulullah saw sedang berkhutbah di Madinah, lelaki itu berkata: “Hujan tidak turun, mohonlah kepada Tuhanmu agar hujan diturunkan”.

Rasulullah saw melihat ke langit, kami mendapati tidak ada awan. Lalu Baginda memohon agar hujan diturunkan. Maka, awan pun berkumpul, kemudian hujan pun turun hingga parit Kota Madinah mengalir air.

Hujan turun sehinggalah hari Jumaat berikutnya masih tidak berhenti. Lelaki itu atau orang lain berdiri, ketika itu Rasulullah saw sedang berkhutbah.

Orang itu berkata: “Kami telah tenggelam, mohonlah kepada Tuhanmu agar menahan hujan itu daripada kami”.

Maka Rasulullah saw tersenyum dan berdoa: “Ya Allah, (turunkan hujan) di sekitar kami, jangan di atas kami,” dua kali atau tiga kali (Nabi ulang).

Kemudian awan mula bergerak dari Kota Madinah ke kanan dan ke kiri. Hujan turun di sekitar kami, tidak turun di Kota Madinah walaupun sedikit.

Allah swt menunjukkan kemuliaan Rasulullah dan doanya yang mustajab" (HR al-Bukhari dan Muslim)

#Apabila ada orang sakit Nabi saw akan menziarahinya dan menyantuninya serta mendoakan mereka.

#Diriwayatkan daripada Sayidina Anas r.a berkata:

كَانَ غُلَامٌ يَهُودِيٌّ يَخْدُمُ النَّبِيَّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، فَمَرِضَ، فَأَتَاهُ النَّبِيُّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَعُودُهُ، فَقَعَدَ عِنْدَ رَأْسِهِ، فَقَالَ لَهُ: أَسْلِمْ". فَنَظَرَ إِلَى أَبِيهِ وَهُوَ عِنْدَهُ فَقَالَ لَهُ: أَطِعْ أَبَا الْقَاسِمِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، فَأَسْلَمَ، فَخَرَجَ النَّبِيُّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَهُوَ يَقُولُ: الْحَمْدُ لِلهِ الَّذِي أَنْقَذَهُ مِنَ النَّارِ

"Ada seorang budak Yahudi yang bekerja membantu Nabi saw telah menderita sakit. Maka Nabi saw menziarahinya dan baginda duduk di sisi kepalanya lalu menyeru: "Masuklah Islam". Budak itu memandang kepada bapanya yang berada berdekatannya, lalu bapanya berkata,: "Taatilah Abu al-Qasim saw". Lantas budak itu memeluk Islam. Kemudian Nabi saw keluar sambil bersabda: "Segala puji bagi Allah yang telah menyelamatkan budak itu dari neraka” (HR al-Bukhari)

#Berkata Sayidina Aisyah r.ha, Rasulullah saw apabila melihat (menziarahi) orang sakit, Baginda mengusap dengan tangan kanannya sambil berdoa: “Hilangkanlah kesusahannya Ya Allah. Sembuhkanlah ia, sesungguhnya Engkaulah yang menyembuhkannya. Tiada kesembuhan melainkan daripada Engkau, kesembuhan yang tidak meninggalkan apa-apa penyakit lagi.” (Muttafaqun ‘Alaih)

♡Contohilah Nabi saw dalam menunaikan permintaan atau hajat seseorang dan sentiasalah melakukan kebaikan sebagaimana yang ditunjukkan oleh Nabi saw kepada kita semua♡

🐊Ust naim
Klik link ini untuk    
http://bit.ly/tadabburkalamullah

Facebook:   
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah

Читать полностью…

Tadabbur Kalamullah

☆Tadabbur Kalamullah 8 Rabiul Awwal 1445H☆

لَّقَدۡ كَانَ لَكُمۡ فِی رَسُولِ ٱللَّهِ أُسۡوَةٌ حَسَنَةࣱ لِّمَن كَانَ یَرۡجُوا۟ ٱللَّهَ وَٱلۡیَوۡمَ ٱلۡـَٔاخِرَ وَذَكَرَ ٱللَّهَ كَثِیرࣰا

"Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredaan) Allah dan (balasan baik) hari akhirat, lserta ia pula menyebut dan mengingati Allah banyak-banyak (dalam masa susah dan senang)" [Surah al-Aḥzab 21]

#Rasulullah saw menganjurkan umatnya agar sentiasa memaniskan wajah dengan senyuman serta menuturkan kata-kata yang indah.

#Rasulullah saw bersabda: “Janganlah kamu mengecilkan perbuatan baik walaupun kecil, meskipun hanya dengan berwajah manis saat menemui saudaramu" (HR Muslim)

#Dalam hadis yang lain Rasulullah saw bersabda: “Senyumanmu ke wajah saudaramu adalah sedekah bagimu" (HR at-Tirmizi)

#Ibnu Abbas r.a berkata: "Rasulullah saw adalah orang paling banyak tersenyum dan menangis” (HR al-Bukhari)

#Sayidatina Aisyah berkata: “Belum pernah aku melihat Rasulullah saw tertawa terbahak-bahak sampai terlihat bahagian dalam mulut Baginda" (HR al-Bukhari)

#Al-Bhagha meriwayatkan ketika tertawa Rasulullah saw selalu menutup mulutnya dengan tapak tangan.

#Bahkan, ada ketikanya Rasulullah saw tetap tersenyum walaupun disakiti. Baginda tidak marah kerana dirinya dianiaya namun akan marah jika agama Allah swt yang dihina.

#Daripada Anas bin Malik, beliau berkata: “Aku berjalan bersama Rasulullah saw, Baginda mengenakan selendang dari Najran yang tepinya kasar. Tiba-tiba datang seorang Arab Badwi dari belakang dan menarik selendang dengan kuat sehingga aku melihat ada bekas tepi hujung selendang di tengkuk Rasulullah saw kerana kuatnya tarikan Arab Badwi itu.

Kemudian Arab Badwi itu berkata: “Wahai Muhammad, perintahkan agar aku diberi sebahagian harta Allah yang ada padamu. Aku tidak meminta hartamu, juga harta ayahmu.”

Rasulullah saw terdiam sejenak ketika mendengar permintaan orang Badwi itu. Lalu Baginda berkata: “Benar, semua harta itu kepunyaan Allah dan aku adalah hambaNya. Kerana kamu sudah berbuat kasar kepadaku, aku harus mendapatkan balasan yang setimpal.”

“Tidak mungkin,” jawab orang Badwi itu.

“Kenapa tidak mungkin?” Tanya Rasulullah saw. Jawab orang Badwi: “Kerana engkau tidak membalas kejahatan dengan kejahatan.”

Mendengar jawapan itu, Rasulullah saw tersenyum. Baginda kemudian memenuhi keinginan orang Badwi yang menyakiti Baginda itu" (HR al-Bukhari dan Muslim)

♡Contohilah akhlak dan perilaku Rasulullah saw yang sentiasa tersenyum dalam kebanyakan situasi dan keadaan♡

🐊Ust naim
Klik link ini untuk    
http://bit.ly/tadabburkalamullah

Facebook:   
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah

Читать полностью…

Tadabbur Kalamullah

☆Tadabbur Kalamullah 6 Rabiul Awwal 1445H☆

لَتَجِدَنَّ أَشَدَّ ٱلنَّاسِ عَدَ ٰ⁠وَةࣰ لِّلَّذِینَ ءَامَنُوا۟ ٱلۡیَهُودَ وَٱلَّذِینَ أَشۡرَكُوا۟ۖ

"Demi sesungguhnya engkau (wahai Muhammad) akan dapati manusia yang keras sekali permusuhannya kepada orang-orang yang beriman ialah orang-orang Yahudi dan orang-orang musyrik" [Surah al-Maʾidah 82]

#Dalam liku-liku perjuangan menyampaikan risalah kenabian, berkali-kali Baginda Rasulullah saw dihina dan disakiti oleh para penentangnya samada musyrikin Arab ataupun golongan Yahudi. Baginda saw pernah diludahi, dimaki, dicela, dihamun, diracuni oleh seorang perempuan Yahudi, dibaling batu hingga kening dan tubuh badannya luka berdarah oleh penduduk Kota Taif.

#Pernah juga dilemparkan dengan kotoran serta dituduh sebagai seorang ahli sihir, diherdik sebagai orang gila dan banyak lagi kata-kata nista dan celaan yang dilemparkan kepada Baginda saw.

#Berbagai perilaku dan layanan kejam serta tidak berperikemanusiaan yang telah dilakukan oleh para penentang Baginda Nabi saw.

#Pun begitu, Nabi saw sentiasa sabar dalam menghadapi tentangan dan halangan golongan musyrikin dan Yahudi ini disamping sentiasa mengadu kepada Allah swt serta mengingatkan para sahabat agar bersabar dan istiqamah dalam meneruskan perjuangan menyampaikan risalah Allah swt kepada golongan kuffar ini.

#Sayidina Khabbab bin al-Arat menceritakan kami mengadu kepada Rasulullah saw ketika Baginda saw beralaskan sehelai kain di sisi Ka’bah. Kami berkata: Tidakkah Baginda saw memohon pertolongan kepada kami? Tidakkah Baginda saw berdoa kepada kami?. Lalu Baginda saw bersabda:
 
قَدْ كَانَ مَنْ قَبْلَكُمْ، يُؤْخَذُ الرَّجُلُ فَيُحْفَرُ لَهُ فِي الأَرْضِ، فَيُجْعَلُ فِيهَا، فَيُجَاءُ بِالْمِنْشَارِ فَيُوضَعُ عَلَى رَأْسِهِ فَيُجْعَلُ نِصْفَيْنِ، وَيُمْشَطُ بِأَمْشَاطِ الحَدِيدِ، مَا دُونَ لَحْمِهِ وَعَظْمِهِ، فَمَا يَصُدُّهُ ذَلِكَ عَنْ دِينِهِ، وَاللَّهِ لَيَتِمَّنَّ هَذَا الأَمْرُ، حَتَّى يَسِيرَ الرَّاكِبُ مِنْ صَنْعَاءَ إِلَى حَضْرَمَوْتَ، لاَ يَخَافُ إِلَّا اللَّهَ، وَالذِّئْبَ عَلَى غَنَمِهِ، وَلَكِنَّكُمْ تَسْتَعْجِلُونَ

"Sesungguhnya sebelum daripada kamu, diambil lelaki lalu digali baginya lubang kemudian dihumbankan dia ke dalamnya.Terdapat juga yang didatangkan padanya dengan gergaji lalu gergaji tersebut diletakkan di kepalanya, kemudian digergajikan kepala tersebut sehingga terbelah kepada dua. Ada juga yang dicakar dengan cakaran besi sehingga memisahkan daging dan tulangnya. Ini semua tidak membuat mereka berpaling daripada agamanya (Islam). Demi Allah, akan sempurna perkara ini (Islam) sehingga seseorang pengembara itu mampu berjalan dari San’a hingga ke Hadharalmaut dan dia tidak takut melainkan Allah SWT dan tidak risau serigala akan menerkam kambingnya. Akan tetapi kamu tergesa-gesa/tidak sabar (inginkan kemenangan atau hasil dengan cepat)" (HR al-Bukhari)

#Nabi saw menceritakan kepada para sahabat bahawa sebelum daripada mereka terdapat golongan yang diazab dan diseksa lebih teruk daripada mereka. Akan tetapi mereka tetap bersabar dengan ujian ini dan mereka sesekali tidak berpaling daripada agama ini.

♡Sehebat mana pun tentangan dalam perjuangan, maka bersabarlah disamping sentiasa berdoa, mengadu kepada Allah dan istiqamah tanpa tergesa-gesa♡

🐊Ust naim
Klik link ini untuk    
http://bit.ly/tadabburkalamullah

Facebook:   
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah

Читать полностью…

Tadabbur Kalamullah

☆Tadabbur Kalamullah 4 Rabiul Awwal 1445H☆

لَتَجِدَنَّ أَشَدَّ ٱلنَّاسِ عَدَ ٰ⁠وَةࣰ لِّلَّذِینَ ءَامَنُوا۟ ٱلۡیَهُودَ وَٱلَّذِینَ أَشۡرَكُوا۟ۖ

"Demi sesungguhnya engkau (wahai Muhammad) akan dapati manusia yang keras sekali permusuhannya kepada orang-orang yang beriman ialah orang-orang Yahudi dan orang-orang musyrik" [Surah al-Maʾidah 82]

#Musuh utama umat Islam ialah golongan Yahudi dan musyrikin. Mereka sentiasa berusaha memikirkan seribu satu jalan untuk memusuhi dan memerangi umat Islam.

#Kaum Yahudi yang menetap di Madinah pada zaman Rasulullah saw merupakan golongan penentang Islam walaupun mereka sentiasa bergaul dikalangan penduduk Madinah. Penentangan mereka dilakukan secara diam-diam dan dirancang menggunakan tipu muslihat yang sangat berbahaya. Mereka sentiasa mencari-cari jalan untuk menjatuhkan kerajaan Islam dengan membuat perancangan-perancangan jahat dengan cara menyebarkan fitnah, mengadu-domba dan melaga-lagakan antara kafilah agar mencetuskan permusuhan sesama umat Islam.

#Kemuncak kepada pengkhianatan mereka terhadap Rasulullah saw dan kaum Muslimin Madinah ialah apabila mereka membentuk persepakatan secara rahsia dengan kaum musyrikin Mekah dan munafik Madinah untuk menyerang dan menghancurkan Kerajaan Islam pimpinan Rasulullah saw. Peristiwa besar ini dikenali sebagai peperangan Ahzab atau peperangan Khandak yang berlaku pada bulan Syawal tahun 5 Hijrah.

#Setelah sifat kaum Yahudi buruk dan khianat ini terbukti secara jelas dalam peristiwa peperangan Ahzab serta beberapa peristiwa lain, Baginda Rasulullah saw serta kaum muslimin akhirnya mengambil keputusan  untuk mengusir kaum Yahudi dari Madinah. Dengan izin Allah swt, kubu pertahanan kaum yahudi di Khaibar juga telah berjaya ditembusi dan setelah beberapa waktu tentera-tentera Yahudi berjaya ditewaskan dan diusir keluar dari bumi Madinah.

#Daripada Ibnu ‘Umar r.a, katanya: “Yahudi Bani Nadhir dan Bani Quraizhah memerangi Rasulullah saw. Kerana itu baginda mengusir Bani Nadhir tetapi membiarkan Bani Quraizhah menetap serta memberi kelapangan bagi mereka sehinggalah mereka memerangi Rasulullah selepas itu. Sesudah itu, setiap lelaki di kalangan mereka dibunuh, sedangkan wanita-wanita, anak-anak, dan harta kekayaan mereka dibahagi-bahagikan kepada kaum muslimin, kecuali sebahagian mereka yang menemui Rasulullah saw, lalu mereka beriman dan masuk Islam. Rasulullah saw mengusir pula orang-orang Yahudi Madinah, semuanya terdiri dari Yahudi Bani Qainuqa’ (iaitu suku Abdullah bin Salam), Bani Haritsah dan setiap Yahudi yang ada di Madinah” (HR Muslim)

♡Oleh itu, umat Islam harus mengambil pendirian bahawa kaum yahudi, orang-orang musyrik dan konco-konconya tidak pernah senang terhadap umat Islam dan mereka akan melakukan apa sahaja kejahatan serta penindasan terhadap umat Islam♡

🐊Ust naim
Klik link ini untuk    
http://bit.ly/tadabburkalamullah

Facebook:   
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah

Читать полностью…
Subscribe to a channel