tadabburkalamullah | Unsorted

Telegram-канал tadabburkalamullah - Tadabbur Kalamullah

13574

Oleh Ustaz Muhamad Naim Haji Hashim

Subscribe to a channel

Tadabbur Kalamullah

☆Tadabbur Kalamullah 29 Ramadhan 1444H☆

وَٱلۡعَصۡرِ * إِنَّ ٱلۡإِنسَـٰنَ لَفِی خُسۡرٍ * إِلَّا ٱلَّذِینَ ءَامَنُوا۟ وَعَمِلُوا۟ ٱلصَّـٰلِحَـٰتِ وَتَوَاصَوۡا۟ بِٱلۡحَقِّ وَتَوَاصَوۡا۟ بِٱلصَّبۡرِ

"Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian – Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dany mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar" [Surah Al-ʿAṣr 1-3]

#Terdapat satu pandangan yang menyebut bahawa perkataan (الْعَصْرِ) itu merujuk kepada kalimah ‘asir (عصير). Ia juga memberi maksud perahan atau minuman yang diperah seperti air tebu, air mangga dan lain-lain. Ini memberi makna sifat perahan adalah menghabisi sehingga tinggal hanya hampas seperti batang tebu yang telah diperah airnya yang dimasukkan dalam mesin perahan beberapa kali.

#Oleh itu, dalam bahasa yang simbolik, Wahai manusia, gunakan masa yang ada pada kamu dan perahlah ia dengan sehabisnya untuk bekalan kamu di hari akhirat kelak kerana dunia destinasi yang sementara sedangkan akhirat itulah matlamat yang bersifat kekal abadi.” 

#Justeru, janganlah kita alpa dengan masa yang berbaki agar apabila tiba masanya kita tidak termasuk dalam nas yang menyebutkan: kebanyakan manusia berada dalam kerugian".

#Sebulan Ramadhan hanya ada 29 atau 30 sahaja. Apakah yang telah kita lakukan sepanjang Ramadhan ini. Adakah masa sebulan ini dibazirkan begitu sahaja ataupun diisi dengan aktiviti ketaatan?.

#Berapa kali kita berjaya khatam al-Quran atau berapa juzuk yang berjaya ditilawahkan disepanjang Ramadhan ini?

#Adakah pada setiap malam kita menunaikan solat terawih terutama berjemaah di masjid surau?

#Adakah kita melakukan ibadah tambahan seperti solat witir, tahajjud, dhuha dan solat sunat yang lain dengan sempurna dan istiqamah pada setiap malam?

#Berapa banyak nilai sedekah, wakaf dan infaq yang kita laburkan di dalam bulan barakah ini?

#Adakah kaki kita sentiasa melazimi dan melangkah ke masjid bagi melakukan solat berjemaah kerana kita ketahui pahalanya cukup besar di sisi Allah swt?

#Berapa banyak pahala yang kita kumpul di sepanjang Ramadhan ini?

#Pantasnya masa berlalu, kita sudah berada di penghujung Ramadhan, hanya kita yang boleh menilai iman dan taqwa kita disepanjang bulan mulia ini samada kita menjadi hamba Allah atau sekadar melalui Ramadhan tanpa sebarang kebaikan.

#Ingatlah, duit yang hilang boleh dicari ganti tetapi masa yang hilang walau seminit boleh buat kita menyesal seumur hidup kerana mensia-siakannya.

#Berkata Ghanim bin Qais:

كُنَّا نَتَوَاعَظُ فِي أوَّلِ الإِسْلاَمِ: اِبْنَ آدَم، اِعْمَل فِي فَرَاغِك قَبْلَ شُغْلِكَ، وَفِي شَبَابِكَ لِكِبَرِكَ، وَفِي صِحَّتِكَ لِمَرَضِكَ، وَفِي دُنْيَاكَ لِآخِرَتِكَ. وَفِي حَيَاتِكَ لِمَوْتِكَ

“Di awal-awal Islam, kami saling menasihati: "Wahai manusia, beramallah di waktu lapangmu sebelum datang waktu sibukmu, beramallah di waktu mudamu untuk datang masa tuamu, beramallah di kala sihatmu sebelum datang sakitmu, beramallah di dunia untuk akhiratmu, dan beramallah ketika hidup sebelum datang matimu” (Lihat: Hilyatul Auliya)

#Ingatlah bahawa tujuan hidup kita adalah untuk ibadah. Firman Allah swt:

وَمَا خَلَقْتُ الْجِنَّ وَالْإِنْسَ إِلَّا لِيَعْبُدُونِ

“Dan Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka beribadah kepadaKu" [Surah az-Dzariyat 56]

♡Selamat bermuhasabah dan lakukan pecutan terakhir sebelum Ramadhan meninggalkan kita semua. Ini kerana belum tentu tahun depan kita dapat bertemu lagi dengannya♡

🐊Ust naim
Klik link ini untuk JOIN    
http://bit.ly/tadabburkalamullah

Facebook:
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah

Читать полностью…

Tadabbur Kalamullah

☆Tadabbur Kalamullah 27 Ramadhan 1444H☆

 لَيْلَةُ الْقَدْرِ خَيْرٌ مِنْ أَلْفِ شَهْرٍ
 
"Malam kemuliaan itu lebih baik daripada seribu bulan" [Surah al-Qadr 3]

#Di dalam bulan Ramadhan yang mulia ini, Allah swt telah menjadikan satu malam yang istimewa dalam bulan Ramadhan yang mana dilipat gandakan setiap amalan yang dilakukan pada malam tersebut. Malam itu ialah malam Lailatul Qadar.

#Pada malam ini, kita telah memasuki malam yang ke-27  Ramadhan. Berkenaan Lailatul Qadar, terdapat ulamak yang mengatakan ianya berlaku pada malam ke 27 Ramadhan.

#Mengikut Abu Ka’ab katanya: Demi Allah sesungguhnya Ibn Mas’ud telah meyakinkan bahawa malam Lailatulqadar jatuh dalam bulan Ramadhan, manakala Lailatulqadar pula jatuh pada malam ke-27. Akan tetapi, dia enggan memberitahu kepada kami (malam yang tepat) kerana bimbangkan kamu tidak lagi berusaha mencarinya.”

#Daripada riwayat Sayidina Muawiyah yang bermaksud: Bahawa Nabi saw telah bersabda bahawa Lailatulqadar berlaku pada malam ke-27.”

#Riwayat ini disokong oleh pendapat Sayidina Abdullah Ibnu Abbas r.a yang mengatakan bahawa surah al-Qadr mempunyai 30 perkataan. Perkataan yang ke-27 bagi surah itu terjatuh kepada dhamir (hia) yang kembalinya kepada Lailatulqadar.
 
#Imam Ahmad telah meriwayatkan sebuah hadis daripada Ibn Umar r.huma yang bermaksud: Sesiapa yang mencari Lailatulqadar, dia hendaklah mencarinya pada malam yang ke-27, carilah kamu Lailatulqadar pada malam yang ke-27".

♡Selamat memburu Lailatul Qadar. Hidupkanlah setiap malam pada bulan Ramadhan, lebih-lebih lagi pada sepuluh malam yang terakhir sebagaimana yang dilakukan oleh Rasulullah saw agar kita memperolehi ganjaran Lailatul Qadar♡

🐊Ust naim
Klik link ini untuk JOIN    
http://bit.ly/tadabburkalamullah

Facebook:
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah

Читать полностью…

Tadabbur Kalamullah

☆Tadabbur Kalamullah 25 Ramadhan 1444H☆

 لَيْلَةُ الْقَدْرِ خَيْرٌ مِنْ أَلْفِ شَهْرٍ
 
"Malam kemuliaan itu lebih baik daripada seribu bulan" [Surah al-Qadr 3]

#Salah satu amalan yang dilakukan oleh Baginda saw di 10 akhir Ramadhan ialah iktikaf.

#Iktikaf merupakan ibadah yang disyariatkan. Firman Allah swt:

وَلَا تُبَٰشِرُوهُنَّ وَأَنتُمۡ عَٰكِفُونَ فِي ٱلۡمَسَٰجِدِ

“Dan janganlah kalian bermesra-mesraan dengan isteri-isteri kalian dalam keadaan kalian sedang beriktikaf di dalam masjid” [Surah al-Baqarah 187]

#Diriwayatkan daripada Sayidina Abdullah Ibn Umar r.huma berkata:

 كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم يَعْتَكِفُ الْعَشْرَ الأَوَاخِرَ مِنْ رَمَضَانَ

"Adalah Rasulullah saw itu beriktikaf pada sepuluh hari terakhir bulan Ramadhan" (HR al-Bukhari)

#Berkata al-Imam an-Nawawi rahimahullah: "Hukum beriktikaf adalah sunnah mu’akkadah (yang sangat dituntut). Ianya disunatkan pada keseluruhan waktu manakala pada sepuluh hari terakhir bulan Ramadhan ia lebih dituntut. Dengan tujuan untuk mengikut petunjuk Nabi saw dan mencari Lailatul Qadr" (Lihat: Raudhah al-Thalibin)

#Imam an-Nawawi berkata lagi: "Sesiapa yang ingin mengikut petunjuk Nabi saw dalam beriktikaf pada sepuluh hari yang terakhir bulan Ramadhan maka hendaklah dia masuk ke dalam masjid sebelum terbenamnya matahari pada malam 21 Ramadhan dan dia keluar setelah terbenamnya matahari pada malam raya. Yang lebih afdhal adalah dia duduk pada malam raya di dalam masjid  sehinggalah dia solat raya padanya. Ataupun dia keluar daripada masjid menuju ke musolla (tanah lapang) untuk menunaikan solat hari raya sekiranya orang ramai solat di musolla". (Lihat: al-Majmuk Syarah al-Muhazzab)

#Diriwayatkan daripada Ummul Mukminin Sayidatina A’isyah r.ha berkata:

كَانَ يَعْتَكِفُ الْعَشْرَ الأَوَاخِرَ مِنْ رَمَضَانَ حَتَّى تَوَفَّاهُ اللَّهُ عَزَّ وَجَلَّ ثُمَّ اعْتَكَفَ أَزْوَاجُهُ مِنْ بَعْدِهِ 

"Adalah baginda saw beriktikaf pada sepuluh hari terakhir bulan Ramadhan sehinggalah baginda wafat. Kemudian para isteri baginda turut beriktikaf selepas kewafatan baginda" (HR Muslim)

#Berkata Imam Ibnu Rajab al-Hanbali: "Bahawa satu-satunya khalwat (bersendirian) yang disyariatkan buat umat ini hanyalah ibadah iktikaf di dalam masjid. Jadikanlah ia sebagai medan untuk kita bersendirian dengan Allah swt, asyik dalam beribadah kepadaNya serta merasai kelazatan taat dalam melakukan perintahNya".

#Semoga Allah swt merezekikan kepada kita semua ganjaran beribadah pada Lailatul Qadar. Aamiiin.

♡Bersempena dengan akhir Ramadhan ini, marilah sama-sama kita sebagai umat Islam yang mempunyai kelapangan untuk hadir beriktikaf di dalam masjid. Moga kita semua beroleh keampunan dan rahmatNya. Aamiiin♡

🐊Ust naim
Klik link ini untuk JOIN    
http://bit.ly/tadabburkalamullah

Facebook:
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah

Читать полностью…

Tadabbur Kalamullah

Jom Infaq.. rebut pahala berganda

Читать полностью…

Tadabbur Kalamullah

☆Tadabbur Kalamullah 22 Ramadhan 1444H☆

 لَيْلَةُ الْقَدْرِ خَيْرٌ مِنْ أَلْفِ شَهْرٍ
 
"Malam kemuliaan itu lebih baik daripada seribu bulan" [Surah al-Qadr 3]

#Berkaitan alamat atau petanda berlakunya Lailatul Qadar, sebahagian para ulamak telah menyebut dalam kitab masing-masing berkenaan dengan sebahagian tanda dan alamat yang mungkin dapat dilihat oleh sebahagian hamba Allah yang diizinkannya pada setiap tahun daripada bulan Ramadhan.

#Ini kerana, banyak hadis dan pengkhabaran orang soleh serta riwayat mereka yang telah membincangkan alamat tersebut, antaranya:
 
#Sayidina Ubadah bin as-Somit r.a berkata secara marfu': Sesungguhnya malam tersebut bersih terang, seolah-olah bulan yang menerangi, tenang, nyaman tidak terlalu sejuk pada malam tersebut dan tidak terlalu panas dan tiadalah tempat bagi bintang untuk dilihat dengannya hingga ke waktu pagi. Dan daripada tandanya bahawa matahari pada waktu paginya keluar dalam keadaan tidak bercahaya dengan kepanasan seperti bulan penuh purnama dan syaitan tidak ada tempat untuk keluar bersamanya pada hari tersebut. (Lihat Umdah al-Qari)

#Daripada Sayidina Ubay bin Kaab r.a menyatakan daripada Nabi saw bersabda: Sesungguhnya matahari terbit pada hari tersebut tidak mempunyai cahaya dan kepanasan.

#Mengikut riwayat daripada ucapan Sayidina Ibn Mas’ud r.a berkata: Sesungguhnya matahari keluar setiap hari antara dua tanduk syaitan, kecuali pagi malam Qadar (Lihat Umdah al-Qari)
 
#Persoalan, jika seseorang itu mengetahui dan bertemu malam al-Qadar adakah perlu diwarwarkan atau disembunyikannya?

#Jumhur ulamak bersepakat bahawa sunat bagi sesiapa yang melihat pada malam qadar untuk menyembunyikannya. (Lihat: Fathul Bari dan al-Majmu')

#Antara hikmah disembunyikan malam Lailatulqadar ialah: "Bahawa ia merupakan Karamah (kemuliaan). Hendaklah disembunyikannya (malam Lailatulqadar) tanpa khilaf antara ahli Tariq (orang yang menemui Lailatulqadar) dari memandang kepada jiwa kerana dibimbangi akan dibuang nikmat. Lebih besar daripada itu akan berlaku riyak kepada ahli Tariq. Mengikut adabnya pula, janganlah ia sibuk menceritakan nikmat Allah iaitu pertemuan malam Lailatulqadar untuk diwar-warkan kepada manusia kerana dibimbangi berlaku hasad dengki.” (Lihat: Ibnu Hajar. Kitab al-Hawi)

♡Malam al-Qadar adalah malam kemuliaan dan penuh kerahmatan. Maka, lakukanlah amalan ibadah dengan bersungguh-sungguh tanpa sebarang pengabaian. Isikanlah dengan qiamullail, bacaan al-Quran, zikrullah, munajat dan doa terutama doa keampunan dan kerahmatan daripadaNya♡

🐊Ust naim
Klik link ini untuk JOIN    
http://bit.ly/tadabburkalamullah

Facebook:
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah

Читать полностью…

Tadabbur Kalamullah

☆Tadabbur Kalamullah 22 Ramadhan 1444H☆

تَنَزّلُ الْمَلاَئِكَةُ وَالرُّوحُ فِيْهَا بِإِذْنِ رَبِّهِمْ مِنْ كُلِّ أَمْـرٍ سَلاَمٌ هِيَ حَتَّى مَطْلَعِ الْفَجْرِ

Pada malam itu turun malaikat-malaikat dan malaikat Jibril dengan izin  TuhanNya untuk mengatur segala urusan. Malam itu (penuh) kesejahteraan sehingga terbit fajar" [Surah al-Qadr 4-5]

#Pada malam itu, para malaikat turun dari alam rohani sehingga diri mereka dapat dilihat oleh Nabi saw. Jibril Alaihissalam menampakkan dirinya kepada Nabi saw bertujuan menyampaikan wahyu. Para malaikat dapat dilihat oleh jiwa yang sempurna ini dengan keizinan Allah swt setelah Baginda sudah dipersiapkan bagi menerima wahyu dan menyampaikan ajaran yang mengandungi kebaikan.

#Imam al-Qurtubi rahimahullah berkata: Mereka turun daripada setiap langit dan juga Sidratul Muntaha ke langit dunia untuk mengaminkan doa orang yang memohon pada malam tersebut hingga waktu fajar.

#Turunnya malaikat dan Jibril membawa rahmat dengan perintah Allah swt.

#Imam ad-Dahhaq berkata: “Allah tidak takdirkan pada malam tersebut kecuali keselamatan.

#Sedangkan Imam Mujahid berpendapat: “Ia merupakan malam selamat di mana syaitan tidak mampu untuk melakukan sebarang kejahatan pada malam tersebut.”

#Disebabkan malam al-Qadr ini terlalu istimewa dan terlalu banyak kemuliaannya, Imam Ahmad dan Muslim meriwayatkan bahawa Rasulullah saw berusaha sedaya upaya dalam malam-malam sepuluh akhir Ramadan malebihi usahanya daripada malam-malam lain".

#Allah swt menyembunyikan
Lailatul Qadar supaya ianya menjadi pendorong kepada orang ramai untuk mencarinya. Juga supaya mereka berusaha bersungguh-sungguh dalam menunaikan ibadah demi untuk mendapatkan malam yang lebih baik daripada 1000 bulan.

♡Semoga direzekikan kita bertemu malam al-Qadar dan diberi kekuatan untuk mengisinya dengan amal kebajikan dan menghidupkan malam tersebut dengan amal ketaatan, seterusnya melayakkan kita mendapat keampunan daripadaNya. Aamiiin♡

🐊Ust naim
Klik link ini untuk JOIN    
http://bit.ly/tadabburkalamullah

Facebook:
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah

Читать полностью…

Tadabbur Kalamullah

☆Tadabbur Kalamullah 19 Ramadhan 1444H☆

شَهْرُ رَمَضَانَ الَّذِي أُنزِلَ فِيهِ الْقُرْآنُ هُدًى لِّلنَّاسِ وَبَيِّنَاتٍ مِّنَ الْهُدَىٰ وَالْفُرْقَانِ

“(Masa yang diwajibkan kamu berpuasa itu ialah) bulan Ramadhan yang padanya diturunkan al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia, dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk dan (menjelaskan) perbezaan antara yang benar dengan yang salah" [Surah al-Baqarah 185]

#Sesungguhnya antara kemuliaan bulan Ramadhan adalah berlakunya peristiwa penurunan mukjizat agung Rasulullah saw pada bulan tersebut dan peristiwa ini dikenali sebagai nuzul al-Quran.

#Berdasarkan ayat di atas, Imam Ibnu Kathir menafsirkan bahawa Allah swt memuliakan bulan puasa berbanding bulan yang lain yang mana bulan tersebut terpilih sebagai bulan turunnya al-Quran berbanding bulan-bulan yang lain.

#Malam nuzul al-Quran dan malam lailatulqadar kedua-duanya adalah malam berlaku penurunan al-Quran mengikut peringkatnya tersendiri. Malam 17 Ramadhan yang masyhur dengan malam nuzul al-Quran ialah malam permulaan turunnya al-Quran dari Baitul ‘izzah (langit dunia) kepada Rasulullah saw secara berperingkat.

#Imam Ibnu Kathir menukilkan riwayat Abu Jaafar al-Baqi:

كَانَ ابْتِدَاءُ الْوَحْيِ إِلَى رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وسلَّم يوم الِاثْنَيْنِ، لِسَبْعَ عَشْرَةَ لَيْلَةً خَلَتْ مِنْ رَمَضَانَ

Permulaan wahyu bagi Rasulullah saw pada hari Isnin bersamaan malam 17 dari bulan Ramadhan" (Lihat: al-Bidayah wan Nihayah)

#Adapun penurunan al-Quran pada malam Lailatul Qadar adalah malam al-Quran diturunkan dari Luh Mahfuz ke Baitul ‘Izzah secara serentak 30 juzuk. Ini berdasarkan firman Allah swt:

إِنَّا أَنزَلْنَاهُ فِي لَيْلَةِ الْقَدْرِ

Sesungguhnya Kami telah menurunkan (Al-Quran) ini pada malam Lailatul Qadar" [Surah al-Qadr 1]

♡Marilah kita berusaha untuk mengkaji, mengambil tahu dan memahami segala Ilmu berkaitan kalamullah dan berdoa agar al-Quran  menjadi penolong kita pada hari kiamat kelak. Aamiiin♡

🐊Ust naim
Klik link ini untuk JOIN    
http://bit.ly/tadabburkalamullah

Facebook:
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah

Читать полностью…

Tadabbur Kalamullah

☆Tadabbur Kalamullah 17 Ramadhan 1444H☆

كِتَابٌ أَنْزَلْنَاهُ إِلَيْكَ مُبَارَكٌ لِيَدَّبَّرُوا آيَاتِهِ وَلِيَتَذَكَّرَ أُولُو الْأَلْبَابِ

“(Al-Quran ini) sebuah Kitab yang Kami turunkan kepadamu (dan umatmu Wahai Muhammad), -Kitab yang (Mubarak) banyak faedah-faedah dan manfaatnya, untuk orang-orang yang berakal sempurna beringat mengambil iktibar" [Surah as-Sad 29]

#Antara tujuan al-Quran diturunkan oleh Allah swt ialah untuk ditadabbur isi kandungannya.

#Berkata Syeikh Sya’rawi ketika mentafsirkan maksud tadabbur ayat-ayatnya ialah bukan melihat secara luaran tetapi memerhatikan kandungan ayat dengan berfikir dan memandang jauh serta melihat kepada kesudahan.

#Allah swt menggesa kita merenung dan tadabbur ayat-ayatnya kerana Allah mengetahui bahawa apabila kita merenung dan mentadabbur ayat-ayatnya kita akan merasa cukup dan menerima dengan hati terbuka seterusnya kita akan memperoleh kebenaran.

#Berkata Syeikh Mustafa as-Sibaei: "Kesan al-Quran pada jiwa orang yang beriman pada maknanya dan bukan pada lagunya. Membaca dengan beramal dan bukan yang mengelokkan bacaan tetapi tidak beramal".

#Maksud 'al-Quran Mubarak' ialah ayat-ayatnya mempunyai keberkatan dari sudut hukum zahir di mana ia mentarbiyahkan jiwa untuk hidup dengan istiqamah.

#Syeikh Sya’rawi rahimahullah ketika mentafsirkan makna kalimah ‘Mubarak’ iaitu benda yang sedikit tetapi manfaat dan kebaikannya jauh melebihi apa yang digambarkan. Seumpama orang yang bergaji sedikit tetapi kehidupan keluarganya mencukupi. Segala perbelanjaannya dihalakan kepada perkara yang bermanfaat dan berfaedah. Seakan hidup sebagai orang yang kaya.

#Sebagaimana yang kita sedia maklum, al-Quran diturunkan sebagai petunjuk dan hidayah kepada seluruh umat manusia. Al-Quran selain merupakan tilawah, ianya juga penawar hati dan fikiran. Ianya mampu merubah atau membentuk perjalanan hidup sebagaimana yang dikehendaki oleh Allah swt dan RasulNya. Maka tersangat perlu kita membaca al-Quran dengan memahami, mentadabbur, mengambil pelajaran dan pengajaran serta mengamalkan seluruh isi kandungannya disegenap kehidupan kita.

♡Kita perlu kembali kepada al-Quran dan menjadikannya sebagai panduan dan amalan hidup, selain ianya merupakan penghibur jiwa dan sumber ketenangan. Hiduplah dengan al-Quran♡

🐊Ust naim
Klik link ini untuk JOIN    
http://bit.ly/tadabburkalamullah

Facebook:
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah

Читать полностью…

Tadabbur Kalamullah

☆Tadabbur Kalamullah 15 Ramadhan 1444H☆

إِنَّا نَحْنُ نَزَّلْنَا الذِّكْرَ وَإِنَّا لَهُ لَحَافِظُونَ

Sesungguhnya Kamilah yang menurunkan al-zikr (Al-Quran), dan Kamilah yang memelihara dan menjaganya [Surah al-Hijr 9]

#Sejak al-Quran diturunkan, ianya telah dipelihara dan dijaga dengan begitu rapi. Pada setiap zaman akan lahir ramai penghafaz al-Quran bermula dari zaman Rasullullah saw hinggalah ke hari ini.

#Al-Quran juga dipelihara dalam bentuk tulisan dimana pada peringkat awalnya ramai penulis al-Quran menghasilkan mushaf. Dan selepas perkembangan teknologi, al-Quran dihasilkan dalam bentuk percetakan.

#Semua penjagaan al-Quran dalam bentuk mushaf dan hafazan menjadi bukti yang kukuh bahawa al-Quran terpelihara dari segala kesalahan dan kekurangan.

#Al-Quran pada asasnya adalah bacaan dan bukan tulisan. Turunnya wahyu, penyampaiannya, periwayatannya dilakukan secara lisan dan hafazan dan bukannya tulisan. Apa yang dimaksudkan dengan membaca al-Quran pada zaman dahulu adalah membaca daripada hafazan dan tulisan hanyalah wasilah semata-mata. Ini kerana, ayat-ayat al-Quran dijadikan tulisan di atas tulang belulang, kulit haiwan dan lain-lain berdasarkan hafazan daripada memori seorang muqri’. Tradisi periwayatan melalui hafazan dengan isnad yang mutawatir ini diwarisi turun temurun telah terbukti menjamin keaslian al-Quran itu sendiri.

#Al-Quran juga dicatat dengan menggunakan tulisan. Para sahabat Nabi saw ada yang menyimpan catatan ayat-ayat al-Quran ini bagi tujuan rujukan peribadi. Pada catatan itu juga terdapat komentar, huraian dan lain-lain penambahan untuk pemahaman sendiri. Maka, tahap kualitinya pasti sudah berbeza. Oleh itu, Sayidina Abu Bakar mengambil langkah menubuhkan sebuah kumpulan yang menyemak ayat-ayat al-Quran yang ada pada para Sahabat dan disatukan menjadi sebuah suhuf. Suhuf tersebut disimpan oleh Sayidina Abu Bakar, kemudiannya Sayidina Umar dan setelah itu Sayidatina Hafsah sebelum diserahkan kepada Sayidina Uthman. Pada zaman beliau, ada permintaan sejumlah para Sahabat untuk mengumpul semula bentuk bacaan (qiraat) yang ada dan diletakkan standard bacaan bagi mengelakkan kekeliruan. Natijahnya, dikeluarkan beberapa buah buku yang mengandungi qiraat yang bersifat mutawatir yang disepakati periwayatannya daripada Nabi saw.

#Terdapat golongan pengkritik al-Quran (anti Islam) yang keliru apabila menganggap al-Quran itu ada pelbagai ragam bacaan kerana teksnya yang tidak bertitik dan bertanda pada awalnya. Padahal sebenarnya al-Quran itu dibaca terus daripada hafazan yang diriwayatkan sampai kepada Nabi saw. Kaedah dalam hal ini adalah tulisan mengikut bacaan yang diriwayatkan Nabi (al-rasmu tabi’un lil riwayah) dan bukan sebaliknya. Hebatnya pemeliharaan al-Quran.

♡Allah swt sentiasa memelihara ketulenan risalah wahyuNya. Maka kita perlu memelihara kalamNya dengan sentiasa membaca, menghafal, memahami  dan mengamalkan isi kandungannya♡

🐊Ust naim
Klik link ini untuk JOIN    
http://bit.ly/tadabburkalamullah

Facebook:
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah

Читать полностью…

Tadabbur Kalamullah

☆Tadabbur Kalamullah 13 Ramadhan 1444H☆

قُل لَّئِنِ اجْتَمَعَتِ الْإِنسُ وَالْجِنُّ عَلَىٰ أَن يَأْتُوا بِمِثْلِ هَـٰذَا الْقُرْآنِ لَا يَأْتُونَ بِمِثْلِهِ وَلَوْ كَانَ بَعْضُهُمْ لِبَعْضٍ ظَهِيرًا

Katakanlah (wahai Muhammad): Sesungguhnya jika sekalian manusia dan jin berhimpun demi mendatangkan sesuatu yang sebanding dengan Al-Quran, mereka tidak akan mampu mendatangkannya walaupun mereka saling membantu [Surah al-Isra’ 88]

#Berkata Syeikh al-Maraghi: "Al-Quran dikatakan sebagai sebuah kitab mukjizat kerana makhluk tidak akan mampu dan mustahil untuk mendatangkan sebuah kitab semisal al-Quran sekalipun terdapat gabungan dan kesepakatan antara seluruh manusia dan jin. Sudah tentu perkataan makhluk tidak akan boleh menyamai perkataan Yang Maha Pencipta, yang tiada tandingan dan tara" (Rujuk Tafsir al-Maraghi)

#Syeikh al-Maraghi menjelaskan lagi bahawa golongan kafir tidak akan mampu untuk mendatangkan sebuah kitab yang sama sepertimana yang diturunkan kepada kepada rasulNya. Yang dimaksudkannya ialah sama dari sudut balaghah, kebaikan maknanya, kebijaksanaanya, hukum-hakam yang dikandungnya dan lain-lain. (Lihat: Tafsir al-Maraghi)

#Dalam kalangan musyrikin Quraisy terdapat penyair-penyair yang fasih balaghahnya, tukang tilik yang hebat serta cerdas serta pemidato yang berpengalaman dalam berbicara dengan baik dalam pelbagai seni pertuturan. Sekalipun para penyair, tukang tilik dan para pembicara yang hebat tersebut berusaha mendatangkan sesuatu yang seperti al-Quran, nescaya mereka tidak mampu untuk menandingi kehebatan dan kemukjizatan al-Quran.

#Apabila musyrikin Quraisy tidak mampu untuk mendatangkan kitab semisal al-Quran, Allah swt menguji mereka dengan ujian yang lebih ringan iaitu untuk mendatangkan hanya sepuluh surah yang semisal al-Quran. Ini adalah sebagaimana firmanNya:

أَمْ يَقُولُونَ افْتَرَاهُ ۖ قُلْ فَأْتُوا بِعَشْرِ سُوَرٍ مِّثْلِهِ مُفْتَرَيَاتٍ وَادْعُوا مَنِ اسْتَطَعْتُم مِّن دُونِ اللَّـهِ إِن كُنتُمْ صَادِقِينَ

Bukan itu sahaja kata-kata mereka bahkan mereka menuduh dengan mengatakan: "Ia (Muhammad) yang mereka-reka Al-Quran itu! " katakanlah (wahai Muhammad): "(Jika demikian tuduhan kamu), maka cubalah buat serta datangkan sepuluh surah rekaan yang sebanding dengan Al-Quran itu, dan panggilah siapa sahaja yang kamu sanggup memanggilnya, yang lain dari Allah, jika betul kamu orang-orang yang benar" [Surah Hud 13]

#Namun mereka tetap tidak mampu mendatangkan ayat seumpama al-Quran. Maka Allah mencabar mereka....

...Bersambung...

♡Al-Quran adalah kitab mukjizat yang tidak ada sesiapapun mampu menandingi kemuliaan dan keagungannya. Dampingilah al-Quran dan ambillah sebanyak mungkin manfaat darinya♡

🐊Ust naim
Klik link ini untuk JOIN    
http://bit.ly/tadabburkalamullah

Facebook:
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah

Читать полностью…

Tadabbur Kalamullah

☆Tadabbur Kalamullah 11 Ramadhan 1444H☆

شَهۡرُ رَمَضَانَ ٱلَّذِیۤ أُنزِلَ فِیهِ ٱلۡقُرۡءَانُ هُدࣰى لِّلنَّاسِ وَبَیِّنَـٰتࣲ مِّنَ ٱلۡهُدَىٰ وَٱلۡفُرۡقَانِۚ

"(Masa yang diwajibkan kamu berpuasa itu ialah) bulan Ramadan yang padanya diturunkan Al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia, dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk dan (menjelaskan) perbezaan antara yang benar dengan yang salah..." [Surah al-Baqarah 185]

#Berkata Syaikh ‘Abdurrahman bin Nashir as-Sa'di rahimahullah: "Bulan Ramadhan terdapat kurniaan yang besar. Kurniaan tersebut adalah dengan diturunkannya al-Quran yang mulia. Di dalamnya terdapat hidayah untuk maslahat dunia dan akhirat. Al-Quran juga menjelaskan kebenaran dengan penjelasan yang sejelas-jelasnya. Al-Quran juga menerangkan manakah yang benar dan batil, manakah petunjuk dan manakah kesesatan, manakah orang yang akan bahagia dan akan sengsara” (Lihat: Taisir al-Karim ar-Rahman)

#Al-Quran adalah penyebab hidayah. Maka sesiapa yang mendampinginya, mempelajarinya dan memahami tuntutan-tuntutannya, ia akan beroleh hidayah dan sentiasa dipandu ke jalan yang benar.

#Allah swt mengatakan al-Quran adalah bayyinat, iaitu penjelasan dari petunjuk, sebagai hujjah, ayat yang jelas. Al-Quran itu berisi hidayah dan irsyad (bimbingan).

#Berkata Imam al-Zamakhsyari dalam Tafsir al-Kasyaf dan Imam ar-Razi dalam Mafatih al-Ghaib bahawa maksud bayyinat adalah ayat-ayat keterangan yang jelas dan darinya mampu menunjukkan kepada kebenaran serta membezakan mana yang haq dan batil.

#Al-Quran juga adalah al-Furqan, iaitu pembeza antara yang benar dan yang batil, yang halal dan haram, yang baik dan yang buruk. Al-Quran menjelaskan perbezaan antara syirik dan tauhid, antara kesesatan dan hidayah, antara kejahilan dan ilmu.

♡Mohonlah petunjuk hidayah daripada Allah swt disamping sentiasa mendampingi al-Quran disepanjang kehidupan. InsyaAllah dengan menjadikan al-Quran sebagai panduan dan pengamalan dalam kehidupan, kita akan sentiasa beroleh petunjuk dariNya. Aamiiin♡

🐊Ust naim
Klik link ini untuk JOIN    
http://bit.ly/tadabburkalamullah

Facebook:
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah

Читать полностью…

Tadabbur Kalamullah

☆Tadabbur Kalamullah 9 Ramadhan 1444H☆

شَهۡرُ رَمَضَانَ ٱلَّذِیۤ أُنزِلَ فِیهِ ٱلۡقُرۡءَانُ هُدࣰى لِّلنَّاسِ وَبَیِّنَـٰتࣲ مِّنَ ٱلۡهُدَىٰ وَٱلۡفُرۡقَانِۚ

"(Masa yang diwajibkan kamu berpuasa itu ialah) bulan Ramadan yang padanya diturunkan Al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia, dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk dan (menjelaskan) perbezaan antara yang benar dengan yang salah..." [Surah al-Baqarah 185]

#Al-Quran diturunkan pada bulan Ramadhan. Lebih spesifik lagi, al-Quran diturunkan pada malam al-Qadar iaitu satu malam yang lebih baik daripada seribu bulan.

إِنَّاۤ أَنزَلۡنَـٰهُ فِی لَیۡلَةِ ٱلۡقَدۡرِ

"Sesungguhnya Kami telah menurunkan (Al-Quran) ini pada Malam Lailatul-Qadar" [Surah al-Qadr 1]

#Bersempena kita berada di bulan turunnya al-Quran, maka sepatutnya kita memperbanyakkan berdamping dengan al-Quran dengan membacanya, menelaah intipati ayatnya, bertadabbur serta menghafal ayat-ayatnya. Bahkan bacaan di bulan Ramadhan ini dijanjikan kelebihan yang berlipat kali ganda dibandingkan dengan bulan selain Ramadhan.

#Sabda Nabi saw:

إنَّ الَّذِي لَيْسَ في جَوْفِهِ شَيْءٌ مِنَ القُرْآنِ كَالبَيْتِ الخَرِبِ

"Sesungguhnya orang yang di hatinya tidak ada sedikit pun ayat al-Quran, maka seperti rumah yang roboh” (HR at-Tirmizi. Hasan Sahih)

#Yang dimaksudkan 'di hatinya tidak ada sedikit pun ayat al-Quran' ialah orang yang tidak hafal sedikit pun daripada ayat al-Quran.

#Maksud seperti rumah yang roboh ialah tidak memiliki kebaikan dan ketenangan.

#Hadis ini adalah motivasi untuk kita menghafal ayat-ayat al-Quran dan memahami tuntutan-tuntutannya untuk diamalkan.

#Bagi sesiapa yang menjadi memegang amanah dari al-Quran iaitu menghafalnya, memahaminya, membacanya dan mengamalkannya pasti memperoleh kebaikan yang banyak.

♡Berdamping dan bersabarlah dengan al-Quran. Jadilah pembacanya yang setia dan pengamal ayatnya yang istiqamah. Semoga kehidupan kita sentiasa dihiasi dan dipandu oleh al-Quran. Aamiiin♡

🐊Ust naim
Klik link ini untuk JOIN    
http://bit.ly/tadabburkalamullah

Facebook:
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah

Читать полностью…

Tadabbur Kalamullah

☆Tadabbur Kalamullah 7 Ramadhan 1444H☆

أَوَعَجِبۡتُمۡ أَن جَاۤءَكُمۡ ذِكۡرࣱ مِّن رَّبِّكُمۡ عَلَىٰ رَجُلࣲ مِّنكُمۡ لِیُنذِرَكُمۡ وَلِتَتَّقُوا۟ وَلَعَلَّكُمۡ تُرۡحَمُونَ

"Adakah kamu merasa ragu-ragu dan hairan tentang datangnya kepada kamu nasihat pengajaran dari Tuhan kamu melalui seorang lelaki dari golongan kamu, untuk memberi peringatan kepada kamu, dan supaya kamu bertaqwa dan juga supaya kamu beroleh rahmat?" [Surah al-Aʿraf 63]

#Sambungan jawapan Nabi Nuh Alaihissalam kepada kaumnya dengan baginda bertanya kepada mereka mengapa mereka tidak dapat menerima kebenaran wahyu Allah? Adakah kerana wahyu tersebut disampaikan oleh manusia seperti mereka. 

#Mengapa mereka ragu-ragu dan hairan apabila wahyu Allah itu datang melalui nabi Nuh, manusia seperti mereka. Apakah wahyu itu perlu disampaikan oleh mereka yang memiliki kedudukan atau disampaikan oleh malaikat, baru mereka ingin beriman?.

فَقَالَ ٱلۡمَلَؤُا۟ ٱلَّذِینَ كَفَرُوا۟ مِن قَوۡمِهِۦ مَا هَـٰذَاۤ إِلَّا بَشَرࣱ مِّثۡلُكُمۡ یُرِیدُ أَن یَتَفَضَّلَ عَلَیۡكُمۡ وَلَوۡ شَاۤءَ ٱللَّهُ لَأَنزَلَ مَلَـٰۤىِٕكَةࣰ مَّا سَمِعۡنَا بِهَـٰذَا فِیۤ ءَابَاۤىِٕنَا ٱلۡأَوَّلِینَ

Maka ketua-ketua yang kafir dari kaumnya berkata (sesama sendiri)): "Orang ini hanyalah seorang manusia seperti kamu, ia bertujuan hendak melebihkan dirinya daripada kamu. Dan kalaulah Allah berkehendak (mengutuskan seorang Rasul) tentulah Ia menurunkan malaikat menjadi RasulNya. Kami tidak pernah mendengar seruan seperti ini dalam kalangan datuk nenek kami yang telah lalu" [Surah al-Muʾminun 24]

#Kaum Nabi Nuh Alaihissalam beranggapan bahawa para rasul itu mestilah dikalangan malaikat, bukan di kalangan manusia. Ini semua adalah alasan untuk menolak kebenaran yang disampaikan nabi Nuh Alaihissalam.

#Sebenarnya, tidak ada kepelikan rasul di kalangan manusia. Hal ini kerana untuk manusia, mestilah manusia juga yang mengajar manusia. Ini lebih mudah. Jika malaikat yang diturunkan, tentu agak sukar diikuti kerana malaikat berbeza dengan manusia. Malaikat tiada nafsu, tiada jantina, tidak makan dan tidak minum. Manusia ada nafsu, ada keperluan, ada perasaan, ada kelemahan, akan tetapi mereka tetap dapat menjadi insan yang taat kepada Allah ‎swt. Mudah untuk diikuti dan dicontohi.

#Sebenarnya itu bukannya isu utama. Keputusan untuk melantik siapa menjadi Rasul adalah hak Allah ‎swt dan ia tidak patut dipersoalkan. Ia bukan hak manusia untuk mempersoalkan keputusan Allah ‎swt. Isu utama ialah apa yang disampaikan oleh Nabi Nuh Alaihissalam berupa peringatan dan ancaman.

#Peringatan agar manusia menyembah Allah dan tidak mensyirikkan Allah swt. Mengajak agar bertaqwa kepada Allah swt. Disamping mengingatkan tentang ancaman azab bagi sesiapa yang menentang wahyu Allah swt dan azab yang pedih di akhirat kelak.

#Bagi mereka yang beriman dan bertaqwa kepada Allah swt maka mereka akan beroleh kebaikan dan rahmat daripada Allah di dunia dan di akhirat.

♡Sewajarnya kita mengikuti dakwah yang disampaikan oleh para alim ulamak pewaris para Nabi. Hal ini kerana kita mengetahui mereka mengajak kepada kebaikan dan demi untuk menyelamatkan manusia daripada kesesatan dan kemurkaan Allah. Tidak perlu memusuhi para alim ulamak dan menentang dakwah yang disampaikan kerana apa yang mereka sampaikan itu adalah wahyu daripada Allah swt. Mereka penyambung tugas para nabi dan rasul. Jangan jadi seperti kaum nabi Nuh yang degil menentang dakwah nabi Nuh Alaihissalam!♡

🐊Ust naim
Klik link ini untuk JOIN    
http://bit.ly/tadabburkalamullah

Facebook:
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah

Читать полностью…

Tadabbur Kalamullah

☆Tadabbur Kalamullah 5 Ramadhan 1444H☆

قَالَ یَـٰقَوۡمِ لَیۡسَ بِی ضَلَـٰلَةࣱ وَلَـٰكِنِّی رَسُولࣱ مِّن رَّبِّ ٱلۡعَـٰلَمِینَ * أُبَلِّغُكُمۡ رِسَـٰلَـٰتِ رَبِّی وَأَنصَحُ لَكُمۡ وَأَعۡلَمُ مِنَ ٱللَّهِ مَا لَا تَعۡلَمُونَ

Nabi Nuh menjawab: "Wahai KaumKu! Tidak ada padaku sebarang kesesatan, tetapi aku adalah seorang Rasul dari Tuhan sekalian alam. "(Tugasku) menyampaikan kepada kamu perintah-perintah yang (diutuskan oleh) Tuhanku, serta aku memberi nasihat kepada kamu, sedang aku mengetahui (melalui wahyu) dari Allah akan apa yang kamu tidak mengetahuinya" [Surah al-Aʿraf 61-62]

#Dakwah Nabi Nuh Alaihissalam ditolak dengan keras oleh para pembesar dan kaumnya dengan mengatakan Nabi Nuh sesat.

#Tohmahan dan tuduhan keras yang dilemparkan itu dijawab oleh nabi Nuh dengan penuh ketenangan dan kesabaran. Inilah jiwa seorang pendakwah. Kata nabi Nuh Alaihissalam kepada kaumnya bahawa baginda bukanlah seorang yang sesat yang mengajak kepada kesesatan, tetapi baginda adalah utusan Allah yakni seorang Rasul yang dilantik oleh Allah swt pembawa kebenaran.

#Nabi Nuh Alaihissalam memperkenalkan diri baginda dan kedudukan yang telah diberikan oleh Allah ‎swt kepadanya. Maka kaumnya mestilah mengikut ajaran dan dakwah yang dibawanya, jika mahu selamat daripada kesesatan dan azab Allah swt. Mereka tidak ada pilihan lain melainkan beriman kepada Allah swt.

#Kemudian Nabi Nuh Alaihissalam memberitahu tugas baginda, iaitu menyampaikan wahyu Allah swt. Semua yang di sampaikan itu bukan daripada dirinya sendiri, tetapi daripada Allah ‎swt.

#Inilah tugas utama para Nabi dan Rasul, iaitu menyampaikan risalah Allah, wahyu Allah yakni perintah dan larangan Allah swt.

...Bersambung...

♡Sebagai pendakwah, hendaklah banyakkan bersabar dalam menghadapi karenah orang ramai. Segala cacian dan makian perlulah dihadapi dengan tenang dan tabah. Dakwah perlu diteruskan disamping sentiasa berdoa memohon bantuan dan kekuatan Allah swt♡

🐊Ust naim
Klik link ini untuk JOIN    
http://bit.ly/tadabburkalamullah

Facebook:
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah

Читать полностью…

Tadabbur Kalamullah

☆Tadabbur Kalamullah 3 Ramadhan 1444H☆

لَقَدۡ أَرۡسَلۡنَا نُوحًا إِلَىٰ قَوۡمِهِۦ فَقَالَ یَـٰقَوۡمِ ٱعۡبُدُوا۟ ٱللَّهَ مَا لَكُم مِّنۡ إِلَـٰهٍ غَیۡرُهُۥۤ إِنِّیۤ أَخَافُ عَلَیۡكُمۡ عَذَابَ یَوۡمٍ عَظِیمࣲ

"Sesungguhnya Kami telah mengutuskan Nabi Nuh kepada kaumnya, lalu berkatalah ia: "Wahai kaumku! Sembahlah kamu akan Allah, (sebenarnya) tidak ada Tuhan bagi kamu selain daripadaNya. Sesungguhnya aku bimbang, kamu akan ditimpa azab hari yang besar (hari kiamat)" [Surah al-Aʿraf 59]

#Nabi Nuh Alaihissalam diutuskan Allah kepada kaumnya di bumi Mesopotamia, di Iraq. Baginda Alaihissalam menyeru kaumnya agar menyembah Allah swt.

#Nabi Nuh Alaihissalam berdakwah kepada kaumnya mengajak mereka beriman kepada Allah swt, meninggalkan kesyirikan serta sembahan berhala.

#Baginda Alaihissalam memahamkan mereka bahawa hanya Allah swt sahaja Tuhan yang layak disembah. Ini kerana tidak ada lagi Tuhan selain Allah swt. Kaum nabi Nuh Alaihissalam menyembah berhala dan patung yang tidak ada sebarang kuasa bahkan mereka yang membuat patung tersebut dan mereka menyembahnya, meminta kepadanya sedangkan itu bukanlah Tuhan yang sebenar.

#Selain itu, nabi Nuh Alaihissalam memanggil mereka dengan panggilan yang baik يٰقَومِ (wahai kaumku). Inilah cara dakwah yang bagus yang perlu kita contohi dan ikuti. Sebagai pendakwah, maka perlu gunakan bahasa yang baik dengan orang yang hendak didakwah. Jangan digunakan panggilan kasar dan cercaan. Ini akan menjauhkan manusia daripada dakwah. Walaupun begitu, ada ketikanya perlu tegas dan keras tatkala penghinaan terhadap Allah dan agama dilakukan dengan melampaui batasan.

ٱدۡعُ إِلَىٰ سَبِیلِ رَبِّكَ بِٱلۡحِكۡمَةِ وَٱلۡمَوۡعِظَةِ ٱلۡحَسَنَةِۖ وَجَـٰدِلۡهُم بِٱلَّتِی هِیَ أَحۡسَنُۚ إِنَّ رَبَّكَ هُوَ أَعۡلَمُ بِمَن ضَلَّ عَن سَبِیلِهِۦ وَهُوَ أَعۡلَمُ بِٱلۡمُهۡتَدِینَ

"Serulah ke jalan Tuhanmu (wahai Muhammad) dengan hikmat kebijaksanaan dan nasihat pengajaran yang baik, dan berbahaslah dengan mereka (yang engkau serukan itu) dengan cara yang lebih baik; sesungguhnya Tuhanmu Dia lah jua yang lebih mengetahui akan orang yang sesat dari jalanNya, dan Dia lah jua yang lebih mengetahui akan orang-orang yang mendapat hidayah petunjuk" [Surah an-Naḥl 125]

#Al-Maw’izah al-Hasanah menurut Sayyid Qutb adalah kaedah menyentuh hati dengan cara lemah lembut, menyelami perasaan, memahami, bukan dengan mengherdik atau mencela dalam perkara yang tidak wajib dicela, bukan dengan cara mendedahkan kesalahan yang kadang-kadang berlaku dengan sebab kejahilan
atau dengan niat yang baik tetapi caranya salah.

#Sabda Rasulullah saw: "Sesungguhnya lemah lembut tidaklah ada pada sesuatu kecuali akan menghiasinya, dan tidaklah dibuang daripada sesuatu kecuali akan mengeruhkannya" (HR Abu Dawud)

#Nabi Nuh Alaihissalam mengingatkan kaumnya, jika mereka tidak beriman kepada Allah swt, mereka akan ditimpa azab yang besar dan kecelakaan dunia akhirat.

♡Inilah tugas para nabi dan para pendakwah iaitu menyeru manusia agar beriman kepada Allah dan bertauhid hanya kepadaNya. Jauhi syirik dan perkara yang bertentangan dengan kehendak Allah swt♡

🐊Ust naim
Klik link ini untuk JOIN    
http://bit.ly/tadabburkalamullah

Facebook:
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah

Читать полностью…

Tadabbur Kalamullah

☆Tadabbur Kalamullah 28 Ramadhan 1444H☆

وَٱلۡعَصۡرِ * إِنَّ ٱلۡإِنسَـٰنَ لَفِی خُسۡرٍ * إِلَّا ٱلَّذِینَ ءَامَنُوا۟ وَعَمِلُوا۟ ٱلصَّـٰلِحَـٰتِ وَتَوَاصَوۡا۟ بِٱلۡحَقِّ وَتَوَاصَوۡا۟ بِٱلصَّبۡرِ

"Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian – Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dany mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar" [Surah Al-ʿAṣr 1-3]

#Allah swt bersumpah dengan masa kerana masa menjadi perkara pokok (utama) bagi manusia. Hal ini menunjukkan apabila manusia berpegang dan beriman (menjaga) dengan masa dengan sebenar-benarnya, maka kehidupan seorang manusia akan menjadi sempurna. Oleh itu, masa adalah perkara yang paling utama di antara yang perlu dijaga sebagai seorang Muslim.

#Bulan Ramadhan jika manusia mengetahui tentang fadhilatnya, kelebihannya dan kemuliaannya serta  nescaya mereka bercita-cita agar sepanjang tahun adalah bulan Ramadhan. 

#Daripada Abi Mas’ud al-Ghifari, katanya Rasulullah sw bersabda:

لَوْ يَعْلَمُ الْعِبَادُ مَا فِي شَهْرِ رَمَضَانَ لَتَمَنَّى الْعِبَادُ أَنْ يَكُونَ شَهْرُ رَمَضَانَ سَنَةً

Kalaulah hamba-hamba Allah mengetahui kelebihan yang terdapat pada bulan Ramadhan, nescaya mereka bercita-cita supaya bulan Ramadhan berlaku sepanjang tahun.”
(HR Ibn Khuzaimah, at-Tabarani dan al-Baihaqi)

#Ini kerana gandaan pahala yang begitu banyak untuk bulan Ramadhan dengan sebab itulah ia digelar sebagai bulan ibadat atau musim al-Khairat yang memberi maksud musim segala amal kebajikan.

#Saat ini kita berada di penghujung Ramadhan, maka gunakan peluang terakhir ini untuk bertaubat kepada Allah, banyakkan berdoa memohon keampunanNya, memperbanyakkan amal soleh, istiqamah bersedekah dan amal kebajikan.

#Jangan lalai dan leka dengan persiapan raya sehingga meninggalkan ibadah malam. Ini akan menjadi penyesalan di saat sakaratul maut dan ketika dipenjarakan di alam barzakh.

حَتَّىٰۤ إِذَا جَاۤءَ أَحَدَهُمُ ٱلۡمَوۡتُ قَالَ رَبِّ ٱرۡجِعُونِ  لَعَلِّیۤ أَعۡمَلُ صَـٰلِحࣰا فِیمَا تَرَكۡتُۚ كَلَّاۤۚ إِنَّهَا كَلِمَةٌ هُوَ قَاۤىِٕلُهَاۖ وَمِن وَرَاۤىِٕهِم بَرۡزَخٌ إِلَىٰ یَوۡمِ یُبۡعَثُونَ

Kesudahan golongan yang kufur ingkar itu apabila sampai ajal maut kepada salah seorang di antara mereka, berkatalah ia: "Wahai Tuhanku, kembalikanlah daku (hidup semula di dunia). Supaya aku mengerjakan amal-amal yang soleh dalam perkara-perkara yang telah aku tinggalkan". Tidak! Masakan dapat? Sesungguhnya perkataannya itu hanyalah kata-kata yang ia sahaja yang mengatakannya, sedang di hadapan mereka ada alam barzakh (yang mereka tinggal tetap padanya) hingga hari mereka dibangkitkan semula (pada hari kiamat)" [Surah al-Muʾminun 100]

یَقُولُ یَـٰلَیۡتَنِی قَدَّمۡتُ لِحَیَاتِی

Ia akan berkata: "Alangkah baiknya kalau aku dahulu sediakan amal-amal baik untuk hidupku (di sini)!" [Surah al-Fajr 24]

♡Semoga Allah swt kurniakan kepada kita kebaikan untuk memanfaatkan masa yang berbaki di bulan Ramadhan yang akhirnya membawa kepada ketaqwaan kepada Allah swt♡

🐊Ust naim
Klik link ini untuk JOIN    
http://bit.ly/tadabburkalamullah

Facebook:
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah

Читать полностью…

Tadabbur Kalamullah

☆Tadabbur Kalamullah 26 Ramadhan 1444H☆

 لَيْلَةُ الْقَدْرِ خَيْرٌ مِنْ أَلْفِ شَهْرٍ
 
"Malam kemuliaan itu lebih baik daripada seribu bulan" [Surah al-Qadr 3]

#Rasulullah saw telah menunjukkan contoh yang terbaik iaitu dengan bersungguh-sungguh beribadat pada 10 akhir Ramadhan tidak sebagaimana waktu yang lain.

#Oleh itu, baki yang ada pada Ramadhan ini lebih kurang 4 hari sahaja lagi. Maka, teramat wajar kita berjihad dengan bersungguh-sungguh dalam ibadah kita kepadaNya.

#Jom kita contohi amalan yang dilakukan oleh para Salafussoleh agar kita memperoleh sebanyak-banyaknya ganjaran dipenghujung Ramadhan ini.

#Salafussoleh di zaman dahulu akan mandi pada setiap malam di 10 akhir Ramadhan. Inilah yang dilakukan oleh kebanyakkan mereka antaranya Imam Ayyub al-Sukhtiyani, Imam Malik, bahkan digalakkan untuk memakai wangian dan pakaian yang selayaknya (terindah) dalam beribadat.

#Berkata Imam as-Syafi’i rahimahullah: “Aku suka supaya kesungguhan beribadah juga dilangsungkan pada siang hari sebagaimana bersungguhnya pada malam hari.” Ini menunjukkan bahawa ibadah pada 10 akhir Ramadhan bukan hanya terbatas pada waktu malam sahaja.

#Waki’ Ibn Jarrah membaca al-Quran pada malam hari dengan satu kali khatam dan sepertiga al-Quran. Beliau juga sembahyang 12 rakaat Dhuha. Beliau juga solat sunat daripada Zuhur hingga Asar.

#Ibn Wahb berkata: “Aku lihat Sufyan berada di Masjidil Haram selepas solat Maghrib, beliau solat sunat. Kemudian dia sujud dengan satu sujud dan dia tidak angkat kepalanya sehingga azan Isyak.”

#Ibnu Abi Mulaikah berkata: “Aku menjadi imam kepada manusia di bulan Ramadhan dan aku membaca pada rakaat pertama surah Fatir, aku tidak dapati mana-mana orang pun yang merasa berat, sedangkan surah Fatir mengandungi 46 ayat.”

#Al-Rabi’ Ibn Khushain selepas ditimpa penyakit strok/lumpuh pada sebelah badannya, masih lagi menuju ke masjid dengan dipapah oleh 2 orang lelaki sedangkan sahabatnya berkata kepadanya: “Ya Aba Yazid, Allah beri rukhsah kepadamu untuk kamu lakukan solat di rumah.” Lantas jawabnya: “Sesungguhnya benar apa yang kamu katakan tetapi bila mana aku mendengar paggilan hayya ‘alal falah, maka hendaklah, ia menjawabnya walaupun merangkak".

♡Jadikanlah kisah-kisah kesungguhan para Salafussoleh ini sebagai inspirasi untuk menambahkan semangat kita dalam menggandakan amal ibadah di akhir-akhir Ramadhan ini. Moga Allah memberi kekuatan dan kelazatan untuk kita beramal soleh. Aamiiin♡

🐊Ust naim
Klik link ini untuk JOIN    
http://bit.ly/tadabburkalamullah

Facebook:
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah

Читать полностью…

Tadabbur Kalamullah

☆Tadabbur Kalamullah 24 Ramadhan 1444H☆

 لَيْلَةُ الْقَدْرِ خَيْرٌ مِنْ أَلْفِ شَهْرٍ
 
"Malam kemuliaan itu lebih baik daripada seribu bulan" [Surah al-Qadr 3]

#Sepuluh malam terakhir Ramadhan adanya malam Lailatul Qadar iaitu malam yang penuh barakah dan keampunan.

#Daripada Sayidina Muawiyah r.a, bahawa Nabi saw bersabda:
 
اِلْتَمِسُوا لَيْلَةَ الْقَدْرِ آخِرِ لَيْلَةٍ مِنْ رَمَضَانِ

Carilah malam al-Qadar pada akhir malam Ramadhan" (Riwayat Ibn Nasr)

#Maka apa yang perlu dilakukan pada 10 malam terakhir tersebut?.

#Beriktikaf. Diriwayatkan daripada Sayidina Ibn Umar r.huma di mana beliau berkata:

كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم يَعْتَكِفُ الْعَشْرَ الأَوَاخِرَ مِنْ رَمَضَانَ.

Rasulullah saw biasa beriktikaf pada sepuluh hari terakhir bulan Ramadhan" (HR al-Bukhari)

#Bertahajjud. Berkata Imam Sufyan at-Thauri rahimahullah:

أحب إلي إذا دخل العشر الأواخر أن يتهجد بالليل و يجتهد فيه و ينهض أهله و ولده إلى الصلاة إن أطاقوا ذلك

Apabila masuknya sepuluh akhir Ramadhan, aku lebih suka untuk melakukan tahajjud pada waktu malam dan bersungguh-sungguh melakukannya". Sufyan at-Thauri rahimahullah juga akan mengejutkan ahli keluarganya untuk mendirikan solat seandainya mereka mampu melakukannya" (Lihat Lathaif al-Maarif)

#Berkata Imam an-Nawawi rahimahullah: “Dianjurkan untuk memperbanyakkan ibadah pada sepuluh hari terakhir di bulan Ramadhan dan dianjurkan menghidupkan malam-malamnya dengan pelbagai bentuk ibadah.” (Lihat: al-Minhaj fi Syarh Sahih Muslim)

#Qiyam. Daripada Sayidina Abu Hurairah r.a, bahawa Rasulullah saw bersabda:

‎مَنْ قَامَ رَمَضَانَ إِيمَانًا وَاحْتِسَابًا غُفِرَ لَهُ مَا تَقَدَّمَ مِنْ ذَنْبِهِ

“Sesiapa yang melakukan qiyam Ramadan dengan penuh keimanan dan mengharapkan ganjaran serta keampunan, akan diampunkan buatnya dosa-dosa yang terdahulu" (HR al-Bukhari dan Muslim)

#Alangkah baiknya sekiranya di sepuluh malam yang terakhir ini, kita gandakan lagi usaha kita dengan solat-solat sunat yang lain di samping solat sunat Tarawih yang kita kerjakan secara berjemaah. Sekurang-kurangnya dua rakaat sebelum bersahur atau dua rakaat sebelum Fajar. Mudah-mudahan Allah menemukan kita dengan Lailatul Qadar dalam keadaan kita sujud kepadaNya.
 
#Membaca al-Quran. Kita mengetahui bahawa amalan membaca al-Quran pahalanya dilipatgandakan oleh Allah swt. Pada masa yang sama, kita juga mengetahui bahawa semua amal kebajikan di bulan Ramadhan turut dilipatgandakan oleh Allah swt. Maka sebaiknya, kita perbanyakkan bacaan al-Quran lebih-lebih lagi di sepuluh akhir bulan Ramadhan. Moga-moga ia dapat memberatkan neraca amalan kebaikan kita.

#Bersedekah. Perbanyakkanlah sedekah dan infaq dalam bulan Ramadhan khususnya di sepuluh akhir Ramadhan ini, antaranya kepada tabung masjid, anak-anak yatim, fakir miskin, orang-orang tua, ibu bapa, kaum keluarga dan lain-lain.

قِيلَ فَأَىُّ الصَّدَقَةِ أَفْضَلُ قَالَ:‏ صَدَقَةٌ فِي رَمَضَانَ‏

Ditanyakan Nabi saw sedekah apakah yang paling afdhal. Jawab Nabi saw: “Sedekah di bulan Ramadhan" (HR at-Tirmizi)

♡Banyak amalan soleh yang boleh dilakukan di sepanjang 10 malam terakhir Ramadhan ini. Beramallah dengan sebanyak-banyaknya dan seikhlas hati. Moga diampuni kita semua. Aamiiin♡

🐊Ust naim
Klik link ini untuk JOIN    
http://bit.ly/tadabburkalamullah

Facebook:
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah

Читать полностью…

Tadabbur Kalamullah

☆Tadabbur Kalamullah 23 Ramadhan 1444H☆

 لَيْلَةُ الْقَدْرِ خَيْرٌ مِنْ أَلْفِ شَهْرٍ
 
"Malam kemuliaan itu lebih baik daripada seribu bulan" [Surah al-Qadr 3]

#Di dalam bulan Ramadhan yang mulia ini, Allah swt telah menjadikan satu malam yang istimewa dalam bulan ini yang mana dilipat gandakan setiap amalan yang dilakukan pada malam tersebut. Malam itu berada di sepuluh terakhir Ramadhan.

#Diriwayatkan bahawa Baginda Rasulullah saw pun berusaha untuk bertemu dengan malam yang teristimewa ini.

#Daripada Sayidatina Aisyah r.ha menceritakan:

كَانَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِذَا دَخَلَ العَشْرُ الأوَاخِرُ مِنْ رَمَضَانَ أَيْقَظَ أَهْلَهُ وَشَدَّ المِئْزَرَ وَأَحْيَا اللَّيْلَ

"Adapun Rasulullah saw apabila tiba 10 hari terakhir bulan Ramadhan, Baginda saw membangunkan ahli rumahnya, mengikat kainnya (menjauhi isteri-isterinya) serta menghidupkan malam tersebut (HR Ibn Hibban)

#Dalam riwayat lain, daripada Aisyah r.ha, beliau menceritakan bahawa:

كَانَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَجْتَهِدُ فِيْ العَشْرِ الأَوَاخِرِ ، مَا لَا يَجْتَهِدُ فِيْ غَيْرِهِ

Rasulullah saw berusaha sedaya upaya pada malam sepuluh akhir Ramadhan melebihi usahanya daripada malam-malam yang lain” (HR Muslim)

#Daripada Sayidina Jabir bin Samurah r.a, bahawa Rasulullah saw bersabda:

الْتَمِسُوهَا فِي الْعَشْرِ الْأَوَاخِرِ وِتْرًا

Carilah malam al-Qadar pada sepuluh malam terakhir pada malam yang ganjil (HR Ahmad)

#Maka berusahalah bersungguh-sungguh melakukan amal soleh agar kita dikurniakan ganjaran malam al-Qadar. Untuk mendapat ganjaran tersebut sekurang-kurangnya kita hendaklah melazimi solat Isyak dan Subuh secara berjemaah.

#Imam Ibnu Rajab al-Hanbali rahimahullah menyatakan, sebahagian ulamak mazhab Syafie menakalkan riwayat daripada Ibnu Abbas r.huma bahawa:

يصلي العشاء في جماعة و يعزم على أن يصلي الصبح في جماعة و قال مالك في الموطأ بلغني أن ابن المسيب قال : من شهد ليلة القدر ـ يعني في جماعة فقد أخذ بحظه منها و كذا قال الشافعي في القديم : من شهد العشاء و الصبح ليلة القدر فقد أخذ بحظه منها

Menghidupkan malam Lailatul Qadar akan terhasil apabila seseorang mendirikan solat ‘Isyak secara berjemaah dan berazam untuk melakukan solat Subuh secara berjemaah jua. Imam Malik merekodkan dalam al-Muwatta’ bahawa Imam Ibn al-Musayyib berkata: Sesiapa yang bertemu dengan Lailatul Qadar bermaksud (yang mendirikan solat) dalam keadaan berjemaah (pada malam tersebut), maka dia akan memperolehi kebaikan malam itu. Begitu jualah yang dikatakan oleh Imam asy-Syafie rahimahullah dalam pendapat lamanya: Sesiapa yang mendirikan solat Isya’ dan Subuh pada malam Lailatul Qadar, maka dia akan memperoleh kebaikannya Lihat: Lathaif al-Maarif)

♡Semoga kita semua berjaya meraih ganjaran pahala yang lebih baik daripada 1000 bulan. Aamiin♡

🐊Ust naim
Klik link ini untuk JOIN    
http://bit.ly/tadabburkalamullah

Facebook:
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah

Читать полностью…

Tadabbur Kalamullah

Ralat: 21 Ramadhan 1444H

Читать полностью…

Tadabbur Kalamullah

☆Tadabbur Kalamullah 20 Ramadhan 1444H☆

 لَيْلَةُ الْقَدْرِ خَيْرٌ مِنْ أَلْفِ شَهْرٍ
 
Malam kemuliaan itu lebih baik daripada seribu bulan" [Surah al-Qadr 3]

#Imam Ibnu Qudamah rahimahullah berpendapat malam al-Qadar ialah malam yang mulia, diberkati, diagungkan dan mempunyai banyak kelebihan. (Lihat: al-Mughni)

#Sayyid Qutub berkata: "Terdapat ayat-ayat al-Quran yang menyebut peristiwa malam ini berkilauan memancarkan cahaya, ia melimpahkan cahaya yang tenang, indah dan mesra iaitu cahaya Allah yang gemilang di dalam al-QuranNya".

#Berkata Imam Ibn Kathir: "Zahir ayat menunjukkan bahawa malam al-Qadar lebih afdal daripada malam Jumaat. Walaupun begitu, ada juga pendapat yang mengatakan malam Jumaat lebih afdal".

#Malam al-Qadar lebih baik dari 1000 bulan. Sepatutnya umat Islam menjadikan malam kemuliaan ini sebagai malam perayaan! Malam inilah permulaan turunnya perundangan samawi (langit), yang membimbing umat Islam ke arah yang baik. Pada malam ini, mereka dapat memperbaharui janji di hadapan Tuhan mereka. Malam ini adalah pernyataan syukur terhadap segala nikmatNya serta mengharap pahalaNya.

#Malam itu merupakan perayaan bagi umat Islam di mana telah turunnya al-Quran dan merupakan malam kesyukuran, kebajikan dan kenikmatan. Malaikat menyertai manusia pada malam itu dan mereka mengetahui kelebihan malam tersebut dan betapa besarnya kelebihan manusia atas diri mereka.

#Berkata Imam al-Qurtubi: Malam Qadar mempunyai kelebihan kerana banyaknya keistimewaan dan malam tersebut dibahagikan kebaikan yang banyak yang tidak terdapat seumpamanya pada seribu bulan. Ramai ulama dan ahli tafsir berpendapat amalan dilakukan pada malam Qadar lebih baik daripada seribu bulan yang tiada padanya malam Qadar". Hal ini, disokong oleh Abu al-‘Aliyah.

♡Jom gandakan amal soleh di malam 10 terakhir Ramadhan ini. Selamat beramal soleh!!♡

🐊Ust naim
Klik link ini untuk JOIN    
http://bit.ly/tadabburkalamullah

Facebook:
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah

Читать полностью…

Tadabbur Kalamullah

☆Tadabbur Kalamullah 18 Ramadhan 1444H☆

وَبِالْحَقِّ أَنزَلْنَاهُ وَبِالْحَقِّ نَزَلَ ۗ وَمَا أَرْسَلْنَاكَ إِلَّا مُبَشِّرًا وَنَذِيرًا

"Dan dengan cara yang sungguh layak serta berhikmah Kami turunkan Al-Quran, dan dengan meliputi segala kebenaran ia diturunkan; dan tiadalah Kami mengutusmu (wahai Muhammad) melainkan sebagai pembawa berita gembira (bagi orang-orang yang beriman) dan pembawa amaran (kepada orang-orang yang ingkar)" [Surah al-Isra’ 105]

#Daripada segi bahasa, perkataan ‘Nuzul’ bererti menetap di satu tempat atau turun dari tempat yang tinggi. Ini menunjukkan ketinggian al-Quran.

#Secara mudah fahamnya Nuzul al-Quran bererti penurunan al-Quran dari langit kepada Nabi Allah yang terakhir.

#Kaedah penurunan al-Quran terbahagi kepada tiga peringkat:

1. Peringkat yang pertama, diturunkan al-Quran secara sekaligus pada waktu yang hanya diketahui oleh Allah swt. FirmanNya:

بَلْ هُوَ قُرْآنٌ مَّجِيدٌ * فِي لَوْحٍ مَّحْفُوظٍ 

"(Sebenarnya apa yang engkau sampaikan kepada mereka bukanlah syair atau sihir), bahkan ialah Al-Quran yang tertinggi kemuliaannya. (Lagi yang terpelihara dengan sebaik-baiknya) pada Lauh Mahfuz" [Surah al-Buruj 21-22]

2. Peringkat yang kedua adalah penurunan daripada Luh Mahfuz ke Baitul ‘Izzah atau langit dunia. Firman Allah swt:

شَهْرُ رَمَضَانَ الَّذِي أُنزِلَ فِيهِ الْقُرْآنُ

"Bulan Ramadhan yang padanya diturunkan al-Quran" [Surah al-Baqarah 185]

#Imam al-Qurtubi menyatakan bahawa ayat ini telah disepakati oleh para ulamak dan tiada khilaf bahawa penurunan yang dimaksudkan adalah daripada Luh Mahfuz ke langit dunia pada malam Lailatul Qadar secara sekaligus.

3. Peringkat ketiga adalah penurunan al-Quran secara berperingkat-peringkat daripada langit dunia kepada Nabi saw melalui perantaraan malaikat Jibril Alaihissalam.

نَزَلَ بِهِ الرُّوحُ الْأَمِينُ * عَلَىٰ قَلْبِكَ لِتَكُونَ مِنَ الْمُنذِرِينَ * بِلِسَانٍ عَرَبِيٍّ مُّبِينٍ

"Ia dibawa turun oleh malaikat Jibril yang amanah. Ke dalam hatimu, supaya engkau (wahai Muhammad) menjadi seorang dari pemberi-pemberi ajaran dan amaran (kepada umat manusia). (Ia diturunkan) dengan bahasa Arab yang fasih serta terang nyata" [Surah al-Syu’ara’ 193-195]

#Ini menunjukkan bahawa al-Quran telah diturunkan secara sekaligus pada dua peringkat iaitu peringkat penurunan ke Luh Mahfuz dan peringkat kedua penurunan ke Baitul 'Izzah atau langit dunia. Inilah yang dimaksudkan dalam firman Allah swt yang menyebut bahawa al-Quran diturunkan secara sekaligus. Adapun penurunan secara berperingkat, adalah daripada langit dunia kepada Rasulullah saw bermula daripada detik awal Nabi menerima wahyu hinggalah ke ayat yang terakhir.

♡Kita bukan sekadar hanya perlu bincang mengenai kaedah penurunan al-Quran namun yang utama perlu dibincang dan ditekankan ialah berkaitan tujuan al-Quran itu diturunkan iaitu untuk memimpin manusia ke jalan keselamatan dan jalan yang lurus, juga sebagai peringatan dan penerangan, sebagai pedoman, petunjuk dan rahmat bagi manusia serta sebagai pemutus hukum dan untuk memberikan kebahagiaan hidup baik di dunia mahupun di akhirat. Hayati dan fahamilah sebab-sebab al-Quran itu diturunkan!!♡

🐊Ust naim
Klik link ini untuk JOIN    
http://bit.ly/tadabburkalamullah

Facebook:
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah

Читать полностью…

Tadabbur Kalamullah

☆Tadabbur Kalamullah 16 Ramadhan 1444H☆

إِنَّ عَلَيْنَا جَمْعَهُ وَقُرْآنَهُ * فَإِذَا قَرَأْنَاهُ فَاتَّبِعْ قُرْآنَهُ

"Sesunggguhnya atas tanggungan Kamilah mengumpulkannya (di dadamu) dan (membuatmu pandai) membacanya. Apabila Kami telah selesai membacakannya, maka itulah bacaannya itu" [Surah al-Qiyaamah 17-18]

#Al-Quran pada bahasa mempunyai beberapa makna iaitu mengumpulkan dan menghimpun, dan qiraah bererti menghimpun huruf-huruf dan kata-kata satu dengan yang lain dalam satu ucapan yang tersusun rapi.

#Kata qur’anah (bacaannya) pada ayat di atas bererti qiraatuhu (bacaannya/cara membacanya).

#Sedangkan ada istilahnya pula ialah kitab yang diturunkan Allah secara mutawatir kepada Nabi saw yang bersifat mukjizat di mana mendapat pahala jika membacanya yang terangkum dari awal surah Fatihah hingga akhir surah an-Nas.

#Berkata as-Syahid Imam Hasan al-Banna rahimahullah: “Al-Quran al-Karim adalah sebuah perlembagaan yang lengkap merangkumi seluruh hukum Islam. Al-Quran adalah sumber yang mencurahkan segala kebaikan dan ilmu ke dalam hati yang beriman. Al-Quran adalah alat yang terbaik untuk para ahli ibadat mendekatkan diri kepada Allah swt dengan cara membacanya.

#Sebenarnya al-Quran cukup istimewa berbanding dengan mana-mana kitab yang lain. Antara keistimewaannya:

1. Al-Quran kitab Ilahi
2. Al-Quran adalah kitab mahfuz (terpelihara)
3. Al-Quran adalah kitab mukjizat
4. Al-Quran kitab yang nyata lagi mudah

#Al-Quran kitab sesuai di semua zaman. Ia bermaksud kitab yang kekal yang bukan hanya sesuai pada suatu masa sahaja dan bukan untuk satu generasi. Tetapi ia sesuai sepanjang zaman dan semua tempat. Justeru tidak pelik sehingga sekarang al-Quran tetap menjadi panduan dan pedoman dalam menempuh kehidupan.

#Al-Quran merupakan kitab kemanusiaan sejagat. Hal ini dapat difahami berdasarkan kepada sifat al-Quran itu sendiri yang banyak menekankan kehidupan manusia dengan kalimahnya dan untuk alam sejagat. Firman Allah swt:

إِنْ هُوَ إِلَّا ذِكْرٌ لِّلْعَالَمِينَ

Al-Quran itu tidak lain hanya peringatan bagi seluruh penduduk alam [Surah at-Takwir 27]

♡Hiduplah berpandukan al-Quran nescaya selamat dunia dan akhirat♡

🐊Ust naim
Klik link ini untuk JOIN    
http://bit.ly/tadabburkalamullah

Facebook:
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah

Читать полностью…

Tadabbur Kalamullah

☆Tadabbur Kalamullah 14 Ramadhan 1444H☆

قُل لَّئِنِ اجْتَمَعَتِ الْإِنسُ وَالْجِنُّ عَلَىٰ أَن يَأْتُوا بِمِثْلِ هَـٰذَا الْقُرْآنِ لَا يَأْتُونَ بِمِثْلِهِ وَلَوْ كَانَ بَعْضُهُمْ لِبَعْضٍ ظَهِيرًا

Katakanlah (wahai Muhammad): Sesungguhnya jika sekalian manusia dan jin berhimpun demi mendatangkan sesuatu yang sebanding dengan Al-Quran, mereka tidak akan mampu mendatangkannya walaupun mereka saling membantu [Surah al-Isra’ 88]

#Sambung bicara berkaitan Allah swt mencabar golongan musyrikin untuk mendatangkan hanya sepuluh surah yang seumpama al-Quran. Mereka tetap tidak mampu mendatangkan ayat seumpama al-Quran walaupun 10 surah.

#Berkata Syeikh al-Maraghi: "Allah swt mencabar pihak musyrikin Quraish supaya mendatangkan sepuluh surah seperti al-Quran dari sudut susunan atau gaya bahasanya yang memuatkan undang-undang yang benar tentang keagamaan, kemasyarakatan, politik, hikmah-hikmah, nasihat-nasihat dan tata kesopanan. Bahkan Allah swt menyeru mereka supaya mengajak sesiapa sahaja yang mereka ingin selain Allah swt yang dapat membantu dan menolong mereka bagi menyahut cabaran Allah swt. Namun mereka tidak mampu" (Lihat: Tafsir al-Maraghi)

#Pada pengakhiran cabaran tersebut, Allah turut menyatakan cabaran terakhir untuk mereka mendatangkan hanya satu surah seumpama al-Quran. FirmanNya:

أَمْ يَقُولُونَ افْتَرَاهُ ۖ قُلْ فَأْتُوا بِسُورَةٍ مِّثْلِهِ وَادْعُوا مَنِ اسْتَطَعْتُم مِّن دُونِ اللَّـهِ إِن كُنتُمْ صَادِقِينَ

“(Orang-orang kafir tidak mengakui hakikat yang demikian itu) bahkan mereka mengatakan: "Dialah (Muhammad) yang mengada-adakan Al-Quran menurut rekaannya". Katakanlah (wahai Muhammad): "Kalau demikian, datangkanlah satu surah yang sebanding dengan Al-Quran itu, dan panggilah siapa sahaja yang kamu dapat memanggilnya, yang lain dari Allah (untuk membantu kamu), jika betul kamu orang-orang yang benar!" [Surah Yunus 38]

#FirmanNya lagi:

وَإِن كُنتُمْ فِي رَيْبٍ مِّمَّا نَزَّلْنَا عَلَىٰ عَبْدِنَا فَأْتُوا بِسُورَةٍ مِّن مِّثْلِهِ وَادْعُوا شُهَدَاءَكُم مِّن دُونِ اللَّـهِ إِن كُنتُمْ صَادِقِينَ

Dan kalau kamu ada menaruh syak tentang apa yang Kami turunkan (Al-Quran) kepada hamba kami (Muhammad), maka cubalah buat dan datangkanlah satu surah yang sebanding dengan Al-Quran itu, dan panggilah orang-orang yang kamu percaya boleh menolong kamu selain dari Allah, jika betul kamu orang-orang yang benar" [Surah al-Baqarah 23]

#Berkata Syeikh al-Maraghi lagi ketika mengulas ayat ini: "Jika kaum musyrikin Quraish tidak mampu juga untuk mendatangkan satu surah semisal al-Quran, padahal kamu sudah berusaha bermati-matian, sudah tentu kamu tidak mampu untuk melakukannya pada masa akan datang kerana ianya memang bukan ukuran menurut kemampuan kamu (makhluk). Justeru, berwaspadalah dengan keingkaran kamu itu dan akuilah bahawa al-Quran ini sememangnya datang daripada Allah swt".

♡Al-Quran adalah sebuah kitab wahyu yang cukup istimewa berbanding dengan mana-mana kitab yang ada diatas muka bumi ini. Akuilah bahawa al-Quran itu datang daripada Allah dan memiliki mukjizat yang terhebat. Tidak akan ada sesiapa pun yang mampu menandingi kehebatan al-Quran dan tidak akan mampu mendatangkan ayat seumpama al-Quran♡

🐊Ust naim
Klik link ini untuk JOIN    
http://bit.ly/tadabburkalamullah

Facebook:
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah

Читать полностью…

Tadabbur Kalamullah

☆Tadabbur Kalamullah 12 Ramadhan 1444H☆

إِنَّا نَحْنُ نَزَّلْنَا الذِّكْرَ وَإِنَّا لَهُ لَحَافِظُونَ

Sesungguhnya Kamilah yang menurunkan al-zikr (Al-Quran), dan Kamilah yang memelihara dan menjaganya [Surah al-Hijr 9]

#Sejak al-Quran diturunkan, ianya telah dijaga dan pelihara dengan begitu rapi. Ramai penghafaz al-Quran setiap zaman bermula zaman Rasullullah saw lagi hinggalah ke hari ini. Al-Quran juga dipelihara dalam bentuk tulisan dimana pada peringkat awalnya ramai penulis al-Quran menghasilkan mushaf. Dan selepas perkembangan teknologi, al-Quran dihasilkan dalam bentuk percetakan. Semua penjagaan al-Quran dalam bentuk mushaf dan hafazan menjadi bukti yang kukuh bahawa al-Quran terpelihara dari segala kesalahan dan kekurangan.

#Berkata Almarhum Dr. Yusuf al-Qaradhawi rahimahullah: "Ayat al-Quran dihafaz oleh ribuan sama ada lelaki , perempuan atau kanak-kanak. Inilah istimewanya yang tiada pada mana-mana kitab atau buku yang lain".

#Sesiapa yang cuba merubah atau menyelewengkan ayat-ayatNya nescaya ia akan gagal dan kecundang. Hal ini kerana ia dipelihara oleh Allah swt.

#Imam an-Nawawi menyatakan dalam kitab At-Tibyan fi Adabi Hamalatil Quran: “Para ulamak telah bersepakat akan wajibnya menjaga mushaf al-Quran dan memuliakannya”.

#Berdasarkan catatan sejarah al-Quran sejak dari awal turunnya, ia telah mula dihafal dan ditulis sehinggalah turun ayatnya yang terakhir. Penghafalan dan penulisan ini berlaku adalah bagi memenuhi sebahagian tuntutan pemeliharaan, penyucian dan penghormatan kepada kitab suci ini.

#Selain itu, pemeliharaan al-Quran dengan cara mengamalkan isi kandungannya dalam segenap aspek kehidupan. Bermula dari sekecil-kecil perkara hingga sebesar-besar perkara mestilah mengikuti panduan al-Quran.

♡Oleh itu, sesuai dengan fungsinya sebagai kitab yang paling suci, maka semua umat Islam sepakat tentang wajibnya ke atas orang Islam menjaga dan menghormati al-Quran♡

🐊Ust naim
Klik link ini untuk JOIN    
http://bit.ly/tadabburkalamullah

Facebook:
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah

Читать полностью…

Tadabbur Kalamullah

☆Tadabbur Kalamullah 10 Ramadhan 1444H☆

شَهۡرُ رَمَضَانَ ٱلَّذِیۤ أُنزِلَ فِیهِ ٱلۡقُرۡءَانُ هُدࣰى لِّلنَّاسِ وَبَیِّنَـٰتࣲ مِّنَ ٱلۡهُدَىٰ وَٱلۡفُرۡقَانِۚ

"(Masa yang diwajibkan kamu berpuasa itu ialah) bulan Ramadan yang padanya diturunkan Al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia, dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk dan (menjelaskan) perbezaan antara yang benar dengan yang salah..." [Surah al-Baqarah 185]

#Bagi sesiapa yang menjadi ahli Quran maka dia akan ditinggikan darjatnya oleh Allah swt.

#Sabda Rasulullah saw:

إنَّ اللهَ يَرْفَعُ بِهَذَا الكِتَابِ أقْوَاماً وَيَضَعُ بِهِ آخرِينَ

“Sesungguhnya Allah mengangkat (meninggikan darjat) dengan kitab ini (al-Quran) dan merendahkan kaum yang lain dengannya juga” (HR Muslim)

#Imam Al-Muzani rahimahullah mendengar Imam Syafii berkata:

مَنْ تَعَلَّمَ القُرْآنَ عَظُمَتْ قِيْمَتُهُ وَمَنْ نَظَرَ فِي الفِقْهِ نَبُلَ مِقْدَارُهُ وَمَنْ تَعَلَّمَ اللُّغَةَ رَقَّ طَبْعُهُ وَمَنْ تَعَلَّمَ الحِسَابَ جَزُلَ رَأْيُهُ وَكَمَنْ كَتَبَ الحَدِيْثَ قَوِيَتْ حُجَّتُهُ وَمَنْ لَمْ يَصُنْ نَفْسَهُ لَمْ يَنْفَعْهُ عِلْمُهُ

“Barangsiapa belajar al-Quran, mulialah kedudukannya. Barang siapa mendalami fiqh, kedudukannya makin mulia. Barangsiapa mempelajari bahasa Arab, lembutlah tabiatnya. Barang siapa belajar hisab (perhitungan), kuatlah pendapatnya. Sebagaimana siapa saja yang mempelajari hadis, kuatlah hujjahnya. Siapa sahaja yang tidak menjaga dirinya (dari maksiat), maka ilmunya tidaklah bermanfaat”.

#Apabila seseorang itu berpegang teguh kepada kitab Allah, baik dengan membaca, memahami, menghafal dan mengamalkan maka dia tergolong di kalangan orang yang beroleh kemuliaan disisi Allah swt.

#Ingatlah, kemuliaan umat Islam adalah ketika mereka berpegang pada agamanya dan menjalankan perintah agama berpandukan kitab sucinya. Namun, jika mereka memilih panduan selain al-Quran maka mereka akan dihina oleh Allah swt.

♡Bersempena kita berada dibulan penurunan al-Quran, maka gunakan peluang istimewa ini untuk mendalami al-Quran, semoga kita beroleh kemuliaan dan darjat yang tinggi disisiNya. Aamiiin♡

🐊Ust naim
Klik link ini untuk JOIN    
http://bit.ly/tadabburkalamullah

Facebook:
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah

Читать полностью…

Tadabbur Kalamullah

☆Tadabbur Kalamullah 8 Ramadhan 1444H☆

فَكَذَّبُوهُ فَأَنجَیۡنَـٰهُ وَٱلَّذِینَ مَعَهُۥ فِی ٱلۡفُلۡكِ وَأَغۡرَقۡنَا ٱلَّذِینَ كَذَّبُوا۟ بِـَٔایَـٰتِنَاۤۚ إِنَّهُمۡ كَانُوا۟ قَوۡمًا عَمِینَ

"Mereka terus mendustakannya, lalu Kami selamatkan dia dan orang-orang yang bersamanya di dalam bahtera, dan Kami karamkan orang-orang yang mendustakan ayat-ayat kami. Sesungguhnya mereka adalah kaum yang buta (matahatinya daripada melihat kebenaran)" [Surah al-Aʿraf 64]

#Pengakhiran kaum Nabi Nuh Alaihissalam yang menentang kebenaran, menolak wahyu Allah swt dan kekal dalam kesyirikan ialah ditenggelamkan mereka dalam banjir yang besar.

#Apabila dakwah yang begitu lama hampir 950 tahun, begitu lembut dan sempurna daripada Nabi Nuh Alaihissalam tidak diterima, akhirnya Allah ‎swt membuat keputusan untuk menghapuskan mereka terus dari atas muka bumi. Mereka tidak layak hidup lagi dengan menikmati segala nikmat kurniaan Allah dalam keadaan memusuhi utusan Allah swt.

وَلَقَدۡ أَرۡسَلۡنَا نُوحًا إِلَىٰ قَوۡمِهِۦ فَلَبِثَ فِیهِمۡ أَلۡفَ سَنَةٍ إِلَّا خَمۡسِینَ عَامࣰا فَأَخَذَهُمُ ٱلطُّوفَانُ وَهُمۡ ظَـٰلِمُونَ

"Dan sesungguhnya Kami telah mengutus Nabi Nuh kepada kaumnya, maka tinggalah ia dalam kalangan mereka selama sembilan ratus lima puluh tahun; akhirnya mereka dibinasakan oleh taufan (banjir) sedang mereka berkeadaan zalim (dengan kufur derhaka)"

فَأَنجَیۡنَـٰهُ وَأَصۡحَـٰبَ ٱلسَّفِینَةِ وَجَعَلۡنَـٰهَاۤ ءَایَةࣰ لِّلۡعَـٰلَمِینَ

"Maka dengan itu Kami selamatkan dia dan pengikut-pengikutnya yang turut bersama dalam bahtera, dan Kami jadikan bahtera itu satu tanda (yang membuktikan kekuasaan Kami dan memberi pengajaran insaf) kepada sekalian makhluk" [Surah al-ʿAnkabut 14-15]

#Mereka dimusnahkan dengan azab banjir besar yang telah membunuh mereka semua. Walau bagaimanapun banjir besar itu tidak memusnahkan Nabi Nuh dan mereka yang beriman kepada Allah swt. Allah ‎swt selamatkan mereka yang beriman.

#Allah ‎swt mengingatkan umat manusia yang menentang para Rasul, mereka akan dikenakan azab dan dimusnahkan. Allah menyebut dalam ayat diatas ‘Dan Kami karamkan orang-orang yang mendustakan ayat-ayat kami’, dengan maksud azab akan dikenakan pada sesiapa sahaja yang menentang ajaran Rasul termasuklah di zaman kita pada hari ini.

#Allah swt mengatakan bahawa golongan yang menolak kebenaran adalah golongan yang buta mata hati mereka.
Mata fizikal mereka memang boleh nampak, tetapi mata hati mereka tidak nampak kebenaran yang ada dalam wahyu itu. Kebenaran di depan mata pun mereka tidak nampak kerana hati mereka telah buta dan tertutup. Moga Allah memelihara hati kita daripada kesesatan dan sentiasa menerima kebenaran. Aamiiin

♡Kisah dakwah Nabi Nuh ini mengajar kita bahawa sesiapa yang membawa kebenaran, pasti akan ada yang menentang dan menghalang. Inilah sunnatullah. Maka bersabar dan terusnistiqamah di atas jalan dakwah. Ingatlah bahawa golongan yang benar akan dimenangkan Allah, dan golongan yang sesat akan dimusnahkan serta diazab oleh Allah swt♡

🐊Ust naim
Klik link ini untuk JOIN    
http://bit.ly/tadabburkalamullah

Facebook:
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah

Читать полностью…

Tadabbur Kalamullah

☆Tadabbur Kalamullah 6 Ramadhan 1444H☆

أُبَلِّغُكُمۡ رِسَـٰلَـٰتِ رَبِّی وَأَنصَحُ لَكُمۡ وَأَعۡلَمُ مِنَ ٱللَّهِ مَا لَا تَعۡلَمُونَ

"(Tugasku) menyampaikan kepada kamu perintah-perintah yang (diutuskan oleh) Tuhanku, serta aku memberi nasihat kepada kamu, sedang aku mengetahui (melalui wahyu) dari Allah akan apa yang kamu tidak mengetahuinya" [Surah al-Aʿraf 62]

#Nabi Nuh Alaihissalam memaklumkan kepada kaumnya bahawa tugas baginda menyampaikan nasihat dengan hati yang ikhlas dan baginda tidak memaksa sesiapapun. Hal ini kerana ia merupakan arahan daripada Allah swt dan baginda risaukan keadaan kaumnya yang hidup tanpa panduan dan pegangan yang benar.

قَالَ یَـٰقَوۡمِ إِنِّی لَكُمۡ نَذِیرࣱ مُّبِینٌ * أَنِ ٱعۡبُدُوا۟ ٱللَّهَ وَٱتَّقُوهُ وَأَطِیعُونِ

Dia pun (menyeru mereka dengan) berkata: "Wahai kaumku! Sesungguhnya aku ini diutus kepada kamu, sebagai pemberi ingatan dan amaran yang nyata. "Iaitu sembahlah kamu akan Allah dan bertaqwalah kepadaNya, serta taatlah kamu kepadaku" [Surah Nuh 2-3]

#Nabi Nuh Alaihissalam bukan berdakwah dan menyampaikan nasihat untuk mencari populariti, kemasyhuran, kedudukan dan kekayaan. Baginda juga bukan ingin merendahkan kaumnya atau kerana hendakkan imbuhan upah daripada mereka. Semua itu dilakukan kerana Allah dan untuk menyelamatkan kaumnya daripada kesesatan dan azab Allah swt.

#Berkata Imam at-Thobari rahimahullah:

فَلَبِثَ فِيهِمْ أَلْفَ سَنَةٍ إِلَّا خَمْسِينَ عَامًا يَدْعُوهُمْ إِلَى التَّوْحِيدِ، وَفِرَاقِ الْآلِهَةِ وَالْأَوْثَانِ

“Maka Nabi Nuh menetap bersama kaumnya selama 950 tahun, menyeru mereka kepada tauhid dan meninggalkan sembahan-sembahan selain Allah dan berhala-berhala”.

#Kalimah أَنصَحُ (Sahaja) berasal daripada kata dasar ن ص ح (sahaja). Dari segi bahasa, kalimah نصح bererti sesuatu yang bersih atau murni (tidak bercampur dengan sesuatu yang lain). Daripada kalimah نصح jadilah kalimah النصيحة (an-nashihah). Nasihat yang ikhlas tanpa memikirkan habuan.

#Nabi Nuh Alaihissalam tersangat layak untuk menyampaikan nasihat kepada kaumnya kerana baginda mendapat wahyu daripada Allah swt. Baginda mengetahui daripada Allah swt perkara yang kaumnya tidak ketahui.

#Maka sepatutnya kaumnya mendengar dan mengikuti dakwah nabi Nuh Alaihissalam, namun disebabkan kedegilan, mereka menentang dan menolak kebenaran yang disampaikan bahkan menyakitinya.

♡Contohilah Nabi Nuh Alaihissalam dalam berdakwah. Walaupun ditentang dan dihalang, baginda tetap menyampaikan kebenaran wahyu Allah dengan penuh keikhlasan dan berusaha menyelamatkan kaumnya daripada kesesatan. Yang dicari hanyalah redha Ilahi, bukannya habuan dunia, pengaruh serta kemasyhuran♡

🐊Ust naim
Klik link ini untuk JOIN    
http://bit.ly/tadabburkalamullah

Facebook:
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah

Читать полностью…

Tadabbur Kalamullah

☆Tadabbur Kalamullah 4 Ramadhan 1444H☆

قَالَ ٱلۡمَلَأُ مِن قَوۡمِهِۦۤ إِنَّا لَنَرَىٰكَ فِی ضَلَـٰلࣲ مُّبِینࣲ

Ketua-ketua dari kaumnya berkata: "Sesungguhnya kami nampakmu (wahai Nuh) berada dalam kesesatan yang nyata" [Surah al-Aʿraf 60]

#Dakwah Nabi Nuh Alaihissalam mendapat tentangan daripada golongan Al-Mala’ iaitu ketua-ketua kaum, orang-orang terkemuka, golongan bangsawan, orang mulia, pembesar dan pemimpin daripada suatu kaum atau masyarakat.

#Golongan pembesar yang menentang ini terdiri dari kalangan mereka yang memiliki kedudukan, kekayaan, kuasa dan pengaruh didalam masyarakat. Mereka merasakan ajaran dan pegangan yang mereka ikuti selama ini adalah benar. Dengan penuh kesombongan mereka merasakan mereka adalah betul dan benar. Maka mereka menentang kebenaran yang dibawa Nabi Nuh agar tidak sampai dipengaruhi oleh masyarakat.

#Golongan pembesar ini menentang kebenaran yang dibawa Nabi Nuh kerana kebenaran itu akan menyusahkan mereka, akan menyebabkan pengaruh mereka berkurangan atau hilang terus, atau akan menyebabkan mereka kehilangan peluang untuk mendapatkan keuntungan dengan mudah dengan menipu orang bawahan.

#Mereka mengatakan Nabi Nuh Alaihissalam itu sesat dengan kesesatan yang nyata kerana baginda membawa ajaran lain daripada yang diamalkan oleh kaum mereka. Mereka telah lama menyembah patung-patung berhala itu, tiba-tiba Nabi Nuh menyeru agar mereka hanya menyembah Allah Tuhan yang Esa. Mereka menggunakan pengaruh dan kedudukan mereka untuk menghalang dakwah nabi Nuh Alaihissalam.

♡Begitulah keadaan yang digambarkan Allah mengenai penentangan dakwah Nabi Nuh daripada golongan pembesar. Zaman sekarang pun ramai yang berkuasa menggunakan kuasa yang dimilikinya untuk menentang dan menghalang dakwah dan perjuangan Islam. Mereka melontarkan berbagai-bagai cemuhan dan dalil yang bathil untuk menghalang gerakan Islam. Itulah sunnah berjuang, sentiasa ada tentangan dan halangan!!♡

🐊Ust naim
Klik link ini untuk JOIN    
http://bit.ly/tadabburkalamullah

Facebook:
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah

Читать полностью…

Tadabbur Kalamullah

☆Tadabbur Kalamullah 2 Ramadhan 1444H☆

وَٱلۡبَلَدُ ٱلطَّیِّبُ یَخۡرُجُ نَبَاتُهُۥ بِإِذۡنِ رَبِّهِۦۖ وَٱلَّذِی خَبُثَ لَا یَخۡرُجُ إِلَّا نَكِدࣰاۚ كَذَ ٰ⁠لِكَ نُصَرِّفُ ٱلۡـَٔایَـٰتِ لِقَوۡمࣲ یَشۡكُرُونَ

"Dan negeri yang baik (tanahnya), tanaman-tanamannya tumbuh (subur) dengan izin Allah; dan negeri yang tidak baik (tanahnya) tidak tumbuh tanamannya melainkan dengan keadaan bantut. Demikianlah Kami menerangkan tanda-tanda (kemurahan dan kekuasaan) Kami dengan berbagai cara bagi orang-orang yang (mahu) bersyukur" [Surah al-Aʿrāf 58]

#Dalam ayat ini Allah swt menyebut tentang perihal tanah. Di muka bumi ini terdapat tempat yang tanahnya subur dan sesuai ditanam apa sahaja. Tanah itu akan menumbuhkan tumbuh-tumbuhan segar dan subur dengan izin Allah swt. Begitu juga, terdapat tanah yang kontang dan keras, sukar untuk menumbuhkan tanaman.

#Di dalam al-Quran Allah menyebut kisah bumi yang subur suatu ketika dahulu iaitu di Negeri Saba' (Yaman). Tanahnya sangat subur dan sesuai dengan pelbagai jenis tanaman. FirmanAllah swt:

لَقَدۡ كَانَ لِسَبَإࣲ فِی مَسۡكَنِهِمۡ ءَایَةࣱۖ جَنَّتَانِ عَن یَمِینࣲ وَشِمَالࣲۖ كُلُوا۟ مِن رِّزۡقِ رَبِّكُمۡ وَٱشۡكُرُوا۟ لَهُۥۚ بَلۡدَةࣱ طَیِّبَةࣱ وَرَبٌّ غَفُورࣱ

"Demi sesungguhnya, adalah bagi penduduk negeri Saba', satu tanda (yang membuktikan kemurahan Allah) yang terdapat di tempat tinggal mereka, iaitu: dua kumpulan kebun (yang luas lagi subur), yang terletak di sebelah kanan dan di sebelah kiri (kampung mereka). (Lalu dikatakan kepada mereka): "Makanlah dari rezeki pemberian Tuhan kamu dan bersyukurlah kepadaNya; (negeri kamu ini adalah) negeri yang baik (aman dan makmur), dan (Tuhan kamu adalah) Tuhan yang Maha Pengampun!" [Surah Sabaʾ 15]

#Bagi bumi yang kontang, gersang walaupun turunnya air hujan namun tanamannya tumbuh dalam keadaan terbantut, tidak subur. Tanaman di tempat tersebut tidak menjadi walaupun sudah dilakukan banyak usaha untuk menyuburkannya. Segala usaha itu menjadi sia-sia sahaja dan menghabiskan tenaga dan masa. Jika ada tanaman yang tumbuh pun, hanya sedikit sahaja dan tidak menjadi sangat.

#Semua ini menunjukkan kemurahan dan kekuasaan Allah swt. Ini menunjukkan segalanya yang terjadi di bumi ini semuanya dibawah susunan, peraturan, kehendak dan keizinanNya. Jika diizinkan, maka berlaku. Jika tidak diizinkan maka tidak akan berlaku. Semuanya bergantung pada keizinanNya.

♡Bergantunglah pada Allah swt dalam segenap urusan. Meminta dan memohon pertolongan hanya kepadaNya. Setiap kejadian yang berlaku adalah untuk kita mensyukuri dan menginsafinya agar kita sentiasa dekat padaNya♡

🐊Ust naim
Klik link ini untuk JOIN    
http://bit.ly/tadabburkalamullah

Facebook:
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah

Читать полностью…
Subscribe to a channel