tadabburkalamullah | Unsorted

Telegram-канал tadabburkalamullah - Tadabbur Kalamullah

13574

Oleh Ustaz Muhamad Naim Haji Hashim

Subscribe to a channel

Tadabbur Kalamullah

☆Tadabbur Kalamullah 19 Rejab 1444H☆

قُلۡ مَنۡ حَرَّمَ زِینَةَ ٱللَّهِ ٱلَّتِیۤ أَخۡرَجَ لِعِبَادِهِۦ وَٱلطَّیِّبَـٰتِ مِنَ ٱلرِّزۡقِۚ قُلۡ هِیَ لِلَّذِینَ ءَامَنُوا۟ فِی ٱلۡحَیَوٰةِ ٱلدُّنۡیَا خَالِصَةࣰ یَوۡمَ ٱلۡقِیَـٰمَةِۗ كَذَ ٰ⁠لِكَ نُفَصِّلُ ٱلۡـَٔایَـٰتِ لِقَوۡمࣲ یَعۡلَمُونَ

Katakanlah (wahai Muhammad): "Siapakah yang (berani) mengharamkan perhiasan Allah yang telah dikeluarkanNya untuk hamba-hambaNya, dan demikian juga benda-benda yang baik lagi halal dari rezeki yang dikurniakanNya?" Katakanlah: "Semuanya itu ialah (nikmat-nikmat) untuk orang-orang yang beriman (dan juga yang tidak beriman) dalam kehidupan dunia; (nikmat-nikmat itu pula) hanya tertentu (bagi orang-orang yang beriman sahaja) pada hari kiamat". Demikianlah Kami jelaskan ayat-ayat keterangan Kami satu persatu bagi orang-orang yang (mahu) mengetahui" [Surah al-Aʿraf 32]

#Kemudian Allah swt menegur mereka yang mengharamkan rezeki yang baik lagi halal. Janganlah kita terlalu ekstrim dan melampau dalam mengamalkan ajaran agama sehingg mengharamkan makanan atau rezeki yang lazat ke atas diri sendiri.

#Terdapat sebahagian daripada kita pada hari ini kerana terlalu ingin diet atau terlalu menjaga kesihatan sehingga mengharamkan makanan yang lazat dan enak demi menjaga kecantikan dan bentuk tubuh badan. Ada juga atas dasar pantang larang sehingga mengharamkan sesuatu yang halal. Ini bersalahan dengan kehendak syarak.

#Jika dikawal pemakanan atas sebab kesihatan maka itu dibenarkan. Kawalan berbeza dengan pengharaman. Oleh itu, jangan memandai-mandai mengatakan itu halal, itu haram sesuka hati. Firman Allah swt:

وَلَا تَقُولُوا لِمَا تَصِفُ أَلْسِنَتُكُمُ الْكَذِبَ هَذَا حَلَالٌ وَهَذَا حَرَامٌ لِتَفْتَرُوا عَلَى اللَّهِ الْكَذِبَ إِنَّ الَّذِينَ يَفْتَرُونَ عَلَى اللَّهِ الْكَذِبَ لَا يُفْلِحُونَ

"Dan janganlah kamu berdusta dengan sebab apa yang disifatkan oleh lidah kamu: “Ini halal dan ini haram”, untuk mengada-adakan sesuatu yang dusta terhadap Allah SWT. Sesungguhnya orang-orang yang berdusta terhadap Allah SWT tidak akan berjaya" [Surah an-Nahl 116]

#Sabda Nabi saw:

مَا أَحَلَّ اللهُ في كتابِهِ فَهُو حَلاَلٌ وَمَا حَرَّمَ فَهُوَ حَرَامٌ وَمَا سَكَتَ عَنهُ فَهُوَ عَفْوٌ فَاقْبَلُوا مِنَ اللهِ عَافِيَتُهُ فَإِنَّ اللهَ لَم يَكُن لِيَنْسَى شَيئًا. وَقَالَ: وَمَا كَانَ رَبُّكَ نَسِيًّا

Apa sahaja yang dihalalkan oleh Allah swt di dalam kitabNya, maka ianya adalah halal dan apa sahaja yang diharamkanNya, maka ianya pula adalah haram. Dan apa sahaja yang didiamkanNya, maka ianya itu dimaafkan. Dan terimalah kemaafannya itu daripada Allah swt, kerana sesungguhnya Allah swt tidak lupa barang sedikitpun. Kemudian Rasulullah saw membaca daripada firman Allah swt: Dan tiadalah Tuhanmu itu akan lupa (Surah Maryam 64 (HR al-Hakim dan al-Bazzar)

#Semua rezeki yang dikurniakan Allah di bumi ini adalah nikmat untuk orang yang beriman dan juga untuk mereka yang tidak beriman. Allah menyediakan pelbagai rezeki dan nikmat untuk kita gunakan dan mensyukurinya. Ini menunjukkan betapa pemurah dan baiknya Allah swt kepada semua makhlukNya.

أَلَمْ تَرَوْا أَنَّ اللَّهَ سَخَّرَ لَكُمْ مَا فِي السَّمَاوَاتِ وَمَا فِي الْأَرْضِ وَأَسْبَغَ عَلَيْكُمْ نِعَمَهُ ظَاهِرَةً وَبَاطِنَةً

"Tidakkah kamu memperhatikan bahawa Allah swt telah memudahkan untuk kegunaan kamu apa yang ada di langit dan yang ada di bumi, dan telah melimpahkan kepada kamu nikmat-nikmatNya yang zahir dan yang batin" [Surah Luqman 20]

#Ingatlah bahawa segala rezeki dan nikmat yang kita perolehi akan ditanya di akhirat kelak. Namun di akhirat kelak, orang beriman sahaja yang akan menikmati kehidupan yang senang. Sedangkan orang tidak beriman, tidak akan diberikan dengan nikmat itu. Mereka akan mengalami kehidupan yang sukar, dimasukkan ke dalam neraka dan mereka akan kekal di dalamnya.

♡Nikmatilah segala rezeki yang halal. Manfaatkanlah sebaik mungkin. Pastikan halal dan tidak memudaratkan. Jangan sesekali mengharamkan rezeki halal yang dikurniakan Allah swt♡

🐊Ust naim
Klik link ini untuk JOIN    
http://bit.ly/tadabburkalamullah

Facebook:
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah

Читать полностью…

Tadabbur Kalamullah

☆Tadabbur Kalamullah 17 Rejab 1444H☆

یَـٰبَنِیۤ ءَادَمَ خُذُوا۟ زِینَتَكُمۡ عِندَ كُلِّ مَسۡجِدࣲ وَكُلُوا۟ وَٱشۡرَبُوا۟ وَلَا تُسۡرِفُوۤا۟ۚ إِنَّهُۥ لَا یُحِبُّ ٱلۡمُسۡرِفِینَ

"Wahai anak-anak Adam! Pakailah pakaian kamu yang indah berhias pada tiap-tiap kali kamu ke tempat ibadat (atau mengerjakan sembahyang), dan makanlah serta minumlah, dan jangan pula kamu melampau; sesungguhnya Allah tidak suka akan orang-orang yang melampaui batas" [Surah al-A`raf 31]

#Allah swt mengatakan bahawa Dia membenci orang yang melampaui batas. Allah swt tidak suka orang yang berlebih-lebihan dalam makanan, minum, berpakaian dan dalam segala perkara. Islam adalah agama pertengahan dan membenci sikap melampau dan berlebih-lebihan.

#Firman Allah swt:

وَكَذَ ٰ⁠لِكَ جَعَلۡنَـٰكُمۡ أُمَّةࣰ وَسَطࣰا لِّتَكُونُوا۟ شُهَدَاۤءَ عَلَى ٱلنَّاسِ وَیَكُونَ ٱلرَّسُولُ عَلَیۡكُمۡ شَهِیدࣰاۗ

“Dan yang demikian itu Kami telah menjadikan kalian (umat Islam) sebagai umat pertengahan agar kalian menjadi saksi atas (perbuatan) manusia dan agar Rasul (Muhammad) menjadi saksi atas perbuatan kalian” [Surah Al-Baqarah 143]

#Daripada Mutharrif bin Abdillah berkata:

خَيْرُ الْأُمُورِ أَوْسَاطُهَا

Sebaik-baik perkara adalah yang pertengahan" (Riwayat al-Baihaqi)

#Nabi saw juga melarang seseorang itu bersifat melampau dalam beragama.

#Daripada Sayidina Abdullah bin Mas’ud r.a, bahawa Nabi saw bersabda sebanyak tiga kali:

هَلَكَ الْمُتَنَطِّعُونَ

"Musnahlah golongan yang melampau" (HR Muslim)
 
#Berkata Imam an-Nawawi ketika menafsirkan maksud “الْمُتَنَطِّعُونَ” ialah mereka yang terlalu teliti, melampau dan melepasi had atau batasan dalam perkataan dan perbuatan mereka. (Lihat: al-Minhaj)

♡Sifat melampau dan berlebih-lebihan sangat tidak disukai Allah dan dibenci oleh agama. Maka, bersederhanalah dalam setiap perkara dan ini amatlah dituntut. Hal ini kerana, sikap melampau atau terlalu memudahkan akan memberi kesan yang buruk kepada agama dan individu itu sendiri♡

🐊Ust naim
Klik link ini untuk JOIN    
http://bit.ly/tadabburkalamullah

Facebook:
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah

Читать полностью…

Tadabbur Kalamullah

☆Tadabbur Kalamullah 15 Rejab 1444H☆

یَـٰبَنِیۤ ءَادَمَ خُذُوا۟ زِینَتَكُمۡ عِندَ كُلِّ مَسۡجِدࣲ وَكُلُوا۟ وَٱشۡرَبُوا۟ وَلَا تُسۡرِفُوۤا۟ۚ إِنَّهُۥ لَا یُحِبُّ ٱلۡمُسۡرِفِینَ

"Wahai anak-anak Adam! Pakailah pakaian kamu yang indah berhias pada tiap-tiap kali kamu ke tempat ibadat (atau mengerjakan sembahyang), dan makanlah serta minumlah, dan jangan pula kamu melampau; sesungguhnya Allah tidak suka akan orang-orang yang melampaui batas" [Surah al-A`raf 31]

#Allah swt memaklumkan dalam ayat ini, hendaklah memakai pakaian yang indah yakni menutup aurat ketika melakukan ibadah tawaf dan ketika beribadah.

#Hal ini kerana orang Arab Jahiliah dahulunya tawaf dalam keadaan telanjang. Mereka berbogel ketika tawaf kerana beranggapan mereka tidak layak memakai pakaian kerana semua pakaian mereka pernah digunakan untuk membuat dosa. Mereka mengatakan bahawa tidak boleh memakai pakaian yang mereka pernah pakai ketika membuat dosa. Ini adalah pemikiran yang salah dan sesat. Maka Allah swt menegur mereka dalam ayat ini.

#Maka, Allah swt memerintahkan kita apabila ke masjid untuk mengerjakan solat, mesti menutup aurat dengan sempurna.

#Selain itu, kita juga hendaklah memakai pakaian yang indah. Pakailah pakaian yang cantik-cantik, yang bersih, yang indah ketika solat. Lagi indah jika memakai wangi-wangian ketika mengerjakan solat.

#Ini adalah adab kita dengan pencipta kita, Allah swt. Ingatlah bahawa kita sedang bermunajat dengan Allah swt, maka hendaklah kita berpakaian kemas, menutup aurat, sopan dan seindah mungkin.

#Pakaian yang paling utama, yang terbaik dan terindah ialah yang berwarna putih. Sabda Nabi saw:

الْبَسُوا مِنْ ثِيَابِكُمُ الْبَيَاضَ، فَإِنَّهَا مِنْ خير ثيابكم، وكَفِّنوا فيها موتاكم، وإن خَيْرِ أَكْحَالِكُمُ الإثْمِد، فَإِنَّهُ يَجْلُو الْبَصَرَ، وَيُنْبِتُ الشَّعْرَ 

"Pakailah pakaian kamu yang berwarna putih, kerana sesungguh­nya pakaian putih adalah pakaian terbaik, dan kafankanlah dengannya orang-orang mati di kalangan kamu. Dan sesungguhnya sebaik-baik celak ialah memakai ismid, kerana sesungguhnya ismid itu dapat mencerahkan pandangan mata dan menumbuhkan rambut" (HR Abu Daud, at-Tirmizi dan Ibnu Majah)

..Bersambung..

♡Jika berjumpa manusia kita boleh berpakaian indah, cantik dan kemas maka ketika berhadapan dengan Allah sepatutnya pakaian kita lebih indah, lebih cantik dan lebih kemas. Selamat bermuhasabah!!♡

🐊Ust naim
Klik link ini untuk JOIN    
http://bit.ly/tadabburkalamullah

Facebook:
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah

Читать полностью…

Tadabbur Kalamullah

☆Tadabbur Kalamullah 13 Rejab 1444H☆

قُلۡ أَمَرَ رَبِّی بِٱلۡقِسۡطِۖ وَأَقِیمُوا۟ وُجُوهَكُمۡ عِندَ كُلِّ مَسۡجِدࣲ وَٱدۡعُوهُ مُخۡلِصِینَ لَهُ ٱلدِّینَۚ كَمَا بَدَأَكُمۡ تَعُودُونَ

Katakanlah: "Tuhanku menyuruh berlaku adil (pada segala perkara), dan (menyuruh supaya kamu) hadapkan muka (dan hati) kamu (kepada Allah) dengan betul pada tiap-tiap kali mengerjakan sembahyang, dan beribadatlah dengan mengikhlaskan amal ugama kamu kepadaNya semata-mata; (kerana) sebagaimana Ia telah menjadikan kamu pada mulanya, (demikian pula) kamu akan kembali (kepadaNya)" [Surah al-A`raf 29]

#Seterusnya Allah swt mengingatkan kita semua agar sentiasa beribadah dengan penuh keikhlasan, hanya semata-mata keranaNya.

#Kita semua diperintahkan untuk melaksanakan amal ibadah secara ikhlas hanya semata-mata kerana Allah swt, tanpa menyekutukan Allah swt dalam amal tersebut dengan sesuatu apa pun. Tidak kerana ganjaran dunia, tidak kerana mengharapkan pujian dan sanjungan manusia, tidak kerana menginginkan kedudukan dunia dan seumpamanya. Sesiapa yang melakukan amalan akhirat demi untuk habuan dunia, itu adalah salah dan sia-sia.

مَنْ طَلَبَ العِلْمَ لِيُجَارِيَ بِهِ العُلَمَاءَ أَوْ لِيُمَارِيَ بِهِ السُّفَهَاءَ أَوْ يَصْرِفَ بِهِ وُجُوهَ النَّاسِ إِلَيْهِ أَدْخَلَهُ اللَّهُ النَّارَ

“Sesiapa yang menuntut ilmu (agama) untuk menyaingi ulamak, atau untuk berbahas dengan orang jahil, atau supaya dengan ilmu tersebut wajah orang ramai tertumpu kepadanya, maka Allah masukkan dia ke dalam neraka” (HR at-Tirmizi dan Ibn Majah)

#Kita perlu menginsafi dan mengingati bahawa keredhaan di sisi Allah swt dan ganjaranNya di akhirat adalah lebih besar berbanding keredhaan manusia serta ganjaran keduniaan yang bersifat sementara semata-mata. Firman Allah swt:

وَالْآخِرَةُ خَيْرٌ وَأَبْقَىٰ

"Padahal kehidupan di akhirat lebih baik dan lebih kekal" [Surah al-A’laa 17]

#Ingatlah bahawa suatu hari nanti kita semua akan bertemu Allah swt dan akan dipertanggungjawabkan segala amalan fizikal dan juga amalan hati kita. Jagalah hati agar sentiasa ikhlas dan lurus kerana Allah swt sahaja.

♡Beramallah dengan ikhlas hanya kerana Allah swt. Sesungguhnya ikhlas adalah asas utama dalam setiap amalan. Niat yang betul dan baik menjadikan seseorang itu mulia di sisi Allah. Niat yang buruk pula menjadikan seseorang itu hina di sisi Allah walaupun kelihatan hebat di sisi manusia. Insaflah!!♡

🐊Ust naim
Klik link ini untuk JOIN    
http://bit.ly/tadabburkalamullah

Facebook:
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah

Читать полностью…

Tadabbur Kalamullah

☆Tadabbur Kalamullah 11 Rejab 1444H☆

قُلۡ أَمَرَ رَبِّی بِٱلۡقِسۡطِۖ وَأَقِیمُوا۟ وُجُوهَكُمۡ عِندَ كُلِّ مَسۡجِدࣲ وَٱدۡعُوهُ مُخۡلِصِینَ لَهُ ٱلدِّینَۚ كَمَا بَدَأَكُمۡ تَعُودُونَ

Katakanlah: "Tuhanku menyuruh berlaku adil (pada segala perkara), dan (menyuruh supaya kamu) hadapkan muka (dan hati) kamu (kepada Allah) dengan betul pada tiap-tiap kali mengerjakan sembahyang, dan beribadatlah dengan mengikhlaskan amal ugama kamu kepadaNya semata-mata; (kerana) sebagaimana Ia telah menjadikan kamu pada mulanya, (demikian pula) kamu akan kembali (kepadaNya)" [Surah al-A`raf 29]

#Adil merupakan salah satu daripada sifat wajib bagi Allah swt dan sifat ketuhanan yang Maha Suci daripada segala kekurangan, bahkan mustahil bagi Allah swt bersifat zalim. Keadilan Allah tiada bandingan dan tandingan. Maha Adil ialah salah satu daripada nama-nama terbaik bagi Allah swt.

شَهِدَ ٱللَّهُ أَنَّهُۥ لَاۤ إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ وَٱلۡمَلَـٰۤىِٕكَةُ وَأُو۟لُوا۟ ٱلۡعِلۡمِ قَاۤىِٕمَۢا بِٱلۡقِسۡطِۚ لَاۤ إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ ٱلۡعَزِیزُ ٱلۡحَكِیمُ

"Allah menerangkan (kepada sekalian makhlukNya dengan dalil-dalil dan bukti), bahawasanya tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang sentiasa mentadbirkan (seluruh alam) dengan keadilan, dan malaikat-malaikat serta orang-orang yang berilmu (mengakui dan menegaskan juga yang demikian); tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia; Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana" [Surah Ali Imran 18]

#Allah swt memerintahkan agar kita semua berlaku adil dalam segala urusan. Iaitu adil dengan Allah swt dengan meletakkan kedudukanNya di tempat yang sepatutnya. Meletakkan kedudukan Allah sebagai Tuhan yang selayaknya disembah, dipohon pertolongan, tidak selainNya. Tidak mensyirikkannya. Tidak menduakanNya.

قُلۡ هُوَ ٱللَّهُ أَحَدٌ * ٱللَّهُ ٱلصَّمَدُ * لَمۡ یَلِدۡ وَلَمۡ یُولَدۡ * وَلَمۡ یَكُن لَّهُۥ كُفُوًا أَحَدُۢ

"Katakanlah (wahai Muhammad): (Tuhanku) ialah Allah Yang Maha Esa. Allah yang menjadi tumpuan sekalian makhluk untuk memohon sebarang hajat. Ia (Allah) tiada beranak dan Ia (Allah) pula tidak diperanakkan. Dan tidak ada sesiapa pun yang serupa dengan-Nya" [Surah al-Ikhlas 1-4]

#Kita juga perlu berlaku adil sesama makhluk dalam setiap perkara. Hal ini kerana Islam memang sangat mementingkan keadilan sebagaimana yang diperintahkan. Kita perlu memberi hak kepada yang selayaknya dan jangan sesekali berlaku zalim. Maka jangan sesekali melampaui batas dalam kehidupan kita. Jangan melampau batas dalam hal agama. Jangan melampaui batas dalam hal dunia. Jangan melakukan perkara yang Allah swt serta Nabi tidak perintahkan.

#Allah berfirman dalam hadis Qudsi:

‌يَا ‌عِبَادِي ‌إِنِّي ‌حَرَّمْتُ ‌الظُّلْمَ ‌عَلَى ‌نَفْسِي، وَجَعَلْتُهُ بَيْنَكُمْ مُحَرَّمًا، فَلَا تَظَالَمُوا

Wahai hamba-hambaKu! Sesungguhnya Aku telah mengharamkan sifat zalim ke atas diriKu dan Aku jadikannya (kezaliman) haram antara kalian, maka janganlah kalian berlaku zalim sesama kalian” (HR Muslim)

...Bersambung...

♡Berlaku adillah dalam segala urusan berkaitan dunia dan akhirat. Sesungguhnya adil itu hampir kepada taqwa♡

🐊Ust naim
Klik link ini untuk JOIN    
http://bit.ly/tadabburkalamullah

Facebook:
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah

Читать полностью…

Tadabbur Kalamullah

☆Tadabbur Kalamullah 9 Rejab  1444H☆

وَإِذَا فَعَلُوا۟ فَـٰحِشَةࣰ قَالُوا۟ وَجَدۡنَا عَلَیۡهَاۤ ءَابَاۤءَنَا وَٱللَّهُ أَمَرَنَا بِهَاۗ قُلۡ إِنَّ ٱللَّهَ لَا یَأۡمُرُ بِٱلۡفَحۡشَاۤءِۖ أَتَقُولُونَ عَلَى ٱللَّهِ مَا لَا تَعۡلَمُونَ

Dan (orang-orang yang tidak beriman itu) apabila mereka melakukan sesuatu perbuatan yang keji, mereka berkata: "Kami dapati datuk nenek kami mengerjakannya, dan Allah perintahkan kami mengerjakannya". Katakanlah (wahai Muhammad): "Sesungguhnya Allah tidak sekali-kali menyuruh mengerjakan perbuatan yang keji. Patutkah kamu mengatakan terhadap Allah apa yang kamu tidak mengetahuinya?" [Surah al-A`raf 28]

#Dalam ayat ini, Allah swt mengatakan bahawa setiap kali golongan kafir itu melakukan penderhakaan dan perbuatan yang keji, yang memalukan, apabila ditegur mereka akan berkata, amalan yang mereka lakukan itu adalah mengikut apa yang telah dilakukan oleh datuk nenek mereka. Mereka hanya mengikut sahaja. Jika salah, tentu datuk nenek mereka tidak lakukan.

#Sejarah menyebut bahawa golongan kafir Musyrikin Mekah tawaf di Kaabah dalam keadaan telanjang bogel. Mereka mendakwa amalan itu telah lama dilakukan oleh datuk nenek moyang mereka. Maka mereka pun meneruskan tradisi itu tanpa banyak soal dan mereka menjadikan hujjah amalan datuk nenek moyang itu sebagai alasan untuk membenarkan perkara keji yang mereka lakukan.

وَإِذَا قِیلَ لَهُمۡ تَعَالَوۡا۟ إِلَىٰ مَاۤ أَنزَلَ ٱللَّهُ وَإِلَى ٱلرَّسُولِ قَالُوا۟ حَسۡبُنَا مَا وَجَدۡنَا عَلَیۡهِ ءَابَاۤءَنَاۤۚ أَوَلَوۡ كَانَ ءَابَاۤؤُهُمۡ لَا یَعۡلَمُونَ شَیۡـࣰٔا وَلَا یَهۡتَدُونَ

Dan apabila dikatakan kepada mereka: "Marilah menurut kepada apa yang telah diturunkan oleh Allah (Al-Quran), dan kepada RasulNya (yang menyampaikannya)", mereka menjawab: "Cukuplah bagi kami apa yang kami dapati datuk nenek kami mengerjakannya". Adakah (mereka akan menurut juga) sekalipun datuk nenek mereka tidak mengetahui apa-apa dan tidak pula mendapat hidayah petunjuk?" [Surah al-Ma'idah 104]

#Sebenarnya ini merupakan suatu amalan atau tradisi yang nenek moyang mereka cipta sendiri dan diwarisi kepada generasi selepas mereka. Lalu mereka meyakini bahawa perbuatan nenek moyang mereka itu bersandarkan kepada perintah Allah ‎swt dan syariatNya. Dan mereka pun mempertahankan perkara keji dan mungkar itu.

وَإِذَا قِیلَ لَهُمُ ٱتَّبِعُوا۟ مَاۤ أَنزَلَ ٱللَّهُ قَالُوا۟ بَلۡ نَتَّبِعُ مَاۤ أَلۡفَیۡنَا عَلَیۡهِ ءَابَاۤءَنَاۤۚ أَوَلَوۡ كَانَ ءَابَاۤؤُهُمۡ لَا یَعۡقِلُونَ شَیۡـࣰٔا وَلَا یَهۡتَدُونَ

"Dan apabila dikatakan kepada mereka: "Turutlah akan apa yang telah diturunkan oleh Allah" mereka menjawab: "(Tidak), bahkan kami (hanya) menurut apa yang kami dapati datuk nenek kami melakukannya". Patutkah (mereka menurutnya) sekalipun datuk neneknya itu tidak faham sesuatu (apa pun tentang perkara-perkara ugama), dan tidak pula mendapat petunjuk hidayah (dari Allah)?" [Surah al-Baqarah 170]

#Begitulah juga dengan sebahagian kita pada hari ini yang masih mengamalkan amalan khurafat, bidaah dan mungkar yang diwarisi daripada generasi nenek moyang, akan menggunakan berbagai-bagai alasan dan hujah untuk membenarkan amalan mereka.

#Jika kita pun berhujah mengikut amalan datuk nenek dan amalan ini sudah lama dilakukan di negara ini, maka alasan itu sama sahaja dengan alasan Musyrikin Mekah. Dan hujjah itu adalah salah dan menyeleweng.

#...Bersambung...

♡Setiap amalan yang kita lakukan mestilah mengikut manhaj al-Quran, Sunnah dan perbahasan ulamak mujtahid, bukannya mengikut amalan datuk nenek moyang yang tidak sama dengan ketetapan syariat. Segala amalan orang-orang terdahulu, hendaklah diperiksa semula sama ada selari atau tidak dengan agama. Kalau ia selari dengan agama, maka boleh diamalkan. Jika tidak selari maka wajib ditinggalkan♡

🐊Ust naim
Klik link ini untuk JOIN    
http://bit.ly/tadabburkalamullah

Facebook:
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah

Читать полностью…

Tadabbur Kalamullah

☆Tadabbur Kalamullah 7 Rejab  1444H☆

یَـٰبَنِیۤ ءَادَمَ لَا یَفۡتِنَنَّكُمُ ٱلشَّیۡطَـٰنُ كَمَاۤ أَخۡرَجَ أَبَوَیۡكُم مِّنَ ٱلۡجَنَّةِ یَنزِعُ عَنۡهُمَا لِبَاسَهُمَا لِیُرِیَهُمَا سَوۡءَ ٰ⁠ تِهِمَاۤۚ إِنَّهُۥ یَرَىٰكُمۡ هُوَ وَقَبِیلُهُۥ مِنۡ حَیۡثُ لَا تَرَوۡنَهُمۡۗ إِنَّا جَعَلۡنَا ٱلشَّیَـٰطِینَ أَوۡلِیَاۤءَ لِلَّذِینَ لَا یُؤۡمِنُونَ

"Wahai anak-anak Adam! Janganlah kamu diperdayakan oleh Syaitan sebagaimana ia telah mengeluarkan kedua ibu bapa kamu dari Syurga, sambil ia menyebabkan terlucutnya pakaian mereka berdua untuk memperlihatkan kepada mereka: aurat mereka (yang sebelum itu tertutup). Sesungguhnya Syaitan dan kaumnya melihat kamu dengan keadaan yang kamu tidak dapat melihat mereka. Sesungguhnya Kami telah menjadikan Syaitan-syaitan itu teman rapat bagi orang-orang yang tidak beriman" [Surah al-A`raf 27]

#Dalam ayat ini juga, Allah swt memaklumkan kepada kita bahawa Iblis, jin, syaitan dan segala konco-konconya boleh melihat kita dan kita tidak boleh nampak mereka.

#Disebutkan dalam Tafsir al-Muyassar: "Ayat ini jelas menunjukkan bahawa syaitan serta keturunan dan bangsanya dapat melihat manusia, sedangkan manusia tidak boleh atau tidak mampu untuk melihat mereka. Oleh itu, jaga-jaga dan berhati-hatilah dengan mereka itu. Sesungguhnya Allah swt telah menjadikan syaitan-syaitan itu penolong (pembela) bagi orang-orang kafir yang tidak mengesakan Allah dan tidak membenarkan rasul-rasul-ya serta tidak mengamalkan petunjukNya yang telah dibawa oleh para rasulNya".

#Ertinya mereka boleh melihat kita dalam semua keadaan, sama ada kita sedang memakai pakaian atau menanggalkannya. Begitu juga, ketika kita sedang menunaikan hajat di dalam tandas, sedang mandi, berjimak, makan minum dan lain-lain.

#Daripada Sayidina Anas bin Malik r.a bahawa Rasulullah saw bersabda:

سِتْرُ مَا بَيْنَ أَعْيُنِ الْجِنِّ، وَعَوْرَاتِ بَنِي آدَمَ إِذَا وَضَعُوا ثِيَابَهُمْ أَنْ يَقُولُوا : بِسْمِ اللَّهِ

“Penghalang yakni hijab antara pandangan mata jin dan aurat Bani Adam ketika membuka pakaian adalah membaca bismillah.” (HR at-Tabarani)

*Kita diperintah untuk membaca bismillah dalam setiap gerak geri kita agar syaitan tidak dapat melihat aurat kita dan tidak boleh menghasut kita.

#Berdasar ayat ini juga, memahamkan kita bahawa jin syaitan sentiasa memerhatikan kita dan mengetahui gerak geri kita, kerana tugas mereka adalah untuk menyesatkan kita dengan membisikkan perkara-perkara yang tidak baik serta memperindahkan kejahatan agar menyelerakan untuk dilakukan.

#Ini antara keistimewaan sementara yang Allah ‎kurniakan kepada mereka, dalam rangka mereka untuk menyesatkan kita.

#Oleh kerana itu, ancaman daripada mereka amat tinggi kerana kita tidak nampak musuh yang hendak menipu dan menyesatkan kita. Jika kita boleh nampak mereka dengan mata, maka lebih mudah untuk mengelak dan menentang mereka.

♡Jin dan syaitan memiliki kemampuan untuk melihat anak Adam. Oleh itu, perbanyakkan berdoa memohon perlindungan Allah swt bagi mencegah mereka daripada menguasai dan memesongkan kita♡

🐊Ust naim
Klik link ini untuk JOIN    
http://bit.ly/tadabburkalamullah

Facebook:
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah

Читать полностью…

Tadabbur Kalamullah

☆Tadabbur Kalamullah 5 Rejab  1444H☆

یَـٰبَنِیۤ ءَادَمَ لَا یَفۡتِنَنَّكُمُ ٱلشَّیۡطَـٰنُ كَمَاۤ أَخۡرَجَ أَبَوَیۡكُم مِّنَ ٱلۡجَنَّةِ یَنزِعُ عَنۡهُمَا لِبَاسَهُمَا لِیُرِیَهُمَا سَوۡءَ ٰ⁠ تِهِمَاۤۚ إِنَّهُۥ یَرَىٰكُمۡ هُوَ وَقَبِیلُهُۥ مِنۡ حَیۡثُ لَا تَرَوۡنَهُمۡۗ إِنَّا جَعَلۡنَا ٱلشَّیَـٰطِینَ أَوۡلِیَاۤءَ لِلَّذِینَ لَا یُؤۡمِنُونَ

"Wahai anak-anak Adam! Janganlah kamu diperdayakan oleh Syaitan sebagaimana ia telah mengeluarkan kedua ibu bapa kamu dari Syurga, sambil ia menyebabkan terlucutnya pakaian mereka berdua untuk memperlihatkan kepada mereka: aurat mereka (yang sebelum itu tertutup). Sesungguhnya Syaitan dan kaumnya melihat kamu dengan keadaan yang kamu tidak dapat melihat mereka. Sesungguhnya Kami telah menjadikan Syaitan-syaitan itu teman rapat bagi orang-orang yang tidak beriman" [Surah al-A`raf 27]

#Allah swt mengingatkan kita semua anak cucu cicit Nabi Adam agar sentiasa berwaspada jangan sampai kita ditipu oleh syaitan laknatullah.

#Janganlah kita ditipu oleh syaitan sebagaimana datuk nenek kita ditipu sehingga dikeluarkan dari syurga. Jangan sesekali membiarkan syaitan mendekati kita. Kita wajib membenci dan memusuhi syaitan kerana segala keburukan ada pada mereka, termasuklah kerana mereka telah menyebabkan datuk dan nenek kita dikeluarkan dari syurga disebabkan liciknya tipu daya mereka.

#Firman Allah swt:

إِنَّ ٱلشَّیۡطَـٰنَ لَكُمۡ عَدُوࣱّ فَٱتَّخِذُوهُ عَدُوًّاۚ إِنَّمَا یَدۡعُوا۟ حِزۡبَهُۥ لِیَكُونُوا۟ مِنۡ أَصۡحَـٰبِ ٱلسَّعِیرِ

"Sesungguhnya Syaitan adalah musuh bagi kamu, maka jadikanlah dia musuh (yang mesti dijauhi tipu dayanya); sebenarnya dia hanyalah mengajak golongannya supaya menjadi dari penduduk neraka" [Surah Fatir 6]

#Firman Allah swt lagi:

یَعِدُهُمۡ وَیُمَنِّیهِمۡۖ وَمَا یَعِدُهُمُ ٱلشَّیۡطَـٰنُ إِلَّا غُرُورًا

"Syaitan sentiasa menjanjikan mereka (dengan janji-janji indah) serta memperdayakan mereka dengan angan-angan kosong; dan apa yang dijanjikan oleh Syaitan itu tidak lain hanyalah tipu daya semata-mata" [Surah an-Nisa' 120]

#Syaitan akan memastikan kita termasuk dalam 4 golongan, iaitu:

1. Golongan pembuat maksiat - melanggar larangan Allah swt.

2. Golongan yang menganiaya diri sendiri - tidak melaksanakan kewajipan yang diwajibkan Allah swt.

3. Golongan yang sesat dalam akidah - syirik atau menduakan Allah swt.

4. Golongan yang muflis di akhirat - mempunyai akhlak buruk (ikut nafsu) walau taat beribadah.

#Berkata Yahya bin Mu’az ar-Razi rahimahullah: "Syaitan itu suka menganggu, ia mempunyai banyak waktu untuk menjalankan rencananya. Sedangkan manusia selalu sibuk dan syaitan mengetahuinya. Tetapi, kita tidak melihatnya, kita lupa terhadapnya, namun syaitan selalu ingat akan kita. Syaitan akan cuba mengalahkan kita dan syaitan mempunyai ramai pembantu".

#Oleh sebab itu, kita harus bertekad untuk mengalahkan dan memeranginya. Jika tidak, kita tidak akan aman dari kebinasaan dan kehancuran.

#...Bersambung...

♡Berwaspadalah dengan kelicikan tipu daya syaitan dalam menyesat dan menghancurkan iman dan amalan kita semua. Jadikan kisah Nabi Adam dan Sayidatina Hawa sebagai pengajaran agar kita terselamat daripada tipu daya syaitan♡

🐊Ust naim
Klik link ini untuk JOIN    
http://bit.ly/tadabburkalamullah

Facebook:
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah

Читать полностью…

Tadabbur Kalamullah

☆Tadabbur Kalamullah 3 Rejab  1444H☆

یَـٰبَنِیۤ ءَادَمَ قَدۡ أَنزَلۡنَا عَلَیۡكُمۡ لِبَاسࣰا یُوَ ٰ⁠رِی سَوۡءَ ٰ⁠ تِكُمۡ وَرِیشࣰاۖ وَلِبَاسُ ٱلتَّقۡوَىٰ ذَ ٰ⁠لِكَ خَیۡرࣱۚ ذَ ٰ⁠لِكَ مِنۡ ءَایَـٰتِ ٱللَّهِ لَعَلَّهُمۡ یَذَّكَّرُونَ

"Wahai anak-anak Adam! Sesungguhnya Kami telah menurunkan kepada kamu (bahan-bahan untuk) pakaian menutup aurat kamu, dan pakaian perhiasan; dan pakaian yang berupa taqwa itulah yang sebaik-baiknya. Yang demikian itu adalah dari tanda-tanda (limpah kurnia) Allah (dan rahmatNya kepada hamba-hambaNya) supaya mereka mengenangnya (dan bersyukur)" [Surah al-A`raf 26]

#Selain menyebut tentang pakaian untuk menutup aurat dan juga sebagai perhiasan, Allah swt menyebut juga tentang pakaian yang sebaik-baiknya iaitu pakaian taqwa.

#Dalam Tafsir al-Manar menyebutkan beberapa penjelasan tentang pakaian taqwa:

1. Zaid bin Ali berpendapat, pakaian taqwa itu adalah agama Islam itu sendiri.

2. Menurut Ibn Abbas r.huma: Pakaian taqwa itu adalah iman dan amal soleh.

3. Pendapat lain menyatakan bahawa pakaian taqwa adalah moral dan keluhuran budi pekerti.

#Pakaian taqwa adalah pakaian rohani iaitu ketaatan kepada Allah ‎swt. Taqwa itu letaknya di dalam hati, maka kita perlu mencantikkan dan memperindahkan hati kita sebagaimana kita juga diperintah mencantikkan pakaian kita.

#Allah ‎swt mengibaratkan taqwa itu seperti pakaian yang dipakaikan pada diri kita. Maka perlulah diperelok, dipercantik, diperindah dan dihias dengan ketaatan dan amal soleh.

#Pakaian taqwa juga merupakan bekal terbaik untuk dibawa pulang mengadap Allah swt.

وَتَزَوَّدُوا فَإِنَّ خَيْرَ الزَّادِ التَّقْوَى

“Berbekallah, dan sesungguhnya sebaik-baik bekal adalah taqwa” [Surah al-Baqarah 197]

#Berkata Syeikh as-Sa'di rahimahullah: “Bekal yang sebenarnya yang mesti ada di dunia dan di akhirat adalah bekal taqwa. Ini adalah bekal yang mesti dibawa untuk negeri akhirat yang kekal abadi. Bekal ini diperlukan untuk kehidupan sempurna yang penuh kelazatan di akhirat dan negeri yang kekal abadi selamanya. Siapa sahaja yang meninggalkan bekal ini, perjalanannya akan terputus dan akan mendapat berbagai kesulitan, bahkan ia tidak sampai di negeri orang yang bertaqwa (iaitu syurga). Inilah pujian bagi yang bertaqwa".

#Saat ini kita dapati ramai orang begitu semangat sekali mengambil berat tentang kebersihan pakaiannya. Jika ada kotoran yang melekat atau terkena pada pakaiannya, maka ia dengan segera mencucinya dengan air dan sabun hingga sebersih-bersihnya. Namun untuk pakaian taqwa, sedikit sekali orang yang mahu mengambil berat dan memerhatikannya. Jika pakaian batinnya kotor, tidak ada yang ambil peduli untuk membersihkannya istighfar, zikir, solat dan amal soleh. 

♡Ingatlah, pakaian taqwa itulah yang lebih baik. Ini menunjukkan bahawa seharusnya perhatian kita lebih tinggi pada pakaian taqwa berbanding pakaian zahir kerana pakaian taqwa itulah yang lebih penting♡

🐊Ust naim
Klik link ini untuk JOIN    
http://bit.ly/tadabburkalamullah

Facebook:
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah

Читать полностью…

Tadabbur Kalamullah

☆Tadabbur Kalamullah 1 Rejab  1444H☆

یَـٰبَنِیۤ ءَادَمَ قَدۡ أَنزَلۡنَا عَلَیۡكُمۡ لِبَاسࣰا یُوَ ٰ⁠رِی سَوۡءَ ٰ⁠ تِكُمۡ وَرِیشࣰاۖ وَلِبَاسُ ٱلتَّقۡوَىٰ ذَ ٰ⁠لِكَ خَیۡرࣱۚ ذَ ٰ⁠لِكَ مِنۡ ءَایَـٰتِ ٱللَّهِ لَعَلَّهُمۡ یَذَّكَّرُونَ

"Wahai anak-anak Adam! Sesungguhnya Kami telah menurunkan kepada kamu (bahan-bahan untuk) pakaian menutup aurat kamu, dan pakaian perhiasan; dan pakaian yang berupa taqwa itulah yang sebaik-baiknya. Yang demikian itu adalah dari tanda-tanda (limpah kurnia) Allah (dan rahmatNya kepada hamba-hambaNya) supaya mereka mengenangnya (dan bersyukur)" [Surah al-A`raf 26]

#Sebelum ini Allah ‎swt telah menceritakan keadaan Nabi Adam Alaihissalam dan Sayidatina Hawa yang telah diberikan hukuman kerana melanggar peraturan Allah swt semasa di syurga, iaitu dilucutkan pakaian mereka hingga menampakkan aurat mereka.

#Dalam ayat ini Allah swt memaklumkan kepada kita bahawa Allah telah menurunkan bahan-bahan untuk dijadikan pakaian agar manusia dapat menutup aurat dengan sempurna.

#Di dalam ayat diatas, Allah swt menyebut terdapat 3 jenis pakaian:

1. Pakaian yang menutup aurat
2. Pakaian perhiasan
3. Pakaian taqwa

#Menurut ulamak: “اللباس” dalam ayat tersebut ialah pakaian untuk menutup aurat. Adapun “الريش” ialah apa yang diambil/dipakai supaya nampak cantik pada luarannya, iaitu untuk perhiasan. Yang pertama (iaitu اللباس) adalah keperluan asas, sementara yang kedua adalah sampingan. Adapun pakaian taqwa, menurut Ikrimah: maksudnya ialah pakaian orang-orang bertaqwa pada hari kiamat. Menurut Ibnu ‘Abbas pula: ia bermaksud amal soleh dan kelakuan yang baik. Menurut Ibnu Aslam: ia adalah pakaian yang dipakai oleh seorang yang takutkan Allah, lalu ia menutup auratnya" (Lihat: Tafsir al-Jalalain dan Tafsir Ibnu Kathir)

#Menutup aurat adalah perintah yang amat penting dalam agama. Penutupan aurat adalah perkara kedua yang disyariatkan selepas iman. Solat, puasa dan ibadah-ibadah lain perintahnya datang selepas itu.

#Pakaian adalah nikmat Allah untuk melindungi badan manusia, menutup aurat mereka dan juga sebagai perhiasan bagi manusia. Tujuan berpakaian adalah untuk menutup aurat. Oleh itu, jika kita memakai pakaian yang indah, cantik, lawa, mahal, mewah, penuh gaya tetapi tidak menutup aurat, maka itu tidaklah sebagaimana yang dikehendaki oleh Allah swt. Ini bermakna kita belum berpakaian dengan pakaian yang sebenarnya. Masih lagi berdosa dan melanggari perintah Allah swt.

#...Bersambung...

♡Tubuh badan manusia tidaklah buruk dan hina kerana manusia dijadikan dalam bentuk yang terindah. Akan tetapi ia bukanlah untuk didedahkan dan dipamerkan di khalayak ramai. Jika didedahkan itulah yang menjadi buruk dan dihina disisi agama. Tutuplah aurat dengan sempurna sebagaimana perintahNya♡

🐊Ust naim
Klik link ini untuk JOIN    
http://bit.ly/tadabburkalamullah

Facebook:
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah

Читать полностью…

Tadabbur Kalamullah

☆Tadabbur Kalamullah 28 Jamadil Akhir 1444H☆

قَالَ فِیهَا تَحۡیَوۡنَ وَفِیهَا تَمُوتُونَ وَمِنۡهَا تُخۡرَجُونَ

Allah berfirman lagi: "Di bumi itu kamu hidup dan situ juga kamu mati, dan daripadanya pula kamu akan dikeluarkan (dibangkitkan hidup semula pada hari kiamat)" [Surah al-A`raf 25]

#Allah mengatakan bahawa setelah Nabi Adam dan isterinya Hawa diturunkan ke bumi, mereka akan hidup di sana yakni di alam dunia. Manusia akan menjalani kehidupan yang penuh dengan cabaran dan ujian didunia.

#Semenjak hari kita lahir, kita mendiami bumi ini sehinggalah kita menghembuskan nafas yang terakhir. Maka ambillah peluang di dunia ini untuk kita gunakan bagi mengumpul pahala sebanyak-banyaknya untuk dibawa ke negeri akhirat kelak.

#Hidup didunia jangan hanya sibuk bekerja untuk cari makan dan enjoy sahaja, tetapi hendaklah beringat untuk melakukan amal soleh dan mengumpul pahala. Dunia adalah tempat berpenat dan akhirat adalah tempat untuk berehat.

#Suatu hari, anak Imam Ahmad bin Hanbal iaitu Abdullah bin Ahmad bertanya kepada bapanya satu soalan:

“Wahai bapaku, bilakah masanya kita betul-betul boleh berehat?”

Sambil memandang lembut ke dalam mata anaknya, Imam Ahmad bin Hanbal dengan penuh hikmah dan tenang lalu menjawab soalan anaknya itu:

“Kita hanya betul-betul boleh berehat apabila kaki kita sudah melangkah masuk ke dalam Syurga.” ALLAHUAKBAR!!!

#Kemudian Allah mengatakan selepas manusia menjalani kehidupan sekian waktu yang ditetapkan, maka manusia akan mati dan bumi akan menjadi perkuburan mereka.

#Maka sewajarnya kita perlu sentiasa ingat akan kematian.  Kematian adalah sesuatu yang pasti dilalui oleh semua makhluk yang hidup tanpa terkecuali. Perkara ini tersangatlah penting untuk diingati kerana dengan mengingati kematian, menyebabkan kita akan sentiasa menyediakan bekal untuk digunakan selepas mati dan takut untuk melakukan dosa.

#Bahkan Nabi saw memberi jaminan bahawa sesiapa yang paling banyak mengingati kematian dan mempersiapkan diri adalah mereka yang paling cerdas (bijak).
 
عَنِ ابْنِ عُمَرَ أَنَّهُ قَالَ: كُنْتُ مَعَ رَسُولِ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم فَجَاءَهُ رَجُلٌ مِنَ الأَنْصَارِ فَسَلَّمَ عَلَى النَّبِىِّ صلى الله عليه وسلم ثُمَّ قَالَ: يَا رَسُولَ اللَّهِ أَىُّ الْمُؤْمِنِينَ أَفْضَلُ قَالَ: أَحْسَنُهُمْ خُلُقًا. قَالَ فَأَىُّ الْمُؤْمِنِينَ أَكْيَسُ قَالَ: أَكْثَرُهُمْ لِلْمَوْتِ ذِكْرًا
وَأَحْسَنُهُمْ لِمَا بَعْدَهُ اسْتِعْدَادًا أُولَئِكَ الأَكْيَاسُ

Daripada Ibnu Umar r.a, ia berkata: “Aku pernah bersama Rasulullah saw, lalu seorang Anshar mendatangi baginda, ia memberi salam dan bertanya: “Wahai Rasulullah, mukmin manakah yang paling baik?” Baginda saw bersabda: “Yang paling baik akhlaknya”. Lalu ditanya lagi, mukmin manakah yang paling cerdas?”. Baginda bersabda: “Yang paling banyak mengingati kematian dan yang paling baik dalam mempersiapkan diri untuk alam berikutnya, itulah mereka yang paling cerdas” (HR Ibnu Majah)

#...Bersambung...

♡Ingatlah bahawa hidup di dunia ini hanya sementara dan penuh dengan sandiwara. Suatu hari nanti kita perlu mati dan perlu balik ke negeri yang abadi. Yang utama untuk dibawa adalah bekalan amal soleh yang mencukupi dan beroleh keredhaan Ilahi. Maka hiduplah didunia sebagai musafir yang sedang menuju ke akhirat!!♡

🐊Ust naim
Klik link ini untuk JOIN    
http://bit.ly/tadabburkalamullah

Facebook:
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah

Читать полностью…

Tadabbur Kalamullah

☆Tadabbur Kalamullah 26 Jamadil Akhir 1444H☆

قَالَ ٱهۡبِطُوا۟ بَعۡضُكُمۡ لِبَعۡضٍ عَدُوࣱّۖ وَلَكُمۡ فِی ٱلۡأَرۡضِ مُسۡتَقَرࣱّ وَمَتَـٰعٌ إِلَىٰ حِینࣲ

Allah berfirman: "Turunlah kamu semuanya, dengan keadaan setengah kamu menjadi musuh bagi setengahnya yang lain, dan bagi kamu disediakan tempat kediaman di bumi, dan juga diberi kesenangan hingga ke suatu ketika (mati)" [Surah al-A`raf 24]

#Dalam ayat ini, Allah swt memerintahkan Nabi Adam, Sayidatina Hawa dan juga Iblis turun ke bumi.

قُلۡنَا ٱهۡبِطُوا۟ مِنۡهَا جَمِیعࣰاۖ

Kami berfirman lagi: "Turunlah kamu semuanya dari syurga itu!" [Surah al-Baqarah 38]

#Diturunkan ke bumi bermaksud penurunan Nabi Adam Alaihissalam dari syurga iaitu dikeluarkan dari syurga. Baginda dijauhkan dari kehidupan syurga dan menetap di bumi untuk menjalani kehidupan yang disertai dengan berbagai kesulitan dan kesusahan. Pandangan lain mengatakan turun dari tingkatan dan kedudukan (maqam).

#Mereka berdua juga tidak boleh lagi menikmati segala kenikmatan syurga, keindahan syurga dan makanan syurga.

فَأَزَلَّهُمَا ٱلشَّیۡطَـٰنُ عَنۡهَا فَأَخۡرَجَهُمَا مِمَّا كَانَا فِیهِۖ وَقُلۡنَا ٱهۡبِطُوا۟ بَعۡضُكُمۡ لِبَعۡضٍ عَدُوࣱّۖ وَلَكُمۡ فِی ٱلۡأَرۡضِ مُسۡتَقَرࣱّ وَمَتَـٰعٌ إِلَىٰ حِینࣲ

"Setelah itu maka Syaitan menggelincirkan mereka berdua dari syurga itu dan menyebabkan mereka dikeluarkan dari nikmat yang mereka telah berada di dalamnya dan Kami berfirman: "Turunlah kamu! Sebahagian dari kamu menjadi musuh kepada sebahagian yang lain dan bagi kamu semua disediakan tempat kediaman di bumi, serta mendapat kesenangan hingga ke suatu masa (mati)" [Surah al-Baqarah 36]

#Mengenai tempat di mana Nabi Adam diturunkan, tidak ada keterangannya di dalam al-Quran dan juga hadis sahih.

#Namun terdapat dalam hadis dhaif berbunyi:

نزل آدم الهند واستوحش

"Nabi Adam turun di India dan beliau merasa asing" (HR Ibnu Asakir)

#Al-Hafiz Imam Ibnu Katsir menyebut 4 pendapat mengenai hal ini dalam tafsirnya:

1. Nabi Adam diturunkan di India, sedangkan isterinya Hawa diturunkan di Jeddah. Ini pendapat Imam Hasan al-Basri.

2. Nabi Adam dan isterinya Hawa keduanya diturunkan di India.

3. Nabi Adam diturunkan di satu daerah namanya Dahna, antara Mekah dan Thaif. Ini keterangan daripada Ibnu Abbas r.a sebagaimana yang diriwayatkan Imam Ibnu Abi Hatim. Sementara diriwayatkan oleh Imran bin Uyainah, Dahna adalah satu tempat di India.

4. Nabi Adam diturunkan di Shafa dan isterinya Hawa diturunkan di Marwah. Ini merupakan keterangan Ibnu Umar menurut riwayat Ibnu Abi Hatim. (Lihat: Tafsir Ibnu Katsir)

#Perkara ini bukanlah suatu yang penting dan utama untuk dibincangkan, hanya sekadar pengetahuan kita semua.

#...Bersambung...

♡Disebabkan Nabi Adam dan isterinya Hawa melanggar perintah Allah swt maka mereka diarah untuk keluar dari syurga dan turun ke bumi untuk menjalani kehidupan di bumi ini♡

🐊Ust naim
Klik link ini untuk JOIN    
http://bit.ly/tadabburkalamullah

Facebook:
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah

Читать полностью…

Tadabbur Kalamullah

☆Tadabbur Kalamullah 24 Jamadil Akhir 1444H☆

قَالَا رَبَّنَا ظَلَمۡنَاۤ أَنفُسَنَا وَإِن لَّمۡ تَغۡفِرۡ لَنَا وَتَرۡحَمۡنَا لَنَكُونَنَّ مِنَ ٱلۡخَـٰسِرِینَ

Mereka berdua merayu: "Wahai Tuhan kami, kami telah menganiaya diri kami sendiri, dan kalau Engkau tidak mengampunkan kami dan memberi rahmat kepada kami, nescaya menjadilah kami dari orang-orang yang rugi" [Surah al-Araf 23]

#
Nabi Adam Alaihissalam dan Sayidatina Hawa merasa bersalah atas kesalahan yang telah dilakukan dan mengakuinya. Mereka memohon keampunan atas kesalahan melanggar arahan Allah swt.

إِنَّ اللّهَ يُحِبُّ التَّوَّابِينَ وَيُحِبُّ الْمُتَطَهِّرِينَ

“Sesungguhnya Allah kasih orang-orang yang bertaubat dan Allah kasih orang-orang yang suka membersihkan diri" [Surah al-Baqarah 222]

وَتُوبُوا إِلَى اللَّهِ جَمِيعاً أَيُّهَا الْمُؤْمِنُونَ لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ

"Dan bertaubatlah kepada Allah wahai sekalian orang yang beriman supaya kamu menjadi orang yang beruntung” [Surah an-Nur 31]

#Inilah sifat yang terbaik bagi seorang hamba apabila melakukan kesalahan. Mengakui kesalahan dan memohon keampunan. Tidak sombong, melawan dan degil sebagaimana Iblis laknatullah yang tidak mengaku ketika melakukan kesalahan.

#Mereka berdua mengaku bahawa mereka telah menzalimi diri mereka kerana tidak mengikut perintah Allah swt dan mengikuti tipu daya Iblis. Mereka mengakui kekurangandan kelemahan mereka. Inilah sifat seorang hamba yang bersalah iaitu segera bertaubat.

وَسَارِعُوۤا۟ إِلَىٰ مَغۡفِرَةࣲ مِّن رَّبِّكُمۡ وَجَنَّةٍ عَرۡضُهَا ٱلسَّمَـٰوَ ٰ⁠تُ وَٱلۡأَرۡضُ أُعِدَّتۡ لِلۡمُتَّقِینَ

"Dan bersegeralah kamu kepada keampunan dari Tuhanmu dan kepada syurga yang luasnya seluas langit dan bumi, yang disediakan untuk orang-orang yang bertaqwa" [Surah Ali-Imran 133]

#Firman Allah swt lagi:

یَـٰۤأَیُّهَا ٱلَّذِینَ ءَامَنُوا۟ تُوبُوۤا۟ إِلَى ٱللَّهِ تَوۡبَةࣰ نَّصُوحًا عَسَىٰ رَبُّكُمۡ أَن یُكَفِّرَ عَنكُمۡ سَیِّـَٔاتِكُمۡ وَیُدۡخِلَكُمۡ جَنَّـٰتࣲ تَجۡرِی مِن تَحۡتِهَا ٱلۡأَنۡهَـٰرُ

"Wahai orang-orang yang beriman! Bertaubatlah kamu kepada Allah dengan "Taubat Nasuha", mudah-mudahan Tuhan kamu akan menghapuskan kesalahan-kesalahan kamu dan memasukkan kamu ke dalam Syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai..." [Surah at-Tahrim 8]

#Nabi Adam Alaihissalam dan isterinya hanya melakukan satu kesilapan sahaja pun sudah begitu hebat mereka memohon ampun pada Allah. Ini mengajar kita agar sentiasa meminta ampun daripada Allah kerana kita bukan melakukan satu dosa tetapi melakukan tersangat banyak dosa. Maka sentiasalah memohon ampun kepada Allah swt.

#...Bersambung...

♡Semua kita melakukan dosa. Kita semua adalah pendosa. Pendosa terbaik adalah mereka yang segera bertaubat. Jom banyakkan menyebut Astaghfirullahal 'Azim!!♡

🐊Ust naim
Klik link ini untuk JOIN    
http://bit.ly/tadabburkalamullah

Facebook:
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah

Читать полностью…

Tadabbur Kalamullah

☆Tadabbur Kalamullah 22 Jamadil Akhir 1444H☆

فَدَلَّىٰهُمَا بِغُرُورࣲۚ فَلَمَّا ذَاقَا ٱلشَّجَرَةَ بَدَتۡ لَهُمَا سَوۡءَ ٰ⁠ تُهُمَا وَطَفِقَا یَخۡصِفَانِ عَلَیۡهِمَا مِن وَرَقِ ٱلۡجَنَّةِۖ وَنَادَىٰهُمَا رَبُّهُمَاۤ أَلَمۡ أَنۡهَكُمَا عَن تِلۡكُمَا ٱلشَّجَرَةِ وَأَقُل لَّكُمَاۤ إِنَّ ٱلشَّیۡطَـٰنَ لَكُمَا عَدُوࣱّ مُّبِینࣱ

"Dengan sebab itu dapatlah ia menjatuhkan mereka berdua (ke dalam larangan) dengan tipu dayanya. Setelah mereka memakan (buah) pohon itu, terdedahlah kepada mereka berdua aurat masing-masing, dan mereka mulailah menutupnya dengan daun-daun (dari) Syurga. Serta Tuhan mereka menyeru mereka: "Bukankah Aku telah melarang kamu berdua dari pokok itu, dan Aku katakan kepada kamu, bahawa Syaitan itu adalah musuh kamu yang nyata?" [Surah al-A`raf 22]

#Allah swt mengatakan bahawa tatkala Nabi Adam dan isterinya Hawa makan buah larangan tersebut, maka terdedahlah aurat kedua-duanya yang selama ini tertutup dengan pakaian mereka. Secara automatik pakaian mereka telah dilucutkan oleh Allah swt. Hal ini kerana perbuatan mereka itu adalah aib (aurat) dan Allah swt bukakan aurat mereka.

#Maka tahulah mereka berdua bahawa mereka telah membuat kesalahan besar dan dimurkai oleh Allah‎ swt.

#Maka mereka pun dengan segera mencapai daun-daun daripada pokok yang ada di dalam syurga untuk menutupi aurat mereka yang telah terdedah. Disebabkan malu, mereka terpaksa mencari daun untuk dijadikan alas bagi menutupi tubuh badan mereka kerana itu sahaja yang ada pada waktu itu.

#Kisah ini memahamkan kita bahawa inilah permulaan manusia mengalami perasaan malu yang teramat sangat. Perasaan malu ini diletakkan awal di dalam diri manusia sejak awal kejadian lagi.

#Manusia adalah insan yang dimuliakan dan bukannya binatang yang tidak tahu erti malu jika tidak berpakaian. Namun ada manusia yang berperangai binatang yakni suka mendedahkan aurat atau tidak berpakaian. Maka jika ada manusia yang suka berbogel, itu bukanlah sifat asal manusia, tetapi itu adalah sifat binatang dan adalah tidak normal untuk manusia.

♡Kisah ini memberi pengajaran bahawa tatkala Nabi Adam dan Hawa berasa aib dengan dosa mereka, maka mereka bersegera menutupnya. Begitulah juga dengan kita, sewajibnya menutup aib dan dosa kita. Jangan diceritakan atau didedahkan kepada orang lain atau di media sosial. Malangnya ramai yang mendedahkan dosa dan aibnya bahkan bangga pula dengan dosa yang dilakukan. Moga Allah mengampuni kita semua. Aamiiin♡

🐊Ust naim
Klik link ini untuk JOIN    
http://bit.ly/tadabburkalamullah

Facebook:
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah

Читать полностью…

Tadabbur Kalamullah

☆Tadabbur Kalamullah 20 Jamadil Akhir 1444H☆

وَقَاسَمَهُمَاۤ إِنِّی لَكُمَا لَمِنَ ٱلنَّـٰصِحِینَ

Dan ia bersumpah kepada keduanya (dengan berkata): "Sesungguhnya aku adalah dari mereka yang memberi nasihat kepada kamu berdua" [Surah al-A`raf 21]

#Dalam ayat ini menceritakan mengenai kata-kata tambahan Iblis laknatullah untuk menguatkan lagi bisikan jahatnya dan menambahkan lagi was-was kepada Nabi Adam dan Sayidatina Hawa. Tujuannya adalah semata-mata untuk menguatkan lagi tipu helah dan hasutannya.

#Iblis bersungguh-sungguh inginkan kehancuran pada Nabi Adam sehingga ia sanggup bersumpah demi menguatkan kata-kata dan nasihatnya. Iblis bersumpah kerana ia mahu meyakinkan yang kata-katanya adalah benar. Bersungguh-sungguh ia bersumpah demi menjayakan misi penipuannya.

#Oleh itu, jangan mudah terpedaya dengan golongan yang menggunakan sumpah di dalam hujah mereka. Tujuannya hendak menunjukkan yang ia sangat prihatin dan ingin memberikan nasihat terbaik kepada mereka. Iblis ingin menunjukkan yang ia ikhlas dalam menasihati dan kononnya nasihat itu demi kebaikan mereka.

♡Jangan mengikuti sunnah Iblis iaitu bersumpah untuk menipu. Dan jangan terpedaya dengan seseorang walaupun dia bersumpah, kerana belum tentu ia benar. Berwaspadalah!!♡

🐊Ust naim
Klik link ini untuk JOIN    
http://bit.ly/tadabburkalamullah

Facebook:
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah

Читать полностью…

Tadabbur Kalamullah

☆Tadabbur Kalamullah 18 Rejab 1444H☆

قُلۡ مَنۡ حَرَّمَ زِینَةَ ٱللَّهِ ٱلَّتِیۤ أَخۡرَجَ لِعِبَادِهِۦ وَٱلطَّیِّبَـٰتِ مِنَ ٱلرِّزۡقِۚ قُلۡ هِیَ لِلَّذِینَ ءَامَنُوا۟ فِی ٱلۡحَیَوٰةِ ٱلدُّنۡیَا خَالِصَةࣰ یَوۡمَ ٱلۡقِیَـٰمَةِۗ كَذَ ٰ⁠لِكَ نُفَصِّلُ ٱلۡـَٔایَـٰتِ لِقَوۡمࣲ یَعۡلَمُونَ

Katakanlah (wahai Muhammad): "Siapakah yang (berani) mengharamkan perhiasan Allah yang telah dikeluarkanNya untuk hamba-hambaNya, dan demikian juga benda-benda yang baik lagi halal dari rezeki yang dikurniakanNya?" Katakanlah: "Semuanya itu ialah (nikmat-nikmat) untuk orang-orang yang beriman (dan juga yang tidak beriman) dalam kehidupan dunia; (nikmat-nikmat itu pula) hanya tertentu (bagi orang-orang yang beriman sahaja) pada hari kiamat". Demikianlah Kami jelaskan ayat-ayat keterangan Kami satu persatu bagi orang-orang yang (mahu) mengetahui" [Surah al-Aʿraf 32]

#Dalam ayat ini Allah swt menempelak golongan manusia yang berani atau memandai-mandai mengharamkan perhiasan yang dikurniakan kepada hambaNya.

#Allah menempelak mereka yang menghalang keindahan yang telah dikurniakan untuk digunakan oleh manusia. Semua itu ciptakan untuk manusia manfaatkan. Maka sesiapa yang mengharamkan memakai pakaian yang cantik dan indah, itu adalah salah dan bertentangan dengan perintah Allah swt.

#Diriwayatkan bahawa Rasulullah saw juga memakai pakaian yang cantik-cantik dan adakalanya yang mahal yang di hadiah kepada baginda saw. Maka, tidak salah jika kita berhias serta mencantikkan diri dengan pakaian yang indah.

#Imam Muslim meriwayatkan dari Sayidina Ibnu Mas’ud r.a, bahawa Rasulullah saw bersabda:

لا يدخل الجنة من كان في قلبه مثقال حبة من كبر

“Tidak masuk syurga seorang yang ada sifat takabbur dalam hatinya walau sebesar biji sawi”.

Lalu berkata seorang lelaki:

أن الرجل يحب أن يكون ثوبه حسنا و نعله حسنا

“Jika seorang lelaki suka memakai pakaian yang cantik dan memakai kasut yang lawa, adakah dia juga dikatakan takabbur?”.

Lalu jawab baginda saw:

إن الله جميل يحب الجمال ، الكبر بطر الحق و غمط الناس

“Tidak! Allah itu cantik dan Ia sukakan kecantikan. Yang dikatakan takabbur itu ialah enggan menerima kebenaran (iaitu sombong terhadap kebenaran) dan memandang rendah terhadap manusia”.

#Dikisahkan bahawa Imam Malik rahimahullah sering memakai pakaian yang indah-indah. Malah beliau tidak memakai pakaiannya sebanyak dua kali. Setelah sudah dipakai, diberikannya kepada orang miskin selepas itu.

#Pakaian yang dilarang ialah memakai pakaian syuhrah. Sabda Nabi saw:

مَنْ لَبِسَ ثَوْبَ شُهْرَةٍ فِي الدُّنْيَا، أَلْبَسَهُ اللهُ ثَوْبَ مَذَلَّةٍ يَوْمَ الْقِيَامَةِ، ثُمَّ أَلْهَبَ فِيهِ نَارا

“Sesiapa memakai pakaian Syuhrah (kemasyhuran), nescaya Allah akan memakaikan kepadanya pakaian kehinaan pada hari kiamat nanti. Kemudian ia akan dibakar dengan pakaiannya ke dalam neraka”. (HR Ahmad, Abu Daud dan an-Nasaie)

#Pakaian Syuhrah bermaksud pakaian yang dipakai untuk dikenali oleh orang lain, yakni untuk menunjukkan perbezaan diri dengan orang lain. Tujuannya sama ada untuk berbangga-bangga di hadapan orang lain dengan perasaan takjub dan besar diri (takbur) atau untuk menunjuk-nunjuk kezuhudan dengan perasan riyak dan nifak (berpura-pura).

#Ada seorang lelaki bertanya Ibnu Umar r.a: “Apakah pakaian yang baik untuk aku pakai?”. Jawab Ibnu Umar: “Pakailah pakaian yang sekira-kira kamu tidak akan diperlekehkan oleh orang-orang bodoh (as-sufaha’) (kerana buruknya pakaian itu dan tidak ada nilai) dan tidak dikeji oleh orang-orang cerdik (hukama’) (kerana melampaui had kesederhanaan)” (HR at-Thabrani)

...Bersambung...

♡Allah menghalalkan kita berhias dan berpakaian cantik. Maka sesiapa memandai-mandai mengharamkan perhiasan yang halal, maka dia dimurkai Allah swt♡

🐊Ust naim
Klik link ini untuk JOIN    
http://bit.ly/tadabburkalamullah

Facebook:
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah

Читать полностью…

Tadabbur Kalamullah

☆Tadabbur Kalamullah 16 Rejab 1444H☆

یَـٰبَنِیۤ ءَادَمَ خُذُوا۟ زِینَتَكُمۡ عِندَ كُلِّ مَسۡجِدࣲ وَكُلُوا۟ وَٱشۡرَبُوا۟ وَلَا تُسۡرِفُوۤا۟ۚ إِنَّهُۥ لَا یُحِبُّ ٱلۡمُسۡرِفِینَ

"Wahai anak-anak Adam! Pakailah pakaian kamu yang indah berhias pada tiap-tiap kali kamu ke tempat ibadat (atau mengerjakan sembahyang), dan makanlah serta minumlah, dan jangan pula kamu melampau; sesungguhnya Allah tidak suka akan orang-orang yang melampaui batas" [Surah al-A`raf 31]

#Dalam ayat ini juga, Allah swt menyebut tentang perihal makan minum.

#Sebab turun ayat ini adalah berkaitan perihal golongan Arab Jahiliyah. Ketika mengerjakan haji, mereka tidak makan dan minum dengan anggapan itu adalah perbuatan yang baik. Mereka cipta satu fahaman dalam agama iaitu meninggalkan makan minum semasa mengerjakan haji. Ini sikap melampau dan berlebih-lebihan dalam agama. Allah swt tidak memerintahkan hal tersebut, namun mereka lakukan dengan pelbagai anggapan kebaikan.

#Pelbagai rezeki dikurniakan Allah kepada kita, maka makanlah dan nikmatilah segala pemberian Allah itu. Jangan kita mengharamkan makanan yang Allah tidak haramkan. Dan makanlah segala yang halal tanpa mengharamkannya.

#Islam bukanlah agama yang ekstrim. Islam tidak menyusahkan umatnya. Islam tidak menyeksa umatnya. Secara umum, kita boleh makan dan minum apa sahaja yang halal dengan tidak ada pantang larang yang tidak sepatutnya. Kita tidak boleh mengamalkan pantang larang yang tidak disuruh dalam syarak. Bimbang ianya termasuk mengharamkan yang halal.

#Sabda Rasulullah saw: 

كُلُوا وَاشْرَبُوا وَالْبَسُوا وَتَصَدَّقُوا، فِي غَيْرِ مَخِيلة وَلَا سرَف، فَإِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ أَنْ يَرَى نِعْمَتَهُ عَلَى عَبْدِهِ

"Makan, minum, berpakaian, dan bersedekahlah kalian tanpa dengan kesombongan dan berlebih-lebihan, kerana sesungguhnya Allah ‎swt suka bila melihat nikmatNya digunakan oleh hambaNya" (HR Ahmad, at-Tirmizi dan Ibn Majah)

#Maksudnya, makanlah sesuka hatimu dan berpakaianlah sesuka hatimu selagi dihindari dua perkara, iaitu berlebih-lebihan dan sombong.

...Bersambung...

♡Kita diperintah untuk makan dan minum namun janganlah berlebihan dan melampaui batas♡

🐊Ust naim
Klik link ini untuk JOIN    
http://bit.ly/tadabburkalamullah

Facebook:
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah

Читать полностью…

Tadabbur Kalamullah

☆Tadabbur Kalamullah 14 Rejab 1444H☆

فَرِیقًا هَدَىٰ وَفَرِیقًا حَقَّ عَلَیۡهِمُ ٱلضَّلَـٰلَةُۚ إِنَّهُمُ ٱتَّخَذُوا۟ ٱلشَّیَـٰطِینَ أَوۡلِیَاۤءَ مِن دُونِ ٱللَّهِ وَیَحۡسَبُونَ أَنَّهُم مُّهۡتَدُونَ

"Sebahagian (dari umat manusia) diberi hidayah petunjuk oleh Allah (dengan diberi taufiq untuk beriman dan beramal soleh); dan sebahagian lagi (yang ingkar) berhaklah mereka ditimpa kesesatan (dengan pilihan mereka sendiri), kerana sesungguhnya mereka telah menjadikan Syaitan-syaitan itu pemimpin-pemimpin (yang ditaati) selain Allah. Serta mereka pula menyangka, bahawa mereka berada dalam petunjuk hidayah" [Surah al-A`raf 30]

#Allah swt mengatakan bahawa dalam kalangan manusia ada yang beroleh petunjuk hidayahNya lalu mereka beriman sepenuh jiwa kepada Allah swt. Inilah orang yang beriman yang tidak mensyirikkan Allah swt.

#Sebahagian manusia lagi tidak beroleh petunjuk hidayah daripada Allah swt dan mereka memilih untuk berada dalam kesesatan. Walaupun disampaikan dakwah dan penjelasan daripada para nabi dan pewarisnya, mereka tidak menerima bahkan menolak untuk beriman kepada Allah.

#Sabda Nabi saw tentang dua golongan ini:

فَأَمَّا مَنْ كَانَ مِنْكُمْ مِنْ أَهْلِ السَّعَادَةِ فَسَيُيَسَّرُ لِعَمَلِ أَهْلِ السَّعَادَةِ، وَأَمَّا مَنْ كَانَ مِنْ أَهْلِ الشَّقَاوَةِ فَسَيُيَسَّرُ لِعَمَلِ أَهْلِ الشَّقَاوَةِ

"Adapun orang yang telah ditakdirkan termasuk orang-orang yang berbahagia, maka dimudahkan baginya jalan mengerjakan amal orang-orang yang bahagia. Dan adapun orang yang telah ditakdir­kan termasuk orang-orang yang celaka, maka dimudahkan baginya mengerjakan amal perbuatan orang-orang yang celaka" (HR al-Bukhari dan Muslim)

#Disebabkan kedegilan mereka, maka Allah telah menetapkan yang mereka tidak akan beriman sampai bila-bila. Allah swt menutup pintu hati mereka daripada menerima iman. Mereka ditutup pintu hati setelah berkali-kali menolak dakwah tauhid yang disampaikan kepada mereka.

#Allah juga mengatakan penyebab mereka ditutup pintu hati daripada menerima iman sampai bila-bila adalah kerana mereka telah menjadikan syaitan sebagai pelindung, pemimpin dan teman rapat dalam hidup mereka. Sepatutnya mereka menjadikan Allah ‎sebagai Tuhan, tetapi mereka telah tertipu dengan pujukan, hasutan dan bisikan syaitan, maka mereka telah disesatkan.

#Lebih malang lagi golongan yang sesat itu merasakan mereka berada dalam kebenaran. Maka selama-lamalah mereka sesat dan terpesong dalam keadaan mereka berpendirian mereka benar.

♡Sentiasalah berdoa kepada Allah swt agar ditetapkan iman kita seteguh-teguhnya serta istiqamahkan kita dalam kebenaran hingga ke akhir hayat kita. Aamiiin♡

🐊Ust naim
Klik link ini untuk JOIN    
http://bit.ly/tadabburkalamullah

Facebook:
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah

Читать полностью…

Tadabbur Kalamullah

☆Tadabbur Kalamullah 12 Rejab 1444H☆

قُلۡ أَمَرَ رَبِّی بِٱلۡقِسۡطِۖ وَأَقِیمُوا۟ وُجُوهَكُمۡ عِندَ كُلِّ مَسۡجِدࣲ وَٱدۡعُوهُ مُخۡلِصِینَ لَهُ ٱلدِّینَۚ كَمَا بَدَأَكُمۡ تَعُودُونَ

Katakanlah: "Tuhanku menyuruh berlaku adil (pada segala perkara), dan (menyuruh supaya kamu) hadapkan muka (dan hati) kamu (kepada Allah) dengan betul pada tiap-tiap kali mengerjakan sembahyang, dan beribadatlah dengan mengikhlaskan amal ugama kamu kepadaNya semata-mata; (kerana) sebagaimana Ia telah menjadikan kamu pada mulanya, (demikian pula) kamu akan kembali (kepadaNya)" [Surah al-A`raf 29]

#Kemudian Allah swt perintahkan agar wajah dan hati kita benar-benar mengadap Allah swt ketika mendirikan solat. Seluruh tubuh termasuk wajah mesti mengadap kiblat.

#Para ulamak sepakat menyatakan bahawa mengadap ke arah kiblat merupakan salah satu daripada syarat sah solat melainkan dalam keadaan-keadaan tertentu yang dibenarkan seperti solat ketika dalam peperangan dan solat sunah dalam keadaan bermusafir.

وَمِنۡ حَیۡثُ خَرَجۡتَ فَوَلِّ وَجۡهَكَ شَطۡرَ ٱلۡمَسۡجِدِ ٱلۡحَرَامِۚ وَحَیۡثُ مَا كُنتُمۡ فَوَلُّوا۟ وُجُوهَكُمۡ شَطۡرَهُ

"Dan dari mana sahaja engkau keluar (untuk mengerjakan sembahyang), maka hadapkanlah mukamu ke arah masjid Al-Haraam (Kaabah); dan di mana sahaja kamu berada maka hadapkanlah muka kamu ke arahnya..." [Surah al-Baqarah 150]

#Begitu juga hati mesti khusyuk ketika solat. Hati mesti ingat akan Allah swt. Tidak boleh lalai dan ingat selain Allah swt. Firman Allah swt:

إِنَّنِیۤ أَنَا ٱللَّهُ لَاۤ إِلَـٰهَ إِلَّاۤ أَنَا۠ فَٱعۡبُدۡنِی وَأَقِمِ ٱلصَّلَوٰةَ لِذِكۡرِیۤ

"Sesungguhnya Akulah Allah; tiada tuhan melainkan Aku; oleh itu, sembahlah akan Daku, dan dirikanlah sembahyang untuk mengingati Daku" [Surah Ta-ha 14]

#Firman Allah swt lagi:

حَـٰفِظُوا۟ عَلَى ٱلصَّلَوَ ٰ⁠تِ وَٱلصَّلَوٰةِ ٱلۡوُسۡطَىٰ وَقُومُوا۟ لِلَّهِ قَـٰنِتِینَ

"Peliharalah kamu (kerjakanlah dengan tetap dan sempurna pada waktunya) segala sembahyang fardu, khasnya sembahyang Wusta (sembahyang Asar), dan berdirilah kerana Allah (dalam sembahyang kamu) dengan taat dan khusyuk" [Surah al-Baqarah 238]

#Orang yang solat dengan sempurna dan penuh khusyuk akan digolongkan dalam kalangan hambaNya yang berjaya.

قَدۡ أَفۡلَحَ ٱلۡمُؤۡمِنُونَ * ٱلَّذِینَ هُمۡ فِی صَلَاتِهِمۡ خَـٰشِعُونَ

"Sesungguhnya berjayalah orang-orang yang beriman, iaitu mereka yang khusyuk dalam sembahyangnya" [Surah al-Mu’minun 1-2]

#Berkata Imam Ibn Kathir: "Maksudnya mereka telah mendapatkan kemenangan, kebahagiaan, serta memperoleh keberuntungan. Mereka itulah orang-orang Mukmin yang bersifat dengan sifat-sifat ini: Orang-orang yang khusyuk dalam solatnya"

...Bersambung...

♡Solatlah dengan khusyuk dan dalam keadaan merendah diri kepada Allah swt♡

🐊Ust naim
Klik link ini untuk JOIN    
http://bit.ly/tadabburkalamullah

Facebook:
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah

Читать полностью…

Tadabbur Kalamullah

☆Tadabbur Kalamullah 10 Rejab 1444H☆

وَإِذَا فَعَلُوا۟ فَـٰحِشَةࣰ قَالُوا۟ وَجَدۡنَا عَلَیۡهَاۤ ءَابَاۤءَنَا وَٱللَّهُ أَمَرَنَا بِهَاۗ قُلۡ إِنَّ ٱللَّهَ لَا یَأۡمُرُ بِٱلۡفَحۡشَاۤءِۖ أَتَقُولُونَ عَلَى ٱللَّهِ مَا لَا تَعۡلَمُونَ

Dan (orang-orang yang tidak beriman itu) apabila mereka melakukan sesuatu perbuatan yang keji, mereka berkata: "Kami dapati datuk nenek kami mengerjakannya, dan Allah perintahkan kami mengerjakannya". Katakanlah (wahai Muhammad): "Sesungguhnya Allah tidak sekali-kali menyuruh mengerjakan perbuatan yang keji. Patutkah kamu mengatakan terhadap Allah apa yang kamu tidak mengetahuinya?" [Surah al-A`raf 28]

#Allah swt menceritakan pada kita semua tentang penipuan golongan musyrikin. Mereka melakukan amalan yang bertentangan dengan syarak, amalan khurafat dan amalan keji lalu mengatakan bahawa itu semua merupakan perintah Allah swt.

#Ini merupakan penipuan yang besar kerana menggunakan nama Allah ‎swt. Menipu menggunakan nama Allah swt. Mereka melakukan perkara keji lalu mengatakan Allah swt yang perintahkan kerana datuk nenek moyang mereka sudah lama lakukan dan mereka yakin tidak mungkin datuk nenek moyang mereka melakukan perkara yang salah.

#Allah swt memerintahkan agar Nabi Muhammad saw memberitahu mereka semua bahawa sesungguhnya Allah swt tidak sama sekali memerintahkan agar dilakukan perkara yang keji dan mungkar. Allah swt hanya memerintah hambaNya agar melakukan perkara yang baik-baik sahaja.

إِنَّ ٱللَّهَ یَأۡمُرُ بِٱلۡعَدۡلِ وَٱلۡإِحۡسَـٰنِ وَإِیتَاۤىِٕ ذِی ٱلۡقُرۡبَىٰ وَیَنۡهَىٰ عَنِ ٱلۡفَحۡشَاۤءِ وَٱلۡمُنكَرِ وَٱلۡبَغۡیِۚ یَعِظُكُمۡ لَعَلَّكُمۡ تَذَكَّرُونَ

"Sesungguhnya Allah menyuruh berlaku adil, dan berbuat kebaikan, serta memberi bantuan kepada kaum kerabat; dan melarang daripada melakukan perbuatan-perbuatan yang keji dan mungkar serta kezaliman. Ia mengajar kamu (dengan suruhan dan laranganNya ini), supaya kamu mengambil peringatan mematuhiNya" [Surah an-Nahl 90]

♡Di dalam masyarakat kita pada hari ini juga wujud pengamalan amalan-amalan keji dan pelik, namun dilakukan dengan alasan orang tua-tua buat, amalan turun temurun, amalan tradisi, amalan adat istiadat dan sebagainya walaupun jelas bertentangan dengan syarak. Lakukan amalan yang jelas suruhan syarak dan tinggalkan yang bertentangan dengannya♡

🐊Ust naim
Klik link ini untuk JOIN    
http://bit.ly/tadabburkalamullah

Facebook:
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah

Читать полностью…

Tadabbur Kalamullah

☆Tadabbur Kalamullah 8 Rejab 1444H☆

یَـٰبَنِیۤ ءَادَمَ لَا یَفۡتِنَنَّكُمُ ٱلشَّیۡطَـٰنُ كَمَاۤ أَخۡرَجَ أَبَوَیۡكُم مِّنَ ٱلۡجَنَّةِ یَنزِعُ عَنۡهُمَا لِبَاسَهُمَا لِیُرِیَهُمَا سَوۡءَ ٰ⁠ تِهِمَاۤۚ إِنَّهُۥ یَرَىٰكُمۡ هُوَ وَقَبِیلُهُۥ مِنۡ حَیۡثُ لَا تَرَوۡنَهُمۡۗ إِنَّا جَعَلۡنَا ٱلشَّیَـٰطِینَ أَوۡلِیَاۤءَ لِلَّذِینَ لَا یُؤۡمِنُونَ

"Wahai anak-anak Adam! Janganlah kamu diperdayakan oleh Syaitan sebagaimana ia telah mengeluarkan kedua ibu bapa kamu dari Syurga, sambil ia menyebabkan terlucutnya pakaian mereka berdua untuk memperlihatkan kepada mereka: aurat mereka (yang sebelum itu tertutup). Sesungguhnya Syaitan dan kaumnya melihat kamu dengan keadaan yang kamu tidak dapat melihat mereka. Sesungguhnya Kami telah menjadikan Syaitan-syaitan itu teman rapat bagi orang-orang yang tidak beriman" [Surah al-A`raf 27]

#Di akhir ayat ini, Allah swt mengatakan bahawa di jadikan syaitan sebagai teman rapat bagi orang-orang yang tidak beriman. Hidup mereka sentiasa didampingi syaitan. Syaitan sentiasa bersama-sama dengan mereka.

#Syaitan tersebut akan mengajak mereka melakukan amalan syirik, mengajak melakukan perkara maksiat, menghasut ke dunia kesesatan serta memastikan mereka sentiasa dalam dosa dan kederhakaan.

#Firman Allah swt:

وَمَنْ يَعْشُ عَنْ ذِكْرِ الرَّحْمَنِ نُقَيِّضْ لَهُ شَيْطَانًا فَهُوَ لَهُ قَرِينٌ

Dan sesiapa yang tidak mengindahkan pengajaran (Al-Quran yang diturunkan oleh Allah) Yang maha Pemurah, Kami akan adakan baginya Syaitan (yang menghasut dan menyesatkannya), lalu menjadilah Syaitan itu temannya yang tidak renggang daripadanya" [Surah az-Zukhruf 36]

#Firman Allah swt:

وَقَيَّضْنَا لَهُمْ قُرَنَاءَ فَزَيَّنُوا لَهُمْ

“Dan Kami adakan untuk mereka teman-teman rapat (dari jin dan manusia), lalu teman-teman itu memperhiaskan kepada mereka (fahaman-fahaman sesat)…” [Surah Fussilat 25]

#Sabda Rasulullah saw:

مَا مِنْكُمْ مِنْ أَحَدٍ إِلَّا وَقَدْ وُكِّلَ بِهِ قَرِينُهُ مِنَ الْجِنِّ، وَقَرِينُهُ مِنَ الْمَلَائِكَةِ

 Setiap kalian (manusia) ada Qarin (pendamping) dari bangsa jin, dan juga Qarin dari bangsa Malaikat" (HR Ahmad)

#Daripada Sayidina Abdullah Ibn Mas’ud, Rasulullah saw bersabda:

مَا مِنْكُمْ مِنْ أَحَدٍ، إِلَّا وَقَدْ وُكِّلَ بِهِ قَرِينُهُ مِنَ الْجِنِّ

Tidaklah salah seorang dari kalian, kecuali didampingi Qarinnya dari bangsa jin... (HR Muslim)

♡Bagi sesiapa yang tidak beriman dan sentiasa melakukan maksiat maka Allah menjadikannya sentiasa dikuasai dan didampingi syaitan. Maka hidupnya sentiasa dalam kekufuran dan kejahatan♡

🐊Ust naim
Klik link ini untuk JOIN    
http://bit.ly/tadabburkalamullah

Facebook:
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah

Читать полностью…

Tadabbur Kalamullah

☆Tadabbur Kalamullah 6 Rejab 1444H☆

یَـٰبَنِیۤ ءَادَمَ لَا یَفۡتِنَنَّكُمُ ٱلشَّیۡطَـٰنُ كَمَاۤ أَخۡرَجَ أَبَوَیۡكُم مِّنَ ٱلۡجَنَّةِ یَنزِعُ عَنۡهُمَا لِبَاسَهُمَا لِیُرِیَهُمَا سَوۡءَ ٰ⁠ تِهِمَاۤۚ إِنَّهُۥ یَرَىٰكُمۡ هُوَ وَقَبِیلُهُۥ مِنۡ حَیۡثُ لَا تَرَوۡنَهُمۡۗ إِنَّا جَعَلۡنَا ٱلشَّیَـٰطِینَ أَوۡلِیَاۤءَ لِلَّذِینَ لَا یُؤۡمِنُونَ

"Wahai anak-anak Adam! Janganlah kamu diperdayakan oleh Syaitan sebagaimana ia telah mengeluarkan kedua ibu bapa kamu dari Syurga, sambil ia menyebabkan terlucutnya pakaian mereka berdua untuk memperlihatkan kepada mereka: aurat mereka (yang sebelum itu tertutup). Sesungguhnya Syaitan dan kaumnya melihat kamu dengan keadaan yang kamu tidak dapat melihat mereka. Sesungguhnya Kami telah menjadikan Syaitan-syaitan itu teman rapat bagi orang-orang yang tidak beriman" [Surah al-A`raf 27]

#Allah swt mengingatkan kita semua agar tidak terpedaya dengan godaan syaitan yang telah menyebabkan tercabutnya pakaian Nabi Adam Alaihissalam dan Sayidatina Hawa sehingga menampakkan aurat mereka.

#Setelah mereka berjaya menelanjangkan datuk nenek kita, maka mereka sentiasa berusaha untuk menelanjangkan anak cucu cicitnya iaitu kita semua.

#Sebab itu, Allah swt mewajibkan umat Islam menutup aurat dengan sempurna. Ketahuilah bahawa menutup aurat adalah wajib ke atas setiap Muslim yang mukallaf. Aurat bagi lelaki adalah antara pusat sehingga lutut. Aurat perempuan pula adalah seluruh tubuh kecuali muka dan kedua-dua tapak tangan. Menutup aurat bukan pilihan tetapi kewajipan.

#Jangan membiarkan syaitan berjaya menelanjangkan kita terutama di akhir zaman ini yang manusia lebih menuruti kehendak nafsu daripada kehendak wahyu.

#Antara kejayaan hasutan syaitan ialah menjadikan masyarakat Islam terikut-ikut dengan cara pemakaian yang datang daripada pemakaian orang kafir sehingga menjadikan pemikiran mereka diracuni bahawa pemakaian dalam Islam kuno dan kolot seakan-akan Islam merupakan agama yang mundur dan tidak menepati putaran masa yang saban hari semakin canggih dan maju.

#Apabila pemikiran masyarakat Islam diracuni dengan doktrin bahawa pemakaian Islam adalah kuno dan dalam masa yang sama sifat semulajadi manusia mahukan suatu pembaharuan yang menepati dengan kemodenan yang sedia ada, maka berlakunya krisis identiti dalam diri masyarakat Islam sehingga menyebabkan mereka mengikut cara pemakaian berfesyenkan masyarakat Barat yang mendedahkan tubuh badan untuk dilihat orang ramai.

#Berpakaian seksi, ketat, jarang atau tidak berpakaian itu dianggap maju dan mengikut peredaran zaman. Tipu daya syaitan menampakkan kejayaan dan menjauhkan manusia daripada tuntutan agama.

#Dalam sejarah bangsa Arab sebelum kedatangan Islam, golongan Arab Jahiliyyah tawaf di Kaabah dalam keadaan telanjang. Perbuatan ini paling teruk kerana mengaitkan telanjang dengan ibadah. Ini juga adalah daripada tipu daya syaitan.

#...Bersambung...

♡Jagalah aurat dengan sempurna. Kalahkan syaitan dengan berpakaian sebagaimana yang dikehendaki Allah dan Rasul. Jangan sesekali membiarkan syaitan berjaya menelanjangkan kita♡

🐊Ust naim
Klik link ini untuk JOIN    
http://bit.ly/tadabburkalamullah

Facebook:
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah

Читать полностью…

Tadabbur Kalamullah

☆Tadabbur Kalamullah 4 Rejab  1444H☆

یَـٰبَنِیۤ ءَادَمَ قَدۡ أَنزَلۡنَا عَلَیۡكُمۡ لِبَاسࣰا یُوَ ٰ⁠رِی سَوۡءَ ٰ⁠ تِكُمۡ وَرِیشࣰاۖ وَلِبَاسُ ٱلتَّقۡوَىٰ ذَ ٰ⁠لِكَ خَیۡرࣱۚ ذَ ٰ⁠لِكَ مِنۡ ءَایَـٰتِ ٱللَّهِ لَعَلَّهُمۡ یَذَّكَّرُونَ

"Wahai anak-anak Adam! Sesungguhnya Kami telah menurunkan kepada kamu (bahan-bahan untuk) pakaian menutup aurat kamu, dan pakaian perhiasan; dan pakaian yang berupa taqwa itulah yang sebaik-baiknya. Yang demikian itu adalah dari tanda-tanda (limpah kurnia) Allah (dan rahmatNya kepada hamba-hambaNya) supaya mereka mengenangnya (dan bersyukur)" [Surah al-A`raf 26]

#Di penghujung ayat Allah swt mengatakan bahawa pakaian yang diturunkan kepada hamba-hambaNya itu adalah sebagai tanda limpah kurnia daripada Allah swt dan juga sebagai rahmat kepada kita semua.

وَمَا بِكُم مِّن نِّعۡمَةࣲ فَمِنَ ٱللَّهِۖ 

"Dan apa-apa nikmat yang ada pada kamu maka adalah ia dari Allah swt" [Surah an-Nahl 53]

#Semua nikmat itu adalah untuk disyukuri dan agar sentiasa ingat kepadaNya. Allah swt mahu kita ingat kepadaNya tatkala mengenakan pakaian. Maka, hendaklah kita saat memakai pakaian dan pada masa yang sama, dengan pakaian itu kita boleh ingat kepada Allah‎ swt. Tatkala kita pakai pakaian, kita ingat bahawa itu adalah nikmat pemberian daripada Allah ‎swt lantas gandakan syukur dan puji padaNya.

فَٱذۡكُرُونِیۤ أَذۡكُرۡكُمۡ وَٱشۡكُرُوا۟ لِی وَلَا تَكۡفُرُونِ

"Oleh itu ingatlah kamu kepadaKu, supaya Aku membalas kamu dengan kebaikan; dan bersyukurlah kamu kepadaKu dan janganlah kamu kufur (akan nikmatKu)" [Surah al-Baqarah 152]

#Oleh itu, segala apa yang kita lakukan hatta berpakaian sekalipun adalah dalam rangka untuk mengingatkan diri kita kepada Allah ‎swt. Ketika memakai pakaian pun boleh ingat kepada Allah ‎swt.

#Apabila kita ingat Allah, maka kita akan ingat bahawa pakaian itu diberi oleh Allah ‎swt. Maka kita perlu pakai pakaian dengan mengikut arahan Allah ‎untuk menutup aurat kita dengan sempurna. Dan kita seboleh mungkin memakai pakaian yang menunjukkan akan ketaqwaan kita kepadaNya. Pakaian indah dilengkapi dengan akhlak yang indah.

#Sebab itulah, Nabi saw mengajar kita agar ketika memakai pakaian hendaklah kita membaca doa:

اَلْحَمْدُ ِللهِ الَّذِىْ كَسَانِىْ هَذَا وَرَزَقَنِيْهِ مِنْ غَيْرِحَوْلٍ مِنِّىْ وَلاَقُوَّةٍ

"Segala puji bagi Allah yang memberi aku pakaian ini dan memberi rezeki dengan tiada upaya dan kekuatan daripadaku" (HR Abu Daud)

#Sayidina Abi Sa’id al-Khudri r.a. menceritakan; “Adalah Rasulullah saw apabila memakai pakaian baru, baginda akan menyebut nama pakaian baru itu sama ada serban, baju atau selendangnya, kemudian baginda membaca:

اللَّهُمَّ لَكَ الْحَمْدُ أَنْتَ كَسَوْتَنـِيْهِ أَسْأَلُكَ خَيْرَهُ وَخَيْرَ مَا صُنـِعَ لَهُ وَأَعُوْذُ بـِكَ مِنْ شَرِّهِ وَشَرِّ مَا صُنِعَ لَهُ

“Ya Allah! Untukmu segala pujian. Engkaulah yang memakaikanku pakaian ini. Aku memohon kepadaMu kebaikan pakaian ini dan kebaikan tujuan ia dibuat. Aku berlindung dari kejahatan pakaian ini dan kejahatan tujuan ia dibuat”.
(HR at-Tirmizi dan Abu Daud)

♡Pastikan kita sentiasa ingat Allah swt dalam seluruh perbuatan dan tindakan kita termasuklah ketika berpakaian. Moga kita beroleh kebaikan dan keberkatan daripada Allah swt. Aamiiin♡

🐊Ust naim
Klik link ini untuk JOIN    
http://bit.ly/tadabburkalamullah

Facebook:
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah

Читать полностью…

Tadabbur Kalamullah

☆Tadabbur Kalamullah 2 Rejab  1444H☆

یَـٰبَنِیۤ ءَادَمَ قَدۡ أَنزَلۡنَا عَلَیۡكُمۡ لِبَاسࣰا یُوَ ٰ⁠رِی سَوۡءَ ٰ⁠ تِكُمۡ وَرِیشࣰاۖ وَلِبَاسُ ٱلتَّقۡوَىٰ ذَ ٰ⁠لِكَ خَیۡرࣱۚ ذَ ٰ⁠لِكَ مِنۡ ءَایَـٰتِ ٱللَّهِ لَعَلَّهُمۡ یَذَّكَّرُونَ

"Wahai anak-anak Adam! Sesungguhnya Kami telah menurunkan kepada kamu (bahan-bahan untuk) pakaian menutup aurat kamu, dan pakaian perhiasan; dan pakaian yang berupa taqwa itulah yang sebaik-baiknya. Yang demikian itu adalah dari tanda-tanda (limpah kurnia) Allah (dan rahmatNya kepada hamba-hambaNya) supaya mereka mengenangnya (dan bersyukur)" [Surah al-A`raf 26]

#Peranan pakaian bukan sahaja untuk menutup aurat tetapi manfaatnya lebih daripada itu, iaitu untuk perhiasan dan keindahan. Islam tidak melarang umatnya untuk berhias atau memakai perhiasan asalkan tidak melanggari batasan yang ditetapkan dan kena pada tempatnya. Menurut ulamak, hukum asal perhiasan adalah halal dan harus sama ada pada badan, pakaian atau empat tinggal.

#Allah swt menurunkan pakaian untuk menusia menutup aurat dan juga sebagai perhiasan. Menutup aurat itu hukumnya wajib dan berhias itu hukumnya harus. Harus yakni dibolehkan berhias asalkan tidak melampau (tabarruj), tidak membazir, tidak untuk tujuan menunjuk-nunjuk, tidak berbangga-bangga dan juga tidak melepasi batasan syariat.

#Lafaz ريشًا dalam ayat ini bermaksud keindahan pada pakaian. Kita bukan sahaja diperintah untuk menutupi aurat tetapi kita juga digalakkan untuk memakai pakaian yang cantik dan menunjukkan ketamadunan kita sebagai manusia berakal.

#Islam mengharuskan memakai pakaian yang cantik dan lawa tetapi janganlah melanggar had-had yang ditetap Allah, jangan membazir dan jangan takbur atau bongkak.

#Imam Muslim meriwayatkan daripada Sayidina Ibnu Mas’ud r.a, bahawa Rasulullah saw bersabda:

لا يدخل الجنة من كان في قلبه مثقال حبة من كبر

“Tidak masuk syurga seorang yang ada sifat takbur dalam hatinya walau sebesar biji sawi”

Lalu berkata seorang lelaki:

أن الرجل يحب أن يكون ثوبه حسنا ونعله حسنا

“Jika seorang lelaki suka memakai pakaian yang cantik dan memakai kasut yang lawa, adakah dia juga dikatakan takbur?”

Lalu jawab baginda saw:

إن الله جميل يحب الجمال ، الكبر بطر الحق و غمط الناس

“Tidak! Allah itu cantik dan Ia sukakan kecantikan. Yang dikatakan takbur itu ialah enggan menerima kebenaran (iaitu sombong terhadap kebenaran) dan memandang rendah terhadap manusia”.

#Dalam sirah ada disebut bahawa Nabi saw selalu memakai pakaian yang cantik-cantik. Ada pakaian yang diberi kepada baginda sebagai hadiah oleh para sahabat dan pembesar negara lain.

♡Oleh itu, berpakaianlah dengan kemas dan cantik. Allah ‎swt mahu supaya kita nampak cantik dengan pakaian kita. Kerana itulah Dia telah menurunkan kepada kita pakaian yang cantik-cantik. Maka amat baik kalau kita menggunakan nikmat yang Allah ‎swt berikan kepada kita dengan penuh kesyukuran♡

🐊Ust naim
Klik link ini untuk JOIN    
http://bit.ly/tadabburkalamullah

Facebook:
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah

Читать полностью…

Tadabbur Kalamullah

☆Tadabbur Kalamullah 29 Jamadil Akhir 1444H☆

قَالَ فِیهَا تَحۡیَوۡنَ وَفِیهَا تَمُوتُونَ وَمِنۡهَا تُخۡرَجُونَ

Allah berfirman lagi: "Di bumi itu kamu hidup dan situ juga kamu mati, dan daripadanya pula kamu akan dikeluarkan (dibangkitkan hidup semula pada hari kiamat)" [Surah Al-A`râf 25]

#Allah swt mengatakan lagi bahawa setelah manusia hidup manusia akan dimatikan. Kemudian manusia akan dihidupkan yakni dibangkitkan semula pada hari kiamat. Dari dunia inilah nanti kita semua akan dihidupkan kembali. Kita dikuburkan dan kita akan dibangkitkan dari kubur dalam tanah (bumi) itu juga nanti.

وَنُفِخَ فِی ٱلصُّورِ فَإِذَا هُم مِّنَ ٱلۡأَجۡدَاثِ إِلَىٰ رَبِّهِمۡ یَنسِلُونَ

"Dan sudah tentu akan ditiupkan sangkakala (menghidupkan orang-orang yang telah mati; apabila berlaku yang demikian) maka semuanya segera bangkit keluar dari kubur masing-masing (untuk) mengadap Tuhannya"

قَالُوا۟ یَـٰوَیۡلَنَا مَنۢ بَعَثَنَا مِن مَّرۡقَدِنَاۜۗ هَـٰذَا مَا وَعَدَ ٱلرَّحۡمَـٰنُ وَصَدَقَ ٱلۡمُرۡسَلُونَ

"(Pada ketika itu) orang-orang yang tidak percayakan hidup semula berkata: Aduhai celakanya kami! Siapakah yang membangkitkan kami dari kubur tempat tidur kami?,, (Lalu dikatakan kepada mereka): " Inilah dia yang telah dijanjikan oleh Allah Yang Maha Pemurah dan benarlah berita yang disampaikan oleh Rasul-rasul!" [Surah Ya-sin 51-52]

#Kita semua akan dibangkitkan dan dihimpunkan di bumi Mahsyar, satu bumi yang Allah swt ciptakan untuk menghimpunkan seluruh makhluk ciptaanNya.

#Sayidina Sahl bin Sa‘d r.a berkata: Aku mendengar Nabi saw bersabda:

يُحْشَرُ النَّاسُ يَوْمَ القِيَامَةِ عَلَى أَرْضٍ بَيْضَاءَ عَفْرَاءَ، كَقُرْصَةِ نَقِيٍّ

“Manusia akan dihimpunkan pada Hari Kiamat atas bumi (tanah) yang putih kemerahan seperti adunan roti yang bersih.”

#Syeikh al-Fauzan mengatakan: “Allah swt akan mengumpulkan seluruh manusia setelah mereka bangkit daripada kuburnya. Mereka berjalan menuju mahsyar, sebuah tempat di mana Allah akan kumpulkan makhluk yang pertama sehingga yang terakhir. Mahsyar adalah sebuah tempat yang rata. Tidak ada tempat yang tinggi, tidak pula ada gunung mahupun bukit. Tempat yang rata, semua makhluk akan berkumpul di sana.

#Di bumi (dunia) inilah kita hidup, mati dan dihidupkan semula. Bumi ini juga suatu hari nanti ia akan hancur. Malangnya kita ini sibuk sangat dengan hal ehwal tanah. Berebut tanah, ambil tanah orang, jual tanah, curi tanah, takluk tanah orang lain, berhabis harta untuk beli tanah sehingga tiada ruang bersedekah dan sebagainya. Akhirnya pulang ke dalam tanah dengan tiada membawa apa-apa harta dunia.

♡Ingatlah bahawa suatu hari nanti kita akan mati dan kemudian dibangkitkan semula untuk diperhitungkan segala apa yang telah kita lakukan sepanjang hidup di dunia ini♡

🐊Ust naim
Klik link ini untuk JOIN    
http://bit.ly/tadabburkalamullah

Facebook:
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah

Читать полностью…

Tadabbur Kalamullah

☆Tadabbur Kalamullah 27 Jamadil Akhir 1444H☆

قَالَ ٱهۡبِطُوا۟ بَعۡضُكُمۡ لِبَعۡضٍ عَدُوࣱّۖ وَلَكُمۡ فِی ٱلۡأَرۡضِ مُسۡتَقَرࣱّ وَمَتَـٰعٌ إِلَىٰ حِینࣲ

Allah berfirman: "Turunlah kamu semuanya, dengan keadaan setengah kamu menjadi musuh bagi setengahnya yang lain, dan bagi kamu disediakan tempat kediaman di bumi, dan juga diberi kesenangan hingga ke suatu ketika (mati)" [Surah al-A`raf 24]

#Berikutnya, Allah swt memaklumkan bahawa Dia menjadikan bumi sebagai tempat tinggal untuk Nabi Adam dan keturunannya selagi wujudnya bumi ini.

#Di bumi tersebut mereka hidup, mereka berkeluarga, beranak pinak, memperoleh kesenangan, memiliki tempat tinggal, hidup bermasyarakat dan juga mereka akan bersengketa, bermusuhan sesama mereka.

#Allah swt mengatakan setengah daripada mereka akan menjadi musuh kepada setengah yang lain. Inilah sifat, tabiat dan perangai manusia apabila mereka mendiami muka bumi ini. Allah swt memberitahu Nabi Adam Alaihissalam satu gambaran perbezaan kehidupan dunia dengan disyurga. Di syurga tidak ada sengketa kerana tidak ada permusuhan di antara penghuninya.

#Di dunia, pelbagai masalah wujud, pelbagai sengketa timbul, permusuhan demi permusuhan, peperangan demi peperangan. Manusia hidup dalam suasana tidak sunyi daripada persengketaan kecuali mereka yang beriman dan bertaqwa.

وَأَلَّفَ بَیۡنَ قُلُوبِهِمۡۚ لَوۡ أَنفَقۡتَ مَا فِی ٱلۡأَرۡضِ جَمِیعࣰا مَّاۤ أَلَّفۡتَ بَیۡنَ قُلُوبِهِمۡ وَلَـٰكِنَّ ٱللَّهَ أَلَّفَ بَیۡنَهُمۡۚ إِنَّهُۥ عَزِیزٌ حَكِیمࣱ

"Dan (Dia lah) yang menyatu-padukan di antara hati mereka (yang beriman itu). Kalaulah engkau belanjakan segala (harta benda) yang ada di bumi, nescaya engkau tidak dapat juga menyatu-padukan di antara hati mereka, akan tetapi Allah telah menyatu-padukan di antara (hati) mereka. Sesungguhnya Ia Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana" [Surah al-Anfal 63]

#Lelaki menjadi musuh kepada wanita. Wanita menjadi musuh kepada lelaki. Manusia menjadi musuh sesama manusia. Mereka suka bertelagah dan berbantah-bantah.

وَلَقَدۡ صَرَّفۡنَا فِی هَـٰذَا ٱلۡقُرۡءَانِ لِلنَّاسِ مِن كُلِّ مَثَلࣲۚ وَكَانَ ٱلۡإِنسَـٰنُ أَكۡثَرَ شَیۡءࣲ جَدَلࣰا

"Dan demi sesungguhnya Kami telah huraikan dengan berbagai-bagai cara di dalam Al-Quran ini untuk umat manusia, dari segala jenis contoh bandingan; dan sememangnya manusia itu, sejenis makhluk yang banyak sekali bantahannya" [Surah al-Kahfi 54]

#Manusia juga menjadi musuh kepada syaitan dan syaitan menjadi musuh kepada manusia. Permusuhan iblis dan syaitan dengan anak cucu cicit Nabi Adam tidak akan pudar dan padam. Inilah yang perlu kita hadapi dan tempuhi sepanjang kehidupan kita di dunia ini.
 
وَمَن یَعۡشُ عَن ذِكۡرِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ نُقَیِّضۡ لَهُۥ شَیۡطَـٰنࣰا فَهُوَ لَهُۥ قَرِینࣱ

"Dan sesiapa yang tidak mengindahkan pengajaran (Al-Quran yang diturunkan oleh Allah) Yang maha Pemurah, Kami akan adakan baginya Syaitan (yang menghasut dan menyesatkannya), lalu menjadilah Syaitan itu temannya yang tidak renggang daripadanya"

وَإِنَّهُمۡ لَیَصُدُّونَهُمۡ عَنِ ٱلسَّبِیلِ وَیَحۡسَبُونَ أَنَّهُم مُّهۡتَدُونَ

"Dan sesungguhnya Syaitan-syaitan itu tetap menghalangi mereka dari jalan yang benar, sedang mereka menyangka bahawa mereka orang-orang yang mendapat hidayah petunjuk" [Surah az-Zukhruf 36-37]

#Jauhi sikap suka bermusuhan dan bersengketa sesama manusia kerana ia sangat dibenci oleh agama. Musuh kita adalah syaitan dan mereka yang menentang Allah dan Rasul. Sabda Nabi saw:

إِنَّ أَبْغَضَ الرِّجَالِ إِلَى اللهِ الْأَلَدُّ الْخَصِمُ
 
"Sesungguhnya orang yang paling dibenci Allah ialah orang yang paling kuat bermusuhan" (HR Muslim)

♡Hiduplah didunia ini dengan penuh kedamaian dan keharmonian. Jauhi permusuhan dan pertelagahan. Bersatulah di atas kalimah Allah swt♡

🐊Ust naim
Klik link ini untuk JOIN    
http://bit.ly/tadabburkalamullah

Facebook:
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah

Читать полностью…

Tadabbur Kalamullah

☆Tadabbur Kalamullah 25 Jamadil Akhir 1444H☆

قَالَا رَبَّنَا ظَلَمۡنَاۤ أَنفُسَنَا وَإِن لَّمۡ تَغۡفِرۡ لَنَا وَتَرۡحَمۡنَا لَنَكُونَنَّ مِنَ ٱلۡخَـٰسِرِینَ

Mereka berdua merayu: "Wahai Tuhan kami, kami telah menganiaya diri kami sendiri, dan kalau Engkau tidak mengampunkan kami dan memberi rahmat kepada kami, nescaya menjadilah kami dari orang-orang yang rugi" [Surah al-Araf 23]

#Nabi Adam dan isterinya memohon keampunan kepada Allah swt diatas kesalahan yang mereka lakukan. Mereka merayu pada Allah swt dengan berkata (berdoa):

"Wahai Tuhan kami, kami telah menganiaya (menzalimi) diri kami sendiri, dan kalau Engkau tidak mengampunkan kami dan memberi rahmat kepada kami, nescaya menjadilah kami dari orang-orang yang rugi".

#Mereka mengaku bahawa mereka telah menzalimi diri mereka kerana tidak berhati-hati dengan tipu daya Syaitan dan tidak mengikut nasihat dan pesanan Allah swt.

#Menzalimi diri sendiri adalah apabila tidak taat kepada Allah swt. Ini menyebabkan seseorang itu dipertanggungjawabkan dengan kesalahan dosa sendiri di akhirat kelak. Ramai di antara kita yang telah menzalimi diri sendiri iaitu dengan sengaja tidak mendirikan solat, tidak berpuasa, tidak membayar zakat, tidak menutup aurat, minum arak, mengamalkan rasuah, terlibat dengan riba, menipu dalam pemerintahan dan sebagainya.

#Dalam doa tersebut, Nabi Adam Alaihissalam dan Sayidatina Hawa memohon keampunan daripada Allah swt dan juga memohon rahmatNya. Hanya Allah yang boleh mengampuni setiap dosa dan kesalahan. Dan Allah jualah yang berhak memberi rahmat kepada hamba-hambaNya.

♡Ingatlah bahawa apabila kita melakukan dosa maka bersegeralah memohon keampunan dan rahmat Allah swt. Berdoalah dengan doa ini kerana ia merupakan satu ungkapan doa yang amat bagus untuk di amalkan, terutama ketika kita melakukan kesalahan♡

🐊Ust naim
Klik link ini untuk JOIN    
http://bit.ly/tadabburkalamullah

Facebook:
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah

Читать полностью…

Tadabbur Kalamullah

☆Tadabbur Kalamullah 23 Jamadil Akhir 1444H☆

فَدَلَّىٰهُمَا بِغُرُورࣲۚ فَلَمَّا ذَاقَا ٱلشَّجَرَةَ بَدَتۡ لَهُمَا سَوۡءَ ٰ⁠ تُهُمَا وَطَفِقَا یَخۡصِفَانِ عَلَیۡهِمَا مِن وَرَقِ ٱلۡجَنَّةِۖ وَنَادَىٰهُمَا رَبُّهُمَاۤ أَلَمۡ أَنۡهَكُمَا عَن تِلۡكُمَا ٱلشَّجَرَةِ وَأَقُل لَّكُمَاۤ إِنَّ ٱلشَّیۡطَـٰنَ لَكُمَا عَدُوࣱّ مُّبِینࣱ

"Dengan sebab itu dapatlah ia menjatuhkan mereka berdua (ke dalam larangan) dengan tipu dayanya. Setelah mereka memakan (buah) pohon itu, terdedahlah kepada mereka berdua aurat masing-masing, dan mereka mulailah menutupnya dengan daun-daun (dari) Syurga. Serta Tuhan mereka menyeru mereka: "Bukankah Aku telah melarang kamu berdua dari pokok itu, dan Aku katakan kepada kamu, bahawa Syaitan itu adalah musuh kamu yang nyata?" [Surah al-A`raf 22]

#Allah swt mengingatkan semula peringatanNya tentang larangan agar jangan dekati pohon tersebut kepada Nabi Adam dan Sayidatina Hawa. Peringatan itu telah pun disampaikan kepada kedua-duanya dengan sejelas-jelasnya sebelum itu. Maka, akibat pelanggaran larangan Allah, menyebabkan mereka berada dalam keadaan malu dan bersalah.

#Kemudian Allah swt mengatakan bahawa Dia telah mengingatkan mereka berdua bahawasanya Iblis itu adalah musuh mereka yang jelas dan nyata.

#Maka, sudah jelas yang syaitan itu adalah musuh, mengapa masih mempercayainya dan nasihat yang disampaikan itu hanyalah perangkap untuk kebinasaan. Syaitan tidak akan memberi nasihat untuk kebaikan manusia. Segala apa yang datang daripada Syaitan hanyalah tipu daya, pembohongan dan kejahatan semata.

أَلَمۡ أَعۡهَدۡ إِلَیۡكُمۡ یَـٰبَنِیۤ ءَادَمَ أَن لَّا تَعۡبُدُوا۟ ٱلشَّیۡطَـٰنَۖ إِنَّهُۥ لَكُمۡ عَدُوࣱّ مُّبِینࣱ

"Bukankah Aku telah perintahkan kamu wahai anak-anak Adam, supaya kamu jangan menyembah Syaitan? Sesungguhnya ia musuh yang nyata terhadap kamu!"

وَأَنِ ٱعۡبُدُونِیۚ هَـٰذَا صِرَ ٰ⁠طࣱ مُّسۡتَقِیمࣱ

"Dan (Aku perintahkan): hendaklah kamu menyembahKu; inilah jalan yang lurus"

وَلَقَدۡ أَضَلَّ مِنكُمۡ جِبِلࣰّا كَثِیرًاۖ أَفَلَمۡ تَكُونُوا۟ تَعۡقِلُونَ

"Dan sesungguhnya Syaitan itu telah menyesatkan golongan yang ramai di antara kamu; (setelah kamu mengetahui akibat mereka) maka tidakkah sepatutnya kamu berfikir dan insaf?" [Surah Ya-sin 60-62]

#Allah menyatakan bahawa syaitan adalah musuh dan tetap akan menjadi musuh sampai bila-bila. Jika kita bergaduh atau bermusuh dengan sesama manusia, kemungkinan suatu masa nanti akan menjadi kawan baik. Sekejap lawan sekejap kawan. Namun berbeza dengan syaitan, ia bukan kawan, bahkan tidak boleh dibuat kawan. Ia adalah musuh selama-lamanya.

♡Syaitan bekerja keras siang dan malam untuk memalingkan manusia dari jalan Allah dengan pelbagai tipu helah. Ia akan terus berusaha untuk mencampakkan manusia ke lembah kemaksiatan walaupun gagal mengeluarkan manusia dari agama Islam dengan pelbagai hasutan demi hasutan, bisikan demi bisikan yang tersangat licik. Sentiasalah mohon perlindungan Allah swt♡

🐊Ust naim
Klik link ini untuk JOIN    
http://bit.ly/tadabburkalamullah

Facebook:
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah

Читать полностью…

Tadabbur Kalamullah

☆Tadabbur Kalamullah 21 Jamadil Akhir 1444H☆

فَدَلَّىٰهُمَا بِغُرُورࣲۚ فَلَمَّا ذَاقَا ٱلشَّجَرَةَ بَدَتۡ لَهُمَا سَوۡءَ ٰ⁠ تُهُمَا وَطَفِقَا یَخۡصِفَانِ عَلَیۡهِمَا مِن وَرَقِ ٱلۡجَنَّةِۖ وَنَادَىٰهُمَا رَبُّهُمَاۤ أَلَمۡ أَنۡهَكُمَا عَن تِلۡكُمَا ٱلشَّجَرَةِ وَأَقُل لَّكُمَاۤ إِنَّ ٱلشَّیۡطَـٰنَ لَكُمَا عَدُوࣱّ مُّبِینࣱ

"Dengan sebab itu dapatlah ia menjatuhkan mereka berdua (ke dalam larangan) dengan tipu dayanya. Setelah mereka memakan (buah) pohon itu, terdedahlah kepada mereka berdua aurat masing-masing, dan mereka mulailah menutupnya dengan daun-daun (dari) Syurga. Serta Tuhan mereka menyeru mereka: "Bukankah Aku telah melarang kamu berdua dari pokok itu, dan Aku katakan kepada kamu, bahawa Syaitan itu adalah musuh kamu yang nyata?" [Surah al-A`raf 22]

#Dahsyatnya bisikan, godaan dan hasutan syaitan sehingga berjaya memperdaya Nabi Adam dan Sayidatina Hawa sehingga mereka mendekati dan memakan pokok larangan tersebut.

#Akibatnya mereka berdua dikeluarkan daripada Syurga dan diturunkan ke bumi. Betapa liciknya tipu daya Syaitan dalam mengheret manusia ke lembah kemurkaan Allah swt.

#Walaupun memerlukan masa yang lama, Syaitan tetap berusaha untuk menyesatkan manusia daripada kebenaran dan jatuh dalam maksiat. Betapa penyabarnya syaitan dalam memujuk Nabi Adam dan isterinya Hawa untuk melakukan apa yang ia kehendaki. Yang penting manusia terpedaya dan terpengaruh dengan hasutannya.

#Ini satu pengajaran dan pembelajaran penting untuk kita mengetahui cara tipu daya Iblis dan syaitan. Iblis dan kuncu-kuncunya syaitan tersangat licik dan bijak dalam menggunakan kaedah, method dan cara  untuk memesong dan merosakkan manusia. Mereka tidak akan berhenti berusaha selagi manusia itu hidup. Itulah kerja Iblis dan Syaitan agar manusia bersamanya dihumban ke dalam neraka.

#...Bersambung...

♡Berwaspadalah, Iblis dan Syaitan akan menggunakan apa sahaja peluang yang ada untuk menipu dan memesongkan kita daripada jalan yang lurus. Iblis dan syaitan sangat kenal dengan perangai kita, kelemahan kita, apa yang kita suka dan sebagainya. Semoga Allah swt melindungi kita daripada tipu daya, godaan, hasutan dan was-was syaitan. Aamiiin♡

🐊Ust naim
Klik link ini untuk JOIN    
http://bit.ly/tadabburkalamullah

Facebook:
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah

Читать полностью…

Tadabbur Kalamullah

☆Tadabbur Kalamullah 19 Jamadil Akhir 1444H☆

فَوَسۡوَسَ لَهُمَا ٱلشَّیۡطَـٰنُ لِیُبۡدِیَ لَهُمَا مَا وُۥرِیَ عَنۡهُمَا مِن سَوۡءَ ٰ⁠ تِهِمَا وَقَالَ مَا نَهَىٰكُمَا رَبُّكُمَا عَنۡ هَـٰذِهِ ٱلشَّجَرَةِ إِلَّاۤ أَن تَكُونَا مَلَكَیۡنِ أَوۡ تَكُونَا مِنَ ٱلۡخَـٰلِدِینَ

"Setelah itu maka Syaitan membisikkan (hasutan) kepada mereka berdua supaya (dapatlah) ia menampakkan kepada mereka akan aurat mereka yang (sekian lama) tertutup dari (pandangan) mereka, sambil ia berkata: "Tidaklah Tuhan kamu melarang kamu daripada (menghampiri) pokok ini, melainkan (kerana Ia tidak suka) kamu berdua menjadi malaikat atau menjadi dari orang-orang yang kekal (selama-lamanya di dalam Syurga)" [Surah al-A`raf 20]

#Was-was atau penipuan yang berikutnya ditimbulkan Iblis kepada Nabi Adam dan Hawa bahawa Allah larang makan dari pohon larangan tersebut kerana Allah tidak mahu mereka berdua kekal selama-lamanya di dalam Syurga.

#Hal ini sebagaimana tujuan Allah menciptakan Nabi Adam untuk dijadikan khalifah di muka bumi. Maka Iblis mengambil peluang ini menghasut dengan berkata jika Nabi Adam dan Hawa tidak mahu turun ke bumi, maka mereka perlu mendekati pohon tersebut dan makan daripada pohon tersebut. Iblis menipu mereka dengan mengatakan dengan makan pokok atau buah tersebut, maka mereka kekal selamanya dalam syurga. Firman Allah swt:

فَوَسۡوَسَ إِلَیۡهِ ٱلشَّیۡطَـٰنُ قَالَ یَـٰۤـَٔادَمُ هَلۡ أَدُلُّكَ عَلَىٰ شَجَرَةِ ٱلۡخُلۡدِ وَمُلۡكࣲ لَّا یَبۡلَىٰ

Setelah itu maka Syaitan membisikkan (hasutan) kepadanya, dengan berkata: "Wahai Adam, mahukah, aku tunjukkan kepadamu pohon yang menyebabkan hidup selama-lamanya, dan kekuasaan yang tidak akan hilang lenyap?" [Surah Ta-ha 120]

#Inilah cara Iblis dan Syaitan yang paling licik dalam menimbulkan was-was kepada manusia. Asalnya Allah swt hanya mengatakan jangan dekati pohon tersebut. Itu sahaja arahan Allah tanpa menyatakan sebarang sebab. Yang utama dan penting kena taat sahaja. Namun Iblis pula memandai-mandai mengatakan sebab dan hikmah larangan tersebut sehingga berjaya memperdaya Nabi Adam dan Hawa.

#Disebabkan kepandaian syaitan menipu dan menimbulkan was-was inilah, ramai manusia terpedaya dengan bisikan jahat syaitan.
Sepatutnya apabila datang larangan daripada Allah swt maka ikut sahaja, tidak perlulah difikirkan sebab Allah melarang.

#Inilah bahayanya apabila kita tidak yakin dengan arahan Allah swt dan mendahulukan akal untuk menterjemahkan larangan Allah swt, akibatnya manusia terpedaya dengan godaan syaitan dan hasutan nafsu. Manusia akan rebah dalam tipudaya syaitan dan mula mengikuti jalan kesesatan. Syaitan akan memastikan manusia mendahulukan penggunaan akal dan tidak yakin dengan penjelasan wahyu. Sabda Rasulullah saw:

لا يؤمن أحدكم حتى يكون هواه تبعا لما جئت به


"Tidak beriman salah seorang diantara kamu hingga hawa nafsunya mengikuti apa yang aku bawa" (HR al-Bukhari)

#Firman Allah swt:

وَقَالُوْا لَوْ كُنَّا نَسْمَعُ أَوْ نَعْقِلُ مَا كُنَّا فِيْ أَصْحَابِ السَّعِيْرِ

Dan mereka berkata: Sekiranya kami mendengarkan atau memikirkan (wahyu/peringatan itu), nescaya tidaklah kami termasuk penghuni-penghuni neraka yang menyala-nyala" [Surah al-Mulk 10]

♡Ketahuilah bahawa akal manusia tidak mampu untuk mencapai tahap kebijaksanaan Allah swt. Kita tidak akan tahu apakah tujuan Allah melarang kita melakukan sesuatu. Yang penting dengar dan taat, InsyaAllah selamat!!♡

🐊Ust naim
Klik link ini untuk JOIN    
http://bit.ly/tadabburkalamullah

Facebook:
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah

Читать полностью…
Subscribe to a channel