tadabburkalamullah | Unsorted

Telegram-канал tadabburkalamullah - Tadabbur Kalamullah

13574

Oleh Ustaz Muhamad Naim Haji Hashim

Subscribe to a channel

Tadabbur Kalamullah

☆Tadabbur Kalamullah 1 Ramadhan 1444H☆

یَـٰۤأَیُّهَا ٱلَّذِینَ ءَامَنُوا۟ كُتِبَ عَلَیۡكُمُ ٱلصِّیَامُ كَمَا كُتِبَ عَلَى ٱلَّذِینَ مِن قَبۡلِكُمۡ لَعَلَّكُمۡ تَتَّقُونَ

"Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertaqwa" [Surah al-Baqarah 183]

#Bulan Ramadhan merupakan bulan diwajibkan ibadah puasa ke atas seluruh umat Islam yang memenuhi syarat. Bulan Ramadhan juga merupakan bulan yang paling dinantikan oleh seluruh orang beriman, lantaran pelbagai keistimewaan yang ditawarkan oleh Allah swt disepanjang bulan yang mulia dan penuh keberkatan ini.
Tawaran serta ganjaran ini tidak ditemui dalam bulan-bulan lain selain bulan Ramadhan. 

#Dari Sayidina Abu Hurairah r.a bahawa Rasulullah saw bersabda:

أَتَاكُمْ رَمَضَانُ شَهْرٌ مُبَارَكٌ فَرَضَ اللَّهُ عَزَّ وَجَلَّ عَلَيْكُمْ صِيَامَهُ تُفْتَحُ فِيهِ أَبْوَابُ السَّمَاءِ وَتُغْلَقُ فِيهِ أَبْوَابُ الْجَحِيمِ وَتُغَلُّ فِيهِ مَرَدَةُ الشَّيَاطِينِ، فِيهِ لَيْلَةٌ خَيْرٌ مِنْ أَلْفِ شَهْرٍ مَنْ حُرِمَ خَيْرَهَا فَقَدْ حُرِمَ

“Sesungguhnya telah datang kepada kamu bulan Ramadhan, bulan yang diberkati. Allah swt telah mewajibkan kepada kamu berpuasa di bulan itu. Dalam bulan itu dibuka pintu-pintu langit, dan ditutup pintu-pintu neraka, dan syaitan-syaitan dibelenggu. Pada bulan itu, terdapat satu malam yang nilainya lebih baik dari seribu bulan. Sesiapa yang tidak memperoleh kebaikan di malam (al-Qadr) itu, maka ia tidak memperoleh kebaikan (rahmat) apa pun (HR an-Nasaie dan Ahmad)

#Di dalam hadis yang lain, berkata Sayidina Abu Hurairah r.a:

أنَّ النَّبيَّ صلَّى اللهُ عليه وسلَّم صَعِدَ المِنْبَرَ فَقَالَ آمِيْنَ آمِيْنَ آمِيْنَ قِيْلَ يَا رَسُوْلَ اللهِ إنَّكَ صَعِدْتَ المِنْبَرَ فَقُلْتَ آمِيْنَ آمِيْنَ آمِيْنَ فَقَالَ إنَّ جِبْرِيْلَ عَلَيْهِ السَّلَامُ أَتَانِيْ فَقَالَ مَنْ أَدْرَكَ شَهْرَ رَمَضَانَ فَلَمْ يُغْفَرْ لَهُ فَدَخَلَ النَّارَ فَأَبْعَدَهُ اللَّهُ قُلْ آمِيْنَ فَقُلْتُ آمِيْنَ

"Ketika Nabi saw menaiki mimbar, Baginda saw bersabda: “Amin, Amin , Amin (sebanyak 3 kali)”. Baginda saw ditanya: “Wahai Rasulullah, apabila engkau menaiki mimbar, engkau telah berkata amin, amin, amin”. Maka Rasulullah saw bersabda: “Sesungguhnya Jibril Alaihissalam telah datang kepadaku, lalu dia (Jibril) berkata: "Barangsiapa yang bertemu dengan bulan Ramadhan tetapi tidak diampunkan baginya maka dia akan dimasukkan ke dalam neraka serta dijauhkan (daripada rahmat) oleh Allah swt. Katakanlah (wahai Muhammad): Amin. Maka aku pun katakan: "Amin" (HR Ibn Hibban)

#Jelas menunjukan bahawa orang yang tidak mendapat keampunan daripada Allah swt di dalam Ramadhan termasuk di dalam kalangan orang-orang yang rugi dan terhalang daripada rahmat. 

#Oleh itu, bagi sesiapa yang panjang umur berkesempatan untuk bertemu dan berada di dalam bulan Ramadhan, maka gunakanlah peluang ini untuk beribadah dengan penuh keimanan dan bersunguh-sungguh dalam menghimpunkan pahala, rahmat, kebaikan dan keredhaan daripada Allah swt. Begitu juga, ganjaran besar berupa pengampunan dosa yang telah lalu menanti bagi mereka yang beribadah bersungguh-sungguh di dalam bulan yang mulia ini.

♡Bulan Ramadhan merupakan bulan yang penuh dengan keberkatan dan kemuliaan. Maka, berusahalah dengan bersungguh-sungguh melakukan amal ibadah di sepanjang bulan ini agar kita berjaya meraih segala kelebihan yang terdapat di dalamnya. Salam Ramadhan 1444H♡

🐊Ust naim
Klik link ini untuk JOIN    
http://bit.ly/tadabburkalamullah

Facebook:
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah

Читать полностью…

Tadabbur Kalamullah

☆Tadabbur Kalamullah 28 Syaaban 1444H☆

وَهُوَ ٱلَّذِی یُرۡسِلُ ٱلرِّیَـٰحَ بُشۡرَۢا بَیۡنَ یَدَیۡ رَحۡمَتِهِۦۖ حَتَّىٰۤ إِذَاۤ أَقَلَّتۡ سَحَابࣰا ثِقَالࣰا سُقۡنَـٰهُ لِبَلَدࣲ مَّیِّتࣲ فَأَنزَلۡنَا بِهِ ٱلۡمَاۤءَ فَأَخۡرَجۡنَا بِهِۦ مِن كُلِّ ٱلثَّمَرَ ٰ⁠تِۚ كَذَ ٰ⁠لِكَ نُخۡرِجُ ٱلۡمَوۡتَىٰ لَعَلَّكُمۡ تَذَكَّرُونَ

"Dan Dia lah (Allah) yang menghantarkan angin sebagai pembawa berita yang mengembirakan sebelum kedatangan rahmatnya (iaitu hujan), hingga apabila angin itu membawa awan mendung, Kami halakan dia ke negeri yang mati (ke daerah yang kering kontang), lalu Kami turunkan hujan dengan awan itu, kemudian Kami keluarkan dengan air hujan itu berbagai-bagai jenis buah-buahan. Demikianlah pula Kami mengeluarkan (menghidupkan semula) orang-orang yang telah mati, supaya kamu beringat (mengambil pelajaran daripadanya)" [Surah al-Aʿraf 57]

#Allah swt mengatakan kedatangan angin yang membawa hujan merupakan rahmat daripadaNya.

وَهُوَ ٱلَّذِیۤ أَرۡسَلَ ٱلرِّیَـٰحَ بُشۡرَۢا بَیۡنَ یَدَیۡ رَحۡمَتِهِۦۚ وَأَنزَلۡنَا مِنَ ٱلسَّمَاۤءِ مَاۤءࣰ طَهُورࣰا

"Dan Dia lah Tuhan yang menghantarkan angin sebagai berita gembira sebelum kedatangan rahmatNya, dan Kami menurunkan dari langit: air yang bersih suci" [Surah al-Furqan 48]

#Jika manusia mengalami kemarau yang panjang, tiba-tiba datang angin yang kuat, maka manusia mula gembira kerana telah ada tanda-tanda akan turunnya hujan tidak lama lagi.

#Kedatangan hujan adalah rahmat daripada Allah swt.

وَنَزَّلۡنَا مِنَ ٱلسَّمَاۤءِ مَاۤءࣰ مُّبَـٰرَكࣰا فَأَنۢبَتۡنَا بِهِۦ جَنَّـٰتࣲ وَحَبَّ ٱلۡحَصِیدِ

"Dan juga Kami telah menurunkan dari langit air (hujan) yang banyak faedahnya, lalu Kami tumbuhkan dengan air itu pokok-pokok tanaman (buah-buahan) dan biji-bijian yang dituai" [Surah Qaf 9]

#Di antara waktu mustajab untuk berdoa ialah di saat hujan turun. Berkata Imam An-Nawawi rahimahullah:

"Penyebab doa pada waktu hujan tidak ditolak atau jarang ditolak ialah kerana pada saat itu sedang turun rahmat khususnya curahan hujan pertama di awal musim".

#Dalam ayat di atas digunakan kalimah الرِّيٰحَ (arriyaaha) iaitu jamak bagi رِيحٍ (riihin). Yang menariknya, jikalau penyebutan angin itu menggunakan sighah jamak, ia membawa maksud nikmat manakala jika ia di dalam bentuk mufrad, ia bermaksud azab. Oleh sebab itu, sekiranya Allah ‎swt menghantar banyak angin, itu tandanya Allah ‎swt memberi banyak rahmat kepada makhluk. Hanya satu sahaja angin yang buruk yang membawa azab.

فَلَمَّا رَأَوۡهُ عَارِضࣰا مُّسۡتَقۡبِلَ أَوۡدِیَتِهِمۡ قَالُوا۟ هَـٰذَا عَارِضࣱ مُّمۡطِرُنَاۚ بَلۡ هُوَ مَا ٱسۡتَعۡجَلۡتُم بِهِۦۖ رِیحࣱ فِیهَا عَذَابٌ أَلِیمࣱ

"Maka apabila mereka melihat azab itu sebagai awan yang menghala ke lembah-lembah mereka, mereka berkata: "Ini ialah awan yang akan membawa hujan kepada kita!" (Mendengarkan kata-kata yang demikian, Nabi Hud berkata): "Tidak! Bahkan itulah (azab) yang kamu minta disegerakan kedatangannya, iaitu angin yang membawa azab seksa yang tidak terperi sakitnya" [Surah al-Aḥqaf 24]

...Bersambung...

♡Angin dan hujan ada ketikanya datang sebagai rahmat untuk makhluk dibumi dan ada ketikanya kedatangannya berbentuk azab yang membinasakan. Banyakkan bersyukur atas nikmatnya dan sentiasalah beristighfar atas dosa yang telah dilakukan♡

🐊Ust naim
Klik link ini untuk JOIN    
http://bit.ly/tadabburkalamullah

Facebook:
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah

Читать полностью…

Tadabbur Kalamullah

☆Tadabbur Kalamullah 26 Syaaban 1444H☆

وَلَا تُفۡسِدُوا۟ فِی ٱلۡأَرۡضِ بَعۡدَ إِصۡلَـٰحِهَا وَٱدۡعُوهُ خَوۡفࣰا وَطَمَعًاۚ إِنَّ رَحۡمَتَ ٱللَّهِ قَرِیبࣱ مِّنَ ٱلۡمُحۡسِنِینَ

"Dan janganlah kamu berbuat kerosakan di bumi sesudah Allah menyediakan segala yang membawa kebaikan padanya, dan berdoalah kepadaNya dengan perasaan bimbang (kalau-kalau tidak diterima) dan juga dengan perasaan terlalu mengharapkan (supaya makbul). Sesungguhnya rahmat Allah itu dekat kepada orang-orang yang memperbaiki amalannya" [Surah al-Aʿraf 56]

#Dalam ayat ini Allah swt berpesan agar jangan sesekali berbuat kerosakan di muka bumi ini. Allah swt menyediakan pelbagai kebaikan, manfaat dan keindahan pada bumi ini.

#Jangan sesekali merosakkannya dengan menjarah hasilnya untuk kepentingan sendiri. Allah jadikan bumi ini boleh digunakan untuk bercucuk tanam, dibina bangunan, rumah diatasnya, boleh dikorek untuk pengairan, pertanian dan sebagainya serta boleh berjalan dengan tenang di atasnya. Maka manfaatkanlah sebaik mungkin, jangan dirosakkan dan dimusnahkan disebabkan kerakusan dan ketamakan nafsu manusia.

ظَهَرَ ٱلۡفَسَادُ فِی ٱلۡبَرِّ وَٱلۡبَحۡرِ بِمَا كَسَبَتۡ أَیۡدِی ٱلنَّاسِ لِیُذِیقَهُم بَعۡضَ ٱلَّذِی عَمِلُوا۟ لَعَلَّهُمۡ یَرۡجِعُونَ

"Telah timbul berbagai kerosakan dan bala bencana di darat dan di laut dengan sebab apa yang telah dilakukan oleh tangan manusia; (timbulnya yang demikian) kerana Allah hendak merasakan mereka sebahagian dari balasan perbuatan-perbuatan buruk yang mereka telah lakukan, supaya mereka kembali (insaf dan bertaubat)" [Surah ar-Rum 41]

#Selain itu, jangan sesekali melakukan kerosakan dalam agama sehingga menyebabkan bumi ini ditimpa musibah. Bumi yang kita diami ini telah dibaiki dengan tauhid serta dihapuskan kesyirikan di mana Allah ‎telah menghantar para Nabi dan Rasul untuk menyampaikan kebenaran tentang tauhid. Berbuat kerosakan itu juga bermaksud melakukan kederhakaan dalam hal agama dan melakukan dosa yang besar serta dosa syirik.

وَمَاۤ أَصَـٰبَكُم مِّن مُّصِیبَةࣲ فَبِمَا كَسَبَتۡ أَیۡدِیكُمۡ وَیَعۡفُوا۟ عَن كَثِیرࣲ

"Dan apa jua yang menimpa kamu dari sesuatu kesusahan (atau bala bencana), maka ia adalah disebabkan apa yang kamu lakukan (dari perbuatan-perbuatan yang salah dan berdosa); dan (dalam pada itu) Allah memaafkan sebahagian besar dari dosa-dosa kamu" [Surah ash-Shura 30]

#Kemudian Allah‎ swt menyambung bicaraNya berkaitan adab dalam berdoa kepadaNya.

...Bersambung...

♡Hiduplah dengan sentiasa melakukan kebaikan serta ketaatan diatas muka bumi ini. Jangan sesekali melakukan kerosakan dan kejahatan kerana ia bakal mengundang bala dan bencana♡

🐊Ust naim
Klik link ini untuk JOIN    
http://bit.ly/tadabburkalamullah

Facebook:
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah

Читать полностью…

Tadabbur Kalamullah

Jom hulurkan sumbangan gandakan keberkatan rezeki sempena Ramadhan 1444H

Читать полностью…

Tadabbur Kalamullah

☆Tadabbur Kalamullah 23 Syaaban 1444H☆

إِنَّ رَبَّكُمُ ٱللَّهُ ٱلَّذِی خَلَقَ ٱلسَّمَـٰوَ ٰ⁠تِ وَٱلۡأَرۡضَ فِی سِتَّةِ أَیَّامࣲ ثُمَّ ٱسۡتَوَىٰ عَلَى ٱلۡعَرۡشِۖ یُغۡشِی ٱلَّیۡلَ ٱلنَّهَارَ یَطۡلُبُهُۥ حَثِیثࣰا وَٱلشَّمۡسَ وَٱلۡقَمَرَ وَٱلنُّجُومَ مُسَخَّرَ ٰ⁠تِۭ بِأَمۡرِهِۦۤۗ أَلَا لَهُ ٱلۡخَلۡقُ وَٱلۡأَمۡرُۗ تَبَارَكَ ٱللَّهُ رَبُّ ٱلۡعَـٰلَمِینَ

"Sesungguhnya Tuhan kamu ialah Allah yang menciptakan langit dan bumi dalam enam masa lalu Ia bersemayam di atas Arasy; Ia melindungi malam dengan siang yang mengiringinya dengan deras (silih berganti) dan (Ia pula yang menciptakan) matahari dan bulan serta bintang-bintang, (semuanya) tunduk kepada perintahNya. Ingatlah, kepada Allah jualah tertentu urusan menciptakan (sekalian makhluk) dan urusan pemerintahan. Maha Suci Allah yang mencipta dan mentadbirkan sekalian alam" [Surah al-Aʿraf 54]

#Allah swt menyatakan bahawa Dialah yang menguruskan peralihan siang dan malam. Ia juga menciptakan matahari, bulan dan bintang. Semuanya mengikut arahan dan ketentuanNya.

لَا الشَّمْسُ يَنبَغِي لَهَا أَن تُدْرِكَ الْقَمَرَ وَلَا اللَّيْلُ سَابِقُ النَّهَارِ ۚ وَكُلٌّ فِي فَلَكٍ يَسْبَحُونَ 
 
"(Dengan ketentuan yang demikian), matahari tidak mudah baginya mengejar bulan, dan malam pula tidak dapat mendahului siang; kerana tiap-tiap satunya beredar terapung-apung di tempat edarannya masing-masing" [Surah Yasin 40]

#Penciptaan malam dan siang merupakan nikmat yang dikurniakan Allah swt kepada manusia dan menjadikan malam untuk berehat dan siang untuk bekerja. Allah swt juga menjadikan matahari tanda adanya siang dan bulan tanda adanya malam. Kedua-duanya untuk kita mengetahui bulan, tahun dan membuat perhitungan. Setiap dari matahari, bulan, bintang, planet, malam dan siang kesemuanya bergerak dan beredar mengikut edarannya yang tersendiri berdasarkan arahan Allah swt.

#Firman Allah swt:
 
 وَهُوَ الَّذِي خَلَقَ اللَّيْلَ وَالنَّهَارَ وَالشَّمْسَ وَالْقَمَرَ ۖ كُلٌّ فِي فَلَكٍ يَسْبَحُونَ  
 
"Dan Dia lah (Tuhan) yang telah menjadikan malam dan siang, serta matahari dan bulan; tiap-tiap satunya beredar terapung-apung di tempat edaran masing-masing (di angkasa lepas)" [Surah al-Anbiya’ 33]

♡Ini memahamkan kita bahawa segala ciptaanNya bergerak di atas perintahNya. Semua itu tidak bergerak tanpa kebenaran daripada Allah ‎swt. Allah ‎swt yang mengatur perjalanan alam ini. Perancangan Allah ‎swt amat rapi dan jitu sekali. Allah Tuhan yang mentadbir sekelian alam♡

🐊Ust naim
Klik link ini untuk JOIN    
http://bit.ly/tadabburkalamullah

Facebook:
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah

Читать полностью…

Tadabbur Kalamullah

☆Tadabbur Kalamullah 21 Syaaban 1444H☆

إِنَّ رَبَّكُمُ ٱللَّهُ ٱلَّذِی خَلَقَ ٱلسَّمَـٰوَ ٰ⁠تِ وَٱلۡأَرۡضَ فِی سِتَّةِ أَیَّامࣲ ثُمَّ ٱسۡتَوَىٰ عَلَى ٱلۡعَرۡشِۖ یُغۡشِی ٱلَّیۡلَ ٱلنَّهَارَ یَطۡلُبُهُۥ حَثِیثࣰا وَٱلشَّمۡسَ وَٱلۡقَمَرَ وَٱلنُّجُومَ مُسَخَّرَ ٰ⁠تِۭ بِأَمۡرِهِۦۤۗ أَلَا لَهُ ٱلۡخَلۡقُ وَٱلۡأَمۡرُۗ تَبَارَكَ ٱللَّهُ رَبُّ ٱلۡعَـٰلَمِینَ

"Sesungguhnya Tuhan kamu ialah Allah yang menciptakan langit dan bumi dalam enam masa lalu Ia bersemayam di atas Arasy; Ia melindungi malam dengan siang yang mengiringinya dengan deras (silih berganti) dan (Ia pula yang menciptakan) matahari dan bulan serta bintang-bintang, (semuanya) tunduk kepada perintahNya. Ingatlah, kepada Allah jualah tertentu urusan menciptakan (sekalian makhluk) dan urusan pemerintahan. Maha Suci Allah yang mencipta dan mentadbirkan sekalian alam" [Surah al-Aʿraf 54]

#Allah swt mengatakan bahawa Dia menciptakan langit dan bumi dalam enam masa. Timbul pertanyaan kenapakah Allah ‎swt mengambil masa sehingga 6 hari/masa untuk menciptakan langit dan bumi? Bukankah Allah ‎swt boleh jadikan alam ini dalam sekelip mata sahaja?

#Sebagaimana yang kita imani serta yakini bahawa Allah swt sememangnya boleh melakukan hanya dalam sekelip mata, akan tetapi Allah ‎swt hendak mengajar dan mendidik kita semua, dalam kerja yang besar perlu ada perancangan dan perlu ambil masa.

#Hal ini supaya kita belajar agar jangan bersikap terburu-buru atau tergesa-gesa dalam melakukan sesuatu perkara, terutama perkara yang penting dan besar. Sikap tergesa-gesa dan terburu-buru boleh menyebabkan hasilnya tidak memuaskan, tidak seperti yang di harapkan.

#Maka kita perlu merancang dengan teliti apabila ingin melakukan sesuatu perkara dan tidak terburu-buru. Rasulullah saw pernah bersabda kepada salah seorang sahabat:

إِنَّ فِيكَ خَصْلَتَيْنِ يُحِبُّهُمَا اللَّهُ الحِلْمُ، وَالأَنَاةُ

Sesungguhnya pada dirimu ada dua sifat yang Allah cintai iaitu mudah memaafkan dan tidak terburu-buru" (HR at-Tirmizi)

#Selain itu, ada satu pendapat lagi mengatakan tujuan diambil masa selama 6 masa adalah kerana Allah ‎swt hendak menunjukkan kehebatanNya dalam penciptaan kepada para malaikat pada ketika itu.

#Ketahuilah bahawa Dialah yang Maha menciptakannya dan dituntut dari ciptaanNya itu adalah untuk kita berfikir dan merenung alam ini sambil bermuhasabah diri bahawa sesungguhnya kita ini manusia yang tidak ada sebarang kehebatan dan makhluk yang lemah yang perlu bergantung sepenuhnya kepadaNya.

#Allah swt mengatakan Dialah yang menciptakan langit dan bumi. Timbul satu lagi persoalan, antara langit dan bumi, yang manakah diciptakan terlebih dahulu?

#Jawapannya ialah penciptaan bumi didahulukan daripada penciptaan langit. Ini berdasarkan firman Allah swt:

هُوَ ٱلَّذِي خَلَقَ لَكُم مَّا فِي ٱلۡأَرۡضِ جَمِيعٗا ثُمَّ ٱسۡتَوَىٰٓ إِلَى ٱلسَّمَآءِ فَسَوَّىٰهُنَّ سَبۡعَ سَمَٰوَٰتٖۚ وَهُوَ بِكُلِّ شَيۡءٍ عَلِيمٞ
 
"Dialah Allah, yang menjadikan segala yang ada di bumi untuk kamu dan Dia berkehendak (menciptakan) langit, lalu dijadikan-Nya tujuh langit. Dan Dia Maha Mengetahui segala sesuatu" [Surah al-Baqarah 29]

#Berkata Imam Ibn Kathir rahimahullah dalam kitabnya al-Bidayah wan Nihayah: "Berdasarkan firman Allah di atas, makanya penciptaan bumi didahulukan daripada penciptaan langit. Ianya seumpama asas pembinaan yang mana perlu diciptakan tapaknya dahulu sebelum ditinggikan bahagian atap".

...Bersambung...

♡Jika kita merenung alam ini dengan sebaiknya, pasti akan terserlah kehebatan yang Maha Hebat Allah swt dalam penciptaanNya dan dalam mentadbir segala urusan. Subhanallah!!♡

🐊Ust naim
Klik link ini untuk JOIN    
http://bit.ly/tadabburkalamullah

Facebook:
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah

Читать полностью…

Tadabbur Kalamullah

☆Tadabbur Kalamullah 25 Rejab 1444H☆

فَمَنۡ أَظۡلَمُ مِمَّنِ ٱفۡتَرَىٰ عَلَى ٱللَّهِ كَذِبًا أَوۡ كَذَّبَ بِـَٔایَـٰتِهِۦۤۚ أُو۟لَـٰۤىِٕكَ یَنَالُهُمۡ نَصِیبُهُم مِّنَ ٱلۡكِتَـٰبِۖ حَتَّىٰۤ إِذَا جَاۤءَتۡهُمۡ رُسُلُنَا یَتَوَفَّوۡنَهُمۡ قَالُوۤا۟ أَیۡنَ مَا كُنتُمۡ تَدۡعُونَ مِن دُونِ ٱللَّهِۖ قَالُوا۟ ضَلُّوا۟ عَنَّا وَشَهِدُوا۟ عَلَىٰۤ أَنفُسِهِمۡ أَنَّهُمۡ كَانُوا۟ كَـٰفِرِینَ

"Maka tidak ada yang lebih zalim daripada orang yang berdusta terhadap Allah atau yang mendustakan ayat-ayatNya. Orang-orang itu akan mendapat bahagian mereka (di dunia) dari apa yang telah tersurat (bagi mereka), hingga apabila datang kepada mereka utusan-utusan Kami (malaikat) yang mengambil nyawa mereka, bertanyalah malaikat itu (kepada mereka): "Manakah (makhluk-makhluk dan benda-benda) yang kamu sembah selain Allah?" Mereka menjawab: "Semuanya itu telah hilang lenyap daripada kami", dan mereKa pula menjadi saksi terhadap diri mereka sendiri, bahawa mereka adalah orang-orang yang ingkar" [Surah al-Aʿraf 37]

#Selanjutnya, Allah swt mengatakan bahawa semua manusia samada yang hidup senang atau yang hidup susah akan dimatikan apabila nyawa mereka diambil oleh malaikat maut.

#Apabila sudah meninggal dunia, para malaikat akan mengajukan soalan dengan nada sinis kepada mereka dengan berkata: “Manakah (makhluk-makhluk dan benda-benda) yang kamu sembah selain Allah?". Kenapa tidak ada yang datang memberi pertolongan kepada mereka pada saat itu?.

#Soalan sinis bertubi-tubi ini adalah seksaan berbentuk mainan perasaan dan minda untuk menambahkan azab dan kesengsaraan kepada mereka. Saat itu barulah mereka sedar bahawa perkara yang mereka dustakan di dunia dahulu adalah benar dan nyata. Pada waktu itu, tentu mereka tersangat menyesal dan takut. Namun, Allah menambah ketakutan, sesalan dan kesedihan mereka dengan memerintahkan malaikat menanyakan soalan-soalan yang memedihkan hati mereka.

#Ingatlah bahawa pada saat itu, tiada siapa yang dapat menolong lagi walaupun sewaktu didunia mereka sangat mengagungkan manusia, mengagungkan berhala, bersahabat baik dengan jin syaitan, bahkan sehidup semati dengan memuja dunia, namun tiada siapapun yang datang membantu. Yang ada hanyalah kesengsaraan.

#Bila ditanya manakah semua itu yang disembah dipuja dahulu? Yang mereka syirikkan itu. Maka mereka berkata, semuanya telah hilang lenyap, langsung tidak dapat membantu mereka. Dahulunya mereka menyembah makhluk dan benda dengan harapan perkara itu dapat memberi syafaat pada mereka. Kesudahannya adalah penyesalan dan azab yang pedih.

♡Akhirnya golongan penyembah syirik dan sesat mengakui yang sememangnya mereka ingkar dan melakukan syirik semasa hidup di dunia. Mereka juga memusuhi kebenaran serta mereka cipta amalan-amalan yang tidak diperintah Allah. Akhirnya azab dan kecelakaan menimpa mereka selama-lamanya. Insaflah!!♡

🐊Ust naim
Klik link ini untuk JOIN    
http://bit.ly/tadabburkalamullah

Facebook:
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah

Читать полностью…

Tadabbur Kalamullah

☆Tadabbur Kalamullah 23 Rejab 1444H☆

وَٱلَّذِینَ كَذَّبُوا۟ بِـَٔایَـٰتِنَا وَٱسۡتَكۡبَرُوا۟ عَنۡهَاۤ أُو۟لَـٰۤىِٕكَ أَصۡحَـٰبُ ٱلنَّارِۖ هُمۡ فِیهَا خَـٰلِدُونَ

"Dan orang-orang yang mendustakan ayat-ayat (perintah) Kami dan yang angkuh (merasa dirinya lebih) daripada mematuhinya, merekalah ahli neraka, mereka kekal di dalamnya" [Surah al-Aʿraf 36]

#Allah swt mengatakan orang-orang yang mendustakan ayat Allah yakni menolak untuk beriman kepada Allah serta memusuhi pembawa risalah Allah, mereka merasakan mereka benar, betul dan hebat (sombong), maka azab neraka yang dahsyat bakal membaham mereka.

#Mendustakan ayat-ayat Allah ‎iaitu menolak serta mengingkari perintah Allah. Hal itu boleh dilakukan sama ada melalui perkataan dan juga perbuatan. Melalui perkataan iaitu seseorang itu menggunakan kata-katanya untuk menentang ayat-ayat Allah dengan cacian, makian, hinaan atau hujah penolakan. Dengan perbuatan iaitu menyakiti Nabi dengan membaling objek hingga melukakan, mencederakan, menyeksa dan memerangi di medan perang.

#Firman Allah swt:

إِنَّ الَّذِينَ يُؤْذُونَ اللَّهَ وَرَسُولَهُ لَعَنَهُمُ اللَّهُ فِي الدُّنْيَا وَالآخِرَةِ وَأَعَدَّ لَهُمْ عَذَابًا مُهِينًا * وَالَّذِينَ يُؤْذُونَ الْمُؤْمِنِينَ وَالْمُؤْمِنَاتِ بِغَيْرِ مَا اكْتَسَبُوا فَقَدِ احْتَمَلُوا بُهْتَانًا وَإِثْمًا مُبِينًا

“Sesungguhnya orang-orang yang menyakiti Allah dan RasulNya. Allah akan melaknatinya di dunia dan di akhirat, dan menyediakan baginya siksa yang menghinakan. Dan orang-orang yang menyakiti orang-orang yang mukmin dan mukminat tanpa kesalahan yang mereka perbuat, maka sesungguhnya mereka telah memikul kebohongan dan dosa yang nyata" [Surah al-Ahzab 57-58]

#Diceritakan bahawa Abu Lahab dan anaknya, ‘Utaibah telah menghina Nabi saw sehinggakan Baginda saw mendoakan keburukan kepadanya dengan doa:

اللَّهُمَّ سَلِّطْ عَلَيْهِ كَلْبًا مِنْ كِلَابِكَ

Ya Allah, kirimkanlah ke atas mereka seekor anjing (binatang buas) yang Engkau ciptakan daripada haiwan-haiwan buas (ciptaan) Mu" (HR al-Baihaqi dan al-Hakim)

*Utaibah telah mati sebelum peristiwa pembukaan kota Makkah. Dia telah diterkam haiwan buas tatkala dalam perjalanan menuju ke bumi Syam.

#Golongan yang mendustakan ayat Allah ini mereka memiliki sikap sombong. Tidak mahu menerima nasihat, ajaran yang lebih baik dan benar, tidak boleh mengikuti para Nabi. Mereka merasakan mereka benar dan perlu ikut mereka. Mereka bukan sekadar menolak ajaran Rasul bahkan menentang, memerangi serta cuba membunuh para Nabi.

#Disebabkan kesombongan mereka menolak kebenaran, akhirnya mereka akan dihumban dan diazab di dalam neraka dengan azab yang paling mengerikan selama-lamanya.

♡Tiada maaf bagi manusia yang mendustakan ayat-ayat tauhid Allah swt. Mereka kekal selamanya di dalam neraka Jahannam♡

🐊Ust naim
Klik link ini untuk JOIN    
http://bit.ly/tadabburkalamullah

Facebook:
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah

Читать полностью…

Tadabbur Kalamullah

☆Tadabbur Kalamullah 21 Rejab 1444H☆

وَلِكُلِّ أُمَّةٍ أَجَلࣱۖ فَإِذَا جَاۤءَ أَجَلُهُمۡ لَا یَسۡتَأۡخِرُونَ سَاعَةࣰ وَلَا یَسۡتَقۡدِمُونَ

"Dan bagi tiap-tiap umat ada tempoh (yang telah ditetapkan); maka apabila datang tempohnya, tidak dapat mereka dikemudiankan walau sesaatpun, dan tidak dapat pula mereka didahulukan" [Surah al-Aʿraf 34]

#Ingatlah bahawa Allah telah menentukan bahawa bagi setiap umat itu ada tempoh ajal dan tempoh azab yang mereka akan terima. Jika hidup sentiasa buat salah, dan tidak bertaubat maka mereka akan diazab bila tiba masa dan ketentuanNya. Namun bila akan dikenakan dengan azab itu, Allah swt sahaja yang tahu. Tunggulah masanya!!

#Hari ini ramai di kalangan manusia berterusan melakukan dosa dan maksiat kerana mereka tidak terus dikenakan azab. Mereka belum mati. Belum tiba masanya. Mereka tidak rasa takut dan bimbang kerana tidak ada apa-apa pun azab yang menimpanya.

#Oleh itu, dalam ayat ini Allah swt ingin memberitahu, bahawa Allah‎ telah menetapkan balasan azabnya, cuma belum tiba masanya untuk dikenakan. Jadi, jangan suka dan gembira sangat.

#Dalam surah al-A'raf ini juga Allah menyatakan berkaitan kedatagan azabNya dalam keadaan yang tidak disangka-sangka bila tiba masanya. FirmanNya:

أَفَأَمِنَ أَهۡلُ ٱلۡقُرَىٰۤ أَن یَأۡتِیَهُم بَأۡسُنَا بَیَـٰتࣰا وَهُمۡ نَاۤىِٕمُونَ

"Patutkah penduduk negeri negeri itu (bersedap hati) serta merasa aman daripada kedatangan azab Kami kepada mereka pada malam hari, semasa mereka sedang tidur?"

أَوَأَمِنَ أَهۡلُ ٱلۡقُرَىٰۤ أَن یَأۡتِیَهُم بَأۡسُنَا ضُحࣰى وَهُمۡ یَلۡعَبُونَ

"Atau patutkah penduduk negeri negeri itu (bersedap hati) serta merasa aman daripada kedatangan azab Kami kepada mereka pada siang hari, semasa mereka sedang leka bermain-main?"

أَفَأَمِنُوا۟ مَكۡرَ ٱللَّهِۚ فَلَا یَأۡمَنُ مَكۡرَ ٱللَّهِ إِلَّا ٱلۡقَوۡمُ ٱلۡخَـٰسِرُونَ

"Patutkah mereka (bersukaria) sehingga mereka merasa aman akan rancangan buruk (balasan azab) yang diatur oleh Allah? Kerana sebenarnya tidak ada yang merasa aman dari rancangan buruk (balasan azab) yang diatur oleh Allah itu melainkan orang-orang yang rugi" [Surah al-A'raf 97-99]

#Allah menyatakan apabila datang kepada mereka ajal azab mereka, mereka tidak boleh lewatkan sesaat pun. Tidak boleh minta tangguh lagi. Bahkan tiada layanan walaupun diminta tangguh.

#Kita langsung tiada kuasa untuk menangguh atau melambatkan ajal dan azab, bahkan untuk mempercepatkan pun tidak boleh, walaupun satu saat. Contohnya, kita ingin agar seseorang itu segera dikenakan azab disebabkan dia terlalu jahat, terlalu zalim, terlalu banyak menipu, sentiasa menghina ajaran agama, dan terlalu banyak melakukan maksiat, hal itu pun tidak boleh.

#Hanya Allah sahaja yang boleh menentukan bila ajal akan tiba, bila tempoh azab akan dikenakan, bukannya kita. Azab dan rahmat berada dalam pengetahuan Allah swt.

♡Bagi sesiapa yang mengharamkan apa yang dihalalkan oleh Allah serta menghalalkan apa yang diharamkan Allah maka dia pasti akan diazab samada dunia dan pasti di akhirat. Bila datang masanya dan tempoh yang ditetapkan, pasti balasan azab itu tiba. Apatah lagi jika ajalnya tiba maka bersamanya adalah azab. Insaf dan bertaubatlah!!♡

🐊Ust naim
Klik link ini untuk JOIN    
http://bit.ly/tadabburkalamullah

Facebook:
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah

Читать полностью…

Tadabbur Kalamullah

☆Tadabbur Kalamullah 19 Rejab 1444H☆

قُلۡ مَنۡ حَرَّمَ زِینَةَ ٱللَّهِ ٱلَّتِیۤ أَخۡرَجَ لِعِبَادِهِۦ وَٱلطَّیِّبَـٰتِ مِنَ ٱلرِّزۡقِۚ قُلۡ هِیَ لِلَّذِینَ ءَامَنُوا۟ فِی ٱلۡحَیَوٰةِ ٱلدُّنۡیَا خَالِصَةࣰ یَوۡمَ ٱلۡقِیَـٰمَةِۗ كَذَ ٰ⁠لِكَ نُفَصِّلُ ٱلۡـَٔایَـٰتِ لِقَوۡمࣲ یَعۡلَمُونَ

Katakanlah (wahai Muhammad): "Siapakah yang (berani) mengharamkan perhiasan Allah yang telah dikeluarkanNya untuk hamba-hambaNya, dan demikian juga benda-benda yang baik lagi halal dari rezeki yang dikurniakanNya?" Katakanlah: "Semuanya itu ialah (nikmat-nikmat) untuk orang-orang yang beriman (dan juga yang tidak beriman) dalam kehidupan dunia; (nikmat-nikmat itu pula) hanya tertentu (bagi orang-orang yang beriman sahaja) pada hari kiamat". Demikianlah Kami jelaskan ayat-ayat keterangan Kami satu persatu bagi orang-orang yang (mahu) mengetahui" [Surah al-Aʿraf 32]

#Kemudian Allah swt menegur mereka yang mengharamkan rezeki yang baik lagi halal. Janganlah kita terlalu ekstrim dan melampau dalam mengamalkan ajaran agama sehingg mengharamkan makanan atau rezeki yang lazat ke atas diri sendiri.

#Terdapat sebahagian daripada kita pada hari ini kerana terlalu ingin diet atau terlalu menjaga kesihatan sehingga mengharamkan makanan yang lazat dan enak demi menjaga kecantikan dan bentuk tubuh badan. Ada juga atas dasar pantang larang sehingga mengharamkan sesuatu yang halal. Ini bersalahan dengan kehendak syarak.

#Jika dikawal pemakanan atas sebab kesihatan maka itu dibenarkan. Kawalan berbeza dengan pengharaman. Oleh itu, jangan memandai-mandai mengatakan itu halal, itu haram sesuka hati. Firman Allah swt:

وَلَا تَقُولُوا لِمَا تَصِفُ أَلْسِنَتُكُمُ الْكَذِبَ هَذَا حَلَالٌ وَهَذَا حَرَامٌ لِتَفْتَرُوا عَلَى اللَّهِ الْكَذِبَ إِنَّ الَّذِينَ يَفْتَرُونَ عَلَى اللَّهِ الْكَذِبَ لَا يُفْلِحُونَ

"Dan janganlah kamu berdusta dengan sebab apa yang disifatkan oleh lidah kamu: “Ini halal dan ini haram”, untuk mengada-adakan sesuatu yang dusta terhadap Allah SWT. Sesungguhnya orang-orang yang berdusta terhadap Allah SWT tidak akan berjaya" [Surah an-Nahl 116]

#Sabda Nabi saw:

مَا أَحَلَّ اللهُ في كتابِهِ فَهُو حَلاَلٌ وَمَا حَرَّمَ فَهُوَ حَرَامٌ وَمَا سَكَتَ عَنهُ فَهُوَ عَفْوٌ فَاقْبَلُوا مِنَ اللهِ عَافِيَتُهُ فَإِنَّ اللهَ لَم يَكُن لِيَنْسَى شَيئًا. وَقَالَ: وَمَا كَانَ رَبُّكَ نَسِيًّا

Apa sahaja yang dihalalkan oleh Allah swt di dalam kitabNya, maka ianya adalah halal dan apa sahaja yang diharamkanNya, maka ianya pula adalah haram. Dan apa sahaja yang didiamkanNya, maka ianya itu dimaafkan. Dan terimalah kemaafannya itu daripada Allah swt, kerana sesungguhnya Allah swt tidak lupa barang sedikitpun. Kemudian Rasulullah saw membaca daripada firman Allah swt: Dan tiadalah Tuhanmu itu akan lupa (Surah Maryam 64 (HR al-Hakim dan al-Bazzar)

#Semua rezeki yang dikurniakan Allah di bumi ini adalah nikmat untuk orang yang beriman dan juga untuk mereka yang tidak beriman. Allah menyediakan pelbagai rezeki dan nikmat untuk kita gunakan dan mensyukurinya. Ini menunjukkan betapa pemurah dan baiknya Allah swt kepada semua makhlukNya.

أَلَمْ تَرَوْا أَنَّ اللَّهَ سَخَّرَ لَكُمْ مَا فِي السَّمَاوَاتِ وَمَا فِي الْأَرْضِ وَأَسْبَغَ عَلَيْكُمْ نِعَمَهُ ظَاهِرَةً وَبَاطِنَةً

"Tidakkah kamu memperhatikan bahawa Allah swt telah memudahkan untuk kegunaan kamu apa yang ada di langit dan yang ada di bumi, dan telah melimpahkan kepada kamu nikmat-nikmatNya yang zahir dan yang batin" [Surah Luqman 20]

#Ingatlah bahawa segala rezeki dan nikmat yang kita perolehi akan ditanya di akhirat kelak. Namun di akhirat kelak, orang beriman sahaja yang akan menikmati kehidupan yang senang. Sedangkan orang tidak beriman, tidak akan diberikan dengan nikmat itu. Mereka akan mengalami kehidupan yang sukar, dimasukkan ke dalam neraka dan mereka akan kekal di dalamnya.

♡Nikmatilah segala rezeki yang halal. Manfaatkanlah sebaik mungkin. Pastikan halal dan tidak memudaratkan. Jangan sesekali mengharamkan rezeki halal yang dikurniakan Allah swt♡

🐊Ust naim
Klik link ini untuk JOIN    
http://bit.ly/tadabburkalamullah

Facebook:
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah

Читать полностью…

Tadabbur Kalamullah

☆Tadabbur Kalamullah 17 Rejab 1444H☆

یَـٰبَنِیۤ ءَادَمَ خُذُوا۟ زِینَتَكُمۡ عِندَ كُلِّ مَسۡجِدࣲ وَكُلُوا۟ وَٱشۡرَبُوا۟ وَلَا تُسۡرِفُوۤا۟ۚ إِنَّهُۥ لَا یُحِبُّ ٱلۡمُسۡرِفِینَ

"Wahai anak-anak Adam! Pakailah pakaian kamu yang indah berhias pada tiap-tiap kali kamu ke tempat ibadat (atau mengerjakan sembahyang), dan makanlah serta minumlah, dan jangan pula kamu melampau; sesungguhnya Allah tidak suka akan orang-orang yang melampaui batas" [Surah al-A`raf 31]

#Allah swt mengatakan bahawa Dia membenci orang yang melampaui batas. Allah swt tidak suka orang yang berlebih-lebihan dalam makanan, minum, berpakaian dan dalam segala perkara. Islam adalah agama pertengahan dan membenci sikap melampau dan berlebih-lebihan.

#Firman Allah swt:

وَكَذَ ٰ⁠لِكَ جَعَلۡنَـٰكُمۡ أُمَّةࣰ وَسَطࣰا لِّتَكُونُوا۟ شُهَدَاۤءَ عَلَى ٱلنَّاسِ وَیَكُونَ ٱلرَّسُولُ عَلَیۡكُمۡ شَهِیدࣰاۗ

“Dan yang demikian itu Kami telah menjadikan kalian (umat Islam) sebagai umat pertengahan agar kalian menjadi saksi atas (perbuatan) manusia dan agar Rasul (Muhammad) menjadi saksi atas perbuatan kalian” [Surah Al-Baqarah 143]

#Daripada Mutharrif bin Abdillah berkata:

خَيْرُ الْأُمُورِ أَوْسَاطُهَا

Sebaik-baik perkara adalah yang pertengahan" (Riwayat al-Baihaqi)

#Nabi saw juga melarang seseorang itu bersifat melampau dalam beragama.

#Daripada Sayidina Abdullah bin Mas’ud r.a, bahawa Nabi saw bersabda sebanyak tiga kali:

هَلَكَ الْمُتَنَطِّعُونَ

"Musnahlah golongan yang melampau" (HR Muslim)
 
#Berkata Imam an-Nawawi ketika menafsirkan maksud “الْمُتَنَطِّعُونَ” ialah mereka yang terlalu teliti, melampau dan melepasi had atau batasan dalam perkataan dan perbuatan mereka. (Lihat: al-Minhaj)

♡Sifat melampau dan berlebih-lebihan sangat tidak disukai Allah dan dibenci oleh agama. Maka, bersederhanalah dalam setiap perkara dan ini amatlah dituntut. Hal ini kerana, sikap melampau atau terlalu memudahkan akan memberi kesan yang buruk kepada agama dan individu itu sendiri♡

🐊Ust naim
Klik link ini untuk JOIN    
http://bit.ly/tadabburkalamullah

Facebook:
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah

Читать полностью…

Tadabbur Kalamullah

☆Tadabbur Kalamullah 15 Rejab 1444H☆

یَـٰبَنِیۤ ءَادَمَ خُذُوا۟ زِینَتَكُمۡ عِندَ كُلِّ مَسۡجِدࣲ وَكُلُوا۟ وَٱشۡرَبُوا۟ وَلَا تُسۡرِفُوۤا۟ۚ إِنَّهُۥ لَا یُحِبُّ ٱلۡمُسۡرِفِینَ

"Wahai anak-anak Adam! Pakailah pakaian kamu yang indah berhias pada tiap-tiap kali kamu ke tempat ibadat (atau mengerjakan sembahyang), dan makanlah serta minumlah, dan jangan pula kamu melampau; sesungguhnya Allah tidak suka akan orang-orang yang melampaui batas" [Surah al-A`raf 31]

#Allah swt memaklumkan dalam ayat ini, hendaklah memakai pakaian yang indah yakni menutup aurat ketika melakukan ibadah tawaf dan ketika beribadah.

#Hal ini kerana orang Arab Jahiliah dahulunya tawaf dalam keadaan telanjang. Mereka berbogel ketika tawaf kerana beranggapan mereka tidak layak memakai pakaian kerana semua pakaian mereka pernah digunakan untuk membuat dosa. Mereka mengatakan bahawa tidak boleh memakai pakaian yang mereka pernah pakai ketika membuat dosa. Ini adalah pemikiran yang salah dan sesat. Maka Allah swt menegur mereka dalam ayat ini.

#Maka, Allah swt memerintahkan kita apabila ke masjid untuk mengerjakan solat, mesti menutup aurat dengan sempurna.

#Selain itu, kita juga hendaklah memakai pakaian yang indah. Pakailah pakaian yang cantik-cantik, yang bersih, yang indah ketika solat. Lagi indah jika memakai wangi-wangian ketika mengerjakan solat.

#Ini adalah adab kita dengan pencipta kita, Allah swt. Ingatlah bahawa kita sedang bermunajat dengan Allah swt, maka hendaklah kita berpakaian kemas, menutup aurat, sopan dan seindah mungkin.

#Pakaian yang paling utama, yang terbaik dan terindah ialah yang berwarna putih. Sabda Nabi saw:

الْبَسُوا مِنْ ثِيَابِكُمُ الْبَيَاضَ، فَإِنَّهَا مِنْ خير ثيابكم، وكَفِّنوا فيها موتاكم، وإن خَيْرِ أَكْحَالِكُمُ الإثْمِد، فَإِنَّهُ يَجْلُو الْبَصَرَ، وَيُنْبِتُ الشَّعْرَ 

"Pakailah pakaian kamu yang berwarna putih, kerana sesungguh­nya pakaian putih adalah pakaian terbaik, dan kafankanlah dengannya orang-orang mati di kalangan kamu. Dan sesungguhnya sebaik-baik celak ialah memakai ismid, kerana sesungguhnya ismid itu dapat mencerahkan pandangan mata dan menumbuhkan rambut" (HR Abu Daud, at-Tirmizi dan Ibnu Majah)

..Bersambung..

♡Jika berjumpa manusia kita boleh berpakaian indah, cantik dan kemas maka ketika berhadapan dengan Allah sepatutnya pakaian kita lebih indah, lebih cantik dan lebih kemas. Selamat bermuhasabah!!♡

🐊Ust naim
Klik link ini untuk JOIN    
http://bit.ly/tadabburkalamullah

Facebook:
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah

Читать полностью…

Tadabbur Kalamullah

☆Tadabbur Kalamullah 13 Rejab 1444H☆

قُلۡ أَمَرَ رَبِّی بِٱلۡقِسۡطِۖ وَأَقِیمُوا۟ وُجُوهَكُمۡ عِندَ كُلِّ مَسۡجِدࣲ وَٱدۡعُوهُ مُخۡلِصِینَ لَهُ ٱلدِّینَۚ كَمَا بَدَأَكُمۡ تَعُودُونَ

Katakanlah: "Tuhanku menyuruh berlaku adil (pada segala perkara), dan (menyuruh supaya kamu) hadapkan muka (dan hati) kamu (kepada Allah) dengan betul pada tiap-tiap kali mengerjakan sembahyang, dan beribadatlah dengan mengikhlaskan amal ugama kamu kepadaNya semata-mata; (kerana) sebagaimana Ia telah menjadikan kamu pada mulanya, (demikian pula) kamu akan kembali (kepadaNya)" [Surah al-A`raf 29]

#Seterusnya Allah swt mengingatkan kita semua agar sentiasa beribadah dengan penuh keikhlasan, hanya semata-mata keranaNya.

#Kita semua diperintahkan untuk melaksanakan amal ibadah secara ikhlas hanya semata-mata kerana Allah swt, tanpa menyekutukan Allah swt dalam amal tersebut dengan sesuatu apa pun. Tidak kerana ganjaran dunia, tidak kerana mengharapkan pujian dan sanjungan manusia, tidak kerana menginginkan kedudukan dunia dan seumpamanya. Sesiapa yang melakukan amalan akhirat demi untuk habuan dunia, itu adalah salah dan sia-sia.

مَنْ طَلَبَ العِلْمَ لِيُجَارِيَ بِهِ العُلَمَاءَ أَوْ لِيُمَارِيَ بِهِ السُّفَهَاءَ أَوْ يَصْرِفَ بِهِ وُجُوهَ النَّاسِ إِلَيْهِ أَدْخَلَهُ اللَّهُ النَّارَ

“Sesiapa yang menuntut ilmu (agama) untuk menyaingi ulamak, atau untuk berbahas dengan orang jahil, atau supaya dengan ilmu tersebut wajah orang ramai tertumpu kepadanya, maka Allah masukkan dia ke dalam neraka” (HR at-Tirmizi dan Ibn Majah)

#Kita perlu menginsafi dan mengingati bahawa keredhaan di sisi Allah swt dan ganjaranNya di akhirat adalah lebih besar berbanding keredhaan manusia serta ganjaran keduniaan yang bersifat sementara semata-mata. Firman Allah swt:

وَالْآخِرَةُ خَيْرٌ وَأَبْقَىٰ

"Padahal kehidupan di akhirat lebih baik dan lebih kekal" [Surah al-A’laa 17]

#Ingatlah bahawa suatu hari nanti kita semua akan bertemu Allah swt dan akan dipertanggungjawabkan segala amalan fizikal dan juga amalan hati kita. Jagalah hati agar sentiasa ikhlas dan lurus kerana Allah swt sahaja.

♡Beramallah dengan ikhlas hanya kerana Allah swt. Sesungguhnya ikhlas adalah asas utama dalam setiap amalan. Niat yang betul dan baik menjadikan seseorang itu mulia di sisi Allah. Niat yang buruk pula menjadikan seseorang itu hina di sisi Allah walaupun kelihatan hebat di sisi manusia. Insaflah!!♡

🐊Ust naim
Klik link ini untuk JOIN    
http://bit.ly/tadabburkalamullah

Facebook:
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah

Читать полностью…

Tadabbur Kalamullah

☆Tadabbur Kalamullah 11 Rejab 1444H☆

قُلۡ أَمَرَ رَبِّی بِٱلۡقِسۡطِۖ وَأَقِیمُوا۟ وُجُوهَكُمۡ عِندَ كُلِّ مَسۡجِدࣲ وَٱدۡعُوهُ مُخۡلِصِینَ لَهُ ٱلدِّینَۚ كَمَا بَدَأَكُمۡ تَعُودُونَ

Katakanlah: "Tuhanku menyuruh berlaku adil (pada segala perkara), dan (menyuruh supaya kamu) hadapkan muka (dan hati) kamu (kepada Allah) dengan betul pada tiap-tiap kali mengerjakan sembahyang, dan beribadatlah dengan mengikhlaskan amal ugama kamu kepadaNya semata-mata; (kerana) sebagaimana Ia telah menjadikan kamu pada mulanya, (demikian pula) kamu akan kembali (kepadaNya)" [Surah al-A`raf 29]

#Adil merupakan salah satu daripada sifat wajib bagi Allah swt dan sifat ketuhanan yang Maha Suci daripada segala kekurangan, bahkan mustahil bagi Allah swt bersifat zalim. Keadilan Allah tiada bandingan dan tandingan. Maha Adil ialah salah satu daripada nama-nama terbaik bagi Allah swt.

شَهِدَ ٱللَّهُ أَنَّهُۥ لَاۤ إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ وَٱلۡمَلَـٰۤىِٕكَةُ وَأُو۟لُوا۟ ٱلۡعِلۡمِ قَاۤىِٕمَۢا بِٱلۡقِسۡطِۚ لَاۤ إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ ٱلۡعَزِیزُ ٱلۡحَكِیمُ

"Allah menerangkan (kepada sekalian makhlukNya dengan dalil-dalil dan bukti), bahawasanya tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang sentiasa mentadbirkan (seluruh alam) dengan keadilan, dan malaikat-malaikat serta orang-orang yang berilmu (mengakui dan menegaskan juga yang demikian); tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia; Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana" [Surah Ali Imran 18]

#Allah swt memerintahkan agar kita semua berlaku adil dalam segala urusan. Iaitu adil dengan Allah swt dengan meletakkan kedudukanNya di tempat yang sepatutnya. Meletakkan kedudukan Allah sebagai Tuhan yang selayaknya disembah, dipohon pertolongan, tidak selainNya. Tidak mensyirikkannya. Tidak menduakanNya.

قُلۡ هُوَ ٱللَّهُ أَحَدٌ * ٱللَّهُ ٱلصَّمَدُ * لَمۡ یَلِدۡ وَلَمۡ یُولَدۡ * وَلَمۡ یَكُن لَّهُۥ كُفُوًا أَحَدُۢ

"Katakanlah (wahai Muhammad): (Tuhanku) ialah Allah Yang Maha Esa. Allah yang menjadi tumpuan sekalian makhluk untuk memohon sebarang hajat. Ia (Allah) tiada beranak dan Ia (Allah) pula tidak diperanakkan. Dan tidak ada sesiapa pun yang serupa dengan-Nya" [Surah al-Ikhlas 1-4]

#Kita juga perlu berlaku adil sesama makhluk dalam setiap perkara. Hal ini kerana Islam memang sangat mementingkan keadilan sebagaimana yang diperintahkan. Kita perlu memberi hak kepada yang selayaknya dan jangan sesekali berlaku zalim. Maka jangan sesekali melampaui batas dalam kehidupan kita. Jangan melampau batas dalam hal agama. Jangan melampaui batas dalam hal dunia. Jangan melakukan perkara yang Allah swt serta Nabi tidak perintahkan.

#Allah berfirman dalam hadis Qudsi:

‌يَا ‌عِبَادِي ‌إِنِّي ‌حَرَّمْتُ ‌الظُّلْمَ ‌عَلَى ‌نَفْسِي، وَجَعَلْتُهُ بَيْنَكُمْ مُحَرَّمًا، فَلَا تَظَالَمُوا

Wahai hamba-hambaKu! Sesungguhnya Aku telah mengharamkan sifat zalim ke atas diriKu dan Aku jadikannya (kezaliman) haram antara kalian, maka janganlah kalian berlaku zalim sesama kalian” (HR Muslim)

...Bersambung...

♡Berlaku adillah dalam segala urusan berkaitan dunia dan akhirat. Sesungguhnya adil itu hampir kepada taqwa♡

🐊Ust naim
Klik link ini untuk JOIN    
http://bit.ly/tadabburkalamullah

Facebook:
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah

Читать полностью…

Tadabbur Kalamullah

☆Tadabbur Kalamullah 9 Rejab  1444H☆

وَإِذَا فَعَلُوا۟ فَـٰحِشَةࣰ قَالُوا۟ وَجَدۡنَا عَلَیۡهَاۤ ءَابَاۤءَنَا وَٱللَّهُ أَمَرَنَا بِهَاۗ قُلۡ إِنَّ ٱللَّهَ لَا یَأۡمُرُ بِٱلۡفَحۡشَاۤءِۖ أَتَقُولُونَ عَلَى ٱللَّهِ مَا لَا تَعۡلَمُونَ

Dan (orang-orang yang tidak beriman itu) apabila mereka melakukan sesuatu perbuatan yang keji, mereka berkata: "Kami dapati datuk nenek kami mengerjakannya, dan Allah perintahkan kami mengerjakannya". Katakanlah (wahai Muhammad): "Sesungguhnya Allah tidak sekali-kali menyuruh mengerjakan perbuatan yang keji. Patutkah kamu mengatakan terhadap Allah apa yang kamu tidak mengetahuinya?" [Surah al-A`raf 28]

#Dalam ayat ini, Allah swt mengatakan bahawa setiap kali golongan kafir itu melakukan penderhakaan dan perbuatan yang keji, yang memalukan, apabila ditegur mereka akan berkata, amalan yang mereka lakukan itu adalah mengikut apa yang telah dilakukan oleh datuk nenek mereka. Mereka hanya mengikut sahaja. Jika salah, tentu datuk nenek mereka tidak lakukan.

#Sejarah menyebut bahawa golongan kafir Musyrikin Mekah tawaf di Kaabah dalam keadaan telanjang bogel. Mereka mendakwa amalan itu telah lama dilakukan oleh datuk nenek moyang mereka. Maka mereka pun meneruskan tradisi itu tanpa banyak soal dan mereka menjadikan hujjah amalan datuk nenek moyang itu sebagai alasan untuk membenarkan perkara keji yang mereka lakukan.

وَإِذَا قِیلَ لَهُمۡ تَعَالَوۡا۟ إِلَىٰ مَاۤ أَنزَلَ ٱللَّهُ وَإِلَى ٱلرَّسُولِ قَالُوا۟ حَسۡبُنَا مَا وَجَدۡنَا عَلَیۡهِ ءَابَاۤءَنَاۤۚ أَوَلَوۡ كَانَ ءَابَاۤؤُهُمۡ لَا یَعۡلَمُونَ شَیۡـࣰٔا وَلَا یَهۡتَدُونَ

Dan apabila dikatakan kepada mereka: "Marilah menurut kepada apa yang telah diturunkan oleh Allah (Al-Quran), dan kepada RasulNya (yang menyampaikannya)", mereka menjawab: "Cukuplah bagi kami apa yang kami dapati datuk nenek kami mengerjakannya". Adakah (mereka akan menurut juga) sekalipun datuk nenek mereka tidak mengetahui apa-apa dan tidak pula mendapat hidayah petunjuk?" [Surah al-Ma'idah 104]

#Sebenarnya ini merupakan suatu amalan atau tradisi yang nenek moyang mereka cipta sendiri dan diwarisi kepada generasi selepas mereka. Lalu mereka meyakini bahawa perbuatan nenek moyang mereka itu bersandarkan kepada perintah Allah ‎swt dan syariatNya. Dan mereka pun mempertahankan perkara keji dan mungkar itu.

وَإِذَا قِیلَ لَهُمُ ٱتَّبِعُوا۟ مَاۤ أَنزَلَ ٱللَّهُ قَالُوا۟ بَلۡ نَتَّبِعُ مَاۤ أَلۡفَیۡنَا عَلَیۡهِ ءَابَاۤءَنَاۤۚ أَوَلَوۡ كَانَ ءَابَاۤؤُهُمۡ لَا یَعۡقِلُونَ شَیۡـࣰٔا وَلَا یَهۡتَدُونَ

"Dan apabila dikatakan kepada mereka: "Turutlah akan apa yang telah diturunkan oleh Allah" mereka menjawab: "(Tidak), bahkan kami (hanya) menurut apa yang kami dapati datuk nenek kami melakukannya". Patutkah (mereka menurutnya) sekalipun datuk neneknya itu tidak faham sesuatu (apa pun tentang perkara-perkara ugama), dan tidak pula mendapat petunjuk hidayah (dari Allah)?" [Surah al-Baqarah 170]

#Begitulah juga dengan sebahagian kita pada hari ini yang masih mengamalkan amalan khurafat, bidaah dan mungkar yang diwarisi daripada generasi nenek moyang, akan menggunakan berbagai-bagai alasan dan hujah untuk membenarkan amalan mereka.

#Jika kita pun berhujah mengikut amalan datuk nenek dan amalan ini sudah lama dilakukan di negara ini, maka alasan itu sama sahaja dengan alasan Musyrikin Mekah. Dan hujjah itu adalah salah dan menyeleweng.

#...Bersambung...

♡Setiap amalan yang kita lakukan mestilah mengikut manhaj al-Quran, Sunnah dan perbahasan ulamak mujtahid, bukannya mengikut amalan datuk nenek moyang yang tidak sama dengan ketetapan syariat. Segala amalan orang-orang terdahulu, hendaklah diperiksa semula sama ada selari atau tidak dengan agama. Kalau ia selari dengan agama, maka boleh diamalkan. Jika tidak selari maka wajib ditinggalkan♡

🐊Ust naim
Klik link ini untuk JOIN    
http://bit.ly/tadabburkalamullah

Facebook:
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah

Читать полностью…

Tadabbur Kalamullah

☆Tadabbur Kalamullah 29 Syaaban 1444H☆

وَهُوَ ٱلَّذِی یُرۡسِلُ ٱلرِّیَـٰحَ بُشۡرَۢا بَیۡنَ یَدَیۡ رَحۡمَتِهِۦۖ حَتَّىٰۤ إِذَاۤ أَقَلَّتۡ سَحَابࣰا ثِقَالࣰا سُقۡنَـٰهُ لِبَلَدࣲ مَّیِّتࣲ فَأَنزَلۡنَا بِهِ ٱلۡمَاۤءَ فَأَخۡرَجۡنَا بِهِۦ مِن كُلِّ ٱلثَّمَرَ ٰ⁠تِۚ كَذَ ٰ⁠لِكَ نُخۡرِجُ ٱلۡمَوۡتَىٰ لَعَلَّكُمۡ تَذَكَّرُونَ

"Dan Dialah (Allah) yang menghantarkan angin sebagai pembawa berita yang mengembirakan sebelum kedatangan rahmatnya (iaitu hujan), hingga apabila angin itu membawa awan mendung, Kami halakan dia ke negeri yang mati (ke daerah yang kering kontang), lalu Kami turunkan hujan dengan awan itu, kemudian Kami keluarkan dengan air hujan itu berbagai-bagai jenis buah-buahan. Demikianlah pula Kami mengeluarkan (menghidupkan semula) orang-orang yang telah mati, supaya kamu beringat (mengambil pelajaran daripadanya)" [Surah al-Aʿraf 57]

#Kemudian Allah swt menceritakan bagaimana proses Dia menghidupkan bumi yang mati, tandus, gersang dan kontang.

#Allah menggerakkan awan mendung beserta angin yang membawa hujan ke bumi-bumi yang dikehendakiNya dihidupkan, bumi kering untuk disuburkan. Betapa hebatnya kuasa Allah, air hujan yang berat itu dengan mudah ditaburkan oleh angin dibahagian bumi kontang yang dikehendakiNya.

#Proses kejadian ini sangat istimewa. Allah ‎swt tidak susahkan manusia untuk mengangkat air bagi mengairi tanaman di mana-mana. Allah menyiramnya dari atas yang meliputi kesemuanya, lalu hidup dengan subur dan menghijau.

أَوَلَمۡ یَرَوۡا۟ أَنَّا نَسُوقُ ٱلۡمَاۤءَ إِلَى ٱلۡأَرۡضِ ٱلۡجُرُزِ فَنُخۡرِجُ بِهِۦ زَرۡعࣰا تَأۡكُلُ مِنۡهُ أَنۡعَـٰمُهُمۡ وَأَنفُسُهُمۡۚ أَفَلَا یُبۡصِرُونَ

"Dan tidakkah mereka (yang tidak mahu taat dan bersyukur) itu melihat bahawasanya Kami mengarahkan turunnya hujan ke bumi yang kering kontang, lalu Kami tumbuhkan dengan air hujan itu tanaman-tanaman, yang daripadanya dimakan oleh binatang-binatang ternak mereka dan mereka sendiri? Maka mengapa mereka tidak mahu memerhati (semuanya itu supaya taat dan bersyukur)?" [Surah as-Sajdah 27]

#Kemudian tumbuhlah pelbagai pokok dan pepohonan, buah-buahan yang beraneka jenis, sayur-sayuran yang berbagai rasa dan segala tumbuh-tumbuhan yang muncul. Semua ini adalah nikmat Allah swt.

أَلَمۡ تَرَ أَنَّ ٱللَّهَ أَنزَلَ مِنَ ٱلسَّمَاۤءِ مَاۤءࣰ فَأَخۡرَجۡنَا بِهِۦ ثَمَرَ ٰ⁠تࣲ مُّخۡتَلِفًا أَلۡوَ ٰ⁠نُهَاۚ وَمِنَ ٱلۡجِبَالِ جُدَدُۢ بِیضࣱ وَحُمۡرࣱ مُّخۡتَلِفٌ أَلۡوَ ٰ⁠نُهَا وَغَرَابِیبُ سُودࣱ

"Tidakkah engkau melihat bahawa Allah menurunkan hujan dari langit, lalu Kami keluarkan dengan air hujan itu buah-buahan yang berlainan jenis dan rupanya; dan di antara gunung-ganang pula ada yang mempunyai jalur-jalur serta lorong-lorong putih dan merah, yang berlainan warnanya (tua dan muda) dan ada juga yang hitam legam" [Surah Faṭir 27]

#Lihat, betapa begitu mudahnya Allah ‎swt menghidupkan tanah yang tandus dan mati. Begitulah juga kaedah Allah ‎swt akan menghidupkan orang yang mati. Allah ‎swt memberikan perumpamaan bagaimana Dia menghidupkan tanah yang mati dan gersang sehingga menjadi segar semula dengan tanam-tanaman. Kelak nanti manusia akan tumbuh semula daripada tulang sulbi masing-masing. Begitulah mudahnya tanah gersang dihidupkan dengan air sahaja, dan begitulah nanti dengan mudahnya Allah ‎swt menghidupkan semula makhluk yang telah mati untuk menerima pengadilan di hari akhirat kelak.

♡Ketahuilah bahawa kita benar-benar akan dibangkitkan semula pada hari akhirat kelak. Oleh itu, jangan sesekali berani melakukan dosa, buruk dan sengsara padahnya di mahsyar kelak♡

🐊Ust naim
Klik link ini untuk JOIN    
http://bit.ly/tadabburkalamullah

Facebook:
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah

Читать полностью…

Tadabbur Kalamullah

☆Tadabbur Kalamullah 27 Syaaban 1444H☆

وَلَا تُفۡسِدُوا۟ فِی ٱلۡأَرۡضِ بَعۡدَ إِصۡلَـٰحِهَا وَٱدۡعُوهُ خَوۡفࣰا وَطَمَعًاۚ إِنَّ رَحۡمَتَ ٱللَّهِ قَرِیبࣱ مِّنَ ٱلۡمُحۡسِنِینَ

"Dan janganlah kamu berbuat kerosakan di bumi sesudah Allah menyediakan segala yang membawa kebaikan padanya, dan berdoalah kepadaNya dengan perasaan bimbang (kalau-kalau tidak diterima) dan juga dengan perasaan terlalu mengharapkan (supaya makbul). Sesungguhnya rahmat Allah itu dekat kepada orang-orang yang memperbaiki amalannya" [Surah al-Aʿraf 56]

#Allah‎ swt memperingatkan kepada kita semua, sesiapa yang berdoa, maka bersungguh-sungguh dan benar-benar memohon padaNya dengan adab dan etika berdoa.

#Berdoa dalam ketika takut dan harap. Takut dan bimbang doa kita tidak dimakbulkan kerana dosa-dosa kita. Ini kerana dosa boleh menjadi penghalang dimakbulkan doa.

#Daripada Sayidina Abu Hurairah r.a berkata, Rasulullah saw bersabda: “Sesungguhnya Allah Maha Baik dan tidak menerima kecuali yang baik. Dan sesungguhnya Allah swt telah memerintahkan kepada kaum Mukminin dengan sesuatu yang Allah perintahkan pula kepada para Rasul, makanlah dari makanan yang baik-baik dan kerjakanlah amal soleh.” Dan Allah swt berfirman: “Wahai orang-orang yang beriman, makanlah kalian dari rezeki yang baik-baik yang telah Kami berikan kepada kalian.” Kemudian baginda saw menyebutkan satu kisah:

الرَّجُلَ يُطِيلُ السَّفَرَ أَشْعَثَ أَغْبَرَ، يَمُدُّ يَدَيْهِ إِلَى السَّمَاءِ، يَا رَبِّ، يَا رَبِّ، وَمَطْعَمُهُ حَرَامٌ، وَمَشْرَبُهُ حَرَامٌ، وَمَلْبَسُهُ حَرَامٌ، وَغُذِيَ بِالْحَرَامِ، فَأَنَّى يُسْتَجَابُ لِذَلِكَ؟

“Seorang lelaki yang melakukan perjalanan jauh (lama), tubuhnya diliputi debu lagi kusut, dia menadah tangannya ke langit dan berdoa: ‘Ya Rabb, ya Rabb’. Akan tetapi makanannya haram, minumannya haram, dan dia diberi makan dengan yang haram. Maka bagaimana mungkin doanya dikabulkan.” (HR Muslim)

#Juga kita perlu takut dan bimbang doa ditolak disebabkan kelalaian dan kelekaan kita. Sabda Rasulullah saw:

ادْعُوا اللَّهَ وَأَنْتُمْ مُوقِنُونَ بِالإِجَابَةِ، وَاعْلَمُوا أَنَّ اللَّهَ لَا يَسْتَجِيبُ دُعَاءً مِنْ قَلْبٍ غَافِلٍ لَاهٍ

“Berdoalah kepada Allah ‎swt dalam keadaan kamu yakin bahawa ia akan diterima (dimakbulkan). Ketahuilah bahawa Allah ‎swt tidak akan menerima (memakbulkan) doa yang datang daripada hati yang lalai lagi alpa” (HR at-Tirmizi)

#Kita juga perlu berdoa dengan penuh harapan agar Allah swt menerima doa kita dan memakbulkan permintaan kita. Maka perlu berdoa memohon perkara yang baik-baik, InsyaAllah doa kita tidak akan ditolak. Sabda Nabi saw:

مَا مِنْ مُسْلِمٍ يَدْعُو بِدَعْوَةٍ لَيْسَ فِيهَا إِثْمٌ، وَلَا قَطِيعَةُ رَحِمٍ، إِلَّا أَعْطَاهُ اللَّهُ بِهَا إِحْدَى ثَلَاثٍ: إِمَّا أَنْ تُعَجَّلَ لَهُ دَعْوَتُهُ، وَإِمَّا أَنْ يَدَّخِرَهَا لَهُ فِي الْآخِرَةِ، وَإِمَّا أَنْ يَصْرِفَ عَنْهُ مِنَ السُّوءِ مِثْلَهَا

“Tidaklah seorang Muslim itu berdoa (dengan doa) yang tidak mengandungi dosa dan bukan bertujuan memutuskan silaturahim, melainkan Allah ‎swt akan memakbulkannya (doa itu) dengan tiga cara; sama ada Allah ‎swt akan memakbulkan doanya sesegera mungkin, atau Allah ‎swt menyimpan (menjadikannya pahala) baginya di akhirat kelak, atau Allah ‎swt akan menjauhkan daripadanya keburukan” (Sahih al-Bukhari)

#Rahmat Allah tersangatlah dekat dengan seseorang yang sentiasa berusaha membaiki amalannya, kehidupannya dan istiqamah dalam kebaikan. InsyaAllah segala permohonan dan hajat kita akan ditunaikan.

♡Berdoalah tanpa henti. Jangan sesekali berputus asa dalam berdoa. Pastikan wujud unsur bimbang dan harap dalam munajat kita♡

🐊Ust naim
Klik link ini untuk JOIN    
http://bit.ly/tadabburkalamullah

Facebook:
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah

Читать полностью…

Tadabbur Kalamullah

☆Tadabbur Kalamullah 25 Syaaban 1444H☆

ٱدۡعُوا۟ رَبَّكُمۡ تَضَرُّعࣰا وَخُفۡیَةًۚ إِنَّهُۥ لَا یُحِبُّ ٱلۡمُعۡتَدِینَ

"Berdoalah kepada Tuhan kamu dengan merendah diri dan (dengan suara) perlahan-lahan. Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang melampaui batas" [Surah al-Aʿraf 55]

#Sebagaimana yang disebutkan sebelum ini bahawa doa hendaklah dimulakan dengan mohon keampunan kepada Allah ‎swt. Setelah merayu kepada Allah swt keampunan dengan penuh penyesalan di atas segala dosa yang pernah kita lakukan, maka barulah diteruskan dengan permohonan hajat-hajat yang lain.

#Allah swt memerintahkan agar doa yang dipanjatkan itu diseru dengan suara yang perlahan-lahan dan merayu-rayu padaNya. Hal ini kerana doa atau permohonan adalah antara kita dan Allah ‎swt, bukan untuk dipertunjukkan atau dipertontonkan kepada orang lain tetapi untuk dipertunjukkan kepada Allah swt.

#Maka seseorang yang berdoa  hendaklah ia dilakukan dengan penuh perasaan merendah diri, menggunakan suara yang perlahan, penuh kekhusyukan jiwa, harapan dan pergantungan yang mutlak diserahkan kepadaNya.

#Ramai orang berdoa, tetapi tidak ramai yang jiwanya ketika berdoa itu jiwa merendah diri, penuh tunduk dan khusyuk kepada Allah. Jangan sesekali doa diungkapkan dengan jiwa yang hambar dan lalai. Jika kita dapat menjadikan jiwa kita ini begitu beradab, merendah, khusyuk, merayu-rayu dan penuh pengharapan kepada Allah, maka kita menghampiri pintu kemakbulan.

#Diriwayatkan daripada Sayidina Abu Musa r.a bahawa suatu ketika para sahabat pernah berzikir (berdoa) dengan menjerit-jerit (suara yang keras dan nyaring). Kemudian Nabi saw mengingatkan dengan sabdanya:
 
يَا أَيُّهَا النَّاسُ، ارْبَعُوا عَلَى أَنْفُسِكُمْ، فَإِنَّكُمْ لاَ تَدْعُونَ أَصَمَّ وَلاَ غَائِبًا، إِنَّهُ مَعَكُمْ، إِنَّهُ سَمِيعٌ قَرِيبٌ
 
“Wahai manusia, kasihanilah diri kalian. Sesungguhnya kalian tidak menyeru Zat yang tuli dan tidak ada, sesungguhnya Allah bersama kalian, Dia Maha mendengar lagi Maha dekat” (HR al-Bukhari)
 
#Doa dengan suara yang lirih dan lemah lembut menunjukkan tanda kesopanan dan pengagungan kepada Allah. Tatkala mengadap seorang raja atau penguasa, tidak ada orang yang berani meninggikan suara di hadapannya, maka lebih utama lagi Allah Raja Segala Raja, Yang Maha Mendengar, maka mohonlah dengan suara yang lirih. Tidak beradab dihadapanNya diajukan permintaan kecuali dengan suara yang lembut, rasa rendah diri, penuh kekhusyukan dan keihklasan yang mendalam.

إِذۡ نَادَىٰ رَبَّهُۥ نِدَاۤءً خَفِیࣰّا 

"(Ingatkanlah peristiwa) ketika Nabi Zakaria berdoa kepada Tuhannya dengan doa permohonan secara perlahan" [Surah Maryam 3]
 
#Ingatlah bahawa Allah tidak menyukai orang yang melampau dan keterlaluan dalam berdoa tanpa sebarang adab dan etika.

♡Doa tidak akan sia-sia. Doa adalah lambang pengabdian diri seorang hamba Allah kepada Tuhannya. Berdoa kepada Allah adalah ibadah. Ini bermaksud, jika seorang hamba itu berdoa selama sejam, dia sebenarnya sedang beribadah selama sejam. Jika dia berdoa sepanjang malam, bererti dia sedang beribadah sepanjang malam. Maka, berdoalah dengan penuh adab!!♡

🐊Ust naim
Klik link ini untuk JOIN    
http://bit.ly/tadabburkalamullah

Facebook:
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah

Читать полностью…

Tadabbur Kalamullah

☆Tadabbur Kalamullah 24 Syaaban 1444H☆

ٱدۡعُوا۟ رَبَّكُمۡ تَضَرُّعࣰا وَخُفۡیَةًۚ إِنَّهُۥ لَا یُحِبُّ ٱلۡمُعۡتَدِینَ

"Berdoalah kepada Tuhan kamu dengan merendah diri dan (dengan suara) perlahan-lahan. Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang melampaui batas" [Surah al-Aʿraf 55]

#Ayat sebelum ini, Allah swt memperkenalkan diriNya sebagai Tuhan sekelian alam. Setelah Allah ‎swt memperkenalkan diriNya, sekarang dalam ayat ini, Allah ‎swt mengajar hambaNya cara untuk memanjatkan doa.

#Sebetulnya begitulah apabila kita ingin memanjatkan doa, kita perlu kenal dan tahu dengan siapa kita meminta, merayu dan memohon.
 
وَقَالَ رَبُّكُمُ ادْعُونِي أَسْتَجِبْ لَكُمْ

Dan Tuhan kamu berfirman: Berdoalah kamu kepadaKu, nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu [Surah Ghafir 60]
 
#Imam Ibn ‘Asyur di dalam tafsirnya mengatakan bahawa pada ayat ini adalah dalil bahawa Allah swt menuntut hambaNya untuk berdoa kepadaNya berkaitan hajat-hajatnya serta ia menjadi dalil akan pensyariatannya dan perkara ini tidak mempunyai khilaf di antara orang Islam" (Lihat: Tafsir Ibn ‘Asyur)

#Allah ‎swt mengajar kita cara untuk berdoa kepadaNya. Diterangkan adab dan etika dalam berdoa. Jangan berdoa ikut cara kita atau ikut suka kita sahaja.

#Pertama, kita kena berdoa dengan hati yang tawadhuk (rendah hati), dengan hati yang khusyuk dan ingat padaNya iaitu tunduk kepada Allah ‎hati dan jiwa kita. Berdoa dalam keadaan sangat berharap kepada Allah dan bergantung sepenuhnya kepadaNya.

#Sewajarnya rendahkan diri kita semasa bermunajat merayu kepadaNya. Hapuskan perasaan tinggi diri dan sombong.  Kita mendekati Allah ‎swt dengan cara merendahkan diri kita.

#Sebelum kita berdoa memohon pelbagai hajat, maka mulakan doa dengan meminta ampun atas segala dosa kita yang kini dan terdahulu. Lihatlah para Nabi, tatkala berdoa mereka meminta ampun atas kesilapan mereka.

قَالَا رَبَّنَا ظَلَمۡنَاۤ أَنفُسَنَا وَإِن لَّمۡ تَغۡفِرۡ لَنَا وَتَرۡحَمۡنَا لَنَكُونَنَّ مِنَ ٱلۡخَـٰسِرِینَ

Mereka berdua (Adam dan Hawa) merayu: "Wahai Tuhan kami, kami telah menganiaya diri kami sendiri, dan kalau Engkau tidak mengampunkan kami dan memberi rahmat kepada kami, nescaya menjadilah kami dari orang-orang yang rugi" [Surah al-Aʿraf 23]

#Daripada Aisyah r.ha, bahawa beliau bertanya Nabi saw: “Wahai Nabi Allah, jika aku bertemu dengan malam al-Qadar maka apa yang sepatutnya aku ucapkan. Nabi saw bersabda:
 
اللهُمَّ إِنَّكَ عَفُوٌّ تُحِبُّ الْعَفْوَ، فَاعْفُ عَنِّي

Ya Allah Ya Tuhan Kami, sesungguhnya Kamu Maha Pengampun dan amat suka akan keampunan, maka berikanlah keampunan kepadaku”. (Riwayat at-Tirmizi, Ibn Majah dan Ahmad)

...Bersambung..

♡Berdoalah dengan penuh kesungguhan, khusyuk dan hati yang ingat Allah memohon hanya kepadaNya♡

🐊Ust naim
Klik link ini untuk JOIN    
http://bit.ly/tadabburkalamullah

Facebook:
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah

Читать полностью…

Tadabbur Kalamullah

☆Tadabbur Kalamullah 22 Syaaban 1444H☆

إِنَّ رَبَّكُمُ ٱللَّهُ ٱلَّذِی خَلَقَ ٱلسَّمَـٰوَ ٰ⁠تِ وَٱلۡأَرۡضَ فِی سِتَّةِ أَیَّامࣲ ثُمَّ ٱسۡتَوَىٰ عَلَى ٱلۡعَرۡشِۖ یُغۡشِی ٱلَّیۡلَ ٱلنَّهَارَ یَطۡلُبُهُۥ حَثِیثࣰا وَٱلشَّمۡسَ وَٱلۡقَمَرَ وَٱلنُّجُومَ مُسَخَّرَ ٰ⁠تِۭ بِأَمۡرِهِۦۤۗ أَلَا لَهُ ٱلۡخَلۡقُ وَٱلۡأَمۡرُۗ تَبَارَكَ ٱللَّهُ رَبُّ ٱلۡعَـٰلَمِینَ

"Sesungguhnya Tuhan kamu ialah Allah yang menciptakan langit dan bumi dalam enam masa lalu Ia bersemayam di atas Arasy; Ia melindungi malam dengan siang yang mengiringinya dengan deras (silih berganti) dan (Ia pula yang menciptakan) matahari dan bulan serta bintang-bintang, (semuanya) tunduk kepada perintahNya. Ingatlah, kepada Allah jualah tertentu urusan menciptakan (sekalian makhluk) dan urusan pemerintahan. Maha Suci Allah yang mencipta dan mentadbirkan sekalian alam" [Surah al-Aʿraf 54]

#Kemudian Allah swt mengatakan setelah Dia menciptakan langit dan bumi lalu Dia bersemayam di atas Arasy.

#Yang pasti Allah استَوىٰ atau bersemayam sebagaimana yang layak bagi Allah ‎swt dan perbuatan tersebut langsung tidak sama dengan perbuatan makhluk.

#Dalam membahaskan isu ini terdapat 2 golongan. Satu golongan tidak mentakwil ayat ini dan satu golongan mentakwilkan ayat ini. Maka kedua-dua ada pandangan dan hujah masing-masing yang sepatutnya dihormati kedua-dua pandangan ini. Namun yang terjadi kepada generasi hari ini adalah sebaliknya iaitu pertelingkahan dan saling salah menyalah dan merasakan hanya mereka yang benar.

#Umat Islam tidak perlu membuang masa membincangkan perkara ini hingga berbalah sesama sendiri. Ayat ini adalah ayat Mutasyabihat yang kita tidak jelas maksud sebenarnya. Penyelesaiannya hayatilah firman Allah ‎swt:

لَيْسَ كَمِثْلِهِ شَيْءٌ وَهُوَ السَّمِيعُ الْبَصِيرُ

"Tiada sesuatupun yang sebanding dengan (ZatNya, sifat-sifatNya, dan pentadbiranNya) dan Dialah Yang Maha Mendengar, lagi Maha Melihat" [Surah as-Syuro 11]

#Ketika Imam Malik rahimahullah ditanya tentang istiwa’ Allah ‎swt, maka beliau menjawab:

َاْلإِسْتِوَاءُ غَيْرُ مَجْهُوْلٍ، وَالْكَيْفُ غَيْرُ مَعْقُوْلٍ، وَاْلإِيْمَانُ بِهِ وَاجِبٌ، وَالسُّؤَالُ عَنْهُ بِدْعَةٌ، وَمَا أَرَاكَ إِلاَّ ضَالاًّ

“Istiwa’nya Allah ma’lum (sudah diketahui maknanya), dan kaifiyatnya (caranya) tidak dapat dicapai akal (tidak diketahui), dan beriman kepadanya wajib, bertanya tentang hal tersebut adalah perkara bid’ah, dan aku tidak melihatmu kecuali dalam kesesatan.”

Kemudian Imam Malik rahimahullah menyuruh orang tersebut pergi dari majlisnya. (Lihat: Syarhus Sunnah lil Imam al-Baghawi)

#Isu tentang hal ini sentiasa menjadi satu pertikaian yang tiada berkesudahan malah sehingga terjadi pertikaian hebat, salah menyalah, sesat menyesat, kafir mengkafir dalam kalangan masyarakat Islam kita sejak zaman berzaman. Para sahabat tidak berbalah, tabi’in pun tidak berbalah, imam-imam mazhab juga tidak berbalah mengenai isu ini. Yang berbalah dahsyat hanyalah kita generasi terkemudian sehingga merosakkan perpaduan dan kesatuan umat Islam.

♡Semoga dengan ilmu menjadikan kita insan yang tawadhuk dan mendamaikan ummah♡

🐊Ust naim
Klik link ini untuk JOIN    
http://bit.ly/tadabburkalamullah

Facebook:
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah

Читать полностью…

Tadabbur Kalamullah

☆Tadabbur Kalamullah 26 Rejab 1444H☆

قَالَ ٱدۡخُلُوا۟ فِیۤ أُمَمࣲ قَدۡ خَلَتۡ مِن قَبۡلِكُم مِّنَ ٱلۡجِنِّ وَٱلۡإِنسِ فِی ٱلنَّارِۖ كُلَّمَا دَخَلَتۡ أُمَّةࣱ لَّعَنَتۡ أُخۡتَهَاۖ حَتَّىٰۤ إِذَا ٱدَّارَكُوا۟ فِیهَا جَمِیعࣰا قَالَتۡ أُخۡرَىٰهُمۡ لِأُولَىٰهُمۡ رَبَّنَا هَـٰۤؤُلَاۤءِ أَضَلُّونَا فَـَٔاتِهِمۡ عَذَابࣰا ضِعۡفࣰا مِّنَ ٱلنَّارِۖ قَالَ لِكُلࣲّ ضِعۡفࣱ وَلَـٰكِن لَّا تَعۡلَمُونَ

Allah berfirman: "Masuklah kamu ke dalam neraka bersama-sama umat-umat yang terdahulu daripada kamu, dari jin dan manusia. Tiap-tiap satu umat yang masuk, mengutuk akan saudaranya (golongannya sendiri); hingga apabila mereka semua berhimpun di dalamnya, berkatalah golongan yang akhir mengenai golongan yang pertama di antara mereka: "Wahai Tuhan kami, mereka inilah yang telah menyesatkan kami; oleh itu berilah kepada mereka azab seksa yang berlipat ganda dari (azab) neraka". Allah berfirman: "Kamu masing-masing disediakan (azab seksa) yang berlipat ganda tetapi kamu tidak mengetahui" [Surah al-Aʿraf 38]

#Disebabkan tidak beriman kepada Allah dan memilih berpegang dengan kekafiran sehingga mati, maka di akhirat kelak, Allah ‎swt mengarahkan kesemua mereka yang kafir untuk dihumban ke dalam neraka dan bersama umat-umat lain sebelum mereka.

#Di dalam neraka mereka akan bertemu dengan golongan yang masuk sebelum mereka yang terdiri daripada datuk nenek moyang mereka yang lebih tua daripada mereka, yang hidup lebih awal daripada mereka dan yang memandai-mandai mencipta amalan-amalan syirik hingga diikuti oleh anak cucu cicit keturunan mereka.

#Disebabkan mereka mengikut sahaja amalan nenek moyang mereka tanpa soal walaupun menyalahi akal dan norma kehidupan. Mereka tidak berfikir dan periksa sama ada amalan itu benar ataupun tidak. Akhirnya kesemua anak cucu cicit nenek moyang dimasukkan ke dalam neraka.

#Kemudian berlakulah pergaduhan di dalam neraka. Mereka akan saling salah menyalah di antara satu sama lain. Setiap kali dihumban kumpulan baru ke dalam neraka, mereka akan melaknat kumpulan yang lain yang sudah ada dalam neraka. Kumpulan yang baru akan mengutuk dan melaknat kumpulan yang lama iaitu datuk nenek moyang mereka.

#Hal ini kerana datuk nenek moyang merekalah yang mula-mula mencipta amalan  sesat, syirik dan bertentangan dengan Islam. Saat itu mereka benar-benar marah, benci dan menyalahkan datuk nenek mereka yang menyebabkan mereka diazab.

#Masalahnya ketika di dunia, mereka langsung tidak menegur kesalahan nenek moyang mereka. Jika ada orang menegur amalan datuk nenek mereka yang salah, mereka pula yang mempertahankan amalan sesat tersebut. Akhirnya bila dibakar dalam neraka, mulalah menyesal, marah, geram dan menyalahkan datuk nenek moyang mereka. Sebenarnya mereka sama sahaja degil dan sesatnya.

...Bersambung...

♡Berhati-hatilah kita dalam melakukan sesuatu amalan. Pastikan akan kebenaran dan kesahihan amalan tersebut. Sekalipun amalan itu dibuat oleh orang tua-tua atau orang lama, jika ada unsur khurafat, syirik dan bertentangan syarak, maka perlu dibetulkan dan jangan diwarisi. Moga Allah ampuni kita semua. Aamiiin♡

🐊Ust naim
Klik link ini untuk JOIN    
http://bit.ly/tadabburkalamullah

Facebook:
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah

Читать полностью…

Tadabbur Kalamullah

☆Tadabbur Kalamullah 24 Rejab 1444H☆

فَمَنۡ أَظۡلَمُ مِمَّنِ ٱفۡتَرَىٰ عَلَى ٱللَّهِ كَذِبًا أَوۡ كَذَّبَ بِـَٔایَـٰتِهِۦۤۚ أُو۟لَـٰۤىِٕكَ یَنَالُهُمۡ نَصِیبُهُم مِّنَ ٱلۡكِتَـٰبِۖ حَتَّىٰۤ إِذَا جَاۤءَتۡهُمۡ رُسُلُنَا یَتَوَفَّوۡنَهُمۡ قَالُوۤا۟ أَیۡنَ مَا كُنتُمۡ تَدۡعُونَ مِن دُونِ ٱللَّهِۖ قَالُوا۟ ضَلُّوا۟ عَنَّا وَشَهِدُوا۟ عَلَىٰۤ أَنفُسِهِمۡ أَنَّهُمۡ كَانُوا۟ كَـٰفِرِینَ

"Maka tidak ada yang lebih zalim daripada orang yang berdusta terhadap Allah atau yang mendustakan ayat-ayatNya. Orang-orang itu akan mendapat bahagian mereka (di dunia) dari apa yang telah tersurat (bagi mereka), hingga apabila datang kepada mereka utusan-utusan Kami (malaikat) yang mengambil nyawa mereka, bertanyalah malaikat itu (kepada mereka): "Manakah (makhluk-makhluk dan benda-benda) yang kamu sembah selain Allah?" Mereka menjawab: "Semuanya itu telah hilang lenyap daripada kami", dan mereKa pula menjadi saksi terhadap diri mereka sendiri, bahawa mereka adalah orang-orang yang ingkar" [Surah al-Aʿraf 37]

#Ayat ini berkaitan golongan yang mencipta amalan dan sesuatu perbuatan lalu mengatakan ianya datang daripada Allah sedangkan semua itu dusta. Mereka mengatakan apa yang Allah tidak katakan.

#Sebahagian lagi menjanjikan pahala sekian dan sekian bagi sesiapa yang mengamalkan sesuatu amalan yang mereka cipta. Mereka memandai-mandai menjanjikan sesuatu yang Allah tidak janjikan.

#Inilah antara makhluk yang paling zalim kerana berdusta menggunakan nama Allah swt dan mendustakan ayat-ayat Allah yang sudah jelas kebenaranNya tanpa perlu memandai-mandai mencipta ayat dan hukum yang baru.

#Mendustakan ayat Allah bermaksud menolak ayat al-Quran yang diturunkan Allah swt. Mereka tidak mahu menerima perintah Allah. Mereka tidak peduli perintah dan larangan Allah. Mereka melanggar perintah dan larangan al-Quran. Inilah golongan yang mendustakan Allah dan ayat-ayatNya.
 
#Bagi golongan zalim ini, Allah telah tetapkan bahagian dan keadaan kehidupan mereka didunia. Ada yang hidup bahagia, tenang dan terkenal. Ada yang hidup susah dan sengsara. Ada yang bahagia hingga mati. Ada yang sengsara hingga mati. Semua itu telah tertulis untuk mereka.

#Bagi golongan yang Allah berikan kesenangan kepadanya dalam keadaan hidup mendustakan Allah, itu bukanlah tanda Allah redha kepadanya. Itu hanya kesenangan yang bakal membinasakan di akhirat.

قُلۡ إِنَّ ٱلَّذِینَ یَفۡتَرُونَ عَلَى ٱللَّهِ ٱلۡكَذِبَ لَا یُفۡلِحُونَ * مَتَـٰعࣱ فِی ٱلدُّنۡیَا ثُمَّ إِلَیۡنَا مَرۡجِعُهُمۡ ثُمَّ نُذِیقُهُمُ ٱلۡعَذَابَ ٱلشَّدِیدَ بِمَا كَانُوا۟ یَكۡفُرُونَ

Katakanlah (wahai Muhammad): "Sesungguhnya orang-orang yang mengada-adakan sesuatu yang dusta terhadap Allah, tidak akan berjaya. (Apa yang mereka beroleh hanya) kesenangan di dunia, kemudian kepada Kamilah tempat kembalinya mereka. Kemudian Kami akan rasakan mereka azab yang berat disebabkan perbuatan kufur yang mereka lakukan" [Surah Yunus 69-70]

#Bagi yang sengsara didunia disebabkan pendustaan mereka terhadap Allah, maka mereka sudah beroleh balasan sejak didunia dan di akhirat tetap akan dikenakan lagi azab yang dahsyat.

وَكَذَ ٰ⁠لِكَ أَخۡذُ رَبِّكَ إِذَاۤ أَخَذَ ٱلۡقُرَىٰ وَهِیَ ظَـٰلِمَةٌۚ إِنَّ أَخۡذَهُۥۤ أَلِیمࣱ شَدِیدٌ * إِنَّ فِی ذَ ٰ⁠لِكَ لَـَٔایَةࣰ لِّمَنۡ خَافَ عَذَابَ ٱلۡـَٔاخِرَةِۚ ذَ ٰ⁠لِكَ یَوۡمࣱ مَّجۡمُوعࣱ لَّهُ ٱلنَّاسُ وَذَ ٰ⁠لِكَ یَوۡمࣱ مَّشۡهُودࣱ

"Dan demikianlah azab Tuhanmu, apabila ia menimpa (penduduk) negeri-negeri yang berlaku zalim. Sesungguhnya azabNya itu tidak terperi sakitnya, lagi amat keras serangannya. Sesungguhnya pada kejadian yang demikian, ada tanda (yang mendatangkan iktibar) bagi orang yang takut kepada azab akhirat, iaitu hari yang dihimpunkan manusia padanya. Dan hari yang demikian ialah hari yang dihadiri oleh sekalian makhluk" [Surah Hud 102-103]

...Bersambung...

♡Jangan sesekali berdusta atas nama Allah dan juga mendustakan ayat-ayatNya. Besar azab dan kemurkaanNya bagi mereka orang yang melampaui batas♡

🐊Ust naim
Klik link ini untuk JOIN    
http://bit.ly/tadabburkalamullah

Facebook:
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah

Читать полностью…

Tadabbur Kalamullah

☆Tadabbur Kalamullah 22 Rejab 1444H☆

یَـٰبَنِیۤ ءَادَمَ إِمَّا یَأۡتِیَنَّكُمۡ رُسُلࣱ مِّنكُمۡ یَقُصُّونَ عَلَیۡكُمۡ ءَایَـٰتِی فَمَنِ ٱتَّقَىٰ وَأَصۡلَحَ فَلَا خَوۡفٌ عَلَیۡهِمۡ وَلَا هُمۡ یَحۡزَنُونَ

"Wahai anak-anak Adam! Jika datang kepada kamu Rasul-rasul dari kalangan kamu yang menceritakan kepada kamu ayat-ayat (perintah) Ku, maka sesiapa yang bertaqwa dan memperbaiki amalnya, tidak ada kebimbangan (dari berlakunya kejadian yang tidak baik) terhadap mereka, dan mereka pula tidak akan berdukacita" [Surah al-Aʿraf 35]

#Allah swt mengingatkan seluruh manusia yakni seluruh anak cucu cicit Nabi Adam Alaihissalam bahawa pada setiap kaum manusia dan pada setiap zaman akan muncul para Rasul yang menyampaikan kebenaran, membawa perintah daripada Allah mengajak manusia beriman dan menyelamatkan manusia daripada kesesatan.

#Setiap para Rasul adalah utusan Allah, pembawa risalah Allah, penyampai wahyu Allah kepada manusia agar mereka sentiasa dipandu ke jalan yang benar menuju Allah swt.

وَمَاۤ أَرۡسَلۡنَا مِن قَبۡلِكَ مِن رَّسُولٍ إِلَّا نُوحِیۤ إِلَیۡهِ أَنَّهُۥ لَاۤ إِلَـٰهَ إِلَّاۤ أَنَا۠ فَٱعۡبُدُونِ

"Dan Kami tidak mengutus sebelummu (wahai Muhammad) seseorang Rasul pun melainkan Kami wahyukan kepadanya: "Bahawa sesungguhnya tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Aku; oleh itu, beribadatlah kamu kepadaKu" [Surah al-Anbiyaʾ 25]

#Kemudian Allah mengatakan sesiapa yang beriman dengan seruan para Rasul, lalu tergolong sebagai hambaNya yang bertaqwa serta sentiasa memperbaiki agama mereka ke arah yang lebih baik maka tiada kebimbangan tentang masa depan akhirat mereka.

#Ini adalah berita baik untuk orang mukmin yang bertaqwa. Mereka tidak perlu takut untuk menghadapi akhirat kerana mereka akan selamat. Mereka akan menuju ke tempat yang penuh nikmat. Mereka juga tidak akan berdukacita untuk meninggalkan dunia dengan segala keindahannya, kerana tempat yang akan dituju adalah lebih baik lagi daripada dunia yang ditinggalkan.

#Sebahagian pendapat mengatakan nikmat ketenangan tersebut mereka akan perolehi sewaktu di dunia lagi. Sebab itulah orang mukmin yang bertaqwa tidak terkesan sangat dengan dugaan dunia ini. Ini kerana Allah swt telah mengurniakan kepada mereka perasaan selamat dan tenang daripada ketakutan dan kesedihan semasa di dunia lagi. Apatah lagi di akhirat kelak.

♡Ikutilah ajaran yang telah disampaikan para Nabi dan Rasul. Berikanlah dengan bersungguh-sungguh dan benar-benar ikhlas mencari keredhaan Allah. Moga kita tergolong di kalangan hambaNya yang bertaqwa yang selamat serta bahagia didunia dan di akhirat. Aamiiin♡

🐊Ust naim
Klik link ini untuk JOIN    
http://bit.ly/tadabburkalamullah

Facebook:
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah

Читать полностью…

Tadabbur Kalamullah

☆Tadabbur Kalamullah 20 Rejab 1444H☆

قُلۡ إِنَّمَا حَرَّمَ رَبِّیَ ٱلۡفَوَ ٰ⁠حِشَ مَا ظَهَرَ مِنۡهَا وَمَا بَطَنَ وَٱلۡإِثۡمَ وَٱلۡبَغۡیَ بِغَیۡرِ ٱلۡحَقِّ وَأَن تُشۡرِكُوا۟ بِٱللَّهِ مَا لَمۡ یُنَزِّلۡ بِهِۦ سُلۡطَـٰنࣰا وَأَن تَقُولُوا۟ عَلَى ٱللَّهِ مَا لَا تَعۡلَمُونَ

Katakanlah: "Sesungguhnya Tuhanku hanya mengharamkan perbuatan-perbuatan yang keji, sama ada yang nyata atau yang tersembunyi; dan perbuatan dosa; dan perbuatan menceroboh dengan tidak ada alasan yang benar; dan (diharamkanNya) kamu mempersekutukan sesuatu dengan Allah sedang Allah tidak menurunkan sebarang bukti (yang membenarkannya); dan (diharamkanNya) kamu memperkatakan terhadap Allah sesuatu yang kamu tidak mengetahuinya" [Surah al-Aʿraf 33]

#Dalam ayat ini, Allah menegur perbuatan sesat manusia yang mengharamkan perkara halal yang baik-baik. Allah swt maklumkan, yang Allah ‎ haramkan adalah perkara yang buruk dan keji.

#Antara yang Allah haramkan ialah:

1. Perbuatan-perbuatan yang keji, sama ada yang nyata atau yang tersembunyi
2. Perbuatan dosa
3. Perbuatan menceroboh dengan tidak ada alasan yang benar
4. Diharamkan kamu mempersekutukan sesuatu dengan Allah sedang Allah tidak menurunkan sebarang bukti (yang membenarkannya)
5. Diharamkan kamu memperkatakan terhadap Allah sesuatu yang kamu tidak mengetahuinya.

#Sabda Rasulullah saw:

لَا أَحَدَ أَغْيَرُ مِنَ اللَّهِ، فَلِذَلِكَ حَرَّم الْفَوَاحِشَ مَا ظَهَر مِنْهَا وَمَا بَطن، وَلَا أَحَدَ أَحَبُّ إِلَيْهِ الْمَدْحُ مِنَ اللَّهِ

"Tidak ada seorang pun yang lebih cemburu daripada Allah ‎swt, kerana itulah Dia mengharamkan perbuatan-perbuatan yang keji, baik yang kelihatan mahupun yang tidak nampak. Dan tidak ada seorang pun yang lebih suka dipuji daripada Allahswt" (HR al-Bukhari dan Muslim)

#Oleh itu jangan sesekali cuba melakukan dosa samada yang zahir seperti mencuri, berzina, rasuah, menganiaya orang, menindas manusia dan sebagainya. Begitu juga jangan lakukan dosa batin seperti syirik, nifaq, takabbur, riya’ dan sebagainya.

#Hindarkan diri daripada maksiat dan kemungkaran kerana ia diharamkan Allah. Jangan sesekali mensyirikkan Allah seumpama mengatakan semua agama sama, al-Quran tidak relevan di zaman kini, beranggapan hukum manusia lebih baik daripada hukum Allah, hukum syariat. Ini semua keji dan dosa.

#Jangan bercakap apa yang Allah tidak katakan dan jangan menyandarkan sesuatu pada Allah yang pada dasarnya bukan kalam Allah swt. Ini penipuan yang menggunakan nama Allah swt.

♡Ingatlah, Allah swt hanya mengharamkan perbuatan keji dan maksiat, serta mengharuskan sebarang kebaikan untuk dilakukan♡

🐊Ust naim
Klik link ini untuk JOIN    
http://bit.ly/tadabburkalamullah

Facebook:
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah

Читать полностью…

Tadabbur Kalamullah

☆Tadabbur Kalamullah 18 Rejab 1444H☆

قُلۡ مَنۡ حَرَّمَ زِینَةَ ٱللَّهِ ٱلَّتِیۤ أَخۡرَجَ لِعِبَادِهِۦ وَٱلطَّیِّبَـٰتِ مِنَ ٱلرِّزۡقِۚ قُلۡ هِیَ لِلَّذِینَ ءَامَنُوا۟ فِی ٱلۡحَیَوٰةِ ٱلدُّنۡیَا خَالِصَةࣰ یَوۡمَ ٱلۡقِیَـٰمَةِۗ كَذَ ٰ⁠لِكَ نُفَصِّلُ ٱلۡـَٔایَـٰتِ لِقَوۡمࣲ یَعۡلَمُونَ

Katakanlah (wahai Muhammad): "Siapakah yang (berani) mengharamkan perhiasan Allah yang telah dikeluarkanNya untuk hamba-hambaNya, dan demikian juga benda-benda yang baik lagi halal dari rezeki yang dikurniakanNya?" Katakanlah: "Semuanya itu ialah (nikmat-nikmat) untuk orang-orang yang beriman (dan juga yang tidak beriman) dalam kehidupan dunia; (nikmat-nikmat itu pula) hanya tertentu (bagi orang-orang yang beriman sahaja) pada hari kiamat". Demikianlah Kami jelaskan ayat-ayat keterangan Kami satu persatu bagi orang-orang yang (mahu) mengetahui" [Surah al-Aʿraf 32]

#Dalam ayat ini Allah swt menempelak golongan manusia yang berani atau memandai-mandai mengharamkan perhiasan yang dikurniakan kepada hambaNya.

#Allah menempelak mereka yang menghalang keindahan yang telah dikurniakan untuk digunakan oleh manusia. Semua itu ciptakan untuk manusia manfaatkan. Maka sesiapa yang mengharamkan memakai pakaian yang cantik dan indah, itu adalah salah dan bertentangan dengan perintah Allah swt.

#Diriwayatkan bahawa Rasulullah saw juga memakai pakaian yang cantik-cantik dan adakalanya yang mahal yang di hadiah kepada baginda saw. Maka, tidak salah jika kita berhias serta mencantikkan diri dengan pakaian yang indah.

#Imam Muslim meriwayatkan dari Sayidina Ibnu Mas’ud r.a, bahawa Rasulullah saw bersabda:

لا يدخل الجنة من كان في قلبه مثقال حبة من كبر

“Tidak masuk syurga seorang yang ada sifat takabbur dalam hatinya walau sebesar biji sawi”.

Lalu berkata seorang lelaki:

أن الرجل يحب أن يكون ثوبه حسنا و نعله حسنا

“Jika seorang lelaki suka memakai pakaian yang cantik dan memakai kasut yang lawa, adakah dia juga dikatakan takabbur?”.

Lalu jawab baginda saw:

إن الله جميل يحب الجمال ، الكبر بطر الحق و غمط الناس

“Tidak! Allah itu cantik dan Ia sukakan kecantikan. Yang dikatakan takabbur itu ialah enggan menerima kebenaran (iaitu sombong terhadap kebenaran) dan memandang rendah terhadap manusia”.

#Dikisahkan bahawa Imam Malik rahimahullah sering memakai pakaian yang indah-indah. Malah beliau tidak memakai pakaiannya sebanyak dua kali. Setelah sudah dipakai, diberikannya kepada orang miskin selepas itu.

#Pakaian yang dilarang ialah memakai pakaian syuhrah. Sabda Nabi saw:

مَنْ لَبِسَ ثَوْبَ شُهْرَةٍ فِي الدُّنْيَا، أَلْبَسَهُ اللهُ ثَوْبَ مَذَلَّةٍ يَوْمَ الْقِيَامَةِ، ثُمَّ أَلْهَبَ فِيهِ نَارا

“Sesiapa memakai pakaian Syuhrah (kemasyhuran), nescaya Allah akan memakaikan kepadanya pakaian kehinaan pada hari kiamat nanti. Kemudian ia akan dibakar dengan pakaiannya ke dalam neraka”. (HR Ahmad, Abu Daud dan an-Nasaie)

#Pakaian Syuhrah bermaksud pakaian yang dipakai untuk dikenali oleh orang lain, yakni untuk menunjukkan perbezaan diri dengan orang lain. Tujuannya sama ada untuk berbangga-bangga di hadapan orang lain dengan perasaan takjub dan besar diri (takbur) atau untuk menunjuk-nunjuk kezuhudan dengan perasan riyak dan nifak (berpura-pura).

#Ada seorang lelaki bertanya Ibnu Umar r.a: “Apakah pakaian yang baik untuk aku pakai?”. Jawab Ibnu Umar: “Pakailah pakaian yang sekira-kira kamu tidak akan diperlekehkan oleh orang-orang bodoh (as-sufaha’) (kerana buruknya pakaian itu dan tidak ada nilai) dan tidak dikeji oleh orang-orang cerdik (hukama’) (kerana melampaui had kesederhanaan)” (HR at-Thabrani)

...Bersambung...

♡Allah menghalalkan kita berhias dan berpakaian cantik. Maka sesiapa memandai-mandai mengharamkan perhiasan yang halal, maka dia dimurkai Allah swt♡

🐊Ust naim
Klik link ini untuk JOIN    
http://bit.ly/tadabburkalamullah

Facebook:
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah

Читать полностью…

Tadabbur Kalamullah

☆Tadabbur Kalamullah 16 Rejab 1444H☆

یَـٰبَنِیۤ ءَادَمَ خُذُوا۟ زِینَتَكُمۡ عِندَ كُلِّ مَسۡجِدࣲ وَكُلُوا۟ وَٱشۡرَبُوا۟ وَلَا تُسۡرِفُوۤا۟ۚ إِنَّهُۥ لَا یُحِبُّ ٱلۡمُسۡرِفِینَ

"Wahai anak-anak Adam! Pakailah pakaian kamu yang indah berhias pada tiap-tiap kali kamu ke tempat ibadat (atau mengerjakan sembahyang), dan makanlah serta minumlah, dan jangan pula kamu melampau; sesungguhnya Allah tidak suka akan orang-orang yang melampaui batas" [Surah al-A`raf 31]

#Dalam ayat ini juga, Allah swt menyebut tentang perihal makan minum.

#Sebab turun ayat ini adalah berkaitan perihal golongan Arab Jahiliyah. Ketika mengerjakan haji, mereka tidak makan dan minum dengan anggapan itu adalah perbuatan yang baik. Mereka cipta satu fahaman dalam agama iaitu meninggalkan makan minum semasa mengerjakan haji. Ini sikap melampau dan berlebih-lebihan dalam agama. Allah swt tidak memerintahkan hal tersebut, namun mereka lakukan dengan pelbagai anggapan kebaikan.

#Pelbagai rezeki dikurniakan Allah kepada kita, maka makanlah dan nikmatilah segala pemberian Allah itu. Jangan kita mengharamkan makanan yang Allah tidak haramkan. Dan makanlah segala yang halal tanpa mengharamkannya.

#Islam bukanlah agama yang ekstrim. Islam tidak menyusahkan umatnya. Islam tidak menyeksa umatnya. Secara umum, kita boleh makan dan minum apa sahaja yang halal dengan tidak ada pantang larang yang tidak sepatutnya. Kita tidak boleh mengamalkan pantang larang yang tidak disuruh dalam syarak. Bimbang ianya termasuk mengharamkan yang halal.

#Sabda Rasulullah saw: 

كُلُوا وَاشْرَبُوا وَالْبَسُوا وَتَصَدَّقُوا، فِي غَيْرِ مَخِيلة وَلَا سرَف، فَإِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ أَنْ يَرَى نِعْمَتَهُ عَلَى عَبْدِهِ

"Makan, minum, berpakaian, dan bersedekahlah kalian tanpa dengan kesombongan dan berlebih-lebihan, kerana sesungguhnya Allah ‎swt suka bila melihat nikmatNya digunakan oleh hambaNya" (HR Ahmad, at-Tirmizi dan Ibn Majah)

#Maksudnya, makanlah sesuka hatimu dan berpakaianlah sesuka hatimu selagi dihindari dua perkara, iaitu berlebih-lebihan dan sombong.

...Bersambung...

♡Kita diperintah untuk makan dan minum namun janganlah berlebihan dan melampaui batas♡

🐊Ust naim
Klik link ini untuk JOIN    
http://bit.ly/tadabburkalamullah

Facebook:
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah

Читать полностью…

Tadabbur Kalamullah

☆Tadabbur Kalamullah 14 Rejab 1444H☆

فَرِیقًا هَدَىٰ وَفَرِیقًا حَقَّ عَلَیۡهِمُ ٱلضَّلَـٰلَةُۚ إِنَّهُمُ ٱتَّخَذُوا۟ ٱلشَّیَـٰطِینَ أَوۡلِیَاۤءَ مِن دُونِ ٱللَّهِ وَیَحۡسَبُونَ أَنَّهُم مُّهۡتَدُونَ

"Sebahagian (dari umat manusia) diberi hidayah petunjuk oleh Allah (dengan diberi taufiq untuk beriman dan beramal soleh); dan sebahagian lagi (yang ingkar) berhaklah mereka ditimpa kesesatan (dengan pilihan mereka sendiri), kerana sesungguhnya mereka telah menjadikan Syaitan-syaitan itu pemimpin-pemimpin (yang ditaati) selain Allah. Serta mereka pula menyangka, bahawa mereka berada dalam petunjuk hidayah" [Surah al-A`raf 30]

#Allah swt mengatakan bahawa dalam kalangan manusia ada yang beroleh petunjuk hidayahNya lalu mereka beriman sepenuh jiwa kepada Allah swt. Inilah orang yang beriman yang tidak mensyirikkan Allah swt.

#Sebahagian manusia lagi tidak beroleh petunjuk hidayah daripada Allah swt dan mereka memilih untuk berada dalam kesesatan. Walaupun disampaikan dakwah dan penjelasan daripada para nabi dan pewarisnya, mereka tidak menerima bahkan menolak untuk beriman kepada Allah.

#Sabda Nabi saw tentang dua golongan ini:

فَأَمَّا مَنْ كَانَ مِنْكُمْ مِنْ أَهْلِ السَّعَادَةِ فَسَيُيَسَّرُ لِعَمَلِ أَهْلِ السَّعَادَةِ، وَأَمَّا مَنْ كَانَ مِنْ أَهْلِ الشَّقَاوَةِ فَسَيُيَسَّرُ لِعَمَلِ أَهْلِ الشَّقَاوَةِ

"Adapun orang yang telah ditakdirkan termasuk orang-orang yang berbahagia, maka dimudahkan baginya jalan mengerjakan amal orang-orang yang bahagia. Dan adapun orang yang telah ditakdir­kan termasuk orang-orang yang celaka, maka dimudahkan baginya mengerjakan amal perbuatan orang-orang yang celaka" (HR al-Bukhari dan Muslim)

#Disebabkan kedegilan mereka, maka Allah telah menetapkan yang mereka tidak akan beriman sampai bila-bila. Allah swt menutup pintu hati mereka daripada menerima iman. Mereka ditutup pintu hati setelah berkali-kali menolak dakwah tauhid yang disampaikan kepada mereka.

#Allah juga mengatakan penyebab mereka ditutup pintu hati daripada menerima iman sampai bila-bila adalah kerana mereka telah menjadikan syaitan sebagai pelindung, pemimpin dan teman rapat dalam hidup mereka. Sepatutnya mereka menjadikan Allah ‎sebagai Tuhan, tetapi mereka telah tertipu dengan pujukan, hasutan dan bisikan syaitan, maka mereka telah disesatkan.

#Lebih malang lagi golongan yang sesat itu merasakan mereka berada dalam kebenaran. Maka selama-lamalah mereka sesat dan terpesong dalam keadaan mereka berpendirian mereka benar.

♡Sentiasalah berdoa kepada Allah swt agar ditetapkan iman kita seteguh-teguhnya serta istiqamahkan kita dalam kebenaran hingga ke akhir hayat kita. Aamiiin♡

🐊Ust naim
Klik link ini untuk JOIN    
http://bit.ly/tadabburkalamullah

Facebook:
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah

Читать полностью…

Tadabbur Kalamullah

☆Tadabbur Kalamullah 12 Rejab 1444H☆

قُلۡ أَمَرَ رَبِّی بِٱلۡقِسۡطِۖ وَأَقِیمُوا۟ وُجُوهَكُمۡ عِندَ كُلِّ مَسۡجِدࣲ وَٱدۡعُوهُ مُخۡلِصِینَ لَهُ ٱلدِّینَۚ كَمَا بَدَأَكُمۡ تَعُودُونَ

Katakanlah: "Tuhanku menyuruh berlaku adil (pada segala perkara), dan (menyuruh supaya kamu) hadapkan muka (dan hati) kamu (kepada Allah) dengan betul pada tiap-tiap kali mengerjakan sembahyang, dan beribadatlah dengan mengikhlaskan amal ugama kamu kepadaNya semata-mata; (kerana) sebagaimana Ia telah menjadikan kamu pada mulanya, (demikian pula) kamu akan kembali (kepadaNya)" [Surah al-A`raf 29]

#Kemudian Allah swt perintahkan agar wajah dan hati kita benar-benar mengadap Allah swt ketika mendirikan solat. Seluruh tubuh termasuk wajah mesti mengadap kiblat.

#Para ulamak sepakat menyatakan bahawa mengadap ke arah kiblat merupakan salah satu daripada syarat sah solat melainkan dalam keadaan-keadaan tertentu yang dibenarkan seperti solat ketika dalam peperangan dan solat sunah dalam keadaan bermusafir.

وَمِنۡ حَیۡثُ خَرَجۡتَ فَوَلِّ وَجۡهَكَ شَطۡرَ ٱلۡمَسۡجِدِ ٱلۡحَرَامِۚ وَحَیۡثُ مَا كُنتُمۡ فَوَلُّوا۟ وُجُوهَكُمۡ شَطۡرَهُ

"Dan dari mana sahaja engkau keluar (untuk mengerjakan sembahyang), maka hadapkanlah mukamu ke arah masjid Al-Haraam (Kaabah); dan di mana sahaja kamu berada maka hadapkanlah muka kamu ke arahnya..." [Surah al-Baqarah 150]

#Begitu juga hati mesti khusyuk ketika solat. Hati mesti ingat akan Allah swt. Tidak boleh lalai dan ingat selain Allah swt. Firman Allah swt:

إِنَّنِیۤ أَنَا ٱللَّهُ لَاۤ إِلَـٰهَ إِلَّاۤ أَنَا۠ فَٱعۡبُدۡنِی وَأَقِمِ ٱلصَّلَوٰةَ لِذِكۡرِیۤ

"Sesungguhnya Akulah Allah; tiada tuhan melainkan Aku; oleh itu, sembahlah akan Daku, dan dirikanlah sembahyang untuk mengingati Daku" [Surah Ta-ha 14]

#Firman Allah swt lagi:

حَـٰفِظُوا۟ عَلَى ٱلصَّلَوَ ٰ⁠تِ وَٱلصَّلَوٰةِ ٱلۡوُسۡطَىٰ وَقُومُوا۟ لِلَّهِ قَـٰنِتِینَ

"Peliharalah kamu (kerjakanlah dengan tetap dan sempurna pada waktunya) segala sembahyang fardu, khasnya sembahyang Wusta (sembahyang Asar), dan berdirilah kerana Allah (dalam sembahyang kamu) dengan taat dan khusyuk" [Surah al-Baqarah 238]

#Orang yang solat dengan sempurna dan penuh khusyuk akan digolongkan dalam kalangan hambaNya yang berjaya.

قَدۡ أَفۡلَحَ ٱلۡمُؤۡمِنُونَ * ٱلَّذِینَ هُمۡ فِی صَلَاتِهِمۡ خَـٰشِعُونَ

"Sesungguhnya berjayalah orang-orang yang beriman, iaitu mereka yang khusyuk dalam sembahyangnya" [Surah al-Mu’minun 1-2]

#Berkata Imam Ibn Kathir: "Maksudnya mereka telah mendapatkan kemenangan, kebahagiaan, serta memperoleh keberuntungan. Mereka itulah orang-orang Mukmin yang bersifat dengan sifat-sifat ini: Orang-orang yang khusyuk dalam solatnya"

...Bersambung...

♡Solatlah dengan khusyuk dan dalam keadaan merendah diri kepada Allah swt♡

🐊Ust naim
Klik link ini untuk JOIN    
http://bit.ly/tadabburkalamullah

Facebook:
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah

Читать полностью…

Tadabbur Kalamullah

☆Tadabbur Kalamullah 10 Rejab 1444H☆

وَإِذَا فَعَلُوا۟ فَـٰحِشَةࣰ قَالُوا۟ وَجَدۡنَا عَلَیۡهَاۤ ءَابَاۤءَنَا وَٱللَّهُ أَمَرَنَا بِهَاۗ قُلۡ إِنَّ ٱللَّهَ لَا یَأۡمُرُ بِٱلۡفَحۡشَاۤءِۖ أَتَقُولُونَ عَلَى ٱللَّهِ مَا لَا تَعۡلَمُونَ

Dan (orang-orang yang tidak beriman itu) apabila mereka melakukan sesuatu perbuatan yang keji, mereka berkata: "Kami dapati datuk nenek kami mengerjakannya, dan Allah perintahkan kami mengerjakannya". Katakanlah (wahai Muhammad): "Sesungguhnya Allah tidak sekali-kali menyuruh mengerjakan perbuatan yang keji. Patutkah kamu mengatakan terhadap Allah apa yang kamu tidak mengetahuinya?" [Surah al-A`raf 28]

#Allah swt menceritakan pada kita semua tentang penipuan golongan musyrikin. Mereka melakukan amalan yang bertentangan dengan syarak, amalan khurafat dan amalan keji lalu mengatakan bahawa itu semua merupakan perintah Allah swt.

#Ini merupakan penipuan yang besar kerana menggunakan nama Allah ‎swt. Menipu menggunakan nama Allah swt. Mereka melakukan perkara keji lalu mengatakan Allah swt yang perintahkan kerana datuk nenek moyang mereka sudah lama lakukan dan mereka yakin tidak mungkin datuk nenek moyang mereka melakukan perkara yang salah.

#Allah swt memerintahkan agar Nabi Muhammad saw memberitahu mereka semua bahawa sesungguhnya Allah swt tidak sama sekali memerintahkan agar dilakukan perkara yang keji dan mungkar. Allah swt hanya memerintah hambaNya agar melakukan perkara yang baik-baik sahaja.

إِنَّ ٱللَّهَ یَأۡمُرُ بِٱلۡعَدۡلِ وَٱلۡإِحۡسَـٰنِ وَإِیتَاۤىِٕ ذِی ٱلۡقُرۡبَىٰ وَیَنۡهَىٰ عَنِ ٱلۡفَحۡشَاۤءِ وَٱلۡمُنكَرِ وَٱلۡبَغۡیِۚ یَعِظُكُمۡ لَعَلَّكُمۡ تَذَكَّرُونَ

"Sesungguhnya Allah menyuruh berlaku adil, dan berbuat kebaikan, serta memberi bantuan kepada kaum kerabat; dan melarang daripada melakukan perbuatan-perbuatan yang keji dan mungkar serta kezaliman. Ia mengajar kamu (dengan suruhan dan laranganNya ini), supaya kamu mengambil peringatan mematuhiNya" [Surah an-Nahl 90]

♡Di dalam masyarakat kita pada hari ini juga wujud pengamalan amalan-amalan keji dan pelik, namun dilakukan dengan alasan orang tua-tua buat, amalan turun temurun, amalan tradisi, amalan adat istiadat dan sebagainya walaupun jelas bertentangan dengan syarak. Lakukan amalan yang jelas suruhan syarak dan tinggalkan yang bertentangan dengannya♡

🐊Ust naim
Klik link ini untuk JOIN    
http://bit.ly/tadabburkalamullah

Facebook:
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah

Читать полностью…

Tadabbur Kalamullah

☆Tadabbur Kalamullah 8 Rejab 1444H☆

یَـٰبَنِیۤ ءَادَمَ لَا یَفۡتِنَنَّكُمُ ٱلشَّیۡطَـٰنُ كَمَاۤ أَخۡرَجَ أَبَوَیۡكُم مِّنَ ٱلۡجَنَّةِ یَنزِعُ عَنۡهُمَا لِبَاسَهُمَا لِیُرِیَهُمَا سَوۡءَ ٰ⁠ تِهِمَاۤۚ إِنَّهُۥ یَرَىٰكُمۡ هُوَ وَقَبِیلُهُۥ مِنۡ حَیۡثُ لَا تَرَوۡنَهُمۡۗ إِنَّا جَعَلۡنَا ٱلشَّیَـٰطِینَ أَوۡلِیَاۤءَ لِلَّذِینَ لَا یُؤۡمِنُونَ

"Wahai anak-anak Adam! Janganlah kamu diperdayakan oleh Syaitan sebagaimana ia telah mengeluarkan kedua ibu bapa kamu dari Syurga, sambil ia menyebabkan terlucutnya pakaian mereka berdua untuk memperlihatkan kepada mereka: aurat mereka (yang sebelum itu tertutup). Sesungguhnya Syaitan dan kaumnya melihat kamu dengan keadaan yang kamu tidak dapat melihat mereka. Sesungguhnya Kami telah menjadikan Syaitan-syaitan itu teman rapat bagi orang-orang yang tidak beriman" [Surah al-A`raf 27]

#Di akhir ayat ini, Allah swt mengatakan bahawa di jadikan syaitan sebagai teman rapat bagi orang-orang yang tidak beriman. Hidup mereka sentiasa didampingi syaitan. Syaitan sentiasa bersama-sama dengan mereka.

#Syaitan tersebut akan mengajak mereka melakukan amalan syirik, mengajak melakukan perkara maksiat, menghasut ke dunia kesesatan serta memastikan mereka sentiasa dalam dosa dan kederhakaan.

#Firman Allah swt:

وَمَنْ يَعْشُ عَنْ ذِكْرِ الرَّحْمَنِ نُقَيِّضْ لَهُ شَيْطَانًا فَهُوَ لَهُ قَرِينٌ

Dan sesiapa yang tidak mengindahkan pengajaran (Al-Quran yang diturunkan oleh Allah) Yang maha Pemurah, Kami akan adakan baginya Syaitan (yang menghasut dan menyesatkannya), lalu menjadilah Syaitan itu temannya yang tidak renggang daripadanya" [Surah az-Zukhruf 36]

#Firman Allah swt:

وَقَيَّضْنَا لَهُمْ قُرَنَاءَ فَزَيَّنُوا لَهُمْ

“Dan Kami adakan untuk mereka teman-teman rapat (dari jin dan manusia), lalu teman-teman itu memperhiaskan kepada mereka (fahaman-fahaman sesat)…” [Surah Fussilat 25]

#Sabda Rasulullah saw:

مَا مِنْكُمْ مِنْ أَحَدٍ إِلَّا وَقَدْ وُكِّلَ بِهِ قَرِينُهُ مِنَ الْجِنِّ، وَقَرِينُهُ مِنَ الْمَلَائِكَةِ

 Setiap kalian (manusia) ada Qarin (pendamping) dari bangsa jin, dan juga Qarin dari bangsa Malaikat" (HR Ahmad)

#Daripada Sayidina Abdullah Ibn Mas’ud, Rasulullah saw bersabda:

مَا مِنْكُمْ مِنْ أَحَدٍ، إِلَّا وَقَدْ وُكِّلَ بِهِ قَرِينُهُ مِنَ الْجِنِّ

Tidaklah salah seorang dari kalian, kecuali didampingi Qarinnya dari bangsa jin... (HR Muslim)

♡Bagi sesiapa yang tidak beriman dan sentiasa melakukan maksiat maka Allah menjadikannya sentiasa dikuasai dan didampingi syaitan. Maka hidupnya sentiasa dalam kekufuran dan kejahatan♡

🐊Ust naim
Klik link ini untuk JOIN    
http://bit.ly/tadabburkalamullah

Facebook:
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah

Читать полностью…
Subscribe to a channel